Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT078

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk mempertimbangkan menginstitusikan semula Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) sebagai pemangkin untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi kampung secara lebih agresif serta mengukuhkan peranan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Kementerian berpandangan bahawa matlamat yang ingin dicapai melalui Anugerah Kampung Cemerlang, khususnya dalam merangsang pembangunan sosioekonomi kampung, memperkukuh peranan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, masih terus relevan. Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu inisiatif di peringkat kampung perlu dilihat bukan sahaja berdasarkan pencapaian semasa pertandingan atau pengiktirafan, tetapi juga dari segi keupayaannya untuk dikekalkan, dikembangkan dan terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, pendekatan pada masa ini lebih memberi penekanan kepada mekanisme yang berterusan dan melibatkan semua Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Sejak suku kedua tahun 2024, lapan Petunjuk Prestasi Utama PMKK telah diperkenalkan meliputi lima aspek utama, termasuk perekonomian, bagi membolehkan prestasi setiap PMKK dinilai secara berkala dan objektif. Dalam aspek perekonomian, perhatian turut diberikan kepada pembangunan dan pengembangan produk 1K1P yang berpotensi menjana pendapatan, memperluaskan pasaran dan meningkatkan aktiviti ekonomi di peringkat mukim dan kampung.

Dalam hubungan ini, semasa sesi muzakarah Kementerian bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung pada Oktober 2024, telah dicadangkan supaya pengiktirafan seumpama Anugerah Kampung Cemerlang dilaksanakan terlebih dahulu di peringkat daerah, manakala penganjuran di peringkat kebangsaan boleh diteliti berdasarkan impak dan kualiti pencapaian yang diperoleh di peringkat daerah. Setakat ini, Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta Jabatan Daerah Temburong telah melaksanakan bentuk pengiktirafan yang mempunyai elemen serupa dengan Anugerah Kampung Cemerlang.

Setelah menyertai Anugerah Kampung Cemerlang, kampung-kampung berkenaan telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk di dalam dan di luar daerah terhadap produk dan perkhidmatan yang diketengahkan. Walau bagaimanapun, dari segi kesinambungan, tidak banyak projek atau inisiatif yang pernah diketengahkan melalui AKC dapat diteruskan secara berpanjangan. Antara faktor yang mempengaruhi keadaan ini ialah perubahan kepimpinan serta persaraan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan pengurusan projek berkenaan.

Dalam meneruskan legasi dan matlamat AKC untuk merangsang pembangunan sosioekonomi di peringkat akar umbi, tumpuan pada masa ini turut diberikan kepada usaha memperkukuh pelaksanaan Kedai Kampung yang sedia ada di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Penilaian dibuat terhadap keberkesanan model pengurusan, tahap penyertaan pengusaha, prestasi jualan serta impaknya kepada ekonomi setempat, yang seterusnya dapat menjadi asas kepada langkah penambahbaikan dari segi tadbir urus, pembangunan kapasiti pengusaha, kerjasama dengan agensi berkaitan dalam penyediaan latihan dan pembiayaan, serta penetapan petunjuk prestasi yang bersesuaian. Setakat Jun 2026, keseluruhan hasil Kedai Kampung adalah lebih daripada BND215 ribu (Daerah Brunei dan Muara - BND 6,467.05; Daerah Belait - BND 27,273.00; Daerah Temburong - BND 181,715.10), manakala bagi tahun 2025 sebanyak lebih daripada BND254 ribu (Daerah Brunei dan Muara [November hingga Disember] - BND 10,054.00; Daerah Belait [November hingga Disember] - BND 1,547.00; Daerah Temburong - BND 243,157.00) telah direkodkan. Kedai Kampung, ekspo jualan serta sokongan Kerajaan merupakan antara platform yang penting dalam menyediakan ruang pasaran dan seterusnya merangsang kegiatan sosioekonomi di peringkat kampung dan mukim.

Ke hadapan, Kementerian akan terus meneliti kesesuaian pendekatan pengiktirafan seperti Anugerah Kampung Cemerlang dengan mengambil kira pengalaman pelaksanaan terdahulu, keberkesanan pengiktirafan di peringkat daerah, pencapaian KPI PMKK serta impak sebenar inisiatif ekonomi kampung yang sedang dilaksanakan. Penekanan utama adalah untuk memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan bukan sahaja mampu mencetuskan aktiviti ekonomi, tetapi juga dapat dikekalkan, dikembangkan dan memberi impak yang berterusan kepada masyarakat setempat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.