Skip to main content

HARI KE-16 PAGI

For Informational Purposes Only

25HB MAC 2023M - PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari keenam belas, pada hari ini Sabtu, 3hb. Ramadan 1444H bersamaan 25hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.

BACAAN DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬

‫ألح ْمدُ ِ هلِل‬ kita bersyukur ke hadrat ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang keenam belas dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita ‫صلى هللا عليه وسلم‬, ‫سيدنا محمد‬ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang mana telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

Majlis sekarang bersidang di peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu.

Pada hari Rabu yang lepas, Majlis Mesyuarat Jawatankuasa telah selesai meluluskan Tajuk Belanjawan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Kementerian Kesihatan.

Ahli Yang Behormat. Kita hanya beberapa hari lagi yang tinggal untuk memasuki ke bulan April. Di hadapan kita ialah Rang Belanjawan Negara yang telah dicadangkan oleh Yang Behormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang perlu segera untuk diteliti dan seteruskan diluluskan.

Saya kira Ahli Yang Berhormat semua, saya ingin menasihatkan supaya soalan-soalan atau pertanyaan-pertanyaan yang pendek sahaja dan fokus serta menjurus kepada belanjawan yang berkenaan supaya menteri-menteri yang berkenaan akan dapat menjawab dengan pendek dan padat juga.

Saya kira soalan-soalan lain yang am bolehlah ditimbulkan dalam venue yang lain ataupun bagaimana telah yang saya nyatakan terdahulu daripada ini, Ahli Yang Berhormat bolehlah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang berkenaan ataupun secara rombongan untuk membuat soalan-soalan yang demikian oleh sebab masa Majlis Mesyuarat Negara kita terhad dan maka kita perlu menyelesaikan tugas kita yang sudah di hadapan kita pada masa kini.

Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih ke Tajuk seterusnya.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat akan mula membahaskan atau membincangkan Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sebelum Tajuk kementerian ini dibuka untuk dibahas seperti lazimnya saya ingin mendahulukan dengan memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi menyampaikan mukadimahnya tentang hala tuju terhadap Anggaran belanjawan yang disediakannya untuk kementerian yang berkenaan ini.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫سم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dihormati sekalian.

Di kesempatan ini kaola juga ingin menyampaikan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang berada dalam Dewan ini, selamat menunaikan ibadah puasa kepada yang menunaikannya dan semoga ibadah dan urusan kita semua berjalan lancar di bulan yang suci ini.

Seterusnya kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah mengenai peruntukan yang disediakan dan untuk juga membentangkan hala tuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan juga dikenali sebagai MTIC pada hari ini.

‫أ ْلح ْمدُ ِهلِل‬ Kaola mewakili seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta jabatan-jabatan di bawahnya terlebih dahulu dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas limpah kurnia titah Baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M yang lalu.

Antara lain baginda telah menyentuh mengenai cabaran dalam menangani isu pengangguran yang boleh dikurangkan dengan adanya kerjasama dan sokongan padu dari kesemua pihak yang berkepentingan serta ke arah meningkatkan hasil kerajaan baginda dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pertumbuhan dan mempelbagaikan lagi sumber ekonomi negara serta komitmen mengenai perubahan iklim.

Dalam pada itu, ‫ألحمدُ هلل‬ strategi-strategi yang dirangka serta dasar-dasar yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah juga sehaluan dengan tumpuan dan hasrat baginda itu terutama sekali bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Yang antara lainnya juga bermaksud untuk mendukung kualiti kehidupan melalui kemajuan infrastruktur, sistem connectivity, memajukan penyelidikan dan perkembangan yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi serta memajukan informasi digital yang inklusif dan selamat ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara pintar (smart nation), iaitu sebuah negara yang memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya untuk meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap serta menyumbang kepada pembangunan yang mampan.

Yang Berhormat Pengerusi. Sukacita juga kaola mengongsikan terlebih dahulu bahawa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah selesai membuat semakan pertengahan penggal atau mid-term review ke atas pelan strategik kementerian, iaitu MTIC Strategic Plan 2025 pada suku ketiga tahun lepas.

Tujuan semakan tersebut adalah untuk membuat penilaian terhadap perlaksanaan, pencapaian terkini, keberkesanan tindakan-tindakan yang dibuat serta untuk mengenal pasti isu-isu yang perlu ditangani.

Berikutan dengan pengemaskinian pelan strategik tersebut serta pensejajaran yang telah dilakukan bolehkah disimpulkan bahawa peranan asas Kementerian Pengangkutan dan Infokomunokasi adalah untuk menjamin keselamatan sektor pengangkutan dan juga alam siber, meningkatkan kesejahteraan orang ramai melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap, bersih serta memanfaatkan teknologi dan pemudah cara bagi mendukung pembangunan negara yang mampan.

Dalam hubungan ini, kementerian ini telah mengetengahkan 10 petunjuk prestasi utama daripada 34 petunjuk prestasi yang telah dikemas kini dan dikenal pasti untuk terus dipantau. 10 petunjuk prestasi utama ini meliputi aspek-aspek seperti berikut;-

  1. Mewujudkan dan meningkatkan jumlah pekerjaan dalam sektor pengangkutan dan infokomunikasi secara bekerjasama dengan Manpower Planning and Employment Council (MPEC).;

  2. Dalam aspek keselamatan, adalah bagi memastikan zero major accident atau sifar kemalangan besar dalam sektor pengangkutan.;

  3. Zero major incident atau sifar incident (sekuriti besar) bagi perkhidmatan perkongsian ICT kerajaan.;

  4. Memastikan pematuhan terhadap piawaian-piawaian keselamatan di dalam operasi pengangkutan dan infokomunikasi.;

  5. Dalam aspek perkembangan sektor pengangkutan. Sasaran adalah untuk memperkembangkan dan menambahkan lagi connectivity dari segi rangkaian pengangkutan awam.;

  6. Meningkatkan pertumbuhan pergerakan melalui pengangkutan udara dan pada yang masa yang sama.;

  7. Untuk mendukung komitmen negara mengenai perubahan iklim melalui sasaran pengurangan lepasan gas rumah hijau daripada sektor pengangkutan darat.;

  8. Sasaran untuk menambah dan meningkatkan lagi pendigitalan perkhidmatan kaunter.;

  9. Memastikan penduduk dan peniagaan mempunyai akses dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih mantap.; dan

  10. Adalah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai di mana setiap jabatan-jabatan yang banyak berurusan bersama orang ramai telah disasarkan untuk mendapatkan sekurang-sekurangnya penilaian 3 bintang (pada tahap baik di bawah program penggredan dan prestasi sektor awam menjelang tahun 2025).

Dengan ini diharap ianya akan membantu jabatan-jabatan di bawah kementerian ini menuju ke arah kecemerlangan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Dengan berlandaskan tema belanjawan Negara Bagi Tahun Kewangan 2023/2024, iaitu “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” serta mengambil kira peranan asas dan tanggungjawab Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang dikongsikan tadi.

ان شاء الله dengan peruntukan yang disediakan ini rancangan kerja serta peluang-peluang penambahbaikan yang akan dapat meningkatkan dan memantapkan lagi sumbangan sektor pengangkutan dan sektor infokomunikasi di dalam pembangunan negara.

Untuk makluman, peluang-peluang penambahbaikan tersebut adalah juga mengambil kira akan rintihan-rintihan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan, pembelajaran daripada kes-kes insiden kemalangan jalan raya atau pencerobohan siber yang telah berlaku dan penyelenggaraan aset-aset yang kurang memuaskan.

Semua ini dihasratkan untuk ditangani secara sistematik dengan mengikut keutamaan.

Sebelum kaola menghuraikan dengan lebih lanjut lagi keutamaan serta tumpuan Peruntukan bagi Tahun 2023/2024, kaola dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas peruntukan sejumlah $163,366,455.00 yang mana 68% terdiri daripada perbelanjaan biasa dan selebihnya sebanyak 32% adalah terdiri daripada perbelanjaan kemajuan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tempoh Rancangan Kemajuan Negara ke-11 telah dilanjutkan selama satu tahun lagi.

Ini sudah setentunya akan memberi peluang kepada kementerian kaola untuk menumpukan perhatian kepada penyelesaian projek-projek yang tergendala serta dapat menilai semula dan mempayukan lagi dalam program kemajuan selanjutnya.

Ini termasuk mengambil kira saranan dan pandangan yang telah diajukan di Dewan mulia ini untuk melibatkan industry dan business players di dalam menggubal rancangan atau strategi bagi sektor-sektor tertentu di bawah pengawasan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Tataracara ini memang sudah dipraktikkan dan kaola setuju ianya setentunya akan dapat digandakan lagi dan liputan yang lebih menyeluruh.

Contohnya di dalam meneroka kaedah pengangkutan awam yang mampan, berdaya maju, sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan infrastruktur di negara ini.

Kaedah bermuzakarah bersama pihak berkepentingan serta penglibatan pakar di dalam merencana hala tuju bagi sistem pengangkutan tersebut akan diambil.

Buat masa ini, pemikiran awal adalah menjurus kepada mewujudkan sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan gabungan atau kombinasi pelbagai mode pengangkutan seperti bas, share ride, e-hailing, teksi dan sebagainya.

Dengan tujuan untuk memaksimumkan kemudahan dan kecekapan pengguna dari segi masa, kos, keselesaan, keselamatan, akses dan kebolehpercayaan.

Pandangan awal ini adalah juga berpandukan dengan data dan maklumat yang diperolehi setakat ini melalui Projek Rintis, sistem maklumat bas penumpang yang telah dilaksanakan. Kebolehlaksanaan penyediaan satu sistem pengangkutan orang ramai yang bersesuaian akan ditunduki lagi dengan nafas baru.

Dalam pada itu, perbelanjaan kemajuan yang berhubung dengan tajuk pengangkutan dan perhubungan bagi Tahun 2023/2024 ini adalah menjurus kepada penyelesaian pelaksanaan Projek-Projek Kemajuan RKN-11 yang berhubung dengan pembinaan dan penaiktarafan prasarana dan penggantian peralatan-peralatan kritikal keselamatan bagi kawalan navigasi kaji cuaca dan sekuriti.

Dalam mempertingkatkan infrastruktur dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei khususnya bagi mengganti peralatan sistem pendaratan, membaik pulih landasan dan mempertingkatkan infrastruktur aerodrone kira-kira $34,400,000.00 telah diperuntukkan.

Manakala bagi meningkatkan kemampuan hal ehwal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, projek-projek menaik taraf sistem radar, pemasangan pagar keselamatan, sistem pengesanan pencerobohan dan menaik taraf peralatan pemeriksaan dan pengesanan keselamatan seperti machine x-ray terkini telah diperuntukkan sekitar $3,400,000.00.

Berkaitan dengan kaji cuaca, peruntukan sekitar $4,500,000.00 telah disediakan bagi penggantian sistem observasi cuaca lapangan terbang dan pembangunan rangkaian stesyen cuaca automatik negara. Ini akan membantu Jabatan Kaji Cuaca untuk memantapkan lagi penyebaran maklumat kepada orang ramai khususnya dalam pemberian amaran-amaran cuaca.

Dan seterusnya, belanjawan sebanyak $3,000,000.00 telah diperuntukkan bagi pembangunan Menara telekomunikasi tambahan di kawasan luar bandar. Selain daripada penyediaan infrastruktur penaiktarafan dan penggantian peralatan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui agensi yang berkenaan juga terlibat sama dalam mengembangmajukan sektor pengangkutan yang meliputi sektor darat, maritim dan udara.

Mengenai dengan Pengangkutan Udara, Jabatan Penerbangan Awam bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan, kawalan dan keberkesanan operasi dan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan mempunyai misi untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan awam yang mampan, selamat, cekap dan pengawalseliaan mengikut piawaian antarabangsa dan amalan terbaik.

Pasca pandemik COVID-19, kita telah menyaksikan peningkatan semula jumlah pergerakan penumpang dan kargo melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Akan tetapi, kita masih di dalam tempoh pemulihan ke tahap kemuncak yang pernah dicapai pada tahun 2019.

Yang mana sebelumnya juga telah menyaksikan pertumbuhan setahun ke setahun jumlah pergerakan pesawat, penumpang dan pengendalian kargo. Sebagai perbandingan, pada tahun 2022 jumlah pergerakan pesawat, penumpang dan kargo masih berada sekitar 30% dari tahap di tahun 2019.

Akan tetapi, walau kita sedang dalam tempoh pemulihan, ia tidak menghalang kementerian ini khususnya Jabatan Penerbangan Awam daripada mengambil tindakan proaktif ke arah meletakkan lapangan terbang kita di kedudukan yang lebih baik untuk memperolehi peluang menjadi hub pengangkutan udara sub-regional.

Contohnya, berikutan dengan peningkatan permintaan, Jabatan Penerbangan Awam pada bulan Disember lepas telah mengeluarkan satu lagi sijil operasi kepada syarikat penerbangan asing yang mengendalikan penerbangan kargo daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Selanjutnya usaha-usaha akan ditumpukan ke arah:

  1. Mengembangkan kemampuan pengendalian kargo.;

  2. Mengembangkan perkhidmatan-perkhidmatan komersial.;

  3. Meningkatkan pengalaman penumpang termasuk penumpang transit di lapangan terbang (passenger experience).; dan

  4. Menguatkan hubungan perjanjian perkhidmatan udara bagi menjana pertumbuhan pergerakan penumpang, pesawat dan kargo melalui lapangan terbang kitani.

Beralih kepada sektor maritim. Pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) adalah berperanan sebagai pengawal selia dalam sektor pentangular maritim dan pemudahcara perkembangan industri maritim di Negara Brunei Darussalam.

Kaola ingin menjelaskan bahawa Belanjawan Khusus MPABD tidak termasuk dalam Rang Peruntukan Belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Akan tetapi pengurusan dasar pengangkutan maritim adalah di bawah bidang tugas dan kuasa kementerian.

Maka dengan ini kaola ingin juga mengongsikan hala tuju berhubung dengan sektor pengangkutan maritim.

Sebagai makluman, jumlah kapal keluar dan masuk melalui terusan Muara adalah menunjuk trend yang stabil selama beberapa tahun kebelakangan ini walaupun sewaktu pandemik COVID-19.

Di mana jumlah trafik kapal keluar dan masuk adalah di dalam lingkungan 10,000 ke 11,000 setahun. Akan tetapi apa yang terjejas adalah jumlah kapal persiaran dan jumlah pengendalian kontena dan kargo.

أ ْلح ْمدُ ِ هلِل ianya juga sedang di dalam tempoh pemulihan dan jika digandakan dengan perancangan perkembangan di Pelabuhan Muara oleh Muara Port Company.

Projek-Projek Kemajuan di Pulau Muara Besar serta penubuhan integrated marine maintenance and documentation yard dan Muara encourage area peranan MPABD akan menjadi lebih utama dan berkembang. Dalam hubungan ini tumpuan mereka pada Tahun Kewangan ini untuk:

  1. Mengelolakan beberapa projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur pelayaran.;

  2. Meningkatkan keupayaan di dalam menguatkuasakan peraturan maritim dan piawaan keselamatan.

  3. Meningkatkan keupayaan maklumbalas terhadap kecemasan maritim seperti tumpahan minyak dan yang lain.; dan

  4. Serta memainkan peranan di dalam memudahcara perkembangan industri maritim termasuk pembangunan sumber tenaga manusia maritim.

Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola seterusnya mengongsikan bahawa dalam mengukuhkan infrastruktur ICT, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memfokuskan perbelanjaan Kemajuan Tahun Kewangan ini sekitar $2 juta bagi menaiktaraf Pusat Data Kerajaan dan meningkatkan kualiti serta kebolehpercayaan perkhidmatan gunasama Pusat Kebangsaan e-kerajaan dengan penyediaan infrastructure cloud.

Selain daripada itu perbelanjaan dalam bidang ICT juga memfocuskan kepada pemodenan infastruktur rangkaian di pusat data melalui projek Software Defined Network Infrastructure. Penaiktarafan dalam infrastruktur ICT ini adalah bagi penyediaan perkhidmatan e-kerajaan yang lebih canggih dan boleh menampung keperluan perkembangan teknologi terkini.

Salah satu perkhidmatan e-kerajaan yang disediakan adalah e-Darussalam yang mana setakat bulan Februari 2023, sebanyak 220,196 akaun e-Darussalam telah didaftarkan dan sebanyak 191,756 akaun telah diaktifkan.

Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan bagi orang awam untuk membuat aduan, pertanyaan dan mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan utama kerajaan yang berbentuk bukan kecemasan melalui Talian Darussalam 123.

Ia juga menyaksikan pertumbuhan permintaan dari segi jumlah jabatan dan agensi yang menggunakannya serta jumlah jenis perkhidmatan. Ini secara langsung juga menjana peluang pekerjaan bagi menampung tambahan panggilan dan perkhidmatan di mana kesemua penerima panggilan terdiri daripdada warga tempatan.

Seterusnya di kesempatan ini, kaola juga ingin menyentuh sedikit sebanyak kepada beberapa soalan dan saranan yang telah ditimbulkan semasa perbahasan peruntukan kementerian-kementerian lain yang ada berhubung kait dengan pendigitalan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaaan, khususnya mengenai keberkesanannya dan juga bagi mengelakkan duplikasi dan pembaziran sumber dan tenaga.

Dalam hubungan ini, sukacita kaola mengongsikan bahawa beberapa usaha penambahbaikan dari aspek tadbir urus pelaksanaan projek-projek ICT adalah dipantau melalui satu platform iaitu Chief Information Officer Forum.

Antara peranan utama CIO forum ini adalah untuk menunduki semua projek-projek ICT yang dipohonkan, membuat pensejajaran dan memberi nasihat keutamaan bagi pelaksanaan.

Ini adalah juga selaras dengan mendukung fiscal consolidation programme dan memastikan perbelanjaan secara berhemah, keutamaan tinggi dan bernilai.

Pada masa yang sama, beberapa program membina kapisiti sumber manusia di dalam mereka bentuk pembangunan dan pengurusan projek IT termasuk change management telah dirancangkan.

Ini juga termasuk di peringkat pengurusan kanan kementerian-kementerian kerana pendigitalan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan bukan hanya melibatkan warga IT atau sekadar mengemukakan akses kepada perkhidmatan dalam talian, akan tetapi ia melibatkan peralihan pemikiran proses kerja dan cara bekerja di sepanjang saliran proses kerja.

Jika tidak hasrat sepenuhnya untuk mencapai keberkesanan dan kecekapan dari pendigitalan tersebut akan jatuh pendek.

Kaola juga sukacita mengongsikan bahawa CIO Forum ini juga akan melibatkan perwakilan industri selaku kumpulan penasihat. ‫ ان شاء هللا‬dengan perubahan-perubahan yang dikenalkan ini akan dapat menangani isu pendigitalan yang mungkin telah terjejas oleh sistem legasi tentangan terhadap perubahan dan kebimbangan keselamatan siber.

Sebagai tambahan, juga ditubuhkan Digital Transformation Steering Committee yang berperanan untuk mengenalpasti dan seterusnya melaksanakan inisiatif-inisiatif yang akan dimasukkan ke dalam pelan teknologi perkhidmatan awam yang terdiri daripada pelan-pelan transformasi digital bagi setiap kementerian masing-masing.

Pelan tersebut dihasratkan untuk merangkumi pengunaan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam termasuk juga sektor perindustrian di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.

Apabila bercakap mengenai digitalisasi, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi juga memberi perhatian serius ke arah memastikan persekitaran digital yang selamat dan terjamin bagi pengguna, baik di kalangan kerajaan, perniagaan mahupun pengguna awam.

Ini adalah selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital di mana securiti siber adalah salah satu pemboleh strategik ataupun strategic enabler untuk mendukung ekonomi digital khususnya bagi memastikan data, infrastuktur dan rangkaiannya adalah terpelihara dari ancaman keselamatan siber.

Sebagai satu gambaran mengenai ancaman ini, sepanjang tahun 2022, BruCERT, sebuah satu agensi di bawah Cyber Security Brunei telah menerima sebanyak 496 laporan kes.

Dari jumlah kes-kes ini, 33% adalah kes berkaitan dengan media sosial, 20% adalah kes-kes berkaitan scam dan selebihnya merangkumi kes-kes berkaitan malware, hacking, cyber bully dan sebagainya.

Dalam hal ini, melalui Cyber Security Brunei, beberapa inisiatif telah diungkayahkan selain daripada kegiatan berterusan mereka untuk menyebar kesedaran, pengetahuan dan nasihat.

Ini termasuk penyediaan dasar serta pelaksanaanya, seperti penyediaan Perintah Keselamatan Siber, Cyber Security Order, mengukukuhkan penyelarasan dan tadbir urus di peringkat kebangsaan dan keselamatan siber melalui Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber dan penyediaan rangka kerja, perundangan bagi perlindungan data peribadi.

Selain daripada itu, Cyber Security Brunei bersama dengan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) juga melaksanakan pelbagai inisiatif masing-masing dan secara bersama mengenai peralihan kepada cara hidup yang semakin digital seperti mengadakan program-program bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital pengguna.

Seperti contoh program latihan kemahiran celik ICT dan digital for all yang dilaksanakan oleh AITI adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang celik digital dan kemahiran asas ICT.

Program-program yang diperkenalkan sejak tahun 2019 ini telah melibatkan penyertaan ahli-ahli pusat kegiatan warga emas, ahli-ahli majlis perundingan kampung, kumpulan remaja dan kanak-kanak di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat untuk mengikuti latihan kemahiran asas ICT, e-dagang aplikasi pemasaran digital dan keselamatan siber dalam talian untuk kegunaan harian.

Program-program ICT yang lain juga disediakan seperti bengkel mengenai e-dagang, pemasaran digital dan keselamatan siber yang disertai oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat. Program pembelajaran mengenai Microsoft Office, keselamatan siber dan graphic design bagi kumpulan remaja dari JAPEM yang berumur 12 tahun ke atas dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga telah diperkenalkan seperti program asas pengkodan menggunakan program scratch and microbit.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Selain daripada penyediaan infrastruktur ICT dan juga memastikan persekitaran digital yang selamat dan terjamin, kementerian kaola juga menumpukan usaha pada pembangunan industri ICT khususnya bagi meningkatkan kemahiran dalam teknologi terkini serta memberikan peluang bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang bersedia dengan kemahiran teknologi terkini dan akan datang.

Pihak AITI telah bekerjasama dengan wakil-wakil agensi kerajaan industri ICT dan Institusi Pengajian Tinggi dalam menyediakan ICT Industry Competency Framework. Ia bertujuan untuk memastikan profesional ICT tempatan mempunyai kemahiran yang relevan untuk melaksanakan bidang tugas dan membangunkan kerjaya mereka dengan menyediakan piawaian kebangsaan bagi peranan pekerjaan, kecekapan serta jenis latihan den pensijilan yang diperlukan.

Selain daripada itu, pihak AITI juga melaksanakan program Coding BN iaitu satu program latihan teknikal khusus untuk melatih peserta dengan kemahiran coding atau programming dalam usaha untuk melengkapkan mereka dengan kecekapan yang diperlukan oleh industri dan juga kemahiran mereka untuk masa depan.

Program yang dijalankan selama 6 bulan ini termasuk penempatan kerja selama 3 bulan bersama organisasi tempatan atau luar negeri dengan hasrat untuk memperbaiki peluang peserta untuk memperolehi pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan program latihan mereka.

Semua ini adalah merupakan pemangkin dan pemboleh kepada cara hidup dan urusan harian yang lebih digital. Ini juga termasuk pelaksanan 3 projek utama atau flagship projects di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 yang sedang berjalan iaitu projek National Information Hub yang berperanan sebagai penyimpan data umum.

Setakat ini sebanyak 10 data provider dan 11 data users yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkepentingan sedang menggunakan platform tersebut.

Projek Digital Identiti yang merupakan penambahbaikan sistem e-Darussalam yang sedia ada pada masa ini akan menggunakan pengesahan digital identiti bagi keperluan laluan masuk (log in) kepada perkhidmatan kerajaan atas talian.

Perkhidmatan tersebut juga akan dilaratkan kepada sektor perniagaan bagi membolehkan sektor perniagaan memproses transaksi perniagaan secara digital.

Project Digital Payment Hub yang merupakan penyediaan platform yang membolehkan pengintegrasian antara pelbagai sistem pembayaran yang sedia ada dan akan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara digital dengan lebih mudah dan cepat.

Seterusnya beralih kepada usaha bagi menggalakkan budaya berinovasi di kalangan penuntut institusi pendidikan, perkhidmatan awam dan juga perusahaan di negara ini.

Kementerian ini dengan kerjasama AiTi dan beberapa rakan kongsi akan meneruskan program anugerah ICT Brunei (BICTA).

Program ini adalah salah satu pendorong kepada menghasilkan produk dan digital solutions yang inovatif dan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.

Ia telah terbukti dapat membuahkan hasil bermakna di mana ada di antara produk-produk yang dipertandingkan pada mulanya sebagai peringkat idea atau prototaip telah berjaya dimajukan ke tahap komersial sehingga berhasil menembusi pasaran yang competitive.

Selain daripada itu pada tahun 2022, 4 pasukan yang terdiri daripada pemenang-pemenang BICTA 2022 yang terpilih telah mewakili Negara Brunei Darussalam di pertandingan Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) Award 2022.

2 pasukan telah menerima anugerah pemenang dan 2 pasukan telah menerima anugerah merits sepertimana juga yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan juga Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Sepanjang penyertaan dalam APICTA sejak tahun 2005 sehingga 2022 Negara Brunei Darussalam telah berjaya meraih 4 anugerah pemenang dan 29 anugerah merit. Ini setentunya menunjukkan daya saing bakat tempatan di peringkat ini.

Selain daripada ini juga dikongsikan di Dewan ini bahawa bakat industri kreatif ICT juga tidak dilupa pandang.

Industri ini adalah sektor yang menggabungkan teknologi, kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan kandungan digital dan produk inovatif bagi tujuan menghiburkan, memaklumkan dan mendidik para pengguna.

Pihak AiTi melalui Brunei Content Festival yang julung kalinya diadakan pada tahun lepas adalah salah satu usaha untuk mempertengahkan sektor yang semakin berkembang ini.

Programme Pitch and Produce yang telah diperkenalkan sejak tahun 2020 melalui kolaborasi bersama Jabatan Radio dan Televisyen Brunei dan platform penyiaran lain telah berjaya untuk menyiarkan atau menerbitkan karya-karya bakat tempatan untuk diterbitkan di RTB Go, Progressif media dan media di luar negeri seperti Astro Oasis.

Selain itu, AiTi sedang berunding dengan agensi-agensi yang berkepentingan bagi mengadakan sesi perbincangan bersama content creators tempatan yang ada di antaranya menghadapi kesukaran yang dianggap menyekat penjanaan pendapatan mereka apabila menyalurkan content melalui platform yang sedia ada dalam talian.

Berikutnya salah satu lagi bidang tugas Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah yang berhubung dengan mempromosi perkembangan penyelidikan sains teknologi dan inovasi melalui Council for Research and Advancement in Technology and Science (CREATES).

Peruntukan sebanyak $300,000.00 bagi Tahun Kewangan 2023/2024 telah disediakan daripada harga rancangan RKN-11 sebanyak $10 juta untuk membiayai projek-projek yang terdiri daripada pelbagai jenis penyelidikan yang dipohonkan di bawah CREATES, di bawah kluster kesihatan, tenaga, agrimakanan dan teknologi ICT, alam sekitar dan pembangunan mampan.

Selain daripada penyelidikan asas, program ini juga menyokong penyelidikan applied development serta action research yang diharapkan akan dapat meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara.

Sebagai contoh sepertimana yang telah dibangkitkan semasa pembentangan peruntukan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan terdapat 2 projek penyelidikan yang berkaitan dengan sektor pertanian iaitu:-

  1. Investing The Water Quality On Outdoor Prone Farming To Improve The Production Efficency Using Industrial Revolution 4.0 Technology dan.; dan
  2. On Field DNA Testing For Agricultural And Food Products.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kemajuan teknologi semenjak beberapa dekad yang lalu tidak dapat dinafikan semakin pesat dan telah banyak mempengaruhi masyarakat kita dalam pelbagai cara.

Contohnya peningkatan penggunaan e-mail, media sosial dan bentuk komunikasi elektronik yang lain di samping platform e-dagang dan sebagainya telah mengurangkan keperluan untuk perkhidmatan pos tradisional memandangkan perkhidmatan ini boleh menyampaikan maklumat dan mesej dengan lebih cepat dan murah.

Perubahan ini juga sangat ketara di negara kita di mana jumlah penghantaran surat dan pakej yang merupakan teras perkhidmatan dan pendapatan Jabatan Perkhidmatan Pos telah menunjukkan trend penurunan dari setahun ke setahun.

Contohnya jumlah penghantaran surat dan pakej telah jatuh sebanyak 40% pada tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Berbanding dengan jumlah tertinggi pada tahun 2016. Selepas 2019 trend penurunan berterusan pada kadar sekitar 30% dari setahun ke setahun sehingga sekarang.

Pada tahun 2022 jumlah penghantaran surat dan pakej telah menurun sebanyak 80% berbanding dengan jumlah tertinggi sebelumnya. Berhadapan dengan cabaran ini untuk kekal releven Jabatan Perkhidmatan Pos bertekad untuk menyesuaikan diri dan berinovasi dengan memperkenalkan perkhidmatan baharu dan perkhidmatan nilai tambah yang lain kepada orang ramai.

Sehubungan dengan ini, sukacita kaola mengongsikan bahawa pada bulan Oktober 2022 yang lepas, Jabatan Perkhidmatan Pos telah melancarkan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan iaitu perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos laju dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan projek rintis Bungkusan Cop Merah bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Sudah setentunya ini menggambarkan komitmen Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menyelesaikan diri di samping memperkenalkan penambahbaikan yang berterusan dalam menjalankan tanggungjawab pos asas yang juga merupakan obligasi perkhidmatan pos sejagat.

Peka dengan peralihan semasa ini dan menyedari akan hakikat bahawa model operasi perkhidmatan pos perlu melalui perubahan maka kaola seterusnya mengongsikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi meluluskan perintah Postal Services Order 2023 baru-baru ini. Penggubalan dasar ini adalah merupakan pemboleh bagi mewujudkan operasi dan penyediaan sistem dan perkhidmatan pos secara korporat.

Seterusnya ia juga pemangkin ke arah mempromosikan industri pos yang lebih efisien dan berdaya saing serta membolehkan pelaburan lebih tinggi dalam teknologi seperti automasi dan pendigitalan.

‫ أ َ ْل َح ْم َد ّ ٰلِل‬dengan apa yang telah dikongsikan ‫ ان شاء هللا‬ia dapat memberi bayangan bahawa warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan sentiasa bersedia dan beradaptasi bagi sebarang perubahan dan setiasa peka dengan peralihan yang dibawa oleh arus peredaran zaman.

Akhir sekali kaola inigin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas sokongan serta pendekatan berterusan dalam sektor di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sekian kaola sampaikan dan semoga segala inisiatif yang diusahakan akan membua hkan hasil dan impak yang dihasratkan kepada kemajuan negara dan Wawasan Brunei 2035. ‫علَيْك ْم َو َرحْ َمة هللاّ َو َب َركَاته‬ َ ‫سالَم‬ َّ ‫ َو ال‬. ‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun mendengar kenyataan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang mana telah dibentangkannya dengan jelas dan komprehensif tentang penyediaan belanjawan bagi kementerian berkenaan.

Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ini saya sekarang bukakan untuk dibahaskan. Untuk memulakannya saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫الرحْ يم‬ َّ ‫الرحْ َٰ َم ّن‬ َّ ‫ّللا‬ ّ ٰ ‫ّبس ّْم‬ ‫هللا َو َب َركَاته‬ ‫ة‬ ‫م‬ ‫ر‬ ‫و‬ ‫م‬ ّ َ ْ‫َ ْ َ َ ح‬‫ك‬‫ي‬ْ َ ‫ل‬‫ع‬ ‫م‬َ ‫ال‬‫س‬َّ ‫ال‬

‫ أ َ ْل َح ْمد ّ ٰلِل‬kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat berkenaan hala tuju dan perancangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengurus Belanjawan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024, ‫ان شاء هللا‬. Dan tidak lupa, kaola juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan.

Berkenaan dengan sistem jalan yang sedia ada di Pekan Tutong.

Kaola melihat dari prespektif seorang pengguna dan juga pelancong sama ada jalan kaki atau berbasikal, dalam masa yang sama kaola juga melihat dari sudut apakah keperluan bagi menyediakan jalan berkembar yang bermula dari Gerai Selera Tatangan Persisiran Pantai Tutong dan berakhir di depan Balai Bomba Tutong, yang mana jalan berkembar ini sering mengakibatkan kenderaan memecut laju dan kadang kala mengundang berlakunya kemalangan-kemalangan kecil.

Bagi mewujudkan sebuah pekan yang mesra pengguna dan selamat, kemudahan-kemudahan awam seperti laluan pejalan kaki dan berbasikal perlu disediakan agar Pekan Tutong dilihat sebagai sebuah pekan bistari. Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar sistem jalan raya iaitu aliran jalan kawasan Pekan Tutong dapat diteliti kesesuaiannya dengan memberi keutamaan kepada kemudahan-kemudahan lain seperti yang kaola nyatakan tadi.

Seterusnya, kaola menyentuh berkenaan dengan Tajuk SM04A - Jabatan Penerbangan Awam atau pihak-pihak yang berkenaan dengannya. Langkah untuk memperkenalkan penerbangan tambang murah tempatan pada masa ini disifatkan sebagai sangat sesuai memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan ini semakin meningkat terutama sekali apabila negara kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19.

Memang tidak dapat dinafikan untuk memulakan segmen penerbangan tambang murah ini bukanlah mudah tetapi ianya perlu difikirkan memandangkan konsep ini sering menjadi pilihan pengguna khususnya orang Brunei bila hendak belayar keluar negara bersama keluarga.

Apakah ada perancangan pihak kerajaan ke arah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, GLC’s tempatan. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalan yang diutarakan.

Lebih dahulu mengenai dengan sistem jalan raya di Pekan Tutong, sukacita juga terlebih dahulu memaklumkan bahawa salah satu bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah untuk menunduki Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Brunei.

Di antara peranan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya adalah untuk menilai dari segi aspek keselamatan atau risk sesuatu sistem atau rangkaian jalan raya untuk mengelakkan dari kemalangan.

Daripada itu melalui Kumpulan Tindakan Teknikal dan Infrastruktur, ada dari masa ke semasa membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mengakibatkan kemalangan, itu adalah salah satu tindakan mengenainya. Berhubungan dengan urban planning mengenai dengan Pekan Tutong dengan road network, itu adalah lebih menjurus kepada peranan Perancangan Bandar Dan Desa, termasuk juga Kementerian Pembangunan dibawah Jabatan Kerja Raya.

Dalam hal ini juga, boleh kaola kongsikan bahawa dibawah MKKJR melalui Jawatankuasa Kumpulan Teknikal Dan Infrastruktur ini juga sedang memikirkan untuk mewujudkan piawaian mengenai road safety atau road standard untuk diperkenalkan untuk menjamin keselamatan jalan raya di Negara Brunei Darussalam. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi berhubung dengan rangkaian jalan raya yang di Pekan Tutong.

Berhubung dengan kemungkinan untuk memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah, GLC’s tempatan. Lebih dahulu, kaola ingin mengongsikan bahawa di antara peranan Kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam adalah untuk memudah cara bagi apa juga syarikat-syarikat yang ingin memperkenalkan perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam melalui lapangan terbang antarabangsa.

Sepertimana yang dikongsikan di dalam mukadimah, contohnya bagi pengendalian perkhidmatan kargo, Jabatan Penerbangan Awam telah mengeluarkan persijilan tambahan kepada syarikat asing yang baharu yang mungkin menyediakan pengangkutan kargo yang lebih competitif. Dalam hubungan ini, mengenai dengan cadangan untuk memperkenalkan low cost airlines di Negara Brunei Darussalam.

Jabatan penerbangan Awam sentiasa bersedia untuk menjadi pemudah cara tetapi mengenai dengan ekonominya dan facilitynya, tertakluklah kepada mana-mana syarikat yang mencadangkannya. Bukanlah peranan Jabatan Penerbangan Awam untuk mewujudkan suasana yang membolehkannya. Terima kasih, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ‫عليْك ْم َو َرحْ َمة هللاّ َو َب َركَاته‬ َ َ ‫سالم‬َ َّ ‫الرحْ يم الر‬ َّ ‫الرحْ َم ّن‬َّ ‫ّللا‬ ّ ٰ ‫ّبس ّْم‬ ّ‫ـرف‬َ ‫ش‬َ ‫أ‬ ‫لى‬‫ع‬َ ‫م‬ َ ‫َّـال‬‫س‬ ‫ال‬ ‫و‬َ ‫ة‬ َ ‫ـال‬ ‫ص‬ َّ ‫ال‬‫و‬َ ‫ي‬َ‫ْن‬ ّ‫م‬َ ‫ل‬‫ا‬‫ع‬ بَ َّ ‫ال َح ْمد‬ ‫ر‬ ‫هلل‬ ‫ال‬ َ‫س ّليْـن‬ َ ‫األ ْن ّبيَـاءّ َوالم ْر‬

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Junjung kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dengan mukadimah Belanjawan 2023 Perbekalan, 2023/2024 bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan penjelasan yang komprehensif.

Pertama-tama bagi pihak perwakilan orang-orang berniaga mengucapkan junjung kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi khususnya Jabatan Pengangkutan Darat terutama sekali Pengarah dan warga JPD yang sebelum ini mengungkayahkan kemaskini proses-proses dahulu dan disambung usaha murni itu oleh Pengarah dan warga JPD yang masa ini bagi memudah carakan permohonan mendapatkan kebenaran permit P - Persendirian dan S - Sewa untuk kenderaan komersial bagi tujuan pengangkutan barang-barang. Izinkan koala mengongsikan perkara ini Yang Berhormat Pengerusi.

Pada awalnya, permohonan atau menyambung kebenaran permit P dan S ini perlu menyediakan business proposal dengan penuh lengkap dan tebal macam meloan ‘usin’ ke bank.

Business proposal ini perlu dihadapkan sehingga 13 set dan ianya memakan masa yang lama unutk medapatkan kelulusan tetapi ‫أْلَحْمْدُ ٱللَّٰهِ‬ sekarang sejak proses dahulu dikemaskini dan ditambahbaik oleh Pengarah masa ini, ianya hanya mengisi sekeping borang sahaja untuk diisi dan kebenarannya hanya memakan masa dengan sekejap sahaja.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola ada 7 isu atau perkara yang ingin kaola bangkitkan dan bahaskan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat dapat dikurangkan dari 7 isu kepada 3 isu sahaja.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Semuanya penting-penting Yang Berhormat Pengerusi, supaya rakyat untuk mendengar walau bagaimanapun akan kaola kurangkan.

Perkara pertama ialah kaola terharu apabila melihat orang awam menunggu bas awam di perhentian-perhentian bas yang sedia ada terutama sekali apabila mereka ini menunggu dengan sekian lama sebelum bas awam berkenaan tiba di perhentian bas berkenaan.

Kaola percaya ini adalah disebabkan oleh sistem bas awam yang kurang berkesan sejak dahulu lagi. Kaola difahamkan bahawa perkara mengenai dengan sistem pengangkutan awam ini juga sudah dibangkitkan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara sebelum ini.

Kaola percaya MTIC dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan memang mengakui bahawa sistem pengangkutan awam yang berkesan adalah penting bagi memastikan kesaling hubungan pergerakan rakyat terutama sekali yang memerlukan untuk mencari rezeki dan ke tempat kerja.

Kita tidak mahu akan bergantung selama-lamanya dengan kereta yang mungkin akan naik harganya dan ini akan serba sedikit menjejaskan kehidupan rakyat terutama sekali rakyat yang kurang mampu.

Kaola difahamkan beberapa tahun sebelum ini, satu kajian telah dibuat dan strategik-strategik telah dihuraikan dalam usaha untuk memperbaiki lagi sistem pengangkutan awam negara termasuk bas awam dan teksi. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ Sistem teksi yang pada masa ini khusus kepada sistem Dart, macam Grab di Malaysia telah memudahkan urusan dan telah diterima baik oleh orang ramai. Pertanyaan kaola, apakah perancangan yang terdahulu mengenai bas awam masih akan diteruskan? Jika ia masih lagi dalam pemikiran.

Kaola ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk mempercepatkannya dengan membukakan projek ini kepada pelabur tempatan atau asing yang mungkin berminat jika ada modal bisnes dan modal operasi yang sesuai yang mendatangkan faedah untuk pelabur berkenaan di samping syarikat yang akan menjalankan operasinya dapat memberikan khidmat yang dihasratkan.

Yang Berhormat Pengerusi, izinkan kaola menyentuh penggunaan pelekat cukai jalan (road tax). Pada penghujung tahun 2021, Negara Brunei Darussalam adalah negara yang pertama di rantau ini memperkenalkan cukai jalan kenderaan digital (digital road tax).

Ini bermakna Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) tidak perlu lagi mencetak pelekat yang lazimnya digunakan. Langkah transformasi digital ini disambut baik oleh berbagai pihak dan orang awam kerana ia telah memudahkan urusan orang ramai dan kalau dibuat perkiraan ia boleh mengurangkan perbelanjaan pihak kerjaan yang boleh mencecah sehingga $1 juta setiap tahun.

Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, road tax sticker ini hanya diperlukan maklumatnya semasa roadblock apabila Anggota Polis dan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) membuat pemeriksaan dan juga apabila terlibat dalam kemalangan.

Jika orang awam ingin mengetahui sama ada kenderaan tersebut mempunyai cukai yang sah, kita sudah ada kemudahan untuk mendapat maklumat tersebut daripada aplikasi Transport BN atau laman sesawang Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

Walau bagaimanapun, setelah beberapa bulan pada ketika itu, kita berbalik semula kepada tatacara lama, iaitu mencetak balik pelekat cukai jalan berkenaan dan dilekatkan balik di cermin depan kenderaan.

Baru-baru ini Malaysia telah memaklumkan dalam media yang negara berkenaan akan memperkenalkan kaedah tanpa pelekat road tax.

Pertanyaan kaola:-

  1. Kenapakah pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) berbalik semula kepada kaedah lama? Sedangkan ia telah disambut baik oleh orang ramai dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan;

  2. Adakah kaedah digital road tax ini akan kembali diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), mengambil kira langkah terkini negara jiran kitani.; dan

  3. Yang Berhormat Pengerusi mengenai dengan pengkorporatan. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi berpengalaman dalam pengkorporatan jabatan-jabatan kerajaan ke syarikat-syarikat korporat serta menubuhkan badan-badan pengawal selia yang bertanggungjawab ke atas pengawalseliaan dan perkembangan sektor berkenaan.

    Sebagai contoh adalah:-

    1. Pengkorporatan industri telekomunikasi yang membawa kepada penubuhan Authority for Info-Communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI); dan

    2. Pengkorporatan industri pelabuhan dan maritim dengan penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD).

Ini adalah pencapaian yang patut dibanggakan, kita dapat melihat pertumbuhan sektor telekomunikasi, pelabuhan dan maritim berikutan dengan usaha pengkorporatan ini.

Jika kita melihat di rantau ini kebanyakan negara-negara jiran sudah mempunyai badan pengawal selianya untuk industri pengangkutan baik untuk pengangkutan darat mahupun juga penerbangan awam. Sedikit contoh kaola kongsikan adalah seperti:-

  1. Land Transport Authority Singapore (LTAS) bagi sektor pengangkutan darat; dan

  2. Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) yang mengawal selia sektor penerbangan awam Malaysia.

Dalam hal ini, industri pengangkutan khususnya pengangkutan darat dan penerbangan awam mempunyai potensi untuk menyumbang kepada:-

  1. Pertumbuhan ekonomi negara;

  2. Pekerjaan untuk anak tempatan; dan

  3. Kesan spin off kepada penguasa tempatan.

Kaola berpendapat potensi dalam industri pengangkutan ini akan lebih dapat dimanfaatkan dan diraih sekiranya kita dapat begerak pantas sering dengan perkembangan pesat industri penerbangan awam serantau dan antarabangsa serta keperluan pengguna dalam pengangkutan darat.

Potensi ini boleh diraih melalui pengkorporatan. Pada masa yang sama, kerajaan tidak perlu lagi menyediakan perbelanjaan, ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan sekaligus mengurangkan defisit negara. Melalui pengkorporatan agensi-agensi berkenaan akan dapat melaksanakan fungsi pengawalseliaan, penguatkuasaan dan perkembangan industri dengan lebih pantas dan responsif.

Dalam hal ini, kaola ingin mendapatkan penjelasan:-

  1. Bilakah badan pengawal selia untuk pengangkutan darat dan penerbangan awam ini dapat ditubuhkan di negara ini?;

  2. Adakah sudah terdapat definitive timeline bagi penubuhan pengawal selia ini?; dan

  3. Setakat manakah sudah persediaan yang sudah dibuat?

Kenapa kaola memohon penjelasan ini adalah kerana koala merujuk peruntukan untuk Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada Tahun Kewangan 2023/2024 yang berjumlah $8.9 juta.

Pada hemah kaola, kutipan hasil tahunan mungkin 2 atau 3 kali ganda daripada peruntukan ini, ini kaola boleh takrifkan sebagai jabatan yang cash cow dan banyak potensi yang boleh meningkatkan pendapatan serta memperbaiki keberkesanan sistem dan proses.

Baru tadi kaola menyentuh mengenai pengangkutan bas awam yang perlu dibaiki dan digital road tax yang boleh menjimatkan kos. Kedua-dua perkara ini dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang lain akan terus berkembang jika Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dikopratkan.

Bagi penerbangan awam pula, peruntukan bagi tahun ini berjumlah $28.1 juta. Pada hemah kaola, kalau dilihat dari segi kutipan hasil, mungkin tidak sama dengan pencapaian Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

Ini kerana koala percaya ia disebabkan oleh perbelanjaan yang tinggi untuk pemeliharaan aset kerajaan berjumlah $12 juta. Jadi jika Jabatan Penerbangan Awam ini dikorporatkan, kaola juga percaya banyak saving yang kitani boleh raih darinya.

Yang Berhormat Pengerusi. Terkeduhung bekurapak mengenai Jabatan Penerbangan Awam. Kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya berkaitan incident pesawat Air Asia yang tergelincir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei tahun 2014 yang membawa krew dan penumpang yang menyebabkan landasan pesawat (runway) ditutup dan tidak beroperasi untuk beberapa tempoh.

Selepas incident pada waktu itu, semua penerbangan telah dialihkan, dilencongkan pendaratan seperti ke lapangan negara jiran. Dari incident berkenaan satu penyiasatan telah dibuat dan laporan mengenainya juga telah disediakan.

Soalan kaola:-

  1. Adakah cadangan atau rekomendasi dari penyiasatan berkenaan telah dilaksanakan?;

  2. Sejauh manakah ianya memperbaiki kesiapsiagan kitani dalam menghadapi incident seumpamanya di masa akan datang?

  3. Kalau pendaratan masih lagi boleh dilencongkan kepada lapangan terbang di negara lain yang sememangnya mengenakan kos yang sangat tinggi, tapi adakah kita sudah mempunyai contigency plan seperti membuat satu landasan tambahan (dual runway) bagi mengelakkan penutupan lapangan terbang negara yang hanya satu-satunya, jika kejadian yang sama berlaku lagi atau start emergency?

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi berkenaan dengan kemalangan jalan raya. Ianya adalah satu kejadian yang tidak kita semua ingini berlaku apatah lagi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Kaola percaya banyak sudah usaha dibuat sebelum ini dan ‫أْلحْمْدُ ِهلِل‬ turun juga kadar kemalangan dan khususnya kematian akibat kemalangan jalan raya dengan perkara ini.

Yang kaola perhatikan dan fahamkan, cara penguatkuasaan Anggota Polis dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sebelum ini adalah berkesan terutama sekali fokus kepada perangai atau kelibat pemandu yang berpotensi tinggi boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan seperti memandu memakai mobile phone, memandu dengan laju, tidak memakai seat belt, memandu dalam pengaruh alkohol.

Kesalahan-kesalahan itu dilaporkan di media dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pemandu yang lain dan sebagai kaedah deterrent.

Walau bagaimanapun dalam tempoh setahun atau lebih ini sehingga sekarang, jarang lagi kaola mendengar laporan ini untuk maksud memberi kesedaran itu dan yang paling ketara dan makin menjadi-jadi apabila kita driving, makin tia pulang berleluasa pemandu yang memakai mobile phone semasa driving.

Kaola percaya ini adalah kesan dari kurang atau yang tidak ada kempen penguatkuasaan bergerak yang seperti dahulu yang di buat oleh Jabatan Pengangkutan Darat menjadikan pemandu tidak rasa takut. Kaola faham dan mengakui kempen kesedaran dan pendidikan yang di buat selazimnya melalui seminar dan sebagainya adalah satu kaedah untuk jangka masa panjang.

Akan tetapi pemandu-pemandu ini bermacam-macam perangainya atau ulahnya dan ada yang tidak mendengar cakap atau amaran termasuk pemandu-pemandu dari negara asing, ‘rasa tercabar kaola, kalau orang asing sudah berani miani’. Jadinya, penguatkuasaan yang berkesan adalah jawapan kepada membendung kelibat memakai mobile phone ini.

Cadangan kaola, bolehkah tatacara penguatkuasaan yang dahulu yang berkesan atau mana-mana tatacara terkini yang difikirkan berkesan akan dapat dilaksanakan sebagai detterent agar pemandu yang ‘inda merati, matingal, teguran jangan pakai mobile ini supaya bisdurang ini berhenti’.

Dan yang terakhir, Yang Berhormat Pengerusi ialah mengenai dengan telefon. Kadang-kadang kitani sebagai parents sangat curiga, takut, cemas dan gusar mengenai telefon-telefon yang kadang-kadang ada iklan yang serta-merta yang pop-up, kadang-kadang masa dalam ceramah pun terkeluar juga.

Jadi parents sudah membuat barang-barang macam ini untuk mencegah tetapi jika benda itu sudah pop-up yang tiba-tiba terkeluar yang menjurus kepada minta maaf jika disebut seperti porno. Jadi apakah tindakan MTIC dalam menangani masalah seperti ini. Sebab sebagai parents, sudah memata-matai tetapi oleh kerana barang itu tidak dapat dielakkan dan di luar kuasaan parents, jadi ini adalah satu yang memberi takut juga.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan laluan kaola untuk menanyakan soalan dan memberi cadangan yang berhubungkait dengan MTIC di Dewan yang mulia ini dalam bulan yang penuh berkah Ramadhan. Kaola mohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa dan perkataan yang tidak elok didengar dan soalan yang banyak, maklumlah ini hanya setahun sekali Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola juga ingin mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan Ramdhan Kareem kepada Yang Berhormat Pengerusi. ‫ع َّنا‬ ُ ‫عفُ ٌّو ك َِريم تُحِ بُّ ْال َع ْف َو فَاع‬ َ ‫اللَّ ٌه ًّم اِ َّنك‬ ِ ِ‫ع ْن َجم‬ ‫يع ال ُم ْسلِمِ ين ِب َرحْ َمتِكَ َيا أ ْر َح َم‬ َ ‫ع ْن َوا ِلدِي َنا َو‬ َ ‫َو‬ ‫الراحِ مِ ين‬

Sekian, والسَّلام عليكم ورحمةُ اللهِ وبركاتُهُ. وبِهِلْلَةِ التوفيق والهداية.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi dan juga Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin atas soalan dan saranan yang telah dikemukakan.

Terlebih dahulu mengenai dengan Sistem Pengangkutan Awam sepertimana yang telah dikongsikan di dalam mukadimah kaola adalah perkara ini akan ditunduki semula lagi dengan nafas baharu yang mana betul perancangan yang telah dibuat dahulu pada 2014, perlu dikemaskinikan dan di review lagi. Ertinya ianya sudah melalui perederan zaman yang mana rekomendasi-rekomendasi yang telah dibuat tidak sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan.

Tetapi dari segi rancangan, ان شاء الله pada Tahun Kewangan 2023/2024 ini kita akan menghalusi lagi strategi kehadapan dan ان شاء الله kesempatan untuk membuat pelaburan pada tahun Rancangan Kemajuan Negara selanjutnya.

Selain daripada itu, diantara penambah-baikan yang telah dilaksanakan di dalam Sistem Pengangkutan Awam yang ada pada masa ini, setentunya adalah mengenai penambahbaikan bus stop dan juga bus poles dan seumpamanya. Tetapi apa yang diperolehi juga daripada maklumat daripada Bus Passenger Information System yang diperolehi, salah satu maklumat yang sangat mengambil perhatian kaola adalah bahawa daripada 29 buah bas yang beroperasi pada masa ini, purata pendapatan daripada setiap bas itu hanyalah $24.00 sehari. Jadinya itulah salah satu cabaran yang perlu diatasi mengenai dengan volume penumpang yang boleh menjana sistem yang berdaya tahan.

Selain daripada itu, mengenai dengan road tax. Betul, semasa wabak COVID-19. System Digital Roadtax telah diperkenalkan. Itu telah diperkenalkan semasa waktu pandemic. Sepertimana yang saya kongsikan juga, apabila kita memperkenalkan sistem digitization ini, ia mestilah end to end.

Dari segi apakah tujuan road tax tersebut selain daripada digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat, ianya juga adalah sebagai sumber reference bagi perkhidmatan-perkhidmatan keselamatan di negara ini. Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Darat dan Kementerian Infokomunikasi dan Komunikasi sedang memantapkan lagi System Digital Roadtax ini sebelum ianya diperkenalkan semula lagi.

Jika kita merujuk kepada apa yang dilaksanakan di negara jiran kita dari segi perundangan sama juga seperti negara kita, dari segi perundangan, ianya masih lagi diperlukan akan tetapi ia tidak dikuatkuasakan. Itu lah aturan yang juga telah kita gunakan semasa pandemik COVID-19 sebelumnya, yang mana perundangan masih memerlukannya akan tetapi ianya tidak dikuatkuasakan.

Oleh yang demikian, the way forward adalah untuk menyelaraskan dari segi perundangan, teknologi dan juga apakah tujuan asal kita memperkenal kan road tax dengan ciri-ciri keselamatan tersebut. Adakah hasrat asal itu masih dapat dicapai dengan kaedah yang terkini.

Berhubungan dengan pengkopratan Jabatan Pengangkutan Darat dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa atau Jabatan Penerbangan Awam, sememangnya sepertimana Yang Berhormat telah mengongsikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mempunyai sejarah dan berjaya untuk mengkopratkan beberapa jabatan-jabatannya.

Dan sepertimana yang saya kongsikan juga, ‫ان شاء هللا‬ jabatan yang akan dikopratkan selanjutnya yang mana dalam perancangan adalah Jabatan Perkhidmatan Pos. Pada setiap tindakan pengkopratan ini, ianya mestilah dilaksanakan secara teratur terutama sekali apabila melibatkan hal ehwal kakitangan pekerja dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, memang hasrat untuk menjadikan Jabatan Penerbangan Awam mahupun Jabatan Pengangkutan Darat lebih efficient tetapi pengkopratan adalah salah satu cara daripadanya, tetapi usaha akan terus dibuat kearah menjadikan jabatan-jabatan tersebut walaupun belum dikopratkan, penambah baikan akan terus dilakukan, jangan saatnya menunggu pengkopratan tidak dilakukan sebarang penambah baikan sementara waktu itu.

Jadinya, dari segi keutamaan pada masa Tahun Kewangan 2023/2024 ini, keutamaan akan diberikan Jabatan Perkhidmatan Pos sebelum kita menunduki lagi untuk mengkopratkan jabatan-jabatan yang lain selayaknya.

Berhubung dengan kemampuan Lapangan Antarabangsa untuk bertindak mengatasi apa jua kecemasan. Jabatan Penerbangan Awam pada masa ini ada sudah terdapat emergency respond plan dan business continuity plan yang masing-masing pada masa ini. Ianya juga telah mengambil kira akan pengalaman-pengalaman daripada insiden-insiden yang terdahulu.

Sebagai contoh juga Jabatan Penerbangan Awam juga telah membeli kapabiliti untuk aircraft recovery yang mana telah terbukti diperlukan semasa insiden Air Asia yang lalu. ‫أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬ Jabatan Penerbangan Awam telah sudah mempurchase peralatan tersebut dan beberapa pegawai juga telah dihantar untuk menghadiri kursus-kursus untuk menggunakan jentera-jentera tersebut dan juga tatacara aircraft recovery.

Dari segi mengadakan second runway, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada masa ini menunduki airport master plan yang mana sedang direview. Pada masa ini, perancangan untuk membuat second runway itu belumlah ada kerana ia melibatkan penglibatan kos dan juga menjejaskan kawasan-kawasan atau tanah-tanah yang berhampiran airport yang mungkin perlu digantikan.

Dalam hubungan itu, selain daripada menubuhkan second runway, tatacara-tatacara yang lain juga difikirkan yang mungkin masih dapat memastikan business continuity lapangan antarabangsa tidak terjejas begitu lama sekiranya apa-apa jua berlaku insiden. Dalam hubungan ini, beberapa senario kecemasan atau business continuity traits telah diambil kira dan ‫ان شاء هللا‬ akan dikemaskinikan atau direview lagi dari masa ke semasa. ‫ان شاء هللا‬. latihan-latihan emergency atau business continuity akan diadakan dari masa ke semasa.

Berhubung dengan insiden-insiden kemalangan jalan raya. ‫أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬ sepertimana Yang Berhormat memaklumkan dari segi jumlah kemalangan dan juga statistik kehilangan ‫أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬ telah menurun dari setahun ke setahun kecuali ada blip pada tahun lepas. Usaha berterusan dijalankan oleh MKKJR yang mana lima keutamaan utama pada tahun ini adalah untuk menguatkuasakan atau memberi priority kepada penguatkuasaan khususnya daripada masalah speeding.

Tidak dinafikan kebanyakan insiden-insiden kemalangan yang berlaku, punca utama adalah memandu dengan laju selain daripada memakai telefon bimbit. Cuma ‘kejarangan’ evidence seseorang itu memakai telefon bimbit kecuali selepas berlakunya insiden, pihak polis akan meneliti sama ada telefon bimbit telah digunakan sebelum kejadian kemalangan tersebut.

Kedua, akan ditumpukan kualiti driving schools’ yang mana ingin diterapkan sepertimana Yang Berhormat telah maklumkan mengenai budaya cara memandu. Ini adalah salah satu priority yang ditekankan pada tahun ini untuk menumpukan lagi dari segi kualiti driving schools dan juga silibus-silibus yang diterapkan ke dalam sekolah memandu.

Mengenai content management. Pada masa ini terdapat jawatankuasa yang menumpukan in terms of content management dan dari segi jika jabatan-jabatan kerajaan atau pihak membuat aduan mengenai websites atau yang kurang senang dimasuki atau telah menunjukkan popups. Akan tetapi, kebanyakkannya controls adalah pada device itu sendiri dan juga selalunya dengan sistem AI usually popups itu timbul, barangkali ada history juga melalui sites tersebut.

Perlulah kita clean up the device itu sendiri daripada ada cookiesnya atau cachenya because ia daripada special adverts menggunakan sistem AI dan melihat sites pernah dilawati dan ertinya kita berminat dan ia akan automatically mencadangkannya.

Oleh yang demikian, dari kegiatan AITI dan juga CSB, beberapa nasihat-nasihat kepada para pengguna devices ini sering dikeluarkan dan disarankan juga ada peminta nasihat untuk menghubungi pihak AITI dan CSB yang more than happy untuk memberi cadangan dan nasihat bagaimana untuk memblok sites tersebut dari muncul pada devices individu masing-masing.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi sebagai ringkas jawapan kaola.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ salam sejahtera dan selamat berpuasa bagi yang mengerjakan puasa pada hari ini.

Lebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berkenaan dengan hala tuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di dalam mengurus belanjawan bagi tahun 2023. Semoga apa-apa yang dirancangkan akan mencapai kesempurnaan yang diharap-harapkan, ‫ان شاء هللا‬.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ada tiga perkara yang akan disampaikan di sini:

  1. Kaola menyentuh berkenaan dengan Perkara SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat. Sehingga kini Daerah Temburong masih belum lagi terdapat kemudahan pemeriksaan kenderaan berkomputer. Walaupun pada dahulu memang ada dari Jabatan Pengangkutan Darat. Sepertimana yang kita sedia maklum, kenderaan-kenderaan yang berusia 7 tahun ke atas dimestikan untuk mengadakan pemeriksaan teknikal terhadap kenderaan mereka bagi memperbaharui cukai jalan (road tax). Keadaan ini menimbulkan masalah kepada penduduk Daerah Temburong kerana terpaksa memandu jauh ke pusat-pusat pemeriksaan kenderaan di kawasan bandar bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

    Justeru itu, kaola mencadangkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Darat dapat memberi pertimbangan agar Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer ini dapat diadakan di Daerah Temburong sama ada dikendalikan oleh pihak kerajaan ataupun syarikat-syarikat yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat.

  2. Kaola ingin menambah perkara yang dibawakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin tadi mengenai road tax, iaitu dengan isu kualiti pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan meninggalkan bekas pada cermin kenderaan.

    Apakah pihak Jabatan Pengangkutan Darat mempunyai rancangan untuk menambah baik kualiti pelakat cukai jalan dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama?

  3. Kaola menyentuh mengenai Jabatan Pelabuhan yang sudah diswastakan sepenuhnya, yang mana dahulunya sebahagian besar kakitangannya terdiri daripada anak tempatan yang telah pun bertugas sekian lama di Jabatan Pelabuhan. Pekerja di Bahagian Kapal tuck boat, pilot boat dan gudang-gudang di pelabuhan ketika ini ditempatkan di mana-mana jabatan kerajaan yang memerlukan dan sebilangan daripadanya masih bertugas di tempat yang sama di bawah pentadbiran pihak swasta dan merasakan pengorbanan dan pengalaman bertugas bersama pihak kerajaan tidak dihargai. Yang mendukacitakan lagi, ada di antara mereka dipindahkan ke jabatan-jabatan kerajaan dengan bidang tugas yang berlainan dan beban dengan tugas-tugas baharu yang merumitkan.

    Apakah pihak-pihak berkenaan maklum dengan perkara ini dan apakah usaha-usaha yang diambil sebelum menswastakan jabatan kerajaan terutama sekali di dalam memelihara hal ehwal kakitangan awam. Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat atas pertanyaan yang diajukan terutama sekali mengenai Pusat Pemeriksaan Kenderaan di Daerah Temburong.

Terima kasih atas cadangan tersebut yang mana memang dalam pemikiran Jabatan Pengangkutan Darat untuk mewujudkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan di Daerah Temburong untuk kesenangan penduduk-penduduk Daerah Temburong.

Dalam hubungan ini, dari segi proses tawaran tersebut akan disusuli atau direbiu semula kerana berdasarkan kaedah yang lama, tidak ada syarikat-syarikat atau bengkel kenderaan yang memohon untuk beroperasi di Daerah Temburong tetapi dengan dasar untuk mewujudkan satu pusat di Daerah Temburong, kaedah sama ada syarikat yang mewujudkan perkhidmatan di Daerah Brunei Muara dapat juga turut diberi peluang untuk menyediakan perkhidmatan tersebut di Daerah Temburong.

Untuk menjadi stesen pemeriksaan kenderaan tersebut, setentunya adalah memerlukan keperluan-keperluan dan pada masa ini, Jabatan Pengangkutan Darat juga mengemaskinikan piawaian pusat-pusat pemeriksaan ini bukan sahaja untuk Daerah Temburong tetapi seluruh negara supaya kualiti perkhidmatan dan juga kecekapan dan integriti pusat-pusat tersebut dapat ditunduki dari semasa ke semasa.

Berhubung dengan pelekat cukai jalan raya sepertimana juga dalam jawapan kaola kepada soalan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin tadi, in terms of jenis atau pelekat road tax pada masa ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mana memang ia tidak tahan maka tidak senang untuk dimudah alih.

Kalau dibuka, ia melekat pada cermin dan itu sebenarnya adalah salah satu ciri keselamatan mengatasi masalah dahulu di mana orang memindah-mindah road tax ke kenderaan-kenderaan lain. Ia tidak tahan itu adalah merupakan ciri keselamatan akan tetapi sepertimana dikongsikan, kita akan menunduki lagi kaedah yang lebih baik dari segi konsep pendigitalan ini mungkin akan diperkenalkan digital twinning yang mana maklumat mengenai road tax tersebut terdapat dari segi digital dan setiap pemandu pemilik kenderaan hanya dikehendaki untuk mencetak sendiri road tax tersebut untuk dibawa seperti tiket penerbangan pada masa ini. Itulah pemikiran awal the way forward mengenai road tax tersebut.

Seterusnya, mengenai hal ehwal kakitangan awam khususnya bagi jabatan kerajaan yang telah diswastakan. Dalam hubungan ini khususnya, kepada Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Laut kepada Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPBD), kaola mengambil maklum akan perkara tersebut.

Untuk makluman, dalam proses peralihan daripada Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Laut, untuk digabungkan menjadi MPBD, pihak kerajaan telah memastikan mana-mana pegawai dan kakitangan tersebut akan dapat diserapkan di MPBD tidak akan terjejas atau mengalami kerugian, keistimewaan dalam perkhidmatan.

Usaha-usaha untuk memastikan pegawai-pegawai dan kakitangan yang dipindah ke jabatan kerajaan yang lain telah dilaksanakan secara terperinci untuk sekurang-kurangnya mendapat keistimewaan yang sebanding atau lebih baik daripada jawatan asal, no worst of policy.

Dalam perancangan untuk menswastakan jabatan kerajaan, selain daripada memastikan entiti itu berdaya saing atau berdaya tahan, perkara yang diutamakan adalah juga mengenai hal ehwal sumber tenaga manusia tersebut di mana selalunya diadakan sesi town hall dan juga perundingan one to one session bersama pekerja tersebut.

Mengambil kira juga akan keperluan kakitangan untuk reskill atau retrain, proses peralihan tersebut juga telah dilakukan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan pengalaman pegawai-pegawai tersebut. Walau bagaimanapun, dalam hal yang telah dibangkitkan oleh

Yang Berhormat, mungkin you know, ada baiknya perkara ini ditunduki dari case by case basis. Tetapi dari segi dasar, memang hal ehwal kakitangan ini memanglah dipemedulikan terutamanya dari segi tidak worse off dan tidak kehilangan pekerjaan. Itulah selalunya dasar yang digunakan apabila melaksanakan pengkorporatan ini.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang untuk kaola membincangkan cadangan belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Kaola juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang hadir di Dewan ini. ‫بسم هللا‬ ‫ الرحمن الرحيم‬.

Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat. ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ال‬ dan salam sejahtera. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas mukadimah yang begitu padat dan terperinci.

Kaola mengucapkan tahniah dan syabas atas inisiatif-inisiatif Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi tersebut.

Sebenarnya, kaola ada banyak perkara yang ingin kaola bentangkan cuma kaola menghormati nasihat Yang Berhormat Pengerusi supaya kita fokus dan ringkas sahaja.

Oleh itu, kaola akan menyuarakan 3 atau 4 perkara sahaja untuk pencerahan mahupun cadangan.

  1. Mengenai sistem pengangkutan awam. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam mukadimahnya tadi telah pun membentangkan secara panjang lebar mengenai sebahagian pembaikan yang akan dilaksanakan. Rakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin telah pun menyuarakan mengenai perkara ini dengan panjang lebar juga. Maka kaola tidaklah ingin berpanjang lebar untuk membincangkan tajuk ini.

    Cuma kaola akan bertanya saja. Kaola kalau tidak silap beberapa tahun yang lalu sejumlah $30 juta telah pun disediakan untuk memperbaiki dan memajukan sistem pengangkutan awam ini yang mana menurut Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi tadi perlu di revisit untuk menyelaraskan dengan keperluan pada masa ini.

    Cuma pada Tahun Kewangan 2023/2024 ini, kaola perhatikan dalam Tajuk 1107-001 di bawah Jabatan Pengangkutan Darat, sistem pengangkutan awam ini hanya diperuntukan sebanyak $750 ribu dan harga rancangan sebanyak $5 juta.

    Oleh itu, kaola ingin mengetahui adakah bajet yang disediakan ini mencukupi bagi inisiatif-inisiatif Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memantapkan kecekapan sistem pengangkutan awam ini secara menyeluruh? Kita tidak mahu pembaikan sistem pengangkutan awam ini akan terkebelakang atau terlambat lagi perlaksanaannya disebabkan oleh kekurangan peruntukan.

  2. Sebagaimana yang dimaklumi, kedudukan Negara Brunei Darussalam mempunyai beberapa competitive advantages termasuklah rakyat yang berpendidikan dan peramah yang sebahagian besarnya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan juga rahmat dan nikmat perlindungan ‫هللا سبحانه‬ ‫ وتعالى‬kurniakan kepada negara dengan kedudukan geografinya terlindung daripada natural calamities, ‫حمد ّلِل‬ ْ َ َ ‫أل‬.

    Kaola hanya ingin mengajukan cadangan supaya kita meneliti kemungkinan untuk menggunakan advantages ini bagi mengadakan Disaster Centre for Security Storage dan mungkin juga menjadi call centre untuk rantau ini ataupun beyond. Ini setentunya boleh membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan baharu bagi pencari-pencari pekerjaan.

Seterusnya, kaola tertarik dengan satu projek di bawah Jabatan Penerbangan Awam iaitu 003/001 untuk menjadikan lapangan terbang di kedudukan 100 teratas - perkhidmatan Aerodrone. Untuk itu sebanyak B$7.4 juta dicadangkan untuk Tahun Kewangan 2023/2024.

Yang Berhormat Menteri telah menerangkan sebahagian projek yang akan dilaksanakan dalam Tajuk ini. Kaola memohon pencerahan sahaja, pada waktu ini ditangga ke berapakah kedudukan negara ini dan apakah strategic advantages yang dapat diraih dari kedudukan teratas ini? Misalnya dari segi peningkatan pendapatan hasil ataupun penggunaan lapangan terbang dan sebagainya.

Kaola perhatikan target pendapatan dari sektor Pengangkutan Udara untuk tahun 2023/2024 hanyalah sebanyak B$9 juta sahaja. Ini mungkin kerana jumlah kapal terbang dan pelawat-pelawat yang menggunakan lapangan terbang antarabangsa adalah terhad.

Kaola ingin mengetahui, apakah cara yang lebih efektif untuk membanyakkan lagi penggunaan dan aktiviti lapangan terbang ini?. Kaola perhatikan syarikat penerbangan yang banyak menggunakan lapangan terbang ini hanyalah RB dan beberapa syarikat negara-negara jiran. Adakah usaha-usaha telah diterokai untuk menjemput lebih banyak regional airlines ataupun international airlines menggunakan kemudahan lapangan terbang ini?

Yang terakhir ialah mengenai inisiatif Transformasi Digital dan Connected Smart Nations yang dipelopori oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. ‫ألَحْمُدُ ِهّلِل‬ satu usaha yang baik dan patut disokong kerana ia akan lebih memudahkan pemberian perkhidmatan yang lebih efisien, cekap dan telus.

Kaola ingin bertanya, di manakah kita masa ini dari segi pencapaiannya setakat ini, adakah third party assessment telah dibuat untuk menilai keberkesanannya on the ground terutamanya bagaimanakah inisiatif ini dapat complement atau menjadikan environment negara lebih pro-bisnes.

Seperti program-program yang terdahulu, cabaran yang paling berat ialah dari segi softwarenya iaitu human factor. Sila betulkan kalau kaola salah, sebagaimana yang kita sedia maklum semenjak 10 tahun ke 15 tahun yang lepas kerajaan telahpun membelanjakan hampir B$1 bilion bagi computerization program termasuk menyediakan infrastruktur sebagai langkah untuk memperkesankan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai termasuk juga untuk menuju ke arah paperless society.

Namun apa yang kita lihat masa ini, kita masih belum mencapai hasrat ini sepenuhnya. Jadi kaola ingin mengetahui apakah cara terbaik yang berlainan dari yang sudah-sudah dari segi perancangan, pelaksanaan dan koordinasi kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain yang meyakinkan kita untuk mencapai hasrat ini.

Dalam erti kata yang lain, kaola ingin mengetahui apakah langkah-langkah strategik kementerian dan agensi-agensi yang lain dalam kerajaan untuk mensejajarkan kemajuan hardware dengan perkembangan softwarenya itu iaitu dari segi mengadakan change management and capacity building yang berterusan bukan saja bagi pegawai-pegawai yang terlibat dan pihak-pihak yang berkepentingan malahan kepada penuntut-penuntut supaya mereka sentiasa future-ready dan industry-ready serta sistem digitalization negara akan memupuk dan membentuk penuntut-penuntut berfikiran secara holistik, strategik dan taktikal.

Kaola bersependapat dengan Yang Berhormat Menteri, ini akan memerlukan perubahan kepada mindset semua pihak yang berkepentingan. Perkara ini memerlukan koordinasi yang kukuh dan mantap semua pihak termasuk juga pihak swasta dalam menyambut inisiatif ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan.

Mengenai dengan Sistem Pengangkutan Awam, di mana dikongsikan sebelumnya sebanyak belanjawan $30 juta telah diperuntukkan. Dasar atau strategi asal bagi peruntukan tersebut telah berubah, ada sedikit perubahan dari segi pelaksanaannya dan juga dari segi governance mengenai projek tersebut.

Pemikiran asal bagi projek tersebut adalah pihak kerajaan yang membelanjakan pembelian bas-bas pengangkutan awam dan modal operasi itu didapati mungkin tidak sustainable going forward. Maka dalam hubungan itu, sepertimana yang dimaklumkan pihak kementerian akan menunduki semula lagi strategi dengan modal bisnes yang berbeza.

Dari segi soalan mengenai dengan sama ada peruntukan yang terdapat pada masa ini mencukupi atau tidak untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang dihasratkan, short answernya tidak. Tetapi peluang yang diberikan dengan penundaan RKN yang dilanjutkan lagi RKN 11 pada setahun, ianya memberi peluang kepada kementerian kaola untuk menunduki semula lagi rancangan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam sepertimana yang dikongsikan di dalam mukadimah tadi.

Mengenai dengan competitive advantage dari segi negara kita, sememangnya pada masa ini di antara competitive advantage yang terdapat dari segi industri maritim memandangkan Teluk Brunei menyediakan satu anchorage area yang selamat. Salah satu perancangan adalah untuk mewujudkan anchorage services di kawasan Muara dan ‫ ان شاء هللا‬akan dapat menarik industri-industri perkapalan serantau untuk menggunakan services anchorage di Pelabuhan Muara tersebut. Itulah salah satu contoh mana kita melihat di mana ada competitive advantage negara dan macam mana kita boleh take advantage mengenainya.

Seperti juga dengan diambil baik cadangan Yang Berhormat mengenai dengan kemungkinan negara kita dapat digunakan sebagai call centre dan juga disaster recovery centre. Sememangnya pihak kementerian mengalu-alukan industri tempatan untuk menwujudkan kemudahan-kemudahan seperti data centre dan cloud system yang mungkin dapat dimarketkan kepada pengguna-pengguna di luar negeri untuk menggunakannya. Itu memangnya adalah satu perkara yang diaju-ajukan.

Berhubung dengan kemajuan di lapangan terbang antarabangsa. Pada masa ini usaha-usaha mengenai dengan aerodrome, kedudukan kita pada masa ini sukacita memaklumkan bahawa negara kita pada masa ini ditangga 217 di antara 450 airports ikut serta dalam survey tersebut.

Pada masa yang sama, in terms of sukat-sukat yang digunakan untuk memajukan lagi lapangan terbang antarabangsa adalah untuk turut serta dalam 3-star rating atau Skytrax ranking bagi lapangan terbang antarabangsa.

Jadinya, perkhidmatan yang kita sediakan itu terdapat kriteria atau boleh dibenchmark di mana terdapat 39 kriteria yang perlu diisi untuk ikut serta didalam Skytrax ranking tersebut.

Dan seterusnya, seperti mana yang dikongsikan memang perancangan untuk memperbaiki kedudukan negara kitani lapangan terbang antarabangsa kitani untuk menjadi regional hub sama ada penumpang dan juga cargo.

Rundingan-rundingan juga telah diadakan bersama contohnya penerbangan Royal Brunei Airlines mengenai dengan menyediakan perkhidmatan pakej umrah dan seumpamanya untuk memfeed penerbangan RB dan juga menggunakan kapal terbang antarabangsa sebagai transit areas bagi laluan-laluan tersebut. Itulah diantara-antara perkara yang ditunduki.

Mengenai dengan isu kedudukan digitalization negara kita pada masa ini, memang setelah MTIC menduduki perancangan pada masa ini seperti mana yang dikongsikan mukadimah, kebanyakannya perkara yang perlu ditunduki adalah on the soft side of things dari segi sumber manusia, dari segi kemampuan dalam design capacity, project management dan juga sepertimana yang pihak Yang Berhormat sedia maklum change management because apa yang dikongsikan dalam mukadimah pendigitalan ini adalah merupakan juga memerlukan perubahan mindset dan juga perubahan tatacara kerja.

Itu adalah perkara yang penting bagi as a case for success, memerlukan setiap aspek tersebut. Tidak dapat dinafikan kita telah dapat membuat banyak pelaburan ataupun perbelanjaan mengenai dengan sistem-sistem tetapi kebanyakannya tidak mencapai hasrat yang dihasratkan dari awal disebabkan oleh kekurangan follow-up or follow-through daripada segi change management tersebut.

Itulah sahaja dulu yang dapat kaola kongsikan dan ‫ ان شاء هللا‬detail-detail selanjutnya akan dikongsikan selepas ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan salam sejahtera. Sebelum melanjutkan soalan dan cadangan, kaola ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan kepada semua.

Terlebih dahulu, kaola ingin juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Authority for Info-Communication Technology Industry (AITI) ke atas pengenalan langkah kerja kecekapan industri ICT Brunei, iaitu Brunei ICT Industry Competency Work yang merupakan sumber yang berguna untuk profesional ICT dan individual yang ingin mengejar kerjaya dalam bidang ICT.

Menurut laporan Digital 2023, penggunaan media sosial di Brunei Darussalam adalah yang keempat tertinggi di dunia dalam nisbah populasi dengan 94.4%. Walaupun Brunei telah mencapai tahap penggunaan media sosial yang tinggi, adalah penting untuk mengakui bahawa penggunaan media sosial dan literasi digital adalah tidak sama.

Penggunaan media sosial merujuk kepada sejauh mana orang menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi, bersosial dan berkongsi maklumat. Manakala, literasi digital adalah keupayaan untuk menggunakan teknologi secara efektif dan selamat. Ia bukan hanya tentang keupayaan untuk menggunakan alat dan platform yang diperlukan oleh teknologi.

Oleh itu, kaola ingin mengajukan dua soalan di bawah Tajuk SN09A Kod 003/001 Pembangunan Kompetensi. Apakah ada perancangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk membangunkan rangka kerja kecekapan digital atau Digital Competency Framework untuk menilai literasi digital rakyat? Rangka kerja seperti ini boleh memainkan peranan penting dalam mempromosi inclusivity digital dan meningkatkan kemahiran ICT rakyat kita.

Selain itu, kaola ingin tahu kenapa Brunei tidak tersenarai dalam Network Readiness Index iaitu NRI? NRI adalah laporan tahunan yang dihasilkan oleh World Economic Forum yang menilai kesiapan negara untuk memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi ICT demi meningkatkan daya saing dan kesejahteraan. Bolehkah kementerian mengongsikan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Brunei tersenarai di bawah NRI pada masa hadapan? Penyeneraian di bawah NRI akan menjadi penanda aras penting untuk mengukuh kemajuan kita dan membandingkan prestasi kita dengan negara-negara lain.

Soalan seterusnya adalah dibawah Tajuk SN01A Kod 004/001 Pengurusan Keselamatan Cyber untuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Menurut statistik terkini yang diterbitkan oleh BruCERT ada merekodkan hampir 3,000 serangan cyber pada tahun 2018 dan tiga jenis insiden cyber yang paling biasa adalah malware, online scams dan phishing. Selain itu, kebanyakan mangsa dalam talian adalah individual yang berusia di atas 60 tahun.

Terdapat kes jua di mana pesara yang baru menerima pencen menjadi sasaran penipu. Dengan peningkatan AI Powered Tools seperti chatbox dan machine learning algorithm, penjenayah cyber dapat mencetak emel phishing yang sangat menyakinkan dan bentuk penipuan dalam talian lain yang lebih sukar dikenal pasti dan ditendang.

Terdapat keperluan madrasah untuk mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan keselamatan cyber dan melindungi daripada ancaman cyber. Ini termasuk pengguna, penggunaan pengesahan multifactor dan perisian keselamatan yang terkenal dan terkini oleh pembekal perkhidmatan. Penting bagi menyedia perkhidmatan untuk mengambil tanggungjawab memastikan keselamatan sistem dan data mereka dan mengamalkan amalan terbaik keselamatan cyber untuk melindungi pengguna daripada ancaman-ancaman jenayah cyber yang semakin meningkat.

Bolehkah kementerian mengongsikan rancangan untuk menangani cabaran yang semakin berkembang ini? Terutama dalam golongan yang terdedah seperti warga emas. Pada pendapat kaola, adalah penting, negara mempunyai rangka kerja kecekapan digital untuk mengenalpasti tahap kecekapan digital rakyat Brunei dan membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran digital di negara ini.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih jua pada Yang Berhormat Dayang Yong Chin Yee bagi soalan-soalan tersebut.

Pertama kali, kaola menyambut baik atas saranan beberapa Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan soalan dan saranan yang berhubung kait dengan literacy digital rakyat atau pun index digital. Kaola menyambut baik jua cadangan Ahli Yang Berhormat bagi membangunkan Digital Competency Framework dan perkara ini akan diteliti lagi.

Walau bagaimanapun, MTIC melalui agensi di bawahnya ada mengadakan beberapa inisiatif dalam mempromosikan inclusivity digital dan dalam meningkatkan kemahiran ICT bagi rakyat.

Perkara ini juga ada kaola sentuh dalam mukadimah yang awal tadi yang mana terdapat beberapa inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran ICT bagi rakyat contohnya adalah Program Celik ICT atau ICT Savviness Program yang dianjurkan oleh pihak AITI yang bermula pada tahun 2017 dengan tujuan untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan penggunaan ICT bukan sahaja dalam kehidupan seharian tetapi juga menggalakkan orang ramai berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Program ini memperkenalkan bengkel-bengkel pendek kepada wakil-wakil Majlis Perundingan Kampung seperti Wed Designing, Go Live, pemasaran secara digital, Literacy Digital Asas dan program telah mendapat sambutan yang baik di kalangan Majlis Perundingan Kampung yang mana program ini akan dilanjutkan dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2019/2022, pihak AITi juga mengadakan bengkel dan memfokuskan kepada penggunaan aplikasi e-Dagang. Tujuannya adalah untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat untuk membuat transaksi iaitu jual beli secara dalam talian.

Di antara module yang diperkenalkan di dalam bengkel ini adalah mengggunakan platform e-Dagang seperti membeli dan menjual produk secara dalam talian, tip-tip keselamatan dalam talian, pengenalan kepada mudah alih seperti Que Up dan Dart. Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram dan Literacy Digital Asas seperti penggunaan Microsoft Office, Word, Power Point dan Publisher.

Latihan dianjurkan oleh AITi mengenai dengan pameran Digital Skills Training juga disasarkan kepada 3 kumpulan iaitu Pusat Kegiatan Warga Emas, Kumpulan Ibu-Ibu Tunggal dan Majlis Perundingan Kampung. Program ini dibahagikan kepada 2 bengkel iaitu bengkel mengenai dengan e-Dagang dan Bengkel Pemasaran Secara Digital.

Seterusnya, kajiselidik ICT bagi rumahtangga dan perniagaan juga telah dilakukan. Inisiatif ini adalah bagi menilai tahap literasi digital dan penggunaan ICT di kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam melalui kaji selidik bagi rumahtangga yang diadakan setiap 3 tahun.

Kaji selidik terkini telah diadakan pada penghujung tahun 2022. Dikongsikan penemuan awal dari kajiselidik tesebut seperti berikut:

  1. Sebanyak 54% daripada responden mempunyai basic ICT skills atau kemahiran asas.

  2. Sebanyak 61% daripada responden adalah di tahap standard skills atau kemahiran standard. Iaitu kemahiran menggunakan formula arithmetic asas dalam Spreadsheets seperti Excell, menyambung dan memasangkan perentie yang baharu, mencipta bahan pembentangan dengan perisian seperti Power Point.

  3. 23% daripada responden adalah di tahap advance level atau kemahiran lanjutan.

In sha Allah, hasil kaji selidik berkenaan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini setelah kerja-kerja penganalisaan data selesai dan dikemaskinikan. Dari laporan kaji selidik pada tahun 2019 di dapati sebanyak 95% daripada responden menggunakan internet setiap hari.

Seterusnya mengenai dengan pengemaskinian ke atas Key Success Measures berhubung dengan Digital Competency yang mana adalah juga terkandung di dalam Digital Economy Master Plan. Oleh yang demikian, ianya adalah sebagai pemboleh dari segi untuk melengkapi sekurang-kurangnya kemahiran ke atas asas digital adalah tercapai bagi mensyorkan negara kita menjadi digital in future ready society.

Tidak dinafikan juga, di antara usaha adalah untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mana dapat menterapkan kemahiran ICT dengan lebih awal di tahap pendidikan rendah.

Seterusnya mengenai dengan soalan kedua iaitu mengenai kenapa Brunei tidak tersenarai di dalam Network readiness Index (NRI)? Untuk makluman Yang Berhormat, Negara Brunei Darussalam pernah tersenarai di dalam NRI iaitu pada kali terakhirnya pada tahun 2014 di mana kedudukan negara kita ialah di tangga 45 daripada 148 ekonomi.

Pada tahun-tahun berikutnya pula Negara Brunei Darussalam tidak tersenarai memandangkan data tidak mencukupi dan masih belum bersedia lagi termasuk untuk diukur dalam NRI. Ini adalah termasuk sukatan mengenai high tech, medium high-tech manufacturing, komitmen kepada Jet Hub, Future Technologies termasuk investments di dalam Emerging Technologies dan robot density, AI Scientific Applications dan seumpamanya.

Dalam pada itu, pihak AITi dan MTIC akan merujuk dan menggunakan indeks antarabangsa yang bersesuaian sebagai benchmark dan bahan rujukan untuk mengukur tahap perkembangan ICT. Antaranya ialah:

  1. Sebagai ICT Development Index di bawah International Telecommunications Union (ITU);

  2. e-Government Development Index (EDI) di bawah United Nations;

  3. Digital Skills Index dan dibawah inisiatif Asia Pacific Economic Cooperation Negara Brunei Darussalam adalah ahli kepada organisasi tersebut.

Di bawah e-Government Development Index, negara telah mencapai kedudukan di tangga ke-68 daripada 193 pada tahun 2022. Antara yang diukur adalah tahap modal insan disamping perkembangan infrastrutur dan komunikasi dalam talian.

Digital Skills Gap Index (DSGI) adalah dibawah Asia Pacific Economic Cooperation yang meneliti kedudukan 134 ekonomi dalam kesediaan sesebuah ekonomi dalam kemahiran digital yang diperlukan untuk pertumbuhan yang mampan pemulihan dan kemakmuran. Pada laporan DSGI 2021, Negara Brunei Darussalam telapun mendapat score 6.1 di tangga 32.

Ke arah untuk meningkatkan ketersediaan data atau open data readiniess adanya keperluan untuk meningkatkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan untuk meneliti akan keberkongsisama data-data di bawah kementerian dan jabatan masing-masing.

‫ان شاء هللا‬, inisiatif ini akan dipertingkatkan lagi agar institusi-institusi antarabangsa mahupun penduduk dan pelajar sekolah akan dapat mengetahui dan mendapat akses kepada data secara terbuka. Pihak AITi dan MTIC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan untuk meneliti indeks antarabangsa yang dapat diikuti dan digunakan sebagai benchmark kepada kesediaan industry ICT negara.

Ini adalah termasuk penyelerasan data dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan. Tambahan pula melalui kaji selidik ICT bagi rumahtangga dan peniaga yang dijalankan AITi beberapa elemen yang merangkumi network readiness index telah dimasukkan ke dalam kaji selidik tersebut seperti:

  1. Access. People’s fundamental access level to ICT in countries including issues about communications infrastructure and afford abilities;

  2. Individuals. How individuals use technology and leverage the skills to participate in the network economy;

  3. Businesses. How businesses use ICT and participate in the network economy including their spending on R&D;

  4. Governments. How governments use invests in and deploy ICT for the benefit of the general population; dan lain-lain lagi.

Seterusnya mengenai dengan soalan ketiga di bawah Tajuk SN01A - 004-001 mengenai Pengurusan Keselamatan Cyber untuk Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi. Menurut statistik terkini yang diterbitkan oleh Brunei Computer Emergency Responds Bru-Cert. Brunei telah merekodkan sepertimana yang dikongsikan 2,979 serangan.

Berikutan dengan itu, beberapa kempen-kempen kesedaran keselamatan cyber telah diungkayahkan oleh CSB melalui Bru-Cert dan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti AiTi, pejabat-pejabat daerah, Kemeneterian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Penerangan dan juga Jabatan Pembangunan Masyarakat. CSB bercadang dan akan melaratkan lagi siri taklimat keselamatan cyber keatas kakitangan awam yang hendak bersara dan juga kerjasama Institut Perkhidmatan Awam.

Dalam 3 tahun kebelakangan ini, beberapa siri taklimat yang melibatkan warga emas telah diadakan samada dibuat oleh CSB, Bru-Cert secara persendirian atau bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Contohnya pada bulan Oktober ke November 2019 sebanyak 140 taklimat telah diadakan bersama AiTi, di tahun 2020 sebanyak 130 taklimat telah diadakan dan pada 2021 sebanyak 102 taklimat telah diadakan dan selanjutnya.

Oleh yang demikian, usaha ini akan digandakan lagi dan khususnya bagaimana outreach dapat mencapai more audience dalam segi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai dengan ancaman-ancaman khususnya daripada cyber security dan juga scammers yang berlangsung pada masa ini.

Sekian sahaja yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, silakan berucap. Dalam senarai yang ada ini, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Jika diizinkan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kaola ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas mukadimah yang telah disampaikan yang komprehensif dan padat. Alhamdulillah, banyak perancangan sedang dilaksanakan selaras dengan matlamat kementerian, terutama sekali tentang mengembangkan ICT di negara ini.

Sebelum kaola berpindah ke tajuk ICT, kaola ingin menyentuh mengenai dengan transportation master plan yang masih belum menunjukkan banyak perkembangan. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, jadi kaola tidak perlu dijawab.

Walau bagaimanapun, kaola saja berpendapat elok perkara ini dilihat semula kerana impaknya sangat besar kepada negara. Secara langsung dengan adanya sistem pengangkutan yang efisien ia akan mengurangkan kebergantungan kepada kereta persendirian untuk pergerakan terutama untuk bekerja dan menghantar anak sekolah.

Dengan sendirinya ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan kemalangan kereta, mengurangkan man hours lost disebabkan urusan penghantaran anak sekolah, di samping menjadikan negara kita tourist friendly dengan kemudahaan pengangkutan awam yang selamat, bersih dan tepat waktu. Memiliki sebuah kereta, walaupun murah berbanding dengan negara lain, tetapi adalah merupakan sebahagian besar bagi mereka yang bependapat rendah. Dengan sistem pengangkutan yang lebih efisien, mungkin keperluan untuk memiliki kereta persendirian berkurangan.

Soalan kaola seterusnya ialah mengenai ICT Technology yang sedang rancak diusahakan. Kaola memohon pencerahan sejauh mana pendigitalan (ICT Technology) ini dapat dibudayakan secara hidup baru, sebagai cara hidup di semua tempat kerja, di sekolah-sekolah dan di rumah-rumah. Sejauh mana kah penetrasi teknologi ini sudah menyerap ke dalam kehidupan seharian kita?

Walaupun seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, dari segi celik ICT banyak orang kita sudah celik ICT, tetapi dalam kajian itu sejauh mana kah penduduk kita mesra dengan teknologi ICT untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

Kaola berpendapat ia akan lebih berkesan jika ia bermula dengan generasi yang baru yang sudah bersedia untuk menjadikan ICT sebagai cara hidup atau gaya hidup yang baru. Ini seharusnya bermula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan.

Buat masa ini walaupun di setiap kementerian sudah tidak asing lagi dengan teknologi ICT dan pendigitalan ini, kita belum lagi sedia memakainya secara menyeluruh. Diharap IT akan menjadi subjek teras di sekolah-sekolah agar setiap pelajar mahir dalam IT apabila mereka tamat pengajian nanti. Di samping itu, harga bagi sebuah komputer dan laptop dan alat-alat yang diperlukan juga hendaklah pada harga mampu dimilik oleh setiap pelajar untuk membantu membudayakan penggunaannya.

Akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi, kaola merujuk kepada Tajuk Jabatan Penerbangan Awam. Kaola mohon pencerahan sama ada lapangan terbang awam seperti ada sekarang adalah di peringkat yang terakhir ataupun masih ada banyak rancangan-rancangan yang hendak dibuat. Kerana kaola berpendapat dengan sempadan dibuka semula dan industri pelancongan digiatkan semula, adalah bertepatan jika rancangan untuk menambah baik fasiliti lapangan terbang itu dibuat lebih menarik.

Pada pandangan kaola first impression pelancong ialah airport dan last impression juga ialah airport. Jadi untuk memajukan industri pelancongan kita, airpot adalah salah satu fasiliti yang utama perlu kita perbisaikan.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola timbulkan. ‫وباهلل التوفيق‬ ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َّ ‫ َو ال‬.‫ والهداية‬Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai soalan-soalan yang diajukan.

Menjawab daripada belakang dulu sekali, mengenai dengan kemajuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Sememangnya sepertimana yang dikongsikan, kadar pergerakan penumpang pada masa ini pada tahun 2022 berada sekitar 2 juta penumpang pergerakannya. Dari segi kemampuan lapangan terbang, pada masa ini mampu untuk menampung pergerakan penumpang sehingga 3 juta, jadi masih ada ruang untuk kapasiti di airport tesebut.

Tetapi diambil baik cadangan untuk memperbaiki experience atau keadaan airport tersebut dari segi passenger’s airport user experience yang mana sememangnya di dalam perancangan Jabatan Penerbangan Awam dengan mengikuti juga program sepertimana yang dikongsikan awal tadi ranking Skytrax yang mana dihasratkan kita dapat mencapai scoring yang lebih tinggi.

Berhubung dengan industri pelancongan, dari segi ini, Jabatan Penerbangan Awam sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan dan juga RB mengenai dengan pakej-pakej pelancongan yang mana Jabatan Penerbangan Awam sentiasa bersedia untuk memudah cara apa-apa perkembangan yang akan dicadangkan melalui lapangan terbang antarabangsa.

Berhubung dengan ICT, saranan Yang Berhormat itu diambil baik. Sememangnya untuk kita lebih celik ICT, ia mesti bermula dari bangku sekolah terutamanya di peringkat kecil. Banyak program pada masa ini ‫أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬telah diperkenalkan di peringkat menengah dan tertiary, tetapi kaola berpendapat a bit too late untuk menyerapkan literacy digital manakala ia perlu diserapkan dengan lebih awal.

Berhubung dengan land transport master plan, sememangnya apa yang dikongsikan Yang Berhormat Pehin, memang adalah perkara-perkara yang mendesak atau membuat Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk menunduki semula dengan nafas baru penubuhan sistem pengangkutan awam yang lebih sesuai dan bermakna dan juga viable kepada orang ramai dan penduduk Negara Brunei Darussalam, yang mana ‫ان شاء هللا‬ ia akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk kaola bersama-sama membincangkan peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas pembentangan peruntukan kementerian tersebut, yang menjelaskan hala tuju kementerian dan seterusnya dalam usaha memantapkan lagi sistem pengangkutan dan mengembang luaskan lagi sistem infokomunikasi yang lebih efisien dan selamat.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua yang hadir di Dewan ini dan semoga ‫هللا سبحانه وتعالى‬ akan merahmati dan meredhai jua.

Kaola tidaklah akan berpanjang lebar di sini kerana beberapa isu telah pun diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga telah pun diberikan mukadimah oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi diawal tadi. Hanya kaola ingin menimbulkan mengenai satu isu sahaja iaitu yang berhubungkait dengan sektor marin dan perkapalan.

Sektor marin dan perkapalan dapat memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan belia di negara ini dan berupaya untuk menyumbang kepada sosioekonomi negara.

Adalah diperhatikan tenaga kerja (krew) diperkapalan di Negara Brunei Darussalam, terutama sekali dalam perkhidmatan kapal-kapal Offshore Brunei Shell Petroleum seperti tenaga krew misalnya dari seaman, technic junior seaman, 3rd engineer, 4th engineer, wiper dan lain-lainnya adalah majoriti dipenuhi oleh warga negara luar. Sejauh manakah Brunei Maritime Academy telah berjaya menghasilkan tenaga kerja perkapalan di atas dengan kelayakan dan sijil-sijil yang diiktiraf oleh perkapalan serantau dan antarabangsa?

Bagi tujuan melatih dan mempersiapkan tenaga krew perkapalan dari kalangan belia tempatan Brunei Maritime Academy dan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam perlulah menyediakan latihan dalam negeri yang tersusun lengkap dan diiktiraf oleh International Maritime Organization atau institut-institut perkapalan antarabangsa dan serantau yang diiktiraf.

Sehubungan dengan ini, Brunei Maritime Academy dan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam seharusnyalah dan dicadangkan untuk bekerjasama dengan mengadakan program twinning atau collaboration dengan mana-mana akademi marin bagi memastikan belia kita, anak-anak tempatan yang berminat di bidang perkapalan iaitu seafarers, dilatih secara lengkap dan tersusun dan sijil kelulusan mereka diiktiraf oleh badan-badan perkapalan serantau dan antarabangsa. Ini juga membolehkan anak-anak tempatan jika diiktiraf kelulusan mereka ini, akan berpeluang bekerja di luar negeri. Itulah sahaja barangkali Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola timbulkan disini.

Sekali lagi kaola mengucapkan berbanyak terima kasih dan mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat atas persoalan mengenai dengan sektor marin dan perkembangan tenaga manusia mengenainya.

Lebih dahulu kaola mengongsikan bahawa dari segi aspek competency mariners ini, ianya adalah terkawal di bawah International Maritime Organization yang mana competencynya adalah terkawal atau di bawah International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping.

Dalam hubungan itu, dari segi competitiveness orang tempatan untuk menceburi bidang maritime ini, memang terbukti melalui Brunei Gas Carriers, di mana kesemua atau 100% daripada kakitangan Ratings ke bawah adalah terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan. Cabaran hanyalah apabila kepada senior positions, di mana banyak masih disandang oleh pekerja-pekerja dari luar. Di antara perkara yang menjadi cabaran adalah untuk mencapai contohnya tahap kapten atau chief engineer, sekurang-kurangnya meliputi jangka masa 10 tahun. Sebab menyedari segi competency structure marine program ini termasuk juga seatime. Seatime itu adalah salah satu perkara yang perlu dicapai untuk mencapai kenaikan level competency mereka.

Dari segi perancangan bekerjasama dengan Brunei Maritime Academy melalui MPABD pada pertengahan tahun lepas telah juga memperkenalkan Competency Framework for Maritime Services di Negara Brunei Darussalam yang juga bersandarkan dengan International Convention on Standards of Training Certification and Watchkeeping for Seafares (STCW) tersebut. ‫ان شاء هللا‬ dengan adanya competency framework tersebut, ianya dapat membantu Brunei Maritime Academy untuk menghasilkan training-training program yang selaras dengan STCW tersebut.

Pada masa yang sama pemain-pemain industri juga seperti BGC dan juga syarikat-syarikat perkapalan telah menyumbang, contohnya dalam mewujudkan Piloting and Operation Simulation Centre yang boleh digunakan oleh Brunei Maritime Academy (BMA).

Ini adalah di antara sumbangan-sumbangan yang dilakukan kerjasama antara MPAD industri dengan BMA untuk mempertingkatkan lagi kemampuan Brunei Maritime Academy menghasilkan seafarers’ yang berkaliber dan juga boleh melanjutkan competency mereka unutk mencapai tahap seperti engineers dan juga deck officers’ yang pada masa ini memang berkurangan.

Di samping itu juga, perlu diakui untuk membolehkan warga kita dapat menyediakan perkhidmatan atau bekerja di luar negeri adalah dari segi competitiveness kita. Dukacita disebabkan oleh kadar atau rate kita, our seafarers are not necessarily competitive especially the lower ranking officers.

Memandangkan terdapat warga daripada negara-negara jiran, seperti Filipina dan Indonesia yang menyediakan kos yang lebih rendah. Namun begitu, untuk memperkembangkan industri perkapalan or maritim di Negara Brunei Darussalam melalui Manpower Planning and Employment Council (MPEC) usaha untuk melocalise industri perkapalan di Negara Brunei Darussalam sedang dijalankan pada masa ini dengan memperkenalkan ratio pekerja asing dan pekerja luar untuk mengisi jawatan-jawatan yang mana ada berpotensi untuk warga tempatan mengisinya. Itulah sahaja yang dapat dikongsikan barangkali pada masa ini.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫الرحْ َٰ َم ِن‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ َّ ‫ّٰللا‬ ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ dan salam َّ ‫الرحْ يم ال‬ sejahtera.

‫ أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬lebih dahulu kaola mengucapkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas mukadimah berkenaan dengan hala tuju dan perancangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi memastikan Belanjawan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, (2023-2024) dapat digunakan sebaik mungkin.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyentuh berkenaan dengan perkara SN05A – Jabatan Pengangkutan Darat iaitu isu teksi sapu. Isu teksi sapu bukanlah asing di kalangan masyarakat kita bahkan ia menjadi keperluan orang ramai sebagai alternatif terutama sekali pada masa sukar untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam.

Kaola merasa cukup bimbang dengan kehadiran teksi-teksi sapu yang semakin meningkat dan yang parah lagi, ia dijalankan oleh warga asing. Apakah pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian dengan perkara ini dan apakah akta-akta yang berkaitan ke atas teksi-teksi sapu termasuklah yang dilakukan oleh warga asing.

Apakah ada jalan penyelesaian bagi menangani isu teksi sapu ini seperti menawarkan mereka kepada perkhidmatan teksi berlesen atau lain-lain perkhidmatan yang dibenarkan Jabatan Pengankutan Darat?. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sekian. ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhomrat atas soalan yang diajukan. Berkaitan dengan isu teksi sapu ertinya terdapat kehendak dan permintaan perkhidmatan seperti demikian dan perbezaan daripada perkhidmatan yang berlesen dan tidak berlesen, kalau tanpa berlesen ia kurang ada jaminan dari segi keselamatan dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, untuk mengatasi perkara ini ianya memang sedikit sukar untuk Jabatan Pengangkutan Darat memantau sepenuhnya kegiatan ini. Tetapi terpulang juga kepada para pengguna yang ertinya membuat pilihan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut dengan menerima apa-apa juga risiko dengan perkhidmatan tersebut.

‫ ان شاء هللا‬dengan perancangan untuk memperkenalkan sistem perkhidmatan awam yang multimodal yang mempunyai gabungan pelbagai jenis pengangkutan sama ada penggunaan teksi, e-hailing, bus dan seumpamanya. Ini akan secara menyeluruh meliputi juga jenis perkhidmatan yang diberikan oleh teksi sapu ini yang ada kaedah yang berlesen dan kaedah yang lebih selamat. Begitulah kali in terms of secara masa depan kita mengatasinya.

Dalam pada itu juga, perkhidmatan-perkhidmatan seperti Dart atau e-hailing ini sebenarnya adalah salah satu contoh evolusi jenis perkhidmatan teksi or kenderaan telah berpindah kepada sistem yang more customized services or preferred services.

Di mana keperluan penumpang tersebut dapat dicustomize kepada kehendak masing-masing melalui sistem e-hailing yang mana seperti Dart dan seumpamanya. Akan tetapi diambil kira bahawa kos perkhidmatan tersebut pada masa ini adalah sangat tinggi atau mencabar bagi sebahagian golongan penduduk di negara kita.

Dalam pada itu, itulah antara perancangan masa depan menunduki gabungan sistem perkhidmatan awam yang bergabung berbagai mode pengangkutan sama ada ia teksi, e-hailing dan seumpamanya perkara ini akan dapat diatasi di mana orang ramai dapat menggunakan sistem perkhidmatan awam yang lebih kondusif dan ‫ان شاء هللا‬ selamat dan terjamin.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫الرحْ يم‬ ‫الرحْ َٰم ِن‬ ‫ّٰللا‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ ُ‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة هللاِ وبركاتُه‬

Kaola mengucapkan Selamat Berpuasa bagi yang menunaikan ‫أْلحْمدُ ِهلِل‬ dahulu kaola menjunjung atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berkaitan dengan hala tuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang cukup jelas.

Yang Berhormat Pengerusi. Di sini kaola ingin menyentuh mengenai dengan di bawah Tajuk SN05A – iaitu Jabatan Pengangkutan Darat iaitu Akta Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68 – Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya) (Jurulatih Memandu dan Sekolah Memandu), 1987.

‫أْلحْمدُ ِهلِل‬ seperti yang dimaklumi sekolah memandu ini telah berkuatkuasa pada 1hb. Mac 1987M dan dijalankan oleh warga Negara Brunei Darussalam. Selama ia berjalan, peningkatan bagi memberikan pendidikan dengan Peraturan-Peraturan Jalan Raya lebih teratur dan bersistem ke arah menjadikan jalan raya adalah selamat untuk digunakan semua.

Penyediaan litar di Daerah Brunei dan Muara juga telah memberikan kesempurnaan dalam menjalankan latihan memandu sebelum membuat latihan di jalan raya yang sebenar. Dicadangkan litar ini untuk dilaratkan ke daerah-daerah yang lain.

Dalam Akta Lalulintas Jalanraya (Penggal 68) Peraturan-Peraturan Jalanraya (Jurulatih dan Sekolah Memandu), 1987 iaitu para 4 (1) (A) “Tiada seorang pun boleh menjalankan sesuatu sekolah memandu kecuali jika ada berkaitan dengannya suatu permit yang di beri”. Kemudian para 6 (C) bahawa “permit itu hanya sah bagi firma atau syarikat atas namanya dan tidak boleh dipindah milik”. Jadi sehubungan dengan Akta para 6 (C) “permit tidak boleh dipindah milik”, dicadangkan untuk dinilai ataupun dipinda seperti menggunakan kaedah berkelayakan (competent) agar ia dapat beroperasi seperti sediakala dan tidak menjejaskan pembelajaran para pelajar apabila masih mempunyai seorang atau mempunyai pelajar di sekolah tersebut (yang berkelayakan) seperti jurulatih yang telah dilantik dan berpengalaman.

Memandangkan banyak sekolah memandu yang beroperasi terpaksa tutup apabila pemilik (pengusaha) meninggal dunia. Dalam tempoh kebelakangan yang terdekat, beberapa buah sekolah memandu tidak dapat meneruskan operasi dan menjejaskan sumber mata pencarian para jurulatih dan kakitangan dalam sekolah memandu tersebut.

Kesan daripada ini juga segala aset seperti bangunan yang telah disarankan untuk beroperasi di tapak yang bersyarat perniagaan, bilik kelas memandu, kelas teori kemudian kenderaan tidak berubah sehinggalah menjadi beban pewaris atau penjamin jika masih mempunyai pinjaman bank. Begitu juga, para pengusaha merasa bimbang untuk mengembang luaskan kemajuan sekolah secara besar-besaran memandangan Akta ini boleh menjadikan sekatan untuk bergerak maju ke hadapan. Dipohonkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk menilai semula untuk mengemaskini bagi kebaikan semua pihak.

Begitu juga pemohon untuk mendapatkan permit pengusaha memandu dan jurulatih memandu mengambil masa sehingga beberapa tahun. Memandangkan pengusaha ini boleh memberikan ruang pekerjaan kepada orang kita, tambahan bagi jawatan pembantu jurulatih jika dibukakan boleh memberikan ruang pekerjaan di samping dapat membantu perusahaan melicinkan pengurusan sebagaimana kehendak kerajaan untuk dapat memberikan pekerjaan di sektor swasta terutama dalam industri perlesenan. Jadi dalam hubungan ini juga, pihak urusetia harus bersedia bagi mengimbangi pertambahan ini seperti Penolong Penguji, Penyelia Penguji di mana-mana berkaitan bagi menampung perkembangan penduduk.

Mengikut pengamatan semasa kebanyakan kenderaan pada masa ini adalah automatik. Jadi bagi memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai, dapatlah kiranya pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi menambah lagi kelas lesen memandu kenderaan menggunakan automatik sebagimana negara-negara lain telah pun menggunakan kenderaan automatik iaitu dalam latihan dan ujian memandu tanpa syarat.

Dalam pada itu juga kebanyakan pemandu tidak lagi memandu kenderaan manual, tidak mempunyai kenderaan manual dan pihak kementerian sendiri pun maklum jumlah pendaftaran kenderaan manual di Negara Brunei Darussalam. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin. I think tadi saranan-saranan dan cadangan-cadangan Yang Berhormat tersebut diambil baik dan ‘tekeduhung’ juga memangnya kementerian pada tahun ini akan menduduki semula lagi ataupun mereview semula lagi sekolah memandu ini dan juga pengawalseliaannya. Oleh demikian perkara-perkara yang telah dikongsikan itu akan dapat diambil kira bersama.

Untuk menyentuh sedikit mengenai dengan pindah milik memang mengikut peraturan ianya tidaklah dijatuhkan nama pada individu tertentu tetapi pada masa ini ianya adalah dibenarkan secara pentadbiran atau ihsan untuk dipindah milik sementara perubahan yang diperlukan yang dibuat.

Pada masa yang sama cadangan untuk memperkenalkan kategori lesen automatik adalah memang dalam pertimbangan pada masa ini. ‫ان شاء هللا akan dikongsikan kemajuan, iaitu hasil daripada penilaian yang telah dibuat pada masa ini.

Untuk makluman, deraf awal kertas kerja telah juga disediakan bagi cadangan untuk mengadakan lesen memandu kelas 3 automatik ataupun kelas 3A yang mana akan dibincangkan dahulu bersama Jawatankuasa Kenderaan Bermotor Permit atau di dalam Jawatankuasa Kenderaan Bermotor yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit sekolah memandu.

Mereka telah sebenarnya bersidang pada tahun lepas yang mana mereka telah menyokong untuk penggubalan pada undang-undang, Road Transport Act untuk membolehkan untuk juga dibukakan tawaran kepada pengusaha yang sedia ada untuk memasukkan Kelas 3A di dalam kurikulum sekolah memandu dan membeli kenderaan automatik untuk pembelajaran.

Sekianlah saja dikongsikan perkembangan mengenainya setakat ini.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ lebih dahulu kaola merakamkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang begitu jelas dan komperhensif. ‫ أ َ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam telah memberigakan penggunaan jaket keselamatan yang betul boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan maut.

Pengusaha taksi air sering digesa supaya sentiasa memakai jaket keselamatan dan mematuhi peraturan. Pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam mengingatkan pengusaha dan penumpang bot supaya sentiasa menggunakan jaket keselamatan, peralatan keselamatan dan memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Memakai jaket keselamatan harus dijadikan sebagai sebahagian daripada rutin. Adalah penting untuk memakai jaket keselamatan kerana seseorang tidak dapat memastikan bila kemalangan boleh berlaku. Pengusaha bot telah diingatkan supaya tidak membebankan bot mereka dengan penumpang.

Semua pengangkutan air terutamanya bot mudah terdedah kepada bahaya dan cuaca serta keadaan air yang tidak stabil. Jaket keselamatan penyelamat dan membantu pemakai untuk terus bertahan supaya mereka mudah diselamatkan. Soalan kaola, apakah tindak balas daripada orang ramai setelah usaha-usaha ini dibuat, barangkali ada perancangan lain supaya orang ramai patuh untuk memakai jaket keselamatan ini?

Sekian ‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat. Pihak MPBD memang mengambil berat tentang usaha kepada masyarakat mengenai dengan keselamatan perahu di Kampung Air khususnya juga dengan pemakaian life jacket.

Di antara usaha-usaha yang telah diungkayahkan pada masa ke semasa adalah mengenai kesedaran awam melalui media sosial, mengeluarkan poster dan juga video keselamatan kapal melalui televisyen, stesen radio, surat akhbar dan seumpamanya.

Bahagian penguatkuasa pihak MPBD dengan secara berterusan juga telah mengadakan operasi penguatkuasaan ataupun inspection dari masa ke semasa secara persendirian dan juga bersepadu. Pada ketika ini pihak MPBD juga secara hemah memberi teguran dan pendidikan kepada akan kepentingan mengenai dengan pemakaian life jacket ini.

Dari hasil pemberigaan dan operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan jumlah feedback orang ramai terhadap penggunaan life jacket ini walaupun diakui sangat berguna, didapati juga mereka menyatakannya kurang selesa dan juga mempunyai kos dan seumpamanya. Tapi ‫ان شاء هللا‬ dengan pemberigaan kepentingan untuk memakai life jacket ini harga nyawa adalah lebih tinggi daripada ketidakselesaan mahupun rasa kurang enak memakai life jacket itu.

‫ان شاء هللا‬ disarankan kepada individu untuk akan meneruskan lagi atau mempertingkatkan lagi kegiatan pemeriksaan dan juga pemberigaan mengenai kepentingan untuk memakai life jacket ini dari masa ke masa kerana ianya masihlah ditahap yang masih memuaskan daripada apa tinjuan pada masa ini. Sekian dikongsikan.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, salam Ramadhan ‫أَ ْل َح ْم ُد ِ هّلِل‬ semua.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi penjelasan dan penerangan berkaitan dan perkembangan hala tuju kementerian dalam sama-sama mencapai matlamat negara smart nation ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Bukan saja semasa mukadimah tadi tapi juga semasa muzakarah mempengerusikan arah tuju serta cabaran-cabaran yang harus dihadapi serta carta risk matrix, satu-satunya kementerian yang menggunakan carta risk dan top ten KPI yang ingin dicapai. Menyahut saranan Yang Berhormat Pengerusi sebab kesuntukan masa maka kaola akan menyentuh beberapa isu sahaja dan selanjutnya akan kaola, saya susuli secara bertulis atau berhubung terus berlanjutan bersama kementerian, ‫ان شاء هللا‬.

Isu 1, KPI menaikkan connectivity dalam menggunakan laluan bas awam. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ banyak sudah kita bincangkan tentang laluan bas, public transport. Maka kaola ingin memberi sedikit alternatif view point. Kaola pun teruja satu daripada KPI kementerian untuk meningkatkan aktiviti laluan bas dan semasa muzakarah hajat kementerian secara berfasa inisiatif Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ini pengangkutan masa negara.

Mohon pihak kementerian boleh memberigakan master plan setelah ianya diberigakan dan ditunduki lagi semula. Rancangan pengangkutan negara untuk menyediakan perhubungan untuk orang ramai yang cekap, mudah, selamat, murah dan selesa (reliable, accessible, save, cheap and comfortable). Selaras dengan inisiatif kementerian untuk menyediakan prasarana intelligence transport system live tracking menolong pengusaha bas meneliti kegunaan bas dan live tracking kereta-kereta kecemasan, ‫ان شاء هللا‬.

Cadangan 1: Sementera menunggu implementasi pelan induk yang akan ditunduki diberi nafas baru untuk implementation diserapkan diseluruh negara. Kaola/saya cadangkan supaya kementerian membuka peringkat pertandingan untuk mencipta “apps” peringkat sekolah ataupun awam untuk cipta best application handphone base yang dapat menunjukkan jadual, jalan tempat, menunggu bas, public transport yang cekap, cepat dan murah (reliable, fast and cheap road) bermula dari tempat skim perumahan ke sekolah-sekolah, ke hospital, ke tempat-tempat agensi kerajaan yang banyak dikunjungi awam seperti tempat membuat passport, urusan perumahan, elektrik, air dan tempat-tempat perniagaan.

Cadangan 2: Kaola/saya berpandangan baik inisiatif kerajaan secara langsung atau melibatkan GLC’s untuk memulakan inisiatif menyediakan prasarana infrastructure, facilities dan service menguji konsep dan availability laluan iaitu proof of concept, proof of availability of road sambil menaikkan target jumlah customer pengguna-pengguna bas (customer base) dan percaya akan memakai bas secara pengguna pilihan (transport of choice). Sebelum memberi projek ini kepada PPP atau Public Enterprise.

Sebelum ada agensi kerajaan berkeluh mengatakan public bus transportation akan menambah beban dan perbelanjaan negara, barangkali ada baiknya kita imbas kembali kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam apabila membina jambatan ke Daerah Temburong dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Sungai Kebun. Bukan sebab kita fikir bahawa ada return of investment daripada jambatan-jambatan itu tetapi sebagai sebuah kerajaan yang perlu mengadakan penghubung yang mudah dan selamat.

Tentu sekali perkembangan Daerah Temburong dan seberang Sungai Kebun economic grow atau productivity negara cost of avoidance daripada pusing berjalan jauh, walaupun tidak dapat dinilai tetapi tentu dapat dirasai disebebkan keadaan infrastructure yang begini.

Public transport yang effective murah, cekap, selamat dan selesa apabila dapat diusai dan diusahakan akan lebih menarik lagi ramai public transport dan akan menurunkan penggunaan kereta persendirian dan secara tidak langsung akan menurunkan subsidi kerajaan dalam harga petrol.

Cadangan 3: Sebagai input dalam Pelan Induk Sistem Pengangkutan Awam yang akan ditunduki semula. Sebagaimana yang kaola/saya sarankan pada musim muzakarah, bisai kali warga kementerian cuba naik menggunakan public transport yang ada pada masa sekarang ini dari tempat skim perumahan ke mana-mana tempat ke hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ataupun supaya kita dapat memahami kenapa orang ramai tidak mahu memakai public transport. Indicator pada masa sekarang ini mungkin sebab-sebabnya mengapa orang ramai tidak percaya untuk menggunakan public transport.

Isu kedua, Digital Economy Master Plan Smart Nation negara pintar cyber security. Menambah sedikit fasal Cyber Security. Satu perkara negatif impact sebab memperluas gunakan digital dalam perhubungan dan ekonomi ialah cybercrime iaitu hacking data scam seperti apa yang pernah dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat sebelumnya.

Soalan kaola/saya mohon pencerahan ialah selain daripada meningkatkan kefahaman dan kewaspadaan pengguna-pengguna, bolehkah pihak authority dalam MTIC dan FDI untuk memberi forensic evidence apabila berlakunya jenayah scam, membantu victim, membuat kes polis dan lebih penting lagi untuk membantu mengesan dan menolong mengembalikan wang yang telah discam.

Isu ketiga, tahniah menggunakan carta risk best matrix untuk memantau keupayaan kementerian untuk mencapai matlamat dan memprioritize activity dan focus area. Kaola/saya cadangkan untuk meneliti kesesuaian kementerian untuk adakan contingency plan untuk safety atau professional critical areas bila berlakunya double JPD.

Umpamanya apabila control dalam kementerian sistem kitani yang bergantung sepenuhnya kepada digital di hacked dan dalam waktu yang sama power electric atau communication system yang lain hilang, macam mana kitani bertindak.

Isu keempat tidak perlu dijawab, just for info. Untuk menambah sedikit idea untuk dimasukkan dalam plan strategik keselamatan jalan raya, fikir kesesuaiannya, memasang CCTV pada tempat-tempat yang diketahui accident prone seperti tempat-tempat selalu traffic light yang kaola fahamkan dan rasai sendiri terlalu ramai orang yang cuba untuk membid traffic red light, yellow is reading fast, red is for passing through.

  1. Tempat u-turn di jalan highway dimana diketahui kereta tidak banyak ikut speed limit.;

  2. Untuk consistent kualiti, inspection kereta swasta perlu dipantau dan mungkin diadakan independence auditing sebab ada kalanya terjumpa kenderaan yang diragui work warrantynya walaupun sudah pass inspection.; dan

  3. Kereta berat yang membawa cargo dari negara luar yang melintas negara kitani pastikan menggunakan standard supaya memakai kontina yang dapat dikunci dan tidak dibenarkan menggunakan cargo ditutup dengan canvas semata-semata.

Itu sahaja, yang lainnya kaola/saya akan berbincang direct kepada kementerian.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengersi dan terima kasih Yang Berhormat.

Berhubung dengan penyediaan Sistem Perkhidmatan Awam sepertimana yang dikongsikan. Memang ia akan melibatkan perundingan bersama pihak-pihak berkepentingan dan juga input daripada pakar-pakar tertentu dalam mewujudkan sistem yang sesuai di negara kitani sepertimana juga yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat untuk mencapai sistem yang efisien, cekap, bersih dan accessible. Itu memanglah hasrat yang ingin dicapai dalam menggubal strategi yang akan diberikan nafas baharu dan dalam penyediaan RKN-12 nanti.

Pada masa yang sama, berhubung dengan sementara menanti penyediaan sistem yang lebih komprehensif tersebut adalah dikongsikan bahawa projek-projek penambahbaikan kepada perhentian-perhentian bas dan seumpanya akan terus dijalankan termasuklah juga bus terminals yang terletak di Pekan Tutong dan juga mewujudkan bus terminal di Pekan Bangar dan seumpanya.

Pada masa yang sama mengenai dengan “apps”, pada masa ini dengan kerjasama kerajaan Jepun kitani telah melaksanakan matlamat “Smart Mobility Operation Cloud (SMOC)” yang mana telah dalam penyediaan bus passenger information system yang memberikan maklumat mengenai keberadaan sesebuah bas tersebut dan juga laluan-laluan yang digunakan oleh bas-bas tersebut. Tidak dapat dinafikan hasil daripada dapatan-dapatan daripada projek rintis tersebut, boleh dikatakan Sistem Pengangkutan Awam nearly non existence in terms of reliabilitynya. Itu tidak dapat dinafikan.

Berhubung dengan cyber crime, pada masa ini Cyber Security Order masih lagi dalam tahap akhir penggubalannya, yang mana undang-undang yang sedia ada pada masa ini juga boleh digunakan bagi mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan cyber crime tersebut seperti Penal Code, Computer Misuse Act dan juga Public Order dan sebagainya.

Bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pihak CSB, akan berkerjasama dengan pihak polis bagi melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan bagi mana-mana kesalahan-kesalahan yang berkaitan.

Dalam hal ini juga, terdapat keperluan untuk penyiasatan jenayah siber secara rentas sempadan. Dalam hubungan ini, CSB melalui National Digital Forensic Lab, yang telah ditubuhkan secara rasmi akan berkerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei selaku National Central Bureau Interpol bagi Negara Brunei Darussalam untuk meneruskan penyiasatan berkenaan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan agensi siber di luar negeri.

Dalam tempoh 5 tahun dari 2018 hingga Januari 2023, NDFL telah berjaya mengendalikan sebanyak 561 buah kes, sama ada yang berupa cyber enable crime dan juga cyber dependent crime dari agensi-agensi penguatkuasa undang-undang. Ini melibatkan sebanyak 2,641-unit digital evidence pelbagai jenis seperti computer, mobile phones, storage media, digital services dan lain-lain telah digunakan untuk mendapatkan akreditasi ISO 17025:2017 dalam bidang forensic testing dari American National Standards Institute iaitu adalah National Accreditation Board pada tahun 2022.

CSB juga telah berjaya mendapat pensijilan bagi information security management untuk ketiga-tiga perkhidmatan terasnya iaitu BruCERT, WC dan juga NDFL pada Januari 2023. Amalan-amalan yang terbaik dan yang terbit daripada dua pencapaian ini akan menjadikan CSB sebuah agensi yang lebih berintegriti, berkaliber dan sentiasa bersikap objektif dalam menangai isu-isu cyber-crime yang berkaitan.

Berhubung dengan business continuity plan sepertimana Yang Berhormat telah menyuarakan, di dalam risk matrix yang telah digubal oleh MTIC memangnya mengenal pasti dari segi business continuity plan yang perlu diwujudkan. Ini termasuk juga continuity sekiranya sistem-sistem digital tidak beroperasi.

Contohnya ini memerlukan untuk kembali kepada sistem manual, jadinya pelan-pelan contingency ini sedang juga ditunduki bagi mana-mana critical operations pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Selanjutnya mengenai kawasan-kawasan berbahaya seperti yang dikongsikan tadi, Majlis Keselamatan Jalan Raya ada menunduki atau membuat lawatan-lawatan, mencadangkan apa-apa jua penambahbaikan pada kawasan-kawasan yang cenderung berlakunya kemalangan.

‫ان شاء هللا‬ berkaitan dengan penubunhan atau pemasangan cctv di kawasan-kawasan tertentu, ini juga mungkin di dalam perancangan di bawah National Surveillance System yang masih di dalam pelaksaanan pada masa ini. Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan Salam Sejahtera. ‫ألحمدُ هلِل‬ lebih dahulu, kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berkenaan dengan perancangan perbelanjaan bagi Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Koala mengharapkan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang kita sedia maklum, jumlah kenderaan di Negara Brunei Darussalam kian hari semakin bertambah. Ini boleh dilihat pada setiap hari terutama sekali pada waktu-waktu puncak. Negara lain di seluruh dunia telah berusaha ke arah mengurangkan kepadatan kenderaan terutama sekali di kawasan bandar dengan pelbagai cara melalui pelan-pelan strategik jangka panjang termasuklah mempertingkatkan kualiti kemudahan pengangkutan awam di setiap kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk; dengan membandarkan kawasan-kawasan kampung bagi mengurangkan kepadatan tertumpu di satu kawasan; memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa dan selamat dan menggalakkan pengunaan kenderaan elektrik bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar disebabkan pengeluaran karbon kenderaan yang berlebihan.

Apakah perancangan jangka sederhana dan panjang pihak kerajaan di dalam meningkatkan sistem jalan dan sistem pengangkutan awam yang lebih bersistematik dan moden dengan mengambilkira inisiatif-inisiatif ke arah melestarikan Negara Brunei Darussalam.

Setakat ini, ada berapakah syarikat-syarikat pengangkutan awam beroperasi dan apakah pihak-pihak berkenaan pernah mengadakan kaji selidik berkenaan dengan feedback orang ramai tentang sistem pengangkutan awam di Negara Brunei Darussalam. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sekian, Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat. Berhubung dengan sistem perhubungan awam, sudah kita bincangkan dengan panjang lebar dan terkandung dalam mukadimah, mungkin sudah terjawab tetapi tambahan saja dari segi tindakan jangka pendek sepertimana saya ingin mengongsikan terdapat juga beberapa projek penaiktarafan yang akan dilakukan contohnya menaik taraf bangunan fasiliti dan kawasan terminal bas di Seria, menaik taraf bangunan fasiliti dan kawasan terminal bas di Kuala Belait, pengemaskinian tiang-tiang perhentian bas bagi laluan-laluan bas yang sedia ada. Pada masa yang sama, membangunankan sistem maklumat penumpang bas ini adalah lanjutan daripada projek rintis yang berjalan pada masa ini.

Selanjutnya mengenai dengan berapa syarikat-syarikat pengangkutan awam yang beroperasi, sukacita mengongsikan bahawa jumlah perkhidmatan-perkhidmatan pada masa ini adalah seperti berikut:

  1. Di Bas Awam Intra-District, 5 pengusaha di Daerah Brunei-Muara yang mengoperasikan 6 laluan iaitu Northern Line, Southern Line, Eastern Line, Circle Line dan Central Business Line.

  2. Di Daerah Belait terdapat satu pengusaha yang mengoperasi 2 laluan iaitu laluan keliling Kuala Belait dan laluan keliling Seria.

  3. Manakala Bas Awam Inter-District, terdapat 5 pengusaha bagi laluan Bandar Seri Begawan dan Seria.

Sebagai tambahan juga dikongsikan pada masa ini terdapat 47 pemandu teksi yang berdaftar dan setakat September 2022 terdapat 362 pemandu Dart.

Seterusnya mengenai dengan sama ada MTIC mengadakan kaji selidik berkenaan dengan feedback orang ramai tentang sistem pengangkutan awam. MTIC melalui Jabatan Pengangkutan Darat telah dan sedang meneliti laluan-laluan dan facility pengangkutan awam.

Pada masa ini, terdapat 5 pengusaha bas Brunei Darussalam dan juga dengan kerjasama Zenmov Inc. Japan telah menandatangani satu memorandum of coorperation dengan MTIC, Negara Brunei Darussalam dalam inisiatif Smart City Project. Projek ini bertujuan untuk mengetahui operasi laluan bas awam dan jumlah penumpang bagi setiap laluan dengan menggunakan aplikasi mudah alih Smart Mobility Operation Cloud.

Untuk makluman, seramai 9 pegawai-pegawai i-Ready dalam penempatan kerja di Jabatan Pengangkutan Darat yang diselia oleh pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Darat akan melaksanakan inisiatif untuk meninjau, menerokai dan menganalisa semua facility pengangkutan awam, perhentian bas dan juga jarak lokasi perhentian bas dan penomboran perhentian bas. Dapatan daripada fokus group ini akan nanti digunakan sebagai input dalam menunduki lagi strategi penubuhan sistem pengangkutan awam pada masa akan datang. Itulah sahaja dikongsikan buat masa ini.

Yang Berhormat Pengerusi

Dan akhirnya saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kaola merakam ucapan terima kasih dan di atas mukadimah yang Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berkenaan dengan inisiatif-inisiatif perancangan ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti, semoga semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya إن شاء الله.

Kaola terus sahaja menyentuh mengenai dengan isu yang sering disuarakan oleh orang ramai berkenaan dengan kemudahan bas awam yang beroperasi di kampung-kampung yang mana perkhidmatan bas awam ini tidak menampakkan peningkatan penambahbaikan dari segi jadual perkhidmatan untuk membawa penumpang.

Orang ramai masih lagi menunggu terlalu lama dengan jadual perkhidmatan yang tidak mesra pelanggan. Selain daripada itu juga informasi berkenaan dengan jadual waktu bas perkhidmatan awam yang dipaparkan secara fizikal juga tidak diperolehi terutama sekali di kawasan-kawasan tertentu.

Situasi ini tidak membantu ke arah meningkatkan kualiti pengangkutan awam dan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan kepada orang ramai di Negara Brunei Darussalam khususnya di kawasan-kawasan luar bandar. Sehubungan dengan ini, apakah usaha-usaha pihak kerajaan ke arah meningkatkan lagi kemudahan bas-bas awam di kawasan luar bandar?

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, selain daripada stesen bas yang terletak di Bandar Seri Begawan, apakah ada perancangan bagi mewujudkan stesen-stesen bas yang serba lengkap di kawasan pertengahan yang strategik berfungsi sebagai interchange atau interlane bus ke destinasi-destinasi seperti di kawasan Sengkurong dan Pekan Tutong. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ِ ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat atas soalan yang ditujukan kepada kaola.

Kembali kepada sistem perkhidmatan pengangkutan awam atau terutamanya mengenai dengan bas. Sudah terang dan nyata menyatakan apa yang dapat disaksikan bahawa modal tradisional bas sistem tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki.

Oleh yang demikian, itulah di mana pemikiran awal adalah untuk mewujudkan sistem gabungan mode-mode transport dari segi e-hailing share-ride dan dengan seumpamanya.

Sebagai contoh share-ride merupakan kenderaan bas kecil adalah mungkin lebih bersesuaian bagi kawasan-kawasan pendalaman atau kawasan-kawasan kampung berbanding dengan sistem pengangkutan bas di mana daripada data-data yang dikumpul bagi kawasan Daerah Brunei dan Muara telah menunjukan occupancy riders di dalam sebuah kenderaan atau sebuah bas tersebut adalah sangat rendah.

Oleh yang demikian, mungkin kaedah penggunaan kenderaan lebih kecil seperti dapat menghalalkan teksi-teksi sapu ini jadikannya sistem yang berlesen. Sebabnya ia ada demand untuk jenis pengangkutan sedemikian.

Mungkin jika ianya adalah diperkenalkan sistem pengangkutan yang dapat kita kawal yang mana dapat menjamin keselamatan para pengguna dan juga para pemandu ‫ ان شاء هللا‬itulah mungkin dapat ditunduki di masa hadapan.

Apa yang saya maksudkan sini, tidak dapat digunakan modal sistem pengangkutan awam yang kita lihat di luar negeri terus 100% dapat diadapt ke negara kita.

Oleh yang demikian, kita mestilah menyesuaikan kepada keadaan pembangunan bandaraya dari segi infrastruktur dan juga sosioekonomi kita.

Jadinya satu sistem yang lebih sesuai kepada negara kitani, itulah yang mungkin dihasratkan dan ‫ان شاء هللا‬ dengan apa yang dikongsikan dengan ada proses perundingan permuzakarahan dan mendapat feedback daripada orang ramai dan pengguna ‫ ان شاء هللا‬kita dapat mewujudkan sistem yang bersesuaian untuk negara kitani.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih kita ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang telah pun menjawab soalan-soalan secara konsisten dan pada pandangan saya tepat. Maka saya kira cukuplah sekian kita berunding mengenai dengan Tajuk Kementerian ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya berpendapat tibalah masanya bagi kita untuk mengundi sama ada Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ini kita luluskan atau sebaliknya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih, nampaknya semua Ahli-Ahli bersetuju maka Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi diluluskan.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian kita berunding pada tengahari ini.

Maka saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.

(Majlis Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang dalam Majlis Mesyuarat Negara.

Pada pandangan saya, cukuplah dulu kita berunding pada hari ini dan saya ingin menangguhkan mesyuarat kita ini. ‫ان شاء هللا‬ kita akan bermesyuarat lagi pada hari Isnin, 27hb. Mac 2023M, seperti biasa mulai dari pukul 10.00 pagi.

Sekian, ُ‫والسَّالُم عليكم ورحْمة هللاِ وبركاتُه‬. ُ‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.