Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT087
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan pengagihan tanah keluarga bagi mereka yang beragama Islam yang mengikut sistem Mahkamah Sivil dengan bahagian sama rata antara lelaki dan perempuan dan jika Kementerian mempertimbangkan menetapkan pembahagian tanah keluarga Islam mengikut sistem Mahkamah Syariah melalui perkiraan Faraid, selaras identiti Negara Zikir dan Melayu Islam Beraja?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Apabila seorang Islam meninggal dunia, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu iaitu:
- Pembayaran perbelanjaan pengebumian si mati;
- Pembayaran bagi semua hutang si mati sama ada hutang kepada Allah atau hutang kepada mana-mana orang;
- Penyelesaian tuntutan harta sepencarian oleh pasangan yang masih hidup, jika ada, melalui Mahkamah;
- Menjalankan wasiat yang dibuat oleh si mati semasa hidupnya, jika ada;
- Pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli waris.
Mengenai isu bagi penetapan pembahagian harta pusaka sama ada harta alih atau harta tak alih orang Islam seperti yang diperuntukkan di bawah bab 15(b)(viii) atau (ix) Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184 maka perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah melalui pengeluaran Perintah Faraid menurut hukum syara'.
Perintah Faraid tersebut dibawa ke Mahkamah Sivil untuk pengeluaran Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administrator) bagi lantikan pentadbir harta pusaka si mati yang meninggal dunia tanpa berwasiat, yang terdiri daripada ahli waris yang dinamakan dalam Perintah Faraid.
Manakala pembahagian harta pusaka sama ada secara mengikut perkiraan Faraid atau sama rata adalah tertakluk kepada perundingan dan persetujuan semua ahli waris.
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Perundangan Islam telah berinisiatif dengan penyediaan draf awal undang-undang Faraidh. Draf undang-undang berkenaan tertakluk kepada proses penyediaan undang-undang sedia ada yang melibatkan pelbagai agensi yang berkepentingan sepertimana lazimnya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.