Skip to main content

HARI KE-11 PETANG

For Informational Purposes Only

16HB MAC 2023M - PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.30 petang)

Yang Dimuliakan Jurutulis

‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kesebelas, Isnin, 23hb. Syaaban 1444H bersamaan 16hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬َّ ‫ّٰللا‬ِ ‫ِبس ِْم ه‬ْ‫ ألح ْمدُ ِ هلِل‬kita bersyukur ke hadrat‫ هللا سبحانه وتعالى‬kerana dengan limpah kurnia-Nya jua kita dapat lagi sama-sama hadir pada petang ini bersidang bagi hari yang kesebelas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ‫نبي محمد صل للا عليه وسالم‬, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman. // Greetings and peace be upon our Great Leader ‫نبي محمد صل للا عليه وسالم‬, his family, his companions and his followers who are faithful and loyal until the end of time.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang mana Rang Undang-Undang ini telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 satu per satu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun bermesyuarat selama 11 hari manakala masih banyak lagi tajuk kementerian-kementerian yang perlu diteliti dan dibahaskan untuk diluluskan kerana tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang maha suci itu.

Maka saya berharap supaya Mesyuarat Jawatankuasa dapat disegerakan sebelum waktu yang dimaksudkan dan biarlah kenyataan iaitu soalan-soalan yang akan diajukan tepat dan bertumpu kepada isu yang kita maksudkan.

Pada petang semalam, Mesyuarat Jawatankuasa sudah mula meneliti dan membahaskan tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama. Bersama saya di sini masih ramai lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membahaskan tajuk hal Kementerian Hal Ehwal Ugama ini.

Saya juga ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa tahun kewangan kita akan menjelang tidak lama lagi. Ertinya, 1hb. April 2023M kita akan memasuki tahun kewangan yang baharu. Sebelum tahun kewangan yang baharu, kita perlu menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini supaya perjalanan kerajaan akan dapat berjalan dengan lancar.

Untuk itu saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫ بسم للا الرحمن الرحيم‬Kaola ada 3 soalan Yang Berhormat Pengerusi:

  1. Mengenai Pengurusan Haji Kod Akaun 001/002. Merujuk senarai terkini syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej Haji dan Umrah yang telah dikemaskinikan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 04hb. Mac 2023M yang pihak kementerian telah memberikan kebenaran kepada 8 buah syarikat pelancongan di negara ini untuk mengendalikan pakej-pakej Haji dan Umrah dengan menggunakan visa umrah dan visa pelancong bagi tempoh 3 tahun dari 2022 hingga 2024. Manakala 7 buah syarikat lagi telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan pakej umrah menggunakan visa pelancong sahaja.

‫ّ ٰلِل‬ ‫أ َ ْل َح ْمد‬ perkembangan ini menunjukkan adanya peningkatan kesedaran umat Islam di negara ini terhadap penghayatan ajaran-ajaran Islam sebagai cara hidup menerusi pelaksanaan amalan-amalan sunat seperti ibadah umrah ini. Soalan kaola:

  1. Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan 8 buah syarikat berkenaan diberikan kebenaran untuk mengendalikan ketiga-tiga kategori, iaitu pakej umrah, Pakej Haji Pakej Umrah menggunakan visa umrah dan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi?

  2. Bagaimanakah pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama membantu syarikat-syarikat lain untuk mencapai tahap yang sama? Kaola berpandangan jika lebih syarikat yang diberikan kebenaran mengendalikan pakej-pakej haji dan umrah ini akan meningkatkan daya saing antara syarikat-syarikat berkenaan untuk terus komited menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik dengan kos-kos yang berpatutan, membukakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

    Di sini kaola juga sukacita mencadangkan supaya Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji mengeluarkan standard minimum pengurusan perkhidmatan haji dan umrah untuk panduan para pengurus syarikat dan memastikan pematuhan standard minimum tersebut demi kesejahteraan jemaah agar dapat melaksanakan ibadah-ibadah tersebut dengan sempurna.

    Ini sesuai dengan peranan Jabatan Urusan Haji sebagai pemudah cara dalam pengendalian urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah haji dan umrah di negara ini dan juga bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai status perkembangan pengurusan haji dan umrah kepada pihak pengurus syarikat dan masyarakat awam untuk mengelak dari sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

    Seterusnya, kaola mengambil kesempatan di sini untuk mengungkapkan sokongan kaola mengenai cadangan untuk mengembangkan pelaburan hartanah negara di Mekah dan Medinah bagi meningkatkan ekonomi negara dan memastikan kesejahteraan rakyat yang mengerjakan ibadah haji dan umrah sebagaimana yang telah diusulkan oleh Yang Berhormat untuk difikirkan oleh pihak berkepentingan.

  3. Merujuk KPI berkaitan jumlah kes baharu jenayah syariah direkodkan setiap tahun iaitu sasarannya penurunan sebanyak 3% setiap tahun. Persoalan kaola, apakah inisiatif pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk memastikan sasaran penurunan sebanyak 3% ini dapat dicapai? Bolehkah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengongsikan kategori kes-kes jenayah yang telah disabitkan mengikut Hukuman Kanun Jenayah Syar’ie?;

  4. Kemusykilan yang dibangkitkan oleh orang ramai:

    1. Kaola memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenai garis panduan berkaitan pakaian sopan khusus bagi kaum hawa kerana melihat kepada trend pakaian masa kini, ada segelintir kaum hawa yang sengaja berpakaian kurang sopan di khalayak ramai.;

    2. Masih ada penggunaan gimnasium bercampur antara lelaki dan perempuan dalam masa yang sama. Justeru itu kaola mencadangkan agar dikuatkuasakan untuk diasingkan masa penggunaan bagi kaum lelaki dan perempuan sesuai dengan falsafah Negara Melayu Islam Beraja yang diamalkan.;

    3. Mengenai cukai. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menggunakan cukai import dengan menggenapkan jumlah bayaran cukai yang dikenakan. Contoh cukai yang ditetapkan sebanyak $1.10 akan dibayar genap $2.00. Bermakna pembayar cukai dikehendaki membayar tambahan $0.90 daripada jumlah cukai yang sepatutnya dibayar. Peraturan ini terkandung dalam Customs Import Duties Order 2007 yang menyatakan, exceeds one dollar and includes a fraction of a dollar, the fraction shall be treated as a complete dollar. Kaola memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, apakah pandangan Islam mengenai bayaran tambahan yang dikenakan itu? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِل‬, Yang Berhormat membilang/menghitung soalan-soalannya begini 1,2,3 tetapi kalau ‘diurut-urut’ lebih dari 1,2,3 yang dihitung kerana soalan itu berantai istilah kaola.

‫ أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِل‬mana yang kaola dapat menjelaskan di sini kerana perkara-perkara ini sebahagiannya ada yang berhubung dengan pihak-pihak berkuasa yang lain di luar daripada bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Berhubung haji, secara ringkas kaola dapat menyatakan, kebenaran-kebenaran memang sedia dibenarkan kepada operator-operator yang kementerian menyebutnya operator haji dan umrah yang dibenarkan dalam tempoh-tempoh tertentu. Tetapi bagi mereka menexecute atau melaksanakan kebenaran yang mereka perolehi ini, mereka terlebih dahulu meminta kebenaran membawa pada musim itu untuk melakukan umrah. Haji memang diketahui.

Ini adalah bertujuan untuk kawalan-kawalan ertinya tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas jemaah atau atas pakej-pakej yang berkenaan itu yang tidak terlebih dahulu diketahui oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Jabatan Urusan Haji.

Syarat utamanya mereka itu mestilah pemegang lesen yang mengendalikan Urusan Pakej Haji dan Umrah, pemegang lesen itu hendaklah mempunyai kebenaran yang sah dari Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Itu adalah syarat yang pertamanya, Yang Berhormat Pengerusi.

Dari untuk itu, Jabatan Urusan Haji berperanan mengeluarkan kebenaran kepada syarikat-syarikat yang mempunyai lesen agen pelancongan dari Jabatan Kemajuan Pelancongan dikeluarkan oleh autoriti-autoriti yang lain.

Mereka itu berhasrat untuk mengadakan pelancongan biasa lesennya tetapi untuk umrah mesti ada detail-detailnya kepada Jabatan Urusan Haji. Setelah kebenaran tersebut ada, akan dilakukanlah sebagaimana ditawarkan kepada jemaah-jemaahnya. Kawalan terhadap syarikat-syarikat pengendali sedemikian ini adalah semata-mata untuk, sebagaimana yang kaola jelaskan tadi, semata-mata untuk maslahah syarikat itu sendiri. Terutama sekali maslahah jemaahnya.

Jabatan Urusan Haji dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelacongan sentiasa membantu syarikat-syarikat pengendali, ini adalah usahaniaga yang baik dan ada kaitan dengan ibadat. Maka Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Urusan Haji akan sentiasa melakukannya. Jadi perkara-perkara sedemikian itu, sama-samalah kita memahami. Kalau peraturan-peraturan yang dikenakan kepada syarikat-syarikat sudah memang berlesen, peraturan-peraturan itu adalah peraturan dari segi perlaksanaan lesen ialah untuk membolehkan mereka mengumpulkan jemaah-jemaahnya. Tapi perlaksanaannya, bagaimana, hendaklah terlebih dahulu diketahui oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Secara ringkas, kaola dapat sebutkan sedemikian dahulu Yang Berhormat Pengerusi. Berhubung dengan bagaimana membantu syarikat-syarikat lain untuk meningkatkan daya saing. Ini satu perkara kalau kita mengetahui ada syarikat ini lebih banyak menceburi memanglah teorinya sedemikian, banyak saingan akan banyak peluang-peluang kepada pengguna-pengguna tapi ini terpulang kerana Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak menghadkan bilangannya untuk tempoh sekian-sekian.

Ertinya, terpulang kepada mana-mana syarikat pelancongan yang merasakan mereka boleh melaksanakan operasi untuk membawa jemaah-jemaah terpulang kepada mereka ini, jika terjadi sedemikian, ada kebenaran tiada halangan kepada kerajaan ataupun kepada pihak Kementerian.

Pengurusan mengerjakan haji ini, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin menyokong saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam supaya kerajaan kita menimbangkan untuk menjamin adanya pelaburan hartanah, adanya rumah-rumah ataupun hotel-hotel yang dipunyai oleh kerajaan dan ia berupa sebagai suatu pelaburan yang dikira menguntungkan dan kita juga sudah mendengar daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bahawa kita ada hotel di sana, ada pelaburan di sana. Dan mungkin macam mana pun keadaan perkembangannya akan kita lihat seterusnya.

Yang penting, memang kerajaan memberi perhatian perkara ini. Jenayah syariah menurun, ‫ أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِل‬tetapi kaola meminta maaf Yang Berhormat Pengerusi, tidak dapat memberikan detailnya. Kaola minta tangguhlah perkara ini. Penurunannya bagaimana, apa trendnya itu, apakah penurunan angka-angka sama ada angka yang dilaporkan dan diselesaikan di mahkamah atau NFA. Diketahui tiada rekodnya dan sebagainya.

Maknanya kaola terpaksa merujuk data-data yang berkenaan. Pakaian sopan bagi kaum hawa, apa sukat-sukatnya ‘ani yang payah ni’. Bagi sukat-sukat orang Islam, pakaian sopan bagi kaum hawa ialah menutup aurat. Menutup aurat itu ada sukat-sukatnya. Adakah kita menyatakan mengenai sejauh mana kesopanan itu kalau dari segi hukum syaraknya ialah memenuhi ketetapan menutup aurat.

Berhubung dengan apa yang kita nampak terjadi sekarang ini, apakah sopan atau tidak sopan ‘payah jua’ Yang Berhormat Pengerusi, very relative. ‘Ada yang mengatakan salah sudah ni’ dari segi syaraknya salah. Dari segi undang-undangnya macam mana, itu mesti kita lihat. ‘Janganlah barangkali orang kuai-kuai, inda senonoh’.

Dalam hal ini, ada kaitan dengan gimnasium, dengan ini mungkin juga merujuk pihak yang berkenaan. Apakah lesen di tempat-tempat yang sedemikian itu mensyaratkan waktu yang terpisah bagi penggunaan antara lelaki dan perempuan, dapat kaola minta ‘limut’ Yang Berhormat Pengerusi.

Pembayaran cukai itu pun kalau ditanyakan kaola perkara yang berhubung dengan hukum dari segi fatwa ataupun irsyad. Kementerian Hal Ehwal Ugama bukanlah berautoriti dalam perkara itu, Yang Berhormat Pengerusi. Perkara itu sama ada pihak kementerian boleh merujuk atau Yang Berhormat merujuk kepada yang berkenaan. Sekian, terima kasih. ‫علَيْك ْم َو َرحْ َمة للاّ َو َب َركَاته‬ َ ‫سالَم‬ َّ ‫ال‬

Yang Berhormat Pengerusi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ‫علَيْك ْم‬ َ ‫سالَم‬ َّ ‫ال‬ ‫ َو َرحْ َمة للاّ َو َب َركَاته‬. Lebih dahulu kaola mengucapkan setinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama memberikan mukadimah semalam yang begitu jelas dan terang.

Kaola ingin menyentuh mengenai Tajuk Kod Akaun 002/003 – Pentakmiran Masjid, Pemeliharaan Promosi Ugama. Ada dinyatakan di sana dalam pemeliharaan mempromosi ugama pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama menetapkan objektif untuk memastikan penyebaran dakwah syair Islam yang berkesan dengan memperkasakan budaya dan amalan penghayatan berugama sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna ke arah kehidupan cemerlang duniawi dan ukhrawi. Ke arah kehidupan cemerlang duniawi dan ukhrawi selaras dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berkaitan program pentakmiran masjid, kaola menyarankan:

  1. Peranan masjid diperkasa sebagai pusat penyebaran ilmu dan dibekalkan dengan rujukan ilmiah dan capaian internet bagi menarik golongan belia dan remaja hadir ke masjid untuk mengikuti program-program yang dianjurkan seperti Malam Munajat Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh negara, tahniah kaola ucapkan.

  2. Memperkasa peranan imam dalam menyampai dan menegakkan syiar Islam terutama semasa solat Jumaat. Imam-imam diberikan pendedahan untuk membaca khutbah dan mengimam solat Jumaat di masjid-masjid yang berlainan dalam satu mukim tertentu. Ini akan memberikan pengalaman yang lebih meluas kepada para imam dan jemaah.

  3. Penghargaan khas kepada golongan yang sama-sama berperanan mentakmirkan masjid yang terdiri daripada para imam dan jemaah dengan pelbagai kategori seperti warga emas, belia dan remaja.

  4. Pelapis-pelapis imam. Kaola mengambil maklum ada masjid yang melantik pelapis imam dari kalangan orang-orang awam. Dalam hal ini, kaola mencadangkan agar pelapis-pelapis ini diberikan kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas serta tanggungjawab seorang imam untuk memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna.

  5. Dalam pentakmiran masjid. Kaola mencadangkan supaya guru-guru ugama terlibat secara aktif dalam apa-apa juga kegiatan yang diadakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid. Kalau boleh, mereka menjadi contoh kepada belia dan pelajar mereka. Sehubungan dengan itu, kaola mencadangkan supaya kegiatan-kegiatan di masjid diambil kira dalam penilaian mereka sebagai insentif kepada guru-guru ugama ini.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُ‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْمةُ هللاِ وبركاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ada lebih baik kaola jawab dari soalan penghabisan dulu kerana senang kaola ingat iaitu supaya guru-guru ugama terlibat dalam kegiatan-kegiatan masjid dan penglibatan mereka itu dikira dalam performance appraisal mereka sebagai guru.

Ini adalah suatu saranan yang mungkin berupa terbuka kepada awam untuk menilainya dan kaola rasa penilaiannya kalau dikira banyak yang pros tentu ada yang mengharapkan sedemikian itu Yang Berhormat Pengerusi.

Harapan sedemikian itulah harapan dari kementerian sendiri juga kerana setiap anggota daripada warga kementerian terutama sekali yang mempunyai kelayakan-kelayakan mengajar dan sebagainya. Ertinya mendapat tempat dihati masyarakat sebagai orang yang dipercayai dalam perkara ugama kerana mereka itu guru untuk terlibat dalam hal-hal kemasyarakatan kampung dan sekitar tadahan sekolah.

Dalam tadahan sekolah itu ialah masjid. Masjid itu ada tadahannya namanya kariahnya termasuk sekolah. Jadi ada baiknya yang kitani harapkan terutama sekali mereka akan aktif dalam Jawatankuasa Takmir, itu yang kitani harapkan. Dengan sedemikan akan lebih banyak lagi idea-idea yang dapat dikumpulkan oleh jawatankuasa itu untuk mentakmirkan masjid.

Jadi pentakmiran masjid ini ada kaitan dengan beberapa program yang antaranya ada didengar daripada beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum ini, ada mendetailkan atau mencadangkan beberapa program yang disarankan dan kaola semalam menyambut baik. Tinggal saja lagi sekarang ini kita dalam permesyuaratan, ada baiknya idea-idea sedemikian nanti Yang Berhormat sudah tentu ada basenya di tempat kampung beliau dan Yang Berhormat ada juga basenya. Dalam erti kata kalau orang menyebut ’akar umbi’, tidak kitani menyebut sebagai penyokong-penyokong kerana ’galak’ bunyinya.

Sebagai akar umbi untuk bersama-sama memikirkan, yang kitani ketahui kegiatan yang sudah teratur pada masa ini, belia dan muslimahnya dan beberapa program yang diatur oleh pegawai-pegawai masjid itu sendiri. Untuk memperbanyakkan dan lebih menyusun baik, mungkin idea-idea baharu dari kalangan yang baharu terlibat adalah sangat dialu-alukan Yang Berhormat Pengerusi.

Mengenai imam-imam ini patut diperkasakan, ia dari semasa ke semasa Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya Yang Berhormat tidak menafikan perkara itu dalam kenyataannya tadi, memang ada tetapi memperkasakannya itu sampai mesti dinilai sejauh mana keberkesanannya.

Keberkesanannya itu sebagaimana yang kitani fahamkan, ia akan dapat dilihat pertama dalam tugas-tugasnya sebagai imam dan memimpin jemaah, bukan memimpin dalam sembahyang fardhu sahaja. Memimpin jemaah kerana tugas-tugas imam itu ditentukan oleh aturan kerja mereka yang diaturkan diantaranya menjadi pengerusi jawatankuasa takmir masjid.

Itu merupakan suatu kegiatan dan cara kepimpinan. Itulah antara yang dikursuskan dan difahamkan kepada mereka dari semasa ke semasa, dari segi bacaan biasa, Al-Fatihah dan ayat-ayatnya dan dari segi bacaan khutbah, semua itu adalah diteruskan. Itulah sahaja kitani akan melihat sejauh mana rancangan-rancangan ini untuk selalu dinilai keberkesanannya Yang Berhormat Pengerusi.

Mengenai imam-imam pelapis. Kalau bagi kementerian adalah bagi memberi peluang semasa cuti universiti ataupun cuti sekolah kepada penuntut-penuntut daripada pengajian tinggi ataupun bekas graduan-graduan yang belum mempunyai pekerjaan tetap untuk diambil sebagai pelapis mengikut keperluannya. Kalau kaola dapat mengatakan skim elaunnya ditentukan Yang Berhormat Pengerusi, kalau imam $20 sehari, bilal $10 sehari, ada aturannya.

Ini boleh dilaksanakan oleh masjid-masjid itu sendiri mengikut keperluan mereka. Tambahan pula jika mereka itu mempunyai rezeki yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan ini, mereka adalah digalakkan untuk berusaha sedemikian itu.

Pengisian jawatan-jawatan imam terus menerus dilakukan tapi pengisian-pengisian itu, pegawai-pegawai masjid, imam berbagai tingkat, bilal dan juga sampai kejawatan bawah pun berterusan Yang Berhormat Pengerusi. Keperluan itu ada dan cara kita mengisikan adalah diteruskan walaupun prosesnya itu tidaklah dalam tempoh yang sangat harapkan dalam tempoh yang sangat kita harapkan dalam setahun, 3-4 kali misalannya.

Penghargaan ini barangkali Yang Berhormat teringat akan adanya anugerah bermacam-macam pada dahulu, seperti Anugerah Masjid Cemerlang yang dikira atau diukur daripada kegiatan-kegiatan mereka, Anugerah Imam Cemerlang dan Bilal Cemerlang.

Anugerah ini akan diberikan juga kepada Jawatankuasa Takmir tersebut tetapi perkara ini sudah lama ’inda kedangaran’ lagi. Ada baiknya didengar sekarang dalam majlis ini dan kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, supaya Jabatan Hal Ehwal Masjid khasnya akan menilai keperluannya.

Pada masa lalu sangat ’grand’ ertinya majlis penyampaiannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam acara Sambutan Israk dan Mikraj.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, setakat ini sahaja yang dapat kaola jawap. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ْ‫صد ِري َو َيسِرْ لِي أَم ِري َواحلُلْ عُقدَةْ مِ ن‬َ ‫ب اش َرحْ لِي‬ ِْ ‫َر‬ ‫سانِي َيفقَ ُهوا قَولِي‬ َ ‫ِل‬ ‫السالمْ عليكمْ ورحمةْ هللاْ وبركاته‬,ْ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah banyak memberikan tauliah kepada para ‫داعي‬. Kaola ingin bertanya:

  1. Apakah para ‫ داعي‬diberikan juga tauliah kepada warga asing yang berada di negara ini?

  2. Apakah pihak Majlis Ugama Islam Brunei sentiasa memantau ahli-ahli ‫ داعي‬ini termasuk pensyarah-pensyarah yang didatangkan dari luar negeri.

Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhomat.

Ini salah satu daripada cara kita menggiatkan dakwah, tidak semata-mata dilakukan oleh orang berjawatan dalam bidang-bidang tertentu terutama sekali di Pusat Dakwah Islamiah. Orang ramai memerlukan pendakwah-pendakwah atau yang disebut daie daripada orang luar daripada negara kita.

Bahkan di luar daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, ada yang sudah kita sebut sebagai ‫ داعي‬dari kalangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bahkan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Islam dan juga orang-orang yang sudah berkelulusan sedemikian. Maka untuk menampung keperluan-keperluan ini, kebenaran diberikan untuk orang ramai meminta untuk dirinya atau meminta bagi suatu musim tertentu bagi seseorang itu menyampaikan tazkirah, ceramah atau mauizah dan sebagainya.

Untuk itu, bagi kawalannnya, tauliah itu ialah untuk memastikan orang yang akan melaksanakan tugas-tugas sebagai ‫داعي‬ itu, sama ada ‫ داعي‬untuk menyampaikan ajaran-ajaran ugama atau ‫ داعي‬yang menyampaikan motivasi-motivasi sahaja. Ada ‫ داعي‬yang disebut secara luas, merangkumi tauliah itu sama ada terus menyampaikan ajaran ugama ataupun menjadi guru seperti guru Al Quran, dari semasa ke semasa ‫ داعي‬yang datang ke negara ini semuanya dikehendaki untuk bertauliah.

Jika ‫ داعي‬dari dalam negeri, tauliahnya dinilai daripada setahun ke tahun untuk disambung atau sebaliknya. Dalam hal ini, keperluan masyarakat dapat tertampung dan sejauh ini tidak ada masalah berat yang dihadapi oleh jawatankuasa sebagai penasihat untuk tauliah itu diberikan kerana pemohon-pemohon pada hakikatnya adalah orang yang berkelayakan, cuma untuk dipastikan dan diperingatkan had-had mana yang mereka sedia mengetahui, bukan sahaja mengenai hukum hakam, amalan-amalan dan kefahaman Islam kita di Negara Brunei Darussalam supaya tidak terkeluar daripada agama.

Jika ada ‫داعي‬yang dijemput hadir dari luar negeri juga dikenakan syarat sedemikian dan diberikan garispanduan sama ada lebih awal atau semasa mereka berada di sini ataupun jika mereka itu sudah berkali-kali datang ke Negara Brunei Darussalam, itu lebih mudah. Iaitu dilihat sahaja daripada rekod laporan mereka,sama ada mereka mempunyai masalah berbangkit ataupun tidak, jika tidak ada, maka lebih mudah lagi urusannya.

Jadi yang dikhuatirkan ini adalah ada ‫داعي‬ dari luar dan ada orang kita yang berkecenderungan untuk mendapatkannya bagi sesuatu perhimpunan atau perkumpulan. Maka inilah yang menjadi perhatian Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Jika mereka sudah ada rekod baik dalam pendakwahannya, sangat menarik, itu adalah satu kelebihan tetapi kita juga melihat rekod-rekod yang ada di luar negeri, mengenal pasti mereka itu, apa kecenderungannya dan bagaimana.

Kadang-kadang kita tidak tahu, hanya mengetahui dia sudah tersohor namanya dan terpakai dalam bidang-bidangnya terutama sekali dalam bidang motivasi dan sebagainya tetapi ada rekod-rekod lain yang perlu kita ketahui.

Mujurlah pada zaman ini, kita boleh melihat daripada internet untuk mengetahui perkara-perkara yang sedemikian itu. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, ‫ْبسمْهللاْالرحمنْالرحيم السالمْعليكمْورحمةْهللاْوبركات ْه‬ dan salam sejahtera.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkenaan dengan Tajuk di bawah SJ01A- Kementerian Hal Ehwal Ugama berkenaan rancangan dan perancangan perbelanjaan bagi Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Kaola ada dua soalan Yang Berhormat Pengerusi iaitu:

  1. Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan masjid di kawasan Pekan Belait yang ketika ini tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah terutama sekali di waktu-waktu puncak seperti Solat Jumaat dan Hari Raya.

    Kaola ingin tahu apakah ada perancangan untuk membina masjid-masjid baharu di kawasan berkenaan?

  2. Kaola menerima permintaan daripada orang ramai bagi menyuarakan berkenaan bantuan perbelanjaan menunaikan ibadah haji kepada saudara-saudara baharu iaitu mualaf.

    Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk memohon bantuan mengerjakan ibadah haji bagi saudara-saudara baharu dan jika ada dalam kalangan saudara-saudara baharu sudah menunaikan ibadah haji dengan menggunakan perbelanjaan sendiri, apakah boleh memohon bantuan ini?

    Kaola ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkenaan dengan usaha-usaha pihak kerajaan bagi membantu menstabilkan harga tambang dan pakej perbelanjaan menunaikan ibadah haji dengan harga yang sederhana atau terjangkau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada orang ramai memilih sebagai alternatif daripada pakej-pakej yang sedia ada. Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali mengenai haji yang meminta kementerian untuk berusaha menjamin atau berusaha ke arah mengurangkan harga pakej haji pada masa ini yang setahun demi setahun bertambah.

Perkara ini memang jadi perhatian kementerian dan usaha-usaha yang terakhir dalam perkara ini adalah kementerian sudah mencadangkan untuk ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Ad hoc dengan berbagai agensi, bukan sahaja jemaah penasihat haji yang memang sedia ada tetapi di luar daripada itu mungkin ada idea-idea atau ikhtiar lain yang boleh dirumuskan oleh semua pihak yang berkenaan dalam Ad hoc tersebut.

Ad hoc tersebut dua peringkat iaitu peringkat operasinya iaitu bagi jawatankuasa setiausahanya dan setelah ada sokongan-sokongan akan diangkat kepada yang lebih tinggi lagi untuk sokongan-sokongan yang seterusnya. Tetapi dalam urusan haji ini kita mesti menimbang juga apa yang akan dilakukan di tempat yang kita lakukan, kita sampai di Jeddah, di Mekah atau Madinah, tempat-tempat itu adalah hotel. Itu yang penting. Kemudian bila sampai untuk hari mengerjakan haji sebenar-benarnya iaitu di Arafah dan Mina dan lagi satu perkara yang sangat difikirkan.

Hal-hal macam ini nampaknya trend. Harga ini bukan sahaja ditetapkan oleh operator-operator di luar daripada Mekah atau di Madinah tapi ditetapkan mengikut keadaan di sana. Harga-harga sudah melambung tinggi.

Hal sedemikian itu, ada yang tidak dapat dikuasai dan tidak dapat dijamin. Tapi sejauh ini tambang haji tidak memberatkan. Tahun lepas dan tahun sebelumnya pun ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬sama dan pada tahun ini belum lagi diketahui tapi dipercayai tidak membebankan. Usaha-usaha setakat ini adalah untuk memikirkannya.

Mudah-mudahan pemikiran akan ditaufikkan oleh ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ ِ ‫ أ ه‬dan ُ ‫لِل‬ sekurang-kurangnya dapat mencari beberapa carauntuk menyampaikan hajat kita. Kaola tahu ada dalam kalangan kita sudah mendengar berbagai-bagai cara disarankan di luar negara untuk haji yang akan datang ini.

Kita perhatikan sejauh mana cara itu praktikal atau tidak, akan dilihat juga oleh Jawatankuasa Ad hoc tersebut. Dari segi tambang dan sebagainya. Tambang itu kaola nyatakan tidaklah sangat mengkhuatirkan kerana tambang itu kalau melihat kepada trend dua tahun terakhir tidak ada kenaikan. Bantuan kepada suadara-saudara baharu, memang ada bantuan bagi mereka.

Dalam erti kata Skim Kurnia Tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi saudara-saudara baharu yang memeluk ugama Islam tidak kurang 10 tahun dengan syarat-syarat yang ditentukan iaitu bagi lelaki berumur tidak kurang 40 tahun dan bagi wanita berumur tidak kurang 45 tahun.

Mereka akan ditentukan dari segi kelayakan dan kebolehan, ada jawatankuasa yang menimbang, menilai dan menentukan ketentuan-ketentuannya daripada sebegitu ramai pemohon. Mereka akan ditentukan secara adil ‫ان شاء للا‬. Ini sesuai dengan peraturan-peraturan yang berjalan pada masa dahulu di Saudi Arabia tetapi pada masa ini dibebaskan sahaja.

Kita melihat dari segi banyak aspek,aspek kebajikan bahkan aspek syarak. Bagi kita, mereka yang belum akil baligh misalnya bukan wajib baginya menunaikan haji. Yang pasti mereka itu belum pernah menunaikan ibadah haji. Namanya bantuan, sudah naik haji maka sudah selesailah rukun Islam yang kelima Kalau ada yang sedemikian berlaku ataupun layak, bolehlah mereka mengemukakannya kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam.

Berkenaan dengan masjid di kawasan Belait. Kawasan Belait ini sebenarnya dalam rancangan yang ke-11 termasuk ada kawasan Mumong dan Lumut. Kalau di Lumut ‫ ان شاء للا‬minggu depan pada 23hb. Mac 2023M, kaola dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan akan meletakkan batu asasnya di Lumut. Di Panaga, ada rancangan-rancangan termasuk dalam cadangan senarai kementerian tetapi tidak tertentu. Mudah-mudahan kaola dapat merangkum jawapan-jawapan kepada soalan Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, kira-kira 2 tahun yang lalu ada hamba Allah yang telah menghubungi Majlis Ugama Islam yang berniat dan berhajat untuk mewakafkan pembinaan sebuah masjid dan tempatnya pun dipilih di Panaga. Tetapi akhir-akhir ini, orang yang berkenaan itu setelah mendapat kebenaran daripada Majlis telah minta tangguh atas sesuatu perkara tertentu. Mudah-mudahan kaola dapat merangkum jawapan-jawapan kepada soalan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi

Ada lagi Yang Berhormat akan sambung?

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Kaola rasa yang kaola ingat dalam catatan kaola ini, soalan Yang Berhormat setakat itu saja. Mungkin kalau ada tertinggal, akan kaola jawab kemudian.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Sekarang saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

‫ب العَالَمِّ ْين‬ ِّ ‫ْْ ال َح ْم ُد هلل َر‬.ْ‫بسمْهللاْالرحمنْالرحيم‬ َ ‫ف األ َ ْنبِّيَـاءِّ َوال ُم ْر‬ َ‫س ِّل ْيـن‬ َ ‫س َـَل ُم عَلى أَش‬ ِّ ‫ْـر‬ َّ ‫َّـَلةُ َوال‬ َ ‫َوالص‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬ ِ ُ‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.

Tidak dapat dinafikan Majlis Ugama Islam Brunei yang termasuk di dalamnya Majlis Ugama Islam adalah antara institusi atau organisasi yang strategik di Negara Brunei Darussalam. Bidang tugasnya meliputi perkara-perkara yang mempunyai dan memberikan impak besar kepada sosioekonomi negara ini.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenai dengan Jabatan Zakat akan ditubuhkan tidak lama lagi, ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬. Dengan memfokuskan kepada pengurusan zakat Baitulmal dan wakaf.

Terdapat banyak kajian-kajian atau penyelidikan yang dikendalikan oleh pakar-pakar profesional ekonomi dan kewangan Islam serantau dan antarabangsa yang ternama yang menyatakan bahawa adalah lebih efektif atau eifisien dan berkesan jikalau ia ditadbir dan diurus melalui badan berkanun dengan diurus tadbir oleh pakar-pakar profesional seperti pakar pengurusan dan kewangan yang tertentu. Pendekatan ini telah digunapakai di negara-negara jiran ‘kitani’ seperti di Malaysia dan Singapura yang mana sistem pengurusan dan pentadbiran zakat Baitulmal dan wakaf mereka boleh dicontohi atau diteladani sebagai benchmark.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, sepertimana dilaporkan dalam media massa, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan Republik Singapura pada 30hb. Januari hingga 7hb. Februari 2023M lepas dengan diketuai oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama yang juga Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam.

Perbincangan juga telah diadakan bersama Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Ugama Islam Selangor, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Ugama Islam Johor serta anak syarikatnya dan Majlis Ugama Islam Singapura.

Dalam pada itu, sukacita kaola memohon pencerahan mengenai hasil lawatan dan perbincangan berkenaan. Adakah ia akan digunapakai sistem tersebut dan diamalkan dengan amal-amalan terbaik terbukti berkesan seperti mana yang dipraktikkan di negara-negara luar termasuk negara-negara jiran ‘kitani’ yang telah sering dilawati berkenaan. Memandangkan perkara ini sangat-sangat strategik dan memberikan impak besar kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam dan juga kesejahteraan rakyat dan penduduk, mungkin juga perkara ini boleh mendapat pandangan dan ulasan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ataupun mungkin juga kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seterusnya, kaola ingin menyentuh sedikit mengenai kelambatan pemohon menerima keputusan daripada pihak MUIB kepada permohonan-permohonan agihan asnaf ataupun perumahan. Perkara ini sedang heboh diperkatakan di kalangan pemohon-pemohon, tempat mengadu adalah kebanyakannya kepada Ketua-Ketua Kampung namun apalah kuasa Ketua Kampung yang cuma dapat membawa perkara tersebut kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Setelah disiasat atau ditanya kepada pihak yang berwajib, salah satu sebab yang diberikan adalah kekurangan kakitangan untuk menemuduga disebabkan permohonan semakin hari semakin banyak.

Kalau Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mencadangkan untuk melibatkan belia-belia untuk mengimarahkan masjid dan platform yang ada disediakan untuk belia masjid adalah dikelolakan oleh masjid. Mungkin untuk solusi sebelum Jabatan Zakat ditubuhkan, kaola mencadangkan kalau masjid ada dengan belia masjidnya, kenapa tidak ditubuhkan atau diadakan belia MUIB bagi masjid-masjid di seluruh negara dan sepertimana belia masjid, belia MUIB ini dikelola oleh pihak masjid dan disokong oleh pihak MUIB khasnya Bahagian Zakat. Peserta-pesertanya boleh terdiri daripada belia masjid ataupun dikhaskan kepada belia MUIB sahaja dan umurnya dihadkan kepada peringkat umur yang difikirkan layak.

Belia MUIB itu nanti akan diberikan bimbingan. Salah satunya iaitu garispandu bagaimana cara menemuduga pemohon-pemohon. Setelah belia MUIB ini difikirkan sudah layak untuk menemuduga, mereka inilah yang akan ditugaskan untuk menemuduga pemohon dari persekitaran mereka. Oleh kerana mereka ini penduduk setempat, apabila ditugaskan, mereka ini sedikit sebanyak mengenali penduduk di persekitaran mereka ini dan akan memudahkan menjalankan tugasan-tugasan yang diberikan.

Kita fikirkanlah untuk memberikan imbalan yang berpatutan kepada belia-belia ini berdasarkan kepada perolehan tugasan yang diberikan. Mungkin cadangan ini akan dapat mengatasi serba sedikit isu kelambatan ini. Sekian saja, semoga cadangan ini ataupun sekiranya dimanfaatkan akan bermanfaat kepada Jabatan. Sekian, ‫وباهلل التوفيق والهداية‬. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan. Ada menyebut tadi Majlis Ugama Islam dan dihubungkan dengan kedudukan yang strategik.

Memang Majlis Ugama Islam sebagai satu lembaga yang mengikut undang-undang Perlembagaan sebagai badan yang tertinggi menyembahkan menasihat ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamperkara agama.

Tetapi bukan yang kaola fahamkan daripada pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat itu tadi, kalau dilaratkan kepada zakat ataupun sebagainya ia dua perkara yang berbeza.

Majlis sebagai satu Lembaga, tidak pernah kita memikirkan untuk menjadikannya sebagai satu koperasi atau sebagai satu entiti swasta.

Kalau di Semenanjung yang sedemikian masih dalam pegangan kerajaan ataupun hal ehwal Islam di Malaysia iaitu JAKIM dan di negeri-negeri dengan Majlis Ugama Islamnya yang dibawah Sultan atau Raja-Rajanya.

Yang kita fikirkan untuk penswastaan sistem zakat dan sistem wakaf itu ialah demi efficiency dan demi mendapatkan hasil yang sebaiknya. Inilah sudah berlegar dalam beberapa tahun terakhir ini sebagaimana dalam pembentangan kaola dan disebutkan tadi lawatan-lawatan telah dibuat. Memang sebenarnya hajat ke arah idea pelaksanaan untuk kemungkinan menswastakan wakaf dan zakat ini.

Kalau seimbas lalu yang dapat kaola baca laporannya sangat positif untuk memilih beberapa model yang boleh difikirkan untuk dilakukan di sini, dengan peringatan bahawa ianya tetap mengikut peraturan-peraturan, hukum-hukum syarak dan undang-undang yang berjalan di negeri ini.

Yang mempergunakan sistem zakat dan sistem wakaf adalah masih diperakukan dan dibuktikan di negara-negara yang dilawati bahawa ianya sangat menyumbang kepada sosioekonomi negara.

Walaupun hasilnya tidak langsung kepada fiskal kerajaan dan tidak langsung kepada treasury khazanah tetapi ia merupakan satu entity social yang dapat menampung keperluan-keperluan negara seperti sekolah, masjid dan bahkan dalam jangka panjang banyak perkara-perkara yang dilakukan dari hasil wakaf yang terurus secara professional.

Itulah yang kita hajatkan bahawa ia terurus oleh pihak-pihak yang berkenaan yang mahir dalam bidang-bidang pelaburan, urus niaga dan sebagainya. Itulah perlu dilihat dan mudah-mudahan perkara itu ditaufikkan oleh ‫للا‬ke arah pelaksanaannya seperti yang kita hajatkan. ‫انْ شاءْ هللا‬Perlu diingat bahawa yang akan diswastakan itu bukan MUIB tetapi bagaimana pengurusan zakat dan pengurusan wakaf supaya ia mendatangkan impak yang lebih besar.

Zakat pada masa ini dengan pendapatan $17juta ke $18 juta sudah menampung jumlah orang miskin yang hampir 17 ke 18 ribu atau dalam 3 ribu atau 4 ribu keluarga. Ini sudah menampung dari segi agihan kepada asnaf dan ia juga meringankan peruntukan yang diberikan kepada JAPEM. Kalau bertumpu ke JAPEM semuanya, tinggi peruntukan JAPEM.

Isu yang ketiga tadi awal-awal yang disebutkan tadi ialah kelambatan. Kelambatan ini kaola angkat tanganlah walaupun dalam TPOR ditetapkan sekian-sekian harinya. Alasan pertama kekurang itu biasalah.

Kekurangan itu sudahpun diusahakan untuk diisi bukan dengan isi jawatan-jawatan yang established tetapi ada diperuntukkan orang yang berdaftar dan ditempatkandi jabatan-jabatan atau pihak-pihak tertentu. Ini orang-orang yang belum bekerja yang berkelayakan untuk membantu kerja-kerja Majlis Ugama Islam.

Dalam segi mengenai agihan zakat ini. Dalam agihan zakat ini memerlukan jua kepantasan pengurusan yang berbentuk kepada tenaga iaitu orang-orang yang tidak dapat didapatkan dari segi established post tetapi didapatkan dengan cara melantik mereka.

Lantikan mereka ini adalah didasarkan kepada sukatan-sukatan kepada kelayakkannya qualification pengajiannya. Ada yang di Bahagian Zakat Bahagian Penyiasatan, dan Bahagian Kewangan selain daripada diperbantukan daripada Kementerian Kewangan seorang pegawai kanan untuk membantu perkara dalam perkara auditing dan sebagainya.

Kaola sangat simpati dengan tanggungjawab berat Ketua Kampung atau Penghulu termasuk imam yang didatangi oleh orang-orang yang menunggu keputusan dalam perkara ini. Abiskaola berusaha mana yang mungkin untuk mempercepatkannya dan yang penting ada juga perkara-perkara yang ketua-ketua kampung atau penghulu dan imam yang menerima aduan-aduan itu untuk menyiasat seteliti-telitinya.

Seperti satu aduan yang baru-baru ini didengar mengenai permohonan untuk membina rumah yang mana sudah lima tahun ada suratnya disokong.

Jadi pembinaan rumah dibawah Majlis Ugama Islam Brunei cuma menyediakan peruntukannya untuk membina rumah tetapi pengurusannya adalah dibawah satu jawatankuasa yang khas yang meliputi pegawai-pegawai daerah dan diterajukan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu projek Quick Win. Namun tidak juga dapat disalahkan mereka.

Misalnya disiasat bahawa tanahnya itu baik dan sesuai tetapi sudah disiasat lagi didapati bahawa tanah tersebut overlapping, danapabila untuk menyediakan plan, didapati tanah itu bukit dan hal-hal yang seperti ini yang melambatkan.

Mudah-mudahan hal-hal sedemikian itu selesai dan sama-samalah kita termasuk penghulu, ketua kampung dan imam atau siapa yang mendapat laporan kelambatan ini untuk menyiasat. Penyiasatan itu mungkin ada kelambatan segi birokrasi yangdapat kita ubah caranya tapi kalau kelambatan itu mengenai asasnya maka sulitlah sedikit sehinggaada penyelesaiannya yang dipersetujui dan diputuskan oleh Jawatankuasa Quickwin.

Mengenai cadangan supaya ada belia MUIB. Kalau orang belia MUIB ini apabila sudah dilantik di MUIB sebagai pekerja tambahan di MUIB, maka akan ditempatkan mereka di MUIB tetapi kalau disebutkan untuk ia dihubungkan dengan masjid.

Perkara ini pernah sudah kaola bentangkan bahawa bukan sahaja belia, malahan jawatankuasa takmir itu sendiri akan mengelinga masyarakat dalam tadahan masjid. Itulah khidmat takmir selain daripada melihat kerosakan masjid, mengadakan acara-acara dan sambutan-sambutan dan mengadakan acara-acara program agama dan ibadat.

Tetapi juga program-program sosial ini yang nampaknya tidak diperhatikan. Jadi, tidaklah perlu untuk dinamakan belia MUIB, cukuplah belia masjid itu sendiri bersama jawatankuasa takmir untuk mengelinga hal ehwal masyarakat setempat ini. Misalnya permohonan lambat turun, biarlah selain dari Ketua Kampung untuk mereka mencari penyelesaian-penyelesaian.

Kaola mengalu-alukan usaha-usaha di kalangan belia seperti ini yang tidak khusus kepada satu-satu kampung sahaja bahkan secara umum seluruh negeri mereka melakukan projek-projek amal. Sangat baik tetapi bermusim. Ini hampir musim puasa dan raya dan akan banyak projek-projek itu.

Seolah-olah ada dalam sosial media kaola suatu masa mendangar inilah musimnya memperagakan atau pun menunjukkan, bukan tentang rasa kebajikan pemedulian masyarakat, namun memprojekkan betapa masyarakat Brunei ini masih lagi ada kemiskinan itu.

Jadi hal-hal ini hendaklah kita fikirkan di kalangan ketua-ketua masyarakat bersama akar umbi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬terlebih dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat diatas mukadimah berkenaan dengan Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kaola ingin mengemukakan soalan dan cadangan untuk beberapa perkara:-

  1. Mengenaidengan tanggagaji pemangku-pemangku imam yang telah ditetapkan jawatan. Bagi jawatan Imam Tingkat III, tanggagaji adalah bermula $1280 hingga $2270 dan tanggagaji jawatan Imam Tingkat IV bermula $1225 sehingga $1785. Imam-imam Tingkat III yang berkelulusan HND, gaji permulaan adalah sebanyak $1990. Sehubungan dengan ini, kaola memohon agar pemangku-pemangku Imam Tingkat IV yang telah ditetapkan jawatan dan berkelulusan HND untuk dipertimbangkan bermula dengan gaji maximum sebanyak $1785.;

  2. Berkenaandengan kes-kespenceraian rumahtangga di Negara Brunei Darussalam. Kaola ingin tahu apakah kes-kes penceraian ini semakin meningkat atau sebaliknya pada setiap tahun, dan mengikut statistik berapakah jumlah kes-kes penceraian yang disebabkan isteri dan suami orang. Mohon pencerahan apakah proses-proses kaunseling bagi suami isteri yang mempunyai masalah rumahtangga.;

  3. Kaola ingin tahu berkenaan dengan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei. Selain berfungsi untuk mengembangkan serta memajukan hartanah Majlis Ugama Islam, apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan bagi membantu masyarakat terutama golongan-golongan yang memerlukan seperti keluarga daif, ibu-ibu tunggal dan seumpamanya. Setakat ini, berapakah aset-aset harta tanah yang diurus tadbir oleh Badan Tanmiah?; dan

  4. Kaola ingin pencerahan berkenaan isu-isu murtad yang melibatkan masyarakat kita. Setakat ini, berapakah kes murtad ini direkodkan dan apakah punca-punca utama yang menyebabkan mereka terkeluar dari agama Islam. Mohon pencerahan mengenainya.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai yang pertama itu, sepertimana yang kaola mendengar di luar persidangan ini dan ‫ ألح ْمدُ ِلِل‬Yang ‫ه‬ Berhormat mengulangi di sini, maka kaola sarankan untuk mengalert bahagian yang berkenaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk melihat kes ini. Yang perlu dijelaskan di sini ialah mengenai kedudukan perbezaan gaji dalam kemasukan dalam jawatan-jawatan. Imam Tingkat IV itu sememangnyaimam-imam yang dilantik itu tertakluk kepada apa division ia dilantik berdasarkan kelayakan-kelayakan yang ia dilantik.

Melalui Skim Perkhidmatan yang baharu yang diluluskan, syarat kelayakan jawatan bagi Imam Tingkat III dan Imam Tingkat IV ialah Diploma dalam Bidang Pengajian Islam atau sebanding dan hendaklah lulus Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU).

Manakala tanggagaji bagi Imam Tingkat III ialah C1-2 EB.3 dalam Division III dengan gaji permulaan sebanyak $1280 hingga $2270 dan tanggagaji bagi jawatan Imam Tingkat IV pula ialah dalam Division IV - 5 EB. 6 dalam Divisyen 4 dengan sukatan D.4 - 5 EB. 6 ialah gajinya $1,225.00 bezanya berapa $25 dengan $80?

Jadi hingga kepada $1,785.00 itu berbeza walaupun namanya imam, satu di Tingkat 3 satu di Tingkat 4. Skimnya sama, kelayakan yang dikehendaki ialah kelayakan yang telah disebutkan tadi, iaitu Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau sebanding dan hendaklah lulus Sijil Sekolah Rendah, Imam Tingkat 3 dan Tingkat 4.

Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, jawatan-jawatan bilal dan imam ini walaupun di luar bidang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ialah dari antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis Ugama Islam dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tapi dari segi perlaksanaannya, erti kata bila dicerapkan kepada skim-skimnya adalah mengikut skim yang ditetapkan oleh SPA.

Kementerian ini juga bercadang dan cadangan itu mestilah mengikut aturan-aturannya yang dinyatakan seperti tadi, iaitu divisyennya dinyatakan dan dicerapkan oleh pihak yang berkenaan iaitu SPA.

Keputusan berkenaan dengan yang sedemikian itu, sepertimana yang terjadi Yang Berhormat memohon supaya dipertimbangkan semula.

Jadi jawatankuasa, kalau setakat Kementerian Hal Ehwal Ugama, cuma dapat melihat kes ini sebenarnya satu kes yang dilihat tapi untuk menjamin yang dikehendaki tertakluklah kepada skim-skim yang ada dalam perkhidmatan kerana skim perkhidmatan itu, tidak mudah dan tidak sekejap diputuskan atau ditetapkan dan sekejap itu jua untuk diubah, tidak. Ia melibatkan dasar-dasar dalam menjamin ‘kelicininan’ pentadbiran am, pentadbiran awam.

Kebenaran penyelerasan yang diperolehi dari SPA pada masa ini bagi pemohon jawatan Imam Tingkat 3 dalam Divisyen 3 yang mempunyai kelulusan HND akan diberikan gaji $1,990.00 sebulan.

Kalau terjadi apprentice ini berlainan dari keputusan ini, bisailah perkara ini diberikan butir-butirnya yang lanjut untuk sama-sama disiasat oleh bahagian Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama sejauh mana ia terlaksana atau tidak.

Manakala bagi pemohon jawatan Tingkat 4 dalam Divisyen 4 yang mempunyai kelulusan HND akan diberikan gaji permulaan sebanyak $1225.00, HND tetapi dalam Divisyen 4, itulah perbezaannya.

Apakah ini wajar atau tidak wajar dari segi perlaksanaannya di Kementerian Hal Ehwal Ugama sudah dilaksanakan menurut aturan-aturan dan sukatan tanggagaji dan tingkat perkhidmatan. Bagaimanapun, kalau Yang Berhormat mahu detaiilnya dikehendaki memberikan butir-butirnya secara detail.

Berhubung dengan kes perceraian. Adakah semakin meningkat atau menurun? Kalau dilihat kepada angka statistik yang diberikan kepada kaola ini pada tahun 2019 kes perceraian adalah sebanyak 624 kes, yang paling tinggidan kemudian ianya menurun dalam tempoh 5 tahun kebelakangan. Manakala terdapat penurunan 2 tahun selepas itu daripada 64 kepada 583.

Sepertimana yang kita maklum, akibat semasa wabak memang pergerakan kita terbatas, jadi kerja-kerja pun terbatas, jadi kes-kes seperti ini banyak tergantung, ada orang ‘beliur’ untuk bercerai tetapi dalam keadaan ‘macam atu’ tidak jadi bercerai. Sama ada menurun ataupun ditunggunya lagi kalau.

Tetapi mudah-mudahanlah nampak trend semasa COVID-19 itu banyak orang berfikiran singkat tetapi oleh kerana itu ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ ِ ‫ أ ه‬itu menurunkan ُ ‫لِل‬ tidak boleh bergerak ke mana-mana untuk mengadu ke mahkamah jadi tertangguh-tangguh mungkin baik jua.

Itulah kedudukannya dari segi statistic, cuma kalau kan ditetapkan ia jenis-jenis apa sebabnya ‘payah’ untuk disebut. Adakah sebab isteri orang dengan suami orang? Secara imaginasi membayangkan seperti itu. Itu boleh menjadi salah satu sebab tapi berapa banyak, itu belum dapat kaola di sini.

Usaha yang dilakukan ‘dibanar-banari’ oleh Bahagian Khidmat Nasihat Rumahtangga di Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu di bawah Jabatan Syariah ialah mengadakan kursus-kursus, mengadakan kesedaran, pelbagai kursus kalau sebelum nikah ada kursus pra-nikah, yang kursus itu pada masa dahulu cuma mengenai hukum hakam mengenai rumahtangga dan sebagainya tetapi tidak meliputi 2 hal yang penting.

Dalam beberapa tahun terakhir ini, ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ia meliputi 2 hal yang penting, iaitu kesedaran kewangan dan kesihatan. Hal itu termasuk dalam kursus pra-nikah. Kemudian ada kursus selepas perkahwinan, iaitu pasca perkahwinan. Inilah perisiannya, nasihat-nasihat bagaimana untuk menimbulkan kesedaran untuk menjamin keutuhan rumahtangga, keamanan supaya jangan terjadi misalannya antaranya ialah suami orang melibatkan isteri orang dan sebagainya, itulah antaranya semua dielakkan dengan erti kata kalau ajaran agama ditekankan di sana, iaitu elakkanlah perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Mungkin juga yang suami mendengar risikan orang, yang isterinya seperti ini. Yang isteri mendengar risikan orang, suaminya seperti ini. Ini satu fitnah dari orang tetapi fitnah dari suami atau isteri itu sendiri, jadi hal-hal seperti itu termasuk dalam kursus pasca perkahwinan.

Termasuk dalam kursus pasca perkahwinan ini melibatkan jua bagaimana nanti apabila lahir cahaya mata dan sebagainya. Di situlah kesedaran kewangan dan kesedaran kesihatan. Ada juga taklimat-taklimat tertentu yang bermotifkan “Keluargaku, Harapanku” supaya kesedaran meningkat ertinya berkeluarga itu untuk masa depan harapan masa hadapan.

Yang terakhir, ada satu bentuk program yang akan diperkenalkan tadi sudah dicuba di peringkat jabatan sahaja. Bisai tah berjemaah ertinya menggalakkan jemaah ini salah satu cara jua untuk mensakinahkan, mewardahkan keluarga antara suami isteri ialah amalan bersembahyang berjemaah.

Kaola tidak berdasarkan kepada laporan ini Yang Berhormat Pengerusi berdasarkan semasa COVID-19. Pada masa itu, suami yang bekerja di pejabat ataupun tidak bekerja ditetapkan selepas itu tidak bergerak ke mana-mana kalau kan sembahyang semasa sebelum musim COVID-19, boleh menunaikan sembahyang di mana-mana masjid, tetapi semasa musim COVID-19 di semua masjid ditutup.

Semasa perintah berkurung dengan sendirinya ada timbul keinginan untuk sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga. Itu adalah satu hikmah yang ‘kitani’ dapat daripada ‫ى‬ْ ‫هللاْ سبحانهْ وتعال‬ berikutan semasa wabak COVID-19 dan ‘bisai tah’ dilaratkan untuk sembahyang berjemaah bersama keluarga dan mempertingkatkan lagi mutunya.

Jika ibadah seseorang itu sudah meningkat dan bacaannya baik. Semakin kita berumur, kaola rasa semakin banyak pendengaran, bacaan dan ingatan kita dalam ilmu mesti lah ditambah. Yang kita dengar mesti dipelajari.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬perkara seperti ini dapat ditampung oleh perkhidmatan ugama. Samada melalui dari dakwah, masjid dan dari sekolah. Syukur ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬

Yang ketiga, Badan Tanmiah ini ialah badan yang mengembangkan harta Majlis Ugama Islam Brunei. Modal yang digunakan oleh mereka ialah daripada tanah-tanah wakaf atau tanah-tanah yang lain dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Brunei. Memang tugas hasil daripada segi di dalam kumpulan kewangannya dan untuk dikembangkan. Jadi bukan tujuannya itu mengenai hal-hal kebajikan. Hal kebajikan itu diuruskan oleh bahagian zakat.

Hal-hal untuk membantu rumah bukanlah diharapkan dari Badan Tanmiah. Pekembangan harta Majlis Ugama Islam Brunei dalam bentuk pada masa ini lazimnya daripada 20 tahun dahulu atau lebih dalam bidang hartanah, berupa rumah sewa dan sebagainya.

Berapakah aset hartanah yang ditadbirkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei. Kalau tidak salah ada sebanyak 163-unit di 19 lokasi yang mengandungi bangunan perumahan dan perniagaan di seluruh negara yang mana 141-unit terletak Daerah Brunei Muara dan 30 unit di Daerah Tutong dan 2 unit di Daerah Belait. Tiada di Temburong. Perkembangan itu adalah dihajatkan untuk mengembangkan Majlis Ugama Islam Brunei bagi kegunaan pengumpulan dana dan akaun pentadbiran am.

Lebihan dana yang dimasukkan akan digunakan secara tidak langsung kepada hal-hal kebajikan, tetapi tidak langsung seperti semasa musim COVID-19, peruntukan yang hampir beberapa juta untuk membantu peniaga-peniaga kecil, pekerja-pekerja dan penambang-penambang yang terjejas.

Yang diputuskan oleh majlis, diambil daripada wang akaun pentadbiran am Majlis Ugama Islam Brunei. Semasa musim COVID-19 itu juga, beberapa keperluan untuk kanak-kanak dalam keluarga asnaf yang memerlukan peranti dan peralatan-peralatan juga digunakan daripada dana dan akaun tersebut.

Daripada akaun tesebut secara tidak langsung pendapatan itu akan bertambah. Dalam dua tahun terakhir ini Badan Tanmiah sudah diputuskan oleh majlis untuk meluaskan lagi operasi-operasi pelaburannya. Dari operasi pelaburan lazimnya dari segi tanah yang melibatkan perniagaan. Mudah-mudahan akan dapat dilaksanakan.

Apakah perancangan di masa hadapan untuk aset-aset. Pada masa ini, Badan Tanmiah telah menentukan jenis-jenis tanah yang akan dikembangkan itu. Ada tanah wakaf dan bukan tanah wakaf yang dari hasil lebihan daripada pembahagian faraid, bagi orang yang meninggal dunia.

Apabila tertubuhnya wakaf sebagai satu perbadanan, maka pendapatan sedemikian ini akan dimasukkan ke dalam akaun perbadanan tersebut. Selain daripada perbadanan tersebut itulah yang akan bertanggungjawab untuk mengembangkan harta wakaf.

Mudahan umur panjang untuk menyambut tahun Wawasan Brunei 2035. Umur kaola pada masa itu dalam 90-an. Kitani ada diajar doa-doa untuk dipanjangkan umur yang tidak berpenyakit dan tidak menyusahkan orang untuk beribadat. Kitani meminta kepada ‫ى‬ْ ‫ هللاْسبحانهْوتعال‬supaya dihindarkan daripada umur lanjut yang berpenyakit dan menyusahkan orang.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

ِ ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Salam selawat ke atas junjungan ‫ نبي محمد صل هللا عليه وسالم‬dan sahabat yang jujur lagi setia sepanjang zaman. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬diberi kesempatan untuk memberi sumbangan dalam perbicaraan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Menteri Ugama atas penjelasan berkaitan pekembangan tentang pencapaian Kementerian Ugama mengenai bajet sebanyak $230 Juta.

Kaola ada beberapa isu mohon pencerahan dan beberapa cadangan untuk budi bicara Yang Berhormat Menteri menilai kesesuaiannya. Isu pertama, iaitu mengenai Fardhu Haji dari segi yang lain. Bagaimana untuk memudahkan orang ramai yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan rukun fardhu haji yang wajib yang pertama. Kita faham menunaikan fardhu haji itu wajib bagi yang mampu. Kaola terkilan apabila didatangi oleh beberapa warga emas yang belum pernah umrah atau naik haji agak kurang berkemampuan dan kesuntukan rezeki.

Mereka tidak ada pendapatan selain daripada pencen tua dan golongan ini ingin kaola menyampaikan kemusykilan untuk mengerjakan haji wajib mereka kerana kos untuk mengerjakan haji sudah melambung tinggi. Semenjak mereka tamat perkhidmatan dan dengan simpanan dalam tabung haji mereka tidak lagi mencukupi untuk mereka suami isteri untuk menunaikan fadhu haji. Mereka tidak ada pakej bantuan haji seperti persara kerajaan, umur semakin meningkat, tenaga pun kurang dan kos semakin melambung. Kaola ingin mengajukan beberapa cadangan untuk memudahkan golongan ini menunaikan haji wajib mereka.

Mereka akur kesempitan rezeki dan tahu salah satu hukum wajib haji ialah mesti berkemampuan. Mereka tidak meminta ihsan atau bantuan tapi memohon kalau ada jalan alternatif untuk membolehkan mereka mampu dengan wang sendiri menunaikan haji wajib mereka dengan tabung yang mereka ada.

Kaola difahamkan kos haji di Brunei bergantung kepada beberapa faktor yang di luar kawalan travel agent seperti kos hotel penginapan di musim haji, makan siang, kos tambang, kos yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, sama ada berada di Arafah atau Mina dan kos pengangkutan darat.

Kaola teruja mendengar jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menjawab soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam bahawa Kerajaan Brunei memang mempunyai tempat penginapan hotel di Kota Mekah dan Madinah. ‫ألحمدُ هلِل‬

Cadangan kaola:

  1. Menyedari kos utama pakej-pakej haji ialah sebab kos tempat tinggal dan kos penerbangan dan kedua-dua service ini diungkayahkan oleh GLC kerajaan, iaitu Darusalam Holdings dan RBA. Apa kiranya kos ini dapat diturunkan? Misalnya dari jadual 28 hari di musim haji, direview turun kepada 15 hari. Jika perlu, penginapan walaupun dalam hotel 4 - 5-star tetapi bilik dan servicenya ditukar kepada basic hostel, katil bertingkat, tinggal beramai, tidak termasuk makan dan minum dan harga penerbangan, harga pokok, harga charter dan bukan harga beruntung. Mungkin dengan cara di atas, harga basic khas akan dapat ditawarkan dan dicapai oleh warga emas untuk mereka mengerjakan haji wajib mereka dengan rezeki sendiri ‫ان شاء هللا‬.; dan

  2. Melibatkan travel-travel agency tempatan dalam permuzakarahan untuk mencari solution cara untuk menurunkan harga pakej haji dan umrah dengan yang harga basic ini. Boleh kiranya Kementerian Hal Ehwal Ugama dan agensi-agensi kerajaan yang lain menilai usul dan membuat pertimbangan sewajarnya?

    Moga-moga dengan usaha kita meringankan dan memudahkan warga emas atau mana-mana rakyat yang kurang berkemampuan untuk menunaikan fardhu haji wajib mereka. Bukan yang berulang-ulang, tetapi yang pertama kali menunaikan fardhu haji wajib. Moga dengan rezeki mereka memudahkan orang ini menunaikan fardhu haji wajib mereka, rezeki agensi GLC dan rezeki negara akan bertambah berkah. ‫ان شاء هللا‬.

Isu kedua, memperbanyakkan masjid di dalam kawasan perumahan dan memeriahkan masjid dalam bulan Ramadhan. Apakah strategi Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk memastikan ada masjid dalam setiap kawasan perumahan negara dan dibina menjadi satu priority dalam pembangunan perumahan negara? Prasarana dan lokasi masjid diambilkira untuk senang, selesa dan selamat dikunjungi oleh penduduk-penduduk yang bernasib baik dapat berjiran dengan masjid. Lebih-lebih lagi bagi warga emas dan kanak-kanak dalam perkampungan tersebut. Konsep masjid dalam peranan sebagai tempat beribadah juga sebagai institusi menimba ilmu dan tempat berkumpul orang kampung dalam suka duka, boleh memperkasakan sifat kejiranan dan tulus mengembangkan syiar Islam ‫ان شاء هللا‬.

Cadangan pertama: Utamakan mendirikan masjid-masjid dalam kawasan perumahan yang mungkin terlepas pandang tidak dibuat masjid di dalamnya. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬kaola gembira mendengar bahawa daerah Kawasan Perumahan Mumong akan diproses sebagai sebuah tempat bagi mendirikan masjid. Maka pertimbangkan untuk membuat masjid di kawasan Perumahan Penaga dan di mana-mana kawasan perumahan negara yang lainnya. Masjid itu tidaklah perlu sebesar masjid-masjid utama, cukup untuk menampung 100 hingga 150 jemaah sahaja.

Untuk masjid-masjid sembahyang berjemaah besar seperti Juma’at, Aidilfitri, Aidiladha, bolehlah diadakan di masjid-masjid utama yang sedia ada. Inisiatif ini juga akan meningkatkan peluang pekerjaan bagi graduan-graduan lepasan ugama dari Universiti Al-Azhar, Al-Tahfiz dan UNISSA untuk menjawat sebagai pegawai-pegawai masjid.

Moga hajat kita unutk merancakkan rumah Allah dalam kampung perumahan kita dipermudahkan dan mendapat keredhaan ‫هللاْسبحانهْوتعالى‬.

Bercakap tentang memeriahkan masjid lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang akan datang ini, kaola mohon budi bicara Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk membenarkan masjid-masjid untuk memakai kutipan dari tabung awam, kegunaan untuk masjid atau diberi peruntukan khas untuk mengadakan majlis-majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan di masjid- masjid.

Lebih-lebih lagi masjid-masjid yang dikenali pasti didatangi oleh pekerja-pekerja asing atau warga yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa di masjid bersama. ‫ن شاء هللا‬ْ ‫ ا‬dengan usaha ini kita dapat memeriahkan masjid sepanjang Ramadhan pada waktu berbuka, sambil berkesempatan untuk menjamu pekerja asing dan warga awam yang tidak berkemampuan. Untuk pengetahuan tidak semua masjid mempunyai jiran-jiran yang mampu menderma setiap hari berbuka puasa di perkarangan masjid sepanjang Ramadhan.

Yang pasti kalau ada pekerja asing di persekitaran masjid pengalaman kaola, mereka akan datang ke masjid untuk berbuka, sembahyang Maghrib, sembahyang tarawih dan seterusnya bertadarus.

Isu ketiga, zakat harta berigakan untuk meningkatkan kutipan. Ahli Yang Berhormat sudah banyak membincangkannya tetapi kaola ingin menyampuk sedikit.

Kita punya peluang terbaik membuat survey yang cepat pada semasa bulan Ramadhan ini, untuk bertanyakan kepada pembayar-pembayar zakat fitrah untuk menjawab survey-survey tentang ilmu zakat harta.

Sementara menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah, dibagikan survey untuk dijawab dengan cepat untuk tahu apa musababnya zakat fitrah, zakat harta tidak dibayar melalui Baitulmal atau tidak dibayar oleh orang-orang yang mengeluarkan zakat fitrah.

Isu keempat, Brunei Halal Brand, peluang untuk memperkasakannya. Usaha dan proses untuk mendapatkan Sijil Brunei Halal untuk memastikan makanan dan daging yang diimport itu halal dari hukum syariah halalan thayyiban dan selamat dimakan untuk penduduk Brunei dan tidak perlu dipertikaikan. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬atas inisiatif kementerian-kementerian yang menanai dan mempertahankan proses ini dan Brunei Halal Brand telah pun menjadi Premier Brand kita memerlukan untuk menembusi pasaran dengan Made in Brunei Products.

Agensi yang mengeluarkan Sijil Halal Brunei juga memeriksa dan mesahihkan kehalalan mana-mana produk yang diragui kehalalannya kadangkala penilaian dari agensi kita berbeza dengan hasil penilaian agensi luar negara.

Dan terima kasih atas pencerahan dari Yang Berhormat Menteri Kesihatan kaola teruja mendengar bahawa mesin yang kita ada lebih sensitif dan dapat mengesan bahan yang diragui. Inilah keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas memastikan dan melabur mesin yang begitu canggih untuk mensahihkan kehalalan makanan di Brunei ..‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬

Untuk membantu menaikkan confidence awam dan pengguna tentang integrity process certification atau pensijilan ini dan seterusnya memperkasa brand premier ini kaola cadangkan berigakan supaya orang awam lebih faham dan akur proses ini yang memantau 100% dari awal hingga akhir oleh wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA), kalau boleh siarkan dokumentari awam supaya orang awam tahu dan memahami termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi untuk memastikan kesahihan 100% daging yang diimport dari luar negara.

Juga adakah niat untuk melantik agensi ketiga yang boleh melakukan independent ad-hoc verification dan quality control serupa dengan konsep dalam industry other party bebas yang mengakses competency the accessor dan compliancenya seperti who verified the verifier.

Kaola cadangkan latihan-latihan dan kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) sebelum diberi tugas sebagai Halal Certifier hendaklah di formalize.

Dan proses untuk membuat lab testing makanan hendaklah jelas dan sentiasa tidak boleh diragui. Kaola berpendapat kalau proses di atas ini di formalize tidak mustahil proses kehalalan Brunei akan boleh mencapai tahap ISO quality certification untuk Sijil Brunei Halal dan ini akan memberi nilai tambah premier brand yang akan digalati dan mendapat kepercayaan awam pada proses yang sentsitif ini.

Itu sahaja yang dapat kaola pohon pencerahan dan cadangan, terima kasih. ‫السالمْعليكمْورحمةْهللاْوبركاته‬.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

‫والسالمْعليكمْورحمةْهللاْوبركاته‬Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan seterusnya bagi kaola dan kali ini merespon Yang Berhormat.

Dia mengira cuma empat, tetapi isu-isu yang dibangkitnya sangat menarik hingga melarat dan kaola mengira sampai enam, tetapi yang kaola ringkaskan saja hendak sampai ke hujungnya sudah.

Mengenai haji ini, ialah sebagaimana sudah kaola telah terangkan tadi, percubaan-percubaan untuk percubaan sudah ada usaha untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ad-hoc di peringkat operasi, peringkat Setiausaha Tetap untuk mencari di berbagai agensi yang berkenaan untuk mencari apa kira-kira solusi mengurangkan kadar harga atau kadar belanja menunaikan haji ini.

Jadi, kita tunggulah ataupun misalannya kalau ada juga idea-idea daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain juga dalam perkara ini sangat dialu- alukan itu namanya approach kita Whole of Nation Approach bukan whole of nation kepada government sahaja tetapi melibatkan orang-orang di luar kerajaan.

Jadi mereka itu bukan memohon ehsan tetapi mereka itu ingin memohon apa cara yang boleh difikirkan. Antaranya Yang Berhormat tadi menyebut ada kita terus mempunyai hotel di Mekah dan Madinah dan sebagainya dengan cara penurunnanya yang dibentangkan oleh Yang Berhormat itu sendiri apakah cara-cara itu praktikal dari segi bisnes dan sebagainya.

Itu terserahlah nanti pertimbangan-pertimbangan orang, tetapi apa yang penting ada cara-cara misalannya mestilah kita ikthiarkan.

Jadi mengembirakan kaola lagi, kerana yang mengadu ini akur bahawa hukum wajib menunaikan fardhu haji ini ialah kemampuan dan mereka tidak mampu.

Jadi bila mereka tidak mampu tidak wajib tetapi ingin juga kan memampukan apa caranya, tetapi dari segi tidak mampu dari segi kewangan tidak mampu itu maknanya kalau ada halangan-halangan lain dan sebagainya. Itu menjadikan hukum-hukum pada masa tidak mampu itu bagi seseorang adalah maknanya tidak apa-apa kepada mereka kerana dia tidak mampu.

Jadi itulah antara input Yang Berhormat terima bahawa mereka memohon ehsan tetapi memohon pertimbangan satu poin, tetapi satu poin lagi mereka menyatakan bahawa mereka menyatakan tidak mampu jadi ketidakmampuan itu tidak menjadikan mereka tidak apa-apa dalam perkara ini itu poin kedua.

Mengenai aspek-aspek ini sudah kaola terangkan juga tadi, hotelnya, bukan sahaja hotelnya, perbelanjaan transport, terutama sekali semasa 3 hari 5 hari terakhir di Mina 3 hari sehari di Arafah bukan sehari sahaja lagi boleh dikatakan 5 hari.

Semua sekali itu perbelanjaan- perbelanjaan ini sudah semakin tinggi, jadi kita lihat biarlah jawatankuasa itu bekerja dan menguruskan cadangan- cadangannya mudah-mudahan kita sampai kepada yang sedemikianlah yang dihajati.

Kaola hargai juga Yang Berhormat sudah membayangkan ada saranan-sarananya Yang Berhormat sendiri menyarankan macam misalan bilik kerajaan dengan GLCnya untuk berusaha ke arah itu dari segi hotel dan sebagainya dari segi pengangkutannya, itu yang dapat difikirkan oleh yang disarankan oleh Yang Berhormat itu sendiri.

Mengenai kan menurunkan cara untuk menurunkan harga ini dengan kaedah supaya disingkatkan haji itu dari 28 hari atau daripada lebih sedikit kepada sekian hari 15 hari, 12 hari. Sebenarnya itu pun jua saranan-saranan yang kitani dengar di luar negeri untuk mencuba sedemikian tapi belumlah untuk kalau kan dilaksanakan pada tahun inikan kitani lihat tu, negeri mana yang dapat melakukannya dan bagaimana caranya, kitani akan pelajari. Jadi hal-hal sedemikian tapi yang nyatanya.

Satu perkara yang boleh menurunkan harga haji ini kalau urusan-urusan di tanah suci ialah kitani inda memakai pakej yang pada masani kitani lakukan. Pakej pada masani namanya pakej ‘Nikfimi’ bukan lagi pakej pada masa dahulu yang dinamakan Mua’sasah. Mua’sasah mengenai tempat tinggalnya macam mana, cara makannya macam mana dan sebagainya.

Tapi kes kitani sekarang ini pakai agensi. Jadi hal ini mestilah kitani timbangkan jua. Kalau biasa kitani 28 hari penumpuan kitani sekian hari, 10 hari di Madinah, berapa hari kitani di Jeddah berapa hari kitani di Mekah penumpuan kitani. Jadi tenaga-tenaga yang akan berkhidmat mengurus perkara ini pun tertumpu sedemikian itu.

Kalaulah ada pakej itu dan disamping itu ada pakej 15 hari lagi, ada pakej yang berapa hari lagi, kitani lihat lagi tu macam mana pengurusannya. Pengurusan-pengurusan itupun akan tergantung juga kepada bagaimana harga mengurus yang sedemikian itu. Tambahan lagi mesti diingat hotel semasa musim haji mengikut musim.

Sewa semalam sama dengan satu musim, ingati tu. Indalah tahu kalau operasi-operasi haji membawa jemaah haji ini dapat berunding cara macam mana. Itu salah satu daripada caranya untuk mendapatkan cara yang murah kira-kira harga semusim yang biasa dikenakan dicaj oleh hotel-hotel boleh dirundingkan, kalau boleh dirundingkan itulah antara caranya. Jadi perkara-perkara itu mengenai urusan haji ini tani serahkanlah mudahan-mudahan selain daripada usaha kitani ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ ُ ‫لِل‬ ِ‫أ ه‬ mentaufikkan kita juga kerana ia sebahagian daripada ibadat.

Ada perkara yang kedua. Strategi kementerian dalam membina masjid diperumahan hendaklah distrategikan sedemikian. Memang strategi kementerian dalam pembinaan masjid-masjid di mana ada penduduk-penduduk yang ramai. Jadi Perumahan Negara, kerajaan sendiri sudah menyediakan setiap rancangan perumahan disediakan plot tanah untuk masjid sama juga seperti mana kerajaan menyediakan plot untuk sekolah, sudah ada tu. Tinggal lagi apabila kan melaksanakannya. Itulah soalnya kalau dari segi perancangan kementerian merancang masukan ke dalam RKN-11. RKN-11 akan berakhir beranjak setahun lagi kemudian dimasukkan dalam RKN-12 setakat cadangan perancangan. Tapi sejauh mana, perancangan itu akan dikaji lagi diperingkat Jawatankuasa RKN untuk menimbangkan priority-prioritynya, itu sudah ada.

Tapi yang penting kalau dilihat kepada perancangan yang banyak sudah bagi masjid baharu, kalau disebutkan mana-mana perumahan inda pun nya orang yang dikehendaki oleh Yang Berhormat inda pun masjid besar. Tapi masjid memadi sahaja jua, tapi kalau kitani alang-alang membuat satu perkara jua lagi tu.

Jadi bukanlah nya orang besar kecilnya tu menjadi strategi. Tapi yang menjadi strategi mesti mengadakan masjid dikawasan-kawasan tersebut. Kaola sudah tadi menyebutkan kalau di Belait ani, Masjid Perumahan Negara Kampung Lumut akan dimulakan. Sudah ada penyerahan tapak kepada kontraktor dan minggu depan dalam 23 barangkali atau 22 haribulan, kaola dengan rakan kaola Yang Berhormay Menteri Pembangunan akan meletakkan batu asasnya, pembangunannya.

Di Kampung Lumut 1 ada daripada tabung dana pulang tu. Di Belait sendiri di bawah RKN. Tabung dana ini kaola ingin menyebut Yang Berhormat Pengerusi di sini setakat selang ia dilancarkan pada tahun 2015 sampai sekarang ini 2015 ia sudah mengutip $28 juta hampir $29 juta yang setakat dibelanjakan pada masa ini sekitar $7 lebih juta atau $8 juta berbaki ada $21 juta lagi.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬sampai hajat kitani setakat ani masjid dibina dengan tabung ini adalah 2 buah dalam perancangan sebenarnya kaola dalam dewan ini atau 2015 kah atau 2016 menyebutkan perancangan 5 tahun untuk membangun 4 buah masjid. Dengan perkiraan pada masa itu sebuah masjid berharga $3.5 juta ke $4 juta. Jadi kalau 4 buah itu pendapatan selama 5 tahun boleh menampung. Dan sudah dirancang. Masuk dalam rancangan yang sedang sudah berjalan ialah sebuah masjid di Junjungan. Ini masuk tahun 2023, mudah-mudahan inda sampai masuk tahun 2024 masjid itu siap kitani dalam perancangan dapat melaksanakan 3 buah sahaja. Inda sampai 5 buah.

Jadi ini ada faktor-faktorlah, kan disebut lagi faktor COVID jahat benar COVID ini iatah pulang jadi sebab dan sebagainya tapi itulah kenyataanya sedemikian. Kerana masjid bukan siap dengan dilukis tetapi ia siap dengan pembinaan. Jadi hal-hal sedemikan itulah kitani mesti bertimbang rasa. Tapi strategi yang jelas Kementerian Hal Ehwal Ugama membangun masjid di mana penduduk-penduduknya yang ramai.

Berhubung dengan isu zakat bolehlah disimbat sudah banyak kaola jua sempat merespon mana-mana yang kaola dapat itu. Cadangan ini saranan daripada Yang Berhormat Tuan Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin ialah untuk melebarkan lagi penyebaran maklumat berhubung dengan zakat harta. Kalau disebutkan bahasa lain mengapa orang kitani senang membayar zakat fitrah tapi dalam masa yang sama ia mengunjuk zakat fitrah inda ya mengunjuk zakat hartanya.

Jadi kalau itu di sana setakat mana kesedarannya. Itu satu-satu sarananya jua caranya. Tapi membangkitkan kesedaran berhubung dengan zakat harta ini bukan sahaja dengan cermah sana cermah sini atau promosi sana promosi sini. Tapi ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬apabila pihak media kerajaan kitani dan media cetak yang bukan kerajaan selain daripada Pelita Brunei membuat coverage yang baik apabila terdapat acara-acara penyerahan zakat harta daripada orang-orang yang membayarnya. Secara coverage yang baguslah, jadi di sana semakin ramai kesedaran itu.

Pada masa dulu inda pernah kedengaran stesen-stesen minyak, syarikat-syarikat itu membayar zakat. Tapi sudah akhir-akhir ini, 3 tahun sekurang-kurangnya ada yang berbuat sedemikian. Tapi dalam banyak stesen itu cuma sebuah, 2 barangkali barulah. Jadi ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, itu caranya kesedaran.

Kesedaran yang kedua yang sedar untuk membayar zakat tetapi banyak selain daripada cara-caranya, kaedah-kaedahnya itu tidak ia mengetahui. Mungkin inilah juga patut disedarkan terutama sekali kalau dari segi akaun senang sahaja, simpinan diserahkan kepada institusi kewangan yang menyimpan wang kitani. Tetapi kalau yang kitani sendiri mengira senang juga kerana ada sudah.

Jadi, adakah perkiraan itu mesti dihadapkan kepada wakil-wakil Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) ataupun Pejabat Amil di Majlis Ugama Islam Brunei mengira. Mestilah kesedaran perkiraan itu diluaskan bukan setakat nisabnya sahaja tetapi diluaskan juga. Jikalau emas yang akan diserahkan mestilah dibawa ke Majlis Ugama Islam Brunei untuk ditimbang dan sebagainya.

Tetapi boleh dicari kaedah-kaedah lain. Kalau tidak salah ada kaedah-kaedah yang kaola sebutkan kelmarin oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam. Biarlah sukatan dan timbangannya itu sudah diketahui lebih awal sebelum pergi ke kaunter untuk membayar zakat dan ditunjukan di timbang tempatnya di kedai emas walaupun kedai emas tersebut bukan kepunyaan orang islam.

Memang kaola pun semasa membuat pembentangan mengalu-alukan saranan-saranan daripada Yang Berhormat bagaimana kaedah-kaedah lain untuk meningkatkan kutipan zakat dengan sendirinya kitani merasa selesa terutama sekali abiskaola yang mengendalikan pengagihannya apabila menimbangkan permohonan-permohonan baharu tidak khuatir permohonan tersebut valid sehingga 2 tahun. Tidak diketahui nanti pada tahun yang berikutnya tidak lagi peruntukan mencukupi peruntukan. Maknanya tidak lagi terpeduli ataupun mana-mana permohonan yang baharu tidak lagi akan terlayani. Mudah-mudahan perkara yang sedemikian itu tidak akan terjadi dengan peningkatan hasil kutipan zakat.

Berbalik kepada isu permakanan Halal. Kaola rasakan research yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi malah membuat saranan-saranan tertentu, tetapi dalam masa yang sama kaola juga ingin menjelaskan SOP untuk memastikan proses dipantau 100% dari awal hingga akhir.

Hendaklah di diformalasikan dan memang seperti itu dan ada hole point dari wakil agency penyembelihan yang sudah kitani laksanakan pada masa ini. Tetapi Yang Berhormat mahukan ada semacam lagi cara-cara untuk meyakinkan kitani lagi untuk menangkat taraf Sijil Halal kitani dalam taraf premium.

Jadi sijil undang-undang memanglah sedemikian, itulah bahawa semua itu akan dipeduli bahawa pusat penyembelihan dipastikan daripada audit di meja, tetapi di lapangan juga dilakukan. Tetapi bukan setakat itu sahaja dilihatkan tidak ada apa-apa. Tetapi di periksa juga sejauh mana mutu pusat penyembelihan tersebut. Dan kaola sempat mendengar pemeriksa-pemeriksa yang ditugaskan memberi verified apa lagi yang dikehendaki dan apa yang diadakan oleh pusat penyembelihan itu. Apa standard-standarnya. Selain daripada standard yang kitani tetapkan di Negara Brunei Darussalam dari segi Thayibannya, keselamatannya boleh dimakan boleh diconsume dari segi kehalalannya ini peraturan-peraturannya ini SOP nya.

Seperti macam di Australia dan New Zealand terdapat berbagai pihak lagi sebelum lesen diberikan kepada pusat-pusat penyembelihan itu, ada kehendak-kehendak lagi yang diperlukannya. Walaupun kehendak-kehendak itu tidak terang-terang ada kaitannya dengan ugama tetapi apabila kita sudah menetapkan menepati kebersihan menepati kesemua ini, ia ada kaitan. Jadi janganlah kitani berfikir bahawa kitani kesana saja-saja untuk melihat sahaja. Memang cukup teliti.

Memang kitani ada tanggungjawab kepada orang ramai dan juga ‫ هللا سبحانه وتعالى‬bahawa mereka itu bertugas sebagai pemeriksa. Kemudian setelah ditetapkan pusat tersebut diiktiraf, akan didatangi lagi sebelum dilakukan pengeksportan. Ada lagi namanya penyelia-penyelia, pemerhati dan pemeriksa.

Kaola minta maaf Yang Berhormat Pehin apabila mendengar pembentangan Yang Berhormat itu tadi seolah-olah apa yang kitani lakukan ini dibawah standard. Seperti tidak ada sukatan-sukatan dan SOP. Tetapi sebenar-benarnya kalau lagi detail bolehlah didapatkan daripada Bahagian Makanan Halal yang mereka itu terdapat bermacam-macam kalau kan disebut. Kalau diberikan kepada kaola disini kaola pun tidak tersebut. Ada bermacam-macam sijil seperti Sijil HACCP, WHM, GMP, ISO selain daripada appointed quality control dan sebagainya. Semuanya dipastikan.

Bukan pulang mereka itu diberi verified tetapi kitani yang memberi verified orang yang kitani diperiksa ini. Ertinya SOP kitani tidaklah sub-standard, alhamdulillah. Tinggal lagi dari segi pelaksanaannya kitani akan melihati.

Yang penting kelayakan-kelayakan untuk mereka itu selain daripada formal kursus-kursus yang ada di pengajian tinggi di Unissa ada Halalan Thayiban namanya jadi mereka itulah antara orang-orang yang bertugas dalam bidang tersebut dan selain daripada itu berbagai-bagai kursus diberikan bagi memahami tugas dan undang-undangnya.

Misalnya yang bertugas esok Kawasan-kawasan sempadan apa SOPnya. Ada ditentukannya bukan sahaja kepada orang yang bertugas Halalan Thayiban tetapi melibatkan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Kastam pun tahu apa yang dibawa ini apa jenisnya macam-macam kan dilihat.

Jadi inilah kitani rasa tinggal lagi mempastikan ia di lakukan atau ia terlaksana dengan baik dan kitani memerlukan Kerjasama yang erat dari mata masyarakat umum. Itulah yang kaola rasa bagi menjamin kehalalannya dan kitani tidak lagi syak wasangka, bila tidak lagi syak wasangka kita dapat mengelakkan syak wasangka dan dan apa yang asalnya tidak dapat dimakan kerana syak wasangka maka akan hilang syak wasangka. Apabila ada usaha-usaha ke arah itu terjamin penyembelihannya.

Dan undang-undang mengenai Sijil Halal dan label halal dan akta daging halal adalah usaha mengelakkan dan menghilangkan syak wasangka. Itulah kaedahnya. Jadi apabila ini terlaksana maka apa yang dikategorikan Halal, ‫ ان شاء للا‬halal.

Selain daripada itu mengenai soalan semalam Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin berhubung dengan pemakanan daging yang siap di makan dalam tin. Jadi jawapannya kalaukan dikira yang akan dijelaskan adalah undang-undang disebabkan oleh Yang Berhormat itu sendiri tetapi yang label-label yang sedemikian itu kitani lebih kepada label yang halal dari negeri yang kitani yakini.

Kalau segi kalangan negeri-negeri antara MABIMS, kitani rasa ringan sedikit dan itu diiktiraf spada masa ini walaupun belum diformalise persepakatan antara negara-negara MABIMS, tetapi scara ad-hoc kitani lihat dan secara kes to kes dan dalam pada masa yang sama juga peranan kitani untuk memeriksa sebagaimana diterangkan dengan jelas oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, makmal kitani itu, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengcredit kepada kerajaan dengan semakan tersebut maka itu lah antara usaha-usaha kitani mengapa hal-hal sedemikian itu boleh dimakan.

Kemudian apabila terjadi sebaliknya maka kitani verified lagi melalui makmal kitani. Jadi tidaklah terbiar macam itu. Ia macam di dalam tin saja tetapi bahan makanan yang terdiri daripada daging sama ada ayam sebagainya terpaksa dihantar sebagaimana juga kitani memeriksa pusat-pusat penyembilahan untuk pengimportan daging yang disembelih di luar negeri.

Kitani pun memohon lagi sedemikian. Tetapi perkara ini kalau menjelaskan tidak payah kaola minta masa untuk menjelaskan kepada Yang Berhormat dan yang diserukan oleh pihak abiskoala ialah supaya pemohon-pemohon Sijil Halal dan sebagainya itu berkerjasamalah.

Pertama untuk memudahkan auditing ke atas mereka, mereka menggunakan bahan-bahan yang sudah diiktiraf oleh Bahagian Kawalan Makanan Majlis Ugama Islam. Kicapnya yang sudah diiktiraf. Tidak lagi perlu di makmal. Kalau itu lagi akan memakan masa. Hal-hal sedemikian ini berkerjasamalah dengan cara itu.

Ada idea sesetengahan orang tidak payah diperiksa ialah bukan pembeli itu pemeriksanya yang dikenakan syarat-syarat halal itu pengimportnya. Pengeluar serta pengimport orang yang bertanggungjawab mengimport daging bertanggungjawab untuk meminta apa yang diimportnya itu adalah halal maka juga barang-barangnya yang lain, mereka harus mendapatkan menjamin kehalalannya.

Ada cadang-cadang sendirinya apa yang kitani gunakan di Negara Brunei Darussalam ini semuanya halal kerana diimport sudah diverified melalui sekatan-sekatan ke atas pengimport bukan ke atas pengguna. Antara idea-idea orang dulu itu, Yang Berhormat Pengerusi.

Undang-Undang semua perkara ini berlegar dalam pemikiran kitani dan akhir kitani akan menemukan masa yang dapat dipraktikkan dipakai. ‫ان شاء هللا‬, ada negara yang berbuat demikian Yang Berhormat Pengerusi dan tidak perlu dihantar apa-apa. Tetapi sejauh mana ia menjamin dan sebagainya masih lagi isu pemakanan itu bukan saja nyamannya tetapi kitani melihat kepada keselamatannya, Thayyibannya dan kitani orang yang berakidah kepada kehalalannya kitani fikirkan.

Jadi kaola rasa, kaola merangkum soalan dan saran-saran yang dikeluarkan oleh rakan sepemersyuaratan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, saya rasa cukuplah sudah kita berunding mengenai dengan tajuk ini setakat ini.

Saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dulu dan kita bersidang semula di Peringkat Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat sedang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan supaya persidangan kita ini kita tangguhkan dulu. ‫ان شاء للا‬, kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 18hb. Mac 2023M seperti biasa mulai pada pukul 9.30 pagi.

Sekian, ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.