HARI KE-1
2HB MAC 2023
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulis
الرَّ حْ يم ِ ِ الرَّ حْ مَٰ ن ه اللّٰ ِ بِسْم . Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.
MAJLIS MESYUARAT
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه ِ ه اللّٰ ِ بِسْم الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِهِ لِلُ ألْحمْد kita bersyukur ke hadrat ُ سُبْحانه َٰ وتعالى ِ ه لِل أ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke sembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita صلى الله عليه وسلم نبي محمد ,kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman. ِهِ لِلُ ألْحمْد Kita juga memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat mengadakan Mesyuarat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dalam suasana yang lebih sempurna seperti sediakala dalam suasana norma baharu, pasca COVID-19.
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sesungguhnya persidangan yang diadakan pada hari ini adalah sangat signifikan dan penuh gemilang kerana pada hari ini, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Di hadapan kita masih ada perkara yang perlu kita selesaikan dahulu. Oleh yang demikian, saya bercadang ada baiknya kita segera beralih untuk menyelesaikan perkara yang sedemikian.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Perkara II - Meneliti dan Mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang selama 7 hari bermula 23 hb. hingga 30 hb. Rejab 1443H bersamaan 24 hb. hingga 27 hb. Februari 2022 dan 1 hb. hingga 3 hb. Mac 2022M bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat,di hadapan kita sekarang adalah Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah pun dikelilingkan lebih awal lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Saya percaya Ahli Yang Berhormat telah berkesempatan untuk meneliti sepenuhnya minit-minit persidangan tersebut, maka sekarang saya ingin memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat jika ada yang ingin memberikan pendapat ataupun pindaan terhadap minit-minit mesyuarat ini, saya persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin membuat sebarang pindaan ataupun membuat kenyataan setakat ini, maka saya membuat kesimpulan bahawa isi kandungan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas yang telah bersidangselama tujuh hari adalah rekod yang betul dan saya luluskan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebentar lagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Maka bagi membolehkan majlis ini untuk menunggu dan menjunjung keberangkatan baginda ke majlis ini, saya tangguhkan Majlis Mesyuarat ini dulu.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. و َ السَّلاَم ُعَلَيْكُم ْ وَ رَ حْ مَة ُ الله ِ وَ بَرَ كَاتُه
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KELAPAN BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI KHAMIS , 9HB. SYAABAN 1444H BERSAMAAN 2HB., MAC 2023M BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
ِهِ لِلُ ألْحمْد Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua, dapatlah kita berkumpul di Majlis Persidangan yang mulia ini bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada pagi ini.
Beta lebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.
Beta juga mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Baharu Yang Dilantik. Ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih juga beta tujukan kepada mantan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara atas sumbangan mereka dalam persidangan-persidangan Majlis yang lalu. Beta berharap Ahli-Ahli Baharu Yang Dilantik akan dapat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memberikan apa jua pandangan serta bersikap terbuka dengan anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing.
Begitu juga ketika membahas sesuatu perkara, sikap ini juga penting sambil pemikiran jangan lari dari mencari impak positif untuk negara. Inilah masanya untuk berbincang tanpa terikat dengan syarat-syarat yang merugikan. Beta mahu semua Ahli Yang Berhormat hendaklah berfikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar kerana kita sesungguhnya tidak mahu sebarang anasir mungkin mencemari kemurnian “Calak Brunei” kita.
Secara khusus, beta juga berharap supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Kalangan Orang-Orang Bergelar yang mempunyai pengalaman luas akan dapat menjadi teladan terbaik dalam menyuarakan isu-isu yang berbentuk strategik. Manakala perkara-perkara yang bersifat operasi dan taktikal bolehlah dibincangkan bersama agensi-agensi yang berkenaan di luar Dewan Majlis dari semasa ke semasa.
Sangat penting diambil kira ialah cabaran untuk meningkatkan Hasil Kerajaan Beta dan dalam masa yang sama perbelanjaan yang akan dibahas dan diluluskan dalam Mesyuarat MMN nanti akan benar-benar memberi impak positif kepada negara dan rakyat tanpa terlalu banyak membebankan kerajaan beta.
Janganlah lupa, antara isu penting yang perlu diberikan perhatian ialah isu pengangguran. Beta yakin, dengan adanya kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak yang berkepentingan, maka kadar pengangguran boleh di kurangkan sebagaimana telah dicapai sebelum ini iaitu kadar pengangguran menurun kepada 4.9% pada tahun 2021 berbanding 7.3% pada tahun 2020.
Kerajaan Beta melalui Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) sentiasa merancang dan melaksanakan beberapa strategi melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation supaya kebajikan dan kepentingan para pencari kerja tempatan diperkasa dengan latihan semula dan peningkatan ilmu pengetahuan untuk memudahkan mendapat pekerjaan.
Dalam meningkatkan kemahiran profesional anak-anak tempatan di syarikat swasta, di Sektor Pembinaan dan Tenaga, HSE Competency Apprentice Programme telah diperkenalkan untuk membolehkan mereka layak mendaftar workplace safety and health officer (WSHO) atau penyelaras di tempat kerja mengikut piawaian Safety, Health and Environmental National Authority (SHENA).
Kerajaan juga telah memperkenalkan program SkillsPlus untuk memberikan peluang kepada anak-anak tempatan meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran dan program ini telah dilaratkan kepada 4 sektor baharu, iaitu Sektor Tenaga, Pembinaan, Pengangkutan dan Logistik dan HSE.
Semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara yang lalu beta telah pun bertitah mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan kajian yang dilaksanakan bagi penambahbaikan skim persaraan dalam usaha Kerajaan Beta mengukuhkan perlindungan sosial dan inklusif dan mampan yang merupakan salah satu tunjang utama Strategi Jaminan Sosial Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam.
Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang baharu ini akan dapat memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik daripada Skim TAP yang ada pada masa ini dan juga akan menggalakkan ahli-ahli SPK untuk terus berusaha mencari dan mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor swasta, kerajaan atau secara persendirian yang hasil sumbangan tersebut dimasu kkan ke dalam SPK akan menampung pada hari persaraan nanti.
SPK ini, الله شاء ان akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini.
Mengenai komitmen negara ke arah Perubahan Iklim, beta telah memperkenankan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk menjalankan kegiatan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim.
Ini selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara pada mana satu direktif, Inventori Karbon menggunakan Centralized Inventory System yang akan diperkenalkan dalam usaha negara melaksanakan pemantauan dan mengesahkan data gas rumah hijau secara telus, konsisten dan tepat. Dengan maklumat tersebut pada penghujung tahun 2023, Pelan Kebangsaan Adopsi Perubahan Iklim akan dijangka sebagai usaha penyelarasan dan penyesuaian dengan perubahan iklim.
Menyentuh mengenai bidang Ekonomi, mengikut Laporan Ringkasan Annual Census of Enterprises 2021, yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik bagi tahun 2020 Perusahaan Mikro kecil dan Sederhana (PMKS) membentuk 97.2% dari jumlah keseluruhan perusahan aktif Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020. Dengan demikian peranan PMKS adalah sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara dan dengan itu, persekitaran perniagaan harus pula terus diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan menceburi bidang perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang. PMKS juga perlu berani diberi peluang bagi mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara kerana ini akan menghasilkan high value added kepada ekonomi negara.
Pihak Darussalam Enterprise (DARe) telah dan akan menyediakan skim bantuan dan program latihan dan khidmat nasihat untuk dimanfaatkan oleh PMKS. DARe juga telah memudah cara beberapa projek dalam pelbagai sektor utama (priority sectors) yang dikenal pasti seperti sektor agrimakanan dan sektor pembangunan bagi meningkatkan kondusif ke arah menjana lebih banyak aktiviti perekonomian dan mendukung sara diri dan berorientasikan eksport.
Akhirnya, beta ingin mengingatkan sekali lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya akan dapat menggunakan persidangan ini dengan sebaiknya dengan membentangkan isu-isu utama yang strategik yang penting serta sama-sama memberikan buah fikiran dan mencari jalan-jalan penyelesaian yang berpatutan.
Sekian.
DOA SELAMAT
Doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih dahulu marilah kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah pun selamat sempurna dilaksanakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan baginda telah berkenan mengurniakan titah. Bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat untuk bergambar ramai bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan seterusnya untuk berangkat meninggalkan bangunan ini. Maka, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini. Dan kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 11hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 4hb. Mac 2023M, pada pukul 9.30 pagi. Sekian.
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.