Skip to main content

HARI KE-8 PETANG

For Informational Purposes Only

13HB MAC 2023M - PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

MAJLIS MESYUARAT

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه هِ لِلُألْحمْد . Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang semula pada petang ini. Bagi membolehkan kita meneliti dan membahaskan Tajuk-Tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.

Yang Berhormat Pengerusi

الرحيم الرحمن الله بسم . Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024, satu per satu. Mesyuarat Jawatankuasa masih lagi membincangkan Tajuk Kementerian Pendidikan berserta institusi-institusi di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.

Bersama saya, masih lagi ada senarai Ahli Yang Berhormat yang ingin turut serta dalam membahaskan Tajuk Kementerian Pendidikan ini.

Sebelum kita beralih kepada Ahli Yang Berhormat dalam senarai saya, maka saya memberikan sekarang peluangkepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum kita berhenti rehat sebelah tengah hari tadi.

Saya persilakan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. الرحيم الرحمن الله بسم

Kaola ingin merujuk soalan serta cadangan yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Terima kasih atas komen serta cadangan Yang Berhormat mengenaiLCT yang akan ditamatkan kontraknya mulai Januari 2024.LCT ialahlocal contract teachers.

Untuk makluman bersama, tujuan asal pewujudanLCT ini ialah untuk menampung keperluan guru-guru di sekolah secara sementara melalui pengambilan secara berkontrak. Bagi cadangan pemberian jawatan tetap kepada pesertaLCT , pihak kementerian masih terikat dengan tatacara pengambilan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi memastikan kesaksamaan, keadilan dan ketelusan dalam proses pengambilan ke perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman mereka mengajar sebagai LCT, diharapkan ini akan menjadi satu kelebihan bagi mereka memohon jawatan di perkhidmatan awam.

Mengenai soalan kedua, isu beban kerja. Perkara aduan-aduan berkaitan kemaslahatan para guru dan keberkesanan platform sedia ada di bawah Kementerian Pendidikan.

هِ لِلُألْحمْد , Kementerian Pendidikan telah menyediakan pelbagai platform untuk memberi peluang kepada warga guru mengongsikan dan menyuarakan kem aslahatan mereka melalui talian dan juga pelbagai platform sosial media seperti Facebook, Instagram dan melalui platform laman sesawang Kementerian Pendidikan khusus bagi guru-guru dan pemimpin sekolah iaitu teachers’ lounge danschool leaders’ lounge.

Adalah harapan kementerian bagi warga guru yang menggunakan platform yang disediakan ini untuk menggunakan sebaik-baiknya dan pihak kementerian sukacita memohon kepercayaan dan keyakinan warga guru yang segala aduan diambil perhatian dan tindakan oleh pegaw ai-pegawai yang berkelayakan dan bertauliah dan memastikan kerahsiaan danconfidentiality akan terjaga.

Pada masa yang sama, kaola/saya berharap pihak Yang Berhormat juga akan dapat menasihatkan guru-guru berkenaan untuk menggunakan platform yang ada dan seterusnya berharap kerjasama daripada pihak Yang Berhormat untuk memaklumkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan apa jua aduan pihak Yang Berhormat terima.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekarang saya persilakan, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada 2 soalan, Tajuk SF06A – Ins titut Pendidikan Teknikal Brunei. Merujuk sesi muzakarah bersama pihak Kementerian Pendidikan yang telah mengongsikan mengenai kadar employment rate IBTE pada tahun 2019 adalah 54.8%. Kemudian meningkat kepada 62.6% pada tahun 2020 dan seterusnya ْ ألْحم هِ لِلُد , meningkat kepada 74.8% pada tahun 2021.

Ini adalah peratus tertinggi berbanding dengan institusi yang lain seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknikal Brunei dan Politeknik Brunei. Oleh ituIBTE merupakan salah satu pengajian tinggi yang menjadi pilihan utama bagi para lepasan‘O’ level di negara ini. Dengan peningkatan kemasukan pelajar ke IBTE, adalah amat penting dan sangat diharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan memastikan kualiti penyampaian kursus ataupun program di Institusi Pendidikan Teknikal ini pada tahap yang terbaik.

Prasarana tempat pembelajaran yang kondusif dan bersesuaian dan semua kemudahan peralatan adalah mencukupi dan sesuai dengan tahap tenaga pengajar yang cukup. Kaola difahamkan masih terdapat kekurangan pada ketiga-tiga perkara ini.

Soalan kaola:

  1. Adakah Kementerian Pendidikan membuat peruntukan yang cukup untuk menangani ketiga-tiga masalah perkara tadi bagi membolehkan IBTE mencapai prestasi yang cemerlang?;

  2. Merujuk kenyataan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, mengenai guru-guru Centre for British Teachers (CFBT). Izinkan kaola menambah beberapa soalan yang berkaitan:

    1. Berapakah peruntukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengambil tenaga pengajar dari CFBT?

      Koala memohon pencerahan sama ada Kementerian Pendidikan mempunyai perancangan untuk menggantikan guru-guru dari CFBT ini dengan guru-guru dari anak-anak tempatan mengambil kira segelintir da ripada mereka ini mempunyai kemampuan yang sama dalam bidang ini.

      Setelah lebih 35 tahun pihak Kementerian Pendidikan mengambil tenaga pengajar dari CFBT kaola ingin mengetahui pernahkah penilaian dibuat berkaitan pencapaian tenaga pengajar ini dan hasil pencapaian pelajar-pelajar mereka? Adakahpihak kementerian mempunyaiexit strategy bagi tenaga pengajar CFBT ini?

Sekian sahaja terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola untuk menyentuh dan menjawab soalan mengenai CFBT dulu. Berapakah peruntukan Tahun Kewangan 2023/2024 bagi CFBT Teachers, iaitu sebanyak B$27,600,000.00.

Mengenai pernahkah penilaian dibuat ke atas CFBT teachers seperti yang telah kaola/saya sampaikan pagi tadi mengenai pencapaian pelajar-pelajar kitani dalam GCE ‘O’ Level bahawa keramaian pelajar yang mendapat credits mencecah sehingga 73.57% pada tahun 2021 dan kenapa kitani masih lagi mengambil CFBT ini, izinkan kaola/saya untuk mengongsikan sedikit lagi informasi.

Seperti yang telah disampaikan semasa sesi mukadimah pada hari Sabtu yang lalu Kementerian Pendidikan masih belum mencapai sasaran ataupun target salah satu National KPI iaitu pencapaian Tahun 1 dan Tahun 3 dan sekurang-kurangnya berada pada tahap standard minimum 5 literacy kerana ia masih sangat-sangat rendah.

Pada tahun 2020 sahaja hanya 45% pelajar Tahun 1 dan 53% Tahun 3 yang mencapai standard minimum literacy Kebangsaan. Disinilah sebabnya mengapa keutamaan terus diberikan kepada memberikan kecukupan dalam kalangan guru-guru yang dapat mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar kitani.

Exit Strategy jumlah keseluruhan guru Bahasa Inggeris tempatan dan bukan tempatan yang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah dan di pusat-pusat tingkatan 6 ketika ini adalah seramai 940 orang dan dari jumlah tersebut 21% dari kalangan guru-guru CFBT yang membawa nisbah kepada 20/80 guru CFBT berbanding guru tempatan.

Pihak kementerian penuh percaya dengan adanya gabungan dan kerjasama antara guru Bahasa Inggeris tempatan dan bukan tempatan ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan juga pelajaran dalam bidang literacy Bahasa Inggeris.

Ada Exit Strategy? Jawapannya ialah ya. Kalau mengikut daripada keramaian guru-guru CFBT daripada tahun 2015 kepada 2022 memang ada penurunan sebanyak 24% lebih kurang daripada tahun 2015. Salah satu usaha Kementerian Pendidikan jua adalah dengan merekrut sendiri sebenarnya usaha untuk merekrut sendiri guru-guru native speakers ini untuk menjadi guru Bahasa Inggeris di Kementerian Pendidikan.

Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan masih mempunyai cabaran dari segi kapasiti keupayaan dan apabila kos proses tersebut dikira rasanya mengambil melalui agent recruitment adalah lebih baik.

Soalan yang pertama tadi adalah mengenai IBTE kemasukannya semakin meningkat dan apakah kualiti dan prasarana ada diperuntukkan untuk meningkatkan lagi kualiti prasarana IBTE? Jawapannya juga adalah ya.

Setiap tahun besar peruntukannya untuk dilocate untuk menaik taraf kualiti prasarana IBTE dan ingin jua dijelaskan disini bahawa IBTE sebuah institusi teknikal dan vokasional dan ia memang menggunakan banyak bajet ataupun peruntukan to sustain all the programme.

Misalannya, kalau pendidikan teras untuk setahun memang pelajar-pelajar kitani secara purata dalam 3 ke 4 ribu tetapi kalau untuk teknikaleducations memang sampai belasan ribu per student. So, memang tidak dinafikan lagi peruntukan memang banyak untuk pendidikan di IBTE.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

الرحمن الله بسم كاته وبر الله ورحمة عليكم السلام الرحيم

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola ikut serta membincangkan dan membahaskan peruntukan Kementerian Pendidikan pada petang ini.

Sebelum itu lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana men gongsikan usaha-usaha dan inisiatif serta pencapaian Kementerian Pendidikan.

Tahniah kepada Yang Berhormat dan warga pendidikan atas kejayaan yang telah dicapai. Yang Berhormat Pengerusi kaola sukacita merujuk kepada prestasi utama yang berkaitan dengan sasaran dari tahun 2023 hingga 2026 mengenai numeracy and literacy Tahun 1 dan 3 ada jua dimention tadi berhubung dengan numeracy and literacy dalam sasaran ini hanya sebanyak 80% sahaja.

Dari pengiraan kaola kalau keramaian pelajar sebanyak 5 ribu orang ada 100 pelajar yang akan tercicir dalam literacy dan numeracy ini apabila masuk Tahun 4 jadi mereka ini kalau tercicir dalam numeracy and literacy mereka ertinya tidak dapat membaca dan mengira.

Ini angka yang banyak, jadi bagaimanakah pelajar-pelajar dapat meneruskan pelajaran mereka seterusnya pada tahun 4 kalau mereka tidak menguasai bidang numeracy dan literacy ini ?. Kemahiran numeracy and literacy bukan sahaja untuk meneruskan pada peringkat selanjutnya tapi juga keperluan asas dalam kehidupan. Kita sedia maklum bahawa kita mahu pelajar-pelajar untuk menguasai sains, teknologi, engineering dan mathematic supaya negara kitani membangun dengan maju.

Bagaimana kitani mencapai matlamat untuk menjadikan negara ini maju kalau ada antara mereka ini sudah awal-awal tercicir. Kaola sukacita mencadangkan pihak kementerian bertindak untuk menyediakan dan mengatasi keciciran ini dengan memantau pelajar-pelajar ini dan mencari kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran khusus untuk mengurangkan keciciran yang kaola sebutkan tadi dengan memanfaatkan pakar-pakar yang ada dengan pendekatan yang terkini.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memang bersetuju bahawa pendekatan whole school evaluation atau assessment adalah sebuah inisiatif yang sangat baik kerana melibatkan pendekatan seperti pembelajaran yang bersepadu, integrative learning, pembelajaran secara kooperasi, cooperative learning, pembelajaran kolaborasi, corporate learning, pembelajaran penemuan, discovery learning dan whole school evaluation atau assessment, ia lebih sahih, authentic dan boleh melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif.

Soalan kaola: Mengapa tahap peratus anggaran sasaran pada tahun 2023 sehingga 2026 ialah mendatar iaitu 46.3%, sedangkan pencapaian pernah menunjukkan peningkatan iaitu 58.2% pada tahun 2021/2022?

Kaola mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menyasarkan peratus yang lebih tinggi daripada yang telah dicapai sebelum ini.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi mengenai pendidikan teknik dan vokasional. Dulu-dulunya pendidikan teknik dan vokasional satu pilihan terakhir bagi pelajar-pelajar, tapi keadaan ini pun sudah berubah bahawa dimana banyak pelajar memilih jurusan ini dan ibu bapa lebih suka menghantar dan menggalakkan anak-anak mereka memasukinya kerana apabila mendapat kelulusan, lebih senang untuk mendapat pekerjaan. Tapi disebalik perkembangan minat pelajar dalam pendidikan teknik dan vokasional tidak ada pertambahan sekolah-sekolah ini dibangunkan.

Seperti dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, tahun lepas ada perjanjian yang telah ditandatangani oleh Maritime dan Port Authority Brunei bersama Amarco Group Sendirian Berhad bagi pengurusan dan pengendalian Brunei Base Consultant and Courage dan juga Syarikat Anson International Sendirian Berhad sebuah syarikat usaha sama antara dan strategik development fertile.

هِ لِلُألْحمْد ini berita yang baik kerana memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, khususnya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus marine engineering di IBTE Kuala Belait. Oleh sebab pertambahan permintaan pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus-kursus teknikal dan vokasional, juga keperluan industri, kaola mencadangkan supaya sekolah ini ditambah dan bagi sekolah-sekolah yang sedia ada supaya kemudahan-kemudahannya dibuat penambahbaikan dengan peralatan-peralatan terkini.

Oleh sebab Daerah Tutong dan Daerah Temburong belum mempunyai sekolah teknikal dan vokasional, kaola cadangkan supaya dibina di kedua-dua daerah ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai Master in Educational Management yang pernah ditawarkan di Institut Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

Program ini kaola sendiri pernah mengikuti sebagai part-time student dan terlibat mengendalikannya sebagai tenaga pengajar. Ada sebilangan pegawai sama ada di sekolah dan kementerian mendapat manfaat mengikuti program ini dan ada penuntut yang lulus dalam program ini diterima mengikuti program PhD di universiti ternama di luar negera dan telah berjaya.

Program ini memberi pengetahuan dan ilmu bagi pegawai-pegawai, pemimpin sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, tapi sayangnya program ini tidak lagi dijalankan.

Kaola sukacita menyarankan supaya kur sus ini ditawar semula di SHIBE. Kaola faham disediakan program khas untuk pegawai-pegawai dan pemimpin sekolah akademi pemimpin yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan tapi program ini lebih berbentuk kemahiran dan kompetensi.

Ini satu program yang baik tapi mereka yang berjaya mengikuti program ini tidak dapat meneruskan ke peringkat lebih tinggi seperti PhD sama ada dalam atau di luar negeri. Jadi bagaimana kita mencapai misi rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi kalau program seperti ini ditiadakan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin. Ada beberapa soalan disana. Mudah-mudahan apa yang dapat kaola/saya jawab ini lurus.

Mengenai yang pertama, sasaran KPI dan kaola ingin menyampaikan bahawa soalan ini sangat menarik kerana jawapan kepada soalan ini sebenarnya bukan terletak di tangan guru-guru ataupun Kementerian Pendidikan sahaja tetapi ia adalah masalah bersama.

Setelah beberapa tahun, kitani menetapkan sasaran untuk peratus tahap minimum kompetensi bagi pelajar-pelajar kitani dalam litersi numerasi masih saja kitani belum dapat mencapai target tersebut.

Barangkali banyak faktor-faktor selain kehadiran pelajar ke sekolah, selain kepercayaan diri yang merasakan nasibnya tidak akan berubah dan sebagainya. Apa yang saya sampaikan ini sebenarnya satu dapatan yang baru dianalisis oleh Kementerian Pendidikan bahawa pelajar-pelajar kitani ini ada yang berfikiran bersekolah pun tidak akan mengubah kehidupan mereka iaitu growth mindset.

Sebenarnya Kementerian Pendidikan mengambil kesempatan untuk kitani melihat sama-sama kenapa masalah ini masih saja terjadidespite walaupun macam mana yang sudah kitani buat mendatangkan mengharapkan pelajar-pelajar datang ke sekolah dan memberikan professional development yang terbaik kepada guru-guru kitani, masih sahaja tahap kompetensi level itu rendah dari kepada yang kitani harapkan.

Memang kitani akan menyasarkan 80% sebab kalau kitani menyasarkan lebih tinggi daripada itu, ia akan jauh daripada trendline kitani dan ia mungkin agak susah untuk dicapai. Kalau kitani menyasarkan 80% itu, kemungkinan besar oleh sebab kitani membuat dari awal sehingga ke hari ini mungkin trendline itu tidak jauh daripada sasaran.

Jadinya, ان شاء الله kalau kitani semua berusaha di peringkat sekolah, peringkat komuniti, peringkatconstituent dan mana-mana pihak الله شاء ان kitani akan sama-sama mencapai sasaran KPI Kebangsaan, matlamat satu, 1.3% pelajar tahun 1 dan 3 sekurang-kurangnya berada pada tahap standard minimum literasi dan jua numerasi.

Yang kedua adalah WSE. WSE adalah proses penilaian keseluruhan sekolah yang dilaksanakan oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan ia bertujuan untuk menilai kualiti pendidikan sekolah-sekolah kerajaan dan penyediaannya secara menyeluruh dan mengambil kira empatdomain utama:

  1. Kepimpinan dan pengurusan;
  2. Pembelajaran dan pengajaran;
  3. ETOS dan persekitaran; dan
  4. Hasil pembelajaran pelajar.

Kualiti setiap domain dinilai mengikut deskripsi tahap yang ditetapkan dalam penilaian WSE. Apa yang terjadi pihak Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah akan menilai sekolah-sekolah menggunakan rubik-rubik tertentu untuk mengenal pasti keberadaan sekolah-sekolah itu against domain-domain yang telah kaola/saya sebutkan tadi dan peratusnya akan dihantar ke pihak Kementerian Pendidikan dan di sanalah pihak Kementerian Pendidikan akan menilai kekurangan dan kelebihan sekolah-sekolah tersebut, misalannya sekolah itu mencapai hanya 2.3 misalannya dalam pembelajaran pengajaran jadinya kita tahu ada masalah pembelajaran di sana dan kalau misalannya ada masalah kepimpinan pengurusan ia boleh reflect kepada apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin sekolah tersebut. Ia dibuat secara bersepadu dan kita akan melihat bukan sekadar purata average kepada penilaian WSE tetapi kita akan melihat markah domain dalam WSE.

Mengenai IBTE. Memang betul IBTE bukan lagi macam dulu.I BTE sekarang nampaknya semakin ramai pelajar-pelajar yang mahu masuk ke dalam program IBTE kerana ini adalah program-program kurikulumnya telah diubah dan kurikulumnya adalahas informed by the industry.

Kita bekerjasama dengan pihak-pihak industri melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) dalam pelbagai jurusan dan disiplin dan di sanalah dikongsikan apakah kompetensi yang dikehendaki oleh pihak industri dan sebagai refleksi ianyamestilah diajar dalam kurikulum. Setiap kali menerima informasi sedemikian, pihak IBTE akan review balik kurikulum-kurikulum yang ditawarkan.

Mengenai Marine. Marine adalah ditawarkan di Brunei Maritime Academy di IBTE Jefri Bolkiah Campus dan keramaiannya memang sedikit di sana. Untuk lulus dalam program-program yang related to marine ini sebenarnya memerlukan they have to clock sea time dan untuk clock sea time, mereka mesti berada di dalam kapal dan kalau kapal-kapal daripada pihak industri itu hanya memberikan sedikit ruang, ertinya sedikit saja yang dapat ditawarkan kepada pelajar-pelajar.

Kalau dibukakan besar, besarlah yang dapat kami tawarkan ataupun terima pelajar-pelajar itu untuk mengikuti program-program. Kita ada Diploma in Marine Engineering, Diploma in Nautical Studies, Diploma in Nautical Studies Programme.

Itulah sebenarnya cabaran-cabaran kita dan kita akan terus bekerjasama dengan pihak industri yang related to marine berapa sebenarnya keperluan daripada pihak sana. Kalau misalannya besar keperluan itu, besarlah jua harapan kami bagi pihak-pihak industri yang terlibat ini membesarkan jua ruang bagi pelajar-pelajar untuk clock sea time di dalam kapal-kapal tersebut.

Mengenai program-program. Minta maaf Yang Berhormat Pengerusi sebenarnya kaola tadi tidak berapa mendengar.

Adakah program yang related to education management yang ditawarkan oleh SHBIE dulu?

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Yang Berhormat Pengerusi. Dahulu ada ditawarkan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam Programme Masters in Educational Management untuk pemimpin-pemimpin sekolah dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan, tetapi pada masa ini kaola difahamkan program ini sudah diberhentikan dan kenapa?

Yang Berhormat Pengerusi

Maksud Yang Berhormat Leadership Programme kah? Leadership Programme yang pernah dikelolakan oleh UBD.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Mengenai SHBIE, izinkan kaola bercerita sedikit. Saya ingat tahun akademik 2009/2010, SHBIE telah menawarkan program ijazah sarjana muda bagi guru-guru dalam perkhidmatan dan juga calon-calon yang baharu saja menamatkan peperiksaan‘A’ Level dan bagi in-service ataupun guru-guru yang berada dalam perkhidmatan, mereka boleh melanjutkan pelajaran mereka untuk mengambil ijazah sarjana muda dalam 3 program:

  1. B .Ed. in Primary Education Module iaitu yang dibuat secara part-time. Mereka boleh membuat selepas waktu kerja atau during the weekends;

  2. BA. Primary Education dalam aliran Bahasa Melayu dengan 5 pengkhususan seperti Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Seni Lukis, Jasmani dan juga Pendidikan Khas; dan

  3. B.Ed. Primary Education (English Medium) iaitu dalam jurusan Science and Mathematics dan juga Teaching English as a Second Language.

Setelah SHBIE dinaik taraf menjadi graduate school, program-program yang inservice ini tadi telah ditiadakan dan bagi mereka yang berminat untuk meninggikan tarafqualification mereka, mereka bolehlah mengikuti program-program di fakulti lain di Universiti Brunei Darussalam ataupun di mana-mana universiti tempatan dan luar negeri. Manakala bagi program Masters in Educational Management (MEM) dan PhD Education Management (PEM), sebenarnya kedua-dua program ini masih ada ditawarkan.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, tiada demand dan SHBIE juga telah kehilangan beberapa pensyarah khususnya yang dapat mengajar modul-modul tertentu dalam kedua-dua program tersebut. Bagi menjamin kesinambungan program-program ini, jumlah pemohon akan dikaji dan SHBIE memerlukan peningkatan jumlah pemohon.

At the moment, the demand is very low dan kalau misalan nya demand itu memang besar, SHBIE memang berhasrat untuk mengambil semula pensyarah-penysarah yang dapat mengajar MEM atau PEM. Apabila memenuhi syarat, bolehlah memohon untuk membuat program ijazah, sarjana dan jua ikhtisas ini. Ertinya MEM dan PEM masih ditawarkan di SHBIE, ia tidak di shelf. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sebelum itu, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas penjelasan dan penerangan berkaitan perkembangan dan pencapaian Kementerian Pendidikan.

Lebih dahulu, izinkan kaola mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian Pendidikan atas jasa, pengorbanan dan usaha-usaha a biskita dalam mendidik anak bangsa kita agar menjadi warga yang bijak, pandai, berguna dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

Terus terangnya, kaola sebagai seorang anak bekas dari keluarga yang tidak berkemampuan ه ِ لِل ُ ألْحمْد merasa syukur mendapat bimbingan dan pemedulianguru-guru beserta kesedaran awal ‘ indung’ yang mementingkan pelajaran sebagai tiket untuk keluar dari kepapaan.

ْ أل هِ لِلُحمْد kaola berterima kasih atas kesempatan dan peluang yang diberikan dan berharap semua anak-anak kita diberi peluang yang sama. Ucapan terima kasih memang tidak mencukupi untuk mengenang pengorbanan a biskita, hanya doa dan restu yang dapat kaola panjatkan agar وتعالى سبحانه الله mengurniakan rahmat, hidayah, taufiq dan keredhaan-Nya untuk semua tenaga dan kakitangan pengajar di Kementerian Pendidikan.

َ العَالَمِ يْن رَ ب يَا آمِ يْن Beberapa isu untuk dibincangkan dan beberapa cadangan yang ingin kaola hadapkan untuk budi bicara Yang Berhormat Menteri buat penilaian kesesuaiannya.

  1. Mohon mengongsikan hasil dan analisis data. Kaola difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan memang banyak membuat kajian yang mendalam(deep analysis) bagi setiap peperiksaan, lebih-lebih lagi bagi peperiksaan awam(public exam). Namunanalysis, prestasi da n action plan tidak lagi dikongsikan dan diberigakan kepada orang ramai. Kebanyakan hasil dan darianalysis yang dijalankan hanya diketahui dalam kementerian untuk kegunaan dalaman sahaja. Seolah masalah atau isu persekolahan dan pembelajaran ituexclusive untuk ahli-ahli kementerian dan boleh diselesaikan dalam kementerian sahaja.

    Jesteru, kaola ingin mencadangkan:

    1. Mengaplikasikan Whole of Nation Approach dalam menangani isu-isu pendidikan iaitu dengan melibatkan penyertaan dari kumpulan awam atau komuniti yang berkepentingan atau individu-individu setiap para agensi di luar kementerian dan kerajaan sama a da memberi independent analysis dari data-data, atau mereka ini dijemput memberi makluman balas dan alternative viewpoint dan dijemputto co-create mencari solution bersama mengenai isu-isu yang dihadapi.

    2. Pada masa yang sama, memberigakan dan menerbitkan penemuankey finding (hasil utama) daripada penganalisaan yang dibuat terhadap keputusan-keputusan peperiksaan dan mengongsikanaction plans way forward supaya orang awam terutama sekali ibu-bapa dan penjaga tahu dan memahami akan permasalahan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi bersama.

  2. Tidak ada anak kita dibawah 18 tahun tercicir,target nya. Tiap-tiap tahun, 5 ke 6 ribu anak kita yang berumur 15 tahun mengambil peperiksaan‘O’ Level. S etakat ini,30 – 40% yang beroleh 5‘O’ Level ke atas untuk masuk‘A’ Level atau mana-mana institusi yang mereka pilih, akademik atau vokasional. 1000 atau 2000 akan masuk terus ke IBTE atau Politeknik sebab tempat terhad. 1000 mungkin mengulang atau ikut kursus pendek kemahiran TVET dan lainnya dalam 1000 ke 1500 yang berumur 15 tahun menganggur.

    Tiada tempat untuk belajar sebab tidak ada punya kelulusan atau tiada tempat sebabfull atau tiada minat kursus yang ditawarkan. Tetapi terlalu muda untuk kerja. Tiap-tiap tahun,scenario ini akan berulang bertambah 1000 ke 1500 anak-ana k kita yang berumur 15 tahun akan menganggur.

Apa yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan 100% pelajar kita diketahui di mana mereka berada selepas ada keputusan‘O’ Level mereka danalarm bells akan berdering, kaola tidak tahu di mana (somewhere) menunjukkan nama-nama anak kita yang berumur dibawah 18 tahun yang tercicir, belum ada tempat belajar untuk mencari atau untuk ditraining untuk kerja dan di manakah anak-anak yang kurang bernasib baik ini dipantau, diperhatikan supaya mereka tidakfall within the cracks dan akan menjadi masalahsocial time bomb in the future. Izinkan kaola teruskan dalam beberapa soalan serta cadangan yang selanjutnya.

  1. Prasarana sekolah. Kaola mencadangkan supaya prasarana sekolah seperti dewan, padang untuk dibukakan kepada komuniti seperti yang dulu dan hasil dari sewa prasarana itu nanti digunapakai olehParents Teachers Association untuk menjalankan projek-projek dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

    Terma sewa hendaklah termasuk pengawal keselamatan yang ditugaskan diluar waktu untuk menjaga keselamatan persekolahan supaya tidak diganggu oleh orang awam apabila mereka menggunakan prasarana itu.

    Sama juga, apa arah tuju Sekolah Sukan? Apakah ada pelan untuk berkolaborasi dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan agensi-agensi sukan negara untuk memajukan sukan negara.

  2. IBTE dan vocational school dibantu dengan peralatan dan daya pengajar kompeten yang diiktiraf oleh industri. Menyambung apa yang pernah dikatakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan pun ingat kita pernah terbabit dalam menyiapkan kurikulum yang diungkayahkan di IBTE , kurikulum which are competency-based education dan graduate nya nanti ه ِ لِل ُ ألْحمْد sudah dibuktikan menjadi industry-ready.

    Keberkesanan graduan IBTE, Politeknik Brunei mendapat pekerjaan selepas graduan sebab banyak kursus-kursus ini diikuti telah diubah suaiinput dan penyertaan ahli-ahli dari industri dan ada yang competency-based. Keberkesanan program-program competency-based ini memerlukan para pelajar, para pengajar yang ada pengalaman dalam industri dan mengajar subjek-subjek yang diajar dan juga memerlukan perkakas (tools dan learning aids) untuk merealisasikan learning application dalam kelas.

  3. Kaola mencadangkan supaya digunakan orang-orang lepasan industri yang diiktiraf oleh industri sendiri (industry-accredited technically-competent person). Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik, dijadikan sebagai tenaga pengajar di IBTE atau Politeknik sambil menunggu tenaga pengajar IBTE yang berkelulusan menimba pengalaman dalam industri-industri mereka ajar tapi tidak pernah menceburi dan membuat investment untuk menyediakanlearning aids yang bersesuaian supaya pembelajaran dalam kelas lebih realistik, bukan berpandukan melihat gambar sahaja.

  4. KPI Universiti dan Institusi Pendidikan Tinggi, kaola dapati petunjuk prestasi utama dalam buku belanjawan amat ketara berbeza diantara Universiti, IBTE dan PB.

    Cadangan 1, bolehkah Kementerian dan Universiti-Universiti, Institusi Pendidikan Tinggi menyelaraskan dan melaporkan pentunjuk prestasi utama seperti employment rate selepas enam bulan, research funds yang mereka dapat publication, industry collaboration dan international recognition, accreditation yang dicapai sebagai KPI.

Soalan kedua mengenai dengan KPI Universiti. Ingin mohon penjelasan apakah Kementerian Pendidikan juga bertanggungjawab dengan pemantauan dan quality assurance Institusi Pendidikan Tinggi yang swasta. Cadangan prestasi-prestasi institusi pendidikan swasta dapat dilaporkan bersama menggunakan Petunjuk Prestasi Utama institusi kerajaan, kerana ada pelajar-pelajar kita mendapat Skim Dermasiswa dalam institusi tinggi swasta. Apakah keberkesanannya dan arah tuju untuk memberi pelajaran yang ber kualiti dalam negara?

Yang terakhir, yang paling sensitif. Keputusan PISA sebagai indicator Wawasan Brunei 2035 goal nombor satu. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam respons tentang KPI Wawasan Brunei 2035 mengatakan untuk tanda sukat penyampaian Wawasan Goal nombor satuin the society adalah kejayaan kita dalam PISA.

Kaola ingin menanyakan adakah setakat ini indicator ini mencukupi? Adakah apa indicator lain enablers atau results yang perlu dipantau untuk memberikan keyakinan bahawa kita pada masa sekarang berada di landasan mencapai matlamat nombor satu itu dan apakah proses pengesahan audit yang diperlukan?

‘Tekeduhung’ Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengatakan pasal PISA , kaola google apa itu PISA dan apa result untuk Brunei dan resultnya tidak memberangsangkan. PISA Results Programme International Student Assessment, assess pelajar-pelajar berumur 15 tahun (pelajar yang membuat ‘O’ Level).Reading, Maths, Science, kesemuanya under-15 kita, below average.

School Climate, Brunei ranked one of the lowest, 75 out of 75. Student wellbeing, student life satisfaction, one of the lowest, 69 out of 70. The largest student population feeling sad, anak kita dalam sekolah, ranked number one. The saddest students, the largest student population ranked number one. Students ranked in fourth with the strongest fear of failure. Yang paling menyedihkan, bullying.Reported that more than 50% anak kita yang berumur 15 tahun di bawah reported kena buli more than three times per month in the school.

Student global competency, awareness of global issues. Despite kita mempunyai the highest penetration of internet, our students’ global awareness of global issues ranked the lowest, 64 out of 64. Cognitive ability, the lowest 64 out of 66 dan relative performance on the global competency test, one of the lowest, in fact, minus PISA score points, we are ranked nombor 23 dari 26.

Soalan, sebagai pendidik, walaupun result ini tahun 2018, memandangkan keputusan yang dicapai dalam PISA 2018 ini, apa grade Yang Berhormat Menteri Pendidikan akan berikan dalamreport card kalau diminta dibagi report card?

Cadangan kaola, 1st phase walaupun kaola tidak tahu akan details of the PISA report, mungkin kalau kaola melihat sebagai pendidik, kaola akan bagi grade D or E. Not because of results, but because of efforts. Kaola faham deep analysis yang perlu untuk kita ketahui apa sebenarnya yang ditunjuk tayang dari analisis PISA.

Kita boleh buat tiga pilihan. Satu, kita tolak langsung tidak terima result ini sebagai tidak represtative dan tidak boleh ikut dengan keputusan PISA ini sebabit gives you the wrong impression. Atau dua, kita cari independent assessment tool yang kita fikir lebih sesuai sebagai tanda sukat ataupun ketika kita ambil kira the finding as a gift, it is what it is, dan jadikan result ini sebagai baseline result.

Mohon maaf kalau kaola keterlaluan menyampaikan emosi. Maaf anak 15 years old, anak kita yang bakal menjadi menanai negara, jadi this issue is quite sensitive dan perlu perhatian. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon pencerahan. وبركاته الله ورحمة عليكم السلام

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ان شاء الله kaola akan menjawab satu per satu soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin sebentar tadi.

Terlebih dahulu, kaola mewakili Kementerian Pendidikan ingin mengucapkan setinggi-tinggi berbanyak-banyak terima kasih diatas ucapan penghargaan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi kepada guru-guru bagi mengenang jasa-jasa mereka.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bosta man bin Haji Zainal Abidin ada memberikan beberapa soalan, kalau tidak silap tujuh soalan. Terima kasih banyak-banyak di atas soalan tersebut, soalan-soalan yang baik dan الله شاء ان kaola akan mencuba untuk menjawapnya.

Soalan pertama adalah mengenai den gan mengongsikan hasil dan analisis data dan cadangan untuk memberigakannya dan menerbitkan penemuan atau hasil utama dari penganalisaan yang dibuat terhadap keputusan itu kepada orang awam terutama sekali kepada ibu bapa.

Soalan pertama ini, kaola rasa adalah sangat menarik kerana ianya menyentuh mengenai dengan amalan perkongsian data. Seperti yang kita semua maklum, data adalah informasi sebelum mana-mana keputusan dibuat.

Oleh itu, perkongsian data boleh merangsang perkembangan yang positif. Dala m masa yang sama, ada kalanya perkongsian data boleh menimbulkan risiko, jadi wajar kalau kita menilai dulu tahap risiko-risiko tersebut.

Berbalik kepada data peperiksaan, memang Kementerian Pendidikan ada membuatdeep analysis ataupun kajian mendalam mengenai dengan keputusan-keputusan tersebut. Jika penilaian dibuat di peringkat sekolah, guru-guru menggunakan analisis tersebut sebagai informasi ke arah memperbaiki kaedah pengajaran. Amalan ini memang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan, sesuatu yang sering kita dengar sering kita sebut-sebut sebagaischool-based assessment.

Bagi peperiksaan awam, peperiksaan ataupun penilaian seperti Penilaian Sekolah Rendah (PSR),GCE ‘O’ Level dan ‘A’ Level, data adalah lebih menyeluruh, kerana ia mengambil kira prestasi pelajar di peringkat kebangsaan kesemua pelajar. Oleh itu, penterjemahan data adalah strategik. Kementerian Pendidikan akan membuat penganalisaan dari pelbagai aspek untuk mencarisignificant findings atau dapatan-dapata n penting sama ada ia berbentukdescriptive ataupuninferential seperti kolerasi dan sebagainya dan sebagai contoh adalah perbandingan pencapaian dari tahun sebelumnya.

Secara tidak langsung kita sudah dapat mengagak ataupun membandingkan pencapaian itu dengan keputusan peperiksaan pada tahun-tahun lepas, ertinya analisis prestasi pelajar secara keseluruhan memang dikongsikan.

Kementerian Pendidikan juga membuat analisis prestasi pelajar peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, penterjemahan data di peringkat sekolah akan dibuat dalam konteks-konteks yang terkawal seperti mengambil kirakeramaian pelajar, lokasi sekolah dan sebagainya dan perkongsian data tanpa konteks boleh menimbulkan pelbagai interpretasi.

Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolah memang mengongsikan data-data sebagai contoh perkongsian bersamaPIBG , terdapat ibu-bapa yang telah memberikan bengkel-bengkel motivasi kepada pelajar-pelajar dan ada yang menyumbangkan makanan dan minuman semasa kelas tambahan.

Dan di kesempatan ini, kaola mewakili pihak Kementerian Pendidikan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang pernah terlibat dalam inisiatif ini dan ia sangat-sangat dihargai.

Cadangan bagi prestasi peperiksaan untuk dibukakan kepada umum terutama kepada ibubapa adalah sangat baik. Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai mengongsikan data sekolah masing-masing.

Perkongsian data setiap sekolah kepada umum bukanlah satu kelaziman dan ianya juga bukanlah satu amalan yang biasa di peringkat antarabangsa kerana in terpretasi data tersebut boleh membawa kepada pelbagai implikasi. Sebagai contoh pemilihan kemasukan ke sekolah kerajaan di negara kita adalah mengikut tadahan dan bukan pilihan.

Ranking ataupun kedudukan sekolah mengikut prestasi adalah juga tidak semestinya memberikan gambaran tepat mengenai kualiti sesebuah sekolah tersebut. Ini kerana beberapa fakta lain yang juga boleh mempengaruhi prestasi sekolah seperti latar belakang pelajar, sosioekonomi, nisbah pelajar dan sebagainya.

Sebenarnya langkah larangan perkongsian keputusan prestasi sekolah adalah dipraktikkan oleh OECD ataupun The Organization for Economic Corporation and Development yang juga mengorganize PISA yang disentuh oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi ianya wajar untuk kita jadikan sebagai rujukan.

Dikongsikan juga bahawa ada satu laman sesawang yang terkenal yang dahulunya sering mengongsikan data-data sekolah daripada tahun 2010 tetapi baru-baru ini, pada tahun 2020, telah meniadakan direct comparison antara sekolah dengan alasan kesan perkongsian boleh mendatangkan kemudaratan ke atas moral kakitangan dan kesejahteraan pelajar.

Dalam hal ini, memang Kementerian Pendidikan amnya dan pihak sekolah khasnya sangat mengalu-alukan kerjasama daripada pihak awam terutama ibubapa untuk terus memperbaiki pencapaian pelajar dan anak-anak mereka.

Bagaimana untuk membuat sedemikian? Teruslah berhubung dengan pihak sekolah di mana anak mereka berada dan الله شاء ان data-data anak mereka akan dikongsikan.

Mengenai anak-anak di bawah 18 tahun yang tercicir. Mengenai dengan sasaran untuk mengesan semua pelajar-pelajar lepasan‘ O’ level bagi tujuan akses untuk mendapatkan latihan kerjaya.

هِ لِلُألْحمْد Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan sudahpu n mengesan semua pelajar pasca menengah lepasan‘O’ level melalui KohortTracking sejak tahun 2018. Ia mengesan di mana mereka belajar selepas‘O’ level , sama ada meneruskan ke peringkat ‘A’ level atau pun mengikuti program di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Politeknik Brunei (PB) atau pun melanjutkan pelajaran di institusi awam.

Berdasarkan kajian tersebut, dikongsikan di sini, didapati bahawa secara purata lebih kurang 60 % hingga 65% akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun berikutnya.

Manakala lebih kurang 10% secara amnya akan mendapat pekerjaan dengan menggunakan kelulusan‘O’ level mereka dan selebihnya iaitu antara 20%-25% adalah dikategorikan sebagaineeds ataupun not in employment education and training yang mana Kementerian Pendidikan telah mengusahakan beberapa inisiatif untuk meluaskan lagi akses kepada pendidikan pasca menengah bagi memberikan peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mencari pekerjaan yang berkualiti.

Antaranya adalah:

  1. Institusi-institusi TVET awam ataupun Politeknik Brunei (PB) dan juga IBTE telah menawarkan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun ertinya makin ramai lagi pelajar-pelajar lepasan‘O’ level boleh memohon ke Politeknik Brunei (PB) atau IBTE.;

  2. Sejak tahun 2018, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan satu skim biasiswa kepada penuntut lepasan menengah iaitu Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Skim PBTV) bagi penuntut yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di in stitusi-institusi swasta. ;

  3. Mulai tahun ini juga satu skim Pembangunan Modal Insan melalui Pendidikan TVET di institusi pengajian tinggi swasta ataupun skim TVET telah diperkenalkan bagi membantu penuntut-penuntut lepasan sekolah menengah khususnya penuntut yang hanya memperolehi 0 hingga 3‘O’ level untuk diberikan latihan dan pendedahan industri sebelum menceburi alam pekerjaan. Sebenarnya hampir sama dengan skim BPTV iaitu Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional, sama juga 0 to 3 ‘O’level tetapi bagi skim TVET ini kalau ia lulus satu peringkat ia akan exit dan memohon pekerjaan dan jika ia mahu masuk lagi skim TVET itu, ia boleh memohon semula, unlike biasiswa pendidikan teknikal, ia boleh bersambung, itu adalah bagi penuntut-penuntut yang datang daripada kalangan yang kurang berkemampuan.

    Bagi mereka yang berhasrat untuk menduduki semula peperiksaan ‘O’ level ataupun‘A’ level, Kementerian Pendidikan melalui Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun L-Cube juga menawarkan program peningkatan akademik pada sebelah malam ataupun hujung minggu untuk memberikan peluang kedua bagi mereka untuk menambahbaik keputusan mereka.;

  4. Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat juga menawarkan program-program perkembangan tenaga kerja ataupun workforce development, perkembangan komuniti-komuniti development dan perkembangan peribadi melalui kolaborasi dengan pembekal-pembekal Pembelajaran Sepanjang Hayat dan agensi kerajaan bagi membolehkan orang ramai antara lainya adalah untuk upskill lagi ataupun reskill kemahiran-kemahiran yang sedia ada.; dan

  5. Mengenai cadangan supaya prasarana sekolah dibukakan kepada komuniti. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Jabatan Perbendaharaan untuk melaksanakan projek Facilities Rental System ataupun FRS secara private public partnership dengan Telekom Brunei Berhad (TelBru) yang mana projek ini sebenarnya telah bermula pada tahun September 2016 yang melibatkan beberapa buah padang dan dewan sekolah.

    Bagaimanapun, beberapa isu telah dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan diFacilities Rental System dan ianya ditutup sementara mulai 25hb. Julai 2022M. Orang ramai yang ingin menyewa prasarana-prasarana sekolah seperti dewan, padang bolehlah menghadapkan permohonan secara manual dengan datang terus ke sekolah-sekolah yang mereka ingin gunakan. Mengenai hasil sewa prasarana tersebut ia akan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan dan hasil penyewaan aset kerajaan juga disarankan oleh pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengunakkan FRS dan semua sewa yang masuk ke dalam hasil kerajaan boleh dipohonkan untuk dikeluarkan semula ke Jabatan Perbendaharaan untuk membaik pulih dewan dan aset yang disewakan. Bagi cadangan untuk kutipan hasil diselenggarakan oleh PTA, perkara ini dinilai belum bersesuaian pada masa ini mengambil kira jumlah kutipan hasil yang diterima adalah masih minimum.

Kaola ingin terus menjawab soalan keempat mengenai Sekolah Sukan. Sebelum ini Sekolah Sukan hanya memfokus kepada pengambilan pelajar khususnya dalam bidang sukan sahaja tetapi mulai tahun 2018 Sekolah Sukan memperkenalkan 2 aliran iaitu aliran akademik mengikut tadahan yang tinggal dengan kawasan Sekolah Sukan dan yang kedua adalah aliran sukan mengikut kecenderungan pelajar yang menunjukkan kemahiran dalam sukan.

Objektif untuk memperkenalkan 2 aliran ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Sekolah Sukan ini. Jumlah pelajar di Sekolah Sukan telah meningkat sejak 2 aliran ini mula diperkenalkan.

Setelah ia diperkenalkan, ه ِ لِل ُ ألْحمْد dari aspek pencapaian akademik pelajar-pelajar yang memperolehi kredit 5‘O’-Level ke atas terus meningkat, pada tahun 2019 hanya 9% yang mendapat 5 ‘O’-Level kredit tetapi pada tahun 2022 telah meningkat kepada 33%.

Soalan kelima mengenai IBTE, minta maaf Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Sebelum itu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II suka untuk menerangkan kenapaPISA dipilih sebagai sukat-sukat untuk menentukan pencapaian kitani bagi menghadapi Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat adalah mengenai ukuran kitani bagi matlamat 1 dalam Wawasan Brunei 2035.

Sama ada PISA se bagai satu ukuran itu sesuai atau pun cukupkah inda memang perkara ini sentiasa diteliti bagi manpower blueprint yang akan diselesaikan dalam masa yang terdekat ini. Dari perundingan jawatankuasa tersebut satu perkara akan diteliti lagi untuk menambah ind eks yang lain الله شاء ان akan direviu lagi dan akan ditambah jika ada keperluan الله شاء ان Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyambung lagi mengenai KPI IPT untuk diselaraskan. Pihak Kementerian Pendidikan mengalu-alukan cadangan inidan pada masa yang sama Institusi Pendidikan Teknikal dan Pengajian Tinggi juga memiliki fokus yang berlainan seperti IBTE dan PB tidak melaksanakan penyelidikan. Oleh yang demikian, KPI penyelidikan tidak boleh dicadangkan bagi IBTE dan PB.

Untuk makluman Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan juga bertanggungjawab bagi beberapa KPI pada peringkat kebangsaan untuk digunakan oleh Pejabat Wawasan yang selaras bagi semua IPT awam dan juga swasta.

Sebelum kaola menyentuh mengenai PISA, kaola ingin menyentuh mengenai inisiatif IBTE dalam menangani cabaran peralatan dan perkakas pengajaran pembelajaran. Memang pengajaran pembelajaran di IBTE adalah competency base yang memerlukan pendekatan pembelajaran secara amali atauhands on yang mana program-program IBTE mengandungi 70 % komponen praktikal.

Untuk keperluan itu, peralatan dan perkakas yang sejajar dengan piawaian industri bagi pengajaran pembelajaran adalah sangat-sangat diperlukan bagi memastikan pelajar-pelajar IBTE dilengkapkan dengan competency dan skill sets yang diperlukan oleh pihak industri. Bagi menangani cabaran dalam penyediaan peralatan dan perkakas pengajian pembelajaran tersebut, beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak IBTE:

  1. Pembekalan peralatan perkakas yang diperlukan dengan menggunakan peruntukan tahunan yang telah disediakan dan penajaan daripada pihak-pihak industri yang berkaitan sebagai contoh penajaan kemudahan mini plan, pembekalan peralatan dan perkakas bagi centre of excellence dalam bidang mekanikal engineering dan sebagainya.;

  2. Menggunakan fasiliti di pihak industri melalui penempatan kerja atau punindustrial attachment danon the job training bagi pelajar-pelajar IBTE. Inisitaif IBTE dalam menangani cabaran tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran industri pula bagi memastikan pengajaran pembelaja ran di IBTE ini bertepatan dengan keperluan industri ianya memerlukan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam tugas-tugas yang dilaksanakan di industri terutamanya pengalaman amali, praktikal danhands on experience .;

    Bagi menangani cabaran ini, pihak IBTE telah melaksanakan beberapa inisiatif. Pertama adalah IBTE merekrut tenaga pakar daripada industri melalui adjunct lecturer. Ini akan membantuIBTEmengembangkan kemahiran pelajar dalam menyediakan mereka ke alam pekerjaan yang sebenar dan pelajar boleh mendapat manfaat daripada tenaga pengajar ataupun tenaga pakar yang mempunyai kemahiran pengalaman daripada industri. IBTE juga merancang untuk menggalakkan pensyarahnya mengikuti latihan penempatan untuk mendapatkan pengalaman industri bagi membolehkan pensyarah mengikuti perkembangan industri dan juga memperolehi pengetahun kemahiran yang dapat diterapkan dalam pengajaran.

    Bagi keputusan PISA yang telah dikongsikan dengan panjang lebar tadi dan sama ada keputusan PISA ini akan dijadikan sebagai indikator Wawasan Brunei 2035 bagi matlamat 1 seperti jua yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Keputusan PISA sebagai indicator ini akan dicadangkan dan direview lagi.

Apa dia PISA ? Kaola ingin mengambil kesempatan di sini untuk bercerita sedikit mengenai denganPISA .PISA adalah Program for International Student Assessment yang mana Negara Brunei Darussalam telah mengikutinya pada kali pertama pada tahun 2018 dan keputusannya telah dikeluarkan pada tahun 2019. Ia adalah penilaian yang dibuat sekali dalam masa 3 tahun dan pada tahun lepas Negara Brunei Darussalam sekali lagi telah melaksanakanPISA the main study dan الله شاء ان keputusannya akan keluar pada tahun ini.

Pada tahun 2018, seramai 6,828 pelajar Negara Brunei Darussalam telah ikut serta, bukan secara rawak ataupun sampling, seperti negara-negara lain tetapi kitani menggunakan National Census sebab keramaian pelajar kitani adalah kurang daripada 7,000, jadi ia manageable. Semua pelajar-pelajar yang berusia 15 tahun telah menduduki program penilaian tersebut.

Ranking ataupun score kitani bagi reading adalah 408 berbanding purata keseluruhan 453. Memang di bawah daripada purata keseluruhan. In fact, score kita ni dalamReading, Mathematics dan Science adalah di bawah purata keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 kitani pernah mengikuti PBTS ataupun PISA Best Test for School yang menggunakanitem-item PISA, sama seperti PISA . Tetapi apa yang menarikn ya semasa kitani mengambil penilaian tersebut, markah kitani adalah jauh lebih rendah. Setelah kitani ikut serta dalam PBTS, barulah kitani tahu di mana pencapaian kitani sebenarnya dan daripada sanalah kitani membuka mata mengenalkan inisiatif-i nisiatif yang lebih strategik dalam pengajaran dan sehingga pada PISA pada tahun 2018, score kitani adalah jauh lebih meningkat daripada PBTS 2016.

هِ لِلُألْحمْد ada kebaikan kenapa kitani mengikutiPISA tersebut sebab kalau kitani tidak ikutPISA , walaupunresultnya mungkin tidak menyenangkan sekarang tetapi sekurang-kurangnya kitani sudah beralih daripada situasi di mana kitani lebih tidak stabil pada masa-masa yang lalu.

Soalannya adakah PISA ini bole h dijadikan sebagaiindicator Wawasan Brunei 2035? Memang perkara ini masih dalam perbincangan. Apa pun sukat-sukat memang ia boleh dijadikan sasaran dalam KPI kitani dalam mencapai matlamat 1 dalam Wawasan Brunei 2035. Misalan nya kitani memasukkan ia di dalam KPI, kitani akan menghadapi satu situasi di mana kitaran pelaksanaan PISA ini adalah sekali dalam setiap 3 tahun dan pada tahun 2025 ia akan berubah kepada sekali dalam 4 tahun.

Kemungkinan besar pemantauanscore kitani akan lambat diperolehi ataupun apa jua pencapaian yang kitani perkenalkan, mungkin akan lambat dinilai sama ada strategi itu berkesan atau tidak, disebabkan oleh putaran ataupun kitaran PISA bukan setiap tahun.

Walau bagaimanapun, ia masih boleh difikirkan untuk jangka panjang dan boleh juga dijadikan sebagai KPI tetapi memang kitani akan diperbantukan dengan KPI lain sebab PISA ini sebenarnya adalah berbentuk aplikasi.

Kaola ingin mengambil kesempatan di sini. Memang banyak pertanyaan kenapa pelajar kitani menduduki‘O’ level dan ke napa pelajar kitani dalam masa yang sama mengambil penilaian PISA ? ‘O’ Level adalah peperiksaan untuk menilai tahap knowledge level mereka, content knowledge mereka dalam subjek-subjek matter yang tertentu.

Manakala PISA adalah aplikasi kepada pengetahuan ataupuncontent knowledge tersebut.The application type, apa yang mereka pelajari di sekolah mengenai dengancontent, PISA akan menyoalnya bagaimana mengaplikasikan soalancontent tersebut.

Berhubung dengan KPI, barangkali Yang Berhormat pun sudah tahu apa KPI yang di task kepada Kementerian Pendidikan bagi matlamat 1 Kementerian Pendidikan owns 6KPI Kebangsaan iaitu:

  1. Peratus guru yang berkelayakan dan berkualiti tinggi.;

  2. Peratus institusi pendidikan yang be rada pada tahapminima standard sekolah .;

  3. Peratus pelajar Tahun 1 dan Tahun 3 yang sekurang-kurangnya berada di tahapstandard minima literacy dan numeracy.;

  4. Peratus lulus dalamBGCE ‘O’ Level dengan 5 kredit ke atas atau yang sebanding dengannya.;

  5. Kadar kemasukan ke pasca menengah .; dan

  6. Kadar pengijazahan ataupun pengajian tinggi dan pendidikan teknik dan vokasional.

Ada beberapa KPI yang sudah kitani capai, oleh yang demikian wajarlah sepe rti saranan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II supayaKPI tersebut untuk direview dan ditambah lagi supaya kita dapat merangsang apa jua strategi-strategi yang dapat membawa kita untuk mencapai matlamat 1 Wawasan Brunei 2035. Mungkin menggunakanPISA juga boleh difikirkan walaupunresultnya bukan setiap tahun tetapi akan dilihat nanti kesesuaiannya. Perkara ini masih dalamreview.

Mengenai PISA, antara faktor yang memberikan impak significant mengikut kedudukanranking kitani tadi sebenarnya ada beberapa perkara dan ini adalah yang Top 6. ه ِ لِل ُ ألْحمْدTop 6 ini tidak termasuk kualiti guru. Ertinya guru kitani bukan penyebab kenapascore kitani rendah. Ertinya we have very good teachers.

Kaola ingin menarik perhatian Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, fa ktor yang memberikan impaksignificant mengikut kedudukan ada 6 mengikutranking . Apa faktor yang pertama menyebabkan kitani rendah di dalamPISA dan ini adalahreal data yang di analyze di dalam PISA:

  1. Pertumbuhan minda iaitu kurang percaya keyakinan diri. Ertinya kanak-kanak kitani tidak percaya bersekolah boleh mengubah masa depan mereka .;

  2. Bully. Apakah item-item yang digunakan dalam mengenal pasti kekerapan bully dalam PISA. Izinkan kaola membaca sekurang-kurangnya dua items yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar kitani sehingga membawa kepada OECD me label pelajar-pelajar kitani itu di bawah pengaruh buli:

    1. “Other students made fun of me, then I was threaten by other students”.;

    2. “Other students left me out of thing on purpose” dan sebagainya.;

    3. Kerjasama Rakan Sebaya iaitu sikap berkerjasama.;

    4. Merasa kesepian.;

    5. Kepuasan Hidup.; dan

    6. Kesedihan.

Inilah yang sebenarnya yang memberikan korelasi yang tinggi kepada pencapaian pelajar-pelajar yang duduk di dalamPISA . Kalau kita lihat pada faktor-faktor ini, ia kalau misal an nya ada yang ingin memberikan pertolongan, bantulah kami.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sebaiknya melalui guru-guru yang telah dilatih yang sangat berkualiti tetapi faktor-faktor ini sering menjadikan satu sebab kenapa pelajar-pelajar masih belum mampu untuk mencapai apa yang sebenarnya dikehendaki.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak ke pada Yang Berhormat kerana telah menyuarakan soalan ini tadi kerana ianya telah memberikan kesempatan kepada kaola untuk mengongsikan sedikit keluahan ataupun sedikit masalah yang sebenarnya dihadapiand these are real issues. Terima Kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima ka sih Yang Berhormat Pengerusi atas lalu an yang diberikan kepada kaola untuk mengemukakan soalan dan pandangan koala.بسم الله الرحمن الرحيم.

ُوبركاتُه ِ الله ُ ورحْ مة ْ عليْكُم ُ السَّلام dan salam sejahtera.

Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan mengenai peruntukan Kementerian Pendidikan termasuk bagi menaik taraf dan menambah bangunan-bangunan sekolah.

Kaola gembira bahawa Kementerian Pendidikan terus berusaha untuk memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar. Beberapa cabaran telahpun dikenal pasti oleh pihak kementerian dan tindakan serta pendekatan baharu dan akan diambil untuk menangani cabaran-cabaran tersebut.

Dalam kita menghadapi perubahan dalam lanskap pendidikan di manaICT, Scie nce, Technology, Engineering and Mathematics (STEM); IR 4.0, digitalisation dilihat memainkan peranan besar. Cabaran utama dalam pendidikan, pada pandangan kaola ialah mendapatkan tenaga guru yang cukup, berkualiti dan berdedikasi yang mana akan menyumbang kepada pembelajaran yang lebih produktif.

Kaola gembira terdapat peruntukan untuk forum latihan bagi menambahbaik lagi kemahiran guru. Kita mesti bersedia melahirkan pelajar generasi baharu bagi abad-21 ini. Kaola ingin menekankan pentingnyaearly childhood learning dalam sistem pendidikan di negara ini yang kaola percaya akan memberi impak yang sangat positif kepada pembelajaran kanak-kanak kerana ia memberiskill untuk berfikir dan berinteraksi secarasosial. Ini juga kaola percaya akan membantu memper baiki prestasi kita dalamPISA, iaitu jikaPISA diteruskan.

Menyentuh mengenai latihan. Soalan kaola ialah sejauh manakah latihan atau pengetahuan yang baharu yang diperolehi oleh guru-guru diaplikasikan untuk membawa perubahan positif kepada pembelajaran di kelas dan bagaimana ia dipantau.

Kaola berpendapat keberkesanannya perlu dipantau kerana terdapat guru-guru ini merasa terbeban dengan berbagai kursus dan bagi mereka tidak memberi nilai tambah kepada mereka. Disamping itu diberi tanggungjawab lain hin gga menjadikan tugas mengajar kurang efektif. Perkara ini kaola rasa perlu pihak kementerian teliti agar penggunaan peruntukan itu berbaloi.

Yang Berhormat Pengerusi. Antara Petunjuk Prestasi Utama yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan a dalah peratus tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi iaitu sebanyak 50.3% manakala sasarannya adalah 90%.

Soalan Kedua kaola ialah adakah ini bermakna 49.7% guru yang ada di sekolah pada masa ini tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran. Jika benar, apakah sebab utamanya kita tidak dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran?

Soalan seterusnya, apakah peranan Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE) dalam melahirkan guru-guru yang berkemahiran, sejauhmana program yang ditawarkan di SHIBE menepati keperluan pendidikan di negara ini dipelbagai peringkat.

Kaola juga ingin merujukindicator pelajar lulus dalamBrunei Cambridge GCE ‘O’ level dengan 5‘O’ level dan ke atas iaitu sebanyak 45.3%. Ini adalah satu angka yang besar yang bermakna setiap tahun sebahagian besar daripada pelajar iaitu lebih dari 54.7% gagal mendapat 5‘O’ level .

Kaola rasa ini satu angka yang besar dan kaola khuatir dalam perhatian kaola, peratus yang mendapat 5‘O’ level ini tidak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Jadi, di manakah perubahan yang akan kita buat dalam perkara ini. Usaha mesti dipertingkatkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki lagi pencapaian pelajar dalam peringkat menengah agar pembelajaran mereka tidak berhenti setakat menengah sahaja.

Kaola mengalu-alu peruntukkan di bawah Tajuk Peruntukan 1 1 19-009 iaitu Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional ( BPTV) yang kaola harap digunakan bagi membantu pelajar-pelajar yang terkandas setakat m enengah untuk mengikuti kursus teknikal dan vokasional.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin mengucapkan setinggi-tinggitahniah kepada Universiti Brunei Darussalam (UBD), UTB dan UNISSA atas prestasi meningkat diWorld ranking dan juga kepada Politeknik Brunei (PB) dan IBTE yang banyak mengeluarkan pelajarjob-ready.

Ini adalah atas usaha semua pihak di intitusi-intitusi tersebut. Namun begitu, kaola berpendapatemployability lepasan UBD, UTB dan UNISSA adalah juga menjadi sukat-sukat utama kejayaan sesebuah intitusi tersebut. Dalam hal ini, apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak universiti-universiti bagi graduan-graduan mereka mudah mencari kerja. Sebagai contoh sahaja, UNISSA dilaporkan 26% graduan yang mendapat perkerjaan selepas 6 bulan konvokesyen.

Kaola menyarankan agar isu pengajian ini dan isu pengangguran dikalangan lapasan universiti diberikan perhatian sungguh-sungguh dan ditangani secara pendekatan whole of government dan whole of nation. Setentunya ada success story di mana graduan mendapat pekerjaan tidak lama selepas convocation.

Tetapi sebalik itu, kita juga perlu ingat lebih ramai lagi yang tidak berjaya hingga ada yang sampai beberapa tahun masih tidak mendapat pekerjaan.

Akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menghargai lawatan-lawatan yang sering dilakukan oleh pihak pentadbiran atas dari Kementerian Pendidikan ke sekolah-sekolah.

Lawatan seperti ini kaola percaya menyuntik semangat pengetua, guru-guru besar, murid-murid dan semua warga sekolah sebagai tanda keprihatinan akan hal ehwal sekolah dengan melihat secara dekat perjalanan sekolah.

Tugas sebagai pemimpin sekolah dan guru di sekolah adalah berat dan perlu sokongan padu dari semua pihak kementerian dan para ibu bapa.

Dan pada pandangan kaola wajarlah pemimpin sekolah dipertimbangkan untuk imbalan berbentuk elaun yang lumayan dan Skim Perkhidmatan Guru-Guru diberikan perhatian yang sewajarnya seperti penetapan jawatan agar guru-guru tidak ada yang bergaji hari atau berkontrak begitu lama atau dipertimbangkan kenaikan pangkat dan sebagainya bagi mereka yang berkhidmat dengan cemerlang.

Sekian .ْ وبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ُورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Sebelum saya meminta Yang Berhormat Menteri Pen didikan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menyatakan keterangan mengenai dengan soalanataupun perkara-perkara yang mungkin menarik perha tiannya yang telah kita dengar sebelum ini. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebenarnya ingin memohon izin untuk menambah sedikit penjelasan atau pencerahan kepada isu mengenai dengan anak-anak sekolah yang terkandas yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin sebentar tadi.

Pertama, sudah setentunya pendidikan itu satu perkara yang amat penting, ianya boleh sahaja mengubah nasib setiap individu untuk mengubah nasib kehidupannya. Bagaimanapun pendidikan memang tidak terhad kepada bidang akademik sahaja, ia juga meliputi bidang kemahiran yang boleh sahaja membuka peluang bagi individu tersebut untuk menceburi bidang-bidang tertentu dalam sektor-sektor ekonomi yang berkenaan.

Dalam hubungan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Pembangunan Belia dari masa ke semasa memberikan peluang dan latihan kemahiran kepada belia-belia ataupun penuntut-penuntut yang terkandas ini dan tidak dapat meneruskan pendidikan akademiknya ke peringkat yang lebih tinggi.

Salah satu komponen penting dalam latihan kemahiran ini, ianya melibatkan pembinaan jati diri dan kepimpinan di kalangan belia. Ertinya tahap jati diri yang berhubung kait denganresilience ertinya bukannya mendapat kemahiran dan mendapat pendidikan sahaja tetapi semangat kecekalan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan dan menghadapi cabaran-cabaran kehidupan.

Di samping itu, Program Latihan Kemahiran dan Program Penempatan Kerja juga disediakan. Program Pembangunan Diri adalah merupakan program khusus yang diterapkan bertujuan untuk meningkatkan personaliti para belia dan pelatih terutama dari segi jati diri kepimpinan, disiplin, kerohanian, kerja berkumpulan, penjagaan masa termasuk penjagaan kesihatan.

Sukacita kaola mengongsikan antara bidang-bidang ataupun program yang disediakan di bawah Pusat Pembangunan Belia:-

  1. Level 2 Diploma in Food Preparation dan Culinary Arts. ;

  2. Level 2 Diploma in Food Preparaion and Culinary Arts-Patisserie .;

  3. Level 1 Diploma in Accident Repair Body. ;

  4. Level 1 Certificate in Engineering-Welding. ;

  5. ITQ Level 1 for IT Users. ;

  6. Skill Proficiency in Basic Plumbing. ;

  7. Skill Proficiency Certificate in Basic Refrigeration and Air Conditioning.;

  8. Kursus Asas Rekaan Fesyen dan Teknologi/Kursus Jahitan PPB-Aewon .;

  9. Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan .; dan

  10. Kursus Asas Agrobiz Plus.

7 program yang kaola sebutkan itu adalah merupakan menawarkanCity and Guilds dan bagi program Kursus Asas Rekaan Fesyen dan Teknologi, ianya adalah kolaborasi bersama dengan industry players seperti Aewon.

Sukacita kaola mengongsikan bahawapihak Aewon telah melatih para pelatih-pelatih ini untuk menghasilkan baju-baju yang berkualiti dengan menggunakan mesin-mesin peralatan yang disediakan oleh pihak Aewon dan ada di antara pelatih-pelatih ini sebahagiannya telah pun berjaya untuk me mbekalkan baju-baju ke luar negara sepertiUniversal Studio .

Apa yang penting barangkali ialah bagi mengikuti kursus-kursus ini, pelatih-pelatih ini tidak dikehendaki untuk mempunyai minima pencapaian yang tertinggi bagi membolehkan mereka untuk mengikuti kerana ini lebih merupakan program untuk cuba menangkap dan mengumpul mereka-mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran dan memberi peluang kedua dan mungkin juga peluang ketiga bagi mereka untuk mendapatkan kemahiran itu untuk meneruskan kehidupan dan mengubah nasib kehidupan individu berkenaan.

Setakat itu kaola kongsikan dan kaola mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kaola laluan untuk mengongsikan sedikit perkara yang mungkin ramai yang masih belum tahu adanya perkara-perkara ini dan program-program serupa ini yang s elaras dengan apa yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sesungguhnya ini adalah salah satu contoh bagaimana agensi-agensi kerajaan dapat mengambil pendekatan senegara dalam menangani isu-isu yang ditimbulkan seperti ini.

Sekali lagi terima kasih . ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sekarang saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menja wab saranan-saranan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri SetiaHaji Awang Suyoi bin Haji Osman di atas cadangan serta soalan-soalan.

Pertama adalah mengenai dengan guru-guru ataupun penekanan early childhood learning. ه ِ لِل ُ ألْحمْد proses pemilihan pengambilan tenaga pengajar melalui program Immersi dan Perantis, seramai 14 orang guru Immersi dan Perantis telah berjaya menjaw at jawatan Pegawai Pelajaran (Bergaji Hari) dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

الله شاء ان dalam usaha berterusan untuk menangani isu berkurangan guru, pihak Jabatan Pengurusan Pendidik akan mengiklankan kekosongan jawatan berdasarkan kepada keperluan perancangan penggantian.

Bagi pengambilan program Perantis kohort 5 yang ان شاء الله akan dibukakan pada tahun ini, tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak akan mempunyai sebanyak 8 kouta telah disediakan ن شاء الله ا .

Mengenaiprofessional development barangkali untuk guru-guruearly childhood. Merujuk kepada pandangan Yang Berhormat Pehin mengenai dengan Program Pembangunan Profesional yang ditawarkan olehBrunei Darussalam Teachers and Leaders Academy (BDLTA).

هِ لِلُألْحمْد dengan tertubuhnya akademi ini, pihak Kementerian Pendidikan berhasil untuk menyediakan program-program pembangunan bagi guru, pemimpin-pemimpin sekolah dan juga pakar pendidikan الله شاء ان pihak BDLTA akan mereviu program-program yang ditawarkan bagi memastikan ianya berkesan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para guru dan pemimpin sekolah.

Mengenai dengan BPTV. Sebagai usaha untuk mengurangkan keramaian pelajar-pel ajar yang tercicir iaitu bagi pelajar-pelajar yang dikategorikan dalam 20% hingga 25% yang not in employment, education and training yang manaBPTV adalah merupakan satu Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang mempunyai 0 hingga 3‘O’ level.

Mengenai dengan employability bagi institusi pengajian tinggi. Pelbagai langkah dan inisiatif juga dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini, sebagai contoh UBD ada mengadakan pameran kerjaya melalui UBD Centre for Networking Employment and Career Training (UBD CoNECT), UBD Conversation , perkhidmatan pembangunan kerjaya serta Siri Berbicara Alumni bagi membantu pemba ngunan kerjaya pelajar dan penubuhan Pusat Start-up UBD untuk merangsang kebolehpasaran para pelajar.

DiUTB pula, pameran projek setiap tahun dan acara ini membawa pelajar, pihak berkepentingan, majikan dan kakitangan bersama-sama untuk belajar dan memer hati pencapaian pelajardan memberikan maklum balas untuk mengembangkan lagi pencapaian mereka untuk kejayaan komersial.

Majikan juga berpeluang mengenal pasti pelajar yang berpotensi untuk sebarang peluang pekerjaan. hal Ehwal Pelajar, Unit Bimbingan Kerjaya menawarkan Bengkel Kemahiran Siswazah Klinik Kerjaya antaranya ialah bengkel Curriculum Repair, Bengkel Pesona Temudu ga, BengkelTechnopreneurship, dan ceramah kerjaya dan pengambilan. Bengkel menawarkan latihan profesional dan juga peluang pengambilan pekerjaan secara langsung.

Manakala UNISSA ada menubuhkan dua pejabat khusus untuk meningkatkan keboleh prasaran gra duan UNNISA iaitu Pejabat Hal Ehwal Alumni yang berperanan menyediakan dan mengumpul data serta statistik berkenaan alumni UNNISA dan Pejabat Pembangunan Kerjaya dan jaringan industri ataupun OCEAN bagi pengisian aktiviti berkenaan pembangunan kerjaya.

UNNISA juga memberikan peluang kepada para graduannya untuk mengikuti kursus ataupun program up-skilling dan jugare-skilling yang ditawarkan melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (C4L) dengan pembayaran ditanggung oleh Tabung Persatuan Alumni ataupun diberikan potongan harga sehingga 50% bagi menggalakkan penyertaan.

Manakala Politeknik Brunei ada memberikan kaunseling kerjaya dengan kerjasama pihak Job Centre Brunei serta mengadakan PB Market Day.

Yang terakhir adalah lawatan ke sekolah-sekolah, ان شاء الله lawatan ke sekolah-sekolah ini menjadi satu yang kemestian di semua peringkat di Kementerian Pendidikan.

Jadinya memang ada lawatan-lawatan yang berjadual yang dibuat oleh HOC dan juga wakil-wakil daripada HOC dan selebihnya memang Pengarah-Pengarah, kaola sendiri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetapada melawat sekolah-sekolah.

الله شاء ان kekerapannya akan dipertingkatkan lagi kerana hanya dengan lawatan sahaja kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya masalahat ground level .

ن شاء الله ا terima kasih di atas cadangan dan pandangan Yang Berhormat Pehin sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dahulu kita berunding mengenai dengan Tajuk ini pada petang ini.

Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuas a ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya ingin menangguhkan persidangan ini dan ان شاء الله kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu hari Selasa, 14hb. Mac 2023M, mulai daripada pukul 9.30 pagi seperti biasa,

Sekian, ُوبالله التوفيق والهداية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.