Skip to main content

HARI KE-2 PETANG

For Informational Purposes Only

4HB MAC 2023M - PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan dan membahaskan Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis yang satu daripadanya telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bersama-sama saya ini, masih lagi ada senarai Ahli Yang Berhormat yang ingin turut serta untuk memberikan pandangan berhubung dengan Usul ini. Sekarang untuk memulakannya, saya mempersilakan, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, silakan.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ُ الْحَ مْ د الرحيم الرحمن الله بسم َُ الْعَ الَمِ ي ُ رَ ب ُ ِ َ ِ لِل ُ الْحَ مْ د selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan محمد صل الله عليه نبي وسلام suri tauladan sepanjang zaman.

وبركاته الله ورحمة عليكم السلام dan salam sejahtera.

kita bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى atas rahmat dan segala nikmat yang dilimpahkan ke atas kita dan juga negara kita, Brunei Darussalam yang aman, damai hingga ke hari ini.Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu, kaola mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan tahniah juga kaola ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat baharu yang dilantik. Kaola menjunjung kasih atas pelantikan ini.

Kaola berdiri di Dewan yang mulia ini bagi menyembahkan sembah menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M.

Kaola menyokong Usul yang dicadangkan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darusalam dengan sepenuhnya.

Sesungguhnya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu menggambarkan kebijaksanaan dan keprihatinan baginda terhadap inisiatif-inisiatif yang dirancang untuk meningkatkan tahap ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini agar dapat hidup dalam keadaan ekonomi yang mantap dan berdaya saing selaras dengan matlamat Wawas an Brunei 2035.

Semoga apa yang dihasratkan oleh baginda itu dapat dicapai dengan izin الله سبحانه وتعالى jua melalui perbincangan-perbincangan yang dilaksanakan dengan fikiran yang terbuka di dalam Dewan yang mulia ini nanti.

Akhirnya, kaola mendoakan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli kerabat diraja, dikurniakan sihat walafiat yang berkekalan, dilanjutkan usia dan dalam lindungan عالى الله سبحانه وت di dunia dan akhirat, sekian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan tahniahjuga kaola ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat baharu yang dilantik. Kaola menjunjung kasih atas pelantikan ini.

Oleh itu, kaola mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memimpin dan menguruskan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini dengan adil dan penuh kewibawaan.

Kaola berdiri di Dewan yang mulia ini bagi menyembahkan sembah menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M.

Kaola menyokong Usul yang dicadangkan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darusalam dengan sepenuhnya.

Sesungguhnya titah baginda itu amat bermakna kerana titah baginda memperlihatkan kebijaksanaan serta keprihatinan baginda terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Sebagai penutup, kaola tidak lupa mengucapkan teri ma kasih yang sebanyak- banyaknya ditujukan kepada Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan semua pegawai serta kakitangan Majlis Mesyuarat Negara atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan.

Dalam kesempatan ini, kaola juga berharap agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat dan penduduknya hidup aman damai dan makmur di bawah kepimpinan, kebijaksanaan serta keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola sukacita menyokong sepenuhnya Usul dan kandungan ucapan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Kaola juga ingin menyembahkan junjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pelantikan kaola untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan rendah hati kaola ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada usaha yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berkepentingan sepertiManpower Planning Employment Council (MPEC), Manpower Industry Steering Committee (MISC), Life Long Learning Centre dan lain-lain dalam menangani masalahstructurer unemployment yang merupakan isu mustahak dalam kalangan belia dan pencari kerja.

Inisiatif baru-baru ini, terutama HSE Competency Apprentice Programme di sektor pembinaan dan tenaga danskill plus adalah sangat baik dan merupakan langkah ke arah memantapkan tenaga kerja kita. Berkumpul kita di Dewan yang mulia ini sangat penting untuk kita menitikberatkan dunia yang semakin berubah dan sifat kerjaya yang semakin berkembang. Kemunculan pesat automasiartificial intelligence dan teknologi baharu yang muncul sedang membentuk semula kemahiran yang diperlukan untuk meraih keberhasilan dalameconomic global .

Walaupun kerajaan memainkan peranan penting, belia Brunei juga mempunyai tanggungjawab untuk menyesuaikan diri dan memberikan sumbangan. Belia membesar di persekitaran kemajuan era teknologi yang pesat maka, terserah kepada kita untu k mendidik diri sendiri dan mengaplikasikan kreativiti dan produktiviti untuk merangsang perubahan dan pendekatan dalam masyarakat kita, berdaya tahan dan tekun dalam mengatasi cabaran-cabaran dalam mengongsikan manfaat dari kemajuan teknologi ini. Mendorong kemajuan dan pencapaian kita di bawah program pendidik dan latihan.

Penting juga untuk menitikberatkan kepada isuLabour Market Inefficiency. Isu ini amat penting untuk disuarakan agar pekerja mengetahui hak- hak mereka sebagai pekerja dan persatuan mengenai praktis kerja yang adil. Sementara itu, majikan akan terdorong untuk mematuhi undang-undang dan peraturan Buruh.

Selain itu, kita harus memberi ruang untuk memahami apa yang membentuk tenaga kerja produktif dan mencipta budaya pelajaran dan peningkatan yang berterusan dengan memberi kemahiran yang diperlukan dan peningkatan kebolehan pasaran mereka. Kita dapat memastikan bahawa mereka dapat menambah nilai kepada ekonomi negara. Kita seharusnya berbangga dengan kejayaan syarikat-syarikat tempatan termasuk pelancaranKhalifa dan eksport telur ke Singapura yang menunjukkan keupayaan kita untuk bersaing dengan ekonomi global seiring dengan usaha kita untuk pertumbuhan dan pembesaranadalah penting bagi Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana untuk mema nfaatkan teknologi yang sedang berkembang untuk meningkatkan kecekapan kualiti dan keyakinan dalam memperluaskannya ke luar negara.

Berkat penyebaran teknologi yang sedang berkembang di pasaran utama dan usaha untuk memastikan infrastructure internet men capai setiap sudut negara kita. Sumber daya ini semakin mudah diakses dengan memanfaatkan sumber daya, ini kita dapat terus berkembang tanpa membebankan kerajaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi cabaran ini dan membentuk pasaran tenaga kerja yang selamat, cekap dan produktif yang dapat meluas jangkauan di luar sempadan dan dapat berterusan melalui masa sambil memastikan bahawa kita berjaya menjaga kekayaan yang kita hasilkan.

Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ُ كاته وبر الله ُ ورحمة عليكم السلام ُ الرحيم ُ الرحمن الله بسم dan salam sejahtera.

Pertama-tama kaola bersyukur ke hadrat وتعالى سبحانه الله dengan keizinan dan rahmat-Nya serta menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia pelantikan kaola sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الله شاء ان akan kaola laksanakan semampunya. Kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola menyokong sepenuhnya Usul Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang se tinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis MesyuaratNegara pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan yang mulia ini adalah dijunjung dengan setinggi-tingginya.

Titah nasihat baginda untuk kaola dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain untuk memberikan pandangan dan sikap ter buka dalam mendapatkan pendapat dalam kalangan rakyat serta membahaskan sesuatu perkara dalam Dewan ini.

Kaola akan mengambil sebagai garis panduan dalam mengajukan dan meneliti perkara-perkara dan isu-isu strategik yang akan kaola ketengahkan dalam D ewan yang mulia ini dalam mengorak langkah ke arah usaha- usaha meningkatkan lagi hasil negara.

Penekanan baginda mengenai perihal pentingnya mengambil kira cabaran-cabaran untuk meningkatkan hasil kerajaan di samping meneliti dan membahaskan perbelanjaa n yang memberi impak positif kepada negara dan rakyat tanpa terlalu banyak membebankan kerajaan adalah menunjukkan keprihatinan baginda yang mendalam dalam menjaga hal- ehwal perekonomian negara dan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الله شاء ان dengan penekanan ini dan termasuk isu-isu dan perkara-perkara yang baginda tekankan dalam titah baginda iaitu:

  1. Isu pengangguran.;
  2. Pembangunan kemahiran a nak- a nak tempatan supaya mereka akan lebih marketable employable;
  3. Strategi jaminan sosial rakyat dan penduduk melalui Skim TAP dan Skim Persaraan Kebangsaan.;
  4. Strategi negara dalam menangani isu perubahan iklim .; dan
  5. Peranan Perusahaan Mikro kecil dan Sederhana (PMKS) dalam menggiatkan ekonomi negara akan kaola am bil perhatian mendalam mengenainya.

Menyentuh mengenai PMKS ini, kaola sangat bersetuju bahawa ia satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius dan sama-sama kitani menggalas pemikiran supaya PMKS ini akan lebih menyerlah dalam menggiatkan ekonomi negara.

Ia secara langsung atau tidak langsung akan dapat menyumbang kepada mengurangkan kadar pengangguran dan mendukung sara diri rakyat dari susah kepada mandiri, dan dari senang kepada yang lebih senang.

Perkara ini akan kaola beri tumpuan dan penekanan yang sepenuhnya dan dalam Dewan yang mulia ini, di samping perkara-perkara yang menjurus kepada strategi meningkatkan perekonomian negara dan kesejahteraan rakyat,peniaga, pemborong, petani, penternak, nelayan, pengusaha dan yang setara dengannya terutama belia mestilah dituntun mereka ini untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ُ الله ُ ورحمة عليكم السلام ُ الرحيم ُ الرحمن الله ُ بسم ُ كاته وبر dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Bersyukur kita ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan izin-Nya jua kita dapat hadir di Dewan yang mulia ini dan kaola merakamkan ribuan terima kasih atas kesempatan yang diberikan ini. Dalam kesempatan ini juga kaola mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan tahniah juga kaola ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat baharu yang dilantik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya akan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas limpah kurnia berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan titah pada 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M pada hari Khamis yang lepas.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menjunjung tinggi kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya berkaitan dengan merancang strategi untuk pembangunan Negara Brunei Darussalam sejajar dengan menjayakan Wawasan Brunei 2035 secara fikiran terbuka.

A ntara perkara penting yang baginda tekankan ialah mewujudkan kerjasama dan padu daripada semua pihak yang berkepentingan dalam mengurangkan kadar pengangguran melalui pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach.

Kaola berpendapat jika isu pengangguran ini tidak segera diatasi, ia boleh menjejaskan kesejahteraanhidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara bahkan akan mengganggu keselamatan negara kerana pengangguran akan menyumbang kepada berlakunya jenayah akibat himpitan kesempitan hidup.

Selain itu, isu pengangguran ini juga akan membantutkan perkembangan ekonomi negara ini. I ni dapat dibayangkan apabila masyarakat tidak mampu berbelanja, siapakah yang akan menjadi pelanggan kepada peniaga di negara ini khususnya Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Seterusnya kaola menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat baginda ketika nanti menjalani kehidupan selepas persaraan dengan menyediakan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) dengan harapan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding Skim Tabung Amanah Pe kerja yang ada sekarang.

Mudah-mudahan Skim Persaraan yang baharu ini akan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hidup bahagia.

Dengan skim ini juga akan dapat menarik perhatian para pencari kerja untuk bekerja di mana- mana sektor tanpa tertumpu kepada peluang pekerjaan di sektor awam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebelum kaola menutup ucapan ini, sekali lagi kaola menyembahkan menjunjung kasih atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Sekian, ِوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ُوبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Silakan.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

الرحيم الرحمن الله بسم Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli

Yang Berhormat yang kaola hormati. Salam dan selawat kepada صلى الله عليه وسلم رسول الله dan sahabat-sahabat yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman dan salam sejahtera. K aola bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى atas rahmat dan segala nikmat yang dilimpahkan ke atas kita dan juga Negara Brunei Darussalam yang aman damai hingga ke hari ini.

Berdiri di Dewan yang mulia ini, kaola terharu mengenangkan arwah bapa yang telah berdiri dalam Dewan mulia yangserupa ini sebagai wakil rakyat hampir 60 tahun yang lalu.

لله شاء ان hamba akan lakukan apa yang terbaik untuk negara. Kaola menjunjung usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. K aola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda dan mengurniakan titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini. Isu-isu yang dibangkitkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menunjukkan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke atas rakyat baginda dan bersyukur ke atas pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kaola akan membangkitkan isu-isu ini dengan kementerian-kementerian yang berkaitan apabila membincangkan pembelanjaan kementerian tersebut.

Ingatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diingatkan lagi oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta ingatan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat berfikir bebas untuk tidak dipengaruhi oleh anasir luar yang mungkin mencemari kemuliaan ‘Calak Brunei’, akan diikuti. Sama-sama kita berwaspada dan tegur-menegur demi mempertahankan keharmonian ‘Calak Brunei’.

Keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menangani isu pengangguran dipantau bersama perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak dan isu ini membabitkan semua lapisan rakyat, mainpower strategi bukan setakat mengisikan kekosongan termasuklah menyediakan anak-anak tempatan untuk menjadi future workers untuk bekerja bukan sahaja di dalam negeri tetapi marketable sebagai global worker di pentas antarabangsa. Penyertaan daripada community contractors dan business supaya menepati Whole of Nation Approach.

Kaola difahamkan ada 60,000 work permit holders dan ada 4,000 kekosongan dalam pekerjaan walhalangka penganggur dalam 11,000 orang. Secara hisabnya keseluruhan 11,000 orang yang menganggur itu dapat diberikan pekerjaan. Di mana silapnya, di mana kekurangannya, di manakah kecacatannya kita harap dapat ditangani bersama.

Kaola difahamkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Industri. Moga-moga apabila workplan ini akan dapat menampilkan peluang-peluang work opportunity untuk Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana ikut serta bukan sahaja GLC’s dan kompeni yang besar-besar.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ه ِ لِل ُ ألْحمْد izinkan kaola merakamkan ucapan terima kasih dan rasa bersyukur atas kepercayaan yang diberikan kepada kaola untuk berkhidmat bukan sahaja untuk menyampaikan suara rakyat di Dewan yang mulia ini, tetapi jua akan memberi cadangan-cadangan untuk bersama-sama menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh orang ramai serta bersedia untuk bekerjasama dalam mana-mana pihak agar dapat menin gkatkan kemampuan dan kolaboratif dalam kerajaan, orang awam dan pihak swasta demi kesejahteraan dan kemakumuran setiap golongan masyarakat di bumi bertuah Negara Brunei Darussalam ini.

هِ لِلُألْحمْد kaola juga berdoa semoga urusan kitani semua dalam menjalankan tanggunjawab dan amanah yang berat ini dipermudahkan dengan keberkatan, dapat dilaksanakan dengan ikhlas demi kebaikan agama, bangsa dan negara dengan penuh tawakal.

الله شاء ان kepada وتعالى سبحانه الله mengharapkan keredaan taufik, hidayah dan rahmat-Nya dalam menjayakannya dan semoga kita mendapat petunjuk dan kitani bebas daripada fitnah dunia.

هِ لِلُألْحمْد kaola dengan penuh tawakal dan tawaduk mencuba menyahut cabaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan berusaha sedaya upaya untuk memberi pandangan dan cadangan sebagai view alternative iaitu dari pandangan seorang bersara, bekas ahli teknikal dan korporat yang mengamalkan konsep clarity, engagement, transparency dan accountability iaitu menghayati konsep tujuan yang jelas clarity in purpose, pemberigaan secara inclusive in engagement, ketelusan dalam tatacara membuat keputusan dan accountable dalam pelaksanaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sehubungan dengan itu, kaola lebih dahulu memohon maaf kerana kaola bukan berhajat untuk mempersoalkan atau memperkecilkan mana- mana usaha baik yang telah dicapai yang dalam proses pelaksanaan oleh kementerian-kementerian selama ini kerana sepetimana kaola terangkan dalam sesi-sesi permuzakarahan dan bukan kaola berhajat untuk menjadi pembangkang dan tidak berhajat menjadi ahli pembangkang tetapi soalanisu-isu yang kaola bangkitkan setakat ingin untuk meminta keterangan apa yang telah diungkayahkan oleh kementerian untuk menaik taraf kualiti kehidupan atau meringankan beban yang dihadapi rakyat yang inginkan kesejahteraan untuk anak-anak mereka pada masa depan.

Rakyat semata-mata yang ingin tahu jua yang diberigakan isu mengenai kehidupan mereka. Kaola, akan menyampaikan suara rakyat dan membuat cadangan, pandangan alternatif walaupun mungkin ada terdapat beberapa perkara yang mungkin kurang manis didengar ataupun senang diterima, kaola mohon maaf lebih dahulu.

Menutup ucapan junjung kasih ini, kaola sedar bahawa semua yang baik itu daripada الله سبحانه وتعالى dan yang kurang baik itu adalah semata-mata sebab kelemahan kaola jua.

Terima kasih.

Sekian, ِوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ُوبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُ السَّلام ُعليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى atas rahmat dan nikmat yang dilimpahkan kepada kita, kitani dapat sama-sama hadir di dalam Dewan yang mulia ini.

Kaola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu ’ izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan baginda melantik kaola menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini. Kaola akan sedaya upaya menjalankan tugas dan tanggungjawab ini de ngan ikhlas.

Kaola juga ingin menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu ’ izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Kaola sukacita menyokong sepenuhnya Usul yang dicadangkan oleh YangBerhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah baginda yang telah dikurniakan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Sesungguhnya titah baginda itu amat kita menjunjung tinggi dan inti pati daripada titah baginda sangat padat dengan nasihat yang mencerminkan keprihatinan dan kebijaksanaan baginda dalam memastikan keamanan kesejahteraan rakyat dan negara sentiasa terjamin. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh sedikit mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK ) yang baharu. Kita menjunjung tinggi titah baginda mengenai skim baharu SPK juga kita lihat lebih eksklusif.

Sehubungan dengan itu, ke arah penyampaian maklumat yang tepat pemberigaan pihak TAP hendaklah sentiasa berterusan dengan sesi taklimat, melalui radio ataupun televisyen mahupun sosial media. Kita yakin peluang maklum balas serta cadangan yang diberikan kepada para peserta pasti terdapat cadangan-cadangan bernas yang boleh digunakan atau diguna pakai dalam pembaikan serta pengemaskinian jangka panjang untuk pihak TAP, sekian.

ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola lebih dahulu ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kaola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan K esembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444 H bersamaan dengan 2hb. Mac 2023M.

Titah tersebut merupakan mutiara yang amat berharga yang akan menjadi panduan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat serta semua agensi yang terlibat dalam merancang dan mengurus negara. Inti pati titah baginda memerlukan perhatian, penelitian dan perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara ke arah Wawasan Brunei 2035.

Antara lain, baginda bertitah pada memberi peringatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah bersifat terbuka dan telus kepada masyarakat yang diwakili. Pada misalan nya berbincang untuk mendapatkan maklumat daripada anak buah tentang permasalahan dan yang penting untuk mencari jalan baga imana mengatasinya. Walau bagaimanapun, kita diingatkan supaya jangan terlalu agresif dalam membuat penyampaian dan pandangan agar budaya ‘berawar galat’ dapat diamalkan mengikut ‘Calak Brunei’.

Bagi orang yang lebih berpengalaman serta lebih awal ‘makan garam’ kami memerlukan petunjuk dan nasihat pada sama-sama membangun bangsa dan negara. Baginda ingin melihat produktiviti dan penghasilan negara terus meningkat secara berimpak tinggi bagi mempelbagaikan pendapatan selain minyak dan gas.

Masalah pengangguran memang selalu disentuh oleh baginda dan merupakan satu keutamaan yang mesti diberikan perhatian yang serius. Ke arah itu ruang dan peluang mesti diambil oleh semua agensi yang berwajib bagi menjana pekerjaan.

Baginda juga sentiasa peka akan keperluan kemahiran profesional bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berkerjaya serta mampu bersaing melalui program profesional danS killsPlus anak-anak tempatan iaitu program perantis bagi mereka yang layak mendaftar.

Skim Persaraan Kebangsaan yang telah disentuh oleh baginda sangat dihargai dan disambut baik oleh rakyat dan penduduk negara sebagai jaminan pada masa hadapan selepas bersara.

Tentang perubahan iklim, baginda bertitah Negara Brunei Darussalam akan menjadi Tuan RumahAsean Centre for Climate Change dan masyarakat diseru untuk melestarikan alam sekitar secara beramali. Melalui program tersebut semoga pihak yang terlibat akan beroleh pertukaran pengetahuan( knowledge transfer) tentang perubahan iklim serta apa jua perkara mengenainya daripada pakar yang datang dari luar negara.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menggerakkan persidangan Dewan yang mulia ini untuk mencari solusi atau formula yang mantap sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Terima kasih. وبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْك ُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua .ِ اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ بِسْم الرَّ حْ يم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ه ِ لِل ُ ألْحمْد bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى atas rahmat-Nya jua kaola mendapat peluang untuk menyampaikan sembah menjunjung kasih di dalam Dewan ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola lebih dahulu ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Kaola menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pelantikan kaola menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baharu. Kaola akan berusaha untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik- baiknya.

Kaola mewakili Zon ‘3’ Daerah Brunei dan Muara lebih dahulu sukacita dengan penuh hormat dan takzim menyokong Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan bercemar duli dan mengurniakan titah semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Kaola menjunjung kasih setinggi-tingginya atas titah baginda terutama cabaran untuk menin gkatkan hasil kerajaan. Ada beberapa strategi yang sudah dibuat oleh Kerajaan KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu melalui Pelaburan Langsung Asing yang boleh meningkatkan ekonomi dan peluang- peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Begitu juga dengan peningkatan s ektor pertanian iaitu penanaman padi, sayur dan penternakan yang bersistem. H asrat ke arah untuk meningkatkan hasil negara akan tercapai sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pada produk- produk yang diimpot dari luar negara.

هٰ لِلُّ أَلْحَمْد, Skim Persaraan Kebangsaan yang baharu akan dapat memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik. Inilah yang dinantikan oleh penduduk negara ini untuk mendapatkan sara hidup yang lebih baik pada hari persaraan nanti الله شاء ان. Menyentuh peranan Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana yang pada masa ini sudah berkembang maju, terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sokongan dan pemedulian pihak kerajaan. Kaola mencadangkan menyentuh titah baginda agar persekitaran perniagaan pada masa ini diperbaiki u ntuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan menceburi bidang perniagaan dan perusahaan seterusnya mendorong semangat peniaga tempatan berkembang maju ke hadapan.

Akhirnya, kaola/saya ingin menghadapkan sekali lagi menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ُورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

الرحيم الرحمن الله بسم

رَ ب ٰ اشْرَ ح ْ لٰي صَدْرٰ ي وَ يَسٰر ْ لٰي أَمْرٰ ي وَ احْ لُل ْ عُقْدَة ً مٰ ن لٰسَانٰي * يَفْقَهُوا قَوْ لٰي السلام عليكم ورحمة الله وبركاته selamat petang dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Segala puji dan syukur ke hadrat وتعالى سبحانه الله atas limpah rahmat-Nya kerana kita dapat bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini.Dengan tulus ikhlas kaola menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pelantikan kaola sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku pemimpin akar umbi bagi mewakili rakyat dan penduduk terutama Zon ‘1’ Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan junjung kasih atas keberangkatan baginda ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Be las dan berkenan mengurniakan titah pada 9hb. Syaa ban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita semua mengambil maklum atas kurnia titah baginda yang penuh bermakna itu. O leh itu, kaola menyarankan kita selaku Ahli Yang Berhormat akan menanai titah tersebut dengan bersatu padu dan hendaklah berfikiran terbuka dalam memikirkan dan melaksanakannya dengan apa jua cara yang berpatutan.

Semua ini diharapkan dibincangkan se cara positif dalam permesyuaratan nanti. Akhir kata, kaola berdoa semoga apa jua perancangan dan usaha kita akan sentiasa dipermudahkan dan mendapat rahmat dan berkat daripada الله وتعال سبحانهَ آمِ يْن يَا رَ ب َّ العَالَمِ يْن

Sekian,وبالله ُالتوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jaba tan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه selamat petang dan salam sejahtera. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang peramba/kaola/saya hormati. Kaola lebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih sebanyak- banyaknya atas ruang Yang Berhormat Yang Di-Pertua berikan untuk berucap menyertai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain sebagai menyokong Usul Yang Berhormat Penasihat KhasKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Usul menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis 9hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 2hb. Mac 2023M yang lalu.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut merupakan nasihat dan saranan yang mencerminkan dengan jelas keprihatinan dan sifat pemedulian baginda yang sangat mendalam dan berterusan, kebijaksanaan serta pandangan jauh baginda dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk serta kemakmuran negara sentiasa terjamin terutama sekali dalam kita menghadapi berbagai-bagai cabaran masa kini termasukCovid- 19 yang masih kita perangi dalam norma baharu di samping bersiap siaga menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang yang tidak menentu dan tidak dapat diramal.

Dari pengamatan peramba/kaola/saya dan berasaskan inti pati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu, sukacita peramba/kaola/saya mengetengahkan beberapa perkara utama seperti berikut:

  1. Isu pengangguran di pelbagai peringkat. Baginda telah bertitah dan yakin dengan kerjasama dan sokongan padu daripada setiap pihak berke pentingan kadar pengangguran akan dapat terus dikurangkan lagi sepertimana jua yang dicapai sebelum ini. Kadar pengangguran menurun kepada 4.9% pada tahun 2021 berbanding 7.3% pada tahun 2020.

    Dalam hal ini Jabatan Perdana Menteri akan meningkatkan usaha kerjasama dengan kementerian/ jabatan-jabatan kerajaan dalam memastikan perancangan dan pengurusan sumber tenaga manusia teratur bagi membolehkan proses pengisian jawatan dipercepatkan dengan bantuan dan sokongan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di jabatan masing- masing.Selaras jua dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan tidak berjadual baginda ke Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, s kim-skim perkhidmatan bagi jawatan-jawatan perkhidmatan awam akan diteliti dan diperbaiki bagi memastikan peluang- peluang kerjaya lebih terbuka dan adil dengan mengambil kira latar belakang dan kelulusan dari pelbagai jenis bidang.

    Di samping itu, dalam melihati jua peluang- peluang pekerjaan secara menyeluruh sama ada dalam kerajaan mahupun sektor swasta, Secretariat Manpower Planning And Employment Council ( MPEC ) melaluiJobcentre Brunei dan dengan usaha sama Kementerian Pendidikan menawarkan pelbagai program latihan selaras dengan permintaan pasaran pekerjaan masa kini. Kursus- kursus ditawarkan yang merangkumi kelulusan dalam bidang- bidang berkaitan pengurusan dan perniagaan dihasratkan sebagai peluang- peluangrescalling dan upscalling dalam kalangan pencari-pencari kerja di samping juga memberi manfaat sebagai pemboleh daya bagi kemajuan Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS).

    Inisiatif terbaharu pihakMPEC, menyediakan garis panduan, kadar gaji minimum bagi sektor swasta turut diterima baik oleh para pencari kerja, kerana terdapat banyak keluhan dalam kalangan pekerja tempatan di sektor swasta, merasakan perbezaan yang ketara antara kadar gaji di sektor swasta berbanding sektor kerajaan.

    Ramai pekerja yang berpendapatan rendah yang merasakan terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan. Garis panduan ini diharap akan dapat memberikan pengetahuan kepada majikan dan orang awam tentang sukat-sukat gaji yang sepatutnya diterima bagi pekerjaan-pekerjaan yang telah disenaraikan.

    Selain bertujuan menjaga kebajikan pekerja-pekerja, garis panduan ini juga diharap akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kadaremployee retention di sektor swasta menyumbang kepada perbelanjaan awam dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Walaupun inisiatif ini dianggap baik, namun pihak kerajaan menye dari pelaksanaannya tidak akan semudah seperti yang diharapkan. Ini kerana keupayaan pihak swasta untuk melaksanakan kadar gaji minimum ini sangatbergantung pada pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mampan.

    Dalam keadaan ekonomi negara yang masih berdepan dengan defisit yang berpanjangan, perniagaan-perniagaan yang masih dalam fasa pemulihan selepasCovid- 19 dan kekurangan firma atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini, inisiatif ini akan sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, pihak kerajaan pada waktu ini memutuskan agar garis panduan ini tidak mewajibkan pelaksanaannya.

    Ke arah ini juga pelbagai program telah pun diselengarakan atas usaha sama antara agensi kepentingan kerajaan, pihak industri dan swasta dan juga institusi-institusi pengajian tinggi bagi memenuhi permintaan industri di sektor tenaga dengan menghasilkan tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran teknikal khas yang diperlukan oleh pihak in dustri.

    ProgramI-Skill danIndustrial Skill Qualification ( ISQ) yang ditawarkan oleh Insitut Pendidikan Teknikal Brunei(IBT E) telah berhasil mengeluarkan lebih daripada 200 pelajarwelder, marker filter, scaffolder danreger sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2020 dan sebahagian besar daripada jumlah itu terus berjaya diambil bekerja. Di samping itu, usaha-usaha bagi mengukuhkan penguatkuasaan arahanBrunei Session bagi syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas negara giat diketengahkan bagi memperluaskan lagi peluang anak-anak tempatan mengambil alih tenaga pekerja asing melalui aliran perancangan penggantian atausuccession plan ning.;

  2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menitahkan supaya peranan Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) membentuk 97.2% daripada jumlah keseluruhan perusahaan aktif di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020. PMKS adalah sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara. Dengan itu, persekitaran perniagaan harus terus-menerus diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan perusahaan-perusahaan yang sedia ada untuk terus ber kembang.

    هٰ لِلُّ أَلْحَمْد, kita juga telah melihat kedayatahanan atau resilient serta ketangkasan PMKS di negara ini ke arah menggalakkan aktiviti perekonomian dengan menerima pakai kaedah-kaedah modal perniagaan yang pelbagai dankreatif serta pengurusan teknologi terkini dalam mengatasi cabaran-cabaran kesan daripadaCOVID-19 demi meneruskan kelangsungan perniagaan dansurvival masing- masing. Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi utama dalam menerajui dan menyelaras pelaksanaan fungsi jentera-jentera kerajaan akan terus mendukung, meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam yang akan akan memangkin pembangunan perekonomian negara yang berdaya tahan serta menjaga kepentingan, keamanan dan keharmonian negara rakyat dan penduduk negara ini selaras jua dengan visi Pelan Strategik Jabatan Perdana Menteri iaitu “Kepimpinan Dan Urus tadbir Yang Cemerlang” dan matlamat- matlamat “Wawasan Brunei 2035”.

    Usaha-usaha dalam mempertingkatkan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai akan terus diberikan keutamaan di samping penggunaan teknologi maklumat dalam penyampaian perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra pelanggan.

    Dalam mendukung pembangunan industri PMKS, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD ) melaksanakan penilaian terhadap jabatan-jabatan yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan melalui Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA). Antara skop penilaian menumpukan kepada pengurusan kerja dan pembaikan mutu perkhidmatan dalam memenuhi ekspektasi pelanggan yang antaranya terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan. Dengan pengauditan yang dilaksanakan melalui 3PSA akan memastikan pemberian perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang diperlukan oleh para peniaga dijalankan dengan cekap dan dapat memudah cara, pihak PMKS beroperasi dan menjalankan perniagaan dengan sempurna.

    Dalam masa yang sama Jabatan Perdana Menteri melalui agensi-agensi keselamatan memainkan peranan penting kepada mewujudkan persekitaran yang selamat bagi mendukung perkembangan PMKS. Tambahan lagi dalam usaha negara menarik Pelaburan Langsung Asing atau FDI yang juga berpotensi menghasilkan peluang perniagaan kepada PMKS melalui perkhidmatan du ku ngan kepada syarikat-syarikatFDI .

    Untuk itu, tumpuan juga diberikan kepada memastikan undang-undang dan sistem perundangannegara akan sentiasa dikemas kini dan relevan berpandukan kepada amalan-amalan terbaik serantau mahupun antarabangsa dalam memberikan persekitaran perundangan yang kondusif kepada memastikan PMKS danFDI akan dapat berdaya saing dan berdaya tahan dan seterusnya menyumbang kepada menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

    Selain itu, pelaksanaan dan pematuhan A rahan Pembangunan Pernia gaan Tempatan (Local Business Development Directive) bagi sektor tenaga akan terus dikukuhkan untuk memberi peluang perniagaan dan meningkatkan kemampuan keupayaan syarikat-syarikat tempatan termasuklah PMKS.

    Di samping itu, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri juga menerajui inisiatif Program i-Usahawan bagi sektor minyak dan gas dan sektor kuasa elektrik.

    Melalui program ini usahawan belia tempatan diberikan peluang bersaing secara kompetitif untuk mendapatkan kontra k yang dikhususkan. Setakat tahun 2022 sebanyak 23 kontrak telah dianugerahkan kepada 32 usahawan belia dengan jumlah keseluruhan nilai kontrak sebanyak lebih kurang $30 juta dan membuka peluang pekerjaan kepada seramai 360 orang anak tempatan.

    Program ini berhasrat melahirkan usahawan-usahawan belia yang berkapasiti tinggi, mandiri lagi berdaya tahan dan mampu mengekalkan serta mengembangkan perniagaan- perniagaan mereka ke arah menjadi sebuah syarikat yang sentiasa berdaya saing dan mampan.; dan

  3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menitahkan supaya ahli-ahli dapat menyuarakan pandangan strategik atau keluhan setiap golongan masyarakat yang ada di Brunei Darussa lam ini mengutamakan inklusiviti dalam membahaskan setiap isu dan mengutamakan kedayatahanan (sustainability) dalam mengutarakan cadangan jalan penyelesaian demi menjaga kemaslahatan semua. Dalam hal ini peramba kaola saya menyanjung ti nggi titah baginda berkenaan dan mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat semua untuk berbincang dengan mengamalkan sifat keterbukaan dan syura serta memberi dan menerima pandangan serta pendapat dalam isu yang ditimbulkan.

    Peramba / kaola / saya berpendapat ini adalah kurnia pandangan yang membina dan berguna untuk dijadikan rujukan dalam membuat keputusan kerana setiap penduduk memainkan peranan penting masing- masing secara “Calak Brunei” untuk bersama menyumbang kepada membangun masyarakat demi menjaga dan memeli hara kemakmuran dan keharmonian negara.

    Peramba / kaola / saya sangat mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan bernas serta ikhlas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sesi permuzakarahan bersama pihak kerajaan khasnya dalam menangani isu-isu utama dan bermakna yang dihadapi oleh orang ramai apatah lagi dengan penglibatan berterusan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam pelbagai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan dan sektor swasta, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di peringkat kebangsaan dan akar umbi, kebeliaan, perniagaan dan seumpamanya semata-mata demi kepentingan rakyat dan penduduk serta Negara Brunei Darussalam tercinta.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah baginda hendaknya kita junjung setinggi-tingginya dalam mem bincangkan isu-isu utama yang menjadi kepentingan negara dan menyumbang kepada keharmonian bermasyarakat hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.

الله شاء ن ا kitani akan berbincang dalam beberapa hari ini dengan sifat terbuka mengamalkan perbincangan serta memberi dan menerima pandangan serta pendapat antara satu sama lain demi kepentingan negara dan rakyat sepertimana hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaul ah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Akhir sekali, peramba/ kaola / saya sukacita menyembahkan sekali lagi menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan belas Majlis Mesyuarat Negara. Marilah kita sama-sama berdoa semoga baginda serta ahli kerabat diraja akan terus dikurniakan وتعالى سبحانه الله dengan nikmat, lanjut usia dan kesejahteraaan dan baginda akan kekal karar memerintah di atas singgahsana kerajaan. Kitani juga selaku rakyat dan penduduk akan terus menikmati hidup aman, makmur dan bahagia. NegaraBrunei Darussalam yang dicintai ini kekal menjadi sebuah N egara Z ikir. َ العَالَمِ يْن َّ رَ ب يَا آمِ يْن. Kaola sudahi dengan Allahuma Barik lana nafi syaaban wabarik Ramadhan.

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas huraian lanjut mengenai beberapa perkara yang termasuk dalam usul yang sedang kita bincangkan ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. S aya kira cukuplah sekian kita berunding membahaskan usul yang telah dicadangkan in i. S ebagaimana yang dimaklumi kita telah berhadapan dengan satu usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan sepenuh- penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berkenan berangkat Ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyua ratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M. Maka sebagaimana lazimnya sekarang Usul ini akan kita undi.

Ahli-Ahli Berhormat yang bersetuju supaya kita meluluskan Usul ini sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Semua Ahli bersetuju sepenuhnya maka Usul yang dikemukakan ini diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Perkara VI-Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. S ekarang persida ngan berpindah ke pada Perkara VI-Rang Undang-Undang, Satu Rang Undang-Undang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Saya kira Yang Berhormat berkenaan ingin membuat kenyataan tentang Rang Undang-Undang tersebut.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dengan segala hormatnya kaola memohon izin untuk mengemukakan Satu Rang Undang-Undang Yang Bergelar: “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu”, untuk bacaan kali pertama.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah mencadangkan bagi Rang Undang-Undang tersebut untuk dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Satu Rang Undang-Undang Yang bergelar: “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu”.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. K aola memohon izin bagi memaklumkan di majlis ini untuk mengemukakan cadangan bagi bacaan kali kedua dan ketiga bagi Rang Undang-Undang Yang Bergelar: “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu”, pada persida ngan hari ini jua sesuai dengan Peraturan Majlis- Majlis Mesyuarat Negara, bahawa kaola ingin bercadang untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang ini untuk bacaan kali yang kedua dan ketiga pada hari ini jua.

Maka kaola memohon izin kebenaran Yang Be rhormat Yang Di-Pertua supaya digantung Peraturan- Peraturan Tetap 28(2) Majlis Mesyuarat Negara bagi membolehkan dibuat cadangan-cadangan sedemikian pada hari ini jua. Permohonan ini semata-mata bagi membolehkan majlis ini memudahkan tugas-tugasnya dengan lebih lancar dan teratur lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah saya mendengar alasan-alasan dan keterangan-keterangan serta sebab- sebab yang telah dikemukakan oleh Yang Berhorm at Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka saya izinkan supaya Peraturan-Peraturan Tetap MajlisMesyuarat Negara digantung bagi membolehkan Rang Undang-Undang Yang Bergelar: “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu”, untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut syarat 48(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam .

Nampaknya kita berhadapan dengan satu keadaan, jika pun kita meneruskan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membentangkan hujah-hujahnya pada petang ini, barangkali kita terlalu sudah agak lewat w aktunya. Maka bagi membolehkan kita menempuhi, melihat, meneliti dan mengikuti hujah-hujah daripada Yang Berhormat dengan tenang dan fikiran yangfresh, maka saya ingin kita tangguhkan mesyuarat ini. Pada hari Isnin yang akan datang ini kita akan memulakan perbincangan dengan lebih teliti dan saya percaya lebih bersemangat lagi.

Jadi, untuk itu saya mengambil kesempatan ini untuk kita menangguhkan mesyuarat ini hingga ke hari Isnin, 13hb. Syaaban 1444H bersamaa 6hb. Mac 2023M mulai pukul 9.30 pagi. الله شاء ان

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.