Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT089
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan caj yang dikenakan oleh pihak peguam bagi transaksi seperti land search yang jauh bezanya sampai ratusan dan ada yang capai ribu kepada orang ramai walhal caj di jabatan tanah hanya BND$1? Apakah tindakan bagi membendung perkara ini demi menjaga kesejahteraan rakyat yang mungkin tidak tahu?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Untuk makluman, pengenaan caj oleh pihak syarikat guaman bukanlah di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan atau Jabatan Tanah.
Dari sudut Kementerian Pembangunan, Jabatan Tanah akan terus memastikan bahawa kadar bayaran rasmi bagi perkhidmatan yang disediakan adalah jelas dan telus kepada orang ramai. Ini penting supaya orang ramai mengetahui kadar sebenar yang dikenakan oleh Kerajaan dan dapat membezakannya daripada caj tambahan yang mungkin dikenakan oleh pihak lain. Bagi maklumat mengenai bayaran permohonan tanah di Jabatan Tanah, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Tanah di www.land.gov.bn.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.