HARI KE-6 PETANG
9HB MAC 2023M-PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Meyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Ahli-Ahli Yang Berhormat. PersidanganMajlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita meneruskan perbincangan selanjutnya bagi membolehkan kita meneliti Tajuk-Tajuk yang terdapat dalam rang tersebut, saya tangguhkan dulu Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيمAhli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis pada ketika ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 untuk diteliliti satu per satu. Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan sebelah pagi tadi, kita telah mula membahaskan dan meneliti Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Bersama dengan saya ini masih terdapat senarai beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang sudah memberikan minat mereka untuk turut serta dalam membahaskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya sekarang memulakan perbahasan kita dengan menjemput Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بسم هللا الرحمن الرحيم, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhomat. ُ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُهdan salam sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan kita نبي محمد صل هللا عليه وسالمdan sahabat-sahabatnya yang jujur lagi setia sepanjang zaman.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang menghuraikan berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei. Kaola ada beberapa isu mohon pencerahan dan beberapa cadangan untuk di ambil kira.
District Officer, Pengerusi Bandaran, Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua Pejabat di peringkat Daerah. Institusi Pejabat Daerah, Pengerusi Bandaran dibantu oleh Penghulu dan Ketua Kampung di setiap daerah ialah untuk bertugas di kawasan mereka ditugaskan, untuk menjadi wakil kerajaan untuk mempedulikan hal-hal rakyat, berusaha menaik taraf rakyat, kesejahteraan, meneliti keselamatan, keselesaan, membangun dan memakmurkan daerah bukan sahaja di bandar, juga di luar bandar. Justeru itu, kaola berpendapat bahawa District Officer (DO) dan seluruh warga Ketua-Ketua Jabatan Daerah yang dilantik dan ditugaskan di tempat-tempat daerah perlulah bermastautin di tempat di mana mereka ditugaskan, sebab masalah rakyat dan hal sebenar dalam daerah tidak dapat dilihat ketika mereka di dalam office atau waktu bekerja sahaja. Al-maklum, waktu bekerja tersempit dan pegawai kerajaan akan sibuk dengan tugas harian dan tidak mungkin ada peluang berjumpa dengan penduduk setempat.
Work Permit Holder. Kaola, saya difahamkan bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bertanggungjawab mengeluarkan koata Work Permit setelah mendapat kepastian dari MPEC, tiada orang tempatan yang berkelayakan atau mahu mengambil kerja yang ditawarkan. Mohon pencerahan berapa banyakkah wang permit yang telah dikeluarkan dan masih valid hingga hari ini dan pecahan kategori trade level dan berapa lama work permit seorang individu dikeluarkan?.
Adakah mechanism atau agensi mana yang dipertanggungjawabkan untuk penilaian sama ada work permit yang pernah dikeluarkan itu masih diperlukan terus-menerus dan adakah pemantauan ad-hoc verification kalau betul work permit yang telah dikeluarkan memenuhi sebab asal ia dipohon dan dikeluarkan dan ini mengelakkan supaya tidak salah gunakan iaitu diniagakan work permit maka timbul term freelance worker yang bekerja tanpa majikan yang boleh dikatogerikan sebagai human trafficking.
Cadangan satu, seperti yang kaola syorkan dalam perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri - MPEC, ada kaola syorkan dikenakan levy yang sepatutnya bagi setiap work permit di luar katogeri tertentu tidak termasuk domestic helper, healthcare giver, penjaga warga OKU atau pun katogeri yang serupa.Cadangan kaola yang kedua ialah setiap permit yang dikeluarkan levynya ditingkatkan dari tahun ke tahun apabila work permit itu diperbaharui. Kaola syorkan seluruh levy yang dikumpulkan dan dimasukkan dalam Dana Pembangunan Kemahiran yang dikendalikan oleh Human Resource Development Council yang dianggotai oleh wakil-wakil industri pendidikan dan industri kerajaan yang berpatutan. Tugas council ini semata-mata untuk memastikan dana tersebut digunakan untuk melatih anak tempatan untuk mengambil alih work permit holder itu.
Dengan levy yang dinaikkan levynya setiap sekali diperbaharui, akan sendirinya menjadi ganjaran atau insentif untuk syarikat berusaha mencari penggantinya dari anak tempatan yang sudah dilatih dari pusat pembangunan dan mengambil anak muda yang sudah dilatih dari Pusat Pembangunan Kemahiran. Ini akan mencapai tiga matlamat.Cadangan kaola yang kedua ialah setiap permit yang dikeluarkan levynya ditingkatkan dari tahun ke tahun apabila work permit itu diperbaharui. Kaola syorkan seluruh levy yang dikumpulkan dan dimasukkan dalam Dana Pembangunan Kemahiran yang dikendalikan oleh Human Resource Development Council yang dianggotai oleh wakil-wakil industri pendidikan dan industri kerajaan yang berpatutan. Tugas council ini semata-mata untuk memastikan dana tersebut digunakan untuk melatih anak tempatan untuk mengambil alih work permit holder itu.
i. Membantu bisnes tempatan mendapatkan warga pekerja yang mahir dengan mengambil work permit jika tidak ada orang Brunei yang mahu atau dapat mengerjakan kerja itu.;
ii. Mendapat dana untuk pembangunan kemahiran yang disumbang oleh bisnes dengan tidak mengganggu dana kerajaan.; dan
iii. Menggantikan work permit holder dengan warga tempatan yang mahir.
Isu ketiga. Tempat perniagaan di bawah kawalan Bandaran MOHA yang kosong atau tidak beroperasi yang akan memberi beban longgokkan sewa yang tidak dibayar. Terdapat banyak petak-petak kedai, bangku perniagaan dalam bangunan-bangunan komersial kerajaan atau pasar yang kosong berpanjangan. Mohon pencerahan ada statistik menunjukkan berapa banyak kekosongan ini dan ada review dikendalikan untuk mengetahui apa sebab dan kalau ada bantuan yang perlu dihulurkan kepada pemegang lesen untuk meneruskan perniagaan atau pun ditolong bagi nasihat untuk mengosongkan kedai tersebut untuk membagi bangku-bangku yang kosong itu kepada orang yang dalam waiting list.
Cadangan:
Mohon kita berigakan supaya orang awam tahu terma dan syarat mendapatkan petak tersebut dan tindakan yang akan diambil jika peniaga tidak beroperasi sekian lama (tidak beroperasi dalam enam bulan, dibagi warning) dan jika berterusan untuk tidak mereka membebankan membayar hutang sewa, digalakkan untuk memberi peluang petak itu kepada peniaga yang lain.;
Untuk mengadakan tempat- tempat lebih banyak pop up site untuk anak-anak.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Yang Berhormat Pengerusi, boleh kaola menjawab dahulu takut kelupaan.
Yang Berhormat Pengerusi
Dia banyak soalannya. Barangkali kita akan pecahkan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Kaola, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Kalau Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ingin untuk menjawab dahulu, barangkali Ahli Yang Berhormat berhenti dahulu. Jadi semuanya akan puas hati.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Boleh. Asal kaola diberi peluang untuk menyoal terus.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin berkenaan dengan soalan-soalan dan cadangan-cadangan itu. Kaola akan menjawab saja mengenai DO. Terima kasih juga di atas keperihatinan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dalam memeduli kemasalahatan penduduk di daerah-dearah ini iaitu untuk memastikan pegawai-egawai dearah tinggal di daerah di mana mereka di tempatkan ataupun ditugaskan.
Pada menjawabnya, memang dalam job description pegawai-pegawai daerah ini, mereka dikehendaki untuk tinggal di dearah di mana mereka ditugaskan.
Pada masa ini Kementerian dan Jabatan-Jabatan Daerah sedang menguruskan penyediaan logistik bagi membolehkan pegawai-pegawai daerah ini untuk menetap di dearah di mana mereka ditugaskan. ان شاء هللا, pegawai-pegawai daerah yang dilantik akan tinggal di daerah di mana mereka ditugaskan dalam masa terdekat ini. Ini salah satu KPI atau pun sebagaimana yang terkandung dalam job description pegawai-pegawai daerah ini, Yang Berhormat Pengerusi.
Soalan kedua, berkenaan dengan warga asing. Pada bulan November 2022, Jabatan Buruh mengadakan Banci Majikan dan Pekerja. Daripada sejumlah 60,293 orang pekerja asing di negara ini, itulah yang valid yang ada dalam rekod Jabatan Buruh yang dikeluarkan pas-pas mereka untuk sama ada bekerja dalam Sektor Pembinaan. Kalau dalam Sektor Pembinaan ini, seramai 16,444 orang diikuti dengan Sektor Perdangangan Borong dan Runcit, Pembaikan Kenderaan sebanyak 12,191 orang dan sektor Aktiviti Penyediaan Tempat Tinggal Dan Perkhidmatan Permakanan iaitu seramai 8,386 orang. Kalau kita pecahkan lagi perangkaan ini dari segi umur pula, majoriti pekerja asing adalah di antara 30-40 tahun iaitu seramai 30,612 orang.
Manakala, dari segi pendidikan seramai 50,643 orang adalah berpendidikan dari peringkat menengah, teknikal, vokasional ke bawah. Kalau kita lihat perangkaannya ini masa perbincangan berkenaan dengan MPEC, Wawasan, unemployment, inilah sebenarnya ada ruang untuk anak-anak tempatan mengisi. Persoalannya adakah mereka mahu, itu kita akan lihat dari segi upskilling mereka nanti. Daripada jumlah 60,293 orang ini, tiga negara yang tertinggi iaitu Indonesia, Bangladesh dan Philippines. Kita ambil maklum tiga negeri ini memang juga membantu kita dalam dari segi construction dan dari segi hospitality.
Dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan ini, Jabatan Buruh telah bekerjasama dengan JobCentre Brunei sebagaimana yang kaola terangkan juga dalam mukadimah bahawa pengesahan perlu didapati dari JobCentre Brunei untuk memastikan sebelum lesen pekerja asing ini dibenarkan oleh Jabatan Buruh untuk mengawal kemasukkan pekerja asing khususnya bagi jawatan-jawatan yang dikenal pasti berpotensi untuk diisikan oleh anak-anak tempatan.
Selain itu juga, Jabatan Buruh juga bekerjasama dengan Manpower Planning and Employment Council dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan perburuhan di negara ini. Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat berkenaan levy ini, memang sudah dibincangkan dengan pihak-pihak kementerian atau kementerian-kementerian yang tertentu.
ان شاء هللا, kalau ada nanti abis kaola akan mengongsikan apa saja keputusan perbincangan itu untuk memastikan ia dapat dilaksanakan doable and practical to implement, Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, yang dapat kaola jawab dulu sementara, berkenaan tempat berjaja, karang kaola menjawab. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sambung. Kaola masih mencari di mana kaola berhenti tadi, Yang Berhormat Pengerusi.
Mengenai petak-petak kosong tadi. Cadangan kedua kaola ialah untuk mengadakan lebih banyak tempat pop up sites di mana anak-anak muda tempatan kita dapat berniaga tanpa polisi syarat-syarat lesen dan murah asalkan berniaga yang legit yang diusahakan sendiri dan bukan pekerja luar. Ini akan menceriakan daerah dan memberi peluang perniagaan kepada anak-anak muda kita.
Pemantauan tempat berniaga yang khusus untuk bumiputera anak tempatan, biar diusahakan oleh bumiputera dan anak tempatan. Misalnya, ada kompleks perniagaan bumiputera yang kalau dilihat dari luar macam tidak ada bumiputera yang menjalankan dan ada berkemungkinan besar tempat itu disewakan untuk orang luar menjalankan dan menggunakan lesen orang tempatan. Mungkin Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) membuat pemantauan untuk mencari dan memastikan bahawa tempat berjualan yang bergelar bumiputera orang tempatan, biarlah orang tempatan yang menjalankannya.
Pemangku jawatan Penghulu dan Ketua Kampung. Kaola sudah faham di sini, dijawab tadi, menyampuk sedikit isu Pemangku Penghulu dan Ketua Kampung walaupun ada Yang Berhormat Menteri menjelaskan. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, usaha giat kementerian untuk mengisikan jawatan-jawatan Penghulu dan Ketua Kampung untuk menjawat jawatan yang berkelayakan dalam skim baharu sedang giat dijalankan dan difahamkan tadi sebanyak 30-40 kekosongan sudah pun diisi oleh calon-calon yang muda dan mempunyai kelulusan dalam skim baharu. --Rschen7754 16:04, 19 March 2015 (UTC)
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) akan ada satu era baharu dalam mengisi jawatan Penghulu dan Ketua Kampung yang berpelajaran tinggi dan yang akan diberi profesion 5 tahun pertama dan dalam tempoh pekerjaan 10 tahun.
Soalan, kaola difahamkan sementara menunggu Penghulu dan Ketua Kampung yang berkelayakan baru diambil mengikut skim baharu, semua pemegang jawatan Penghulu dan Ketua Kampung yang ada pada masa itu diberhentikan perkhidmatan mereka. Ada sebahagian mereka ditawarkan semula menjadi Pemangku Penghulu dan Ketua Kampung dalam kampung mereka dengan sama tanggungjawab tetapi dengan terma menerima elaun sahaja. Kasihan, ada yang hendak membantah dan keluar tetapi kebanyakannya menyanggupi kerana tertindas tekanan ekonomi pada masa sekarang ini. Ada orang yang berpendapat, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat. Saya kira, tidak ada orang tertindas di dalam hal ini.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Mohon maaf, kalau salah wording. ُأ ْلح ْمد ِ هada yang berpendapat keprihatinan لِل, kementerian mengenang jasa mereka dengan memberi peluang bagi mereka memangku dan ada yang berpendapat membuat andaian yang lain. Moga-moga kita mengambil apa yang baik sahaja, dengan niat membantu.
Cadangan:
Kaola syorkan supaya mana-mana Pemangku Penghulu dan Ketua Kampung yang telah diberhentikan tetapi menyanggupi memangku sehingga sekian lama sampai adanya pengganti kekal, diberikan satu imbalan once-off compensation atau anugerah pada akhir tempoh mereka berkhidmat.
Mana-mana Pemangku Penghulu dan Ketua Kampung yang berprestasi tinggi, walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan menurut skim baharu, diberi peluang untuk ditandingkan sebagai calon dan biarkan warga kampung membuat keputusan memilih mereka atau tidak.
Kaola teruskan satu soalan lagi, Yang Berhormat Pengerusi.
Rumah-rumah kerajaan di kawasan bandar yang kosong, yang tidak didiami dan kurang pantauan hingga usang dan terbengkalai tidak diuruskan.
Soalan:
Apakah pelan tindakan Pejabat Daerah atau Lembaga Bandaran di semua empat daerah untuk membuat inventori, rumah-rumah dan flat kerajaan yang kosong yang tidak didiami sekian lama ini dan adakah pelan untuk melibatkan agensi kerajaan Whole of Government Approach untuk membuat penilaian dan mengubahsuai rumah-rumah dan flat-flat kosong ini atau ditukar purpose dari tempat tinggal pegawai kerajaan kepada tempat tinggal orang-orang yang kurang berkemampuan atau dijadikan fasiliti untuk kegunaan orang tertentu seperti institusi MPK dan NGO.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebelum berundur, izinkan kaola memohon maaf dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai berpakaian seragam (uniform) dan penyelamat dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berkorban masa mereka untuk menjaga dan menjamin keselamatan negara dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Terima kasih. ُالسَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Berkenaan dengan tempat berniaga anak-anak tempatan, memang khusus untuk bumiputera. Kalau Ahli Yang Berhormat melihat ada bukan bumiputera, bukannya disebabkan kurang pemantuan. Sebenarnya, siapa yang membawa mereka itulah yang kitani check dulu.
Untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat jua, Pasarneka Seria sebagai contoh, ini lama sudah tidak digunakan memandangkan tidak ada sambutan oleh peniaga-peniaga disebabkan lokasi yang kurang strategik. Maka, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sudah membuat berbagai usaha untuk menarik lebih ramai peniaga untuk beroperasi dan berjaja di pasar berkenaan. Ini khusus untuk bumiputera jua. Sebagai contoh baharu-baharu ini, satu iklan telah dibukakan pada 7 hingga 21 Februari 2023, dan hanya 5 sahaja yang berminat untuk mengisikan Pasar Aneka Seria itu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seramai 38 peniaga yang berjaja di Tamu Kampung Baru, Sungai Bera yang pada masa ini ditutup disebabkan oleh tempat tersebut tidak selamat untuk berniaga atas penilaian dari pihak Kementerian Kesihatan.
Semuanya menunjukkan minat untuk terus berniaga di Pasar Aneka tersebut أ ْلح ْمدُ ِ هلِلjua usaha Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria jua akan dapat dilaksanakan. Jika projek ini berjaya hasrat seluruh Pejabat Bandaran kecuali Daerah Temburong, sebagai contoh kalau semua penamu-penamu ini diberikan peluang untuk berniaga 7 hari dalam seminggu itu dapat diisikan sebagai contoh:
- Hari Isnin hingga Rabu di Pasar Aneka Seria;
- Hari Khamis hingga Jumaat di Tamu Tutong;
- Manakala Sabtu dan Ahad di Tamu Tudung Saji Kuala Belait.
Sebenarnya penamu-penamu ini walaupun ia berniaga di Tutong, mereka juga berniaga di Beliat dan Seria untuk menjual barangan mereka.
Berkenaan dengan Kedai Bumiputera Kuala Belait dan Seria, sebenarnya kontrak penyewaan di tingkat 2 itu baru jua tamat dengan Syarikat Brunei Shell jadi, masa ini Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria akan membukakan tawaran kepada peniaga-peniaga yang berminat yang terdiri daripada bumiputera sahaja dan lantai bawah dan tingkat 1 pada masa ini masih beroperasi dan diisikan oleh peniaga-peniaga bumiputera, itu di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Mana-mana kedai-kedai kosong yang lain yang commercial entity itu bukan di bawah bidang Lembaga Bandaran Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Berkenaan dengan rumah kosong sebenarnya di Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang ada satu jawatankuasa menangani bangunan-bangunan ini daripada tahun lepas sudah di inventorisekan bangunan-bangunan kosong yang tidak digunapakai, mungkin itu tidak dapat jua kaola memaklumkan untuk apa kegunaan gedung berkenaan.
Memang jawatankuasa dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk meneruskan kegunaan bangunan-bangunan kosong sama ada diusai itu saja yang dapat kaola jawab Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Isu mengenai dengan bangunan-bangunan kerajaan yang kosong pada masa ini memang ada satu jawatankuasa untuk meneliti isu perkara-perkara ini. Masa ini bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan untuk di inventorise semua bangunan-bangunan kerajaan supaya sekiranya ada kementerian terdapat bangunan yang kosong di bawah jagaan mereka yang tidak digunakan dicentralised kepada satu inventory.
Jika ada kementerian lain yang beguna bangunan yang dapat digunakan boleh diberi atau reassigned kepada kementerian lain. Jadi inda lagi dipegang oleh kementerian asal sehingga terbiar, tidak terjaga dan sebagainya. Itulah satu usaha untuk kitani mencentralised kitani punya bangunan di bawah kerajaan supaya dapat dioptimalkan lagi dari segi penggunaannya dan penjagaannya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Yang Berhormat Pengerusi. Satu lagi yang kaola belum jawab mengenai Ketua Kampung yang diberhentikan ini, memang kalau diikut skim baru mesti syarat kelulusan minimanya ada perkhidmatan 10 tahun. Jadi, mana-mana yang lebih 10 tahun menamatkan perkhidmatan, mana-mana yang tidak memenuhi syarat akademik pun ditamatkan. Memang mereka ini pun diberikan baksis selepas ditamatkan tidak dibiarkan begitu sahaja. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Pertama sekali, kaola merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas Pembentangan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pagi tadi. أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِل
Kaola ingin menyuarakan mengenai binatang liar. Masalah ini telahpun disuarakan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi permesyuaratan yang lepas. Oleh sebab banyak rintihan-rintihan dan keluhan-keluhan daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam masa kini maka, kaola terpanggil untuk menyuarakannya sekali lagi pada permesyuaratan ini. Masalahnya tertumpu kepada anjing liar yang tidak ada tuannya ataupun yang ada tuannya.
Perkara ini sudah menjadi buah mulut rakyat sekarang ini bukan sahaja di kawasan perumahan dan di kawasan komersial malah di kawasan sekolah-sekolah dan di kawasan-kawasan Jabatan Kerajaan. Kalau di kawasan perumahan ianya membahayakan kepada penduduk lebih-lebih lagi anak kecil yang bermain di kawasan rumah mereka, kalau di kawasan sekolah ianya membahayakan kepada penuntut-penuntut, ibu bapa penuntut, guru-guru dan juga pekerja-pekerja sekolah malahan najis-najis daripada binatang ini berselerak di kawasan sekolah.
Terima kasih juga kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan berkenaan telah banyak membuat tindakan-tindakan dan kaola juga difahamkan ada bantuan daripada NGOs untuk menyelesaikan perkara ini. Namun masih ada keluhan-keluhan dan rintihan-rintihan yang kita dengar. Mendengar daripada Sesi Muzakarah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan Yang Berhormat Wakil-Wakil Daerah.
Anjing-anjing yang menimbulkan masalah ini akan ditangkap dan kemudian ditempatkan di suatu tempat untuk disuntik dan seterusnya menjaga kesihatan anjing-anjing ini. Setelah anjing-anjing ini sihat, anjing-anjing ini akan dilepaskan semula. Ini akan menimbulkan masalah baru kepada tempat yang baru kerana tempat penyimpanan anjing-anjing yang ditangkap ini berdekatan dengan kawasan perumahan. Anjing-anjing ini dilepaskan kerana perbelanjaan bagi menyediakan makanan kepada anjing ini amatlah tinggi.
Masalah ini sudah menjadi masalah negara jadi, ketani jangan berharap kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sahaja yang menangani masalah ini. Di sini barangkali Whole of Government Approach mengambil peranan ataupun digunapakai diharap perkara ini akan ditangani secepatnya sebelum ianya bertambah menyusahkan rakyat Negara Brunei Darussalam. Sekian Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan berkenaan dengan soalan anjing liar ini. Sebagaimana kitani bermuzakarah dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat jua, Ahli-Ahli Yang Berhormat maklum bahawa Jabatan-Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan Daerah bekerjasama dengan NGO’s ini.
Adalah difahamkan bahawa untuk menjalankan satu tempat ini especially untuk anjing-anjing ini adalah mahal, jadi kalau kaola pun memang sudah membuat perancangan Yang Berhormat Pengerusi untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat untuk bagaimana NGO’s ini melaksanakan tugas masing-masing.
Salah satu inisiatif yang diambil oleh Kementerian dan Pejabat Daerah dan Jabatan Bandaran ini adalah berunding dengan agensi-agensi yang berkepentingan sebagai contoh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Darussalam Enterprise (DARe) untuk menempatkan ataupun memberikan mereka ini tempat yang besar untuk menempatkan anjing-anjing yang mereka tangkap ini untuk divaksin, jadi pada masa ini pun di kawasan Subuk ada satu kawasan dengan keluasan 5.2 ekar tapi tidak berapa besar because of jumlah anjing yang ditangkap semakin banyak. Jadi dari segi permakanan memang kos sebulan itu tinggi. Di jabatan-jabatan daerah atau pun bandaran memang ada mengeluarkan lesen anjing ini. Jadi lesen-lesen ini pun dibagi tempoh dalam setahun untuk dilesenkan, jadi hasil lesen itu memang disimpan, dijadikan hasil kerajaan.
Ini yang biskaola bincangkan untuk memastikan whole of government, Whole of Nation Approach ini. Memang kalau kita lihat NGOs - atau pun sukarelawan kalau abiskaola boleh panggil bisdiorang ini. Mereka yang berusaha untuk membantu kerajaan. Mereka juga menerima bantuan-bantuan ini daripada penderma-penderma. Jadi kaola setuju sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat, ini bukannya satu pihak melaksanakan tapi whole of government mesti kita terapkan.
Itu sahaja Yang Berhormat Pehin. Berkenaan anjing-anjing ini jua ان شاء هللا Jabatan Bandaran atau Jabatan Daerah jua memang sentiasa bekerjasama untuk memastikan anjing-anjing ini tidak berkeliaran. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلjua dengan kerjasama NGO’s itu. Itu sahaja Yang Berhormat yang dapat kaola sampaikan buat masa ini Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلlebih dahulu kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pencerahan dan mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berikan pada sebelah pagi tadi iaitu berkaitan dengan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Kaola sukacita menyentuh berkenaan Tajuk SE12A Jabatan Bomba dan Penyelamat. ان شاء هللاdi Dewan yang mulia ini kaola akan membahaskan permasalahan yang diberikan pada kaola walaupun barang kali sudah diusulkan sebelumnya, hanya mungkin belum ada rezeki dari pihak bomba kerana kalau kita melihat seperti yang disampaikan oleh rakan kitatadi Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin. Tugas-tugas yang dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat ini memanglah besar dan berat kerana tugas-tugas mereka saling berkait dengan masyarakat. Mudah-mudahan dengan usulan ini nanti akan dapat sinar yang baik dan seterusnya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.
Kaola di sini ada tiga (3) usulan yang akan disampaikan iaitu:
Memohon perubahan scale tanggagaji bagi pegawai dan ahli bomba memandangkan sehingga sekarang scale tanggagaji masih ditahap yang rendah;
Memohon dikekalkan elaun sara hidup selepas sahaja bersara daripada perkhidmatan sama seperti pesara-pesara yang menerima pencen perkhidmatan setiap bulan sebabnya ada setengah pesara-pesara ini masih menanggung pinjaman yang belum selesai serta tanggungan ahli keluarga yang masih bersekolah; dan
Seperti Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri maklumkan tadi iaitu firehydrant bomba ini akan dibaikpulih mana-mana yang telah pun rosak dengan peruntukan yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, memohon penjelasan bagaimana mengatasi isu-isu pili bomba yang sering dirosakkan dan ada komponen pada pili tersebut dicuri. Ini sangat menyukarkan pasukan bomba beroperasi jika berlaku sebarang kecemasan.
Barang kali itu sahaja yang dapat kaola sampaikan. Sebelum kaola mengundur diri, sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih di atas pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang cukup jelas pada pagi tadi. Sekian mohon pencerahan mengenainya Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih jua Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلjua masa ini untuk makluman bahawa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat memang sedang meneliti dan mengkaji skim perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat, itu sahaja yang dapat kaola sampaikan.
Nanti ان شاء هللاada keputusan-keputusan tertentu akan di share.
Yang kedua memohon dikekalkan elaun sara hidup selepas saja bersara daripada perkhidmatan. Ini sebenarnya, sebagaimana yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, SPK ini jua. Semua mesti jua kitasama ratakan, orang yang tidak berpencen, memang menerima berdasarkan pada pengiraan SPK ini. Jadi kalau untuk mengekalkannya tidak juga dapat kita beritahu boleh dikekalkan. Ada skim persaraan baharu yang akan mengcover apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu.
Berkenaan dengan bagaimana mengatasi isu pili-pili bomba yang sering dirosakkan ini, kalau dikira, it’s a public utility, jadi inilah peranan ketua kampung, penghulu mukim untuk memastikan jua because pili-pili bomba ini kebanyakannya ada di kampung-kampung, apa jua peranan kita untuk memastikan ia tidak dirosakkan, sebenarnya yang merosakkan ini ada sebab mereka merosakkan, mungkin diambilnya atau saja-saja hendak merosakkan, mengambil spare-partnya.
Itulah yang kaola maklumkan semasa mukadimah tadi, 800 daripada pili-pili bomba ini telah dikenal pasti akan dibaiki secara berfasa. ان شاء هللاnanti mungkin whole of government atau pun peranan peringkat akar umbi ini jua memainkan peranan penting untuk memastikan pili-pili bomba ini selamat, tidak kena curi. Itu sahaja Yang Berhormat yang dapat kaola sampaikan.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن
ُع َل ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاه َو َب َركَاتُه َ َ س ال ُم َّ ال. Yang Berhormat Pengerusi. Dalam kesempatan ini, kaola juga sukacita ingin mengongsikan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang telah pun membentangkan belanjawan 2023/2024 bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sangat komprehensif dengan adanya ciri-ciri strategi dan pelan-pelan tindakan yang telah dikenal pasti untuk mencapai target-target yang merangkumi pemimpin-pemimpin akar umbi dan masyarakat dipersekitarannya serta stakeholders yang berkepentingan. Kesemuanya menjurus meningkatkan keupayaan dan penyertaan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam semata-mata memantapkan sosioekonomi, kesejahteraan, kualiti hidup yang mampan dan sustainable telah menjadi harapan kita, ان شاء هللاsupaya akan dapat mencapai seperti yang dihasratkan dengan penuh komitmen, berdidikasi serta kerjasama yang kukuh lagi padu oleh semua stakeholders’ yang berkenaan.
Yang Berhormat Pengerusi. Apa yang saya dapat perhatikan di sini hampir kesemua isu-isu yang ingin kaola timbulkan telahpun diutarakan oleh rakan-rakan sejawatan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kaola ingin juga membangkitkan beberapa isu dalam dewan ini:
Berhubungkait dengan isu sungutan dan kegelisahan para pelabur dan para peniaga dan pengusaha terutama sekali yang telah sekian lama tinggal di Negara Brunei Darussalam ini. Ada yang tinggal lebih 20 tahun. Ketika mereka mencapai usia 55 tahun mereka telah ada yang kadangkala telah tidak dibenarkan memohon LD di Jabatan Buruh iaitu Lesen Pekerja Asing dan sekaligus mereka tidak dapat dibenarkan tinggal di negara ini dan sebahagiannya dipendekkan tinggal di negara ini.
Mereka ini seperti yang kita ketahui bersama telah melabur kewangan mereka, bukan sahaja beratus-ratus ribu ringgit, malahan mungkin berjuta-juta ringgit, telah memiliki berbagai bentuk perniagaan, perusahaan, property dan sudah berasa selamat dan bergembira untuk tinggal terus di negara ini kerana keadaan kestabilan politik kita, keamanan, kemakumuran, keharmonian dengan adanya juga kehidupan yang bertata susila kebruneian yang berteraskan Melayu Islam Beraja.
Faktor-faktor yang sepatutnya kita ambil kira perhatian dengan sewajar-wajarnya:
i. Mereka ini menyumbangkan dan memantapkan aktiviti-aktiviti perekonomian dan juga aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada penambahan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan ataupun perusahan mereka.;
ii. Mereka ini memberikan peluang pekerjaan dalam kalangan anak-anak tempatan. Jika mereka ini tidak dibenarkan terus tinggal di negara ini. Mahu tidak mahu, bukan sahaja syarikat ini akan ditutup tetapi juga ia mendatangkan risiko atau kerugian yang amat besar kepada negara iaitu bukan sahaja kehilangan pekerjaan kepada anak-anak tempatan, aliran kewangan akan keluar, akan mengurangkan aktiviti-aktiviti perekonomian, perniagaan yang berkaitan this incentive ataupun tulang belakang kepada pelabur-pelabur atau peniaga-peniaga luar negeri oleh kerana melihat situasi begini mereka telah merasa negatif untuk melabur dan berniaga di negara ini. Mahu tidak mahu, kadang-kadang ada setengahnya yang sudah tidak dibenarkan menjual property mereka di negara ini.
Ertinya di sini pelabur-pelabur dan peniaga yang pada masa ini mungkin akan menghadapi ketika umur 55 tahun atau pelabur-pelabur yang akan datang kurang confident untuk membuka perniagaan kerana mereka mahu investment mereka itu secure untuk masa akan datang. Ini bermakna investment security adalah perlu kita beri perhatian.
Kaola menyimpulkan dalam perkara-perkara seperti ini, seperti yang kaola telah nyatakan tadi perlu kita fikirkan bersama tentang risiko-risiko, kerugian-kerugian dan impak-impak yang negatif kepada perkembangan sosioekonomi negara. Ini juga menjejaskan imej negara seperti yang kaola nyatakan. Seolah-olah kita tidak mengalukan-alukan lagi ataupun welcome the potentioal investors atau peniaga-peniaga untuk membuka dan memulakan perniagaan di negara ini. Dalam pada itu, apa yang saya dapat tanggapan ini seolah-olah polisi bertentangan dengan konsep atau policy ease of doing business dan untuk menaik labur lebih ramai pelabur khususnya foreign direct investment.
Persoalannya sekarang, bagaimana kita untuk menarik konfiden kepada golongan yang menghadapi masalah yang kaola sebutkan tadi, supaya mereka terus melabur dan mungkin mereka mempunyai cadangan untuk menyebarluaskan ataupun expanding business mereka di negara ini.
Apa yang kaola sendiri fahami, dibeberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Australia, Canada. Para-para pelabur dan perniagaan yang mempunyai investment yang tinggi ini, mereka pertimbangkan untuk mendapatkan status Penduduk Tetap kerana mereka mengetahui akan potencial memajukan dan mengembangluaskan lagi ekonomi negara mereka.
Apa yang saya maksudkan di sini, mereka ini adalah untuk dipertimbangkan permohonan status Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam atau dipertimbangkan tempoh tinggal lama di negeri ini dalam tempoh yang bersesuaian dengan dikenakan syarat-syarat tertentu untuk mempastikan mereka feel secure, konfiden untuk meneruskan investment mereka dan terjamin di Negara Brunei Darussalam.
Seperti yang sudah-sudah, memang golongan seperti ini telahpun dipertimbangkan untuk mendapatkan status Penduduk Tetap dengan syarat-syarat yang tertentu yang tidak menjejaskan keselamatan, ketenteraman, keamanan dan juga tidak menjejaskan keadaan negara kitani yang berkonsepkan MIB. Memanglah kitani ada tatacara untuk mentrace mengenai history recordnya dan dari segi keselamatan dan sebagainya, kaola tidak akan memanjang lebar dalam perkara ini.
Walau bagaimanapun, dalam perkara dan situasi begini adalah kritikal kalau kita tidak memikirkan pada masa ini yang dihadapi oleh peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan kalau sekiranya ada pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sama-sama menangani isu yang kaola timbulkan ini. Ada lagi 2 perkara yang barangkali mungkin Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ingin respons tentang isu ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof atas soalan yang diajukan.
Dalam menjawab berkenaan dengan pelabur-pelabur atau pemilik-pemilik syarikat apabila tiba masanya berumur mengikut umur mereka diarahkan balik ke negara asalnya walaupun sudah lama tinggal di Brunei ataupun melabur di Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh ada menyediakan satu dasar. Dasar ini adalah mengikut kategori jawatan, had umur dan juga jawatan-jawatannya. Melalui dasar ini tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Berdasarkan pada penerangan ataupun persoalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof sama ada diberikan Penduduk Tetap ataupun long term pass. Memang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan masa ini menilai dari segi kesesuaian untuk memberikan long term pass kepada mereka ini untuk mereka berada di Negara Brunei Darussalam dan meneruskan peniagaan mereka. Jadi, ini untuk tidak kontradik dengan dasar-dasar yang diperkenalkan ان شاء هللا. Lagipun dalam kategori Penduduk Tetap bagi kategori penyumbang memang ada sudah untuk dilaksanakan. Ada perkara-perkara yang memerlukan penelitian dan ان شاء هللاdalam masa terdekat ini syarat-syarat berkenaan dengan kategori penyumbang ini akan difinalise.
Itu sahaja kaola dapat terangkan kepada mereka yang berkenaan. Jadi kalautah sekiranya mereka diarahkan keluar, memang sebelum diarahkan keluar ada satu Jawatankuasa atau satu agensi di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (IBE) di mana-mana pemilik syarikat mengikut had-had umurnya direfer kepada IBE samada ia di teruskan untuk diberikan pass imigresen mereka ataupun sebaliknya. Berdasarkan kepada sokongan IBE itulah tindakan dari Jabatan Buruh untuk melaksanakan dasar-dasar itu, saranan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof berkenaan dengan Penduduk Tetap kepada kategori penyumbang atau long term pass akan diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan akan dikongsikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Itu sahaja Yang Berhormat yang dapat kaola sampaikan, terima kasih.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana kita maklumi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sentiasa dikerumuni oleh pelanggan-pelanggan yang berurusan.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat ada baiknya kalau sekiranya soalan itu diteruskan sahaja, tanpa introduksi yang meleret-leret kerana Yang Berhormat yang lain akan turut serta juga dalam perbahasan ini.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Maksudnya kaola permohonan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Pada satu ketika, orang ramai berbaris sehingga keluar bangunan. Ada yang menunggu dari 6.00 pagi dan seumpamanya semata-mata untuk mendapatkan permohonan untuk dipertimbangkan. Dalam perkara ini kaola ingin memohon pencerahan daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Apakah strategi-strategi atau inisiatif-inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk mengemas kini dan menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan kepada orang ramai supaya efektif, efisen dan juga berkualiti dalam suasana persekitaraan yang lebih friendly dan kondusif bagi menghindarkan kejadian yang belaku pada masa yang lalu?
Cukai bangunan dikutip dalam kawasan Bandaran, Bandar Seri Begawan oleh pihak Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan. Seperti yang kita sama-sama maklumi, kawasan Lembaga Bandaran telah pun diluaskan dari 12.87km persegi kepada 100.38km persegi yang dikuatkuasakan 1hb. Ogos 2007. Ini sudah setentunya dapat meningkatkan hasil yang berlipat ganda kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu, sukacita juga kaola ingin penjelasan tentang kutipan cukai bangunan ini dari tahun 2012 sehingga 2022. Juga jumlah terkini cukai tertunggak yang belum dijelaskan. Apakah langkah-langkah yang diungkayahkan bagi memastikan keberkesanan tunggakan itu dijelaskan?
Pada ingatan kaola, pada 12 tahun yang lalu, dua orang pakar telah didatangkan dari Malaysia untuk membuat penyelidikan dan penelitian terhadap sistem cukai di kawasan Bandar Seri Begawan untuk ditambah baik serta lebih bersistem dengan adanya perkembangan semasa. Begitu juga Pelan-Pelan Induk Bandar Seri Begawan yang telah disiapkan lebih sepuluh tahun yang lalu. Ada juga baiknya diteliti disemak semula untuk dijadikan peta jalan atau panduan bagi membuat perancangan dan kemajuan. Ini termasuklah juga dihasratkan untuk membisai serta mengembangmajukan bagi kawasan Bandar Seri Begawan supaya lebih, liably, dinamik dan berdaya tahan.
Dalam kedua-dua perkara ini, sukacita mendapat pencerahan apakah perkembangan dan juga tindakan terhadap dua isu yang berkenaan?
Kaola ingin meneruskan lagi Yang Berhormat Pengerusi yang berhubung dengan keadaan Gerai Tamu Selera. Nampaknya gerai ini adalah keadaannya sangat-sangat mendukacitakan. Apa yang saya terus fokus sahaja, kalau dapatlah untuk dilihat di sana, untuk diupgrade kali atau diubah suai kah atau dipindah tempat yang lain supaya jangan nampak mengaibkan, terutama sekali dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Bandar Seri Begawan. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, ingin kaola membangkitkan berhubung dengan Anugerah Kampong Cemerlang. Pada satu ketika dahulu diselenggarakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sedikit sebanyak menyentuh keharmonian, kesejahteraan dan kecemerlangan mukim dan kampong. Kaola mengucapkan tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri inisiatif kementerian yang diperkenalkan dan direvive semula. Kaola tidaklah perlu menyentuh latar belakang AKC ini yang telah pun diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2010, 2012 dan 2014.
Saya ingin meneruskan lagi Yang Berhormat Pengerusi yang berhubung dengan keadaan Gerai Tamu Selera. Nampaknya gerai ini adalah keadaannya sangat-sangat mendukacitakan. Apa yang saya terus fokus sahaja, kalau dapatlah untuk dilihat di sana, untuk diupgrade kali atau diubah suai kah atau dipindah tempat yang lain supaya jangan nampak mengaibkan, terutama sekali dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Bandar Seri Begawan. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, ingin kaola membangkitkan berhubung dengan Anugerah Kampong Cemerlang. Pada satu ketika dahulu diselenggarakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sedikit sebanyak menyentuh keharmonian, kesejahteraan dan kecemerlangan mukim dan kampong. Kaola mengucapkan tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri inisiatif kementerian yang diperkenalkan dan direvive semula. Kaola tidaklah perlu menyentuh latar belakang AKC ini yang telah pun diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2010, 2012 dan 2014.
AKC ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan bertujuan memajukan mukim dan kampong sesuai dengan peranannya sebagai badan dan menggerakkan aktiviti dan program dari peringkat akar umbi dengan menyatupadukan penduduk dan masyarakat setempat. Ia juga bertujuan untuk menyatu padukan anak-anak kampung, agar kesejahteraan anak kampong dapat terpelihara dan kehidupan menjadi erat dan bersatu padu dalam meningkatkan keupayaan masyarakat kampung melalui institusi Penghulu-Penghulu, Mukim dan juga Majlis-Majlis perundingan mukim dan kampung bagi membolehkan mereka akan lebih pesat membangun di kampung masing-masing.
Ia juga berupaya untuk mengangkat dan menonjolkan kampung sebagai role model dan pembimbing kepada kampung-kampung yang lain.
Seterusnya, ada juga kaitannya 1 Kampung 1 Produk iaitu bagi untuk merealisasikan, mempromosikan 1 Kampung 1 Produk itu lebih berjaya di masa-masa akan datang. Jadinya sesuai tujuan matlamat yang telah kaola nyatakan tadi, kaola berharap supaya pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan menghidupkan semula Anugerah Kampung Cemerlang ini. Itu lah sahaja yang dapat kaola sampaikan. Sekali lagi kaola mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang saya untuk bersama-sama mengongsikan maklumat-maklumat yang Kaola sampaikan. Sekian,
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof di atas soalan-soalan dan juga saranan yang diberikan.
Berkenaan dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan khususnya dalam menangani perkhidmatan pelanggan. Memang tidak dinafikan juga semasa bulan Disember 2022 orang awam bequeue jam 3.00 pagi untuk mendapatkan nombor perkhidmatan tetapi أ ْلح ْمدُ ِ هلِلsebagai contoh bahagian Passport dan Kad Pengenalan, Bahagian Pas Kerja, kaola akan menjawap satu per satu.
Bahagian Kad Pengenalan. Usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah untuk menambah kaunter-kaunter dan menambah pegawai-pegawai yang bertugas. Masa kini kaunter-kaunter perkhidmatan bagi Kad Pengenalan dilaratkan di dewan-dewan sebagai contoh di Dewan Lela Cheteria, di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Bagi Kad Pengenalan Hijau di Dewan Bandaran dan juga Dewan Santap, Pejabat Daerah.
Untuk memastikan mereka yang berqueue ataupun jumlah yang akan dilayan boleh ditambah Alhamdulillah juga feedback orang ramai pun amat menggalakkan juga. Bahagian Passport ini the reason kenapa ia satu masa border dibuka jadi orang ramai start datang untuk membuat passport.
Isu yang timbul selalunya masa itu ialah printer hanya berjalan satu sahaja. Jadi tindakan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah untuk melantik satu syarikat untuk membuat maintenance. Printer itu sehingga 3 buah printer dapat dilaksanakan.
Alhamdulillah shift pegawai yang bekerja pun ditambah kepada tiga shift. Ertinya bekerja dari pukul 7.45 pagi. Ada yang bekerja sehingga 12 tengah malam untuk menyiapkan passport-passport ini. Dan mengikut keadaannya Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Alhamdulillah buat masa ini Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) pun telah dapat di fulfilled sebagaimana yang dijanjikan. Dan Alhamdulillah juga tiga buah passport printer baharu pada masa ini sedang dalam testing stage yang mana printer ini akan menggantikan printer lama yang dari segi keupayaan printing could be double apa yang diprint oleh printer-printer yang lama ini.
Jadi penambahan pegawai salah satu daripadanya penambahan shift duty bekerja pun adalah salah satu daripadanya. Dan juga kerjasama daripada orang ramai ini amat penting memahami akan tugas dan tanggungjawab Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan especially Bahagian Kad Pengenalan dan Bahagian Passport. Dan Juga membuka kaunter perkhidmatan ini dibuka daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 7.00 malam. Feedback yang kaola terima, memang orang ramai berterima kasih juga atas membuka especially orang yang bekerja, balik kerja daripada 4.30 petang mereka datang ke ofis untuk membuat passport rather than tengahari untuk membuat passport. Itulah usaha-usaha jabatan, dan pada masa ini juga di daerah-daerah masih lagi dikekalkan.
Berkenaan dengan cukai bangunan, kaola jua berterima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf membangkitkan perkara ini. Sebenarnya banyak sudah inisiatif yang dibuat oleh Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri khususnya untuk mengutip cukai-cukai bangunan ini.
Jadi isu tunggakan ini memang lama sudah ditimbulkan. Sebagai contoh secara keseluruhan jumlah kutipan hasil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini termasuk Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah $22.76 juta. Itu termasuk perkhidmatan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan-Jabatan Bandaran. Tetapi cukai tunggakan ini, adalah $60.7 juta besar masih sebagaimana yang kaola maklumkan tadi. Berbagai usaha telah dilaksanakan dengan mengeluarkan surat-surat peringatan, mengenakan tindakan undang-undang melalui pejabat Peguam Negara, Penubuhan Task Force Recovery, Penubuhan Credit Control Unit (CCU), penggunaan bayar online bagi keseluruhan untuk menyenangkan mereka yang akan membayar cukai. Namun kalau kita lihat dari segi kutipan hasil yang sebagaimana mukadimah kaola tadi, sedikit sahaja daripada April 2022 hingga Januari 2023 pun target dalam $20 juta dikutip dalam $ 40 lebih juta sahaja.
Ini sebenarnya kaola akan bangkitkan di sini adalah tanggungjawab pemilik-pemilik bangunan untuk melaksanakn ataupun membayar cukai-cukai kepada kerajaan. Jabatan-Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan berusaha bagi memastikan prasarana-prasarana dibawah kawalan bandaran akan sentiasa terpelihara.
Walau bagaimanapun perkara ini memerlukan Whole of Government Approach termasuk melibatkan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Saliran Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Apa yang kaola selalu dengar kalau dibayar cukai bangunan tetapi services given lambat. Jadi tidak ada give and take.
Ini akan kaola bincangkan dengan Kementerian-Kementerian berkenaan apa caranya untuk memastikan mana- mana complaint berkenaan dengan facilities itu ditangani dengan cepat untuk memastikan apa penyewa- penyewa membayar juga dengan cepat. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof berkenaan Pelan Induk Bandar Seri Begawan akan diteliti peta jalannya. ان شاء هللاkaola akan duduki. Memang ada dalam perancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menunduki Master Plan ini.
Berkenaan dengan Gerai Tamu Selera. Sebenarnya hasrat awal akan memindahkan Gerai Tamu Selera. Tetapi sudah ada perundingan dengan peniaga- peniaga disana itu dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memastikan bagaimana cara kita membisaikan Gerai Tamu Selera itu. Tempat yang diaga oleh orang ramai kalau untuk minum, duduk-duduk, tetapi keadaan disana itu amat mendukacitakan.
ان شاء هللاmasa ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Bandaran akan bekerjasama dengan pengusaha disana apa tanggungjawab mereka apa tanggungjawab bandaran untuk memastikan facilities disana itu dijaga dan dimaintain. Bukannyakan dipindah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof takut karang kalau dipindahkan dari segi customer tidak ada dan terjejas pendapatan peniaga.
Berkenaan dengan AKC, kaola akan meneliti kesesuaian untuk merevise balik AKC ini. Memandangkan jua Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung ini berikut Skim of Service memang ada KPI untuk memastikan kampung-kampung yang dijagai oleh mereka itu sebagaimana yang dihasratkan termasuk 1K1P sebagaimana kaola terangkan dalam mukadimah itu. Kaola masa ini melihat 1K1P berimpak tinggi yang boleh menjana pendapatan atau boleh juga supply domestic ataupun diluar negara. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi jawapan kaola. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kaola untuk menyuarakan pandangan.
بسم هللا الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته salam sejahtera.
Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kerana mengongsikan tumpuan-tumpuan yang akan dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2023/2024.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلdari pemerhatian kaola, nampaknya banyak inisiatif dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang telah, sedang dan akan dilaksanakan yang mana kaola mengucapkan tahniah dan syabas di atas inisiatif-inisiatif tersebut.
Sebenarnya persoalan yang kaola timbulkan pertama ialah mengenai kutipan hasil dan tunggakan ini tapi oleh kerana telahpun disuarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof dan telahpun dijawap dengan sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka kaola tidaklah perlu mengulangi lagi.Sebenarnya persoalan yang kaola timbulkan pertama ialah mengenai kutipan hasil dan tunggakan ini tapi oleh kerana telahpun disuarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof dan telahpun dijawap dengan sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka kaola tidaklah perlu mengulangi lagi.
Kalau kaola diizinkan sahaja untuk supplement sedikit sahaja di bawah Kod Akaun – 1115-004 – Pembangunan Semula Kampung Air seperti yang telah disurarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof kerana kaola sendiri juga salah seorang pegawai yang instrumental menyokong penyediaan peruntukan ini kira-kira 8 tahun yang lalu.
Sebenarnya persoalan yang kaola timbulkan pertama ialah mengenai kutipan hasil dan tunggakan ini tapi oleh kerana telahpun disuarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof dan telahpun dijawap dengan sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka kaola tidaklah perlu mengulangi lagi.
Kalau kita perhatikan di Kampung Air ini sebenarnya kebanyakan dalam satu rumah itu bukan satu kelamin yang tinggal tetapi kadang-kadang ada 2, 3 dan 4 kelamin. Jadi kita bayangkanlah mengenai keselesaan penghuni-penghuninya terutamanya anak-anak yang tinggal di rumah tersebut.
Sebab itulah objektif awal Projek Pembisaian Kampung Air ini lebih menjurus untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi rakyat yang berkelayakan di kawasan Kampung Air ini. Dengan adanya keselesaan bagi penghuni-penghuninya keluarga yang terlibat terutamanya anak-anak mereka akan mempunyai ruang untuk belajar, berinteraksi dan beriadah.
ان شاء هللاdengan suasana yang selesa ini diharap ia akan dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian anak-anak ini dari segi pelajaran. Di samping itu, projek ini juga akan dapat membisaikan kawasan Kampung Air dengan mempunyai kemudahan-kemudahan yang moden dan teratur seperti sewerage system, air dan elektrik yang selamat teratur. Hopefully ia juga akan menjadi tarikan kepada pelancong- pelancong. Kaola berharap projek ini akan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Masih lagi mengenai isu Kampung Air. Ini berkaitan dengan kebersihan Sungai Brunei. Beberapa tahun yang sudah mungkin juga masih lagi ada projek ini kerana kerajaan telah mengadakan projek mengutip sampah-sarap di Kampung Air. Kaola difahamkan projek ini masih lagi berjalan, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلsatu usaha yang baik dan berkebajikan. Cuma kaola ingin mengetahui apakah keberkesanan projek ini? Adakah ia telah dapat mengurangkan sampah-sarap ini? Jika ia belum berkesan, apakah langkah- langkah ke hadapan yang dapat diusahakan bagi menangani perkara ini secara holistik?. Kaola difahamkan bahawa source atau punca sampah- sarap ini sebenarnya bukanlah semata- mata dari Kampung Air malahan kampung-kampung di darat yang berdekatan sungai.
Kaola memahami memang ada pemberigaan kerajaan dalam mass media secara berterusan dakwaan-dakwaan bagi pembuang sampah yang sabit kesalahan juga telah dilaksanakan. Kalau di negara-negara lain salah satu cara mereka mencegah dan membudayakan kebersihan ialah supaya denda yang sabit kesalahan ini dinaikkan jumlahnya dan pesalah tersebut perlu menjalani hukuman community service. Ini sebagai deterrent. Adakah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bercadang untuk meneliti perkara ini? Kaola rasa inisiatif ini akan berjaya mengurangkan dan mungkin juga akan membudayakan orang ramai untuk menghargai alam sekitar yang bersih. Sejak Program Bandarku Ceria diperkenalkan beberapa tahun yang lalu أ ْلح ْمدُ ِ هلِلBandar Seri Begawan sedikit sebanyak telah menjadi tumpuan untuk riadah dan tempat Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana untuk mencari nafkah dan memasarkan produk-produk mereka sama ada dalam bentuk makanan ataupun perkhidmatan yang lain, cuma masanya agak terhad pada hari Ahad sehingga pukul 12 tenga hari sahaja. Walaubagaimana pun, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلitu pun sudah cukup baik untuk memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga tempatan untuk berniaga dan menjinak-jinakkan para belia untuk meceburkan diri dalam perniagaan.
Soalan kaola ialah adakah lagi usaha-usaha baharu lagi untuk menceriakan bandar ini terutamanya pada waktu malam dan mewujukan lebih banyak lagi peluang-peluang perniagaan kepada belia-belia tempatan. Di Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah diadakan aktiviti-aktiviti untuk orang ramai berniaga. Adakah kemungkinan aktiviti ini kita laratkan ke kawasan Dermaga spesifik untuk tempat makan dan minum.
Perkara ini kaola ajukan atas permintaan orang ramai terutama sekali penduduk-penduduk Kampung Air supaya dibangunkan semula Gerai Residency yang mereka gelar gerai KFC bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Kianggeh Food Court. Ini kerana penduduk-penduduk Kampung Air dahulunya singgah makan sebelum balik naik motor tambang. Sangat berguna waktu malam kerana kebanykannya restoran di bandar sudah tutup. Di samping itu, orang selalu juga membawa pelawat luar negeri makan di sana waktu malam sambil menikmati keindahan Kampung Air.
Pembukaan semula gerai ini akan juga memberi peluang kepada Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana untuk menambah pendapatan mereka dan boleh menceriakan lagi bandar. Walau bagaimanapun tempat-tempat letak kereta perlu juga difikirkan bagi memudahkan pengguna-pengguna berkunjung ke tempat tersebut.
Seterusnya, Bandar Seri Begawan pada asalnya pada tahun 60-an dan sehingga tahun 80-an boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran awam, komersial dan pusat perkhidmatan kewangan yang mana jabatan-jabatan kerajaan dan institusi kewangan telah bertapak di kawasan ini sebelum ianya berpindah ke Berakas dan kawasan Gadong. Walaupun sedemikian masih terdapat juga banyak pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan bersejarah yang boleh dipreserved untuk dijadikan tempat lawatan pelancong.
Di negara-negara lain terdapat usaha untuk menjadikan tempat-tempat sejarah seperti ini sebagai tempat lawatan dengan dilengkapkan dengan butir-butir sejarahnya dan sebahagian pula dijadikan tempat menjamu pelancong dan pelawat-pelawat rasmi kerajaan dan sektor persendirian. Adakah sebarang cadangan untuk meneliti availiability perkara seperti ini?.
Di samping itu, elok juga ada peraturan untuk menghendaki supaya semua bangunan komersial dan bangunan-bangunan yang sudah usang dalam kawasan bandaran untuk diberikan facelift supaya bandar akan sentiasa bersih, menarik dan ceria. Yang terakhir salah satu usaha Kerajaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai bisnes pre…ialah melibatkan secara langsung pembaikan proses-proses yang melibatkan kedua-dua Jabatan Imigresen dan Pendaftaran dan Jabatan Buruh. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلkaola menyedari banyak sudah inisiatif dan pembaikan telah dilaksanakan oleh kedua-dua jabatan ini.
Perkara ini juga ada kaitan dengan usaha negara untuk menarik lebih banyak Pelabur Langsung Asing yang berkualiti ke negara ini. Di negara-negara lain salah satu variable yang menjadi tarikan Pelabur-Pelabur Asing ini ialah dasar pemberian longterm pass dalam bentuk tersendiri berasaskan keperluan spesifik negara-negara tersebut.
Dasar ini bukanlah untuk memberikan kerakyatan kepada Pelabur-Pelabur Asing ini, cuma ia untuk memudahkan Pelabur-Pelabur Asing ini untuk datang ke negara tersebut dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti perekonomian. Longterm pass ini selalunya diberikan dalam jangka waktu 5 tahun yang boleh direviu sama ada untuk diperbaharui atau sebaliknya tertakluklah kepada keperluan negara.
Dengan adanya jaminan ini ia akan membolehkan dan memudahkan pelabur-pelabur ini membuat pelaburan. Misalannya dalam sektor perdagangan dan perkhidmatan, persekolahan anak- anak, menubuhkan perniagaan dengan rakan kongsi tempatan dan lain-lain. Ini sudah setentunya akan membawa masuk aliran kewangan ke negara ini dan boleh mendatangkan spin-off dan multiply e-pack yang positif kepada aktiviti-aktiviti ekonomi tempatan termasuk kepada PMKS.
Oleh itu, kaola ingin memohon pencerahan sama ada adakah rancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk meneliti atau melaksanakan dasar seperti ini. Walau bagaimanapun, control mechanism terutamanya dari segi kriteria persyaratan, peraturan dan pemantauan yang spesifik bagi pemberian long-term pass ini perlulah digubal supaya kemudahan ini nanti tidak akan disalahgunakan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalan dan saranan yang diberikan. Berkenaan dengan pembangunan Kampung Air sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat akan dapat dilaksanakan secepat mungkin dan ان شاء هللاperkara ini memang dibincangkan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Pembangunan dengan skop-skop kerja yang akan dilaksanakan bagi memastikan peruntukan-peruntukannya yang diberikan itu affordability yang akan tinggal ataupun yang akan mendiami rumah-rumah yang dibina itu nanti.
Berkenaan dengan kebersihan Sungai Brunei pada masa ini pengutipan sampah dari rumah ke rumah memang dilantik oleh JASTRE dan juga pembersihan sungai-sungai itu mungkin Yang Berhormat Menteri Pembangunan boleh juga menambah nanti berkenaan dengan keberkesanan pembersihan Sungai Brunei ini memang ada insiatif sudah di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Ahli-Ahlinya Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan kaola sendiri Yang Berhormat ada task force-task forcenya sendiri ada juga masa ini institusi pendidikan tinggi pun dilibatkan dalam mengcreate prototaip mesin-mesin yang boleh digunakan untuk membersihkan Sungai Brunei ini. Sebenarnya banyak perkara yang boleh kitani laksanakan dalam satu-satu projek itu.
Dari segi community service ini ada sudah aktanya related to community services offenders tapi ministers’ yang responsible ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Mahkamah yang menjatuhi hukuman untuk melaksanakan community services ini. ان شاء هللاperkara ini akan disampaikan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dapat diterangkan dengan lebih lanjut.
Bandarku Ceria sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum ini objektifnya untuk memberikan kepada pengusaha-pengusaha kitani kalau kitani lihat setiap minggu banyak sudah khemah-khemah didirikan untuk mereka berniaga dan hasil-hasil itu memang 100% mereka simpan.
Berkenaan dengan KFC sebenarnya Jabatan Bandaran bekerjasama dengan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kalau Yang Berhormat lihat juga di kawasan tengah-tengah Kompleks Yayasan Haji Hassanal Bolkiah itu memang ada push cart-nya yang sudah dipasang.
Untuk memeriahkan lagi kawasan Dermaga itu sudah ada perancangan untuk mempelawa belia kitani yang mahu berniaga dan juga ada tempat duduk makan-makan di sana untuk memeriahkan lagi di kawasan itu. Mungkin for the start memang ada certain areas yang diisikan jadi kalau ada sambutannya tertentu akan dilaratkan nanti di sepanjang Dermaga itu.
Kalau kitani lihat di luar negeri memang kawasan-kawasan tepi sungai inilah jadi tarikan pelancong dan juga tarikan untuk orang kitani berkumpul bersama keluarga dan 2 bangunan yang dimiliki oleh Jabatan Bandaran berdekatan dengan energy hub itu pun sudah diterokai untuk diisikan oleh belia kitani untuk memastikan mereka ada chances untuk berniaga dan mungkin untuk 1 Kampung 1 Produk (1K1P), mungkin souvenirs itulah menjadi tarikan pelancong nanti ان شاء هللا.
Dari segi preservation bangunan-bangunan lama memang kalau kitani lihat di kawasan Bandar Seri Begawan banyak bangunan lama, sebagai contoh Bangunan Seketriat pada masa ini أ ْلح ْمدُ ِ هلِل RTB mendiami Bangunan Seketriat itu dan dipreserve dari segi keaslian bangunannya itu. Mungkin Bahagian Pelancongan pun ada perancangannya tersendiri dari segi bangunan-bangunan yang difikirkan depreserve ia punya bentuk asalnya dari dahulu itu.
Peraturan facelift ini memang ada cadangan ataupun memang kementerian sudah menduduki untuk memastikan pemilik-pemilik bangunan di kawasan bandaran ini juga memastikan bangunan-bangunan yang mereka miliki itu ‘diusai’ sebagai contoh, ini usaha Jabatan Bandaran juga dengan mengecat-mengecat sahaja di kawasan bandar itu untuk memastikan supaya tidak nampak suram, nampak lebih ceria.
Itu untuk mengecat-mengecat dari segi colourful tapi untuk mempreserve the building itu memang satu cadangan yang baik. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh berkenaan dengan long-term pass ini sebenarnya diberikan pada masa ini kepada mereka yang ada kaitan kekeluargan sebagai contoh, mama mentuanya yang kahwin sama orang luar.
Sebagaimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu untuk dilaratkan pemberian long-term pass ini kepada pelabur ini sudah pun ditunduki oleh kementerian dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan hanya we need to set juga sebagaimana disuarakan oleh Yang Berhormat tadi jangan disalahgunakan saja.
Ada kriterianya nanti untuk membolehkan pelabur dan peniaga-peniaga yang kitani fikirkan dapat menyumbang kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam ini dapat juga diberikan long-term pass ini dan juga multiple entry visanya.
Jadi when comes to mereka tinggal di Negara Brunei Darussalam mereka membawa keluarga mereka pun boleh memiliki certain property di Negara Brunei Darussalam ini yang boleh menyumbang kepada ekonomi memang itu hasrat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk membantu mempelbagaikan ekonomi di Negara Brunei Darussalam ini.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Yang Berhormat Pengerusi pada menambah juga tadi persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan usaha-usaha pembersihan Sungai Brunei memang benar seperti yang disebutkan tadi term contract untuk pembersihan Sungai Brunei masih lagi diteruskan sehingga kini dan dalam meningkatkan usaha ini satu kelulusan peruntukan yang telah dibuat dan dibentangkan juga dalam mesyuarat kitani iaitu satu peruntukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi akan melaksanakan usaha untuk memperkasakan lagi usaha pembersihan Sungai Brunei dengan lebih efisien dengan menggunakan kaedah dan teknologi yang efisien dan yang terkini seperti menggunakan boat skimmer butcher, penghadang sampah. Ini termasuk kerja-kerja infra seperti memasang perangkap sampah kepada outlet saliran bagi mencegah sampah-sampah dari darat masuk ke sungai.
Sukacita dimaklumkan juga dalam usaha kitani the Whole of Nation Approach, Whole of Government Approach ini satu jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tadi satu Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan yang dipengerusikan bersama oleh dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Kesihatan dan Menteri Pembangunan melalui 3 fokus utama iaitu kemudahan dan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan kesedaran dan penglibatan orang ramai.
Jadi pada masa ini satu kaedah yang sedang diusahakan oleh seketeriat. Jawatankuasa ini ialah untuk mengeluarkan satu kaedah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai dengan amalan-amalan kebersihan yang akan diberigakan melalui satu terbitan buku yang akan dikeluarkan kemudian.
Mengenai penguatkuasaan, sepanjang tahun 2022 beberapa tindakan kompaun telah di ambil. Ini menyeluruh mengenai beberapa orang telah diambil tindakan kompaun kerana membuang sampah merata-rata. Antaranya ialah seramai 228 individu dan 117 syarikat telah dikenakan kompaun atas kesalahan pembuangan sampah di tempat-tempat awam termasuk pembuangan sampah di sungai-sungai terutama sekali di Sungai Brunei.
Perkara ini dapat dikesan melalui kaedah yang diusahakan melalui jawatankuasa ini iaitu dengan pemasangan sistem-sistem pemantauan CCTV dan kelakuan membuang sampah yang telah menyalahi undang-undang dapat dikesan dan dirakam sebagai bukti untuk mengambil tindakan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
َّ الرحْ َٰم ِن الرحْ يم َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه
ِ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاdan salam sejahtera أ ْلح ْمدُ ِ هلِلlebih dahulu kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pencerahan Yang Berhormat berikan berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pagi tadi.
Kaola ada 1 soalan dan 1 cadangan.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh telah menguatkuasakan penetapan had yuran perkhidmatan bagi Pengambilan Pekerja Domestik pada kadar tidak melebihi $2,000.00. Setelah itu apakah maklum balas atau hasil setelah perlaksanaan penguatkuasaan penetapan had yuran ini sejak ia dikuatkuasakan?; dan
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada masa ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah Brunei dan Muara sedang rancak membuat majlis pengundian calon penghulu dan ketua-ketua kampung dan telah membuat penetapan jawatan Ketua Kampung sejak tahun 2022 tahun lepas.
Cadangan kaola, bagi kampung-kampung yang tidak ada calon penghulu dan ketua-ketua kampung walaupun sudah beberapa kali diiklankan atau diisikan agar pemangku penghulu dan ketua-ketua kampung yang melebihi 5 tahun memangku jawatan Penghulu dan Ketua Kampung dapat ditetapkan jawatan melalui proses temu duga dan pengundian.
Walaupun mereka tidak layak dari segi akademik tetapi dari segi pengalaman mereka yang mampu menjalankan tugas yang lebih baik berilah peluang dan sokongan kepada pemangku-pemangku ini untuk terus berkhidmat kepada kampung mereka yang dicintai ini. Sekian والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهYang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas 1 soalan dan 1 cadangan.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلberikutan dengan pelaksanaan had kadar yuran ini positive responds daripada orang ramai dan juga untuk makluman seramai 74 buah syarikat telah mendaftar semula dan 71 buah telah dikeluarkan lesen agensi pekerjaan untuk mengambil pekerja-pekerja tersebut.
Feedback wise daripada orang ramai memang ialah harga telah dikawal. Pada masa ini Jabatan Buruh memastikan agensi-agensi pekerjaan ini melaksanakan sebagaimana yang diperlukan. Sebagia contoh, untuk memastikan apa perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan tersebut sebagaimana yang dipersetujui antara agensi pekerjaan dan pelanggan masing-masing.
Mengenai pengisian jawatan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang sudah memangku 5 tahun ini memang inilah peranan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung untuk memastikan kalau sekiranya tidak ada yang layak untuk dilantik dalam sesebuah kampung tersebut, memang kementerian memerlukan pengesahan daripada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung berkenaan.
Dengan pengesahan tersebut, memandangkan skim perkhidmatan telah dikuatkuasakan dan ini adalah untuk keadilan memastikan juga yang bahawa di kampung tersebut benar-benar tidak ada yang layak. Jadi proses pengisian jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung ini memang syarat proses pengundian.
Pengundian ini, kalau kita lihat keputusan-keputusan pengundian kadang-kadang ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Itulah suara daripada orang kampung itu sendiri memilih ketua masing-masing.
Jadi berdasarkan kepada skim perkhidmatan memang dilaksanakan dan kalau sekiranya tidak ada mungkin berunding dengan kementerian bagaimana caranya untuk mamastikan jawatan Ketua Kampung itu diisikan kalau tidak ada calon yang berkelayakan tetapi pengesahan daripada Penghulu Mukim adalah diperlukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. َّ الرحْ َٰم ِن الرحْ يم َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه
السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللا
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Kaola ingin merujuk kepada Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Tidak lama lagi National Labour Management System dan National Immigration Registration System yang dua dalam satu ini akan dilaksanakan bagi permohonan buruh pekerja asing melalui online.
Ini strategi yang sangat bagus kerana ia kemungkinan mempercepatkan kebenaran kelulusan dapat menghindari atau mengurangkan rasuah nepotisme dan kronisme kerana ada permohonan yang laju dan ada permohonan yang lambat. Jadi TPOR Jabatan Buruh yang lalu adalah 7 hari. Kalau orang luar agak memakan masa.
Soalan kaola:
Berapa lamakah permohonan online ini diluluskan bagi LPA Buruh dan juga visa imigresen? Kalau peniaga atau orang bisnes selalunya mahu cepat. Itu yang utama.
Berkenaan dengan 1 Produk 1 Kampung (1P1K). Alhamdulillah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah bekerjasama dengan Darussalam Enterprise (DARe) dan Ministry of Primary Resources and Tourism (MPRT) untuk mempromosikan dan memajukan lagi 1 Produk 1 Kampung (1P1K). Tetapi masalah yang dihadapi dalam business ini termasuk 1P1K ialah masalah kos operasi. Selain economy of scale untuk mengurangkan kos operasi ini. Apakah rancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mendayatahankan 1P1K di pasaran untuk berniaga?;
Memandangkan jumlah pekerja asing ini ialah kira-kira 60,000 orang. Dapatkah kerajaan kita untuk mengenakan cukai kepala atau yuran $10.00 atau $100.00 bagi mereka ini? Didapati banyak “Alibaba” di depan mata. Kaola pun pernah mendapati dan melihat pekerja-pekerja tersebut membayar $50.00, $100.00 dan ada yang $200.00 setiap bulan kepada orang-orang tempatan kita. Jadi apakah kiranya kalau kerajaan dapat mengenakan caj kepada pekerja asing ini sebanyak $100.00 dan jika setahun memperolehi $600,000.00. Itu hanyalah saranan kaola; dan
Memang pekerja asing ini di bawah kerajaan kita yang mengambil mereka untuk bekerja. Kaola ingin mengajukan agar mereka ini menaiki pesawat RBA ataupun code share yang dikenakan kepada syarikat-syarikat berkenaan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan National Labour Management System memang pada masa ini semasa pelancaran nanti satu easy update phase is updating information. Kedua permohonan secara online. Jabatan Buruh belum dapat memberitahu keberkesanannya. Memang dimaintain 7 hari. Ia melibatkan juga proses-proses dalaman dan itulah sebabnya dikekalkan 7 hari.
Berkenaan 1K1P, persoalannya bagaimana kita untuk memperdayatahankan. Caranya adalah untuk sustainable supply. Bererti kalau 1K1P ini supplynya sentiasa kepada gedung-gedung perniagaan dan produk serta income pun sustainable, mereka yang melaksanakan 1K1P ini boleh dianggap berjaya.
Pekerjaan 60,000 orang memang yang kaola maksudkan tadi yang sudah diterangkan iaitu seperti cadangan Yang Berhormat berkenaan pelaksanaan levy itu adalah satu caranya. Berkenaan dengan pekerja asing yang memakai penerbangan Royal Brunei Airlines (RB) ini perlu juga kita lihat, syarikat-syarikat ini pun ada operational cost dan harga tiket ini pun dari segi market driven berapa harga tiket ini. Perkara ini we leave it to customer untuk memilih apa penerbangan yang bersesuaian based on ia punya operational cost Yang Berhormat Pengerusi. Itu saja yang dapat kaola jawab Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ يم َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم هُهللا وبركاتُه ِ ُ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةdan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلlebih dahulu di Dewan yang mulia ini, kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pagi tadi.
Kaola ingin menyentuh soal Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di mana ia mula dilancarkan secara serentak dikesemua dearah pada 12hb. Februari 1993M, kini sudah mencapai 30 tahun penubuhannya. Sehubungan dengan ini, apakah ada perubahan dasar-dasar dan perlembagaan berhubungkait dengan peranan dan fungsi MPMK ini termasuk tata-tata kelola, pelantikan keahlian dan mempertimbangkan inisiatif-inisiatif tambahan seperti elaun keahlian agar ianya lebih relevan mengikut perubahan masa. Sekian, terima kasih. السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan bagi soalan ataupun saranan kali Yang Berhormat Pengerusi. Berkenaan dengan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini, kalau kita sedia maklum, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini adalah ditubuhkan sebagai salah satu badan di peringkat akar umbi dan keahliannya adalah secara sukarela dalam kalangan penduduk-penduduk kampung.
Untuk menjawabnya, setakat ini belum ada perubahan dasar yang berhubungkait dengan pelantikan keahlian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Seperti yang kaola nyatakan dalam mukadimah tadi itu, keahlian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini di expand skop keahliannya. Perlu juga kita faham, dalam kalangan penduduk-penduduk kampung amnya dan Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, akan pentingnya untuk sama-sama memajukan kampung masing-masing tanpa ada tujuan sesuatu bagi mendapat imbuhan dan menekankan bahawa keahlian adalah secara sukarela.
Pada masa ini, dari segi imbuhan-imbuhan belum dapat diberikan. Sebagai contoh kalau dilihat, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang dilantik memang ada KPI nya. Majlis Perundingan Mukim dan Kampung adalah di peringkat akar umbi, dilihat dari segi keberkesanan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini juga dan kalau ada menunjukkan keberkesanannya kepada kampung itu sendiri, kampung itu maju, anak-anak buah kampung maju, jadi mungkin ada sesuatu perkara yang boleh dipertimbangkan. Itu saja kaola Yang Berhormat Pengerusi yang kaola jawab. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kerana sepanjang hari telah menjawab soalan dengan penuh tenang dan tekun. Saya kira sudah masanya bagi kita untuk menyelesaikan perkara yang kita hadapi pada ketika ini dan sekarang saya akan undi Tajuk ini.
Yang bersetuju, sila angkat tangan. (Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diluluskan.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Tajuk SE01A hingga Tajuk - SE12A dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang sedang bersidang dalam Jawatankuasa dan saya sukacita menangguhkan Persidangan Jawatankuasa ini bagi membolehkan kita balik bersidang dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan dahulu mesyuarat ini dan kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 11hb. Mac 2023M, pukul 9.30 pagi.
Sekian, ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة.وباهلل التوفيق والهداية .ُهللاِ وبركاتُه
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.