HARI KE-5 PETANG
8HB MAC 2023M-PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة هللا وبركاتُه ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam rang yang berkenaan, saya tangguhkan dahulu Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيمAhli-Ahli Yang Berhormat sekarang majlis bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang mana rang ini telahpun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada sebelah pagi tadi kita, telah dapat menyelesaikan dan meluluskan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya dan juga Kementerian Pertahanan.
Sebelum kita membincangkan dan membahaskan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II tidak dapat hadir atas sebab-sebab tugas-tugas yang tertentu di luar negara.
Maka perbincangan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini akan kita tangguhkan dahulu untuk dibahaskan sehingga Yang Berhormat Menteri yang berkenaan kembali di dewan ini semula. Sekarang kita beralih kepada tajuk seterusnya.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih untuk meneliti Kementerian Kewangan dan Ekonomi berserta dengan jabatan-jabatan dibawahnya.
Sebelum tajuk-tajuk kecil ini dibuka untuk dibahaskan maka saya suka memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan mukadimahnya tentang penyediaan Belanjawan kementeriannya bagi Tahun Kewangan 2023/2024 dan saya persilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ّٰللا ِ ِبس ِْم ه
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة هللاِ وبركاتُه َّ َّ الرحْ َٰم ِن salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Kewangan dan Ekonomi memainkan peranan penting dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Selaras dengan matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035 dan aspirasi-aspirasi di dalam Economic Blueprint. Selain daripada menjadi facilitator utama untuk memastikan kesemua pihak di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta adalah sejajar ke arah pencapaian aspirasi Economic Blueprint tersebut. Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga telah mengenal pasti usaha-usaha yang perlu dilaksanakan secara dalaman untuk mendukung usaha-usaha ke arah pencapaian tersebut. Seperti yang telah dikenal pasti di dalam Plan Strategic Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi tahun 2021 hinggga 2025.
Peruntukan yang telah disediakan akan membolehkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang mendukung empat (4) aspirasi di dalam Plan Strategic Kementerian Kewangan dan Ekonomi iaitu:
Pembangunan dan Kepelbagaian ekonomi.;
Mengekalkan kemampanan fiskal melalui penggunaan peruntukan kewangan kerajaan yang efisin;
Penglibatan dan Kerjasama yang efektif dengan pihak berkepentingan; dan
Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Pengukuhan fiskal kerajaan akan tetap menjadikan keutamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui dasar berhemah dalam mengurus belanjawan dan kewangan negara secara fiskal consolidation dan juga memperluaskan asas pendapatan negara disamping meningkatkan hasil tahunan setiap kementerian.
Walau bagaimanapun, pendekatan balance approach perlulah diambil agar usaha-usaha kerajaan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan mengukuhkan sektor swasta tidak akan terhalang.
ان شاء هللاdengan usaha bersepadu dan berterusan dengan pihak yang berkenaan di samping penggunaan teknologi untuk meringkaskan proses-proses mempermudahkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan akan memberi impact yang positif kepada kedudukan fiskal kerajaan dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang. Ke arah itu, semua jabatan, bahagian dan badan-badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan sentiasa bekerjasama secara bersepadu dan juga bekerja dengan kementerian-kementerian lain dan pihak swasta termasuk GLC dan FDI bagi mendukung usaha merelialisasikan aspirasi-aspirasi berkenaan sepertimana pencapaian-pencapaian yang telah dikongsikan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 202/2024 pada hari Isnin yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi Tahun Kewangan 2023/2024, peruntukkan yang telah disediakan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi secara keseluruhannya berjumlah $1,014,060,440.00 di mana $215,022,350.00 adalah untuk membiayai keperluan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta 4 buah jabatan di bawahnya. Manakala $799,083,090.00 adalah disediakan di bawah Tajuk SD09A – Perkhidmatan Rampaian untuk membiayai keperluan-keperluan guna sama bagi kesemua kementerian dan jabatan.
Di bawah kategori Gaji Kakitangan, Peruntukkan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta 4 Jabatan dibawahnya telah disediakan sebanyak $61,848,370.00. Antaranya bagi membiayai pembayaran gaji, bonus, elaun-elaun serta caruman Tabung Amanah Perkerja (TAP) serta Supplement Contribution Pension (SCP) dan Skim Pesaraan Kebangsaan (SPK) bagi 2,126 jawatan yang telah disediakan.
Di bawah Katergori Pebelanjaan Berulang-ulang. Sejumlah $153,173,980 disediakan untuk membiayai keperluan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta 4 buah jabatan di bawahnya.
Manakala di bawah Tajuk Perbelanjaan Rampaian sejumlah $180,855,940 telah disediakan. Di bawah Kategori Perbelanjaan Berulang-ulang ini, kaola akan kongsikan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta 4 buah jabatan di bawahnya terlebih dahulu.
Sejumlah $9.5 juta disediakan bagi Pemeliharaan Aset untuk membiayai Kerja-Kerja Pembaikan dan Pemeliharaan ke atas Aset-Aset, Peralatan dan Kelengkapan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya. Sejumlah $2.86 juta disediakan bagi Perbelanjaan Operasi.
Antaranya untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya seperti pembelian barangan uniform dan aksesori bagi Pegawai dan Kakitangan Kastam dan Eksais Diraja.
Sejumlah $1.17 juta di bawah Jabatan Perancangan Eknomomi dan Statistik bagi melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan, Banci Tahunan Perusahaan, Kajian Perbelanjaan Keluarga, Kajian Tenaga Kerja dan Kaji Suku Tahun Perusahaan.
Sejumlah $2.86 juta disediakan untuk Teknologi Maklumat antara lain untuk membiayai MOFE Consolidated Mainternance and Support for System berjumalh $16.18 juta dan pembayaran lesen TAFIS Maintenance and Support , e-Invoice and Microsoft License $4.27 juta.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang telah kaola sampaikan tadi. Peruntukkan di bawah Tajuk SD09A - Perkhidmatan Rampaian adalah sediakan untuk membiayai Perbelanjaan Gunasama bagi ke semua Kementerian dan Jabatan yang memerlukannya.
Ini adalah termasuk sejumlah $6.9 juta disediakan bagi Perbelanjaan Operasi termasuk $3.02 juta untuk membiayai penyewaan mesin fotokopi yang dikendalikan semula Jabatan Pebendaraan bagi semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan memudahkan pemantauan dan pengawalan agar peruntukkan dan tenaga manusia dapat digunakan secara optima.
Perbelanjaan Pendidikan disediakan keseluruhannya $28.7 juta. Antaranya bagi pemberian Elaun Pelajaran yang diberikan sebagai kemudahan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Elaun Pelajaran Khas Sekolah Swasta bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas adalah sebanyak $1.9 juta. Perbelanjaan Miscellaneous disediakan keseluruhannya $ 216.5 juta bagi membiayai perbelanjaan-perbelanjaan. Antara lain seperti berikut bagi mengubahsuai Asrama Perempuan di bawah Projek Pengubahsuaian dan Pembaikan Menyeluruh Bangunan Brunei Hall sejumlah $ 3.34 juta dengan harga rancangan sebanyak £$ 19.51 juta.
Bagi pembaikan dan penggantian sistem penghawa dingin dan chiller, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan $10 juta bagi membiayai kos-kos pemeliharaan di bawah Kementerian-kementerian temasuk membiayai implementation services bagi Sistem Pengurusan Elektronik dan Kase sebanyak $538 ribu dengan harga rancangan $2.9 juta.
Pengantian dan menaik taraf peralatan dan bangunan di Pusat Persidangan Antarabangsa sejumlah $630 ribu dan Projek Baik pulih dan Menaik taraf Masjid-Masjid dan Surau-Surau dan Balai Ibadat seluruh negara bagi 31 buah masjid sebanyak $2 juta harga rancangan $7.53 juta. Di bawah Akaun Fokus Perbelanjaan disediakan keseluruhannya sejumlah $66.45 juta. Antaranya bagi membiayai Kos Pelaksanaan Platform Baru SAP di bawah Projek Tafis 2.0 sejumlah $11.88 juta.
Seterusnya, Perbelanjaan untuk menangani Wabak Penyakit Berjangkit disediakan peruntukkan sebanyak $50 juta membiayai keperluan dalam menangani wabak. Manakala perbelanjaan bagi menangani Bencana Alam disediakan sebanyak $25 juta. Antara lain nya bagi membiayai Kerja-Kerja Menaikkan Paras Jalan Raya di kawasan-kawasan yang sering di landa banjir berjumlah $ 10 juta dengan harga rancangan $18.8 juta.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di bawah Kategori Kemajuan. Sejumlah $ 8.91 juta dengan harga rancangan $ 264.09 juta adalah diperuntukkan antara lain nya untuk membiayai Projek Pembukaan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam. Projek Pembangunan Kluster Microekonomik, Projek Pembangunan Teluk Brunei, Pulau Muara Besar dan Platform Perkhidmatan Perniagaan Nasional.
Yang Berhormat Pengerusi. Sekianlah yang dapat kaoal kongsikan sebagai maklumat dan panduan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kaola menutup sepertimana jua yang lazimnya di buat pada tahun-tahun yang lalu. Kaola memohon izin bagi Peruntukkan Jabatan Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau HMSF yang disifatkan sebagai Jabatan yang tertutup untuk tidak dibincangan disifatkan sebagai jabatan yang tertutup untuk tidak dibincangkan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira kenyataan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tentang hala tuju kementeriannya atau belanjawan kementeriannya adalah cukup jelas dan comprehensive.
Saya juga telah difahamkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat telah berpeluang mengadakan muzakarah bersama-sama dengan kementerian yang berkenaan ini.
Walau bagaimanapun, Tajuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi ini sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Bersama dengan saya ini terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka ikut serta untuk membincangkan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Untuk itu saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ ال dan salam sejahtera. Kaola merujuk kepada Tajuk SD01A – Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sebelum itu kaola sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II atas pembentangan mukadimah yang jelas untuk panduan abis kaola di sini.
Berkaitan dengan Tajuk SD01A – Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Dalam usaha pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk mengembang luaskan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat di negara ini, kaola ada satu pertanyaan sahaja mengusulkan satu pertanyaan mengenai peluang-peluang pelaburan jika ada dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi ini mengambil kira jumlah jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang semakin meningkat dari semasa ke semasa yang menjadikan destinasi ke Arab Saudi adalah satu tumpuan bagi sebilangan masyarakat Brunei khususnya semasa musim cuti persekolahan dengan membawa ahli keluarga termasuk warga emas dan anak-anak kecil.
Jadi, sering juga didengar rungutan-rungutan, aduan-aduan daripada rakyat kitani yang berada di sana (di tanah suci), terutamanya ketika musim-musim high season. Contohnya waktu bulan Disember dan waktu-waktu sekarang ini. Bulan Syaaban dan Ramadhan seumpamanya.
Antaranya yang kita dengar selalu kadang-kadang penginapan dicancel oleh pengurus-pengurus hotel dan seumpamanya dan kos perbelanjaan yang tinggi.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengusulkan persoalan adakah dalam perancangan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk mengembang luaskan lagi pelaburan kerajaan dalam hal tanah dengan pembelian hotel-hotel contohnya yang bertaraf 4 atau 5 bintang di kota Mekah dan Madinah yang 100% dimiliki oleh kerajaan Brunei dengan memberikan keutamaan penginapan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui agensi-agensi pelancongan yang menguruskan pengoperasian Umrah?.
Pada pandangan kaola, dengan adanya pelaburan-pelaburan seperti ini selain memberikan kemudahan untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat kitani ia juga seterusnya boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan dalam perkhidmatan dan urus tadbir perhotelan, misalannya. Ataupun dengan membuka di hotel berkenaan restaurant-restaurant yang menyajikan masakan-masakan Brunei dengan kakitangan daripada anak-anak tempatan. Jadi itu sahaja yang ingin kaola usulkan di sini. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. علَ ْي ُك ْم َ سالَ ُم َّ ال َُُو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih ke atas soalan dari Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam mengenai dengan pelaburan negara di tanah suci supaya mengadakan hotel-hotel dipunyai oleh kerajaan 100% untuk kemudahan jemaah-jemaah untuk menunaikan Fardhu Haji dan ataupun menjalankan Umrah dan sebagainya.
Perkara ini memang diambil berat oleh kerajaan sejak dulu berapa puluh tahun sebelum ini juga. Pada masa ini memang kerajaan sudah terdapat hotel di kota Mekah dan juga Madinah. Jadi, kalau jemaah kitani Musim Haji memang selalunya ditempah hotel-hotel berkenaan. Mungkin ada semasa orang kitani menjalankan Umrah masa itu menempah melalui travel agent dan sebagainya.
Mungkin travel agent itu menggunakan hotel-hotel lain. Mungkin kalau melalui travel agent kadang-kadang menggunakan hotel yang mungkin tidak dapat kitani kawal. Jadi ada kemungkinan sebahagian booking- booking itu dicancel sudah bila masa mereka sampai ke kota Mekah ataupun Madinah.
Memang pelaburan kitani negara ini memang sudah terdapat. Itu satu perkara memang bukan sahaja bidang Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang perkara ini beruding dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama jua. Pada masa ini untuk menjawab memang sudah ada hotel yang dipunyai oleh kerajaan pada masa ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. Ada reaction.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengalu-alukan soalan yang diusulkan dan dengan itu mendapat respond yang tegas nyata daripada rakan sejawat kaola Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Mudah-mudahanlah ertinya kedudukan kitani mempunyai hotel di kota Mekah dan kota Madinah itu akan berkekalan ان شاء هللاdan satu perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam tadi ialah ada semacam keistimewaan dari segi tarif ataupun sewa barangkali bagi rakyat kitani berbanding dengan yang lain.
Itu tentulah dari segi perkiraan-perkiraan bisnes bagaimana untung dan ruginya dan sebagainya tapi yang penting jaminan daripada kaola katakan tadi bahawa kitani ada hotel dan akan berterusan ada hotel dan akan dapat menampung keperluan-keperluan sedemikian.
Satu kenyataan memang sebenarnya kalau agen-agen operasi haji dan umrah ini mereka lebih tentu mencari kediaman- kediaman atau tempat penginapan baik musim haji dan umrah ini yang termurahlah daripada yang ada. Jadi tidak semestinya terbukti pada masa pengalaman yang lalu tidak semestinya mereka memakai hotel kitani Ajyad di Makah dan Taibah di Madinah. Mereka memilih hotel-hotel yang lain itu sahaja masalahnya dan ini betul bukan sahaja difikirkan dari aspek kewangannya dan fikirkan juga dari aspek keagamaan kitani bahawa urusan haji dan umrah kitani besar dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Sekarang kita beralih kepada ahli yang lain. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركات ف َ س َـَل ُم عَلى أَش ِّ ْـر َّ َّـَلةُ َوال َ ب العَالَمِّ ْينَ َوالص ِّ ال َح ْم ُد هلل َر َ َ األ ْن ِبيَـاءِ َوال ُم ْر َس ِليْـن Salam sejahtera. Kaola sukacita menyentuh di bawah dengan Tajuk SD01A - Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Kaola membawa isu-isu dan pemasalahan orang ramai yang cukup terkesan iaitu dengan kenaikan harga barang dan kos-kos perkhidmatan yang melambung naik sehingga menjejaskan perbelanjaan seisi keluarga.
Bagi menyeimbangkan perbelanjaan rakyat yang terkesan dipohonkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan bayaran dua kali pembayaran kepada para penerima pencen-pencen perkhidmatan dan kaola juga mencadangkan sebagai permulaan keutamaan diberikan kepada pencen melalui akaun bank, sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat. Yang difahami soalannya dipohonkan bagi kerajaan menimbangkan dua kali pembayaran bagi pencen-pencen bulanan. Cadangan ini kaola perlulah meneliti lagi, mungkin tidak jadi masalah. Jadi kaola berunding dahulu dan difikrkan kesesuaiannya tapi tiada menjadi masalah yang besar.
Tapi hanya setiap bulan untuk orang ramai menerima pencen dan masih lagi ramai penerima ini datang ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi bukannya mereka memilih melalui bank jadi lihatlah ada sebahagian yang penerima mungkin ia datang physically ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi dua kali sebulan.
Kalau semua menggunakan bank senang dijalankan jadi kitani lihat dahulu sam ada sistem itu dapat menghandle ada sebahagian menerima dua kali sebahagian akan menerima sekali. Itu difikirkan juga kemampuan sistem yang pada masa kini. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum kaola meneruskan hujah kaola ini supaya tidak tersalah kamar lagi adakah ini meliputi di bawah Tajuk SD010, Yang Berhormat Pengerusi?
Yang Berhormat Pengerusi
Ini terkandung di bawah Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Kalau begitu Yang Berhormat Pengerusi kaola minta tangguh dahulu, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم Kaola ada dua soalan Yang Berhormat Pengerusi :-
Kaola ingin merujuk di bawah Tajuk SD04A, Akaun ‘B’ - Perbelanjaan Berulang-Ulang Kod Akaun B00300 di bawah program dan aktiviti berkaitan sewa dengan Perbelanjaan Anggaran sebanyak $1,116,000.00. Kaola memohon pencerahan berkaitan dengan perkembangan status skim sewa beli rumah ataupun rent to own yang telah diusulkan dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuarat Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara 1443H/2022M.; dan
Kaola juga mohon pencerahan berkaitan Kod Akaun B00600 - Perbelanjaan Beroperasi berkaitan dengan adanya operasi. Dengan adanya kenaikan dari $120,000.00 kepada $1,290,690,000.00. Ini adalah kenaikan sebanyak $1,170,690,000.00.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas dua soalan pertama sekali rent to own.
Memang perkara ini pernah dicadangkan tetapi selepas itu atas sebab-sebab tidak diteruskan sebenarnya difahami jua ada satu kementerian pernah cuba menjalankan skim ini tapi sampai kini tidak juga berjaya, jadi perkara ini perlulah belum diteruskan dan kementerian kaola akan meneliti kesesuiannya.
Dari segi operasi ini kaola tidak pasti mana satu seksyennya tapi operasi ini tidak dapat kitani bandingkan setahun ke setahun because keperulan dari setahun ke setahun memang ada kelainan jadi tidak dapat kita melihat suddenly kalau sekiranya ada yang perlu kitani beli sekiranya komputer sekali kitani beli mungkin tiga tahun yang akan datang itu mungkin tidak akan dibeli memang peruntukan operasi itu menurun jadi sudah datang masanya perlu komputer itu diganti yang dengan sendirinya peruntukan itu akan jauh meningkat.
Itulah yang satu kira nature of operation tidak dapat kitani bandingkan setiap peruntukan itu dlihat sebagai apa yang disoalkan itu tadi, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُالسَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه
Kaola ingin merujuk kepada SD01A Kod 005-000. Ini mengenai dengan Akta Company Penggal 39 yang mana ia mengawal pertubuhan dan perjalanan sebuah syarikat berbentuk sendirian berhad. Ia adalah satu jentera yang membolehkan seseorang peniaga mendapatkan pelaburan dengan penjualan saham (shares) kepada pelabur-pelabur di dalam dan luar negara dan Akta Company ini mengikat semua yang sedang atau akan menjalankan perniagaan secara sendirian berhad.
Selain daripada Akta Company, syarikat-syarikat sedemikian diuruskan oleh Lembaga Pengarah Board of Directors, pengurusan syarikat tersebut sebagai satu kehendak undang-undang tercatit dalam dokumen-dokumen bertajuk Memorandum dan Articles of Association yang diwajibkan oleh Akta Company. ### Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Jadi syarat-syarat untuk menjadi pengarah dan pemegang saham shareholders ini semuanya telah dimuatkan di dalam Akta tersebut, Bab 138 dan 149 telah memperincikan perihal syarat-syarat pengarah misalannya bilangan pengarah, kelayakan dan siapa yang tidak layak, tanggungjawab pengarah dan sebagainya.
Apa yang menjadi sesalan ramai peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur adalah kerana telah timbul dari beberapa tahun kebelakangan ini unwritten rules and policies yang dilaksanakan oleh pendaftar companies, Registrar of Companies (ROC) antaranya adalah:-
Pemegang IC hijau tidak dibenarkan menjadi pengarah.;
Mereka yang menjadi pengarah di syarikat lain tidak dibenarkan menjadi pengarah syarikat baru.; dan
Pemegang saham dari individu luar negara tidak lagi dibenarkan. Pemegang saham perlu dari individu tempatan dan bahan korporat tempatan bukannya luar negara. ROC menjalankan temuduga untuk menentukan sama ada dari budi bicara mereka permohonan untuk menjadi pengarah atau pemegang saham akan diluluskan. Perlu ditekankan di sini bahawa Akta Company telah memperincikan dengan jelas syarat-syarat untuk menjadi pengarah dan pemegang saham dengan mengambil kira kepentingan rakyat tempatan.
Unwritten rules and policies seperti yang dipraktikkan oleh ROC adalah bertentangan dengan undang-undang Akta Company yang tidak pernah menjadi kuasa sedemikian kepada ROC. Ini melembapkan perjalanan penjanaan ekonomi dengan menyusahkan dan mematahkan semangat mereka yang ingin menceburkan diri di bidang perniagaan atau menjadi pelabur di dalam perniagaan di negara ini.
ROC perlu mengubah dan menambah Akta Company jika mereka memikirkan undang-undang yang sedia ada tidak mencapai matlamat yang mereka ingini dan bukan dengan cara mengambil kuasa yang tidak tersedia ada dalam undang-undang yang ada.
Itu yang pertama. Kaola ingin meminta kebijaksanaan Yang Berhormat Pengerusi sama ada bolehkah kaola untuk menyoal satu di dalam Brunei Darussalam Central Bank (BDCB)? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Akta Pampasan Pekerja mewajibkan setiap majikan mendapatkan insurans pampasan kerja bagi setiap pekerja mereka. Pekerja yang mendapat kemalangan semasa bekerja akan diberikan pampasan dengan tidak mengambil kira sama ada kemalangan itu adalah disebabkan oleh kecuaian pekerja itu sendiri. Had maksima pampasan adalah $28,800 jika pekerja itu meninggal dunia dan $36,600 jika pekerja itu tidak meninggal dunia.
Tetapi jika majikan telah melakukan sebarang kecuaian misalnya dengan tidak mengadakan sistem pekerjaan yang selamat, tidak memberi pakaian keselamatan, tidak memastikan pakaian keselamatan digunakan, tidak menjaga keselamatan perkakas dan mesin yang digunakan oleh pekerja. Ini adalah relevan kerana Brunei kitani akan mengadakan agrimakanan yang banyak menggunakan mesin-mesin.
Maka majikan dapat dituntut pampasan kerana kecuaian itu. Ini adalah tuntutan common law dan luar dari pampasan yang diberi di bawah Akta Pampasan Pekerja. Tuntutan di bawah common law ini boleh mencapai beratusan ribu ringgit malahan ada yang mencapai jutaan ringgit. Hingga beberapa tahun kebelakangan ini, insurans pampasan kerja akan juga melindungi tuntutan common law secara tidak terhad, ertinya unlimited. Dengan itu majikan-majikan dapat merasa lega bahawa tuntutan common law ini akan dibayar oleh insurans yang mereka telah beli.
Perlindungan tuntutan common law secara tidak terhad diberhentikan oleh hampir kesemua syarikat insurans dan takaful di negara ini. Kebanyakan mereka menghadkan maksima yang dapat dituntut oleh majikan di bawah tuntutan common law kepada $100,000 sahaja. Selebihnya perlu dibayar oleh majikan itu sendiri.
Persoalannya, tindakan insurans dan takaful untuk menghadkan perlindungan tuntutan common law adalah satu bom masa (time bomb) yang dibelenggui kepada setiap majikan di negara kitani. Kebanyakan majikan tidak akan mampu membayar dari cash flow sendiri jika dituntut beratus ribu kerana kemalangan pekerjanya. Yang lebih malang lagi, banyak majikan-majikan dibuai perasaan yakin yang mereka akan mendapat perlindungan insurans atau takaful yang telah dibeli.
Bom masa ini pasti akan meledak bila-bila masa bagi sesetengah majikan di masa-masa hadapan. Bayangkan kalau company itu mendapat dalam 10 tahun mengumpulkan wang dalam setengah juta atau sejuta, kemudian dengan tiba-tiba pekerjanya telah cedera yang mahkamah akan memberikan maksima pembayaran $100,000 tuntutan jadi selebihnya majikan itu yang membayar dan akibatnya company orang kitani yang mikro dan kecil secara automatiknya tutup, bankrupt, muflis. Sebagai perbandingan, insurans kereta third party akan memberikan perlindungan tanpa had jika berlaku tuntutan kerana kecuaian pemandu. Ini perbezaannya. Ini kerana Akta Motor Vehicle Insurance,Third Party Risk Act Penggal 90 mewajibkan setiap kenderaan dilindungi insurans pihak ketiga (third party) secara tidak terhad.
Alasan pihak insurans yang menyatakan bahawa memberi perlindungan common law secara tidak terhad kepada majikan adalah beban yang terlalu berat adalah tidak logik jika diselidik dengan mendalam. Pihak insurans dapat meringankan beban risiko mereka dengan menaikkan premium insurance kepada majikan atau melebihkan insurans kepada risiko-risiko ini. Mungkin juga keuntungan pihak insurans akan tidak selumayan dahulu tetapi jauh dari merugikan mereka.
Memastikan keuntungan yang lebih untuk syarikat-syarikat insurans tidak patut menjadi sandaran jika berbuat demikian akan membuat syarikat tempatan mengalami risiko yang jelas dan mereka akan bersemuka dengan sepertimana saya katakan tadi ialah mereka akan bankrupt dan muflis.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas dua soalan dari Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Pertama kali mengenai dengan ROCBN (Registrar of Company Brunei Darussalam). Jadi soalannya mengenai dengan pemegang IC hijau, tidak boleh jadi director di Negara Brunei Darussalam atau jika seorang sudah menjadi director di satu syarikat, tidak boleh lagi menjadi director di syarikat yang lain. Perkara ini memang sebelum ini kita beri kelonggaran sampai terjadi beberapa masalah sehingga pekerja asing ini, nama digunakan untuk menjadikan director di sana-sini.
Ada sampai sebahagian pekerja asing tidak mengetahui nama mereka digunakan. Ada jua disalahguna oleh sebahagian orang kita, mendatangkan pekerja asing supaya dapat datang ke negara ini, mendaftar sebagai Pengarah Syarikat dan seterusnya diberikan IC hijau tanpa menjamin mereka sudah terdapat pekerjaan di dalam negeri. Jadi perkara sebegitu adalah dikategorikan sebagai human trafficking.
Berikutan dengan isu ini, ROCBN telah mengambil langkah supaya kita meneliti lebih dalam bagi setiap orang pekerja asing yang datang ke Brunei ini untuk menjadi director. Jadi jika dikira ada pekerja asing yang sudah bekerja di Brunei, maksudnya mereka datang ke Brunei ini bagi kerja yang sudah ditetapkan. Jadinya kenapa lesen visa, work permit, untuk bekerja for example menjadi seorang bus driver. Jadi apabila datang ke Brunei, menjadi seorang pengarah di dalam satu syarikat lain. Jadi work visa nya adalah untuk bus driver dan bukannya untuk menjadi director di negara ini.
Itulah satu isu yang takut disalahgunakan. Pada masa ini, ROCBN memang lebih strict untuk memastikan sama ada pekerja ini benar-benar director ataupun bukan. Ini kerana ada sebahagian pekerja asing ini, mereka tidak mengetahui bahawa nama mereka telah digunakan untuk menjadi director. Sebenarnya bagi orang asing ini, tidak semestinya pekerja asing di Brunei, boleh jadi director, tiada masalah. Tapi memang kita mempunyai usual background check dan sebagainya.
Soalannya adalah mengenai dengan pekerja asing yang sudah ada di dalam negeri ini memang kerjanya, sebelum ianya masuk mestilah memohon ke Labour Department dan sebagainya bagi mendaftarkan jawatan khas yang dipohonkan itu sahaja. Jadi apabila pekerja asing menjadi director, pada masa ini, seperti yang diberitahu awal tadi, ROCBN dan because of human trafficking issue, perkara ini akan diteliti dan diambil lebih serius. Jika ada cara untuk mengatasi isu ini, mugkin boleh difikirkan kembali.
Yang kedua mengenai insurans, kaola kurang pasti, insurance directive ini mungkin bukan dari BDCB. Kalau pekerja yang bekerja di mana-mana syarikat, memang tanggungjawab syarikat menjamin supaya working environment sesuai dan tidak akan membahayakan pekerja-pekerja mereka masing-masing. Tapi walaupun kita mengambil langkah untuk safety measure dan sebgainya, accidents do happen. Jadi kemalangan ini memang semua tidak disengajakan. Jadi kita perlulah membeli insurance coverage, just in case ada accident yang we didn’t anticipate some of this accident.
Soalannya, ada insurans yang dijual kepada syarikat ataupun pekerja yang mempunyai limit hanya $100 ribu dan selepas itu mesti dibayar oleh majikan dan sebagainya. Tetapi ini juga tertakluk kepada insurans yang dibeli dan mengikut coverage insurans tersebut.
Jika kita hendak membeli insurans coverage $1 juta, maka belilah insurans daripada syarikat yang berkenaan dan dibayar premium yang dicaj oleh insurance company tersebut. Itulah yang kaola punya understanding.
Insurans mungkin yang dicontohkan tadi yang mempunyai coverage $100 ribu, memanglah insurans tersebut membayar hingga $100 ribu, dan lebihnya terpaksalah majikan, jadinya majikan tersebut mengambil risiko.
Jika kita mahu mengambil cukup coverage, jadi kita bolehlah berunding dengan insurance company berapa sebenarnya jumlah coverage yang mencukupi. Itu sahaja kaola boleh menjawab soalan-soalan yang tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Dato.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Soalan daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa tadi, berkenaan dengan directorship ini, sebenarnya memang itu sebagai kawalan untuk memastikan orang-orang asing yang ada jawatan di Brunei ini, tidak tinggal lama di Brunei without proper job untuk dijadikan directors. Jadi itu adalah sebagai kawalan dan bukannya untuk menyusahkan. It started in 2019.
Seperti Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II memaklumkan bahawa selepas ditemuduga, even the person yang propose to be directors ini juga tidak mengetahui apa sebenarnya kerja mereka, tidak mengetahui bahasa dan sebagainya. Itu sebenarnya kawalan dan di Jabatan Buruh memang dikawal perkara ini untuk memastikan bahawa pekerja asing yang ada di Brunei mengikut apa yang tugas diberikan dan bukannya untuk stay longer and taking advantage. Itu dari segi pengawalan sahaja. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بسم هللا الرحمن الرحيمTerima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada beberapa soalan, jadi kaola akan baca setiap soalan dan berhenti bagi laluan untuk Yang Berhormat untuk menjawab dan izinkan kaola untuk menyambung seterusnya ان شاء هللا. Soalan pertama mengenai FDI. Usaha- usaha berterusan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk menarik pelbagai Foreign Direct Investment untuk mempelbagaikan sumber ekonomi daripada bergantung kepada industri minyak dan gas semata-mata, sangat- sangat dialukan dan patut diberikan sokongan padu. Tahniah.
Kaola sebagai pesara teknikal dari industri oil and gas, ikut teruja mengetahui inisiatif-inisiatif yang mempelbagaikan ekonomi negara, memperbanyakkan industri baharu untuk supplement pendapatan negara daripada bergantung rata-rata pada traditional industry oil dan gas yang selama ini berperanan sebagai goose that lays the golden eggs yakni angsa yang bertelurkan emas. Jadi lebih banyak new industry, lebih banyak lagi angsa-angsa yang bertelur emas. ان شاء هللا
Cadangan kaola, menambah apa yang kaola sarankan semasa dalam pembahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024 kelmarin, selain dari mengambil pengajaran dan lessons learned dari FDI’s yang lalu untuk diserapkan dalam terma dan conditions FDI’s yang selanjutnya, kaola cadangkan berigakanlah, communicate, educate, komponen utama dalam terma dan syarat FDI itu kepada rakyat supaya tidak salah andaian, almaklum hanya segelintir ahli kerajaan yang terpilih saja yang mengetahui dan mengakses terma dan syarat yang dipersetujui untuk menarik FDI tersebut untuk melabur ke Negara Brunei Darussalam supaya rakyat yang tidak tahu tidak akan membuat andaian yang tidak betul dan buruk sangka.
Ada sebilangan besar warga awam tidak mengerti mengapa budget negara masih dalam defisit walhal industri hiliran dilaporkan mendatangkan revenue lumayan hingga $9.1 bilion, mungkin kita perlu educate kepada rakyat supaya mereka faham walaupun revenue stream dari aliran baharu ini sungguh memberangsangkan tapi belum masuk ke dalam treasury. Saya berhenti untuk memberi laluan untuk jawapan dan ada 7 lagi soalan selanjutnya. ان شاء هللا
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pertama sekali terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin atas soalannya mengenai FDI dan syarat- syaratnya yang dipersetujui oleh kerajaan dengan FDI yang datang ke Negara Brunei Darussalam. Apa yang penting kaola rasa kita kongsikan dengan orang ramai manfaatnya atau pun keperluan kita menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing ke dalam negeri. Dari segi syarat-syarat dan detail itu, kalau kita start mengongsikan kepada orang ramai, what can they do? Dan satu jua, akan menimbulkan lagi banyak soalan selepas itu. Because we cannot agree on everything. Because memang ada macam-macam pandangan dan sebagainya. Apa yang penting kita mesti kalau boleh bersatu hati dalam negeri ini.
Semua rakyat dan penduduk ini lebih faham kenapa kita perlu menarik lebih banyak FDI ke dalam negeri. Itu saja yang paling penting. Dari segi detail tersebut biarlah kerajaan dengan sokongan orang ramai mengusahakan lagi menarik FDI ke dalam negeri. Itu saja mungkin cara kita melaksanakan kerja ini. Tidak perlu sehingga detail because kalau dikongsikan memang banyak lagi soalan, argument dan sebagainya. Because seorang punya pandangan tidak semestinya orang lain mendapatkan pandangan yang sama. Itulah untuk menjawap soalan pertama dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Since we cannot debate, I will not debate with you. Then we must see in muzakarah ان شاء للاkita akan debate pro’s and con’s component yang perlu diberigakan. ان شاء هللاKaola teruskan dengan soalan kaola yang kedua, stock exchange. Kaola difahamkan bahawa usaha kerajaan untuk membuka stock exchange sedang giat diusahakan dan ان شاء هللاakan menunggu sedikit masa lagi untuk pelancarannya.
Stock exchange, stock market adalah satu inisiatif baru di negara ini untuk membantu negara, orang awam untuk melabur, menaikkan ekonomi pelabur dan ini memerlukan kefahaman akan risiko dan financial benefits dan risikonya.
Kaola cadangkan sementara menunggu pelancaran stock exchange ini, disegerakan program-program untuk menaikkan pengetahuan (knowledge) warga awam tentang stock markets, risiko-risiko dalam pelaburan, financial awareness, financial supaya bakal-bakal pelabur tahu dan menjadi pelabur yang berwawasan dan tidak mengikut perasaan atau ikut crowd pressure. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih. Soalan kedua mengenai dengan stock exchange. Agenda ini memang dalam beberapa tahun sudah Kementerian Kewangan dan Ekonomi cuba membuat persediaan.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلhasil daripada kerja-kerja yang telah dibuat, sistem tersebut almost ready. Tetapi, untuk menjayakan stock exchange, ia bukan saja mengharapkan sistemnya. Ia memerlukan beberapa supporting factors, terutamanya readiness of the bank, for example, jadi primary dealers, secondary dealers and also readiness of the companies di mana syarikat-syarikat yang hendak kita listing, apa rekodnya dan sebagainya.
Lepas itu, company directors. Adakah company directors’ yang cukup experience menjadikan independent directors di dalam syarikat-syarikat yang akan disenaraikan di stock exchange. Lepas itu, corporate secretary yang bertanggungjawab, dapat memproses isu-isu seperti menjamin transparency apa yang berlaku di dalam setiap syarikat tersebut dan juga beberapa faktor lagi.
Perkara-perkara ini boleh kita buat tetapi kita mesti juga faham investment mentality di dalam negeri ini bagi pelaburan-pelaburan nanti. Jadi ini memang satu usaha Kementerian Kewangan dan Ekonomi apabila stock exchange ini almost ready, memang akan dibuatkan roadshow dan juga educate the public dari segi risks and rewards of investment. Orang ramai mesti faham, sepertimana mana-mana pelaburan, bukan semua guarantee keuntungan. Setiap pelaburan memang ada risikonya juga.
Bagaimana setiap pelabur menstruktur investment portfolio, adakah semua dalam stock atau ada sebahagian dalam deposit dan sebagainya. Itu tertakluk kepada keadaan setiap individu. Jadi itulah, sebelum stock exchange ini dilancarkan memang akan diberikan education kepada orang ramai.
Memang ada sebahagian orang kitani memang sudah expert dalam investment tapi bukan semua. Jadi supaya mereka tidak terus rushing beli sahaja apa yang tersenarai di dalam stock exchange kitani nanti. They have to membuat informed decision macam itulah. ان شاء هللا. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Soalan ketiga, Yang Berhormat Pengerusi. Free Trade Agreement (FTA), kaola ingin mengucapkan tahniah kepada agensi-agensi kerajaan atas usaha perundingan bersama dalam mencapai terma dan syarat perdagangan Brunei menyertai FTA yang ada. Brunei telah diberkati atas tindakan mentry beberapa perjanjian perdagangan collective di rantau ASEAN dan Asia Pasifik.
Persoalannya, bagaimanakah kita sebagai sebuah negara mengambil faedahdaripada perjanjian FTA tersebut dan kaola mencadangkan supaya Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat manfaat daripada FTA tersebut dan adakah diadakan indicator yang dapat dikongsikan dalam menunjukkan success of SME yang telah mengikuti manfaat dari FTA yang telah dibincangkan.
Kaola mencadangkan untuk membuat pertimbangan bagi menubuhkan akademi perdagangan dalam MFA, MOFe, MPRT yang berperanan secara khusus untuk berkomunikasi, mengajar dan melatih SME akan kandungan dalam FTA, supaya mereka, iaitu komuniti perdagangan kita termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat manfaat dari FTA yang telah dirundingkan bersama.
Cadangan kedua, adakah ada insiatif-inisiatif yang mengunakan kepakaran dan Global Network Brunei Economics Development Board dan Brunei Darussalam Assets yang telah bergabung untuk menarik FDI dari negara-negara yang tidak mempunyai akses kepada terms FDI Brunei untuk melabur dan menggunakan Brunei sebagai platform, membuat joint venture untuk memasuki pemasaran baru dan secara tidak langsung menarik local SME sebagai supplier kepada joint venture tersebut. Saya beri laluan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Ini mengenai dengan Free Trade Agreement (FTA) yang telah kerajaan kitani ikuti. Pertama kali, kita telah mendengar beberapa tahun kebelakangan, Regional Comprehensive Economics Partnership (RCEP), iaitu suatu FTA antara negera-negera ASEAN dengan 5 buah negera di rantau ini juga seperti China, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea.
Selepas kita telah masuk dalam perjanjian ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengambil langkah untuk mengongsikan detail-details dengan industry players.
Perkara ini memang sudah dijalankan, jadi pada masa ini kerajaan masih lagi dalam perundingan untuk finalising satu lagi FTA, iaitu Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), melibatkan 11 buah negera. Jadi negara kita Brunei terlibat dalam final stage of finalisation.
Satu lagi yang di champion oleh Amerika Syarikat yang terbaru, iaitu Indo-Pacific Economic Framework, itu baru mulai di start berunding sejak tahun lepas.
ان شاء للاakan terus berunding dengan 13 buah negeri lain dalam economy framework ini.
Apa sebenarnya tujuan kita mengikuti beberapa FTA seperti yang kita sebut tadi, kita negera yang kecil. Jadi dikira sebelum ini, kita tidak terdapat banyak barang yang hendak diexport.
Apatah manfaat kepada negera kita, bagi Kementerian Kewangan ataupun Kerajaan Brunei, kita mengikuti FTA ini supaya kita boleh upgrade because dalam perjanjian setiap FTA itu, ia banyak chapters. Jadi setiap chapters ini bagi peluang untuk negara kita mengupgrade trading policies.
Bagi negera-negera lain, ia melihat Brunei sebagai satu negera yang mempunyai trading policy yang up to date, yang moden. Jadi kalau satu hari nanti apabila industri kita sudah meningkat dengan produk-produkuntuk diexport, jadi mudah bagi kita mengexport barang kita ke negera-negera lain. Bukannya menunggu masa sampai akan mengexport barang baru akan memasukkan FTA ini. Jadi, ini untuk membuat persediaan bagi meningkatan imej kita sebagai suatu trading country.
Dengan accept suatu perjanjian melibatkan 2 billion population, one third of the population dalam dunia ini. Jadi ini suatu peluang yang besar, yang penting kita mesti meningkatkan lagi produk-produk kita untuk dapat diexport ke negera-negera lain. Kalau itu dahulu diusahakan, jadi kalau sudah datang masanya ada produk untuk diexport.
FTA itu akan memudahkan lagi kta mengexport. Satu contoh, ini mengenai dengan CPTPP. Sejak kita ada BFI Fertiliser, Chile negera founders of CPTPP including Brunei. Jadi ia ada suatu keistimewaannya, kalau masa ini urea dapat diexport ke Chile tidak bayar cukai di sana. Jadi ini pertama kali dalam sejarah kita, untuk mengexportbarang ke Chile.
Ini memang suatu perjanjian, memudahkan kita mengexport barang-barang kita bukan urea saja. Dalam satu hari, memang ada produk-produk lain lagi. Jadi on top of that, jika kita dalam CPTPP mungkin ada negera-negera yang lain ia bukan part of CPTPP ataupun Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Ia boleh menubuhkan suatu company di Brunei sebagai suatu FDI.
Kalau ia menubuhkan syarikatnya di Brunei, maksudnya ia dikira suatu company dari Brunei bukannya dari negera asalnya. Jadi, ia boleh manfaatkan kita punya terms and conditions di bawah FTA itu. Jadi, untuk menguntungkan kita punya MSME, kalau sudah ada FDI sepeti kaola balik-balik kongsikan.
Setiap FDI yang datang melabur di dalam negera ini kita bagi peluang maximize peluang untuk mereka spin off kepada FMSME kita dan on top of that menjana pekerjaan baru untuk anak-anak tempatan kita. Itulah mungkin jawapan kaola bagi soalan yang ketiga tadi. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima Kasih, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Tadi kita telah menjemput untuk mendengarkan keterangan atau soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, yang mana kitani tinggalkan sekejap bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Sekarang beliau sudah bersedia dan saya persilakan Yang Berhormat untuk menyuarakan keterangannya. Silakan Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi. ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِِس ِْم ه ف َ َّ َّـَلةُ َوال َ س َـَل ُم عَلى أش ِّ ْـر َ ب العَالَمِّ ْينَ َوالص ِّ ال َح ْم ُد هلل َر َس ِليْـن ْ َ َ األن ِبيَـاءِ َوال ُم ْر
Salam sejahtera. Kaola terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, atas pembentangan Tajuk di bawah Kementerian Kewangan.
Kaola tidaklah akan banyak mengulas peruntukan di bawah Kementerian Kewangan malah kaola amat menghargai peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kewangan yang antara lain menguruskan kewangan negara agar seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan, memastikan kedudukan kewangan kita stabil dan mengagihkan perbelanjaan ke kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.
Kaola cuma ingin menyentuh mengenai dengan isu kepelbagaian ekonomi di bawah Tajuk Perindustrian yang boleh menjamin masa hadapan negara. Kaola berpendapat kita mesti jelas tentang kepelbagaian ini walaupun kerap kali kita menyebut kepelbagaian, kaola berpendapat mungkin kita perlu menyatakan lagi sekali atau lebih spesifik, industri mana yang akan kita fokus dan bagaimana kita menyokongnya.
Kita ambil contoh industri Argo Makanan misalnya. Sejauh manakah infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pengusaha-pengusaha tempatan disediakan seperti jalan-jalan raya, saliran air, bekalan elektrik, khidmat nasihat, kewangan, market distribution, penyediaan gudang-gudang dan lain-lain. Ini untuk mengelakkan pengusaha itu menempuh stumbling block dalam mereka mengembangkan perusahaan mereka.
Masalah ini sebolehnya diatasi secara keseluruhan bukan piecemeal. Adalah dicadangkan agar kemudahan-kemudahan ini dikendalikan melalui kaedah one stop agency agar mereka tidak berlari ke sana ke mari untuk mendapatkan sesuatu dan mendapat layanan berbeza daripada pihak-pihak kerajaan atau untuk mendapat approval daripada pihak-pihak berkuasa.
Yang kedua mengenai industri pelancongan sebagai contoh. Adakah ia masih merupakan salah satu industri kepelbagaian yang kita rasa mempunyai potensi sebagai sumber pendapatan negara.
Sejauh manakah kita mendukung industri ini dengan sokongan-sokongan yang konkrit. Kalau dahulu kita menyebutnya dalam capital letters, kaola harap ia masih di dalam capital letters dan jika pun tidak menukar gold post dikhuatiri kita akan loose side of the gold post.
Kaola masih ingat tourism industry kita pernah bincangkan di Dewan yang mulia ini dan diikuti dengan tawaran biasiswa bagi pelajar-pelajar kita mengambil jurusan yang berkaitan dengan pelancongan tetapi apabila pelajar-pelajar ini tamat, keutamaan yang kita uar-uarkan sudah berkurangan dan mereka tidak mendapat pekerjaan di sektor pelancongan hingga ada di antara mereka menjadi hotel receptionist sahaja. Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi kerana ia merugikan semua pihak.
Akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menyentuh menimbulkan mengenai dengan industri pembinaan yang kaola percaya juga dikenal pasti sebagai industri utama bagi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Dengan berkurangnya perbelanjaan kerajaan dalam projek-projek kemajuan, ia memberi impak yang adverse kepada kontraktor dan konsultan.
Sebilangan kontraktor telah pun mengurangkan kakitangan pekerja mereka ke tahap yang minima untuk mengelak daripada tutup terus. Di samping itu, GLC lebih suka mengambil khidmat perunding luar dari khidmat tempatan dan ini menambah lagi masalah kepada kontraktor dan perunding tempatan. Mereka juga menghadapi masalah lambat pembayaran, kekurangan buruh dan sebagainya.
Dalam perkara ini, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II agar kita lebih jelas kepelbagaian macam manakah yang kita maksudkan atau industri manakah yang akan kita pelbagaikan, yang kita iktiraf sebagai kepelbagaian dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, sekian. ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة.وباهلل التوفيق والهداية ُهللا وبركاتُه ِ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai dengan beberapa soalan.
Kalau kitani lihat kitani punya Economic Blueprint, memang kitani ada beberapa priority sectors yang kitani fokus. Memang kerajaan akan mempelbagaikan ekonomi kitani tapi kitani mesti juga fokus kepada beberapa, fokus kitani tidak boleh terlalu wide, memang Agri Makanan satu sektor utama bagi negara kitani termasuk juga tourism.
Cadangan untuk mengadakan satu one stop agency untuk mengatasi isu-isu dan sebagainya memang satu cadangan yang bagus. Sebelum ini pun ada dicadangkan kalau kitani ikut contoh pada masa ini kalau ada FDI yang hendak datang ke negeri ini, memang kitani ada satu pasukan untuk menghandle isu-isu FDI ini. Jadi nampak approach kitani, pendekatan kitani ini nampak sangat efektif.
Bagi MSME dalam negeri ini, berikutan dengan cadangan yang kitani dengar dalam beberapa hari ini, ان شاء هللاakan difikirkan sama ada industri business ecosystem ataupun di Darussalam Enterprise kitani fikirkan untuk menubuhkan satu pasukan untuk menolong MSME kitani dengan masalah-masalah mereka dalam perniagaan.Ini satu perkara rakan sejawat saya dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, memang ada rancangan-rancangan untuk memajukan lagi sektor tourism kitani.
Dari segi pembinaan, soalannya kenapa GLC’s itu kadang-kadang menggunakan technical expertise dari luar negeri ataupun mungkin company dari luar negeri dalam bidang ini. Tapi sejauh kaola tahu kitani selalu menggunakan syarikat tempatan tetapi ada satu contohnya kitani meminta quotation daripada syarikat tempatan ini and at the same time dibukakan juga untuk syarikat dari luar negeri.Kalau kitani lihat dari segi jumlah tourist datang ke dalam negeri ini, dibandingkan tahun 2019 dengan 2018, memang jauh meningkat. Pada masa itu memang diharap-harapkan juga datang tahun 2020 akan seterusnya meningkat, jadi terkena COVID-19 memang turun.
Ia punya quotation yang diterima itu, jauh berbeza, company dari luar negeri jauh lebih murah daripada syarikat tempatan, ini adalah satu contoh menjadikan kita memilih syarikat because GLC’s ini mesti juga menjaga durang punya cash flow, jaga durang punya cost of operation dan sebagainya. Kalau harga comparable jadi mungkin dapat diambil kira, tetapi ini melebihi 10 kali jauh bezanya. Itulah terjadi GLC’s itu memilih syarikat dari luar negeri.
Syarikat luar negeri itu selepas dipilih, ia membayar withholding tax kepada kerajaan termasuk withholding tax itu, masih lagi jauh murah daripada syarikat tempatan. Itulah is a matter of GLC’s menjalankan company itu as a company, bukan charity.
Dengan sendirinya, mudah-mudahan syarikat tempatan itu over time will try to improve durang punya efficiency dan sebagainya supaya durang punya cost pun competitive over time.
Ini mungkin boleh dijadikan satu cara untuk open competition to improve efficiency of our local companies jua. So, itulah mungkin jawapan kaola sahaja mengenai soalan-soalan yang diajukan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة
ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Terima kasih Pehin Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah pun memberikan mukadimah tentang belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II bagi sesi Kewangan 2023/2024 hari Khamis yang lalu, adalah dijangkakan belanjawan mengalami defisit $2.97 bilion.
Dalam pada itu, ingin juga kaola mengetahui sama ada pihak kerajaan masih lagi mengalami outstanding kutipan hasil sama ada daripada pihak kerajaan ataupun mana-mana kutipan yang harus dikutip.
Dari sini, saya juga mendapati bahawa pengurangan tunggakan kutipan hasil bagi sektor kerajaan dalam tahun 2019 hingga 2020, $7.912 juta tetapi malangnya ianya semakin meningkat, pada tahun 2020 hingga 2021 meningkat kepada $723.95 juta. Di dalam ini yang sebenarnya sasaran di sini sepatutnya menurun tetapi ianya menaik, daripada di sini dianggarkan ia akan menurun dan adalah juga dijangkakan akan menurun lagi $2.2 juta tetapi ia semakin meningkat.
Dalam pada itu juga, kaola ingin mengetahui daripada jumlah ini berapakah yang sebenarnya outstanding kutipan hasil kerajaan pada masa ini dibandingkan dengan pada masa-masa akan datang. Adakah ia semakin meningkat ataupun semakin menurun? ini adalah semata-mata untuk kita sekurang-kurangnya dapat mengurangkan defisit kerajaan dan di samping itu, kaola juga meminta pencerahan atau maklumat apakah tatacara yang boleh diguna pakai bagi kita memastikan outstanding kerajaan itu akan dapat dikutip?
Keduanya, koala juga ingin meminta pencerahan tentang tatacara kita memilih ataupun mempertimbangkan kepada mereka yang ditawarkan ataupun melalui tender board kerajaan ataupun mini tender board di kementerian-kementerian, jika ianya tidak bertentangan dengan dasar kerajaan.
Kenapa saya menimbulkan perkara ini, kadang-kadang didapati projek-projek atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada kontraktor berkenaan tidak mencapai standard apa yang dikehendaki dan kadang-kadang didapati mereka ini mensubcontract kepada contract yang lain dan kita tidak mengetahui apakah standard subcontract ini ataupun adakah mereka berdaftar dengan pihak Kementerian Pembangunan ataupun mereka ini sudah mempunyai piawaian-piawaian yang tertentu yang boleh memberikan perkhidmatan.
Pada misalnya saja kita perbandingkan perkara yang saya perhatikan, berhubung dengan pembersihan dibandingkan dengan JPMC ataupun Specialist Centre di JPCC dengan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah sangat jauh.
Apakah kita benar-benar memberikan tender itu kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dan mempunyai standard-standard yang boleh kita percayai dapat memberikan kualiti, jangantah berkualiti, kualiti yang standard yang patut kita terima dalam perkara ini.
Dan ketiganya, ingin kaola bangkitkan di sini ada dalam penjelasan Kementerian Kewangan di sini iaitu ada penyertaan ekspo daripada pameran perdagangan di serantau dan antarabangsa. Apa yang saya ingin minta penjelasan di sini, ekspo-ekspo yang kita sertai di luar negeri itu, apakah kesannya ataupun adakah kita mempunyai opportunity untuk memasarkan apa jenis produk ataupun perkhidmatan-perkhidmatan dari hasil ekspo ataupun penyertaan kita.
Apa yang saya dapat mengetahui setakat ini ada produk-produk semasa mengadakan ekspo di luar negeri, boleh ada berpotensi untuk di eksport tapi malangnya pengeluar-pengeluar yang menyertai itu tidak berkesanggupan untuk menjual ataupun mengeksport barang-barang mereka.
Inilah satu persoalan, adakah kita mencari jalan macam mana kita boleh menembusi pasaran-pasaran tersebut atau hanya menyertai penyertaan ekspo-ekspo tanpa ada follow up tetapi kita mengenal pasti ada potential dalam pameran tersebut beberapa produk yang boleh marketable dan ada demand di luar negeri.
Perkara ini patutlah kita ambil perhatian dan berikan bantuan yang berpatutan supaya peluang-peluang tersebut direbut sama ada daripada MSME kita boleh menembusi dengan adanya pertolongan-pertolongan yang berpatutan especially in terms of mass production.
Mungkin mereka hanya mengeluarkan barang itu secara manual dan secara mechanization mungkin akan dapat menembusi pasaran-pasaran antarabangsa.
Jadinya itulah sahaja barangkali Yang Berhomat Pehin yang dapat saya berikan pandangan dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang pada kaola pada petang ini. Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof atas tiga soalan.
Pertama sekali mengenai dengan outstanding kutipan. Kaola masa ini menunggu information mengenai dengan outstanding kutipan ini. Jadi sementara ini kaola mengongsikan juga untuk kita mengatasi deficit kerajaan ini memang kutipan itu akan menolong sedikit tapi bukanlah satu cara long term solution untuk kita mengatasi isu deficit ini.
Itulah yang kaola kongsikan dalam kertas pembentangan ini, kita mesti terus menarik lebih banyak lagi FDI ke dalam negera supaya ia dapat mengoffer pekerjaan bagi anak-anak tempatan spin off bagi MSME kita.
Bagi setiap FDI yang datang ke Negara Brunei Darussalam ada yang kadang- kadang jadi satu rakan kongsi dalam pelaburan FDI. Jadi dari kita punya FDI ini dalam mana kita ada share. Mudah- mudahan datang satu hari kita ada dividen kalau company itu menguntungkan, kita dapat cukai dan barang yang dibawa masuk ke dalam negera ini, kita dapat custom duty juga. Itulah beberapa pendapatan kita boleh perolehi dari setiap FDI kalau kita ada ikut joint venture dengan syarikat- syarikat ini. Kalau lebih banyak, insya- Allah akan sekurang-kurangnya menolong juga meningkatkan lagi pendapatan kerajaan. Dari segi tatacara Tender Board dan sebagainya memang kalau sekiranya jumlah di bawah $250,000 melalui Mini Tender Board. Jadi kalau sekiranya lebih pada itu ada lagi National Tender Board.
Dari segi pekerjaan sub-standard dan sebagainya, bagi setiap kementerian untuk memantau kerja-kerja daripada kontraktor-kontraktor ini. Kalau nampak kurang standard tidak semestinya kita teruskan kontraktor itu. Kita boleh argue dengan mereka ataupun tidak dilantik semula sesudah kontraknya habis.
Ini memang satu practice yang perlu kita jalankan supaya kontraktor ini memberikan sub-standard service ataupun service itu mungkin different level of service kalau dibandingkan JPMC dan PJSC memang itu kalau dibandingkan dengan Hospital Ripas yang lama sudah bangunannya.
Jadi, depend on their level of service yang kita engage. Setiap kementerian kita boleh fikirkan supaya kita tidak kena short change by the contractor.
Dari segi ekspo-ekspoini, sebenarnya ekspo ini kalau dibandingkan dengan negara-negara lain tidak juga banyak yang ikut ekspo sebenarnya. Yang pernah kita ikuti antaranya Nanning Expo, kebanyakan bisnes-bisnes, habis barang mereka dijual laku. Sudah itu sepertimana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Pehin tadi sampai sekarang orang kan order tetapi syarikat kita tidak mampu untuk produce mass volume untuk pasaran yang interested. Most of MSME ini mereka tidak mampu membuat kilang besar dan sebagainya.
Kita sudah ada bangunkan for example Food Processing Centre. Food Processing Centre ini kita bukakan kepada MSME juga mereka boleh gunakan Processing Centre cukup dengan syarat-syaratnya for example Good Manufacturing Practice, Hubs Sub-Standard dan sebagainya. Mereka boleh gunakan processing centres untuk pemprosesan barang mereka itu supaya mereka meet standard dan untuk eksport market satu hari nanti. Ada yang ada harapanlah some of MSME punya produk.
Bagi Cottage Industry seperti Satu Kampung Satu Produk (1K1P) kalau mereka membuat produk itu macam for example RBC, central kitchen dibukakan untuk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) untuk menggunakan mereka punya fasiliti untuk manufacturing makanan dan sebagainya. Itu usaha kerajaan untuk kira menolong MSME kita. Memang kalau setiap MSME membuat kilang sendiri memang perbelanjaan yang tinggi. Jadi dengan fasiliti yang kita sediakan, kita bukakan juga untuk mereka supaya dapat sama-sama menggunakan fasiliti yang ada untuk memajukan lagi mereka punya produk sama ada untuk dieksport ataupun dalam negeri memang tujuan itu untuk meningkatkan standard dan kualiti produk-produk mereka masing-masing. Itu saja mungkin kaola menjawab soalan-soalan tadi itu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Yang Berhormat Pehin, dapat kaola intervene. Apa yang kaola maksudkan juga ialah tentang for example Projek Perumahan di Mengkubau dan juga Projek Perumahan di Lugu. Kemungkinan-kemungkinan ia di sub-con sehinggalah projek itu delay dan ada masalah-masalah tertentu.
Itulah antara perkara-perkara yang kaola timbulkan tadi. Adakah diambil kira sub-con itu mempunyai pendaftaran di Kementerian Pembangunan ataupun mempunyai standard-standard yang membolehkan mereka ini mengerjakan segala projek-projek itu dengan baik dan sempurna. Itulah yang koala bangkitkan supaya ia tidak merugikan kerajaan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ada baiknya kalau sekiranya menyuarakan soalan itu apabila kita mempertimbangkan Kementerian Pembangunan nanti.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Kaola itu Pehin tadi yang kaola tanyakan tadi ciri-ciri pemberian tender. Itu termasuk daripada pemberian tender itu. Itu sahaja Pehin. Terima kasih
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi bagi peluang untuk kaola menjawab spesifik bagi projek yang bermasalah. Kaola tidak berapa tahu mengenai Projek Lugu itu. Memang nanti rakan sejawat kaola di Kementerian Pembangunan dapat menjawab.
Memanglah di Mengkubau itu ada masalah, jadi perkara ini memang sudah diambil tindakan secara legal action. Itu sahaja yang kaola menjawab soalan tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk ikut serta dalam membincangkan cadangan Belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi II.
بسم للا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة للا وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ ال dan salam sejahtera. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah yang disampaikan sebentar tadi.
Sebenarnya kaola ingin membangkitkan 4 perkara tetapi Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin sudah mengambil 1 soalan, dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengambil separuh. Maka tinggal 2½ saja lagi soalan kaola, Yang Berhormat Pengerusi.
Mengenai Tajuk Kecil 114 mengenai penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam. Cuma kaola saja memberikan saranan sebelum ia dilancarkan. Satu lagi perkara yang penting yang perlu diambil kira ialah mengenai undang-undang dan peraturan bagi penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam yang mesti diselesaikan dulu sebelum ‘kitani’ melancarkan bursa tersebut.
Mengenai Anggaran Perbelanjaan Jabatan Perbendaharaan SD054. Kaola perhatikan sasaran kutipan hasil dari sektor bukan minyak dan gas dianggarkan sejumlah $942 juta pada Tahun Kewangan 2022/2023 dan ia mendatar sahaja constant sebanyak $945 juta hingga ke tahun 2025/2026, iaitu unjuran.
Maka, persoalan kaola jua sama seperti yang kaola bangkitkan mengenai Jabatan Perkhidmatan Elektrik, mengapa ia mendatar sedangkan aktiviti-aktiviti non- oil sector dan kemajuan negara secara keseluruhannya dari tahun ke setahun semakin bertambah aktiviti-aktiviti tersebut.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, ada highlilght mengenai tunggakan yang mana pada Tahun Kewangan 2020/2021 adalah sebanyak $723.95 juta.
Kaola ingin mengetahui apakah program baharu yang akan dilaksanakan dalam Pengurusan Kutipan Hasil kerana kaola perhatikan peruntukan bagi Tajuk 002- 006 ini melonjak dari $309,160.00 kepada $7,511,830.00. Soalan kaola jika ada sistem dan cara baharu yang akan dilaksanakan, berapakah tambahan hasil yang diunjurkan yang akan dapat dikutip oleh Jabatan Perbendaharaan dan agensi-agensi kerajaan lain.
Tajuk Kecil 1104-009, Pembangunan Kluster (Macroeconomy). Kaola ingin pencerahan apakah program di bawah Tajuk Kecil ini yang mempunyai harga rancangan sebanyak $47,543,597 yang diperuntukkan sebanyak $475 ribu pada Tahun Kewangan 2023/2024.
Dapatkah kiranya butir-butirnya dikongsikan untuk pengetahuan orang ramai supaya ia dapat disambut baik oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), untuk syarikat-syarikat tersebut merancang penglibatan mereka secara proaktif.
Sebagaimana yang ‘kitani’ sedia maklum, baharu-baharu ini Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) telah mengongsikan data mengenai kadar inflasi di negara ini bagi tahun 2022. Kadar inflasi ini adalah sebanyak 3.7% pada tahun 2022 berbanding 1.7% pada tahun 2021.
Dibuatlah kesimpulan kita bahawa inflasi di negara ini adalah imported inflation disebabkan kebanyakan barang-barang keperluan negara ini adalah datangnya dari luar negara. Ini memang kita sedari dan memang kita fahami.
Cuma kita di sini ingin mengetahui apakah strategi negara untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan dari luar ini dalam jangka waktu pendek, sederhana dan panjang.
Walaupun kita dimaklumkan dari semasa ke semasa yang perbekalan permakanan kita sentiasa terpelihara dan cukup namun langkah proaktif untuk memperbanyakkan sekuriti makanan ini nampaknya masih perlu banyak pembaikan.
Mungkin satu cara yang kita boleh meneroka program komersial besar-besaran bagi industri keperluan asas sekuriti makanan ini melalui usahasama antara GLC’s dengan pelabur langsung asing dan pengusaha-pengusaha tempatan supaya sekurang-kurangnya kemanfaatannya itu boleh diraih oleh peniaga-peniaga tempatan juga.
Kaola memaklumi bahawa beberapa usaha telah pun dilaksanakan dalam penanaman padi dan aquaculture, cuma kaola masih berpendapat ini belum cukup untuk menurunkan harga barangan asas kerana pembekalannya adalah masih terhad dalam jangka sederhana dan panjang.
Itu saja yang dapat kaola bangkitkan, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk kaola membangkitkan perkara-perkara ini. Terima kasih. السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim atas beberapa soalan tadi.
Mengenai Bursa Saham Negara Brunei Darussalam. Kaola setuju memang sebelum Bursa Saham ini dilancarkan, perlulah kita membuat persediaan dengan beberapa isu termasuk undang-undang dan sebagainya.
Mengenai hasil bukan minyak dan gas. Memang kita semua faham di sini, fiscal tools bagi kerajaan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain adalah terhad.
Kita tahun-tahun mengharapkan cukai pendapatan, caj-caj daripada setiap kementerian dan juga pelaburan. Itu saja tahun-tahun kita mengharapkan hasil dari bukan minyak dan gas. Memang ada peluang untuk kita meluaskan lagi sumber pendapatan.
Perkara ini kita sudah diusahakan tetapi bukan mudah dan senang dilancarkan. Satu contoh kita telah mengadakan seperti caj $3.00 untuk orang keluar-masuk sempadan bagi sebuah kereta. Itu pun sekurang-kurangnya meningkatkan pendapatan ‘kitani’.
Tetapi itu bukan dikira fiscal tools yang seperti biasa tetapi yang benar-benar untuk meningkatkan hasil bukan minyak dan gas, bagi kerajaan memang the normal fiscal tools itu satu perkara yang perlu difikirkan. Perkara ini pernah ‘kitani’ usahakan tetapi ada cabaran-cabarannya dan perkara ini diteruskan untuk difikirkan.
Bagi peruntukan macroeconomy ini memang disediakan kalau sekiranya ada keperluan untuk projek-projek dibuat tetapi belum lagi diberi peruntukan di mana-mana tajuk. Maka inilah disediakan satu peruntukan untuk dilancarkan secepat mungkin untuk membangun microeconomy negara. Seperti pada masa ini sebagai misalan Tanjung Kajar, kurang elektrik dan sebagainya, untuk kita majukan dapat kita membangun industri, inilah peruntukan dapat digunakan. Memang tidak semestinya ada projek dalam peruntukan dan ini satu jumlah yang kita sediakan apabila berguna, tersedia sudah bajet untuk memajukan ekonomi
Dari segi inflasi. Memang satu isu sejak lepas COVID-19 ini akan nampak harga barangan semua naik bukan sahaja dalam negeri ini., Ada dua major concerns:
- Harga
- Availability of supply
Kita nampak juga waktu COVID-19 bukan sahaja barang ini dapat dibeli at any price, it depends on supplier. Itulah yang kita fikirkan. Kalau kita melihat barang asasi seperti ayam, daging, sayur, ikan dan sebagainya, kalaukan dikira kita sudah jauh meningkat jika dibandingkan dengan sebelum ini dan kitaakan mengusahakan untuk meningkatkan lagi tetapi tidak 100% kita menghasilkan dari negera kita.
Pada masa ini, untuk mengatasi isu food security dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, ada beberapa usaha untuk mencari kira not so conventional approach. The conventional approach kita menanam sendiri tapi itu mengambil masa dengan kosnya yang tinggi yang mungkin lebih tinggi daripada luar negeri.
Untuk mengatasi isu dari segi mengatasi isu kos dan availability of supply, pada masa ini ada beberapa perundingan dengan syarikat-syarikat di luar negeri ini untuk membuat satu urusan untuk dapat kita ensure food security dan juga harganya pada tahap yang berpatutan.
Itulah beberapa usaha, ان شاء هللاboleh dikira FDI juga Yang Berhormat Pengerusi. Itulah satu cara dan buat-buat itu kita pun berusaha jua untuk meningkatkan production dalam negeri tapi mungkin tidak dapat bagi setiap barang asasi ini untuk kita hasilkan seratus peratus. Mesti kitani memikirkan jua alternative nya. Itulah alternative yang kaola ceritakan yang kita akan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk mengadakan operasi di sini dan sebagainya sebagai satu langkah untuk menjamin food security dengan harga yang berpatutan. ان شاء هللا. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin membuat soalan-soalannya dan kemudian barangkali esok akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
ان شاء هللا. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Menyambung tentang GLC’s. Kaola akur ada inisiatif untuk membuka fasiliti untuk membantu mass production.
Kaola syorkan bahawa cadangan supaya infrastruktur production facility ini, GLC’s buat di luar bandar di keempat-empat daerah untuk meningkatkan dan menjana anak-anak tempatan di tempat itu bekerja dan mengelakkan penghijrahan mereka ke bandar. Itu soalan kaola berkaitan GLC’s.
Inflation – food basket. Walaupun tahap inflasi direkodkan rendah iaitu kira-kira 3% hingga ke 5% tiap tahun tetapi rakyat masih merasakan harga barang makanan dan keperluan asas mahal. Ini adalah disebabkan masyarakat merasakan nilai wang perbelanjaan $100 mereka tidak lagi dapat membeli barangan asas yang mereka dapatkan pada tahun-tahun yang sudah. $100 tidak dapat lagi membeli dan memenuhi bag trolley pembelian mereka dalam negara. Kaola faham mengetahui bahawa Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPKE) mengetahui apa komponen dalam typical food basket warga Brunei.
Kaola faham bahawa JPKE juga ada petunjuk harga barang-barang keperluan dalam negeri. Disebabkan kekurangan matang consumer committee di Negara Brunei Darussalam yang belum matang untuk membuat perbandingan harga dalam food basket, kaola syorkan supaya JPKE dapat mengumpul harga-harga barang-barang dalam food basket yang dibeli untuk menjadikan tanda ukur di mana tempat yang lebih sesuai untuk membeli komponen dalam food basket, bukan dibeli dari satu kedai satu produk, jalan 2-kilometer beli satu produk dan jalan another kilometer beli satu produk.
Maka abis kaola pohonkan kebijaksanaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyediakan fasiliti untuk membuat jumlah harga bagi kandungan food basket supaya orang awam tahu di mana tempat lebih baik to stretch the $100 yang mereka ada.
Soalan hamba yang keenam. Bajet Perbelanjaan 2023/2024. Merujuk observation yang kaola dalam pembahasan yang lalu, kaola buat andaian bahawa bajet ‘kitani’ conservative dan berkonsepkan sustainable and affordable.
Dua tahun yang sudah kita mencapai surplus dan tahun lepas kita dapat surplus $300 juta; marginal tetapi memang surplus. Kaola mohon pencerahan untuk orang ramai untuk pengetahuan di mana dana untuk membiayai bajet sekiranya ianya terus deficit. Seperti yang kaola anjurkan apakah usul bajet kita kalau negara berhajat untuk mencapai GDP growth yang lebih agresif untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 dan macam mana untuk membiayainya.
Ease of Doing Business. Satu ketika waktu negara ghairah untuk memperbaiki global ranking negara dalam Ease of Doing Business. Alhamdulillah pada tahun 2019, negara ranked 66 dari 188 negara. Dapat diberi perincian, apa faedah yang telah diraih oleh negara dari kenaikan ranking Ease of Doing Business ini?
Dimana dan apa inisiatif kita untuk mencapai, kalau kita mahu mencapai lebih daripada itu? Yang kontroversi kita tinggalkan yang last. Dana ehsan untuk membantu warga kurang pendapatan.
Ada segolongan rakyat mengeluh menghadapi kesempitan hidup seharian dan melihat yang mewah bertambah senang dan mereka yang sakit bertambah tersepit. Yang mewah senang dapatkan akses untuk menjana, mendapat bisnes sebab ada fasiliti kesenangan yang dapat mereka dapati untuk meningkatkan ekonomi, dan yang sakit payah mencari loan, payah mencari collateral dan masih bergantung kepada pencen tua sedangkan mereka masih mempunyai tanggungan. Kaola amat terkilan mengetahui bahawa ekonomi dalam negeri meningkat tetapi tidak semestinya revenue negara akan meningkat sebab ada bisnes atau aktiviti-aktiviti yang tidak langsung menyumbang ke dalam khazanah negara misalnya bisnes persendirian yang tidak bedaftar atau pun rumah-rumah sewa yang berderetan,commercial lots.
Selain membayar cukai pintu, kaola faham keseluruhan pendapatan dari aktiviti-aktiviti ini tidak ada peruntukan untuk mereka membuat sumbangan kepada negara.
Soalan: Adakah ada pelan untuk mencari financial instrument;jalan macam mana orang yang ‘belurih’ revenue ‘melumpuk’ untuk dapat menyumbang sedikit kemewahan yang mereka perolehi daripada negara ini, akan dialirkan ke dalam dana yang dikhaskan di luar khazanah negara untuk membantu warga yang kurang bernasib baik untuk meringankan beban mereka.
Secara tidak langsung, orang berezeki lebih menolong rakyat yang memerlukannya. Cadangan ini bukanlah enforcement untuk bisnes membayar zakat harta bagi peniaga yang orang Islam tetapi supaya memberi kesedaran untuk bersama-sama membagi ‘ampit’ rezeki yang mereka perolehi di Brunei kepada orang yang kurang bernasib baik.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mungkin mahu menjawab sekarang atau pun menjawab esok, terpulanglah kepadanya untuk mendengar kehendak Ahli-Ahli. Mahu kita teruskan atau pun kita berhenti berehat dan esok kita akan kembali lagi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
ان شاء للا kaola boleh menjawab hari ini kalau ada persetujuan dari Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Yang Berhormat Pengerusi
Ada baiknya kita selesaikan masalah yang kita hadapi pada waktu ini dan soalan-soalan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ان شاء للا pada esok hari.
Jadi saya kira cukuplah dulu kita berunding dan, sudah tiba masanya bagi kita untuk mengundi Tajuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi supaya kita tidak tertinggal dengan usaha kita untuk meneruskan meluluskan bajet Kerajaan. Maka tibalah masanya perkara ini sekarang kita undi.
Saya sekarang ingin bertanya kepada Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli-Ahli bersetuju mengangkat tangan)
Terima kasih, semuanya bersetuju. Maka Tajuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SD01A hingga SD09A dijadikan sebagai sebahagian daripada jadual Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukuplah dulu kita berunding dan berbincang pada petang ini. Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula di persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan mesyuarat kita ini untuk kita berehat dan kita akan bersidang semula ان شاء للاpada esok hari seperti biasa mulai daripada pukul 9.30 pagi. Sekian و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.