Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT083
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan status terkini kajian semula Akta Pampasan Pekerja (Penggal 74), serta sama ada kadar dan had pampasan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut akan dikemaskini susulan dialog bersama pihak-pihak berkepentingan mengenai tuntutan kecederaan di tempat kerja pada November 2025?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan sedang membuat kajian terhadap Akta Pampasan Pekerja (Penggal 74) berdasarkan maklum balas daripada sesi dialog bersama pihak-pihak berkepentingan mengenai tuntutan kecederaan di tempat kerja yang diadakan pada November 2025. Proses penelitian ini akan mengambil kira ketersediaan pihak majikan, di samping memastikan keadilan dan kepentingan pekerja sentiasa terjamin.
Antara perkara utama yang sedang diteliti ialah kecukupan nilai pampasan berbanding kos sara hidup semasa; kecenderungan pekerja membuat tuntutan melalui common law bagi mendapatkan pampasan yang lebih tinggi serta implikasinya kepada majikan; dan skop pekerja yang layak menerima perlindungan di bawah Akta berkenaan, yang pada masa ini terhad kepada pekerja manual dan pekerja yang menerima gaji tidak melebihi BND750. Kajian ini turut meneliti kesesuaian untuk memperluas liputan kepada pekerja bergaji lebih tinggi serta pekerja dalam ekonomi gig.
Sehubungan itu, pengemaskinian kadar dan had pampasan merupakan antara perkara utama dalam skop kajian semula tersebut. Walau bagaimanapun, kadar baharu masih belum dimuktamadkan. Sebarang cadangan pindaan akan ditentukan berdasarkan hasil kajian yang menyeluruh, dengan mengambil kira keperluan untuk memberikan perlindungan yang mencukupi dan bersesuaian kepada pekerja, di samping menilai kemampuan serta tanggungan majikan dan memastikan pelaksanaannya kekal praktikal serta mampan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.