Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT091
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan adakah terdapat pelan pembangunan bakat nasional yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan industri strategik negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Pihak Kerajaan telah menyediakan Manpower Blueprint sebagai rangka kerja kebangsaan sebagai panduan bagi pembangunan tenaga manusia ke arah memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara. Blueprint ini menetapkan empat (4) aspirasi yang meliputi penyediaan tenaga kerja menyeluruh bermula dari peringkat sekolah hingga peringkat alam pekerjaan.
Di bawah Manpower Blueprint, sebanyak 24 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mana pelaksanaan KPI-KPI ini diterajui secara bersepadu oleh pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan, sekaligus mencerminkan pendekatan kebangsaan dan Whole-of-Government. Bagi menyokong pelaksanaan Blueprint tersebut, Kerajaan kini sedang mengumpul dan menyelaras pelbagai inisiatif kebangsaan yang sedia ada dan baharu. Sehingga kini, sebanyak 163 inisiatif utama telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada pencapaian aspirasi dan sasaran Manpower Blueprint.
Sebagai langkah seterusnya, Kerajaan akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini secara berkala melalui petunjuk prestasi bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan memberi impak yang nyata kepada pembangunan tenaga kerja negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.