HARI KE-10 PETANG
15HB MAC 2023M - PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka, bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم للاالرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat.Majlis sekarang bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada Mesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan pada sebelah pagitadi, kita telah selesai meluluskan tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Yang Berhormat Pengerusi
بسم للاالرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada Mesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan pada sebelah pagi tadi, kita telah selesai meluluskan tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama danPelancongan.### Yang Berhormat Pengerusi بسم للاالرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat.Majlis sekarang bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada Mesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan pada sebelah pagitadi, kita telah selesai meluluskan tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Walau bagaimanapun, sebelum kita menyambung meneliti dan membahaskan kementerian selanjutnya,saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II ingin mengemukakan kenyataan bagi menjawab soalan-soalan Yang Berhormat Ahli Yang Dilantik pagi tadi.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteridi Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang untuk kaola menyampaikan sedikit jawapan mengenai yang telah diajukan tadi.السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته, selamat petang dan salam sejahtera.
Kaola tidak akan membaca soalan daripada Yang Berhormat yang mana kenyataannya juga panjang dan kaola percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat masih segar dalam ingatan mengenai soalan tersebut dan antara sebahagiannya sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jawapan tambahan daripada kaola adalah menyentuh peranan Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) dalam kawalan penggunaan bahan kimia di industri pertanian.
Dikesempatan ini, kaola ingin mengucapkan terima kasih di atas soalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat awal tadi.
SHENA telah pun mengadakan beberapa perjumpaan dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sejak 2 tahun kebelakangan. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah meningkatkan kesedaran Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat beberapa lawatan pemeriksaan bersama peladang pertanian dan ternakan.
Usaha-usaha ini akan diteruskan oleh kolaborasi yang lebih erat dalam meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan keselamatan di sektor ini. Mengenai penggunaan racun toksik, pada masa ini, tiada peraturan khas yang memfokuskan kepada pengurusan kimia atau bahan-bahan berbahaya.
Walau bagaimanapun, sebahagian daripada isu pengurusan tersebut terkandung di bawah Perintah Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2019 (Hazardous Substance), dimana SHENA menguatkuasakan pelabelan, penggunaan, penyimpanan, pengendalian, pengangkutan bahan kimia toksik di tempat kerja sahaja.
Pada masa ini juga terdapat Akta Racun yang dikuatkuasakan (diselenggarakan) bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Terdapat juga satu inisiatif di peringkat kebangsaan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan penglibatan agensi-agensi yang berkepentingan untuk membangunkan satu peraturan nasional yang holistik mengenai dengan pengendalian bahan kimia.
Pada tahun 2021, SHENA telah mengeluarkan Nota Panduan Industri (Industry Guidance Notes) berhubung dengan penggunaan Personal Protective Equipment (PPE). Antara kandungannya adalah penggunakan alat-alat keselamatan bersesuaian untuk menangani kerja-kerja tertentu seperti sarung tangan untuk bahan kimia, alat pernafasan, cermin mata dan sebagainya. Nota ini adalah dipromosikan kepada orang-orang awam melalui laman web dan juga platform media sosial SHENA sebagai sumber rujukan kepada pihak-pihak industri.
Dalam perkara ini juga, SHENA berhasrat memperkenalkan lebih bnyak panduan bagi memastikan persekitan kerja adalah selamat bagi semua sektor. Mengenai saluran mempermudahkan pengguna untuk membuat sebarang aduan atau apa jua pertanyaan, SHENA memperkenalkan ruang aduan secara atas talian di laman sesawang pada tahun lalu. SHENA juga menggalakkan orang-orang awam untuk melaporkan sebarang insiden atau kejadian kemalangan di tempat kerja ke hotline 24 jam di talian +673 7332200.
Di samping itu, kaola juga mengongsikan mengenai usaha peningkatan kapabiliti dalam pengurusan bahan kimia bahawa satu bengkel telah diadakan anjuran Jabatan Perdana Menteri iaitu National Training and the Sound Management of Chemicals di bawah European Union Chemicals, Biological, Radiological, Nuclear, Centre’s of Excellence Initiative pada 7 November tahun lalu.
Antara objektif bengkel adalah:
Mengenal pasti risiko dan hazards.;
Awareness of legal provision and principles for the sound management of chemicals and chemical waste, legal requirements for chemical transport and principles of detection and decontamination for chemical incident.; dan
The principles of Personal Protective Equipment and how to use it.
Bengkel dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada agensi-agensi berkepentingan seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertanian dan Agrimakan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) dan SHENA. Bengkel disampaikan oleh pakar-pakar dan lecturer dari luar negeri dalam bidang kimia seperti toxicology, chemical incidents, contaminated management dan waste management system.
Itulah antara penerangan dan jawapan daripada kaola mengenai peranan SHENA dan tanggungjawabnya. Terima kasih. ### Yang Berhormat Pengerusi Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita akan beralih ke tajuk Kementerian seterusnya.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jawatankuasa beralih kepada Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebelum Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama ini saya bukakan untuk dibahaskan.
Saya suka memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk menyampaikan kenyataannya tentang penyediaan belanjawan bagi kementeriannya bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بسم هللا الرحمن الرحيم
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola membentangkan Anggaran Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama petang ini dan juga kaola ingin memberi salam kepada rakan-rakan sejawatan dan juga sahabat-sahabat sepermesyuaratan. Kaola bersyukur kepada للا سبحانه وتعالىkerana sempat lagi bersama-sama di sini untuk tugas membentangkan Rang Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Sebagai sebahagian komponen jentera kerajaan yang turut mendukung dan menjayakan tiga fokus yang menjadi tema Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2023/2024, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diberi peruntukan yang jumlah keseluruhannya sebanyak $270,258,865.00 juta.
Kementerian Hal Ehwal Ugama akan memanfaatkan peruntukan yang diberikan itu untuk melaksanakan program-program keugamaan menurut bidang-bidang yang diterajuinya dan akan memastikan selaras dengan tema Belanjawan Negara 2023/2024, ‘Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’ dalam tiga fokus yang telah dibentangkan iaitu:
- Memelihara kesejahteraan awam;
- Mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan; dan
- Pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.
Yang Berhormat Pengerusi, Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2023/2024 yang telah dibentangkan seperti juga belanjawan-belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun-tahun sebelum ini bertujuan untuk mendatangkan kebaikan dengan memenuhi keperluan bagi mencapai kemajuan yang seimbang demi keutuhan negara dan kesejahteraan rakyat. Keutuhan negara ialah keselamatannya, kesejahteraan rakyat ialah keselesaan hidupnya, sihat dalam persekitaran yang bersih dan baik, indah dan nyaman, hormat dan aman.
Dalam pada masa yang sama, keperluan asasinya terjamin di samping keperluan lainnya juga dipedulikan. Sedemikian itu yang dirancang yang diprogramkan dalam belanjawan yang diperuntukan. Oleh itu, Yang Berhormat Pengerusi, dalam konteks kita Negara Brunei Darussalam, negara beraja, beradat istiadat, negara berakidah dan negara berkebajikan.
Maka kaola menyifatkan bahawa belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II baru-baru ini seperti juga belanjawan yang terdahulu menepati tuntutan ajaran ugama Islam. Ia jelas merupakan belanjawan untuk mendukung program-program Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi kepentingan mengembangmajukan negara dengan kemajuan yang seimbang dan bertujuan untuk mensejahterakan rakyat.
Kemajuan yang seimbang bagi negara ialah terjamin keutuhannya dan aman sejahtera rakyatnya yang mana rakyatnya berkehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan selamat seperti yang kaola sebut awal tadi.
Sementara mensejahterakan rakyat adalah dengan memenuhi keperluan asasinya di samping memeduli keperluan-keperluan lain bagi memberi makna dan menambah atau meningkatkan terus kesempurnaan, kesejahteraan mereka yang sedia ada.
Keadaan hal yang sedemikian itu, dalam konteks kita rakyat Negara Brunei Darussalam adalah menepati maksud tujuan dan sasaran-sasaran yang utama. 5 مقاصد شرعية iaitu:
Menjaga ugama;
Menjaga nyawa;
Menjaga akal (intelek);
Menjaga harta; dan
Menjaga keturunan iaitu dalam makna memelihara keturunan umat manusia, kesinambungannya, memastikan kelangsungannya, kelangsungan generasi demi generasi umat manusia yang sempurna kemanusiaannya.
Maka, selaras dengan itu kaola sukacita menegaskan bahawa peruntukan-peruntukan dalam anggaran yang disokong untuk Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah bagi mendukung program-program yang walaupun namanya khusus bersifat keugamaan, namun ia berimpak positif terhadap kesejahteraan hidup rakyat dan keselamatan negara iaitu keutuhannya.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola nyatakan bahawa antara bidang utama yang diterajui oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah pelajaran dan pendidikan Islam. Ia dilaksanakan melalui sekolahan ugama dan arab menerusi Pengajian Tinggi Islam di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan menerusi Pengajian Hafazan Al-Quran di Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Seperti lazimnya, dalam Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024, peruntukan telah disediakan untuk mendukung urus tadbirnya dan melaksanakan program-programnya di bawah tajuk Pemeliharaan (Promosi Aqal) iaitu sejumlah $201,255,681.00. juta.
Yang sedemikian adalah menandakan komitmen berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sutan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi kelangsungan pendidikan dan persekolahan ugama arab khasnya seperti yang telah diasaskan oleh ayahanda baginda Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien 60 tahun dahulu.
Kepentingan persekolahan ugama itu telah ditekankan lagi bagi kelangsungannya sebagai institusi pendidikan ugama melalui Akta Pendidikan Ugama Wajib 2013.
Peruntukan (1) Akta berkenaan menyebutkan bahawa tiap-tiap ibu bapa jika anaknya adalah seorang kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah agama pada 1hb. Januari dalam tahun bersekolah semasa, memastikan bahawa anaknya itu didaftarkan sebagai seorang murid di sebuah sekolah agama pada tahun itu dan terus menjadi seorang murid bagi tempoh pendidikan wajib. Tempoh pendidikan wajib itu ditafsirkan dalam Peruntukan (3) akta berkenaan.
Tempoh pendidikan agama yang disediakan itu ialah sebuah sekolah agama yang dirancang untuk selama 7 tahun tetapi boleh tamat antara 7 hingga 8 tahun.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam tempoh 6 dekad itu, boleh dikatakan 2 generasi rakyat negara kita ini, kalau pun tidak keseluruhannya, tapi memadai dikatakan pada umumnya rakyat yang berpelajaran dan berpendidikan agama secara bersistem atau sekurang-kurangnya mereka itu mendapat pendedahan dan pengaruh yang positif daripada pelajaran dan pendidikan agama yang bersistem itu.
Maksud pendidikan secara bersistem itu ialah pengajarannya oleh guru yang berkelayakan mengajar agama menurut ajaran والجماعة السنة أهل dan Mazhab شافِعِي َّ ٱلmenerusi persekolahan formal dengan ditentukan sukatan dan kurikulumnya, bukan dan tidak belajar agama secara ‘memutik-mutik’ yang tidak diketahui hujung pangkalnya yang memungkinkan fahaman dan amalan yang beragam-ragam.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, fahaman dan amalan yang beragam-ragam itu dalam mengamalkan agama dan memahami agama dapat terhindar di negara ini berkat adanya pendidikan agama yang formal. Dengan itulah, kita mengamalkan agama di negara ini dalam keadaan yang aman, nyaman dan selesa.
Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, sukacita kaola meristakan bahawa mata-mata pelajaran persekolahan menengah agama Arab adalah merangkum mata-mata pelajaran umum dan agama. Kelihatannya berat dan memang membebankan murid dan pelajar tetapi ternyata mereka dapat mengikutinya.
Dilihat kepada pencapaian dalam mata-mata pelajaran umum peperiksaan awam bagi peringkat-peringkat Sijil PSR yang sebanding dengannya iaitu SSRU bagi aliran agama, membawalah ke peringkat menengah Brunei Cambridge Peringkat ‘O’ dan Peringkat ‘A’ yang sebanding dengan Sijil Pelajaran Ugama Brunei dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei adalah hasil daripada penyertaan mereka dalam peperiksaan awam bagi sijil-sijil tersebut adalah tidak mengecewakan walaupun tidak sepenuhnya membanggakan namun sangat memberangsangkan. Tidak sepenuhnya membanggakan namun memuaskan dan memberangsangkan maknanya masih ada keperluan-keperluan untuk membaiki dan meningkatkannya dari banyak segi persekolahan, murid dan guru bahkan ibu bapa juga.
Kaola sukacita memetik keputusan peperiksaan-peperiksaan bagi PSR. Daripada tahun 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, sasaran pencapaian bagi A sampai ke bawah C, sasaran-sasaran adalah sebanyak 92.47% pada tahun 2017. Pencapaian pada tahun itu adalah melebihi iaitu sebanyak 94.95%. Pada tahun 2018 demikian juga melebihi sasaran atau jangkaan yang asalnya 92.89% tapi pencapaiannya adalah 97.12%.
Seterusnya tahun 2019, 2020, 2021, masing-masing melebihi sasaran-sasaran. Kalau 93.31% pada tahun 2019, maka pencapaiannya sebanyak 98.61%. Sebanyak 93.72% pada tahun 2020, pencapaiannya sebanyak 97.37% dan seterusnyalah pada tahun 2021.
Begitu juga dalam Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level 5 ‘O’ ke atas, sasaran pada tahun 2017, sebanyak 34.20% tetapi pencapaian Sekolah Menengah Arab, sekolah agama sebanyak 41.1%. Cuma pada tahun 2018, sasaran sebanyak 36.75%, pencapaian turun sebanyak 34.67%. Selepas itu 2019, 2020, 2021 semuanya mencapai yang melebihi sasaran. Manakala BCGCE ‘A’ Level 2 ‘A’ ke atas, pencapaiannya juga أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, iaitu pada tahun 2017, 2018, 2019 dan seterusnya 2020, peringkat pencapaian itu melebihi daripada apa yang disasarkan.
Begitu juga kalau melihat Sekolah Arab ini sejauh mana kemajuannya. Dilihat juga kepada penyertaan mereka dalam kegiatan-kegiatan aktiviti extra curriculum terdapat beberapa skim atau peraduan-peraduan di peringkat dalam negeri dan di peringkat serantau dan antarabangsa. Pencapaian mereka itu didapati Sekolah Arab boleh diberi markah sangat baik dan boleh disifatkan juga pencapaian yang membanggakan melihat mereka dari aliran persekolahan Arab.
Kaola dapat memetik contohnya di sini, dalam program Pertandingan Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA) 2022 yang dianjurkan di Pakistan, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) mendapat anugerah Merit, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل. Kemudian pada tahun yang sama, di Myanmar bagi Pertandingan 10th ASEAN Quiz-Regional Level, Mahad Islam Brunei telah mendapat tempat yang ketiga. Tahun 2022 jua, Young Inventor Challenges (YIC) anjuran Malaysia, Mahad Islam Brunei juga sekali lagi mendapat tempat, walaupun tidak di atas 10, tetapi dari melihat kepada penyertaan sebanyak 451 penyertaan, sekolah kitani mencapai kedudukan termasuk dalam semifinal dan top 166 daripada 451.
Kejayaan-kejayaan ini sudah bermula daripada tahun 2019 iaitu APICTA di Vietnam dan 2019 ASEAN Cyber Kits Cam juga di Vietnam. Sekolah Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Belait, masing-masing anugerah merit bagi Mahad Brunei dan bronze awards Sekolah Arab Belait. Dengan mengambil mata-mata pelajaran umum selain Bahasa Melayu, IRK dan bahkan Bahasa Inggeris ialah juga mata pelajaran Sains dan Matematik. Maka pelajar-pelajar Sekolah Ugama Arab adalah juga berpeluang dan layak melanjutkan pengajian ke pusat-pusat Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang yang mereka pilih dan layak mengikutinya di luar bidang pengajian Islam di dalam dan luar negeri.
Ibu bapa dan anak-anak mereka adalah bijak untuk memilih. Sementara itu kaola juga masih juga mengakui, kaola tidak menafikan, betapa perlunya bahawa pendidikan ugama melalui Institusi Persekolahan Ugama Arab, Institut Tahfiz Al-Quran dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan adalah memerlukan usaha meningkatkan mutu pembelajarannya dan pengajiannya, mutu dan kelayakan tenaga pengajarnya dan seterusnya mutu institusi pendidikannya.
Perkara-perkara itu sangat penting tambahan pula mengambil kira keperluan untuk menyediakan guru, murid dan pelajar-pelajarnya supaya dapat mengadaptasikan diri mereka dalam corak pendidikan yang progresif dan dinamik menurut ukuran dan keperluan pada masa hadapan. Tegasnya pada masa hadapan itu harus dimulakan pada masa ini. Usaha-usaha itu setentunya diselaraskan dengan kerangka kerja mencapai Matlamat 1 Wawasan Negara 2035 bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi menerusi beberapa inisiatifnya yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seterusnya perkhidmatan ugama yang diterajukan oleh Kementerian Ugama selain bidang pendidikan ugama dalam kategori Program Pembelajaran Promosi Aqal itu adalah juga bidang-bidang khas keugamaan dalam beberapa program dan aktiviti. Sebagaimana tertera dalam buku belanjawan. Program Dan Aktiviti Pemeliharaan Promosi Ugama diberikan peruntukan sebanyak $29,594,377.00.
Program dan Aktiviti Pemeliharaan Promosi Harta diberikan berjumlah $28,709,502.00. Program dan Aktiviti Pemeliharaan Promosi Nyawa dan Keturunan mendapat peruntukan sejumlah lebih $10 juta iaitu $10.69 juta. Kaola sukacita memberikan butiran ringkas sahaja Yang Berhormat Pengerusi selebihnya kaola jangkakan dapat kaola berikan dalam respon sewaktu soal jawab nanti ان شاء هللا.
Kaola sukacita memulakan dengan menyentuh urusan mengutip atau mengumpul dan mengagihkan zakat. Ini perkara ataupun isu yang beredar di tengah-tengah masyarakat iaitu dari segi orang yang menerima faedah bukan sedemikian tetapi orang yang memohon lambat mendapat keputusan. Berdasarkan kepada laporan permohonan melalui talian SKN (Skim Kebajikan Negara) bagi bulan November 2022, terdapat seramai 1,780 permohonan, sebanyak 73% daripadanya iaitu 1,306 orang daripadanya untuk mendapatkan agihan zakat dari MUIB. Selebihnya iaitu sebanyak 27% dalam 474 orang memohon bantuan kebajikan di JAPEM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Lebih sedikit separuh iaitu 664 daripada 1,306 permohonan kepada Majlis Ugama Islam itu telah disokong dan diluluskan untuk agihan zakat bagi tempoh selama dua tahun, 12 pemohon yang baharu dan 227 yang selebihnya adalah pemohon-pemohon bantuan Kebajikan di JAPEM.
Maka dilihat kepada angka ini Yang Berhormat Pengerusi menunjukkan bahawa pemohon-pemohon ulangan terdapat sejumlah yang banyak sedemikian itu. Iaitu pemohon ulangan itu nampaknya menandakan ada kecenderungan penerima-penerima agihan zakat untuk terus memohon atau bergantung kepada agihan-agihan zakat dan seterusnya.
Isunya ialah, sebagaimana yang kaola katakan, bukanlah semata-mata isu orang bersyukur menerimanya atau tidak bersyukur tapi isunya ialah pertambahan yang meningkat dari setahun ke setahun, tidak kurang bilangannya bertambah meningkat. Tapi peningkatan dari segi pendapatan zakat tidak banyak pertambahan signifikan mengikut purata tahunan ialah setakat 17 hingga 18 juta sahaja.
Kalau dalam jangka panjang 10 ke 20 tahun, kalau keadaan atau kutipannya itu tidak meningkat dengan signifikan sebagaimana perubahan peningkatan daripada asnaf-asnaf yang terdaftar maka maknanya kita tidak akan terpedulikan pemohon-pemohon yang berhak untuk menjadi asnaf zakat. Dengan yang demikian, Majlis Ugama Islam Brunei memikirkan cara-cara baharu atau kaedah-kaedah baharu untuk membanyakkan atau meningkatkan kutipan zakat.
Pada masa ini, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلzakat harta, zakat perniagaan, zakat perusahaan dan zakat simpanan harta ini telah terkumpul dengan baik sama ada yang berkenaan itu datang menyerahkannya ke Majlis Ugama Islam Brunei atau kebanyakkannya ialah melalui simpanan-simpanan, mereka yang menyimpan di dalam bank melalui potongan simpanan-simpanan mereka.
Hal ini sangat membantu terutama sekali badan-badan ataupun Institusi Kewangan Islam juga membayar zakatnya sendiri di samping zakat penyimpan-penyimpan di dalam bank. Namun sebagaimana yang kaola katakan itulah juga keadaannya angka $17 hingga $18 juta.
Oleh yang demikian, Majlis Ugama Islam Brunei telah mencari kaedah-kaedahnya. Pada masa ini dalam peringkat terakhir pencarian itu sudah ada, namun kementerian ataupun Majlis Ugama Islam Brunei ingin memastikan bahawa sebelum pelaksanaannya dibuat ia mestilah teratur dengan aturan-aturannya, kaedah-kaedahnya, SOP nya yang menepati bukan sahaja menepati kehendak hukum syarak bahkan menepati aturan-aturan kewangan. Ini yang penting sekali. Jadi sementara itu, kaola di sini membuka kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberikan idea, input bagaimana cara-cara yang lain lagi untuk menambahkan kutipan zakat ini.
Perlu diingat bahawa zakat mengikut undang-undang yang ada pada masa ini hendaklah dibayar oleh orang yang wajib membayarnya iaitu zakat harta, zakat perniagaan, zakat perusahaan, bahkan juga zakat tanaman. Jadi, mereka itu, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلkalau bidang perniagaan banyak sudah yang tampil namun oleh kerana pada masa ini belum ada satu aturan yang menghendaki mereka untuk membayar, walaupun peruntukan disitu hendaklah membayar tapi hendaklah mereka sendiri mempunyai kewajipan keugamaan, bukan kewajipan undang-undang.
Maka, dengan itu kaola rasa Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana yang kaola nyatakan tadi kaola akan ringkaskan sahaja dalam perkara ini. Ada perkara-perkara lagi dalam bidang-bidang lain iaitu misalannya program aktiviti pemeliharaan agama yang diberikan peruntukan sejumlah $29,594,000.00, program dan aktiviti pemeliharaan promosi harta diberikan berjumlah $28,709,000.00 program dan aktiviti pemeliharaan promosi nyawa dan keturunan mendapat peruntukan berjumlah $10,699,000.00.
Kaola sukacita memberikan butirannya secara ringkas tambahan kepada keterangan kaola mengenai zakat itu. Angka yang ada itu dilaporkan pemohon melalui talian SPK itu dengan sedemikian rupanya, jadi kekhuatiran itu sangat releven bagi abiskaola di Kementerian Hal Ehwal Ugama. Hal-hal sedemikian, ان شاء هللاmudah-mudahan. Mengenai bidang-bidang lain seperti dakwah, berjalan ان شاء هللاwalaupun sebutan kitani masih lagi berusaha untuk mencemerlangkan dakwah.
Usaha-usaha itu melalui langkah-langkah rancangan konvensional di samping rancangan-rancangan lain yang juga sesuai dengan peningkatan kemahiran yang dapat dikuasai oleh داعيkita. Bukan sahaja dari Pusat Dakwah, داعيkita di negara ini adalah terdiri dari banyak pihak termasuk dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu mereka mempunyai latar belakang keugamaan dan berkebolehan untuk menjadi داعيdan sebagainya.
Kaola fikir setakat ini sahaja yang dapat kaola sampaikan. Kaola memohon maaf kerana banyak terganggu sendiri atas meja ini. Mudah-mudahan dalam perbahasan nanti kaola dapat menyambungnya ان شاء هللاTerima kasih Yang Berhormat Pengerusi. علَ ْي ُك ْم َ سالَ ُم
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang telah memberikan mukadimah dan penerangan terutama mengenai tentang perancangan hala tuju dalam penyediaan belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kita sekarang berhadapan dengan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama telah memberikan penerangannya terhadap belanjawan kementeriannya. Sekarang saya bukakan tajuk ini untuk dibahaskan.
Bersama saya di sini terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang agak panjang dan banyak bilangannya, maka saya akan memulakan perbahasan ini dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ يم َّ الرحْ َٰم ِن
َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه ُهللا وبركاتُه ِ ُ ة م ْح ر و م
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلlebih dahulu kaola sukacita mengucapkan terima kasih atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkenaan dengan perancangan dan hala tuju Kementerian Hal Ehwal Ugama terutama sekali dalam meningkatkan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam. Soalan kaola:
Kaola ingin menyentuh soal program-program mengimarahkan masjid di Negara Brunei Darussalam. Sepertimana yang diketahui bahawa masjid adalah merupakan rumah هللا dan institusi agama Islam yang penting walaupun ia dibina sama ada di kawasan bandar atau kampung, mahupun di pedalaman أ ْلح ْمدُ ِ هلِل terdapat beberapa program keugamaan telah pun diadakan bagi mengimarahkan masjid yang melibatkan belia-belia dan penduduk kampung serta umat Islam di Negara Brunei Darussalam amnya.
Sehubungan dengan ini, abiskaola mencadangkan agar program ini dapat dihidupkan dan diperluaskan dengan mewujudkan program khusus, projek atau pun aktiviti setiap tahun yang dipandu dan dipimpin oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama dengan usaha sama sama ada biro-biro keugamaan Majlis Perundingan Kampung (MPK), persatuan dan badan-badan NGO’s yang mempunyai kepentingan yang sama dan dijadikan sebagai program keugamaan bersepadu di peringkat daerah dan kebangsaan.
Dalam masa yang sama, program ini juga menyasarkan kepada masjid-masjid yang terpinggir dan kurang diketahui umum agar mendapat manfaat yang sama. Program-program ini bolehlah dipelbagaikan aktivitinya mengikut kesesuaian semasa selagi mana ianya tidak melanggar syariat Islam seperti Program Kuliah dengan topik-topik yang tidak tertumpu kepada Fiqih dan Tajwid, seperti ekonomi dari sudut Islam, science dan teknologi dalam Islam dan seumpamanya. Program Majlis Keramaian untuk ahli qhairah bagi keluarga daif dan muallaf, Hari Keluarga Islam dan seumpamanya atau program jualan dan perekonomian yang diadakan di kawasan masjid seperti Car Boot Sale yang boleh menjana pendapatan kepada jemaah dan sebagainya.
Kaola ingin tahu berkenaan dengan Skim Perkhidmatan Guru Ugama (SPGU) dan merujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 12/2018 berkenaan dengan syarat-syarat penetapan jawatan yang berhubung kait dengan pertimbangan bagi mendapatkan inisiatif di bawah Skim SPGU. Kaola ingin menyuarakan rasa kekesalan setengah guru-guru ugama yang tidak mendapat manfaat daripada skim SPGU.
Sehubungan dengan ini, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama apakah syarat dan penilaian yang ditetapkan bagi seorang guru ugama berkenaan dipertimbangkan untuk mendapat manfaat daripada Skim Perkhidmatan Guru Ugama (SPGU). Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih Yang Berhormat. Kaola menyambut baik pemikiran atau idea-idea untuk menyebar luaskan lagi kegiatan-kegiatan mentakmirkan masjid. Pada masa ini, pentakmiran itu sebagaimana lazimnya meramaikan jemaah, mengadakan perhimpunan-perhimpunan kegiatan.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat, inda berapa kedengaran.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Minta maaf kaola Yang Berhormat Pengerusi. Kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan amalan-amalan biasa iaitu ada program jemaah mengkhatam Al-Quran, membaca Al-Quran sehingga khatam dan ada program yang tetap setiap malam Jumaat iaitu membaca yasin dan tahlil dan pada paginya membaca Surahtul Kahfi dan sebagainya.
Itu sahaja program-program dan cadangan daripada Yang Berhormat sangat baik kerana ia memberikan satu corak baru kepada masjid, pertama dengan adanya penglibatan belia-belia masjid dan di Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Dakwah Islamiah ada belia keugamaan. Semua ini kalau diadun semua tenaga-tenaga yang ada untuk mengaktifkan masjid dengan program baharu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Selain itu, satu peluang sewaktu bulan Ramadhan yang mana masjid-masjid mempunyai tempat lapang untuk digunakan dengan sebaiknya bagi kegunaan-kegunaan. Misalannya gerai-gerai Ramadhan, hanya ada aturan-aturan mesti dikenakan supaya suasana masjid tidak menjadi suasana bazar atau suasana gerai-gerai dan sebagainya. Tetapi, idea ini boleh dicuba dengan peraturan-peraturan yang baik.
Kembali semula kepada penglibatan belia di masjid. Banyak cara yang ditunjukkan oleh belia-belia masjid dan kaola merasa bangga apabila teringat bahawa Yang Berhormat itu sendiri adalah belia masjid yang aktif 3 ke 4 tahun lalu dan sampai sekarang pun beliau adalah berakar umbikan belia-belia. Jikalau Yang Berhormat dengan rakan-rakan yang lain dapat memulakan kegiatan-kegiatan sedemikian yang boleh diangkat sama oleh jabatan-jabatan berkenaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama, maka kaola sendiri mengucapkan سهال ً أهال و ً
Kementerian Hal Ehwal Ugama ada mengadakan Malam Sastera Islam pada setiap tahun tetapi ia terlalu agak terbatas kerana peserta-peserta adalah beberapa orang sahaja yang hadir. Tujuan malam itu ialah untuk penyampaian buku-buku ataupun pelancaran buku-buku yang diterbitkan oleh Pusat Dakwah Islamiah. Program-program seumpama ini bolehlah diperluaskan dan boleh diadunkan dengan pemikiran dan cadangan daripada Yang Berhormat.
Mengenai Skim SPGU. Pada masa ini, sudah dalam proses perlaksanaannya dan sudah ramai ribuan guru-guru yang sudah masuk ke dalam Skim ini dan banyak lagi yang menunggu sama ada mereka itu sudah tersenarai dalam orang yang sudah dicerap yang boleh disokong tapi sokongan itu tidaklah dibuat serentak. Kalau dihantar 100 atau 200 orang, maka tidak akan terus diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk masuk ke dalam skim tersebut, ia ‘berincit-incit’ dan tempohnya itu yang penting.
Kaola dapat memahami ada kalangan guru-guru yang merasakan dirinya layak tetapi tidak terpilih. Kaola tidak dapat ikut campur kerana ada Lembaga yang ada sukatan-sukatan dan kaola percaya semua dalam Dewan ini patut memberikan kepercayaan mereka melaksanakan tugas dengan adil, ان شاء هللا. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana telah memberi laluan kepada kaola untuk mengemukakan perkara-perkara yang berbangkit dalam perbahasan ini. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ان شاء هللاlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Berkenaan di bawah Tajuk SJ01A – Kementerian Hal Ehwal Ugama ke arah mengurus dan merancang Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024, semoga apa-apa yang dihasratkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, ان شاء هللا Kaola sukacita mengemukakan beberapa perkara yang memerlukan perhatian dan pertimbangan sewajarnya:
Berkenaan dengan isu kekurangan kereta jenazah di Daerah Temburong yang menimbulkan masalah kepada penduduk apabila berlaku kematian secara serentak dan menyebabkan kelambatan dalam urusan pengebumian. Kekurangan kenderaan jenazah bukanlah isu baru dan sewajarnya ditangani dengan secepatnya. Sehubungan dengan ini, kaola memohon agar pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama dapat memberikan perhatian berkenaan dengan masalah ini.;
Berkenaan dengan isu permukaan Tanah Perkuburan Islam. Tanah orang-orang Islam di daerah-daerah, bukan khusus di daerah Temburong sahaja, yang mana terdapat tanah-tanah yang keras atau berbatu-batu sehingga menyulitkan proses penggalian dan pengorekan tanah-tanah kubur. Dalam pada itu, kaola memohon agar kerajaan dapat menyediakan mesin jentera pengorek ataupun excavator yang bersesuaian bagi memudahkan kerja-kerja menggali tanah-tanah perkuburan yang keras dan juga berbatu.;
Abiskaola ingin tahu berkenaan dengan projek pembinaan Pusat Dakwah di Kampung Senukoh, Mukim Labu yang terhenti dan menimbulkan persoalan. Kaola ingin tahu apakah status projek berkenaan?;
Berkenaan papan-papan tanda (signboard) menuju ke masjid-masjid terutamanya masjid-masjid yang jauh dari jalan utama dan masuk ke dalam perkampungan. Pengalaman ini dikongsikan oleh beberapa orang yang kebetulan ingin singgah untuk bersolat semasa masuk waktu kerana tidak ingat kedudukan masjid berkenaan. Kaola bercakap mengenai dengan Masjid Kampung Labu Estete dan Surau Kampung Piasau-Piasau, Temburong yang mana masjid dan surau tersebut sering disinggahi apabila masuk waktu oleh pengguna-pengguna jalan yang sering melintas dalam kawasan tersebut.
Sekian, mohon pencerahan Yang Berhormat Pengerusi mengenainya.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Yang dapat kaola catit sini ada 4 persoalan:
Kekurangan kereta jenazah di Temburong. Memang diakui kalau dikatakan kurang dan Yang Berhormat mengatakan ia ada tetapi tidak mencukupi. Dalam rekod, kereta jenazah cuma ada sebuah sahaja di Temburong dan didapati kalau kebetulan serentak ada kedukaan, maka hal ini akan menjadi kesulitan. Kaola rasa Jabatan Hal Ehwal Masjid dapat menimbangkan perkara ini dan ان شاء الله dapat kaola catitkan sedemikian. Biasanya kekurangan-kekurangan seperti ini dapat ‘ditampungi’ oleh sama ada melalui derma tetapi tapi mereka boleh mengumpulkannya sebagai sedekah yang diniatkan sebagai wakaf untuk kereta. Di Daerah Temburong, masjid-masjidnya kecil dan jemaah-jemaahnya tidak ramai, oleh itu pendapatan masjid tidak sebanyak mana. Kaola merasakan saranan ataupun cadangan permintaan ini adalah releven untuk dipertimbangkan.
Kaola teringat juga Rancangan Tanah Perkuburan di seberang Kota Batu pada tahun 90an. Perancangannya sangatlah besar untuk diganti kawasan dan juga Kawasan sekitarnya tetapi setelah didapati tanahnya keras, perancangannya ditutup.
Hal yang diperlukan ialah kemudahan untuk orang-orang yang menggali kubur yang hanya menggunakan tenaga biasa adalah sulit, maka memerlukan mesin-mesin untuk menggali. Kaola tidak berjanji akan dapat diadakan tapi boleh kaola kaji sejauh mana untuk diadakan di Temburong dan juga di tempat- tempat lain di daerah-daerah lain yang berkeadaan sedemikian ini.;
Pembinaan Pusat Kegiatan Ugama, Kampung Senukoh. Ianya bukannya tergendala cuma dalam keadaan tertentu seperti keadaan COVID-19, program tersebut lambat untuk dimulakan. Pada masa ini ان شاء هللا, pada bulan April dan sudah ada ketetapan untuk melaksanakan perancangan tersebut ان شاء هللا. Kerana ada keperluan bagi Pusat Kegiatan Ugama di Kampung Senukoh.; dan
Kaedah papan-papan tanda. Sekarang ini di Temburong mudah untuk di datangi dan siapa-siapa yang datang ke kawasan Temburong yang tidak biasa dengan kawasan tersebut untuk mencari masjid sekiranya masjid tersebut terletak di dalam dan tidak ada tanda untuk menuju ke masjid.
Dan bukan sahaja untuk kegunaan masjid, malah jalan-jalannya ‘bisaitah’ ada tanda-tanda yang sempurna seperti jalan-jalan bernama yang tentu dan untuk kegiatan yang lain yang memerlukan papan-papan tanda seperti masjid, sekolah dan sebagainya. Bolehlah dipertimbangkan dan sesuai untuk diadakan ان شاء هللا.
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi bagi empat soalan, terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته ف َ س َـَل ُم عَلى أَش ِّ ْـر َّ َّـَلةُ َوال َ ب ال َعالَمِّ ْينَ َوالص ِّ ل َح ْم ُد هلل َر َ َ األ ْنبِّيَـاءِّ َوال ُم ْر َس ِّل ْيـن
Yang Berhormat Pengerusi. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل terlebih dahulu kaola merakamkan tahniah dan terima kasih atas pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengerusi:
Yang pertama kaola ingin menyentuh tentang Majlis Ugama Islam. Kaola dimaklumkan bahawa fungsi Majlis Ugama Islam itu adalah banyak dan yang sangat mencabar ialah adalah hal ehwal pengurusan zakat. Dalam isu pengurusan zakat, banyak perkara yang tertangguh dan lambat diselesaikan disebabkan kekurangan tenaga kerja di bahagian tersebut sedangkan permohonan asnaf zakat semakin meningkat dari tahun ke setahun.
Sebagai contoh, proses penilaian permohonan asnaf zakat sahaja memakan masa bertahun-tahun untuk menunggu jawapannya.
Sebagai contoh, proses penilaian permohonan asnaf zakat sahaja memakan masa bertahun-tahun untuk menunggu jawapannya. Bahkan permohohan untuk menyambung bantuan zakat pun memakan masa bertahun-tahun menunggu jawapannya.
Alasan yang biasa adalah kekurangan tenaga kerja terutama yang melaksanakan kerja-kerja penilaian. Contoh lain ialah kelambatan dalam melaksanakan bantuan seperti bantuan pembinaan rumah bagi asnaf.
Sebagaimana yang kaola ketahui ada satu kes yang kaola mendapat maklum bahawa bantuan perumahan telah diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa pada tahun 2015 tetapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda untuk melaksanakan pembinaan rumah tersebut sedangkan pemohon telah pun sudah diarahkan keluar dari rumah asalnya dan diberikan rumah tumpangan sementara sejak tahun 2020.
Yang Berhormat Pengerusi. Berdasarkan perhatian dan apa yang kaola dapat fahami tentang Bahagian Pengurusan Zakat Majlis Ugama Islam ini, kaola berpendapat sudah sampai masanya dinaikkan tarafnya menjadi sebuah jabatan supaya organisasinya boleh dikembangkan dan ia mendapat dan dapat menyampaikan segala peranan dan fungsinya kepada rakyat di negara ini dengan lebih efisen dan berkesan.
Bahkan pada pendapat kaola, bukan sahaja Bahagian Zakat itu dinaikkan taraf menjadi sebuah jabatan. Majlis Ugama Islam itu sendiri pun wajar dinaikkan taraf sebagai organisasi yang independent kerana jika ditinjau kepada fungsi Majlis Ugama Islam, didapati fungsi tersebut adalah lebih jauh besar dari sebuah jabatan.
Jika melihat lagi kepada keanggotaan Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam yang terdiri dari Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam adalah Menteri Hal Ehwal Ugama dan Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam adalah Timbalan Menteri Ugama, maka bertambahlah lagi besarnya fungsi tersebut. Lebih-lebih lagi, Majlis Ugama Islam mempunyai undang-undang tubuhnya tersendiri. Itu bagi pandangan kaola Pehin.
Yang kedua mengenai dengan Perguruan Ugama. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلdi Negara Brunei Darussalam kita dapat menikmati hidup berugama dengan penuh aman dan makmur. Kaola yakin bahawa semua ini dikesani oleh perhatian berat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien tehadap pendidikan ugama islam sehingga wujudnya sekolah-sekolah ugama di negara ini.
Sistem pembelanjaran ugama bertambah semakin baik dan berkembang dibawah kepimpinan dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sehingga sekolah-sekolah ugama di bina di kawasan pendalaman. Dulunya selain daripada guru pinjaman dari luar negara, tenaga pengajar sekolah-sekolah ugama adalah terdiri dari guru-guru ugama terlatih keluaran Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan.
Sekarang ini maktab tersebut telahpun dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Penaiktarafan tersebut merupakan satu inisiatif positif pihak kerajaan ke arah peningkatan akademik bakal-bakal guru ugama di kolej tersebut.
Namun, apa yang diketahui dari sejak penaiktarafan KUPUSB ini peranan sebagai pengeluar guru-guru ugama untuk mengajar di sekolah tidak lagi sebagaimana sebelum penaiktarafan kerana didapati ramai mahasiswa keluaran Kolej Universiti Perguruan Ugama yang tidak dilantik menjadi guru ugama, terutama yang mengambil kursus peringkat sarjana muda.
Perkara ini perlu mendapat perhatian sewajarnya bagi mengelak penilaian negatif dan kurangnya keyakinan masyarakat terhadap prospek kerja mahasiswa KUPUSB yang memegang sijil kemahiran dalam bidang perguruan.
Melihat kepada perkara ini, apakah inisiatif pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengekalkan tujuan asal pembentukan maktab perguruan ugama sebagai pengeluar guru ugama dan penaiktarafannya.
Adakah Kementerian Hal Ehwal Ugama juga mempunyai data kajian tentang sejauh mana mahasiswa keluaran Kolej Ugama Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) ini yang bekerja sebagai guru ugama di sekolah-sekolah rendah ugama dan sekolah menengah sejak penaiktarafannya.
Kaola juga ingin mencadangkan jika prospek kerja mahasiswa keluaran Kolej Ugama Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) tidak lagi tertumpu kepada menjadi guru agama. Adalah lebih baik kursus-kursus yang ditawarkan tidak terhad kepada bidang perguruan sebagaimana yang tertera dalam sijil yang dikeluarkan bagi membolehkan mahasiswa keluaran Kolej Ugama Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) boleh memohon pekerjaan selain bidang perguruan agama.
Ada beberapa kali berita tentang isu pelanggaran perintah sijil halal dan label halal yang dilakukan oleh premis-premis perniagaan makanan yang didapati dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan dan didapati restoran tersebut mempamerkan sijil halal yang telah mansuh.
Perkara ini sangat merisaukan, apakah restoran-restoran yang mempamerkan sijil halal ini benar-benar menepati kehendak pengeluar dan bolehkah diyakini kehalalan makanan yang dihidangkan di restoran tersebut.
Dalam perkara ini, kaola juga ingin mencadangkan, selain tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang melanggar, pihak yang berautoriti mengenai kawalan makanan bolehlah bertindak secara proaktif dalam mengatasi isu mempamerkan sijil halal yang mansuh. Sepatutnya pihak berautoriti ada inisiatif mengingatkan pemegang sijil halal tersebut supaya diperbaharui sebelum mansuh. Misalnya melalui pesanan ringkas sebagaimana yang dilakukan oleh agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), pengeluar insurans,hospital dan lain-lain. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Ada tiga:-
Mengenai fungsi Majlis Ugama Islam (MUIB) yang terbesar adalah zakat. Kedudukan MUIB adalah sebuah lembaga yang ada undang-undang tubuhnya sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, dan dalam perlembagaan kedudukannya adalah sebagai penasihat yang tertinggi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi dalam hal ehwal ugama.
Apakah kedudukannya sekarang ini tidak praktikal sehingga lahir pemikiran daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin supaya dijadikan independent body. Jadi, perkataan independent itu sukar untuk dilihat kerana MUIB memang sudah independent. MUIB itu adalah untuk menaungi kegiatan-kegiatan ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Tetapi oleh kerana pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, maka ia tetap bebas dan independent kerana tanggungjawabnya bukan langsung kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kementerian Hal Ehwal Ugama cuma pelaksana kepada rancangan-rancangan yang diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Brunei atau apa-apa perkara yang telah disembahkan atau yang dihadapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ada perkenan untuk dilaksanakan. Jadi pelaksanaannya adalah oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Satu aspek daripada fungsinya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin adalah zakat. Zakat sudah dalam usaha-usaha untuk menubuhkan Jabatan Zakat. Sudah ada ketetapan dan sudah ada langkah-langkah untuk realisasikan penubuhan jabatan tersebut.
Jadi dengan penubuhan itu, Majlis Ugama Islam Brunei akan lebih kelihatan berfungsi di samping ianya di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama tetapi fungsinya zakatnya itu akan lancar. Kalau inilah ditunggu-tunggukan maka mudah-mudahanlah, kita berdoa kepada سبْحانهُ وتعال َٰى ِ أ هpenubuhan Jabatan ُ لِل Zakat itu akan terlaksana dalam masa yang tidak lama lagi.ان شاء هللا.;
Perguruan Ugama yang dahulunya dikenali Maktab Perguruan Ugama sebelum dinaikkan tarafnya Kolej Ugama Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Pada masa itu, kita pun belum terfikir untuk mengadakan pengajian tinggi hatta UNISSA tertubuh kemudian selepas KUPUSB. Oleh kerana itu, ianya merupakan satu pengajian tinggi tetapi bersifat ataupun berintipatikan pendidikan dan perguruan. Cuma kelulusannya lebih luas dan meningkat mengikut fakulti-fakulti seperti Syariah.
Tetapi semua jurusan-jurusan adalah jurusan perguruan dan ilmu pendidikan yang diajarkan. Jadi lepasan-lepasan dari Maktab Perguruan Ugama adalah lepasan-lepasan yang berkelayakan dalam pengajian islam, berpendidikan ilmu Islam dengan ilmu-ilmu Islamnya yang sedia ada.
Soalannya, mengapa sekarang lepasan-lepasannya tidak semuanya menjadi guru. Perkara ini berbangkit dengan semakin ramai anak-anak negara yang sudah berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam dari luar negera bukan sahaja di Mesir, Jordan dan Malaysia bahkan dalam negera pun sudah ada seperti UNISSA.
Jadi bilangan mahasiswa-mahasiswa lepasan daripada pengajian tinggi ini memanglah berada dalam market untuk bekerja dan untuk berkhidmat dalam bidang keugamaan termasuklah perkhidmatan sebagai guru. Lepasan-lepasan daripada perguruan KUPUSB bersaing dengan lepasan-lepasan daripada pusat-pusat pengajian tinggi Islam di dalam dan luar negera.
Kelainan yang sangat nyata ialah pada tahun 70an hingga ke 90an bahawa maktabini sebenarnya untuk mengeluarkan mahasiswa untuk jadi guru. Skimnya itu betul sebagaimana Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin sebutkan dan. Kerana itu ia di tailored untuk guru, berdasarkan keperluan setahun. dan pengambilan setahun tidak lebih daripada 120 orang.
Keperluan setahun adalah antara 90 orang hingga 100 orang dan mengambi kira tidak semuanya akan lulus, maka yang akan ada dalam sasaran memerlukan guru-guru ugama adalah 90 orang dengan 100 orang. Jadi mereka itu memang ditailored untuk berkhidmat sebagai guru ugama.
Kesedaran mengenai halal. Sebenarnya seperti yang diharapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya orang ramai alert akan kesedaran mengenai kedudukan kehalalan permakanan di negara ini. Label bagi produk dan sijil halal bagi tempat adalah cuma satu jaminan yang menyatakan bahawa asal usul satu perkara dalam perkara ada syubhahnya. Syubhahnya itu maknanya kita tidak boleh memakannya kalau misalan daging sudah tentu kalau disembelih. Kita tidak mengetahui ia disembelih atau tidak maka yang syubhahnya kita mengadakan peraturan-peraturan penyembelihan dan setelah peraturan-peraturan dijalankan kita memberikan pensijilan.
Sejauh mana ini dapat dalam istilah sebutan orang Brunei ‘tekabirkah’ Jabatan Hal Ehwal Syariah yang menangani Bahagian Makanan Halal ini, ‘tekabirkah’ mereka dalam keadaan ini. Inilah soalnya kalau kita kan menambahkan tenaga-tenaga sahaja memang selama-lamanya tambah-tambah pun memang tidak kecukupan, tetapi yang penting sekali diharapkan ialah cara kerja yang mesti dibaiki.
Inilah pembaikan-pembaikan yang sedang berjalan dilakukan di bahagian tersebut di samping orang ramai sendiri mempunyai kesedaran. Kesedaran itu ialah dengan memberikan maklumat-maklumat yang tepat, kalau ada sebarang keraguannya terus dihantar kepada pihak yang berkenaan.
Cadangan untuk menghubungi pihak-pihak yang berkenaan pemegang sijil halal yang sudah mansuh dan sebagainya itu melalui sms ataupun apa yang sekarang ini berjalan sudah dilakukan adalah satu cadangan yang baik dan kaola mencatit untuk ia disampaikan kepada yang berkenaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Yang Berhormat Pengerusi. Kaola terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama membincangkan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Kaola juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ke atas pembentangan belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta menjelaskan hala tuju Kementerian Hal Ehwal Ugama tersebut.
Yang Berhormat Pengerusi. Apa yang sama-sama kita maklumi Badan Tanmiah Majlis Ugama Islam Brunei ditubuhkan sebagai entiti kepada Majlis Ugama Islam Brunei dalam mengendalikan tugas-tugasnya dalam merancang danbertindak bagi menguruskan kewangan Majlis Ugama Islam Brunei.
Badan ini juga berperanan mengurus dan mengendalikan hal ehwal harta alih danta’alih dari Kumpulan Wang Majlis Ugama Islam Brunei yang terletak di tangan Majlis Ugama Islam Brunei dengan melaksanakan rancangan-rancangan pelaburan yang bersesuaian.
Matlamat dan fungsinya ianya adalah juga untuk mengembang majukan Harta Kumpulan Wang Majlis Ugama Islam Brunei melalui rancangan pembangunan yang teratur dan berkesan serta pelaburan yang patuh syara’. Apa yang kaola sendiri dapat perhatikan padamasa ini Badan Tanmiah telah aktif melabur secara konvensional yang berbentuk rumah-rumah sewa dan bangunan-bangunan perniagaan.
Kaola berpendapat mungkin sudah tibamasanya Badan Tanmiah ini menerokai untuk mempelbagaikan bentuk pelaburan sama ada dalam bidang perindustrian dan perusahaan yang patuh syariah yang boleh mendatangkan manfaat dan mendatangkan impak sosio-ekonomi yang signifikan kepada masyarakat dan negara.
Walau bagaimanapun, ianya memerlukan penelitian tentang availability satu projek yang berkenaan untuk dikendalikan. Ini sebagai misalan sahaja kalau sekiranya ada rancangan untuk membuat kilang pemprosesan dan pembuatan lada dan tomato secara berskala besar.
Produk lada dan tomato ini boleh juga diusahakan penanamannya sama ada dalam kalangan asnaf-asnaf yang menerima zakat atau pun mereka yang dalam kalangan penerima-penerima bantuan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan mungkin juga pengusaha-pengusaha tempatan boleh bertanam dan mengeluarkan lada atau tomato ini untuk disupply kepada kilang yang berkenaan.
Di samping itu juga, ia akan mendatangkan hiliran industri sama ada membuka kilang pembuatan botol atau pun pembuatan packaging dan lain-lain.
Segala pengeluaran-pengeluaran ini kemungkinan juga akan boleh digunapakai oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang memerlukan produk-produk tersebut.
Dengan tidak langsung juga jika sekiranya ada industri hiliran sudah setentunya ia akan memberikan peluang banyak pekerjaan kepada anak-anak tempatan termasuk juga apa yang dimaksudkan ini penerima-penerima bantuan ataupun penerima zakat dan juga penerima-penerima bantuan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Apa yang mustahak yang ingin kaola tekankan di sini ialah kita cuba untuk membuka minda mereka yang berkenaan supaya kita serapkan tatacara untuk mereka berdikari bukan sahaja sepenuhnya bergantung kepada bantuan-bantuan daripada badan-badan yang berkenaan.
Secara ringkas di sini kaola ingin menyarankan supaya cara ini akan dapat dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya jika difikirkan bersesuaian.
Negara Brunei Darussalam juga berhasrat untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Begitu juga sering kita dengar dan laungkan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara zikir. Seluruh rakyat dan penduduk negara ini menjunjung tinggi dan mendukung hasrat baginda.
Masalahnya sekarang mungkin ada ‘kewahaman’ dan dan juga belum berasa faham apa yang dimaksudkan negara zikir yang patut kita berigakan kepada orang ramai supaya kita akan dapat mencapai apa yang dimaksudkan negara zikir tersebut. Dari itu, di sini kaola ingin pencerahan apakah yang dimaksudkan yang sebenarnya ciri-ciri untuk menjadi negara zikir tersebut.
Apakah strategi-strategi atau inisiatif-inisiatif yang lebih efektif dan juga berkesan bagi kita menjurus ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara zikir.
Ketiganya ingin kaola menyentuh Jawatankuasa Takmir Masjid yang mana perkara ini telah juga disentuh oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Kadangkala Jawatankuasa Takmir Masjid ini bukan sahaja merancangkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti keugamaan malahan juga berbagai-bagai aktiviti berkebajikan dan kemasyarakatan semata-mata bagi menggabungkan dan juga mewujudkan kerjasama kepersefahaman dalam masyarakat setempat di samping juga untuk menyemarakkan masjid.
Terdapat juga ada permohonan-permohonan atau cadangan-cadangan Jawatankuasa Takmir Masjid ini untuk memohon untuk mendapatkan derma kutipan membuka tabung untuk memberikan bantuan kepada masayarakat di setempat itu kepada golongan-golongan yang kurang mampu, anak-anak yatim, ada kadang-kadang untuk membeli kereta jenazah dan menaik taraf bilik jenazah dan seumpamanya.
Apa yang kaola ingin timbulkan di sini ialah kelamaan tempoh mendapat kebenaran yang sering mereka timbulkan terlalu lama kadang-kadang banyak kertas kerja harus dihadapkan dan begitu juga detail-detail yang diperlukan.
Oleh demikian kaola menerangkan di sini supaya tatacara menghadapkan permohonan dan proses kebenaran itu akan direviu dan dikemaskini supaya akan dipercepatkan dan dipermudahkan bukannya dilambatkan bagi membolehkan Jawatankuasa Takmir Masjid iu akan bergerak cepat apatah lagi untuk kemaslahatan dan kepentingan masyarakat dan persekitaran kampung berkenaan.
Ini pernah berlaku ada yang ingin mewakafkan hartanya untuk menaiktaraf bilik jenazah tetapi oleh sebab belum ada kebenaran terpaksa ditangguhkan. Isu-isu ini perlulah kitani sama-sama fikirkan untuk kebajikan bersama.
Akhir sekali ingin kaola mengutarakan di sini juga ialah tentang sama juga pemprosesan mendapatkan sijil halal. Kadang-kadang permohonan dihadapkan kepada pihak berkenaan terlampau banyak detail dan checklist yang sangat-sangat panjang adalah tidak dinafikan mereka ini juga bertanggungjawab mengikut prosedur-prosedur yang tertentu bagi memastikan dan kesahihan kehalalan sama ada di restoran atau pun di tempat-tempat perniagaan. Ada yang sehingga memakan masa lebih setahun, dua tahun. Bagaimana dengan kedudukan peniaga-peniaga ini, adakah mereka akan meneruskan perniagaan?
Sedangkan mereka telah mengeluarkan kewangan beribu-ribu ringgit, mungkin beratus-ratus ribu ringgit tetapi mereka masih lagi menunggu dan kadang-kadang ditanyakan masih dalam proses, diperiksa balik-balik.
Apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah supaya akan dikaji atau dikemaskini, dipermudahkan tatacara memproses untuk mendapatkan sijil halal ini bagi kemanfaatan dan bagi menggalakkan peniaga-peniaga tempatan akan terus maju dan berkecimpung dalam hal ehwal perniagaan dan perusahaan mereka.
Itulah beberapa isu yang kaola ingin timbulkan di sini, sekali lagi kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk sama-sama membincangkan dalam hal ehwal perbelanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekian, و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة.وباهلل التوفيق والهداية هللا وبركاتُه
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.
Sesungguhnya perkara-perkara Yang Berhormat bangkitkan itu ialah perkara yang sangat-sangat difikirkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam erti kata memperbaiki mutu perkhidmatan.
Kaola kembali kepada misalnya kelambatan mendapatkan kebenaran untuk membuka tabung derma ataupun kelambatan dalam memproses permohonan sijil halal.
Semua perkara ini kaola dapat menyatakan bahawa pemikiran-pemikiran dalam kementerian ialah pemikiran untuk memperbaiki sebagaimana Yang Berhormat hasratkan.
Input daripada Yang Berhormat sangat berguna dalam hal ini dan kaola harap ia akan dapat dipertimbangkan, mana-mana yang benarnya akan dapat diperbaiki di sana sini.
Pada hakikatnya untuk seorang akan berwakaf tidak memakan masa sehingga ‘nuhun nafsunyakan inda jadi’ rancangannya untuk berwakaf kerana menunggu. Ia boleh terus kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam dan kalau perkara itu setakat berwakaf perkara yang biasa, ان شاء هللاSetiausaha Majlis Ugama Islam akan memprosesnya seperti biasa dan kaola rasa kalau ia diperlukan sangat dalam masa sebulan atau tidak sampai sebulan pun boleh dilakukan.
Tapi kalau dilakukan melalui masjid kepada Jabatan Masjid, Jabatan Masjid kepada Masjlis Ugama Islam, itulah antaranya prosedur yang mesti abis kaola melihatnya untuk diperbaiki.
Sijil halal pun Yang Berhormat memang ada input-input atau pun kemasukan daripada luar mengkehendaki supaya kalau macam ini cara pengurusan, ia bukan sahaja akan mendatangkan kemudahan kepada orang ramai tetapi mendatangkan kesusahan kepada orang ramai jadi hasrat wujudnya sijil halal dan label halal itu untuk menjamin kehalalan permakanan para pengguna Brunei akan tidak sampai disebabkan oleh kelemahan-kelamahan yang terdapat.
Oleh kerana itu, abis kaola memang ke arah itu yang sebenar dilakukan dan input-input daripada semacam abis Yang Berhormat. Tinggal lagi seperti kaola kepada bahagian yang berkenaan, apabila mereka tidak mendapat sepenuhnya keterangan-keterangan yang diperlukan.
Jadi hal itu berbalik-balik kerana prosedur yang kaola rasa tidak friendly itulah dianggap oleh orang ramai menjadi satu masalah yang patut segera diperbaiki.
Mengenai Badan Tanmiah itu Yang Berhormat memang sebenarnya konvensionalnya ia badan menguruskan untuk mengembangkan harta Majlis Ugama Islam yang terdiri daripada harta-harta wakaf atau pun harta-harta yang lainya dan pada masa ini yang terdapat ialah conventionalnya, modalnya itu ia berusaha dalam bidang hartanah (property) melalui rumah sewa atau pun ‘nya orang’ kedai-kedai sewa, pejabat-pejabat dan sebagainya.
Hal ini pun sudah dalam 3 ke 4 tahun yang terakhir ini Majlis Ugama Islam bukan isu sebenarnya inilah sudah yang difikirkan oleh majlis dan diputuskan sebenarnya Yang Berhormat, majlis memutuskan untuknya diberikan modal bahan bagi memasuki pelaburan-pelaburan alternatif. Ada rancangan-rancangan yang sudah disediakan peruntukannya dan diluluskan. Pada akhirnya tidak dapat dilaksanakan oleh partner yang berkenaan misalannya urusan-urusan dengan perniagaan tersebut. Nampaknya tidak menjamin keselamatan harta Majlis Ugama Islam dan sebagainya. Itulah antara perkara-perkara yang menjadikannya.
Jadi hal-hal yang sedemikian ini pun difikirkan ada caranya dan ada sebabnya maka sedemikian itu terjadi. Pada misalannya ialah kitani bersungut orang-orang islam perusahaannya dalam pertenakan ialah kerana mereka tidak cukup modal untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bukan perusahaan menambah reban. Ertinya seperti menyediakan makanan ayam dan salah satu misalannya saja.
Ini diperlukan kerana di bidang ini sepatutnya kitani sama-sama berfikir. Sejauh ini belumlah kitani dapat menemukan yang cara sedemikian. Melainkan kitani akan joint venture dengan syarikat-syarikat yang sudah sedia ada, yang memerlukan injection modal dan Majlis Ugama Islam membenarkan Badan Tanmiah dengan peruntukan sedemikian dan perundingan-perundingan ke arah perkara ini, bagi yang sudah gagal tetap akan gagal dan yang akan datang mudah-mudahan dapat dilakukan.
Badan Tanmiah baru-baru ini bersama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat lawatan ke luar negeri untuk melihat the best practices untuk pengembangan harta ini.
Jadi mereka sudah mendapat input-input diperkirakan dan mudah-mudahan ada faedahnya kepada Majlis Ugama Islam dan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengemukakan rancangan-rancangan yang boleh dilaksanakan dengan sebaik-baiknya bagi tujuan mengembangkan harta Majlis Ugama Islam. Sebagaimana Badan Tanmiah itu ditubuhkan.
Contoh-contoh yang Pehin berikan itu maknanya untuk perusahaan-perusahaan yang sedemikian itu memanglah kalau dalam orang-orang yang asnaf yang mengikut rancangan-rancangan Program Pemberdayaan Zakat Asnaf (PROPAZ), baik sama ada mereka mengikuti latihan-latihan di Pusat Pembangunan Belia atau di mana-mana dalam industri yang memberikan mereka latihan, mereka ini memerlukan modal dan modal tersebut diperolehi daripada zakat juga dan tidak perlu ke Badan Tanmiah tetapi masih juga kegagalan akan terjadi apabila mereka sendiri tidak berupaya untuk mengembangkan usahanya dan sebagainya.
Ini satu aspek lain lagi. Ada keperluan, bukan sahaja untuk kemahiran untuk membuat sesuatu untuk bekerja tetapi ada keperluan untuk memahami urusan-urusan perniagaan. Dalam hal ini, kaola memuji usaha yang dilakukan oleh Pusat Dakwah Islamiah bersama dengan inisiatif daripada bank Islam dan sekarang ini mualaf entrepreneurs.
Nampaknya mereka itu boleh berkembang, ان شاء هللاdengan sokongan-sokongan dan usaha-usaha yang betul mereka boleh melakukan.
Berbanding dengan asnaf yang lain setakat ini tidak dapat kitani merecordkan kejayaan yang sudah diperolehi mereka melainkan kejayaan mereka perseorangan mungkin ada.
Kaola akan menjawab mengenai dengan Negara Zikir ini. Kaola rasa memadai sahaja dahulu setakat ini kaola bercakap Negara Zikir daripada apa yang sudah “didangah-dangahkan” (diberigakan) dan diterangkan melalui ceramah dan majlis-majlis ilmu ialah dalam negara ini atau isinya ini adalah orang yang ingatkan للا.
Kitani duduk di sini pun kitani ingatkan للا, kitani di mana-mana pun ingatkan للا atau ringkasnya bekerja ingatkan للا, dalam bidang apapun ingatkan للا.
Berbusiness ingatkan للا, jadi semua dalam negara itu menuju ke arah tersebut. Ini bukan sahaja secara ceremonials tetapi dengan kefahaman kitani ingatkan zikir maknanya negara yang ingatkan للا.
Jadi apa juga ciri-ciri kenegaraannya, apa jua keperluan-keperluan dalam kenegaraan itu ialah selaras dengan mengingat للا dalam bentuk apa pun jua dan selaras dengan mengingat للا. Perkara ini sudah banyak diberigakan (didangah-dangahkan) dan kaola rasa tidak patut ada lagi kekeliruan. Tetapi untuk menambahkan kefahamannya sebenar-benarnya, kaola rasa apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat Pehin itu boleh difikirkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama atau mana-mana jawatan- jawatan yang berkenaan dalam bidang keugamaan sekarang ini untuk sama- sama meluaskan lagi sosialisasi negara zikir ini kerana Kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri ada strategik mengenai مقاصد شرعية.
Untuk melaksanakan مقاصد شرعيةini dalam pemahamannya pada masa ini proses- proses memahamkan مقاصد شرعيةsedang menyediakan indeksnya.
Jadi kaola rasa negara zikir pun boleh dilakukan secara sedemikian secara berterusan, pemahaman yang sebenarnya apa yang akan dibuat. Jadi kaola rasa hal sedemikian tidaklah patut ada keraguan lagi bahawa apa yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebagai Negara Zikir ialah di mana kitani mengingat للا.
Mengingat للاitu timbullah ketaatan, timbullah rasa kekusyukkan kitani. Timbullah rasa bahawa kitani hanyalah hamba للاdan apa-apa jua kepercayaan kitani datang daripada للاdan hanya kepada للاsemata-mata. Itu yang kitani harapkan Yang Berhormat.
Kaola rasa ‘rapus’ (lengkap) sudah keempat-empat perkara soalan yang sudah kaola jawab. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. .ُالسَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati. Soalan berkenaan dengan kehalalan makanan import. Barang kali Yang Berhormat Pengerusi, perkara ini melibatkan beberapa kementerian-kementerian.
Pandemik COVID-19 telahpun memberikan impak yang amat ketara kepada bekalan makanan halal import. Kesan yang signifikan adalah amat dirasai sejak penutupan sempadan negara pada tahun 2020 hingga tahun 2021. Semasa tempoh tersebut rakyat jelata di Negara Brunei Darussalam mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan import bagi daging mentah seperti lembu, kerbau dan kambing dan daging proses beku seperti nugget dan sosej.
Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh agensi-agensi berkaitan yang perkara ini adalah disebabkan oleh pegawai pemerhati tidak dapat melaksanakan pemerhati halal di luar negara masa tempoh tersebut.
Syukur أ ْلح ْمدُ ِ هلِلatas inistiaf pihak kerja tugasan pemerhati juga dibantu oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk memastikan bekalan negara akan mencukupi.
Soalan kaola ialah:-
Kaola ingin mendapatkan pencerahan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama. Adakah daging dalam tin yang diimpot seperti Kari Ayam yang dari Malaysia atau Cornbeef dari Brazil ataupun China memerlukan pemeriksaan oleh Pegawai Pemerhati (BKMH) Bahagian Kawalan Makanan Halal sepertimana yang dilaksanakan terhadap daging mentah dan daging berproses. Kalau daging mentah atau berproses ianya adalah di bawah Akta Daging Halal (183) dan kalau daging dalam tin di bawah Akta Kesihatan Awam Makanan Penggal (182), iaitu Kementerian Kesihatan.;
Sekiranya tidak diperlukan bukan pemeriksaan halal, adakah cop halal yang dikeluarkan daripada negara luar sepertinya Malaysia yang dapat di lihat pada makanan tin itu cukup memadai untuk diperakui pada daging impot berproses.?; dan
Soalan ini ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Adakah pihak kementerian ini meneliti dan menilai risiko Daging Proses Dalam Tin yang di impot dari segi penyakit-berjangkit dan keselamatan makanan sebagai contoh di negara Australia. Mana-mana makanan terutama sekali yang berasaskan daripada haiwan memerlukan penelitian daripada penyakit-berjangkit dan keselamatan makanan sebelum ia dibenarkan masuk ke negara tersebut.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Hal Ehwal Ugama kerana memberikan mukadimah dan pembentangan tadi. Yang Berhormat Pengerusi, itulah soalan-soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Apa yang disoalkan, ialah berhubung dengan barang produk berupa daging dalam tin dan barang produk yang siap untuk di makan. Adakah ia memerlukan pengesahan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama di bawah Undang-Undang adakah atau tidak.
Setakat ini tidak ada kehendak-hendak sedemikian dapat dilakukan. Cuma Yang Berhormat ada kemukakan tadi ia di bawah kawalan makanan. Disinilah ada semacam kolaborasi daripada segi pengurusan pendtadbiran saja. Pihak badan yang bertanggungjawab mengenai kesihatan makanan kalau perkara itu berhubung dengan makanan mereka akan berunding dengan pihak Jabatan Syariah Kawalan Makanan yang Halal.
Sebahagian kepada satu peringkat dahulu, perkara untuk menghalalkan itu sendiri makan yang sedemikian sendiri itu diserahkan kepada Bahagian Jabatan Syariah Kawalan Makanan Halal.
Tapi pada masa ini, tertentu dengan dilaksanakan di bawah Undang-Undang oleh Kementerian Kesihatan sebagai cara untuk kerjasama dari segi halal pihak yang berkenaan itu meminta kerjasama untuk kehalalannya. Memanglah sulit, kerana sekarang ini juga ada macam ke wahaman antara produk yang sudah siap untuk di makan dan siap di masak. Produk-produk daging seperti ayam dan daging dengan yang cuma dikehendaki itu ialah yang untuk membekalkan daging mentah.
Jadi perkara ini kaola memohon untuk koala dapat merujuk lebih teliti lagi Yang Berhormat Pengerusi untuk dapat memberikan jawapan yang boleh meyakinkan. Kaola saja bercakap di sini kaola rasa mungkin kaola faham akan menyebabkan yang lain pun waham.
Ini biarlah kaola merujuk di pihak-pihak berkenaan di bawah pihak kaola di Bahagian Makanan Halal untuk membantu kaola menjelaskan atau memberikan pencerahan tentang kedudukan perkara ini.
Itu kedua-dua soalan kepada kaola. Soalan kepada MPRT itu tertakluk kepada kebijaksanaan Yang Berhormat Pegerusi sama ada rakan kaola, Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berkenaan untuk tampil memberikan jawaban, terima Kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Okey¸ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته. Disini kaola ingin memberi pencerahan sikit mengenai dengan peranan Kementerian Kesihatan dalam proses halal ini.
Jadi kalau ada pihak dari syariah memberi misalan ada daging berproses untuk dipastikan kehalalnya. Jadi Jabatan Saintifik membuat analisa sama ada khinzir atau sebaliknya dalam barang tersebut contoh mencertified daging halal itu tidak ada campuran yang lain. Dan mungkin juga ada kewahaman orang, macam negeri ini mengucapkan halal, sudah Brunei mengcek tidak halal.
Di sini saya ingin menerangkan sikit lah jadi ia tertakluk pada apa yang di buat di lab, mengcek kehalalan ini bermacam-macam prosesnya. Kadang-kadang kalau untuk memudahkan kalau misalan mesin itu ada 100 bahagian ia boleh mendetect satu tidak halal. That's one in hundreds chance lah itu. Itu kekuatan mesin itu untuk mengcek halal atau tidak halal.
Tetapi kalau mesin itu lebih spesifik atau sensitif lah satu dalam 100,000 ia boleh mengdetect jadi kekuatan mesin itu untuk mengesan khinzir itu walaupun ia setitik dalam 100 ribu ia boleh mengdetect thats mean the machine is sensitive lah.
Jadi di sini kadang-kadang orang lain menerangkan ’eh negeri lain halal jua di Brunei pulangkan belabih-labih inda halal’. Hanya mesin yang ada di kitani buat ini is quite sensitive. Ia setitik dalam seratus ribu ia boleh mendetect, Kalau di tanya negeri lain apa yang membuat ia macam misalan satu dalam 100 saja, Disanalah perbezaannya.
Jadi, apa yang dinyatakan di sini bukan nya kitani mesin yang kitani buat itu untuk memastikan kehalalan itu, we Kementerian Kesihatan, terutamanya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama yang jadi kitani mahu memastikan kehalalan itu.
So that’s why perbezaan kadang-kadang mengenai isu kehalalan dari negeri kitani dan negeri yang lain. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai soalan tadi. Just to menambah saja apa yang telahpun di utarakan oleh rakan sejawat, Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi daging import dan daging beku dan juga life animal. Ia memerlukan veterinaries health certificate. Itu diperlukan untuk memastikan sumber binatang dan daging itu adalah free from disease.
Kalau berkenaan dengan daging berproses sudah ia bemasak sudah yang bertin, I think masa ini ada agensi yang berproses ini sudah is mainly di bawah Brunei Darussalam Food Authority. Normally there will require health certificate daripada pengeksport. Health certificate yang diproses itu.
Jadi abis kaola frozen and life we require vet certificate itulah Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan salam sejahtera.
Lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama atas ucapan mukadimah mengenai inisiatif-inisiatif yang dirancang ke arah memperkasa Syiar Islam melalui pemeliharaan atau pun promosi ugama, nyawa, akal, keturunan serta harta dalam pengurusan dan pentadbiran kementerian demi kemaslahatan rakyat serta penduduk di negara ini ان شاء هللا .
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola merujuk kepada Inisiatif Mengenai Pemeliharaan Harta Khususnya Yang Berkaitan Dengan Pengurusan Zakat Harta Kod Akaun 001/000.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, berkaitan zakat harta ini kaola merujuk pada mukadimah tadi mengenai isu yang melibatkan kutipan zakat harta yang tidak menunjukan peningkatan yang ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, berbanding dengan pemohon-pemohon zakat yang semakin meningkat.
Isu ini adalah pada pandangan kaola sangat significant untuk Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama timbulkan juga di dalam Dewan yang mulia ini kerana pada pandangan kaola isu kutipan zakat harta ini perlu ditangani secara holistik agar kemiskinan di negara ini mencapai tahap sifar menjelang tahun 2035 sepertimana hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda di Istiadat Pembukan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2008.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu hasil kutipan zakat yang kurang seimbang ini pada pandangan kaola harus juga dikenalpasti puncanya.
Untuk kitani membuat pembaikan-pembaikan yang berkaitan, kenapa berlaku perkara ini.Ia mungkin disebabkan pelbagai faktor. Jadi antara faktor yang dikenal pasti boleh menyumbang kepada kurangnya kadar kutipan ini atau pun ianya tidak bertambah ialah:-
- Kerana kurang kesedaran atau pun kefahaman masyarakat mengenai jenis-jenis zakat harta ini.
- Mengenai kewajipan.
- Juga kepentingan mengeluarkan zakat ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola percaya di negara kitani Brunei Darussalam ini. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلbanyak rakyat-rakyat kitani ini yang pemurah dan tidak akan keberatan untuk menunaikan tanggungjawab mereka selaku pembayar atau pun pengeluar zakat. Cuma barangkali kurangnya kesedaran itu. Pada pandangan kaola kerana zakat harta ia macam-macam sebagaimana yang kitani tahu.
Jadi mungkin ada segelintir rakyat yang kurang tahu bahawa ia sudah termasuk dalam golongan orang-orang yang wajib membayar zakat. Misalnya zakat wang simpanan, zakat pendapatan.
Pada pandangan kaola perkara ini perlu pemberigaan yang meluas mengenai hal ehwal zakat harta ini menjelaskan pada masyarakat awam, apa jenis zakat harta yang wajib dikeluarkan itu sebab apabila kaola bertanya-tanya kebanyakannya yang menjawab orang bisnes, yang orang kaya-kaya, orang yang zakat emas, perak.
Jarang orang menyebut ada yang tidak tahu pendapatan itu ada zakatnya apabila cukup haul dan nisabnya.
Jadi pemberigaan yang meluas mengenai ini menerusi platform-platform yang ada secara berterusan bukan sahaja untuk satu tempoh.
Kitani sebarkan kepada masyarakat dan rakyat di Brunei ini mengenai zakat harta ini. Siapa orangnya yang wajib mengeluarkan zakat itu.
Untuk tempoh atau pun secara konsisten di media-media sosial di dalam khutbah, di dalam seminar-seminar kitani adakan halakah-halakah ilmu mengenainya. Kitani uar-uarkan kepada masyarakat awam.
Itu pandangan kaola salah satu sebabnya. Kemudian masyarakat jua kurang maklum mengenai dengan pengurusan hasil kutipan zakat yang telah dikeluarkan. Maksudnya ke mana zakat itu, siapa menerima, berapa jumlahnya misalnya.
Pada pandangan kaola perkara ini perlu diistyharkan pada setiap tahun setelah agihan-agihan itu dibuat. Ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat awam bagi tujuan meningkatkan kepercayaan mereka khususnya yang telah mengeluarkan zakat itu ke mana zakat dorang itu dikeluarkan. Siapa, golongan mana, berapa penerimanya, berapa ramai dan berapa ramai yang membayar zakat itu.
Satu lagi yang kaola rasa antara penyumbangnya kepada kutipan yang kurang meningkat ini adalah kaedah pembayaran yang masih jua sebahagiannya ditahap tradisional. Maksud kaola ini, masih jua terpaksa membayar cash dan seumpamanya. Contohnya pengiraan zakat emas hendaklah dibawa ke pihak-pihak di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Jadi dengan memudah cara kaedah-kaedah pengiraan zakat dan kaedah-kaedah pembayaran zakat.
Ini sedikit banyak kaola rasa akan memberikan kesenangan kepada masyarakat kitani. Sebab masyarakat sekarang ini ia lebih suka pembayaran dalam talian menggunakan misalnya Mesin-Mesin ATM kah dan yang seumpamanya.
Jadi pemudah-pemudah cara yang macam ini ان شاء للاkaola rasa akan memberi kesenangan kepada masyarakat untuk menjelaskan atau menunaikan tanggungjawab dalam hal ehwal pembayaran zakat ini. Contoh pengkiraan zakat emas situ mungkin kitani boleh melibatkan masjid-masjid untuk orang ramai bertanya mengira harta emas ataupun perak yang diperolehi yang durang terdapat ataupun di kedai-kedai emas.
Walaupun di kedai-kedai emas ini kebanyakkannya dimonapoli oleh golongan yang bukan islam cuma dari segi pengkiraan timbangan berat harta emas dan perak yang diperoleh itu kaola rasa tidak ada masalah untuk pihak-pihak berkenaan menimbang kerana mereka mempunyai pakar-pakarnya sekadar menimbang berapa berat atau jumlah harta emas dan perak yang mereka terdapat itu.
Dalam hal ini juga, kaola sukacitamencadangkan jika difikirkan bersesuaian untuk dibincang dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk membina satu sistem kebangsaan pengurusan zakat seperti mana sistem- sistem pengurusan yang giat dibina dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain dalam urus tadbir di negara kitani ini, kerana sekaligus untuk mendukung aspirasi negara untuk menjadikan rakyat Brunei Darussalam as a sebagai smart nation menerusi inpirasi digital yang menyeluruh, Jadi dalam proses dalam pengurusan zakat ini kaola rasa ia mungkin boleh difikirkan.
Dalam hal ini juga, kaola sukacita sebelum mencadangkan sebelum sebarang insiatif ini dilaksanakan untuk kitani membuat satu kajian oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat satu kajian yang komprehensif untuk mengenalpasti setakat mana kesedaran dan kefahaman masyarakat Brunei tentang hal ehwal zakat ini dan kepentingannya juga kepada negara dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahl-Ahli Yang Berhormat. Berkaitan dengan Jumlah Asnaf Fakir dan Miskin, koala sukacita juga menarik perhatian semua yang di dalam Dewan yang mulia ini mengenai kaedah pengagihan zakat secara produktif yang dikenali sebagai Program Pengupayan Asnaf Zakat (PROPAZ) yang di bawah urus tadbir Jabatan Majlis Ugama Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sebagaimana yang kitani pernah kenali PROPAZ telah memperkenalkan beberapa program produktif yang menarik sejak awal penubuhannya pada tahun 2007 sebagai salah satu usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk menangani isu kemiskinan dan membangun sosial golongan Asnaf di negara ini. Walau bagaimanapun, kejayaan program-program berkenaan memerlukan kerjasama padu semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta dan NGO’s yang ada di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola tertarik dengan satu kajian salah seorang mahasiswi sarjana daripada Falkuti Pengurusan Pembangunan Islam (UNISSA) mengenai program-program PROPAZ dari tahun 2008 hingga 2013 yang telah menunjukkan kesan positif dalam membantu meningkatkan ekonomi peserta dan mengurangkan sedikit kadar kemiskinan tersebut.
Jadi dalam hal ini kaola mencadangkan agar program-program PROPAZ itu ditambah baik pengupayaannya itu. Ini kerana kaola berpandangan pelaksanaannya perlu dinilai semula kerana untuk masa sekarang ini kaola kurang mendengar. Barangkali Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama boleh memberikan pencerahan juga disini mengenai program-program PROPAZ yang ada masa ini dan pengurusannya.
Bagaimana ia diuruskan serta keberkesanannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Dalam usaha untuk menambah baik program-prgoram PROPAZ ini, kaola juga berpandangan untuk penilaian semula segala kelemahan-kelemahan yang ada dalam pelaksanaan program itu untuk dibuat pembaikan-pembaikan.
Kemudian mencadangkan juga untuk penerapan Ilmu Fardu Ain kepada golongan asnaf dan memberikan pengetahuan kepada mereka dan kepada masyarakat juga mengenai kelebihan orang yang berusaha sendiri itu dari sudut pandangan ugama kitani dan pemantauan serta penilaian dan sokongan yang berterusan mestilah dilaksanakan sehingga golongan ini benar-benar berjaya dan mampu menyara sendiri kehidupan dan keluarga. Bukannya kitani hanya memberikan bantuan sekadar bantuan sahaja.
Apa yang lebih utama ialah konsep membantu Golongan Asnaf ini untuk membantu diri sendiri, menyara kehidupan mereka dan ahli keluarga serta memberi pendidikan kepada mereka mengenai pengurusan kewangan yang betul dalam keusahawanan ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu seterusnya kaola menghadapkan pandangan mengenai Perusahaan Kecil bidang penternakan yang diusahakan secara persendirian oleh belia-belia tempatan untuk menjana pendapatan tambahan. Dalam hal ini, ianya berkaitan dengan peternakan ayam secara kecil-kecilan yang dilakukan secara persendirian oleh belia-belia.
Isunya ialah mengenai status penyembelihan sendiri binatang tersebut dan prespektif masyarakat awam mengenainya. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Merujuk Bahagian III, Tajuk Pusat-Pusat Penyembelihan Dalam Perintah Daging Segar 2011 yang di bawah Perkara 83(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam ada dinyatakan bahawa penyembelihan binatang hendaklah dijalankan di pusat penyembelihan berlesen ataupun premis yang dibenarkan oleh Pengarah.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman semua yang ada di Dewan yang mulia ini, pusat-pusat penyembelihan yang ada mengenakan bayaran bagi setiap satu ekor binatang ternakan yang disembelih. Jadinya ini setentunya meningkatkan kos operasi pengusaha-penguasa kecil ini.
Oleh itu, untuk mengurangkan kos pengoperasian ini, ada pengusaha yang menyembelih sendiri ternakan yang mereka jual ini. Penyembelihan sendiri ini pula, isunya menimbulkan keraguan dan prespektif negatif dalam kalangan masyarakat awam kerana pengusaha tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pembuktian bahawa penyembelihan mereka itu adalah sah dan diiktiraf. Meskipun mereka adalah orang-orang yang mencukupi syarat sudah melakukan menyembelihan tersebut.
Jadi dalam hal ini kaola memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Bagaimanakah pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil ini meminimumkan kos operasi perusahaan mereka ini. Kerana dalam hal ini ada cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk kaola bentangkan di sini supaya pengusaha-pengusaha kecil seperti ini diberikan sijil penyembelihan iaitu kebenaran untuk mereka menyembelih sendiri ternakan yang hendak dijual itu bagi mengelak keraguan masyarakat awam mengenainya dan sebagai dokumen pembuktian bahawa penyembelihan itu adalah sah dan diiktiraf. Selain itu dengan adanya sijil itu nanti para Pengusaha Kecil ini juga berharap mereka juga akan dapat menjawat pendapatan tambahan dengan freelance mengambil upah menyembelih ternakan di pusat-pusat penyembelihan yang ada jika keperluan tambahan ada di sana.
Jadi dalam hal ini kaola mohon pandangan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenainya. Di samping itu juga kaola merujuk titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac yang lalu mengenai peranan penting PMKS ini dalam menggiatkan ekonomi negara dan usaha-usaha Kerajaan baginda untuk terus mengembangkannya secara sustainable dan berdaya saing.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang terakhir, ini cuma cadangan kaola sahaja berkaitan dengan Promosi Aqal 005/003 dan 005/004 Pengajian Menengah dan Pengajian Rendah. Sesuai dengan peranan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pendidikan ugama di negara ini, kaola sukacita ingin mencadangkan agar pihak kementerian melalui Jabatan Pengajian Islam untuk memperkenalkan satu aktiviti kokurikulum untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah arab dan sekolah-sekolah ugama iaitu aktiviti sukan memanah yang merupakan sunnah رسول هللا صلى هللا عليه وسلمdan digalakkan kepada umat Islam untuk mempelajarinya selain daripada berenang dan menunggang kuda kerana ia boleh memperkasa ummah dan negara. Penerapan aktiviti ini bukan sahaja akan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal bahkan juga mendidik rohani dan emosi pelajar untuk menjadi insan yang berdisiplin dan sabar serta mendidik para pelajar meningkatkan daya tumpuan mereka dan fokus terhadap semua hal terutama pembelajaran.
Ini sesuai dengan sabda رسول هللا صلى هللا عليه وسلمyang bermaksud: ‘Orang yang beriman yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah’
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekianlah sahaja cadangan-cadangan kaola dan terima kasih kaola ucapkan kerana memberi peluang dan kesempatan yang diberikan kepada kaola.
علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ تعالى َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية ُ َو َب َركَاتُهdan salam sejahtera.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Kaola rasa Dewan pun sudah mendengar panjang lebar soalan-soalan di samping cadangan-cadangan. Dalam perkara kutipan zakat sudah tentu kaola mengalu-ngalukan Yang Berhormat Pengerusi kerana dalam mukaddimah tadi kaola mengajak rakan-rakan, sahabat-sahabat sepermesyuaratan untuk memberikan input-input dan input daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam akan kaola catitkan sebagai perkara yang boleh dibawa kepada kementerian khasnya kepada Majlis Ugama Islam Brunei mengenai zakat dan sebagainya tadi megenai cara memahamkan orang ramai.
Bukan orang ramai tidak difahamkan mengenai dengan perkara itu, tetapi kesannya belum lagi sampai kepada yang kita harapkan. Jadi itulah yang hendak kita tuju sebenarnya. Cara-cara dan sebagainya itu ا ِْن شَا َء هللاinput itu Yang Berhormat Berhormat Dayang Hajah Safiah kaola catatkan dengan baik ا ِْن شَا َء هللا.
Ada beberapa dua perkara sebagai jawapan yang serta-merta mengenai status penyembelihan orang perseorangan itu. Yang Berhormat sendiri sudah pun memetik ataupun merujuk peruntukan undang-undang mengenai dengan perkara itu. Penyembelihan mestilah dilakukan di pusat-pusat penyembelihan.
Soalnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat apa kiranya kalau orang-orang perseorangan ini yang mempunyai usaha-usaha penternakan dan menjual hasil ternakannya, menyembelih sendiri dan diberikan sijil dan perkara ini boleh kita fikirkan dalam erti kata yang boleh dilaksanakan dan sebagainya tapi kaola terlebih dahulu biskaola memerlukan detail-detail perusahaan-perusahaan yang seperti itu.
Jadi sejauh mana ia dapat dibantu perkara ini yang dihadapkan oleh Yang Berhormat ini ialah untuk membantu mereka daripada membayar pusat-pusat penyembelihan menghantar hasil ternakan-ternakan mereka di pusat-pusat penyembelihan membayar pusat-pusat penyembelihan menaikkan kos modal mereka maka fikirkan apa cara dan cara itu ialah dengan meminta mereka ini diberikan sijil.
Jadi sudah tentu diberikan sijil dalam erti kata penyembelihan dilakukan di pusat-pusat penyembelihan sudah tentu bertentangan tetapi bagaimana ia boleh dilaksanakan secara tidak bertentangan itu. Itu yang kita akan fikirkan sama-sama Yang Berhormat Pengerusi.
Kegiatan sukan ini adalah satu trend, suatu kecenderungan yang sebenarnya ini Yang Berhormat Pengerusi satu kecenderungan di kalangan orang-orang kitani dan bukan sahaja orang-orang kitani. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلkecenderungan ini datang dari luar negeri sebenarnya. Ertinya hendak mengamalkan sunnah Nabi jadi semua orang yang berkenaan peringkat kanak-kanak, di peringkat sekolah pun hendak diamalkan sunnah Nabi.
Antara sunnah Nabi itu ialah sukan manah dijadikan sebagai kegiatan sukan kokurikulum. Jadi perkara ini boleh dipertimbangkan boleh difikirkan lebih lanjut lagi Yang Berhormat Pengerusi. Oleh kerana kesesuaian ia bukan kitani menolak, mempertikaikan mengenai sunnah, bukan tetapi kesesuaiannya sebagai satu kegiatan persekolahan. Akan kitani fikirkan dari segi itu.
Setengah tempat di negeri ini mengetahui menimbulkan isu-isu keselamatan dalam ancaman kecederaan dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi. Tetapi alasan orang yang lain juga yang menyokong banyak juga sukan-sukan yang boleh menimbulkan risiko-risiko sedemikian yang dilakukan ada latihan menembak dan sebagainya ini bagaimanapun kitani lihatlah pros and cons dalam perkara ini.
Kaola ingin mengingatkan jangan kitani segera mengingatkan satu perkara yang sunnah dilakukan oleh Nabi dan terus kitani akan laksanakan atau ikuti, begitu dengan harapan kitani dalam pelaksanaan sunnah dan mendapat syafaat daripadanya. Mudah-mudahan kitani sedemikian tetapi kita fikirkan juga kesesuaiannya itu Yang Berhormat Pengerusi.
Jadi kaola dapat meningkatkan pencerahan kaola setakat di situ. Input seterusnya mungkin kalau perlu dijelaskan di Dewan ini untuk rekod ان شاء للاkaola akan menjelaskannya kemudian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya juga berpendapat bahawa besar kemungkinan Yang Berhormat Menteri-Menteri lain seperti Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mungkin boleh memberikan input mengenai dengan sukan memanah yang merupakan suatu kesukanan yang sangat diminati oleh orang-orang di sebelah sini.
Saya kira cukup sekian kita berunding mengenai dengan perkara ini setakat ini dan saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa kita ini, kita tangguhkan dahulu dan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya telah difahamkan bahawa pada esok pagi sesi persidangan Majlis Mesyuarat Negara kemungkinannya tidak dapat dihadiri oleh beberapa orang Ahli Kabinet dan juga ada Ahli Yang Dilantik atas sebab-sebab urusan rasmi yang berkenaan.
Oleh yang demikian saya telah membuat keputusan untuk menyambung mesyuarat kita pada esok hari iaitu Hari Khamis, 16hb. Mac 2023M mulai daripada pukul 2.30 petang.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةَ سالَ ُمَّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية ُهللاِ َو َب َركَاتُه
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.