HARI KE-8 PAGI
13HB MAC 2023M - PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
ب ْسِم هّٰللاِ ال َّر ْح مَِٰن ال َّر ْحيم Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang kelapan, Isnin, 20hb. Syaaban 1444H bersamaan 13hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
MAJLIS MESYUARAT
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
--- kita bersyukur ke hadrat --- kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat samasama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari kelapan dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar نبي محمد صل للا عليه وسالم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Bagi membolehkan kita meneruskan urusan-urusan kita selanjutnya dalam meneliti dan membahaskan tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang UndangUndang ini, saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat di tangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Sebelum Mesyuarat Jawatankuasa ini disambung semula untuk membahaskan Tajuk Kementerian Pendidikan, saya difahamkan bahawa ada sebilangan Ahli-Ahli Yang Berhormat memaklumkan bahawa ada soalansoalan yang disampaikan oleh mereka telah tidak diberi jawapan atau tidak diberi penerangan yang jelas dan sepenuhnya oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Oleh yang demikian itu, saya ingin menasihatkan bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan, ada baiknya iaitu Ahli Yang Berhormat berkenaan menyampaikan soalan-soalan yang belum diberi jawapan atau tidak dijawab dengan sepenuhnya itu dihantar secara bersurat ataupun bertulis.
Bagi membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan menjawab dengan jelas dan teratur secara bertulis. Sebagaimana yang kita ketahui salah satu daripada, saya kira kekuatan sistem Majlis Mesyuarat kita ialah bahawa Menteri-Menteri Kabinet sendiri hadir dalam Majlis Mesyuarat ini dan MenteriMenteri Kabinet bersedia menjawab jawapan mengenai hala tuju kementerian masing-masing dan juga terutamanya mengenai Belanjawan Kementerian-Kementerian mereka.
Saya kira, tidaklah menjadi kesalahan kalau sekiranya yang berkenaan ini menulis kepada mereka dan soalan-soalan yang berkenaan itu dijawab sepenuhnya. Saya nasihatkan supaya perkara ini akan dapat kita selesaikan secara terbuka dan tidaklah menjadi perkara yang akan berulang-ulang di tahun-tahun yang akan datang.
Saya percaya, tidak mungkin bagi menteri-menteri ini menjawab setiap soalan dalam dewan ini secara tepat. Saya faham, bahawa saya juga pernah duduk dalam kabinet dan saya merasakan bahawa tidaklah mungkin seorang menteri itu mengetahui secara mendalam dari A sehingga Z apa yang terjadi dalam kementeriannya.
Setentunya ia memerlukan pertolongan daripada pegawai-pegawainya bagi menghuraikan beberapa perkara yang mungkin tersilap pandang ataupun tidak terlihat olehnya, maklumlah kita ini adalah manusia. Jadi berkat kita faham memahami kedudukan kita masingmasing, maka saya kira perkara ini kita akan dapat selesaikan dengan saksama.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II ingin mengemukakan kenyataan ataupun jawapan-jawapan lanjut terhadap beberapa soalan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang belum sempat dijawabnya. Ini adalah juga satu cara dimana perkara-perkara yang ditanyakan itu dapat dijawab dalam dewan ini.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi بسم هللا الرحمن الرحيم
Terima kasih atas peluang yang diberikan oleh Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola sebenarnya menambah jawapan daripada soalan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman pada hari Sabtu, 11hb. Mac 2023M sesi pagi iaitu bekaitan isu human trafficking.
Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat berkenaan iaitu jika ada kes-kes human trafficking yang menjadi mangsa dadah berikutan penipuan di laman sosial atau cyber atau sebagainya yang melibatkan warganegara Brunei Darussalam di luar negara. Secara dasarnya, soalan ini melibatkan dua isu jenayah yang berbeza iaitu isu pemerdagangan orang dan isu penyeludupan dadah melalui keldai dadah atau drug mules.
Izinkan kaola untuk memberi penerangan lebih dahulu mengenai isu drug mules. Kes terakhir yang melibatkan warganegara Brunei Darussalam yang direkrut menjadi keldai dadah adalah pada tahun 2009. Semenjak kes tersebut, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meningkatkan kesedaran awam dan memberikan panduan kepada penuntut-penuntut sekolah, ibu-bapa dan penjaga serta orang ramai mengenai modus operandi sindiket antarabangsa melalui taklimat, promo di media cetak dan elektronik, pengedaran risalah, mempamerkan poster di tempat-tempat strategik dan lain-lain.
--- dengan adanya usaha-usaha secara pendekatan Whole of Nation Approach tersebut, negara tidak ada mencatatkan sebarang kes berkaitan warga tempatan yang digunakan menjadi drug mules di luar negara khususnya berikutan penipuan di laman sosial atau cyber.
Seterusnya menyentuh mengenai isu jenayah pemerdagangan orang pula, jenayah tersebut adalah berlainan dari isu drug mules, kerana ia melibatkan eksploitasi terhadap pekerja-pekerja asing atau mangsa yang dibawa masuk ke negara-negara tertentu tanpa izin dan kemahuan mereka.
Dalam hal ini, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menangani isu pemerdagangan orang iaitu Jawatankuasa Kebangsaan bagi Anti Pemerdangangan Orang, yang dipengerusikan oleh Jabatan Perdana Menteri, yangmana ahli-ahlinya terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Pada masa ini, terdapat 2 kes pemerdagangan orang yang sedang dalam proses pendakwaan. Isu pemerdagangan orang dan aktiviti penyalahgunaan serta pengedaran dadah di Negara Brunei Darussalam mahupun yang melibatkan sindiket dadah antarabangsa adalah dinilai serius oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Biro Kawalan Narkotik serta agensiagensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain akan terus memantau maklumat dan trend aktiviti-aktiviti jenayah seperti penyeludupan dan pengedaran dadah, serta pemerdagangan orang melalui rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi sejawat di peringkat serantau dan antarabangsa sekiranya ada kes yang melibatkan warganegara Brunei Darussalam.
Sekianlah Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan pada menjawab soalan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. السالم .عليكم ورحمة هللا وبركاته
Kaola mengucapkan terima kasih atas keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola menjawab beberapa soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang sebelum ini belum sempat untuk menjawab.
Pertama sekali adalan soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan jumlah belia yang telah menceburikan diri di dalam bidang keusahawanan dan juga data mengenai kategori bisnes yang mereka ceburi.
Menurut statistik terkini di Bahagian Pendaftaran Syarikat dan Nama Perniagaan (ROCBN) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, terdapat sebanyak 20,147 orang belia telah menceburi bidang keusahawanan sebagai pemilik perniagaan ataupun sole proprietorship ataupun jua rakan perkongsian iaitu partnership. Dari segi kategori bisnes yang mereka ceburi, kebanyakan adalah dalam kedai runcit (retail trade) ataupun juga dalam wholesale trade dan juga kebanyakan di makanan dan minuman.
Dari segi belia kita melibatkan diri sebagai Company Directors, kebanyakan juga di construction sector, retail, wholesale trade dan juga repair of motor vehicles. Jadi penglibatan sebagai shareholders dalam syarikat-syarikat adalah sama juga kebanyakan di construction sector, rental, leasing, makanan dan minuman.
Walau bagaimanapun, statistik ini tidak termasuk perniagaan yang tidak berdaftar dan menjalankan perniagaan mereka secara informal melalui media sosial seperti Facebook atau Instagram dan juga yang berjual di kedai-kedai cube.
Soalan yang kedua dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim adalah mengenai bantuan yang dihulurkan oleh kementerian dan agensiagensi kerajaan yang lain kepada beliabelia yang ingin berdikari dalam bidang perniagaan atau meneroka bidangbidang yang baharu antaranya dalam bidang IT.
Sukacita kaola mengongsikan bahawa melalui Darussalam Enterprise atau (DARe), beberapa inisiatif telah disediakan seperti Accelerate Bootcamp iaitu satu program pembangunan bagi membantu perniagaan di peringkat awal atau start-up berkembang dengan memanfaatkan teknologi, meningkatkan pelaburan dan membina model perniagaan yang inovatif.
Ada juga satu platform iaitu DARe LINKS iaitu membentuk business-to-business portal yang menawarkan peluang bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan untuk syarikat-syarikat besar di negara ini. Tambahan lagi, ada juga satu platform di bawah iCentre untuk menyediakan ruang inkubasi serta kemudahan Co-working bagi menggalakkan pencetusan idea dan strategi perniagaan baru khususnya dalam kalangan start-up.
Brunei Innovation Lab adalah juga satu platform ditubuhkan dengan kerjasama DARe, BSP dan Datastream Digital Sdn. Bhd. untuk pemangkin perkembangan ekosistem inovasi negara yang tidak hanya terhad kepada teknologi maklumat dan komunikasi sahaja tetapi juga ianya merupakan inovasi terhadap perkembangan teknologi secara keseluruhan dan pembangunan kebolehan teknikal bagi tenaga kerja dan usaha orang tempatan.
Tambahan lagi, ada juga kita terdapat Energy Incubation Cente, satu inisiatif kerjasama antara Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dan DARe untuk menyediakan sebuah program inkubasi yang menawarkan program latihan yang bersesuaian, ruang co-working, bimbingan serta maklumat berkenaan tawaran tender yang akan datang.
Selain daripada itu, pihak DARe jua telah membantu menjana pelaburan sejumlah $4.31 juta ringgit Brunei dari beberapa angel investor tempatan dan venture capital serantau melalui program Micro Bootcamp dan Accelerate Bootcamp untuk membantu start-up mendapatkan model perniagaan.
Untuk makluman juga, bermula 16hb. Mac sehingga 19hb. Mac 2023M, pihak DARe dan BEDB akan mengadakan MSME Festival di Bridex, khususnya untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing di samping mendapatkan maklumat berkenaan proses berkaitan perniagaan yang ditawarkan oleh 24 agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Soalan yang ketiga yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim iaitu mengenai bilangan perniagaanperniagaan tempatan terutamanya bumiputera yang telah berjaya diluluskn pinjaman mereka oleh Bank Usahawan dan apakah bantuan yang telah diberikan oleh bank tersebut dalam meningkatkan kemahiran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Untuk menjawab soalan tersebut, setakat ini, Bank Usahawan telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah kira-kira $23 juta kepada 515 Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS). Daripada jumlah tersebut, seramai kira-kira 453 peniaga atau hampir 90% adalah terdiri dari peniaga bumiputera. Selain daripada pembiayaan kewangan, Bank Usahawan juga memberi nasihat dan bimbingan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terutamanya mengenai perkaraperkara asas perniagaan dan keusahawanan ataupun Business and Entrepreneur Basics and Fundamentals yang perlu ada atau diketahui Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) atau pengusaha-pengusaha tersebut. Bank Usahawan telah dan akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak seperti DARe dan agensi-agensi yang berkaitan.
Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti menawarkan grant scheme kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Bank Usahawan juga mendapatkan rujukan pelanggan ataupun client reference dari pihak DARe dan lain-lain inisiatif.
Mengenai soalan peningkatan peruntukan daripada $309 ribu kepada $7.5 juta dalam Program 002-226 Pengurusan Hasil Jabatan Perbendaharaan. Peningkatan peruntukan ini adalah disebabkan oleh pemindahan peruntukan bagi pemeliharaan sistem-sistem IT dari Tajuk SD01A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke Tajuk SD05A - Jabatan Perbendaharaan iaitu bagi membiayai lesen sistem TAFIS One Common Billing System dan e-Payment Gateway yang dikawal di bawah Jabatan Perbendaharaan.
Untuk makluman semua, sistem-sistem ini digunakan untuk memudahkan lagi kutipan hasil kerajaan bagi agensi-agensi kerajaan yang tidak mempunyai sistem kutipan hasil sendiri yang mana sebelumnya kutipan hasil daripada agensi-agensi berkenaan dibuat secara manual dan kurang efisien.
Dengan adanya sistem ini, kutipan hasil adalah lebih teratur, efisien dan direkod secara real-time, dimana reconciliation juga akan dilaksanakan secara automatic melalui sistem-sistem tersebut. Dalam masa yang sama, dengan adanya sistemsistem ini, ianya juga akan dapat mengurangkan isu tunggakan hasil.
Kaola ingin menjawab satu soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf iaitu untuk meneliti semula kadar lesen perniagaan tahunan.
Untuk menjawab soalan yang dicadangkan oleh Yang ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga menyedari kepentingan lesen perniagaan tahunan ini dari segi berbagai aspek terutama dari segi kadar, affordability peniaga tempatan, penguatkuasaan dan Kementerian ان شاء للا .sebagainya Kewangan dan Ekonomi akan berbincang dengan beberapa agensi yang berkepentingan untuk meneliti perkara ini.
Soalan yang kedua dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf adalah berhubung dengan Key Performance Indicator (KPI) yang dilaporkan dalam rang anggaran perbelanjaan di bawah Tajuk SD05A - Jabatan Perbedaharaan.
Sukacita kaola memberikan sedikit penerangan mengenai KPI berkenaan iaitu adalah untuk menyukat peratus pengurangan tunggakan hasil. Oleh yang demikian, sememangnya sasaran yang ditetapkan perlulah meningkat untuk menunjukkan adanya pengurangan dalam tunggakan hasil kerajaan dari tahun ke setahun.
Untuk makluman, setakat 31hb. Disember 2022M Jabatan Perbendaharaan telah melebihi sasaran dengan berjaya mengurangkan 3% tunggakan hasil berbanding tunggakan dari Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu daripada $731.6 juta kepada $712.5 juta.
Dalam hal ini pihak kerajaan akan secara berterusan meneliti langkah-langkah serta inisiatif-inisiatif bagi mengukuhkan dan memperkesankan pengurusan kutipan hasil kerajaan bagi menampung keperluan perbelanjaan kerajaan.
Kaola ingin menjawab 2 soalan atau cadangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang berhubung kait dengan pihak Brunei Darussalam Central Bank.
Cadangan Yang Berhormat bagi pihak pengawal selia dan players dalam sektor perbankan untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman untuk merangsang aktiviti ekonomi negara ini. Secara umumnya kaola menjawab bagi pihak Brunei Darussalam Central Bank, kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh bank- bank adalah ditetapkan oleh bank individu masing-masing berdasarkan kepada pelbagai kriteria.
Selain itu, penetapan kadar-kadar pembiayaan ini juga mengambil kira struktur kos bank masing-masing dalam mentadbir operasi perbankan. Dalam masa yang sama Brunei Darussalam Central Bank juga telah membuat kajian bagi meneliti kadar-kadar pembiayaan bank yang ditawarkan kepada sektor korporat dan PMKS.
Hasil daripada kajian tersebut khususnya bagi pembiayaan kepada sektor korporat dalam tempoh 4 tahun kebelakangan dari tahun 2019 ke tahun 2022, kadar yang kerap diberikan adalah pada lingkungan 5% hingga 6%. Pada tahun 2018, kadar faedah yang banyak diberikan bagi pembiayaan sektor korporat adalah dari 6% hingga 7%. Ada penurunan dari 6% ke 7% pada tahun 2018 kepada 5% ke 6% dari tahun 2019/2022.
Manakala bagi sektor PMKS pula, dalam tempoh 2 tahun kebelakangan dari tahun 2021 ke tahun 2022, kadar faedah pro-rata adalah antara 5.9% sehingga 6.2%. Kadar yang paling rendah direkodkan pada tahun 2022 adalah 3.4% iaitu penurunan dari 3.7% pada tahun 2021, yang paling tinggi adalah 9.6% iaitu penurunan daripada 9.9% pada tahun 2021.
Akhir sekali ialah soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof menyarankan supaya regulator untuk lebih fleksibel bagi menggalakkan mana- mana institusi kewangan untuk benar- benar membantu, memudahkan pinjaman kewangan kepada syarikat- syarikat terutama MSME.
Secara amnya untuk menjawab soalan ini BDCB (Brunei Darussalam Central Bank) memang tidak mempunyai sebarang peraturan untuk menyekat bank-bank untuk memberikan sebarang pinjaman kepada perusahaan-perusahaan seperti PMKS.
Peminjam yang mempunyai gaji bulanan bersih di bawah $1750.00 sebulan adalah dikecualikan daripada peraturan Total Debt Service Ratio (TDSR) untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada pembiayaan mengikut budi bicara bank atau syarikat kewangan.
Pada Oktober tahun 2015, Brunei Darussalam Central Bank telah memberikan kelonggaran terhadap notis Total Debt Service Ratio (TDSR) terutamanya bagi para peniaga di mana pendapatan yang bukan tetap seperti pendapatan sewa dan perniagaan yang lain boleh diambil kira dalam pengiraan pendapatan bulanan bersih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Pada 10hb. Ogos 2017M BDCB telah meminda notis Total Debt Service Ratio (TDSR) dan membolehkan bank-bank tersebut, Perbadanan TAIB, untuk meningkatkan had TDSR daripada 60% kepada 70% khusus untuk membiayai pembinaan atau pembelian hartanah seperti rumah. Mulai 9hb. November 2017M, TDSR bagi peminjam yang bergaji bersih melebihi $10 ribu diberi kelonggaran untuk melebihi had 60%.
Walaubagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada dasar dalaman bank, mengikut jua dengan pinjaman pembiayaan yang dijamin sepenuhnya dan pinjaman pembiayaan ekuiti gadai janji atau pun mortgage equity. Itu sahaja yang dapat kaola jawab bagi soalan yang diajukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih kepada dua orang Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dengan keterangan lanjut yang diberikan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah kita maklumi pada hari Sabtu lepas, Mesyuarat Jawatankuasa telah mula membincangkan Tajuk Kementerian Pendidikan yang mana Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah selesai membentangkan mukadimahnya tentang hala tuju dalam penyediaan belanjawan Kementerian
Pendidikan dan institusi-institusi di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersama saya di sini ada senarai nama Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya yang telah memberi notis awal untuk ikut serta dalam membahaskan Tajuk Kementerian Pendidikan ini. Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.الرحيم الرحمن هللا بسم وبركاته هللا ورحمة عليكم السالم.
Kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang berinformasi tentang hala tuju dan perancangan kemajuan sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang telah pun diterangkan pada hari Sabtu yang lalu, 11hb. Mac 2023M.
Di kesempatan ini, kaola ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru atas jasa mereka mendidik anak-anak watan sehingga berjaya dan tidak terkecuali abis kaola yang beroleh manfaat daripada pengorbanan para guru sehinggalah berpeluang berada di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Yang Berhormat.
- Kaola ingin menyentuh berkenaan Tajuk SF01A – Jabatan Kementerian Pendidikan berkenaan dengan penyertaan penuntut-penuntut dalam acara Sambutan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk.
Penyertaan penuntut sekolah terutama sekali bagi persembahan khas Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah penting sebagai wadah bagi mewujudkan rasa kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada raja.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan dapat menyerapkan penyertaan penuntut- penuntut sekolah bagi acara-acara nasional dan kebangsaan sebagai satu subjek khusus ke arah pembelajaran bagi meningkatkan semangat kekitaan (sense of belonging) dalam kalangan penuntut dan pelajar;
- Menyentuh soal pelajar-pelajar bagi tahun 1 hingga tahun 7 yang dikategorikan di dalam pelajaran khas yang mana sistem pembelajaran adalah menggunakan kaedah gabungan bunyi kata iaitu KGBK dan akan diserapkan ke pendidikan secara formal bersama pelajar-pelajar yang lain bermula pada Tahun 8 bagi menghadapi peperiksaan pencarian pelajar SPE.
Kaola ingin tahu apakah keberkesanan pembelajaran KGBK ini dan apakah ada kaedah-kaedah yang lain seperti kaedah pembelajaran berasas kemahiran, skill learning, dapat digunakan dalam pelajaran khas selain daripada KGBK?
- Kaola ingin menyentuh Tajuk SF04A - Universiti Teknologi Brunei berkenaan dengan kursus-kursus yang disediakan. Terdapat isu-isu yang disuarakan oleh para mahasiswa dan mahasiswi berkenaan dengan kursus dalam bidang petroleum. Kaola difahamkan kursus ini telah pun dihentikan seketika disebabkan kontrak pensyarah berkenaan sudah tamat. Para mahasiswa dan mahasiswi diberikan pilihan sama ada menunggu pensyarah baharu atau mengambil kursus lain.
Isu ini boleh menjejaskan reputasi UTB sebagai sebuah menara gading yang terbaik. Kaola berpandangan urusan menempatkan pensyarah- pensyarah baharu bagi menggantikan pensyarah tamat kontrak hendaklah diteliti dan diberikan perhatian sewajarnya agar kursus-kursus berkenaan tidak tergendala ataupun terhenti.; dan
- Menyentuh soal Special Education Needs Assistance (SENA). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menyediakan pendidikan secara inclusive. Pada 1hb. Jun 2021M, SENA dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan kini ditempatkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas. Guru-guru SENA bagi kumpulan pertama telah pun menamatkan latihan mereka dalam Kursus Sijil Pendidikan Khas pada tahun 1997. Kaola difahamkan bahawa kursus ini tidak lagi ditawarkan di Universiti Brunei Darussalam. Kaola ingin tahu apakah usaha dan perancangan pihak kementerian untuk menambah bilangan guru-guru SENA bagi memenuhi keperluan sekolah- sekolah termasuklah sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola memohon izin Yang Berhormat bagi kaola memberikan penjelasan terhadap soalan-soalan yang telah diajukan.
وبركاته هللا ورحمة عليكم السالم الرحيم الرحمن هللا بسم. Kaola ingin terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan atas soalan-soalan yang telah dikemukakan iaitu ada 4 soalan:
Cadangan bagi menyerapkan penyertaan penuntut-penuntut sekolah bagi acara-acara national dan kebangasaan sebagai satu subjek khusus ke arah meningkatkan lagi semangat kekitaan ataupun sense of belonging. Semangat ‘kekitaan’ ataupun sense of belonging adalah satu refleksi daripada akhlak yang baik dan juga nilai-nilai yang murni yang mana ia memang diserapkan ataupun diajarkan dalam satu mata pelajaran iaitu Melayu Islam Beraja yang memfokus kepada diri pelajar di mana pelajar-pelajar ini perlu mempunyai sekurang- kurangnya lima (5) tanggungjawab:
- Tanggungjawab pada diri sendiri.;
- Tanggungjawab pada keluarga.;
- Tanggungjawab pada jiran dan masyarakat.;
- Tanggungjawab pada sekolah.; dan
- Tanggungjawab kepada negara.
Ia mestilah dijadikan satu amalan dan budaya dalam kehidupan seharian. Justeru, cadangan untuk menyerapkan penyertaan penuntut- penuntut sekolah bagi acara-acara national kebangsaan itu sangat- sangat digalakkan kerana ia adalah penterjemahan kepada nilai-nilai murni tersebut.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin mengongsikan bahawa sejumlah lebih 15,000 orang pelajar telah terlibat dalam acara-acara sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun pada tahun lepas iaitu tahun 2022 dan pada acara Sambutan Hari Kebangsaan ke-39 yang lalu hampir 4,000 orang pelajar ikut serta.
Selain daripada itu, semangat ‘kekitaan’ ataupun sense of belonging ini juga diterapkan melalui aktiviti luar darjah atau pun CCA seperti menyanyikan lagu kebangsaan semasa perkumpulan pagi dan beberapa aktiviti CCA yang lain seperti acara-acara taklimat yang dikendalikan bersama stakeholders tertentu.
KGBK ataupun Kaedah Gabungan Bunyi Kata KGBK bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas. --- Bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas pembelajaran mereka ini adalah berpandukan kepada Individual Education Plan ataupun IEP yang selalu disebut di sekolah, dalam bahasa melayunya Rancangan Pendidikan Individu.
Dalam merancang IEP guru-guru boleh merujuk kepada Buku Kurikulum Pendidikan Khas yang meliputi beberapa domain. Domain ini adalah seperti asas akademik, kesediaan belajar, komunikasi, motor halus, motor komunikasi sosial, emosi dan juga urus diri.
Manakala pembelajaran Kaedah Gabungan Bunyi Kata atau pun KGBK ini merupakan salah satu strategi untuk membantu pelajar belajar dari segi kemahiran literasi. Sebenarnya selain daripada KGBK ada beberapa lagi kaedah-kaedah lain seperti kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah abjad dan juga kaedah suku kata.
Sebenarnya pelajar-pelajar berkeperluan khas ini tidak semestinya mengikuti pathway pendidikan khas kerana pelajar berkeperluan khas boleh diklasifikasikan kepada 5 priority level iaitu:
- Very mild atau pun PL 1
- Mild
- Moderate
- Severe
- Proofound ataupun Multiple Diagnosis
Kalau Priority Level 1 hingga 2, ataupun ke 3 juga kadang-kadang, mereka ini boleh mengikuti kurikulum umum dan yang 4 serta 5 itu saja yang mengikuti pendidikan khas. Itulah sebabnya kenapa pelajar- pelajar pendidikan khas ini memang mengikuti kurikulum sehingga Tahun 8 iaitu supaya menguatkan lagi kemahiran mereka dalam kemahiran literasi dan juga numerasi.
Mengenai Universiti Teknologi Brunei, terdapat isu-isu pensyarahnya telah menamatkan kontrak. Soalan ini merujuk kepada BEng Petroleum Engineering yang mana terdapat pensyarahnya yang telah tidak menyambung kontrak, ada beberapa orang, mungkin 2 orang.
Sebenarnya BEng Petroleum Engineering ini masih lagi ditawarkan dan mereka ini akan menghabiskan pembelajaran mereka sehingga tamat nanti. Memang benar ada pensyarah yang tidak menyambung kontrak mereka tetapi pihak UTB telah menggantikannya dengan mengambil pensyarah sementara melalui Skim Locum Tenen dan juga ada pensyarah baharu yang telah direkrut. الله ان شاء pembelajaran pelajar ini tidak akan terjejas.
Mengenai dengan penawaran ini jika mereka setuju untuk dipindahkan kepada BEng Energy Engineering sebenarnya ada satu program baharu yang akan ditawarkan untuk menggantikan BEng Petroleum Engineering iaitu BEng Energy Engineering tetapi tidak semestinya pelajar-pelajar yang dalam petroleum engineering itu boleh pindah ke sana, kalau mereka mahu mereka boleh pindah tapi kalau mereka masih ingin mengikuti BEng Petroleum Engineering they can stay.
Mengenai Special Education guru SENA. Apakah rancangan pihak kementerian untuk menambah bilangan guru-guru SENA bagi memenuhi keperluan sekolah- sekolah termasuklah sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Pendidikan akan terus mengambil guru pendidikan khas melalui program perantis di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah ataupun Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam ada menawarkan Master of Teaching dengan pengkhususan Special Education. Calon-calon yang ingin mengikuti program perantis dalam pengkhususan pendidikan khas akan disalurkan ke program tersebut.
Inisiatif kedua adalah pengambilan guru di peringkat G1. Kalau tadi adalah peringkat G13 yang mempunyai degree. Selain daripada itu ada pengambilan guru-guru juga di jawatan G8 dan G3. Bagi jawatan G1 أ ْلح ْمدُ ِ هلِل dikongsikan di sini bahawa seramai 45 orang guru telah ditetapkan dalam jawatan G1.
Pihak Jabatan Pendidikan Khas akan bekerjasama dengan pihak Universiti Brunei Darussalam dalam menyediakan program Diploma in Education sebab mereka ini tidak mempunyai degree. Mereka akan mengikuti program Diploma in Education secara BESPOKE ertinya ia akan ditawarkan khas bagi guru-guru tersebut untuk mendapatkan pensijilan supaya mereka diiktiraf sebagai guru pendidikan khas atau guru SENA yang bertauliah.
Dalam kalangan guru-guru yang sedia ada, terdapat satu lagi inisiatif Jabatan Pendidikan Khas untuk melatih dan menarik minat mereka untuk menjadi guru pendidikan khas. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Pendidikan Khas akan bekerjasama dengan Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy untuk memberikan kursus-kursus yang berpatutan.
Kaola ingin mengongsikan bahawa pada masa ini seramai 22 orang calon tenaga pengajar melalui Pogram Perantis dalam Kohort 3 dan Kohort 4 yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Master of Teaching di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah dalam ان شاء الل .bidang Pendidikan khas guru-guru ini akan menambah bilangan guru-guru pendidikan khas yang sedia ada. Mungkin itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima kasih Yang Berhormat ِبْسِم هاللِّٰالَّرْحَٰمِنالَّرْحيمالَّسلاُمعلْيُكْم .Pengerusi ور ْحمةُ اللهِ
وبركاتُهُ kaola mengucapkan setinggi أْلحْمُد ِهلِل tinggi tahniah atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang menyampaikan dengan jelas dan padat. Kaola mengharapkan agar apa jua yang dirancang الل ان شاء dapat dicapai dengan jayanya.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengajukan 3 soalan seperti berikut:
Kaola bercakap berkenaan di bawah Tajuk SA01E - Jabatan Kementerian Pendidikan dengan isu-isu yang disuarakan oleh guru-guru dan tenaga pengajar iaitu berkenaan dengan tekanan yang dihadapi disebabkan kekurangan guru. Perkara ini bukanlah isu baharu bahkan pernah disuarakan dalam Dewan ini pada musim-musim permesyuaratan yang lalu.
Isu guru-guru dibebankan dengan tugas mengajar dan juga jadual yang cukup padat dan ada kalanya dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran termasuk mengurus kelengkapan dan logistik sekolah. Perkara ini boleh menjejaskan perkhidmatan guru ke arah menyediakan pendidikan yang berkualiti.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan, apakah usaha dan perancangan pihak kementerian bagi menangani isu kekurangan dan bebanan tugas guru? Seterusnya kaola mencadangkan agar tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan guru seperti pentadbiran, pengawasan harta benda sekolah dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada supporting staff sebagai usaha bagi memberikan peluang kepada guru-guru untuk menumpukan tugas mengajar sahaja.
Kaola ingin juga menyentuh isu yang dibangkitkan berkenaan dengan fungsi dan peranan Bahagian Kemudahan dan HSSE untuk kemudahan Bahagian Penghapusan dan Kira-Kira, Kementerian Pendidikan. Kaola difahamkan unit ini menghadapi beban tugas di luar keupayaan kerana kekurangan kakitangan. Kaola difahamkan hanya 4 orang kakitangan sahaja yang diaturkan untuk melaksanakan tugas penghapusan di sekolah-sekolah bagi Daerah Brunei Muara di bawah Kementerian Pendidikan.
Dimaklumkan bahawa guru-guru Bahasa Inggeris yang telah dibekalkan melalui Centre for British Teachers (CFBT) untuk Kementerian Pendidikan sudah melebihi 20 tahun. Dalam masa tersebut apakah faedah-faedah atau impak yang diperolehi oleh pelajar-pelajar dari segi peningkatan pencapaian pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris semasa peperiksaan awam khususnya dalam peperiksaan BGCE ‘O’ Level?
Seterusnya kaola ingin tahu berapa ramaikah guru-guru CFBT yang masih berkhidmat di sekolah-sekolah pada masa ini? Dan berapakah jumlah pembelajaran untuk menempatkan perkhidmatan guru-guru CFBT ini? Kaola juga seterusnya ingin bertanya adakah rancangan untuk menggantikan guru-guru CFBT ini dengan guru-guru tempatan atau guru-guru dari luar negara secara kontrak.
Sekian, terima kasih dan mohon pencerahan mengenai perkara ini Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat. Ada 4 soalan:
Bagi menangani isu kekurangan dan bebanan tugas guru. Sebenarnya pihak Kementerian Pendidikan memang menyediakan garis panduan bagi perkara ini untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui pemimpin-pemimpin sekolah dan bagi guru yang melaksanakan tugas pentadbiran sekolah yang disebutkan tadi sememangnya mereka ini diberikan bebanan kerja yang sedikit ringan daripada guru-guru yang lain. Iaitu mereka hanya mengajar 10 hingga 16 period seminggu sahaja bersamaan dengan 5 ke 8 jam seminggu.
Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan juga ada melaksanakan inisiatif Ideal Number of Teachers in School (INOT) dan juga right-sizing of classes bagi memastikan keramaian guru bagi setiap sekolah dapat dimaksimakan dengan beban kerja dan juga tugasan yang bersesuaian.
Dalam masa yang sama Kementerian Pendidikan akan meneruskan pengambilan guru-guru baharu, tenaga-tenaga pengajar setiap tahun melalui Program Perantis atau menggantikan guru-guru CFBT ini
Immersi jika masih ada calon-calon yang sudah berkelayakan menjadi guru dengan mengikuti Initial Teacher Preparation ataupun Master of Teaching dan الله ان شاء bagi Kohort 5 akan dibukakan pada tahun ini.
Daripada data yang kaola ada pada masa ini, Program Immersi dan Perantis bermula pada tahun 2019 dan bagi Kohort pertama ini sahaja seramai 29 orang tenaga pengajarnya sudah bergaji bulan dan seramai 40 orang perantis. Itu baru bagi tahun 2019, belum termasuk tahun 2020, 2021 dan 2022. Memang keramaian calon-calon yang mengikuti program perantis akan menurun disebabkan mereka yang mempunyai Master of Teaching sudah berkurangan jadinya bagi calon-calon yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar mereka akan mengikut Program Perantis.
Mengenai keanggotaan Unit HSSE di Kementerian Pendidikan. Pada masa ini, terdapat 16 orang pegawai dan termasuk 4 orang i-Ready yang bertugas di Bahagian HSSE, Pejabat Daerah Brunei Muara. Sementara di Unit Penghapusan terdapat juga seramai 16 orang pegawai dan kakitangan keempat-empat daerah.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini bahagian dan unit tersebut memang dibantu oleh wakil- wakil HSSE dan juga guru-guru yang ditugaskan bagi tugas-tugas penghapusan dari setiap sekolah, bukan mereka sahaja yang akan memantau akan tetapi ada juga wakil- wakil dari peringkat sekolah. Oleh yang demikian, pihak kementerian belum ada perancangan untuk menambah jumlah pegawai dan kakitangan di bahagian dan unit berkenaan.
Mengenai CFBT. Apakah impaknya dalam Bahasa Inggeris terutamanya dalam Perperiksaan Awam GCE ’O’ Level? Sebenarnya CFBT sudah mula bertapak di Kementerian Pendidikan mulai tahun 1985 menghampiri kepada 4 dekad dan apakah impak yang telah terjadi (the outcome) dari inisiatif mendatangkan native speakers ini sebagai sebahagian daripada guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar bahasa Inggeris.
Memang tidak dinafikan bahawa penguasaan literasi, baik bagi mata pelajaran bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, di peringkat sekolah rendah dan menengah memang amat penting dan ia akan terus menjadi priority Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelajar-pelajar kitani menguasai tahap yang sepatutnya dalam kedua-dua bahasa ini, dan mendatangkan tenaga pengajar bahasa Inggeris adalah salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk memastikan hasrat tersebut tercapai.
Apakah impak dalam bentuk pencapaian mereka GCE ’O’ Level? Sebenarnya kebetulan saya ada data di sini menunjukkan keputusan BGCE ’O’ Level bagi calon sekolah yang telah diplot dalam satu graf bermula tahun 1999. Walau bagaimanapun, tidak terang untuk dilihat di sini tetapi selepas ini kaola ان شاء الله mengongsikannya dengan Yang Berhormat.
Kalau dilihat daripada pencapaian pelajar dari tahun 1999 di mana ada 11.86% pelajar telah mendapat kredit dalam Bahasa Inggeris dalam GCE ’O’ Level dan apa yang telah terjadi setelah beberapa dekad kemudian iaitu pada tahun 2001 ia telah naik menjadi 73.57% ini adalah sekolah- sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل memang ada gabungan antara CFBT dan juga guru-guru tempatan yang sebenarnya kenaikan ini bukan disebabkan oleh guru CFBT sahaja kerana bilangan mereka memang kecil berbanding dengan guru-guru tempatan yang mengajar Bahasa Inggeris jadinya kredit ini diberikan kepada guru-guru tempatan kerana mereka berkerjasama dengan pihak CFBT untuk menghasilkan keputusan sedemikian.
Berapa bilangan CFBT pada tahun ini, ia hampir 200 orang. Kalau exact itu 196-197 orang tetapi kuotanya adalah 200 orang dan kontrak ini akan berakhir pada tahun ini yang sebenarnya ada penurunan dari tahun 2015 ke tahun 2020 iaitu penurunan sebanyak 24% keramaian CFBT. Itu sahaja bagi menjawab keempat- empat soalan Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
--- here Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. ِْسِم هاللِّٰالَّرْحَٰمِنالَّرْحيمالَّسلاُمعلْيُكْمورْحمةُاللهِوبركاتُهُ dan salam sejahtera. ْلح ْمدُ ِللهه َ, lebih dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih atas mukadimah dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Kaola anggap jelas dan komprehensif tentang harapan dan ke arah mewujudkan kualiti pendidikan negara terus meningkat dan diiktiraf di peringkat global.
Yang Berhormat Pengerusi. Koala ingin mengajukan 3 soalan iaitu di bawah Tajuk SF01A - Jabatan Kementerian Pendidikan.
Kaola menyentuh berkenaan dengan beberapa isu yang berkaitan rapat dengan sekolah-sekolah yang ditutup disebabkan kekurangan pelajar. Kaola sangat prihatin dengan situasi ini terutama sekali dengan sekolah- sekolah yang mempunyai nilai sejarah yang boleh dijadikan ristaan generasi baru. Antaranya, Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, Kampung Bukit Sawat, Daerah Belait yang mula dibangunkan pada tahun 1932 dan mula ditutup pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, kaola mohon pencerahan agar pihak Kementerian Pendidikan dapat memberikan pertimbangan agar nilai sekolah berkenaan dapat dipertahankan.
Di samping itu, kaedah duduk semeja bersama pemimpin-pemimpin akar umbi dan pihak-pihak yang berkaitan dapat diadakan bagi mendapatkan pandangan serta jalan penyelesaian yang terbaik. الل ان شاء kaola cadangkan mana-mana sekolah yang sudah tidak digunakan agar dapat diserahkan kepada pihak yang memerlukan seperti Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk dijadikan Pusat Kegiatan atau Galeri Penduduk contohnya.
Adakah pihak Kementerian Pendidikan mempunyai perancangan untuk membuat bangunan kekal di Sekolah Rendah Merangking memandangkan ia merupakan satu- satunya sekolah yang terdapat di kawasan Bukit Sawat.
Untuk makluman, Sekolah Rendah Merangking telah dibangunkan pada tahun 1962, (61 tahun sudah umurnya). Keadaan bangunan sekolah pada masa ini sudah lama kerana 80% diperbuat daripada kayu dan setiap tahun pihak sekolah perlu memohonkan pembaikan kerana badan dan lantai sekolah sering dimakan anai walaupun ada sudah kontraktor untuk menanganinya.
Selain daripada itu, Bilik Ibadat adalah tidak mencukupi untuk menampung semua guru-guru dan murid jika perlu sembahyang dalam Bilik Ibadat. Bilik Guru Besar Petang pula terpaksa disatukan dengan bilik rehat guru-guru ugama kerana tidak ada bilik khas yang mencukupi untuk mereka.
Ada pun, pihak sekolah sudah memohon rumah guru untuk dijadikan Bilik Ibadat serta Bilik Rehat Guru Ugama Petang akan tetapi dengan ketiadaan jambatan penghubung dan jejambat dari sekolah ke rumah guru maka ianya amat sukar untuk murid dan guru berulang-alik.
Menyentuh soal tugas dan beban guru di Daerah Belait iaitu berkenaan dengan isu aktiviti di luar sekolah pada waktu bertugas ketika menghadiri bengkel, kursus dan mesyuarat yang diadakan di Bandar Seri Begawan.
Pada dasarnya jarak dari Pekan Belait ke Bandar Seri Begawan mengambil masa 1 jam 30 minit tertakluk pada situasi jalan dengan perjalanan lebih kurang 100 kilometres. Bayangkan berapa masa perlu diambil dalam perjalanan pergi dan balik. Kaola juga difahamkan bahawa tiada elaun perjalanan hitung kilometer disediakan kepada guru-guru yang terlibat yang menggunakan kenderaan sendiri.
Untuk penelitian dan pertimbangan pihak kementerian, kaola sukacita mencadangkan mana-mana bengkel atau kursus pendek yang melibatkan penyertaan guru-guru di Daerah Belait dalam kumpulan yang ramai, ’bisaitah’ diadakan di daerah yang sama atau mana-mana tempat yang berdekatan.
Dan kaedah bermesyuarat secara maya dan Zoom adalah antara pendekatan yang sesuai bagi mengecualikan guru- guru hadir secara fizikal memandangkan keadaan kadangkala mesyuarat yang diadakan cuma memakan masa 10 hingga 15 minit sahaja. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Soalan pertama mengenai dengan Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, Bukit Sawat yang telah dicantumkan dengan Sekolah Rendah Merangking pada 27hb. Mac 2021. Pada ketika itu, pada tahun 2020 keramaian pelajar di Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, Bukit Sawat pelajar-pelajarnya hanya seramai 7 orang dan gurunya seramai 9 orang dan kalau tidak silap keramaian pelajar yang mengikuti pelajaran sekolah ugama di sebelah petang hanyalah seramai 4 orang.
Di bawah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi penstrukturan semula sekolah-sekolah rendah bersaiz kecil, Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai Bukit Sawat telah dicantumkan dengan Sekolah Rendah Merangking yang sebenarnya jauhnya adalah dalam 3 kilometres sahaja. Ianya dicantumkan kerana kegiatan aktiviti- aktiviti yang akan menjadi sangat terbatas bagi pelajar-pelajar seperti aspek pembelajaran yang menjurus kepada kemahiran abad ke-21 seperti berkomunikasi, berkolaborasi, perbincangan, pembentangan dan sebagainya.
Jikalau misalnya hanya ada 7 orang pelajar , itu pun 7 orang pelajar tersebut bukan di dalam satu kelas namun merentas pelbagai level, ertinya untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran abad ke-21 akan menjadi satu cabaran kepada guru dan apatah lagi kepada pelajar- pelajar itu sendiri. Yang Kedua adalah perlaksanaan kokurikulum oleh kerana bilangan itu terlampau sedikit, jadinya aktiviti kokurikulum akan sangat terhad. Dan kita menyedari juga tentang kepentingan memelihara nilai-nilai sejarah ini.
Oleh yang demikian, pihak kementerian akan berbincang dan berkerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah pihak Yang Berhormat sendiri khususnya mengenai dengan bagaimanakah cara untuk mengekalkan sejarah sekolah tersebut.
Sebenarnya sebelum keputusan diambil untuk mencantumkan kedua- dua buah sekolah ini, beberapa mesyuarat, perjumpaan dan sesi muzakarah telah diadakan hampir setahun sebelum keputusan dibuat untuk mencantumkan sekolah supaya ’kitani’ sama-sama gembira dengan apa juga keputusan yang kitani akan buat.
Yang Kedua adalah keadaan Sekolah Rendah Merangking. Di mana seperti Yang Berhormat sebutkan tadi keadaannya memerlukan penambahbaikan, الله ان شاء perkara
Yang Kedua adalah keadaan Sekolah Rendah Merangking. Di mana seperti Yang Berhormat sebutkan tadi keadaannya memerlukan penambahbaikan, الله ان شاء perkara ini akan diambil perhatian sewajarnya.
Yang ketiga, bengkel ataupun kursus pendek di Belait. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل terima kasih diatas cadangan Yang Berhormat mengenai dengan bengkel-bengkel yang melibatkan guru-guru di Daerah Belait.
Memang pada masa ini ada perancangan untuk mengadakannya sama ada di Daerah Belait ataupun di Daerah Tutong bagi memudahkan urusan perjalanan ان شاء guru-guru yang terlibat. Dan الله mana-mana mesyuarat ataupun bengkel yang boleh dijalankan secara atas talian, ianya akan dilakukan secara atas talian kecuali aktiviti-aktiviti ataupun bengkel- bengkel yang melibatkan praktikal, itu terpaksalah guru-guru itu hadir secara fisikal tetapi الله ان شاء bengkel- bengkel ini akan dilaksanakan secara berasingan nanti samaada ianya berpusat di Daerah Brunei Muara .ان شاء الله ,ataupun di Daerah Tutong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan laluan untuk kaola ikut serta dalam perbincangan ini, Yang Berhormat . ِب ْس ِم ه ِاللّٰ ال َّر ْح َٰم ِن ال َّر ْحيم. Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ .Majlis Mesyuarat Negara .dan salam sejahtera ِالله وبركاتُهُ
Terlebih dahulu, kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana telah mengongsikan secara komprehensif dan terperinci mengenai pencapaian program dan projek yang telah dilaksanakan setakat ini dan juga tumpuan-tumpuan yang akan dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2023/2024.
Untuk itu, kaola mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, pemimpin-pemimpin, para tenaga pengajar dan seluruh warga Kementerian Pendidikan di atas usaha berkebajikan mereka untuk meningkatkan sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.
Peranan ibu bapa, penjaga dan penuntut sendiri adalah juga sangat penting dalam menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut. Mudah-mudahan dengan sistem perlaksanaan dan pemantauan yang cekap, berkesan dan telus, Kementerian Pendidikan akan dapat mengatasi semua cabaran dan berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan, .ان شاء الل
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada beberapa perkara yang ingin kaola sentuh seperti berikut:-
Kaola memahami bahawa COVID-19 telah menyebabkan learning loss sebilangan pelajar. Perkara ini memang disedari dan dimaklumi, ini bukan sahaja khusus bagi negara kita malahan seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Apa yang penting ialah way forwardkita untuk menangani cabaran-cabaran yang mendatang.
Kaola perhatikan dari segi prestasi pelajar-pelajar dalam pendidikan teras iaitu peringkat rendah dan menengah bawah, kita masih jauh dari menjangkau sasaran yang ditetapkan. Kita semua maklum bahawa baik buruknya prestasi di peringkat pendidikan teras ini sudah setentunya akan mencorakkan prestasi penuntut di peringkat- peringkat seterusnya. Kaola ingin mengajukan beberapa soalan untuk pencerahan:-
Apakah tracking system atau sistem pemantauan yang digunakan oleh kementerian untuk memantau dan menyukat prestasi pencapaian sekolah- sekolah ini juga menguatkan independent assessment dari pihak ketiga bagi menyukat impak besarnya on the ground. Ini termasuk maklum balas dari pemimpin sekolah, tenaga pengajar, ibu bapa dan penuntut itu sendiri dan sekiranya prestasi sekolah-sekolah ini adalah di bawah sasaran yang telah ditetapkan, apakah program- program intervensi yang akan dilaksanakan untuk membantu sekolah dan penuntut-penuntut ini.;
Dari 43.2% calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5’O’ level pada tahun 2022, adakah sudah diteliti apakah subjek-subjek yang diperolehi penuntut- penuntut ini. Ini kaola fikirkan penting kerana untuk melangkah ke tingkat seterusnya atau menembusi job market, di samping subjek Bahasa Melayu dan Inggeris, ianya perlu memiliki subjek-subjek yang marketable seperti Maths, Science, Technology, Seni to name a few.; dan
Apakah usaha kementerian untuk memperluaskan lagi kemahiran STEAM seperti yang dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalambaru-baru ini.
Mengenai dengan ekosistem Pendidikan. Kaola menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan untuk menjana ekosistem pendidikan yang inovatif. Inisiatif ini memang bertepatan dan selari dengan pembelajaran abad ke-21 di mana digitalization dan Fourth Industrial Revolution is at the forefront pada masa ini dan akan datang. Kaola mengucapakn tahniah dan syabas di atas ongoing inisiatif ini.
Dalam aspek ini kaola ingin mengajukan dua soalan:-
Adakah digitalization infrastructure kita telah tersedia, mencukupi dan siap siaga? Kaola maksudkan bukan sahaja dari segi network connectivity dan hardwarenya malahan softwarenya. Dengan erti yang kata yang lain, adakah sistem pendidikan negara yang ada dan akan datang selari untuk memenuhi tuntutan bagi penuntut kita ini supaya adaptable kepada sistem digitalization ini agar mereka itu sentiasa future ready.
Sejauh mana kita telah menyediakan capacity building kebangsaan kita dari peringkat akar umbi dan ke atas untuk menyesuaikan diri ataupun adapting kita semua dengan standard pendidikan abad-21 ini. Misalnya, bukan sahaja dari segi akademiknya akan tetapi cara sistem pendidikan kita untuk mengolah atau mengadun cara befikir pelajar-pelajar kita secara holistik untuk memuatkan strategic, tactical, positive thinking dan sikap keterbukaan dalam pembelajaran dengan tidak membelakangkan dan menjejaskan amalan MIB negara.
Yang Berhormat Pengerusi. Salah satu strategi penting mana-mana negara untuk membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan. Walaupun Akta Pendidikan Wajib telah dikuatkuasakan, sentiasa terdapat penuntut-penuntut sebahagiannya dari keluarga miskin yang gagal untuk hadir ke sekolah disebabkan keperluan-keperluan keluarga yang lain diberikan keutamaan. Persoalanya ialah:-
Apakah usaha Kementerian Pendidikan dalam memastikan setiap penduduk dalam lingkungan umur persekolahan wajib benar-benar mengikuti persekolahan mereka sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan Wajib supaya mereka ini tidak tercicir arus perdana pendidikan;.
Selain dari bantuan kewangan persekolahan yang dihulurkan melalui Bantuan Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, apakah terdapat strategi atau program yang lebih menyeluruh untuk membantu golongan pelajar ini dapat menghadiri persekolahan mereka. Ini terutama bagi penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah bawah yang perlu sebagai asas pendidikan mereka.
Contoh bantuan yang kaola maksudnya antaranya skim pinjaman buku, makan tengahari, asrama dan lain-lain. Kaola menyedari Kementerian Pendidikan memang ada diberikan peruntukan sebanyak $1.5 juta bagi maksud ini, adakah peruntukan ini mencukupi kerana ianya juga melibatkan penuntut- penuntut dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Seterusnya kaola ingin menyentuh Local Contract Teachers. Kalau kaola tidak silap program ini telah pun berjalan أ ْلح ْمدُ ِ هلِل .lebih dari enam tahun
Kita telah difahamkan bahawa sebahagian mereka ini telah pun diambil ke jawatan tetap dan sebilangan lagi ada yang memilih kerja yang lain. Oleh itu, kaola ingin mendapatkan beberapa penjelasan:-
Adakah guru-guru yang telah terpilih ini juga diberi tugas trainer yakni para pelatih pada guru-guru yang baru seperti hasrat awal ataupun hasrat asal jawatan ini diadakan.; dan
Apakah jenis latihan-latihan yang telah ataupun yang akan diberikan kepada guru-guru yang terpilih untuk dilantik ke jawatan tetap ini.
Sebagai pemikiran sahaja, sebagai langkah capacity building dan pendedahan kepada guru-guru ini, adakah Kementerian Pendidikan mempunyai perancangan untuk menempatkan guru-guru ini menjalani attachment misalnya dalam jangka waktu tiga bulan ataupun lebih di sekolah swasta kepunyaan kerajaan seperti Jerudong International School (JIS) untuk memimba pengalaman dan tatacara pengajaran dan pembelajaran di institusi tersebut.
Koala cadangkan perkara ini memandangkan positif impaknya pada pelajar-pelajar di sekolah tersebut dari segi penekanan dan tumpuan kepada pembangunan insan seperti confidence building, positive thinking, personal development lebih interactive dan meningkatkan communication skill penuntut.
Kalau kita melihat student-teacher relationship dan peer group di institusi ini amatlah menyerlah dan mengalakkan di mana penuntut-penuntut selalunya teruja untuk ikut serta dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti extra curriculum sekolah.
Kaola bukanlah menyatakan bahawa di sekolah-sekolah yang lain, perkara ini tidak ada. Malahan ada sekolah-sekolah kerajaan yang cemerlang dalam kategori ini cuma institusi ini sudah pun diiktiraf sebagai salah sebuah boarding school yang terbaik di rantau ini.
Mengapa kita tidak menggunakan pengalaman yang ada di negara kita sendiri untuk kebaikan dan meningkatkan sistem pendidikan secara menyeluruh walhal ianya adalah easily available dan accessible.
Seterusnya, kaola menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan menambah Centre of Excellence bagi menampung keperluan fizikal dan kemudahan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Perkara ini telah pun disentuh oleh rakan Ahli Yang Berhormat dan ada yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.. ْلح ْمدُ ِ هلِل dan syabas
Walau bagaimanapun, kaola difahamkan jumlah penuntut yang memerlukan perkhidmatan ini semakin meningkat dari tahun ke setahun. Kaola menyedari Kementerian Pendidikan memang telah pun mengadakan program penuntut- penuntut yang terlibat.
Kaola hanya ingin memohon penjelasan mengenai program yang telah dilaksanakan setakat ini dan apakah program-program lanjutan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Penjelasan ini adalah perlu bagi membantu ibu bapa yang terlibat untuk merancang keperluan anak-anak mereka yang di dalam kategori ini.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi telah pun menerangkan usaha kementeriannya untuk menambah bilangan tenaga pelajar bagi Special Education ini.
Dalam hal ini, kaola juga ingin mencadangkan supaya Skim Khas khusus bagi tenaga pengajar bagi pelajar yang keperluan khas ini akan digubal sekiranya belum ada supaya ianya setimpal dengan kepakaran dan tanggungjawab yang dipikul oleh tenaga- tenaga pengajar ini yang memerlukan special skill, kesabaran dan komitmen tinggi dalam mendidik penuntut- penuntut yang berkeperluan khas ini.
Kaola juga berkecendurungan untuk mencadangkan supaya pemberian biasiswa kerajaan juga dapat memasukkan bidang ini disamping bidang-bidang yang sedia ada.
Yang terakhir, sebagaimana yang dimaklumi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah untuk melihat supaya Skim Pendidikan Biasa Dan Ugama dapat bersatu di bawah pengurusan yang sama supaya tenaga pendidik dapat diintregasikan dalam waktu persekolahan bagi memenuhi kemasalahatan dan kemudahan ibu bapa dan penjaga ketika menghantar dan mengambil anak-anak sekolah. Koala hanya ingin memohon pencerahan dari Kementerian Pendidikan bagi perkara berikut:-
- Bilakah perubahan ini akan mula dilaksanakan?;
- Apakah strategi Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan perubahan ini supaya pihak-pihak yang berkepentingan seperti penuntut, tenaga pengajar dan ibu bapa akan bersedia menyambut usaha yang berkebajikan ini?; dan
- Adakah persediaan sudah dibuat dari segi logistik, penjadualan dan pemberigaan supaya transisi ini berjalan dengan sempurna dan teratur?.
Kaola berpendapat jika isu ini akan dapat dikomplimen dengan pembaikan sistem pengangkutan awam yang menyeluruh sudah setentunya ia akan membantu dan memudahkan lagi ibu bapa dalam menghantar dan mengambil anak-anak mereka dengan yakin.
Impaknya akan amat ketara dari segi mengurangkan kesesakan jalan raya, course of business dan meningkatkan produktiviti penjawat-penjawat awam dan pekerja-pekerja swasta.
Kaola mencadangkan supaya pihak-pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan stakeholders yang lain sekurang-kurangnya untuk menunduki isu ini supaya ada satu formula yang amicable yang boleh digunapakai secara menyeluruh.
Sekian terima kasih. Sekali lagi kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan laluan kepada kaola untuk ikut serta dalam perbincangan ini, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu selama 20 minit.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar) (Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang .بسم الل الرحمن الرحيم Berhormat sekarang Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Mesyuarat Jawatankuasa masih lagi membincangkan tajuk Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi di bawahnya.
Sebelum menyambung perbahasan seterusnya saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab soalan- soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim sebentar tadi sebelum kita berhenti berehat.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim kerana telah mengutarakan beberapa soalan. Banyak soalan Yang Berhormat Pehin ini usulnya.
ْاِن شاء الله Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan cuba menjawab sedaya yang boleh.
Mengenai isu learning loss dan apakah way forwardnya dan adakah kitani masih jauh daripada sasaran dan sebagainya dan apakah sistem pemantauan yang mungkin dapat menyukat impak besar daripada kejadian COVID-19 learning loss ini.;
Bagi menjawabnya, selepas 185 hari sekolah ditutup, sekolah telah dibuka kepada pelajar-pelajar di peringkat rendah bermula pada bulan April tahun lepas 2022 dan apa yang terjadi semasa bulan tersebut bulan 5 immediately pihak Kementerian Pendidikan telah mengadakan satu survey, student learning survey bagi memastikan bagi memantau di mana keberadaan mereka against the expected competency dan tiga mata pelajaran teras telah digunapakai sebagai menyukat competency tersebut, iaitu dalam bahasa inggeris, Matematik dan Sains.
Apa yang kaola ingin kongsikan di sini adalah pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6 dan tahun 7 hingga 11 telah menunjukkan tahap pencapaian yang sangat rendah daripada segi competency yang diharap-harapkan bagi standard mereka.
Sangat rendah, lebih rendah daripada keputusan KPI daripada data collect setiap tahun dan inilah penyebab priority Kementerian Pendidikan telah digubal dan diubah menjadikan learning loss menjadi satu aktiviti utama dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan.
Kalau melihat secara purata bagi Inggeris, paling tinggi 32% bagi tahun 4 yang lain ertinya lebih rendah daripada 34% sedangkan kalau kitani melihat daripada KPI kitani mengharapkan sasaran 80% para pelajar sudah mencapai tahap mereka tetapi selepas COVID-19 sangat mengesalkan. Inilah yang sebenarnya yang terjadi.;
Mengenai dengan subjek-subjek yang diperolehi semasa peperiksaan ‘O ‘Level pada tahun lepas.
ا ْل َح ْمدُ ّ َ ّلِلpihak Kementerian Pendidikan ada juga membuat penganalisaan mengenai dengan subjek-subjek yang meningkat pencapaiannya dan ada juga yang menurun.
Bagi Peperiksaan ‘O’ Level kalau dibandingkan dengan tahun 2021 di mana peperiksaan dibuat melalui secara SAG bukan secara fizikal.
Pencapaian yang sangat terjejas adalah Combined Science, Bahasa Melayu dan dan juga Pengetahuan Ugama Islam dan manakala subjek-subjek lain seperti English Language, Physics, Biology, Chemistry dan Mathematics Syllabus D, menurun pencapaiannya kurang daripada 10%.
Manakala jika dibandingkan dengan tahun 2020, di mana format peperiksaan adalah sama, kitani ada peningkatan sebenarnya dari tiga mata pelajaran, iaitu Biology, Chemistry dan Pengetahuan Ugama Islam.
Prestasi penurunan kurang daripada 10% juga di observed kurang dalam 5 mata pelajaran, iaitu Mathematics Syllabus D, Bahasa Melayu, Combined Science, Physics dan English Language.
Kita melihat daripada peperiksaan A Level walaupun Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim bertanyakan mengenai prestasi pelajar di peperiksaan `O'Level, kaola ingin menambah sedikit informasi kepada peperiksaan 'A'Level.
Penurunan yang sangat ketara, sangat besar adalah subjek-subjek bukan berupa Sains seperti Travel 30 Tourism, Usuluddin, Geography, History, Bahasa melayu, Physical Education, Art & Design dan sebagainya.
Manakala subjek-subjek seperti Mathematics, Art & Design, Economics, Biology, Physics dan Chemistry itu walaupun ada penurunan namun penurunannya adalah jauh kurang daripada subjek-subjek yang telah kaola sebutkan awal tadi.
Mengenai dengan STEAM, seperti juga yang telah kaola sampaikan semasa ucapan mukaddimah kaola semasa Sabtu yang lalu, Kementerian Pendidikan akan mereview semula penawaran mata pelajaran teras wajib elektif dalam Sistem Pendidikan Abad ke-21 kerana kita akan menambah lagi bilangan- bilangan subjek-subjek yang menjurus kepada Sains Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik, suapaya ia lebih luas dan ia akan dapat dijadikan pemangkin pembangunan masa depan.
Mengenai dengan sistem pendidikan yang inovatif, mengenai dengan digitalization, infrastructure ataupun sistem-sistemnya dan capacity building kepada ketersediaan guru-guru untuk menangani perubahan ke arah era digitalization ini.
Bagi mendukung pengajaran pembelajaran secara digital beberapa inisiatif sedang giat dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan jua, dan antara lainya adalah penaiktarafan infrastruktur rangkaian sekolah, penyediaan khidmat internet dengan akses yang lebih luas kepada sumber pendidikan digital.
Yang ketiga adalah pembekalan komputer kepada tenaga pengajar dan penuntut dan keempat penggantian komputer-komputer sekolah. Bagi meningkatkan kapasiti ataupun kualiti kestabilan dan keselamatan rangkaian prasarana IT di sekolah- sekolah, Kementerian Pendidikan sudah mula melaksanakan penaiktarafan infrastruktur rangkaian sekolah mulai Tahun 2022.
Melalui pengiktirafan ini ianya akan dapat memberikan liputan wifi di keseluruhan kawasan pembelajaran pengajaran di sekolah-sekolah sekaligus akan dapat mendukung kaedah pembelajaran digital dengan lebih berkesan.
Sehingga kini sebenarnya ada empat buah sekolah rendah telah selesai dilaksanakan, manakala sebanyak tiga puluh satu sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang dalam perlaksanaan, sementara yang selebihnya masih dalam perancangan perlaksanaan dan perlaksanaan pengiktirafan ini dijangka akan selesai di semua sekolah pada tahun 2025 ان شاء الله dengan perbelanjaan yang mungkin akan menelan belanja lebih $15 juta, melalui peruntukan tahunan Rancangan Kemajuan RKN.
Manakala penyediaan khidmat internet dengan akses yang lebih luas kepada sumber pendidikan digital untuk 31 mendukung perlaksanaanya, Kementerian Pendidikan telah mula menyediakan perkhidmatan internet berkapasiti tinggi di sekolah-sekolah, dan melalui inisiatif tersebut sekolah-sekolah akan mendapat akses yang lebih luas kepada sumber-sumber pendidikan digital di alam maya.
Bagi perlaksanaan jangka pendek, Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar internet ataupun internet broadband di 36 buah sekolah menengah dan 24 buah sekolah rendah yang dikenalpasti untuk dilaksanakan program blended learning secara rintis.
Penyediaan perkhidmatan internet ini telah bermula pada Oktober 2022 secara tempoh 1 tahun dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $179 ribu.
Manakala untuk perlaksanaan jangka masa panjang Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Pusat Kebangsaan e-kerajaan akan melaksanakan national education network, iaitu bagi menyediakan perkhidmatan internet kapasiti tinggi di semua sekolah-sekolah di negara ini termasuklah sekolah-sekolah swasta yang menyertai secara optional.
National Education Network tersebut dijangka akan disediakan mulai tahun ini dalam tempoh 5 tahun. Mengenai usaha kementerian bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, ada beberapa usaha pihak kementerian bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang pertama adalah melalui Program Ri’ayah Wa Mahabbah, iaitu pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR dan mereka ini juga ada mempunyai cabaran untuk hadir ke sekolah.
Jadinya mereka ini ada mempunyai masalah kehadiran. Mereka akan ditempatkan di asrama Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong dan dihantar dengan bas ke sekolah-sekolah yang terdekat, iaitu Sekolah Rendah Pusar Rulak dan ianya akan dilaratkan ke peringkat menengah secara case by case. Ini adalah inisiatif yang pertama.
Inisiatif kedua adalah melalui Program Harapan dan Program Anak Harapan di mana Kementerian Pendidikan menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar-pelajar susah, ada skim sarapan pagi, ada skim sarapan pagi dan tenusu dan ada juga skim makan tengahari.
Sehingga Tahun 2021 ada seramai 9,444 pelajar telah mengikuti program ini daripada 46 buah sekolah rendah dan menengah dan pelajar-pelajar ini diharap akan menerima nutrisi yang sewajarnya yang sepatutnya dan akan meningkatkan kedatangan mereka dan seterusnya akan meningkatkan prestasi mereka di dalam pembelajaran.
Yang ketiga adalah melalui program BIBD ALAF, iaitu 1 inisiatif sumbangan Bank Islam Brunei Darussalam terhadap pendidikan. Sesuatu yang disebut sebagi mendukung pembelajaran sepanjang 32 hayat untuk masa depan yang bercita-cita tinggi ataupun advocating lifelong learning for inspiring future.
Ianya merupakan sebagai peluasan sumbangan Bank Islam Brunei Darussalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Itu adalah program bantuan-bantuan Kementerian Pendidikan bagi kumpulan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Yang ketiga adalah LCT. LCT adalah Local Contract Teachers ianya adalah sebenarnya satu projek di bawah Program Bimbangan literacy dan numeracy ataupun Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP), iatu salah satu insiatif kementerian yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru-guru bahasa Inggeris dan juga Matematik.
Perkhidmatan LCT adalah secara berkontrak, iaitu selama 1 tahun dan sebenarnya ia boleh diperbaharui sehingga 3 tahun.
Mulai Januari 2018, ada seramai 102 orang pada intake pada tahun tersebut, dan pada intake Januari 2019, ada lagi seramai 108 orang yang telah ikut serta di dalam projek ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 210.
Setakat Januari 2023, tinggal 83 orang sahaja lagi local contract teachers yang masih berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan selebihnya 60% ataupun 127 orang local contract teachers daripada 210 tadi, hampir separuh telah mendapat pekerjaan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekiolah kerajaan dan swasta, 14 telah mendapat pekerjaan di pelbagai bidang sektor awam dan swasta jua. 39% telah melanjutkan pelajaran dan selebihnya ada 9% telah menamatkan perkhidmatan mereka sebagai LCT atas sebab-sebab peribadi.
Projek ini akan berakhir pada Januari 2024, setahun akan datang, next year dan dalam kesempatan ini, pihak kementerian ingin menasihatkan peserta-peserta LCT ini tadi untuk memohon melalui program perantis kendalian Jabatan Pengurusan Pendidik, JPP Kementerian Pendidikan dan mereka boleh memohon ke jawatan tenaga pengajar di Kementerian Hal Ehwal Ugama di samping jawatan tanaga pengajar di sekolah swasta jua, supaya mereka ini dapat digunakan sepenuhnya oleh ketiga-tiga kementerian ataupun institusi tersebut.
Mengenai dengan attachment, guru-guru di Kementrian Pendidikan di institusi- institusi antarabangsa seperti JIS, sebenarnya memang pernah terjadi di mana guru-guru di Kementerian Pendidikan telah diperbantukan, terutama bagi mata pelajaran bahasa Melayu di Jerudong International School. هللا شاء ان aktiviti ataupun inisiatif ini akan dilaratkan lagi kepada mata pelajaran yang lain.
Dalam masa yang sama memang pihak Kementerian Pendidikan selalu mengongsikan ataupun mengikut best practices bukan saja daripada Jerudong International School tapi juga di mana-mana institusi-institusi pendidikan yang terbaik dalam dan luar negeri.
Jadi kita akan melihat apa best practices yang mereka guna pakai dan juga guidelines so memang Kementerian Pendidikan akan selalu meneroka peluang-peluang untuk mengikuti apa best practices yang mereka guna pakai supaya kita dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan kita di Negara Brunei Darussalam.
Mengenai pelajar berkeperluan khas sebenarnya kaola sudah menyentuh tadi inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan jumlah guru tetapi dalam kesempatan ini kaola ingin menambah satu informasi lagi.
Memang keramaian pelajar-pelajar dalam kategori PL1 hingga 5 semakin meningkat dan disebabkan ini juga setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah memberikan Kementerian Pendidikan kebenaran bagi mana-mana penubuhan institusi kanak-kanak berkeperluan khas untuk berdaftar sebagai sekolah khas bagi semua kategori pelajar dari tahap keutamaan 1 hingga 5 mulai 29hb. September 2021.
Jadinya, pelajar-pelajar yang dikategorikan dalam PL4 dan PL5 bolehlah bersekolah di sekolah khas swasta yang mana setelah institusi-institusi ataupun pertubuhan-pertubuhan ini mendaftar untuk menjadi sebuah sekolah khas di bawah Kementerian Pendidikan ia akan menjadi sama seperti sekolah swasta yang lain seperti mission school, private school yang lain.
Dalam kesempatan ini kaola ingin menyarankan mana-mana organisasi- organisasi yang bercadang untuk menubuhkan sekolah khas baiktah mendaftar di Kementerian Pendidikan sebab seperti juga yang kitani maklum setiap pelajar-pelajar yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan yang bersekolah di private school akan dihulurkan elaun-elaun tertentu.
Jadinya dalam kesempatan ini mana- mana institusi ataupun organisasi yang berkeinginan untuk masuk menjadi sekolah swasta pendidikan khas silalah berhubung dengan Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta.
Itu sebagai salah satu cara juga untuk mengurangkan kepadatan pelajar- pelajar berkeperluan khas di sekolah- sekolah kerana sekarang mereka boleh juga memilih untuk mengikuti pengajian mereka ataupun pembelajaran mereka sama ada di sekolah kerajaan ataupun di sekolah swasta di bawah full view Kementerian Pendidikan.
Mengenai Sistem Pendidikan Berintegrasi. Bilakah perubahan- perubahan akan dibuat? Apakah strategi-strategi dan apakah persediaan- persediaan? Sebenarnya bagi menjawabnya, perkara-perkara ini memang belum dapat diberitahu bila perubahan itu akan dibuat.
Minta maaf Yang Berhormat Pengerusi sebab pihak Kementerian Pendidikan masih di dalam perundingan bersama pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga Jabatan Perdana Menteri bagi memperincikan butir-butir lanjut mengenai dengan definisi-definisi kepada Sistem Pendidikan Berintegrasi tersebut.
هللا شاء ان doakan saja mudah-mudahan ia akan memberikan satu penyelesaian yang baik kepada semua pihak هللا شاء ان Barangkali semua sudah kaola jawab Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحيم الرحمن للا بسم selawat serta salam ke atas junjungan besar kita وسالم عليه للا صل محمد نبي keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang taat setia dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam sehingga ke akhir zaman.
بسم للا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة للا وبركاته dan salam sejahtera. Yang Berhormat
Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat. --- terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkenaan dengan Tajuk SF01A - Kementerian Pendidikan semalam.
Kaola mengharapkan apa-apa juga yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya ke arah mencapai Wawasan Negara 2035 هللا شاء ان.
Dalam Dewan yang mulia ini kaola ingin mengambil kesempatan bagi mewakili rakyat dan penduduk di Daerah Temburong menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda khususnya Kementerian Pendidikan kerana dalam usaha yang berterusan terbinanya bangunan Sekolah Menengah Sultan Hassan yang baharu yang lebih selesa.
Dengan terbinanya bangunan baharu ini ia mencerminkan pemedulian kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang inklusif kepada rakyat dan penduduk di Daerah Temburong dan Negara Brunei Darussalam amnya.
Yang Berhormat Pengerusi kaola menyentuh soal pembelajaran yang menjurus kepada pengetahuan am dan sivil kepada penuntut-penuntut sekolah peringkat rendah dan menengah.
Berdasarkan maklumat yang kaola perolehi daripada Program Destinasi Tutong menerusi aktiviti-aktiviti lawatan pendidikan yang telah diadakan melibatkan pelajar dan penuntut sekolah kerajaan dan swasta dari tahun 2018 hingga 2022.
Dari hasil maklum balas pelajar berkenaan, pertanyaan tempat-tempat bersejarah dan pelancongan di Negara Brunei Darussalam hanya 15% sahaja yang tahu dan selebihnya 85% tidak tahu dan maklum mengenainya.
Kaola merasakan adalah penting bagi para pelajar dan penuntut mengetahui tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka terutama sekali nilai sejarah dan warisan, kemasyarakatan dan tempat pelancongan di daerah masing-masing dan bukan hanya bagi subjek-subjek khusus yang melibatkan segelintir pelajar sahaja.
Tempat-tempat ikonik seperti tapak-tapak sejarah dan tapak-tapak industri awal seperti Tapak Industri Getah Labu, Taman Warisan Tasik Merimbun, Taman Rekreasi Batang Duri, Taman Rekreasi Luagan Lalak dan Taman Rekreasi Bukit Tempayan Pisang sewajarnya diperkenalkan kepada generasi penerus. Usaha ini memerlukan peranan semua pihak bagi memartabatkan keunggulan sejarah dan budaya kita.
Sehubungan dengan ini kaola menyarankan agar aktiviti-aktiviti Outreach Programme atau yang berkaitan akan terus diperkasakan bagi mengimbangi pendidikan formal dan pengetahuan am ataupun sivil.
Yang kedua kaola ingin bertanya apakah ada inisiatif dan perancangan pihak Kementerian Pendidikan mengenai dengan bangunan Sekolah Menengah Sultan Hassan yang lama?
Barangkali itu saja, sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir. Ada dua soalan di sini:-
Mengenai dengan aktiviti-aktiviti Community Outreach Programme untuk terus diperkasa bagi mengimbangi Pendidikan Formal dan ,أَْل َحْمدُ ّٰلِل .Pengetahuan Am Kementerian Pendidikan sememangnya telah melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran luar sekolah seperti lawatan-lawatan ke tempat-tempat menarik, bersejarah bagi mata pelajaran yang berkenaan kekerapannya akan ان شاء الل dipertingkatkan lagi pasca post COVID-19 ini. Barangkali pada tahun 2020, 2021, 2022 mungkin ia agak ان شاء الل berkurangan tetapi kekerapannya akan dipertingkatkan lagi.
Dan bagi aktiviti-aktiviti Community Outreach Programme, pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kokurikulum juga telah menubuhkan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah yang bertujuan untuk memberikan pelbagai khidmat masyarakat seperti program-program penyerahan bantuan, pembersihan pantai, pembersihan masjid dan sebagainya.
Program-program ini adalah bertujuan untuk menerapkan nilai- nilai keperihatinan, pemedulian dan bertanggungjawab di samping mengeratkan hubungan dengan ان شاء الله .masyarakat setempat perkara aktiviti seumpama ini akan terus diberikan perhatian supaya semakin ramai lagi pelajar-pelajar kita akan ikut berserta ataupun melibatkan diri dalam pasukan sukarelawan.; dan
Mengenai dengan apa yang akan direncanakan bagi bangunan lama Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar, Daerah Temburong. Sebenarnya, ada 42 kabin di sana dan 32 porta kabin yang tidak lagi baik tinggal ada 10 saja lagi. Jadinya, yang lain akan dihapuskan memang lantai-lantainya sudah yang pecah dan ada yang terangkat.
Tinggal ada 10 saja lagi, Kementerian Pendidikan ingin membukakan kepada agensi-agensi yang berkeinginan juga untuk menempatkan diri di sana kalau ada keperluan yang difikirkan sangat bersesuaian الل ان شاء kita akan duduk bersama-sama untuk menempati porta-porta kabin.
Manakala ada bangunan baharu di sana di tengah-tengah tetapi ada 3 tingkat ada warna biru. Dulu pernah ada hairline cracks tapi masa ini telah diperbaiki walau bagaiamana pun oleh kerana strukturnya itu mungkin kurang kuat jadinya ia memang tidak suai untuk dijadikan classroom yang mempunyai equipment-equipment berat.
Jadinya, ia boleh dijadikan pejabat dan الل ان شاء pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah yang masa ini ditempatkan di bangunan lama, pejabat di Jabatan Sekolah-Sekolah Temburong akan ditempatkan buat sementara di bangunan tersebut.
Dan manakala satu bangunan yang dahulu digunakan untuk pelajar- pelajar pravok ada 3 tingkat di sana. Ia sebenarnya bukan bangunan sekolah akan tetapi bangunan IQ ataupun perumahan.
Oleh kerana, pelajar-pelajar sudah berpindah ke bangunan baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong di Kampong Batu Apoi. Jadinya ada kemungkinan besar bangunan tersebut akan dikembalikan untuk menjadi IQ mengikut juga keperluan yang akan dinilai lagi.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih, ,بسم الل الرحمن الرحيم .Yang Berhormat Pengerusi dan Salam ال َسلاَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ ّالل َو َب َر َكاتُهُ Sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, terlebih dahulu, kaola أَْل َحْمدُ ّٰلِل merakamkan ucapan terima kasih juga atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pendidikan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Koala sukacita menyentuh perkara Tajuk SF01A - Jabatan Kementerian Pendidikan berkenaan Fungsi dan Peranan Bahagian Pendidikan Swasta, Unit Pendaftaran dan Unit Pengawal Selia Dan Pemantauan. Terdapat isu-isu berkenaan dengan kualiti prasarana, sekolah-sekolah swasta yang tidak begitu memuaskan seperti ruang-ruang bilik- bilik darjah yang tidak selesa dan kemudahan tandas yang perlu perhatian sewajarnya.
Di samping itu, terdapat juga kebimbangan setengah ibubapa berkenaan dengan kelayakan tenaga- tenaga pengajar yang disediakan. Perkara ini perlu diambil perhatian bagi memastikan kualiti pendidikan sentiasa menjadi keutamaan, sama ada sekolah kerajaan ataupun swasta.
Bukanlah niat koala untuk memberikan tekanan mana-mana sekolah swasta tetapi prasarana bangunan sekolah yang selamat dan selesa dengan guru-guru yang berkelayakan antara faktor menyumbang kepada mengwujudkan kualiti pembelajaran kepada pelajar- pelajar.
Kaola ingin tahu adakah pihak kementerian membuat pemantauan kepada sekolah-skolah swasta dan apakah syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi bagi menubuhkan sekolah swasta.
Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman di atas dua soalan tadi. Yang pertama, adakah Kementerian Pendidikan membuat pemantauan ke atas sekolah-sekolah swasta. Bagi menjawap soalan ini, memang semua Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan sememangnya dipantau dan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan.
Pemantauan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini dilaksanakan berdasarkan 3 situasi:-
Adalah lawatan pemantauan bagi permohonan penambungan pendaftaran. Yang mana mereka akan dilawat kesesuaiannya untuk disambung.;
Adalah lawatan berkala tidak berjadual, sama ada dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), ataupun secara bersepadu dengan agensi-agensi tertentu.; dan
Adalah lawatan-lawatan disebabkan adanya aduan ataupun kes yang dibangkitkan.
Kalau yang tadi, Yang Berhormat ada memberitahu mengenai dengan prasarana-prasarana yang tidak memuaskan الل ان شاء jika diberitahu apa nama sekolah, mungkin akan terus dilawat sekolah tersebut. Tetapi, walau bagaimana pun pihak Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) akan terus membuat lawatan-lawatan berjadual ataupun tidak berjadual kepada sekolah- sekolah pendidikan swasta.
Mengenai dengan syarat-syarat khusus ada banyak syarat-syarat khusus di sini bagi penubuhan sekolah swasta dan izinkan koala untuk menyenaraikannya, Yang Berhormat Pengerusi.
Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Brunei Darussalam. Nama sekolah adalah tidak bertentangan dengan falsafah negara dan didaftarkan di bahagian pendaftaran syarikat dan nama-nama perniagaan ataupun ROBCN, menubuhkan atau melantik dan mendaftar Ahli Lembaga Pengarah Pengelola Sekolah dan cadangan tenaga pengajar adalah menepati kriteria dan mencukupi sebelum kelulusan dapat diberikan.
Mengenai kualiti guru yang telah Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman suarakan tadi memang ada kelulusan minima bagi tenaga pengajar yang akan ditempatkan di sekolah- sekolah swasta dan ia adalah mengikut peringkat-peringkat persekolahan itu satu peringkat di atas seperti misalnya kalau peringkat tadika, kelulusan minima adalah 4 ‘O’ level ataupun Sijil Kelulusan Alicia Hood Education dan bagi peringkat rendah mestilah mempunyai sekurang- kurangnya 4 ’O’ Level dan juga bagi sekolah menengah adalah Sijil Pengajian Tinggi.
Keluasan tanah juga mesti menepati keluasan minima mengikut persyaratan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan iaitu mengikut peringkat sekolah kalau sekolah rendah berapa dan kalau sekolah menengah berapa.
Syarat tanah mestilah selaras dengan syarat khas persekolahan dan fasiliti dan kemudahan seperti makmal, bilik pembelajaran mestilah mencukupi dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan juga.
Untuk makluman bersama kelulusan sebuah premis untuk dijadikan sebagai sebuah sekolah bukan sahaja perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan tetapi melalui agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan seperti Jabatan
Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tanah, Authority Kawalan Bangunan, Institusi dan Industri Pembinaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Bahagian Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran. Itulah syarat-syarat khas yang perlu dipatuhi untuk menubuhkan sekolah swasta. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang ِب ْس ِم هاللِّٰ ال َّر ْح َٰم ِن ال َّر ْحيم .Berhormat Pengerusi ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ اللهِ وبركاتُهُ dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola sukacita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang berkenaan dengan perancangan dan hala tuju pendidikan negara.
Negara Brunei Darussalam mampu menjadi destinasi pelajar-pelajar antarabangsa terbaik dari serata dunia untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan berikutan kualiti pendidikan tinggi di negara ini yang berada di tahap yang baik.
Pelajar luar negara lebih berminat untuk mengikuti pengajian di sesebuah negara berdasarkan reputasi pendidikan tinggi di negara berkenaan. Selain kualiti pendidikan program yang berdaya saing, kos sarahidup, infrastruktur di kampus yang baik, di samping tahap keselamatan juga menjadi faktor utama untuk menjadi daya penarik pelajar antarabangsa untuk memilih Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pengajian terutama di peringkat pasca siswazah. Dengan kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa ke negara kita, ianya dengan tidak secara langsung memberikan kesan positif kepada value added economy negara.
Sehubungan dengan ini, apakah ada usaha-usaha yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempromosikan pendidikan tinggi di negara di peringkat serantau dan antarbangsa? Dengan ini berapakah jumlah pelajar antarabangsa di ketika ini yang sedang menuntut di pendidikan tinggi Negara Brunei Darussalam? Berapa ramaikah graduan tempatan kitani telah berjaya bekerja di luar negara? Akhir sekali, kaola juga memohon pencerahan mengenai pengambilan tenaga pengajar di Kementerian Pendidikan.
Pada 2 tahun kebelakangan ini, cara dan sistem pengambilan tenaga pengajar agak sukar dan ketat berbanding dengan sistem lama. Sebagai contoh graduan lepasan ijazah pertama dan master of teaching terpaksa melalui ujian yang sukar, padahal pelajar tersebut adalah graduan yang dilatih untuk menjadi guru.
Mengapakah mereka perlu untuk menjalani latihan mengajar lagi untuk tempoh 1 tahun? Kaola memohon pencerahan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed di atas 3 soalan tadi. Apakah usaha-usaha yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan bagi mempromosikan pendidikan tinggi negara di peringkat serantau dan juga antarabangsa?.
Bagi menjawabnya, Kementerian Pendidikan telah membuat pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan mengukuhkan lagi bidang- bidang kekuatan kita dan yang mempunyai kelebihan seperti merekod akademik talent antarabangsa melalui Skim Perkhidmatan Akademik yang setanding dengan pasaran global, penaiktarafan prasarana dan teknologi bagi penyelidikan dan pembelajaran pasca siswazah dan sebagainya.
Apabila pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan juga Pensyarah-Pensyarah daripada IPTA menghadiri pelbagai mesyuarat bengkel di luar negeri memang akan disampaikan kekuatan-kekuatan tersebut dikongsikan. Ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan kualiti kitani kepada mereka.
Walaupun setakat ini, Kementerian Pendidikan khasnya belum mengikuti sebarang expo pengajian tinggi luar negara, Kementerian Pendidikan telahpun meneroka platform virtual sebagai mempromosikan IPT negara ini melalui Higher Education Virtual Expo yang telah diadakan 3 kali sebelum ini. ل أ ْلح ْمدُ ِ هلِ kita telah melihat beberapa ,pelajar yang menyuarakan keinginan untuk mengenali IPT kitani dengan menyertai expo tersebut.
Di peringkat IPT sendiri juga ada menyertai expo pengajian tinggi luar negara contohnya UBD pernah mempromosikan program-programnya di Beijing, China, Jakarta dan juga Malaysia dan perkara ini amat dialu-alukan oleh Kementerian Pendidikan.
Mengenai dengan jumlah jarak pelajar antarbangsa, pelajar pasca siswazah antarbangsa adalah seramai 196 orang ataupun 15%, manakala di peringkat siswazah pelajar antarabangsa adalah seramai 464 orang ataupun 4% dan bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang berada di IPT Awam dan Swasta adalah secara keseluruhannya adalah 660 orang ataupun 5% daripada jumlah keseluruhan.
Mengenai dengan pengambilan guru. Memang kitani telah mengubah, kalau dahulu mereka yang berminat untuk menjadi guru, terus memohon kepada jawatan-jawatan kosong dalam Tanggagaji - Skim G. Kalau yang mempunyai degree G13 dan kalau yang kurang daripada itu memohon kepada Skim Perkhidmatan yang kurang daripada G13.
Walau bagaimanapun, program pengambilan guru melalui immersi dan perantis telah mula diperkenalkan pada tahun 2019. Immersi adalah bagi mereka yang sudah mempunyai initial teacher preparation sudah mengikuti dan lulus initial teacher preparation ertinya mereka ini they have the license to teach.
Mereka akan diambil jika memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan mengikuti penempatan di sekolah dan apabila mereka mendapat TPA3 mereka akan disalurkan ke jawatan bergaji hari sebelum mereka ini dapat diberikan gaji bulan.
Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mempunyai MTeach, mereka akan mengikuti program perantis terlebih dahulu, mereka masuk diambil dan dipilih, setelah mereka berjaya dalam pemilihan tersebut, mereka akan ditempatkan di sekolah, dipantau, dinilai dan kalau mereka itu menepati persyaratan seperti sekurang-kurangnya TPA3, mereka akan disokong untuk memasuki MTeach.
Seperti yang saya katakan tadi, MTeach adalah Program Initial Teacher Preparation ataupun licensing for them to teach. Setelah mereka lulus ataupun complete program tersebut dan lulus, mereka akan ditempatkan di sekolah sebagai guru bergaji hari sebelum bergaji bulan. Dan kenapa ia nampak susah, sebenarnya tidaklah susah. Semasa mereka ditempatkan pun memang mereka ini ada elaun-elaun tertentu, sama seperti pegawai-pegawai berdegree dan ditempatkan mana-mana organisasi, jabatan-jabatan, kementerian-kementerian, organisasi awam ataupun swasta sebagai i-Ready, ia adalah sama dengan program ini. Tetapi ia dipantau dahulu if they are teacher material then we can support them to become teachers.
Inilah barangkali perbezaannya dan memberikan mereka ini satu opportunity untuk bertanya pada diri sendiri, adakah mereka sebenar-benar memiliki teacher material jika mereka sesuai menjadi guru setelah penempatan di sekolah, mereka akan meneruskan untuk berada di dalam program tersebut tetapi jika mereka itu tadi setelah berada di sekolah, mereka merasakan jadi guru bukanlah satu bidang yang mereka sukai, mereka boleh berhenti daripada program tersebut.
Ini merupakan sesuatu yang kita ambil merupakan satu peluang (benefits) kepada calon-calon jua sama ada mereka itu sebenarnya bersedia untuk menjadi guru ataupun sebaliknya. Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi. بسم الل الرحمن الرحيم Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli الَّسلاُمعلْيُكْمورْحمةُ ِاللهوبركاتُهُ,Yang Berhormat dan salam sejahtera.
Dalam kesempatan ini, terlebih dahulu kaola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang jelas mengenai inisiatif- inisiatif yang dirancang bagi Tahun Kewangan 2023/2024 yang “Mendukung pencapaian matlamat utama Wawasan Brunei 2035” yang telah dibentangkan pada hari Sabtu yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola merujuk kenyataan yang dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai local contract teachers dan pencerahan yang di sampaikan mengenainya oleh Yang Berhomat Menteri Pendidikan.
Kaola tertarik dengan kenyataan Yang Berhomat Datin mengenai baki 83 orang guru yang akan menamatkan kontrak mereka pada Januari 2024 nanti, yang mana Yang Berhomat Menteri Pendidikan tadi ada menasihatkan supaya guru-guru ini mendaftar untuk mengikuti Program Perantis ataupun memohon jawatan- jawatan yang diiklankan.
Dalam hal ini, kaola mohon pencerahan apakah peluang-peluang bagi guru-guru ini diberikan jawatan tetap melalui Program Perantis tadi? dan apa yang kaola maklum dalam permohonan jawatan tetap menerusi iklan jawatan-jawatan kosong, guru- guru ini akan melalui proses lazim permohonan jawatan yang mana mereka ini akan dinilai dalam sesi temuduga bersama calon-calon yang lain. Dalam hal ini, kaola juga ingin mencadangkan supaya guru-guru berkenaan diberikan keutamaan untuk menjawat jawatan tetap, mengambil kira kompetensi guru-guru ini dan pengalaman kerja mereka melalui latihan-latihan yang telah dijalani selama dalam kontrak 1 hingga 3 tahun itu, yang mana pendekatan ini selaras dengan syarat penatapan jawatan bagi penjawat awam setelah menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun.
Selain itu, perkara ini adalah juga mengambil kira prestasi guru-guru berkenaan dalam pengajaran mereka hasil daripada latihan dan bimbingan yang telah diperolehi, mampu menjadikan mereka sebagai pembimbing kepada guru-guru lain.
Selain itu, harus juga diambil kira course-course yang telah dikeluarkan untuk membimbing guru-guru ini dengan mendatangkan Intenational Coaches bagi melatih mereka ini agar tidak ada kerugian di mana-mana pihak apabila mereka ini tidak diambil bertugas secara tetap.
Berkaitan dengan isu bebanan kerja yang merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub mengenai isu bebenan kerja guru-guru disamping tugas-tugas utama mendidik murid-murid dan kaola bersetuju bahawa beban tugas yang bukan mengajar itu boleh memberi kesan dan menyumbang kepada penurunan prestasi guru dalam bidang tugas utama.
Di sini kaola menarik perhatian Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, mengenai isu penggunaan media-media sosial oleh guru-guru yang meluahkan keluhan-keluhan ketidakpuasan hati mereka dalam hal ehwal kerja dan seumpamanya. Berbanding inisiatif pihak Kementerian Pendidikan yang telah menyediakan 3 talian kesejahteraan untuk keperluan ataupun kegunaan guru-guru ini dalam menyuarakan masalah ataupun isu-isu yang mereka hadapi.
Menurut kenyataan Yang Berhomat Menteri Pendidikan semasa Sesi Muzakarah yang lalu. Talian-talian ini hanya menerima 34 aduan pada tahun lepas berbanding keluhan-keluhan dan aduan-aduan yang kita lihat berleluasa di media-media sosial.
Jadi persoalannya kenapakah perkara ini berlaku, kenapakah para guru lebih menggunakan media sosial ini daripada talian-talian khas yang telah disediakan. Dalam hal ini, kaola ingin mengongsikan maklum balas yang kaola terima daripada pihak segelintir guru di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta mengenai penggunan media sosial ini lebih diutamakan daripada talian-talian yang disediakan. Perkongsian ini kaola harap akan dapat memberikan gambaran kepada pihak Kementerian Pendidikan mengenai inisiatif selanjutnya dalam perkara ini.
Antara sebab guru-guru menggunakan media-media sosial ini dan tidak menggunakan talian-talian ini kerana mereka merasakan keluhan dan aduan yang dikemukan melalui saluran yang tepat itu, ada yang tidak diambil perhatian oleh pengurusan atasan pihak kementerian.
Selain itu, guru-guru kurang mempercayai pengurusan talian-talian ini yang disediakan ini kerana mendapati adanya ketirisan dimana identiti pemanggil telah dikesan oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya mengetahui.
Kemudian satu perkara lagi yang menjadi kekhuatiran guru adalah aduan-aduan ini akan menyebabkan perkembangan Professionalism mereka terjejas dan tindak balas negatif dikhuatiri akan dikenakan kepada mereka daripada pihak kementerian.
Berkaitan isu ini, kaola mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenainya dan apakah antara inisiatif yang telah dan akan dibuat bagi menangani isu penggunaan media-media sosial ini.
Dalam hal ini juga, kaola sukacita mencadangkan supaya pengurusan talian-talian kesejahteraan ini ditambah baik dan dikendalikan oleh pegawai-pegawai kaunseling yang bukan daripada kalangan pegawai- pegawai di dalam kementerian. Dan memastikan identiti pengadu dijamin kerahsiaannya dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan.
Di samping itu, selain daripada apa yang kaola nyatakan tadi untuk pihak kementerian menyusun strategi- strategi yang berpatutan dan bersesuaian untuk memelihara kesejahteraan guru dalam menangani isu-isu yang berkaitan.
Mengambil kira juga antara apa yang kaola ambil maklum yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenai perancangan yang akan dilaksanakan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 yang akan datang berkaitan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia ialah meningkatkan kesedaran dan kefahaman akan kepentingan dalam memelihara serta menangani isu-isu berkaitan kesejahteraan guru dan pemimpin sekolah. Itu sahaja dari kaola, Yang Berhormat Pengerusi.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. و ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ ِالله وبركاتُهُ
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian dulu kita berbincang pada pagi ini.
Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini ditangguhkan dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Saya ingin mencadangkan persidangan ini kita tangguhkan untuk membolehkan kita berehat pada tengah hari dan kita akan bersidang semula pada petang ini nanti sebagaimana lazim pada pukul 2.30 .ان شاء الل ,petang
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. و ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ اللهِ وبركاتُهُ
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.