Skip to main content

HARI KE-2 PAGI

For Informational Purposes Only

4HB MAC 2023M - PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kedua pada hari ini Sabtu, 11hb. Syaaban 1444H bersamaan 4hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

MAJLIS MESYUARAT

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه ُالْ حَ مْ د َُّّ لِل ُرَ ب َُ الْعَ الَمّ ي kita bersyukur ke hadrat َٰ وتعالى ُ سُبْحانه ِ ه للّ أ kerana dengan limpah rahmat Nya jua kita dapat sama-sama berkumpul hadir pada pagi ini untuk bersidang dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi hari keduanya. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita صلى الله عليه وسلم سيدنا محمد, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan rahmat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ jua, dan keizinan Nya jua pada sebelah pagi hari Khamis yang lepas, ه ِ للّ ُ ألْحمْد Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah selamat selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan baginda telah pun mengurniakan titah.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu jelas mencerminkan kebijaksanaan pandangan jauh dan keprihatinan baginda terhadap hal-ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.

هِ للُّألْحمْد baginda juga telah menimbulkan pelbagai program dan inisiatif yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan baginda dalam menangani isu-isu semasa. Untuk itu adalah menjadi harapan kepada semua pihak dalam negara ini supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat berganding bahu dalam Persidangan Majlis Mesyuarat ini, tidak kira sebagai wadah untuk menyumbangkan buah fikiran dan membincangkan perkara-perkara berbentuk strategik yang menjadi kepentingan kepada rakyat dan negara. Sesungguhnya penglibatan semua pihak termasuklah pihak kerajaan, swasta, pimpinan akar umbi dan semua individu dalam negara ini melalui pendekatan Wh ole Of Government Approach dan Whole of Nation Approach adalah perlu bagi kita dengan secara serius menuju dan mencapai الله شاء ان Wawasan Brunei 2035.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat meneliti sepenuhnya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah dikurniakan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini semasa kita membahaskan Usul Yang Diberi Notis di dalam Perkara V.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Perkara IV. Kertas-Kertas yang akan dibentangkan di atas meja. Kertas No.1 Tahun 2023 oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd.Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

ْ اللّٰ ه ِ الرَّ ح ِ بِسْم مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola dengan segala hormat memohon izin kepadaYang Berhormat Yang Di-Pertua untuk membentangkan di atas meja Kertas No.1 Tahun 2023 iaitu Senarai Perintah-Perintah Darurat yang telah di luluskan dalam tahun 2022 menurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

Terima kasih.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Kertas No.2 Tahun 2023 yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola dengan segala hormatnya memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk membentangkan di atas meja Kertas No.2 Tahun 2023 iaitu Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah membuat kenyataan untuk membentangkan Senarai Perintah-Perintah Darurat yang telah diluluskan dalam Tahun 2022 m enurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

Manakala Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, telah membuat kenyataan untuk membentangkan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2023/2024.

Oleh yang demikian, bagi perkara-perkara tersebut maka saya memberi izin kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk membawa dan membentangkan kertas-kertas yang dimaksudkan itu.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Perkara V, Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

َّ ِ الر ه اللّٰ ِ بِسْم الرَّ حْيم ِ حْمَٰ ن syukur ke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ kerana atas limpah kurnia dan rahmat N ya jua kita dapat hadir di Musim Permesyuaratan Majlis MesyuaratNegara pada tahun ini dalam suasana aman dan harmoni. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita صل محمد نبي وسلام عليه الله kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman. ُوبركاتُه ِ الله ُ ورحْ مة ْ عليْكُم ُ السَّلام dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ه ِ للّ ُ ألْحمْد Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyauratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun ini telah selamat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 9hb. Sya a ban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Sebelum meneruskan ucapan ini, saya lebih dahulu sukacita mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Be rhormat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat sama ada yang telah dilantik semula mahu pun yang baru dilantik.

Pada tahun ini sejumlah besar Ahli Majlis Mesyuarat Negara buat kali pertama menjalankan tugas di majlis ini. Oleh yang demikian, kita semua harus mengambil ingatan bahawa cara Majlis Mesyuarat Negara ini berunding bukanlah menurutadversarial system tentang-menentang antara pihak kerajaan dengan pihak ahli-ahli yang bukan kerajaan, tetapi ialah berbincang secara bermuzakarah untuk mendapatkan maklumat dan keterangan dari pihak yang boleh memberikan keterangan yang dimaksudkan itu. Dalam majlis ini, tidaklah adaopposition, tetapi kita sem ua bekerjasama untuk kepentingan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Di Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan satu Usul yang berbunyi “Majlis ini bersetuju meluluskan satu Usul menyembahkan yang setinggi-tingginya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 9hb. Sya a ban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M” .

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu telah sama-sama kita dengar dengan khusyuk mengandungi banyak nasihat dan peringatan yang jelas menggambarkan kebijaksanaan, pandangan be rwawasan dan keprihatinan berterusan baginda dalam memperkasa pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk yang perlu ditanai oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.Dalam titah tersebut baginda telah menyentuh beberapa perkara penting, antaranya:

  1. Mengenai isu pengangguran yang perlu diberi perhatian. Baginda menekankan mengenai kepentingan bagi perkara ini ditangani secara bersepadu bukan sahaja secaraWhole of Government Approach, bahkan secaraWhole of Nation Approach iaitu semua pihak sama ada kerajaan, swasta mahupun masyarakat memberikan kerjasama dan sokongan padu bagi sama-sama mengurangkan kadar pengangguran di negara ini;

  2. Mengenai peranan yang dimainkan oleh sektor swasta, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana, ringkasnya PMKS, dalam menggiatkan perkembangan ekonomi negara;

    Dalam hal ini, baginda menekankan mengenai kepentingan menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dan mesra pelanggan bagi menggalakkan lebih ramai warga tempatan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan, di samping menggalakkan perusahaan-perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang maju.;

    Oleh yang demikian, usaha-usaha ke arah meningkatkan kedudukan ne gara dalam indeksEase of Doing Business perlu terus dilaksanakan untuk menjadikan negara sebagai pro-business dan propelaburan, yang juga diharap akan dapat menarik lebih ramai pelabur asing untuk menjalankan operasi perniagaan di negara ini.;

  3. Mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang الله شاء ان akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini bagi menggantikan Skim TAP dan SCP yang berjalan pada masa ini. Skim persaraan yang baharu diharap akan dapat mengukuhkan lagi perlindungan dan kesejahte raan sosial rakyat semasa hari persaraan dengan mengambil kira beberapa faktor dan cabaran yang dihadapi pada masa ini, antaranya dari aspek kecukupan pendapatan semasa persaraan, pengeluaran simpanan yang lebih fleksibel dan keperluan untuk menyediakan skim persaraan yang lebih inklusif.; dan

  4. Mengenai komitmen antarabangsa negara ke arah menangani isu perubahan iklim, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan bagi Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change).

    Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan mengenai perubahan iklim, penubuhan pusat di negara ini juga diharap akan dapat meningkatkan keupayaan dan kepakaran warga tempatan khususnya dalam bidang perubahan iklim melaluiknowledge transfer.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebelum mengakhiri ucapan sembahmenjunjung kasih ini, saya menyeru kepada seluruh warga perkhidmatan awam, sektor swasta dan lapisan rakyat dan penduduk di negara ini untuk terus melipat-gandakan usaha masing-masing melalui pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach, dalam sama-sama mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam memenuhi hasrat baginda untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita baru sebentar tadi telah mendengar ucapan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga membentangkan satu Usul dan kita sekarang akan membincangkan, membahaskan Usul ini.

Tetapi sebelum itu saya ingin memberikan kesempatan bagi Ahli Yang Berhormat yang suka menyokong Usul yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi, silakan.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُالله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola dengan hormat sukacita menyokong Usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyembahkan sembah junjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengurniakan titah semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara, terima kasih.

Seterusnya kaola, diizinkan untuk meneruskan perbahasan, terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengambil kesem patan untuk lebih dahulu mengucapkan tahniah atas lantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Seterusnya juga kepada Ahli-Ahli yang ba haru dilantik sama ada dari sebelah sini Ahli-Ahli Rasmi kerana jawatan ataupun Ahli-Ahli Yang Berhormat di bawah kategori-kategori Orang-Orang Yang Telah Menyumbangkan Perkhidmatan Yang Cemerlang dalam bidang-bidang tertentu ataupun tidak menyebut kepada bidang-bidangnya tetapi dipercayai boleh menyumbangkan buah fikiran dalam permesyuaratan Majlis ini dari semasa ke semasa danpenting lagi ialah juga Ahli-Ahli Yang Mewakili Daerah-Daerah. Semuanya هِ للُّألْحمْد telah pun selamat sempurna mengangkat sumpah pada tarikh yang tertentu dan sekarang kitani semua berada di dalam Dewan ini .

Kaola juga mengucapkan terima kasih atas laluan yang diberikan dan dengan itu kaola meneruskan ucapan dalam perbahasan ini senghaja menumpukan kepada kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang khusus mengharapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya berfikiran terbuka dan dalam masa yang sama mengambil perhatian anak buah dalam erti kata wakil-wakil yang dalam konteks ini pada he mat kaola ialah Ahli-Ahli Yang Berhormat Mewakili Daerah-Daerah .

Kaola memfokuskan sedemikian itu kerana kaola merasakan ada signifikannya untuk kaola bercakap ataupun berbahas dengan yang seringkas-ringkasnya.

Baginda bertitah supaya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memberikan apa jua pandangan, dalam masa yang sama baginda juga bertitah supaya mereka termasuklah Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini akan bersikap terbuka dengan anak-anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka.

Pada hemat kaola, titah menyebut serta bersikap terbuka dengan anak buah itu adalah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Baharu Dilantik Yang Dilantik Mewakili Daerah-Daerah (menurut Ceraian 5 (iv) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1)) Perlembagaan Negara, mereka itu menurut lantikan pada masa ini terdiri daripada Penghulu-Penghulu dan ketua-ketua kampung yang mewakili penduduk di daerah-daerah.

Mereka masing-masing ditentukan untuk memeduli halehwal kebajikan penduduk iaitu anak buah mereka dan hal-ehwal keadaan mukim serta kampung tertentu.

Maka titah dalam konteks itu mengharapkan dan pada hemat kaola bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menaruh kepercayaan terhadap keupayaan Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi mewakili daerah supaya mereka akan sentiasa berdamping dengan rakyat, penduduk mukim dan kampung.

Dalam hal ini, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola melihat ada hubungannya dengan institusi mukim dan kampung yang masing-masing dengan majlis perundingannya sebagai perlembagaan, permesyuaratan ahli-ahlinya yang dilantik menurut aturan-aturannya. Maksud kaola ialah majlis-majlis perundingan mukim dan kampung perlulah aktif dan perlulah responsif dalam melihat hal-ehwalrakyat penduduk di mukim dan kampung masing-masing.

Mereka adalah pemimpin peringkat mukim dan kampung, namun mereka tidak bersendirian. Di mukim dan kampung ada masjid, ada sekolah maka penghulu dan ketua kampung tentu ada rakan sekepimpinan bagi institusi-institusi seperti dari masjid-masjid dan sekolah-sekolah itu.

Masing-masing mereka ada rakan dari masjid iaitu imam dan pegawai-pegawai masjid, mereka ada rakan dari sekolah iaitu pengetua, guru besar da n guru-guru yang lainnya, kesemua itu adalah unsur-unsur yang boleh mengukuhkan lagi kepimpinan mukim dan kampung.

Dalam pada itu, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola sedia memahami bahawa untuk mengukuhkan atau memperkasakan majlis-majlis perundingan mukim dan kampu ng itu juga bergantung pada faktor-faktor yang lain. Kaola yakin akan boleh dilihat dengan berkesan melalui pendekatan kita Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola juga melihat bahawa dalam keadaan bekerja sama yang rapat itu nanti, Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Mewakili Daerah-Daerah dan rakan-rakan kepimpinan mukim dan kampung masing-masing, mereka bersama hendaklah juga mengambil perhatian berat kepada maksud titah yang dimahukan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dikehendaki berfikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar. Maksud t itah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu sangat mustahak dijunjung. Masing-masing kita bersikap sedia mendengar apa jua maklum balas namun dalam masa yang sama mestilah berwaspada dan bijak menimbangkan apa jua fikiran dan maklum balas yang disarankan.

Pastikan dengan sebenarnya dengan bijak dan penuh penelitian ia tidak datang daripada anasir-anasir pengaruh luar kerana sebagaimana juga yang dititahkan bahawa kita sesungguhnya tidak mahu sebarang anasir mungkin anasir luar mencemari keluhuran ‘Calak Brunei’ kita.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Titah menyebut keluhuran ‘Calak Brunei’ kita, kaola minta izin untuk menyebut secara ringkas sahaja bahawa pada hemat kaola ‘Calak Brunei ’ yang dimaksudkan dalam titah tersebut adalah untuk kita tidak mencemarinya dan dirumuskan dari segi aspek dan sudut-sudut kesejarahan, kebudayaan dan juga dilihat kepada sosiopolitik realitinya dari rumusan-rumusan itu kita telah menyebut dan memasyhurkannya bahawa Negara Brunei Darussalam dengan izin ُ سُبْحانه َٰ وتعالى ِ ه للّ أ akan selama-lamanya kekal menjadi Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik dan bersendikan ajaran-ajaran agama Islam menurut ا هلي سنه ول جماعه.

Dalam keluhuran ‘calaknya’ itu kita telah berazam menerusi pemasyhuran kemerdekaan pada tengah malam 31hb. Disember 1983M menjelang 1hb. Januari 1984M yang terasnya ialah akan berusaha membangun dan memajukan negara ini, memelihara kesejahteraan rakyat, memelihara keutuhan wilayahnya, memelihara hubungan persahabatan dan antarabangsa dan bebas daripada campur tangan asing.

Dengan itu jelas bahawa negara kita akan terus berkembang dan maju dengan kemodenannya. Kita rakyat dan penduduk generasi demi generasi akan kekal dengan identiti bangsa yang taat mendukung pemerintahan beraja, memelihara dan menghormati nilai-nilai agama Islam dan amalan berbaik-baik tradisi hidup untuk keharmonian.

Kita insaf sebagai negara dan bangsa bahawa kita tidak menoleh ke belakang untuk bertahan ditakuk lama, kita mesti dan telah pun bergerak ke hadapan dengan yakin menempuh zaman yang berubah.

Namun yang pasti kita yakin dan bertawakal kepada سُبْح َٰ وتعالى ُ انه ِ ه للّ أ bahawa kita, bangsa kita, negara kita akan kekal dengan calaknya sebagaimana ia telah dipertahankan oleh generasi demi generasi pendahulu kita hingga ia diberkati oleh َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ untuk kekal dengan wilayahnya walau kecil seampap tangan namun cantik, manis, molek, indah, menawan dengan bilangan penduduknya senang dibilang namun itulah kita dengan ’Calak Brunei’ yang murni yang kita pertahankan untuk tidak dicemari.

Demikian kaola mengucapkan terima kasih dan sekali lagi kaola memohon maaf jika ada kejanggalan perbahasan ini. Terima kasih. ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar tadi Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan satu usul bagi menyembahkan sepenuh-penu hnya menjunjung kasih K ehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 02hb. Mac 2023M.

Usul ini telah disokong sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan saya telah pun memberikan kebenaran kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk meneruskan kenyataannya dengan memberikan ucapan menyokong usul yang dibentangkan lebih awal ini. Makasekar ang bagi membahaskan usul ini saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ه اللّٰ ِ بِسْم ِالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ُوبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Lebih dahulu kaola mengucapkan syukur ke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ Allah S.W.T atas izin dan rahmat Nya serta menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan melantik abiskaola sebagai Ahli Majlis Me syuarat Negara.

الله شاء ان, kaola dengan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh ikhlas. Abiskaola tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk berucap buat pertama kali di Dewa n ini pada Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola menyokong penuh usul Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Ma nteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibra him, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembah ucapan yang setinggi-tingginya menjunjung kasih K ehadapa n Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah ber cemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menjunjung kasih setinggi-tingginya atas titah baginda terutama sekali dalam m enangani isu pengangguran yang mana baginda yakin dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak yang berkepentingan kadar pengangguran boleh dikurangkan pada setiap tahun. Berdasarkan statistik golongan belia adalah yang terting gi dalam senarai pencari kerja.

Sehubungan dengan itu, kaola mengharapkan agar usaha-usaha berterusan ke arah menyediakan belia dengan ekosistem dan hala tuju adalah penting dalam menggerakkan peranan belia sebagai generasi penerus bagi membangunkan negara dalam semua sektor. Ini termasuklah dalam meneliti semula dasar-dasar dan program-program yang sedia ada yang menjurus kepada peranan dan kepentingan belia dalam industri kreatif, digital, keusahawanan dan mahupunkepimpinan sebagai langkah ke arah mencetuskan lonjakan kepada idea-idea baharu yang lebih konstruktif dan inovatif daripada pemain-pemain industri dalam kalangan belia tempatan yang berjaya. Dengan itu, peluang-peluang pekerjaan dapat diimbangi mengikut keperluan semasa, sama ada dalam sektor kerajaan dan sektor swasta.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Selain itu penubuhan dan peranan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan(MPEC) sebagai jentera pemikir ke arah merealisasikan hasrat baginda bagi merancang dan melaksana kan beberapa strategi melalui pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach sewajarnya perlu konsisten agar ia mencapai sasaran yang diharapkan. Ini termasuklah denganProgram i-Ready yang diperkenalkan pada tahun 2017.

Kaola berpendapat program ini perlu dipertingkatkan skop pelaksanaannya, bukan hanya menyasar kepadaskill and experience ready tetapi juga kepadajob ready. Dengan ini ia dilihat sebagai sebuah program yang komprehensif ke arah mengurangkan kadar pen gangguran dalam kalangan belia di Negara Brunei Darussalam.

هِ للُّألْحمْد, َ kaola juga menyambut baik atas inisiatif pihak kerajaan dalam memperkenalkan programSkillsPlus dan kaola berharap agar program ini dapat diperkasakan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan bertaraf profesional.

Selain itu kaola juga mengharapkan agar pihak-pihak yang berkenaan khususnya Job Centre Brunei dapat menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di peringkatASEAN bagi memberikan ruang pilihan yang lebih luas kepada pencari-pencari kerja tempatan terutama sekali kepada para graduan dan profesional yang berkemahiran.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Menyentuh soal peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya di dalam sektor pelancongan. Daerah Tutong telah pun mula mengorak langkah menggerakkan aktiviti pelancongannya dengan memperkenalkan Program Lawatan Destinasi Tutong pada tahun 2015.

Inisiatif ini telah diungkayah kan secara bersepadu ber sama pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah Majlis– Majlis Perundingan Kampung (MPK) melalui Perkhidmatan Ekopelancongan Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Kaola mengharapkan agar inisiatif ini dapat diteruskan agar tempat-tempat yang dahulunya dijadikan tempat lawatan dapat diaktifkan semula.

Dalam masa yang sama program-program latihan dan bimbingan serta bantuan-bantuan khusus kepada para penyedia perkhidmatan dapat membantu menggerakkan industri pelancongan tempatan terus berkembang dan menyumbang kepada menghasilkanhigh value added kepada ekonomi negara. Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

الرحيم الرحمن الله بسم

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ُورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه ْ عليْكُم ُ السَّلام dan salam sejahtera. Pertama-tama kaola ingin mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada kaola untuk sama-sama men ggabungkan diri untuk menya takan sokongan terhadap Usul menyembahkan sepenuh-penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda ke Majlis ini pada hari Khamis yang lalu dan seterusnya juga atas limpah kurnia titah baginda seperti Usul yang dibawakan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daru ssalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola juga ingin mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas lantikan semula Yang Berhormat selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Kaola penuh yakin bahawa dengan kebijaksanaan serta pengalaman luas Yang Berhormat Yang Di-Pertua sidang ini الله شاء ان akan berjalan dengan lancar dan teratur dan mencapai hasrat yang diharapkan. D alam kesempatan ini kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang baharu yang dilantik.

Secara peribadi, kaola dengan bersyukur kehadrat َٰ وتعالى ُ سُبْحانه ِ ه للّ أ jua ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kepercayaan, kehormatan dan limpah kurnia perkenan baginda melantik kaola sebagai salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa perasmian Majlis ini terutamanya mengenai peranan Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya memberikan pandangan dengan ikhlas secara terbuka dan menyuarakan isu-isu yang berbentuk strategik yang akan memberikan impak positif kepada negara, jelas sekali mengimbau kita untuk me nai kkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi, komitmen, ikhlas lagi jujur.

Kaola berpendapat sikap dan berfikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar yang baginda titahkan itu jelas menjadi titik tolak ke pada kita semua untuk menilai sendiri landasan kita dalam menyuarakan sebarang pandangan dalam Majlis ini.

Apa jua pandangan kita dalam Majlis ini ianya sedikit sebanyak akan mencorakkan dan mewarnai kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini.

Bagi kaola konteks keterbukaan ini bukan sahaja menjurus kepada memberikan pandangan yang positif, konstruktif dan ikhlas bahkan kita juga perlu terbuka dalam menerima pandangan dan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk kemanfaatan rakyat dan kemakmuran negara.

Inilah ciri-ciri istimewa kemurnian ‘Calak Brunei’ dalam kita bernegara yang berlandaskan amalan Melayu Islam Beraja. Ia mengutamakan sifat bermuafakat dengan memberi keutamaan kepada ke pentingan rakyat semata-mata untuk menjadikan negara ini sebagai negara بلداتون ثايييبتون وا ربّاون غاوفور iaitu negara yang aman makmur lagi sejahtera dengan mendapat keredaan Allah yang Maha Pengampun.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam persekitaran dunia yang masih bergelut dalam bermacam masalah seperti pandemik sosioekonomi, geopolitik dan perubahan iklim adalah penting untuk kita sama-sama mengorak langkah ke hadapan, berganding bahu mengukuhkan perpaduan, menyatukan tekad serta azam bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2023.

Bagi kaola inilah perkara strategik yang paling utama untuk diberikan perhatian yang mendalam dan holistic kerana impaknya yang menyeluruh bukan sahaja kepada kemakmuran, keamanan dan kestabilan negara malahan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di dalamnya.

Ian merangkumi isu-isu fundamental seperti pertumbuhan ekonomi, penglibatan rakyat dalam memajukan negara dan ekonomi, pengangguran, pembasmian kemiskinan, sistem pendidikan yangfuture ready, jaminan sosial rakyat, transformasi digital future economy dan lain-lain.

Semuanya saling kait-mengait dan untuk menanganinya semua pihak yang berkepentingan perlu bekerjasama dan mengukuhkan koordinasi dengan penuh dedikasi dan komitmen sebagai satu pasukan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita menyedari bahawa untuk mencapai sasaran Wawasan Brunei 2035 dengan jayanya, kita semua perlu bekerja keras menempuh dan mengatasi semua cabaran. Namun dengan izin dan petunjuk Allah ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk direalisasikan mengikut hasrat dantime frame yang telah ditetapkan.

Apa yang perlu ialah kerjasama erat dan padu. K oordinasi kukuh dari semua stakeholders, keyakinan penuh rakyat dalam semua peringkat dengan erti kata believing is seeing, delivering system yang efisien, efektif dan te lus, pemantaun rapi dan sistem penilaian semula yang kredibel terhadap sasaran-sasaran dan program-program yang telah dirancang supaya ia berjalan dalam landasan yang betul selari dan selaras.

Tidak kurang pentingnya ialah institusi pelaksanaan efisen, telus, tegas dan berintegriti yang mengamalkan sistem urus tadbir ataupun governance yang kukuh. Aspek governance ini sangat penting untuk diperkukuhkan kerana ianya akan dapat meningkatkan rasionaliti dan objektiviti dalam membuat keputusan. Ini akan dapat memastikan sebuah keputusan yang diambil adalah menurut landasan yang betul, adil dan saksama الله شاء ان.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pengurusan kewangan yang berhemah hendaklah dilihat bukan sahaja sebagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan semata-mata malahan ia patut juga dinilai sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan perancangan sosioekonomi negara secara menyeluruh.

Ini jelas kita hayati dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berhubung kait dengan cabaran isu pengangguran dan bidang ekonomi yang membabitkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

هِ للُّألْحمْد kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana telah dapat menghasilkan Economic Blueprint yang komprehensif, sustainable dan doable yang mencakupi semua bidang.

Saya berharap Economic Blueprint ini akan dilengkapi dengan workplan yang transparent, komprehensif,inclusive dan wor kable yang juga akan memuatkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan peningkatan hasil negara u saha menarik lebih banyak FDI ke negara ini di samping merangsang lagi aktiviti-aktiviti ekonomi secara holistik.

Dengan adanya action atau workplan yang di lengkapi dengan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan yang rapi dan transparent, ia akan dapat memberikan arah tuju yang jelas kepada rakyat terutamanya masyarakat bisnis untuk merancang penglibatan mereka secara proaktif sebagai usaha mempraktikkan The Whole of Nation Approach.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kesan positif Pelaburan Langsung Asing dalam menjana pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara serta dalam membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan termasuk memberi peluang bisnes kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana sangat jelas dalam konteks Negara Brunei Darussalam.

Memandangkan pentingnya sumbangan FDI dalam merangsang, mempelbagai serta memelihara kemampanan ekonomi atau economic sustainability danpendapatan negara, kaola berpendapat kita perlulah melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak lagi Projek Langsung Asing yang baharu.

Ke arah itu adalah munasabah supaya mana-mana FDI yang baharu akan dikongsikan dan disebarkan secara berterusan dan meluas ke pada semua stakeholders supaya mereka dapat merancang penglibatan mereka dalam memberikan perkhidmatan dukungan atau sokongan kepada FDI ini. Ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk memberi peluang-peluang bisnes dan pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Untuk itu, dasar dan peraturan yang tegas perlu juga digubal supaya spin-off dari FDI ini dapat juga dirasai oleh masyarakat bisnis tempatan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana secara saksama seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara baru-baru ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita menyedari untuk menarikFDI bukanlah satu perkara yang mudah, ia penuh dengan cabaran dan memerlukan banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperkasa.

هِ للُّألْحمْد, Negara Brunei Darussalam memang telah terkenal sebagai negara yang stabil dari segi politiknya, kukuh kewangannya, mempunyai tenaga kerja yang berpendidikan dan peramah serta lokasi geografinya yangcentral, di tengah-tengah negara ASEAN.

Di samping comparative advantages dari good attributes di atas, kita perlu juga memperbaiki variable ataupun pra-syarat yang lain yang bukan sahaja diperlukan untuk menarik pelabur-pelabur asing ini malahan juga untuk membantu peniaga-peniaga tempatan yang ingin berkembang maju.

Ini antara lainnya termasuklah dengan memperbaiki proses m embuat keputusan yang bukan sahaja telus dan saksama malahan perlu cepat dan praktikal, mengemaskinikan lagilabour policy bagi menyokong bisnes untuk berkembang, menyediakan workforce yang bukan saja future-ready malahan mempunyai disiplin, jati diri dan positifmindset, mengukuhkan institusi kewangan tempatan supaya ia lebih pro-business dan menyokong bisnes untuk berkembang, infrastruktur yang lengkap dan mudah diakses seperti tapak-tapak perindustrian yang industry-ready, Internet connection yang cepat, efisien danreliable, pembekalan elektrik dan air yang mencukupi untuk kemajuan industri di sampinggovernance yang kukuh sertamarketing arm yang boleh membantu pemasaran produk di dalam dan di luar negara.

Faktor-faktor ini banyak menyumbang kepada pertubuhan ekomoni yang mampan, berdaya tahan dan berdayasaing. Semua ini perlu ditangani kepentingannya dengan koordinasi yang kukuh antara regulators, masyarakat bisnes dan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Untuk ke sinambungan dan kelangsungan pelaksanaan semua inisiatif-inisiatif yang telah dirancang, ia sudah setentunya akan memerlukanman power yang berwibawa,talented, knowledgeable dan berintegriti;human resource development, succession planning dan talent-identification ini, kaola rasa adalah satu elemen penting dalam memperkukuhkan kesinambungan tersebut terutamanya dalam mengukuhkani nternal capacity perkhidmatan awam, memandangkan impaknya dalam memperkesankan pengurusan awam, sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Lebih-lebih lagi dalam menjadikan environment negara lebih probisnes dan kondusif dengan mengenal pasti dan melaksanakantalent pool berasaskan meritocracy danperformance-base.

الله شاء ان negara ini tidak akan ketandusan pakar dan kemahiran di peringkat pertengahan dan pengurusan bagi memimpin dan membawa negara ke tahap kemahiran yang setanding dengan negar a-negara di rantau ini.

Kita berharap dengan adanya talent pool ini ia akan memudahkan terutamanya perkhidmatan kerajaan khususnya memilih dan melantik pemimpin-pemimpin pelapis yang pakar, berwibawa,resilience, talented, jujur lagi amanah untuk menerajui organisasi yang penting dalam bidang-bidang yang strategik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Akhirnya sekali lagi saya menyuarakan sokongan ke atas Usul menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuarat Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara ini.

Semoga kita semua mendapat petunjuk, taufiq dan hidayah dari ُ سُبْحانه َٰ وتعالى ِ ه للّ أ dalam melaksanakan amanah yang diberikan dan sumbangan kita di Majlis ini akan bermanfaat untuk kesinambungan bukan sahaja untuk generasi masa kini malahan generasi penerus yang akan datang,

Sekian,وبالله التوفيق والهداية. و ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

ِ بِسْم اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua, lebih dahulu kaola mengucapkan syukur kehadrat Allah atas izin dan rahmat-Nya serta menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan melantik abiskaola sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara. الله شاء ان kaola dengan sedaya upaya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh ikhlas.

Yang Berhormat Di-Pertua. Dalam kesempatan ini kaola dengan penuh ikhlas dan sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi ruang kesempatan kaola memberi ucapan di Dewan yang mulia ini.

Kaola menyokong penuh usul Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Ma nteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibra him, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Ma ha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipe r tuan Negara Brunei Darussalam yang telah be r cemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya titah baginda yang sangat tegas, berwawasan dan komprehensif. Kandungan titah merupakan panduan yang cukup jelas tentang hasrat murni baginda ke arah memastikan kemajuan negara terus terarah di landasan yang betul tanpa mengetepikan isu-isu nasional dan ekonomi yang menjadi keutamaan dan perhatian yang sewajarnya.

Namun pada itu, titah baginda juga memberikan harapan besar kepada rakyat Negara Brunei Darussalam tentang Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang الله شاء ان akan dilancarkan pada bulan Julai tahun 2023. Selaku rakyat sewajarnya kita mensyukuri nikmat kerana dianugerahi seorang raja yang prihatin dengan permasalahan rakyatnya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. I su kenaikan harga barang memberikan kesan peningkatan kepada kos-kos perkhidmatan dan menjadi beban ketara kepada pengguna terutama sekali golongan yang berpendapatan rendah.

Justeru, peranan PMKS tempatan sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara dan langkah kerajaan untuk terus membaiki persekitaran perniagaan bagi menggalakkan lebih ramai lagi usahawan menceburi bidang perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang dilihat wajar bagi mengimbangi kebergantungan pada produkimport dengan menya sarkanpenghasilan produk-produk keluaran tempatan yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran domestik.

Pihak Darussalam Enterprise (DARe) berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu para usahawan tempatan menyasarkan sektor-sektor perniagaan yang menjadi keutamaan (priority sectors). Dengan ini penglibatan produk dan barang keluaran negara dapat dikawal dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam menyediakan iklim perniagaan yang lebih kondusif serta ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, pembangunan dan peng gunaan syarat-syarat tanah tumpang sementara (TOL) perlu dikaji dan diteliti semula dengan memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang penting yang menjadi keperluan dan keutamaan rakyat.

Dalam menyentuh soal pengangguran pula, kaola menyarankan agar kaedah pembayaran gaji pekerja di sektor swasta dapat diselaraskan dengan kaedah pembayaran gaji dua kali di sektor kerajaan sebagai inisiatif menjadikan sektor swasta terus menjadi pilihan pertama untuk mendapatkan pekerjaan. Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira sesuai sekarang kita berhenti sekejap untuk berehat selama 20 minit.

(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

الرحيم الرحمن الله بسم Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara disambung semula selepas kita berhenti rehat sebentar. Persidangan masih lagi membahaskan Usul Yang Telah Diberi Notis yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk meneruskan perbincangan ini, saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وب ُركاتُه dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ُ ألْحمْد هِ للّ kita bersyukurke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua membolehkan kita dapat hadir di Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini. Pertama-tama sukacita kaola ingin mengucapkan yang setinggi-tingginya tahniah kepada Yang Berhornat Yang Di-Pertua atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Dalam kesempatan ini, kaola dengan penuh hormat serta takzimnya sukacita menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya K ehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia pelantikan kaola sebagai salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. D alam Majlis ini kaola sukacita seperti juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, ingin menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Ma nteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana pada menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tinginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan seterusnya mengurniakan titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis 09hb. Syaaban 1444H bersamaan 02hb. Mac 2023M.

Jika kita Bersama-sama amati akan isi kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara dua hari yang lalu adalah sangat signifikan dan dijulang tinggi, yang berpandangan jauh, yang melangkaui pelbagai aspek dari hasrat baginda yang murni untuk bersama-sama kita mengembangkan dan memantapkan negara ini bukan sahaja dalam bidang perekonomian, perniagaan, perusahaan termasuklah meningkatkan kualiti kehidupan yang menjurus kepada kehidupn yang lebih tinggi demi kesejahteraan, kebajikan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Dalam bersama-sama mengembangkan negara yang berterusan, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara yang membangkitkan akan cabaran yang sangat penting diambil kira untuk meningkatkan hasil kerajaan hendaklah diambil perhatian khusus dalam masa yang sama membahaskan perbelanjaan yang akandiluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negara supaya nanti akan benar-benar memberi impak positif kepada negara dan rakyat tanpa terlalu banyak membebankan kerajaan.

Berhubung dengan titah baginda iaitu perkara yang berkait rapat seperti yang berunsurkan operasi dan taktikal bolehlah dibincangkan b ersama dengan agensi-agensi yang berkenaan di luar Majlis ini dari masa ke semasa.

هِ للُّألْحمْد dengan tatacara sedemikian akan membolehkan apa jua isu atau perkara yang timbul dapat dihadapkan kepada agensi berkenaan dan seterusnya dibincangkan bersama dan الله شاء ان dengan lebih komprehensif dalam sama-sama men a ngani demi kepentingan dan kebaikan negara serta rakyat dan penduduk di negara ini.

Dalam pada itu, mengenai isu pengan gguran yang berbangkit dengan titah baginda hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya amat penting kalangan pencari kerja tempatan diberi l atihan, ditingkatkan tahap pengetahuan dan dinaik taraf kemahiran profesional masing-masing supaya dapat memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.

Berhubung dengan isu pengan gguran ini bukan sahaja mengaitkan dengan pekerja-pekerja yang mempunyai kelayakan akademik atau teknikal tetapi kita juga harus memikirkan pencari-pencari kerja yang tidak mempunyai kelayakan atau kelulusan sepertischool dr op-outs. Apakah yang perlu kita lakukan bagi mereka ini juga ber peluang mendapat peluang pekerjaan.

Isu pengangguran juga banyak hubung kaitnya dangan masalah sos ial seperti kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah, masalah kekeluargaan dan perceraian dan isu yang berkaitan.

Penubuhan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employement Council yang telah membuat langkah-langkah, perancangan stategik danplan of action bagi membantu para pencari kerja, meningkatkan lagi lebih ramai rakyat dan penduduk berkecimpung dalam pelbagai bidang profesional, forum, latihan teknikal dan berkemahiran yang dihasratkan mereka ini lebih selari dengan kehendak perkembangan industri pelbagai se ktor adalah sangat dihargai dan bertepatan dalam menangani isu pengangguran disebabkan oleh kurang kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli yang Berhormat. Dalam bidang ekonomi, peranan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana terutama sekali yang melibatkan peniaga-peniaga tempatan adalah sangat penting untuk dikembang majukan dan diperbaiki agar berpotensi untuk jadi pengeskport.

Apa yang mustahak bersama-sama meneliti dan mengenal pasti dasar atau polisi kerajaan yang membolehkan penge ksportanproduct keluar negeri yang antara lainnya adalah dari segi kompeten autoriti bagi produk. Kedua,persetujuan bersama ataupun arrangement di antara kerajaan dengan kerajaan bagi akses untuk membolehkan eksport itu akan dilaksanakan dan yang paling mustahak juga antaranya ialah access dari aspek infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, logistik dan pengurusan tenaga meningkatkan probability of success dalam sama-sama untuk cuba mengeksport produk-produk keluaran dari Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, ia juga sudah setentunya memerlukan strategi yang mantap bukan sahaja dari aspekpackaging, penggunaan mesin yang berteknologi tinggi, kualiti, pengeluaran produk berskala besar, strategi pemasaran, pengurusan tenaga kerja (manpower) berkemahiran dan lain-lain.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi mengakhiri majlis ini marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli ker abat dan seluruh rakyat dan penduduk negara ini akan sentiasa dikurniakan petunjuk, hidayah dan rahmat serta dalam kandungan sihat walafiat dan penuh kesejahteraan serta di bawah perlindungan َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ .

Sekian,وبالله ُالتوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Sekian Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan syukur ke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ dengan izin-Nya dan mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang memberikan ucapan kaola di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini.

الله شاء ان kaola dengan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh ikhlas. Kaola menjunjung kasih setinggi-tingginya atas titah baginda yang mencerminkan sikap keprihatinan dan pemedulian baginda dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Br unei Darussalam. Selain itu, kaola menjunjung tinggi hasrat baginda agar semua Ahli Yang Berhormat sentiasa berfikiran terbuka bebas daripada sebarang pengaruh luar agar kemurnian ‘Calak Brunei’ tidak dicemari.

Sikap tegas baginda ini memberikan petunjuk jelas tentang prinsip dan hala tuju negara ke arah mewujudkan kestabilan dan memakmurkan ekonomidengan mempertahankan nilai-nilai jati diri orang Brunei berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyambut baik sepenuhnya komitmen negara ke arah perubahan iklim serta menjunjung kasih atas perkenan baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negeri untuk menjalankan kegiatan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim. Sudah tiba masanya negara terus komited dalam usaha-usaha melestarikan alam sekitar tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Kaola optimis dengan adanya pusat ini, isu-isu dan kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh, terutama sekali di kawasan-kawasan berisiko di Daerah Tutong akan dapat dikurangkan serta ditangani dengan lebih strategik. Ini termasuk inisiatif ke arah membudayakan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan memperkenalkan penguatkuasaan akta-akta baharu berkaitan dengan alam sekitar ke arah pelaksanaan yang lebih kondusif dan berkesan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam kesempatan ini kaola turut mencadangkan agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti dapat juga memberikan tumpuan dan sasaran kepada kemajuan di kawasan luar bandar. Perkara ini penting agar kawasan-kawasan luar bandar tidak terpinggir dan nikmat kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lebih sempurna.

Dalam usaha memantapkan kepimpinan akar umbi, terutama sekali kepimpinan majlis-majlis perundingan mukim dan kampung, dicadangkan agar diadakan konvensyen Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) peringkat nasional dapat diungkayahkan sebagai inisiatif regroup dan memantapkan kepimpinan kepada pemimpin dan keahlian baharu MPMK. Dalam masa yang sama, memperkenalkan pendekatan-pendekatan terkini mengikut perubahan masa, teknologi dan persekitaran.

Sekian,وبالله التوفيق ُوالهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu, kaola mengucapkan tahniah atas lantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua selakku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman Yang Berhormat akan memacu perjalanan Majlis Mesyuarat Negara dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang ba ha ru. Semoga dengan sikap kebersamaan, bekerjasama mencapai satu Haluan di Dewan ini kita akan mencapai persetujuan dalam banyak hal bagi kesejahteraan dan keselamatan negara, الله شاء ان.

Kaola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya K ehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas lantikan kaola selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

الله شاء ان, kaola akan memainkan peranan kaola sebaik-baiknya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk mendu ku ng apa jua dasar K erajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas keberangkatan baginda dan seterusnya mengurniakan titah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam begitu jelas supaya Ahli-Ahli Majlis Yang Berhormat berbincang dengan fikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar dan apa yang dibincangkan di Dewan yang mulia ini seperti hasil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan perbelanjaan yang akan diluluskan akan memberi impak positif untuk negara dan rakyat.

Seperti kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kaola juga menyarankan agar mana-mana peruntukan yang sudah diluluskan akan digunakan dengan berhemah dan tidak berlengah untuk mencapai sasarannya.

Kaola menjunjung tinggi titah baginda untuk menyuarakan isu-isu yang berbentuk strategik yang akan memberi impak positif dalam jangka panjang. Dalam mena ngani isu pekerjaan, kaola gembira akan kejayaan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) melalui pendekatan whole of government and whole of nation mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Dalam masa yang sama, Manpower Planning and Employment Council (MPEC) berjaya meningkatkan kemahiran profesional anak-anak tempatan di syarikat swasta. Isu menyediakan atau mendapatkan pekerjaan penting bagi kita untuk terus beri perhatian, jika tidak, belia kita yang tamat persekolahan dan pengajian mereka akan menjadi beban kepada masyarakat sedangkan mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Di samping itu, pelaburan negara dalam pendidikan akan menjadi sia-sia jika mereka ini tidak mendapat pekerjaan atau harus bekerja di luar negeri kerana di dalam negeri tiada pekerjaan.

Adalah diharapkan isu pekerjaan ini akan dapat dibincangkan secara telus dan terbuka untuk mencari jalan menambah peluang pekerjaan melalui pelbagai dasar strategik. Kita mesti mempunyai perancangan yang mantap, yang strategik bagi menangani isu pekerjaan lima ke sepuluh tahun akan datang, dan kita mesti mengenal pasti di sektor mana peluang pekerjaan itu akan wujud.

Pihak institusi pendidikan dengan itu akan berupaya menyediakan kurikulum, kursus dan bidang-bidang kepakaran yang bersesuaian bagi pelajar-pelajar yang bakal mencari pekerjaan.

Situasi seperti sekarang, pelajar kita lulus atau tamat pengajian sama ada bahagian menengah atautertiary tetapi sukar mencari pekerja an tidak lagi seharusnya wujud atau tidak lagi seharusnya berlaku.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ه ِ للّ ُ ألْحمْد Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan melancarkan Skim Persaraan Kebangsaan yang baharu, الله شاء ان bulan Julai tahun ini.

Ini satu berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana ia akan menjamin masa persaraan yang lebih selesa kepada semua yang bekerja. Jelas pada kita, apa yang ingin dicapai oleh baginda dan kerajaan baginda ialah supaya rakyat akan sentiasa mendapat peluang pekerjaan dan melibatkan diri dalam pekerjaan dan dengan adanya Skim Persaraan yang lebih baik, kesejahteraan seluruh rakyat akan sentiasa terpelihara.

Kaola berharap agar apa jua usaha dan tindak-tanduk pihak kerajaan akan menepati hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti dalam titah baginda. Adalah diharapkan perbincangan kita di Dewan yang mulia ini akan mendatangkan hasil yang positif dan berpanjangan, آمِ يْن ُ يَا رَ ب َّ الْعَالَمِ يْن Sekian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Pehin. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

ِه اللِّٰ بِسْم الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Lebih dahulu kaola mengucapkan syukur ke hadrat َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ di atas izin dan Rahmat Nya serta menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkenan melantik abis kaola menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara.الله شاء ان kaola dengan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik-baiknya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Lebih dahulu kaola sukacita mengucapkan syukur kepada َٰ وتعالى ُ سُبْحانه ِ ه للّ أ kerana dengan limpah kurnia-Nya, kaola dapat berdiri di Dewan yang mulia ini bersama dengan rakan-rakan Ahli yang lain pada Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023.

Abiskaola, menyokong penuh usul Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Awang Haji Isa bin Pehin Datu Perdana Ma nteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan yang setinggi-tingginya junjung kasih Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas titah baginda yang sangat menekankan kepentingan mengambil kira cabaran untuk meningkatkan hasil kerajaan dan perbelanjaan yang memberi impak positif kepada negara dan rakyat serta tidak terlalu membebankan pihak kerajaan. Kaedah penswastaan dan pengkorporatan bagi sektor-sektor kerajaan yang berpotensi tinggi perlu dilihat sebagai strategi yang berkesan ke arah meningkatkanrevenue ke rajaan.

Selain itu, kaedah pelaksanaan Kerjasama Awam Swasta(PPP) perlu diteruskan secara meluas dengan menyasarkan projek-projek berskala sederhana dan besar khususnya di Daerah Belait dengan menawarkan pakej-pakej rancangan kemajuan yang mampu menarik minat para pelabur domestik dan luar negara.

Kaola mengharapkan agar setiap perancangan dan kemajuan yang dilaksanakan hendaklah tidak tersasar daripada konsep Melayu Islam Beraja (MIB) serta mendukung ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035 .

Paling penting lagi, ia hendaklah relevan dan mesra rakyat. D alam titah baginda juga menyentuh berkenaan tentang tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam memberikan pandangan serta sentiasa bersikap terbuka kepada anakbuah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka.

Kaola berpandangan adalah wajar jika skop tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat ini dapat diperluaskan terutama sekali di dalam usaha bagi menyelesaikan permasalahan rakyat. Dalam pada itu, kaola mencadangkan diwujudkan peruntukan khas kemajuan dan kesejahteraan rakyat di bawah kapasiti Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara sebagai tambahan atau alternatif bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti khusus yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat.

Dalam masa yang sama, peruntukan ini juga nanti dapat disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan seperti agensi-agensi kerajaan yang terlibat, pihak swasta dan NGO’s untuk mempercepatkan pelaksanaan kemajuan atau bantuan-bantuan bagi menangani isu-isu rakyat yang mendesak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه أَشْـرَ ف ِ عَلى ِ وَ السَّـ لََ م ِ وَ الصَّـ لََ ة ِ َ العَالَميْن ِ رَ ب لله ِ الحَمْ د َِ وَ المرْ سَليْـن ِ الأَنْبيَـاء

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola lebih dahulu dengan rasa bersyukur sukacita dalam Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan terima kasih atas ruang yang diberikan ini. هِ للُّألْحمْد dalam usul Menjunjung K asih ini, abiskaola menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, kaola menyembahkan m enjunjung kasih yang setinggi-tingginya K ehadapan Maljis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah perkenan pelantikan abis h amba Kebawah Duli Tuan Patik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baharu dilantik dan setinggi-tinggi m enjunjung kasih di atas keberangkatan baginda bercemar duli ke Istadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuarat Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara amatlah padat dengan harapan, nasihat dan wawasan jauh baginda yang mencerminkan sifat pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dan mengharapkan agar kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan di dalam menggerakkan agenda pembangunan negara. Ini terbukti apabila isu-isu penting yang menjadi keutamaan perlu disantuni dengan sebaik mungkin oleh semua pihak agar ianya dapat ditangani dan diselesaikan dengan sewajarnya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyentuh soal ekonomi. Yang mana di dalam titah baginda amat menitikberatkan soal penjanaan sumber perniagaan ke arah menwujudkan lebih banyak aktiviti perekonomian bagi mendokong sara diri dan penghasilan local product berorientasikan eksport.

Dalam perkara ini, semua pihak haruslah sentiasa komited dan melihat di dalam kerangka yang lebih besar dengan merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif yang melibatkan penyertaan akar umbi seperti program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) sebagai usaha ke arah meningkatkan sosioekonomi masyarakat dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai masyarakat kampung menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bercakap soal sektor utama (Priority Sector). Daerah Temburong merupakan daerah yang diberi julukan Permata Hijau yang banyak menyumbang kepada kemajuan dalam industri pelancongan domestik.

هِ للُّألْحمْد, dengan terbinanya Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, ia memberikan kemudahan perhubungan yang lebih selesa dan merancakkan aktiviti-aktiviti sosial dan pelancongan di Daerah Temburong. Namun pada itu, usaha-usaha perlu dipergiatkan dalam meramaikan Pekan Bangar sebagai destinasi wajib untuk dilawati.

Adalah penting dengan merangka Pelan Kemajuan Pelancongan Pekan Bangar yang lebih pratikal yang mengambil kira, menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang dianggap mesra pelancong.

Ini termasuklah menyediakan kemudahan rumah sakit yang serba lengkap dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif se rta mesra pelancong sebagai nilai tambah kepada aktiviti pelancongan perubatan yang terdapat di Daerah Temburong.

Selain itu, usaha-usaha ke arah menaik taraf infrastruktur dan telekomunikasi di tempat-tempat stategik dan pedalaman henda klah menjadi keutamaan bagi meningkatkan keselamatan para pelancong apabila berlaku sebarang kecemasan.

Untuk akhirnya semoga apa juga perancangan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Sekarang saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

الرحيم الرحمن الله بسم

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola sukacita mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana dilantik semula sebagai Yang Di-Pertua dan tahniah juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang baharu dilantik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sukacita kaola mengambil kesempatan menyembahkan penghargaan dan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bokiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas titah kurnia baginda di Isti adat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 10hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bokiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sangat bermakna dan memperlihatkan bahawa baginda mempunyai pandangan jauh (forward looking), sangat luas, sangat bijak, sangat pemedulian. Baginda benar-benar prihatin ke atas kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara kitani.

Kaola sangat-sangat bersyukur kepada َٰ وتعالى ُ سُبْحانه ِ ه للّ أ kerana sebagai rakyat di negara ini mempunyai raja yang sangat prihatin, pemedulian terhadap rakyatnya. Kaola berdoa semoga َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu ’ izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan semua ahli kerabat diraja diberikan kesihatan wal’afiat yang berkekalan dan dilanjutkan usia serta sentiasa dalam lindungan َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ dunia dan akhirat.

Berkaitan dengan pekerjaan dan pengangguran, kaola berpendapat bahawa penting bagi institusi pendidikan di negara ini menyediakan program-program yang relevan dengan kehendak industri dan pembangunan ekonomi pada masa kini dan juga masa akan datang.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Seterusnya kaola juga sukacita mengambil kesempatan menyatakan sokongan sepenuhnya atas Usul yang dicadangkan Yang Berhormat PehinOrang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tinggi nya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhomat Yang Di-Pertua. Izinkan kaola sebelum mengakhiri ucapan ini untuk menyembahkan junjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan baginda melantik kaola menjadi Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat Negara. Dengan bertawakal kepada َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ berdoa memohon dipelihara dan supaya dijauhkan daripada fitnah dunia.

Kaola akan memikul tugas dan tanggungjawab ini dengan sepenuh kemampuan kaola dengan menerapkan prinsip semak dan imbang(check and balance) serta memberi buah fikiran, saranan, cadangan, idea, pandangan demi agama, raja, bangsa dan negara.

Sekian sahaja daripada kaola dan jika sekiranya terdapat “suruk langkah” yang kurang manis dan jika ada sebarang kesilapan serta kekurangan kaola memohon ampun dan maaf jua, yang baik semuanya datang daripada َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ dan yang buruk dari pada kaola sendiri, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Sekian,وبالله التوفيق ُوالهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الرحيم الرحمن الله بسم

Yang Berhomat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhomat. Salam sejahtera. هِ للُّألْحمْد, syukur ke hadrat ُ سُبْحانه َٰ وتعالى ِ ه للّ أ atas limpah rahmat dan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang berterusan yang dikurniakan ke atas rakyat dan penduduk serta Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah yangsetinggi-tingginya atas pelantikan semula Yang Berhormat Yang Di-Pertua selaku Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan tahniah juga kaola ucapkan kepada Ahli-A hli Yang Berhormat baharu ya ng dilantik, kaola menjunjung kasih atas kurnia pelan tikan ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam kesempatan ini kaola dengan penuh hormat dan takzim merafakkan penghargaan dan menjunjung kasih K ehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli dan seterusnya mengurniakan titah di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung pada hari Khamis, 09hb. Syaaban 1444H bersamaan 02hb. Mac 2023 yang lalu.

Dalam kesempatan ini juga, kaola mengucapkan menyokong sepenuhnya Usul m enjunjung kasih yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menjunjung tinggi inti pati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sesungguhnya mencerminkan kebijaksanaan baginda selaku seorang raja dan pemimpin yang sangat prihatin meliputi semua aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat baginda sehingga kepada kemakmuran dan kemajuan negara selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 yang hanya tinggal 12 tahun sahaja lagi untuk kita sampai ke sana, الله شاء ان .

Kaola juga menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas nasihat baginda kepada abiskaola Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara baharu yang dilantik yang الله ء شا ان akan sentiasa dijunjung tinggi dan menjadi panduan kaola dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, bukan sahaja untuk musim permesyuaratan pada kali ini bahkan di sepanjang tempoh pelantikan kaola, الله شاء ان .

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola juga menjunjung kasih hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menitahkan agar perbelanjaan yang diluluskan dal am mesyuarat pada musim ini nanti benar-benar memberi impak positif kepada negara dan rakyat tanpa terlalu banyak membebankan pihak kerajaan dan kaola yakin hasrat murni baginda ini dapat dicapai menerusi kerjasama semua pihak yang berkepentingan dan melalui perbincangan di dalam Dewan yangmulia ini secara telus dan berfikiran terbuka sesuai dengan kemurnian ‘ Calak Brunei’ yang ada pada diri kita sepertimana yang dititahkan oleh baginda itu.

Akhir sekali, kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan semua kerabat diraja serta seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan, kesejahteraan dan mendapat petunjuk serta perlindungan daripada َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ dan semoga perbincangan dalam musim permesyuaratan pada kali ini mendapat petunjuk َٰ سُبْحانه ُ وتعالى ِ ه للّ أ dan memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan Negara Brunei Darussalam, الله شاء ان. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ْ وبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ُورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dulu bagi kita membincangkan Usul ini pada sebelah pagi ini.

Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada petang nanti pada pukul 2.30 petang, sekian.

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.