HARI KE-6 PAGI
9HB MAC 2023M-PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
َّ الرحْ َٰم ِن الرحْ يم ِ ِبس ِْم ه.
Mesyuarat Pertama َّ ّٰللا Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang keenam, hari Khamis, 16hb. Syaaban 1444H bersamaan 9hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ِأ ْلح ْم ُد ِ هلِل kita bersyukur ke hadrat سبْحانهُ وتعال َٰى ِ أ هkerana dengan limpah ُ لِل rahmat dan izin-Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari keenam dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صل هللا عليه وسالمkaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bagaimana yang sedia dimaklumi masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Bagi membolehkan kita meneruskan pekerjaan kita menyelesaikan, membincangkan dan seterusnya meluluskan atau sebaliknya Rang Undang-Undang ini menurut tajuk-tajuk yang dikemukakan, maka saya tangguhkan dulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat di tangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيمAhli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu, yangmana Rang ini telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Pada petang semalam, Mesyuarat Jawatankuasa telah selesai meluluskan belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Walau bagaimanapun, sebelum kita meneruskan perbincangan kita, saya difahamkan bahawa ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membuat kenyataan, saya kira bagi menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan semalam.
Saya mempersilakan dulu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk kepada 5 soalan terakhir yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin kelmarin petang.
Kaola mengucapkan terima kasih atas keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola menjawab soalan-soalan tersebut:
Soalan yang Keempat dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin kemarin adalah mengenai dengan inisiatif untuk membukakan fasiliti untuk melaksakanan mass production di daerah-daerah lain daripada Dearah Brunei dan Muara. Sukacita Kaola mengkongsikan pada masa ini memang terdapat sudah empat tapak perindustrian di Daerah Belait, dengan aktiviti-aktiviti lain termasuk Brunei Methanol Company, BFI, BLNG dan belum lagi mengira BSP of Operasi BSP di Daerah Belait. Nampaknya dengan adanya pelaburan dalam BFI dan Methanol ان شاء هللاmasa depan akan banyak lagi aktiviti-aktiviti perindustrian akan ditubuhkan di Daerah Belait.
Bagi Daerah Tutong kita sudah melihat ada beberapa aktiviti akuakultur di Daerah Tutong, nampaknya perusahaan tersebut akan terus berkembang, meningkat lagi production dan sebagainya. ان شاء هللاaktiviti perekonomian di Daerah Tutong akan juga terus berkembang.
Di Daerah Temburong pada masa ini ada satu estet perindustrian, tapi pada masa yang sama kitani sedang memajukan Labu Square dan juga di Bandar Bangar, ان شاء هللاsama juga pada masa depan kita akan mencuba lagi meningkatkan aktiviti-aktiviti perekonomian di Daerah Temburong.
Di samping itu, ada satu projek mengenai pelancongan pada masa ini sedang di majukan di Daerah Temburong. ان شاء هللاaktiviti-aktiviti ekonomi di daerah-daerah lain tidak akan di tinggalkan, ان شاء هللاakan terus dimajukan.
Soalan yang Kelima dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, mengenai food basket mencadangkan supaya harga-harga barangan asasi akan dapat dikongsikan supaya orang ramai dapat mengetahui lebih tulus dengan harga di pasaran. Memang perkara ini sudah dilaksanakan sebelum ini.
Memang ada beberapa jenis barangan ini di bawah kawalan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Satatistik di bawah trans-control. Semasa COVID-19 aktiviti untuk mengawal harga barangan di pasaran itu dilaratkan kebeberapa jenis barangan di pasaran dan juga premis-premis perniagaan itu pun ditambah lagi dari segi pemantauan harga barangan dijual dibeberapa premis, kalau tidak salah 300 buah premis pada masa ini.
Dari maklumat-maklumat mengenai harga barangan di pasaran ini dikumpulkan dan dimasukkan dalam website, sosial media, instagram dan juga aplikasi pengguna bijak. Dari sana kita dapat membuat perbandingan dalam melihat harga yang dijual dibeberapa premis, dapat dibuat comparison dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang telah diambil untuk orang ramai akan lebih tahu dari harga barangan yang dijual di pasaran terutama sekali barang makanan asasi. Terima kasih.
- Soalan Keenam, mengenai budget conservative dan juga isu defisit. Ini satu soalan yang bagus Yang Berhormat Pengerusi. Bagi Kaola budget conservative maksudnya perbelanjaan kita ikut tahap pendapatan hasil pendapatan kerajaan, itu kalau conservative itulah caranya untuk berbelanja mengikut hasil pendapatan kita. Tapi bagi beberapa tahun kebelakangan kita lebih dari perbelanjaan dari hasil pendapatan, kecuali ada setahun dua tahun kebelakangan kita أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِلtercapai balance budget. Kenapa kita lebih belanja dari hasil pendapatan kita, kita tidak akan tinggalkan untuk terus menjaga kesejahteraan orang awam terus diberikan bantuan dan sebagainya.
Pada masa yang sama, kita juga membuat persediaan untuk masa depan. Kita terus memikirkan cara melabur menarik FDI, memajukan ekonomi kitani, mengkembangkan lagi SMSE kitani dan sebagainya. Itu memerlukan perbelanjaan termasuk membangun modal insan yang dinamik, proaktif dan terus inovatif. Sepertimana yang di dalam fokus dalam belanjawan tahun ini atau tahun yang akan datang.
Inilah masanya untuk mengatasi isu defisit ini, ini lah masa nya untuk kitani terus melabur supaya kitani menjana peluang-peluang untuk generasi yang akan datang. Bukannya kita tidak akan kira preserve our cash untuk masa depan kita, yang penting kita menjanakan opportunity bagi generasi yang akan datang.
Opportunity seperti kilang-kilang akan membangun, FDI yang akan datang, menjana pekerjaan, menjanakan opportunity bagi teknologi transfer dari luar negara kepada negeri kita. Menjana peluang untuk FDI akan memberikan spin off MSME kitani. Itulah yang penting, bagi kitani fokus dalam tahun-tahun yang akan datang. ان شاء هللاsudah ekonomi kitani cukup dinamision nya kitani bolehlah memikirkan manage fiscal kita, tapi inilah masanya kita melabur kepada masa depan kita.
Soalan yang ketujuh mengenai Ease of Doing Business. Ease of Doing Business ini memang telah diputuskan pada tahun 2021. Tidak lagi durang World Bank ini diteruskan. Ease of Doing Business ان شاء هللاEase of Doing Business akan diganti oleh satu skim baharu lagi yang masa ini sedang menunggu World Bank yang akan dikongsikan maklumat-maklumat mengenai dengan skim baharu.
Walau bagaimanapun, pada masa ini kita masih mengambil guidance dari Ease of Doing Business yang sudah ada masih terus monitor pencapaian kita dari segi improvement mengikut guideline yang ada sebelum ini di bawah Ease of Doing Business. Kalau dilihat dalam dua tahun ini memang nampak ada kemajuan. Kita continue to improve Ease of Doing Business, seperti mendapatkan elektrik, permit, construction permit dan sebagainya. Itu nampak ada improvement. ان شاء هللاperkara ini memang diambil berat untuk kita teruskan usaha kita untuk mencapai perkembangan ekonomi kita terutama sekali MSME kita.
Mengenai soalan yang terakhir iaitu mengenai Tanah Ihsan Untuk Membantu Warga Kurang Pendapatan supaya orang golongan rakyat yang kira terdapat boleh kira ikut contribute. Ini memang beberapa NGO’s yang sedang menjalankan aktiviti-aktiviti charity ataupun welfare dan sebagainya memang dibukakan peluang unutk orang ramai kalau sekiranya inginkan donate sama ada barangan ataupun dana itu tidak dilarang. Kita juga melihat ada sebahagian syarikat, beberapa tahun memang dijadualkan bagi menderma kepada this NGO’s. Itu tidak dilarang jadi memang diteruskan.
Bagi soalan-soalan yang belum kaola terjawab ان شاء هللاkaola akan menjawab secara bertulis sahaja selepas ini. Itu sahaja kaola menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin petang kelmarin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan ataupun ruang untuk melengkapkan jawapan kepada soalan yang panjang daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman semalam. بسم هللا الرحمن الرحيمmengenai soalan proses pengambilan pekerja baharu. Sebagai jawapan kaola:
Proses pengisian jawatan kosong sebelum dimesyuaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangan sokongan, bermula dari proses Iklan, Perakuan Ujian, Temuduga dan Penyediaan Kertas Mesyuarat. Pada masa ini inisiatif untuk mempercepatkan proses sentiasa diusahakan walaupun terdapatnya pelbagai hambatan, antaranya seperti:
Kesan Pandemik COVID-19 terhadap proses ujian dan temuduga.;
Rayuan-rayuan calon seperti untuk mengubah tarikh menduduki ujian, temuduga atau untuk perakuan.;
Kesediaan pihak-pihak wakil jabatan untuk menjalankan tugas sebagai wakil Lembaga Temuduga yang mana akan menangguhkan proses temuduga.;
Kelambatan jabatan-jabatan dalam penyediaan skim soalan.; dan
Kelengkapan dokumen-dokumen yang dihadapkan oleh Jabatan-Jabatan.
Manakala, antara usaha-usaha yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022 adalah seperti berikut:
Dengan adanya sistem PSCR2.0 memudahkan permohonan untuk memohon sebarang jawatan kosong dengan memasukkan keterangan-keterangan dengan memuat naik salinan dokumen-dokumen yang diperlukan secara online.;
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dapat memperolehi maklumat calon melalui PSCR2.0 jika pemohon memasukkan maklumatnya dengan lengkap. Ini membantu dalam proses perakuan calon-calon yang memohon jawatan yang diiklankan.;
Sepanjang tahun 2022, proses perakuan telah mampu dipercepatkan yang mana sebanyak 55% jawatan yang diproses telah mencapai sasaran TPOR Unit Perakuan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini adalah kenaikan dianggap signifikan berbanding hanya 31% jawatan mencapai TPOR pada tahun 2021.;
Projek melangiskan kekosongan jawatan yang masih untuk diujiankan dan ditemuduga. Projek ini telah berjaya menyelesaikan jawatan-jawatan yang tertunggak mengikut sasaran projek. Untuk memastikan jumlah rayuan calon tidak menjejaskan proses, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menetapkan dasar baharu bagi memastikan rayuan calon dapat diproses dengan lebih efisien, adil dan saksama.;
Garis Panduan tersebut termasuk mengubah tempoh penerimaan rayuan, penyediaan deklarasi pemohon dalam PSCR2.0 dan garis panduan bagi mempertimbangkan rayuan calon jika maklumat calon tidak teratur atau tidak lengkap sebelum tarikh tutup iklan.;
Pada masa ini Jabatan-Jabatan diminta menyediakan 2 pegawai selaku wakil Lembaga Temuduga yang mana tujuannya adalah supaya penama kedua berperanan sebagai pengganti jika wakil pertama berhalangan untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Salah satu inisiatif untuk mempercepatkan proses pengisian jawatan kosong adalah dengan menggunakan kaedah Talent Pool Recruitment, yang kini sedang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini.
Kaedah Talent Pool Recruitment ini akan digunakan untuk memproses jawatan-jawatan dalam Bahagian IV dan V yang dikenal pasti disatukan pengiklanannya secara berkluster berdasarkan tugas dan tanggungjawabnya yang kurang lebih sama.
Dengan kaedah ini pengumpulan jumlah kekosongan jawatan akan dikumpulkan dan pengiklanan perakuan dan ujian tersebut secara sekali berbanding memproses setiap kekosongan jawatan secara berasingan. Calon-calon yang layak akan disokong untuk dimasukkan dalam Talent Pool List dan seterusnya mengisikan kekosongan jawatan yang ada dalam satu tempoh tertentu. Kluster-Kluster yang dimaksudkan adalah seperti Kluster Jawatan Pembersihan, Kluster Keselamatan dan Kluster Meja Bantu.
Itulah jawapan tambahan kepada jawapan kaola kelmarin.
Namun demikian kaola juga akan menjawab menambah jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam iaitu mengenai persoalan jawatan dan kelulusan penyelarasan gaji penjawat awam yang baharu dalam jawatan yang sama berdasarkan kelulusan akademik. Soalan itu sudah dijawab oleh rakan sejawat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Kaola akan menjawab secara ringkas mengenai dengan lantikan calon simpanan. Bagi pemilihan calon simpanan perkara ini memang diteliti oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum melantik calon. Dalam hal ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan membuat penilaian ke atas calon-calon yang telah dirank mengikut bidang dan kesesuaian tugas dan tanggungjawab jawatan berkenaan sebelum melantik calon simpanan. Itulah jawapan Pehin.
Ketiga akan kaola jawab jua ialah mengenai soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof iaitu mengenai dengan muflis atau kemuflisan yang sering Yang Berhormat dapati melalui media-media cetak awam.
Bagi menjawab Yang Berhormat Pehin, memang terdapat statistik bagi permohonan bankruptcy yang dibawa ke mahkamah. Dua statistik yang berkaitan dengan persoalan Yang Berhormat adalah Receiving Order dan Adaptation Order. Secara ringkasnya bagi tahun 2012 terdapat 243 Receiving Order dan bagi tahun 2022 terdapat 235 Receiving Order.
Manakala bagi statistik menunjukkan bagi tahun 2012, 51 Adaptation Order dan 2022 adalah 114 Adaptation Order. Antara statistik berkenaan kategori ditahap sole proprietors bagi tahun 2012 adalah 1 kes manakala bagi tahun 2022 adalah 3 kes.
Adalah juga penting untuk memahami bahawa Receiving Order bermaksud Timbalan Penerima Rasmi bertindak sebagai pengurus estet penghutang yang dijatuhi separuh muflis (half bankrupt) manakala adaptation order bermaksud Timbalan Penerima Rasmi bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi estet penghutang yang dijatuhkan muflis sepenuhnya (full bankrupt).
Penganalisisan punca-punca utama berasaskan statistic didapati bahawa antara punca utama (root cross) muflis bagi individu-individu yang gagal membayar komitmen pinjaman bank sama ada pinjaman persendirian, harta dan kenderaan. Adalah juga didapati bahawa ada sebilangan kecil individu yang memohon muflis untuk mengelakkan diri apabila disaman daripada dikenakan sebarang pampasan.
Walaubagaimana pun, kaola mengambil baik terhadap cadangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bagi membuat penganalisisan dan penilaian terhadap permohonan individu yang muflis dan boleh dipertimbangkan bersama agensi-agensi yang berkaitan untuk memperbaiki kaedah-kaedah yang ada pada masa ini agar menjadi pengajaran kepada individu-individu dan MSME yang lain supaya tidak berlaku pada masa akan datang.
Sekian. Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola lengkapkan kepada soalan-soalan yang telah diajukan semalam dan mudah-mudahan ia akan dapat memberikan sedikit penjelasan dan pencerahan dan menjawab soalan-soalan demikian. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan atas jawapan-jawapan, penerangan-penerangan yang telah pun dikemukakan. Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat Jawatankuasa akan beralih ke tajuk kementerian selanjutnya.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Tajuk SE01A hingga SE12A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa beralih sekarang kepada Tajuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebelum tajuk-tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini dibukakan untuk dibahaskan, saya ingin memberi laluan dahulu kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk membentangkan mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم ف ِ ْـرَ س َـَلمِِِعَلىِِِأَش َّ ِِِوال َ ِِِهللِِربِِِالعَالَمي َْن َ ِِِوالص َ َّـَلة َ ِال َح ْمد َْـن ِ س لي َ ِِوالم ْر ْ َ األنبيَـاء َ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهdan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia pada pagi ini. أَ ْلح ْم ُد ِللهه
kaola mewakili warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya dengan penuh hormat dan takzim menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda semasa Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M yang lalu.
Dalam kesempatan ini juga kaola juga tidak lupa mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada yang dilantik kerana jawatan dalam kalangan Orang-Orang Yang Bergelar yang telah mencapai kecemerlangan dan ahli-ahli yang dilantik mewakili daerah-daerah.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum Jawatankuasa ini membincangkan Rang Undang-Undang Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya, izinkan kaola lebih dahulu mengongsikan tumpuan dan keutamaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Tahun Kewangan 2023/2024 yang mendukung kepada tema belanjawan iaitu: “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” yang mencakupi memelihara kesejahteraan awam, mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan dan pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyejajarkan sasaran dan menumpukan kepada 3 aspirasi iaitu:
Keselamatan dan kesejahteraan yang menfokuskan untuk memperkukuhkan keselamatan dan kesejahteraan dengan memantapkan lagi keupayaan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang melalui pengukuhan dasar, penambahbaikan infrastruktur dan memperluaskan penggunaan teknologi di samping memastikan aset-aset adalah dalam siap siaga dan penglibatan yang aktif pemimpin dari akar umbi komuniti.;
Transformasi pembangunan bandar dan daerah dan memperkasakan pembangunan komuniti dengan memberikan penekanan kepada pembangunan bandar dan daerah yang mampan dan berdaya tahan melalui penglibatan aktif daripada pemimpin-pemimpin akar umbi dengan kerjasama komuniti masyarakat dalam memastikan ketersediaan prasarana-prasarana, memperluaskan penggunaan teknologi, menitikberatkan kebersihan alam sekitar, menjamin ekosistem pembangunan masayarakat yang kondusif bagi membantu memperkasakan masyarakat yang tampil kehadapan dalam mengambil peranan menerajui pelbagai inisiatif pembangunan diri.; dan;
Tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Menjurus kepada pemberian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan berhemah dengan melaksanakan reformasi dasar, penggunaan teknologi, peningkatan kapasiti dan kompetesi dengan menerapkan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach.
Dalam pada itu, beberapa inisiatif juga telah dan sedang dilaksanakan dalam hasrat untuk mengukuhkan lagi aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Antaranya melancarkan secara berperingkat-peringkat aplikasi dalam Immigration and National Registration System (INRS) seperti border management system dan sistem pendaftaran Kad Pengenalan. Aplikasi lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat adalah seperti visa and passes, kelahiran dan kematian warganegara dan lain-lain.
Sebagai usaha untuk mengawal,memperkukuhkan dan memantau kemasukan warga asing termasuk pelancong melalui pos-pos kawalan, border management system telah mula digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 14hb. Mac 2022M dan telah dilaratkan ke semua pos-pos kawalan yang lain bagi menggantikan sistem pos-pos kawalan yang lama.
Pada 9hb. Februari 2023M, aplikasi e-arrival card mula diperkenalkan bagi menggantikan embarkation dan ease embarkation card yang telah lama digunakan. Dengan terlaksananya border management system dan e-arrival card ini bukan sahaja akan dapat memudahkan proses bagi kemasukan atau keluar dari Negara Brunei Darussalam khususnya kepada warganegara asing malah ia akan dapat membantu Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dalam pengumpulan maklumat dan data serta membolehkan perkongsian maklumat-maklumat terkini kepada agensi-agensi kepentingan bagi kegunaan penganalisisan perancangan, penggubalan dasar dan sebagainya.
Selain itu, sistem pendaftaran Kad Pengenalan dan pengeluaran Kad Pengenalan Pintar yang baharu juga telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2022.
Kad Pengenalan ini mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan menerapkan encryption and technology yang terkini. ان شاء هللا projek ini akan dapat merealisasikan projek digital ID di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital iaitu dengan Kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Seterusnya National Labour Management System (NLMS) di bawah Jabatan Buruh, ان شاء هللاakan mula diguna pakai sepenuhnya pada 1hb. April 2023M nanti yang akan mengubah tatacara pemberian perkhidmatan dengan lebih telus, efisien seperti permohonan Lesen Pekerja Asing dan Lesen Perkhidmatan Domestik kepada orang ramai yang perkhidmatan ini dapat diakses secara dalam talian.
Pada 21hb. Januari 2023M, Jabatan Buruh telah menguatkuasakan kadar had yuran perkhidmatan bagi pengambilan pekerja domestik iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan pemandu peribadi pada kadar tidak melebihi $2,000.00 bagi seorang pekerja asing. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan yuran perkhidmatannya yang dikenakan oleh agensi-agensi pekerjaan bagi pengambilan pekerja domestik adalah terkawal.
Dalam pada itu, Jabatan Buruh juga berperanan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul antara majikan dan pekerja yang mana bagi tempoh 3 tahun kebelakangan iaitu dari tahun 2020 hingga 2022 sebanyak 31 aduan telah diterima, dan dari jumlah tersebut 94% telah berjaya diselesaikan.Dalam usaha untuk mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Buruh dengan Kerjasama Manpower Planning and Employment Council (MPEC) telah dan sedang merancang dan melaksanakan strategi- strategi untuk menjamin pekerjaan termasuk menjaga kebajikan dan kepentingan para pencari kerja dalam kalangan anak-anak tempatan.Di samping itu, sebelum pengisian jawatan-jawatan kosong di sektor swasta pengesahan dari JobCenter Brunei adalah diperlukan bahawa jawatan- jawatan berkenaan tidak dapat di isikan oleh anak-anak tempatan sebelum lesen pekerja asing diluluskan oleh Jabatan Buruh. Usaha bersepadu ini adalah untuk memastikan anak-anak tempatan diberikan keutamaan dalam mengisikan beberapa jawatan di sektor swasta dalam hasrat untuk mengurangkan kadar pengangguran negara ini.
Menyedari akan pentingannya untuk mengurangkan jumlah recidivism atau kemasukan semula dalam kalangan banduan Jabatan Penjara secara berterusan telah menyediakan dan melaksanakan beberapa program termasuk latihan kemahiran vokasional seperti pertukangan kayu, pertanian, memasak dan landskap sebagai usaha untuk memberikan para banduan kemahiran dalam membantu mereka mempersiapkan diri apabila bebas nanti.
Dalam kesempatan ini juga, kaola ingin menekankan bahawa sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat sangat penting dalam membantu golongan ini untuk mengukuhkan jati diri, memberikan pekerjaan atau menyokong perniagaan mereka sebagai sumber pendapatan dan memberikan bimbingan serta motivasi agar tidak terpengaruh semula untuk melakukan kesalahan mengambil kira ini faktor utama menyumbang kepada kemasukan semula.
Produk insaf, yang dihasilkan oleh para banduan-banduan yang dijual kepada orang ramai melalui ekspo-ekspo dan tempahan-tempahan dihasratkan untuk meringankan beban banduan dalam menyara kehidupan mereka apabila keluar kepangkuan masyarakat sementara mencari pekerjaan tetap atau mengusahakan pekerjaan sendiri.
Selain memberikan program seperti semasa menjalani tahanan Jabatan Penjara juga membukakan secara sukarela kepada bekas banduan yang ingin untuk mengikuti program-program di bawah Perkhidmatan Seliaan yang dikendalikan oleh Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkepentingan.Sejak tahun 2018 sehingga sekarang sebanyak 82 stakeholders telah ikut serta dalam menjayakan program-program aftercare. Ini adalah usaha sama Jabatan Penjara dengan 14 buah pertubuhan bukan kerajaan dan 68 buah syarikat swasta untuk membantu rakan seliaan dalam penintegrasian masyarakat atau komuniti melalui program-program yang disediakan. Untuk memperkukuhkan lagi sistem kawalan dan keselamatan di Institusi Penjara, أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِلperuntukan sebanyak $3.768 juta telah dibenarkan untuk membiayai kerja-kerja menaik taraf dan pemeliharaan Penjara Maraburong fasa 1 dan fasa 3 dan Penjara Jerudong termasuk pemasangan sistem CCTV yangmana tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan telah dibukakan.
Untuk memastikan kesiapsiagaan infrustruktur dan aset-aset di Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebenaran juga telah diperolehi bagi pajak sewa 30 buah jentera bomba jenis water tender ladder (WRL) sebagai usaha untuk meningkatkan keupayaan operasi serta keberkesanan pengkerahan jentera bomba dan penyelamat.
Selain itu, ان شاء هللا pada Tahun Kewangan 2023/2024 ini pembaikkan sejumlah 800 unit fire hydrant di seluruh negara akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan kesiap siagaan infrustruktur dalam menangani kecemasan kebakaran disetiap daerah.
Dalam usaha untuk melaksanakan transformasi pembangunan bandar dan daerah melalui penglibatan aktif pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui jabatan-jabatan daerah telah mengiklankan jawatan-jawatan Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dan melaksanakan proses pengundian setiap minggu bagi memilih calon Ketua-Ketua Kampung dan Penghulu-Penghulu Mukim.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل setakat ini sebanyak 29% jawatan penghulu mukim telah dapat diisikan dan 25% jawatan ketua-ketua kampung telah diisikan.
Untuk memperkasakan lagi Satu Kampung Satu Produk satu insiatif Satu Kampung Satu Produk berinfak tinggi. ان شاء هللاakan dilaksanakan iaitu dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui salah satu government links companies dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berpotensi untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara.
Dalam mendukung matlamat dua iaitu Pembangunan Bandar dan Daerah yang mampan dan berdaya tahan serta memastikan ketersediaaan pasarana-pasarana antara lain insiatif kementerian adalah memfokuskan kepada penyediaan dan pembangunan tapak-tapak perniagaan termasuk gerai-gerai disetiap daerah. Pemeliharaan dewan-dewan kemasyarakatan serba guna dan menaikkan paras jalan raya di kawasan yang sering dilanda banjir agar tidak menjejaskan akses penduduk kampung di kawasan-kawasan yang terjejas.
أ ْلح ْم ُد ِ هلِلperuntukan sebanyak $18.8 juta telah dibenarkan untuk kerja-kerja menaik taraf paras jalas raya di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong yang mana pada masa ini tawaran adalah di peringkat menunggu kebenaran.
Pihak kementerian juga mendukung dan menyokong dalam memperkasakan masyarkat yang mandiri iaitu dengan menyediakan ruang untuk berniaga sebagai sumber pendapatan yang membolehkan mereka menyara hidup. Projek Tunas Market Place dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bukan sahaja menyasarkan Produk Satu Kampung Satu Produk akan tetapi juga peserta lepasan Program BIBD Seat consortium Muallafpreneurs dan serta program keusahawanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Dalam menggubal suatu dasar dalam pelaksanaan atau apa jua insiatif yang dirancang oleh kementerian ini faktor- faktor yang menyumbang kepada pencapaian insiatif berkenaan adalah di ambil kira iaitu selaras dengan aspirasi ketiga kementerian iaitu memastikan sumber tenaga manusia yang kompeten di samping memanfaatkan penggunaan teknologi selaras dengan peredaran masa ke arah penyampaian perkhidmatan yang telus dan berkualiti.
Oleh itu, pihak kementerian pada ketika ini sedang menggubal Human Resources Competency Frame Work (HRCF) yang akan melibatkan seluruh warga kementerian dan jabatan-jabatan termasuk pemimpin akar umbi yang antara lain bertujuan bagi meningkatkan keupayaan sumber tenaga manusia dengan mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan jurang kompetensi melalui program-program peningkatan kemahiran dan kapabiliti.
Untuk memperkasakan lagi Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampung kompesisi keahlian MPM dan MPK telah disesuaikan agar dapat mewakili pelbagai peringkat masyarakat dalam memastikan perancangan dan apa juga aktiviti MPM, MPK dapat didukung dan sokongan dari anak-anak buah kampung.
Di samping itu, pihak kementerian dan jabatan-jabatan daerah juga telah memulakan untuk mengadakan sesi permuzakarahan secara berjadual tetap bersama pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi iaitu sebagai wadah untuk bertukar-tukar pikiran dalam mencapai hala tuju dan untuk memeduli serta menjaga maslahah anak-anak buah kampung di samping mengembang majukan kampung dan mukim di negara ini.
Kaola sukacita mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk memgucapkan terima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi termasuk Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampung yang sentiasa aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kerja dengan mengekalkan budaya bergotong-royong dan membantu pihak kementerian khasnya dan kerajaan amnya dalam memberikan sumbangan buah fikiran, tenaga serta sumbangan yang ikhlas dalam sama-sama memastikan kebajikan anak-anak buah kampung dan mukim terjaga dan terpelihara serta persekitaran kampung agar sentiasa bersih dan selamat.
Usaha seumpama ini adalah sangat-sangat dihargai dan besar maknanya bukan sahaja kepada penduduk di mukim dan kampUng berkenaan akan tetapi juga kepada rakyat di negara ini. Pada mana kaola sukacita merujuk usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada 4hb. Mac 2023M yang lalu iaitu “Pemimpin Peringkat Mukim dan Kampong ini adalah tidak bersendirian tetapi mereka adalah rakan sekepimpinan seperti dari masjid-masjid dan sekolah-sekolah untuk sama-sama Memperkasakan Kepimpinan Mukim dan Kampung”.
Pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach juga dititikberatkan dalam memastikan tadbir urus perkhidmatan yang baik. Sebagai contoh dalam mengatasi isu tunggakan cukai bangunan. Jabatan-Jabatan Bandaran telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Pejabat Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara dan Pejabat Pendaftaran Waris, Mahkamah Tinggi Brunei bagi memastikan pemilik-pemilik bangunan untuk terlebih dahulu ikut menyelesaikan tunggakan cukai bangunan masing-masing sebelum sebarang-sebarang permohonan yang berkaitan dibenarkan.
Sejak inisiatif ini dilaksanakan secara berfasa pada Ogos 2021 hingga 31hb. Januari 2023M, sejumlah lebih $10 juta atau 14.92 peratus dari jumlah dari keseluruhan tunggakan hasil telah berjaya dikutip. Manakala kutipan hasil semasa daripada April 2022 sehingga 31hb. Januari, Jabatan Bandaran telah mengutip sebanyak lebih kurang $4.9 juta.
Untuk mendukung inisiatif dan probusiness eco-system di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan sentiasa meneliti dasar-dasar yang berkaitan agar ia sentiasa relevan dimana apa jua program atau projek yang diungkayahkan oleh setiap kementerian akan sentiasa didukung sama dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
Sebagai kesimpulan, هللا شاء ان Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya akan sentiasa memastikan segala inisiatif yang akan dirancang dan dilaksanakan adalah sejajar dan menjurus kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035 di samping memastikan perbelanjaan peruntukan adalah value for money yang memberikan impak yang positif kepada semua golongan masyarakat di negara ini dalam usaha untuk mengekalkan Negara Brunei Darussalam yang aman makmur dan dinamik sepertimana jua visi kementerian ini dan melaksanakan strategik yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tempoh 5 tahun dari tahun 2023-2027.
Berasakan penjelasan-penjelasan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan dibawahnya telah disokong untuk disediakan peruntukan keseluruhan berjumlah $136,503,951.00 Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang adalah berjumlah $131,813,060.00 dan Perbelanjaan Kemajuan-Kemajuan adalah sejumlah $4,690,891.00 untuk membiayai 7 projek-projek kemajuan.Berasakan penjelasan-penjelasan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan dibawahnya telah disokong untuk disediakan peruntukan keseluruhan berjumlah $136,503,951.00 Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang adalah berjumlah $131,813,060.00 dan Perbelanjaan Kemajuan-Kemajuan adalah sejumlah $4,690,891.00 untuk membiayai 7 projek-projek kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi. Dengan penerangan yang kaola sampaikan sebentar tadi kaola berharap akan mendengar pandangan-pandangan yang bernas dan pemikiran yang strategik daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang lain untuk membantu abiskaola dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.
Sekian sahaja yang dapat kaola terangkan mengenai dengan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Sekian, ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira kenyataan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri adalah cukup jelas dan komprehensif dalam penyediaan belanjawan bagi kementerian yang berkenaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Walau bagaimanapun, bersama saya disini ada senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membincangkan Tajuk-Tajuk di bawah kementerian ini.
Untuk memulakannya saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
َّ الرحْ َٰم ِن الرحْ يم ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا
ُ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُهdan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan kaola untuk membincangkan tajuk ini. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan tajuk ini.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menganggap Bandar Seri Begawan dan bandar-bandar lain di negara ini umpama lukisan atas canvas. Ia boleh dalam black and white atau kelabu atau berwarna. Kaola lebih gemar ia berwarna kerana bagi kaola ia menarik, sedap mata memandang dan merupakan sesuatu yang menceriakan.
Begitulah juga bandar kita, Bandar Seri Begawan dan bandar-bandar lain akan lebih menarik jika diwarnai dengan keindahan bangunan, taman-taman yang dijaga baik, persekitaran yang bersih serta kemudahan asas yang cukup dan first class. Kaola rasa ini adalah satu senario yang kita mahu dan dalam perkara ini kaola melihat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah autoriti yang mampu menjadikan Bandar Seri Begawan dan bandar-bandar lain secantik lukisan moony.
Kaola tidak tahu pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan sama ada Pejabat Daerah, Lembaga Bandaran, Institusi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung atau kesemuanya. Tetapi adalah elok jika pembisaian itu berlaku.
Ini memerlukan mindset yang baharu. Bandar-bandar kita perlu ahliping dan bangunan-bangunan kita yang terbiar kosong sekian lama dengan rumput yang panjang dibeberapa kawasan perumahan dan membeli belah, jalan-jalan raya yang berlopak, belukar-belukar kecil, longkang-longkang pecah dan sebagainya patut ditangani.
Ini bukan imej yang kita mahu dan kekalkan. Kaola berharap tindakan diambil untuk membisaikan Bandar Seri Begawan dan bandar-bandar lain.
Kita tidak perlu bangunan iconic mencakar langit tetapi bangunan yang cantik dilihat, bangunan yang well maintain dan mempunyai kemudahan yang cukup seperti tandas awam yang bersih.
أ ْلح ْم ُد ِ هلِل kaola gembira apa yang dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkumi apa yang kaola maksudkan, ان شاء هللا. Seboleh-bolehnya kita mahu Bandar Seri Begawan dan bandar-bandar di daerah ini dan bandar-bandar di daerah lain mempunyai imej first world bukan third world. Kaola menyokong jika peruntukan nanti dipohonkan bagi menaik taraf Bandar Seri Begawan sesuai dan bersempena dengan pencapaian Wawasan Brunei 2035. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menyentuh pula Kod Akaun 11504 – Pembangunan Semula Kampung Air. Kaola berharap Tajuk ini digunakan pada Tahun Kewangan tahun ini kerana kalau tidak silap ianya bukanlah satu projek yang baharu. Sejak projek Pembangunan Semula Kampong Air Fasa satu siap yang melibatkan 65 buah rumah pada tahun 2014 kalau kaola tidak silap, peruntukan telah pun diberi untuk fasa kedua dimulakan.
Tetapi oleh kerana beberapa sebab, projek ini tidak dilaksanakan hingga ke hari ini. Diharap kita tidak akan berlengah memulakan projek ini kerana banyak rumah di kampung Air boleh dikatakan tidak selamat seperti beberapa kejadian rumah runtuh baru-baru ini.
Kita juga tidak mahu rumah-rumah di kampong Air terdedah dengan risiko kebakaran seperti yang berlaku di beberapa tempat di Kampung Air. Rumah yang dibina di fasa satu mempunyai ciri-ciri keselamatan daripada bencana api sebab building materialnya pun bahan bangunannya yang fire resistant dan jarak satu rumah dengan rumah yang lain menghalang daripada api merebak dan juga sistem pembantungan yang moden.
Rumah itu menggunakan material yang memerlukan low-cost maintenance. Kaola berharap pembangunan Kampung Air fasa dua ini dapat dimulakan dan mengambil contoh dari fasa satu dapat ditambah baik lagi bagi kesejahteraan penduduk di Kampung Air. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola berpindah sekarang kepada Jabatan Buruh iaitu isu pengambilan pekerja asing di negara ini. Kaola yakin pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan khususnya Jabatan Buruh peka dengan kehadiran pekerja asing banyak di negara yang mungkin keberadaan mereka melebihi daripada keperluan.
Kita menghargai sumbangan mereka sebagai tenaga buruh semi-skilled dan mahir dan juga sebagai usahawan yang menjadi cabaran jika keramaian aktiviti mereka tidak dikawal, mereka mungkin saja nanti menguasai ekonomi kita.
Nampaknya, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sudah memikirkan cara untuk kita regulate kedatangan mereka agar bilangan mereka adalah pada kadar yang diperlukan dan mudah dikawal.
Pihak Jabatan Buruh diharap mengambil langkah tertentu untuk meneliti semula peraturan yang ada, menutup loopholes jika ada dalam undang-undang atau peraturan yang ada dan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat kepada mereka dan mengambil tindakan yang tegas dan bagi sebarang pelanggaran.
Ini perlu sebelum keadaan menjadi parah dan tidak dapat dikawal. Tetapi pelaksanan undang-undang berkaitan dengan warga asing perlulah ditangani dengan berhemat dan sensitivity. Itu saja yang kaola ingin bangkitkan Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum kaola berundur, kaola sekali lagi mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan yang begitu jelas akan langkah-langkah yang akan mereka ambil dan أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلia adalah selari dengan pandangan kaola seperti kaola nyatakan tadi. Terima Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, atas saranan dan soalan-soalan yang dikemukakan.
Berkenaan Bandar Seri Begawan, kaola bersetuju juga sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berkenaan untuk membisaikan Bandar Seri Begawan. Banyak inisiatif sudah dilaksanakan untuk memastikan kebersihan, keadaan Bandar Seri Begawan ini kondusif, bisai dan jua berwarna-warni sebagaimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat.
Sebagai contoh, untuk memastikan Bandar Seri Begawan ini meriah, beberapa inisiatif telah diadakan sebagai contoh mengadakan Bandarku Ceria setiap hari minggu dan ada juga kerjasama Jabatan Bandaran dengan pihak Yayasan untuk meningkatkan lagi peniaga-peniaga yang pada masa ini berjaja di kawasan Yayasan untuk dilaratkan ke kawasan Dermaga. Itu nanti ان شاء هللاakan memeriahkan lagi Bandar Seri Begawan.
Berkenaan dengan jalan-jalan dan longkang-longkang pada masa ini, Jabatan Bandaran memang aktif menjalankan kerja-kerja pemeliharaan. Ini require whole of goverment approach and Whole of Nation Approach termasuklah kementerian-kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Pembangunan dari segi jalan-jalannya dan Jabatan Bandaran pada masa ini menerapkan atau menggunakan teknologi, mesin-mesin yang kalau kitani lihat masa ini kalau mencuci Bandar Seri Begawan menggunakan blower dan now ان شاء هللاakan menggunakan mesin yang ada di Jabatan Bandaran untuk memastikan kebersihan itu dijaga.Berkenaan dengan pembangunan semula Kampung Air. Ini perlu diteliti dan memang sudah dalam perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi berkenaan dari segi affordability, berkenaan dengan sustainability sebelum kita melaksanakan Projek Pembinaan Semula Kampung Air ini.
Kaola memang mengambil maklum Fasa I itu, pembinaan semula rumah-rumah memang sudah dilaksanakan. ان شاء هللا, jika Yang Berhormat tidak keberatan nanti, kita boleh discuss secara terperinci dari segi pelaksanaan pembinaan semula Kampung Air ini. Memang peruntukan disediakan. Kaola juga mengambil maklum rumah-rumah yang roboh itu dimata-matai oleh Pejabat Daerah dan memang sudah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dari segi diadakan survey berkenaan dengan rumah-rumah di Kampung Air sama ada ia selamat untuk didiami ataupun tidak. Memang ada sudah survey dibuat.
Berkenaan dengan Jabatan Buruh, memang peranan Jabatan Buruh untuk mengeluarkan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Pekerja Domestik (LPD), yang mana LPA ini adalah untuk membolehkan syarikat-syarikat mendatangkan buruh- buruh atau pekerja-pekerja negara- negara luar.
Sebagaimana yang kaola bentangkan tadi, sebagai contoh National Labour Management System yang akan dilaksanakan pada 1hb. April ini, pada mana permohonan LPA dan LPD akan dibuat secara online dan permohonan- permohonan ini juga akan di link-up dengan Immigration Registration System yang akan mengeluarkan visa kerja dan sudah setentunya dengan adanya maklumat-maklumat seumpama ini, yang boleh didapati secara online oleh pihak Jabatan Buruh ia akan dapat mengenalpasti keberadaan pekerja- pekerja berkenaan untuk memastikan pas-pas yang digunakan itu adalah sebagaimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. ان شاء هللا, penggunakan teknologi ini akan diterapkan sama ada di Bahagian Penguatkuasaan Undang- Undang dan sebagainya.
Berkenaan dengan undang-undang di Jabatan Buruh, memang sentiasa dikaji. Di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memang ada satu bahagian khusus untuk meneliti perundangan- perundangan lama yang memerlukan penaiktarafan atau certain amendment dalam undang-undang berkenaan. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.بسم هللا الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera.
Untuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pagi ini, lebih dahulu kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan inisiatif-inisiatif kementerian untuk Tahun Kewangan 2023/2024 ini berkaitan dengan bidang tugas dan skop Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang begitu jelas dan terperinci.
Dalam hal ini, kaola merujuk perbelanjaan Tajuk SE06A hingga Tajuk SE09A bagi institusi-institusi mukim dan kampung yang berkaitan dengan projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P). السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, projek 1K1P ini mengikut makluman yang kaola dapati, ia sudah mula diperkenalkan sejak tahun 1993 lagi dan projek ini bagi kaola sangat signifikan untuk diluaskan lagi dengan menggalakkan penyertaan lebih ramai penduduk kampung ataupun mukim sesuai dengan penamaan projek ini, Satu Kampung Satu Produk (1K1P).
Dalam hal ini, kaola juga ingin melihat penyertaan dalam projek ini asnaf-asnaf penerima zakat yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin serta golongan yang berpendapatan rendah yang temasuk dalam penerima-penerima bantuan.
Kaola mengimbas kembali kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa sesi muzakarah yang lalu, antara isu utama projek ini adalah jumlah hasil produk yang tidak memenuhi permintaan yang tinggi kerana projek ini pada kebiasaannya diusahakan secara persendirian di rumah-rumah oleh pengusaha-pengusaha tertentu.
Walau bagaimanapun, apa yang kaola dengar dalam pembentangan mukadimah tadi, inisiatif-iniasitif ada telah dibuat oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam membantu pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) ini meningkatkan produk mereka.
Antaranya kerjasama dengan kementerian-kementerian lain yang berkepentingan untuk mengembangluaskan lagi projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) ini.
Jadi dalam hal ini, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai beberapa perkara. Yang pertama, sejauh manakah pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ada melibatkan penyertaan golongan yang kaola nyatakan tadi iaitu golongan asnaf yang terdiri daripada fakir dan miskin dan penerima-penerima bantuan untuk mengikuti projek ini dengan harapan atau matlamat untuk membantu golongan-golongan ini menjana pendapatan yang tetap dan seterusnya dapat mengeluarkan mereka daripada kepompongan kemiskinan.
Perkara yang kedua, kaola mohon bolehkah ataupun sekiranya ada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengongsikan data statistik peserta-peserta yang mengikuti projek ini sejak ia mula diperkenalkan 30 tahun yang lalu jika ada ataupun sekurang-kurangnya 10 tahun kebelakangan, iaitu yang meliputi jumlah pengusaha yang mengikuti projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) ini, jumlah pengusaha yang mampu bertahan dalam projek perusahaan yang diikuti itu secara consistent sehingga mereka mampu menjana pendapatan yang besar melebihi keperluan harian dan jumlah pengusaha yang berhenti setelah mengikuti projek berkenaan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dan punca mereka berhenti itu. Pada pandangan kaola data-data seperti ini penting bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menilai semula pelaksanaan projek ini dan membuat penambahbaikan yang diperlukan untuk meningkatkan lagi hasil produk ataupun hasil daripada projek ini.
Dalam hal ini juga, kaola ingin memberikan beberapa cadangan supaya pengusaha-pengusaha projek ini dibantu menerusi satu skim pinjaman khas dari Bank Usahawan Brunei untuk mengembangmajukan lagi perusahaan mereka dan menjadikan projek ini diusahakan oleh semua atau sebahagian orang kampung secara beramai-ramai.
Walaupun ia diusahakan di rumah masing-masing tetapi sesuai dengan sebagaimana yang kaola maksudkan tadi sesuai namanya Satu Kampung Satu Produk (1K1P) itu, ertinya sebagai contoh, di dalam sebuah kampung itu bukan sahaja satu keluarga atau satu kumpulan orang tertentu sahaja yang mengusahakan satu produk tetapi ia diusahakan secara banyak secara beramai-ramai di kampung itu dengan melibatkan golongan yang kaola nyatakan tadi iaitu golongan asnaf, fakir dan miskin serta penerima bantuan.
Ini adalah untuk memastikan semua penduduk kampung tersebut dapat sama-sama menjana pendapatan meningkatkan sosio-ekonomi mereka daripada projek berkenaan. Di samping itu, inisiatif-inisiatif yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tadi, kaola rasa sudah cukup untuk membantu dari aspek promosi, pemberigaan dan pemasaran produk.
Dan untuk meningkatkan produktiviti tersebut juga, pusat-pusat pemprosesan produk dapat dibina di kampung-kampung meskipun ia bukannya setiap kampung. Mungkin berdasarkan Mukim atau Daerah atau di tempat-tempat yang bersesuaian untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil ini dari segi proses-proses pelaksanaan produk tersebut.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ada soalan berkaitan dengan Tajuk SE11A - Jabatan Penjara. Adakah kaola teruskan ataupun dijawab dahulu? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Perkara seterusnya ialah perbelanjaan Tajuk SE11A - Jabatan Penjara. Kaola menyambut baik juga inisiatif-inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang membantu bekas-bekas banduan sepertimana yang dinyatakan di dalam mukadimah tadi.
Melihat kepada perkara ini, kaola ingin mengemukakan dan menyatakan di sini berdasarkan KPI yang dikemukakan pada tahun 2021/2022 yang ada di dalam buku belanjawan bagi Institusi Penjara, kadar sebenar kemasukan semula bekas banduan ke penjara selepas dibebaskan adalah 15%. Jumlah ini melebihi 9% daripada kadar yang dianggarkan bagi tahun tersebut iaitu 6%. Dalam hal ini, kaola mohon pencerahan sama ada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara ada membuat analisa untuk mengenalpasti jenayah tertinggi yang menyumbang kepada kemasukan semula bekas banduan ini ke penjara dan punca kemasukan semula tersebut.
Pada pandangan kaola, data ini sangat berguna sebagai indicator awal kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menilai semula tahap keberkesanan inisiatif dan program-program pemulihan yang dilaksanakan sesuai dengan jenis jenayah yang dilakukan di samping mengenalpasti faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya pengulangan semula jenayah berkenaan.
Dalam hal ini, melihat kepada inisiatif-inisiatif yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tadi, kaola ingin mencadangkan juga sedikit penambahan iaitu mengadakan ataupun mendidik masyarakat awam untuk menerima ataupun memberikan sokongan kepada bekas-bekas banduan ini melalui media massa, program-program yang difikirkan bersesuaian agar masyarakat tidak memandang negatif ataupun serong kepada bekas-bekas banduan ini.
Di samping itu, mengadakan program-program komuniti yang bersesuaian untuk membantu mereka ini menyesuaikan diri dengan masyarakat apabila mereka telah berada di dalam masyarakat nanti. ان شاء هللا. Selain itu, apa yang kaola lihat, sudah ada dinyatakan di dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri dan kaola menambah juga sedikit lagi. Mengutamakan juga pendidikan, kerohanian ataupun agama dalam program-program pemulihan yang dirancang serta memberikan sokongan kesihatan mental kepada mereka.
Apa yang lebih utama di sini adalah untuk memastikan misi Jabatan Penjara untuk menjadi pusat pemulihan yang cemerlang dan misinya untuk melindungi masyarakat dengan penjagaan kemanusian yang selamat dan pemulihan banduan yang ideal agar menjadi ahli masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab dapat dicapai dan direalisasikan. ان شاء هللا
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola seterusnya merujuk kepada Tajuk SE02A dan SE024A - Kemajuan Bandar. Dalam hal ini kaola tidak akan memberikan banyak cadangan, cuma kaola memberi harapan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri agar segala pembisaian yang dibuat untuk Bandar kita, apa yang penting adalah maintenance ataupun penyelenggaraan setelah pembisaian itu dibuat.
Itulah harapan yang kaola ingin sampaikan di sini kerana mengambilkira kebanyakan tempat-tempat riadah dan seumpamanya tempat-tempat rekreasi berdasarkan apa yang berlaku selama ini, ia hanya dibuat semasa awal-awal pembisaian itu dibuat tetapi tidak ada maintenance yang berterusan selepas itu.
Jadi apa yang kaola harap, maintenance selepas pembisaian dibuat akan terus dilaksanakan dan pembaikan-pembaikan yang dibuat dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk pengguna seperti tandas-tandas awam, penyediaan tong-tong sampah di tempat-tempat yang strategik untuk kita memastikan kebersihan tempat-tempat tersebut dan juga kemudahan-kemudahan bagi golongan orang-orang kelainan upaya.
Sekian sahaja. Kaola mohon maaf jika ada yang tersilap bahasa dan seumpamanya dan semoga usaha-usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan mampu direalisasikan dengan kerjasama semua pihak yang berkepentingan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. وباهلل التوفيق ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.والهداية
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah.
Mengenai dengan produk 1K1P sebagaimana yang kaola terangkan tadi, asalnya ia melibatkan sebagai satu penghasilan bagi satu kampung satu produk.
Jadi memandangkan banyak permintaannya, ia dijadikan satu pendapatan. ان شاء هللاKementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama dengan Jabatan-Jabatan Daerah dan juga kerjasama syarikat yang berkaitan dengan kerajaan akan mengembangkan lagi produk ini.
Kalau kita lihat dari segi perangkaan ataupun jumlah pendapatan hasil daripada 1K1P ini, berdasarkan juga daripada jumlah penyertaan daripada setiap kampung dan setiap daerah ini, tidak berapa menggalakkan dari segi pendapatan, jadi 1K1P berimpak tinggi ini akan diterokai.
Sebagai contoh pengusaha nenas di Mukim Gadong. Kalau dilihat, production 1K1P bagi satu kampung itu sedikit. Kalau kita akan mengembangkan, mungkin ada kampung-kampung lain juga yang boleh mengusahakan same product when it comes to aggregating ia semakin banyak dan boleh juga dijadikan sumber pendapatan yang konsisten.
Berkenaan dengan penglibatan daripada penerima asnaf ini, memandangkan penerima ataupun penduduk di kampung ini samada ia penerima asnaf atau bukan penerima asnaf, 1K1P ini juga memang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Jadi di sana boleh melibatkan mereka untuk meyertai dalam kegiatan bisnes ini dan juga sebagaimana kaola sentuh tadi semasa mukadimah, Kementerian telah memulakan projek-projek yang bekerjasama dengan Bank Islam Brunei Darussalam. Ia melibatkan mualaf, penerima-penerima asnaf dan zakat dan ianya dipantau oleh Bank Islam Brunei Darussalam. Kalau pendapatan mereka sudah mencapai mengikut target, mungkin mereka ditempatkan ke tempat lain dan another penerima asnaf akan ditempatkan ke Projek Tunas hasil kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Berkenaan dengan perangkaan Yang Berhormat perlukan tadi, ان شاء هللاkaola akan memberikan kepada Yang Berhormat berkenaan dengan berapa pengusaha 1K1P yang berhenti dan berapa yang masuk semula ان شاء هللا kaola akan memberi maklumat itu kepada Yang Berhormat.
Berkenaan dengan Jabatan Penjara, jenis-jenis kes ini ان شاء هللا kaola akan juga mendapatkan maklumat ini. Tetapi sebagai contoh sahaja, inisiatif untuk melibatkan masyarakat ini memang ada. Sebagai contoh juga tadi semasa mukadimah kaola itu, ada stakeholders’ yang terlibat untuk menolong bekas-bekas banduan ini.
Semasa mereka menjalani tahanan ini, education dari segi kerohanian memang diterapkan jadi memang ada program-program tertentu yang telah digariskan oleh Jabatan Penjara. Memang hasrat ataupun objektif Jabatan Penjara ini adalah untuk memastikan mereka ini dipulihkan dan sudah mereka keluar ke pangkuan masyarakat nanti, ان شاء هللا dari segi mindset mereka berubah. Ini adalah penglibatan kita sebagai masyarakat sama ada Majlis Perundingan Kampung, Majlis Perundingan Mukim, masyarakat semua untuk memastikan menerima mereka semua ini. Tidak dapat dilabel juga sama ada untuk memberikan mereka pekerjaan dan sebagainya.
Mindset ini bukan sahaja di peringkat Jabatan Penjara, ia melibatkan semua masyarakat untuk mengubah mindset sama ada mereka ini bekas banduan ataupun bukan.
Dari segi kesihatan mental, memang juga diterapkan dalam program-program sana, keagamaan ada yang dari segi mengkhatamkan Al-Quran setiap minggu, disediakan surau-surau tertentu, sembahyang berjemaah, memang diterapkan semua ini dan program reintregrasi ini memang dilaksanakan di Jabatan Penjara untuk memastikan mereka ini bersedia sudah mereka keluar daripada tahanan- tahanan itu nanti.
Ada juga program-program yang melibatkan rakan seliaan secara voluntary masa ini, yang mana rakan- rakan seliaan ini adalah orang-orang yang dahulu di bawah tahanan juga untuk menjadikan mereka sebagai rakan sebaya kalau kitacompare dengan di sekolah-sekolah.
Berkenaan dengan saranan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam berkenaan ٰ ُ َْ dengan pembisaian ini, ال َح ْمد ّلِلjuga kalau kita lihat di bandar-bandar ataupun taman-taman rekreasi memang kementerian berunding dengan Kementerian Pembangunan mana-mana taman-taman rekreasi yang masa ini di bawah kawalan Jabatan Bandaran telah diserahkan, sebagai contoh yang di Bandar itu, memang di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi.
Segala maintenancenya akan dipantau oleh jabatan-jabatan yang mempunyai core business yang tertentu. Ini untuk memastikan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di dalamnya concentrate on the core business kementeriannya. Sekian itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola jawab.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini berhenti dahulu bagi membolehkan kita berehat selama 20 minit. Maka saya tangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini.
(Majlis Mesyuarat berehat sebentar) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang semula bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Mesyuarat Jawatankuasa ini masih lagi membincangkan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Saya masih mempunyai senarai yang agak extensive yang terdiri daripada Ahli-Ahli Yang Dilantik yang ingin untuk turut serta membincangkan dan membahaskan tajuk-tajuk yang berkenaan ini.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا
Kaola merujuk peruntukan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kod 002000. Seperti mana yang kitasemua lihat dan dengar pada setiap hari berlaku bencana-bencana alam di sana sini.
Di Negara Brunei Darussalam bencana-bencana alam yang sering dialami adalah seperti bencana banjir, tanah susur dan yang terkini wabak COVID-19. Mudah-mudahan هللا سبحانه وتعالىmelindungi Negara Brunei Darussalam daripada segala bencana-bencana alam.
Persoalan kaola ialah bagaimanakah persediaan negara dalam menangani pelbagai bencana termasuk wabak penyakit sekiranya berlaku serentak dalam masa yang sama? Pada masa ini Negara Brunei Darussalam terdapat beberapa industri yang berkaitan dengan combustible hydrocarbon.
Sebagai Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, apakah standard operating procedure yang ada sekiranya terjadi industrial accident di syarikat-syarikat berkaitan, mengambil kira setiap syarikat juga mempunyai pengurusan bencananya sendiri.
Kaola mencadangkan agar pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menilai tahap kesediaan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dari aspek standard operation procedure kemahiran dan kepakaran kakitangan serta peralatan di semua senario.
Kaola juga ingin mencadangkan untuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenal pasti dan mereview perjanjian-perjanjian kerjasama dengan negara-negara yang ada kemampuan untuk menangani bencana mengikut kepakaran masing-masing. Membuat life exercise bagi scenario yang berbeza-beza dapat menaikkan kecekapan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin di atas soalan dan cadangan yang dikemukakan.
Berkenaan dengan kesiapsiagaan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (National Disaster Management Centre NDMC) di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memang di tahap siap siaga pada mana sebelum activation di bawah NDMC, they called it District Disaster Management Centre (DDMC) yang diketuai oleh Pegawai-Pegawai Daerah dan stakeholders yang terlibat adalah sama dengan pihak NDMC.
Memang ada standard operating proceduresnya mengikut apa jenis bencana, they called it as National Standard Operating Procedure yang sudah dilancarkan.
Jadi kalau sekiranya ada bencana serentak sebagai contoh ada banjir dan ada juga penyakit memang activation itu mungkin pihak-pihak yang tertentu, kementerian-kementerian yang berkenaan akan mengambil peranan masing-masing mengikut keupayaan masing-masing sebagai contoh semasa COVID-19 Kementerian Kesihatan tetapi penglibatan banyak melibatkan juga kementerian-kementerian lain.
Sama juga kalau isu banjir melibatkan juga NDMC, Pegawai Daerah, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis dan juga pemimpin akar umbi iaitu Ketua-Ketua Kampung sebagai first responder bagi NDMC.
Dari segi industri memang ada standard operating procedurenya sebagai contoh kalau kita lihat BFI chemical industries memang mereka ada jentera-jentera untuk pemadam api yang melibatkan chemical tapi peranan Jabatan Bomba juga sebagai supporting agencies.
Kalau Yang Berhormat melihat juga seperti dalam compound BFI memang ada kereta-kereta jenteranya dan juga di luar compound BFI itu memang ada Pasukan Bomba yang bersiap sedia.
Dari segi competency mereka memang dihantar untuk di train berkenaan dengan tatacara memadam api sama ada yang melibatkan chemical ataupun yang melibatkan rumah-rumah.
Mengenal pasti atau mereview international agreement itu memang sebagai contoh sahaja Jabatan Bomba dan juga NDMC menghantar semasa terjadinya typhoon di Philippine, itu requested by AHA Centre.
AHA Centre ini adalah pusat di bawah ASEAN yang menggerakkan ataupun kadang-kadang merequest daripada ahli ASEAN untuk mengarahkan sebahagian daripada pegawai untuk membantu bisdurang dari segi logistik punya arrangement.
Jadi memang pegawai-pegawai itu didedahkan di sana untuk memastikan mereka pun ada hands on training. Baru- baru ini di Philippine dan dengan adanya international arrangement:-
- Hands on training.; dan
- Penglibatan kita dalam membantu negara-negara lain di peringkat ASEAN.
Itu saja yang dapat kaola jawab Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah dan penerangan yang diberikan pada awal-awal tadi.
Terima kasih jua kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ini ada hubung kaitnya dengan apa yang kaola mahu bincangkan sebentarlagi iaitu Tajuk SE11A.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kerana memberikan kemahiran kepada banduan-banduan selepas menghadapi proses penjara dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kerana pernah melantik kaola sebagai Lembaga Pelawat Penjara Maraburung.
Kaola sukacita merujuk pada isu individu yang mempunyai rekod kesalahan jenayah lalu, yang sudah disabitkan bersalah dan selesai menjalani hukuman, contohnya dipenjarakan di dalam tempoh tertentu.
Dalam situasi sebenar, pada kebiasaanya, individu seperti ini mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan, ataupun jika ia seorang penjawat awam, maka dia mungkin tidak berpeluang untuk memohon kenaikkan pangkat, disebabkan mereka perlu menjalani proses penapisan jenayah.
Kaola membuat cadangan untuk menjamin kesejahteraan individu berkenaan, supaya dapat menjalani kehidupan yang normal dan tidak akan kembali melakukan jenayah, maka kaola mencadangkan supaya rekod jenayah ini dihapuskan dengan mengenakan syarat-syarat dan peraturan tertentu yang difikirkan sesuai, antaranya mengadakan penilaian, pemantauan berterusan ke atas para lepasan banduan tersebut dalam tempoh yang tertentu, menerusi beberapa prosedur mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib.
Seterusnya kaola merujuk pada Perbelanjaan SE12A, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kaola memerhatikan dan melihat sendiri bahawa pegawai-pegawai dari jabatan ini tidak mengira masa dan waktu, siang dan malam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh, misalnya memadam kebakaran rumah-rumah, hutan, membersihkan pokok-pokok kayu yang tumbang kerana menghalang perjalanan. Kaola meminta pencerahan adakah mereka ini mempunyai pampasan insurans cover dan juga elaun khas dan adakah ia mencukupi.
Yang ketiga adalah mengenai SE01A, ada dijelaskan tadi kekosongan ketua kampung dan penghulu kampung sudah diisikan.
Jadi belumlah dipenuhi sepenuhnya, jadi terdapat sebahagian ketua kampung dan penghulu ini masih memangku, dibayar elaun bukan dibayar secara jawatan memangku.
Kaola ingin mencadangkan agar jawatan memangku itu dibayar selayaknya selaras dengan beban tugas dan tanggungjawab sebagai penghulu mukim dan ketua kampung.
Akhir sekali ialah mengenai perkara yang dibincangkan sebentar tadi mengenai pembisaian bandar. Dalam konteks ini kaola menyentuh mengenai Bandar Seri Begawan. Pernah dulu disebut bahawa Bandar Seri Begawan ini akan menjadi garden in the city.
Apakah perkembangan yang dapat dikongsikan oleh pihak Kementerian mengenai plan ini. Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih yang Berhormat Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, di atas persoalan yang diajukan. Berkenaan dengan Jabatan Penjara, kaola tidak dapat menjawab sama ada dari segi rekod jenayah tersebut boleh dihapuskan.
Kaola hanya dapat menjawab berkenaan dengan jumlah bekas banduan yang sudah dapat kerja, pada masa ini terdapat lebih 50 lebih orang sudah memperolehi pekerjaan. Ini tertakluk kepada siapa yang dapat menerima mereka. Sebagaimana yang kaola maklumkan is our mindset untuk menerima mereka ke pangkuan masyarakat.
Sama ada ia mempunyai rekod ataupun tidak. Itu adalah secondary. Tapi yang penting, penerimaan masyarakat, penerimaan syarikat-syarikat untuk mereka bekerja.
Yang kedua berkenaan dengan bomba, memang ada insuran dibeli, ertinya insuran berkelompok untuk memastikan mereka dilindungi. Ianya termasuk kecacatan kekal, kecederaan dan kematian.
Berkenaan dengan penghulu yang memangku, memang mereka dibayar elaun mengikut perkiraan-perkiraan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh pemangku dibayar elaun sebulan gaji terendah atau separuh jika ada dalam perkhidmatan.
Ertinya jika yang memangku itu bekerja, ia akan dibayar separuh. Tapi jika sekiranya ia memang memangku, ia ada perkiraan-perkiraan tertentu. Jadi memang hasrat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, melalui Jabatan-Jabatan Daerah mengisikan sepenuhnya jawatan ketua-ketua kampung dan penghulu mukim. Semua sudah diiklankan dan hanya menunggu permohonan dan akan diundi oleh anak-anak buah kampung sendiri.
Kaola akan menambah, Yang Berhormat Pehin, satu daripada soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam berkenaan dengan apa kes yang tertinggi, yang kemasukan semula. Yang banyak masuk semula adalah kes curi dan dadah. Itu adalah kes-kes yang tertinggi yang masuk semula ke penjara.
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Satu lagi berkenaan dengan garden in the city, kalau dilihat mungkin berbeza jika kita di Singapura, kalau di Brunei memang garden in the city sudah, banyak sudah terdapat pohon-pohon. Jika dilihat dari segi ASEAN inisiatif mungkin dapat digelar smart city.
Memang kita menuju ke arah tersebut dan melibatkan multiple stakeholders tapi garden in the city memang we are actually green in Bandar Ser Begawan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima Kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin membangkitkan 2 soalan.
Soalan pertama adalah di bawah Tajuk SE05A - Jabatan Buruh kod 002/002 Perundangan dan Penguatkuasaan Undang-Undang Perburuhan.
Kaola percaya Jabatan Buruh adalah badan pengawal bagi pekerja tempatan dan asing. Terdapat banyak aduan mengenai pekerja tempatan yang tidak hadir bekerja atau berhenti awal dan pihak MPEC mungkin lebih memahami tentang tingkah laku tersebut daripada kaola.
Adalah amat penting bagi tenaga kerja kita untuk mematuhi undang-undang terutamanya ketika berniat untuk menghantar mereka bekerja di luar negara seperti yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sekiranya tingkah laku ini berterusan ia tidak hanya merosakkan reputasi negara malah juga akan mengakibatkan pencari kerja sukar untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang. Ia perlu ditangani dengan serius dan tegas demi mengekalkan integriti dan kestabilan pasaran tenaga kerja kita. Jika ibu bapa mempunyai kebimbangan mengenai pekerjaan anak mereka, mereka harus diberi kontrak pekerjaan. Sekiranya mereka masih mempunyai masalah maka mengambil khidmat peguam dan membawa perkara ini ke mahkamah adalah satu-satunya pilihan untuk menyelesaikan isu ini dengan serius dan memberi pengajaran yang penting tentang kepatuhan terhadap undang-undang.
Selain itu menurut pemeriksaan terkini yang dilakukan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) sekurang-kurangnya 15% daripada premis diperiksa tidak mendaftar pekerja tempatan mereka dengan TAP.
Kaola ingin mencadangkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti MPEC, SKP, DARe atau Brunei Law Society bagi mengadakan lebih banyak bengkel mengenai perintah pekerja terutama untuk pencari kerja baru untuk mengajar mereka mengenai hal hak dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.
Apabila pekerja tahu tentang hak mereka dan majikan tahu tentang tanggungjawab mereka di bawah undang-undang dan peraturan pekerjaan ia boleh menjadi lebih mudah bagi majikan untuk mematuhi peraturan tambahan yang bergantung kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata.
Ini mungkin juga membantu kementerian untuk meningkatkan prestasi utama untuk peratus kes majikan memahami Perintah Pekerjaan 2009 semasa pemeriksaan.
Seterusnya soalan yang kedua adalah di bawah Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan kod 002/001 Visa Pas Permit Masuk dan Dokumen Perjalanan (Passport).
Menurut titah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara baru-baru ini Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pada tahun 2020 mewakili 97.2% daripada perusahaan aktif di Negara Brunei Darussalam.
Sementara kita merayakan keusahawanan kita juga perlu mengakui bahawa saiz populasi yang terhad bermakna kejayaan seorang usahawan boleh menyebabkan kerugian kepada yang lain.
Mengambil pelaksanaan Labour Management System kaola mencadangkan supaya pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri meneliti Digital Nomad Visa Programme untuk dilaksanakan ke negara bagi menarik bakat luar negara iaitu Pekerja Jarak Jauh atau remote workers ke Negara Brunei Darussalam.
Negara kita mempunyai kelebihan dari aspek stability politic, keselamatan, kos sara hidup yang rendah dan warga negara yang ramah tidak perlu diperkenalkan lagi malah bakat-bakat tempatan yang sangat terlatih lebih memilih untuk tinggal di Negara Brunei Darussalam walaupun peluang pekerjaan yang terhad.
Digital Nomad adalah Pekerja Jarak Jauh. Mereka hanya memerlukan laptop dan high speed internet untuk berhubung dengan klien atau perusahaan di seluruh dunia.
Kajian menunjukkan bahawa Digital Nomad menyumbang lebih daripada 35% pendapatan mereka kepada ekonomi tempatan dan menyumbang nilai ekonomi global sebanyak $787 bilion setahun.
Digital Nomad boleh memberi impak positif kepada ekonomi, inovasi, pelancongan, pembangunan tenaga kerja serta pertukaran sosial dan budaya Negara Brunei Darussalam.
Kaola harap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dapat mempertimbangkan program ini untuk menarik bakat-bakat ini ke Negara Brunei Darussalam dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Itu sahaja kaola ingin sampaikan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee berkenaan dengan soalan yang diajukan khususnya bagi Jabatan Buruh.
Memang di bawah Employment Order memastikan semua kontrak ditandatangani. Meaning contract agreement itu dikawal selia oleh Jabatan Buruh di bawah Employment Order. Tapi ada saranan daripada Yang Berhormat tadi berkenaan dengan joint force untuk memastikan KPI dari segi pematuhan, bekerjasama dengan TAP dalam satu-satu pemeriksaan ان شاء هللاJabatan Buruh akan menilai perkara ini dan satu saranan yang baik untuk dilaksanakan untuk memastikan shared resources dilaksanakan sama ada Jabatan Buruh, TAP dan sebagainya.
Berkenaan dengan Digital Nomad Visa Programme ini kaola ingin meminta clarification saja. Ertinya yang ada this programme tidak perlu datang ke Negara Brunei Darussalam?
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Mereka datang ke Negara Brunei Darussalam tapi ada majikan-majikan mereka, tidak perlu bekerja di Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Maksudnya apa? Because jika kita lihat, we need to understand apa visa dalam konteks imigresen. Visa ini is permission to enter, pass is permission to work untuk melaksanakan apa jua based on the passes itu. Kalau sekiranya ada majikannya di luar, kalau kita lihat juga ia mesti ada majikan, penjamin untuk memastikan dari segi welfarenya di Negara Brunei Darussalam. Kalau dari segi konteks imigresen.
Kalau kita lihat dari segi digital development di Negara Brunei Darussalam ini especially when it comes to programming, kebanyakan programmer ini tidak semestinya berada di Negara Brunei Darussalam. Mereka membuat remotely. Mereka menghantar all the patches itu kemudian dilaksanakan oleh companies in Brunei.
Itu boleh juga dilaksanakan.
I think kaola akan mendapatkan maklumat saja kali dulu Yang Berhormat Pengerusi kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai Nomad Visa ini because kaola hendak menyelaraskan dari segi konteks Immigration Order dan juga dari segi apa yang disarankan, itu saja. (I think kaola will get information only this time Yang Berhormat Pengerusi to Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee on Nomad Visa because kaola wants to align in terms of the context of the Immigration Order and also in terms of what is recommended, that's all.)
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk kepada beberapa soalan dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee ada juga nampaknya berkaitan dengan MPEC dan TAP.
Mengenai dengan pekerja tidak datang bekerja mengikut jadual waktu dan sebagainya. Kalau sekiranya pekerja tersebut pekerja asing itu tertakluk kepada majikan, mungkin akan dibalikkan atau sebaliknya. Itu di antara majikan dan pekerjanya. (Regarding workers not coming to work according to the schedule and so on. If the worker is a foreign worker, it is subject to the employer, it may be reversed or vice versa. That's between the employer and the employee.)
Bagi pekerja tempatan memang tidak semua anak-anak tempatan ini kira missing in action memang ada sebahagiannya saja mungkin ada isu dengan attendance dan sebagainya. Dinasihatkan supaya majikan ini berunding bersama pekerja dengan memberi nasihat dan sekiranya berterusan missing in action boleh diberikan warning letters dan sebagainya,jangan terus dibuang kerja. Memang Manpower Planning and Employment Council (MPEC) selalu menasihatkan graduan-graduan mesti job ready dengan mental mindset. (For local workers it is not all local children who are missing in action there are only some of them maybe there are issues with attendance and so on. It is advised that the employer consult with the workers by giving advice and if it continues to be missing in action, warning letters and so on can be given, do not throw it away. Manpower Planning and Employment Council (MPEC) always advises that graduates must be job ready with mental mindset.)
Dari segi Tabung Amanah Pekerja (TAP), ada majikan yang tidak berdaftar dengan TAP memang perkara ini TAP sentiasa turun padang melawat ke premis-premis perniagaan. Kalau kedapatan jika sekiranya tiada mendaftar, memang akan di saman.
ّْال َح ْمد ّ َلِل dengan pelancaran Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) pada bulan Julai nanti, memang satu Skim yang sangat menarik dan Sangat mustahil kalau pekerja tidak akan mengikut juga mendaftar. Kalau pekerja sendiri kalau di cadangkan oleh majikan supaya mereka tidak akan didaftar di TAP akan menjadi kerugian kepada pekerja sendiri. Dengan keistimewaan skim SPK ini, mudah- mudahan akan menggalakkan pekerja sendiri akan memastikan mereka ini ikut skim baharu untuk kebaikkan mereka sendiri untuk menjaga masa persaraan masing-masing.
Mengenai dengan digital nomad, kalau boleh koala juga ikut menambah juga dengan isu ini di mana ada new ways of working life style macam nomadic life style. Bagi pekerja ini bekerja remotely di negeri lain dan majikan di dalam negeri seumpamanya. Ini perlu dilihat sama ada kalau sekiranya yang skillsset ini terdapat sudah di dalam negeri itu tidak semestinya menggunakan cara digital nomad. Kalau kita masih akan menggunakan digital nomad tersebut , perlu kita akan memikirkan juga withholding tax kerana perkara ini sama seperti melantik seorang konsultan dari luar negeri. Itu satu perkara untuk difikirkan lagi secara mendalam. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا علَيْك ْم َو َر ْح َمة هللاّ َو َب َركَاته َ سالَم َ الرحمن الرحيم ال ّ ٰلِل ُأ َ ْل َح ْمد, terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, berkenaan dengan SA01A – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi. Dalam perubahan teknologi maklumat dan digital masa kini telah berubah dengan pantas memberikan kesan kepada kualiti dan produktiviti bagi sebuah organisasi. Ini termasuklah kepimpinan akar umbi Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua- Ketua Kampung.
Keupayaan bagi mengaplikasikan dan mengadaptasikan teknologi ini dapat membantu meningkatkan kualiti kepimpinan kepada anak-anak buah masing-masing. Penggunaan teknologi digital banyak membantu di dalam menyampaikan maklumat dengan lebih efektif dan konsisten kepada masyarakat kampung. Oleh itu, sukacita kaola merujuk kepada sasaran Belanjawan nNegara yang ketiga iaitu Pembangunan Modal Insan Yang Dinamik, Proaktif Dan Innovatif.
Kaola mengharapkan melalui Belanjawan ini fungsi-fungsi kepimpinan akar umbi mendapat manfaat. Sehubungan dengan itu, apakah ada insiatif-inisiatif atau program-program yang disediakan ke arah meningkatkan kemahiran dan kepimpinan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohd Danial@ Tekpin bin Yaákub. Untuk menjawabnya, sebagaimana yang kaola sampaikan dalam mukadimah yang mana Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang merangka Human Resource Competesy Framework yang merangkumi juga pemimpin-pemimpin akar umbi. ان شاء هللاAhli-Ahli Yang Berhormat Mewakili Daerah-Daerah akan dijemput nanti untuk melihat inisiatif dan program yang disediakan ke arah meningkatkan kepimpinan dari segi pemimpin akar umbi ini sebagai Whole of Nation Approach, Whole of Government Approach. Itu sahaja, Yang berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. أ ْلح ْم ُد ِ هلِل, lebih dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Berkenaan SE01A – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Soalan pertama saya, sepertimana yang kita maklum bahawa Ketua-Ketua Kampong Dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampong sememangnya terdedah daripada sebarang bahaya apabila membawa dan mengagihkan wang-wang pencen umur tua dan bantuan kebajikan pada setiap bulan.
Sehubungan dengan ini, kaola merayu kepada pihak-pihak berkenaan untuk memberi perhatian tentang perkara ini dengan sewajarnya. Sehubungan itu, kaola mencadangkan Ketua-Ketua Kampong dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampong disediakan dengan perlindungan insurans keselamatan yang sesuai dan diberi latihan SOP keselamatan secukup-cukupnya jika berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini ketika bertugas.
Dan soalan saya kedua, menyentuh soalan status jalan-jalan kecil dibawah pemeliharaan Pejabat-Pejabat Daerah yang perlu diperbaiki dan ditembusi ke jalan-jalan berkenaan. Di antara jalan ada yang perlu di beri perhatian ialah; Jalan Kecil Merangking ke Long Mayan, Daerah Belait; Jalan Singap ke Kampong Bukit, Daerah Tutong; Jalan Lelakang Singap, Daerah Belait; jalan menuju Rumah Panjang Biadong, Daerah Belait; Jalan Melabui Kampong Bukit Long Mayan, Daerah Tutong, jalan ini adalah bagi solusi untuk keluar semasa banjir.
Jadi dipohonkan untuk diperbaiki atau pun jalan-jalan itu untuk di ‘timbuk’ batu. Untuk jalan ke siaran sahaja untuk memberi penduduk-penduduk kampong untuk membuat rutin kehidupan mereka. Itu sahaja untuk soalan kaola pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, علَيْك ْم َو َرحْ َمة هللاّ َو َب َركَاته َسالَم
َ ال.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman dengan soalan yang dikemukakan.
Berkenaan dengan insurans, memang pada 2014 ada insurans berkelompok yang disediakan bagi ketua-ketua kampong pada mana pada bulan April 2020 ia diberhentikan. Dan ditawarkan juga kepada penerima-penerima ini untuk dibayar melalui bank.
ان شاء هللا, perkara ini akan diteliti oleh pihak Kementerian dan Jabatan-Jabatan Daerah berkenaan untuk kesesuaian untuk mengembalikan lagi insuran berkelompok ini. Berkenaan dengan soalan dari segi jalan- ٰ ّ م ُد jalan kecil, لِل َ أَ ْلjuga bagi pemulihan ْ ح jalan-jalan, Jabatan Daerah Belait telah pun mengiklankan untuk Supply, Deliver and Lay of Crusher Run Stone ini bagi jalan-jalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi usaha-usaha juga untuk memelihara jalan-jalan menunju Rumah Panjang Biadong juga in the pipe line.
ان شاء هللا, perkara ini akan di update kepada Yang Berhormat yang berkenaan dari masa ke semasa berkenaan dengan projek-projek untuk memastikan jalan- jalan kecil ini diperbaiki. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم
أ ْلح ْم ُد ِ هلِل, terlebih dahulu di Dewan yang mulia ini kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi Kaola ingin menyentuh di sini berkenaan dengan isu- isu peniaga-peniaga kecil di tepi jalan yang ketika ini semakin ramai di mana- mana tempat. Jadi kaola sangat khuatir tentang beberapa perkara. Pertama ialah dari segi keselamatan kerana risiko kemalangan disebabkan kenderaan adalah sangat tinggi. Yang kedua ialah hala tuju peniaga-peniaga ini perlu diberi perhatian dan bantuan sewajarnya seperti perlu disediakan tempat-tempat yang lebih strategik bagi mereka menjalankan aktiviti perniagaan mereka ini dengan lebih selesa dan selamat. Yang ketiga ialah penyelesaian yang memerlukan pendekatan kepada Whole of Government Approach.
Jadi sehubungan dengan ini, apakah usaha pihak kerajaan bagi menangani perkara ini demi membantu peniaga- peniaga ini dapat menjalankan perniagaan mereka dengan lebih selesa dan selamat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin berkenaan dengan soalan yang dikemukakan. Isu berkaitan dengan gerai-gerai tepi jalan ini memang dibincangkan di bawah Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan iaitu di bawah Kementerian Pembangunan, yang mana iaitu kumpulan bertindak gerai-gerai dan bengkel. Jawatankuasa ini di anggotai oleh agensi-agensi berkepentingan termasuk Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan Bandaran, Jabatan Kerja Raya, ABCi, Jabatan Kemajuan Perumahan, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam menangani isu- isu yang dibangkitkan itu. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, Kumpulan Bertindak ini sudah mengenal pasti beberapa gerai-gerai yang telah dibangunkan di tepi-tepi jalan yang sudah usang untuk diroboh ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dari segi keselamatan.
Penyelarasan juga telah dibuat dengan ketua-ketua kampung dan Majlis-Majlis Perundingan Kampung terlebih dahulu sebelum gerai-gerai yang usang tersebut diroboh bagi memastikan ianya benar-benar tidak lagi digunakan.
Dalam masa yang sama kumpulan bertindak ini juga telah mengenal pasti 11 tapak tanah yang bersesuaian yang baharu untuk dibangunkan gerai-gerai bagi menempatkan peniaga-peniaga di tepi jalan ini secara berperingkat-peringkat. Yang mana dalam proses perwartaan, pengenal pastian tapak-tapak ini juga adalah melalui penyelerasan dan kerjasama Ketua-Ketua kampung dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang berkenaan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا dan salam sejahtera. ِ هلِل أَ ْلح ْم ُد, terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Berkenaan dengan Tajuk SE01A - Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kaola ada dua soalan Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memohon pencerahan berkenaan denan status jawatan perkhidmatan ketua-ketua rumah panjang di Daerah Belait yang mana bilangan ketua-ketua rumah panjang tidak disambung perkhidmatannya apabila mencapai 75 tahun. Soalan kedua berkenaan Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Memohon pencerahan mengenai masalah permohonan kerakyataan yang sudah lulus ujian bertulis dan ada yang masih menunggu lebih dari 10 tahun, belum diperkenankan. Sehubungan dengan itu, kaola memohon pencerahan daripada kedua-dua soalan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann berkenaan dengan soalanberkenaan dengan perkhidmatan ketua rumah panjang ini. Buat masa ini memang terdapat 3 orang dari kalangan ketua rumah panjang di Daerah Belait, pada mana perkhidmatan mereka diteruskan. Bagi tempoh perkhidmatan, boleh dilanjutkan tertakluk kepada keadaan kesihatannya yang disahkan oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Walau bagaimanapun, Kementerian ini terus memantau jika sama ada jawatan ketua rumah panjang ini dikekalkan. Ini adalah mengambil kira akan kedudukan lantikan ketua rumah panjang disyaratkan untuk mempunyai sekurang- kurangnya keramaian penduduk di rumah panjang tersebut 50 orang. Mengenai soalan kedua berkenaan dengan permohonan kerakyatan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat di atas keprihatinan berkenaan dengan permohonan-permohonan ini. أ ْلح ْم ُد ِ هلِل di peringkat kementerian, sebagai mana Yang Berhormat sedia maklum, ada dua sudah sesi penyampaian sijil kerakyatan iaitu permohonan kerakyatan yang sejak 5 tahun kebelakangan. ان شاء هللا, permohonan-permohonan yang sudah lulus ujian, ada 3 ujian bertulis yang sudah lulus dan pada masa ini pihak Kementerian dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui Bahagian Taraf Warganegara melaksanakan proses-proses mengikut garis panduan-garis panduannya. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup dahulu kita berunding pada pagi ini. Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Meysuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ّ ٰلِل ُأ َ ْل َح ْمد kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin sekarang mencadangkan persidangan kita ini ditangguhkan untuk membolehkan kita berehat pada tengahari dan kita akan bersidang semula pada petang nanti sebagaimana lazimnya mulai daripada pukul 2.30 petang.
Sekian.
ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية ُأ َ ْل َح ْمد
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.