Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT066
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan sejauh manakah MoU antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan Vietnam, Singapura dan Pakistan dalam industri halal dimanfaatkan untuk memperkukuh ekosistem halal negara, meningkatkan nilai tambah PMKS tempatan, serta menyokong kepelbagaian ekonomi selaras Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Menyentuh mengenai soalan yang dibangkitkan berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan negara Vietnam, Singapura, dan Pakistan dalam industri halal, ingin dikongsikan bahawa MoU-MoU berkenaan pada masa ini masih dalam peringkat penelitian dan sedang dalam usaha untuk dimeterai oleh pihak Kementerian / MUIB.
In sha Allah, apabila MoU ini direalisasikan kelak, ia disasarkan menjadi instrumen penting untuk memperkukuh ekosistem halal negara kerana ia menggalakkan kerjasama, inovasi, pembangunan modal insan, perkongsian piawaian, serta memperluas pasaran dan pelaburan. Melalui pelaksanaan MoU yang berkesan, industri halal negara dapat berkembang secara mampan dan meningkatkan daya saing di peringkat global.
Antara fokus utama dalam MoU-MoU berkenaan adalah menjalinkan kerjasama dalam pertukaran maklumat, kepakaran, penemuan penyelidikan, serta jemputan ke program latihan dan persidangan berkaitan hal ehwal halal. Ini termasuk penganjuran aktiviti bersama serta mana-mana bidang kerjasama lain yang dipersetujui oleh kedua-dua negara. Melalui MoU tersebut boleh mewujudkan mekanisme perkongsian maklumat dan amalan terbaik piawaian halal negara masing-masing. Langkah ini dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti ekosistem halal negara.
Selain itu, kerjasama strategik yang terjalin melalui MoU ini turut berpotensi menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor-sektor halal yang bernilai tinggi, termasuk industri makanan, logistik, pelancongan dan perkhidmatan berkaitan. Perkembangan ini bukan sahaja akan memperkukuh ekosistem halal negara, malah membuka ruang yang lebih luas untuk meningkatkan nilai tambah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan melalui pengembangan kapasiti, inovasi dan akses kepada pasaran baharu.
Pada masa yang sama, ia dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan serta menyokong usaha kepelbagaian ekonomi negara, selaras dengan aspirasi Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.