Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT062

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan merujuk penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas untuk menilai Sistem Integrasi Ugama dan Akademik, sejauh manakah dapatan Jawatankuasa dijadikan asas keputusan dasar dan hala tuju sistem ini bagi memastikan matlamat integrasi tercapai tanpa menjejaskan kualiti pendidikan ugama dan keyakinan ibu bapa?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Kementerian Hal Ehwal Ugama sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan Sistem Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas, perkara tersebut telah dibincangkan semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara 2024. Berkaitan itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengambil pendekatan untuk memperkukuhkan mekanisme sedia ada melalui Jawatankuasa Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke Dalam Sistem Pendidikan Umum, yang dianggotai oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa tersebut disokong oleh empat Jawatankuasa Kerja, iaitu:

  1. Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan;
  2. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran dan Penilaian;
  3. Jawatankuasa Prasarana dan Kemudahan; dan
  4. Jawatankuasa Perhubungan dan Komunikasi.

Struktur tadbir urus ini diwujudkan bagi memastikan setiap aspek pelaksanaan Sistem Pengintegrasian dapat dirancang, dipantau, dinilai dan ditambah baik secara berterusan berdasarkan keperluan sebenar di peringkat pelaksanaan.

Melalui mekanisme tersebut, beberapa inisiatif utama telah dan sedang dilaksanakan.

Pertama, pengemaskinian Kurikulum Pendidikan Islam Baharu dan pembangunan buku teks dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 2 pada tahun 2025 dan akan diteruskan sehingga Tahun 5 pada tahun 2028. Pendekatan berfasa ini membolehkan setiap peringkat pelaksanaan dipantau, dinilai dan ditambah baik sebelum diperluaskan ke tahun berikutnya.

Kedua, memperkukuhkan kompetensi guru melalui latihan profesional secara berterusan, termasuk Bengkel Kaedah Pengajaran Iqra' dan Al-Quran, Kursus Pendidikan Khas Ugama, latihan pedagogi Sistem Pengintegrasian serta Bengkel Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga, memperkukuhkan penghayatan Pendidikan Islam melalui pelaksanaan program sokongan seperti Program Bimbingan Solat Pelajar Tahun 2 dan Program Bilal dan Imam Cilik, yang memberi penekanan kepada penguasaan amali ibadah, pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai Islam.

Keempat, melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap pelaksanaan Sistem Pengintegrasian di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, meliputi aspek kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perkembangan murid, kompetensi guru serta maklum balas daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Kelima, memastikan pelajar Brunei Darussalam yang berada di luar negara terus mengikuti Pendidikan Islam melalui penyediaan bahan pembelajaran digital serta kemudahan menduduki ujian dan peperiksaan mengikut kurikulum kebangsaan.

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus memperkukuhkan pelaksanaan Sistem Pengintegrasian melalui pemantauan yang sistematik, penilaian berterusan serta penambahbaikan berasaskan bukti dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan. Pendekatan ini diyakini akan memastikan matlamat pengintegrasian tercapai, di samping terus memelihara kualiti Pendidikan Islam, memperkukuhkan pembentukan sahsiah murid serta mengekalkan keyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan ugama di Negara Brunei Darussalam.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.