Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT107

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan usaha Kementerian dalam memastikan 18 projek FDI baharu mewajibkan succession planning, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan, termasuk KPI sasaran peratusan anak tempatan mengisi jawatan pakar dan kepimpinan dalam tempoh lima tahun, serta tindakan terhadap pelabur yang gagal mematuhinya?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Data setakat 01 April 2026 menunjukkan bahawa daripada 26 projek yang dikendalikan oleh 26 syarikat yang sedang beroperasi di Negara Brunei Darussalam, jumlah keseluruhan tenaga kerja adalah seramai 3,846 orang. Dari jumlah berkenaan, seramai 1,881 (atau 49 peratus) adalah pekerja tempatan manakala 1,965 (atau 51 peratus) adalah pekerja asing.

Lima (5) jawatan tertinggi yang diisikan oleh anak tempatan adalah Still operator (petroleum and natural gas) seramai 304 orang; Refinery Process Operator seramai 144 orang; Petroleum and Natural Gas Refining Plant Operator seramai 117 orang; Mechanical Engineering Technician seramai 104 orang; dan Fire fighter seramai 85 orang.

Manakala, lima (5) jawatan tertinggi yang diisikan oleh pekerja asing adalah Refinery Process Operator seramai 337 orang; Other metal processing plant operators seramai 211 orang; Other petroleum and natural gas refining plant operators seramai 194 orang; Other manufacturing labourers n.e.c. seramai 126 orang; dan electric power operator seramai 93 orang.

Bagi menggalakkan succession planning anak tempatan, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan bagi projek-projek FDI yang akan datang, beberapa inisiatif telah dilaksanakan melalui:

i. Penyesuaian Kurikulum dan Program Khusus bagi projek-projek FDI, seperti memperkenalkan program dan kurikulum khas termasuk joint scholarship dan training programmes di antara institusi pengajian tinggi tempatan bersama institusi pengajian tinggi luar negara, seperti Zhejiang University dan Lanzhou Petrochemical Polytechnic, bagi melahirkan jurutera, juruteknik, dan operator tempatan di sektor hiliran; dan

ii. Pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran, seperti Program Perantisan i-Ready, bagi memberikan anak tempatan pendedahan kepada kemahiran dan pengalaman kerja yang relevan. Sejak pelaksanaan program ini sehingga 30 Jun 2026, seramai 335 daripada 10,602 orang perantis telah dan sedang menjalani perantisan di syarikat-syarikat FDI yang beroperasi. Daripada jumlah berkenaan, seramai 85 orang (atau 25 peratus) berjaya diserapkan menjadi pekerja tetap di syarikat-syarikat FDI.

Bagi memastikan anak tempatan diberikan peluang pekerjaan yang bersesuaian dalam projek-projek FDI, syarikat adalah dikehendaki untuk menunjukkan usaha localisation melalui proses Foreign Workers Clearance Letter, di samping memenuhi kriteria pengawal selia mengikut sektor (sectoral regulators) masing-masing:

i. Bagi projek di bawah sektor-sektor Tenaga (Minyak dan Gas), ICT dan Pembangunan, penguatkuasaannya ditadbir di bawah Local Business Development (LBD) Framework. Rangka kerja tersebut menetapkan sasaran peratusan anak tempatan mengikut peringkat jawatan, termasuk kepimpinan, penyeliaan, skilled dan semi-skilled. Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi sasaran anak tempatan yang ditetapkan akan diambil tindakan yang bersesuaian [contoh: penggantungan lesen operasi yang digariskan dalam Implementation Agreement bersama Syarikat Hengyi];

ii. Bagi sektor-sektor lain seperti pertanian dan perikanan, syarat-syarat pembangunan keupayaan dan penggantian tenaga kerja tempatan dipantau oleh pengawal selia sektor masing-masing.

Dari itu, pihak Kerajaan sedang giat memperkukuhkan proses serta inisiatif dalam menggalakkan succession planning, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan. Pada masa yang sama memperkukuhkan jua tindakan terhadap non compliance mengikut kesesuaian.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.