Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT077

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan setakat manakah hasil perkembangan dan pencapaian lima sektor utama dalam Economic Blueprint melonjakkan daya saing negara, FDI, menjana pekerjaan berkualiti serta memajukan sektor-sektor utama dan sokongan khususnya merealisasikan ekosistem ease of doing business melalui pelaburan lebih kompetitif, sekaligus mewujudkan multiplier dan spillover effects kepada pertumbuhan sosio ekonomi negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Lima (5) sektor keutamaan yang dikenal pasti di bawah Economic Blueprint, Hiliran Minyak dan Gas, Perkhidmatan (logistik dan pengangkutan), Makanan, Pelancongan, dan Infokomunikasi dan Teknologi (ICT); merupakan pemacu utama dalam mempercepatkan usaha kepelbagaian ekonomi, meningkatkan daya saing negara, menarik pelaburan berkualiti, serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pembangunan sektor-sektor keutamaan ini adalah selaras dengan hasrat negara ke arah merealisasikan Matlamat Ketiga Wawasan Brunei 2035, iaitu "Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan".

Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2025, lima (5) sektor Keutamaan telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 3.3 peratus, terutamanya didorong oleh:

  • Sektor Hiliran Minyak dan Gas merekodkan peningkatan purata sebanyak 3.5 peratus, disokong oleh peningkatan pengeluaran metanol, produk petrokimia, dan baja urea. Peningkatan pengeluaran ini didorong oleh beberapa perkembangan utama, termasuk peningkatan kapasiti pengeluaran metanol, Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia Hengyi Fasa 1 yang mula beroperasi pada tahun 2019, serta pelancaran Loji Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. yang mula beroperasi pada tahun 2022.

  • Dalam tempoh lima (5) tahun dari 2020 hingga 2025, sektor ini mencatatkan pertumbuhan KDNK yang sederhana sebanyak 0.2 peratus secara purata, terutamanya didorong oleh pertumbuhan aktiviti perkhidmatan sokongan kepada pengangkutan air dan pengendalian kargo, selaras dengan peningkatan volum kargo pengangkutan laut.

Nota:

Volum kargo pengangkutan laut (Metrik Tan) mengikut tahun

Tahun202020212022202320242025
Volume (Metrik Tan)1,147.0992.61,202.61,733.91,681.61,858.9
  • Sektor Makanan meningkat secara purata sebanyak 0.8 peratus, didorong terutamanya oleh peningkatan dalam subsektor ternakan, berikutan kenaikan pengeluaran kerbau, telur, dan ayam pedaging. Selain itu, subsektor perikanan meningkat, berikutan peningkatan industri penangkapan ikan, dan juga industri akuakultur, khususnya ikan dalam sangkar.

  • Sektor Pelancongan menunjukkan peningkatan purata sebanyak 16.8 peratus, selaras dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa.

Nota:

Jumlah Ketibaan Pelancong Antarabangsa mengikut tahun

Tahun2020*2021202220232024**2025
Jumlah (Orang)63,8513,54335,701149,009678,037730,398

Key: * Situasi Pandemik dan ** Situasi Pasca Pandemik.

  • Sektor ICT meningkat sebanyak 2.5 peratus secara purata, terutamanya disumbangkan oleh peningkatan langganan internet dan trafik jalur lebar tetap. Perkembangan ini sejajar dengan trend global, di mana permintaan beralih kepada rangkaian berkapasiti tinggi untuk menyokong aplikasi berintensif data seperti penstriman video, perkhidmatan awam, kerja jarak jauh, serta penggunaan perkhidmatan digital dalam talian yang semakin meningkat.

Tambahan lagi, antara usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan pertumbuhan lima (5) sektor keutamaan tersebut adalah:

  • Penubuhan loji penapisan minyak dan petrokimia daripada Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. pada tahun 2019, dan juga loji Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. pada tahun 2022, yang menyumbang secara langsung kepada peningkatan pengeluaran, sekali gus meningkatkan sumbangan Sektor Hiliran Minyak dan Gas kepada ekonomi negara.

  • Subsektor tanaman adalah didorong oleh kenaikan pengeluaran produk buah-buahan dan padi, selaras dengan inisiatif yang telah dilaksanakan seperti menawarkan tapak-tapak pertanian dan perikanan melalui program-program yang sedia-ada seperti Projek Rintis (Pilot Project); Tambahan Kawasan (Expansion), Perladangan Berkontrak (Contract Farming); dan menekankan penggunaan teknologi dan teknik perladangan moden.

  • Sektor Pelancongan adalah didokong oleh pemulihan aktiviti penerbangan dan peningkatan konektiviti antarabangsa selepas pembukaan semula pasca-pandemik yang secara langsung menyokong Sektor Pengangkutan Udara melalui peningkatan bilangan ketibaan pelancong. Selain itu, sokongan berterusan dan pendaftaran agensi pelancongan oleh pihak berkuasa pelancongan membolehkan perniagaan pelancongan bekerjasama dalam menyediakan pakej lawatan dan perkhidmatan pelawat secara bersepadu.

  • Sektor ICT antara lainnya didorong oleh penyatuan infrastruktur telekomunikasi negara di bawah Unified National Networks (UNN) antara tahun 2021 hingga 2024. Penyatuan ini telah meningkatkan kecekapan pengurusan rangkaian, meluaskan liputan, serta menambah baik kualiti perkhidmatan. Hasilnya, kelajuan jalur lebar dan peluasan rangkaian dapat dipertingkatkan, sekali gus menggalakkan kepelbagaian pelan jalur lebar dan mudah alih, serta peningkatan bilangan pelanggan yang menyumbang kepada pertumbuhan subsektor telekomunikasi. Dalam masa yang sama, pelaksanaan sistem pembayaran segera "TARUS" oleh National Digital Payments Network Sdn Bhd menyokong transaksi yang pantas, selamat, dan lancar dalam masa 24 jam merentasi bank dan e-dompet yang menyertai, sekali gus mempercepat pendigitalan ekonomi.

  • Sektor Perkhidmatan, khususnya maritim dan logistik: Pelaksanaan Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) yang berintegrasi dengan ASEAN Single Window membolehkan pertukaran dokumen perdagangan secara elektronik. Transformasi ini akan diteruskan dengan integrasi teknologi Artificial Intelligence (AI) dan SMART Customs, bagi mempercepatkan proses pelepasan barangan secara automatik. Disamping itu, perkhidmatan Warisan Shipping Lines (WSL) merentasi rantau Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) yang telah bermula pada tahun 2024, termasuk pelabuhan utama seperti Samalaju dan Lahad Datu yang membolehkan Pelabuhan Muara berperanan sebagai hab pengagregatan dan pengagihan semula kargo. Ini membolehkan barangan daripada pelabuhan serantau berskala lebih kecil dikumpulkan di Pelabuhan Muara dan dihantar secara efisien ke pasaran antarabangsa yang lebih besar, melancarkan perdagangan serta merangsang lebih banyak aktiviti sokongan perkapalan.

Dari aspek pelaburan, pembangunan sektor-sektor keutamaan ini telah berjaya menarik pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI), sekali gus memperkukuh keyakinan pelabur terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang stabil, berdaya saing, dan kondusif. Setakat bulan Jun 2026, jumlah FDI di bawah sektor keutamaan tersebut telah mencecah sebanyak USD5.9 bilion, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh industri hiliran minyak dan gas.

Pelaburan ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran dan nilai eksport negara, malah turut merangsang pembangunan industri sokongan, pemindahan teknologi dan pengetahuan, pembangunan modal insan serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat tempatan.

Manakala, dari segi penjanaan pekerjaan, sektor-sektor keutamaan tersebut juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, dengan menyediakan sekitar 61,000¹ peluang pekerjaan pada tahun 2024, termasuk melalui perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat FDI.

¹ Sumber: Laporan Awal Banci Tahunan Perusahaan 2024, Jabatan Perangkaan

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.