HARI KE-15 PAGI
22HB MAC 2023M - PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulis
بسم هللا الرحمن الرحيم. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang hari ini iaitu hari yang kelima belas, Rabu, 29hb. Syaaban 1444H bersamaan 22hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه. َّ ّٰللا ْألح ْم ُد ِ هلِل, kita bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالى, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat semula berkumpul hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kelima belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صل هللا عليه وسالم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu.
Pada petang semalam, Mesyuarat Jawatankuasa masih membahaskan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di depan kita masih lagi banyak perkara-perkara yang perlu diselesaikan dengan segeranya iaitu Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 bagi membolehkan kementerian-kementerian meneruskan operasinya mulai daripada 1hb. April 2023M.
Saya berpendapat dan saya kira tidaklah terkeluar daripada Standing Order kita, walaupun Speaker biasanya bersifat sebagai orang tengah dalam mesyuarat ini. Saya berpendapat bahawa untuk menunaikan tanggungjawab kita yang menentukan integriti kedudukan Majlis Mesyuarat Negara sendiri, maka setentunyalah perlu bagi kita untuk menyelesaikan perkara ini secepat-cepatnya.
Saya faham bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik juga Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet adalah baru dan ada diantaranya perlu mendapat banyak maklumat-maklumat untuk mengetahui perjalanan dan keadaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri.
Saya kira venue ini adalah satu venue sahaja yang membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkenaan itu. Setentunya ada venue-venue lain dan saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet bersedia dengan pegawai-pegawai dalam kementerian masing-masing untuk menerima Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada secara peribadi atau secara berkumpulan mahupun secara bertulis untuk membentangkan apa juga masalah-masalah, kemusykilan-kemusykilan yang terdapat dan saya juga percaya bahawa walaupun kita sekarang boleh menyuarakan soalan-soalan tentunyalah soalan-soalan yang dikemukakan itu memerlukan penelitian yang lanjut daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Jadi itulah sebabnya kita melihat bahawa sungguhpun Tajuk-Tajuk kementerian-kementerian yang berkenaan sudah kita luluskan, Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan masih lagi boleh memberikan penerangan-penerangan lanjut mengenai perkara-perkara yang belum dijawab. Jadi, timbal balik ini menunjukkan bahawa adanya persefahaman yang kukuh dalam persidangan kita.
Saya mintalah kalau sekiranya tidak menjadi keberatan kepada Ahli-Ahli Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk bertanya, kalau sekiranya pertanyaannya itu minimum dan tepat kepada perkara-perkara yang dituju dan sebaik-baiknyalah tertumpu kepada Belanjawan yang kita tunduki pada ketika ini. Manakala soalan yang lain, misalnya jalan yang belum dibina, rumah yang terbakar dan seumpamanya yang biasa terjadi dalam kita menghadapi cabaran-cabaran hidup ini, bolehlah dikemukakan kemudian dalam apa juga keadaan yang membolehkan abiskita semua berbuatnya.
Saya juga ingin menyatakan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai masa untuk membuat ucapan-ucapan dalam apabila kita memberikan kesempatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberikan ucapan-ucapan penangguhan. Mungkin disana barangkali Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah membuat apa juga seruan-seruan dan saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet setentunya akan dapat mengambil iktibar ataupun sekurang-kurangnya mencatit kemusykilan-kemusykilan yang terdapat dalam ucapan Ahli-Ahli Yang Berhormat kemudian dan akan dapat sama ada diselesaikan ataupun dipertimbangkan.
Saya percaya setiap yang dicadangkan setentunyalah tidak semuanya dapat diluluskan. Setiap yang dicadangkan itu harus dinilai kebaikannya dan harus dinilai kesesuaiannya menurut keadaan kita. Kita juga berhadapan banyak masalah-masalah seperti masalah kewangan, masalah kakitangan. Jadi ia harus dibuat dalam background yang kita hadapi ketika ini.
Jadi setentunyalah kita membuat cadangan, saya kira Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan akan mempertimbangkan tetapi dengan limitation yang terdapat dalam keadaan yang dihadapi mereka sendiri.
Kita dalam sistem kita tidak ada pasukan, tidak ada pembangkang, tidak ada pihak kerajaan, kita adalah satu team. Barangkali saya bukan ahli pemain bola tetapi satu team tidak akan dapat bermain kalau tidak ada satu team yang lain tapi walau bagaimanapun satu team ini boleh mencapai maksud-maksud kita sendiri kalau sekiranya kita ingin mengunakan strength, kita menggunakan semangat kita sendiri dengan tekad kita yang satu. Maka, Wawasan Brunei 2035 akan dapat kita capai dengan jayanya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira saya minta maaf kerana menyuarakan harapan-harapan ini dan saya kira terkeluar sedikit daripada tugas Speaker yang bersifat sebagai pihak yang neutral tetapi walau bagaimanapun penglihatan saya dalam mempengerusikan mesyuarat ini, ini adalah tahun ke Sembilan saya duduk mempengerusikan mesyuarat ini, saya kira tentulah kurang elok kalau sekiranya perkara bajet ini tidak dapat kita selesaikan sebelum 1hb. April 2023M.
Dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menyuarakan beberapa penjelasan terhadap beberapa soalan yang telah dikemukakan semalam. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Dan terima kasih juga Yang Berhormat Pengerusi di atas nasihat dan pandangan yang penuh bijaksana mengenai dengan pendekatan yang akan kitani semua ambil dalam Majlis yang mulia ini.
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه dan salam sejahtera. Terima kasih lagi sekali atas peluang yang diberikan bagi kaola untuk menambah penjelasan berikutan jawapan-jawapan yang telah kaola berikan berhubung dengan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat pada petang semalam.
Berhubung dengan cadangan daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui JAPEM serta agensi-agensi yang berkenaan untuk turun padang bagi bekerjasama dan mendukung misi kumpulan yang berinfak memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Jadi di sini sukacita kaola kongsikan selain daripada ketersediaan JAPEM untuk membantu misi-misi kumpulan yang berinfak, turut kaola kongsikan bahawa sejak tahun 2019, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah mengadakan Program Merakit Masyarakat ke kampung-kampung dan mukim-mukim di seluruh negara.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan dan menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan isu-isu yang ditangani oleh JAPEM khususnya isu-isu yang berkaitan dengan Sistem Kebajikan Negara, Bantuan Kebajikan Bulanan, Warga Emas dan Pencen-Pencen, Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Orang Kelainan Upaya, Kaunseling dan Talian-Talian Kebajikan JAPEM iaitu Talian 141 dan Talian Anak 121.
Program ini juga memberikan peluang kepada semua yang hadir untuk turut menyuarakan apa jua keperluan bantuan dan pihak JAPEM akan dapat mengambil tindakan dengan serta merta. Program ini ان شاء هللا akan dilaratkan kepada kementerian-kementerian dan golongan NGO’s. Sukacita jua kaola kongsikan bahawa sejak tahun 2019 hingga 2022, sebanyak 12 sesi jerayawara merakit masyarakat telah diadakan dan seramai lebih 800 orang telah pernah menyertai program ini.
Seterusnya berhubung dengan persoalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai sasaran 15% di dalam Performance Base Program Budget atau PPB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ianya adalah merupakan sasaran tahunan yang telah ditetapkan untuk dicapai khusus bagi indikator peratus lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia yang berkecimpung dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana atau PMKS. Penetapan sasaran sebanyak 15% tersebut adalah daripada sasaran keseluruhan peratus kebolehpasaran lepasan Pusat Pembangunan Belia yang telah ditetapkan iaitu 70% yang turut juga merangkumi pecahan 50% memperolehi pekerjaan dan 5% melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Mengenai kursus-kursus peningkatan kemahiran di Pusat Pembangunan Belia, salah satu komponen di dalam program pembangunan belia adalah pembelajaran keusahawanan, dalam mana penuntut-penuntut PPB ini akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan perniagaan selama 144 jam. Para pelatih juga akan dinilai dan yang berminat dalam bidang ini diberi mentorship untuk memulakan perniagaan dan di akhir kursus para pelatih akan mengadakan Carnival YDC sebagai latihan secara praktikal.
Manakala Program YDC Lights On yang mula dilaksanakan pada tahun 2019 juga menerapkan aspek pembelajaran keusahawanan yang dilaksanakan dengan kerjasama Livewire Brunei. Ianya meliputi pelajaran seperti peringkat asas keusahawanan, peringkat masterclass keusahawanan dan penekanan dalam promosi Digital Marketing and Content.
أ ْلح ْمدُ ِهلِل, Pusat Pembangunan Belia juga dengan kerjasama rakan strategik telah mengenalkan program yang bertujuan untuk melahirkan pengusaha belia dari kalangan individu yang kreatif, khususnya dalam bidang industri pakaian tempatan. Baru-baru ini, PPB juga telah bekerjasama dengan School of Design, University Technology Brunei dan PPB Aewon dalam pelaksanaan bengkel 3 hari dalam module fashion design technology.
Berhubung SKN yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, khususnya cadangan untuk menyatukan semua pengagihan bantuan agar ianya dapat ditangani secara menyeluruh dan bersepadu dan mengenal pasti pelan-pelan tindakan yang bersesuaian bagi membantu penerima bantuan untuk keluar dari kitaran kemiskinan.
Lebih dahulu, kaola tekankan strategi pembasmian kemiskinan sememangnya ditangani secara holistik, bersepadu dan senegara melalui pelan tindakan pembasmian kemiskinan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial atau yang dikenali sebagai MKIS yang mana ahli-ahlinya terdiri dari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Pendidikan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pelan tindakan pembasmian kemiskinan yang telah diperkenankan pada tahun 2020 mengandungi strategi-strategi pekerjaan, keusahawanan, latihan kemahiran, pendidikan, mindset, perumahan, pengangkutan dan juga penjagaan anak.
Inisiatif yang berkaitan yang dilaksanakan oleh setiap kementerian dan agensi yang akan mendukung strategi-strategi ini disenaraikan bersama KPI-KPInya. Oleh itu, soalan mengenai KPI pembasmian kemiskinan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat sebenarnya terkandung di bawah pelan tindakan senegara tersebut dan bukan sahaja di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Jadi dalam hubungan ini, Sistem Kebajikan Negara atau SKN telah pun direka bentuk khusus bersandarkan strategi-strategi yang kaola sebutkan tadi. SKN bukan sahaja platform untuk mensejajarkan proses pemberian bantuan dari pelbagai agensi bagi memudahkan proses permohonan bantuan secara bersistematik agar pemberian bantuan diberikan pada orang yang benar-benar layak dan tepat pada masa tetapi jua membantu pihak kerajaan menganalisa data terkini untuk mengetahui situasi penerima bantuan.
Laporan-laporan SKN sememangnya dikongsikan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dan kementerian-kementerian yang berkenaan untuk tindakan seterusnya. Inisiatif-inisiatif di bawah strategi pekerjaan, strategi keusahawanan dan strategi mindset dalam pelan tindakan pembasmian kemiskinan adalah termasuk memberikan taklimat dan latihan yang bersesuaian untuk memupuk minat, mendukung usaha dan meningkatkan kebolehpasaran penerima bantuan dalam mendapatkan pekerjaan atau pun berkecimpung dalam bidang keusahawanan.
Program pengupayaan telah dan terus diungkayahkan oleh KKBS dan JAPEM dengan kerjasama beberapa rakan strategik KKBS iaitu program pekerjaan, program keusahawanan dan program kemahiran dan latihan. Melalui program pekerjaan, أْلحَمْدُ ِللهِ sejak tahun 2020 hingga kini seramai 430 orang daripada golongan susah telah berjaya dibantu untuk mendapatkan pekerjaan. Melalui program keusahawanan pula penerima-penerima bantuan telah disalurkan untuk mengikuti program berniaga dari rumah, Program BIBD SEED dan Program Bantuan Keusahawanan. Manakala melalui program kemahiran dan latihan, penerima-penerima bantuan dan tanggungan mereka telah diaturkan untuk menyertai Micro Business Bootcamp di bawah DARe, program komuniti, program inovasi belia berwawasan dan program bengkel pertanian.
Bantuan-bantuan yang terdapat dalam SKN iaitu bantuan kebajikan bulanan daripada JAPEM, bantuan asnaf fakir dan miskin daripada MUIB dan bantuan keperluan persekolahan tahunan yang baru diintegrasikan dengan melibatkan agensi daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, semuanya menerusi proses yang diselaraskan melalui SKN. Sejak SKN mula diperkenalkan pada 15hb. Julai 2020M, ia telah memberikan impak dan perubahan kepada trend permohonan bantuan kebajikan bulanan yang mudah di akses secara dalam talian.
Setakat 20hb. Mac 2023M, lebih 30,000 pengguna telah berdaftar ke dalam SKN. Bagi permohonan bantuan sebanyak lebih 47 ribu permohonan bantuan telah dicatatkan. Daripada jumlah permohonan ini, sebanyak 44% adalah permohonan kepada JAPEM dan sebanyak 46% adalah permohonan daripada MUIB.
Kejayaan SKN juga adalah juga dari aspek penambahbaikan dan pengukuhan tadbir urus SKN serta pemprosesan permohonan bantuan kebajikan bulanan walaupun pemprosesan bantuan adalah seragam dan setara akan tetapi penilaian terhadap permohonan-permohonan yang telah diproses dan bantuan-bantuan yang diagihkan adalah berbeza mengikut jawatankuasa masing-masing yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, Jawatankuasa Bantuan Kebajikan Bulanan sememangnya melibatkan ahli-ahli dari agensi-agensi yang lain seperti Kementerian Kewangan Ekonomi, pihak MUIB, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pihak AMPEC selain daripada JAPEM.
Mengenai usaha-usaha meningkat peratus yang able body dan able to work untuk mendapatkan pekerjaan dan mandiri ekonomi. Dalam merealisasikan strategi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk bekembang maju masyarakat progresif ke arah masyarakat cemerlang, bersatu padu dan pemedulian.
Salah satu inisiatif yang digariskan dibawah pelan tindakan membasmi kemiskinan ialah mengemaskini garis panduan bantuan kebajikan bulanan dengan syarat mandatori bagi pemohon BKB ini yang able body dan able to work untuk berdaftar di Job Centre Brunei. Sasaran KPI bagi inisiatif ini ialah 500 golongan susah mendapat pekerjaan iaitu 200 orang melalui JAPEM dan 300 orang melalui AMPEC.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, dikongsikan bahawa jumlah yang menerima bantuan able body dan able to work yang telah berdaftar di Job Centre Brunei adalah seramai 355 orang pada tahun 2021 dan jumlah ini telah meningkat kepada 1,262 orang pada tahun 2022. Manakala jumlah penerima bantuan able body dan able to work yang telah mendapat pekerjaan ialah 123 orang pada tahun 2020, 157 orang pada tahun 2021, 145 orang pada tahun 2022 dan 150 orang pada tahun 2023 iaitu setakat bulan Februari tahun ini.
Sementara itu, di bawah strategi yang sama penerima-penerima bantuan yang able body dan able to work juga diberikan peningkataan dan keupayaan dalam bentuk latihan kemahiran dan keusahawanan dibawah program komuniti. Program-program ini dilaksanakan secara bersepadu dengan agensi-agensi yang berkepentingan yang lain khususnya JAPEM melalui latihan kemahiran dan program-program keusahawanan penerima-penerima bantuan, MUIB melalui Program PPB YHSHB melalui bantuan keusahawanan dan juga DARE melalui Micro Business Bootcamp.
Bagi menjawab usulan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawaty binti Haji Abdul Mumin mengenai keperluan pengesahan status penerima-penerima bantuan melalui penggandaan lawatan susulan ke tempat kediaman mereka. Sukacita kaola kongsikan bahawa secara lazimnya pekerja-pekerja sosial dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, (JAPEM). Sememangnya melaksanakan lawatan ke tempat-tempat kediaman para pemohon atau penerima bantuan. Ini adalah bagi tujuan penilaian kelayakan para pemohon dalam mendapatkan bantuan dan penyambungan penerima bantuan ke tempoh seterusnya bagi memastikan bahawa pemohon atau penerima bantuan ini benar-benar layak menerima bantuan berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian menyambut baik cadangan ini untuk memastikan tiada keciciran dan ketirisan bantuan berlaku.
Selain daripada pendekatan oleh pekerja-pekerja sosial JAPEM, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung juga memainkan peranan penting dalam mendukung usaha-usaha JAPEM. Antaranya dengan mengesahkan maklumat dan keberadaan anak-anak buah kampung mereka, membantu dalam mengakses perkhidmatan-perkhidmatan JAPEM, mengikut keperluan dan juga kelayakan mereka. Sebagai first responders bagi anak buah kampung yang memerlukan bantuan segera daripada bencana keganasan rumah tangga dan sebagainya.
Oleh itu abiskaola amat mengalu-alukan pihak Penghulu dan Ketua Kampung untuk sama-sama memata-matai kesejahteraan anak-anak buah kampung dan menjadi mata dan telinga pihak kerajaan bagi mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.
Seterusnya pada menjawab mengenai persoalan yang telah dikemukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai usaha-usaha agensi-agensi berkenaan dalam memastikan lebih banyak peluang dan pilihan pekerjaan yang lebih marketable dan adalah inclusive bagi untuk golongan-golongan OKU.
Yang Berhormat Pengerusi. Pelbagai usaha telah diungkayahkan melalui pusat-pusat latihan seperti Pusat Bahagia dan Pusat Pembangunan Belia bagi menyediakan pembangunan kemahiran vokasional inklusif yang relevan seperti bidang Seni Kreatif, Kulinari serta kursus Komputer. Setakat ini seramai 230 orang OKU berdaftar sebagai pelatih Pusat Bahagia dan 61 bekas pelatih Pusat Bahagia telah pun mendapat pekerjaan.
Usaha bagi menepatkan golongan OKU dalam bidang pekerjaan adalah satu keutamaan. Walau bagaimanapun, bagi mencapai keperluan pasaran pekerjaan yang mengalami keterbatasan di kalangan pihak majikan ianya memerlukan pebincangan lanjut bersama pihak JPM dan AMPEC khususnya pihak majikan, untuk mengambil pekerja yang berkelainan upaya (OKU).
Dalam menangani kesediaan dan pasaran golongan OKU dalam pekerjaan dan keusahawanan, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti pihak AMPEC yang mana setakat 28hb. Februari 2023M, telah mencatakan sejumlah 63 orang OKU yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta serta 27 pencari kerja OKU yang aktif berdaftar di Job Centre.
Dalam usaha mengenalpasti jawatan yang boleh ditawarkan dan diisikan oleh golongan OKU, pihak Sekretariat Tetap AMPEC juga telah bekerjasama dengan pihak sektor swasta mengenai pengiklanan 88 jawatan kosong dikhususkan bagi OKU semasa Pesta Kerjaya pada bulan November 2022.
Mengenai usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan agensi-agensi tertentu bagi memastikan pendedahan awal yang berunsurkan ajaran agama Islam, nilai norma, budaya dan sejarah orang Brunei dan lain-lain fungsi diterapkan di peringkat awal lagi khususnya di Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.
Abiskaola di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan amat menyambut baik cadangan ini, memandangkan ianya adalah selaras dengan strategi kementerian ini dalam mengukuhkan jati diri dan identiti bangsa sebagai teras pembangunan negara yang berpaksikan Melayu Islam Beraja. Serta usaha berterusan kementerian ini untuk meningkatkan budaya dinamik dan warisan terpelihara.
Sebagai usaha menjadikan aktiviti pembacaan di peringkat umur seawal yang mungkin, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengungkayahkan projek tahunan iaitu Program Literasi Awal yang telah bermula sejak tahun 2014 dengan memberikan sebuah pek yang mengandungi bahan bacaan kepada anak-anak yang baru lahir. Penyerahan pek awal literasi juga telah mula diselajurkan dengan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan sejak tahun 2015.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah tentang kepentingan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira bagi melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat, berpengetahuan, berkualiti dan berdaya saing.
Di samping itu, penggunaan pek literasi awal tersebut akan dapat membudayakan institusi keluarga yang harmoni, mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan lebih banyak interaksi sesama insan. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada gadjet atau pacifier untuk anak-anak damit yang pada masa ini semakin berleluasa.
Ini bertepatan dengan tujuan program literasi awal dilaksanakan agar dapat membina hubungan yang erat di antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Peranan ibu bapa dan NGO’s juga penting dalam menyokong usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menerapkan nilai-nilai kebruneian bagi jati diri bangsa kepada generasi penerus.
Kerjasama antara Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan dipertingkatkan bagi mengembangkan lagi kandungan isi pek literacy awal dengan memuatkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan budaya, adat resam, Calak Brunei, jati diri dan sebagainya, selain daripada pengisian bahan khusus untuk mengembangkan kemahiran literacy dan membudayakan membaca kepada anak-anak damit yang menerima pek tersebut.
Selain daripada itu, kegiatan literacy awal juga akan diterapkan dengan pengenalan kepada budaya dan adat resam Brunei yang dapat meningkatkan jati diri bangsa dari awal usia.
Pada masa yang sama, kementerian kaola bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menghasilkan rangka kerja bagi early childhood care and education yang holistik dan lengkap untuk kanak-kanak yang baru lahir hingga kanak-kanak berumur 8 tahun.
Selaras dengan definisi ECCA di bawah United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai baseline bagi memastikan kanak-kanak berkembang dengan sepenuhnya berpandukan Melayu Islam Beraja.
Seterusnya mengenai persoalan sama ada pihak kementerian ini dan Kementerian Hal Ehwal Ugama terdapat data keramaian terkini yang telah ditakrifkan dalam golongan kemiskinan. Takrif golongan miskin yang diperakukan melalui Jawatankuasa Khas Isu Kemiskinan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) adalah penerima-penerima bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan juga penerima-penerima agihan zakat mengikut asnaf fakir dan miskin di bawah Majlis Ugama Islam Brunei. Jadi berdasarkan takrifan ini, izinkan kaola mengongsikan bahawa setakat 22hb. Mac 2023M, sebanyak 47,370 permohonan bantuan telah dicatatkan kepada JAPEM dan juga MUIB.
Daripada jumlah ini, sebanyak 35% permohonan telah dinilai layak dan disokong untuk menerima bantuan, iaitu seramai 24,088 individu yang merangkumi ketua keluarga dan tanggungan-tanggungan mereka.
Bagi menjawab jika pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai perancangan strategik untuk menyemak semula atau merangka takrif baru kemiskinan, sukacita kaola kongsikan bahawa merujuk kepada ketetapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) pada 17hb. Januari 2011M, definisi kemiskinan menurut perspektif Syariah telah dipersetujui sebagai definisi rasmi bagi kemiskinan di Negara Brunei Darussalam yang akan diguna pakai oleh setiap pihak yang relevan sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta, khususnya dalam kita merancang, membentuk, melaksana, menyelaras atau merebiu dan memperbaiki program-program pembasmian kemiskinan di negara ini.
Untuk menadaptasi definisi ini agar mudah digunakan, ianya dikaitkan dengan Kos Minima Keperluan Asas atau KMKA bulanan yang dipersetujui. KMKA ialah kos minima untuk menampung keperluan asas harian termasuk barang makanan dan bukan makanan bagi seorang setiap individu. Perkiraan KMKA ini adalah satu kaedah yang lazim digunakan oleh negara-negara bagi menetapkan garis kemiskinan di mana keluarga atau isi rumah yang mempunyai pendapatan per kapita dibawah garis tersebut adalah dikategorikan sebagai miskin.
Oleh kerana Negara Brunei Darussalam tidak mengeluarkan data garis kemiskinan secara rasmi, istilah KMKA akan terus digunakan. Kadar KMKA yang digunakan sebagai garis kelayakan menerima bantuan melalui SKN pada masa ini adalah kadar KMKA yang dikira oleh Jabatan Perancangan Ekonomi Dan Statistik (JPES) berasaskan kajian perbelanjaan keluarga 2015/2016.
Berhubung persoalan Yang Berhormat mengenai strategi kementerian ini dalam meningkatkan outreach program bagi mengurangkan keterlibatan belia tercicir dalam masalah sosial yang lebih serius. Yang Berhormat Pengerusi. Kementerian telah mengambil langkah awal selaku kementerian yang memeduli golongan belia di negara ini dengan melaksanakan beberapa inisiatif dan program outreach termasuk kerjasama dengan rakan strategik:
Melaksanakan program pemberigaan Dasar Belia Negara dan Strategi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Urusetia Dasar Belia Negara 2020/2035 dan dengan kerjasama youth advisory group telah setakat ini melaksanakan sebanyak 12 program pemberigaan melibatkan 1,300 orang belia bagi tahun 2022 yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan mengetahui minat serta isu yang ditimbulkan oleh golongan belia di seluruh daerah dan dari sini dapatlah kementerian ini mengetahui tren golongan belia di keempat daerah berkenaan.
Berdasarkan penelitian yang dibuat, turut diharapkan lebih banyak program-program kebeliaan dapat dilaksanakan menjurus kepada minat golongan belia dan bagi tahun 2023, program pemberigaan ini akan mensasarkan penuntut dan melibatkan sebanyak 37 buah institusi-institusi pendidikan dan pengajian tinggi di negara ini.
Melaksanakan program-program pembentukan jati diri belia. Ke arah memantapkan jati diri pada golongan belia di negara ini, kementerian ini dengan kerjasama dengan rakan-rakan strategi dan peneraju-peneraju Dasar Belia Negara dan Strategi 2020/2035 akan mempertingkatkan lagi pelaksanaan program-program kempimpinan, jati diri, pembangunan kapasiti dan modal insan yang bertujuan bagi melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia, bertaraf dunia dan agen siaga perubahan di masa hadapan dalam semua pembangunan negara secara inklusif sepertimana yang dihasratkan.
Program Khidmat Bakti Negara yang merupakan salah satu program yang bertindak dalam membangun jati diri belia turut membuktikan ianya memberikan impak apabila lepasan para pelatih dan ibu bapa dapat melihat perubahan yang begitu positif pada diri sendiri dan di kalangan anak-anak mereka setelah tamat latihan.
Di samping itu, program-program yang dikendalikan oleh Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) dan Jabatan Belia dan Sukan telah juga diatur bagi melahirkan belia yang berkepimpinan dan sedia bertindak. Turut dikongsikan bagi Tahun Kewangan 2021/2022, direkodkan sebanyak 38,110 orang belia telah terlibat dalam program-program kepimpinan jati diri, pembangunan kapasiti dan pembinaan modal insan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, institusi-institusi pendidikan, sekolah-sekolah, mahupun agensi swasta di negara ini.
Melaksanakan program-program latihan kemahiran yang bertujuan bagi mempersiapkan belia untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah dengan memastikan kursus atau latihan yang ditawarkan adalah relevan kepada industri. Sebahagian daripada kursus yang dikendalikan adalah dengan kerjasama industry player di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebenarnya tidak berhasrat untuk panjang lebar dalam penjelasan ini. Jadi memadailah kaola berhenti di sini dan dengan mengambil kira nasihat Yang Berhormat Pengerusi jua.
Sekian yang dapat kaola kongsikan dan kaola ucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya sekarang meneruskan pebincangan kita mengenai dengan tajuk ini. Ada lebih kurang lapan lagi dari Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini. Saya harap menteri yang berkenaan bersedia.
Saya persilakan untuk memulakannya, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Pengerusi Dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ُالسَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه dan salam sejahtera.
Dalam perbahasan pada pagi ini, kaola membawakan dua tajuk iaitu:
SL06A - Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) kod 002-000 perkhidmatan bantuan am dan memperkasa penerima bantuan. Walau bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan yang begitu komprehensif, panjang lebar dan jelas daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta persoalan-persoalan dalam perbahasan yang dtimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat sebelum ini, kaola cuma ingin menyatakan atau menyampaikan satu tambahan cadangan sahaja dalam Tajuk ini iaitu berkaitan pemberian bantuan keperluan asas yang dijelaskan berbentuk bantuan keperluan asas dan bantuan ilmu-ilmu pengetahuan, kemahiran dan keusahawanan.
Jadi dalam hal ini kaola ingin mencadangkan satu perkara juga, yang kaola rasa tidak ada disentuh atau mungkin barangkali kaola terlepas pandang atau terlepas pendengaran, boleh diperbetulkan atau diperjelaskan. Jadi dalam memastikan bantuan-bantuan ini sampai dan diberikan kepada penerima apa yang penting juga kaola rasa ialah pemantauan berterusan kepada golongan ini iaitu maksud kaola meskipun mereka sudah mendapatkan pekerjaan atau pun menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan seumpamanya, mereka ini perlu juga terus dipantau untuk satu tempoh tertentu. Maksudnya jangan dibiarkan apabila ia sudah dapat kerja, atau ia berusaha mengusahakan sesuatu, dilepaskan begitu sahaja.
Ini adalah untuk memastikan disiplin atau komitmen mereka dalam apajuga bidang yang diceburi itu, sama ada ia bekerja atau berusaha itu, terus berdaya tahan dan disiplinnya itu berterusan untuk tempoh yang panjang sehingga ia mampu meningkatkan ekonomi serta taraf hidup mereka dan keluarga.
ان شاء هللا sehingga mengeluarkan golongan ini daripada lingkaran kemiskinan dan program-program bantuan yang diberikan itu. Itu yang pertama. Dalam hal ini, kerjasama padu semua pihak adalah sangat-sangat diperlukan bukan hanya tertumpu kepada kementerian-kementerian berkenaan sahaja.
Perkara yang kedua, Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah Tajuk SL02A Dewan Bahasa dan Pustaka Kod 004 Perpustakaan. ألحمدُ هلِل penjelasan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga mengenai inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka ini adalah sangat-sangat jelas.
Di sini kaola hanya ingin merujuk objektif program perpustakaan yang tekandung dalam Buku Belanjawan (2023-2024) bagi Dewan Bahasa dan Pustaka. Objektif tersebut berbunyi, ‘memastikan perpustakaan negara, memastikan perpustakaan mesra pelajar dan belia, dengan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti dengan aplikasi teknologi maklumat dan penyiaran ilmu agar relevan dan signifikan dengan standard perkhidmatan perpustakaan moden’.
Jadi disini kaola mohon pencerahan jua kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, sejauh manakah perpustakaan awam di Negara Brunei Darussalam ini telah mencapai objektif mesra pelajar dan belia itu? Soalan kedua, bagaimanakah pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau pihak Kebudayaan Belia Dan Sukan memastikan yang standard perkhidmatan perpustakaan awam dnear ini termasuk perpustakaan bergerak sudah memenuhi standard perkhidmatan perpustakaan moden yang dihasratkan itu dan dimanakah tahap membaca telah menjadi budaya masyarakat Brunei? Adakah pernah perkara ini dibuat kajian megenainya? Dalam hal ini, kaola ingin mengusulkan sedikit cadangan agar semua perpustakaan awam di negara ini termasuk perpustakaan di daerah-daerah dan juga perpustakaan bergerak untuk dilengkapkan dengan sumber-sumber bacaan yang lebih bervariasi, relevan untuk semua peringkat masyarakat termasuk sumber-sumber yanng berasaskan teknologi seperti buku-buku elektronik dan buku-buku audio dan sebagainya. Prasarana yang bukan sahaja kondusif tetapi juga dengan konsep yang menarik dan mesra pengunjung terutamanya bagi golongan pelajar dan belia seperti menyediakan ruang kafe dan seumpamanya yang kanak-kanak atau golongan ini suka.
Kemudian menyediakan peralatan dan sistem yang menyokong pembelajaran berasaskan teknologi seperti akses internet, computer dan perisian-perisian yang bersesuaian yang menjadi minat dan trend hidup golongan belia masa kini. Di samping itu juga, agar perkhidmatan perpustakaan ini disediakan dilokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti di gedung-gedung perniagaan dan semasa musim-musim perayaan, cuti sekolah dan acara-acara riadah, disediakan ruang bacaan ataupun perpustakaan bergerak disana.
Ataupun membuka perkhidmatan perpustakaan semasa hari cuti, hari-hari kelepasan awam dengan pelbagai program dan aktiviti yang boleh menarik minat golongan-golongan sasaran ini untuk membiasakan, membudayakan diri membaca atau berada di perpustakaan. Jadi itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, kaola ucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan ini. ِ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للا.وباهلل التوفيق والهداية ُوبركاتُه
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم هللا الرحمن الرحيمterima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat diatas soalan dan cadangan yang telah diajukan.
Pertama, mengenai dengan cadangan bagi pemantauan yang berterusan untuk tempoh yang tertentu bagi memastikan disiplin dan komited yang tersensa bagi tujuan supaya penerima-penerima bantuan ini mampu dikeluarkan dari kitaran kemiskinan. Terima kasih kaola ucapkan kepada cadangan Yang Berhormat atas cadangan tadi itu.
Memang pemantauan ada dibuat, bagaimanapun ianya akan terus dikemaskini dan diperbaiki lagi bagi memastikan ianya menepati hasrat dan objektif pemberian bantuan itu. Memanglah ada beberapa keterbatasan dalam melakukan pemantauan tetapi ان شاء هللا perkara ini akan ditunduki dan diperbaiki lagi dari masa ke semasa.
Kedua, mengenai dengan objektif memastikan perpustakaan yang mesra pelajar, IT relevan dan signifikan dengan penyampaian perkhidmatan perpustakaan moden. Sebenarnya, ini memanglah menjadi matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjadikan Dewan Bahasa dan Pustaka ini selaras dengan evolusi perpustakaan diperingkat antarabangsa ertinya perpustakaan yang kita kenali dahulu, sekarang sudah berbeza dan ianya sudah bertransformasi kepada satu perpustakaan yang lebih menyeluruh yang menyediakan khidmat berbagai khidmat sebenarnya dalam memberikan sumber pengetahuan dan sumber kemahiran kepada pengguna-pengguna perpustakaan.
Cadangan bagi perpustakaan dilengkapkan dengan berbagai variasi sumber, sememangnya adalah selaras dengan apa yang sedang diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Access to internet, computers, sememangnya sudah ada di setiap perpustakaan yang terdapat di keempat-empat daerah. Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengambil langkah dan inisiatif untuk mempamerkan dan mengajar kemahiran-kemahiran bermain alat muzik tradisi, dan juga alat-alat muzik kontemporari.
Dan ini adalah sebagai inisiatif untuk menarik minat belia-belia untuk datang ke perpustakaan dan untuk melihat sendiri apa yang dapat ditawarkan oleh perpustakaan ini, di samping mengajarkan kemahiran-kemahiran ini. Sudah setentunya kemahiran ini adalah yang menarik minat para belia untuk berkunjung, jadi ditarik dahulu minat mereka berkunjung dan kemudian ditawarkan dengan pelbagai lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna perpustakaan.
Mengenai dengan perkhidmatan perpustakaan disediakan di lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti gedung-gedung perniagaan semasa cuti sekolah dengan mengadakan program dan aktiviti, perkara ini sudah setentunya akan diteliti dan ditunduki bagaimana kesesuaiannya dan bagaimana dari segi sumber-sumber yang ada untuk mengadakan kemudahan perpustakaan di lokasi-lokasi yang dicadangkan dan sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم الرحْ َٰم ن ِبس ِْم ه ّٰللا ُورحْ مةُ للاِ وبركاتُه
Kaola bercakap berkenaan Tajuk - SL03A Jabatan Belia dan Sukan berkenaan dengan kemudahan sukan di Daerah Belait. Menyentuh soal prasarana sukan di Kompleks Sukan Mumong, keadaan kompleks ini sangat memprihatinkan sekali dan memerlukan pemeliharaan dan kerja-kerja membaikpulih. Apakah perancangan jangka pendek dan sederhana yang akan disediakan oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ke arah kesempurnaan prasarana Kompleks Sukan Mumong?. Daerah Belait khususnya di Pekan Seria tidak mempunyai banyak pilihan dalam penyediaan kemudahan padang bagi sukan bola sepak untuk memenuhi permintaan penduduk setempat. Isu ini diberatkan lagi apabila padang sukan KBRC tidak lagi digunakan untuk sukan berkenaan.
Seperti lazimnya, aktiviti sukan bolasepak di tempat kawasan berkenaan biasanya diadakan pada waktu malam.
Sehubungan dengan ini, kaola memohon pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan agar dapat mempertimbangkan dan menyediakan kemudahan lampu di Padang Arena Seria dan apakah ada perancangan bagi menyediakan padang-padang sukan tambahan di Daerah Belait? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sekian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم الله الرحمن الرحيم Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan tadi. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan seperti yang kaola pernah jelaskan bahawa pada masa ini dalam proses menaiktaraf dan menambahbaik prasarana-prasarana sukan utama secara berfasa ataupun berperingkat-peringkat di bawah Peruntukan RKN-11 dan RKN-12 yang akan datang.
Oleh yang demikian, kaola ingin juga menyampaikan satu berita baik penaiktarafan Komplek Sukan Mumong adalah termasuk dalam perancangan RKN-12. Penaiktarafan padang bola sepak, balapan dan pentas utama serta lampu padang bola sepak;
Pembinaan baharu iaitu pembinaan kolam renang kanak-kanak, pembinaan pentas utama bola sepak;
Pembinaan Dewan Seni khusus Sukan Seni Bela Diri.
Selain daripada itu, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga merancang sebahagian tapak tanah Kompleks Sukan Mumong untuk dimajukan secara kerjasama awam- swasta atau public private partnership (PPP).
Mengenai dengan perancangan bagi penyediaan kemudahan lampu di Padang Arena Pekan Seria, seperti yang diterangkan dalam mukadimah yang mana prasarana sukan akan terus dinaik taraf secara berfasa. Pemasangan lampu ini adalah termasuk dalam senarai penaiktarafan di samping pembaikan padang bola sepak dan balapan.
Selain daripada itu, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini juga merancang sebahagian tapak tanah padang arena juga akan dimajukan secara PPP. Perancangan bagi penyediaan padang-padang sukan tambahan di Daerah Belait, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan memberi keutamaan kepada menaiktaraf dan menambah baik kepada padang-padang yang sedia ada di bawah kawalan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini di Daerah Belait, iaitu Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Mumong Dan Padang Arena Seria. Manakala padang-padang sukan tambahan di Daerah Belait akan kaola ان شاء الله .teliti lagi secara terperinci lagi
Sekian itu sahaja yang dapat kaola jelaskan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا ُورحْ مةُ للاِ وبركاتُه
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Soalan:
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan Tajuk SL04A - Jabatan Muzium-Muzium. Taman Warisan Tasek Merimbun di bawah Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Merujuk kepada ucapan menjunjung kasih kaola pada tempoh hari berkenaan dengan ekopelancongan yang berhubung kait dengan Taman Tasek Merimbun, kaola ingin tahu dari 5 tahun kebelakangan apakah respons atau statistik keramaian pengunjung tempatan dan luar negara yang datang melawat ke Taman Tasek Merimbun. Dari statistic, pengunjung dari manakah yang mencatat jumlah yang ramai berkunjung ke tempat tersebut dan apakah usaha-usaha ke arah mempromosikan Taman Warisan Tasek Merimbun kepada orang ramai khususnya memberi kefahaman tentang fungsi dan peranan bagi sama-sama memelihara dan melestarikan taman berkenaan sebagai Taman Warisan ASEAN?
Apakah perancangan pihak kerajaan bagi memperluaskan spin-off Taman Warisan Tasek Merimbun agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat khususnya Daerah Tutong amnya, ini termasuk mengadakan kolaborasi dengan pihak-pihak berkaitan berkenaan dengan ekopelancongan, acara-acara yang menjurus kepada memelihara bio-diversity hutan dan sebagainya.
Menyentuh Tajuk SLO3A - Jabatan Belia dan Sukan iaitu berkenaan dengan hala tuju sukan negara. Kaola memahami bahawa usaha-usaha ke arah mempertingkatkan kualiti sukan negara bukan hanya diserapkan kepada pihak kerajaan semata-mata tetapi ianya juga perlu dilaksanakan bersama secara whole of government dan whole of nation approach. Ini terbukti dengan usaha pihak kerajaan bagi menyertakan atlet-atlet negara di kejohanan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Namun pada itu terdapat juga atlet-atlet sukan tempatan secara individu dan berkumpulan menyertai kejohanan-kejohanan luar negara seperti sukan bina badan, kejohanan bola sepak, lumba basikal, kejohanan sukan warga emas dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kaola ingin tahu apakah insentif-insentif dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada atlet-atlet sukan tempatan yang menyertai kejohanan sukan secara persendirian. Apakah ada perancangan pihak kementerian untuk menjadikan sukan sebagai satu pekerjaan dan bertaraf profesional.
Mohon pencerahan Yang Berhormat, sekian terima kasih. وباهلل التوفيق والهداية ُوالسَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم هللا الرحمن الرحيم. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan dalam mana ada 2 perkara iaitu pertama mengenai Taman Warisan Tasek Merimbun dan kedua berkenaan hala tuju sukan negara khususnya berkenaan penyediaan insentif-insentif dan bantuan kepada atlet-atlet sukan tempatan yang menyertai kejohanan sukan secara persendirian dan perancangan untuk menjadikan sukan sebagai satu pekerjaan yang bertaraf profesional.
Mengenai mempromosi, memperluaskan spin off Taman Warisan Tasek Merimbun termasuk ekopelancongan dan acara-acara yang menjurus kepada memelihara biodiversiti hutan. Abis kaola mengambil maklum ianya seperti cadangan yang sama dari Yang Berhormat mengenai menjadikan Taman Warisan Tasek Merimbun sebagai destinasi ekopelancongan untuk diperkenalkan dan dimanfaatkan oleh penduduk setempat dari Daerah Tutong yang pernah dibangkitkan sebelum ini semasa perbahasan Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Taman Warisan ASEAN Tasek Merimbun adalah sebahagian dari inisiatif Heart of Borneo dan sudah setentunya ia akan dikekalkan suasana asli taman berkenaan seperti yang telah digariskan oleh pihak Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) Heritage Parks.
Jadi usaha ini melibatkan kerjasama sepadu beberapa pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan yang juga berperanan sebagai focal agensi bagi ASEAN Heritage Parks dan penyelarasan dengan pihak ASEAN Centre For Biodiversity, Jabatan Perhutanan dan termasuk juga Jabatan Daerah Tutong.
Antara projek transformasi dan peluang ekopelancongan yang berpotensi dan dirancang adalah seperti penyediaan peluang-peluang rekreasi bagi pelancong dan orang ramai yang menghargai kepentingan sumber-sumber alam semulajadi serta peluang pendidikan dan penyelidikan sains dan alam semulajadi bagi penyelidik-penyelidik dalam dan luar negeri. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti kajian saintifik yang pernah dijalankan di sana adalah oleh mahasiswa mahasiswi dari Queen Mary University, United Kingdom.
Kaola kongsikan juga Taman Warisan Tasek Merimbun juga sering mengadakan program dan aktiviti dari masa ke semasa sebagai salah satu usaha bagi memperkenalkan taman tersebut kepada orang ramai untuk menimba pengalaman dan ilmu yang dapat diperoleh di sana. Contohnya adalah program naturalis muda dan Borneo Bird Race dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan.
Sejak tahun 2015 hingga 2022 jumlah keseluruhan pengunjung Taman Warisan Tasek Merimbun adalah sebanyak 12,661 pengunjung. Tahun 2015 telah mencatatkan rekod yang paling tinggi sejumlah lebih 3,300 pengunjung.
Walau bagaimanapun, sejak 2 tahun kebelakangan ini jumlah pengunjung Taman Warisan Tasek Merimbun mencatatkan penurunan sebanyak 51% berbanding tahun 2020. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor di luar kawalan seperti bencana banjir, penutupan sementara bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penaiktarafan serta juga penularan wabak COVID-19.
Dalam usaha untuk menjadikan Taman Warisan Tasek Merimbun sebagai salah satu tempat tarikan ekopelancongan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Muzium-Muzium bersama dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Brunei Economic Development Board (BEDB) telah menerima tunjuk minat dari pelabur asing untuk sama-sama memajukan dan menaik taraf lagi taman tersebut. Pada masa ini, ianya sedang dalam penelitian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Berkenaan hala tuju sukan negara khususnya penyediaan insentif dan bantuan kepada atlet-atlet sukan tempatan yang menyertai kejohanan sukan secara persendirian. Kementerian ini ingin mengongsikan lebih dahulu maklumat penyertaan mengikuti kejohanan luar negara adalah seperti berikut:
Persatuan-persatuan hendaklah menghadapkan permohonan ke Jabatan Belia dan Sukan dengan lengkap dengan menyertakan surat jemputan kejohanan, senarai atlet yang akan ikut serta, peraturan-peraturan kejohanan dan dokumen lain yang berkaitan;
Permohonan tersebut akan diteliti dengan mengambil kira kepentingan dan taraf kejohanan yang akan diikuti;
Bagi permohonan bantuan kewangan, pihak persatuan sukan dikehendaki untuk menghadapkan anggaran perbelanjaan 3 bulan sebelum kejohanan. Permohonan ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Bantuan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan;
Permohonan serta keperluan lain seperti kelonggaran berlatih, cuti tanpa catat dan kebenaran keluar negeri juga hendaklah dihadapkan mengikut tempoh yang dikehendaki sebelum mengikuti sebarang kejohanan.; dan
Ganjaran skim penggalak kecemerlangan sukan akan diberikan kepada kejohanan sukan yang carded games dan dibenarkan untuk disertai. Persatuan dikehendaki untuk menghadapkan permohonan ganjaran kemenangan selepas kejohanan untuk dipertimbangkan ke Jawatankuasa Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan. Kementerian ini mengalukan inisiatif atlet-atlet yang telah dan akan menyertai sebarang kejohanan sukan secara persendirian. Usaha tersebut adalah amat dihargai.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya penyertaan tersebut dimaklumkan untuk mendapatkan pandangan dan kebenaran melalui persatuan sukan kebangsaan masing-masing lebih dahulu. Kejohanan-kejohanan antarabangsa jemputan yang disertai pada lazimnya jika mempunyai pengesahan daripada persatuan sukan kebangsaan masing-masing adalah kejohanan-kejohanan yang dipersetujui.
Kategori kejohanan yang dipersetujui adalah diiktiraf oleh badan sukan antarabangsa masing-masing yang lazimnya mempunyai taraf kejohanan yang berkualiti tinggi yang disertai oleh atlet-atlet antarabangsa terbaik dan diiktiraf. Kategori inilah yang boleh diberikan insentif yang bersesuaian mengikut penerangan yang diterangkan tadi.
Berkenaan perancangan untuk menjadikan sukan sebagai satu pekerjaan bertaraf profesional, sukan sebenarnya merupakan satu sektor yang boleh menjana ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan. Dari aspek perkembangan atlet kebangsaan, sememangnya kita menyambut baik bagi mereka untuk terus berusaha menjadikan kerjaya sukan sebagai kerjaya profesional.
Setakat ini kita berbangga beberapa atlet dan pasukan telah berjaya mencapai ke tahap profesional atau semi profesional. Sebagai contoh, seorang atlet e-sukan negara telah diimport untuk menyertai pasukan profesional kelab di Malaysia dan seorang lagi pegawai persatuan bola sepak kebangsaan Brunei Darusalam telah diambil bekerja di pejabat Asian Football Confederation berpusat di Kuala Lumpur.
Selain itu, bidang sukan juga terus membuka peluang pekerjaan untuk anak tempatan yang meluas untuk diceburi seperti sains sukan, fisioterapi, strength and conditioning, fitness instructor, kaunseling dan sports nutritionist yang amat mustahak untuk mewujudkan ekosistem kesukanan yang cemerlang.
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga memberikan peluang kepada atlet yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan dengan memberikan peluang untuk mengikuti kursus kejurulatihan atau kursus teknikal sukan. Setakat ini beberapa orang atlet elit telah pun berkhidmat dengan Jabatan Belia dan Sukan dan juga Kementerian Pendidikan sebagai jurulatih sukan seperti sukan wushu, badminton, squash, pencak silat, olahraga dan bowling padang. Dalam profesi Pegawai Teknikal Sukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Beberapa anak tempatan kitani telah diiktiraf seperti sukan bola sepak, seramai 7 orang pengadil bertaraf antarabangsa, sukan renang seorang pegawai teknikal antarabangsa dan beberapa sukan-sukan yang lain.
Untuk mencapai ke tahap professional seorang atlet mesti mempunyai peningkatan pencapaian yang tinggi dan konsisten dan mampu untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, kementerian ini juga telah membuat perbincangan bersama Kementerian Pendidikan untuk meneliti peluang-peluang biasiswa untuk atlet melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dengan hasrat untuk memperkasakan sukan negara di masa kini dan akan datang.
Setakat ini satu biasiswa akademik telah diberikan kepada atlet cemerlang wushu iaitu Basma Lachkar. Di samping itu, biasiswa latihan sukan ditawarkan oleh Badan Sukan Antarabangsa yang boleh membentuk atlet menjadi atlet elit. Sebagai contoh biasiswa daripada world aquatic iaitu Nur Haziq Samil.
Sebagai perancangan masa hadapan, kementerian ini dengan pendekatan senegara juga melihat kepentingan bagi menggembang majukan sektor sukan di negara ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi. Ini sudah setentunya akan diteliti bersama-sama agensi dan kementerian-kementerian lain.
Sekian sahaja yang kaola jelaskan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ dan salam sejahtera. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلlebih dahulu kaola mengucapkan tahniah atas mukadimah daripada Yang Berhormat Dato dengan perancangan Kementerian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Semoga apa-apa yang dirancangkan akan mencapai kesempurnaan yang diharapkan. ان شاء هللا.
Kaola ada satu cadangan walaupun sebenarnya kaola ada 3 cadangan dalam perbincangan ini namun sebagai menyahut seruan Yang Berhormat Pengerusi maka selebihnya ان شاء هللاkaola bawakan semasa muzakarah ataupun perjumpaan-perjumpaan lain ان شاء هللا.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل pihak kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan telahpun berbelanja besar di dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sukan yang serba lengkap di Negara Brunei Darussalam. Ini tidak terkecuali di Daerah Temburong dapat menikmati kemudahan yang sama apabila terbinanya Kompleks Sukan Batu Apoi.
Dalam pada itu kaola juga melihat pada skop yang lebih luas dengan pemikiran ke arah mentransformasikan bangunan dan kemudahan kepada kompleks sukan pelbagai guna (multipurpose sport complex) yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat bukan sahaja untuk aktiviti sukan tetapi juga untuk aktiviti kemasyarakatan, sosio ekonomi dan riadah. Seperti gelanggang futsal yang terbuka boleh sahaja dimanfaatkan untuk pameran, jualan, baazar apabila ia dibina atau disediakan bumbung atau atap.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar kaedah mentrasformasikan bangunan-bangunan dan kemudahan sukan sedia ada kepada pelbagai guna dapat difikir-fikirkan agar ia dapat digunakan oleh masyarakat secara meluas. Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato. Sekian terima kasih سال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه وباهلل التوفيق والهداية ###
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم هللا الرحمن الرحيم. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan cadangan yang diajukan. Mengenai cadangan penelitian kaedah mentransformasikan bangunan-bangunan dan kemudahan sukan yang sedia ada. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sangatlah menyambut baik cadangan yang dikemukakan.
Sukacita kaola kongsikan pada masa ini semua bangunan dan kemudahan sukan termasuk kawasan-kawasan terbuka boleh digunakan oleh mana-mana pihak bagi aktiviti dan program yang dibenarkan dengan dikenakan mengikut kadar yang ditentukan.
Bagi Peniaga-Peniaga kecil dan Sederhana, kementerian ini juga menyediakan petak-petak berjaja dengan kadar sewa yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi seperti:
Bagi peniaga Small and Medium Enterprise termasuk golongan sasaran ataupun secara individu sebanyak $15.00 bagi peniaga established termasuk syarikat-syarikat franchise seperti Coffee bean dan tea, Jollibee, KFC, PIZZA HUT dan sebagainya sebanyak $50.00 dan bagi food truck $30.00;
Manakala ruang letak kereta dibeberapa buah venue seperti Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Kawasan Lapang Perkampungan Sukan, bekas padang kawat PKBN juga dikenakan kadar bayaran sewa yang minima bagi apa jua penggunaan kegiatan dan aktiviti.
Mengenai cadangan contoh tadi futsal untuk diberi atap untuk dijadikan berbagai guna, kaola ingin mengongsikan saja dari sudut gelanggang futsal memang ianya lebih cenderung dibuat mengikut piawaian antarabangsa kerana pada masa-masa tertentu gelanggang yang sama ini akan digunakan oleh pertandingan-pertandingan sukan futsal. Dan kalau ianya bercanggah dengan piawaian antarabangsa maka gelanggan itu sukar untuk kita menggunakan bagi pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.
Jadi masih tidak mustahil, masih ada gelanggang-gelanggang yang boleh kita gunakan dan ditransformasikan menjadi guna sama. ان شاء هللاcadangan ini akan diteliti lagi cuma dengan mengambil kira gelanggang-gelanggang sukan tertentu sememangnya ditetapkan untuk menjalankan pertandingan-pertandingan yang selaras dengan keperluan pertandingan-pertandingan antarabangsa. Itu sahaja yang dapat kaola jelaskan.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan pula Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ dan salam sejahtera. Terus saja soalannya Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola suka tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan Kaola Yang Berhormat Awang Haji Abdul Aziz berkenaan dengan SKN. Skim bantuan pendidikan kepada anak-anak yatim dan anak-anak dikalangan keluarga daif. Kaola difahamkan bantuan bagi anak-anak yatim adalah sebanyak $70.00, sementara itu anak-anak warga miskin atau daif adalah sebanyak $200.00. Bantuan-bantuan ini disalurkan dalam bentuk kupon pembelian dan kewangan. Betulkan jika Kaola salah.
Kaola melihat daripada sudut yang lain berhubungkait dengan situasi semasa dan realiti sebenarnya iaitu keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini termasuklah kelengkapan pesekolahan yang memberikan kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Adalah tidak semua golongan anak-anak yatim ini dikategorikan senang tetapi ada di antaranya menghadapi penderitaan hidup apabila seorang ibu tunggal berpendapatan rendah menyara anak yang berjumlah 3 hingga ke 8 orang untuk meneruskan hidup. Sehubungan dengan ini, Kaola mencadangkan agar bantuan Pendidikan bagi anak-anak yatim ini dapat diteliti dengan sewajarnya dengan mengambil kira pernyataan yang Kaola nyatakan tadi.; dan
Seterusnya Kaola menyentuh Tajuk SL05A - Pusat Sejarah iaitu berkaitan dengan tapak-tapak arkiologi dan bersejarah di Negara Brunei Darussalam. Untuk rujukan Kaola ingin tahu apakah ada tapak-tapak arkiologi yang bersejarah yang baharu telah ditemui di sekali ini dan apakah usaha-usaha dan inisiatif bagi memelihara tempat-tempat bersejarah ini.
Apakah ada direkodkan kesalahan-kesalahan yang melibatkan penjualan atau penyimpanan barang-barang artefact atau arkeologi yang bernilai tinggi di Negara Brunei Darussalam? Apakah menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk menyimpan atau menjual artefact lama yang ditemui di kawasan tanah milik persendirian.
Kaola turut menyokong saranan rakan Kaola Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan berkenaan dengan 7 puak jati Brunei ke arah memperkasakan bahasa. Sehubungan dengan ini, turut mencadangkan agar usaha-usaha untuk memperkenalkan kebudayaan dan warisan 7 puak jati Brunei seperti makanan, musik tradisional, tarian dan pakaian tradisional serta kraftangan, dan pembuatan gendang tradisi seperti kayu sedaman, dombak, gambus, ketaci perlu diperluaskan kepada masyarakat kita khususnya belia-belia melalui penganjuran acara-acara dan festival kebudayaan, bengkel-bengkel dan pameran agar ia tetap hidup, subur sepanjang zaman seperti kata pepatah “Inda luntur terkena hujan, tidak lakap terkena panas”. Mohon pencerahan Yang Berhormat.
Sekian, terima kasih. والسَّالم عليكم ورحمة الله وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم الله الرحمن الرحيم. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman atas soalan-soalan dan cadangan yang diajukan.
Mengenai cadangan penelitian bantuan pendidikan bagi anak-anak yatim. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui JAPEM, menyambut baik cadangan mengenai pemberian bantuan pendidikan kepada anak-anak yatim berkenaan.
Setakat ini bantuan kebajikan bulanan secara amnya dan elaun pelajaran adalah berjumlah $65.00 sebulan atau elaun sara hidup adalah berjumlah $200.00 untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun. Ianya tidak hanya dikhususkan kepada anak-anak yatim sahaja, ianya adalah bantuan umum yang diberikan kepada kanak-kanak yang di bawah tanggungan keluarga, ibu bapa, penjaga yang berkehidupan susah dan berpendapatan rendah yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat tertentu.
Bantuan atau derma yang khusus bagi anak-anak yatim yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) tidak terhad kepada yang berkehidupan susah sahaja, hanya diserahkan semasa Majlis Penyerahan Derma bagi Anak-Anak Yatim melalui Tambung Derma Anak Yatim Kebangsaan iaitu di bawah kawalan JAPEM. Derma berkenaan bagi membantu persiapan anak-anak yatim semasa bulan Ramadhan dan menjelang Sambutan Hari Raya.
Selain itu sejak 2022, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah memulakan program biasiswa bagi anak yatim yang mana setiap tahun 2 orang anak yatim yang terdiri daripada penerima bantuan bulanan mengikut terma dan syarat kelayakan, akan ditaja untuk mengikuti Program BIBD ALAF dengan menggunakan dana daripada Tabung Anak Yatim berkenaan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk melihat pelajar-pelajar yang mengikuti Program BIBD ALAF akan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang dapat membantu dan meningkatkan lagi taraf kehidupan keluarga mereka dan terkeluar dari jaringan kemiskinan.
Mengenai tapak-tapak arkeologi dan bersejarah yang baru ditemui dan usaha-usaha memelihara tempat-tempat bersejarah, setakat ini belum ada penemuan tapak-tapak bersejarah, makam-makam dan batu nisan Kesultanan Brunei yang terbaharu. Walau bagaimanapun, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Jabatan Muzium-Muzium secara berterusan telah melaksanakan penyelidikan, pengkajian dan penelitian mengenainya yang dijadikan sebagai nilai tambah terhadap pembuktian pensejarahan Kesultanan Brunei.
Usaha-usaha ini turut melibatkan kerjasama dengan Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pihak-pihak yang berkepentingan. Pusat Sejarah Brunei telah melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan bagi menjadikan makam, batu nisan dan tapak-tapak bersejarah sebagai sumber bahan penyelidikan sejarah dan warisan budaya.
Sehingga kini sebanyak 9 kerja-kerja pemuliharaan dan pembisaian ke atas tapak-tapak Makam Sultan-Sultan Brunei dan satu tapak bersejarah. Selain pemeliharaan dan kerja pemuliharaan dalam bentuk fizikal, Pusat Sejarah Brunei telah membuat pemeliharaan dalam bentuk pendokumentasian melalui penerbitan buku bagi tapak-tapak bersejarah untuk rujukan dan kajian orang ramai.
Jabatan Muzium-Muzium melalui Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam telah mewartakan sebanyak 27 monument dan bangunan-bangunan bersejarah yang terdiri daripada 15 buah monument bersejarah, 12 Makam-Makam Diraja di seluruh negara dan ini termasuk 3 buah tapak arkeologi iaitu Tapak Sungai Limau Manis, Tapak Industri Getak Labu Estet dan Tapak Lombong Arang Batu. Sebanyak 8 buah tapak arkeologi direkodkan sepanjang 5 tahun kebelakangan seperti Kampung Bukit Kandol, Kampung Kiudang, Sungai Brunei, Kampung Kasat dan Kampung Katimahar. Ini kerana kerja-kerja penyelidikan ditumpukan kepada monument dan bangunan bersejarah di Negara Brunei Darussalam yang juga termasuk dalam pemeliharaan di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam.
Namun, Jabatan Muzium-Muzium akan terus melaksanakan penyelidikan ke atas tapak-tapak arkeologi dan bangunan bersejarah di seluruh negara. Penyelidikan secara berterusan telah dijalankan ke atas tapak-tapak arkeologi yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dan sejumlah lebih 100 buah tapak arkeologi telah direkodkan di keempat-empat buah daerah.
Projek-projek membaik pulih dan menaik taraf bukan saja bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan monument dan tapak-tapak seperti menaik taraf rumah lama Pengawai Daerah Belait dinaik taraf menjadi Muzium Daerah Belait yang telah dilaksanakan pada tahun 2016, Tapak Kota Batu dinaik taraf menjadi Taman Arkeologi Kota Batu dilaksanakan pada tahun 2015 dan Bangunan Lama Kastam dan Eksais Diraja yang baru-baru ini dinaik taraf menjadi Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja pada tahun 2022 sebagai menjadi tempat-tempat ini sebagai tempat tarikan pelancong. Manakala kerjasama berterusan bersama Pusat Sejarah Brunei dalam memastikan pemeliharaan Makam-Makam Diraja.
Berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang melibatkan penjualan dan penyeludupan barang-barang artefact dan arkeologi, setakat ini hanya satu kes direkodkan yang melibatkan penyeludupan barang-barang artefact dan arkeologi di Negara Brunei Darussalam iaitu pada tahun 2002.
Jabatan Muzium-Muzium Brunei bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai keutamaan yang tinggi dalam melindungi dan memelihara warisan negara dan juga bekerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Peguam Negara bagi melindungi barang-barang yang bersejarah.
Pengimportan barang-barang bersejarah ke negara ini semakin meningkat dari satu permohonan pada tahun 2009 dan pada tahun 2022 sebanyak 1,436 bahan yang telah dipohonkan.
Jabatan Muzium-Muzium Brunei telah mengambil beberapa inisiatif bagi menjaga warisan budaya seperti mengajurkan ceramah kepada sekolah dan agensi kerajaan, mengadakan jerayawara dan menyebarkan poster telah meningkatkan kesedaran orang ramai dengan ketara tentang kesan negatif aktiviti pemerdagangan haram dan penyeludupan. Pada peringkat ASEAN, menerusi Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab mengenai kebudayaan dan kesenian, beberapa deklarasi telah dipersetujui antaranya termasuk persetujuan bagi sama-sama mengawal pemerdagangan haram antiquity dan barang bersejarah.
Manakala di peringkat antarabangsa, dengan Negara Brunei Darussalam menandatangani Konvensyen UNESCO mengenai Penjagaan Warisan Budaya Dunia pada tahun 2011, pengawalan pemerdagangan haram antiquity dan barang bersejarah telah dipersetujui bersama.
Mengenai kesalahan orang ramai yang menyimpan, menjual artefact-artefact lama yang ditemui di kawasan tanah milik persendirian. Di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, telah memperuntukkan beberapa perkara dalam Bahagian 2, Seksyen 3 dan Bahagian 9, Seksyen 37 iaitu tiap-tiap bahan purba yang dijumpai di Negara Brunei Darussalam adalah menjadi hak mutlak kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Semua bahan yang ditemui sama ada di atas tanah atau terpendam dalam tanah atau terpendam di dasar sungai, tasik atau laut. Sesiapa yang melanggar akta tersebut boleh dikenakan hukuman penjara setahun dan denda $3,000.00. Bahagian 9 Seksyen 37 (1) semakan pada tahun 2022.
Tidak seorang pun dibenarkan untuk berniaga bahan-bahan purba kecuali mendapat kelulusan dan kebenaran lesen perniagaan daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sesiapa yang melanggar akta tersebut boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan dan denda $2,000.00. Rujukannya adalah Bahagian 9, Seksyen 37 (7) semakan tahun 2022. Jadi itu sahaja yang dapat kaola sampaikan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ َٰم ِن الرحْ يم ِبس ِْم ه ُهللا وبركاتُه dan salam sejahtera. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas pembentangan peruntukan khas KKBS 2023/2024 yang comprehensive mengenai pencapaian dan hala tuju kementerian serta pelan-pelan tindakan dan mengambil baik saranan Yang Berhormat Pengerusi, kaola terus sahaja kepada perkara yang kaola ingin timbulkan.
Pertama mengenai dengan muzium-muzium. Kaola merujuk pada Tajuk SL04A – Jabatan Muzium-Muzium iaitu unjuran jumlah pengunjung ke muzium-muzium dari 12,149 di Tahun Kewangan 2021 dan 2022 kepada 120,000 bagi tahun 2022 dan 2023. Bagi kaola ialah lonjakan yang besar.
Kaola ingin mengetahui sama ada lonjakan ini dijangka datangnya daripada pelajar sekolah dan institusi pendidikan atau pelancong yang dijangka akan datang ke Negara Brunei Darussalam sama ada pelancong dari dalam mahupun dari luar.
Walau bagaimanapun, kaola menyarankan agar muzium-muzium kita secara berterusan dinaikkan taraf dengan pengisian yang bersesuaian supaya menarik pengunjung-pengunjung lagi.
Seterusnya kaola ingin beralih kepada tajuk yang kedua Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola timbulkan ialah mengenai dengan daftar Registry of Children and Young Persons in Need of Protection (RCYPNP).
Soalan kaola adakah kanak-kanak yang masuk dalam daftar ini mereka-mereka yang sudah dianiaya atau yang menjadi kes sama ada kes polis, kes mahkamah atau pun kes hospital. Kaola lebih cenderung kalau kes kanak-kanak dianiaya ini dapat dikesan awal sebelum berlaku.
Kaola mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat mengesan awal atau early detection kanak-kanak mangsa dera, aniaya dan sebagainya dan memberi bantuan nasihat sebelum keadaan menjadi buruk atau melapornya kepada pihak berkuasa.
Jika kes ini sudah berlaku atau kanak-kanak itu sudah dianiaya, diseksa atau pun didera oleh mana-mana pihak atau pun dari keluarga sendiri, kemudian baru sampai ke bantuan pihak kementerian. Bagaimanakah kita akan mengelakkan kejadian-kejadian seperti ini untuk berlaku. Setentunya kanak-kanak yang berkenaan akan merasa trauma mungkin seumur hidup mereka.
Seterusnya kaola ingin menyentuh mengenai dengan persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan, NGO’s yang ada di negara ini yang ditubuhkan bagi membantu orang kelainan upaya dan orang-orang istimewa. Badan-badan yang kaola maksudkan ialah seperti SMARTER, PAPDA, KACA Learning Ladder, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan lain-lain. Pelan tindakan orang kelainan upaya yang dikaji semula sejak tahun 2021 akan dibukukan pada tahun ini.
Kaola ingin bertanya sejauh mana kementerian bekerja rapat dengan badan-badan ini dan mengetahui akan perjalanan dan masalah yang mereka hadapi. Masalah dari segi kemampuan badan itu meneruskan kerja-kerja mereka, masalah kewangan dan mendapatkan pakar, masalah khidmat nasihat dan sebagainya.
Ini bagi mengelak badan-badan dan persatuan ini berhenti dari memberi khidmat mereka jika mereka berdepan dengan masalah seperti kewangan dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam kehidupan ahli-ahlinya dan sokongan dari pihak kerajaan dan orang ramai adalah berupa oksigen kepada mereka.
Seterusnya dalam mukadimah Yang Berhormat, ada menyebut mengenai warga emas. Kaola ingin bertanya di sini mengenai dengan pelan tindakan warga emas. Apakah yang dimaksudkan dengan warga emas yang berjaya.
Adakah masalah warga emas yang kitani ketahui sudah dikenal pasti seperti masalah kesihatan, masalah kewangan yang warga emas kebanyakan hidup dengan pencen sejumlah $250.00 sahaja misalannya. Tetapi masih mempunyai tanggungan.
Masalah perumahan, masalah kesepian atau pun kemurungan. Masalah memelihara cucu misalnya yang yatim piatu dan lain-lain lagi. Bagaimana boleh kita membantu warga emas yang sedemikian ini menghadapi masalah-masalah ini dan menjadikan mereka warga emas yang berjaya.
Akhir sekali kaola beralih kepada di bawah Tajuk SL05A – Pusat Sejarah. Salah satu objektif program Pusat Sejarah ialah memasyarakatkan sejarah. Kalau betul fahaman kaola ia bermakna agar sejarah Brunei diketahui masyarakat di negara ini.
Kaola menyambut baik tujuan program ini kerana sejarah kita harus diketahui masyarakat umum. Tetapi kaola memohon pencerahan bagaimana Pusat Sejarah memasyarakatkan sejarah. Kita terdapat kelab sejarah yang boleh dijadikan rakan strategik misalannya.
Adakah wujud kerjasama atas antara Pusat Sejarah dengan kelab sejarah dan institusi-institusi pendidikan untuk membantu memasyarakatkan sejarah di negara ini. Kerana kaola berpendapat tidak banyak orang yang mengetahui sejarah Brunei yang dulu-dulu itu dan kemungkinan kalau diadakan bengkel-bengkel atau pun diadakan ceramah-ceramah dari masa ke masa bagi yang meminati sejarah ini mungkin ada peluang untuk orang ramai mengetahuinya.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi yang akan kaola sampaikan. Banyak isu yang kaola catat di sini telah pun ditimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Terima kasih. والسَّالم عليكم ورحمةُ الله وبركاتُه. وباهلل التوفيق والهداية.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat di atas soalan dan cadangan yang diberikan.
Cuma sebelum itu, Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menyentuh satu isu yang tadi ditimbulkan oleh Yang Berhormat mengenai dengan cadangan untuk tujuh puak jati Brunei bagi usaha- usaha penghasilan diteruskan khusus kepada belia-belia kitani.
Memang saranan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini adalah satu perkara yang sama dengan pemikiran dan hala tuju Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ان شاء الله perkara ini akan diteruskan untuk menaikan lagi, memprofilekan 7 puak jati Brunei termasuk dari segi penghasilan pakaian seragam dan juga peralatan tradisi muzik yang matlamatnya adalah mengelakkan daripada pupusnya peralatan muzik yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan. Ini sudah tentu merupakan cadangan yang baik dan ان شاء الله akan diteruskan dengan kerjasama berbagai pihak nanti.
Kemudian saya berbalik kepada soalan yang ditimbulkan oleh ### Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Mengenai muzium-muzium. Cadangan supaya muzium-muzium dinaik taraf dengan pengisian yang bersesuaian untuk menarik pengunjung dan juga mengenai dengan unjuran sama ada 120,000 pengunjung bagi tahun 2022/2023 terdiri daripada anak-anak sekolah ataupun pelancong dari luar negara.
Kaola pada masa tidak ada maklumat terperinci mengenai perkara ini tetapi apa yang jelas, jumlah pengunjung ini adalah terkesan oleh wabak COVID-19. Ertinya sewaktu unjuran ini dibuat, besar kemungkinan ianya dibuat sebelum wabak COVID-19. Bagaimanapun saya akan nanti kembali mengenai dengan isu ini untuk mencari penjelasan yang lebih tepat mengenai perkara ini.
Mengenai dengan muzium dinaik taraf, memang pada masa ini muzium-muzium yang ada di Brunei Darussalam sedang dinaik taraf, baik dari segi fizikal muzium-muzium mahupun dari segi bahan-bahan inti koleksi yang dipamerkan di muzium-muzium tersebut. Sudah tertentunya ianya diteliti dari segi kesesuaiannya bagi bahan-bahan tersebut untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Berkenaan dengan kanak-kanak yang masuk dalam daftar, adakah mereka yang sudah dianiaya sama ada kes polis ataupun kes hospital. Sebenarnya jumlah kanak-kanak ini adalah termasuk kes yang berdaftar di JAPEM dan perkara ini memang pada lazimnya kanak-kanak yang dianiaya ini berdaftar di hospital kes hospital dan juga kes polis bagi mana-mana kes yang menepati keperluan.
Bagaimana untuk mengelakkan perkara ni berlaku. Sebenarnya bagi mengelakkan perkara-perkara ini berlaku, pendekatan senegara sangat-sangat diperlukan bukan sahaja di antara kementerian-kementerian dan agensi kerajaan tetapi juga dengan institusi-institusi akar umbi, jiran-jiran, masyarakat kampung di mana kebanyakan kes-kes penderaan ini terjadi di dalam rumah dan orang yang paling hampir sekali dengan mangsa ini adalah orang-orang di sekeliling rumah, di sekeliling keluarga dan juga persekitaran sekolah sama ada teman-teman rapat sekolah mahupun guru-guru.
Kaola juga ikut turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah dapat membantu anak-anak ini dari segi pengenalpastian awal bahawa kanak-kanak ini sungguhnya mangsa dera. Apa yang berlaku, sebahagian besar daripada kes-kes dera ini didapati daripada laporan daripada guru-guru sekolah dan ini sudah setentunya amat dihargai dan dari sinilah tindakan-tindakan awal dapat diambil bagi mengatasi perkara-perkara dan masalah serupa ini.
Mengenai persatuan dan NGO’s yang ditubuhkan untuk membantu OKU dan orang istimewa seperti SMARTER, Persatuan Orang-Orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota (PAPDA), Pusat Ehsan dan Learning Ladder terutama sekali berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan-persatuan ini. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui pihak JAPEM dan juga jabatan-jabatan yang berkenaan sememangnya bekerjasama rapat dengan pihak-pihak ini.
Kebanyakkan kerjasama itu di belakang tabir di mana perhubungan terus diadakan untuk mengatasi apa juga masalah yang dihadapi oleh persatuan-persatuan terutama sekali persatuan yang menjalankan pendidikan membantu anak-anak OKU dan orang istimewa. Kita akan meneruskan kerjasama dan bantuan ini dan ianya ن شاء هللا secara peringkat-peringkat akan dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.
Mengenai dengan warga emas sama ada warga emas yang berjaya itu ditakrifkan termasuklah dari sudut kewangan, kemurungan, masalah memelihara cucu dan bagaimana kita dapat menolong warga emas ini terutama sekali warga emas yang menjaga anak-anak ataupun cucu-cucu yang berupa anak yatim.
Sebenarnya bantuan-bantuan mengenai kos menjaga cucu dan anak-anak yatim ini, sememangnya disalurkan melalui berbagai-bagai kemudahan bantuan dan ianya tidak menjurus khususnya bantuan kepada warga emas.
Bagi warga emas yang berjaya, saya bersetuju sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah merangkumi satu perkara yang luas termasuk dari segi kewangan, kemurungan, segi kesihatan, perumahan, kesepian dan sebagainya.
Untuk melihat warga emas yang berjaya dari segi mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Kemasyarakatan memang mengalukan penyertaan warga emas dalam persatuan kegiatan warga emas kerana dengan penyertaan dalam kegiatan warga emas ini ianya sedikit banyak dapat membantu pihak warga emas mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.; dan
Memasyarakatkan sejarah. Seperti yang pernah kaola jelaskan, Pusat Sejarah ada melaksanakan beberapa program di antara program-program dan yang paling bermakna adalah kerjasama di antara Pusat Sejarah dengan Kelab Sejarah. Kelab Sejarah di Brunei Darussalam umpamanya PESEBAR dan juga bekerjasama dengan institusi pendidikan.
Ini adalah salah satu program kerjasama untuk memasyarakatan sejarah di samping program-program yang disusun dan diatur oleh Pusat Sejarah sendiri untuk memberigakan bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sejarah di negara ini.
Sekian sahaja yang dapat kaola jelaskan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا
Salam dan selawat kepada junjungan kita نبي محمد صل هللا عليه وسالم kerabat keluarga dan sahabat-sahabatnya yang jujur lagi taat setia hingga akhir zaman.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, diberikan kesempatan untuk membuat sumbangan dalam perbincangan ini dan mengambil baik saranan Yang Berhormat Pengerusi, kaola teruskan kepada isu-isu dan cadangan.
Isu pertama di bawah Tajuk - SL01A dan Tajuk SL03A iaitu berkenaan dengan strategi sukan negara, iaitu tunjuk arah dan action planner. Pohon berigakan supaya boleh dibantu untuk mencapainya. Kitani akur bahawa sukan adalah satu-satunya aktiviti sihat sama ada dilakukan persendirian, berkumpulan kecil atau berkumpulan besar (mass crowd) boleh meningkatkan rasa jati diri, melatih berdisiplin, membentuk daya tahan (resilience), memupuk daya kawan (team spirit) dan daya lawan (competitive spirit) yang sihat sambil saling hormat-menghormati pihak lawan dalam situasi harmoni dan selamat dalam gelanggang arena bersukan sama ada bersukan di peringkat kampung, peringkat sekolah, dalam negeri atau pentas antarabangsa.
Bersukan telah diakui boleh menaikkan taraf rasa kecintaan kepada negara, patriotik dan nasionalisme (national pride). Kaola ingat pada satu ketika semasa kaola dengan keluarga menghadiri perlawanan bola sepak ’Sultan Hassanal Bolkiah HBT Cup’ kaola ’kambang bulu’ dan penuh rasa bangga apabila seluruh stadium hampir seramai 25,000 penonton secara spontan menyanyikan lagu kebangsaan negara tanpa rencana, tanpa diplanned dan tanpa rehearsal dan mungkin inilah yang meniupkan semangat jati kepada pemain-pemain bola sepak negara pada ketika itu dapat mengalahkan top team dan favourite pada masa itu dan team bola sepak negara juara piala HBT pada masa itu, pada tahun itu.
Bersukan bukan sahaja membawa nilai baik yang kaola katakan seperti juga pernah dihujahkan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menjawab soalan Ahli Berhormat yang lain, tetapi juga boleh menjadi ’tanda sukat’ kesihatan individu dan negara.
Sebagaimana kita maklum sebahagian besar kategori rakyat berada di dalam kategori obese dan overweight memandangkan statistik negara lebih 35 ke 40% anak kitani yang berumur 13 hingga ke 17 tahun adalah dalam kategori obese atau overweight dan statistik negara 60% rakyat kitani termasuk kaola dalam kategori obese dan overweight.
Bersukan secara berterusan boleh membantu memantau statistik yang negatif ini. Justeru itu ada banyak inisiatif yang telah diungkayahkan untuk memperbanyakkan aktiviti berkumpulan seperti aktiviti Bandarku Ceria dan 30 Billion Kilometer Walksemata-mata mempromosikan healthy lifestyle melalui sukan.
Strategi ketiga kementerian menyediakan peruntukan $16.6 juta untuk mengukuhkan ekosistem sukan yang inklusif dan cemerlang yang memfokuskan kepada sukan berprestasi tinggi, berpotensi meraih pingat contohnya seperti wushu dan silat.
Cadangan:
Kaola pohon berigakan juga strategi-strategi sukan negara dan action plannya dengan whole of nation approach melibatkan atlet, wakil persatuan sukan, ahli korporat, business entity dan orang awam bagaimana akan dapat untuk membantu kementerian untuk meluasmajukan sukan-sukan negara yang lain sama ada bantu able-bodied athletes atau atlet berkeperluan khas dari peringkat akar umbi (grass roots) ke peringkat persekolahan, untuk naik ke peringkat pengajian tinggi, kemudian ke peringkat belia dan junior agar dapat menambahkan lebih banyak lagi ahli-ahli sukan. Di antara sukan-sukan pilihan untuk dibantu, untuk dibimbing mendapat pingat selain daripada sukan wushu dan silat.;
Sebagaimana kita maklum untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa, menyaingi negara-negara di peringkat serantau yang telahpun mempunyai strategi-strategi sendiri yang sudah mantap, memperkayakan sukan. Kaola saya berpendapat investment dan komitmen ini pula dilaburkan sekarang dan berterusan jika kita mahu meraih kejayaan di masa akan datang. Seperti dalam mukadimah kaola di awal tadi, moga-moga meraih pingat bukan sahaja sebagai tanda pengukur kejayaan negara dalam memajukan sukan dalam negara dan menghantar atlet ke luar negara.;
Kitani akur dengan penduduk yang kecil yang mempunyai prioriti kita sendiri. Setentunya ’kitani’ mempunyai cabaran untuk memberikan saingan di peringkat antarabangsa tetapi apa boleh buat sebagai ahli global sporting community ’kitani’ mesti menghantar wakil negara di dalam sukan antarabangsa di bawah naungan Olympic Consul seperti Olympic Games, Asian Games, Commonwealth Games, SEA Games, Paralympic dan sebandingnya dan begitu juga perlawanan bola sepak yang di bawah naungan FIFA ataupun ASEAN Football Federation.
Kitani akur dengan undang-undang dalam Olympic atau FIFA kalau Brunei Darussalam tidak menghantar wakil atas sebab-sebab yang dibenarkan, malangnya tiada peluang meraih pingat atau takut kalah teruk, bukan kriteria yang boleh sebagai alasan tidak mahu menghantar perwakilan. Mungkin keanggotaan Brunei dalam global sports community akan dipersoalkan dan boleh sahaja keanggotaan negara disingkirkan kerana tidak mahu menghantar perwakilan berulang-ulang.
Soalannya, bagaimana kementerian boleh membantu agar persatuan-persatuan yang bergabung dengan global sports body dapat dibantu, didukung untuk mewakili negara walaupun kitani tahu prestasi untuk mendapat pingat belum dapat dicapai? Lebih-lebih lagi sukan yang banyak peminat dan penyokong seperti bola sepak, hoki, netball dan seumpamanya. Cadangan keempat.
Kementerian ketika ini tidak punya petunjuk prestasi negara dalam sukan. Mohon pertimbangan agar Jabatan Belia dan Sukan untuk menampilkan petunjuk-prestasi utama yang bersesuaian mengukur kemajuan sukan dalam negara dalam jangka pendek dan target masa panjang.
Isu kaola kedua. 004-000 Pembangunan Sukan. Menjadikan host sukan prestasi antarabangsa. Matlamat baik kementerian untuk menyediakan prasarana sukan untuk menjadi host sukan antarabangsa perlu disokong padu bukan sahaja di peringkat kementerian tetapi juga di badan-badan business dan juga korporat. Kali terakhir negara menjadi tuan rumah sukan negara scale berprestasi antarabangsa ialah Sukan SEA pada tahun 1999 di mana prestasi negara dalam sukan tahun itu yang terbaik pernah dicapai setakat ini dengan 4 ’emas’, 12 ’perak’ dan 31 ’gangsa’ (47 pingat). Semenjak itu negara telah menarik diri tidak ’meyanggupi’ menjadi tuan rumah apabila giliran negara tiba waktu itu Sukan SEA 2019. Kitani telah menarik diri pada tahun 2015 dan dalam tahun 2021 yang lalu negara telah mengumumkan tidak berkesanggupan sekali lagi apabila giliran negara untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027. Kutipan pingat dalam sukan-sukan SEA pun menurun tidak sehebat prestasi atlet negara pada Sukan SEA tahun 1999.
Cadangan 1. Kita akur menjadi host sukan berprestasi berperingkat antarabangsa bukan sahaja memerlukan pandangan dan strategi yang jauh tetapi juga memerlukan persiapan yang panjang lagi mantap dan memerlukan kos dalam investment, dalam tenaga dan perbelanjaan untuk menyediakan infrastruktur dan atelit.
Kaola berharap ada penelitian oleh orang yang bijak pandai dalam kementerian merangka plan strategi jangka panjang bagaimana negara dapat menyahut cabaran menjadi hos sukan berprestasi ini, sehebat kita menjadi hos pada tahun 1999. Kerana ini boleh menjadi membuat warga rakyat ghairah ada arah tuju akan dicapai.
Kaola cadangkan, jika negara menyahut seruan ini membuat rancangan berfasa iaitu:-
- Mengadakan persiapan-persiapan untuk menjadi hos game dari akar umbi.;
- Seterusnya games di peringkat antarabangsa di inter-ASEAN school games kemudian di peringat youth games dan kemudian Borneo games.; dan
- Seterusnya apabila prasarana dan apabila kita sudah capable menjadi hos ke general games.
Dengan itu bukan saja kita menjadikan prasarana secara berfasa kita juga dapat membimbing para atelit negara dari akar umbi dan mereka didedahkan dari awal lagi hingga mencapai prestasi antarabangsa dan juga negara ada berpengalaman menjadi tuan rumah yang matang.
Kaola saya akur cadangan ini akan memulakan komitmen dan strategi pandangan jauh, jadi oleh itu inisiatif jangka panjang ini tidak perlu ditangani oleh Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan sahaja. Sebab ini adalah inisiatif ke negaraan.
Kaola cadangkan untuk kementerian menjemput ahli-ahli koprat, business komuniti yang meraih keuntungan dalam negara untuk sama-sama menyumbangkan sedikit daripada dana mereka di bawah corporate social responsibility project untuk memilih mana-mana sukan yang ingin mereka adopt untuk dibantu dalam memberigakan komitmen ini agar rakyat akan admire menyanjung tinggi tanggung-jawab CSR Corporate dan business entity ini.
Kod SL001000 Pengurusan Dasar. Adakah kejayaan sukan itu ringan. Bersukan secara teratur boleh membantu:-
Menjana ekonomi dalam sports tourisms, menjadi tuan rumah regional sports terutama dalam hosting dalam peringkat akar umbi, belia, peringkat sekolah dan pengajian tinggi Universiti.;
Bersukan dijadikan target sumber pekerjaan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia adalah sebagai sumber alternative source of vible employement. Bukan sahaja sebagai ahli sukan atlet tapi juga sebagai support staff, menjadi couch yang diiktiraf, pengurus medical support team dan sebagainya.;
Menolong Micro, Small and Medium Enterprise ‘berdagang’ kecil-kecilan semasa ada perlawanan antarabangsa. Pembekal-pembekal souvenir dan pakaian bagi menyokong untuk menyambut peyokong setia, industry sport apparel.; dan
Tempat penginapan dan logistic support semasa menjadi hos sukan antarabangsa. Kaola berharapan penuh mengharapkan marathon antarabangsa dapat difikirkan melalui Jambatan Sultan Omar Ali Saifuddien, di antara Bandar Seri Begawan dan berakhir di Temburong. Dimasukkan dalam calendar sukan antarbangsa yang berprestasi tinggi.
Kaola ada 1 cadangan, bantu jangan tutup peluang dalam Bahasa Inggerisnya, mohon izin “if you cannot be a supporter be a facilitator, if you cannot facilitate do not be a blocker”. Kaola syorkan kementerian memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat isu ke 3. Kalau kementerian tidak dapat membantu terus (support) usahakan menjadi untuk mencari bantuan, be the facilitator, dan jika tidak dapat membantu mohon jangan jadi penghalang, don’t be a blocker.
Personal interest declaration. Kaola sangat teruja mendengar jawapan-jawapan yang telah di jawab oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Kaola ialah Naib Yang Di-Pertua Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam, (FABD) iaitu Persatuan Induk Bola Sepak yang berjuang, berusaha the keyword is cuba berusaha menaikkan taraf bola sepak dalam negara.
Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pun mengetahui banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh FABD dan kelab-kelab bola sepak dalam negeri untuk hidup survival.
Sambil meyahut cabaran-cabaran untuk menyediakan pemain-pemain bola sepak untuk menaiktarafkan martabat bola sepak. Bola sepak sukan yang paling popular dalam negara. Lain dari sangkaan awam. Authory the public opinion bola sepak di negara kita masih tahap recreational sport iaitu sukan riadah.
Walaupun kita ada liga dan ramai pemain kelab didaftarkan tapi hanya segelintir kecil pemain bola sepak kita bertaraf amateur dan mungkin ada 2 atau 3 orang anak Brunei kita dalam satu musim berstatu profesional. Bermain bola sepak sepenuh masa di luar negara لِل ْ ّ َ ّ ُال َح ْمد.
Tapi rata-rata pemain dan kelab adalah recreational footballers. Jika ada massa lapang, ada games baru kan turun padang. Berlatih dan kick ball pandai sendirian dan kalau terdapat padang kosong ada team baru kan berlawan, baru buat team untuk bermain.
Hanya ada sedikit pemain bola sepak kita yang didikasi yang membuat latihan berterusan dipantau, dikelinga dengan pelatih yang bertauliah agar siap siaga dan fit untuk main bertanding apabila dijemput mewakili negara.
FABD cuba membuat perubahan mentaliti dan konsep ini dengan mengadakan liga-liga bola sepak dan membantu kelab-kelab dengan pengurusan yang teratur dan mempunyai ciri-ciri pembangunan melatih team development dari (grass root) hingga kesenior squad untuk menambah panel full pemain atlet negara.
Pembangunan bola sepak negara terbantut satu generasi, tiada perkembangan. Walhal negara lain berkembang pesat memajukan perkembangan bola sepak menyedari sukan ini sukan yang paling popular bukan sahaja menaikan national pride juga menjana economic growth. Sebab Itu kalau kita lihat, terlalu sedikit kanak-kanak kitani lihat bermain bola sepak di jalan raya pada masa ini.
Jadi, kitani tidak boleh terkejut dan hairan apabila squad senior negara tidak menyerlah apabila kitani bermain di luar negara. Sehingga team negara yang pernah kita kalahkan dahulu sekarang sudah dapat membelasah team Negara Brunei Darussalam, ‘aduh’.
Bola sepak perlu ada hala tuju yang berbeza dan perlu banyak bantuan dari semua agensi kerajaan. Jika kita mahu team senior negara kita tidak lagi dibelasah di peringkat antarabangsa.
Kita tidak dapat melakukan yang selalu kita lakukan business as usual jika mengharapkan peningkatan dan tidak menghantar perwakilan ke luar negara pemain muda untuk pendedahan, tidak akan menolong menaikkan prestasi team yang hanya akan berkembang sebagai ’jaguh kampungan’ sahaja.
Jadi inisiatif kelab-kelab bola sepak seperti DPMM FC dan Royal Bees Netball Team yang berani membawa team Negara Brunei Darussalam bermain di gelanggang luar negara perlu mendapat sanjungan dan disokong padu sebab mereka membawa pemain-pemain muda kita pendedahan bermain di luar negara dan menyiapkan diri untuk kebaikan negara bukan setakat menjadi ’jaguh kampungan’.
Seperti mana-mana sukan pun senior squad kita tidak akan cemerlang tanpa pendedahan dan pembangunan awal dan padu dari akar umbi lagi. ا ِْن شاء هللا jika ada komitmen, sokongan padu dan pandangan jauh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ا ِْن شاء هللا sukan bola sepak dan sukan-sukan lain boleh berpotensi mendapat medal.
Tetapi sebab mass pullnya boleh menyokong negara sebagai alternative source of employment dan menjana ekonomi sampingan, pohon bantulah sukan negara yang bukan dikategorikan dapat meraih pingat. Itu sahaja yang dapat kaola kemukakan. هللا تعالى وبركاتُه
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin bertanya kepada menteri yang berkenaan, adakah Yang Berhormat suka untuk menjawab soalan ini sekarang ataupun memerlukan masa untuk meneliti soalan ini, yang mana ditimbulkan dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin yang mana saya percaya telah pun difikirkannya dengan mendalam dan seterusnya saya kira menteri yang berkenaan juga ingin untuk memikirkannya atau pun ‘berunding’ dengan penasihat-penasihat bola sepaknya terutamanya dan sukan umumnya mengenai dengan perkara-perkara yang ditimbulkan ini. Bagaimana?
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Pengerusi.
Cuma kaola mohon untuk menyentuh sedikit sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi.
Kaola mengambil maklum Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin adalah Naib Yang Di-Pertua NFABD iaitu Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam dan sudah setentunya cabaran-cabaran yang dihadapi untuk menyediakan pasukan bola sepak nasional yang mantap amat diketahui oleh Yang Berhormat dan juga sudah setentunya meletakkan Persatuan Bola Sepak Negara sebagai satu rakan strategik kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam mengatur strategi untuk mengembangmajukan sukan bola sepak dan juga sukan-sukan dalam bidang lain.
Kaola sebenarnya sedikit terkilan juga apabila Yang Berhormat ada menyebut ‘be a facilitator, do not be a blocker’ dan kalau tidak dapat menyokong, usahakanlah menjadi pemudahcara. Kalau tidak dibantu, jangan jadi penghalang. Kaola merasa tidak pernah terlintas sedikit pun di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjadi penghalang kepada memajukan sukan di negara ini kerana jika sukan berjaya ia akan jadi satu kredit kepada bukan sahaja kementerian ini tetapi juga kepada semua persatuan-persatuan sukan di Negara Brunei Darussalam.
Jadi ingin kaola memperbetulkan, tidak sekali-kali terlintas di hati dan fikiran warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjadi penghalang untuk mengembangmajukan sukan di Negara Brunei Darussalam.; dan
Secara amnya pernah juga kaola jelaskan di sini strategi sukan ini sememangnya ا ِْن شاء هللاbila tiba masanya akan diberigakan bersama persatuan-persatuan sukan yang lain. Secara ringkasnya ada dua:-
i. Penyediaan prasarana sukan. Prasarana sukan yang sedia ada terdapat keperluan untuk menaik taraf prasarana sukan kerana reka bentuk prasarana sukan yang ada ini pun sememangnya sudah lama dan standard piawaian sukan pada masa ini memanglah sudah mengalami transformasi dari segi peningkatan dari segi pemodenan dan sudah setentunya reka bentuk kita yang dahulu, tidak lagi menepati keperluan prasarana sukan baik dari segi keselamatan dan prasarana lain.; dan
ii. Dari segi program latihan sukan. Apa yang jelas setakat ini, mengendalikan program latihan sukan sahaja tidak mencukupi kerana untuk membentuk satu-satu atlet itu ia memerlukan ketahanan minda atlet. Dari mana kita akan dapat membentuk ketahanan minda ini adalah dari pertandingan dan persaingan sukan, baik di luar mahu pun di dalam negeri. Sudah setentunya apabila menyertai sukan-sukan di luar negara, ia memerlukan kos dan sumber yang terhad.
Jadi salah satu caranya adalah untuk mengadakan pertandingan-pertandingan mahu pun liga-liga dalam sukan-sukan yang tertentu yang dikendalikan di peringkat nasional di negara ini dan sudah setentunya untuk mengendalikan liga-liga seperti ini memerlukan rakan strategik, kerjasama dengan rakan strategik yang ada, mahu pun dari segi persatuan-persatuan sukan yang ada atau pun dari pihak-pihak swasta atau pun syarikat-syarikat yang berkemampuan untuk menjadi penaja atau pun rakan strategi yang ada.
Mungkin di sini kaola berhenti di situ sahaja. Nanti اِْن شاء هللا kaola akan mendapatkan maklumat dari penasihat-penasihat kaola untuk kembali menjawab isu-isu khusus yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Akhirnya saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. Terlebih dahulu, diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas mukadimah yang disampaikan yang begitu jelas dan panjang lebar. Kaola sukacita merujuk Tajuk SL01A Kod 04 iaitu Perkembangan Belia dan Sukan.
Kaola sukacita mencadangkan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membina multi purpose hall atau dewan serbaguna di mukim dan kampung, mungkin dengan kerjasama Jabatan Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan. Pembinaan dewan serbaguna ini dapat digunakan untuk faedah dan kemudahan masyarakat khususnya melibatkan para belia untuk lebih proaktif untuk memajukan aktiviti kampung seperti meningkatkan latihan bersukan misalannya permainan badminton, ping pong, sepak raga, bola jaring, dart dan seni mempertahankan diri dan lain-lain.
Penglibatan belia dalam pembangunan dan aktiviti masyarakat ini secara tidak langsung dapat melatih dan membimbing mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin serta menyesuaikan diri dengan aktiviti kepimpinan secara berkumpulan sesuai untuk melahirkan generasi sebagai pemangkin, pewaris dan peneraju negara di masa hadapan.
Selain itu, dewan serbaguna tersebut juga dapat dijadikan tempat mesyuarat kampung, mengadakan aktiviti sosial yang sihat dan sebagai pejabat atau pusat sehenti penghulu dan ketua kampung berurusan dengan anak buah mereka. Manakala bagi dewan serbaguna yang sudah disediakan di beberapa kampung itu mungkin memerlukan penambahbaikan dari segi infrastruktur dan ditambah dengan fasiliti-fasiliti sukan yang terkini.
Seterusnya kaola ingin merujuk Tajuk SL02A - Dewan Bahasa dan Pustaka. Penyelidikan, dokumentasi dan pengikhtirafan. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola tertarik dengan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” yang bermaksud ciri pengenalan atau identiti bangsa, bahasa melambangkan bagaimana suatu bangsa atau puak itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi.
Dalam hubungan ini, kaola juga merujuk bahawa kita mempunyai puak jati dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan ia merupakan khazanah negara yang patut kita pelihara dan jaga. Bagaimanapun pada zaman sekarang, kita telah menyedari bahawa penggunaan bahasa-bahasa puak jati ini semakin berkurangan dan hampir pupus terutama sekali dalam generasi belia dan anak muda. Inisiatif pihak Kementerian membuat e-kamus dan kamus bercetak untuk melindungi bahasa-bahasa ini adalah tindakan yang baik dan perlu disokong.
Namun, apakah lagi cara yang dapat kita buat secara bersama untuk menguatkan lagi pemeliharaan khazanah negara ini. Bagaimanakah pihak Kementerian, khususnya Bahagian Dewan Bahasa dan Pustaka, bertindak lebih jauh untuk menangani isu masalah bahasa puak jati yang hampir pupus ini.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengambil langkah mendigitalisasikan bahasa-bahasa ini sekurang-kurangnya bahasa ini disimpan di dalam laman sesawang yang dikhaskan untuk kemudahan mengakses dan belajar mengenainya.
Penggunan laman dan orang ramai terutama pencinta dan ahli bahasa dapat bertindak sebagai penyumbang dengan memuat naik sample bahasa di dalam fomat teks, audio pautan dan video menggunakan tagging sistem yang membolehkan kebolehcarian yang mudah.
Selain itu dengan melengkapkan sumber-sumber bahasa dengan kerjasama daripada Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam (UBD) untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa puak ini.
Pakar bahasa dan pengkaji bahasa dapat menyimpan rekod perkataan-perkataan dan frasa yang betul agar masyarakat memperolehi dan mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Dan dapat dijadikan sebagai rujukan yang tepat dan sahih. Perbincangan dan kerjasama untuk berkongsi buah fikiran dari persatuan-persatuan bahasa serantau juga dapat dirancang untuk bertukar pandangan dan berkongsi pendapat untuk melestarikan bahasa-bahasa puak ini.
Terakhir, kesinambungan isu sebentar puak-puak jati yang terdapat di negara ini masing-masing memiliki keunikan dan nilai kesinambungan budaya tersendiri.
Kaola perhatikan terdapat kekurangan daripada orang kitani untuk menghidupkan amalan dan kebudayaan puak jati seperti makan tahun dari puak kedayan yang melibatkan amalan bergotong royong seperti nasi ‘diserakat’; mendadih kelupis dan ‘mengarat’ daging; dan sebagainya.
Pendapat kaola, kebudayaan ini tidak cukup didedahkan dari segi pembelajaran di sekolah-sekolah tapi perlu dipraktikkan dan diamalkan untuk sekurang-kurangnya anak muda dapat merasakan pengalaman dan peristiwa ini.
Sekian sahaja, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Adakah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mahu menjawab soalan itu ataupun bagaimana?
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Yang Berhormat Pengerusi, kalau diizinkan menjawab ringkas sahaja.
Yang Berhormat Pengerusi
Soalan-soalan yang dikemukakan pernah sudah dijawab ataupun diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri terdahulu daripada ini. Sampai kala mana kita berunding mengenai dengan puak jati dan bahasa-bahasa ataupun ciri-ciri kebudayaan puak-puak jati ini sedangkan dalam perlembagaan kita termaktub bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.
Jadi kalau kita mahu membuar-buarkan perkara ini jadi timbul, i suatu hari nanti barangkali kita akan menimbulkan suasana yang … Walau bagaimanapun saya tidak suka untuk turut serta dalam hal ini.
Walaupun saya sendiri mempunyai interest yang banyak mengenai dengan perkara ini sebab saya sendiri juga datang dari salah satu daripada puak yang terdapat di dalam perlembagaan.
Jadi itu bahagian Ahli Yang Berhormat, bahagian saya sekarang. Dengarkan saya, bahagian saya sekarang saya berhadapan dengan Rang Undang-Undang yang berkenaan ini.
Dan saya kira dengan pengakuan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bahawa ia akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan kemungkinannya juga akan menjawab satu atau dua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Maka saya rasa cukup sekian kita berunding dengan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dan saya ingin sekarang perkara ini kita undi. Ada bantahan. Nanti dahulu. Adakah itu merupakan bantahan?
Sekarang saya ingin bertanya kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kita luluskan. Sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, nampaknya semua bersetuju dan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu Tajuk SL01A hingga SL06A diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian kita berbincang pada pagi ini. Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Hari ini, pada petang ini, rombongan yang tertentu akan meninjau sama ada anak bulan ramadan dapat dilihat atau sebaliknya.
Jadi, sebagai persediaan barangkali pada sebelah tengah hari ini kita akan membuat pekerjaan kita dengan lebih cepat lagi supaya kita akan dapat berehat lebih awal daripada biasa.
Tapi walau bagaimanapun kita masih lagi ada satu kementerian iaitu Kementerian Kesihatan yang saya kira perlu kita laksanakan dan saya harap akan dapat diluluskan pada petang ini nanti.
Dengan keadaan itu, saya ingin mencadangkan dahulu supaya persidangan kita ini ditangguhkan untuk kita berehat pada sebelah tengah hari. ان شاء هللا kita akan bersidang semula seperti biasa mulai pada pukul 2.30 petang.
Sekian, علَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. سَلَمْ. وَبِهِلْلِ التَّوْفِيْقِ وَالْهِدَايَةِ
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.