HARI KE-9 PAGI
14HB MAC 2023M - PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulis
ِب ْس ِم ه ِاللّٰ ال َّر ْح َٰم ِن ال َّر ْحيم Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini iaitu hari yang kesembilan, Selasa, 21hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 14hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ الْحَمْدُ لِلّٰهِ، kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua kita dapat berkumpul lagi bersama-sama pada pagi hari ini bersidang bagi hari yang kesembilan dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Bagi membolehkan kita menyelesaikan dan seterusnya meneliti dan membahaskan Tajuk-Tajuk selanjutnya yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya dan kita menimbangkan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 satu persatu.
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa Rang Undang-undang ini telahpun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekomoni II.
Sebelum mesyuarat ini disambung semula untuk membahaskan Tajuk-Tajuk Kementerian Pendidikan yang belum selesai, pun kita teliti yang mana kita di sebelah petang semalam telah menangguhkan dan masih terdapat lagi beberapa orang ahli yang suka untuk ikut serta membahaskan Tajuk ini, ada beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri Kabinet yang ingin mengemukakan kenyataan terhadap beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik yang belum sempat dijawab.
Maka dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Hisham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَ
Di sini kaola ingin menambah sahaja mengenai isu bulling yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada hari kelmarin.Seperti yang semua maklum isu buli berkaitan rapat dengan mental health.
Dari segi perspektif Kementerian Kesihatan beberapa langkah utama telah dikenal pasti untuk meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar sekolah mengenai isu buli dan seterusnya mencegah daripada berlaku di sekolah-sekolah.
Diantaranya ialah keperluan untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian tentang isu buli kepada pelajar-pelajar mahu pun guru di sekolah-sekolah serta masyarakat.
Penyelarasan pengetahuan mengenai isu buli dengan pendidikan awal pelajar, di mana topik bebas buli adalah perlu untuk diterapkan ke dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan seawal Tahun 4. Dan program bebas buli yang diungkayahkan melalui program school outreach dan community outreach di seluruh negara.
Program school outreach yang berjalan sejak Tahun 2018, melalui Pusat Promosi Kesihatan, khususnya Unit Strategi Kesihatan Mental telah berjaya menjalankan Bengkel Program Brunei bebas buli di hampir 50 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Sebelum tercetusnya gelombang Pandemik COVID-19, Unit Strategik Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan juga telah banyak bekerjasama dengan guru-guru kaunselor di sekolah kerajaan mahupun swasta, samada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah dalam mengungkayahkan Sambutan Hari Brunei bebas Buli di Sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun hanya 2 sesi bengkel berjaya dijalankan bagi kluster 1 hingga 3 sebelum negara berdepanan dengan gelombang COVID-19 yang kedua pada awal bulan Ogos 2022.
Selain itu, taklimat-taklimat dan ceramah berkaitan program bebas buli juga telah diadakan secara adhoc dan atas jemputan di sekolah rendah dan menengah, sekolah ugama serta institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah.
Selain daripada itu, kerjasama yang erat dengan Kementerian Pendidikan juga memastikan referral untuk penuntut-penuntut tersebut dipermudahkan. Bukan macam sebelumnya banyak bertiti-titi.
Selain itu juga dengan adanya Talian Harapan dan juga Talian Anak 121. Ia sedikit sebanyak akan dapat membantu menangani kanak-kanak yang mengalami masalah buli ataupun masalah mental.
Walau bagaimanapun apa yang mustahak di sini yang perlu ditekankan oleh Kementerian Kesihatan ialah untuk tidak menstigma or disstigmatizations of such people. Ini memerlukan whole of governments approach dan Whole of Nation Approach untuk memastikan mereka yang memerlukan ini tidak distigma.
Sekian itu sahaja. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima Kasih Yang berhormat Menteri Kesihatan, dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Rumaizah, Menteri Pendidikan untuk memberikan keterangan lanjut.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi, بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهdan salam sejahtera, Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Ahli-Ahli.
Terima Kasih di atas peluang yang diberikan bagi kaola untuk menambah jawapan kepada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kelmarin, pada hari Isnin 20hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 13hb. Mac 2023M.
Saranan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Supaya Skim Khas Khusus bagi tenaga pengajar bagi pelajar yang bekeperluan khas ini akan digubal sekiranya belum ada, supaya ia setimpal dengan kepakaran dan tanggungjawab yang di pikul oleh tenaga-tenaga pengajar ini yang memerlukan special skill, kesabaran dan komitmen yang tinggi dalam mendidik penuntut-penuntut yang bekeperluan khas.
Sukacita kaola ingin menyatakan bahawa dalam menyedari akan meningkatnya keramaian pelajar-pelajar yang bekeperluan khas di negara ini, Kementerian Pendidikan setentunya akan memerlukan lebih ramai lagi tenaga pengajar berkeperluan khas dan juga pembantu-pembantu guru bagi memberikan khidmat serta kepakaran khusus kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Sehubungan itu Kementerian Pendidikan mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat tersebut dan semoga perkara ini akan mendapat sokongan rakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Soalan-soalan daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin dan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawaty binti Haji Abdul Mumin mengenai pembangunan sekolah Teknikal dan Vokasional di Daerah Tutong dan Temburong.
Terima kasih atas keperihatinan dan cadangan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk menambah prasarana Pendidikan Teknik di Negara Brunei Darussalam. Memang diakui permohonan bagi kemasukan ke IBTE dan politeknik Brunei adalah semakin meningkat setiap tahun.
Sehubungan dengan ini, pihak Kementerian bersedia meneroka cara-cara lain untuk mengembangkan pendidikan TVET dan pada masa yang sama mengalu-alukan penglibatan industri, termasuk melalui kaedah public-private partnership untuk menambah kapsiti fizikal Pendidikan TVET. Ini akan turut menangani isu pelajar-pelajar lepasan 'O' level yang tercicir yang telah disuarakan oleh sebilangan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman bersama, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam menempatkan sekolah-sekolah di lokasi yang strategik. Sebagai contoh, bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah, lazimnya ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan yang mempunyai ramai penduduk.
Walau bagaimanapun, bagi institusi-institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional ia ditempatkan di lokasi-lokasi yang berhampiran dengan industri-industri seperti Sekolah Agroteknologi, Institut Pendidikan Teknologi Brunei, dan IBTE yang ditempatkan di Kawasan Wasan, Limau Manis yang mana kawasan tersebut adalah sesuai dengan kawasan pertanian.
IBTE kampus Jefri Bolkiah yang menjalankan program-program dalam bidang minyak dan gas ditempatkan di Daerah Belait yang mana ia berdekatan dengan Industri Minyak dan Gas. Kita semua maklum bahawa pelaburan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah sangat tinggi dan atas sebab tersebut adalah mustahak bagi Kementerian Pendidikan untuk memastikan kaedah economic of skills digunakan sepenuhnya di tahap optimal.
Pada masa ini, institut Pendidikan Brunei IBTE ada terdapat 7 buah kampus yang menjadi centre of excellence bagi bidang-bidang program yang khusus ataupun niche areas. Kampus-kampus ini juga dapat menempatkan pelajar-pelajar daripada luar daerah. Kemudahan-kemudahan seperti asrama, elaun pelajaran dan elaun perjalanan juga disediakan bagi pelajar-pelajar luar bandar.
Soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai KPI Universiti, apakah kementerian Pendidikan juga bertanggungjawab dengan pemantauan dan jaminan kualiti institut Pendidikan tinggi swasta dan cadangan prestasi-prestasi institusi Pendidikan swasta yang dapat dilaporkan bersama menggunakan petunjuk prestasi utama institusi kerajaan?
Bagi menjawabnya, Institut Pendidikan Swasta ataupun IPTS adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang mana pemantauan jaminan kualiti secara berterusan dilakukan oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan ataupun MKPK Negara Brunei Darussalam.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana juga yang disampaikan kelmarin, KPI kebangsaan 1.6 adalah petunjuk prestasi pengeluaran dari institusi pengajian tinggi iaitu kadar pengijazahan yang mana prestasi dari IPTS juga diambil kira. Bagi MKPI 1.6 tersebut, IPTS secara menyeluruh menghasilkan kadar pengijazahan sejumlah 89.3% bagi tahun keluaran 2021.
Ke arah memastikan kualiti sektor pengajian tinggi, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi dalam mengukuhkan dan meningkatkan lagi kualiti sektor pengajian tinggi sama ada institusi awam ataupun swasta adalah pembentukan sebuah rangka kerja yang dipanggil Brunei Darussalam Higher Education Quality Assurance Framework ataupun HEQAF. HEQAF diharapkan menjadi satu instrumen dalam mengurangkan jurang kualiti antara IPT awam dan swasta.
Tujuan utama HEQAF adalah bagi memastikan kualiti institusi pengajian tinggi di negara ini adalah setara dan diiktiraf di peringkat serantau melalui penggunaan ASEAN Quality Assurance Framework ataupun AQAF. Kesetaraan ini akan memberikan kesan positif kepada graduan keluaran negara kita dari segi memberikan mobiliti sama ada dalam pengajian tinggi mahupun setelah keluar dari institusi.
Maka mereka ini akan mampu untuk menembusi pasaran pekerjaan di peringkat antarabangsa.HEQAF yang diadaptasi dari AQAF juga diiktiraf oleh rakan-rakan Eropah. Ini memberikan peluang meluas bagi mobiliti pelajar dan graduan kita di rantau Eropah juga.
Keempat, terdapat 3 soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman iaitu:
Mengenai sejauh manakah latihan atau pengetahuan yang baharu yang diperolehi oleh guru-guru diaplikasikan untuk membawa perubahan positif kepada pembelajaran di kelas dan bagaimana ia dipantau.
Sukacita kaula mengongsikan bahawa program MTeach terus menitikberatkan evidence best practices dan professional practice and seminars melalui penempatan yang lebih lama dalam sekolah dan penyeliaan daripada school mentors dan tenaga akademik dari Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education ataupun SHBIE. Diharap melalui proses ini mereka akan dapat mengaplikasikan apa juga yang mereka perolehi daripada kursus masing-masing.
Mengenai peranan Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE) dalam melahirkan guru-guru yang berkemahiran, sejauh manakah program yang ditawarkan di SHBIE menepati keperluan pendidikan di negara ini di pelbagai peringkat.
Program MTeach di SHBIE pada masa ini sedang dalam proses semak semula atau review bersama dengan konsultan dari NIE Singapore and Graduate School of Education bagi memastikan pengetahuan dan proses latihan yang dilaksanakan adalah setara dengan institusi pendidikan antarabangsa yang terbaik. Diharap amalan terbaik mereka akan dapat dilaksanakan oleh SHBIE.
Mengenai peratus yang mendapat 5 'O' level ini tidak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jadi di manakah perubahan yang akan kita buat dalam perkara ini?
Usaha masih dipertingkatkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki lagi pencapaian pelajar dalam peringkat menengah agar pembelajaran mereka tidak terhenti setakat menengah sahaja. Pada menjawabnya, Kementerian Pendidikan sedang dalam proses meneliti amalan-amalan terbaik daripada sistem pendidikan lain yang boleh diguna pakai untuk memastikan setiap pelajar mencapai potensi masing-masing.
Pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksanakan baik di peringkat kementerian dan sekolah."Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya dalam peperiksaan BCGCE Peringkat O level, salah satu inisiatif yang dilakukan ialah mengukuhkan kemahiran literacy dan numeracy di kalangan pelajar, terutamanya di peringkat pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah rendah. Dengan penguasaan literacy dan numeracy yang tinggi, highly professional and numerate individu akan memberikan kesan yang positif kepada pencapaian matapelajaran yang lain.
Dari aspek kurikulum dan penilaian, Kementerian Pendidikan sedang giat melaksanakan pensejajaran atau alignment kurikulum dan piawaian standard serta pengukuhan sistem penilaian di sekolah rendah dan menengah, khususnya bagi mata pelajaran teras, bagi mempersiapkan para pelajar sebelum menduduki peperiksaan awam seperti BCGCE ‘O’ Level. Sebagai contoh, pemilihan awal kepada soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order Thinking Skills – HOTS) dilakukan seawal peringkat rendah.
Di peringkat sekolah pula, pelbagai sokongan dan intervensi telah dan akan terus dilaksanakan, khususnya dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Pihak Kementerian akan sentiasa memantau keberkesanan program-program yang dilaksanakan di peringkat sekolah, bagi memastikan ia benar-benar memberikan impak yang positif kepada pencapaian pelajar.
Di kesempatan ini, pihak Kementerian sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha dan komitmen para guru dalam melaksanakan tugas "beyond the call of duty". Sekianlah Yang Berhormat Pengerusi yang dapat saya sampaikan pada menjawab soalan Yang Berhormat berkenaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas penerangan lanjut yang diberikan tadi, maka sekarang kita mulakan perbincangan ini seterusnya dengan menjemput Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan dengan mukadimah yang telah dibentangkan sabtu lalu. Yang Berhormat Pengerusi, kaola ada 2 saranan dan 3 soalan.
Izinkan kaola dulu untuk menyampaikan saranan-saranan tersebut.
Isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat swasta di negara ini ialah kualiti kemahiran lepasan graduan dari institut teknikal khususnya IBTE sejak beberapa tahun dan masa ini yang kurang menyerlah. Sangat membimbangkan juga ialah kerana 30% dari graduan IBTE ini tidak mendapat kerja setiap tahun iaitu kira-kira seramai 450 orang.
Kalau didarab dengan 13 tahun termasuk tahun ini sehingga tahun Wawasan Brunei 2035 bermakna potensi pengangguran ialah hampir mencecah 6,000 orang jika sesuatu tidak dilakukan.
Kaola dapat fakta ini daripada majlis muzakarah bersama Kementerian Pendidikan pada 06hb Februari, 2023. Kaola percaya kalau kualiti bagus pastinya syarikat di negara kita ini akan mengambil lepasan graduan IBTE dengan tangan terbuka.
Saranan kaola ialah penambahbaikan kepada sistem Technical Vocasional Education and Training iaitu TVET untuk mempersiapkan tenaga kerja tempatan menjadi industri ready. Juga pada masa yang sama sebagai usaha untuk menangani ketidaksepadanan kemahiran bagi para lepasan pelajar atau graduan serta dalam memenuhi keperluan dan kehendak industri. Saranan kaola ini ialah IBTE untuk diperkenalkan sistem Dual Technical Vocasional Education and Training (dual TVET) iaitu satu sistem yang melibatkan 2 tempat pembelajaran dan latihan iaitu di syarikat penempatan dan di sekolah vokasional.
Sistem ini telah diperakui dengan baik di negara-negara Eropah seperti Austria dan Jerman, yang pengangguran dalam kalangan para belia di negara tersebut sangat rendah kerana apa, kerana ia mempunyai sistem Dual TVET yang berfungsi dengan baik.
Dual TVET system ini untuk memudahkan pengalihan pembelajaran ke alam pekerjaan dan menangani keperluan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh. Dalam sistem Dual TVET ini para pelajar di Institusi Teknikal akan dilatih dalam sistem dua trek, sebanyak 70% daripada masa pembelajaran dan latihan akan dihabiskan di syarikat Industry VES manakala sebanyak 30% pula akan dihabiskan di Institusi Vokasional.
Logiknya, kalau sejumlah 70% mengambil wielding, bukankah ini bukan ke arah vokasional untuk membuat assignment dan untuk membuat paperwork kerana paperwork tidak dapat melakukan wielding, sebetulnya.
Seterusnya, mereka juga akan menjalani latihan atau penempatan industri yang bermula sejak minggu pertama program tersebut, agar para pelatih penuntut ini dapat membiasakan diri dari awal, yaitu dari permulaan program yang dilaksanakan, mempelajari kemahiran pekerjaan secara teori dan simulasi professional secara serentak di tempat kerja mereka.
Pada masa yang sama juga, memastikan para pelatih penuntut ini dipersenjatai dengan pengetahuan dan latihan yang memenuhi keperluan syarikat. Syarikat juga boleh mendapat manfaat daripda sistem ini kerana sentiasa mempunyai pekerja yang mahir dan mencukupi di dalam syarikat mereka masing-masing.
Secara logiknya juga, sebanyak 70% jika penuntut ini berada di syarikat contohnya ia melakukan wielding ataupun memasang bata, harus bekerja berjam-jam dibandingkan dengan sebanyak 30% jika berada di sekolah vokasional yang di bawah atap. Itu memiliki paparan yang berbeda.
Mengikut pemantauan kaola, dari lebih 40 program yang ditawarkan di Institute of Brunei Technical Education (IBTE).
Satu program, iaitu program conjunction interacting telah menggunakan sistem dual TVET ini. أل َح ْمد ّلِل ada sudah dua perkara. Ini adalah satu perkembangan sangat positif, walaupun kaola difahamkan sebanyak 70% pelajar berada di IBTE, ertinya di bawah atap, banyak buat assignment dan sebanayak 30% di industri. Jika sekiranya ia mengikut formula sebanyak 70% di industri dan sebanyak 30% di IBTE, kaola yakin الله ان شاء kursus ini akan lebih berkualiti tinggi.
Saranan kedua, Yang Berhormat Pengerusi. Penubuhan Sekolah Pendidikan Khas untuk kanak-kanak autisme di bawah Kementerian Pendidikan. Unit Pendidikan Khas (UPK) pada awalnya ditubuhkan sebagai satu unit dan kemudiannya telah dinaiktarafkan sebagai jabatan yang kini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Pada 1hb. Jun 2021M di bawah Kementerian Pendidikan yang fokusnya dalam memberi pendidikan atau pembelajaran unik kepada semua pelajar berkeperluan khas.
Pendidikan inklusif adalah salah satu konsep dan proses yang berhasrat untuk menangani atau memberi respons kepada kepelbagaian keperluan semua pelajar. Ini termasuklah perkara yang berkaitan dengan kehadiran, keterlibatan dan pencapaian mereka tanpa mengira kekurangan uapaya mereka, disability.
Dengan peningkatan sejumlah 6 kali ganda kadar autisme yang dicatatkan di Negara Brunei Darussalam jika dibandingkan dengan statistik 10 tahun lalu iaitu dari tahun 2011 hingga April 2022 telah menunjukkan kira-kira seramai 2,567 individu termasuk kanak- kanak telah disahkan menghidapi autisme.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola menukil daripada akhbar Borneo Bulletin, bertarikh 24hb. April 2022M, kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohd Hisham bin Haji Jaafar, dalam memberi pertimbangan, perhatian juga keperluan yang diperlukan oleh golongan ini dan jika dilihat dalam sistem pendidikan yang ada pada masa kini. Kanak-kanak autisme ini hanya mempunyai purata 4 jam dalam seminggu di sekolah menengah, jika dilihat purata ini tidak mencukupi bagi pembelajaran mereka.
Dalam hal ini, amatlah penting bagi kita semua untuk terus membuat pelaburan, sama ada dari segi masa, kewangan, atau usaha, dalam memahami kondisi dan memberi peluang agar mereka mampu mengubah kehidupan. Dengan peningkatan yang ketara ini pada kanak-kanak yang disahkan menghidapi autisme ini, sudah tiba masanya bagi sistem pendidikan di negara ini menubuhkan sebuah sekolah bagi pendidikan khas yang baharu yang memberikan fokus dalam menyediakan keperluan khas untuk kanak-kanak autisme ini.
-- start here
Yang Berhormat Pengerusi, masa ini Non-governmental Organizations (NGO’s) yang membuatnya, iaitu Pusat Ehsan Al-Meerah Al-Hajjah Maryam dan juga SMARTER, yang dimaksudkan dengan Sekolah Pendidikan Khas ini termasuklah penyediaan perkhidmatan seperti terapi pertuturan dan bahasa (Language Therapy), terapi pekerjaan (Occupational Therapy) dan sebagainya.
Selain itu, usaha tersebut dapat memaksimumkan potensi kanak-kanak autisme agar kurang bergantung dan pada masa yang sama, dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan untuk memastikan mereka mampu menjadi penyumbang aktif dalam masyarakat. Perlu diingat Wawasan Brunei 2035, kita perlu juga memeduli kanak-kanak yang menghidapi autisme seramai 2,000 orang.
Pada masa yang sama perkara ini adalah untuk memastikan program pembelajaran yang disebarkan akan dapat menepati keperluan individu dan tidak hanya sepatutnya berdasarkan akademik sahaja. Mereka harus juga diberikan kemahiran sosial yang menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.
Mengakui bakat dan potensi kanak-kanak dengan spektrum autisme ini daripada hanya tertumpu kepada kelemahan mereka adalah penting dalam makna mencipta masyarakat yang benar-benar eksklusif agar mereka dilengkapi dengan kecekapan yang mampu diterima dalam masyarakat. Iaitu kedua saranan, Yang Berhormat Pengerusi.
Sekarang izinkan koala mengemukakan soalan. Negara Brunei Darussalam, pada masa ini sangat memberikan fokus dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan sekuriti pemakanan. Isu atau persoalan yang berkaitan dengan sekuriti pemakanan ini dan kemampanan ekonomi telah meletakkan sektor pertanian dalam kedudukan yang penting. Dengan penubuhan fakulti pertanian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dilihat mampu untuk menyuntik semangat baharu dalam sektor pertanian.
Pertanyaan koala ialah apakah kandungan kokurikulum kursus-kursus yang ditawarkan di bawah fakulti ini akan dapat menarik minat golongan belia untuk menceburi diri dalam sektor pertanian yang kaola maksudkan menceburkan diri itu ialah belia memangkan akan menjadikan pertanian sebagai kerjaya ataupun profesyen mereka dan bukan sekadar mengikuti kursus selepas penempatan kursus kerja di bidang lain lagi ataupun sekadar mendapatkan elaun.
Soalan kedua, dalam aspek yang lain pihak MOE melalui Universiti Islam Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sudah membuat penyelidikan bagi jenis-jenis penyakit tanaman padi baharu pertengahan tahun 2023 ini sekurang-kurangnya dalam 500 ekar akan dibuka di Kawasan Kemajuan Pertanian Kampong Kandul.
Jika ada penemuan hasil dari penyelidikan itu nanti dapatlah dikongsikan peladang, kaola percaya ia dapat membantu para peladang dalam menangani penyakit tanaman padi dan memberikan jaminan kepada sekuriti makanan iaitu padi.
Soalan yang ketiga, berapakah ramai setakat 5 tahun kebelakangan ini Kementerian Pendidikan memberikan dermasiswa-dermasiswa kepada Kursus Doctor of Veterinary Medicine (D.V.M) Doktor Haiwan.
Itulah sahaja saranan dan soalan kaola Yang Berhormat Pengerusi. Diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan kepada kaola untuk memberikan saranan dan soalan. Jika ada tatabahasa yang tidak menyenangkan mohon ampun dan minta maaf kepada Yang Berhormat Pengerusi. Sekian.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang ِب ْس ِم هاللِّٰ ال َّر ْح َٰم ِن ال َّر ْحيم .Berhormat Pengerusi Menjunjung kasih kepada Yang Berhormat atas 2 saranan dan juga 3 soalan. Kaola ingin menjawab soalan- soalan dahulu sebelum memberikan komen kepada saranan-saranan.
Mengenai perisian kurikulum ijazah di UNNISA. Bagi menjawabnya Yang Berhormat, sukacita kaola mengongsikan maklumat seperti berikut: Jenis-Jenis Program Pertanian yang ditawarkan di Kampus Sinaut UNNISA:
Program Argiculture Bridging Certificate;
Program Sarjana Muda Sains Pertanian (Agribisnes);
Program Sarjana Muda Sains Pertanian (Argoteknologi);
Program Sarjana Pertanian (Argibisnes) secara penyelidikan;
Program Sarjana Sains Pertanian secara penyelidikan;
Program Doktor Falsafah Pertanian (Agribisnes) secara penyelidikan; dan
Program Doktor Falsafah Sains Pertanian secara penyelidikan.
Mengenai perisian program-program sukacita dikongsikan sebagai contoh, Program Agribisnes. Kursus-kurus yang diajarkan mengandungi kurikulum teras yang coherent and cummulative bagi melahirkan graduan dengan ilmu asas pertanian yang kukuh berdasarkan kepada ajaran Al- Quran dan sunnah.
Program ini direka dengan menggabungkan sains pertanian dan juga bisnes. Program ini bertujuan melahirkan graduan terlatih yang boleh memainkan peranan dalam membangunkan bidang pertanian berasaskan teknologi terkini serta mampu mengenal pasti peluang keusahawanan ke arah peningkatan industri pertanian negara umah dan juga negara.
Sukacita kaola menambah bahawa antara kursus yang diajarkan termasuk mengenai pengurusan ladang, pengetahuan ekologi, ilmu mengenai tanah dan pengurusannya, pengetahuan regeneratif, teknologi hydroponik, aquaponik dan eroponik, smart farming, pengurusan hasil pertanian, rantaian ekonomi pertanian serta keusahawanan serta topik-topik lain yang menarik dan relevan untuk menyokong perkembangan pertanian Negara Brunei Darussalam.
Mengenai dengan penyelidikan dalam pertanian. Kaola menjunjung kasih atas soalan Yang Berhormat mengenai penyelidikan dalam pertanian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan. Bagi menjawabnya, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, melalui peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi, IPTA telah melaksanakan pelbagai penyelidikan dalam bidang pertanian.
Sukacita dikongsikan beberapa tajuk penyelidikan tersebut seperti beriku, kaola akan menyentuh mengenai bidang-bidangnya sahaja:
- Dari UBD ada Fishing Brunei Darussalam, Biochar Agriculture, Halal and Tayyib Food Analysis, Fishing, Rice Species, Sustainable Development, Agricultural Heritage dan juga Manpower for Bio-Censes Halal Science dan Detection for Research Group;
2.Manakala UNNISA, perekonomian ataupun sustainable economy growth dalam bidang agriculture; dan;
UTB pula ada membuat 2 penyelidikan iaitu Agrifood Research Trust and Wellness dan juga Developing Food Supplement direct form locally mushroom.
Selain peruntukan tahunan yang disediakan, IPTA juga menggunakan sumber peruntukan dari council for research and investment and technology and science create di bawah pengendalian Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Apa yang diharapkan agar hasil penyelidikan ini akan nanti boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah sektor pertanian.
Mengenai soalan biasiswa on veterinary science. Bagi menjawab soalan mengenai biasiswa pelajar ke luar negeri. Kaola sukacita mengongsikan bahawa semenjak 5 tahun kebelakangan, Kementerian Pendidikan telah mengiklankan bagi penawaran biasiswa dalam bidang veterinary science.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل pada masa ini terdapat 2 orang pelajar biasiswa yang sedang mengikuti pengajian mereka masing- masing di luar negeri. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pendidikan telah mengiklankan bidang yang sama bagi sesi kemasukan tahun 2021/2022 dan 2022/2023.
Mengenai saranan Yang Berhormat:
- Program structure bagi kursus- kursus yang ditawarkan oleh IBTE iaitu Dual Vet yang melibatkan 2 tempat seperti construction dan sebagainya.  , sehari dahulu Kementerian Pendidikan melalui IBTE telah menawkan program-program ataupun kursus-kursus struktur program tersebut lebih kepada mereka membuat hand on experience di industri-industri yang tertentu ataupun rakan-rakan Register Training Organisations (RTOs) for examples dan sebagainya.
Banyak peratus mereka belajar dan kalau misalanya Program Construction. Walaupun mereka ini 70% masih berada di kampus, kiranya classroom yang beratap tetapi kalau kitani meninjau masuk di dalam kampus tersebut, ia bukan classroom biasa tetapi ia bengkel- bengkel yang hardly we see chairs and tables. Apa yang terjadi adalah bahan- bahan untuk membuat construction dan mereka mempratikkan dan diajar basic awal untuk construction sebelum mereka ini go to the side dan mempratikan apa yang mereka pelajari.
Dalam kesempatan ini, oleh sebab ada beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh mengenai pekerjaan- pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian mereka di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan baik awam atau swasta. Izinkan kaola untuk memberikan sedikit kenyataan.
Sebenarnya supply dan demand semestinya co-exists dalam ekosistem yang seimbang. Kementerian Pendidikan selaku supply agent terpenting dalam supply change akan terus berharap agar pihak industri-industri selaku constituents kepada demand akan dapat bekerjasama dengan lebih rapat lagi.
Jadinya, kepada demand side, sokonglah kami selaku agent supply. Jika ada peluang pekerjaan, hulurkanlah ia kepada anak-anak tempatan yang telah kami bentuk pola pemikiran mereka dan juga keperibadian mereka.
Jika ada keperluan baharu ketuklah pintu kami, dan kongsi-kongsikanlah kompetensi-kompetensi tersebut agar para instruktor kami dan juga tenaga pengajar kami akan peka terhadap perubahan-perubahan tersebut.
Dalam kesempatan ini Kementerian Pendidikan berterima kasih atas unjuran- unjuran pekerjaan yang telah dikongsikan kepada Kementerian Pendidikan kerana ia telah dapat membantu Kementerian Pendidikan dalam menganggarkan keramaian ataupun jumlah pelajar yang akan diserapkan ataupun dimasukkan ke dalam program-program tertentu.
Mengenai saranan kedua iaitu Authestic. Kaola ingin menjunjung kasih atas saranan tersebut dan kaola ingin menambah bahawa Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) akan terus menyokong institusi dan persatuan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan kepada kanak-kanak yang istimewa ini.
Justeru, Jabatan Pendidikan Khas akan terus bekerjasama rapat dengan persatuan-persatuan seperti SMARTER secara kolaborasi imbal balik sebagai contoh dalam mengendalikan kursus pengenalan Introductary Course berkaitan dukungan dan bantuan kepada penuntut-penuntut yang instimewa ini, Jabatan Pendidikan Khas juga turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti amal, anjuran bersama dengan SMARTER khususnya sempena Autism Day dan memeberikan bantuan Learning Resources seperti peranti komputer dan Ipad, menganjurkan bengkel dan penampatan guru-guru home room teacher ke SMARTER, penempatan kerja pelajar Pra-vokasional di SMARTER dan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat SMARTER oleh sekolah-sekolah yang menjalankan program pra-voc.
Dalam masa yang sama Kementerian Pendidikan juga telah melaksanakan penubuhan Centre of Excellence di beberapa buah sekolah yang turut menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan kepada penuntut- penuntut authestic tanpa mengira tahap diagnosis.
Ini pada mengambil kira terdapatnya fasiliti-fasiliti khusus bagi penuntut- penuntut istimewa ini. ان شاء الله Kementerian Pendidikan akan terus menerokai peluang-peluang kerjasama dengan persatuan dan institusi sedemikian dalam bidang-bidang yang berkepentingan khususnya berkaitan pembangunan pembelanjaran penuntut-penuntut istimewa ini dan ingin kaola memperingatkan sekali lagi bahawa kaola ada membuat kenyataan mengenaimana-mana pertubuhan institusi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang berminat, silalah mendaftar sekolah khas bagi semua kategori tahap keutamaan 1 hingga 5.
Penyertaan daripada private sector sangat-sangat dialu-alukan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
ِب ْس ِم ه ِاللّٰ ال َّر ْح َٰم ِن ال َّر ْحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita mengucapkan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama menyertai perbincangan bagi peruntukkan Kementerian Pendidikan.
Dirakamkan ucapan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas pembentangan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 bagi Kementerian Pendidikan yang komprehensif serta menjelaskan hala tuju kementerian ini.
Yang Berhormat Pengerusi, kita telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan kemarin, tentang cabaran-cabaran dan isu-isu yang melibatkan penuntut-penuntut dari indicator-indicator seperti PISA yang memerlukan perhatian yang serius umpamanya isu buli dan kurang percaya terhadap diri masing-masing. Perkara ini perlulah kita tangani bersama.
Apa yang diharapkan supaya antara isu yang telah pun dikenal pasti itu akan kita cari route cause yang sebenarnya dan seterusnya memperkenalkan kaedah atau tatacara yang lebih efektif bagaimanakah kita untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan memberikan keutamaan.
Apa yang diharapkan, isu-isu seperti ini, bukannya dipertanggungjawabkan semata-mata kepada Kementerian Pendidikan malahan ia memerlukan kerjasama yang erat dan komitmen semua stakeholders termasuklah rakyat dan penduduk Negara Brunei Darusslam. Kita berdoa kepada سبحانه وتعالى الله supaya dikurniakan petunjuk dan hidayat supaya isu-isu ini akan dapat diatasi.
Yang Berhomat Pengerusi. Profession perguruan adalah peranan penting untuk mendidik rakyat yang berpendidkan tinggi, berkemahiran dan berkualiti tinggi sepertimana yang dihasratkan dalam salah satu daripada Wawasan Brunei 2035.
Apa yang kita ingin galakkan guru-guru memiliki profession yang berkemahiran, berkualiti tinggi, bekelulusan yang tinggi, berdedikasi, penuh komitmen serta ciri-ciri etika kerja yang murni dan terpuji.
Kadang-kadang kita melihat ada guru-guru yang sangat prihatin dan pemedulian sehingga mereka rela berkorban dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen ataupun extra class dan ada antaranya juga berkorban sehingga menghulurkan kewangan bagi membantu murid-murid yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Ini adalah semata-semata bagi memastikan murid-murid mereka itu terus belajar sehinggalah mencapai pelajaran dan kelulusan-kelulusan dalam hal peperiksaan.
أْلحْمدُ ِهلِل , di Negara Brunei Darussalam, Hari Guru diadakan setiap tahun antaranya menganugerahkan Guru Cemerlang dan Guru Berjasa bagi menghargai dan mengiktiraf bakti guru-guru curahkan bagi mendidik anak bangsa kita untuk menjadi sebagai aset dan produktif kepada negara dan sekali gus membantu memantapkan lagi perkembangan sosial negara.
Dalam kita melihat bahawa betapa pentingnya guru besar atau pengetua yang sangat mencabar bukan sahaja dalam hal-ehwal pengurusan pendidikan sekolah-sekolah tetapi melangkaui pelbagai aspek misalnya disiplin, hal-ehwal kebajikan guru dan murid-murid, hal-ehwal kesejahteraan dan masalah-masalah murid yang berbagai-bagai karenah. Mereka juga diukur dan dinilai dari aspek pencapaian dan kejayaan di institusi-institusi berkenaan terhadap peperiksaan dan lain-lain.
Kaola tidaklah menyentuh lebih perkara ini, di mana Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman telah pun menggariskan antara fungsi betapa pentingnya perananan guru besar ataupun pengetua di sekolah-sekolah.
Bersabit dengan ini, melihat akan kepentingannya dan peranan pengetua, guru besar di institusi pendidikan kaola mencadangkan supaya kategori guru besar ataupun pengetua cemerlang akan dimasukkan dalam bersama-sama mengadakan Hari Guru setiap tahun.
Keduanya, ingin kaola timbulkan walaupun sudah ada Ahli-Ahli Yang Berhormat lain telah menyentuh iaitu berkenaan dengan masalah penuntut yang tidak menghabiskan kesemua penggal persekolahan yang diiktiraf sebagai drop out.
Kita juga harus menghargai tentang inisiatif-inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui kementerian- kementerian berkenaan yang tabah menyediakan berbagai-bagai kursus atau kemahiran-kemahiran yang diperlukan semata-mata bagi membolehkan mereka lebih marketable pada masa-masa akan datang.
Dalam persoalan ini, kaola ingin mengetahui sehingga pada masa ini berapakah jumlah penuntut-penuntut drop out sehingga pada tahun 2022?
Keduanya, berapakah jumlah mereka yang mendapat pekerjaan setelah mereka mengikuti kursus atau kemahiran-kemahiran sama ada di sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri. Dalam pada itu juga kaola menyarankan supaya kursus-kursus atau latihan- latihan kemahiran yang pada masa ini akan dikembangluaskan bagi mempastikan mereka lebih marketable dan menjadi warganegara yang produktif dan bukannya lability pada masa-masa akan datang.
Itu saja 2 isu yang ingin kaola bangkitkan kerana kesemua yang ingin kaola timbulkan tadi telah pun disentuh oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain.
Kaola sudahi, و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه. وباهلل التوفيق والهداية dan sekali lagi kaola sekali ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi yang memberikan peluang pada saya untuk membincangkan dalam bajet Kementerian Pendidikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin di atas cadangan serta sokongan daripada Yang Berhormat.
Yang pertama mengenai cabaran yang melibatkan PISA dan hala tuju Kementerian Pendidikan untuk mencari route course dan untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih efektif. Terima kasih atas cadangan tersebut.
Setakat ini apa yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan seperti menanda aras (bench mark) amalan-amalan terbaik dari negara-negara lain dan juga turut melaksanakan kajian-kajian lanjut terhadap pelajar-pelajar mengenai kesejahteraan, mengukuhkan perkhidmatan kaunseling dan mempelbagaikan pendekatan untuk menangani isu pertumbuhan minda (growth mindset).
Di samping itu, Kementerian Pendidikan akan terus mengusahakan beberapa perkara lagi dan inisiatif memang sudah dilakukan dan akan terus dilakukan lagi iaitu untuk meningkatkan kualiti guru dan juga pemimpin sekolah, menyediakan persekitaran dan infrastruktor pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif, meningkatkan kualiti pedagogue kurikulum dan penilaian, menyediakan program sokongan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, memastikan kesejahteraan pelajar, tenaga pengajar dan pemimpin sekolah terjamin dan mengukuhkan program kokurikulum dan bukan akademik bagi pelajar-pelajar.
Kaola ingin mengambil kesempatan untuk mengongsikan lagi sedikit cabaran kepada apa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi cabaran yang telah disebutkan tadi iaitu:
- Menangani isu pertumbuhan minda secara bersepadu.
- Memastikan kehadiran pelajar di sekolah semasa waktu kurikulum.
- Memastikan kesejahteraan para pelajar seperti pemakanan, kesihatan dan keperluan sekolah sentiasa diutamakan. terjaga.; should be on a separate line.
- Mengukuhkan sistem pangkalan data yang masih belum kemas.; dan
- Menaik taraf pasarana yang menyediakan persekitaran infrastruktur yang kondusif dan menyeronokkan.
Kaola sangat-sangat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat mengenai apa yang patut dibuat bukan sekadar dari Kementerian Pendidikan sahaja tetapi pertolongan ataupun penglibatan secara bersepadu daripada kesemua pihak termasuk ibu bapa, orang ramai dan industri-industri dan semuanya.
Yang kedua ialah Profesian Perguruan. Memang kita sebenarnya mempunyai anugerah guru cemerlang dan guru berjasa. Salah satu kategori ini memang ada pemimpin sekolah. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diambil maklum dan akan ditinjau lagi kesesuaiannya sama ada untuk diberikan khas kategori pemimpin sekolah.
Ketiga, menyediakan kemahiran-kemahiran yang jumlah pelajar yang keciciran peringkat sekolah dan laporan pelajar. Kaola terdapat data laporan pelajar tercicir dari tahun 2017 hingga 2021.
Pada tahun 2017, secara keseluruhan, ini pelajar tercicir, tidak semestinya mereka yang tidak lulus peperiksaan tetapi tercicir atas sebab-sebab sama ada tidak bersekolah atau sebagainya seramai 331 orang. Pada tahun 2018 seramai 278 orang, pada tahun 2019 seramai 251 orang, pada tahun 2020 seramai 260 orang dan pada tahun 2021 seramai 205 orang. Kalau untuk data-data yang lebih lanjut lagi pihak Kementerian Pendidikan akan mengongsikan bersama dengan Yang Berhormat sebab mungkin data-data ini pelajar keciciran sahaja. Ini juga yang telah kaola kongsikan semalam. Pelajar-pelajar yang not employment education dan training tetapi itu untuk laporan graduate employment study daripada tahun 2021 sahaja.
ان شاء هللاkaola akan mengongsikan data-data dari beberapa tahun sebelumnya supaya ia lebih acumulative.
Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin membangkitkan 2 soalan di bawah Tajuk SF01A - Lain-Lain.
Program dan Institusi Pendidikan di bawah Kod Akaun 007/006 - Pusat Teknologi Pendidikan.
Menurut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Tahun Baru 2023, baginda menekankan bahawa pandemik telah menunjukkan betapa pentingnya teknologi digital dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap termasuk pembelajaran maya. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan pengalaman ini untuk mengadakan kepelbagaian ekonomi negara dan mencipta peluang-peluang pekerjaan bagi generasi muda dalam bidang-bidang baharu seperti big data, cloud computing, tenaga hijau dan teknologi mesra alam.
Pada masa kini, kanak-kanak dikelilingi oleh teknologi dari usia yang sangat muda. Kita akan melihat adanya kanak-kanak yang berumur 5 tahun lebih celik dan faham teknologi daripada sesetengah orang dewasa. Namun kurikulum sekolah masa kini kurang mengambil kira situasi ini. Oleh itu, kurang mencabar pelajar dalam zaman digital ini. Soalan kaola ialah:
Bilakah Kementerian Pendidikan akan mula mengintegrasikan computational thinking and coding ke dalam kurikulum sekolah kebangsaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah?
Kaola ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dengan Authority for Infocommunications Technology Industry (AITI) supaya membangunkan program selama 3 hari yang standardised dan mula menawarkannya kepada sekolah rendah kerana di sekolah swasta sudah ditawarkan dan dijalankan. Computational thinking dan coding adalah berbeza berbanding dengan ICT walaupun kedua-duanya kelihatan serupa. Computational thinking melibatkan pecahan masalah kompleks kepada langkah-langkah yang kecil dan mudah difahami dan menghasilkan penciptaan aplikasi baharu, manakala ICT memberi tumpuan kepada pengguna practical system computer, perisian dan rangkaian.
Kaola ingin menegakkan bahawa computational thinking dan kemudian computer science memberikan pelajar kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam zaman digital. Ia juga membukakan pandangan belajar kaedah-kaedah yang kukuh seperti algorithm dan Programming languages yang dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi mereka yang merupakan asas kepada banyak disiplin dan termasuk sains, matematik, kejuruteraan, seni dan kemanusiaan.
Ia juga mempersiapkan pelajar untuk kerjaya masa depan yang memerlukan kemahiran pengiraan dan literacy digital. Oleh itu, banyak negara melibatkan computational thinking sejak awal dari kurikulum pendidikan kanak-kanak. Ia telah disahkan oleh pakar sebagai kemahiran hidup yang penting pada abad ke-22.
Kementerian Pendidikan dan Pengangkutan, serta Infokomunikasi telah berjaya memperkenalkan inisiatif seperti Teens in AI, Coding.bn dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita memerlukan kecekalan dan asas yang lebih kukuh jika kita ingin bergerak ke arah matlamat kita sebagai smart nation.
Artificial Intelligence (AI). Di sini kita tidak boleh menafikannya, AI semakin menjadi sebahagian penting dalam kehidupan kita dan penting untuk mengakui impaknya terhadap masyarakat secara keseluruhannya. Chat Gpt adalah artificial intelligence tool yang telah menjadi fenomena sejak ia dikeluarkan untuk digunakan secara umum pada bulan Disember 2022 yang merupakan chatbot pintar yang boleh digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet.
Dengan Chat Gpt, pengguna boleh meminta untuk menulis esei, cerita, surat, ucapan, puisi dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh menterjemahkan keseluruhan laporan tugasan kepada bahasa lain dengan ketepatan yang tinggi.
Negara jiran kita telah mengambil tindakan segera untuk menangani penggunaan teknologi ini oleh guru dan pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengambil tindakan segera juga dalam membangunkan pelan untuk memelihara integriti akademik dan sistem pendidikan kebangsaan kita agar sistem pendidikan kita selari dengan sistem pendidikan antarabangsa dan tidak ketinggalan.
Walaupun plagiarism telah menjadi isu yang banyak berlaku sejak wujudnya Google, kini kita juga perlu menangani cabaran untuk membezakan antara kandungan yang dihasilkan oleh AI dengan kandungan yang asli. Jika kita terus menggunakan kaedah penilaian yang sama untuk belajar yang mungkin akan menyebabkan peningkatan yang ketara dalam keseluruhan gred di sekolah pada tahun ini.
Namun begitu, kita perlu memastikan bahawa pencapaian akademik pelajar mencerminkan kebolehan sebenar mereka dan bukan hasil dari ketidakjujuran.
Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan meneliti AI dan mempertimbangkan untuk meluluskan Artificial Intelligence Large Language Models seperti Chat Gpt dalam konteks pendidikan di peringkat kebangsaan dan seterusnya merancang langkah-langkah untuk membanteras penyalahgunaan modal AI seperti ketidakjujuran dalam akademik. itu sahaja, sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, atas 2 soalan yang sangat menarik.
Mengenai mengintegrasikan Computational thinking dan coding ke dalam kurikulum sekolah kebangsaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Alhamdulillah, pihak Kementerian Pendidikan memang sedia maklum mengenai kepentingan kemahiran computational thinking dan coding bagi pelajar-pelajar abad ke-21.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan memang ada menerapkan pengenalan basic coding di dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Sebagai contoh, program-program basic coding yang digunakan seperti program Turtle Logo telah diajar bagi pelajar-peajar tahun 5 dalam mata pelajaran ICT dan juga program Scratch. Ia telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5, 6, 7 dan 8 dan bagi pelajar-pelajar tahun 7 dan 8, ia diajar dalam mata pelajaran Business Art and Technology (BAT).
Selain itu, pihak Kementerian melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dan juga Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) telah bekerjasama dengan pihak Authority for Info-communications Technology Industry (AITI), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi mengendalikan pelbagai program dan juga bengkel-bengkel dalam memperkenalkan dan meningkatkan bukan sahaja kemahiran tetapi juga kemahiran-kemahiran lain seperti inovasi di kalangan pelajar-pelajar yang berumur 6 hingga 11 tahun melalui inisiatif koding ataupun melalui aktiviti-aktiviti koding. Di peringkat pengajian tinggi pula, pelbagai modul ataupun kursus baharu yang inovatif telah ditawarkan seperti di UBD. Ia ada menubuhkan School of Digital Science pada tahun 2021. Kursus yang ditawarkan adalah merentasi pelbagai jurusan seperti Data Science, Artificial Intelligence and Robotics, Cyber Security and Forensics dan juga Applied Artificial Intelligence.
Manakala pada pengambilan 2022/2023, ada 1 program baharu iaitu Bachelor of Artificial Intelligence telah ditawarkan dengan berdurasi selama 3 tahun. Ia adalah dengan kolaborasi dengan COURSERA dan membawa pensijilan daripada syarikat ternama seperti Google dan IBM.
Di UTB ada menawarkan BSc in Digital Media, di mana pelajar-pelajar boleh major in digital content dan juga menawarkan kursus-kursus sepanjang hayat yang menjurus kepada keperluan upskilling dan reskilling, kemahiran dan kompetensi dalam ICT iaitu melalui kaedah micro credentials.
ان شاء هللا, Kementerian Pendidikan penuh berharap agar para pelajar akan menjadi generasi yang mempunyai tahap literacy dan competency yang tinggi dalam ICT dan dikesempatan ini, kaola ingin mengongsikan bahawa pelajar-pelajar kita memang ada ikut serta juga dalam pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan seperti BICTA dan pertandingan peringkat serantau dan antarabangsa seperti pertandingan Young Inventors Challenge (YIC) yang dianjurkan oleh the Association of Science, Technology and Innovation (ASTI) Malaysia yang disertai oleh negara-negara ASEAN.
Syukur أ ْلح ْمدُ ِ هلِلbagi tiga tahun kebelakangan ini, pada tahun 2020, 2021 dan tahun 2022, pelajar-pelajar kita telah memperolehi pingat. Pada tahun 2020, pingat gangsa dalam acara-acara ataupun pertandingan-pertandingan dan pertandingan yang diikuti pada tahun 2021, ada yang dapat pingat emas dan pada tahun 2022, pingat perak.
Untuk makluman jua, seperti dalam ucapan mukadimah kaola pada hari.Sabtu yang lalu, pihak Kementerian melalui Jabatan Perkembangan Kokurikulum sedang giat merangka piawaian Literasi Digital Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Digital Literacy Standards yang merangkumi kemahiran coding dan computational thinking. Inisiatif ini dirancang akan bermula pada tahun kewangan ini ان شاء هللا.
Bagi soalan kedua, iaitu Chat GPT. Sekali lagi kaola ingin mengucapkan terima kasih berbanyak-banyak kepada Yang Berhormat Chong Chin Yee. Isu Chat GPT ini adalah satu topik hangat yang mana penggunaannya adalah semakin berleluasa dan juga semakin signifikan.
Berhubung dengan saranan Yang Berhormat mengenai dengan Chat GPT ini tadi, perkara ini diambil perhatian oleh Kementerian Pendidikan memandangkan ia adalah satu teknologi baharu dan Institusi Pengajian Tinggi di luar negara masih lagi membuat penelitian terhadap kesesuaian penggunaannya. Even renowned universities masih membuat penyelidikan mengenainya.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan akan terus memantau perkembangan mengenai dengan teknologi ini di samping bersedia untuk menyediakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membenteras seperti apa Yang Berhormat maksudkan tadi, iaitu ketidakjujuran dalam akademik.
Sebenarnya semua perubahan drastik dan pantas ini membawa peluang dan cabaran yang masih mencabar untuk diterima oleh sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam kerana Chat GPT mempunyai beberapa kekuatan dan mungkin juga ada kelemahan sendiri.
Sebagai contoh, ia hanya meramalkan penyelesaian berdasarkan satu set data yang sangat besar dan ianya mungkin kurang menepati konteks yang dimaksudkan. Oleh sebab itu, mungkin jawapannya tidaklah seratus peratus tepat, ertinya manusia masih lagi diperlukan untuk menentukan ketepatan jawapannya.
Secara kesimpulannya, walaupun Kementerian Pendidikan mengakui sistem pendidikan perlulah sentiasa mengikuti perkembangan teknologi, ان شاء هللا sebelum ianya dilaksanakan, dasar dan garis panduan yang kukuh perlulah dirangka lebih dahulu di samping melihat kepada aspek penggunaan artificial intelligence yang penuh beretika dan bertanggungjawab.
Sekian itu saja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah membincangkan Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A – Kementerian Pendidikan yang telah dibahaskan dengan panjang lebar dan mengambil masa sehari lebih. Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana menjawab soalan- soalan yang dikemukakan dengan tabah dan sabar.
Saya kira cukuplah kita berunding mengenai perkara ini dan tibalah masanya Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Nampaknya semua Ahli bersetuju. Maka Tajuk Kementerian Pendidikan diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A dijadikan sebahagian daripada Jadual iaitu bagi Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira berpatutanlah sekarang Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan selama 20 minit bagi kita untuk freshen up sedikit sebelum menghadapi tajuk yang berikutnya.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar) (Mesyuarat Jawatankuasa disambung semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat بسم الله الرحمن الرحيم Majlis sekarang bersidang semula diperingkat Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu.
Sebentar tadi sebelum Mesyuarat Jawatankuasa ini ditangguhkan untuk berehat, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل kita sudah pun selesai meluluskan Tajuk Kementerian Pendidikan. Sekarang Jawatankuasa akan beralih kepada Tajuk kementerian seterusnya.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sebelum Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dibukakan untuk dibahaskan sebagaimana lazimnya, saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menyampaikan mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Saya persilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم َّالْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْصَ َّسليۡنَا مُحَمَّدٍ وجلوتله َُوَإِخْوَانِهِ ِأَجْمَعِينَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Lebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan mukadimah sebelum membahaskan cadangan Belanjawan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Seterusnya kaola dengan penuh hormat dan takzim bagi mewakili seluruh warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan dibawahnya ingin merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia perkenan bagi menyediakan peruntukan yang disokong untuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sebanyak $84.38 juta bagi perbelanjaan Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu sebanyak $65.27 juta dibawah peruntukan perbelanjaan biasa bagi membiayai gaji kakitangan sebanyak $39.93 juta dan perbelanjaan berulang- ulang sebanyak $25.34 juta dan $19.11 juta dibawah peruntukan belanjawan kemajuan atau RKN.
Di kesempatan ini, kaola juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan cadangan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024.
--start here
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu sekuriti makanan adalah merupakan salah satu agenda yang penting yang menjadi perbincangan utama dan perlu ditangani segera, bukan sahaja di peringkat global dan serantau tapi jua di negara kita sendiri.
Sejak 3 tahun kebelakangan, usaha- usaha dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara khususnya dari hasil keluaran pertanian, perikanan dan lain-lain produk pemprosesan makanan berasaskan pertanian dan perikanan telah menghadapi pelbagai cabaran berikutan isu-isu global seperti penularan wabak COVID-19, konflik geopolitik dan situasi ekonomi yang tidak menentu antaranya seperti isu kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos logistik dan pengangkutan, dan juga termasuk peningkatan kos bagi bahan input ladang seperti baja, makanan ternakan dan lain- lain yang kebanyakannya masih bergantung tinggi kepada import.
Walau bagaimanapun, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل melalui perancangan dan pelaksanaan beberapa program dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak kementerian dan jabatan- jabatan berkenaan dibawahnya dan dengan komitmen serta kegigihan para pengusaha, peladang, petani, penternak, nelayan yang berkenaan juga melalui kerjasama agensi-agensi serta lain-lain pihak yang berkenaan melalui pendekatan whole of nation dan whole of government, isu dan cabaran yang dihadapi ini telah dapat kita tangani bersama.
Meskipun menghadapi cabaran ini, kita masih lagi mampu meningkatkan prestasi keluaran dari sector permakanan dan kita masih dapat menyumbang di dalam menjana bekalan makanan seperti ayam, telur ayam, ikan dan sayur bagi penduduk negara pada tahun lepas.
Secara keseluruhannya, prestasi keluaran dari sektor makanan yang merangkumi keluaran dari industri pertanian dan agrimakanan dan juga industri perikanan telah mencatatkan peningkatan sekitar 3.13% iaitu daripada $781.26 juta pada 2021 kepada $805.75 juta pada 2022, yang secara amnya disumbangkan oleh peningkatan nilai keluaran dari industri pertanian dan perikanan sekitar 0.72% iaitu dari $590.31 juta pada 2021 kepada $594.54 juta pada 2022 dan industri perikanan sekitar 10.6% iaitu daripada $190.9 juta pada 2021 kepada $211.21 juta pada .2022
Selain daripada itu, dari segi pencapaian sara diri bagi komoditi-komoditi utama yang diberi tumpuan, kita telah berjaya mencapai 100% sara diri dalam bekalan ayam pedaging dan telur ayam dan 85% sara diri bagi bekalan ikan. Manakala bagi sayur tropika dan buah tropika, masing-masing mencapai sekitar 68% dan 37% sara diri, dan beras sekitar 8.4% sara diri.
Pihak kementerian berazam akan terus berusaha untuk meningkatkan keluaran komoditi-komoditi utama di bawah sektor pertanian dan perikanan ini, bukan saja untuk memastikan bekalan makanan di negara ini adalah terjamin, tetapi juga untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah dan nilai eksport.
Dalam usaha ke arah meningkatkan keluaran padi dan beras pula, pihak kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan meneruskan usaha-usaha penyelidikan padi bagi mengenalpasti variety padi unggul, berhasil tinggi dan menepati citarasa pengguna dengan terus menjalin serta mengukuhkan kerjasama dengan agensi- agensi dan institusi-institusi pendidikan termasuklah dengan Yuan Longping High Tech Agriculture Co. Limited dari Republik Rakyat China dan International Rice Research Institute (IRRI) yang berpangkalan di Republik Filipina, dengan sasaran untuk meningkatkan keluaran padi dari 4.5 metrik tan sehektar semusim melalui penanaman variety padi Sembada188 pada masa ini kepada 7 ke 8 metrik tan sehektar semusim di masa terdekat ini.
Ke arah ini, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sedang giat melaksanakan projek rintis penanaman beberapa variety padi hybrid yang berpotensi menghasilkan sebanyak 7.5 metrik tan semusim.
Selain dari itu juga, melalui usaha dan kerjasama yang berterusan di antara pihak jabatan dan yang berkenaan di bawah kementerian ini, dan juga komitmen serta kesungguhan para pengusaha dan lain-lain pihak yang berkenaan, kini kita telah berjaya mengeksport telur ayam ke Singapura buat pertama kali, di mana pada 1hb. Februari 2023M, sekitar 300 ribu biji telur telah berjaya dieksport ke Singapura, diikuti lagi dengan penghantaran kedua pada 22hb Februari yang lalu dan ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa.
Selain daripada eksport udang yang dihasilkan oleh Syarikat Golden Corporation Sendirian Berhad, Tuna daripada Yamako Pacific (Brunei) Sendirian Berhad dan Syarikat Gemilang Seri Shunfan Venture, kita juga telah pertama kalinya berjaya mengeksport fillet ikan selungsung iaitu produk berproses dan tambah nilai yang dihasilkan oleh Syarikat FDI Barramundi Asia Sendirian Berhad ke Singapura mulai pada bulan Ogos tahun lepas dan akan mula mengeksport ikan selungsong (whole fish) pada masa yang terdekat.
Secara keseluruhan, nilai eksport bagi produk-produk pertanian dan perikanan pada tahun 2022 telah mencatatkan peningkatan sekitar 20.4%, iaitu daripada $53.53 juta pada 2021 kepada $64.44 juta pada 2022.
Pihak kementerian, melalui jabatan-jabatan yang berkenaan, akan terus bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha dan pihak-pihak lain yang berkenaan dalam membuat penyelarasan, perancangan, dan persiapan bagi mengeksport produk-produk hasil pertanian dan perikanan yang lain seperti daging ayam, produk berproses berasaskan daging, dan lain-lain.
Terutamanya, sekali bagi menekankan kepentingan dan mematuhi keperluan dan peraturan yang ditetapkan oleh negara pengimport seperti memastikan aspek keselamatan makanan dipenuhi dan rantaian nilai (value chain) bagi industri-industri di bawah sektor pertanian ini akan terus diperkukuhkan.
Selain daripada itu, sebagai usaha berterusan untuk membantu para pengusaha dan peladang dalam memasarkan hasil ladang masing-masing, pihak kementerian telah memperkenalkan semula Program Pasar Kitani dan diharapkan ini akan dapat memberi semangat kepada para peladang dan pengusaha mikro, kecil, dan sederhana untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan keluaran hasil ladang di masa akan datang bagi menjana peningkatan sumber pendapatan mereka.
Dalam usaha ke arah mengukuhkan rantaian nilai bagi industri di bawah sektor perikanan, melalui sebuah Syarikat Barramundi Group (B) Sendirian Berhad, makmal UVAXX telah mula beroperasi sejak November 2022 yang menawarkan perkhidmatan diagnostik kesihatan ikan (Fish Health Diagnostics Services) bagi membantu pengusaha-pengusaha tempatan dalam memantau dan mencegah serangan penyakit dan memastikan kesihatan ternakan ikan adalah terjamin, termasuk dalam memudahkan eksport.
Di samping itu, pihak kementerian juga merasa bersyukur dan berterima kasih atas usaha pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan juga Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI), kerana melalui penghasilan baja UREA tempatan, sedikit sebanyak telah dapat membantu para peladang tempatan dalam mendapatkan bekalan alternatif baja UREA yang terjamin dengan kos yang kompetitif berbanding import.
Dalam perkembangan sektor pelancongan pula, disebalik situasi yang mencabar semasa penularan COVID-19, kita telah berjaya mengadakan beberapa siri aktiviti bagi mendukung perkembangan serta merangsang aktiviti-aktiviti perekonomian berkaitan dengan industri pelancongan di negara ini. Dengan memfokuskan kepada aktiviti ke arah mendukung pelancongan domestik antaranya melalui seperti berikut:
Penganjuran Program Kenali Negara Kitani (KNK) bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan mengenai produk-produk pelancongan domestik dan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan di setiap daerah.
Anjuran Brunei December Festival yang buat julung kalinya pada tahun 2022 mengetengahkan Local Product Expo yang bertujuan bukan saja untuk menyediakan platform bagi para pengusaha tempatan untuk memasarkan produk-produk mereka secara langsung kepada pembeli tapi juga secara tidak langsung menyediakan tarikan tambahan bagi mendukung pelancongan domestik.
Selain itu juga, pihak kementerian dengan kerjasama Brunei Economic Development Board melalui penglibatan Syarikat FDI, Sundaland Resorts Private Limited, iaitu syarikat yang didaftarkan di negara ini oleh Mandai Global (Private) Limited Singapura (anak syarikat Temasek Holdings) sedang dalam pelaksanaan untuk menaiktaraf Kompleks Penginapan di Taman Negara Ulu Temburong. Kompleks penginapan ini akan dinaik taraf sebuah resort yang berkonsepkan mewah yang mana ان شاء الله akan dikendalikan oleh sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang terkemuka. Ini sekaligus akan menaikkan imej dan daya tarikan taman ini sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik di negara ini.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل dengan adanya pelonggaran terhadap langkah-langkah pengawalan bagi membentung penularan COVID-19 pada tahun lepas, jumlah ketibaan pelancong ke negara ini telah mencatatkan peningkatan dari sekitar 3,543 pelancong pda tahun 2021 kepada 35,700 pelancong pada tahun 2022.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam melaksanakan program-program dan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan keluaran dari industri di bawah sektor sumber-sumber utama, pihak kementerian tidak lupa akan kepentingan untuk melibatkan para belia.
Penglibatan belia dalam bidang pertanian dan perikanan adalah sangat penting kerana golongan ini adalah merupakan tonggak bagi bakal menyambung dan menerajui kepimpinan kemajuan negara di masa depan.
Dalam hubungan ini, pihak kementerian melalui jabatan-jabatan berkenaan di bawahnya telah dan akan terus melaksanakan program dan inisiatif bagi menarik lebih banyak lagi penglibatan para belia dalam bidang ini. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melalui pelaksanaan program seperti Projek Rintis Pertanian, Program Pembesaran Perusahaan, Program Pendedahan Belia Pertanian dan sebagainya, secara tidak langsung telah berjaya menarik penglibatan beberapa pengusaha belia dalam bidang pertanian termasuk perikanan.
Secara keseluruhannya, jumlah pengusaha belia yang telibat secara aktif dalam aktiviti pertanian dan perikanan meningkat dari seramai 137 orang pada tahun 2021 kepada 162 orang pada tahun 2022. Yang mana dari 162 orang pengusaha belia ini sebanyak 151 orang adalah mereka yang aktif dalam bidang pertanian dan 11 orang di bidang perikanan.
Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada para belia, yang pada masa ini sedang mencari pekerjaan, untuk tampil ke hadapan dan menjadikan aktiviti perusahaan dalam bidang pertanian sebagai salah satu bidang pilihan pekerjaan atau kerjaya tetap bagi menjana sumber pendapatan dan pada masa yang sama turut menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara, menjamin sekuriti makanan dan eksport.
Selain daripada inisiatif-inisiatif dan program yang menumpukan kepada golongan belia, pihak kementerian juga memberikan perhatian serta dukungan kepadapelaksanaan program inisiatif melibatkan penyertaan masyarakat serta penduduk kampung misalnya dalam aktiviti-aktiviti ladang komunal di kawasan pertanian luar bandar termasuk dalam mendukung inisiatif “1 Produk 1 Kampung”.
Ke arah ini, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Darussalam Enterprise dalam membantu serta mengukuhkan lagi kapasiti pengeluaran dan saluran pasaran bagi produk-produk yang dihasilkan oleh masyarakat serta komuniti kampung yang terlibat.
Yang Berhormat Pengerusi. Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan terus berusaha bagi memastikan keluaran serta sumbangan dari sektor sumber-sumber utama dan pelancongan ke arah pertumbuhan ekonomi akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
Ke arah ini, penekanan utama dalam cadangan peruntukan yang disediakan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 ini memfokuskan kepada perancangan dan perlaksanan program dan inisiatif yang menjurus ke arah usaha-usaha untuk:
- Mendukung pertumbuhan serta meningkatkan keluaran industri di bawah sektor makanan.
- Mendukung pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan, bukan sahaja ke arah pemuliharaan alam sekitar, malah juga bagi menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negara.
- Mendukung pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan.
Dalam mendukung pertumbuhan serta meningkatkan keluaran dari segi sektor makanan, ia bukan sahaja memfokuskan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti keluaran primer (primary production), tetapi juga memfokuskan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan keluaran dari aktiviti-aktiviti industri pemprosesan dan nilai tambah berasaskan pertanian dan perikanan, termasuk mengukuhkan keseluruhan eko-sistem dan rangkaian nilai (value chain) yang berkaitan dengan industri ini.
Penekanan utama penggunaan peruntukan pada tahun ini akan ditumpukan kepada usaha-usaha untuk menaik taraf dan menyediakan infrastruktur asas industri yang kondusif. Ini adalah bagi memudahkan para pengusaha untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan dalam menyumbang ke arah food security. Keutamaan akan juga diberikan kepada pelaksanaan program-program peningkatan kapasiti dan keupayaan jabatan-jabatan sebagai competent authority. Ini termasuklah dalam memudah cara akses pasaran melalui fasiliti seperti makmal rujukan yang diiktiraf dan kepakaran melalui Qualified Personnel bagi memenuhi piawaian dan amalan terbaik antarabangsa seperti GAP, GAqP, GAHP dan HACCP.
Selain daripada itu, peruntukan juga akan disalurkan bagi usaha menggalakkan para pengusaha menggunapakai teknologi dan teknik moden, mempraktikkan amalan pengurusan ladang dan tadbir urus yang baik dan mengenal pasti dan menggalakkan lebih banyak lagi pengusaha baharu untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dan perikanan dan sebagainya.
Fokus dan penekanan ini adalah selaras dengan Peta Jalan Industri Makanan (Food Industry Roadmap) yang menjadi asas panduan ke arah memacu pertumbuhan dan meningkatkan keluaran sektor makanan khususnya keluaran makanan yang halal, selamat dan berkualiti.
Dengan adanya perkembangan dan pertumbuhan keluaran yang positif serta mengukuhkan keseluruhan ekosistem dan rantaian nilai yang berkaitan dengan industri di bawah sektor makanan ini, ianya diharap akan dapat menyumbang secara signifikan kepada peningkatan KDNK, Food Security dan juga pertumbuhan jumlah dan nilai eksport negara.
Seterusnya, dalam mendukung pembangunan dan pemeliharaan sumber hutan negara, pihak kementerian melalui Jabatan Perhutanan akan terus memastikan agar usaha-usaha dalam melindungi dan memulihara sumber hutan negara termasuk kepelbagaian biologi akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan negara adalah selaras dengan konteks pembangunan yang mampan (sustainable development) dan pada masa yang sama. Bagi mendukung perlaksanaan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Ini termasuklah Inventori Sumber Hutan, Penggazetan Kawasan Hutan dan penanaman semula ke atas hutan yang degraded. Di samping itu, pihak kementerian juga akan terus mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan yang inovatif bagi meningkatkan keluaran dari industri perhutanan, khususnya industri pemprosesan dan tambah nilai berasaskan kayu dan bagi meraih faedah serta manfaat ekonomi yang dapat diterokai, khususnya potensi melalui carbon trading.
Manakala, bagi mendukung pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan, pihak kementerian melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan akan terus memberi penekanan kepada usaha-usaha ke arah pembangunan, mempelbagaikan, memperkukuhkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan berteraskan kebudayaan (culture), pengembaraan aktiviti lasak (adventure) dan juga alam semulajadi (nature) selain memastikan kemudahan, infrastruktur serta pemberian perkhidmatan pelancongan akan terus dipertingkatkan bagi menarik serta meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.
Di samping itu selain daripada menggalakkan kedatangan pelancong luar negeri, kementerian juga akan meneruskan usaha-usaha mempromosikan pelancongan domestik melalui program seperti Kenali Negara kitani, Brunei December Festival, Local Product Expo dan sebagainya bagi menggalakkan penduduk di negara ini untuk bercuti dan berbelanja dalam negara sendiri terutama sekali semasa musim cuti penggal persekolahan, bagi merangsang serta menggiatkan lagi aktiviti perekonomian di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ke arah mendukung pertumbuhan serta meningkatkan keluaran dari sektor makanan di bawah peruntukan Perbelanjaan Berulang-Ulang sekitar $9.38 juta disediakan bagi membiayai skim pembelian semula padi bagi mendukung program pengeluaran beras negara yang termasuk membiayai pembelian padi daripada peladang, pembelian biji-biji benih, padi hybrid berhasil tinggi, pembiayaan perkhidmatan pemprosesan padi kepada beras dan lain lain.
Sekitar $2.06 juta disediakan bagi membiayai projek-projek pemeliharaan infrastruktur, bangunan, jentera dan peralatan pertanian. Antara projek yang akan dibiayai ialah kerja-kerja pemeliharaan jalan utama ladang, pemeliharaan saliran dan longkang-longkang bagi program pencegahan banjir dan lain-lain.
Sekitar $3.03 juta telah diperuntukkan bagi meneruskan perlaksanaan projek membina dan melabuh takat-takat tiruan serta lawa-lawa ke arah meningkatkan sumber perikanan di perairan negara dan seterusnya meningkatkan hasil tangkapan ikan.
Manakala di bawah peruntukan perbelanjaan RKN pula, sebanyak $18.03 juta dicadangkan untuk disediakan bagi membiayai projek-projek utama sektor pertanian dan perikanan. Antara projek yang akan dibiayai ialah projek pembukaan kawasan tanaman padi secara komersial di kawasan Kandol, Fasa 2 sebanyak $5.97 juta dan projek membina skim pengairan tambahan iaitu bagi menaik taraf sistem pengairan di kawasan penanaman padi Wasan, Junjungan, Batang Perhentian sekitar $0.64 juta bagi meningkatkan pengeluaran beras negara.
Projek-projek bagi mendukung pembangunan industri ternakan sebanyak $4.52 juta akan disediakan untuk menyediakan infrastruktur ladang seperti bekalan elektrik, jalan ladang dan peparitan di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking, Maraburong, Tanah Tuah dan Batang Mitus. Penyediaan infrastruktur asas di kawasan lain-lain di Kementerian Kemajuan Pertanian dan Perindustrian (KKP) bagi meningkatkan pengeluaran hasil industri pertanian di seluruh negara sebanyak $0.40 juta.
Projek pembekalan mesin untuk keperluan program pengeksport akan disediakan sebanyak $0.22 juta. Mengkukuhkan pusat-pusat jaminan kualiti dan akreditasi akan dikukuhkan dengan peruntukan $ 5.12 juta untuk meningkatkan keluaran tanaman hiasan dan bunga-bungaan sebanyak $0.12 juta, meningkatkan keluaran sayur menggunakan teknologi tinggi sebanyak $5.0 juta. Projek juga akan dilaksanakan untuk memajukan dan meningkatkan keluaran dari industri akuakultur, termasuk infrastruktur di kawasan tapak-tapak akuakultur yang sedia ada sebanyak $1.16 juta.
Sejumlah $0.49 juta telah disediakan di bawah perbelanjaan RKN bagi membiayai program ke arah mengukuhkan kelestarian alam sekitar, bagi memulihara sumber hutan negara dan pembangunan negara.
Manakala bagi mendukung pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan sekitar $0.58 juta disediakan di bawah perbelanjaan RKN bagi mengukuhkan produk-produk pelancongan. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan pelancongan ini, pihak kementerian tidak hanya bergantung sepenuhnya pada pembiayaan kerajaan semata-mata tapi juga menerokai kaedah serta pendekatan yang lebih efisien yang dapat mengurangkan pergantungan kepada peruntukan kerajaan semata-mata misalnya melalui kaedah PPP seperti pada masa ini yang sedang dilaksanakan di projek menaiktaraf kemudahan penginapan di Taman Negara Ulu Temburong.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta jabatan-jabatan di bawahnya akan terus committed untuk melaksanakan program serta inisiatif yang sedia ada dan mengenal pasti serta memikirkan strategi-strategi serta inisiatif baru bagi memastikan keluaran dari industri pertanian, perikanan dan juga perhutanan serta pelancongan akan terus menerus meningkat dengan menggiatkan lagi usaha bagi menarik penglibatan pengusaha-pengusaha baharu dalam bidang pertanian dan perikanan, termasuk penglibatan pihak GLCs (Government Linked Companies) dan Pelaburan Langsung Asing.
Menggalakkan para pengusaha-pengusaha yang berkenaan agar terus committed, progresif dan bersemangat untuk mengembang majukan perusahaan serta aktiviti-aktiviti perladangan masing-masing.
Mengunapakai teknologi serta teknik moden dan mengamalkan tadbir urus yang baik dan bagi memastikan keluaran akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan menyumbang secara significant ke arah pertumbuhan KDNK dan sekuriti makanan dan export.
Sekianlah sahaja yang dapat dikeluarkan (sampaikan) sebagai mukadimah dan sebagai maklumat asas berkenaan pencapaian dan perkembangan terkini aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh kementerian ini.
Iaitu sebagai panduan, sebelum kita membahaskan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Setinggi-tinggi termina kasih kaola ucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas peluang yang diberikan.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. و ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ ِالله وبركاتُهُ
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira kenyataan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan adalah cukup jelas dan komprehensif dalam penyediaan belanjawan bagi kementeriannya bagi Tahun Kewangan .2023/2024
Bersama saya di sini terdapat senarai yang cukup Panjang, mengandungi nama Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk turut serta dalam membahaskan tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ini. Saya persilakan untuk memulakannya Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi ,سم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل , terlebih dahulu kaola sukacita mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan di bawah Tajuk SH01A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan tentang halatuju kementerian bagi tahun 2023.
Kaola ingin mengemukakan beberapa soalan mengenai dengan perkara Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan:
Taman Rekreasi Sungai Basong adalah antara tempat tarikan di Daerah Tutong yang sering dikunjungi oleh orang ramai dan ianya terkenal dengan tempat aktiviti riadah dan sukan. Selain daripada itu, Taman Rekreasi Sungai Basong juga menyimpan beberapa sejarah dan terkenal pada suatu masa dahulu dengan keunikan rumah-rumah budaya etnik dan masyarakat Daerah Tutong.
Tempat ini telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pelawat dan pelancong ke Daerah Tutong dan dalam masa yang sama memberikan kesan yang positif kepada sosioekonomi masyarakat dan kemajuan pelancongan di Daerah Tutong. Namun apabila ianya dibuka semula pada tahun 2015, sehingga saat ini, permintaan pelawat ke tempat ini masih tinggi. Namun kini ini ia telah ditutup dan menjadi persoalan orang ramai. Soalan saya, apakah status Taman Rekreasi Sungai Basong khususnya kawasan rumah-rumah budaya ini?
Tidak dapat kita nafikan bahawa peranan media sosial adalah penting dalam kemajuan industri pelancongan. Pengaruh Youtubers dan influencer di laman sosial mampu dilihat oleh berjuta-juta viewers seluruh dunia. Negara-negara lain telah beralih kepada media sosial sebagai kaedah dan strategi promosi yang cukup efektif dan dalam masa yang sama sebagai satu saluran dan kaedah promosi masa ini yang perlu dilihat penting oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan ke arah membantu memantapkan industri pelancongan tempatan. Apakah ada perancangan Jabatan Kemajuan Pelancongan ke arah menggunakan media sosial sebagai kaedah promosi industri pelancongan Negara Brunei Darussalam?
Di samping itu, selain daripada Brunei December Festival apakah ada perancangan bagi mengadakan Tahun Melawat Brunei sebagai usaha berterusan ke arah menjadikan sektor pelancongan tempatan terus berkembang dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai antara destinasi pilihan kepada pelancongan antarabangsa? Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat ke atas tiga soalan yang diajukan sebentar tadi.
Berkenaan status Taman Rekreasi Sungai Basong. Pada masa ini, kawasan ini telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sebagai projek Public Private Partnership (PPP). Yang mana pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan bekerja rapat bersama dengan pihak Brunei Economic Development Board (BEDB) untuk mencari pelabur-pelabur yang berpotensi untuk memajukan tapak ini.
Bagi menjawab soalan kedua Yang Berhormat tadi, Jabatan Kemajuan Pelancongan sememangnya menggunakan media sosial sebagai salah satu mekanisme bagi mempromosikan produk dan aktiviti pelancongan, bukan sahaja pasaran domestic tetapi juga antarabangsa termasuk Instagram, Facebook, YouTube, laman sesawang dan sebagainya.
Selain daripada memuat naik posting gambar dan video promosi di media sosial, Jabatan Kemajuan Pelancongan juga aktif melaksanakan pelbagai jenis kempen dengan menggunakan media sosial sebagai medium. Antaranya, Projek Social Media Influencers Experience iaitu kolaborasi bersama media sosial influencers dari dalam dan luar negeri untuk membantu memperkasakan lagi kempen promosi di media sosial.
Projek DJ experience iaitu kolaborasi bersama stesen radio tempatan untuk mempromosikan produk dan aktiviti pelancongan. Para penyampai radio dibawa ke tempat-tempat menarik dan mengongsikan pengalaman mereka di media sosial dan stesen radio.
User Generated Content Activity iaitu pertandingan di media sosial yang mana orang ramai boleh memuat naik gambar, video dan mengongsikan pengalaman Kenali Negara Kitani (KNK) masing-masing mengikut tema yang ditetapkan pada setiap minggu.
Manakala, bagi perancangan Jabatan Kemajuan Pelancongan seterusnya juga antaranya ialah untuk bekerjasama dengan International Online Travel Agencies seperti Expedia, Tripadvisor, Agoda dan seumpamanya bagi membolehkan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan meningkatkan pencapaian best reach, di pasaran antarabangsa.
Melaratkan penggunaan platform media sosial seperti Weibo, Wechat, LineApp dan Naver yang merupakan aplikasi media sosial utama yang diguna pakai di China, Jepun dan Korea bagi memperkasakan lagi promosi di media sosial di negara-negara tersebut.
Berkenaan dengan cadangan bagi Tahun Melawat Brunei, sukacita Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyambut baik cadangan tersebut. Cadangan ini akan diteliti lagi kesesuaiannya memandangkan ini akan melibatkan kerjasama padu dari semua pihak. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan tahniah kerana telah berjaya mengeksport telur ke Singapura.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahi Yang Berhormat yang bijaksana. Kaola ingin mengusulkan satu strategi khusus mengenai strategi self-sufficiency dalam pembekalan daging-daging kerbau di negara ini yang bukan sahaja akan membolehkan negara sara diri tetapi harga daging kerbau akan lebih murah dari harga sekarang dan impaknya harga-harga makanan yang berkaitan daging akan turun.
Kaola ingin merujuk kepada sesi muzakarah dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada 14hb. Februari 2023M tahun ini, yang mengatakan kerbau dan lembu Negara Brunei Darussalam hanya mengeluarkan sekitar 2.9% sahaja. Walaupun bumi kita hijau, rumput di sana sini tetapi mengikut prestasi kerbau dan lembu ini adalah amat sedikit.
Sebelum itu, izinkan kaola memberi sedikit penjelasan mengenai isu yang melanda 30 orang anak-anak tempatan yang terdiri daripada penternak, pengusaha, penjual daging di pasar sejak kebelakangan ini. Seperti yang kita maklum, harga kerbau sebelum pandemik COVID-19 adalah purata $13.00 sekilo.
Akibat kesan pandemik COVID-19 dengan kos-kos pengangkutan dan sebagainya yang serba naik, harga semasa pandemik COVID-19 adalah sekitar $15.00 ke $17.00. Pada masa sekarang, daging yang diimport daripada negara Australia dan hasil daripada penternak tempatan berharga $13.00 ke $14.00.
Sejak kebelakangan ini, penjualan daging mentah daripada 30 orang tempatan tadi, telah teruk terjejas disebabkan oleh adanya sebuah syarikat yang menjual daging yang diimport dari negara India dengan harga jauh lebih murah daripada penternak tempatan. Ini boleh menyebabkan penternak-penternak tempatan ini akan gulung tikar jika sesuatu tidak dibuat dengan sesegeranya. Perkara ini kaola kongsikan di Dewan yang mulia ini hasil pemuzakarahan kaola bersama-sama dengan 30 pengusaha tempatan pada tanggal 22hb. Februari 2023.
Yang Berhormat Pengerusi. Pada mulanya, syarikat yang dibenarkan mengimport daging kerbau dari India hanya diberi kebenaran untuk menggunakannya bagi maksud memproses daging berkenaan untuk dijadikan sebagai sosej, meatball, dan sebagainya. Dan daging mentah itu tidak boleh dijual di pasar tempatan, itu adalah syarat import untuk memasukkan daging tersebut.
Walau bagaimanapun, apabila daging mentah tersebut sampai ke negara ini, kebenaran awal yang dikeluarkan telah ditukar oleh pihak yang berkenaan kepada direct selling ke pasar tempatan dengan alasan jumlah yang diimport dari India itu adalah berlebihan.
Daging kerbau yang diimport dari India ini dijual dengan harga purata $8 sekilo berbanding dengan kos pembeliannya, cost, insurance, and freight (CIF) sampai di pelabuhan Muara yang hanya berharga $4 sekilo. Ini bermakna keuntungan yang diambil oleh syarikat tersebut adalah sebanyak 100 peratus.
Pada masa ini juga, kebenaran yang sama iaitu direct selling juga telah diberikan lagi kepada 4 atau 5 buah syarikat yang lain. Jika perkara ini berterusan, Kaola boleh confirmkan 100% bahawa 30 penternak tempatan akan pupus.
Dalam penganalisaan Kaola dengan mengambil kira satu syarikat sahaja iaitu syarikat pertama yang dibenarkan untuk direct selling ini, syarikat berkenaan telah mengimport sebanyak 1,000,612 kilo bersamaan dengan 1,612 metrik tan sebanyak 62 kontena bersamaan dengan keuntungan bersih sebanyak $6.4 juta, keuntungan $4 setiap kilo, easy money.
Kalau diikut dengan secara logik, orang yang memproses ini tidak akan membesarkan untuk pemeliharaan kerana benda ini adalah sangat senang untuk mendapatkan duit.
Kaola ingin menarik perhatian Yang Berhormat Pengerusi. Kalau kita gunakan $6.4 juta ini kita boleh membeli kerbau pembiak baka yang jantan sebanyak 130 ekor dan 3250 ekor betina dengan rationya 1:25 yang akan diimport ini adalah untuk proses pembiakan untuk dipelihara.
Dalam perkiraan kaola bersama-sama dengan penternak-penternak yang serba berpengalaman ini dan juga pengusaha- pengusaha dalam dan luar negara serta doktor-doktor haiwan bahawa melalui proses ini jumlah baka itu boleh membiak kepada 6500 ekor dalam satu tahun setengah.
Kalau membeli, kita mesti juga memastikan yang betina itu yang sudah betian yang ‘ampai-ampai’ boleh beranak. Ini bermakna dalam masa 12 tahun, tahun 2035, iaitu tahun Wawasan Brunei 2035 أ ْلح ْمدُ ِ هلِل nanti Negara Brunei Darussalam boleh membiak sebanyak 42,250 ekor kerbau dan ini baru satu syarikat.
Sebagai orak langkah strategi yang kaola maksudkan, permintaan kaola bagi mewakili 30 penternak tempatan yang hampir pupus, apa kiranya permit atau kebenaran yang diberi kepada 5 atau 6 syarikat itu, berilah kepada 30 orang penternak ini.
Ini bukan untuk tujuan meneruskan era pengimportan daging walhal untuk membantu negara dalam memastikan kita self-sufficient melalui penternakan daging tempatan.
Perlu diingat daging kerbau ini adalah daging yang turun temurun daripada dahulu kala di Brunei. Inilah daging yang benar-benar sara diri kerana ianya tidak memerlukan rumput yang secara komersial, ia boleh dengan semula jadi tetapi kalau hendak menanam rumput pun juga boleh.
Langkah pertama untuk strategi ini ialah kebenaran kepada 30 orang penternak untuk mereka bertahan dan mengembalikan kekukuhan sistem kewangan mereka. Langkah kedua setelah kewangan mereka kukuh daripada $6.4 juta ini, mereka akan dapat membeli kerbau-kerbau pembiak baka yang terbaik untuk membolehkan mereka meneruskan usaha-usaha dan kegiatan-kegiatan menternak yang setentunya akan dapat memperbanyakkan jumlah kerbau yang diternak di negara ini. Dengan strategi ini, kaola percaya ia akan membuahkan hasil untuk jangka masa sederhana dan panjang iaitu:-
Kita mungkin tidak perlu mengimport daging mentah dari negara luar dan malahan kalau sudah 42 ribu lebih dalam masa 12 tahun, kita boleh mengeksport.;
Harga jualan daging mentah tempatan akan kembali kepada harga asal sebelum pandemik COVID-19 atau mungkin lebih murah. Kalau import, jangan dipercayai sebabnya akan sentiasa naik harganya dengan harga kapal dan mereka tahu yang Brunei sangat desperate akan daging kerbau bukan daging lembu, jadi mereka jual dengan mahal, itu yang perlu kita mesti ingat.;
Harga makanan yang menggunakan daging kerbau yang berjual di restoran di negara ini akan boleh diturunkan. Pada masa ini, daging India yang masuk boleh ke Negara Brunei Darussalam, satay pun sama mahal semasa COVID-19.;
Hasil negara meningkat dari segi jualan daging mentah dan penyewaan tapak-tapak yang menternak daging semakin luas.
Kalau daging kerbau ini sudah dipelihara, jadi tapak-tapak Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) akan ditambah dan sewanya dapat menjana hasil.
Dan of course, jualannya berjuta dalam setahun, kalau sudah 42 ribu. GDP negara juga dipercayai akan meningkat, spin-off nya banyak seperti daging sosej, barang-barang dalam tin, yang beku, kulit dijadikan keropok, boleh buat bag tangan dan perabot, tanduk untuk hiasan bagi kraf tangan, najis kerbau ini boleh dikompos atau dibuat biochar, dalaman seperti usus dan limpa untuk rendering bagi menghasilkan minyak atau pun makanan binatang peliharaan.
Otomotisnya, ianya menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dalam bidang penternakan. Ini banyak untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja tempatan yang juga sekali gus akan dapat membantu kita mencapai Wawasan Brunei 2035, iaitu:
- Rakyat yang berkemahiran tinggi dari segi bidang pertanian yang mana mereka ini memang expert dalam kerbau. Dalam ugama pun memberi tahu untuk serahkan kepada yang ahlinya, jadi mereka ini memang tinggal di kandang kerbau itu, mereka tidak akan apa-apa.;
- Rakyat yang mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi. Oleh kerana mereka ini serba bisnes, kualiti hidup mereka akan OK.;
- Meningkatkan ekonomi negara yang berdaya tahan yang mana kita tidak lagi akan mengharapkan import.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja dahulu yang kaola dapat bagi saranan dan in sha Allah jika ada keizinan daripada Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin memberi laluan dahulu kepada Yang Berhormat yang lain untuk memberikan dan in sha Allah penghujungnya nanti kaola akan menyoal lagi jika ada keizinan. Sekian. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat berkenaan dengan import kerbau dan juga cadangan untuk memelihara kerbau di sini untuk local produce kerbau untuk consumption dalam negeri.
Kalau dilihat dari segi strategi pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, antara salah satu untuk menjamin meningkatkan jaminan sekuriti makanan ialah untuk menubuhkan keupayaan para peladang untuk menghasilkan makanan di Brunei.
One of the strategies itu termasuklah dari segi untuk menggalakkan peladang- peladang, penternak-penternak untuk menternak ternakan di Brunei.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل pada masa ini pihak kementerian telah memberi satu approval kepada satu syarikat, PDS Sdn Berhad bagi untuk membuat feedlot di mana kita mengambil anak-anak lembu dankerbau yang dibesarkan di sini dan disembelih di sini. Jadi ertinya strengthening the whole value chain.
Dengan cadangan Yang Berhormat tersebut, pihak kementerian sangat mengalu-alukan.
Jika ada proposal untuk membuat projek tersebut adalah diharap akan dapat berunding dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk melaksanakan cadangan tersebut. Itu memang our priority daripada import, better than import.
Berkenaan dengan import, mungkin kerana harga pasaran pada masa ini meningkat. Salah satu strategi pihak kementerian untuk meringankan beban kos yang tinggi pada masa ini adalah untuk mencari alternatif kepada daging- daging ini.
Buat sementara waktu ini, untuk mengatasi daripada price escalation because of inflation, dibenarkan secara sementara untuk menjual direct selling kerbau daripada India untuk pada orang ramai terutama sekali bagi orang pendapatan yang rendah untuk membolehkan mereka menikmati juga daging yang murah selain daripada daging import Australia dengan harga $17.00 ke $18.00 sekilo.
Ini adalah langkah sementara bagi membolehkan orang ramai dapat menikmati daging dengan kos yang rendah.
Tapi sesudah stabilized harga itu kepada pre-COVID, pihak kementerian akan mengembalikan semula polisi bahawa daging impot adalah untuk diproses.
Kepada peladang yang interested untuk mengusahakan dan membiak anak-anak kerbau, anak-anak lembu untuk tampil ke Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, di mana pihak kementerian akan menyokong bagi mereka mengusahakan beserta dengan pihak PDS juga untuk mengusahakan anak-anak kerbau sendiri untuk dibiak di sini dan juga dibesarkan di sini dan seterusnya dapat menggantikan import. Begitulah Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat saya bukan cuba untuk ikut serta dalam perbahasan, hanya ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya. Kalau satu syarikat sahaja dibenarkan maksudnya ada monopoli, tidakkah itu menjadi satu soal dalam kita melaksanakan tugas kita.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Yang Berhormat Pengerusi. Pengusaha- pengusaha lain boleh dengan syarat mereka perlu memohon kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan tiada sekatan bagi mereka, all they have to do is to memohon arah pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk mengimport. We have no limitation kepada siapa yang mengimport.
Yang Berhormat Pengerusi
Satu lagi yang harus ditanya sama ada daging yang dimport itu sah kehalalannya yang kita jual kepada orang ramai dan jugadari segi kesahihan kesihatannya, adakah ia berpatutan walaupun kita suka untuk menolong yang berpendapatan rendah, tetapi setentunyalah kita harus menjaga kepentingan hak orang yang berpendapatan rendah itu akan dapat membeli barang-barang yang halal dan sihat.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya sebelum mengimpot daging- daging ataupun livestock ke negara ini ada 2 peringkat yang harus di jalani. Peringkat pertama ialah pemeriksaan dari segi kesihatan dan juga penyakit- penyakit animal diseases.
Sebelum kita mengimpot pihak Veterinary Services, Jabatan Pertanian akan membuat 2 peringkat iaitu desktop study dan juga membuat audit ketempat yang pengimpot untuk memastikan bahawa kawasan tersebut adalah bebas dari penyakit dan bebas dari juga bebas daripada sebarang food hazard.
Once approved daripada pihak Veterinary Services, peringkat kedua ialah untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama berkenaan dengan kehalalan toyyiban untuk menghantar pemeriksa di sana.
Mereka juga membuat audit dahulu dan, barulah menghantar akan kehalalannya dan kebersihan abattoir-nya dan setiap kali sudah approved audit, every time kalau hendak mengimpot ke Brunei, they will send halalan inspectors to be there untuk memastikan bahawa yang datang ke Brunei diperhatikan, ditelitisupaya ia sah akan kehalalanya, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Berhubung dengan daging ini haruslah juga kita ambil perhatian dari segi kesihatan.
Adakah sudah dianalisis dari spec fatnya ataupun kolestrolnya. Apa yang saya difahamkan, di Singapura memang ada sekatan-sekatan macam ini.
Dari segi kesihatan Yang Berhormat Pengerusi, mungkin Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerangkan.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bagi menjawab soalan mengenai dengan kejaminan kesihatan, setiap makanan terutama sekali makanan mentah seperti daging ini yang dibawa masuk ia adalah di bawah pengawalan Brunei Darussalam Food Authority (BDFA).
It is statutory body di mana Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab ke atasnya. BDFA ini akan membuat pemeriksaan ianya seperti Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof sebutkan tadi, akan dianalisa terutama sekali dari infectionya dan sebagainya dan bukan itu sahaja dari segi penghantarannya juga the cold chain dari tempat ia bermula sampai ia ke store.
So, from the country of region to the store akan dipantau oleh BDFA untuk memastikan ia adalah dijamin kesihatannya. Itu saja terima kasih. So memang dipantau.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Yang Berhormat Pengerusi. Ada tiga stage untuk sebelum masuk kemari. Satu diperiksa di kawasannya sendiri, bebas daripada penyakit binatang seperti mulut dan kuku.
Dan seterusnya, diperiksa dari kehalalannya, kebersihan abattoirnya dan sebelum datang ke mari make sure the transportation seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Mereka akan diperiksa sekali lagi dan dibuat lab test bagi make sure microbiology tidak mengandungi kuman, jika ada, terpaksa di reject ataupun dimusnahkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Kaola akan interrupt sedikit, Yang Berhormat Pengerusi.
Apa yang diterangkan oleh kedua-dua rakan sejawat tadi oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan adalah proses-proses yang sudah dijalankan.
Setakat proses-proses itu sudah dijamin yang sedemikian dari segi kesihatannya oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan juga dibawah Kementerian Kesihatan dan itulah yang disebut Halalan Thayyiban.
Jadi kehalalannya tersebut terdapat di bawah undang-undang yang menghendaki daging yang akan diimport ke Negara Brunei Darussalam mestilah disahkan terlebih dahulu akan tempat penyembelihannya untuk diberikan sijil halal dan mendapat pusat penyembelihan yang halal.
Ini dilakukan secara pemeriksaan yang ketat mengikut pelaksanaan halalan thayyiban yang ketat. Maksud ketat ialah tempat penyembelihan tidak dapat dicampur gaul dengan penyembelihan- penyembelihan yang bukan halal. Jikalau terdapat yang sedemikian, walaupun pengasingannya dan sebagainya telah ditentukan tetapi mestilah dipastikan betul-betul yang ia tidak melalui proses yang sama dengan penyembelihan- penyembelihan yang tidak halal dan juga daging-daging yang tidak halal.
Ini adalah tugas pemeriksa untuk memeriksa dan menentukan kehalalan tempat tersebut. Bila sudah perkara ini diperakukan, tempat penyembelihan itupun diiktiraf. Terpulanglah setelah diiktiraf, pengimport-pengimport yang berkenaan akan mengimport daripada sana.
Dalam masa proses import ke negara ini, pemerhati akan dihantar bagi memerhati proses penyembelihannya untuk mengetahui apakah prosesnya melalui apa yang sudah ditetapkan.
Sebagai contoh, kita tidak memakai stunning dan tidak menghalalkan stunning, lalu dikeluarkan stunning maka kita akan menolaknya.
Setelah itu, pemerhati tersebut akan menentukan daging-daging tersebut akan dimasukkan ke dalam kotak-kotak tertentu kemudian dimasukkan ke dalam container dan container tersebut diseal.
Seal tersebut adalah seal pemeriksa kitani sehingga disahkan sampai ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di negara ini.
Sampai setakat itu sahaja mengenai jaminan halalnya. Apa yang kita khuatiri ialah peranan orang ramai iaitu setelah dari port ke tempatnya. Belum ada penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan atau dibuat untuk kawalan sedemikian kerana dari tempatnya ke pasarannya yang kita tidak ketahui sama ada daging yang datang dari mana dan masuk ke tempat yang sama.
Kemudian diedarkan kepada peruncitperuncit yang tidak diketahui adakah itu benar-benar daging yang disahkan dan yang telah diperiksa dengan teliti oleh Pegawai Pemeriksa berkenaan yang ditugaskan. "Alhamdulillah" setakat ini orang ramai sangat bekerjasama.
Inilah kes-kes yang terjadi yang didapati adalah berikutan daripada laporan orang ramai. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
"Insya Allah," saya kira berpatutanlah sekarang mesyuarat jawatankuasa ini saya tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin menagguhkan mesyuarat ini dan "Insya Allah," kita akan bersidang semula pada jam 2.30 petang seperti biasa, sekian.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.