Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT106
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan bagaimanakah Kementerian mengintegrasikan prinsip daya tahan iklim dalam reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam bagi mengurangkan risiko kerosakan aset kerajaan serta memastikan pelaburan infrastruktur kekal mampan dalam jangka panjang?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Dari aspek infrastruktur Jalan Raya dan Jambatan
Jabatan Jalan Raya membuat penilaian ke atas infrastruktur jalan raya dan jambatan yang berisiko tinggi akibat perubahan iklim (seperti kebanjiran dan kejadian tanah susur). Dalam mengurangkan risiko, perancangan dan tindakan yang dibuat adalah seperti berikut:
- Menaik paras jalan yang terlibat (road raising)
- Membaikpulih cerun yang susur dengan menggunakan kaedah yang berdaya tahan.
- Jambatan-jambatan baharu direkabentuk dengan mengurangkan tiang di tengah sungai bagi mengelakkan kayu hanyut tersekat pada jambatan ketika hujan lebat
- Jambatan mega seperti Jambatan SHOAS dan Jambatan RIPAHS dipasang dengan sistem Bridge Health Monitoring System bagi memantau daripada kerosakan yang terjadi setiap masa (24/7) dan untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya melaksanakan tindakan dengan segera.
Penggunaan piawaian antarabangsa (seperti Eurocodes) yang mengambil kira aspek iklim cuaca yang ekstrem seperti yang digunapakai dalam reka bentuk.
Meneroka dan menguji cuba kaedah penggunaan bahan teknologi baru yang climate resilient (lebih berdaya tahan di dalam perubahan iklim) di dalam kerja-kerja pembinaan dan pembaikan infrastruktur jalan raya seperti:
- Penggunaan fibre reinforcement di dalam bahan penurapan jalan yang bertujuan untuk memastikan turapan yang dilaksanakan lebih berdaya dan tahan lama
- Penggunaan glass fibre grid di dalam lapisan jalan raya yang bertujuan untuk mengurangkan keretakan permukaan jalan raya
Mereka bentuk lapisan jalan raya yang lebih berdaya dengan menambah ketebalan setiap lapisan jalan raya
Memperbaiki sistem saliran di jalan raya dengan membina longkang tepi jalan raya yang lebih efisien seperti longkang konkrit yang bersaiz cukup.
Melaksanakan penyelenggaraan jalan raya secara proaktif dan berterusan seperti shoulder grading, pembersihan jalan.
Dari aspek infrastruktur perkhidmatan Air
Jabatan Perkhidmatan Air melaksanakan penilaian risiko iklim pada peringkat perancangan dan reka bentuk bagi mengenal pasti ancaman seperti banjir, kemarau, hakisan, kenaikan suhu dan tanah runtuh. Sebagai contoh, reka bentuk loji rawatan air atau empangan dengan faktor keselamatan yang lebih tinggi supaya mampu beroperasi dalam keadaan cuaca ekstrem.
Pelaksanaan Preventive Maintenance pula akan mengurangkan risiko kerosakan aset Kerajaan serta memastikan pelaburan infrastruktur kekal mampan dalam jangka panjang. Pelaksanaan ini akan menyokong pembangunan infrastruktur awam yang lebih mampan, berdaya tahan dan selaras dengan matlamat adaptasi perubahan iklim serta pembangunan kemampanan Negara.
Dari aspek Saliran dan Pembetungan
Jabatan Saliran dan Pembetungan mengemaskini Pelan Induk Saliran dengan mengambil kira data hidrologi terkini, perubahan corak hujan, perkembangan guna tanah dan peningkatan aliran permukaan akibat pembangunan. Piawaian reka bentuk bagi kawasan strategik dan projek baharu yang bersesuaian turut dinaik taraf kepada 1-in-100-Year Storm Return Period supaya sistem saliran mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk menghadapi hujan berintensiti tinggi.
Pada masa yang sama, Kementerian melaksanakan projek pencegahan dan kawalan banjir seperti menaik taraf saliran dan culvert, melebarkan serta mendalamkan sungai, menyediakan kolam takungan dan meningkatkan keupayaan stesen pam. Penggunaan sistem pemantauan dan ramalan banjir secara masa nyata melalui alat pengukur hujan, pemantauan paras dan aliran air, IoT serta telemetri turut diperluaskan bagi menyokong pengesanan awal risiko banjir dan mempercepat tindakan operasi.
Memperkukuh daya tahan loji rawatan, stesen pam dan rangkaian pembetungan melalui pengurusan aset, penyelenggaraan berasaskan risiko serta transformasi digital bagi menjamin kesinambungan operasi ketika cuaca ekstrem.
Menyediakan Shoreline Management Plan berdasarkan hasil Kajian Perlindungan Pantai bagi mengenal pasti kawasan pesisiran yang terdedah kepada hakisan, kenaikan aras laut, limpahan ombak dan kejadian cuaca ekstrem. Pelan ini akan menjadi panduan dalam menentukan kawasan keutamaan serta tindakan perlindungan yang bersesuaian.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.