Skip to main content

HARI KE-12 PAGI

For Informational Purposes Only

18HB MAC 2023M - PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Kita bersyukur ke hadrat ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ ِ‫أ ه‬ ُ ‫ّلل‬ kerana dengan limpah, rahmat dan izin- Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari kedua belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita ‫نبي محمد صل للاه‬ ‫ عليه وسالم‬kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan dan membincangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat di tangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan lagi dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. ‫أ َ ال َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ sehingga hari ini iaitu hari kedua belas kita bermesyuarat. Mesyuarat Jawatankuasa telah meneliti dan meluluskan beberapa buah kementerian bagi Rang Undang-Undang ini iaitu Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Saya penuh berharap pada hari-hari yang berikutnya kita akan dapat meneliti dan seterusnya meluluskan dengan lebih rancak lagi dan lebih banyak lagi Tajuk-Tajuk kementerian selanjutnya bagi kita meluluskan Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa masih lagi meneliti dan membahaskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebelum saya membuka kembali tajuk ini untuk dibahaskan, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ingin mengemukakan kenyataan-kenyataan terlebih dahulu terhadap beberapa buah soalan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang belum sempat yang dijawab mengenai Kementerian Hal Ehwal Ugama pada mesyuarat yang lalu.

Oleh yang demikian, saya ingin memberikan laluan dan menjemput Yang Berhormat itu membuat kenyataannya. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

‫ أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Dilantik yang belum sama ada belum sempat kaola respon seluruhnya atau setakat kaola meresponnya secara umum kurang detail-detail atau maklumat yang diperlukan jadi kaola sukacita untuk menambah kenyataan kaola sebelum ini dengan kenyataan-kenyataan seperti ini.

  1. Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin menimbulkan dari segi rancangan strategik kementerian, iaitu penurunan kes jenayah syariah setiap tahun 3%. Jadi apa cara kementerian memastikan pencapaian penurunan ini?; dan

  2. Apa kategori kesalahanan-kesalahan yang telah disabitkan?

    1. Kaola ingin menyatakan Yang Berhormat Pengerusi inisiatif-inisiatif ada dua peringkat iaitu selepas mid-term review iaitu dengan mengadakan program pendidikan jenayah syariah dari prespektif hukum syarak.;

    2. Mengadakan program kesedaran awam secara berkolobrasi di antara agensi-agensi penerajuk dan berakauntibiliti mengenai Undang-Undang Syariah iaitu kolobrasi dengan Unit Perundangan Islam, Bahagian Penguatkuasa Syariah dan Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang.;

    3. Ialah meningkatkan pengetahuan rondaan ini yang biasalah inforcement yang diketuai oleh Bahagian Penguatkuasa Ugama.; dan

    4. Mengadakan program kaunseling keugamaan yang di lead by PDI satu lagi unit di bawah kementerian yang namanya KAFA unit ertinya pemulihan kaunseling dari segi kefahaman ugama termasuk juga bukan saja kefahaman dari amalan-amalan yang difikirkan mengelirukan, sesat dan sebagainya tetapi ialah kefahaman-kefahaman kecendurungan ke extremizion.

Ini di bawah KAFA Menyediakan draf bagi pindaan undang-undang yang dicadangkan. Kalau misalnya terdapat ada log hold dan sebagai dari segi undang-undang difikirkan jadi itulah yang diangkatkan ke Majlis Ugama Islam untuk difikirkan. Perkara ini dilaksanakan oleh Unit Perundangan Islam. Unit Perundangan Islam walaupun di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama tapi dalam perlaksanaannya pegawai-pegawai yang di unit ini adalah berkolobrasi dengan pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara.

Inisiatif-inisiatif sebelum mid-term review selepas mid-term review;

  1. Sebelumnya dengan mengadakan program pendidikan dan kesedaran berbagai lapisan;

  2. Mempertingkatkan usaha-usaha kolobrasi dan pengajaran antara agensi-agensi kerajaan berkaitan;

  3. Mempertingkatkan pemantauan rondaan enforcement; dan

  4. Mengadakan program-program kaunseling keugamaan.

Mengenai perkara yang kedua iaitu kategori-kategori kesalahan yang disabitkan. Kesalahan yang disabitkan termasuklah kesalahan khalwat, persetubuhan luar nikah, hamil luar nikah, percubaan melakukan zina, minum arak dan memiliki arak, menghina atau menyebabkan ugama Islam dipandang hina, kesalahan-kesalahan undang-undang keluarga seperti cerai di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah, tidak membuat laporan penceraiaan di luar mahkamah kepada mahkamah dalam masa tujuh hari selepas penceraian, berkahwin di luar negara tanpa kebenaran Pendaftar Perkahwinan Mahkamah Syariah.

Walaupun kelihatannya ketiga-ketiga perkara ini Yang Berhormat Pengerusi ialah perkara hukum ertinya dari segi sejauh mana antara suami isteri suami sudah mentalak isterinya sah atau tidak. Hukum boleh merujuk kepada yang mengetahui tetapi dari segi undang-undang perkara ini mesti dilihat. Ianya ada implikasi kekeluargaan implikasi mengenai pembagian harta dan sebagainya ataupun cemani. Banyak implikasinya, undang-undang covering hal-hal macamana ini menjadi kesalahan di sisi undang-undang tidak dilaporkan. Hukuman-hukuman yang diperuntukan yang dijatuhkan adalah penjara, denda dan ada hukuman sebat.

Sukacita kaola menyatakan angka kes-kes yang telah selesai dibicarakan pada tahun 2022 ini 326 kes dan tahun sebelumnya 168 kes. Ini bukan nyatakan kenaikkan secara realnya. Pada tahun 2021 itu mahkamah dalam beberapa bulan tidak dapat bersidang kerana keadaan kitani COVID-19.

Jadi bersidangnya pada tahun 2021 mahkamah tidak ada perbicaraan selama 4 bulan. Jadi tidak ada perbicaraan seolah-olah tidak ada kes yang disebutkan. Itu yang respon kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi kaola ingin merespon sebenarnya sudah kaola sebut tapi secara bukan ringkas sepertinya orang sambil lalu dan kaola merasa bahagian kementerian-kementerian yang berkenaan merasa tidak adil kalau tidak dijawab dengan jelas. Kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang mempersoalkan perlanggaran permohonan sijil halal label yang telah mansuh, adakah boleh dihidangkan?

  1. Cadangan bertindak secara proaktif mengingatkan untuk memperbaharui sijil halal. Penjelasan atau pencerahan seterusnya ialah beberapa inisiatif telah dijalankan bagi menangani isu perlanggaran mempamerkan sijil halal yang mansuh termasuk pesanan SMS dan juga surat yang dikeluarkan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei apabila mereka menerima sijil halal untuk memperbaharui sijil halal dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh mansuh di samping itu pemantauan secara konsisten juga dilaksanakan melalui rondaan, aduan dan bersepadu bagi memastikan syarikat-syarikat pemantau undang-undang mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pensijilan.

    Itu yang kaola sebut menyentuh pada soalan ini beberapa hari yang lalu kaola menyatakan ‘timbang rasa sedikit kerana bilangan yang hendak dipantau ini’, itu lebih Yang Berhormat Pengerusi yang kaola ‘tekabirkah bisdia ani’ atau tidak. Itu sahaja jadi orang awam, orang ramai sangat dihargai Yang Berhormat Pengerusi memberikan maklumat-maklumat pihak yang berkenaan bertindak dengan segeranya.

  2. Bahagian yang berkenaan dalam proses dimana mengenai pensijilan halal kawalan makanan ini pada masa ini pun sudah mesra IT tetapi untuk peningkatannya sudah ada peruntukan dan peruntukan itu dalam pelaksanaannya akan dilaksanakan kalau tidak silap sebanyak $1 juta akan dilaksanakan dengan diselaraskan pihak yang berkuasa IT sahaja. Jadi ان شاء للا kalau ada sistem sudah terbina seperti sistem pada masa ini seperti BruHealth, dan sebagainya mengenai dengan kehadiran sistem itu ان شاء للا mudah-mudahan akan lebih terlaksana lebih mesra digital itu.

    Dari Yang Berhormat juga adalah proses mendapatkan sijil halal memerlukan checklist panjang yang menyebabkan memakan masa yang panjang.

    Cadangan ialah untuk dikaji dan dimudahkan. Jawapan TPOR permohonan adalah selama 45 hari iaitu bagi permohonan yang lancar, cukup lengkap borang-borangnya dengan keterangan-keterangannya yang ada tiada masalah jadi setelah diterima maka proses-prosesnya itu dalam masa 45 hari boleh jadi kurang dalam 45 hari tetapi kalau permohonan itu daripada pemohon tidak lengkap menyebabkan lebih daripada 45 hari kerana peringkat-peringkat untuk pensijilan itu berperingkat-peringkat.

    Bagi permohonan yang tidak lancar itulah dimestikan syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jadi ada kaola sebut sebelum ini supaya dipermudahkan itu supaya ‘bisdia’ menggunakan kalau untuk makanan seperti restoran adalah produk-produk yang diiktiraf halal oleh kalau di luar negeri kalau Malaysia MABIMS kitani sudah mengiktiraf di sini itu dari seginya kalau mana-mana yang sedemikian itu sudah diiktiraf jadi kitani lebih mudah melakukannya sedemikian.

    Dalam satu peringkat dahulu syarikat-syarikat ini telah meminta satu badan bebas untuk mereka itu dibantu mengisi borang, menguruskan permohonan dan sebagainya ganya pada masa ini kurang kaola mendengar perkara itu kalau sedemikian dapat diteruskan mudah pihak-pihak yang berkenaan itu benar-benar bekerja untuk menyediakan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Soalannya adakah daging kari ayam dari Malaysia, cornbeef dari Brazil dan China memerlukan pemeriksaan halal sekiranya tidak diperlukan pemeriksaan halal, adakah cop halal dari negara luar seperti Malaysia memadai untuk daging import yang diproses. Adakah pihak kementerian meneliti dan menilai risiko daging proses dalam tin dari penyakit berjangkit?

Pencerahan yang diberikan Yang Berhormat Pengerusi. Kementerian memang memainkan peranan dalam kemasukan produk makanan khususnya daging mentah walaupun peruntukan Akta Daging Halal lebih memfokuskan kepada daging mentah akan tetapi bagi permohonan-permohonan kemasukan produk-produk daging khasnya produk daging sejuk beku seperti sosej, nugget, daging patty yang berproses adalah seperti proses daging mentah termasuk diadakan penghantaran pegawai pemerhati ke pusat produk yang mengeksport.

Di samping itu, Jabatan masih menjalankan pemerhatian mengenai kedudukan produk daging berproses yang ditinkan dari segi kawalan keselamatannya apakah daging yang ditinkan itu ada diambil kira risiko-risiko ke atas kesihatan maka perkara itu ada peraturan dan undang-undangnya yang tertentu oleh Lembaga yang tertentu sepertimana sebagaimana yang telah diterangkan oleh rakan kaola Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum ini.

Di samping itu, Jabatan masih yang kaola dapat nyatakan di Dewan ini ialah mengenai perkara daging dalam tin, kedudukan daging berproses yang ditinkan ini masih dikaji dari segi undang-undangnya dari segi praktikaliti dari segi importation peraturan-peraturan yang ada dan sudah tentunya akan berkolaborasi dengan food authority yang pada masa ini sudah tertubuh.

Bagi permohonan pensijilan halal Majlis Ugama Islam Brunei, syarikat-syarikat adalah dikehendaki seperti yang kaola nyatakan tadi bahan ramuannya adalah dari produk-produk yang disahkan oleh jabatan halal oleh badan-badan halal yang diiktiraf oleh MABIMS. Kaola ingin menambah penjelasan ke atas saranan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam berhubung dengan penternakan secara kecil-kecilan iaitu yang melibatkan penyembelihan yang melibatkan penyembelihan kecil-kecilan jugalah maksudnya.

Yang Berhormat itu mencadangkan pengeluaran sijil penyembelih oleh pengusahan-pengusaha kecil. Kaola sudah menyatakan perkara ini boleh ‘dilihati’ sejauhnya tetapi secara lebih jelas dan meyakinkan untuk bukan sahaja untuk Yang Berhormat tetapi untuk Dewan ini ialah berdasarkan Akta Daging Halal Bab 5 (2) sebagaimana juga yang telah disebut dalam Mesyuarat-Mesyuarat yang lalu ialah penyembelihan binatang-binatang bagi kegunaan orang ramai hendaklah mempunyai sijil penyembelihan dan sudut pelaksanaannya yang berjalan pada masa ini sijil penyembelihan hanya diberikan kalau dikeluarkan kepada penyembelih di pusat-pusat penyembelihan. Tapi itu lah yang diminta oleh Yang Berhormat supaya ada lagi cara-cara untuk menampung penyembelihan kecil-kecilan oleh pengusaha kecil-kecilan.

Jadi walau bagaimanapun, maknanya Jabatan Hal Ehwal Syariah yang menerajui bahagian urusan permakanan halal ini, sedang giat membuat penelitian mengenai pemberian sijil penyembelihan untuk dilaratkan pemberianya kepada orang ramai dengan mengambil kira peraturan agensi-agensi berkaitan, termasuklah kesejahteraan, peraturan-peraturan dari segi pusat-pusat tersebut diiktiraf, bukan saja halalnya diiktiraf dari segi kesesuaiannya, kesihatannya dan sebagainya.

Jadi kaola ingin menyatakan lagi supaya perkara ini diambil serius dalam erti kata bukan untuk menghalang, jadi untuk menuju cara-cara yang bukan menyalahi peraturan-peraturan yang ada, jadi eloklah perkara ini diambil tindakan lanjut bersama umpamanya pengusaha-pengusaha kecil yang berniat untuk diiktiraf sebagai penyembelih persendirian yang kecil, menemui Kementerian Hal Ehwal Ugama, berunding dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Jadi, akan diketahui berapa jumlah mereka yang terlibat dan perkiraan-perkiraan serta beberapa alternatif yang boleh dilakukan. Kaola rasa untuk praktikalnya, langkah ke hadapan segera boleh dilakukan. Seterusnya mengenai penggunaan tabung masjid untuk menampung perbelanjaan bersungkai di masjid. Permohonannya ialah supaya tabung masjid dibenarkan.

Jadi kaola ingin menyatakan di sini, adalah dibenarkan terserah kepada budi bicara, kebijaksanaan imam dan juga jawatankuasa takmir bagaimana mereka mempergunakannya dengan sebaik- baiknya untuk tujuan mengadakan acara persungkaian, berbuka puasa di masjid masing-masing atau saranannya diadakan peruntukan. Ini dapat dinyatakan tidak payah peruntukan kerana perkara ini lebih banyak bersifat sedekah. Jadi biarlah kita mengembangkan semangat bersedekah itu terutama di musim Ramadan ini. Kebijaksanaan jawatankuasa takmir masjid dan juga imamnya untuk mempromote usaha-usaha bersedekah dari kalangan jemaahnya dan seri kalangan tadahan qariah masjidnya untuk menampung keperluan jamuan berbuka puasa. Daripada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir bagi merespon soalan yang pertama tadi.

Manakala soalan yang kedua menimbulkan berhubung dengan proses mendapatkan sijil kehalalan Brunei sangat mahal. Memanglah kalau dikatakan untuk mengimport dari pusat penyembelihan yang diiktiraf halal dari Australia misalnya, New Zealand atau Malaysia.

Undang-undang dan peraturan mengkehendaki dihantar pemerhati untuk pertama, mengesahkan untuk pusat tersebut diberi pengiktirafan halal. Jadi setelah itu apabila sudah syarikat yang berkenaan mengetahui pusat tersebut yang dicadangkannya itu sudah mendapat pengiktirafan, maka semasa proses akan mengeksport daging yang disembelih di pusat tersebut, dihantar lagi oleh pemerhati. Pemerhati ini ialah memerhati proses.

Pertama apa yang telah ditetapkan dalam sijil halal itu, adakah dipatuhi dan kerana itulah proses penyembelihan bagaimana dan bagaimana pengasingannya, pembungkusannya, memasukannya ke dalam kontena dan setelah itu kontena tersebut diseal dan ada tanda-tanda bahawa ia sudah ada pengesahan daripada pihak pemerhati.

Apabila sampai ke pelabuhan, kontena diperiksa pada sealnya. Seal tersebut yang diperiksa di tempat penyembelihan. Dengan yang sedemikian, tentulah memerlukan perbelanjaan. Pada masa ini kaola sukacita menyatakan usaha sedang berjalan untuk memikirkan bagaimana meringankan perbelanjaan ini.

Di samping usaha-usaha dari pihak Kementerian dengan berkolaborasi dengan pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bahkan jua Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ‫ ان شاء للا‬kalau ada huraian-huraiannya dapatlah difikirkan lagi. Tapi satu perkara pengalaman kaola mengurus perkara ini, ialah syarikat-syarikat itu sendiri, individually mereka mahu hanya pusat penyembelihan yang mereka mahu saja. Jadi mereka tidak mahu syarikat yang lain, padahal syarikat tersebut diiktiraf oleh Majils Ugama Islam. Jadi benar pun ia diiktitaf dengan perbelanjan sebuah syarikat ’A’.

Jadi kaola nasihatkan kalaulah sebuah syarikat sudah diiktiraf dengan perbelanjaan syarikat ’A’, berundinglah secara bisnes macam mana mereka boleh menggunakan pengiktirafan Majlis Ugama Islam itu yang dibiayai oleh mereka, sama-sama kerana bisnes. Sejauh ini, masing-masing berusaha mencari pusat-pusat penyembelihan dan masing-masing akan dilayani untuk memenuhi keperluanmengimport daging ke negara kita. Jadi kaola rasa itu yang dapat kaola tambah daripada kenyataan kaola sebelum ani ataupun tidak ada respon sebelumnya dan inilah respon kaola, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima Kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sekarang saya persilakan yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk membuat kenyataan-kenyataannya.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم للا الرحمن الرحيم‬ ‫ السالم عليكم ورحمة للا وبركاته‬dan salam sajehtera. Yang Berhormat pengerusi, Yang Berhormat Ahli-Ahli.

Terima kasih atas peluang yang diberikan bagi kaola untuk mengongsikan mengenai dengan cadangan serta saranan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh haji Abd Salam, pada petang Rabu 22hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 15hb. Mac 2023M, iaitu berhubung dengan sukan memanah yang mana saranan tersebut telah ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa mengalu-alukan pihak sekolah dalam mempelbagaikan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk mendukung pelaksanaan program sahsiah pelajar yang kaola nyatakan dalam mukadimah pembentangan peruntukan Kementerian Pendidikan pada hari Sabtu lepas. Mengenai aktiviti memanah, mengikut data yang ada di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, setakat ini terdapat 5 buah sekolah yang telah menjalankan aktiviti ini dengan kerjasama Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-RafiAFI (PASMA). Manakala 2 buah sekolah baru-baru ini juga telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan kelab memanah sekolah dengan kerjasama PASMA.

Sebagai tambahan, pihak PASMA baru-baru ini telah membukakan peluang khas kepada para pelajar tahun 4, 5 dan 6 di sekolah-sekolah rendah yang mana tawaran pusat akedemi sukan tersebut telah pihakh Jabatan Pendidikan Kokurikulum kongsikan bersama sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta seluruh negara.

Di institusi pengajiian tinggi pula, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa telah mengadakan bengkel sukan memanah sebagai salah satu pilihan modul kokurikulum dan menjadikannya ia sebagai salah satu acara sukan tahunan UNISSA yang dipertandingkan bagi tenaga akademik dan sokongan serta mahasiswa dan mahasiswi.

Bengkel Seni Sukan Memanah ini ditawarkan bagi menghidupkan sunnah ‫ رسول للا صلى للا عليه وسلم‬selain bertujuan untuk menggilap potensi dan bakat pelajar dalam bidang sukan seterusnya diharap menjadi wakil UNISSA dan negara dalam pertandingan sukan dalam dan juga luar negara. Universiti Teknologi Brunei (UTB) juga ada kelab memanah sebagai salah satu pilihan aktiviti kokurikulum di universiti tersebut.

Selain itu, Chancellor Trophy yang menawarkan pelbagai acara sukan antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga telah mengetengahkan sukan memanah sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan.

Sekianlah Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekarang saya bukakan semula tajuk ini untuk dibahaskan dan nampaknya ada 4 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk mengajukan soalan-soalan dan saya persilakan untuk memulakannya Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم للا الرحمن الرحيم‬ ‫ السالم عليكم ورحمة للا وبركاته‬dan salam sejahtera.

Lebih dahulu kaola sukacita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkenaan dengan usaha- usaha ke arah meningkatkan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam. Kaola tidak akan bercakap panjang kerana keperluan pencerahan itu sudah pun dibuat mengenai perkara yang dibawakan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Seperti isu tambang haji, pengurusan haji dan masjid yang penuh pada waktu-waktu yang tertentu. Di sini kaola straight to the point dan spesifik saja.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, mohon pemberigaan diberikan kepada penduduk sekitar sekiranya ada perancangan pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk membuat masjid baharu bagi menampung keperluan jemaah di dalam lingkungan kawasan Kampong Katimahar, Lugu dan Rancangan Perumahan Negara Lugu.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, kaola ada merujuk kepada buku Anggaran Hasil dan Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2023/2024 di bawah Kod Akaun 1116-003. Ada sejumlah peruntukan kemajuan diberikan untuk membina masjid baharu Rancangan Perumahan Negara Lugu, cuma tidak tahu apa perkembangannya, adakah ia masih mengikut garis masa rancangan asal? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Rancangan masjid baharu di sekitar tadahan Rancangan Perumahan Negara Lugu, Katimahar. Kalau Kampung Katimahar memang sudah ada masjidnya. Rancangan Perumahan Negara Lugu belum ada tetapi dalam rancangan adalah betul sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed tadi.

Ada rancangannya untuk dibuat, dalam masa pelaksanaannya di peringkat sudah ada kerja-kerja, lukisan, bentuk dan sebagainya, kemudian anggaran belanjawannya sudah ada tapi apabila sudah didapati harga yang dikehendaki untuk membina masjid di Rancangan Perumahan Negara Lugu itu meningkat kerana itulah ia tertangguh untuk dinilai semula, itu saja.

Tapi kalau mahu dikatakan lagi Yang Berhormat Pengerusi ada lagi rancangan di tadahan Katimahar ini termasuk juga Tanjong Nangka. Tanjong Nangka juga ada perancangan menggunakan peruntukan dana tabung masjid untuk membina sebuah masjid di kampung berkenaan. Itu saja yang dapat kaola nyatakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫بسم للا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة للا وبركاته‬ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi ‫ أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِل‬kaola memanjat syukur ke hadrat ‫ للا سبحانه وتعالى‬dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama kerana menyampaikan mukadimah berkenaan dengan rancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan tenang, jelas dan berinformasi.

‫ أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِل‬kaola suka menyentuh berkenaan dengan hal ehwal kebajikan saudara-saudara baru terutama sekali di dalam memelihara akidah mereka dengan ilmu-ilmu agama agar menjadi seorang muslim yang sejati ‫ان شاء للا‬. Sehubungan dengan ini adalah mustahak bagi pihak-pihak berkenaan melalui pendekatan whole of nation menyediakan kelas-kelas bimbingan ugama yang mudah dihadiri oleh saudara-saudara baru di mana saja mereka berada.

Kelas bimbingan muallaf berperanan untuk membimbing saudara-saudara baru dalam memahami, mempelajari, menghayati dan seterusnya mengamalkan agama Islam dengan sebaiknya. Kelas bimbingan ini hendaklah merangkumi fardhu ain, muqaddam, Al-Quran yang diajarkan oleh pengajar-pengajar yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sehubungan dengan itu, kaola ingin tahu selain daripada kelas-kelas bimbingan yang disediakan oleh pihak kerajaan bolehkah pihak kementerian menyenaraikan kelas-kelas bimbingan yang disediakan oleh pihak NGO’s iaitu badan-badan keugamaan, persatuan-persatuan yang dibenarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama di semua daerah sebagai panduan kepada saudara-saudara baru yang ingin tahu mengenai badan-badan keugamaan dan persatuan yang dibenarkan, dan apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kelas-kelas bimbingan ini terus beroperasi dan berfungsi dengan sempurna.

Soalan kaola seterusnya ialah apakah usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian kepada golongan-golongan warga emas khususnya saudara-saudara baru yakni muallaf yang tinggal di kawasan pedalaman yang masih belum pandai membaca Al-Quran yang mana kaola lebih tertarik dengan konsep turun padang secara bersemuka dapat digunakan tanpa perlu mereka ini hadir ke kelas-kelas bimbingan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Terkpin bin Ya’akub.

Memanglah usaha-usaha dakwah terutama sekali melibatkan kepada saudara-saudara baru memerlukan sokongan-sokongan daripada NGO’s ini. Dan NGO’s sangat berperanan seperti halnya bank Islam melalui satu projek khas bank Islam dengan berkolaborasi dengan Jabatan Pusat Dakwah Islamiah mengadakan yang pernah kaola sebut Muallaf Entrepreneurs dari segi meningkatkan kedayaupayaan muallaf-muallaf untuk berbisnis secara kecil-kecilan dan mudah-mudahan akan melarat untuk ditingkatkan. Ini sebagai usaha.

Dalam masa yang sama juga kementerian memang mengetahui adanya usaha-usaha daripada misalannya Program Tamhid Al-Quran yang dijalankan oleh Nadi Quranic adalah suatu badan persendirian yang telah mengadakan projek ini untuk 50 orang belia mualaf di seluruh negara, bagi mengikuti program kaedah yang diperkenalkan oleh Nadi Quranik iaitu ‘ketuk-ketuk’. Kaedah ini pun merupakan teknik Tamhid yakni ketukan kayu bagi memudahkan para mualaf lebih mudah membaca al-quran. Dengan menggunakan ketukan kayu irama tertentu, jadi orang-orang yang lambat mengenal huruf pun akan dapat mengetahui membaca Al-Quran.

Ada lagi program Hidayah Class anjuran Belia Mualaf As-Syahadah dengan pesertanya lebih 30 lebih orang belia mualaf. Program ini memberikan kefahaman kepada orang mualaf dari kalangan belia mengenai dengan ilmu fardhu ain dan pengenalan tentang Al-Quran.

Bantuan kepada badan-badan ini, Pusat Dakwah menyediakan perasarananya, logistik tempat-tempat untuk mengadakan latihan-latihan kursus tersebut dan mengadakan perbelanjaan makan minumnya, perjamuannya dan sebagainya. Setakat ini, belum ada berupa bantuan-bantuan secara peruntukan tertentu, tetapi setentunya mengenai dengan urusan mualaf ini, peruntukan yang digunakan ialah peruntukan daripada Zakat Asnaf Mualaf. Jadi, peruntukan-peruntukan boleh difikirkan untuk masa hadapan bagi mengembangkan usaha-usaha di luar daripada usaha-usaha Pusat Dakwah.

Bagi Pusat Dakwah untuk pendalaman itu ada rekod. Lawatan ziarah bersemuka dengan saudara-saudara baharu dikawasan pendalaman dan di kawasan bandar. Kalau dikira hitungannya bagi kempat-empat daerah lebih 500 kali kunjungan ziarah dilakukan. Kunjungan ziarah itu termasuk juga untuk yang mengajar, melatih dan sebagainya.

Dalam rangka seterusnya latihan-latihan setelah saudara-saudara baru, ada latihan di peringkat awal sehingga ke peringkat lanjutan dalam tempoh- tempoh tertentu di Pusat Dakwah dan di tempat mereka sendiri. ‫ان شاء للا‬ semangat untuk meningkatkan mutu keislaman di kalangan saudara baharu, lebih ketara pada masa ini apabila belia- belia mereka sendiri muncul sebagai tenaga bersama-sama dengan Pusat Dakwah Islamiah kerana mereka ada namanya Belia As-Syahadah yang dinaungi oleh Pusat Dakwah Islamiah. Apabila kegiatannya memerlukan peruntukan, maka peruntukannya didapatkan daripada Pusat Dakwah.

Kaola ucapkan terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. ### Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

‫بسم للا الرحمن الرحيم‬.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas perbentangan Tajuk SJ01A – Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pencerahan ke atas isu-isu yang telahpun ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum ini

Kaola tidak akan membuat intervensi. yang panjang, cuma dua hingga ketiga perkara yang kaola akan timbulkan.

  1. Di bawah Kod Akaun 002/002 – ada peruntukan sebanyak $3,690,362.00 bagi pentakmiran masjid. Kaola ingin bertanya adakah peruntukan ini boleh digunakan bagi menyokong aktiviti dalam takmir masjid. Ini berkaitan juga dengan soalan kaola seterusnya mengenai dengan penggunaan tabung masjid yang mana baharu sahaja dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama adalah dibenarkan untuk digunakan untuk majlis-majlis dalaman seperti majlis-majlis keugamaan. Adalah diharapkan juga kewangan daripada tabung tersebut dapat digunakan bagi kerja-kerja kecil seperti pembersihan kawasan masjid, menaiktaraf bilik air, membaiki kerosakkan-kerosakkan kecil masjid, membeli peralatan masjid, menambah ruang bagi penyimpanan barang ataupun stor.

    Ada beberapa kejadian di mana harta benda masjid dipinjam keluar dari masjid tanpa kebenaran dan juga lupa dikembalikan. Jadi diharap perkara ini dapat dielakkan di masa-masa akan datang. Walau bagaimanapun, kebenaran penggunaan wang tabung ini dapat dimaklumkan kepada imam-imam kerana ada sebilangan imam-imam enggan menggunakan kewangan dari tabung ini.

  2. Kaola ingin menimbulkan sekali lagi isu halal haram. Yang kaola ingin sentuh ialah mengenai response time kepada isu-isu kehalalan seperti produk makan yang diviralkan sebagai tidak halal. Kadang-kadang diviralkan ini, bukan di Brunei tetapi di Malaysia. Misalnya diviralkan barang-barang itu tidak halal namun di Brunei pun ada dijual barang-barang tersebut di Brunei. Terdapat keraguan sama ada barang-barang diviralkan di Malaysia sebagai tidak halal, adakah ia halal di sini ataupun juga tidak halal.

    Bolehkah pihak jabatan berkenaan mengeluarkan kenyataan segera agar keraguan ini tidak berpanjangan. Kaola mengambil maklum penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa proses mengesan apa yang terkandung dalam sesuatu makanan menggunakan mesin yang sophisticated dan sensitive yang akan memakan masa. Tetapi kaola ingin bertanya adakah kerjasama di antara Brunei dan Malaysia, pada misalnya untuk kita saling mengikhtiraf sijil halal atau ketentuan haram antara kedua negara iaitu kalau Malaysia mengesahkan suatu produk itu haram, maka kita akan mengikhtirafnya haram dan sebaliknya. Dengan itu, kita tidak perlu menunggu keterangan dari pihak di sini.

  3. Isu seterusnya kaola akan sentuh ialah mengenai zakat. Kaola tidak akan menambah pada yang sudah dibincangkan secara terperinci dengan detail pencerahan yang dibuat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, tapi kaola rumuskan sahaja isu zakat ini dalam 4P.:

    1. Pemahaman dan pemberigaan tentang kewajiban mengeluarkan zakat (bila dan jenis-jenis zakat);

    2. Permudahkan bagi orang yang akan zakat (kaedah pembayaran yang mesra pembayar);

    3. Perbanyakkan kutipan zakat melalui perbagai cara dan kaedah; dan

    4. Perlaksanaan pemberian zakat kepada asnaf fakir dan miskin yang lebih efisien dan memastikan ia layak menerima dan diberikan dengan segera.

    Diharap Kementerian Hal Ehwal Ugama akan meneliti jika ada tatacara yang boleh digunakan untuk memberi fahaman yang meluas tentang zakat dan memantapkan lagi pengutipan dan pemberian zakat di negara ini. Mungkin tajuk ini dan lain-lain tajuk keugamaan boleh ditaskirahkan secara terancang di masjid-masjid atau di surau-surau dan dimaklumkan kepada jemaah pada hari Jumaat supaya banyak yang mengetahui bila ia diadakan.

  4. Akhir sekali, kaola mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sendiri atas pencapaian pelajar-pelajar dalam pelajaran ugama mereka. Kelulusan dalam pelajaran ugama apa lagi bila mencapai mumtaz bukan sahaja membanggakan ibubapa pelajar termasuk juga nenek-nenek seperti kaola. Jadi dalam perkara ini, kaola berharap agar pendidikan ugama dapat dipertingkatkan dan diperkasakan lagi untuk melahirkan masyarakat yang yang bukan sahaja berilmu pengetahuan ugama semata-mata tetapi yang juga beramal dengan ajaran-ajaran ugama Islam dalam semua urusan dan pekerjaan harian mereka sepanjang hayat.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. ‫ َو ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ ُ‫َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

‫ والسال هم عليكم ورحم هة للا وبركات هه‬Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola menjawab secara ringkas kepada soalan Yang Berhormat yang mengemukakan mengenai satu perkara peruntukan yang diberikan sebanyak $3 juta bagi pentakmiran masjid dalam Tajuk yang disebutkan itu, bukan $3 juta itu semua untuk program-program takmir. Dalam erti kata takmir itu untuk melakukan itu ini termasuk semua perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti untuk membayar Imam pelapis dengan ditetapkan bayarannya $20 sehari dan $10 bagi bilal.

Hal-hal macam ini memanglah kegunaannya pada umumnya sebagai pentakmiran masjid dan dari semasa ke semasa ada keperluan daripada masjid-masjid memohonkan perbelanjaan yang akan digunakannya bagi melaksanakan program-program tertentu, pada masa itulah peruntukan ini digunakan. Itu yang diperuntukkan dalam belanjawan.

Dalam masa yang sama, seperti kaola nyatakan tadi, semangat untuk bersedekah, perbuatan khairat, hendaklah kitani kembangkan juga dalam masjid ini kerana tabung masjid dalam apa juga hal mestilah digunakan lebih dahulu bagi faedah-faedah masjid termasuk kegiatan-kegiatan dalam masjid.

Kaola tadi mendengar juga, ada sebahagian imam enggan menggunakannya kerana takut tidak dibenarkan tapi sudah jelas bahawa dipohonkan keperluannya itu kepada Jabatan Hal Ehwal Masjid untuk melihatnya. Seperti yang sudah dinyatakan tadi untuk berbelanja ’bersungkai’ dalam masjid sewaktu Ramadhan ini adalah dibenarkan daripada tabung masjid bukan dari peruntukan yang disediakan oleh kerajaan setiap tahun. Itulah Yang Berhormat Pengerusi mengenai perkara itu.

Pentakmiran menurut yang kaola faham setakat ini, tidaklah termasuk membaiki kerosakan-kerosakan atau pemeliharaan bagi masjid. Pada masa ini ia dilakukan secara berperingkat-peringkat, kalau kerosakan itu besar melibatkan bukan sahaja peruntukan yang besar, kepakaran yang besar seperti atap dan sebagainya. Jadi peruntukan itu disediakan oleh kerajaan dan dilaksanakan secara term contract.

Bila term contract ini pada pelaksanaannya pada masa ini, Jabatan Hal Ehwal Masjid membahagikan masjid-masjid dalam 10 zon di seluruh negara. Setiap 10 zon ini diperuntukkan sebanyak $50 ribu, itulah cara-caranya. Jadi kalau masjid itu memerlukan lebih besar lagi maka perbelanjaannya adalah perbelanjaan kerajaan dan kalau difikirkan sesuai diambil daripada Tabung Dana Pembinaan Masjid kerana ia termasuk untuk perbelanjaan bagi pemeliharaan pembinaan masjid. Masjid-masjid yang dibina oleh Tabung Dana tetapi masjid-masjid lain yang sudah ada.

Peruntukan yang ditetapkan untuk kerja-kerja pemuliharaan, kerosakan-kerosakan masjid ini dari segi tabung masjid, ditetapkan peratusnya Yang Berhormat Pengerusi, iaitu 10% daripada pendapatan hendaklah disimpan untuk tujuan ini. Istilah yang digunakan diasingkan atau disediakan kerana wang itu banyak, "insya Allah" boleh banyak mengurangkan tekanan ke atas fiskal kerajaan dalam hal ini.

Tambahan lagi seperti yang kaola nyatakan tadi, sejak tahun 2015 sehingga sekarang, kutipan Tabung Dana adalah mencapai jumlah $28.5 juta dan perbelanjaan setakat ini Cuma berjumlah $7 juta lebih dan berjalan pada masa ini ialah $21 juta bagi pembinaan masjid yang akan datang.

"insya Allah" semua ini akan terurus dan "alhamdulillah" kalau hendak kaola sebutkan di sini penghargaan yang tinggi kepada penjawat-penjawat awam termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kerana sumbangan daripad penjawat awam setiap bulan adalah antara $150 ke $200 ribu dalam sebulan. Jadi sangat signifikan dalam kutipan selain daripada kutipan-kutipan daripada masjid-masjid dan sebagainya.

Isu halal haram mengenai respond time dengan segera mengenai isu yang diviralkan itu. Respond time itu:

i. Bahagian Kawalan Makanan Halal apabila mendapati hal sedemikan Yang Berhormat Pengerusi, dalam viral kalau berhubung dengan luar negeri terutama sekali Malaysia, terus dicek kepada pihak yang berkenaan mengenai adakah viral itu sah atau tidak, benar atau tidak. Jadi keterangan yang diperolehi antaranya perkara ini sudah 3 tahun dahulu, kena reproduce semula, jadi menggemparkan bunyinya. Jadi kalau sedemikian itu barulah dikeluarkan kenyataan.;

ii. Kalau kenyataan di sana memang benar perkara ini dalam penyiasatan, jadi kitani dengan segera melakukannya, mengasingkan barang yang berkenaan itu daripada jualan di tempat yang halal, tempat yang disyaki yang dikatakan dalam istilah syaraknya syubhah. Jadi apabila sudah dipindah ke tempat lain, jadi maknanya sudah diumukan kepada orang ramai supaya beringat-ingat supaya tidak lagi mengambil perkara itu.

Time framenya Yang Berhormat Pegerusi, susah hendak dinyatakan berapa lama dan hari tetapi ada benarnya orang ramai lambat tahu dan mereka terus menimbulkan spekulasi bermacam-macam berdasarkan viral yang pertama yang dikutip itu.

Kalau yang syubhah itu maknanya sudah diketahui, disahkan ia syubhah maka ia terus diasingkan daripada tempat jualan yang biasa dibeli yang diconsume oleh orang-orang Islam.

Adakah kerjasama antara kitani Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara luar seperti Malaysia dalam pengiktirafan halal ini. Dari segi kalangan negara MABIMS Yang Berhormat Pengerusi, berapa tahun sudah ada ketetapan keputusan untuk saling mengiktiraf tetapi keputusan itu belum diformularised di peringkat tertinggi.

Berkali-kali sudah ada percubaan, tetapi buat sementera itu kitani tidaklah membuang masa tanpa melakukan sesuatu, jadi kitani secara informal mengadakan persetujuan untuk pengiktrifan secara case by case. Ini sangat menolong, seperti yang dikatakan tadi, bahawa untuk memudahkan pemohon-pemohon sijil halal, mereka hendaklah menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal termasuk daripada Malaysia oleh JAKIM. Dengan demikian itu terjadi, ‫للا‬ ‫ ان شاء ه‬akan mudah. Maknanya kita akan mengiktiraf, walaupun belum ada secara formal antara negara MABIM sudah berusaha kearah itu.

Mengenai zakat, inilah input-input yang antaranya bukan sahaja seolah-olah orang yang mendengar macam aduan tetapi adalah sebagai saranan yang sangat dialu-alukan iaitu sebarang saranan inputs daripada rakan-rakan sepermesyuaratan disebalh sana.

Perkara ini misalnya zakat fitrah untuk semua orang tua, zakat harta ini mengetahui jenisnya, nisabnya, berapa yang patut dizakatkan dan sebagainya dan yang penting adalah mengetahui procedure-procedure nya.

Jadi inilah dari segi kesedaran hukum berzakat adalah sudah dilakukan dengan banyakkah dilakukan tapi kefahaman tentang macamana perkara-perkara ini boleh dilaksanakan, itulah sendiri diakui bahawa kementerian sedang dalam mencari kaedah-kaedah untuk muzakki atau orang yang wajib membayar zakat, melaksanakan kewajibannya secara teratur mengikut aturan-aturan yang memang dapat diiktiraf sebagai selamat dan syari’e, itu yang penting.

Jadi aturan-aturan ini lah sedang dirumuskan dan dicari. ‫للا‬‫هانه شاءه ه‬dengan rumusan, input-input yang diperolehi hari ini dan beberapa hari yang lalu ‫هانه شاءهللا‬perkara ini akan dapat menjadi bahan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai Pelajaran Ugama untuk ditingkatkan. Terima kasih atas tahniah Yang Berhormat Pengerusi.

Seperti juga dalam pembentangan kaola, Pendidikan Islam ini sebenarnya adalah hasrat Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pada tahun 1966 yang mana pada masa itu, Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bertitah sebagai raja yang memerintah untuk menubuhkan Sekolah Ugama Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama.

Ia bukan sahaja untuk melahirkan orang yang akan bertugas dalam bidang- bidang ugama tetapi juga melahirkan satu generasi yang berilmu ugama tetapi adalah juga ilmu-ilmu profesionalnya kerana itulah terdapatnya aliran umum.

Jadi cadangan Yang Berhormat Pengerusi untuk meningkatkan itu, itulah yang kaola sebutkan tadi. Kaola menyedari bahawa Pendidikan Ugama bukan sahaja perlu dari segi peningkatan guru, keupayaan murid-murid dan keupayaan sekolah bahkan dasarnya sekarang ini perlu dilihat semula untuk menuju kearah masa depan pendidikan iaitu perubahan-perubahan yang dijangkakan sangat dinamik dan progresif dalam bidang pendidikan.

Maka sesuai dengan hasrat Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien supaya sekolah-sekolah yang sedemikian itu yang diwujudkan seperti sekolah ugama menengah dan sekolah Arab Menengah itu adalah tercapai, dan pada masa ini sebenarnya tercapai juga kerana lepasan-lepasan daripada aliran arab tidaklah banyak akan diperhitungkan tetapi boleh dikatakan oleh kerana mereka ini sampai kepada menengah dan sampai kepada aliran umum misalnya.

Jadi, apabila mereka sudah mempunyai potensi, ada yang menjadi Doktor Gigi, ada yang berkhidmat di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, ada yang berkhidmat di Pendidikan dalam bidang lain. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬, generasi bependidikan, ugama sudah wujud dalam 2 generasi, hasil daripada wujudnya Pendidikan Ugama.

Dan usaha untuk meningkatkannya itu, terima kasih jika ada sebarang-sebarang input-input yang tertentu daripada kalangan-kalangan yang memang mengetahui ilmu pendidikan lebih praktikal daripada setakat mana abiskoala di Kementerian Hal Ugama dapat menguasainya.Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi. ‫بسمهللاهالرحمنهالرحيم‬

‫السالمهعليكمهورحمةهللاهوبركاته‬, Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana.

Kaola ingin membuat usulan yang kaola fikir ianya sangat bermanfaat dari segi kebajikan dan kesejahteraan kepada orang ramai amnya dan khususnya bagi bekal-bekal haji atau umrah.

Terdapat keluhan dari orang ramai mengenai harga Pakej Haji atau Umrah yang setiap tahun meningkat, kita sedia maklum kos haji ataupun umrah dan juga barang-barang lain seperti barang-barang makan adalah semakin mahal kerana inflasi kenaikkan harga barang-barang.

Kajian telah dibuat seperti berikut, pada tahun 1999 harga Pakej Umrah adalah $1,700.00 ianya adalah bersamaan dengan berat emas sebanyak 137.32gram iaitu $1,700.00 dibahagi dengan $12.38 segram.

Pada tahun 1999, harga emas dunia ialah USD 279.00 se ounce, jika ditukar kepada ringgit Brunei harga emas adalah $12.38 per gram iaitu USD 279.00 dibahagikan 31.1gram x 1.38 exchange rate USD - Brunei Dollar.

Ada 2 situasi ini sama ada kita menyimpan wang sebanyak $1,700.00 atau 137.32 gram emas untuk mengerjakan umrah tahun 2023 iaitu dengan situasi:-

  1. Iaitu menyimpan wang sebanyak $1,700.00 selama 24 tahun iaitu tahun ini. Walau ditambah dividen sebanyak dengan maksima 1% jumlah simpanan ialah $2,158.00 manakala kos Pakej Umrah pada tahun 2023, puratanya ialah $4,900.00. Ini belum lagi ditolak zakat yang cukup haul dan nisabnya.; dan

  2. Sekarang kita fokus kepada situasi menyimpan emas. Harga emas sedunia kemarin 17 Mac 2023 ialah $85.00 segram. Simpanan emas sebanyak 137.32-gram yang disimpan pada tahun 1999 dikali dengan harga emas pada BND $85.00 segram yang mana jumlah value emas ialah $11,672.00 iaitu 137.32 x $85.00.

Ianya membuktikan 2 perkara iaitu simpanan emas tersebut adalah cukup untuk membiayai kos Umrah pada tahun 2023 sebanyak $4,900.00.

Malah, ia lebih daripada mencukupi dan boleh menampung 2 orang untuk mengerjakan umrah iaitu $9,800.00. Ada lagi duit lebih untuk berbelanja daripada sebanyak $9,800.00 itu yang dapat membeli jenama ‘sharqia’. Yang Berhormat Pengerusi. Saranan kaola adalah seperti berikut: Kementerian Hal Ehwal Ugama menggalakkan penyimpanan emas kepada orang ramai amnya dan khususnya bagi bakal-bakal haji atau umrah bagi menangani masalah kenaikan kos pakej haji atau umrah.

Emas adalah Anti-Inflation. atau Anti Inplasi. Jika tidak menjadi kesalahan kerana ia di bawah kuasa Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang juga berkaitan dengan kebajikan rakyat untuk meniadakan cukai terhadap emas iaitu excise duty sebanyak 15%.

Ini ialah bagi emas yang bertaraf pelaburan precious metal investment grade iaitu emas bertaraf 999 dan emas bertaraf 916. Ini selaras dengan negara Malaysia dan Singapura.

Kita sedia mengetahui bahawa emas adalah mata wang Islam. Duit emas tidak sepatutnya dikenakan cukai iaitu selaras dengan mana-mana mata wang dunia dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam, tidak dikenakan excise duty, sekian. ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ .ُ‫هللاِ وبركاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

‫السالمهعليكمهورحمةهللاهوبركاته‬,‫ه‬terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ecara ringkas sahaja kaola nyatakan tadi kerana jelas daripada perkara yang berbangkit dan saranan-saranan ke arah huraiannya telah pun dibutirkan oleh Yang Berhormat.

Saranannya untuk menggalakkan penyimpanan emas yang ditujukan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kalau melihat kepada itu, kementerian tidak ada halangan mengenai saranan berkenaan untuk didakwahkan ataupun disosialisasikan kalau ia ternyata sebagaimana yang dinyatakan yang mendatangakn keuntungan yang berlebihan terutama sekali dalam hubungan menyimpan untuk naik haji atau umrah. Ada skim simpanan haji yang dibuat oleh Perbadanan TAIB.

Jika sekiranya wang ditukar kepada emas hasilnya dikira baik. Kementerian Hal Ehwal Ugama akan berbincang merujuk kepada pihak-pihak yang pakar dalam bidang-bidang pelaburan.

Walau bagaimanapun, kaola akan mengambil inisiatif kalau ia kiranya untuk menjadikan satu perkara yang baik dan yang ditinjau dari segi agama, tidak saja dapat dilaksanakan dari segi ekonomi dan pelaburan.

Mengenai saranan kedua, cukai emas 15% iaitu emas yang bertaraf pelaburan. Kaola memohon rakan sejawatan kaola dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Satu cadangan untuk ditiadakan cukai ke atas pelaburan emas. Perkara ini perlulah pihak di Kementerian Kewangan dan Ekonomi teliti lebih dahulu.

Benar apa yang dikongsikan oleh Yang Berhormat yang emas ini kira Anti-Inflation tetapi perlu difahami yang ada beberapa faktor akan menjejaskan harga emas di pasaran.

Kalau kita lihat dari segi sejarahnya, sebelum pada awal tahun 2000 atau pada tahun 2002, 2003 harga emas hanya USD200 lebih 1 ounce. Walaupun selepas global financial crisis pada tahun 2008 dengan kadar interest rate rendah harga emas makin meningkat juga. Itu adalah sebab demand and supply.

Baru-baru ini kita lihat juga harga emas dalam beberapa bulan ini meningkat hingga $200.00 1 ounce. Pada masa ini sebanyak $1,900.00 1 ounce. hingga hampir $2000.00 1 onz.

Ada faktor-faktornya disebabkan oleh inflation. Memang over long period of time. Itu satu aset untuk Anti-Inflation tetapi kalau kita lihat pada tahun 2013 hingga tahun 2019 harganya tidak juga naik macam apa yang kita lihat dalam beberapa bulan ini.

Kalau mereka menyimpan emas dari tahun 2013 hingga 2019 harga tidak juga terlalu jauh meningkat. Jika itu digunakan untuk mengatasi isu mengenai dengan kenaikan harga pakej haji, mungkin tidak akan tercapai objektif itu. Kita melihat emas itu mungkin lebih panjang lagi horizon.

Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang telah dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan cukup teliti dan terang.

Maka, saya kira cukuplah kita membahaskan Tajuk Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini dan tibalah masanya tajuk ini kita undi. Yang bersetuju bagi tajuk yang berkenaan iaitu Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama kita luluskan. Sila angkat tangan.

Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, semuanya bersetuju. Maka, Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama diluluskan.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita mula membincangkan Tajuk Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatannya.

Seperti lazimnya, saya ingin memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk menyampaikan mukadimahnya berkenaan hala tuju dalam penjagaan Belanjawan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ال‬ dan salam sejahtera.

Pertama kaola ingin menyertai rakan- rakan dalam Dewan ini, mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi atas pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kaola seterusnya ingin merafakkan rasa syukur ke hadrat ‫ للاه سبحانهه وتعالى‬dan menyembahkan menjunjung kasih setinggi-tingginya ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 berjumlah $334,918,862.00 juta yang pecahannya seperti berikut:-

  1. $115,181,970.00 juta untuk Gaji Kakitangan

  2. $109,937,590.00 juta untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang

  3. $119,799,302.00 juta bagi projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 yang sedang dan akan dilaksanakan dengan harga rancangan $1,492,174,136.00 bilion

Fokus Kementerian Pembangunan 2023/2024. Dalam usaha untuk mencapai matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu kualiti kehidupan tinggi bagi rakyat dan penduduk negara ini, Kementerian Pembangunan terus komited dalam penyediaan infrastruktur kemudahan awam dalam mendukung keperluan sosio dan ekonomi negara. Ke arah ini, perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 akan memfokuskan:

  1. Untuk mempertingkatkan pemeliharaan aset bagi peralatan dan kelengkapan di bawah kawalan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan

  2. Untuk melaksanakan pembinaan rumah selaras dengan perancangan dan meningkatkan pemuliharaan perumahan yang memerlukan pembaikan di antaranya rumah-rumah transit terrace di bawah Rancangan Perumahan Negara dan Penambahbaikan Apartmen di Skim Perumahan Negara Kg Lambak Kanan

  3. Meningkatkan pemeliharaan aset-aset perkhidmatan air bagi menjamin bekalan air yang bersih dan berterusan.

  4. Kesediaan infrastruktur dalam menangani impak perubahan iklim dan kenaikan paras laut (sea level rise) terutama sekali dalam mitigasi bencana banjir dan perlindungan persisiran pantai.

  5. Menyediakan dan membukakan tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk dimajukan bagi kemajuan bercampur (mixed development).

  6. Pengurusan alam sekitar yang bersih dan berdaya tahan bagi perairan dan darat termasuk pembersihan Sungai Brunei dan pengurusan taman dan landskap.

Ke arah usaha meningkatkan kesejahteraan awam dengan penyediaan perumahan yang selamat, berkualiti dan mampu untuk dimiliki, kementerian ini menitikberatkan pengurusan dan pelaksanaan projek bagi pembangunan perumahan dan prasarana kemudahan asas yang terancang mengikut standard piawaian yang sedia ada.

Bagi tujuan ini, pengurusan pemeliharaan estet dan aset, yang berjumlah $3,066,320.00 juta telah diperuntukkan pada tahun ini. Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1984, sebanyak 30,296 buah rumah dan lot tanah telah dikurniakan di bawah Skim Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dengan keluasan keseluruhan 5,525 hektar di keempat-empat daerah.

Melalui Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN 11) ini, dua projek perumahan adalah dalam peringkat pelaksanaan:-

  1. Perumahan Negara Kg. Lugu Fasa 2, iaitu 1,000 buah rumah teres yang sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap sebelum penghujung tahun 2023 ini. Projek ini telah dimulakan pada bulan Januari 2021 dan telah mengalami kelambatan selama 7 bulan yang mana sepatutnya telah siap pada bulan Januari 2023.;

  2. Antara faktor penyebabnya adalah tempoh waktu bekerja yang terjejas, sekatan perjalanan yang menyebabkan kekurangan pekerja semasa pengasingan diri dan lockdown dalam gelombang pertama dan kedua pandemik COVID-19 bagi membendung penularan wabak ini. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬, kini progres projek adalah on track dan ‫ ان شا هء للا‬, dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.;

  3. Perumahan Negara Kg. Tanah Jambu Fasa 7, iaitu sebanyak 950 buah rumah teres yang mana dijangka akan siap pada bulan Januari 2025.;

  4. Melalui peruntukan Rampaian, sebanyak 140-unit rumah teres di Perumahan Negara Kg. Rimba telah siap dibina pada bulan September 2022. Rumah-rumah ini akan diperuntukkan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan pada tahun ini.;

  5. Bagi Perumahan Negara Kg. Lambak Kanan iaitu apartmen Kontrak H40, setakat ini sebanyak 270-unit dari 300-unit rumah telah pun diperuntukkan dan baki 30-unit lagi akan diperuntukkan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan pada tahun ini.; dan

  6. Sementara itu, menyentuh mengenai isu rumah-rumah rosak yang terdapat di Perumahan Negara Kg. Panchor Mengkubau, dari jumlah keseluruhan 4,000-unit rumah di kawasan tersebut, sebanyak 3,409-unit rumah telah diperuntukkan kepada pemohon. Sebanyak 591-unit rumah adalah masih kosong dan belum diperuntukkan kerana rumah-rumah tersebut mengalami kerosakan.

    Sehingga kini, dari 3,409-unit rumah yang telah diperuntukkan, Jabatan Kemajuan Perumahan telah menerima sebanyak 291 aduan daripada pemilik-pemilik rumah yang mengalami kerosakan dan bilangan aduan dijangka akan bertambah dari masa ke semasa.

Kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengusahakan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Membaik pulih 39-unit rumah rosak yang berada di luar kawasan yang terjejas.

  2. Menawarkan kepada 41 pemilik rumah-rumah yang telah didapati mengalami kerosakan untuk berpindah ke rumah yang berkeadaan lebih baik iaitu 24 pemilik rumah rosak berpindah ke rumah gantian di Perumahan Negara Kg. Panchor Mengkubau; 4 pemilik rumah rosak dipindahkan secara sementara ke rumah transit di Perumahan Negara Kg. Lambak Kanan, manakala 13 pemilik rumah belum lagi berpindah atas sebab-sebab yang tertentu.

  3. Jabatan Kemajuan Perumahan telah membaik pulih beberapa kerosakan infrastruktur seperti longkang roboh dan pecah di enam lokasi; manakala jalan raya rosak seperti kejadian sink hole telah dibaik pulih melalui bantuan Jabatan Kerja Raya.; dan

  4. Membuat perancangan bagi membaik pulih 60-unit lagi rumah-rumah yang mengalami kerosakan, menaik taraf sistem saliran bagi mengelakkan kejadian banjir, membaik pulih jalan raya rosak dan juga masalah tanah susur.

Mengenai dengan kawasan Perumahan Negara Kampong Panaga, Daerah Belait, isu yang dihadapi ialah isu sistem pembetungan yang sering kali dibuat aduan oleh penduduk setempat kerana tersumbat dan air kumbahan melimpah keluar dari main hole yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat dari masa ke semasa.

Sejak perumahan berkenaan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan, pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) belum dapat menyerahkan sistem pembetungan yang sedia ada kerana ia tidak dapat berfungsi sebagai sistem vakum secara keseluruhan sepertimana yang dihasratkan.

Pihak BEDB masih mengikhtiarkan untuk mengubah dari sistem vakum kepada sistem gravity bagi Precinct 5 dan Precinct 6 sementera mengekalkan sistem vakum ini di Precinct 1, Precinct 2, Precinct 3 dan Precinct 4.

Dalam hal ini pada sebahagian kawasan berkenaan, kerja-kerja pembaikan adalah sukar untuk dilaksanakan disebabkan oleh manhole dan vacuum chambers adalah dalam keadaan enclosed dan tertutup di dalam kawasan rumah yang sudah ditambah dan diubah suai yang boleh menghalang kawasan akses bagi kerja-kerja membaikpulih.

Oleh itu, pihak BEDB sedang mendapatkan penyelesaian bagi meneruskan kerja-kerja pembaikan sebelum sistem pembetungan berkenaan dapat diserahkan kepada Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya untuk tujuan penyelenggaraan bagi kerja-kerja pemeliharaan yang seterusnya.

Manakala bagi kawasan Perumahan Negara Kampong Bukit Beruang, Daerah Tutong isu yang dihadapi ialah isu banjir di Jalan Bukit Bilid dan Jalan Paya Namurai yang melibatkan sebilangan rumah di Zon 3 iaitu melibatkan sebanyak 56-unit rumah dan Zon 5 melibatkan 6-unit rumah, terutamanya semasa waktu hujan lebat.

Kejadian banjir masih lagi berlaku di kawasan berkenaan dan Jabatan Kemajuan Perumahan masih membuat pemantauan perkara ini.

Hasil penelitian oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya mendapati sistem perparitan di dalaman atau internal drainage di kawasan tersebut tidak dapat menampung air turunan hujan berintensiti tinggi yang menyebabkan kejadian banjir di kawasan tersebut.

Oleh itu, penelitian semula reka bentuk dan rangkaian sistem saliran yang bersesuaian adalah diperlukan bagi menaiktaraf sistem saliran di kawasan tersebut. Perkara ini memerlukan pembaikan lanjut peruntukan yang akan dipohonkan kemudian.

Dalam masa yang sama, Jabatan Kemajuan Perumahan akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan longkang, secara rutin dan berkala melalui kontrak berpenggal (term contract) terutamanya semasa musim hujan.

Dalam usaha pembekalan air bersih secara berterusan dan mencukupi, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Air, akan memfokuskan inisiatif bagi meningkatkan efisiensi, keberkesanan, kebolehtahanan loji-loji rawatan air seperti penggantian peralatan-peralatan di Loji Rawatan Air Bukit Barun yang telah siap dilaksanakan pada tahun lepas. Antara usaha- usaha yang akan diteruskan adalah:-

  1. Meningkatkan kerja-kerja pemeliharaan secara berancang di loji-loji rawatan untuk mengelakkan atau mengurangkan kerosakkan di luar jangkaan.

  2. Membersihkan tangki-tangki air mengikut jadual dipergiatkan dalam usaha untuk mengurangkan kejadian air berlumpur dan air kekuningan.

  3. Mempertingkatkan lagi keberkesanan Standard Operating Procedures (SOP) dalam bertindak terhadap aduan-aduan yang diterima dari orang ramai mengenai gangguan bekalan air, kejadian paip pecah atau kerosakkan aset untuk memastikan ‘quick response’ supaya dapat mengurangkan gangguan kepada bekalan air bersih pada tahap yang minima dan

  4. Menyebarluaskan lagi maklumat mengenai kerja-kerja pembaikan yang mengakibatkan gangguan-gangguan bekalan air melalui media sosial supaya pihak yang terjejas dapat membuat persediaan yang diperlukan. Di samping itu jua, beberapa kawasan yang sering saja mengalami masalah gangguan bekalan air atau tekanan rendah telah dapat ditangani antara nya:

    i. Kawasan RPN Lambak Kanan seperti Jalan 77 dan Jalan 49, dengan beberapa usaha melaksanakan penggantian paip air, penyucian tangki-tangki air dan penyambungan paip alternative dari sistem coastal ke RPN Lambak Kanan yang telah dapat meningkatkan tekanan dan kualiti air.

    ii. Kawasan Kampung Lumapas dengan beberapa pembaikan seperti pemasangan pam booster air dan mengoperasikan semula tangki Sungai Kebun yang telah dapat meningkatkan tekanan dan kualiti air yang mana telah disahkan oleh penduduk kawasan tersebut.; dan

    iii. Sebahagian kawasan di Kampung Limau Manis (Spg 96), Kampung Sungai Akar (Spg 40-57), Kampung Madang (Spg 84), Kg Bunut (Spg 11-55 dan Spg 698), Kampung Jerudong (Spg 396-54) dan Kampung Tungku (Spg 367) di mana langkah-langkah penambahbaikan dan penggantian paip air baharu di beberapa kawasan-kawasan yang mengalami masalah air telah dapat ditangani.

    Maka, melalui peruntukan yang dikhaskan pada tahun ini, usaha berterusan di kawasan-kawasan lain akan dilaksanakan mengikut keutamaan.

Dari segi perancangan jangka panjang pula, projek pembinaan bagi pembesaran loji rawatan air di Bukit Barun iaitu Bukit Barun Stage 8 sedang berjalan pada masa ini. Projek ini bertujuan untuk menambah kapasiti pengeluaran air bersih kepada Daerah Brunei Muara sebanyak 120 juta liter air sehari, dijangka akan siap pada tahun 2025, pembesaran loji ini membolehkan proses rawatan air keruh akibat bahan organik yang tinggi dari Sungai Tutong dengan lebih berkesan. dengan siapnya projek ini nanti, akan meningkatkan lagi sistem bekalan air yang lebih efektif dan reliable.

Dalam menjalankan pemantauan pembaziran air yang berpunca dari kebocoran paip, kementerian ini berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kes-kes kebocoran paip melalui media sosial dan melalui Talian Darussalam 123. Kementerian menghargai kesabaran orang ramai dalam menghadapi kesulitan gangguan bekalan air dalam masa kerja-kerja pemulihan bekalan air dilakukan.

Salah satu usaha yang masih diteruskan dijalankan secara berperingkat adalah pemasangan USMS smart meter iaitu satu projek bersama Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan DST Networks Sdn Bhd.

Sejak Oktober 2022 hingga kini, sebanyak 2,659 dari 125,000 smart water meter yang disasarkan telah dipasang. Perancangan usaha ini ialah bagi mengganti meter-meter yang lama ke smart meter sepenuhnya.

Dengan adanya sistem ini nanti, setiap pelanggan akan dapat memantau penggunaan air mereka secara online. Orang ramai dipohonkan untuk memberikan kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk membolehkan pemasangan smart meter tersebut di premis-premis dan rumah-rumah seperti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam menangani banjir. Kesan dari aktiviti pembangunan yang semakin pesat dan impak perubahan iklim, isu banjir ditangani melalui perancangan projek-projek saliran.

Setakat tahun 2022, sebanyak 145 hotspot kawasan mudah banjir di seluruh negara telah dikenalpasti iaitu sebanyak 65 hotspot di Daerah Brunei Muara, 35 hotspot di Daerah Tutong, 25 hotspot di Daerah Belait dan 20 hotspot di Daerah Temburong.

Dalam menangani perkara ini, dengan pelaksanaan strategi pengawalan impak banjir, pengurangan kawasan mudah banjir telah dapat dicapai daripada 465 kilometer persegi kepada 289 kilometer persegi melalui penyiapan beberapa projek pencegahan banjir dibeberapa Daerah seperti berikut:

  1. Di Daerah Brunei Muara bagi kawasan Kampung Jerudong (Spg 316 sehingga Spg 396-54-12 Jalan Jerudong) dan Kampung Tanjong Bunut Kanan (Spg 20 Jalan Tanjung Bunut Kanan) melalui kerja-kerja menaiktaraf saliran di kawasan tersebut.

  2. Manakala di Daerah Tutong melalui projek Membina Kolam Penahanan Banjir Daerah Tutong Fasa 1 yang telah siap pada 07hb. Disember 2022 yang mana dijangkakan akan dapat memberi manfaat kepada 13 buah kampung di kawasan hilir kolam iaitu: Kampung Bukit Nibong, Kampung Penulud, Kampung Tanjong Maya, Kampung Sibakit, Kampung Bukit Udal, Kg. Liulon, Kampung Lubuk Pulau, Kampung Bangunggos, Kampung Pemadang, Kampung Sungai Damit Pemadang, Kampung Penapar dan Kampung Bukit melalui penurunan paras banjir di kawasan-kawasan tersebut.; dan

  3. Di Daerah Belait kerja-kerja menaiktaraf saliran di Spg 71 hingga Spg 455 Kg Sg Bakong telah siap melalui projek Menaiktaraf Sungai Utama dan Anak-Anak Sungai - Lumut Catchment Area.

Di samping itu, terdapat beberapa projek sedang dilaksanakan seperti kerja mengorek dan melebarkan Sungai Brunei, Sungai Kedayan dan Sungai Damuan, pembinaan kolam takungan dalam tadahan Sungai Tutong, menaiktaraf longkang di kawasan Sungai Akar dan Sungai Hanching, kontrek penggal bagi kerja-kerja pemeliharaan saliran dan kolam bagi keempat daerah yang mana diharapkan akan mengurangkan risiko banjir dan kawasan-kawasan mudah banjir.

Dengan tambahan 3 buah kolam takungan di Daerah Tutong, terdapat sejumlah 19 buah takungan yang sedia ada dengan 9 buah kolam di Daerah Brunei Muara, 5 buah di Daerah Tutong, 4 buah di Daerah Belait dan sebuah di Daerah Temburong.

‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬, impak positif dari perkembangan-perkembangan ini telah dapat dilihat dengan pengurangan banjir. Walau bagaimanapun impak perubahan iklim kita menjangkakan cabaran ketidaktentuan hujan boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan-kawasan rendah.

Setakat ini, sebanyak 44% daripada kawasan persisiran pantai di negara ini telah disiapkan dengan benteng hakisan pantai. Usaha-usaha pemeliharaan persisiran pantai diteruskan dengan perlaksanaan projek kawalan pesisir iaitu di sepanjang Pantai Kg Danau dan projek mitigasi banjir dengan kaedah pembinaan dinding penahan serta menaik taraf sistem saliran bagi perlindungan hakisan sungai dan persisiran pantai.

Dengan peruntukan Tahun Kewangan 2023/2024, kementerian ini akan meneruskan bagi penyiapan projek-projek mitigasi banjir. Ini termasuk memastikan pam-pam air di kawasan-kawasan yang strategik beroperasi secara optima.

Kerja-kerja mengorek dan melebarkan Sungai Brunei, Sungai Kedayan dan Sungai Damuan serta pembinaan kolam takungan dalam tadahan Sungai Tutong, menaiktaraf longkang dikawasan Sungai Akar dan Sungai Hanching akan diteruskan disamping kerja-kerja pemeliharaan melalui kontrak-kontrak penggal bagi keempat daerah bagi mengurangkan risiko banjir dikawasan yang mudah banjir.

Mengenai dengan sanitasi, dalam Peruntukan Tahun 2023/2024, usaha akan diteruskan dalam meningkatkan kadar sanitasi kepada 94% penduduk rakyat dengan penambahbaikan sistem pembetungan melalui projek menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong (Fasa II), Pintu Malim, Stesyen-Stesyen Pengepam Pembetungan di samping meningkatkan penyambungan sistem pembetungan secara berpusat di Kampung Menglait, Kampung Batu Bersurat dan Pengkalan Gadong.

Penyambungan sistem pembetungan secara berpusat dari rumah-rumah ke loji rawatan kumbahan di perluaskan lagi bagi menggelak air kumbahan dari rumah menyalur ke sistem longkang dan ke aliran sungai, bagi mengawal dan menjamin kebersihan kualiti air sungai.

Manakala, projek penaiktarafan saluran paip pembetungan di kawasan perbandaran Kuala Belait dan Seria adalah untuk menggantikan paip lama dan meningkatkan ketahanan dan kapasiti sistem pembetungan yang sedia ada bagi menampung kemajuan pesat di kawasan tersebut.

Mengenai prasarana jalan raya. Dalam usaha meningkatkan pengurusan infrastruktur jalan raya, cabaran pemeliharaan jalan raya dengan mengambil kira penggunaan jalan raya yang meningkat, jentera-jentera berat dan kesesakan lalu lintas, usaha berterusan adalah bagi memastikan prasarana jalanraya yang selesa, selamat dan reliable.

Antara projek-projek yang telah dapat disiapkan di sepanjang Tahun Kewangan 2022/2023 termasuk:-

  1. 55.6 km jalan lebuhraya telah dilapis semula atau diresurfaced.;

  2. 34 km jalan-jalan utama telah dibaiki dan dilapis semula.;

  3. 6.3 km Jalan Tutong (jalan lama) telah diperbaiki.;

  4. Sejumlah 27 buah simpang (10.18km) dinaiktaraf dari batu ke aspal.;

  5. 5.5km jalan-jalan daerah telah diperbaiki.; dan

  6. Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong dan Lugu telah mula digunakan bermula pada 20 Februari 2022.

Kerja-kerja pembaikan (sectional repair) sedang dalam perlaksanaan di Jalan Tanjong Maya-Penapar sejak September 2022. Manakala pembaikkan Jalan Rasau yang berlobang telah dibuat pada bulan Januari 2023.

Perancangan kerja-kerja pembaikan akan diteruskan perlaksanaannya dalam projek-projek Rancangan Kemajuan Negara termasuk program membaiki & menurap semula jalan-jalan utama.

Pembinaan ejambat Jalan Penghubung Tanah Jambu hingga Jalan Utama Mentiri yang terhenti sejak tahun 2021 akan dimulakan semula dan dirancang untuk disiapkan sepenuhnya pada awal tahun 2024.

Projek tersebut dihasratkan untuk menyediakan jalan pintas bagi pengguna jalan raya menuju ke Daerah Temburong daripada Lebuhraya Muara-Tutong melalui Jalan Utama Tanah Jambu, Jalan Utama Mentiri, Jalan Kota Batu dan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien nanti. Ini adalah di antara usaha perlaksanaan bagi meningkatkan lagi connectivity menghubungkan jalan-jalan di negara ini dengan selamat.

Mengenai dengan bangunan-bangunan kosong. Dalam menangani isu berkaitan bangunan-bangunan kerajaan yang kosong, satu Jawatankuasa Teknikal Menangani Bangunan-Bangunan Kerajaan telah diamanahkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, dan Menteri Pembangunan.

Objektif Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan pelan-pelan tindakan yang berkesan dalam menangani isu bangunan-bangunan kosong untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Jabatan Kerja Raya selaku Sekretariat Jawatankuasa ini telah mengemaskinikan inventori bangunan-bangunan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Kerja Raya.

Sejauh ini, sebanyak 5638 buah bangunan kerajaan yang telah didaftar. Dari jumlah ini, 594 bangunan telah diroboh dan sebanyak 271 lagi sedang diperiksa dan dalam penelitian sama ada masih utuh untuk dibaik pulih atau diroboh.

Dari jumlah tersebut, 39% daripada bangunan-bangunan kosong adalah di Daerah Belait, 30% di Daerah Tutong, 28% di Daerah Brunei Muara dan 3% adalah di Daerah Temburong. Bagi bangunan yang masih dalam keadaan baik, ianya akan ditawarkan kepada agensi-agensi yang berminat dan yang berkeperluan.

Antara bangunan kerajaan yang kosong yang telah diguna pakai semula ialah sebuah Banglo Kerajaan di Jalan Berakas yang mana telah digunakan sebagai Bangunan Ibu Pejabat Pertubuhan WARGAMAS sejak bulan April 2022.

Manakala, beberapa bangunan lama telah dirancang untuk diubahsuai seperti bekas bangunan Telbru di Lapangan Terbang Lama untuk diguna semula oleh jabatan kerajaan dan terdapat 10unit barek di Jalan Paduka Tuan dan Jalan Bolkiah di Daerah Belait dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Jabatan Daerah telah diubahsuai dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai tempat tinggal bagi orang-orang yang memerlukan.

Sementara itu, Jawatankuasa Teknikal Menangani Bangunan-Bangunan Kerajaan yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, dan Menteri Pembangunan akan terus berusaha dalam melaksanakan pelan-pelan tindakan yang berkesan dalam menangani isu bangunan-bangunan kosong untuk dimanfaatkan sepenuhnya dan mengelakkan pembaziran.

Mengenai dengan sektor guna tanah dan perancangan. Dasar-dasar mengenai tanah dan perancangan bandar dan desa, yang telah dikemaskinikan disampaikan seperti berikut:

  1. Permohonan Ambil Alih Tanah Lesen Tumpang Sementara (LTS) bertujuan untuk membolehkan tanah-tanah LTS yang bersyarat rumah kediaman yang masih terdapat rumah di atasnya dan masih didiami supaya boleh diambilalih oleh pemohon yang terdiri daripada ahli keluarga pemegang LTS yang mendiami rumah berkenaan dengan syarat pemohon tidak memiliki tanah lain yang bergeran dan tidak mengikuti Skim Rancangan Perumahan Negara atau Rancangan Tanah Kurnia Rakyat Jati.

  2. Sejumlah 125 lot LTS bagi Daerah Tutong dan 84 lot LTS bagi Daerah Belait telah dianugerahkan Geran Tanah-Tanah Lesen Tumpang Sementara kepada pemilik-pemilik tanah pada tahun 2022 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Tanah-Tanah Lesen Tumpang Sementara di bawah Skim Penganugerahan Tanah-Tanah Lesen Tumpang Sementara pada 7hb. Julai 2022M.

    Sejumlah 183 lot Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Brunei Muara dan 35 lot Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Temburong telah diluluskan dan ‫للا‬ ‫ انه شاءه ه‬akan dianugerahkan kepada pemohon- pemohon yang layak yang menduduki tanah-tanah berkenaan.;

  3. Mempercepatkan proses permohonan tukar syarat khas tanah kepada Perumahan Am kurang dari 1 bulan.; dan

  4. Pada tahun 2022, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan tanah telah menerima sebanyak 473 permohonan bagi menggadai tanah dengan pihak bank.

Untuk ini syarat-syarat dibenarkan untuk menggadai tanah ialah permohonan yang dihadapkan oleh tuan punya tanah kepada Jabatan Tanah untuk mencagarkan tanahnya kepada bank atau institusi kewangan.

Permohonan menggadai tanah ini dikawal oleh Bab 23 Kanun Tanah (Penggal 40) yang mana akan dihadapkan untuk kebenaran Majlis Mesyuarat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terlebih dahulu.Undang-undang ini diantaranya ialah untuk mengawal supaya tuan-tuan punya tanah tidak sewenang-wenangnya menggadai tanah-tanah mereka.

Dasar yang disyaratkan untuk membenarkan permohonan menggadai tanah mereka dikehendaki atas sebab dan tujuan yang terhad sahaja. Diantaranya ialah mendapatkan pinjaman bank untuk:

  1. Membeli rumah dan tanah yang untuk digadaikan.
  2. Membeli rumah dan tanah yang lain di dalam negara atau luar negara.
  3. Membesarkan perniagaan, membina rumah atau membesarkan rumah.
  4. Menjelaskan hutang terdahulu dengan pihak bank.
  5. Membiayai kos pelajaran anak ke luar negara.
  6. Pelaburan perniagaan.
  7. Tujuan-tujuan munasabah yang dapat diberi pertimbangan.

Pejabat Tanah juga pada tahun 2022 telah menerima sebanyak 479 permohonan penukaran syarat tanah dan 99 permohonan memperbaharui tempoh pajakan tanah. Antara usaha Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang sedang dalam penelitian adalah mengkaji semula garispandu kemajuan berkenaan saperti garispandu perniagaan, penyediaan garispandu baru seperti bagi kemajuan hotel dan pertanian.

Melalui Majlis Perancang Guna Tanah satu penelitian sedang dibuat dan masih lagi berjalan dalam meneliti tanah-tanah perusahaan untuk tujuan pelaburan yang dapat mendukung meningkatkan aktiviti perekonomian yang masih lagi dalam penilaian. Sebanyak 26 tapak tanah kerajaan telah dikenal pasti untuk tujuan ini.

Kemajuan bercampur (mixed development) di bawah program Government Land Lease. Finalization bagi penelitian-penelitian ini diharapkan akan dapat diselesaikan dalam tahun ini.

Mengenai alam sekitar yang mampan bagi memastikan kebersihan sungai terutama sekali Sungai Brunei, melalui kelulusan peruntukan pada Tahun Kewangan 2023/2024 Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi akan melaksanakan usaha pembersihan Sungai Brunei yang lebih efisien dan efektif dengan menggunakan kaedah dan teknologi yang terkini seperti boat skimmer, barge dan penghadang sampah atau ‘booms’.

Ini termasuk kerja-kerja infra seperti memasang perangkap sampah pada outlet saliran bagi mengelakkan sampah-sampah dari darat masuk ke sungai.

Bagi menjamin kebersihan di darat pula, pengurusan operasi dan pemeliharaan tempat-tempat pembuangan sampah juga diberi perhatian utama khususnya pengurusan stesen pindah sampah dari Sungai Akar dan Tapak Pelupusan Sungai Paku.

Tapak Pelupusan Sungai Paku yang berkeluasan 104 hektar pada masa ini dan menerima 90% daripada keseluruhan sampah yang dihasilkan di negara ini, dijangka akan mencapai had kapasitinya pada tahun 2030.

Oleh itu, ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih berdaya tahan dan lebih efektif serta memerlukan pembukaan kawasan tanah yang jauh lebih kecil, perancangan kementerian ini ialah untuk melaksanakan fasa awal bagi penyediaan dokumentasi Request for Proposal bagi pembinaan sebuah Loji Incinerator Waste - to - Energy yang berupaya untuk memproses 800 hingga 1,000 tan metrik sampah sehari dan pada masa yang sama boleh menjana tenaga elektrik.

Isu seperti masalah bau dan leachate (air larut resap) yang biasanya dikaitkan dengan kaedah landfilling boleh dielakkan. Dengan adanya perlaksanaan teknologi terkini pengurusan solid waste ini, isu pencemaran seperti pelepasan gas daripada loji incinerator boleh ditangani dengan sebaik-baiknya.

Kaedah ini juga dinilai menjamin pengurusan sampah yang lebih efisien dalam jangka masa 20 tahun kedepan.

Pengurusan dan pemeliharaan taman-taman di bawah jagaan pihak JASTRe juga diberi perhatian dalam peruntukan tahun ini termasuklah Taman Mahkota Jubli Emas yang mana telah diserahkan pengurusan pemeliharaan landksap kepada JASTRe bermula pada bulan November tahun lepas 2022.

Peranan JASTRe ialah mengambil alih pemeliharaan Taman Mahkota Jubli Emas ini mengenai dengan penjagaan landskap sahaja. Taman Mahkota Jubli Emas kekal di bawah bidang kuasa ownership Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan mengikut kuasa Undang-Undang yang sedia ada.

‫ أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬keberkesanan usaha dalam mempromosikan kesedaran awam terhadap peripentingnya menjaga kebersihan alam sekitar, peningkatan dalam penglibatan orang ramai, agensi kerajaan dan sektor swasta secara sukarela kian meningkat.

‫ أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬keberkesanan usaha dalam mempromosikan kesedaran awam terhadap peripentingnya menjaga kebersihan alam sekitar, peningkatan dalam penglibatan orang ramai, agensi kerajaan dan sektor swasta secara sukarela kian meningkat.

‫انهشاءهللا‬, kita mengharapkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran kebersihan akan diteruskan lagi.

Dalam industri pembinaan, dalam melaksanakan peranan Kementerian Pembangunan selaku peneraju bagi Manpower Industry Steering Committee (MISC) bagi sektor pembinaan di mana sejak penubuhan jawatankuasanya pada tahun 2020, beberapa program dengan sokongan padu dari institusi- institusi pengajian, agensi-agensi dan autoriti berkaitan telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pencari pekerjaan dan graduan tempatan dengan lulusan disiplin yang relevan dalam industri pembinaan.

Program-program ini bagi meningkatkan peluang pekerjaan tenaga kerja tempatan.

Committee ini telah mengenal pasti 11 Critical Occupations yang boleh diambil alih oleh anak-anak tempatan, iaitu jawatan:-

  1. Resident Technical Officer.;

  2. Clerks of Works.;

  3. Construction Site Representative.;

  4. Draught’s person atau Tukang Lukis.;

  5. Penyelaras HSE (Health, Safety and Environment).;

  6. Pemandu Heavy Goods Vehicle Kelas II dan 5.;

  7. Tukang Kayu.;

  8. Scaffolder bagi pembinaan.;

  9. Juru-Elektrik Bangunan.;

  10. Juruteknik Penghawa Dingin.; dan

  11. Tukang Paip.

Dalam pada itu, keperluan jawatan seperti Juruukur Bahan, Juruteknik dalam jurusan Jurukur Bahan, ejen dan penilai hartanah, Juruukur Tanah dan Operator Mesin juga dilihat dapat dibuat oleh graduan tempatan memandangkan masih terdapatnya kekurangan jawatan-jawatan ini yang dipegang oleh anak tempatan.

Dari penglibatan Kementerian Pembangunan, melalui MISC jabatan ini, beberapa program telah dilaksanakan bersama pihak berkepentingan antara lain termasuk:-

  1. Bersama pihak swasta dalam mengungkayahkan program latihan kepada dua cohort lepasan graduan dalam jurusan teknikal yang berdaftar dengan i-Ready untuk mengikuti program Architect - Mechanical & Electrical - Civil & Structural (ARMECS).

    Program ini bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang teknikal seperti Site Supervisors dan Resident Technical Officers.

  2. Bersama Institute Brunei Technical Education (IBTE) dimana melalui Program Dual Technical and Vocational Education Training, (TVET) – bagi Level HNTEC dalam Construction and Draughting, seramai 199 pelajar dalam dua pengambilan telah mengikuti kursus tersebut bermula pada bulan Julai tahun 2021 dan bulan Ogos tahun 2022 bagi pengambilan kedua. Kursus tersebut dijalankan selama dua tahun di IBTE dan pelajar-pelajar dari pengambilan pertama akan menamatkan kursus pada bulan Oktober/bulan November 2023.

    Bersama pihak IBTE juga gabungan Main Power Industries Steering Committee dan Energy telah megemas kini Module IBTE IGC 03, Health Safety Security and Environment yang telah diluluskan dan diiktiraf oleh pihak BDANC sebanding dengan IOSH pada bulan September tahun 2021 ke arah pengisian sebahagian keperluan Workforce Safety and Health Coordinator.

    “HSE Competency Apprenticeship Programme” juga telah dilancarkan pada 18hb. Jun 2022M. Sejak diperkenalkan, program ini telah menerima kemasukan seramai 80 orang peserta bagi 3 pengambilan sehingga Januari 2023 yang tediri daripada syarikat-syarikat sektor tenaga dan pembinaan. Dari seramai 80 peserta ini, seramai 36 peserta mengambil kursus IOSH dan 44 orang peserta mengambil kursus NEBOSH. ‫ أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬daripada 3 pengambilan ini, seramai 13 orang daripada 36 orang peserta telah selesai menjalani kursus IOSH dan 4 daripada 44 orang peserta telah menamatkan kursus NEBOSH sementara selebihnya masih menjalani kursus-kursus berkenaan.

    Program-program ini yang telah disediakan bertujuan bagi membolehkan pelatih-pelatih untuk memenuhi syarat keperluan Worksite Safety And Health, Work Force Safety, Workplace Safety And Health Officers Regulations 2014 S036 CI.3 & Second Schedule bagi Jawatan Workplace Safety & Health (WSH) Coordinator dan bagi memenuhi syarat keperluan WSH (Construction) Regulations 2014 bagi jawatan Workplace Safety & Health Officer yang memenuhi keperluan SHENA bagi Work Place Safety and Health Officer 2014.

    Inisiatif ini bagi melengkapkan para peserta dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan serta menjadikan mereka lebih marketable & employable kepada pihak industri apabila peraturan dan undang-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya nanti.

    Dalam hal pengawalan penilai dan ejen estet hartanah (BOVEA). Dalam hal-ehwal pengawalan penilai dan estet-estet hartanah pula, melalui Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah, seramai 19 orang practitioners’ yang berdaftar yang 3 antaranya adalah penjalan ejen penilai (valuers) dan sebanyak 16 penjalan amalan Ejen Harta Tanah (estate agent) yang berdaftar.

Pada tahun 2019, satu Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kementerian Pembangunan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah dimeterai. Usaha kolaborasi ini berjaya melatih seramai 28 orang pelajar mengikuti latihan dan berkelayakan sebagai ejen hartanah. Seramai 6 orang para graduan lepasan IBTE dalam kursus HNTec Real Estate Management and Agency dan agensi-agensi telah berjaya mendapatkan peluang-peluang pekerjaan di bawah penyeliaan Qualified Practitioner yang berdaftar di bawah BOVEA.

Pencapaian ini antara pencapaian langkah ke hadapan walaupun masih diangka yang kecil, ‫ان شاء للا‬kejayaan yang besar perlu dimulakan dengan langkah permulaan dalam mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah “workforce localization”.

Dalam fokus penguatkuasaan, Kementerian Pembangunan melalui jabatan-jabatannya terus melaksanakan dan mempertingkatkan lagi usaha-usaha penguatkuasaan selaras dengan dasar dan undang-undang, diantaranya ialah:

  1. Seramai 228 orang individu dan sebanyak 117 buah syarikat telah dikenakan kompaun di bawah Miscellaneous Offences Act 2021 ke atas kesalahan pembuangan sampah di tempat awam dan ini termasuk keberhasilan penangkapan kes pembuangan sampah melalui pemantauan (surveillance) CCTV bagi tempat-tempat hotspot illegal dumping.

  2. Melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (TCP), sebanyak 27 jumlah Waran Kompaun di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa tahun 2015 di bawah Peraturan Kesalahan-Kesalahan Kecil telah dikeluarkan dengan bayaran denda kompaun bernilai $6750.00. kompaun tersebut bagi kesalahan kegiatan tanpa kebenaran yang menghalang laluan, driveway, tempat letak kereta serta yang melibatkan kawasan garis bangunan atau landskap.

  3. Pihak ABCi juga telah mengambil tindakan ke atas isu - isu pelanggaran Perintah Kawalan Bangunan 2014 dengan mengeluarkan:

    1. Sebanyak 354 Surat Peringatan/Amaran/Teguran telah dikeluarkan.;

    2. sebanyak 17 Notis Penguatkuasaan pertama dan sebanyak 11 Notis Penguatkuasaan Akhir; dan

    3. Sejak bulan November tahun 2021, dibawah peruntukan Section 57 Compounding Regulation sebanyak 35 kompaun dalam kesalahan pemasangan iklan/papan tanda tanpa kebenaran dan 3 kompaun atas kesalahan melaksanakan kerja-kerja pembinaan tanpa pendaftaran yang sah telah dikeluarkan.

Dengan adanya usaha-usaha penguatkuasaan ini, Kementerian Pembangunan yakin ia akan dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pematuhan undang-undang pembinaan, perancangan, tanah mahupun kebersihan. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dalam industri pembinaan, mengurangkan risiko yang menjejaskan keselamatan orang awam dan untuk menjaga kebersihan dan mencegah pencemaran alam sekitar yang boleh memudaratkan kesihatan awam.

Mengenai aduan orang ramai. Kaola ingin sekali lagi mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan penghargaan kepada masyarakat dan orang ramai yang telah menyalurkan maklumat dan aduan kepada Kementerian Pembangunan yang berkaitan dengan apa jua kesulitan, kekurangan dan kelemahan yang dihadapi. Aduan dan maklumat yang disampaikan penting dan kaola sangat mengalu-alukan peranan orang ramai yang membuat aduan sama ada melalui saluran Talian Darusalam 123 dan melalui saluran perhubungan yang lain termasuk media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan apa jua kaedah yang lain.

Sehubungan dengan itu, kaola ingin mengongsikan sepanjang tahun 2022, sebanyak 55,448 aduan telah diterima oleh Kementerian Pembangunan melalui Talian Darusalam ‘123’. Aduan tertinggi yang sering diterima mengenai dengan gangguan bekalan air iaitu sebanyak 34,743 aduan (62%) daripada keseluruhan 55,448 aduan yang diterima.

Setakat ini sebanyak 96.99% telah diselesaikan, manakala sebanyak 698 aduan (1.95%) masih belum selesai. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Air telah merangka beberapa inisiatif-iisiatif bagi mengurangkan masalah bekalan air seperti berikut:

  1. Kerja-kerja penggantian paip lama melalui projek OCAR/ Rancangan Kemajuan Negara.;
  2. Menambah pemantauan dengan menambah frekuensi pengambilan contoh-contoh air di kawasan terjejas.;
  3. Setiap tangka-tangki air diurus diselenggara dan diperiksa supaya gangguan bekalan air boleh dicegah dan dikurangi.; dan
  4. Memastikan pembersihan dibuat secara berkala dan berjadual bagi tangki di seluruh Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Daerah Temburong dan Daerah Belait bagi memastikan masalah air kekuningan atau berlumpur dapat dikawal dan dihindari.

Yang Di-Pertua Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Aduan kedua tertinggi yang diterima kementerian ini ialah mengenai Jabatan Jalan Raya.

Bagi tahun 2022 sebanyak 8693 aduan diterima dari jumlah aduan ini sebanyak 69% aduan iaitu permohonan aduan dan permohonan aduan dan permohonan yang diterima telah pun siap dibuat pembaikan oleh jabatan ini. Sementara itu sebanyak 31 aduan dan permohonan masih belum diselesaikan. Antara aduan yang dterima oleh Jabatan Jalan Raya seperti aduan mengenai jalan rosak dan berlobang, lampu isyarat yang tidak berfungsi, pokok tumbang, longkang tersumbat, rumput panjang, air bertakung, jalan banjir, papan tanda, pagar besi, court guard rail, grating, longkang, culvert, mainhole rosak, garis jalan pudar serta permohonan-permohonan bagi cermin keselamatan, bandul dan zebra crossing untuk dipasang.

Sebagai contoh bagi aduan kerosakan jalan, sebanyak 3,828 aduan permohonan untuk membuat jalan, memperbaiki jalan, di Jabatan Jalan Raya masih menunggu untuk ditutup atau diselesaikan. Adalah diakui aduan yang diterima sebahagian besar mengenai jalan-jalan rosak dan berlobang. Permohonan bagi mengasfal jalan-jalan, simpang dan yang berkaitan dengannya adalah antara jumlah aduan yang tertinggi. Namun, kementerian ini akan mengusahakan untuk memperbaiki rancangan-rancangan dan rangkaian jalan melalui peruntukan yang telah disediakan.

Selain itu, Jabatan Jalan Raya juga sering menerima aduan mengenai kerosakan lampu isyarat, sebanyak 18% iaitu 2,794 aduan daripada aduan yang dinyatakan tadi, terdiri daripada masalah mengenai lampu isyarat yang tidak berfungsi. Bagi mengatasi perkara ini Jabatan Jalan Raya berusaha menangani aduan yang diterima dengan segera or seberapa bagi melancarkan aliran trafik terutamanya pada waktu-waktu puncak (peak hours).

Manakala bagi isu bekalan elektrik di atas lampu isyarat, Kementerian Pembangunan akan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri bagi menangani isu ini secara bersama.

Jabatan Saliran dan Pembetungan menerima sebanyak 3,023 aduan, iaitu sebanyak 5.4% aduan ketiga tertinggi diterima kementerian ini. Aduan yang sering diterima jabatan ini mengenai masalah dan saliran pembetungan yang tersumbat dan rosak. Sebanyak 92 aduan yang masih belum diselesaikan, manakala sebanyak 2,765 aduan, iaitu sebanyak 91% aduan mengenai saliran dan pembetungan telah pun selesai dibuat pembaikan. Jabatan Saliran dan Pembentungan telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:

i. Tindakan bagi membaiki paip patah atau pecah dan membaiki, mengganti pam dan peralatan mekanikal dan electrical;

ii. Tindakan memasang, mengganti pagar anti-theft bagi stesen-stesen pam dan loji rawatan kumbahan;

iii. Tindakan menaik taraf paip pembetungan utama dan kapasiti serta fasiliti stesen-stesen pam dan loji-loji rawatan kumbahan; dan

iv. Mengemas kini keperluan dan spesifikasi reka bentuk dan pemeliharaan pembetungan mengikut best practice dan keperluan terkini; dan

‫ أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬dari jumlah keseluruhan aduan, sebanyak 55,444 aduan tadi yang diterima oleh Kementerian Pembangunan pada tahun 2022. Setakat ini sebanyak 47,808 aduan iaitu sebanyak 86.2% telah dapat diselesaikan dan bakinya sebanyak 7,640 aduan iaitu sebanyak 13.7% masih belum dapat diselesaikan disebabkan oleh beberapa keterbatasan yang memerlukan masa untuk diselesaikan dan masih lagi ditangani dan diberikan perhatian sehingga kini.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil keutamaan akan kepentingan aduan-aduan orang ramai ini. Ia salah satu tanda aras yang relevan bagi Kementerian Pembangunan untuk menilai dan memperbaiki mutu perkhidmatan kaola dalam memastikan kemaslahatan orang ramai ditangani diberikan perhatian dan tindakan yang sebaik-baiknya.

Sekian sahaja yang dapat kaola kongsikan di Dewan yang mulia ini. Segala inisiatif dan usaha-usaha yang dikongsikan tadi akan dipertingkatkan demi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat negara ini.

Kaola mengakhiri mukadimah ini dengan memohon doa ke hadrat ‫ى‬ ‫للا سبحانه وتعال ه‬. semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Ahli Kerabat Diraja akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam. Terima kasih. ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah yang telah diberikan penuh terperinci dan komprehensif, menyeluruh mengenai penyediaan Belanjawan kementerian yang berkenaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Saya kira, saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat kita ini kita tangguhkan dahulu dan kita akan bersidang semula dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin menangguhkan persidangan kita ini untuk membolehkan kita berehat, dan kita akan bersidang semula tengah hari nanti mulai pukul 2.30 petang seperti biasa.

Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.