Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_2.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT064

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatti binti Haji Abdul Mumin meminta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyatakan berdasarkan Pelan Tindakan Institusi Keluarga 2025–2029, sejauh manakah Kementerian memastikan setiap dasar pembangunan mengambil kira impaknya terhadap institusi keluarga? Apakah mekanisme penyelarasan, pemantauan dan akauntabiliti yang diwujudkan bagi menyokong pencapaian aspirasi Wawasan Brunei 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Berdasarkan Pelan Tindakan Institusi Keluarga 2025–2029, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat berusaha memastikan perspektif keluarga diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan, khususnya dasar yang memberikan kesan langsung atau tidak langsung terhadap kesejahteraan keluarga.

Usaha ini diterjemahkan melalui tiga (3) matlamat strategik pelan tindakan, iaitu (1) mengutamakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga ke arah pembangunan dan perpaduan negara; (2) membina institusi kekeluargaan sebagai asas pembangunan masyarakat; dan (3) memperkukuh kedayatahanan keluarga. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelan tindakan memberi tumpuan kepada tiga (3) fokus utama iaitu (1) Memberikan sokongan terhadap keluarga di setiap peringkat kehidupan berkeluarga; (2) Membina semangat keluarga dalam menghadapi cabaran; dan (3) Memupuk budaya kekeluargaan. Pelaksanaan ini diperkukuhkan dan disokong oleh lima belas (15) skop pelaksanaan yang memberi penekanan kepada pendekatan holistik, mampan dan berimpak tinggi dalam memperkukuh institusi keluarga melalui penerapan Nilai-Nilai Teras Kekeluargaan Brunei, iaitu Sayang-Menyayangi, Tanggungjawab, Hormat-Menghormati dan Pemedulian (SaTu HaraPan).

Pendekatan ini juga selaras dengan Social Blueprint yang berpandukan ekosistem yang lengkap meliputi Wawasan Brunei 2035, Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dan komitmen-komitmen antarabangsa. Social Blueprint mengenal pasti 4 strategik domain sebagai bidang keutamaan penting dalam mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035, iaitu (1) Pendekatan Senegara / institusi, (2) Komuniti / masyarakat, (3) Keluarga, dan (4) Diri sendiri / individu.

Dalam konteks ini, keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan modal insan berlandaskan nilai-nilai murni, kasih-sayang, hormat-menghormati serta nilai-nilai keagamaan yang teguh yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kebajikan masyarakat. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam inisiatif keluarga akan menentukan keutuhan sesuatu masyarakat dalam mengharungi pelbagai perubahan dan cabaran bagi memperkukuhkan lagi keselamatan, keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara.

Dari segi mekanisme penyelarasan, pemantauan dan akauntabiliti, Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku urus setia Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak telah mewujudkan beberapa mekanisme, antaranya:

a. Penyelarasan antara kementerian dan agensi melalui Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif terhadap pembangunan diambil kira impaknya terhadap institusi keluarga. Pendekatan whole-of-government ini diterapkan melalui penglibatan keahlian dari Jawatankuasa Khas ini yang terdiri dari pelbagai kalangan kementerian dan agensi.

b. Pelaksanaan Pelan Tindakan Institusi Keluarga seterusnya dipantau melalui Jawatankuasa Kerja Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, yang berperanan menyelaras pelaksanaan inisiatif, memantau kemajuan, mengenal pasti isu pelaksanaan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

c. Bagi memastikan akauntabiliti, setiap program dan inisiatif telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelaksana yang spesifik. Langkah ini bertujuan memperjelas peranan serta memastikan kemajuan pelaksanaan dilaporkan secara berkala berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan dan memastikan ia terus menyokong aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Di samping itu, penyelarasan isu-isu berkaitan institusi keluarga serta program pengukuhannya dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai platform antara agensi, hasil daripada kerjasama strategik antara Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan; Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), institusi tertinggi dan agensi-agensi lain yang berkepentingan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.