Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT097

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI KEWANGAN II menyatakan adakah perancangan untuk mengkaji kemungkinan melabur sebahagian daripada simpanan SPK di dalam negara, kepada projek-projek yang viable, berisiko rendah, dan menghasilkan pulangan yang berpatutan? Ini mengambil kira sebahagian caruman SPK dilabur di luar negara dan mungkin terkesan oleh fakta geopolitik dan ketidaktentuan investment climate yang sukar diramal dan volatile.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kewangan II

Sepertimana yang telah dikongsikan semasa Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-22 Majlis Mesyuarat Negara pada awal tahun 2026, bagi menjawab Pertanyaan Bertulis yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan, akan sentiasa memastikan bahawa pelaburan dana persaraan seperti Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) diurus secara berhemat bagi menjana pulangan yang stabil dan konsisten, demi memastikan kepentingan para pencarum dan Ahli-Ahli TAP sentiasa terpelihara.

Bagi memelihara kepentingan ahli-ahli SPK dengan sebaik mungkin, matlamat utama dana TAP sememangnya adalah pertumbuhan aset yang bukan sahaja mantap, malah stabil dan menjamin kebolehramalan di dalam jangka masa panjang. Secara lazimnya, adalah difahami bahawa volatiliti berfungsi dua hala.

Ketika pasaran berprestasi kukuh dan menggalakkan, portfolio yang lebih terdedah kepada aset-aset volatil memang mampu memberikan pulangan yang tinggi. Namun, apabila pasaran merosot, sensitiviti yang sama akan menghakis baki simpanan ahli, pada waktu mereka paling memerlukan kepastian.

Memandangkan ahli-ahli SPK bergantung kepada dana TAP bagi jaminan persaraan jangka panjang, dan bukannya keuntungan oportunistik, pihak pengurusan TAP berpendapat bahawa tidaklah berhemat untuk membentuk portfolio yang mengejar pulangan tinggi sekiranya ia turut membawa risiko kerugian yang setara.

Kestabilan yang sebenar hanya dapat dicapai menerusi asas pelaburan yang cukup terpelbagai (Diversified). Portfolio yang tertumpu di dalam satu pasaran domestik semata-mata, setulus mana pun niatnya, mempunyai batas pada keupayaannya untuk menstabilkan kesan turun naik kitaran pasaran, kerana ia tidak mempunyai pendedahan kepada kepelbagaian kelas aset, geografi dan kitaran pasaran yang ditawarkan oleh strategi pelaburan global umpamanya.

Sehingga kini, TAP tidak membuat pelaburan ke dalam projek individu, kerana profil risiko pelaburan sedemikian melebihi tahap yang dianggap sesuai oleh dana TAP. Pelaburan projek seperti ini biasanya memerlukan tempoh pegangan yang lebih lama sebelum modal dapat dikembalikan dan pulangan direalisasikan. Sepanjang tempoh tersebut, dana akan kekal terdedah kepada keadaan pasaran dan ekonomi yang berubah-ubah dan akan menimbulkan pulangan yang kurang stabil bagi pelaburan ahli dan seterusnya, memperkenalkan ketidakpastian yang boleh dielakkan kepada prestasi dana keseluruhan.

Mengenai cadangan untuk menyalurkan sebahagian daripada simpanan SPK kepada projek-projek dalam negara, TAP berpendapat bahawa hasrat penyertaan domestik ini lebih wajar dicapai menerusi instrumen yang dapat menyalurkan pendapatan tetap yang berstruktur, khususnya bon atau sukuk, yang menawarkan pulangan yang tetap sepanjang tempoh pelaburan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika ada peluang di masa hadapan, di mana pelaburan domestik mempunyai struktur pendapatan tetap, memenuhi piawaian risiko, kos dan kecairan sebagaimana yang dituntut oleh tanggungjawab fidusiari TAP terhadap ahli-ahli SPK, pihak pengurusan TAP boleh sahaja mengemukakannya sebagai salah satu pelaburan untuk dipertimbangkan.

Melalui pendekatan ini, dana persaraan berupaya menjana pulangan yang stabil dan konsisten, sekali gus membolehkan para pesara merancang persaraan mereka dengan lebih teratur.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.