HARI KE-13 PETANG
20HB MAC 2023M - PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
الرحْ يم السَّالُم علَيْكُم ورحْمةُ اللهِ وبركاتُهُ الرحْمَنِ الرحِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرحْمَنِ الرحِيْمِ الحَمْدُ لِلَّهِ
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang semula pada petang ini dan kita masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024.
Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللهِ الرحْمَنِ الرحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu.
Pada sebelah pagi tadi, Mesyuarat Jawatankuasa telah mula meneliti dan membahaskan Tajuk Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatannya. Sebelum kita menyambung semula meneliti dan membahaskan tajuk kementerian ini, saya difahamkan bahawa ada beberapa Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang ingin untuk mengemukakan kenyataan atau penerangan bagi soalan-soalan daripada Yang Berhormat yang dilantik yang belum sempat dijawab dan dalam menambah penjelasan yang belum lagi lengkap.
Saya persilakan untuk memulakannya dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ يم السَّالُم علَيْكُم ورحْمةُ اللهِ وبركاتُهُ dan salam sejahtera.
Terima kasih atas peluang yang diberikan bagi kaola untuk menambah penjelasan berikutan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan berhubung dengan beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi pagi.
Berhubung dengan aktiviti penanaman pokok di sekolah-sekolah sebagaimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Sukacita kaola mengongsikan bahawa Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) berperanan dalam melaksanakan strategi 10, Brunei Darussalam National Climate Change Policy (BNCCP) iaitu kesedaran dan pendidikan (awareness and education) menerusi kerjasama rapat dengan Brunei Darussalam National Climate Change Secretariat (BNCCS).
أَلْحَمْدُ ّ ٰلِل dalam tahun 2022, sebanyak 2,101 ataupun 105.05% melebihi sasaran 2,000 penanaman pokok telah dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi, jabatan-jabatan, bahagian-bahagian, pusat-pusat dan unit-unit di Kementerian Pendidikan secara keseluruhannya telah mencapai sasaran.
Untuk jelasnya, bagi penanaman pokok di bawah kategori institusi pendidikan, data menunjukkan sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah kawal selia Jabatan Sekolah-Sekolah mencatatkan 1,210 pokok. Manakala, di peringkat institusi pengajian tinggi masing-masing mencatatkan:
i. Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebanyak 370 pohon.;
ii. Universiti Teknologi Brunei (UTB) sebanyak 133 pohon.;
iii. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebanyak 100 pohon.;
iv. Politeknik Brunei sebanyak 40 pohon.; dan
v. Institute of Brunei Technical Education (IBTE) sebanyak 204 pohon.
Seterusnya, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penanaman bagi 2,000 pokok baharu sebagai sasaran pada tahun 2023.
Mengenai perkara berkaitan pihak Autoriti bagi Akreditasi Kerjaya Seni Bina (Architecture) sepertimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumi. Sukacita kaola mengongsikan bahawan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan khasnya, melalui jawatankuasa kecil bidang kejuruteraan dan seni bina berperanan dalam mengiktiraf program-program pengajian berkaitan seni bina yang ditawarkan oleh institusi pengajian dalam dan luar negara.
Seterusnya, Majlis Kebangsaan Pengitirafan Kelulusan (MKPK) bersama Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (BAPEQS) telah menghasilkan Architecture Accreditation Manual sebagai garis panduan untuk mengiktiraf kursus seni bina di Negara Brunei Darussalam yang sebanding dengan keperluan piawaian Royal Institute of British Architects (RIBA). Pada masa yang sama, Universiti Teknologi Brunei (UTB) menawarkan program BSc in Architecture Programme dan Master of Architecture dalam mana program-program ini adalah dalam proses bagi memenuhi keperluan piawaian Royal Institute of British Architects (RIBA).
Mengenai isu kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan sekolah seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Sukacita kaola mengongsikan bahawa pada kelazimannya bagi pembinaan kompleks sekolah baharu, ianya melalui proses penyelarasan di peringkat perancangan dengan penglibatan agensi kerajaan yang berkepentingan seperti Jabatan Kerja Raya termasuk Jabatan Jalan Raya, Jabatan Saliran dan Pembentungan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan lain-lain.
Pandangan dan nasihat teknikal tersebut seterusnya akan dijadikan panduan dalam proses reka bentuk oleh pihak arkitek. Di peringkat reka bentuk jua, ia perlu diselaraskan dengan internal traffic flow, kesejahteraan kawasan ataupun kawasan letak kereta, jalan akses kecemasan dan sebagainya. Pelan reka bentuk tersebut juga akan dihadapkan kepada Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya untuk nasihat dan seterusnya ABCi untuk kebenaran sebelum pembinaan.
Peruntukan bagi pelaksanaan projek juga antara penyumbang kepada pelaksanaan seperti yang direka bentuk jika tidak ada pengurangan skop kerja bagi kerja-kerja pembinaan jalan raya di kawasan sekolah. Bagi sekolah yang sedia ada, yang mana ia mengalami isu kesesakan jalan raya, pihak Kementerian Pendidikan akan membuat penelitian bersama pihak-pihak yang berkepentingan mengikut kesesuaian dan keutamaannya nanti.
Sekianlah, Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan sekarang saya persilakan pula Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
بسم للا الرحمن الرحيم Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan cuba menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan Kementerian Pembangunan.
Soalan pertama tadi yang dibangkitkan adalah dalam mengukuhkan zon dan pengasingan kediaman komersial, perindustrian, rekreasi, pendidikan dalam menempatkan, memastikan infrastruktur yang sesuai. Pada menjawab soalan ini, kaola ingin membangkitkan mengenai Perintah Perancangan Bandar dan Desa 2015 iaitu peraturan yang sedia ada yang mengawal selia perancangan bandar dan desa di Negara Brunei Darussalam di mana ia menyediakan kerangka undang-undang untuk mentadbir, mengawal serta menguatkuasakan perancangan-perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan dengan menggunakan sistem zoning perancangan guna tanah yang berhieraki (hierarchy).
Melalui pelan-pelan pembangunan di peringkat induk kebangsaan, daerah dan setempat kawasan-kawasan di negara ini dizonkan di bawah zon-zon perancangan guna tanah tertentu seperti zoning perancangan perumahan, perniagaan, perusahaan, government used community facility, rekreasi, pendidikan dan lain-lain. Ini termasuk zon-zon perancangan bagi memastikan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar (environmental sensitive) serta kawasan-kawasan pemuliharaan hutan terjaga.
Dalam mengawal kemajuan, beberapa garis panduan perancangan kemajuan telah disediakan sebagai rujukan dalam menetapkan piawaian perancangan serta keperluan penyediaan infrastruktur tertentu yang perlu dipatuhi. Seperti kandungan soalan yang dibangkitkan tadi, cabaran yang dihadapi, bila terdapat segelintir masyarakat yang membina struktur bangunan atau menjalankan kegiatan tanpa memohon kebenaran lebih dahulu. Ini kebanyakannya didapati di kawasan-kawasan perumahan seperti menjalankan perniagaan, restoran, bengkel, gerai dan lain-lain. Perkara ini adalah amat dikesali.
Sejak bulan Januari 2021 hingga Januari 2023, sejumlah 159 kes kesalahan telah dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Bab 23 Undang-Undang yang disebutkan tadi antara jenis-jenis kesalahan adalah kegiatan perusahaan seperti bengkel (workshop), kilang papan, storage yang dijalankan tanpa kebenaran dalam kawasan perumahan serta membuat tambahan tanpa kebenaran bagi menjalankan kegiatan perniagaan yang bertentangan dengan zon perancangan dan syarat khas tanah.
Dari jumlah tersebut, 16 kesalahan telah dapat diberhentikan dan selebihnya masih dalam proses rayuan atau pemantauan lanjut bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya. Di bawah kesalahan yang dikawal oleh Bab 58, sejumlah 73 surat amaran kompaun telah dikeluarkan dari bulan Januari 2021 hingga 2023 di mana antara jenis kesalahan adalah merangkumi kegiatan yang dijalankan di kawasan laluan kaki lima (driveway), tempat letak kereta, garis bangunan dan kawasan hijau.
Dari jumlah tersebut, 34 denda kompaun telah dikeluarkan di mana 27 kes kesalahan telah berjaya diselaraskan. Sementara selebihnya masih dalam pemantauan iaitu untuk dikeluarkan kompaun kali kedua.
Justeru, dalam usaha membantu perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta membuka peluang FDI (Foreign Direct Invesment) di negara ini serta dalam masa yang sama memastikan kegiatan berkenaan dijalankan di tempat yang telah dikhususkan selamat dan teratur selaras dengan zoning perancangan guna tanah yang telah disediakan. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, sejumlah 72 tapak berikut telah diluluskan di bawah kawalan agensi-agensi berkenaan di mana 53% iaitu 38 buah tapak berkeluasan 217 ekar adalah bagi tapak perniagaan.
Di samping itu juga, dari tahun 2021 hingga tahun ini sejumlah 148 kebenaran perancangan telah dikeluarkan bagi kemajuan untuk dijalankan di tempat yang bersesuaian selaras dengan zoning perancangan dan syarat khas tanah, yang mana 61% adalah bagi bangunan perniagaan dan 10% bagi bangunan industri, perusahaan masing-masing bertempat di Daerah Brunei dan Muara.
Di samping ini, usaha untuk memberigakan peraturan-peraturan serta kolaborasi dengan agensi-agensi berkepentingan adalah antara inisiatif berterusan Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab awam bersama dalam mewujudkan kemajuan yang teratur bagi menjana kualiti kehidupan.
Seterusnya bagi soalan kedua iaitu cadangan ABCi untuk mengaplikasikan risk base assessment dalam menetapkan kondisi yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan. Antara yang dibangkitkan dengan kos membuat pelan perumahan bagi tujuan pembangunan.
Mengenai soalan berkaitan kos untuk memenuhi keperluan ABCi, keperluan untuk mendapatkan khidmat arkitek dan jurutera dalam pembinaan bangunan dan rumah adalah berpandukan dasar dan undang-undang serta peraturan dalam membentuk dan mengawal industri pembinaan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.
Seseorang yang akan membina bangunan dan rumah akan menghadapi banyak risiko sebenarnya. Antaranya, untuk mendapatkan reka bentuk seni bina bangunan dan rumah yang ikut keperluan dan citarasa masing-masing, mendapatkan kualiti pembinaan yang baik dan tahan lama dan mencari serta memilih kontraktor yang kompeten, bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas pelanggan yang kurang berpengalaman dan supaya pembinaan bangunan ini nanti disiapkan mengikut jadual serta kos pembinaan yang berpatutan terutama sekali bangunan dan rumah yang selamat untuk didiami.
Membina rumah walaupun kecil, memakan perbelanjaan yang bukan sedikit. Oleh itu, setiap orang yang ingin membina rumah perlu mendapatkan bantuan dan khidmat dari pakar iaitu pakar yang berpengalaman dalam pembinaan yang dapat memberikan khidmat perancangan, reka bentuk, seni bina, struktur dan elektrik, pemilihan kontraktor melalui tawaran dan pengawasan di tapak bina. Pakar-pakar ini adalah arkitek, jurutera profesional, juruukur bahan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Lembaga Arkitek Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan yang dikenali sebagai BAPEQS. Lembaga BAPEQS ini dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia semua ahli profesional yang berdaftar dan semua ahli yang berdaftar ini adalah kompeten, bertanggungjawab dan mengikut code of ethics yang telah ditetapkan.
Kaola juga difahamkan bahawa yuran (fees) yang dicaj oleh arkitek dan jurutera bagi rumah-rumah adalah sangat kompetitif sebenarnya, yang mana pihak arkitek dan jurutera profesional telah menyokong perkara ini dalam menyahut dasar kerajaan untuk memastikan rakyat dan penduduk negara ini boleh dan mampu untuk mendapatkan rumah sendiri.
Perlu juga diingat bahawa yuran caj yang dikenakan adalah perlu sesuai dengan liability dan risiko yang ditanggung oleh arkitek, jurutera profesional dan tukang pelan yang berdaftar iaitu dalam mengekalkan perniagaan mereka yang mana juga hampir kesemuanya terdiri daripada warga tempatan.
Pemilik tanah atau rumah adalah bebas untuk memilih arkitek atau jurutera profesional yang berdaftar dengan BAPEQS dan mendapatkan beberapa harga lebih dahulu sebelum bersetuju melantik arkitek atau jurutera profesional yang akan bertanggungjawab bagi urusan pembinaan rumah atau bangunan dari peringkat awal penyediaan pelan-pelan lukisan hingga kesiapan rumah. Arkitek atau jurutera profesional yang dilantik adalah bertanggungjawab bagi memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan tanah, rumah atau bangunan, aliran longkang, elektrik dan air termasuk juga harga-harga tambahan yang akan ditanggung oleh tuan punya rumah.
Dalam hal merekabentuk kemajuan bangunan, aspek keselamatan tidak dapat diambil ringan. Arkitek atau jurutera profesional yang dilantik hendaklah memastikan pelan-pelan cadangan reka bentuk adalah mengikut kesesuaian dan keadaan tapak yang hendak dimajukan dan memerlukan kepakaran dalam aspek kejuruteraan dan juga mengikut undang-undang garispandu yang sedia ada terutamanya bila memajukan tanah di tempat yang berbukit, tempat yang berpaya dan tempat yang tidak rata sebagai misalanya. Jadi, itulah jawapan kaola untuk soalan yang kedua berkaitan dengan perkara yang disebutkan tadi.
Bagi soalan Yang Berhormat yang ketiga tadi iaitu mengenai projek-projek kerajaan dipantau dengan independent quality assurance dan quality control surveillance. Untuk terus menjawab soalan ini iaitu mengenai pengawasan bagi projek-projek kerajaan dan seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa pengawasan pembinaan dan untuk memastikan kualiti dan compliance to specification atau kepatuhan kepada spesifikasi kontrak adalah sangat penting supaya bangunan atau prasarana yang dibina adalah memenuhi keperluan pengguna, berkualiti dan tahan lama. Pengawasan bagi projek-projek kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan secara lazimnya adalah dilaksanakan melalui dua cara:
Melalui pengawas-pengawas teknikal dalaman atau in-house tending supervisors iaitu kakitangan jabatan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh jabatan sendiri.; dan
Melalui lantikan site staff bagi projek-projek yang dikendalikan oleh jabatan pengendali atau konsultan.
Dalam membantu pengawasan yang sistematik dan berkualiti, satu manual telahpun disediakan bagi pengawas-pengawas teknikal dalaman iaitu in-house tending supervisors’ yang dipanggil QSM (Quality Supervision Manual).
Lantikan site staff seperti lazimnya adalah jurutera atau pegawai teknikal yang berkelulusan dan berpengalaman dalam pengawasan pembinaan dilantik secara berkontrak khusus untuk pengawasan di tempat-tempat bina bagi sebuah kontrak pembinaan. Site Staff ini adalah bukan terdiri daripada pegawai kerajaan, lazimnya ditugaskan di bawah tanggungjawab jabatan pengendali atau konsultan. Keramaian site staff dalam sesebuah projek adalah tertakluk juga kepada nilai dan kerumitan sesuatu projek yang dikawal selia.
Kaedah yang dinyatakan sebenarnya tadi adalah yang biasa dilaksanakan bagi projek-projek kerajaan termasuk juga yang telah dilaksanakan dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang mana telah menunjukkan kejayaan dan kualiti yang memuaskan.
Mengenai cadangan untuk mengambil independent QC untuk memastikan pengawasan yang sempurna, pada masa ini Kementerian Pembangunan sedang meneliti kesesuaiannya bagi lantikan ini tertakluk juga kepada projek-projek yang akan dijalankan.
Untuk makluman bersama, bagi Projek Pembinaan Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2 yang sedang berjalan pada masa ini, Jabatan Kemajuan Perumahan telah menggunakan Building Quality Assessment System iaitu Build QAS yang melibatkan pihak ketiga dari segi penilaian ke atas kualiti pembinaan rumah khususnya bagi skop Architectural Works and Mechanical, Electrical and Plumbing (MEP).
Di samping itu, pihak konsultan daripada Build QAS juga telah mengadakan training kepada kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan untuk memberikan pengetahuan mengenai piawaian penilaian Build QAS ini dan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran praktikal untuk menjalankan penilaian secara dalaman dengan berkesan berdasarkan piawaian tersebut.
Kaedah penilaian kualiti daripada pihak ketiga ini diharap akan dapat meningkatkan lagi kualiti pembinaan rumah dan seterusnya mengelakkan aduan daripada pemilik rumah dan juga mengurangkan kos bagi membaik pulih.
Untuk seterusnya, kaola beralih ke soalan yang keempat daripada Yang Berhormat tadi iaitu mengenai dengan professionalism dalam industri pembinaan bagi kakitangan kontraktor.
Berkaitan dengan perkembangan teknikal dan professional, Kementerian Pembangunan sentiasa menekankan dan menggalakkan pegawai-pegawai teknikal untuk meningkatkan kemahiran dengan mendapatkan kelulusan professional dari institusi-institusi professional antarabangsa seperti Institution of Civil Engineers (ICE), Institution of Mechanical Engineers (IMEC), Royal Institute of British Architect (RIBA), Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), Chartered Institution of Water and Environmental Management (CIWEM), The Royal Town Planning Institute (RTPI) dan sebagainya.
Pada masa ini, seramai 64 orang pegawai yang masih berkhidmat di kementerian ini telah memperolehi kelulusan professional antarabangsa termasuk yang disebutkan tadi.
Pengawal seliaan arkitek, jurutera professional, juruukur bahan penilai dan agen harta tanah sedang berjalan dan akan terus berkembang sejajar dengan pelaksanaan Perintah Arkitek, Jurutera Professional dan Juruukur Bahan, 2011 dan Perintah Penilai dan Agen Harta Tanah, 2009.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل melalui pelaksanaan di bawah dua Lembaga berkenaan, pendaftaran professional dan orang yang berkemahiran pada masa ini adalah berjumlah 324, iaitu 59 orang Arkitek, 165 orang Jurutera Professional, 40 orang Juruukur Bahan, 21 orang Tukang Pelan Berdaftar, 13 orang Penilai dan 27 orang Agen Hartanah.
Berdasarkan kepada statistik pendaftaran yang disebutkan tadi, terdapat sebanyak 2.2% penurunan jumlah orang yang berdaftar. Penurunan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa perkara tertentu iaitu yang mana mereka telah keluar daripada senarai professional ini seperti pertukaran profesion, meninggal dunia, bersara dan sebagainya. Tetapi kadar pertumbuhan orang berdaftar profesion ini setiap tahun adalah dijangka dalam sekitar 5% setiap tahun.
Pihak kementerian menjalankan penilaian competency professional iaitu Assessment of Professional Competency untuk mengetahui pengalaman signifikan mengikut disiplin professional masing-masing ke arah pendaftaran yang teratur. As an option to mendapatkan kelayakan professional melalui chartered atau professional membership daripada institusi professional yang diiktiraf.
Kementerian ini berpandangan sama seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat tadi, dalam mempastikan adanya perkembangan warga professional di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta, kementerian sentiasa mendukung pelaksanaan perintah yang berkuatkuasa dan yang berjalan pada masa ini dan giat berkerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan terutama sekali institusi pendidikan tinggi di negara ini dalam usaha untuk melahirkan generasi pelapis yang terdiri daripada anak-anak tempatan bagi kelestarian sumber tenaga manusia dalam profesion-profesion yang disebutkan tadi.
Dalam usaha itu juga, kementerian telah banyak membuat beberapa kolaborasi dengan pihak ASEAN Business Services Sectoral Working Group, ASEAN Valuers Associations, UTB, IBTE, SHENA, BDNAC serta institusi professional tempatan seperti PUJA dan BIG.
Kolaborasi berterusan adalah bertujuan untuk menghasilkan hala tuju pelaksanaan undang-undang dan peraturan, menyediakan garispandu bagi graduan untuk memulakan professional development sebelum menjalani penilaian Professional Accreditation Framework di peringkat akademik dan kursus proficiency pendidikan professional berterusan dari institusi tempatan dan luar negara, penyeliaan projek dan pensijilan plan submission risk dengan pihak berkuasa yang memerlukan kelayakan professional.
Kementerian ini telah mencapai pengiktirafan di rantau ASEAN bagi tiga kerjaya professional iaitu arkitek, jurutera professional dan penilai harta tanah. Di dalamnya 40 orang professional tempatan telah berdaftar sebagai ASEAN Architect dan ASEAN Chartered Professional Engineers yang dibukakan jalan untuk berkolaborasi dirantau ini.
Seterusnya, pihak kementerian juga mengarahkan sasaran untuk mencapai pengiktirafan bidang arkitek di peringkat Asia-Pacific Economic Countries (APEC). ان شاء هللاmudah-mudahanya ia akan membuka jalan untuk dilaratkan kepada bidang-bidang lain untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa seterusnya.
Kementerian akan terus aktif berusaha dan bekerjasama dengan negara-negara agensi kerajaan yang berkepentingan dalam industri-industri relevan di sektor swasta bagi menjaga standard operation dan memantapkan professionalism para professional berdaftar di negara ini mengikut peruntukan perintah dan undang-undang yang berjalan pada masa ini.
Ini termasuklah membantu merealisasikan peluang-peluang pekerjaan kepada graduan tempatan yang diyakini mempunyai pendidikan akademik relevan dan berminat untuk berkecimpung dalam industri berkenaan bagi menuju ke arah pencapaian local employment di kalangan anak tempatan dan pertumbuhan profesional berdaftar mengikut kriteria kelayakan yang dikawalselia bagi mencapai warga negara yang profesional dan berkemahiran tinggi.
Mengenai dengan persoalan professionalism dalam industri pembinaan bagi kakitangan dan kontraktor iaitu soalan yang khusus mereviu kembali kalau ganjaran kewangan yang dulunya diberikan sebagai peransang kepada kakitangan yang mencapai tahap profesional dikembalikan supaya lebih banyak graduan mahu menaiktarafkan kelulusan mereka. Ini adalah satu saranan yang baik, diambil cadangan ini untuk dihadapkan sokongan kepada pihak-pihak yang berkenaan.;
Iaitu satu kriteria memberi kontrak juga iaitu proposal performance strict record contractor dalam menggunakan medium size enterprises sebagai sub-contractor dan inisiatif track record contractor yang membantu anak tempatan dalam companynya mencapai taraf profesional. Perkara ini juga akan diambil baik untuk diteliti dan untuk dilanjutkan oleh untuk dinilai lagi.;
Begitu juga dengan cadangan untuk mereviu keperluan kontraktor dalam Kelas 5 & 6, untuk mempunyai sekurang-kurangnya Pengarah Executive Management yang bertaraf profesional diantara mereka. Perkara ini juga akan diambil untuk difikirkan dan juga dinilai kesesuaiannya nanti, bila dan dimana kitani akan melaksanakannya.
Penggunaan engineering project management consultant services dalam title business. BAPEX ialah mengawalselia mulai nama business names bagi profesion arkitek, jurutera profesional dan juru kurbahan sejak 2018 BAPEX telah berkolaborasi dengan ROCBN untuk mesyuaratkan pemilik adalah Jurutera Profesional berdaftar apabila memohon untuk berkategori perkhidmatan consultancy di ROCBN.
Dengan pendaftaran perniagaan syarikat itu nanti, Jurutera Profesional berkenaan adalah berkelayakan untuk memohon diberikan kebenaran untuk menjadi qualified person. Dalam perkara ini kementerian akan menduduki untuk melaratkan kewajipan untuk mendaftar sebagai jurutera profesional bagi kontraktor dan pembekal.
Skim Perumahan Negara. Beberapa cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, mengenai dengan pembinaan masjid, surau di dalam pelan Skim Perumahan Negara dan juga menyemak kadar traffic di kawasan-kawasan sekolah dan juga promosi teknologi hijau dan tenaga alternative dalam rumah-rumah model peserta yang ikut dalam Skim Perumahan Negara.
Pada menjawabnya, projek pembinaan perumahan di kawasan Skim Perumahan Negara adalah merangkumi penyediaan Pelan Induk Masterplan bagi kawasan perumahan tersebut. Pelan Induk adalah perancangan bagi penyediaan tapak-tapak perumahan dan juga termasuk penyediaan tapak-tapak kemudahan awam seperti Balai Polis, Balai Bomba, Pusat Kesihatan, Masjid, Sekolah dan sebagainya.
Mengikut keperluan iaitu selaras dengan pertambahan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut. Dalam hal ini, pelaksanaan projek bagi penyediaan kemudahan awam tersebut adalah dibawah tanggungjawab ajensi-ajensi yang berkenaan. Sebagai contoh projek pembinaan masjid adalah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama seperti yang telah dijelaskan jua semasa membincangkan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama.;
Skot infrastruktur bagi projek perumahan juga adalah terkandung penyediaan rangkaian jalan raya yang mana adalah termasuk penyediaan laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal untuk menekankan sustainable and energy efficient design concept, keperluan traffic study bagi menunjukkan traffic yang dijana oleh pembangunan di kawasan perumahan tersebut juga adalah diambil kira di dalam merekabentuk rangkaian jalan raya. Pihak kementerian ini mengambil baik akan cadangan bagi model perumahan yang mengintegrasikan re-initiative sebagai sokongan mengenai dengan kepada dasar perubahan iklim Negara Brunei Darussalam.;
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل sejak beberapa tahun yang lalu, Jabatan Kemajuan Perumahan telah menyerapkan Green Building Initiative dalam pembinaan perumahan awam. Dua projek perumahan telah berjaya memperolehi Green Mark Certification iaitu Projek Perumahan Negara Kampung Lugu (1,000 unit), rumah jenis kluster dan juga Projek Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan (300-unit apartment) berdasarkan kepada kriteria energy efficiency, water efficiency, environmental protection, indoor environmental quality dan sebagainya.
Sementara itu, 2 projek perumahan yang sedang berjalan pada masa ini iaitu projek-projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2 (1000-unit rumah yang jenis teres) dan Projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7 (950-unit rumah jenis teres) juga dijangka akan memperolehi Green Mark Certification dengan gold rating iaitu selaras dengan keperluan dan kehendak projek. ان شاء هللا keperluan Green Mark Certification dan initiative lain akan diteruskan bagi projek-projek Jabatan Kemajuan Perumahan pada masa akan datang.; dan
Mengenai dengan profesional ethics dan whistle blower protection yang dibangkitkan pagi tadi. Pada menjawabnya profesional yang berdaftar dengan lembaga BAPEX adalah terikat kepada profesional conduct dan ethic regulation 2018. Mana-mana orang yang berdaftar berkewajipan bertindak in prime regard of public enforce dan mematuhi semua undang-undang secara amnya. Jadi maksudnya, profesional berdaftar secara umumnya juga dikehendaki beretika apabila mendedahkan sebarang kelakuan profesional lain, seperti memberikan teguran dengan beretika, tidak menguar-uarkan keburukan dan menghormati reka bentuk pendapat yang dibuat sesama profesional yang tidak bercanggah dengan undang-undang, peraturan, piawaian dan garispanduan.
Adakah terdapat whistle blower protection seperti yang dibangkitkan soalan Yang Berhormat tadi. Kalau melihat daripada segi undang-undang dan peraturan yang ada di dalam industri pembinaan ini, perkara ini diakui belum lagi ada. Tapi sebagai satu langkah dasar yang dibuat di beberapa negara lain untuk memastikan wujudnya integrity di dalam industri pembinaan. Selalunya company-company besar yang terlibat dalam pembinaan ini akan dikehendaki untuk mengwujudkan satu sistem internal organizational integrity system iaitu satu langkah pencegahan daripada salah laku daripada pegawai-pegawai yang di dalam syarikat-syarikat berkenaan supaya dapat mematuhi etika-etika integrity di dalam berhubung dengan majikan atau pun client-client mereka mengikut kontrak masing-masing.
Jadi ini adalah diantara good practices yang diamalkan di negara-negara lain dimana industri-industri pembinaan, mereka telah mendapat mencapai tahap integrity yang lebih tinggi dalam transparency international anti-corruption, perception index. Inilah jua perkara yang akan diambil sebagai satu langkah kehadapan.
Jadi untuk membina dan mengangkat industri pembinaan terutama sekali di sebelah swasta supaya integrity ini dapat dipastikan sebagai satu usaha collective di antara bukan sahaja dari segi pihak kerajaan dan tapi juga komitmen yang sama di sebelah swasta supaya komitmen ada barutah kitani dapat sama-sama mengangkat integrity ini.
Di dalam salah satu tadi, bercakap mengenai isu whistle blower protection ini. Di dalam requirementsnya atau pun kehendak-kehendak untuk mengangkat integrity ini akan ada satu channel dimana whistle blower sesiapa sahaja di dalam kakitangan sebuah organisasi itu kalau mendapati ada salah laku perlakuan yang menyalahi peraturan-peraturan yang ada itu, jadi orang ini bertanggungjawab sebagai satu keperluan etikanya untuk melaporkan perkara ini.
Jadi di dalam organisasi-organisasi yang lain ada Chief Integrity Officer yang dikehendaki untuk menerima laporan-laporan daripada whistle blower dan whistle blower akan diberi perlindungan supaya tidak akan diambil apa-apa tindakan ataupun namanya akan dirahsiakan supaya menggalakkan orang lebih ramai untuk datang untuk membuat laporan jika berlaku salahguna kuasa, penipuan ataupun rasuah ataupun sebagainya yang boleh dikira sebagai satu risiko untuk mengkompromi standard dan kualiti dari segi pengawalseliaan dalam industri pembinaan ini.
Itulah serba ringkas yang dapat kaola sampaikan mengenai dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pagi tadi.
Sekian, kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dengan kesempatan untuk menjawap soalan-soalan ini tadi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa masih lagi membincangkan dan membahaskan Tajuk Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Saya masih terdapat dalam senarai saya, ada 2 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk turut serta dalam membahaskan tajuk Kementerian Pembangunan ini.
Maka, saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل terlebih dahulu kaola sukacita mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkenaan dengan mukadimah yang penuh berinfomasi berkenaan dengan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada Sabtu yang lepas.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل melalui mukadimah itu juga, telah dapat memberi jawapan-jawapan yang ingin kaola persoalkan sebahagiannya. Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Pengerusi. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat baginda. Mudah-mudahan dengan Bajet Kewangan 2023/2024 yang telah pun diperuntukkan bagi Kementerian Pembangunan akan dapat menambah lagi keselesaan kehidupan masyarakat di negara ini, khususnya melalui pembangunan infrastruktur-infrastruktur kemudahan awam seperti projek pembinaan perumahan, pemeliharaan jalan raya, bekalan air dan sebagainya.
Berkaitan dengan projek pembinaan perumahan. Kaola menjunjung kasih atas usaha pihak Kerajaan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang membangunkan sebanyak 476 buah rumah di bawah Projek Perumahan Bolkiah A dan Bolkiah B, dengan tujuan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat.
Ini menunjukkan sikap pemedulian baginda akan keperluan asasi iaitu tempat tinggal yang sempurna. Projek ini termasuklah pembinaan sebuah masjid dan juga kawasan letak kereta. Apa yang ingin kaola suarakan di sini ialah berkenaan dengan kemudahan letak kereta di Kawasan Kampong Bolkiah, Kampong Tarap Bau dan Kampung Setia.
Akhir-akhir ini, terutama setelah selesainya Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Sungai Kebun, bilangan kereta yang diletakkan di kawasan perumahan tersebut semakin bertambah berbanding sebelumnya. Keadaan ini juga menyebabkan penduduk yang tinggal di sana meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bahkan di jalan raya iaitu Jalan Kasat, Kampung Tarap Bau dan Kampung Setia yang menyebabkan sebahagian tempat berlaku kesesakan dan kesukaran bagi pengguna jalan berkenaan, khususnya waktu pergi bekerja dan pulang bekerja.
Keadaan ini juga menyukarkan laluan kenderaan-kenderaan berat dan panjang seperti trailer, lori dan seumpamanya. Bahkan, ianya sangat mengganggu kelancaran laluan seperti Ambulan dan Bomba apabila berlaku kecemasan.
Perkara ini semakin berlarutan dan sekarang sudah pun menjadi keriuhan dan kegelisahan pengguna jalan berkenaan sebagaimana yang banyak disuarakan oleh netizen di media sosial.
Maka, kaola mencadangkan supaya pihak berkenaan khususnya Kementerian Pembangunan mengatasi perkara ini dengan seberapa segera sama ada dengan menambah kawasan letak kereta yang sedia ada atau lain-lain yang difikirkan munasabah mengenainya kerana ia sangat mengganggu bagi pengguna-pengguna jalan dan demi keselamatan pengguna jalan juga.
Selain itu, pihak penguatkuasa lalulintas juga perlu membuat pemantauan secara kerap terhadap perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini.
Selain daripada itu juga, kaola juga ingin mencadangkan supaya dipasang lampu isyarat di simpang 4, Jalan Lumapas, Kasat, Lupak Luas kerana Jalan Lumapas ini sejak terbinanya jambatan, ia sudah merupakan satu jalan yang boleh dikatakan sibuk banyak kereta-kereta yang lalu. Demi untuk keselamatan, dipohonkan untuk dibuat lampu isyarat kerana kebetulan di simpang 4 ini juga, jalan keluar daripada Kampung Kasat, Putat dan Lupak Luas itu berbukit jadi sukar untuk mereka yang keluar dari sana. Sebab itulah sudah beberapa kali berlaku kemalangan.
Jadi, itulah saja barangkali Yang Berhormat Pengerusi yang ingin saya suarakan.
Sekian, وباهللا توفيق ولهدايه السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat di atas soalan atau cadangan yang dibangkitkan itu tadi. Perkara ini telah dihadapkan dan dibincangkan dalam sesi muzakarah.
Kementerian adalah maklum dengan perkara-perkara yang dibangkitkan ini terutama sekali mengenai dengan Projek Perumahan Bolkiah A dan Bolkiah B dan juga masalah yang dibangkitkan tadi mengenai dengan kesesakan lalulintas di sana dan kurangnya space untuk parking di kawasan tersebut.
Cadangan untuk membuat traffic light bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang terdapat di kawasan tersebut. Perkara ini telah diduduki beberapa kali dalam beberapa perbincangan di Kementerian Pembangunan dan sebelum ini ada juga engagement dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang termasuk dalam bidang kuasa Pejabat Daerah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan ini.
Insha Allah mudah-mudahan perkara ini tidak akan memakan banyak masa untuk mencari penyelesaiannya nanti untuk membuat tindakan-tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk kaola menjawab satu soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada pagi tadi mengenai dengan Projek RPN Panchor Mengkubau yang mana Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei adalah agensi pelaksana sekitar tahun 2010-2015.
Kaola ingin menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsikan mengenai Singapore Arbitration adalah kurang tepat oleh Yang Berhormat tadi.
Jadi, memandangkan jua perkara ini masih dalam proses perundangan, maka kaola mencadangkan supaya perkara ini tidak dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan kerana dengan perancangan Kementerian Pembangunan di dalam mengurus Rang Undang-Undang, Perbekalan 2023/2024 dan semoga ianya mencapai kesempurnaan yang diharapkan insha Allah.
Kaola di sini ingin mengemukakan di bawah Tajuk SK03A iaitu mengenai dengan syarat-syarat permohonan pembinaan jalan berasfalt di kawasan perumahan. Apa yang kaola difahamkan bahawa syarat pembinaan mestilah sekurang-kurangnya 30 buah rumah. Abis kaola ingin memohon syarat ini dapat diteliti lagi kesesuaiannya kerana kalau di kampung cuma ada 4 atau 6 buah rumah di dalam satu simpang sahaja.
Kedua, kaola ingin memohon pencerahan mengenai dengan Jalan Selangan, Batang Duri, Mukim Amo dan Jalan Temada, Mukim Bokok. Apakah ada perancangan untuk dinaik taraf jalan-jalan berkenaan?
Seterusnya kaola juga mencadangkan untuk menaik taraf papan-papan tanda (signboard). Ini adalah perlu sebagai panduan kepada orang awam dan para pelancong untuk access ke destinasi yang dituju. Kerana tidak semua kawasan di Daerah Temburong yang menerima GPS Coverage. Memohon pencerahan Yang Berhormat Pengerusi.
Ketiga iaitu mengenai dengan perkara di bawah Tajuk SK04A dan Tajuk SK06A. Ketika ini ada dua syarikat kuari batu yang beroperasi secara sah di Temburong. Namun pada itu syarikat-syarikat ini telah mengalami masalah bagi menghasilkan isi padu batu yang diharapkan bagi memenuhi kehendak pasaran. Ini disebabkan kawasan-kawasan yang ada sekarang telah mengalami kekurangan sumber batu.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan untuk membuka lagi kawasan-kawasan baharu yang lebih strategik bagi mendapatkan hasil pengeluaran isi padu batu yang lebih banyak dan berkualiti bagi memastikan bekalan batu dapat disediakan secara konsisten bagi memenuhi pasaran.
Seterusnya, kaola ingin menyentuh berkenaan dengan perkara di bawah Tajuk SK08A Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE). Taman Rekreasi Batang Duri telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak JASTRE pada tahun 2002.
Yang mana pada awalnya ianya di bawah kawalan Jabatan Daerah Temburong. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang ada kemudahan riadah seperti pondok-pondok rehat, taman permainan kanak-kanak, tandas awam dan sebagainya.
Selain daripada itu, taman ini juga terdapat mini zoo yang menempatkan beberapa spesis haiwan luar. Namun pada itu terdapat beberapa kemudahan yang telah usang serta keadaan kandang dan sangkar haiwan yang sudah tidak sesuai dan perlu dinaik taraf dan pembaikan.
Usaha ke arah mentransformasikan Taman Rekreasi Batang Duri adalah amat penting agar sentiasa releven dan menjadi tarikan utama para pengunjung dan pelancong ke Daerah Temburong. Apakah ada perancangan ke arah membisaikan lagi Taman Rekreasi Batang Duri ini?
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan-soalan tadi. Pada menjawabnya soalan pertama tadi mengenai dengan beberapa cadangan berkaitan dengan Tajuk di bawah SK03A permohonan menaik taraf jalan-jalan.
Melalui Jabatan Kerja Raya, kementerian ada mempunyai perancangan program bagi menaik taraf jalan-jalan simpang daripada batu ke asphalt di bawah rancangan Kemajuan Negara. Perkara ini memang sejak awal lagi daripada Rancangan Kemajuan Negara Ke-lima.
Adalah menjadi sasaran untuk memperbaiki jalan-jalan bukan sahaja di Daerah Temburong dan juga di daerah-daerah yang lain. Iaitu berpandukan kepada syarat-syarat yang telah dibenarkan iaitu jumlah rumah bagi setiap simpang sekurang-kurangnya 5 buah kepadatan (density) rumah, sekurang-kurang 30 buah rumah per satu kilometer panjang jalan prorata. Dan ketiga, jalan-jalan simpang harus dibina ke taraf batu.
Jadi untuk penjelasan ini jumlah minima rumah ialah 5 buah sahaja dan bukan 30 buah seperti mana yang banyak disalah ertikan oleh mereka yang memohon sebelum ini. Yang 30 buah sekilometer adalah kepadatan (density).
Jadi permohonan di mana jalan ada terdapat 5 buah rumah boleh sudah memohon, tetapi permohonan tertakluk kepada nilai-nilai berpandukan syarat-syarat yang ada pada masa ini bagi melaksanakan mengikut senarai menunggu (waiting list) dan kebenaran had-had peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
Yang Berhormat Pengerusi
Ertinya terpaksa menunggu 25 buah rumah lagi Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Untuk makluman juga, pada masa ini ada dalam 200 lebih dalam waiting list mengikut queue, Yang Berhormat Pengerusi.
Untuk menjawab soalan yang seterusnya iaitu jalan-jalan utama di sepanjang Jalan Selangan, Batang Duri, Mukim Amo dan Jalan Temada, Mukim Bokok.
Jabatan Kerja Raya memang sudah membuat pelan dan program untuk menaik taraf jalan-jalan utama dan jalan-jalan kecil yang berasfalt dengan melebarkannya dengan membina bahu jalan berasfalt bagi meningkatkan kualiti infra yang lebih efisien dan selamat. Program ini termasuklah jalan-jalan di Batang Duri, Jalan Temada, Jalan Selangan, Bokok dan sebagainya.
Program ini dicadangkan melalui Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang, dilaksanakan dan berpandukan kebenarannya nanti. Jabatan Kerja Raya juga mempunyai pelan dan program bagi memasang papan-papan tanda jalan raya berpandukan keperluan dari masa ke semasa.
Mengenai dengan dua syarikat kuari batu yang beroperasi. Dalam perkara ini, disampaikan bahawa terdapat 6 tapak sebagai kawasan baharu dengan jumlah keluasan 1,964 ekar di Daerah Temburong yang telah dibuat kajian geological pada tahun 2014 dan dikenal pasti mempunyai potensi sumber batu kelikir yang berkualiti dengan isi padu 46.9 juta.
Dalam hubungan ini, antara keperluan nanti termasuk juga memastikan pengusaha-pengusaha dapat mematuhi garispanduan, syarat-syarat dan peraturan bagi pengambilan batu serta mengikut Akta Perlombongan Penggal 42.
Dan mekanisme tatacara baharu ini akan dapat memastikan peraturan dan dasar untuk dipatuhi yang tidak pernah dibuat atau dipatuhi sebelum ini. Dan apabila nanti kawasan ini dibuka untuk dibuat tempat melombong batu, maka ada beberapa syarat-syarat yang baharu mengikut undang-undang yang telah dikemaskini.
Termasuk juga beberapa pembayaran yang perlu dipatuhi. Mekanisme dan tatacara baharu ini memastikan peraturan dan dasar yang untuk dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha pengambilan batu supaya tidak berlaku pencemaran kepada alam sekitar, flora dan fauna di kawasan-kawasan terbabit.
ان شاء الله apabila sudah ‘payu’ kajian dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, perkara ini الله ان شاء akan dapat direalisasikan. Mungkin itu sahaja daripada soalan-soalan tadi yang dapat kaola berikan jawapannya. Kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memberikan keterangan sebagaimana yang diperlukan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola sukacita ingin menambah berkenaan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada 18hb. Mac 2023M yang lalu iaitu berhubung dengan penubuhan satu jawatankuasa bagi menangani isu rumah-rumah roboh terutama di kawasan Kampong Air. Kaola ingin menambah keterangan daripada rakan sejawat kaola Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Sepertimana yang telah disampaikan bahawa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan telahpun mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya mengenai dengan structural report rumah-rumah di Kampong Air iaitu untuk mengenal pasti keadaan rumah-rumah yang sudah tidak selamat untuk didiami. Dan الله ان شاء dijangka siap dan tertakluk kepada progress penilaian pada penghujung bulan Mei 2023 ini.
Laporan ini akan digunakan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara untuk mengadakan perbincangan bersama penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan untuk memaklumkan ataupun memberikan notis makluman kepada pemilik-pemilik rumah tentang keadaan rumah-rumah mereka yang telah dikenal pasti tidak selamat untuk didiami.
Setakat April 2021 hingga 20hb. Mac 2023M, Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mengeluarkan 4 surat kepada pemilik-pemilik rumah untuk mengosongkan rumah masing-masing disebabkan tidak selamat untuk didiami.
Jabatan Daerah Brunei dan Muara juga dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri dan ketua-ketua kampong yang berkenaan iaitu dengan persetujuan pemilik-pemilik rumah melaksanakan pemutusan bekalan elektrik kepada 20 buah rumah sama ada rumah berkenaan kosong atau tidak lagi selamat untuk didiami.
Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan sebagaimana soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas keterangan tambahan yang dikemukakan.
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan untuk kaola menyuarakan isu yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan.
Ianya melibatkan ABCi dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, masing-masing di bawah Kementerian Pembangunan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, juga melibatkan Jabatan Perkhidmatan Air dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri.
Ini hanyalah usulan. Kaola hanya memfokuskan keterlibatan ABCi dengan industri pertanian yang memfokuskan pertanian sama ada kebun-kebun sayur ataupun ternakan. Kaola rasa terpanggil mengenai dengan masalah-masalah yang timbul kepada pekebun-pekebun, pengusaha peladang, petani tempatan yang belum menerima penyambungan elektrik dan air semenjak tiga tahun yang lalu.
Untuk maklumat Yang Berhormat Pengerusi. Bagi mengusahakan sesuatu kawasan lot ataupun plot tanah bagi industri aktiviti pertanian, ianya dikerjakan melalui sama ada Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, ataupun Tanah Lesen Tumpang Sementara (LTS), Pejabat Tanah Kementerian Pembangunan.
Bagi penananam sayur-sayuran sama ada dari segi sistem konvensional ataupun yang berteknologi moden seperti hydrophonic, sistem fertigasi atau aquophonic. Sistem-sistem ini memerlukan pam air untuk mengalirkan air yang bergantung kepada kuasa elektrik.
Untuk mendapatkan penyambungan kuasa elektrik ke ladang kebun tersebut terutama ianya melibatkan tempat tinggal pekerja ataupun rumah kebun adalah diperlukan bagi pekebun tersebut melantik qualified person (QP) bagi penyediaan pelan tempat tinggal pekerja, letak kereta, sempadan mesti diukur, dan bermacam-macam lagi. QP ini ialah arkitek, juruukur, jurutera dan sebagainya. Tanpa QP, elektrik tidak akan disambung.
Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola memberikan case study beberapa pekebun tempatan kita yang menjalankan fertigasi, aquaphonic dan hydrophonic ini dan juga pekebun persendirian secara konvensional.
Mereka menyuarakan persyaratan dan prosedur ABCi mengenai dengan rumah kebun tempat tinggal. Pekebun-pekebun ini sedaya upaya membantu bertanam sayur untuk keperluan negara. Pekebun-pekebun ini berhasrat untuk meletakkan staff cabin dan bilik air siap pasang di ladang untuk diletakkan di ladang bagi kegunaan pekerja-pekerja tinggal.
Kos membuat staff cabin ini hanya berharga $2,800.00 dan kabin tandas ini $1,500.00. Walau bagaimanapun, ABCi mensyaratkan mesti membina platform concrete yang mempunyai beam dan footing mengikut saiz dan standard yang ditetapkan oleh structural engineering.
Untuk makluman, keperluan ini sama dikenakan dengan membina rumah dua tingkat atau banglo bagi residental area yang sama juga syaratnya dengan rumah kebun di ladang-ladang.
Ini dapat dilihat di bawah Perintah Kawalan Bangunan, 2014 yang mensyaratkan atas kemaslahatan disebabkan piawaian keselamatan sepertimana Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah sampaikan semasa mukadimah.
Dari kos pula, harga perbelanjaan membina rumah kebun tersebut jika menggunakan QP dan menggunakan contractor adalah sehingga $32,000.00. Mengapa wajib kontraktor yang bedaftar membinanya? Kerana itu adalah syarat.
Kaola tidak menyangkal peranan utama ABCi ialah piawaian keselamatan. Keselamatan bermakna nyawa. Sangat dihargai dengan keprihatinan ABCi untuk keselamatan penghuni rumah kebun, tetapi pada masa yang sama juga, pekebun-pekebun berteknologi moden ini telah membelanjakan kewangan yang agak besar dengan membina greenhouse dan sebagainya. Mengikut temuduga yang telah kaola buat, ada orang yang telah membuat 5 buah greenhouse dan sekarang ini, 3 buah daripadanya rosak disebabkan ianya belum beroperasi dengan ketiadaan elektrik. Bukan satu kes ini sahaja, tetapi banyak. Persoalannya ialah bagaimanakah kita mengimbangi antara satu persyaratan yang berat bagi pekebun yang dikenakan oleh ABCi atas piawaian keselamatan nyawa.
Sepertimana mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan, kata Yang Berhormat untuk mengurangkan risiko yang menjejaskan orang awam, ini penting.
Pada masa yang sama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui pekebun-pekebun ini, hasratnya adalah untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara sekaligus meningkatkan GDP.
Perbahasan yang lain pula ialah QP (Arkitek, Jurutera, Jurukur) yang terdiri daripada orang tempatan juga yang mana mereka ini di bawah PMKS kalau tidak ada bisnes sepertimana Yang Berhormat Pengerusi katakan tadi pagi boleh lingkup. PMKS lain dari sudut industri pertanian juga tidak berjalan kerana kosnya tinggi untuk mendapatkan elektrik, yang memberi takut lagi kesannya belia-belia dan pengusaha-pengusaha yang mula menjinakkan diri mereka dalam industri pertanian akan ada rasa takut, ‘ketungkalan’ untuk menceburkan diri.
Atas pertembungan golakkan jurisdiksi antara ABCi dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mangsanya ialah pekebun-pekebun. Di sinilah peranan koordinasi antara jabatan-jabatan. Saranan kaola Yang Berhormat Pengerusi supaya akan dapat dilonggarkan syarat-syarat dengan cara memberi masa grace period ataupun probation dan ‘buat-buat’ itu memohon QP dan pada masa yang sama pekebun juga dapat menghasilkan produk mereka. Jadi tiada kerugian buat semua pihak.
Sekian ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية ُهللاّ َو َب َركَاتُه terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah mendengar satu masalah yang dihadapi dan dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Saya kira isu ini adalah satu isu yang cross-cutting antara beberapa kementerian, ada baiknya kalau kementerian-kementerian yang berkenaan itu berunding dahulu dan mereka akan memberikan jawapan yang sesuai dalam sedikit masa lagi dan ‘tidaklah payah’ pada ketika ini.
Jadi saya berikan kesempatan itu bagi mereka untuk berunding dan besar kemungkinan akan dapat memberikan jawapan yang sesuai pada satu ketika sebelum mesyuarat ini tamat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ada antara Yang Berhormat Menteri akan memberi reaction?
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
‘Barangkali’ Yang Berhormat Pengerusi, I think we will ikut seperti saranan Yang Berhormat Pengerusi, we will discuss kemudian.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang hampir selesai membincangkan Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan.
Saya kira cukup sekian kita berbincang bagi kementerian ini dan saya juga ingin memberi kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan kerana menjawab soalan-soalan dengan tenang dan tabah.
Tibalah masanya saya kira bagi Tajuk ini kita undi. Saya sekarang ingin bertanya kepada Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk ini kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Tajuk Kementerian Pembangunan diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat. Nampaknya kita membuat progress. Kita sekarang mula membincangkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta jabatan-jabatan di bawahnya.
Seperti lazimnya, saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menyampaikan mukadimahnya khususnya mengenai hala tuju dalam penyediaan belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسم هللا الرحمن الرحيم dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau dikenali juga dengan KKBS.
Kita amat bersyukur Tema Tahun Kewangan 2023/2024 “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’ amat bertepatan dengan usaha berterusan KKBS dengan kerjsama pendekatan senegara dalam mencapai matlamat Bangsa Brunei Cemerlang ke arah Wawasan Brunei 2035. Apa yang penting ialah usaha ke arah memperkasa, ‘mengelinga’ dan memeduli kesejahteraan rakyat memerlukan kerjasama sepadu semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi penyediaan anggaran perbelanjaan Tahun Kewangan 2023/2024 berjumlah $83,813,020.00 juta.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara, iaitu menggunakan persidangan dengan sebaiknya untuk membentangkan isu-isu utama yang strategik dan penting bagi
sama-sama memberikan buah fikiran dan mencari jalan penyelesaian yang berpatutan, maka berlandaskan hala tuju ini, izinkan kaola menghuraikan 4 fokus strategi sebagai pelengkap kepada usaha meneruskan pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 dan usaha Pengupayaan, Pemerkasaan dan Penglibatan (3P).
Melalui strategi pertama, iaitu dalam bidang kemasyarakatan, kita terus mengembang maju masyarakat progresif ke arah masyarakat cemerlang, bersatu padu, resilien dan pemedulian.
Sejumlah $23.75 juta telah diperuntukkan bagi program mengembang majukan Masyarakat Progresif termasuk penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $15.8 juta bagi Perkhidmatan Bantuan Am dan Memperkasa Penerima Bantuan Kebajikan $1.5 juta bagi Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya dan $3.4 juta bagi Pengukuhan Institusi Keluarga. Antara usaha-usaha di bawah strategi ini ialah:-
Setelah hampir 3 tahun pelaksanaan sejak ianya mula dilancarkan pada 15 Julai 2020, ََ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلSistem Kebajikan Negara (SKN) kini telah menerapkan bantuan-bantuan daripada pihak Majlis Ugama Islam (MUIB), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan yang terkini adalah Bantuan Keperluan Persekolahan Tahunan (BKPT); Percantuman atau pengintegrasian pemberian bantuan-bantuan ke dalam sistem ini telah menjana sebuah pangkalan data yang digandingkan dengan penganalisisan Artificial Intelligence dengan pengunaan sebuah program Power Business Intelligence (Power BI) sebagai nilai tambah kepada penubuhan sistem ini. Ciri AI yang dibina ke dalam sistem ini setetentunya akan mengoptimumkan penggunaan sistem dan juga meluaskan skop penganalisaan dari segi geolokasi dan hubungannya dengan sosioekonomi para pemohon dan penerima bantuan SKN.;
Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan yang menggariskan strategi dan inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kadayatahanan dan ekonomi golongan sasaran yang mandiri untuk keluar daripada kitaran kemiskinan dan mengurangkan ketergantungan kepada kerajaan dan juga pengemaskinian Garis Panduan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) untuk memastikan program intervensi yang lebih berkesan, pemedulian dan memenuhi keperluan.;
Pelan Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah dikaji semula pada tahun 2021 telah menggariskan pembangunan ekosistem OKU yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan OKU memberikan kesaksamaan Hak Orang Kelainan Upaya dan memperkuasa Orang Kelainan Upaya dan ahli keluarga mereka secara inklusif. Pelan tindakan ini dirancang akan dibukukan pada tahun ini bagi rujukan pihak yang berkepentingan.
Pelan Tindakan Warga Emas juga akan dibukukan pada tahun ini secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam memberi keutamaan kepada tadbir urus, pembangunan, pemarkasaan, kesihatan, kesejahteraan dan sistem sokongan mesra warga emas ke arah Warga Emas Yang Berjaya (Towards Successful Ageing).
Salah satu inisiatif dalam memeduli dan memberikan sokongan kepada warga emas, kita terus melaksanakan Program Memeduli Warga Emas secara senegara dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan para sukarelawan demi menitikberatkan jaminan kebajikan dan kesejahteraan, di samping meningkatkan kesedaran terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan warga emas.
Di bawah Pelan Tindakan Kesejahteraan Kanak-Kanak, Sistem Perlindungan Kanak-Kanak sentiasa dimantapkan demi memenuhi cabaran semasa sejak pelancaran Rangka Kerja Pelindungan Kanak-Kanak atau National Framework on Child Protection (NFCP) pada tahun 2020. Di samping itu, daftar Registry of Children and Young Persons in Need of Protection (RCYPNP) yang telah dilancarkan pada 1hb. April 2022M adalah merupakan pangkalan data kebangsaan terpusat bagi pengumpulan dan penyelengaraan rekod bagi kanak-kanak yang memerlukan perlindungan serta butiran ahli keluarga berkenaan bagi memastikan intervensi yang lebih holistik. Sebagai nilai tambah kepada NFCP, penyediaan Garis Panduan Program Jagaan Keluarga Angkat (Foster Care) disasarkan juga pada tahun ini.
Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pelan Tindakan Keluarga telah dikaji semula bagi tahun 2023 hingga tahun 2027 untuk memastikan Pelan Tindakan Keluarga 2023/2027 ini diteliti secara menyeluruh dan disejajarkan dengan hala tuju dan perisian Social Blueprint Negara Brunei Darussalam. Pengkajian semula ini adalah juga bagi lebih memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam membantu meningkatkan kedudukan dan kesejahteraan institusi kekeluargaan di negara ini;
Penyelidikan Mengenai Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam telahpun selesai dilaksanakan dan kini dalam proses akhir penyediaan final report yang merangkumi rekomendasi-rekomendasi dasar dan inisiatif bagi menangani isu-isu utama yang menjejaskan dan menghalang pembangunan wanita di Brunei Darussalam khususnya mengenai mata pencarian ekonomi mereka dan keseimbangan kerja kehidupan (work-life balance).
Ini adalah penting ke arah memastikan institusi kekeluargaan yang kukuh. Antara penemuan utama penyelidikan berkenaan ialah walaupun pembangunan wanita di negara ini telah mencapai peningkatan yang ketara masih terdapat beberapa bidang yang memerlukan penelitian dasar bagi memastikan kaum hawa negara dapat mencapai potensi penuh dan optima. Hasil daripada penyelidikan ini akan dimasukkan di dalam Pelan Tindakan Wanita;
Dari segi penyediaan prasarana kemudahan, أَلْحَمْدُ ّٰلِل Projek Bangunan Baharu Rumah Perlindungan di Belimbing, Subok telah siap dan mula didiami sepenuhnya semenjak Disember 2022 yang mana pada masa ini merangkumi seramai 52 kanak-kanak dan perempuan dewasa. Manakala Projek Kompleks Orang Kelainan Upaya (OKU) sedang dalam fasa rekabentuk sebelum dibukakan tawaran; dan
Mewujudkan Social Blueprint bersama Jabatan Perdana Menteri sebagai pelengkap kepada hala tuju dan pensejajaran usaha sama senegara Wawasan Brunei 2035 dalam mencapai matlamat kedua iaitu Kualiti Kehidupan Rakyat yang Tinggi.
Suka kaola kongsikan di sini social blueprint ini sudahpun sebahagian besarnya iaitu mencapai tahap 90% dan dalam sedikit masa lagi ia akan diselesaikan.
Strategi kedua, dalam bidang kebeliaan, kita terus memberi fokus kepada melahirkan belia harapan yang berwawasan sebagai peneraju pembangunan negara.
Sejumlah $10.21 juta diperuntukan bagi program melahirkan belia harapan yang berwawasan temasuk penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $650,000.00 untuk program Pemerkasaan dan Pembangunan Keusahawanan Belia dan hampir $3 juta lagi bagi Pembangunan Keupayaan Belia.
Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020/2024 telah menggariskan beberapa program dan inisiatif pengupayaan serta pemerkasaan senegara yang memberi tumpuan kepada mengukuhkan ekosistem Kebeliaan.
Berdasarkan kepada prestasi pencapaian Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020/2024, 61% program dan aktiviti pada tahun kedua telah berjaya dilaksanakan. Antara usaha-usaha di bawah strategi ini ialah:-
Meningkatkan pembangunan keupayaan melalui latihan kemahiran dan industri yang relevan dan membentuk jati diri dan modal insan yang holistik termasuk melalui usaha:-
Memantapkan kualiti program Pusat Pembangunan Belia bagi meningkatkan kebolehpasaran belia dalam mendapat pekerjaan lebih bermakna. Menjadi usahawan dan melanjutkan latihan kemahiran atau pelajaran. Dikongksikan sebanyak 61% kebolehpasaran yang dicatatkan bagi tahun 2020 hingga 2022 iaitu 261 mendapat pekerjaan, 24 berkecimpung dalam aktiviti keusahawanan dan 40 melanjutkan pelajaran.;
Bahagian Khidmat Bakti Negara dengan menerapkan elemen pertahanan awam (civil defence) dalam latihan bagi memantapkan lagi jati diri, resilien, semangat kesukarelawanan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Baru-baru ini seramai 539 pelatih pengambilan PKBN Ke-11 telah menamatkan kursus latihan pada 16hb. Mac 2023M ini. أَلَحَمْدُ ِّلِل Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis tamat latihan tersebut telah bertitah menzahirkan keyakinan dengan adanya nilai tambah kurikulum dalam latihan PKBN, para alumni PKBN akan lebih bersedia untuk menghulurkan khidmat bakti mereka secara sukarela bagi menangani sebarang kejadian bencana alam apabila diperlukan.
Di samping itu, PKBN dengan kerjasama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan MPEC telah melaksanakan 2 cohort Program Jati Diri dengan melibatkan seramai 300 penuntut IBTE; dan
- Outward Bound Brunei Darussalam bagi meningkatkan kepimpinan dan semangat berpasukan. Dikongsikan seramai 2,500 peserta belia telah mengikuti program OBBD sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Mengukuhkan Ekosistem Keusahawanan Belia dalam pelbagai industri yang diterajui oleh Jawatankuasa Pandu Keusahawanan Belia termasuk melalui penyediaan program incubator dan platform bagi usahawan belia memulakan perniagaan dan juga penyediaan tapak tanah bagi kegunaan kegiatan pertanian. Antara lainnya, melalui kerjasama dengan Entrepreneurship, Innovation, Community and Outreach (EICO) dan LiveWire Sdn. Bhd, 40 peserta belia telah diberikan pendedahan dalam pengurusan perniagaan.;
Penyediaan Prasarana. Tumpuan adalah kepada projek penaiktarafan pusat-pusat belia sebagai pusat kecemerlangan dalam melaksanakan program serta aktiviti yang menjurus kepada pemerkasaan belia termasuklah kepimpinan dan pembangunan jati diri. Dikongsikan seramai lebih 43 ribu pengguna Pusat Belia di keempat-empat daerah dan 533 pengguna asrama Pusat Belia telah direkodkan bagi tahun 2021 hingga 2022.
Pembangunan nilai dalam membentuk jati diri dan modal insan yang holistik. Seramai lebih 38,000 belia telah melibatkan diri dalam program kepimpinan, keagamaan, kesihatan dan pembangunan kapasiti secara menyeluruh. Pelaksanaan program ini diterajui sendiri oleh para belia dengan peningkatan sebanyak 52% dari tahun sebelumnya; dan
Penglibatan Belia di peringkat antarabangsa dengan mengiktiraf sumbangan pemimpin-pemimpin belia dalam bidang kesukarelawanan sejajar dengan matlamat dasar bertaraf dunia dan strategi meningkatkan budaya perpaduan dalam kalangan semua masyarakat.
Strategi ketiga dalam bidang kesukanan. Kita terus mengukuhkan ekosistem sukan yang inklusif dan cemerlang yang memfokus kepada memantapkan Sukan Berprestasi Tinggi di samping meneruskan usaha meningkatkan sukan untuk masyarakat.
Sejumlah $15.93 juta diperuntukkan bagi program ke arah mengukuhkan ekosistem sukan yang merangkumi hampir $700 ribu bagi pembangunan persatuan-persatuan sukan dan lebih $3 juta bagi pembangunan keupayaan atlet, jurulatih dan perubatan sukan.
Ia dihasratkan untuk mewujudkan persekitaran atlet yang stabil, membangun sukan yang berpotensi untuk memenangi pingat, membangun atlet elit, prasarana bagi persediaan sukan berprestasi tinggi dan memastikan keinklusifan sukan untuk masyarakat.
Antara usaha-usaha di bawah strategi ini ialah:
Menggerakkan dan melaksanakan strategi dan pelan tindakan bagi memantapkan Sukan Berprestasi Tinggi ke arah membangun atlet elit yang boleh meraih pingat dalam Sukan Berprestasi Tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa dan mengukuhkan keinklusifan sukan untuk masyarakat ke arah Negara yang sihat, sejahtera dan sepadu dengan sukan. Dalam hal ini, dikongsikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk melaksanakan pemberian elaun berjumlah $800.00 sebulan kepada atlet yang terpilih melalui Program Pembiayaan Atlet (PPA) di bawah Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan. Seramai 5 orang atlet iaitu 3 daripada sukan wushu dan 2 daripada sukan Pencak Silat akan menerima elaun ini mulai 1hb. Januari 2023M hingga 31hb. Disember 2023M.
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan tadbir urus organisasi sukan melalui peningkatan kapasiti pemimpin-pemimpin persatuan sukan kebangsaan, pegawai teknikal sukan, kejurulatihan dan kepakaran dalam bidang sukan; dan
Ketersediaan infrastruktur untuk mengadakan acara sukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Penaiktarafan akan terus dilaksanakan dengan prasarana sukan dinaik taraf dan ditambah baik mengikut piawaian antarabangsa secara berfasa dan berperingkat-peringkat tanpa memberi tekanan yang tidak wajar kepada sistem fiskal negara.
Strategi keempat. Dalam bidang kebudayaan, kita terus mengukuhkan jati diri dan identiti bangsa sebagai teras pembangunan negara yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB). Antara usaha meningkatkan Budaya Dinamik dan Warisan terpelihara adalah sejumlah $24.55 juta diperuntukkan bagi program Mengukuhkan Jati Diri dan Patriotisme termasuk pembinaan, penerapan dan penghayatan warisan, sejarah dan budaya serta penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $1.9 juta bagi Mengukuhkan Kegiatan Seni Budaya; $10.2 juta bagi Bahasa, Sastera dan Perpustakaan; $8.6 juta bagi Kegiatan Permuziuman termasuk Penjagaan, Warisan dan Pemberigaan; dan $3.8 juta bagi Mengukuhkan Penyelidikan, Pendokumentasian dan Pemeliharaan Sejarah.
Antara usaha-usaha di bawah strategi ini ialah:
Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka akan sentiasa meningkatkan kegiatan dukungan memartabatkan Bahasa Melayu menerusi pertandingan-pertandingan, penulisan-penulisan dan penerbitan-penerbitan. Setakat ini Dewan Bahasa telah mula membina platform pintar dan aplikasi digital e-kamus, mengumpul lebih dari 12,500 pantun, hampir 8,000 entri penyelidikan korpus Bahasa dan lebih dari 350 entri penggubalan istilah Bahasa Melayu. Dalam memperkasa budaya membaca, Dewan Bahasa dan Pustaka terus giat dalam penjenamaan semula perpustakaan sebagai pusat komuniti dan hab pelbagai pembelajaran.;
Melancarkan perasmian Pusat Sejarah Brunei sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei pada 9hb. Februari 2023M yang diselajurkan dengan pelancaran Bilik Koleksi Sumber Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Penubuhan sumber rujukan khas ini adalah bertujuan untuk memberi nilai tambah dalam memperkaya dan meluaskan lagi sumber rujukan Pesejarahan Kesultanan Brunei, Budaya dan Adat Istiadat Negara, dan sekaligus menjadi mercu tanda pengikitirafan Pusat Sejarah Brunei sebagai Pusat Kecemerlangan.
Meningkatkan Penyelidikan, Pendokumentasian dan Pemeliharaan Sejarah. Sejak empat tahun kebelakangan ini Pusat Sejarah Brunei (PSB) juga telah bergiat aktif melaksanakan beberapa inisiatif melalui kerjasama dengan rakan strategik seperti UBD, UNISSA, KUPUSB, Institusi Kerajaan dan Swasta, Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), Pakar-Pakar Sejarah dan Lepasan Mahasiswa/Institusi Pengajian Tinggi bagi meningkatkan taraf dan kualiti penyelidikan dalam memperluas, memperkaya dan mempelbagai lagi sumber bahan pensejarahan negara untuk bacaan dan rujukan kepada institusi tinggi, pengkaji, penyelidik, agensi kerajaan, swasta dan orang ramai. Khususnya generasi muda kitani yang akan datang.
Meningkatkan pemeliharaan khazanah warisan memberi ruang pembelajaran kepada masyarakat di muzium-muzium seperti Muzium Brunei, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, Projek Muziumku Warisanku. أَلْحَمْدُ ِّلل Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat merasmikan Hab Tenaga Brunei, Dermaga Diraja pada 23hb. Oktober 2022M. Projek penaiktarafan dan penambahbaikan bangunan tersebut adalah contoh Projek Restorasi dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah yang digunakan semula menjadi bangunan state of the art, iaitu menjadi muzium yang mempamerkan kemajuan Industri Minyak dan Gas melalui teknologi terkini. Manakala, Projek Penambahbaikan dan Penaiktarafan Muzium Brunei pada masa ini berada dalam Fasa Ketiga iaitu pengubahsuaian ruang dalaman.
Meningkatkan imej dan kebolehlihatan negara di peringkat serantau dan antarabangsa melalui penganjuran kegiatan serantau dan antarabangsa. Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Komiti ASEAN mengenai kebudayaan dan penerangan (ASEAN-COCI).
Pelaksanaan projek ASEAN Walk di Taman Rekreasi Sungai Damuan yang akan melengkapkan arca dari 10 buah negara ASEAN. Negara Brunei Darussalam akan menjadi negara pertama ASEAN yang akan melengkapkan 10 arca negara-negara ASEAN di negara ini.
Negara Brunei Darussalam bersama dengan Malaysia, Republik Singapura, Indonesia dan Thailand juga akan sama-sama mengangkat pemakaian Kebaya sebagai Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO dan peningkatan dalam jumlah memorandum persefahaman bersama negara sahabat dalam bidang Kebudayaan, Warisan, Seni, Sejarah dan Bahasa. Penyertaan seperti ke Muscat International Book Fair merupakan salah satu contoh memanfaatkan platform memorandum persefahaman dalam bidang kebudayaan bersama dengan negara-negara sahabat.
Penyediaan ruang budaya kepada masyarakat, melalui projek-projek rancangan Kemajuan Negara ke-12 antaranya termasuk;
Dewan Majlis Lama sebagai Perpustakaan Negara (Koleksi Nadir) dan Galeri Seni Lukis Negara.
Kurikulum Akademi Seni Budaya Brunei telah siap disediakan pada awal tahun ini.
Menjadikan Perpustakaan Bandar Seri Begawan menjadi Perpustakaan Komuniti, menyediakan pelbagai kemudahan bagi masyarakat dan orang awam menimba ilmu dan berkarya menerusi konsep RELAKS iaitu Membaca, Hiburan, Riadah, Tarikan, Pengetahuan dan Perkongsian.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sudah setentunya segala strategi dan tindakan yang telah kaola ketengahkan tadi hanya akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya melalui kerjasama dan sumbangan rakan-rakan strategik serta pelbagai pihak melalui whole of nation.
"Insha Allah", dengan kerjasama daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku pemimpin akar umbi, suara dan telinga rakyat, kita akan dapat memperkukuhkan lagi usaha demi mencapai matlamat bersama iaitu Bangsa Brunei Cemerlang.
Demikianlah sahaja dan kaola ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan laluan menyampaikan mukadimah.
Sekian, ُ"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" dan dengan harapan keselamatan dan kejayaan daripada Allah SWT.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah menyampaikan mukadimahnya tentang perancangannya hala tuju dalam penyediaaan Belanjawan Kementeriannya dari Tahun Kewangan 2023/2024.
Kita telah mendengar beberapa perkara positif yang akan dilaksanakan dalam tahun yang berikut ini. Kita sentiasa berdoa, sasaran-sasaran dihuraikan itu akan dapat tercapai dengan sepenuhnya. "Insha Allah".
Saya mempunyai senarai yang agak panjang bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka turut serta membahaskan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini.
Walau bagaimanapun, dengan kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh Kementeria Kebudayaan Belia dan Sukan dan bagi membolehkan kita mengamat-amati tentang perkara-perkara yang disentuhnya.
Maka ada baiknya mesyuarat kita ini, Mesyuarat Jawatankuasa kita tangguhkan dan kita akan meneliti atau membahaskan tajuk ini dengan kepala yang lebih ringan pada esok hari, "Insha Allah" dan mudah-mudahan kita akan menyelesaikan tajuk-tajuk yang berkenaan ini pada keesokan sebelum kita menamatkan mesyuarat kita besuk petang.
Saya mencadangkan supaya Persidangan Jawatankuasa ini kita tangguhkan dulu dan kita akan bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan persidangan kita ini kita tangguhkan dulu untuk kita berehat sesudah sepanjang hari kita bersidang, ان شاء هللا kita akan bersidang semula pada esok hari Selasa, 21hb. Mac 2023M, seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian, علَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. سَلاَمٌ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَبِهِ نَسْتَعِيْنَ. وَبِهِ نَتَوَكَّلُ عَلَى اللهِ. وَبِاْللهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةُ.
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.