HARI KE-17 PAGI
27HB MAC 2023M - PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulis
للا بس هم ه الرحمن الرحي همMesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, iaitu hari yang ketujuh belas, Isnin, 5hb. Ramadhan 1444H bersamaan 27hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ’Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kita bersyukur ke hadrat للا سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama lagi hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang ketujuh belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita للا عليه وسال هم نبي محم هد ص هل ه, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang mana telahpun selesai dikemukakan dalam Bacaan Kali Pertama dan Bacaan Kali Kedua oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu.
Mesyuarat Jawatankuasa telah kita adakan pada hari Sabtu yang lalu dan kita telah selesai membahaskan dan meluluskan belanjawan kementerian-kementerian yang besar. Sekarang kita akan beralih ke tajuk selanjutnya.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SA01A Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Dimuliakan Jurutulis kita sekarang membahaskan Jadual Kemajuan.
Sebelum Tajuk Kemajuan ini kita bukakan untuk dibahaskan seperti lazimnya. Saya ingin memberikan laluan dahulu kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk menyampaikan mukadimahnya tentang Belanjawan Kemajuan yang disediakan.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri berkenaan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Dan salam sejahtera. Sukacita kaola mengucapkan selamat berpuasa kepada Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua yang ada di Dewan yang mulia ini. Semoga semua amal ibadah diterima dan sentiasa di bawah rahmat هللاjua.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang kaola telah sampaikan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024 pada 6hb. Mac 2023M yang lalu Jawatankuasa Tertinggi Rancangan Kemajuan Negara yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah meluluskan bagi pelanjutan tempoh Rancangan Kemajuan Negara atau RKN ke-11 selama satu tahun lagi iaitu sehingga penghujung Tahun Kewangan 2023/2024.
Pelanjutan ini adalah mengambil kira keupayaan kementerian-kementerian untuk menyelesaikan projek-projek RKN ke-11 yang masih dalam perlaksanaan serta memberikan peluang kepada kementerian-kementerian untuk meneliti semula projek-projek baharu yang dipohonkan di bawah RKN ke-12 nanti agar mempunyai impak yang positif kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035. Selain itu keupayaan kementerian-kementerian dalam melaksanakan projek-projek adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya seperti:-
i) Kerja-kerja awal termasuk penentuan keperluan reka bentuk;
ii) Penyesuaian tapak;
iii) Penyediaan dokumen-dokumen projek dan; dan
iv) Penyelarasan projek-projek yang boleh diguna sama.
Bagi Tahun Kewangan 2023/2024, $500 juta telah diperuntukkan bagi perbelanjaan kemajuan untuk membiayai projek-projek yang telah diluluskan di bawah RKN ke-11 yang mana setakat ini melibatkan 211 projek termasuk 28 projek baharu yang telah diluluskan.
Projek-projek baharu yang telah diluluskan antara lainnya adalah projek-projek yang mempunyai high impact dalam meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) termasuk yang menyumbang kepada digital transformation ke arah meningkatkan daya inovasi dan tahap produktiviti negara serta boleh meningkatkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Projek-projek di bawah sektor utama ataupun priority sectors seperti sektor agrimakanan dan sektor pembangunan juga telah dikenal pasti bagi menjana lebih banyak aktiviti perekonomian dan spin off.
Yang Berhormat Pengerusi. Semasa pembentangan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 sebelum ini, kaola telah mengongsikan peruntukan-peruntukan bagi beberapa projek RKN yang telah disediakan. Oleh itu, kaola tidak akan mengulangi lagi dan akan menyebutkan secara ringkas sahaja di sini.
Daripada peruntukan sebanyak $500 juta yang telah disediakan sektor keselamatan disediakan sebanyak $174.7 juta,sektor perkhidmatan sosial disediakan sebanyak $108.5 juta, sektor penggunaan awam (public utilities) disediakan sebanyak $105.6 juta. Sektor pengangkutan dan perhubungan disediakan sebanyak $57.3 juta. Sektor perindustrian dan perdagangan disediakan sebanyak $20.3 juta. Sektor bangunan awam disediakan sebanyak $14.6 juta, sektor rampaian termasuk untuk membiayai perbelanjaan projek-projek yang sudah siap tetapi mempunyai tanggungan disediakan sebanyak $9.8 juta, sektor teknologi maklumat dan infokomunikasi disediakan sebanyak $6.2 juta. Sektor Sains dan Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi disediakan sebanyak $2.9 juta dan Sektor Pembangunan Modal Insan disediakan sebanyak $130,000.00.
Dari segi pembahagian peruntukan mengikut prestasi kemajuan projek-projek yang berkenaan, sebanyak $368.1 juta disediakan untuk projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan, sebanyak $82.1 juta disediakan untuk projek-projek dalam peringkat tawaran.
Sebanyak $31.3 juta disediakan untuk projek-projek yang masih dalam peringkat reka bentuk dan dalam perancangan. Sebanyak $14.7 juta disediakan untuk membayar tuntutan penultimate payment, retention money dan sebagainya iaitu khusus bagi projek-projek yang telah siap. Dan sebanyak $3.8 juta disediakan bagi simpanan gagasan.
Yang Berhormat Pengerusi. Daripada 211 buah projek RKN ke-11 berkenaan, sejumlah 45 projek telah siap dilaksanakan secara fizikal. Namun peruntukan masih diperlukan untuk membiayai bayaran-bayaran bagi konsultan, tuntutan terakhir, retention money dan sebagainya. Antara projek-projek yang telah selesai adalah Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, menaik taraf Jalan Perindustrian Serasa menuju ke Jambatan Pulau Muara Besar, pembinaan jejambat di Lebuh Raya Muara-Tutong, Persimpangan Kampung Lugu, Skim Pembentungan Kampung Lumut, Skim Pembaikan Dataran Banjir Sungai Tutong, penambahbaikan sistem BruHims dan pembinaan Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar.
Sebanyak 75 buah projek sedang dalam pelaksanaan antaranya projek-projek infrastruktur seperti berikut:
i) Projek-projek infrastruktur pendidikan seperti pembinaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan UTB phase 4 -School of Applied Sciences and Mathematics; ii) Projek-projek pertanian dan agrimakanan dan perikanan seperti membina skim perairan tambahan bagi kawasan penanaman padi di seluruh Daerah Brunei dan Muara dihasratkan untuk mendukung pengeluaran hasil beras. Peningkatan keluaran sayur menggunakan teknologi tinggi bagi menjana KDNK termasuk pembekalan elektrik di Taman AgroTeknologi Tungku dan Kampung Batumpu; iii) Rancangan pembangunan industri ternakan bagi menjana pengeluaran termasuk pembekalan elektrik di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking fasa 1 Daerah Belait; dan
iv) Makmal Pusat Penyelidikan Penganalisaan dan rujukan bagi penyakit ternakan;
v) Memajukan dan membuka tapak-tapak bagi industri akuakultur termasuk kerja-kerja menyediakan kemudahan asas bagi tapak akuakultur Sungai Mangsalut Kampung Tanah Jambu, Sungai Paku dan Kampung Rampayoh, dan program meningkatkan pengeluaran industri akuakultur termasuk meningkatkan sistem pengairan di kawasan ternakan udang di Pengkalan Sibabau Zon II Kampung Mentiri.
Projek-projek pembekalan eletrik di bawah Kementerian Tenaga yang mana majoriti projek adalah bagi mengukuhkan sistem rangkaian elektrik dan juga projek pengurusan aset dan inventori bekalan elektrik termasuk pengurusan kawalan rangkaian, pengawasan kawalan dan sistem perolehan data.
Projek pembekalan air, pengaliran air dan pembentungan seperti menaiktaraf sungai utama dan anak-anak sungai, pembinaan Logi Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8 dan mengganti atau memindah paip-paip utama yang lama bagi semua daerah.
Projek pembinaan masjid baru seperti masjid baru RPN Kampung Mengkubau, masjid baru RPN Kampung Meragang dan masjid baru RPN Kampung Lumut. Manakala 91 buah projek yang masih dalam pelbagai peringkat seperti perancangan, tawaran dan reka bentuk antaranya menaiktaraf infrastruktur rangkaian sekolah kerajaan, masjid baru RPN Kampung Lugu, masjid baru STKRJ Kampung Telisai, pembinaan jejambat di persimpanagan Lebuhraya Muara-Tutong, penempatan Tapak Industri Tanjong Kajar, membaikpulih landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Fasa II, membina sistem pengepam air mentah baru Badas dan memasang paip air mentah dari Badas ke Kawasan SPARK. Untuk maklumat Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 11 projek dalam RKN ke-11 telah dibatalkan mengambil kira bahawa sebanyak 7 buah projek akan dilaksanakan melalui pembiayaian alternative financing dan 4 buah projek tidak diperlukan lagi.
Yang Berhormat Pengerusi, jumlah peruntukan RKN yang telah disediakan adalah berasaskan kepada progress pelaksanaan projek atau S-curve projek-projek yang telah diluluskan yang boleh menyebabkan jumlah peruntukan menjadi tinggi atau rendah berbanding pada tahun-tahun kewangan sebelumnya ataupun berbanding pada RKN-RKN sebelumnya. Peruntukan berdasarkan kepada S-curve ini adalah penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan dapat digunakan secara optima.
انهشاءه ه,هseperti lazimnya, Bahagian RKN للاdi Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meneruskan perbincangan dengan kementerian-kementerian melalui Jawtankuasa Kerja RKN bagi memastikan pelaksanaan projek adalah mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Progress projek-projek RKN bukan sahaja akan dipantau melalui Jawatankuasa Kerja RKN, malah melalui Mesyuarat Suku Tahun Belanjawan Negara dan Mesyuarat Pemantauan Bulanan serta lawatan ke tapak-tapak projek bersama dengan Pegawai Penyelaras Projek RKN di setiap kementerian.
Yang Berhormat Pengerusi. Sekianlah yang dapat kaola kongsikan sebagai mukadimah dalam pembentangan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara yang ke-11 bagi Tahun Kewangan 2023/2024. انهشاءهللا, هapa jua persoalan yang berkaitan dengan pelaksanaan projek-projek kemajuan ini, kaola yakin rakan-rakan sejawat kaola sudah setentunya akan dapat memberikan penjelasan lanjut selaku agensi-agensi pelaksana projek-projek kementerian masing-masing.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kenyataan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai dengan penyediaan Belanjawan Kemajuan adalah jelas dan saya ingin mengingatkan bahawa semasa kita membahaskan dan meneliti Belanjawan kementerian-kementerian yang lalu, Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik khususnya telah banyak membahaskan perkara-perkara berkenaan dengan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara dan secara tidak langsung telah menyentuh perkara-perkara di bawah Belanjawan Kemajuan yang kita bincangkan sekarang.
Walau bagaimanapun, saya ingin memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang ingin untuk membahaskan Tajuk Belanjawan Kemajuan ini. Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi supaya soalan-soalan ataupun penjelasan-penjelasan biarlah pendek dan terang supaya Rang Undang-Undang di hadapan kita ini akan dapat segera kita selesaikan dan luluskan pagi ini juga.
Bersama saya di sini ada senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk menyuarakan atau suka untuk membahaskan tajuk ini dan saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
السالمه عليكمه ورحمةه للاه وبركاته, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada beberapa soalan mohon pencerahan:
Tentang 91 projek yang masih dalam rangkaan tawaran dan memandangkan tahun ini yang terakhir RKN, kalau projek-projek itu masih dalam rangkaan tawaran atau dalam reka bentuk, adakah ia dapat diusahakan, disiapkan dalam tahun ini juga?
Memandangkan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negara, buku biru yang kita terima tidak menunjukkan status progress projek dan perbelanjaannya. Hanya kita tahu harga rancangan 11 dan harga rancangan dikemaskini dan diluluskan dan anggaran, tetapi tidak ada menyatakan status perbelanjaan setakat yang telah dibelanja dan status projek completion, jadi kaola yang tidak ada akses into that information, tidak dapat menilai keberkesanan atau viability projek ini akan selesai. ‘Sayang’ kalau peruntukan yang disediakan tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Ada beberapa projek yang kaola mohon pencerahan seperti dalam pendidikan 1103, ada 022 Kampus Kekal Politeknik di Ikas Bandung. Ikas Bandung ini, adakah ia di Ikas Bandung di Brunei atau Ikas Bandung di Indonesia dengan $400 ribu.
Yang Berhormat Pengerusi
Setentunya kita merundingkan mengenai dengan tajuk-tajuk Kemajuan yang kita laksanakan di Brunei. Jadi Ikas Bandung itu ialah satu kawasan yang terdapat di, locationnya perhaps boleh dinyatakan kemudian oleh menteri yang berkenaan di mana Ikas, Bandung? Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Ada beberapa isu mungkin tidak tahu di mana hendak bertanya. Adakah ini tempatnya ataupun tempat anggaran hasil tahunan kewangan. Kalau tempat ini appropriate untuk ditanyakan di sini, kalau tidak saya reserve that question dan sekian saja kaola tanyakan, mohon pencerahan. السالم عليكم ورحمة للا وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Mengenai 91 projek yang belum siap atau dalam perlaksanaan. Jadi digalakkan supaya disiapkan dalam tahun ini. Mungkin sebab 91 projek ini belum ada kemajuan yang significant adalah disebabkan oleh masa COVID-19 tiga tahun itu affect progress projek-projek ini juga. Jadi dalam setahun ini tidak mungkin akan dapat disiapkan tapi yang belum siap boleh dibring forward kepada RKN-12. ان شا هء هakan diusahakan sedapat-للا dapatnya.
Bagi status projek. Pada masa ini seperti yang kaola kongsikan tadi, ada yang sudah siap ada yang belum siap. Jadi memang diperuntukkan. Kadang-kadang projek ini sudah dalam waktu perlaksanaan ada isu-isu tambahan seperti tapaknya ataupun the design dan sebagainya. Memang jumlah itu akan kira berubah, some lebih daripada yang diperuntukkan, some memerlukan jumlah yang lebih kurang. Jadi kalau ada projek yang menggunakan lebih peruntukan memang dihadapkan kepada jawatankuasa kerja RKN untuk dibincangkan sebelum diluluskan.
Walaupun dikongsikan awal sepertimana yang dipohonkan, projek itu at the end mungkin berbeza daripada apa yang diperuntukkan. So i am not sure the objective of why the information is necessary tapi kalau sekiranya ada follow up questions bolehlah Yang Berhormat approach ke kementerian untuk mendapatkan information yang lebih lanjut.
Mengenai Ikas, Bandung. Itu di Daerah Tutong dekat Lugu, Katimahar. Sekitar kawasan di sana. Mudah-mudahan itu sudah menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. السالم عليكم ورحم هة ه Soalan yang pertama kaola di sini ialah berkenaan dengan Jabatan Pertanian.
Tajuk vote 1101 di mana perancangan pembangunan industri ternakan bagi menjana $106.8 juta pada tahun 2015 kepada $300 juta pada tahun 2020 telah diperuntukkan jumlah rancangan sebanyak $26 juta.
Walau bagaimanapun hanya $4.5 juta sahaja diperlukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 ini. 1101-004.
Soalan kaola:
i. Adakah ini khusus untuk menyambung projek sejak 2015 yang mungkin tertunggak sahaja atau adakah ia sudah mengambil kira keperluan-keperluan semasa pengusaha masa ini yang memerlukan sokongan dan dokongan dalam mempertingkatkan lagi produktiviti pengeluaran tanaman dan ternakan?;
ii. Adakah jumlah ini cukup dan;
iii. Adakah dalam membuat perkiraan keperluan itu sudah muzakarah dengan semua penternak-penternak, peladang-peladang dan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor pertanian?
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Itu saja.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin atas soalan yang ditujukan berkenaan dengan rancangan pembangunan industri ternakan bagi menjana pengeluaran $106.8 juta 2015 kepada $300 juta pada tahun 2020.
Berkenaan dengan projek-projek yang ada pada masa ini terdapat beberapa projek both baharu dan lama. Projek ini berpandukan kepada requirement daripada pengusaha-pengusaha. Ertinya sebelum kita melaksanakan projek itu memang ada konsultasi dengan pihak-pihak pengusaha. We need to know bisdurang punya requirement. Kalau tidak tahu requirement bisdurang payah kita membuat projek itu, payah kita membuat specificationnya juga.
ان شاء ه bagi projek industri ternakan ini bagi anggaran belanjawan 2023/2024 sebanyak $4.5 juta lebih disediakan iaitu bagi menyediakan dan meningkatkan kemudahan infrastruktur asas seperti substation, jalan raya, perparit dan air bagi KKP Merangking, kawasan kemajuan pertanian Tanah Tuah, kawasan kemajuan pertanian Maraburong dan juga kawasan kemajuan pertanian Batang Mitos. Itulah projek yang akan difocus dalam masa tahun ini للا ان شا هء ه.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Untuk menambah lagi mengenai soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Kalau peruntukan dalam setahun untuk Rancangan Kemajuan Negara kalau sekiranya ada keperluan untuk meningkatkan lagi ان شاء للا perkara ini boleh dibawa ke jawatankuasa kerja RKN untuk sama-sama berbincang supaya kalau ada keperluan boleh ditambah lagi.
Tidak terjadi projek itu menahan oleh sebab habis peruntukan. Kemajuan ini memang untuk diteruskan maju bukannya oleh sebab ada peruntukan jadi projek itu terhad ataupun tidak dapat diteruskan. Memang jumlah $26 juta itu disediakan untuk inisiatif ini. Jadi bila-bila kalau sekiranya $26 juta itu tidak cukup kalau ada kepentingannya boleh difikirkan juga للا ان شا هء ه.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan untuk kaola menyertai perbincangan ini. بسم للا الرحمن الرحي هم
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat للا وبركاته السال هم عليكم ورحم هة ه dan salam sejahtera. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah yang begitu jelas, padat dan terperinci. Kaola hanyalah akan membuat ulasan menyeluruh dan ringkas sahaja di samping mengajukan beberapa saranan Yang Berhormat Pengerusi.
Alhamdulillah, pada Tahun Kewangan 2023/2024 jumlah yang diperuntukkan bagi Kumpulan Wang Kemajuan nampaknya telah ditambah iaitu daripada $350 juta kepada $500 juta. Kaola memahami bahawa langkah berhati-hati ini adalah sebagai usaha kerajaan untuk memastikan bahawa kadar defisit negara akan lebih terkawal, terutama dalam keadaan harga minyak global yang begitu volatile pada waktu ini, ditambah dengan kadar penghasilan yang kurang menggalakkan pada ketika ini.
Alhamdulillah, Kaola perhatikan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih lagi melaksanakan langkah fiscal consolidation yang telah diperkenalkan semenjak Tahun Kewangan 2007.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, objektif langkah ini ialah bagi mengawal tahap perbelanjaan agar sentiasa berada diparas yang sustainable dalam jangka panjang bagi membantu memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan kerajaan. Mudahan-mudahan jumlah ini akan dibelanjakan secara berhemah pada perkara-perkara yang mendatangkan impak yang besar untuk kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan bagi mengelakkan wastages.
Dalam hubungan ini, Kaola mengambil maklum yang 45 buah projek telahpun selesai dilaksanakan dan 91 buah projek masih lagi di peringkat awal perlaksanaan. Oleh itu, Kaola hanya ingin mengetahui berapakah jumlah projek dan program yang dijangka akan dibawa ke hadapan dari RKN-11 ke RKN-12, dari segi bilangan dan nilainya.
Maklumat ini adalah penting supaya jumlah projek-projek atau program-program yang baharu akan bertambah dan bertindak selaku penggerak dan pemangkin dalam merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih lagi bersifat public-sector driven dan banyak bergantung pada suntikan belanjawan kerajaan dalam menjana pertumbuhan dan perluasan aktiviti ekonomi negara.
Capital expanditure ini adalah penting sebagai asas kepada capital formation yang kesan spin-off nya dan multiplier effectnya sangat besar impaknya memandangkan sektor swasta yang belum begitu matang dan mantap. Kita berharap kekurangan suntikan kerajaan ini akan ditampung oleh pelaburan dari aktiviti-aktiviti syarikat milik kerajaan atau GLC’s dan pelaburan asing langsung baharu di negara ini dalam sektor-sektor yang telah dikenalpasti dalam peta jalan industri yang telah digubal.
Ke arah itu, kaola cadangkan supaya dasar dan peraturan yang khusus perlulah digubal yang mengkehendaki mana-mana projek yang bakal dilaksanakan oleh GLC’s dan FDI’s akan mengandungi local development content sebagai langkah untuk memberikan peluang perniagaan kepada firma-firma, konsultan, syarikat-syarikat tempatan supaya industri pembinaan dan perkhidmatan yang berkaitan akan dapat di revive dan sustainable.
Kita sudah pernah melaksanakan perkara ini dalam pembinaan projek-projek yang berskala besar di mana kolobrasi antara firma antarabangsa dan firma tempatan telah dilakukan. Begitu juga antara pemborong antarabangsa dan pemborong tempatan, ini termasuk lantikan site staff yang terdiri dari gabungan pakar luar dan jurutera-jurutera tempatan. Kaola perhatikan kebanyakkan tambahan ini telahpun di commit dalam projek-projek khusus seperti Tajuk 110 -Elektrik, Tajuk 1107 - Pengangkutan Dan Perhubungan, Tajuk 1115 - Perumahan Negara, dan Tajuk 1120 - Keselamatan.
Cuma hanya terdapat sebanyak kira-kira $3,000,000.00 sahaja yang masih disediakan di bawah Simpanan Gagasan dan $475,436.00 dengan harga rancangan sebanyak $47,553,597.00 di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi II bagi Pembangunan Kluster Mikro Ekonomi yang mungkin boleh dilibatkan kemudian.
Kaola mengambil maklum mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang projek-projek yang baharu ini adalah projek yang mempunyai impak besar pada pertumbuhan ekonomi yang mempunyai spin-off dan multiplier effect yang besar kepada aktiviti dan produktiviti negara serta akan menjana lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
هأَْلَحْمْدُ ّٰه kaola menyokong penuh inisiatif ههلِل ini, kaola berharap projek-projek ini juga akan menambah hasil negara di samping membantu PMKS untuk bertapak dan berkembang serta dapat menyumbang atau membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Kaola berharap Tajuk-Tajuk yang dinaikkan peruntukkannya ini akan dilaksanakan secepat mungkin pada tahun kewangan 2023/2024 bagi mengelakkan ianya ditunda ke Rancangan Kemajuan Negara ke-12 nanti.
Yang terakhir, kaola ingin menyentuh mengenai Tajuk - 001/005, Pembukaan Kemajuan Penanaman Padi Secara Komersial Berkeluasan 500 hektar Kawasan Kandol Fasa 2 yang diperuntukkan sebanyak $5,973,633.00 pada tahun kewangan ini. Sukacita kaola ingin mengetahui, berapakah sasaran penghasilan beras yang telah ditetapkan pada masa ini dan berapa yang telah dapat dihasilkan setakat ini.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kaola peluang untuk mengikuti perbincangan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Diucapkan terima kasih kepada Yang berhormat di atas beberapa soalan yang diajukan dan juga saranan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi terutama sekali adalah fiscal consolidation.
Perkara ini memang diteruskan sejak beberapa tahun yang lalu, usaha-usaha adalah termasuk public private partnership, ditubuhkan GLC’s bagi mengambil alih services-services agar dapat dijalankan secara efisien dan juga membawa foreign direct investment dalam negeri supaya memberikan peluang lagi kepada anak-anak tempatan dan memajukan lagi ekonomi kitani.
Usaha kita pada masa ini juga untuk merancangkan masa hadapan yang lebih promising selaras dengan tema beberapa tahun yang lalu iaitu, “Invest in Our Future’’. Projek-projek dalam RKN ini ialah untuk menjadikan satu foundation supaya aktiviti perekonomian ini akan lebih kukuh dan terus menjana pekerjaan untuk anak-anak tempatan dan juga memberikan peluang kepada SME-SME kita dalam negeri.
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim atas nasihat Yang Berhromat Pehin tadi. Di samping itu, untuk memajukan aktiviti-aktiviti ini, kita bukan sahaja mengharapkan peruntukan dari kerajaan.
Jadi seperti kalau kita mengadakan membuat PPP ataupun GLC’s ataupun FDI, ianya memang kira dalam capital structure dalam setiap organisasi yang memang kita menggunakan financing dari banking sector dan sebagainya. Itu suatu langkah untuk kita lebih memajukan lagi kita punya banking industry.
Seterusnya mengenai dengan Kluster Mikro Ekonomi ini, memang suatu peruntukan yang disediakan just in case, because kita menyediakan RKN ini setiap 5 tahun. Jadi sekiranya ada yang projek yang difikirkan sangat penting untuk kita memajukan ekonomi kitani dan kalau sekiranya belum ada peruntukan disediakan, inilah khasnya Kluster Mikro Ekonomi disediakan untuk projek-projek sekiranya ada come across kemudian selepas RKN itu disediakan. Jadi mengenai dengan projek Kandol, kaola serahkan kepada rakan sejawat kaola untuk menjawab soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Berkenaan dengan projek Kandol ini. ان شاءهللا, projek penanaman Kandol jika dilaksanakan sepenuhnya dengan adanya padi Sambada yang mempunyai produktiviti sebanyak 4-5 tan per hektar sekali tuai للا هانهشاءه هprojek Kandol dan juga projek keseluruhannya di negara ini akan dapat menjana kepada self-sufficiency dalam 8.4% beras negara.
أ ْلح ْم ُد ِ هلِلpada masa ini, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga sekarang membuat kajian dan juga trial kepada beberapa jenis (variety) padi yang didatangkan daripada China dan Indonesia, yang mana ada mempunyai potensi dapat mengeluarkan sebanyak 7 hingga 8 tan padi. Jadi kalau diintroduce, انه شاءه للاkalau sekiranya successful trial ini dan dapat diterima citarasa penduduk rakyat Brunei Darussalam, self sufficiency beras kitani akan meningkat kepada hampir 20%, انه شاءه للاin the next few years. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
الرحْ يم َّ الرحْ َٰ َم ّن ّ ٰ ّبس ّْم. Terima kasih َّ ّٰللا Yang Berhormat Pengerusi. Peruntukan Tajuk Kemajuan sebanyak $500 juta adalah peruntukan yang besar dan semestinya semua perangkaan dan persediaan sudah siap sedia dan hanya menunggu fasa pelaksanaan atau sedang dalam pelaksanaan.
Soalan kaola adalah secara umum Yang Berhormat Pengerusi, iaitu:
Kaola memohon pencerahan, sudah adakah penilaian risiko (risk assessments) dan mitigasi (mitigation) yang cukup. Ini membolehkan projek-projek tersebut akan dapat dilaksanakan serta siap dengan kualiti yang tinggi dan menepati tempoh masa serta peruntukan yang telah ditetapkan (high quality, on time and on budget); dan
Adakah sudah perangkaan untuk memantau kemajuan projek-projek ini di peringkat kementerian mengambil kira lessons learned dari projek-projek yang lama.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin atas 2 soalan yang diajukan, iaitu
Mengenai sama ada projek ini mempunyai proper assessments ataupun mitigation yang cukup supaya projek itu dapat dilaksanakan dengan high quality dan sebagainya. Sebagai contoh, masa ini Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang menyediakan RKN-12, jadi proses ini start 2 tahun sebelum ini.
Ini melibatkan mesyuarat dan perjumpaan dengan kementerian-kementerian masing-masing dan juga melawat tempat projek sites dan sebagainya dan beberapa mesyuarat diadakan sebelum ditetapkan projek-projek itu, supaya setiap projek itu dilaksanakan mengikut keperluan dan sebagainya. Jadi memang banyak effort sudah diberikan sebelum kitani masukkan projek-projek ini dalam RKN.
Mengenai dengan lessons learned ini yes ada, memang ada sebahagian projek ini kadang-kadang lewat siap dan sebagainya. Jadi kitani ada beberapa cadangan antaranya:
i. Front loading, aktiviti-aktiviti itu dahulu sebelum di bawa ke RKN, seperti tapak-tapak yang dipilih itu. Mungkin dibuat kerja dahulu dari segi kesesuaian tapak itu untuk projek tersebut, supaya nanti apabila projek itu dimasukkan ke dalam RKN, tidak ada masalah seperti beberapa projek tapak itu tidak sesuai dan terpaksa ditangguh lagi beberapa tahun sebelum dilaksanakan.
Jadi itulah antara beberapa lessons learned daripada RKN ataupun projek-projek yang sebelum ini. Ada juga dicadangkan supaya kitani dapat optimised bajet RKN ini juga supaya mana yang dapat diguna sama, kitani guna sama dan sebagainya. Itu memang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja RKN.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ َٰ َم ّن الرحْ يم ّبس ّْم ُ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُهdan salam sejahtera. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan Tajuk Kemajuan dan status terkini Anggaran Perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negara 2023/2024, selaras dengan usaha untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sebahagian besar daripada tajuk ini ialah bagi pembinaan prasarana tambahan seperti jalan raya, bekalan elektrik, pembekalan air yang boleh membantu perkembangan industri-industri lain seperti industri pembinaan, pertanian dan ternakan dan pelancongan.
Peruntukan juga diberikan bagi menaik taraf kemudahan awam dan alam sekitar dan juga bagi Rancangan Perumahan Negara di bawah Tajuk 115 yang masih diperlukan bagi menyediakan perumahan kepada pemohon-pemohon yang sudah menunggu dalam senarai.
Begitu juga peruntukan yang diberikan dalam RKN-11, bagi pembinaan sekolah-sekolah dan sekolah-sekolah ugama dan menaik taraf serta menambah beberapa bangunan institusi tinggi bagi menangani keramaian pelajar-pelajar baru. Projek-projek begini akan membantu kontraktor-kontraktor tempatan dan juga pembekal-pembekal bahan binaan dan diharap akan mewujudkan pekerjaan.
Kaola berharap pelaksanaan projek-projek di bawah RKN-11, akan dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan. 3 projek yang menarik perhatian kaola tetapi mungkin sudah dijawab dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri awal tadi, iaitu:
Menenai projek jejambat di bawah Tajuk 1106 - 007 dan 008. Kaola pasti kajian telah dibuat mengenai keperluannya, tetapi kaola juga berpendapat harus juga dikaji dari segi penggunaan jejambat ini.
Ada beberapa jejambat yang kaola lihat tidak kerap digunakan oleh pejalan-pejalan kaki, ini setentunya membazir peruntukan kerajaan yang boleh diguna bagi projek-projek lain. Kaola berharap ini tidak akan terjadi kepada projek jejambat yang dinyatakan di dalam Peruntukan Kemajuan dalam RKN-11; dan
Yang menarik perhatian kaola ialah status peruntukan di bawah Tajuk Sumber-Sumber Tenaga Manusia yang dalam rancangan setelah dikemaskini ialah $137,406,750.00 tetapi bagi tahun 2023 ia hanya $130,530,000.00, setelah dikemaskini. Adakah ini bermakna keperluan peruntukan di bawah ini sudah selesai?
Yang terakhir kaola melihat di bawah Tajuk 1114 - Bangunan Awam. Tidak ada peruntukan bagi penaiktarafan pos-pos kawalan imigresen kecuali kalau kaola kurang faham membaca tajuk ini. Dengan melihat keadaan pos-pos kawalan yang ada pada masa ini, kaola berpendapat wajarlah pihak-pihak berkenaan meneliti kesesuaian pos-pos ini dinaik taraf.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Menjawab mengenai dengan 3 soalan iaitu:
- Mengenai dengan jejambat. Itu kalau kaola dapat mencadangkan supaya rakan sejawat kaola menjawab soalan itu nanti;
- Dengan pos-pos kawalan sempadan, mungkin juga diserahkan nanti kepada rakan sejawat kaola juga; dan
- Mengenai dengan HR refund kalau tidak salah.
ان شاء هللا, Kaola akan menjawab secara bertulis sahaja selepas ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Terutama sekali bagi pihak kaola untuk memberi penerangan sedikit mengenai dengan jejambat yang dimasukkan dalam rancangan untuk dibina. Ada 3 jejambat yang dimasukkan dalam rancangan ini untuk dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-11. Jadi, sebagai penerangannya jejambat ini, 1. dilihat daripada segi permulaanya cetusan idea ialah permintaan daripada tempat Kompleks Komersial yang ada terutama sekali merujuk kepada jejambat di Jalan Perdana Menteri, iaitu yang berdekatan dengan roundabout menuju ke airport dan juga ini adalah jejambat yang menghubungkan jalan ke Pusat Komersial di Airport Mall dan ia akan menyeberang ke sebarang jalan itu bagi keperluan pelanggan dan juga pengguna-pengguna yang berkunjung kepada Pusat Komersial ini.
Salah satu kajian yang dibuat ialah 1, ia tercetus daripada pemintaan orang ramai dan mahu merentas jalan membuat pengunjung di Pusat Komersial tersebut dan juga dilihat kepada pengguna-pengguna yang menyeberangi jalan sebagai pejalan kaki daripada segi angkanya memang dilihat disana ada keperluan tersebut, dan juga asas utamanya ialah asas untuk menjaga keselamatan dan itu lah juga diantara ciri-ciri utama maka keputusan daripada akhirnya untuk membuat jejantas tersebut.
Dan ditempat yang lain dimana jejantas ini dirancang untuk dibuat iaitu di kawasan persekolahan-persekolahan dimana utamanya ialah di Kampong Jangsak dimana dilihat daripada 2 lane pada single lane yang mana dilihat kanak-kanak sekolah ada yang menyeberang jalannya jika ia kebanyakkannya diambil oleh parentnya di sebarang jalan. Jadi sebelum ini adalah merentas jalan. Dari sana tah tercetusnya juga idea untuk membuat jejantas ini demi menjaga keselamatan murid-murid dan penuntut-penuntut sekolah yang menyebarangi jalan. Itulah diantaranya kajian yang diambil sebelum keputusan ini dibuat.
Tapi walau bagaimanapun kaola mengambil saranan baik daripada cadangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman daripada pemerhatian memang ada juga dari segi penggunaannya yang liat, dilihat berkurangan di beberapa tempat dimana jejantas atau jejambat telah dibuat sebelumnya dan perkara ini akan diambil kira di dalam pertimbangan dengan selanjutnya di dalam merangka projek-projek yang sama seterusnya.
Itu sahaja pandangan untuk menjawab persoalan tadi, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
الرحْ يم السَّال ُم الرحْ َٰم ِن ِبس ِْم ه ّٰللا Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman di atas soalan yang diajukan berkenaan dengan penaiktarafan Pos-Pos Kawalan Imegresen.
Memang projek penaiktarafan pos-pos Kawalan Imegresen Darat ini sebanyak 4 buah sudah dibincangkan dan dimasukkan kepada Rancangan Kemajuan Negara Ke-12.
Ini adalah dengan mengambil kira projek usaha sama yang dikendalikan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan juga Jabatan Imegresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk pemeriksaannya pada masa ini, jika dilihat pemeriksaan di pos-pos kawalan memang dibuat trial untuk disatukan.
الحمد لله، dengan adanya projek trial ini juga diantara 2 buah jabatan ini, pemeriksaan-pemeriksaan yang dikendalikan pada masa dahulu mengambil masa yang lama telah dapat di improve.
Itu sahaja Yang Berhormat Pehin yang dapat kaola jawab, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
الرحمن الرحيم، بسم الله الرحمن الرحيم، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas kesempatan yang diberikan kepada kaola untuk bersama-sama membincangkan mengenai peruntukkan Kementerian Kemajuan Negara. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan Peruntukkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
Kaola secara ringkas sahaja. Dalam perhatian kaola dimana kadangkala projek atau rancangan ditunda dari tempoh ke tempoh seterusnya. Mengapakah terjadinya perkara sedemikian ini?, Kemungkinaan persediaan ataupun tapak-tapak tanah belum dapat ditentukan dan adakah juga kurang perhatian daripada kementerian-kementerian berkenaan?
Apa yang ingin kaola bangkitkan di sini, jika peruntukkan telah disediakan dan tidak diguna pakai dalam tempoh Rancangan Kemajuan Negara itu, ia boleh menjejaskan rancangan atau projek yang lain yang diperlukan. Salah satu perkara lagi yang harus kita ambil perhatian, jika projek ini ditunda kemungkinan kos untuk membuat satu projek itu akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini akan juga merugikan pihak kerajaan.
Apa yang diharapkan setiap kementerian adalah bersedia seperti yang telahpun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bahawa pada masa ini sudah giat persediaan-persediaan yang rapi untuk memastikan projek-projek tersebut dipantau sehingga projek itu akan dilaksanakan.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, semogalah apa yang telah pun disarankan tadi akan dilaksanakan bagi memastikan projek-projek di masa akan datang tidak akan terbengkalai dan tinggal begitu sahaja sehinggakan merugikan pihak kerajaan. Secara khusus, di sini kaola ingin menimbulkan 2 Tajuk iaitu:
Tajuk dibawah Perubatan dan Kesihatan adalah sudah dalam rancangan bagi Pembinaan Pusat Kesihatan Pandan, Kuala Belait tetapi dalam tahun 2023 dan 2024 tidak ada peruntukkan langsung disediakan. Tapak tanah tersebut seperti yang saya difahami sudah ada dan di gazet dan apakah terjadinya perkara sedemikian sehingga lama untuk dilaksanakan projek ini.
Diharapkanlah ada peruntukkan di bawah Blok Baharu di Hospital Raja Isteri Anak Saleha, أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلtelah disediakan peruntukkan berjumlah $3,023,600.00 juta diharapkan projek ini akan dapat dipercepatkan kerana kita sudah tahu dan mengetahui dan mengenalpasti akan keperluan-keperluan dan fasiliti-fasiliti yang diperlukan sehingga masalah-masalah kekurangan katil dan seumpamanya terjadi.
Sekiranya projek ini akan dapat dilaksanakan dengan segeranya, أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل kita akan dapat mengatasi apa jua masalah-masalah yang dihadapi di hospital berkenaan.
Keduanya, ingin kaola menyentuh di bawah Tajuk 118 iaitu Teknologi Maklumat dan Infokomunikasi. Projek ini telah dikenalpasti banyak projek-projek di bawah tajuk ini, dan adakah kemungkinan-kemungkinan untuk kita review atau diteliti semula, ada kemungkinan projek-projek itu dapat integerasi dan memastikan jangan ada duplikasi terutama sekali yang melibatkan data-data peribadi dan keterangan-keterangan yang sudah wujud mungkin barangkali dalam satu data based.
Adakah kita meneliti secara terperinci bagi memastikan perkara ini, yang saya katakan tadi duplikasi dan boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan juga meningkatkan kos efektif bagi perlaksanaan satu projek itu. Itulah yang dapat kaola timbulkan di sini, sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih memberi peluang kepada kaola dan disudahi dengan سالَ ُم.وباهلل التوفيق والهداية ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf atas beberapa soalan ataupun cadangan.
Mengenai cara kita menguruskan projek-projek di bawah RKN. Kaola mengucapkan terima kasih kepada nasihat daripada Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang experience atau lessons learnt di RKN itu, kita kongsikan dengan semua kementerian supaya ان شاء هللاprojek-projek nanti lebih efisien because nampaknya some of the projects diberi peruntukan tetapi lama, belum lagi mulai kerja-kerja dan sebagainya.
Kita perlu difahamkan juga, bagi sebahagian kementerian yang mempunyai projek yang banyak. Untuk melaksanakan projek-projek ini, dalam kementerian-kementerian itu menyusun yang mana dulu urgent, itu yang dilaksanakan dahulu. Kemudian ada yang kurang urgent, mungkin akan dilaksanakan dalam setahun kemudian. Itu mungkin satu sebabnya. Kalau sekiranya RKN disediakan sebanyak 50 projek bagi satu kementerian, sebanyak 50 itu juga mula dari day 1. Memang mereka ada resources constraint dan sebagainya. Konsultan pun terpaksa disusun. Kaola ambil baik nasihat daripada Yang Berhormat.; dan
Sebelum kaola mencadangkan untuk rakan sejawat kaola menjawab soalan mengenai kesihatan, satu projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah mengenai Projek Hospital Pandan. Sebenarnya projek ini tidak menggunakan peruntukan dari kerajaan. Masa ini masih dalam proses mereview sama ada projek ini boleh menggunakan public private partnership, jadi tidak menggunakan dana atau peruntukan dari kerajaan.
Kaola serahkan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab mengenai Projek Pandan dan seterusnya soalan mengenai IT 1118 Bruhims System. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Seperti yang dinyatakan oleh rakan sejawat mengenai Pandan Klinik menggunakan P3. Penilaian awal dan mengemaskini requirements untuk klinik tersebut telah pun selesai dan ان شاء هللا pada masa akan datang ditunduki untuk sama ada meneruskan P3 tersebut atau tidak.
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha seperti dinyatakan juga, memang rancangan di bawah RKN-12 untuk membangun blok yang baharu, tetapi since RKN-11 dilanjutkan setahun lagi dan projek Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dimasukkan ke dalam RKN-11. Memang $3 juta tidak cukup untuk membuat hospital dan ini sebagai kick start sahaja untuk employ consultants, engineers, architect dan sebagainya.
Mengenai Bru-HIMS. dengan kakitangan yang ada, memang peruntukan ini diperlukan untuk membaik atau mengextend Bru-HIMS yang ada sebelum ini dan untuk migrate ke Bru-HIMS 2.0. Ini memerlukan bajet yang besar pada mula-mula ini dari segi kick start of Bru-HIMS 2.0 nanti.
Dari segi duplikasi انه شاءه للا, هtidak ada duplikasi. Bru-HIMS 2.0 adalah Bru-HIMS as a new software dan Bru-HIMS ini berbeza daripada Bruhealth seperti kaola terangkan sebelum ini yang mana data-data ini adalah diextract oleh Bruhealth. Di antara Bruhealth dan Bru-HIMS, itu yang dimestikan untuk tidak ada duplikasi dari segi obtaining of data or big data integration. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menambah sahaja mengenai soalan yang telah diajukan mengenai menunduki projek-projek ICT kerajaan. Kaola ingin memaklumkan bahawa platform yang digunakan ialah CIO Forum, yang mana semua projek ICT untuk dikemukakan kepada RKN telah ditunduki oleh CIO Forum in terms of mengelakkan duplication sama juga mengemaskinikan atau alignment di antara pihak-pihak kerajaan.
Ini adalah sejajar dengan fiscal consolidation programme. Pada masa yang sama, daripada learnings daripada projek-projek yang sebelumnya, itulah sebabnya tumpuan diberikan juga kepada capacity building khususnya dalam pelaksanaan projek-projek ICT khususnya dari segi design of project, pengurusan dan juga change management aspect.
Seterusnya, berhubung dengan peluang untuk mengemaskinikan atau menggunakan platform yang boleh diguna sama seperti storage data, maklumat-maklumat projek di bawah Digital Economy Masterplan dari segi national information hub adalah menyediakan platform tersebut yang mana ان شاء هللا disebarluaskan lagi penggunaannya. Pada masa ini kurang lebih 11 jabatan sudah menyimpan data-data mereka di dalam platform tersebut. ان شاء هللا dapat diakses oleh lebih ramai lagi jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. Lebih dahulu diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah yang disampaikan dengan cukup jelas dan padat sebentar tadi.
Berkenaan tajuk Kemajuan ini, kaola sukacita menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Walau bagaimanapun, kaola berharap peruntukan ini hendaklah diurus dan ditadbir dengan cara yang berkesan dan efisien tanpa ada ketirisan.
Semua projek yang dilaksanakan hendaklah dipantau dengan rapi supaya tidak ada kelambatan dalam melaksanakannya. Kalau ini terjadi, ada kemungkinan besar harganya akan meningkat. Tambahan lagi kebanyakkan barang-barang yang digunakan di dalam projek-projek ini mungkin diimport dari luar negara. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu dan tidak dapat diramalkan serta cepat berubah yang mana menyebabkan perbekalan barang yang digunakan menghadapi halangan dan gangguan. Akhirnya projek-projek berkenaan sukar disiapkan.
Oleh yang demikian, kaola berharap semua yang terlibat dalam projek-projek yang telah diluluskan akan lebih proaktif dan tidak menangguh-nangguhkan segala yang sudah dirancang. Kaola berharap semua akan berjalan dengan lancar dan mengikut sasaran tarikh yang ditetapkan.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin. Soalan ini kaola tadi sudah sebenarnya menjawab, mungkin tidak perlu diulangi lagi.
Kaola ingin ambil kesempatan untuk menjawab soalan awal dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman iaitu mengenai HRD Fund yang mana pada tahun 2023/2024, hanya $130 ribu sahaja disediakan.
Kaola akan menjelaskan bahawa sebelum ini, HRD Fund kira diperuntukkan di bawah RKN tetapi sejak tahun ini, HRD ini dipindah kepada JPM di bawah Peruntukan Berulang-Ulang. Maka $130 ribu ini disediakan untuk I-ready pada masa ini yang belum lagi selesai tempoh latihan untuk membiayai remaining payment bagi I-ready yang masih menjalankan attachments mereka dan sebagainya.
Itu sahaja kaola dapat menjawabnya. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Dan saya persilakan akhirnya, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. الرحْمَنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera.
Kaola ada sedikit kewahaman dan memohon pencerahan mengenai beberapa perkara, iaitu:
- Berkenaan projek-projek RKN Ke-11 yang tidak dapat dilaksanakan, apakah projek-projek berkenaan masih boleh diteruskan untuk RKN Ke-12?;
- Jika terdapat lebihan peruntukan disebabkan ada antara projek-projek yang dilaksanakan mempunyai kos sebenarnya lebih rendah dari yang dinilai, apakah status lebihan projek berkenaan? Adakah ia digunakan untuk membiayai projek-projek dalam RKN Ke-11 atau dibawa carry forward ke peruntukan RKN Ke-12 atau sebaliknya? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Sekian terima kasih, علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman atas soalan yang diajukan mengenai projek yang belum siap sama ada ditunda ke RKN Ke-12 seterusnya ataupun tidak.
Pada masa ini, ikut estimate mungkin hingga hujung tahun 2023/2024, mungkin sebanyak 80 lebih projek akan siap dilaksanakan dibandingkan dengan 45 projek yang sudah siap pada masa ini. Memang ada selebihnya projek kira-kira 126 projek melibatkan kira-kira $930 lebih juta.
Maka memang perkara ini sebelum dimasukkan ke RKN Ke-12, kementerian masing-masing sedang meneliti semula sama ada projek ini akan diteruskan dengan design dan sebagainya ataupun akan dipohon semula di bawah projek baharu. Maka ini masih dalam penelitian sebelum RKN Ke-12 di finalize. Itu sahaja yang dapat kaola menjawab soalan. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, atas jawapan-jawapan yang telah diberikan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri lain yang turut serta dalam menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membahaskan Tajuk SP01A - Kemajuan. Saya berpendapat tibalah masanya bagi Tajuk ini kita undi. Saya ingin bertanya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, semuanya bersetuju. Maka Jadual Belanjawan Kemajuan diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SPO1A Kemajuan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang sedang membincangkan mengenai Tajuk Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa iaitu Akta ini bolehlah digelar sebagai Akta Perbekalan 2023/2024, dan hendaklah mula berjalan kuatkuasanya pada 1hb. April 2023M.
Saya kira Tajuk Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa ini tidaklah perlu kita bahaskan. Oleh yang demikian, saya ingin sekarang bertanya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Gelaran Pendek dan tarikh Permulaan Berkuatkuasanya Akta ini diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Maka Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَلْحَمْدُ ِّلل Kita telah selesai membincangkan dan meluluskan Tajuk-Tajuk yang terdapat di dalam Jadual bagi Rang Undang-Undang 2023, Perbekalan 2023/2024.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan kerjasama yang selayaknya semasa perbincangan dan semasa kita membahaskan Rang Undang-Undang ini sehinggalah hari ini ia selesai.
Oleh yang demikian, bagi membolehkan kita membincangkan perkara-perkara seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya kita bersidang semula di Peringkat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسمه للاه الرحمنه الرحي هم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Oleh yang demikian, sebagai peraturan perundangan di dalam meluluskan Rang Undang-Undang 2023, Perbekalan 2023/2024 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Rang ini akan dibaca bagi kali ketiga sebelum Rang tersebut ini dapat diluluskan untuk dijadikan Akta.
Saya mempersilakan, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه. dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Yang Bergelar: “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024, dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu” telah pun dipertimbangkan dan diteliti satu per satu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Oleh yang demikian, kaola memohon izin daripada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dapat dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya untuk diluluskan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah menyatakan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar “Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud yang tertentu” untuk dibaca bagi kali ketiga.
Adakah Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong cadangan ini? Silakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Kaola menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan ini telah dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya diluluskan. Cadangan ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju akan cadangan ini sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju secara sebulat suara dan tidak ada tentangan. Maka Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Satu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telahpun selesai meluluskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 dan Akta ini akan mula berjalan kuatkuasanya pada 1hb. April 2023M. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang kita beralih kepada Perkara 7 daripada Susunan Kerja Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Perkara 7, Ketetapan Pertama iaitu Ketetapan di bawah Fasal 83 (7) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959, akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
الرحْ يم السَّال ُم َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا ُعل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Izinkan kaola menerangkan secara ringkas mengenai Kertas yang dibentangkan di atas meja. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sebanyak sebelas buah Perintah-Perintah yang telah disenaraikan dan Perintah-Perintah tersebut telah dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk diguna pakai.
Untuk makluman Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa sebahagian daripada Perintah-Perintah ini sudahpun berjalan dan diguna pakai pada tahun 2022 yang lalu dan sebahagian lagi telah mula berjalan pada tahun ini, iaitu tahun 2023. Kesemua perintah-perintah ini telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan menurut Peraturan dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perintah-Perintah ini telahpun diteliti dengan sehalus-halusnya dengan tujuan untuk mempastikan ianya berjalan dengan teratur. Oleh kerana Perintah-Perintah ini telahpun dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka kaola berpendapat tidaklah perlu kita membahaskan dan sebaliknya bersesuaian untuk diluluskan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Keterangan ringkas mengenai Perintah-Perintah yang kaola sebutkan adalah seperti terdapat dan tersenarai didalam Kertas Majlis Mesyuarat Negara No.1 Tahun 2023.
Oleh yang demikian, izinkan kaola sekarang untuk mencadangkan sebuah ketetapan yang berbunyi “Majlis ini membuat ketetapan menurut Fasal (7) Perkara 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959, bahawa tiap-tiap Perintah yang dibuat dibawah Fasal 3 Perkara 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas No.1 Tahun2023 adalah masing-masing mulai dari tarikh Perintah itu diluluskan”.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah mengemukakan kenyataan adakah salah seorang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri Kabinet yang ingin untuk menyokong.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kaola menyokong sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telahpun mengemukakan sebuah ketetapan dibawah Fasal 83(7) daripada Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959 dan perkara ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Sebagaimana juga yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II sebentar tadi bahawa kebanyakkan atau kesemua Undang-Undang yang disenaraikan di dalam Kertas No.1 Tahun2023 telahpun diluluskan secara emergency orders dan sebahagian Undang-Undang tersebut telahpun berjalan dan berkuatkuasa dari sekarang.
Oleh yang demikian saya juga berpendapat perkara ini tidaklah perlu dibahaskan. Maka ada baiknya ketetapan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II itu, kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Terima kasih. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan sebulat suara maka ketetapan ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ketetapan yang kedua dibawah Bab 4 Ceraian 2 dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136) akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه الرحْ َٰم ِنِبس ِْم هّللا
Dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini untuk mencadangkan bahawa ”Majlis ini dengan ini membuat ketetapan seperti yang dikehendaki oleh Bab 4 (2) Dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah $500 juta untuk dibenarkan diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulan Wang Kemajuan Untuk Maksud-Maksud Tertentu di bawah ini dan dise butkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2023/2024 dibentangkan sebagai Kertas Bilangan 2, Tahun 2023”.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, butir-butir perbelanjaan kemajuan dalam tahun tersebut ada menyatakan dalam anggaran-anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu yang dibentangkan diatas meja sebagai Kertas Nombor 2 Tahun 2023. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Cadangan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara ini telahpun kita bincangkan secara terperinci dan panjang lebar dalam satu sidang Jawatankuasa dan telah pun diluluskan, tiada pindaan.
Maka kaola sekarang ingin menyatakan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meneruskan rancangan-rancangan tersebut sebagaimana yang telah dirancangkan.
Dari itu, kaola sukacita mencadangkan supaya majlis ini menetapkan menurut Majlis ini dengan ini membuat ketetapan seperti yang dikehendaki oleh Bab 4 (2) Dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah $500 juta untuk dibenarkan diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulan Wang Kemajuan Untuk Maksud-Maksud Tertentu di bawah dan dise butkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2023/2034 dibentangkan sebagai Kertas Bilangan 2/2023. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mencadangkan satu ketetapan di bawah Bab 4 (2) Dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136). Adakah salah seorang Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk menyokong cadangan ini?
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kaola sekali lagi bangun untuk menyokong apa yang telah dibentangkan oleh rakan kaola Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mengemukakan sebuah ketetapan di bawah Bab 4 (2) Dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) Negara Brunei Darussalam dan kenyataan cadangan ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, bahawa semua peruntukan Wang Kemajuan ini telah pun diluluskan dan dijadikan akta. Oleh yang demikian, perkara ini tidaklah perlu dibahaskan lagi. Maka ada baiknya ketetapan ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih. Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, maka ketetapan ini diluluskan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini telah selesai mengenai perkara-perkara Tujuh (VII). Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini akan berpindah ke perkara selanjutnya.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Oleh kerana semua perkara-perkara dalam agenda telahpun selesai mengikut Standing Order, maka perkara-perkara ini akan diusulkan oleh seorang daripada Ahli daripada Ahli Kerajaan untuk mesyuarat ditangguhkan.
Ucapan pertama yang akan disampaikan, iaitu ucapan penangguhan akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan beralih kepada perkara lapan ucapan-ucapan penangguhan. Ucapan pertama daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam, saya persilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ن ِ بسم هللا الرحم ِ الرحيم السالم عليكم ورحمةdan salam هللا وبركات ِه sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita نبي محمد صل هللا عليه وسالم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berugama Islam, saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa fardhu bulan Ramadhan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْم َدُ ّ ٰلِل, segala puji dan syukur ke hadrat للا سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua kita, persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 1444H/2023M sekarang telah sampai ke penghujungnya.
Sekali lagi saya ingin merakamkan menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia dan titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara itu pada 2hb. Mac 2023M yang lalu.
Saya juga mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis kerana telah berjaya menerajui dan memimpin persidangan majlis dengan cemerlang dan penuh bijaksana serta tegas tetapi adil. Ucapan terima kasih serta penghargaan jua saya ucapkan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis di atas kecekapan dalam menyusun agenda persidangan dengan lancar dan teratur.
Demikian juga kepada seluruh pegawai dan kakitangan yang telah menyumbangkan khidmat masing-masing dalam sama-sama menjayakan permesyuaratan pada tahun ini. Saya seterusnya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan sejawatan dan juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi khususnya pada menjunjung titah saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat pada 2hb. Mac 2023M untuk kita menggunakan persidangan Majlis Mesyuarat dengan sebaiknya dengan membentangkan isu-isu utama yang strategik dan penting serta sama-sama memberikan buah fikiran dan mencari jalan-jalan penyelesaian yang berpatutan.
Yang Berhormat Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Alhamdulilah, sepanjang persidangan ini kita telah pun sama-sama mendengar dan membahaskan beberapa cadangan dan buah fikiran daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan pembangunan negara dan kebajikan serta kesehjahteraan rakyat dan penduduk.
Saya dan rakan-rakan sejawat di sebelah sini amat menghargai dan sentiasa mengalu-alukan pandangan, cadangan dan buah fikiran yang bernas dan membina daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Yang jelas menunjukkan kesediaan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mewakili rakyat dan penduduk di negara ini untuk sama-sama terlibat dalam menyumbang secara aktif dan bersepadu melalui pendapatan secara whole of government dan whole of nation dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar strategi dan inisiatif-inisiatif pembangunan negara.
Segala cadangan dan buah fikiran yang dikemukakan itu oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah setentunya akan diteliti dan dinilai kesesuaiannya secara terperinci oleh pihak kerajaan khususnya dari segi faedah, impak dan kesannya terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini dan akan dilaksanakan secara berhemah menurut kesesuaian, keutamaan dan kemampuan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Cadangan dan pembentangan kertas cadangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023/2024. أ َ ْل َح ْم ْدُ ّ ٰلِل, kedudukan belanjawan negara pada tahun ini dijangka akan merekodkan Marginal Budget Surplus.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus komited menyediakan peruntukan bagi membolehkan kementerian-kementerian melaksanakan inisiatif dan pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menjana ekonomi yang maju dan berdaya tahan.
Dengan segala usaha komitmen dan sokongan yang berterusan dari semua pihak, ان شاء هللا, ekonomi negara akan terus berkembang dan hasilnya akan dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan masa akan datang. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kita semua harus menyedari bahawa Bajet yang telah dibahaskan dan diluluskan pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang lalu akan dan telah memberi banyak manfaat kepada semua lapisan rakyat di negara ini. Hasil daripada perbelanjaan kerajaan telah dinikmati khususnya oleh Warga Negara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. Perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan termasuklah perkara-perkara seperti berikut:
Perkhidmatan dan rawatan kesihatan secara percuma di hospital dan klinik-klinik kerajaan dimana rakyat dikenakan bayaran sebanyak $1.00 sahaja sementara penduduk tetap dikenakan bayaran sebanyak $2.00 untuk membuat perjumpaan dengan doktor di hospital dan klinil-klinik kerajaan.;
Ubat-ubatan diberi percuma malah pihak kerajaan juga membiayai sepenuhnya rawatan-rawatan kesihatan bagi pesakit-pesakit yang mendapat referral untuk rawatan di private hospital sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi secara purata lebih kurang sebanyak $150 juta setahun tanpa mengenakan bayaran balik daripada pesakit.;
Perkhidmatan percuma juga termasuk pemberian lampin pakai buang (disposal diapers) dan alat bantuan penyusuan ibu yang mula dilaksanakan pada tahun 2017 dimana jumlah purata perbelanjaan kerajaan bagi inisiatif ini dalam tempoh 4 tahun sejak perlaksanaannya sehingga tahun 2021 ialah kira-kira sebanyak $1.5 juta setahun.
Pendidikan percuma iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah termasuk pendidikan ugama.
Pemberian elaun-elaun bagi para penuntut.
Perkhidmatan pengangkutan yang diberikan untuk penuntut pergi sekolah dan juga biasiswa-biasiswa yang dianugerahkan bagi pengajian tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi dalam pelbagai jurusan di dalam dan di luar negara termasuk biasiswa yang dihulurkan atas nama Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) dalam mana pihak kerajaan memiliki sahamnya sebanyak 50%.
Pemberian elaun-elaun kebajikan seperti Pencen Umur Tua yang mana elaun ini dimulakan pada zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan telah diteruskan dan ditambah kadarnya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Elaun Kurang Upaya, Elaun Orang Buta, Elaun Pesakit Kusta, Elaun bagi Pesakit-Pesakit Mental dan lain-lainnya.
Subsidi minyak kenderaan dimana sebagai contoh dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2021, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menghulurkan subsidi minyak kerajaan secara purata sebanyak $130 juta setahun.
Subsidi kerajaan dalam penyediaan Skim Perumahan Negara dimana jumlah keseluruhan subsidi kerajaan bagi 6 buah projek perumahan awam iaitu perumahan-perumahan di Kampung Meragang, Kampung Tanah Jambu, Kampung Bukit Beruang, Kampung Panchur, Kampung Penaga dan Kampung Lugu adalah kira-kira sebanyak $842 juta, tidak termasuk nilai tanah.
Subsidi beras dimana sebagai contoh jumlah subsidi kerajaan bagi beras yang dibeli dari luar negara iaitu Thailand dan Cambodia termasuk perbelanjaan pengurusannya bagi tahun Tahun Kewangan 2020/2021 ialah sebanyak $11.3 juta.; dan
Selain itu rakyat dan penduduk di negara ini juga diberikan subsidi dalam pembekalan perkhidmatan asas seperti tenaga elektrik dan air bersih dan dikecualikan daripada membayar cukai seperti cukai pendapatan peribadi (personal income tax), property tax, sales and services tax dan lain-lain sepertimana yang dipraktikkan di negara lain.
Segala kemudahan dan manfaat yang kita nikmati ini tidaklah boleh dianggap sebagai hak atau right sebaliknya ia adalah merupakan keistimewaan atau privileges yang dikurniakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada kita semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang mana kita wajib sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Segala yang saya huraikan tadi ialah jawapan saya jika ditanya what is in the budget for me?
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Mengambil sukut bulan Ramadhan yang suci ini marilah kita sama-sama merafakkan doa kehadrat هللا سبحانه وتعالى, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli kerabat diraja baginda akan sentiasa berada dalam lindungan sihat walafiat, kesejahteraan, kebahagiaan dan sentiasa menikmati rahmat dan naungan هللا سبحانه وتعالى.
Kita juga berdoa mudah-mudahan negara kita, rakyat dan penduduk sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari هللا سبحانه وتعالىdan terselamat dari segala bala bencana dan wabak penyakit seterusnya dikurniakan nikmat keamanan, pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan ب العَالَمّ يْنَه آمّ يْن َيا َر ه
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan rasa penuh syukur dan bertawakal pada هللا سبحانه وتعالى, saya dengan ini sukacita mengusulkan agar Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini ditangguhkan. Pada mengakhiri ucapan ini saya ingin mengongsikan sebuah pantun lama,
Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menumpang mandi, Mudah-mudahan umur panjang, ان شاء هللا berjumpa lagi.
Sekian, Terima kasih. علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kedua akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته, بسم هللا الرحمن الرحيم Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola bersyukur dan berterima kasih mendapat laluan dalam sesi penangguhan ini. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل dengan kebijaksaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, permesyuaratan kita beberapa hari dalam Mesyuarat Pertama ini iaitu Musim Permesyuaratan yang Kesembilan Belas kini sampai ke penghujungnya.
Sungguhpun sebahagian besar Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara sekarang baru sahaja pertama kali dilantik, namun permesyuaratan kita telah berlangsung lancar seperti permesyuaratan tahun-tahun sebelumnya dibawah kepimpinan, kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua juga.
Maka kaola dengan hormat merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih serta selamat sambil memohon maaf atas sebarang kekurangan, bahkan kaola ada kelemahan-kelemahan kaola sepanjang permesyuaratan tahun ini.
Seterusnya kaola juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis yang telah menyusun aturan kerja seharian kita dalam mesyuarat ini dengan begitu baik dan terutama sekali bagi kaola sentiasa menghubungi mereka ini untuk memaklumkan keuzuran-keuzuran kaola ataupun ketidakhadiran kaola pada satu-satu masa tertentu.
Sesungguhnya kita adalah besidang dalam suasana yang tenang, ini penting diingat. Kebetulan kita memulakannya pada hari-hari menjelang bulan Ramadhan dan mengakhirinya beberapa hari dalam bulan Ramadhan sehingga kepada hari ini. Kaola mohon maaf bukanlah maksud kaola bulan Ramadhan itu menjadi faktor utama suasana permesyuaratan kita yang tenang dan lancar.
Sebaliknya Yang Berhormat Pehin, pada hemat kaola, faktor utamanya ialah faktor utama yang menjadikan permesyuaratan kita berjalan lancar dan dalam suasana yang sangat tenang, sangat nyaman ialah kerana kita bersidang dengan menyedari bahawa kita berada di sini, di dewan ini, Dewan Majlis Mesyuarat Negara. Bukan di mana-mana, kita bukan berada di mana-mana dewan yang kita biasa menghadiri perhimpunan ramai dalam acara permesyuaratan atau acara-acara, majlis-majlis yang bersempena dengan sesuatu acara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam rangka dan ruang lingkup permesyuaratan yang tenang itu lah, mesyuarat kita telah meluluskan beberapa undang-undang termasuk mengenai belanjawan negara iaitu Belanjawan Tahunan dan Belanjawan Kemajuan bagi Tahun 2023/2024.
Mesyuarat kita telah meluluskan sejumlah peruntukan yang begitu besar sebagaimana sebahagiannya telah disebutkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dan sepanjang permesyuaratan, majlis telah mendengar dan merekodkan selain daripada perkara-perkara yang dibentangkan oleh Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan berhubung dengan bidang-bidang perkhidmatan menurut kementerian masing-masing ialah juga majlis mendengar dan merekodkan perkara-perkara yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kedua-duanya telah dibahaskan, di samping pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri-Menteri, suara-suara Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik juga telah didengar dalam dan di luar dewan ini. Ia menjadikan orang ramai teruja mengikuti buah fikiran, saranan selain daripada cuma pertanyaan-pertanyaan dan jawapan-jawapan.
Pada keseluruhannya, ia meliputi ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sejauh mana keberkesanan jentera perkhidmatan kerajaan dalam pelaksanaan rancangan-rancangan yang telah diprogramkan. Maka dalam hal ehwal perkhidmatan keugamaan, kaola ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan terima kasih dan bebesar hati mendapat input, masukan-masukan yang berguna untuk Kementerian Hal Ehwal Ugama semak dan teliti lebih lanjut dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan ugama.
Terdapat saranan-saranan khasnya berkenaan keperluan melihati keperluan menjayakan pendidikan ugama, keberkesanannya iaitu persediaan meningkatkan dalam jangka panjang dan memenuhi keperluan dalam corak pendidikan masa hadapan.
Sementara dalam ehwal zakat ialah juga meneruskan usaha-usaha memaju dan meningkatkannya tidak sahaja kaedah-kaedah kutipannya, bahkan juga kaedah-kaedah pengagihannya sambil pengurusannya diperbaiki dan pengurusan wakaf juga adalah telah disentuh dalam perbahasan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Dalam Ehwal Masjid pula tidak setakat untuk mempercepatkan pelaksanaan rancangan-rancangan pembinaannya, bahkan ialah usaha untuk menambah cara dan corak pentadbirannya dengan penglibatan jemaah yang lebih ramai terutama sekali dari kalangan belia dan muslimah, penglibatan untuk mentakmirkannya.
Demikian juga dalam Hal Ehwal Syariah, bermula dengan isu-isu berhubung dengan pelaksanaan jaminan permakanan halal, membawa kepada perundangan Islam terutama sekali berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian dan seterusnya kes-kes yang disabitkan.
Seterusnya dalam bidang dakwah, Dewan juga mendengar tentang kebajikan saudara-saudara baru hendaklah diperhatikan pengukuhan akidah dan amalan keugamaan mereka, hendaklah juga dijaga dan hal ehwal dakwah pada umumnya disarankan untuk lebih berkesan.
Demikian yang telah disuarakan dalam permesyuaratan kita. Kaola berharap akan ada susulannya dari masa ke semasa, di mana Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah terbuka untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik.
Dengan cara itu, kaola berharap, pihak kaola di Kementerian Hal Ehwal Ugama, akan benar-benar menepati makna kepada pendekatan whole of nation dengan kalangan-kalangan orang ramai yang berkepentingan akan turut dilibatkan dalam ehwal memberkesankan perkhidmatan keugamaan yang kerajaan berpemerintahan beraja negara kita, telah terus menerus mendokongnya dengan menyediakan peruntukan belanjawan tahunan yang besar jumlahnya.
Dalam hubungan ini, kaola sangat menjunjung kasih dan menjunjung tinggi kepimpinan yang berwibawa, bijaksana, lagi berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Raja dan Ulil Amri kita dalam bernegara dan berpemerintahan dan berkerajaan. Seterusnya Yang Berhormat Yang Di-Pertua, mohon izin untuk meneruskan berhubung dengan Majlis Mesyuarat kita ini.
Kaola ulang lagi, bahawa kita bermesyuarat sepanjang Permesyuaratan yang kesembilan belas ini berada dalam keadaan tenang, suasananya nyaman kerana kita semua menyedari bahawa kita berada dalam Majlis Mesyuarat Negara. Majlis Mesyuarat Negara bukan majlis-majlisan.
Majlis itu kalau mengikut erti kata bahasanya, menurut Kamus Dewan Bahasa Malaysia, Edisi ke 4 mukasurat 978 ialah sebuah lembaga atau badan kenegaraan yang dilantik atau dipilih dengan mempunyai kuasa tertentu sebagaimana antara lain makna perkataan majlis menurut kamus yang disebutkan tersebut.
Dalam konteks negara kita, Negara Brunei Darussalam, badan seumpama itu diperingkat negara ialah majlis ini, majlis kita berada sekarang ini iaitu Majlis Mesyuarat Negara yang ditubuhkan dan Ahli-Ahlinya Dilantik, dengan dijelaskan aturan-aturan keahlian dan tugas tanggungjawabnya, sebagaimana yang diperuntukkan secara Undang-Undang dalam Bab-Bab tertentu, di bahagian VI dan bahagian VII Perlembagaan Negara.
Tambahan pula, perkataan Majlis itu Yang Berhormat Yang Di-Pertua, M.A.J.L.I.S itu adalah juga bermakna cantik, elok, dan indah permai, yang mana dalam sebutan kita di Brunei ialah MAJALIS, M.A.J.A.L.I.S yang sinonim dengan sopan santun, ‘bisai’, halus manis, lemah lembut dan boleh dirujuk kepada Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei tahun 2003.
Oleh itu, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat rakan-rakan sejawat dan Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat sepermesyuaratan, yakinlah bahawa permesyuaratan kita yang berlangsung lancar dan tenang adalah kerana kita mengaplikasikan makna-makna itu, yang menjadikan kita bermesyuarat, berunding dengan mematuhi aturan-aturannya secara sopan, ‘bisai’, lemah lembut dengan halus manis, di sebuah badan kenegaraan iaitu Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ini.
Dalam hubungan ini Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian, sukacita kaola menarik perhatian sekalian yang berada di dalam Dewan ini dan juga di luar sana bahawa Majlis Mesyuarat Negara ini telah ditubuhkan semula dan dirasmikan pembukaan mesyuaratnya yang pertama pada 25hb. September, 2004M, iaitu hari Sabtu, 10hb. Syaaban, 1425H, hampir 20 tahun yang lalu.
Maknanya inilah Majlis Mesyuarat Negara yang telah ditubuhkan semula menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan berikutan daripada perubahan taraf Brunei kepada negeri berpemerintahan sendiri selaras dengan Perlembagaan Negeri Brunei tahun 1959, yakni hampir 65 tahun dahulu.
Point yang penting, yang kaola ketengahkan ialah mengenai penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara yang ada ini ialah untuk memenuhi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti yang baginda nyatakan sendiri dalam titah pembukaan dan perasmian mesyuarat yang pertama pada 25hb. September, 2004 itu.
Kaola petik dengan izin, “bahawa beta berhasrat untuk mewujudkan struktur perundingan yang lebih formal iaitu dengan mengadakan sebuah Majlis Mesyuarat Negara, persidangan hari ini adalah, iaitu pada hari 25hb. September, 2004M itu, adalah merupakan permulaan proses ke arah yang beta hasratkan”.
Sedemikian itu, ungkapan titah dalam majlis bersejarah kewujudan semula Majlis Mesyuarat Negara seperti ada sekarang menurut Peruntukan Perlembagaan Negara, sebagaimana dalam edisinya tahun 2004.
Satu point lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua, penting yang baginda titahkan dalam Majlis Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama pada tarikh itu ialah kaola petik seperti berikut “kita sedia maklum, orang Brunei mempunyai cara mereka menyuarakan harapan dan masalah, melalui pelbagai peringkat perundingan.
Sudah barang tentu mereka akan mengalu-alukan penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara ini yang penubuhannya menambahkan lagi forum atau wadah tempat menyalurkan pendapat dan pandangan”.
Sedemikian itu bunyi ungkapan titah dan baginda meneruskannya dengan memperingatkan betapa mustahaknya menjadikan dan menjayakan maksud murni penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara seperti yang kita duduk sekarang ini.
Kaola petik lagi titah baginda, “bagaimanapun, penubuhan semula Majlis ini, dalam apa jua suasana sekalipun, tidak akan menggangu kestabilan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini.
Begitu juga kewujudannya bukan untuk menimbulkan kacau bilau atau kebimbangan dikalangan masyarakat.”
Sebarang kesilapan akan mengundang risiko di mana untuk memperbaikinya semula akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, kita memulakan proses ini dengan cara yang amat berhati-hati Beta akan melihat kerja-kerja dan kesan dari kewujudan Majlis ini dan seterusnya akan membuat keputusan sama ada proses ini boleh diteruskan dengan menambah lagi bilangan ahli-ahlinya”.
Sedemikian titah-titah hasrat dan harapan dan seterusnya memperingatkan kita bukan Ahli-Ahlinya sahaja tetapi juga memperingatkan orang ramai dan rakyat serta penduduk untuk memahami apa sebenarnya Majlis ini telah diwujudkan.
Jadi, titah-titah tersebut, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan juga rakan-rakan serta sahabat-sahabat sepermesyuaratan dan yang sejawat, titah tersebut menjadi panduan dalam proses memaju dan menjayakan Majlis Mesyuarat Negara yang mengikut pengertiannya adalah sebuah badan atau lembaga kenegaraan.
Dalam konteks Brunei Darussalam, negara kita apa yang Majlis sekarang ini mempunyai negara kita yang kecil molek, yang indah menawan ini mempunyai sebuah Majlis Permesyuaratan sebagaimana yang telah dihidupkan, diwujudkan semula semenjak hampir 20 tahun dan mesyuarat tahun ini adalah Musim Permesyuaratan yang ke-19.
Kita di sini duduk bersusun ‘bisai’, tidak seperti susunan dalam sesebuah parlimen yang terdapat ahli-ahlinya mengikut berpihak-pihak, pihak kerajaan dan pihak pembangkang, namun tidak begitu dalam Majlis ini.
Sebaliknya, di sini kita duduk menghadap ke satu hala yang sama, iaitu ke hadapan di mana Yang Berhormat Yang Di-Pertua berada menerajukan dan memimpin permesuyuaratan. Kalau kita ‘melangoi’ sedikit kira-kira 45 degree, kita akan melihat tulisan kaligrafi yang indah iaitu daripada firman ُ هللا تَ َٰ َب َركَ ٱلَّذِي ِب َي ِد ِه ۡٱل ُم ۡلكyang menyebutkan atau menegaskan tentang kebesaran هللاyang Maha Esa, هللاYang Maha Berkuasa.
Dan pengajaran ayat itu ialah menganjurkan supaya kita di Dewan ini atau di mana-mana kerajaan dan rakyat dan sekaliannya hendaklah kita sendiri umpamanya khususnya adalah kerana baik sama ada Kerana Jawatan ataupun Kerana Lantikan adalah kita ini sebuah pasukan yang sama iaitu pasukan Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat Negara untuk kepentingan memelihara dan menjayakan hal ehwal rakyat iaitu kesejahteraannya, hal ehwal negara iaitu keselamatan dan keutuhannya, hal ehwal kerajaan, keberkesannya yang kesemua itu (rakyat, negara dan kerajaan yang kekal qarar di bawah kepimpinan Pemerintahan Raja dalam naungan yang berkeberkatan firman س ْب َحا َنهُ َوتَعَالَ َٰى ّ ٰ َ أkita yang ‘langoi’ di atas tadi iaitu ُتَ َٰ َب َركَ ٱلَّذِي ِب َي ِد ِه ۡٱل ُم ۡلك ayat pertama dalam surah Al-Mulk.
Maksudnya setiap kita di sini adalah hadir untuk bermesyuarat, berunding, bermuzakarah.
Apa yang kita mesyuaratkan, rundingkan, muzakarahkan? Ingat ia adalah semuanya hal ehwal kenegaraan, ingat bahawa erti kata negara itu lebih dari setakat suatu wilayah bumi yang dalam peta dunia bertanda namanya seperti Negara Brunei Darussalam dalam petanya terletak di sebelah utara Pulau Borneo.
Namun, bukan itu sahaja ia dinamakan negara bahkan negara itu meliputi rakyat dan penduduknya yang berkebebasan dan mempunyai sistem sosial dan politik yang mengatur kehidupan individu, masyarakat dan bangsa dan seterusnya mengaturkan kedudukan kerajaan dan pemerintahan. Maka yang sedimikian itulah hal ehwalnya untuk dimesyuaratkan, dirundingkan dan dimuzakarahkan.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin menyatakan lagi bahawa kesemuanya itu kita adalah memikirkan ehwal negara. Kita Ahli-Ahli dalam Majlis ini memikirkan hal ehwal negara, keselamatan dan kedaulatannya yang menjadi ehwal rakyat yang meliputi ehwal rakyat, kesejahteraannya, pemerintahannya, kemantapannya dan ehwal kerajaan keberkesannya.
Jadi, kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi ruang kepada kaola untuk menyampaikan perkara ini, yang mana pada hemat kaola bukan kita sahaja di sini bahkan juga orang ramai dan rakyat di luar sana mestilah memahami dengan baik kewujudan Majlis Mesyuarat Negara dalam konteks negara kita.
Demikian yang dapat kaola sampaikan kaola mohon maaf lagi dan terima kasih kepada sekalian yang bersama-sama dalam mesyuarat ini, kaola bersyukur kerana kaola sempat lagi dalam usia sekarang meneruskan tugas-tugas dalam sidang Permesyuaratan ini dan kaola bersyukur dan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengurniakan limpah perkenannya, kaola menjunjung tinggi.
Terima kasih, علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ketiga akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima Kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan Ucapan Penangguhan ini. بسم هللا الرحمن الرحيم
ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َّ الdan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلkita bersyukur kehadrat هللا سبحانه وتعالىkerana dengan Izin dan rahmat-Nya juga kita telah sampai ke sesi penutup Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 bagi Majlis Mesyuarat Negara Tahun 1444 Hijriah bersamaan 2023 Masehi.
Kaola juga ingin sekali lagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas keberangkatan baginda merasmikan Majlis ini dan di atas kurnia titah baginda di Dewan yang mulia ini.
Kaola juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan pada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksaaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin dan memandu pemesyuaratan ini dengan lancar lagi sempurna dalam suasana tenang dan harmoni, penuh kesabaran, terbuka dan saling memahami.
Dengan pimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dewan ini telah dapat menjuruskan perbincangan kepada isu-isu strategik dan berkeutamaan sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah institusi yang menjadi lambang keunggulan sistem kerajaan di negara ini.
Kaola juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan pada semua Yang Berhormat Menteri yang telah dengan penuh sabar, attentive mendengar pertanyaan dan saranan seterusnya secara terbuka menjawab soalan-soalan yang diajukan, menerima cadangan-cadangan dan memberikan maklumat-maklumat dengan berpanjang lebar, terperinci cukup dengan fakta yang sahih walaupun kadang-kadang dengan emosi yang membara.
Semua ini kita maklumi dan fahami kerana niat ikhlas kita semua di sini adalah sama, iaitu untuk mencapai satu tujuan yang sama untuk mensejahterakan dan memakmurkan negara serta menjaga kepentingan rakyat dan penduduk di dalamnya masa kini dan generasi-generasi yang akan datang.
Bekerja sebagai satu pasukan untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035 sebagaimana yang telah berulangkali dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kaola bersyukur dan mengambil baik jaminan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang saranan-saranan yang telah diajukan oleh Ahli Yang Berhormat di sebelah sini akan diteliti secara mendalam, difollow up dan jika ianya viable akan dilaksanakan secepat mungkin terutama yang membabitkan kemaslahatan dan kepentingan rakyat secara holistic.
Kaola juga bersetuju dengan nasihat Yang Berhormat Yang Di-Pertua supaya mana-mana isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang belum terjawab atau belum dijawab secara lengkap akan disusul samada secara bertulis atau dengan mengadakan sesi muzakarah susulan di masa-masa yang akan datang.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat kita menyedari bahawa di negara ini, أَلْحَمْدُ ِّلل kita tidaklah ketandusan idea dan inisiatif-inisiatif. Beberapa blueprint telahpun dan sedang digubal. Peneraju-peneraju juga telahpun dikenal pasti dan ditetapkan.
Cuma yang penting kita tangani ialah sistem pelaksanaan yang perlu lebih efficient dan effective digandingi dengan sistem pemantauan yang telus. Semua ini memerlukan kerja keras dan koordinasi yang teguh dan mantap.
Tatacara delivery dan koordinasi bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif ini perlu diperbaiki dan dikemaskinikan. Begitu juga sistem pemantauan ianya perlu telus dan mempunyai independent assessment untuk menyukat impaknya on the ground.
Kaola rasa cabaran ini bukanlah semata-mata akan dapat diselesaikan hanya dengan pengenalan teknologi atau transformasi digital yang canggih sahaja. Ianya memerlukan kita mengungkap seluruh isu ini dengan istiqamah, tawaduk dan muhasabah diri. Ini memerlukan kita sendiri mentransform diri kita semua untuk meraih rahmat, bekerja keras secara proaktif, efficient, ikhlas dalam menyatukan tenaga dan fikiran bagi sama-sama membantu negara ini untuk mencapai sasaran seperti yang dihasratkan.
Dengan erti kata, kita perlu melaksanakan perubahan minda dan sikap dalam kita menunaikan tanggungjawab, dalam kita bekerja, dalam kita merancang, kita meneliti, kita menilai, kita melaksanakan, kita memantau, kita berkoordinasi, kita berinteraksi dan kita menilai semula.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, jika kita amat-amati dari pengalaman negara dan kesediaan rakyat ikut serta tanpa menghiraukan kepentingan dan keselamatan diri sendiri dalam menangani krisis seperti penularan pandemik COVID-19.
Ini sudah cukup jelas untuk kita jadikan sandaran yang dengan izin dan petunjuk هللا serta kepimpinan prihatin dan bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kita memang boleh dan yakin untuk mengharungi apa juga cabaran dan boleh mencapai apa jua sasaran yang ditetapkan.
Kita penuh percaya jika budaya kecekalan, jati diri dan koordinasi mantap yang telah ditunjukkan oleh seluruh rakyat semasa menangani pandemik COVID-19 ini dijadikan titik asas ataupun benchmark dalam pelaksanaan program Wawasan Brunei 2035. ان شاء هللا dan izin pertolongan هللا kita sudah setentunya akan dapat mencapai apa yang termaktub dalam Wawasan Brunei 2035 tersebut.
Cuma penglibatan rakyat tersebut perlu digilap supaya potensi dan kepakaran kemahiran mereka dapat dipergunakan sebaik mungkin sebagai mempraktikkan usaha whole of nation approach seperti yang sering kita uar-uarkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, apa yang kaola maksudkan di sini ialah supaya penglibatan cerdik pandai para pakar dan orang-orang yang berpengalaman dalam aspek-aspek tertentu di luar dari kerajaan akan dilibatkan sama, dalam kita menggubal dasar-dasar.
Terutamanya yang berkaitan dalam bidang industri, bisnes, sosioekonomi, pengurusan, kewangan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kriteria bagi lantikan ahli-ahli yang di luar dari pegawai-pegawai kerajaan ini perlulah digubal dengan jelas berasaskan meritokrasi dan performance base.
Dengan kata lain, ahli-ahli yang dilantik mestilah mempunyai kelayakan, integrity, prestasi dan governance yang kukuh di samping mempunyai sifat-sifat amanah, ikhlas dan mempunyai vision yang forward looking.
Cadangan ini bukan sahaja dihasratkan untuk menimba ilmu dan pengetahuan dari individu yang pakar, cemerlang dan berpengalaman dalam bisnes dan bidang-bidang masing-masing malahan ianya juga boleh bertindak untuk mengukuhkan check and balance dalam governance di samping memberikan perspektif industri dan bisnes.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kita telahpun mempunyai asas yang kukuh di setiap agensi kerajaan. Proses dan prosedur sudah tersedia. Strategic plan, blueprint, work plan, pelan tindakan dan peta jalan telahpun dirancang dan digubal.
Key Performance Indicators, sasaran-sasaran dan tekad pemedulian orang ramai sudah pun terhidang. Cuma jika pelaksanaannya ataupun deliverynya masih terkebelakang dan koordinasinya masih kurang kukuh dan mantap ianya perlulah diperbaiki dan dikemaskinikan, yang sukar perlu dipermudahkan, yang mudah harus dipermudahkan lagi, yang lambat perlu dipercepatkan, yang kurang elok perlu diperelokkan, tidak kurang pentingnya juga ialah penyebaran yang luas, komperhensif dan berterusan terhadap inisiatif kerajaan.
Permberigaan ini bukan sahaja akan memberi maklumat yang cepat, tepat dan sahih bahkan juga dihasratkan untuk memberikan perspektif yang betul dan jelas terhadap usaha dan inisiatif kerajaan. Kita sudah masak dengan pengalaman ini semasa pandemik COVID-19.
Ianya perlu dibuat ikhtibar dan jadikan sempadan supaya apa jua inisiatif ini akan disambut baik bukan sahaja oleh pemegang jawatan awam semua peringkat tetapi juga oleh seluruh rakyat dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Sekiranya amalan ini kita utamakan, kaola berpendapat semua pihak-pihak yang berkepentingan dan seluruh rakyat sudah setentunya akan memberikan sokongan yang padu kepada apa jua dasar dan program yang dilaksanakan oleh negara dan Wawasan Brunei 2035 ان شاء هللا dengan izin dan petunjuk هللا akan dapat kita jayakan bersama.
Disinilah pentingnya peranan media kerajaan dalam apa jua bentuk dalam memaparkan dan meningkatkan imej negara di mata rakyat dan di mata dunia. Lebih-lebih lagi dalam usaha kita menarik lebih banyak FDI baharu ke negara ini.
Ianya perlu mempunyai strategi yang out of looking untuk meningkatkan reputasi negara baik dari segi pilihan atau destinasi pelaburan juga bagi pelancongan dengan cara memberikan maklumat yang betul, cepat dan tepat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Nilai bernegara yang berpaksikan amalan Melayu Islam Beraja perlu kita fahami secara mendalam dan saksama. Dalam amalan ini tidak ada pihak yang menang dan tidak ada pihak yang kalah.
Semua pihak perlu saling berganding bahu, sokong menyokong, bersatu hati, bersatu padu, seiring sejalan dalam persefakatan dan perpaduan ke arah mencapai hasrat negara di bawah kepimpinan bijaksana dan berkebajikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kita harus meraih berkat dengan tawaduk, bekerja keras, ikhlas, tidak pernah mengenal lelah demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara. Setelah semua usaha telah kita laksanakan, semua pilihan telah kita terokai selebihnya yang tinggal hanyalah tawakal dan penyerahan kita kepada هللا سبحانه وتعالى kerana bukankah هللا itu adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana yang Maha Agung.
Kaola rasa inilah sebahagian inti pati utama negara zikir. Taat kepada هللا, tawaduk dan istiqamah, sentiasa mentaati هللاdan rasulnya, setia kepada raja, cinta kepada negara dan menghormati keluruhan undang-undangnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam kesempatan ini izinkanlah juga kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Dimuliakan Pehin Jurutulis, Timbalan Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kerjasama kecekapan dan sokongan yang tidak mengenal lelah sepanjang permesyuaratan ini.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga هللا سبحانه وتعالىakan mengurniakan taufik, petunjuk dan hidayahNYA. Membuka minda menyatukan hati pada kita semua ke arah jalan-jalan yang berkebajikan supaya kita akan menangani cabaran ini dengan ikhlas, tabah dan penuh keredhaan dan tanggungjawab.
Kaola juga ingin memohon maaf kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kiranya tesuruk langkah, terkasar bahasa, mengguris hati dalam menyampaikan pandangan dan pendapat. Yang baik itu semuanya datangnya dari هللا, yang kurang baik itu adalah dari kaola sendiri selaku insan yang kerdil.
Akhir sekali kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh Ahli Kerabat Diraja akan sentiasa sihat wal’afiat, dikurniakan nikmat lanjut usia, taufik dan hidayah, keberkatan, perlindungan dan pemeliharaan هللا سبحانه وتعالى, memimpin negara dengan penuh kesejahteraan dan kemakmuran dan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan sentiasa dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan nikmat serta perlindungan هللا سبحانه وتعالى.
Terakhir, izinkan kaola menutup ucapan ini dengan beberapa rangkap pantun mengenai negara kita:-
Brunei ku indah Darussalam, Mencipta sejarah sedari silam, Terkenal sudah seluruh alam, Ibarat sebutir permata nilam.
Negara ku indah laila terbilang, Hutannya hijau mata memandang, Tanahnya subur hasil berbilang, Rakyat berhemah negara cemerlang.
Rakyatnya bekarih menabur jasa, Menyahut seruan raja perkasa, Menyumbang bakti nusa dan bangsa, Negara ku aman laila Sentosa.
Bruneiku indah negara zikir, Rajanya pemurah tiada kikir, Sentiasa prihatin tiada mungkir, Kebajikan rakyat penting terukir.
Ya هللاTuhan penyayang, Dipohonkan berkat negara tersayang, Aman berkekalan rezeki menjulang, Melimpah ruas jangan terhalang.
Di akhir kalam hamba munajat, Merapak doa memohon hajat, Raja kami dikurniakan rahmat, Sentiasa sehat beroleh berkat, Memimpin negara makmur selamat.
Semoga هللا memudahkan kita menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang penuh mubarak ini.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke-4 daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ُُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاته َ سال ُم َّ الرحْ يم ال َ الرحْ َم ّن َٰ ّ ٰ ّبس ّْم َّ ّٰللا dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل
Kita bersyukur dengan izin هللا سبحانه وتعالى kerana telah dapat bersidang selama 17 hari dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Tahun 2023 dengan penuh rasa muhibbah dan berjalan dengan lancar.
Kaola dengan hati yang tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan yang paling setinggi-tingginya atas kepimpinan dan kebijaksanaan serta kesabaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua disepanjang mesyuarat ini. Terutama sekali memandu abiskaola yang baharu dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara di Dewan ini.
Terima kasih juga kaola tujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kecekapan dan Kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat ini.
Dalam kesempatan ini kaola juga tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri kerana memberikan penjelasan dan pencerahan kepada soalan-soalan yang telah diajukan. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola sukacita memfokus dalam Ucapan Penangguhan ini kepada Anggaran Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah diluluskan.
Kementerian Pendidikan adalah sebuah kementerian yang mendapat peruntukan yang sangat besar. Kaola berharap peruntukan ini akan dapat digunakan sebaik-baiknya terutama sekali untuk menjadikan negara kitani mempunyai rakyat berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi.
Ianya hendaklah digunakan untuk menambahbaik kemudahan-kemudahan semua institusi-institusi pendidikan dalam Kementerian Pendidikan. Seterusnya dengan pembaikan ini adalah juga diharapkan akan dapat meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran di semua institusi berkenaan.
Seterusnya kaola sukacita menyarankan supaya guru-guru di sekolah yang cuma mempunyai sijil pendidikan atau diploma pendidikan diberikan peluang untuk menaiktarafkan mereka dengan mengikuti Sarjana Muda Pendidikan dan Bachelor’s Degree yang dulu pernah ditawarkan dalam pelbagai mata pelajaran di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Universiti Brunei Darussalam.
Guru-guru yang mempunyai prestasi cemerlang, penuh dedikasi dan komitmen digalakkan untuk mengikuti krusus tersebut. Yang Berhomat Yang Di-Pertua, kaola masih ingat semasa Yang Berhormat Yang Di-Pertua menjadi Menteri Pendidikan, ada mengatakan sekolah adalah medan perjuangan bagi guru-guru (battlefield).
Kaola percaya penuh dengan pandangan ini, guru-guru di sekolah yang berbasah, berkaring ini supaya diberikan penghargaan dan pengiktirafan serta peluang-peluang belajar di peringkat yang lebih tinggi mengikut kemampuan mereka dan juga memberikan pertimbangan dalam kenaikan pangkat. Ini akan menyuntik semangat para guru-guru yang kaola sebutkan sebentar tadi.
Dari segi kemahiran 3M, Membaca, Menulis, Mengira, usaha-usaha hendaklah dilipat gandakan supaya pelajar-pelajar tidak akan tercicir di awal-awal persekolahan. No student should be left behind.
Ini adalah penting bagi mereka untuk mengikuti pembelajaran seterusnya di peringkat yang lebih tinggi, malah ianya diperlukan untuk menguasai bidang Sciences, Technology dan Engineering.
Akhirnya sebelum menutup ucapan penangguhan ini, kaola ingin mengambil kesempatan ini menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan baginda melantik kaola menjadi Yang Berhormat Ahli Dewan yang mulia ini.
Dengan lantikan ini, kaola buat pertama kali dapat berpartisipasi dalam perbincangan, perbahasan, memberi buah fikiran, saranan-saranan dalam persidangan di dalam dewan yang mulia ini dengan niat bahawa semua itu adalah untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini.
Kesempatan dan peluang ini adalah satu penghormatan yang terbesar bagi kaola secara peribadi. Akhirnya dalam bulan Ramadan yang berkah ini, kaola memohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya terdapat tutur kata yang kurang manis dan sorok langkah yang tidak disenangi.
Yang baik itu adalah dari س ْب َحانَهُ َوت َ َعالَ َٰى لِلّ ٰ َ أ, semua kesilapan, kelemahan dan kekurangan itu datang dari kaola jua. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
َار َيا َربَّ ْال َعا لَمِ يْن َّغف َ َيا,َوأَدْخِ لْ نَا ال َجنَّةَ َم َع اْألَب َْر ِار َ ع ِزي ُْز َيا ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َوبَ َركَاتُه َ سالَ ُم َّ ال
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kelima akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, terlebih dahulu koala mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas memimpin permesyuaratan dengan ramah dan cekap, serta kadangkala tegas, namun abiskaola sangat memahami tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua amatlah berat.
Tidak lupa merakamkan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis, Pegawai-Pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat kerana dapat mengurus dan melaksanakan Musim Permesyuaratan kali ini dengan sempurna dan berjalan dengan lancar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Berkenaan dengan pentingnya sikap profesionalisme di kalangan warga kakitangan awam.
Di dalam merealisasikan semua perancangan kemajuan negara sentiasa bergerak mengikut masa yang dihasratkan, kaola menyarankan agar setiap kakitangan awam hendaklah bersikap profesionalisme di dalam semua hal pekerjaan termasuk di dalam membuat keputusan dan menggubal dasar.
Sikap profesionalisme yang tinggi akan dapat memberikan gambaran kepada orang ramai betapa kakitangan awam mempunyai nilai komitmen dan dedikasi yang tinggi di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sikap profesionalisme ini yang akan dapat meningkatkan keyakinan dan persepsi orang ramai terhadap kualiti sistem, penyampaian perkhidmatan kerajaan secara amnya dan dapat mencapai matlamat bagi mendukung Wawasan Brunei 2035.
Mengenai dengan transformasi budaya kerja. Justeru, di dalam membudayakan sikap profesionalisme ini, setiap jabatan-jabatan kerajaan perlu melakukan transformasi.
Transformasi budaya ini tidak akan dapat dilakukan di dalam masa sehari atau melalui kursus dan bengkel. Ia memerlukan tekad, komitmen dan usaha yang berterusan dari semua pihak daripada peringkat atasan hingga ke peringkat organisasi yang paling bawah.
Koala suka merujuk kepada kata-kata hikmah yang berbunyi seperti berikut. “Orang bijak tidak berharap mendapatkan kehidupan yang berharga, mereka membuat kehidupan mereka sendiri berharga”.
Negara memerlukan pegawai-pegawai dan kakitangan yang inovatif, kreatif dalam memikirkan apa yang terbaik. Di setiap kakitangan kerajaan perlu sentiasa kreatif, memperlengkapkan diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi memulakan diri kepada peluang-peluang baru serta agresif dalam mempelajari ilmu untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri.
Amalan ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh kakitangan lain dalam organisasi masing-masing. Nilai-nilai kebruneian sentiasa diterapkan agar semua kejayaan yang dicapai mengikut landasan calak Brunei yang tulen ان شاء هللا.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola bercakap tentang pembangunan seimbang.
Di dewan yang mulia ini, kaola telahpun menyuarakan beberapa isu dan cadangan berkenaan dengan permasalahan dari orang ramai yang memerlukan keprihatinan daripada pada pihak kerajaan.
Ini termasuklah isu pekerjaan dan pengangguran. Banyak pandangan dan cadangan juga diberikan oleh di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai usaha bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran dan menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Namun pada itu, kaola penuh yakin pembangunan seimbang di dalam semua sektor perlu dilaksanakan melalui pendekatan senegara agar semua objektif kemajuan dapat dicapai.
Jika melihat negara yang berada dalam kumpulan negara maju, mereka bukan sahaja berjaya membawa pembangunan fizikal, tetapi turut memiliki rakyat dan masyarakat yang berbudaya tinggi, berfikiran maju dan mengamalkan gaya hidup berkualiti. Kita tidak mahu Negara Brunei Darussalam dianggap sebagai negara yang mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi minda negara kelas ketiga. Dalam erti kata lain, pembangunan rakyat dan masyarakat tidak seiring dengan pembangunan fizikal.
Setiap agenda kemajuan hendaklah sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Dalam masa yang sama, pembangunan seimbang ini dapat dimanfaatkan kepada kemajuan yang dirancang di daerah-daerah.
Pelan kemajuan bagi kemajuan Daerah Tutong hendaklah selari dengan daerah-daerah lain. Keseimbangan dalam kemajuan perlu dijadikan keutamaan dan fokus utama kepada pihak kerajaan bagi mewujudkan pembangunan yang lestari.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengenai dengan perancangan yang sempurna, kaola merujuk kata-kata yang berbunyi “Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh.
Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Tiada jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan. Kunci kejayaan paling utama adalah bertawakal kepada هللا dan terus berusaha, pastikan semua usaha dan inisiatif dapat dilaksanakan satu persatu sebelum melangkah ke fasa seterusnya."
Kita janganlah terlalu ghairah untuk merangka sesuatu perkara yang belum pasti arah tujunya. Mana-mana usaha baik yang masih belum terlaksana hendaklah diteruskan dengan penuh yakin dan sabar.
Kaola mengharapkan agar Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dibentangkan dan dibahaskan dapat diurus tadbir dengan sempurna agar setiap sen dan ringgit perbelanjaan dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat serta membawa Negara Brunei Darussalam ke pentas kemajuan yang konsisten dan stabil ان شاء هللا. Akhir kalam, kaola sudahi ucapan penangguhan ini dengan beberapa rangkap pantun untuk semua.
Dewan yang mulia tempat bertemu, Tempat berbahas dan berbicara, Mulih tah kitani membawa ilmu, Bilalah bangsa bangunlah negara.
Bunga dadap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jari disusun maaf dipinta,
Negara Brunei adat terpandang, Syariat Islam jadi pegangan, Kini Ramadhan sudah menjelang, Salah silap tutur bahasa mohon dimaafkan.
Sekian terima kasih, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun sebagaimana yang dimaklumi kita telah pun berjaya meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024 dan kita telah pun juga meluluskan ketetapan-ketetapan sebagaimana yang tersenarai dan kita telah mula mendengar ucapan-ucapan penangguhan.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membuat ucapan-ucapan penangguhan yang berkenaan dan saya kira cukuplah dahulu pada hari ini kita mendengar ucapan-ucapan penangguhan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, ان شاء هللاkita akan mendengar lagi ucapan-ucapan penangguhan seterusnya yang mana senarai yang dikemukakan boleh dikatakan agak panjang dan setentunya menggalakkan bagi kita untuk meneliti ucapan-ucapan yang berkenaan itu pada keesokan harinya.
Saya dengan ini ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita ان شاء هللاakan bersidang semula pada esok hari Selasa, 28hb. Mac 2023M, ان شاء هللاmulai pada pukul 10.00 pagi.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.