Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT108

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kementerian mewajibkan setiap hasil penyelidikan dan tesis IPT tempatan dinilai serta dipertimbangkan dalam penggubalan dasar negara? Apakah mekanisme rasmi, KPI dan akauntabiliti yang memastikan dapatan penyelidikan diterjemahkan kepada pelaksanaan dasar, inovasi perkhidmatan awam dan penyelesaian nasional, bukannya sekadar tersimpan sebagai rujukan di perpustakaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tidaklah ada mekanisme yang mewajibkan penghasilan kertas penyelidikan dan tesis IPT tempatan untuk diterjemahkan ke dalam penggubalan dasar. Walau bagaimanapun, terdapat dua mekanisme utama yang menyokong pemanfaatan hasil penyelidikan dan kertas kerja yang dilaksanakan oleh penjawat awam, iaitu melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan juga dari Kertas-Kertas Dasar (Policy Paper) dari beberapa Program Kepimpinan yang diadakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Perkhidmatan Awam.

Sukacita dikongsikan kepada Yang Berhormat, bahawa Skim Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan satu mekanisme pembangunan kapasiti bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik, kepakaran dan kemahiran warga perkhidmatan awam, sejajar dengan keperluan organisasi. Melalui skim ini juga akan dapat meningkatkan kebolehan pegawai/ kakitangan dalam memberikan sumbangan yang lebih bernilai, berkualiti serta meningkatkan prestasi Kementerian/Jabatan. Perkara ini adalah mengambil kira jua bahawa penghantaran adalah berdasarkan kepada perancangan strategik Kementerian/ Jabatan masing-masing.

Bagi memastikan permohonan LDP yang dipohonkan adalah selaras dengan keperluan organisasi, setiap permohonan berserta kertas cadangan penyelidikan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sokongan dan pengesahan Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan, dan melalui beberapa proses penilaian di peringkat Jawatankuasa Sumber Tenaga Manusia Kementerian dan juga Badan Mempertimbangkan Latihan Dalam Perkhidmatan.

Antara perkara yang dipertimbangkan ialah sama ada program pengajian dan penyelidikan tersebut selaras dengan keperluan dan perancangan strategik Kementerian atau Jabatan, berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai atau kakitangan, serta dapat memberi nilai tambah dalam membantu meningkatkan produktiviti dan efisiensi Kementerian atau Jabatan. Pemohon juga perlu menghadapkan perancangan selepas menamatkan pengajian, termasuk tugas yang akan dilaksanakan serta impak penyelidikan atau kertas cadangan kepada Kementerian, Jabatan dan Negara secara amnya. Bagi permohonan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), pemohon akan menjalani temuduga oleh Jawatankuasa Kerja Penilai PhD, Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi memastikan penyelidikan yang dilaksanakan adalah berkualiti dan berimpak tinggi serta amatlah relevan dengan keperluan Kementerian/ Jabatan.

Setelah pegawai-pegawai berkenaan tamat mengikuti kursus ijazah sarjana dan PhD, tesis atau kertas kerja cadangan hendaklah dihadapkan ke JPA. Sebagai langkah memperluaskan perkongsian ilmu, pihak JPA merancang untuk menyenaraikan kertas-kertas tesis dan kertas kerja cadangan untuk dikongsikan di laman sesawang JPA.

Mengikut data yang diperoleh, sebanyak 46 tajuk tesis yang telah diterima oleh JPA bagi pegawai yang menghadiri kursus Masters, dan sebanyak 7 kertas kerja tesis daripada pegawai yang dihantar untuk menghadiri kursus PhD, seperti jadual berikut:

KursusTahun Tamat KursusJumlah
20222023202420252026
Masters (Thesis)461616446
PhD (Thesis)2212-7

Dari aspek pemanfaatan hasil penyelidikan, Kementerian dan Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pegawai yang telah menamatkan pengajian berkongsi dapatan penyelidikan serta mempertimbangkan pelaksanaan cadangan yang bersesuaian bagi menambah baik sebarang dasar, proses kerja dan penyampaian perkhidmatan mengikut keperluan organisasi masing-masing.

Selain itu, melalui Program Kepimpinan Perkhidmatan Awam atau flagship program CSLP, peserta program dikehendaki untuk menghasilkan kertas dasar (policy paper) berkaitan dengan kepentingan agensi masing-masing.

Peserta program perlu mengenal pasti dan menjalankan penyelidikan mengenai sesuatu topik berkaitan usaha memperbaiki, meminda atau mewujudkan dasar bagi mengatasi isu semasa yang dihadapi oleh agensi kerajaan dalam mencapai matlamat jabatan, kementerian atau negara. Penghasilan kertas dasar tersebut akan meningkatkan keupayaan analisis peserta untuk menghubungkan konsep-konsep teori dengan masalah sebenar (real cases) dan untuk membolehkan mereka menangani masalah dasar-dasar yang strategik yang dihadapi oleh tadbir urus dan Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.