Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT069

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed meminta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyatakan apakah dapatan utama analisis Kementerian terhadap perubahan corak penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi sepanjang lima tahun kebelakangan, termasuk mengikut umur, jenis sukan dan daerah, serta implikasinya terhadap perancangan kemudahan dan pengagihan sumber sektor sukan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Pada masa ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan belum mempunyai satu pangkalan data kebangsaan yang komprehensif bagi mengukur corak penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi secara menyeluruh mengikut umur, jenis sukan dan daerah. Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang diterima daripada program-program anjuran Kementerian, laporan daripada persatuan-persatuan sukan kebangsaan, penggunaan kemudahan sukan kerajaan serta pemerhatian terhadap tren semasa, terdapat beberapa dapatan yang menunjukkan perkembangan yang positif dalam budaya bersukan di negara ini.

Antara dapatan utama ialah peningkatan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang lima tahun kebelakangan. Sebagai contoh, purata penggunaan harian trek dan kawasan konkors di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada tahun ini dianggarkan meningkat kepada 700 kunjungan, berbanding 420 kunjungan pada tahun 2025. Kenaikan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 60%. Di samping itu, peningkatan kadar penggunaan turut direkodkan di beberapa kompleks sukan merentas daerah. Berdasarkan data penggunaan kompleks-kompleks sukan di Daerah Brunei dan Muara, jumlah keseluruhan pengguna di kompleks-kompleks sukan di Daerah Brunei dan Muara menunjukkan trend peningkatan yang ketara, iaitu daripada 479,646 pengguna pada tahun 2023 kepada 687,775 pengguna pada tahun 2024, dan seterusnya meningkat dengan lebih signifikan kepada 1,156,388 pengguna pada tahun 2025.

Sementara itu, penggunaan kompleks-kompleks sukan di Daerah Belait mencatatkan purata sebanyak 53,924 sesi bagi tempoh 2023 hingga 2026. Bagi Daerah Tutong pula, statistik penggunaan menunjukkan penurunan berikutan kerja-kerja pengubahsuaian dan renovasi yang mengakibatkan penutupan kompleks sukan selama lebih daripada empat bulan.

Walau bagaimanapun, setelah kompleks beroperasi semula, kadar penggunaan yang direkodkan adalah lebih tinggi berbanding purata penggunaan pada tahun-tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan permintaan dan minat masyarakat yang berterusan terhadap kemudahan sukan yang disediakan dan mencerminkan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi terhadap kepentingan gaya hidup aktif dan sihat.

Dari segi kumpulan umur, golongan belia didapati lebih cenderung menyertai sukan berpasukan dan aktiviti yang bersifat dinamik seperti bola sepak, futsal, badminton dan sukan lasak. Sementara itu, golongan dewasa dan warga emas lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi berimpak rendah seperti berjalan kaki, larian santai, senamrobik dan aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan. Setakat ini belum ada data khusus mengikut sukan seperti bola sepak, futsal, badminton dan sepak takraw. Walau bagaimanapun, berdasarkan permohonan pemakaian kompleks-kompleks sukan di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan, pemakaian sukan berpasukan meningkat dari setahun ke setahun seperti Padang dan Balapan, KSNHB (bola sepak), Kompleks Sukan Sungai Kebun (bola sepak, sepak takraw dan badminton), Kompleks Sukan Menglait (bola keranjang, futsal, bola jaring, bola sepak dan badminton). Berikut adalah data penggunaan sukan berpasukan di kompleks-kompleks sukan berkenaan secara keseluruhan pada 3 tahun kebelakangan iaitu; pada Tahun 2023 mencatatkan seramai 487,438 orang pengguna, Tahun 2024 menunjukkan 720,827 orang pengguna dan Tahun 2025 menyatakan 127,686 pengguna.

Selain penyertaan dalam sukan yang lebih formal, masyarakat juga semakin aktif menjalankan aktiviti rekreasi bersama keluarga di kawasan-kawasan awam dan strategik seperti Tanjung Batu, Pantai Jerudong, kawasan Dermaga Bandar Seri Begawan dan Persiaran Damuan. Trend ini menggambarkan bahawa masyarakat kini semakin mengutamakan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.

Mengikut daerah, Daerah Brunei dan Muara terus merekodkan penyertaan yang lebih tinggi berikutan kepadatan penduduk serta kemudahan sukan yang lebih banyak tersedia. Manakala di Daerah Belait, Tutong dan Temburong, penyertaan lebih tertumpu kepada aktiviti sukan komuniti, rekreasi luar dan penggunaan kemudahan sukan daerah. Dapatan ini memberikan beberapa implikasi penting terhadap perancangan kemudahan dan pengagihan sumber sektor sukan negara.

  • Pertama, Kementerian akan terus memberi keutamaan kepada penyelenggaraan, pemuliharaan dan penaiktarafan kemudahan sukan sedia ada secara berfasa. Tumpuan bukan hanya diberikan kepada kawasan pusat bandar, malah turut diperluaskan ke daerah-daerah, termasuk usaha menaik taraf Kompleks Sukan Mumong, Kompleks Sukan Tutong dan Kompleks Sukan Temburong agar kemudahan tersebut terus relevan dengan keperluan masyarakat setempat.

  • Kedua, Kementerian akan terus memperkukuhkan pembangunan kemudahan sukan komuniti yang mudah diakses, selamat dan inklusif, bagi memastikan semua lapisan masyarakat termasuk wanita, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) mempunyai peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

  • Ketiga, Kementerian akan terus mengamalkan pendekatan senegara melalui kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan, bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan sukan sedia ada, termasuk perkongsian fasiliti sekolah dan kemudahan awam yang bersesuaian. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan akses masyarakat kepada kemudahan sukan, malah mengelakkan pertindihan pembangunan serta memastikan penggunaan sumber kerajaan yang lebih cekap.

  • Keempat, bagi pembangunan sukan prestasi tinggi, Kementerian akan terus menyalurkan sumber kewangan, kemudahan dan program pembangunan atlet secara lebih bersasar kepada sukan-sukan yang mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Bagi memperkukuhkan lagi proses perancangan pada masa hadapan, Kementerian berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan satu mekanisme bagi mengukur tahap pembangunan sukan secara lebih sistematik dan berasaskan bukti. Data berkaitan penyertaan masyarakat, penggunaan kemudahan, keberkesanan program serta impak pelaburan dalam sektor sukan amat relevan bagi menyokong proses penetapan hala tuju.

Di samping itu, Kementerian juga akan terus meneroka kerjasama dengan platform digital dan aplikasi berkaitan kesihatan, termasuk potensi penggunaan data secara bersesuaian daripada aplikasi BruHealth, bagi memperkukuh analisis penyertaan masyarakat dalam aktiviti fizikal, seterusnya menyokong usaha kerajaan melahirkan masyarakat yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.

Kesimpulannya, walaupun pada masa ini Kementerian belum mempunyai data yang lengkap dan menyeluruh mengenai corak penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi, trend yang diperoleh daripada data sedia ada jelas menunjukkan peningkatan minat masyarakat terhadap gaya hidup aktif. Justeru, Kementerian akan terus memperkukuh sistem pengumpulan data, memperluaskan akses kepada kemudahan sukan yang berkualiti serta memastikan perancangan pembangunan sektor sukan dilaksanakan secara lebih strategik, inklusif dan berasaskan bukti, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.