Skip to main content

HARI KE-14 PETANG

For Informational Purposes Only

21HB MAC 2023M - PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

السَّالُمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ الرحْمَنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللهِ

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada petang ini masih lagi untuk membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024.

Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti Tajuk-Tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

الرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu per satu. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri Kesihatan belum dapat hadir ke dalam Dewan ini bagi kita untuk menyambung perbahasan tentang rang belanjawan Kementerian Kesihatan, maka saya berpandangan adalah lebih elok bagi kita atau Jawatankuasa ini beralih semula kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada petang semalam Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah selesai membentangkan mukadimahnya tentang penyediaan rang belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 dan masanya tiba bagi kita untuk meneliti dan membahaskan rang belanjawan ini.

Bersama saya disini terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membincangkan, membahaskan Rang Undang-Undang Kementerian yang berkenaan iaitu Tajuk SL01A hingga SL06A iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Maka saya memulakan dahulu dengan menjemput Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ ‫الرحْ َٰم ِن‬ ِ ٰ ‫ِبس ِْم‬ ‫ّللا‬ ‫ألحْمُدُ ِلل‬,

Kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada petang semalam 20hb. Mac 2023M berkenaan dengan rancangan dan pelan strategi usaha-usaha kearah melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, semoga ia dapat dilaksanakan dengan sempurna ‫ان شاء هللا‬.

  1. Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan perkara SL01A berkenaan dengan hala tuju dan kemajuan seni dan kebudayaan Negara Brunei Darussalam. Bercakap tentang seni dan kebudayaan negara kita sememangnya kaya dengan khazanah dan warisan seni serta budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman.

    Sememangnya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mementarbatkan seni warisan ini dan usaha kearah memperkasakannya adalah penting kearah menyumbang kepada pembangunan industri kreatif tempatan. Penubuhan Akademik Seni Negara pernah dibincangkan dengan pihak kerajaan bersama penggiat-penggiat seni tempatan yang bertujuan sebagai wadah kearah kemajuan seni dan kebudayaan Negara Brunei Darussalam.

    Antara fungsi dan peranan akademik seni ini ialah:

    i. Memartabatkan seni dan kebudayaan negara;

    ii. Menggabungkan penggiat-penggiat seni tempatan di dalam semua peringkat umur di dalam satu bumbung bagi mengongsikan ilmu dan karya masing-masing dan juga sebagai platform ke arah memperkayakan hasil seni dan kebudayaan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya golongan belia sebagai generasi penerus.

    Apakah pihak Kementeriaan Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai perancangan bagi mewujudkan Akademik Seni Negara yang kaola nyatakan tadi?

  2. Kaola membawa suara keluhan orang ramai berkenaan dengan Sistem Kebajikan Negara (SKN) iaitu Skim Bantuan Pendidikan bagi anak-anak yatim dan anak-anak keluarga daif. Terdapat kelambatan di dalam proses penyerahan bantuan kepada yang memerlukan. Kaola difahamkan bahawa isu kelambatan ini terjadi apabila urusannya Skim Bantuan Pendidikan ini diserahkan kepada pihak Kementerian Pendidikan sehingga isu kelambatan ini menjejaskan persiapan persekolahan anak-anak berkenaan. Selain daripada itu, juga ditimbulkan isu bebanan yang ditanggungkan oleh pihak sekolah di dalam membantu para ibu bapa membuat permohonan melalui SKN dengan kapasiti yang terhad juga menyumbang kepada isu kelambatan ini.

    Kaola ingin tahu apakah usaha pihak Kementeriaan Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi memastikan isu kelambatan ini dapat ditangani bagi memastikan Sistem Kebajikan Negara (SKN) ini sentiasa relevan dan juga efisien. Bagi membantu meringankan bebanan pihak sekolah, kaola mencadangkan agar dipohonkan khidmat para sukarelawan yang berkemahiran agar dapat ditempatkan di sekolah-sekolah bagi membantu ibu bapa dan pihak sekolah di dalam urusan permohonan melalui SKN ini?

  3. Kaola seterusnya menyentuh berkenaan dengan kemajuan belia negara. Terdapat ketidakseimbangan di dalam pergerakan dan aktiviti belia di setiap daerah ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan para pemimpin di kalangan belia sebagai peneraju bagi menggerakan sebarang aktiviti dan program-program dan juga projek yang tidak selari dengan kehendak belia.

    Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar diwujudkan ikon belia yang dipilih dari kalangan masyarakat yang mempunyai pengaruh kemahiran dan kreatif bagi mewakili setiap daerah. Ikon belia adalah sebagai playmaker yang mampu mencetuskan idea-idea kreatif di dalam menyediakan program-program dan projek bagi membawa para belia terus aktif di dalam semua bentuk kegiatan belia. Bagi memastikan kedayatahanan, pihak kerajaan bolehlah menyediakan inisiatif-inisiatif yang difikirkan sesuai; dan

  4. Berkenaan dengan perkara di bawah Tajuk SL02A Dewan Bahasa dan Pustaka, memartabatkan bahasa melayu bahasa rasmi Negara Brunei Darussalam. Lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di atas inisiatif dan usaha berterusan ke arah memantapkan penggunaan bahasa melayu. Ini termasuklah mengadakan pameran, bengkel dan sebagainya. Namun pada itu usaha ini bukan hanya diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja tetapi ianya adalah tanggungjawab bersama diperingkat kerajaan, swasta mahupun masyarakat. Ini termasuklah membudayakan bahasa melayu di majlis-majlis rasmi, sesi muzakarah atau mesyuarat, sesi dialog dan juga diskusi. Dalam masa yang sama memastikan semua urusan pentadbiran, surat menyurat, borang-borang permohonan, risalah-risalah dan sebagainya mengutamakan bahasa melayu.

    Selain daripada itu, negara kita mempunyai 7 puak jati yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Usaha-usaha ke arah memperkenalkan warisan budaya dan bahasa 7 puak jati ini kepada generasi baharu, belia-belia dan pelajar-pelajar tidak terkecuali juga kepada para pelancong merupakan inisiatif ke arah mempertahankan warisan budaya bangsa agar terus dihormati. Seperti menyambut tetamu atau para pelancong dengan mengucapkan selamat datang dengan pelbagai bahasa daripada 7 puak jati iaitu ‘selamat sabi, ‘selamat mikod’ dan sebagainya.

Apakah perancangan pihak kementerian melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam di dalam memperkasakan pengunaan bahasa melayu diperingkat nasional? Bahasa menunjukkan bangsa. Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

‫بسمه للاه الرحمنه الرحيم‬ pertama sekali, kaola sukacita ingin merakamkan setinggi terima kasih pada Yang Berhormat Pengerusi dan juga pihak urusetia kerana memberi kelonggaran kepada kaola pagi tadi kerana kaola tidak dapat menghadiri sesi pada sebelah pagi. Jadi izinkan kaola cuba untuk menjawap soalan-soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat di atas soalan dan cadangan yang diajukan. Bagi soalan Yang Berhormat yang pertama mengenai Akademik Seni Negara. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memang sedang dalam meneliti dan dalam perancangan untuk menyediakan sebuah akademik yang akan menjadi pusat pergerakan seni budaya dengan tenaga kerja yang profesional yang membina identiti bangsa yang berdaya tahan.

Akademik ini bertujuan untuk melahirkan penggiat seni budaya dalam melestari seni budaya Brunei. Bagi merealisasikan akademi ini, kementerian ini telah menyediakan satu buku kuriklum Akademik Seni Budaya Brunei sebagai panduan dalam melestari seni budaya Brunei untuk memberikan kefahaman tentang budaya dan adat serta memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran dalam seni muzik tradisional, seni tari, penulisan kreatif, seni persembahan tradisional dan kontemporari.

Kurikulum ini juga diharap akan menjadi sandaran dan hala tuju bagi pergerakan para belia dan penggiat-penggiat seni yang lain untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran seni budaya Brunei.

Untuk makluman juga, draft modul dalam kurikulum ini telah dibincangkan dengan pihak Kementerian Pendidikan untuk penelitian dan bidang seni yang dikenal pasti menjadi keutamaan pada masa ini ialah seni muzik tradisional, seni nyanyian, seni tari tradisional, seni tampak, seni kraft, seni penulisan kreatif serta seni layar dan pelbagai media.

Kurikulum yang telah lengkap ini akan menjadi panduan melalui beberapa kaedah pembelajaran secara formal yang akan dilaksanakan seperti bengkel jangka pendek, program master class dan kursus yang khusus. Di samping usaha ini salah satu strategi yang dilaksanakan dengan serta merta menjurus kepada aktiviti sosialisasi dan penerapan nilai murni seni budaya adalah seperti promosi dan jerayawara seni budaya dan pengajaran atau pembelajaran seni budaya melalui bengkel, kursus dan taklimat kepada para pelajar, institusi-institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan belia dan orang ramai.

Bagi program jerayawara, ianya sering dilaksanakan oleh kementerian ini dengan menggunakan ruang atau fasiliti di bawah kementerian ini. Pada masa yang sama mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi melatih training of trainers dalam bidang kesenian seperti tradisional Brunei, hadrah dan guling tangan.

Soalan kedua, mengenai dengan bantunan in kind ataupun Bantuan Keperluan Persekolahan Tahunan (BKPT) yang sebelumnya dikenali sebagai bantuan Skim Miftaahun Najaah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan mula menggunakan SKN pada bulan Julai 2022.

Ke arah ini satu jawatankuasa menilai permohonan BKPT yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah ditubuhkan pada bulan Julai 2022.

Dalam pada masa yang sama, pihak JAPEM telah menumpukan keutamaan kepada menyelesaikan permohonan BKPT dengan tenaga kerja pembangunan masyarakat yang sedia ada yang ditugaskan membuat penyiasatan di samping pengurusan permohonan bantuan kebajikan bulanan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk mengambil tenaga kerja dari syarikat Nex.Us bagi membantu mempercepatkan proses siasatan.

Memang diperakui bahawa berlakunya kelambatan bagi memproses permohonan BKPT pada tahun ini dengan mengambil kira permohonan tersebut baru diintegrasikan melalui SKN dan dibukakan kepada pemohon-pemohon pada bulan Jun 2022. Pengurusan dan penyiasatan ke atas pemohon-pemohon telah dilaksanakan di sepanjang tempoh daripada Julai 2022 hingga Mac 2023. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, sejumlah 30 mesyuarat jawatankuasa menilai permohonan BKPT telah diadakan bermula dari 24hb. Oktober 2022M dan dilaksanakan secara berterusan sehingga 4hb. Mac 2023M.

Suka dikongsikan juga sejumlah 3,141 permohonan telahpun dibincangkan dan dari jumlah tersebut sejumlah 2,570 iaitu 82% daripada jumlah permohonan telahpun diluluskan. Proses seterusnya melibatkan pengagihan kupon kepada pihak sekolah yang akan menghubungi mereka yang disokong untuk mengambil kupon dan kupon tersebut akan ditukar kepada bantuan in kind kepada syarikat-syarikat yang telah dilantik.

,‫ألحمد لل‬ sebanyak 6,543 buku kupon bernilai $1,2500,50.00 telah berjaya diagihkan secara berperingkat-peringkat pada sekolah-sekolah dan maktab-maktab di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di mana pada Fasa 1 pada 10hb. Januari 2023, Fasa 2 pada 3hb. Februari 2023 dan Fasa 3 pada 14hb. Mac 2023.

Turut kaola kongsikan juga bantuan bagi para ibu bapa untuk membuat permohonan bantuan persekolahan tahunan melalui SKN memang telah disediakan oleh pihak JAPEM. Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Pengajian Islam dan juga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

‫ان شاء هللا‬ bagi BKBT tahun 2024 yang akan datang, proses permohonan bagi bantuan ibu bapa ini akan setentunya diperbaiki lagi. Bagi cadangan khidmat sukarelawan sebelum ini, memang terdapat kaunter-kaunter yang memang telah dibukakan oleh pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi membantu pemohon membuat permohonan PKBT melalui SKN. Pihak kementerian ini sangat mengambil berat dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan serta integriti maklumat peribadi adalah sentiasa terjaga.

Oleh yang demikian, akses kepada sistem adalah terhad kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang dilantik daripada agensi-agnesi yang terlibat. Ini juga mengambil kira seranan pihak Juruaudit Agung mengenai Governance SKN.

Soalan ketiga mengenai cadangan bagi mewujudkan icon belia. Sukacita memaklumkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan amat menyambut baik terhadap cadangan yang ditimbulkan ini. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sangat mendukung dan menitikberatkan penglibatan golongan belia selaras dengan matlamat dasar belia negara dan strategi 2020-2035 iaitu melalui strategi Teras Pemerkasaan Belia yang menginginkan pembangunan negara secara inklusif tanpa mengira latar belakang sama ada dari segi akademik mahupun keaktifan belia dalam apa jua bidang.

‫ألحمد لل‬ setiap tahun kitani menyambut Hari Belia Kebangsaan khusus dalam menghargai sumbangan belia kepada pembangunan negara. Di samping itu, ada di antara golongan belia kitani juga telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa seperti Queens Young Leader Award, Commonwealth Points of Light, ASEAN Prize, ASEAN Business Award dan anugerah-anugerah lainnya sebagai mengiktiraf sumbangan belia-belia Brunei di peringkat serantau dan antarabangsa. Sudah setentunya kita amat berbangga dengan pencapaian belia-belia kitani yang telah diberikan anugerah berkenaan.

Oleh yang demikian, kementerian ini melihat dan meneliti mengenai kesesuaian penerima-penerima anugerah-anugerah berkenaan supaya akan dapat memainkan peranan penting selaku icon belia dalam sama-sama membawa lebih ramai belia untuk turut sama aktif dalam menyumbang khidmat kepada pembangunan negara.

Sukacita juga kaola mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan kerjasama pihak Yang Berhormat selaku Penghulu dan Ketua Kampung untuk sama-sama melibatkan belia khususnya melalui platform Majlis Perundingan Mukim dan Kampung agar agenda pembangunan belia benar-benar dapat dirasakan secara inklusif.

Soalan keempat mengenai memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini. Soalan ini sebenarnya sudah pernah diajukan dalam Persidangan Majlis Mesyuarat yang lalu. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira perkembangan semasa dan mengambil inisiatif jabatan yang terlibat ‫ان شاء هللا akan diterangkan lagi bagi makluman bersama.

Sebelum menjawab soalan Yang Berhormat, kaola/saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas kesedaran Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama menggunakan Bahasa Melayu dalam Dewan Majlis ini. Ini bermakna tanggungjawab senegara dapat kita laksanakan bukan hanya menyerahkan tanggungjawab ini semata-semata kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

‫أ ْلح ْمدُ ِهلِل‬ termaktub dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara. Pelbagai usaha telahpun dilaksanakan oleh kementerian ini melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha untuk memperkukuh dan memperkasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menanai dan “menyahan” amanah bagi memastikan Bahasa Melayu itu terus dimartabakan.

Antara usaha-usaha itu ialah:

  1. Menanamkan sikap positif untuk memelihara, memperkasa dan mendaulatkan Bahasa Melayu kepada seluruh lapisan masyarakat; Pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2011, sambutan Bulan Bahasa disambut pada setiap bulan Julai.

    Sambutan Bulan Bahasa ini adalah wadah bagi penyegaran semula tentang kepentingan Bahasa Melayu. Keterlibatan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, NGO’s dan syarikat-syarikat swasta melalui pendekatan senegara menggema dan menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa. Pemasyarakatan Bahasa Melayu melalui penglibatan orang ramai dalam aktiviti kebahasaan sebagai Bahasa Rasmi Negara dan Jati Diri Bangsa;

  2. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa berstatus tinggi, bahasa komunikasi dan bahasa pengungkap ilmu. Bahasa Melayu sudah setentunya mempunyai jangkauan yang luas. Ia mencapai kepada audience akar umbi berbanding dengan bahasa-bahasa lain yang sering digunakan oleh generasi-generasi baru di negara ini.

    Maka usaha ini dianggap signifikan kerana status Ko-Bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi, bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan pelbagai platform seperti forum, seminar, kongres, festival, bengkel saimbara, pertandingan dan peraduan sebagai medan penyebaran ilmu dalam mendaya-upayakan pengembangan bahasa melayu di negara ini dengan jumlah peserta seramai lebih 6,500 orang untuk Tahun Kewangan 2022/2023.

    Bengkel Bahasa Melayu di kementerian, jabatan dan sektor swasta merupakan inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai upaya ke arah penyegaran Bahasa Melayu agar menggunakan bahasa melayu yang baik dan betul dalam komunikasi seharian, baik tulisan mahupun secara lisan. Data telah menunjukkan bahawa sejak 4 tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan terhadap Bengkel Ejaan Rumi Bahasa Melayu sebanyak 22% dari jabatan meningkat kepada 11 jabatan setahun dengan penyertaan yang terkumpul lebih 1,800 orang dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan;

  3. Memupuk rasa cinta, hormat dan bangga bahasa. Kaola sukacita mengongsikan teringat pesan daripada rakan Menteri Kabinet yang menyatakan “memupuk rasa cinta, hormat dan bangga bahasa ini adalah merupakan satu semangat patriotisma dan nasionalis bagi generasi-generasi baru di Negara Brunei Darussalam”. Sudah setentunya kaola merasa pesanan ini adalah pesanan yang amat bermakna untuk semua generasi kitani untuk menetapi dan menghayati pesanan ini;

    Dewan Bahasa dan Pustaka memupuk dan menyemai kecintaan terhadap Bahasa Melayu dari peringkat kanak-kanak dan remaja melalui program-program seperti berikut:

    i. Dudun Dewan Bahasa dan Pustaka ke institusi-institusi pendidikan dan daerah-daerah. Setakat ini Dewan Bahasa dan Pustaka sudah mengadakannya di 25 buah sekolah di Brunei Muara, Tutong dan Temburong;

    ii. Peraduan Mari Bercerita. Seramai lebih 300 orang peserta yang telah mengikuti peraduan ini sama ada secara solo mahupun berkumpulan;

    iii. Literasi awal. Sejak mula diperkenalkan dari tahun 2014, jumlah penerima pack literasi awal sudah menjangkau jumlah 1,800 orang;

    iv. Program Penulis Muda. Seramai 199 orang peserta telah dibimbing di bawah program ini.

  4. Memperbanyakkan bahan penerbitan, penyelidikan dan pendokumentasian. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan lebih 1,400 buku, kamus, journal dan majalah dalam usaha penyebaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menerbitkan buku-buku berbentuk mini atau yang bersaiz poket supaya mudah dirujuk dan mudah pula dibawa ke sana ke mari. Buku-buku mini ini temasuklah mengenai bahasa Melayu mudah yang dapat digunakan oleh pelancong. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menerbitkan buku-buku yang menggunakan dialek 7 puak seperti buku-buku cerita yang ditulis sepenuhnya dalam dialek Dusun dan dialek-dialek lain.

    Daftar leksikal dialek yang memuatkan bahasa dan dialek 7 puak juga telah diterbitkan pada tahun 2011 dan pada masa masih mendapat permintaan yang tinggi. Dewan Bahasa juga menerbitkan buku-buku mini yang bersais poket dalam bahasa Melayu untuk kemudahan pelancong, segmen kenali Negara Brunei yang dipaparkan di Berita Perdana pada pukul 8 malam merupakan inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah mempromosikan Bahasa Melayu Brunei. Pelita Brunei dan Media Permata ada juga mengwar-warkan Bahasa Melayu Brunei.

    Dikesempatan ini kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan dan Media Permata yang sentiasa memberi ruang kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

    Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengungkayahkan satu projek e-Kamus yang menyediakan akses kepada pengguna untuk mendapatkan informasi Melayu Brunei dalam talian. ‫ان شاء هللا‬ e-Kamus dan Kalinga Bahasa juga merupakan satu medium dalam usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarluaskan dan melestarikan bahasa Melayu dalam bentuk digital.

    Selain itu pelbagai kegiatan penyelidikan dan pendokumentasian juga diupayakan sebagai satu usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di samping memelihara, melestari dan memperkayakan khazanah bangsa menerusi penyelidikan pengguna bahasa Melayu, penyelidikan Pantun Melayu Brunei, penyelidikan Lagu-Lagu Kanak-Kanak Tradisi Brunei dan pendidikan Kalimah Bahasa Tua.

  5. Menjalin kolaborasi dengan rakan-rakan strategik yang berkepentingan di luar negara bagi menyebarluaskan perkembangan bahasa Melayu kepada masyarakat umum dan pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui MABIM dan MASTERA.

Pada kesempatan ini, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan kerana menggunakan dwibahasa yang mana bahasa Inggeris dalam Laman sesawang masing-masing. Pada merujuk Surat Keliling Pejabat Setiausaha Kerajaan No. 08/1960 Negeri Brunei. Ketua-ketua pejabat adalah dari itu diminta untuk menentukan surat-menyurat dan minit antara dan di dalam pejabat-pejabat hendaklah dibuat dalam bahasa melayu. Perkara ini telah diwartakan lebih 63 tahun yang lampau. Kaola saya penuh percaya usaha-usaha ini telah diterapkan di kementerian dan jabatan kerajaan namun tidak secara menyeluruh. Jadi kaola ingin menyeru agar perkara ini akan dapat diambil tindakan oleh semua ketua-ketua jabatan.

Seterusnya mengimbau beberapa perkara yang perlu pihak kementerian, jabatan dan swasta pada mengambil perhatian tentang penggunaan tulisan jawi. Apa yang didapati sekarang amat mendukacitakan pengguna tulisan jawi tidak diberi perhatian sewajarnya di dalam majlis-majlis rasmi anjuran kementerian, jabatan, apatah lagi swasta.

Tidak membubuh tulisan jawi pada latar belakang pentas, kain rentang dan poster pemberigaan kegiatan samada dalam bentuk fizikal dan virtual seperti Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan: 21/1988 yang mana telah menggariskan pengaturan dalam penggunaan tulisan jawi dalam semua urusan kerajaan dan swasta termasuk perniagaan.

Poster-poster dalam bentuk elektronik didapati banyak tidak membubuh tulisan jawi malah yang lebih mendukacitakan poster-poster pemberigaan kegiatan tersebut sepenuhnya menggunakan bahasa Inggeris. Sedangkan kegiatan-kegiatan ini dianjurkan oleh kementerian dan jabatan.

Sukacita kaola menarik perhatian sidang tentang isu yang semakin berleluasan hingga ke satu tahap ia dilihat sebagai satu yang normal dan lazim, iaitu penggunaan bahasa rojak atau percampuran kod yang lebih banyak menjurus kepada bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Kaola melihat ia sebagai satu kepincangan dan fenomena yang menyedihkan apalagi jika pemberigaan sesuatu inisiatif itu lebih banyak dicemari dengan penggunaan Bahasa Asing daripada bahasa Melayu itu sendiri. Jika membenarkan hal tersebut berlaku, maka ini bermakna kita juga mengakui bahawa bahasa Melayu itu telah hilang ketuanan dan keluhurannya. Oleh yang demikian, mari kita semua sama-sama mendukung usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Kalau tidak kitani siapalah lagi.

Sekian, di situ sahaja jawapan kaola kepada pertanyaan dan kaola ingin juga mengongsikan tegur-teguran ini bukannya ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu tetapi termasuk juga teguran dan memperingatkan diri kaola sendiri dan juga generasi-generasi kitani yang akan datang. Sekian.

وبالله التوفيق والهداية. و ال َّسلا ُم عل ْي ُك ْم ور ْحمةُ ِالله وبركاتُهُ Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Salam sejahtera dan selamat petang.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. Lebih dahulu diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atas mukadimah yang disampaikan pada petang semalam.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk Tajuk SL06A-002/003 - Bantuan Bencana Alam dan Perumahan. Kaola ingin mengongsikan tentang satu kes yang kaola dengar mengenai bantuan bencana kebakaran rumah. Isu yang timbul adalah jumlah bantuan yang disampaikan tidak sampai dan menampung jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa kebakaran atau penerima bantuan mengikut anggaran kerugian yang dihadapi. Akhirnya, ditaksir oleh pihak berkenaan yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, kaola ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian khususnya bahagian bantuan bencana alam dan perumahan tentang isu yang dibangkitkan serta perancangan dan strategi dalam peruntukan jumlah bantuan mengikut kadar kerugian dan kerosakan yang dialami oleh mangsa. Misalnya, mangsa kebakaran ini.

Dengan itu, kaola juga ingin mengusulkan cadangan agar pihak kementerian supaya dapat menasihatkan supaya pemilik-pemilik rumah mempunyai fire insurance cover. Memohon pencerahan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih pada Yang Berhormat Low Hau Teck ke atas soalan yang ditujukan.

Bantuan bencana yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui JAPEM sebenarnya adalah bertujuan untuk meringankan beban mangsa dan bukannya untuk mengganti sepenuhnya kerugian ataupun kehilangan mangsa yang terlibat dalam bencana seperti contoh kebakaran rumah. Bagi bantuan kejadian kebakaran rumah, kadar bantuan kewangan yang diberikan adalah tertakluk kepada siasatan, penilaian dan pendekatan pihak JAPEM mengikut garispandu yang berkuatkuasa.

Manakala jika rumah terbabit ranap dalam kejadian, mangsa akan diberikan bantuan kewangan pada kadar ranap sebanyak $5,000.00 serta bantuan kesusahan sebagai $200.00 bagi setiap mangsa dan penghuni rumah yang terbabit. Jika rumah yang terbabit dalam bencana hanya mengalami kerosakan, maka bantuan kewangan yang akan diberikan adalah mengikut peratus kerosakan.

Contohnya peratus dari sebahagian peratus daripada jumlah keseluruhan $5,000.00. Selain bantuan kewangan, bantuan catuan makanan barang keperluan asas dan bantuan penempatan sementara juga akan disalurkan kepada mangsa bencana. Selain daripada pihak JAPEM, terdapat juga agensi-agensi lain yang seperti lazimnya akan menghulurkan bantuan bencana seperti pihak Majlis Ugama Islam Brunei dan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Mengenai cadangan supaya pemilik-pemilik rumah untuk mempunyai fire insurance cover atau pun insuran kebakaran. Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan yang baik dan perkara ini adalah amat digalakkan bagi setiap pemilik rumah untuk mempunyai perlindungan insuran bagi membantu meringankan beban atau musibah di luar jangkaan kita.

Bagi rumah yang dilindungi insuran, bantuan kewangan tidak akan diberikan kerana pada lazimnya segala kerugian dan kehilangan akan ditanggung pampasan oleh pihak insuran mengikut dasar polisi insuran berkenaan.

Sekian kaola sampaikan jawapan untuk Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ ‫الرحْ يم‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ ‫صد ِري َو َيسِر لِي أَم ِري َواحلُل عُقدَة مِ ن‬ َ ‫ب اش َرح لِي‬ ِ ‫َر‬ ‫سانِي َيفقَ ُهوا قَولِي‬ َ ‫ِل‬

ِ ُ‫ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan membentangkan mukadimah Belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024 bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang penuh bermaklumat dan komprehensif.

Tahniah juga kerana menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-39 pada 23hb. Februari 2023M yang lalu yang sangat gemilang dengan persembahan musik kombinasi 7 puak secara serentak dan diucapkan ‫للا‬‫ شفاكه ه‬kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pengerusi, kaola ada mempunyai berapa cadangan.

Cadangan pertama ialah kaola ingin memberikan satu usulan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan terdapat rakyat-rakyat yang susah yang berkemungkinan ada yang tidak pandai untuk memohon Sistem Kebajikan Negara telah dibantu oleh kumpulan orang-orang berkumpulan yang khusus terdiri daripada mereka yang berniat untuk berinfak mencari keredhaan dan keberkatan ‫هللا سبحانه وتعالى‬

Kaola ingin cadangkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan agensi-agensi bantuan masyarakat yang lain untuk turun padang dan bekerjasama rapat serta mendukung misi-misi kumpulan berinfak demi kesejahteraan mereka yang benar-benar memerlukan. Kaola percaya dengan bantuan kumpulan-kumpulan ini dengan dukungan yang rapat dari pihak JAPEM sama-sama turun padang, akan dapat mempercepatkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ini agar usaha bantuan kerajaan berkesan dan cepat.

Cadangan yang kedua, Yang Berhormat Pengerusi. Bola sepak adalah sukan yang dianggap sukan nombor satu di dunia dan tidak juga ketinggalan bagi Negara Brunei Darussalam yang jolokan nama lain sebagai Tebuan. Pada 22hb. Disember 2022M, kita kena ranking oleh FIFA (The Federation International de Football Association) di tangga 190 dari 209 ahli. Paling tersorok kita adalah pada Oktober 2012 yang ke-203. Pencapaian terbaik dari segi FIFA ialah yang ke-140 pada bulan Disember 1992.

Industri bola sepak di luar negara telah menjadi satu industri yang menjana ekonomi negara berkenaan melalui kaedah ekonomi putaran dan sumber pendapatan pemain-pemainnya. Ini adalah sangat jauh berbeza dengan apa yang terdapat di negara kita. Sebagai asasnya sahaja, bagi kelab-kelab Liga Super Domestik. Izinkan kaola menyebut contoh kelab-kelab tersebut seperti Indera Sports Club, Kasuka, Kota Ranger dan yang lainnya.

Hampir kesemua kelab ini tidak mempunyai kompleks sukan atau sekadar padang bola milik mereka sendiri untuk menjana pendapatan, untuk terus wujud dan mampan di samping mampu menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber untuk negara. Hakikatnya, walau dengan cabaran-cabaran ini, sukan bola sepak masih memberi impak kepada perkembangan bola sepak negara dan membantu belia-belia kita untuk terus bersemangat disebabkan minat yang dalam dan tinggi dengan sukan ini. Kaola berpendapat kelab-kelab ini mungkin tidak akan bertahan lama disebabkan mereka berbelanja sendiri atau melalui tajaan yang semakin terhad.

Cadangan kaola kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga kementerian yang lain, seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mempunyai padang-padang bola yang kurang terurus dan terjaga untuk menawarkannya kepada kelab-kelab ini untuk memajukan secara komersial, mengurus dan menjalankan operasi padang berkenaan di samping ia boleh menjadi training ground pemain-pemain kelab berkenaan.

Kaola percaya dengan peluang ini, ia akan dapat membantu kelab-kelab ini untuk memperkembang luaskan lagi arena bola sepak negara serba sedikit menjana ekonomi negara dan yang tidak kurang pentingnya juga, dapat menawarkan pekerjaan dan pendapatan kepada pemain-pemainnya.

Yang ketiga cadangan kaola ialah mengenai dengan ibu tunggal. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ usaha-usaha ke arah mengatasi isu-isu kemaslahatan rakyat melalui JAPEM ada kita nampak kesannya kepada golongan-golongan tertentu yang memerlukan. Dengan bantuan antara $200 hingga $300 sebulan, barang setentunya dapat membantu sedikit walaupun hakikatnya dengan tahap kehidupan masa ini tidak mencukupi. Kaola juga bersyukur kerana ada juga program-program bagi menambah pendapatan mereka ‘diungkayahkan’.

Salah satu golongan yang ingin kaola sentuh di sini ialah golongan ibu tunggal khusus bagi yang mempunyai anak-anak yang ditinggalkan oleh suami atas sebab diceraikan. Seperti yang kita maklum, isteri yang bergantung kepada pendapatan suami apabila diceraikan akan bermasalah untuk menampung hidupnya dan anak-anak dari segi rumah dan kewangan, apatah lagi jika bekas suami itu tidak hirau akan memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak sebab proses yang ada pada masa ini seperti yang kaola fahami, bekas isteri terpaksa memfailkan ke mahkamah untuk meminta nafkah dari bekas suami dan prosesnya memakan belanja dan juga masa, ‘sudah tia inda beusin, makan pun payah, apatah lagi membayar peguam’. Bagi bekas isteri yang kurang waham mengenai proses ini akan terus mengalami dilema dan akhirnya bekas isteri dan anak-anaknya menanggung beban kehidupan yang susah.

Usulan kaola, apa kiranya jika bersesuaian proses untuk memfailkan nafkah itu untuk dijadikan proses yang senang ataupun secara automatik suami yang menceraikan mesti memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak, impaknya suami pun berfikir dua kali untuk menceraikan isterinya.

Bagi pemberian itu dipantau kerana ada juga sang bekas suami yang endah tak endah, gagal memberi nafkah berkenaan walaupun sudah ada arahan mahkamah. Usulan kaola juga bagi permohonan ibu tunggal yang sebegini yang sudah susah diberi keutamaan dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan perumahan termasuk Rancangan Perumahan Negara.

Usulan yang keempat, yang terakhir ialah mengenai dengan sukan. Yang kaola akan bangkitkan ini adalah mengenai sukan di negara kitani khusus mengenai dengan non-contact sports. Kaola percaya sukan bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk menjadi pride to our nation dengan penyertaan negara dan apatah lagi jika kitani erjaya.

Ingat pada tahun 1999 yang mana Negara Brunei Darussalam telah memenangi Piala Malaysia. Kita sangat berbangga pada masa itu. Bagi sukan-sukan kitani juga mampu memberi saingan hebat dan berjaya di arena antarabangsa termasuk non-contact sports. Pertanyaan kaola apakah dasar dan strategi KKBS terhadap hala tuju dan sasaran-sasaran bagi non-contact sports seperti terjun cantik, persembahan silat, memanah, wushu dan sebagainya.

Yang kaola maksudkan dengan hala tuju itu ialah menjurus kepada bukan sahaja memercukan sukan negara ke arena serantau dan antarabangsa tetapi khusus juga kepada hasilnya menyumbang kepada pertumbuhan-pertumbuhan ekonomi negara.

Sekian, ِ ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

‫للا‬ ‫هبسمه ه‬ ‫الرحمنهالرحيم‬. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan junjung kasih Yang Berhormat di atas soalan yang telah diutarakan tadi.

Kaola ingin menjawab mungkin memulakan dari soalan yang terakhir tadi iaitu non-contact sports dan seterusnya ibu tunggal, bola sepak dan seterusnya mengenai dengan JAPEM, rakyat yang susah dibantu oleh kumpulan-kumpulan yang ingin berinfak. Satu dasar dan strategi kementerian ini terhadap hala tuju dan sasaran-sasaran bagi non-contact sports dan dua cadangan berkenaan bantuan kepada ibu-ibu tunggal tadi.

Sebelum Kaola menjawab, non-contact sports, Kaola ingin mengongsikan satu pemikiran di sini, sukan lebih merupakan bukannya untuk riadah sahaja tetapi pelaburan dalam bidang sukan sudah setentunya akan membawa impak yang positif kepada generasi-generasi kitani yang akan datang, kepada belia-belia kitani yang akan datang.

Apabila kitani melabur dalam bidang sukan, kitani menggalakkan belia-belia dan generasi muda kitani untuk berkecimpung dalam bidang sukan, sudah setentunya kitani akan dapat membentuk jati diri belia yang resilience dalam bidang sukan dan setentunya ini dapat dicerminkan dalam bidang pembelajaran belia-belia tersebut. Ertinya mereka akan penuh dedikasi dan tidak mengenal kalah ataupun gagal setiap kali bertemu cabaran kegagalan akan terus bangkit semula untuk mencuba lagi berkali-kali dan bukannya menyerah kalah apabila menghadapi kegagalan dan amalan seperti ini dapat dibentuk dalam bidang sukan.

Kedua, bidang sukan akan memberikan amalan cara hidup yang sihat dan kitani sudah setentunya apabila belia-belia kitani berkecimpung dalam bidang sukan ia akan lebih hidup secara lebih sihat dan menjauhi perkara-perkara yang tidak kita inginkan contohnya seperti merokok, menggunakan vape dan sebagainya, apatah lagi jika ia berkecimpung dalam bidang dadah dan sebagainya.

Kaola percaya apabila kitani melabur dalam bidang sukan ia dengan sendirinya akan menarik belia-belia ini daripada berkecimpung dengan perkara-perkara negatif yang merosakkan masyarakat dan merosakkan belia-belia kitani. Itu secara umum pelaburan dalam bidang sukan, mungkin sebilangan kitani melihat pelaburan dalam bidang sukan adalah hanya sebagai riadah biasa Bandarku Ceria pagi-pagi hari minggu dan sebagainya tapi Kaola melihat lebih jauh daripada itu.

Maka Kaola menjurus kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai dengan non-contact sports yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada amnya juga jenis sukan yang dikembangkan di negara ini sama ada berbentuk non-contact or contact sports adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan, perpaduan dan kesihatan masyarakat melalui sukan dan seterusnya memantapkan sukan berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Sebagai misalan sukan renang adalah sangat popular dalam program Learn to Swim dan kemahiran renang juga menjadi salah satu syarat untuk lulus ujian bagi mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan beruniform seperti angkatan polis, angkatan tentera, bomba, penyelamat, pramugari dan pramugara.

Keperluan ini membuka peluang kepada anak-anak tempatan selaku jurulatih-jurulatih kelab yang berdaftar untuk mengajar kemahiran asas renang dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan kepada pemohon-pemohon pekerjaan tadi.

Secara ringkasnya perkembangan industri sukan sebuah negara itu sangat berkait rapat dengan industri pelancongan. Penganjuran sukan yang berprestij dan berskala besar khususnya non-contact sports seperti sukan renang, memanah, wushu, seni pancak silat dunia dapat meningkatkan profile dan image negara di peringkat serantau dan dunia.

Penganjuran sukan seperti ini dapat membuka peluang bagi membangun sector ekonomi sukan dengan memanfaatkan khususnya kemasukan pelancong ataupun sports tourism, penyuntikan wang ke dalam ekonomi negara dan menyumbang kepada peningkatan aktiviti perkhidmatan perhotelan yang menjana pada pertumbuhan ekonomi negara.

Penganjuran di peringkat antarabangsa sememangnya mempunyai garis panduan dan venue kejohanan perlu di tahap piawaian antarabangsa maka dalam hubungan ini kementerian ini sedang dan akan terus menaik taraf prasarana sukan secara berfasa bagi membolehkan penganjuran-penganjuran ini dapat dilaksanakan di masa akan datang.

Antara penganjuran sukan berperingkat antarabangsa yang pernah dilaksanakan sebelum pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam ialah The Tenth ASEAN Junior Wushu Championship Brunei Darussalam pada 19hb. hingga 24hb. Ogos 2019M dan pada tahun ini negara akan menjadi tuan rumah bagi 27th Southeast Asian Junior and Cadet Table Tennis Championship pada 13hb. Jun hingga 18hb. Jun 2023M.

‫انه شاءه للا‬, penganjuran sukan berperingkat serantau dan antarabangsa di negara ini akan terus kita usahakan dengan kerjasama rakan strategik serta pihak-pihak yang berkepentingan bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan sukan malahan membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Sukacita kaola kongsikan untuk kita membina atau menghasilkan atlet-atlet yang berprestasi tinggi, sudah setentunya tidak cukup dengan kita mengadakan program-program latihan sahaja. Ia sudah setentunya memerlukan bagaimana setiap atlet sukan itu menghadapi cabaran-cabaran minda apabila bersaing dalam pertandingan-pertandingan sukan.

Maka bagi mengambil kira perkara ini, kita sebagai tuan rumah menganjurkan sukan-sukan di peringkat antarabangsa dan juga malahan untuk melihat, meneliti bagaimana kita dapat mengadakan liga-liga bagi sukan-sukan di Negara Brunei Darussalam yang mana akan sudah setentunya menyumbang kepada peningkatan prestasi atlet-atlet sukan.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin menyentuh perkara yang berkaitan yang disampaikan sebelum ini oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam pada 15hb. Mac 2023M mengenai cadangan penerapan aktiviti memanah di sekolah ugama dan sekolah arab adalah untuk meningkatkan daya tumpuan dan fokus pelajar terhadap semua hal terutama pembelajaran sesuai dengan sabda ‫رسول هللا صىل هللا عليه وسلم‬: ’Orang beriman yang kuat, lebih baik dan lebih disukai oleh ‫وتعالى سبحانه هللا‬ berbanding orang beriman yang lemah’.

Sebagai kementerian yang berperanan dan bertanggungjawab untuk meningkatkan penglibatan masyarakat untuk bersukan di negara ini, kementerian ini menyambut baik kerjasama dengan kementerian lain dan mana-mana pihak bagi mengadakan apa juga sukan yang bersesuaian, tertakluk kepada kapasiti, kemampuan dan keperluan bidang sukan.

Bagi sukan memanah, berenang dan menunggang kuda khususnya ketiga-tiga sukan ini adalah beberapa sukan prestasi tinggi yang tersenarai di kejohanan sukan serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik. Maka mempelajari dan mengamalkan sukan-sukan tersebut mengikut sunnah ‫رسول هللا‬ adalah amalan yang sangat baik dan mulia sebagai objektif untuk meningkatkan minat di samping berpotensi untuk dijadikan sukan-sukan yang boleh dipertandingkan di peringkat antarabangsa melalui pembentukan bakat sukan.

Seperti juga pembangunan sukan secara menyeluruh, ia memerlukan perancangan yang jitu dan melibatkan kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan. Peranan kementerian ini adalah dalam menyediakan kemudahan dan prasarana bagi apa juga bentuk sukan termasuklah memanah, renang dan menunggang kuda. Manakala, dari segi teknikal dan kejurulatihan pula bagi sukan-sukan berkenaan didukung melalui persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

Sukacita kaola kongsikan, Program Latihan Program Khidmat Bakti Negara bagi pengambilan ke-11 tahun 2022/2023 yang baru-baru ini telah memperkenalkan modul baharu iaitu berenang dan memanah yang mendapat sambutan yang baik. Bagi setiap pelatih yang langsung tidak tahu berenang dan jikalau masuk ke air akan memang tenggelam, mereka akan diajar cara asas berenang.

Ertinya apabila di penghujung latihan 3 bulan, pelatih yang sama jika masuk ke dalam air, dia tidak akan dapat tenggelam tapi akan masih dapat timbul dan menyelamatkan dirinya dan sukan memanah juga dimuatkan dalam Program Latihan PKBN baru-baru ini.

Sukan memanah ini adalah kolaborasi bersama dengan Akademi Sukan Ar-Rafi yang mana baru-baru ini sewaktu Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Ankara dan Turki, ia telah disebut oleh Tuan Yang Terutama Presiden Recep Tayyip Erdogan yang mana ia mencerminkan kerjasama antara kedua-dua pihak secara dua hala Turki dengan Brunei Darussalam untuk menerapkan sukan memanah dan kemahiran memanah kepada belia-belia di Negara Brunei Darussalam.

Sukan menunggang kuda. Kementerian ini masih lagi dalam penelitian bagaimana cara yang lebih berkesan dari segi kos untuk mengadakan program-program menunggang kuda. Setakat ini, belumlah ada program menunggang kuda yang dapat diungkayahkan. Namun perkara ini akan diteliti dan bagaimana kita akan melahirkan belia-belia kitani yang mahir secara asas menunggang kuda.

Untuk makluman juga, kementerian ini juga mempunyai satu fasiliti kemudahan memanah di Kompleks Sukan Jerudong yang digunakan oleh Persatuan Memanah Negara Brunei Darussalam. Kita melihat bahawa sukan ini dapat diperkembangluaskan lagi di daerah lain dengan penggunaan aset seperti padang-padang bola sepak sebagai tempat latihan memanah dengan syarat mengikut peraturan dan garis panduan bagi sukan berkenaan, demi untuk menjaga aspek keselamatan pelatih, pemanah dan orang awam.

Bagi sukan renang. Kemudahan kolam renang terdapat di keempat daerah di bawah kawalan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Statistik penggunaan Kolam Renang Kebangsaan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Kolam Renang Anggerek Desa telah mencatatkan lebih 93,000 pengguna tahun 2022/2023. Dikongsikan di sini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menentukan hari-hari yang khusus bagi kaum Hawa. Kolam Renang Anggerek Desa adalah dikhaskan bagi wanita sahaja setiap hari Rabu petang hingga malam dan hari Jumaat sebelah pagi.

Secara ringkasnya, Kementerian ini menyambut baik cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai kolaborasi dengan kementerian-kementerian lain serta pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengukuhkan lagi ekosistem sukan melalui pembangunan kapasiti, pengetahuan kursus kejurulatihan dan teknikal sukan bagi apa juga bidang sukan dengan kerjasama sudah setentunya persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk sama-sama mendukung pembangunan dan meningkatkan penyertaan masyarakat untuk bersukan di negara ini ke arah negara sukan yang gemilang.

Menyentuh mengenai usulan Yang Berhormat mengenai bantuan kepada ibu-ibu tunggal termasuk kemudahan perumahan dan pemberian nafkah kepada anak-anak daripada bekas suami. Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui JAPEM menyambut baik cadangan mengenai bantuan kepada ibu-ibu tunggal termasuk kemudahan bantuan perumahan dan pemberian nafkah kepada anak-anak daripada bekas suami. Bidang tugas Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) setakat ini hanyalah memberikan perlindungan kepada wanita atau isteri yang memerlukan perlindungan kerana masalah keganasan rumah tangga.

Tempat-tempat perlindungan tidaklah terhad kepada Kompleks Rumah Kebajikan (PRK) sahaja, malahan Jabatan ini akan membuat intervensi dengan ahli keluarga terdekat bagi sama-sama menangani dan memberikan perlindungan yang optimum bagi mangsa-mangsa yang berkenaan.

Selain daripada perlindungan, bantuan lain juga akan dihulurkan mengikut kriteria berkenaan dan tidak terhad kepada bantuan kewangan dan perumahan. Malahan juga perkhidmatan kaunseling dan bantuan ini juga dilaratkan tanggungan terutama golongan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Menyentuh mengenai isteri yang telah bercerai menuntut nafkah bagi anak-anak, Jabatan ini difahamkan melalui pendekatan dengan klien-klien yang mana terdapat proses-proses menuntut hadhanah iaitu selepas penceraian iaitu tentang hak penjagaan anak dan nafkah. Nasihat dan bimbingan mengenai proses berkenaan boleh didapati melalui Program Khidmat Nasihat Keluarga, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala borang-borang boleh didapati di Mahkamah Syariah bagi tuntutan-tuntutan berkenaan dengan bayaran yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mampu membuat pembayaran terdapat juga proses untuk menuntut sebagai orang miskin yang mana jika permohonan diterima maka tidak ada bayaran yang dikenakan terhadap permohonan tuntutan yang dinyatakan tadi.

Berhubung dengan cadangan membantu rakyat yang susah dibantu oleh kumpulan-kumpulan yang berinfaq dan bagi pihak JAPEM turun padang. Secara amnya, pihak JAPEM dan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memang mengalu-alukan bantuan seperti ini yang diungkayahkan pihak-pihak yang berkenaan cuma, memanglah ada pada dasarnya, iaitu apabila bantuan-bantuan ini dihulurkan sudah setentunya fakta-fakta yang disebarkan (viral) melalui social media dan sebagainya perlulah tepat dan tidak berupa perkara-perkara yang tidak tepat yang boleh mengelirukan orang ramai.

Jadi sudah setentunya jika ada hasrat untuk memberi bantuan kepada golongan sasaran ataupun golongn yang memerlukan bantuan sudah setentunya kita melalui JAPEM dan jabatan-jabatan berkenaan di bawah kementerian ini membukakan jalan untuk kita bekerjasama dan berkolaborasi.

Cadangan kedua mengenai industri bola sepak. Ini khusus kepada bola sepak, sudah setentunya kaola bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat tadi bahawa memanglah ada impaknya kepada sektor ekonomi, apa pun jenis sukan bukannya bola sepak sahaja, semua jenis sukan memang ada impaknya terhadap ekonomi negara, cuma cara kita mengolahkan bagaimana kita akan dapat meraih kelebihan-kelebihan yang terdapat daripada sukan itu untuk memajukan sektor-sektor tertentu termasuk sektor sukan ataupun bidang sukan tertentu dari segi sumbangannya kepada ekonomi negara.

Berhubung dengan kelab-kelab yang tidak mempunyai fasiliti sendiri, negara kita, Negara Brunei Darussalam sudah setentunya merupakan sebuah negara yang kecil dan mana-mana pun prasarana sukan, kemudahan-kemudahan sukan termasuk padang-padang, memanglah agak terhad dan kos pemeliharaan bagi padang-padang dan kemudahan-kemudahan sukan ini sudah setentunya akan meningkat tinggi berdasarkan penggunaan-penggunaan, kemudahan-kemudahan sukan tersebut.

Bagaimanapun, ‫ هانه شاءه للا‬cadangan ini akan diteliti. Bagaimana kemudahan-kemudahan sukan yang sedia ada akan dapat digunapakai secara guna sama bagi kelab-kelab sukan dan juga penggemar-penggemar sukar dan atlet-atlet yang ingin menggunakan kemudahan-kemudahan seperti ini.

Bola sepak sudah setentunya satu bidang sukan yang sangat digemari di negara ini dan kita pun ada mempunyai Persatuan Bola Sepak Negara yang mana kementerian ini memanglah sentiasa bekerjasama dengan Persatuan-Persatuan Sukan bukan bola sepak sahaja, setiap persatuan sukan yang lain untuk memacu dan melihat bagaimana bidang sukan itu akan dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Jadi di situ saja kaola punya jawapan mungkin sekiranya ada yang terlepas pandang mungkin akan dapat kaola nanti akan menjawab secara bertulis dan sebagainya.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫بسمهللاهالرحمنهالرحيم‬

Yang Berhormat Pengerusi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, ‫ السالم عليكم ورحمة هللا‬dan salam sejahtera. Terima kasih juga diucapkan pada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kerana mengongsikan tumpuan-tumpuan yang akan dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2023/2024 semalam secara komprehensif, padat dan jelas.

Kaola juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan setakat ini.

Kaola ingin mengemukakan beberapa perkara sahaja untuk pencerahan dan saranan. Pertama, kaola perhatikan dalam petunjuk prestasi utama mengenai peratus lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia berkecimpung dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) hanya disasarkan dalam 15% dari Tahun 2023 hingga 2026. Pertanyaan kaola, mengapa hanya 15% bukan 20% atau lebih dari itu. Adakah sudah dibuat penelitian mengenai puncanya yang sebenar, adakah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga memantau lepasan-lepasan ini sama ada mereka meneruskan bisnes mereka atau sebaliknya.

Kedua kaola ingin menyentuh mengenai peratus lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia mendapat pekerjaan yang nampaknya constant juga mendatar ditahap 50% saja. Dalam mukadimah semalam Yang Berhormat Menteri telah mengongsikan bahawa kementeriannya telah dapat melimpasi sasaran ini, di mana sebahagian pelatih-pelatih ini berkecimpung dalam perniagaan dan selebihnya 40% telah meneruskan pengajian mereka.

Kaola mengucapkan syabas kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di atas pencapaian yang melimpasi sasaran ini pada Tahun 2022, namun kaola berharap sasaran 61% yang dicapai akan dapat ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dipertahankan pada tahun-tahun yang akan datang.

Sehubungan dengan itu kaola ingin pencerahan, adakah penuntut-penuntut ini juga menjalani kursus untuk menambah kemahiran mereka dengan memasukkan subjek-subjek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan teknikal dan pemasaran semasa mereka masih menuntut di Pusat Pembangunan Belia (PPB) ini. Kemahiran ini kaola rasa adalah penting untuk memberikan mereka lebih banyak advantages dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Ketiga kaola ingin menyentuh mengenai Sistem Kebajikan Negara (SKN) dari aspek yang berlainan daripada yang telah disentuh oleh rakan Ahli Yang Berhormat tadi. Kaola tertarik mengenai penerangan dari Yang Berhormat Menteri mengenai pencapaian dan manfaat Sistem Kebajikan Negara dalam mengumpul maklumat mengenai golongan yang memerlukan bantuan.

اْل َحْمُدهَّهلِلّSistem Kebajikan Negara ini telah, dapat menyelaraskan maklumat-maklumat peribadi pemohon dan dapat mengelakkan pemberian bantuan yang bertindih. Namun kaola kurang pasti sama ada pengagihan semua bantuan telah pun dilaksanakan secara bersepadu atau masih seperti dulu di mana ia dilaksanakan secara berasingan oleh agensi-agensi yang berasingan.

Kaola ingin memohon pencerahan sama ada adakah rancangan kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meyatukan semua pengagihan bantuan kepada golongan ini pada satu tumpuan utama atau pun focal point sahaja bagi memudahkan pengagihannya supaya ia lebih bersepadu, teratur dan berkesan. Kita berharap isu ini akan dapat ditangani secara menyeluruh dan bersepadu melalui penanganan isu-isu yang berkait rapat dengan punca keseluruhan masalah kemiskinan ini yang mencakupi semua aspek seperti kadar pengangguran, pertumbuhan ekonomi, budaya, cara hidup, sistem pendidikan, sistem kesejahteraan dan mindset dan lain-lain. Keempat kaola juga ingin menyentuh 2 petunjuk prestasi utama Jabatan Pembangunan Masyarakat iaitu:

  1. Jumlah atau peratus penerima bantuan yang mendapat pekerjaan; dan
  2. Peratus penerima keluar dari program bantuan kebajikan.

Kaola ingin mengemukakan 2 pertanyaan berkaitan petunjuk prestasi utama ini:

  1. Berapakah dari jumlah penerima-penerima ini adalah able bodied adakah trend keramaian peminta bantuan ini bertambah atau sebaliknya. Apakah usaha-usaha kementerian untuk meningkatkan peratus penerima-penerima ini mendapat pekerjaan dan keluar dari program bantuan kebajikan ini.; dan

  2. Apakah aspek-aspek kemahiran yang telah dibekalkan kepada penerima-penerima ini setakat ini bagi membolehkan mereka dapat berdikari dan menyara hidup tanpa berharap kepada bantuan orang lain.

Yang terakhir, kita sering memberigakan hasrat dan matlamat negara untuk menjadi Connected Smart Nation. Ke arah merealisasikan sasaran negara sebagai Connected Smart Nation ia memerlukan rakyatnya mempunyai pengetahuan dan celik digital. Kemahiran digital ini bukan saja perlu diterapkan kepada kalangan penuntut-penuntut sekolah, belia-belia, working population sahaja, malahan sepatutnya juga dilaratkan kepada semua peringkat rakyat termasuk golongan warga emas. Sebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakan warga emas ini adalah masih kurang mahir dalam penggunaan teknologi digital.

Ke arah itu, kaola ingin mengajukan pertanyaan. Adakah cadangan kementerian untuk memperluaskan inisiatif pendidikan digital kepada warga emas bukan saja di pusat-pusat warga emas malahan di tempat-tempat khas misalannya kelas-kelas khusus secara menyeluruh?

Kaola cadangkan supaya perkara ini akan dapat diteliti viabilitynya dan dibincangkan dengan Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi yang berkepentingan bagi kemungkinan untuk spearhead perkara ini sebagai aktiviti memperkasa kapasiti warga emas.

Sasaran pertama yang kaola ketengahkan ialah golongan warga emas yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini ialah bagi memudahkan mereka memasarkan produk-produk mereka secara online. Perkara ini kaola bangkitkan kerana menurut maklum balas yang diterima bahawa semasa COVID-19 sebilangan bisnes warga emas ini telah terjejas dan ada yang terpaksa ditutup disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk memasarkan produk-produk mereka secara online seperti yang dilakukan oleh peniaga-peniaga belia yang menggunakan Facebook, Instagram, WhatsApp dan banyak lagi apps yang lain. Dengan pengetahuan ini, sekurang-kurangnya ia akan meningkatkan pendapatan mereka secara berterusan ‫ان شاء للا‬.

Sekianlah yang dapat kaola kongsikan untuk pencerahan dan cadangan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

‫بسم للا الرحمن الرحيم‬ terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas soalan dan cadangan yang diajukan tadi. Kaola ingin menyentuh yang akhir sekali iaitu:

  1. Connected Smart Nation. Kemahiran digital sudah setentunya salah satu kemahiran yang amat penting apabila kita melangkah daripada alam persekitaran yang kita terbiasa berjinak-jinak dengan internet, online dan sebagainya. Ini sudah setentunya menyumbang kepada tatacara kita mengusahakan usaha kita sama ada dalam bidang perniagaan ataupun memperluas, memasarkan produk-produk kita. Bagi sebilangan warga emas termasuk kaola sendiri walaupun belum mencapai warga emas tapi hampir-hampir menjadi warga emas, memanglah kita tidaklah setangkas generasi-generasi baharu dalam kita menggunakan kemahiran digital dan sebagainya.

    Cadangan ini sudah setentunya satu cadangan yang baik dan abiskaola di kementerian ini sudah setentunya akan meneliti cadangan ini bagaimana untuk kita menerapkan kemahiran-kemahiran asas ini kepada warga emas kita bukan sahaja di pusat-pusat warga emas tapi juga di tempat-tempat lain dan sudah setentunya kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan.

  2. Mengenai KPI JAPEM atau peratus yang mendapat kerja dan berapa banyakkah yang able bodied? Jadi kaola memohon untuk akan berbalik semula kepada perkara ini nanti dan cuba untuk mendapatkan dulu maklumat-maklumat terperinci mengenai dengan peratus-peratus yang dimaksudkan tadi dan juga peratus-peratus lepasan PPB.

    Apa yang dapat kaola kongsikan di sini Pusat Pembangunan Belia ini banyak menawarkan program-program dan salah satu program yang merupakan satu kemahiran asas yang kementerian ini cuba untuk menerapkan adalah kemahiran menangani hal ehwal kewangan bisnes. Walaupun secara ringkas dan asasnya, belia-belia ini perlu diberikan kemahiran ini sekurang-kurangnya dapat mengurus cash flow, dapat melihat balance sheet, apa pun hasil dari bidang-bidang keusahawanan mereka ini.

    ‫أَلْحَمْدُ ِللهِ‬, perkara ini akan diteruskan dan kemahiran menangani hal-ehwal kewangan dan bisnes ini sudah setentunya akan diteruskan dan akan diteliti lagi bagaimana program-program serupa ini dapat dikendalikan dengan cara lebih berkesan.

  3. Mengenai peratus lepasan PPB yang menjalani kursus, perkara ini juga kaola ingin mendapatkan maklumat-maklumat terperinci lagi dari segi peratus lepasan yang boleh nanti kaola kongsikan sedikit masa lagi. Apakah usaha untuk keluar daripada kebergantungan kepada bantuan-bantuan yang dihulurkan?

    Sebenarnya apa yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Belia ini ada juga program-program ditawarkan kepada golongan sasaran ini. Objektif utamanya sama seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim iaitu cuba untuk menarik golongan ini daripada terlalu bergantung kepada bantuan yang dihulurkan. Ertinya mereka akan sedikit sebanyak akan dapat berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri untuk mendapatkan sumber pendapatan. Inilah dihasratkan yang kita menyediakan program-program di bawah Pusat Pembangunan Belia.

Sekian, itu saja barangkali yang dapat kaola cuba untuk menjawab pada setakat ini. ‫للا‬, butir-butir lain yang lebih terperinci akan kaola cuba dapatkan dahulu sebelum kaola menjawab perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم للا الرحمن الرحيم‬

  1. Tentang Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), kaola merujuk kepada KPI peratus penerima keluar dari program bantuan kebajikan. Anggaran peratusan tahun 2021/2022 ialah sebanyak 5% manakala peratus sebenar tahun tersebut meningkat sebanyak 1% iaitu sebanyak 6% secara keseluruhan. Sasaran bagi peratus keluar dari program bantuan kebajikan bagi tahun 2023/2024 hingga 2025/2026 adalah sebanyak 5%.

    Jika diteliti secara purata sebanyak 5% sahaja penerima keluar dari Program-Program Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Hal ini telah menunjukkan tidak ada peningkatan dari segi kadar peratusan penerima keluar dari Program Bantuan Kebajikan dan seharusnya sasaran mampu mencapai target yang lebih tinggi dengan adanya Skim Kebajikan Negara (SKN) dan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang menggalakkan orang bekerja termasuk bekerja sendiri (self-employed).

    Disarankan kepada pihak kementerian menjemput pihak Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) memberi taklimat kepada penerima-penerima bantuan untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan Skim Persaraan Kebangsaan. ‫لِل‬ َ ‫ أل َح ْم ُهد ّ ٰه‬dan syabas kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang berjaya mengintegrasi data-data berkaitan dengan penerima-penerima bantuan dalam satu database, Sistem Kebajikan Negara. Pengesahan perlu dibuat dengan menggandakan lawatan susulan ke tempat kediaman penerima-penerima bantuan ini untuk menilai dan mengenalpasti pelan-pelan tindakan yang bersesuaian bagi membantu mereka keluar dari kemiskinan.

    Sebagai contoh, adanya minat mereka dalam membuat kuih muih, sebaiknya adanya bantuan dari segi peralatan-peralatan yang diperlukan bagi memulakan perusahaan dan juga dari segi bantuan untuk mempromosikan perusahaan mereka.

    Kaola ingin mencadangkan integrasi selanjutnya untuk memudahkan dan melicinkan proses membuat keputusan berkaitan bantuan kebajikan di Negara Brunei Darussalam. Pada masa ini, ada 4 buah agensi yang menghulurkan bantuan dengan dana (fund) mereka sendiri iaitu JAPEM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kaola cadangkan penubuhan satu jawatankuasa atau badan penilai, decision body yang dianggotai oleh wakil-wakil dari keempat-empat agensi yang berkepentingan iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tanggungjawab seperti berikut:

    1. Menapis bagi permintaan baharu;
    2. Menilai jenis bantuan;
    3. Peruntukan kategori bantuan, contoh: zakat peralatan sekolah; dan
    4. Syarat-syarat bantuan, contoh: jangka masa bantuan yang terhad sahaja.

    Sumber dana adalah seperti keadaan sekarang sebagaimana contoh melalui sumber zakat dan Baitul Mal dari Kemeterian Hal Ehwal Ugama. Jawatankuasa ini juga membahaskan cadangan-cadangan untuk menghentikan bantuan bagi penerima bantuan yang sudah dapat berdikari dan pemantauan yang akan dibuat.

  2. Soalan kedua mengenai dengan Pusat Sejarah. Kaola merujuk indikator jumlah pengunjung ke Pusat Sejarah, sasaran berjumlah 8,000 orang adalah rendah berbanding dengan jumlah sebenar 36,376 orang bagi tahun 2021 dan tahun 2022. Dalam hal ini, kaola memohon pencerahan;

    1. Apakah alternatif atau perkembangan terbaharu Pusat Sejarah Brunei dalam mempromosikan sejarah Brunei kepada masyarakat umum mahupun para pelancong.;
    2. Sejauh manakah keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei. Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan hanya memfokuskan pelajar-pelajar sahaja; dan
    3. Apakah langkah-langkah atau inisiatif Pusat Sejarah Brunei untuk memodenkan atau mendigitalkan bahan-bahan atau sumber-sumber sejarah yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei agar memudahkan para pengkaji mengakses sama ada secara fizikal mahupun secara online.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

‫بسم ه‬. Terima kasih Yang ‫للا الرحمن الرحيم‬ Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan cadangan yang diajukan.

Kaola ingin menyentuh mengenai dengan cadangan untuk mengintegrasi proses bantuan SKN. Kaola rasa perkara ini juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim tadi yang kaola terlepas pandang. Maklumat mengenai penerima bantuan secara sepadu ataupun masih seperti dahulu.

Sebenarnya sistem ini, matlamatnya adalah untuk menyalurkan permohonan bantuan itu, ertinya lebih merupakan kepada suatu focal point bagi orang ramai yang memerlukan bantuan menyalurkan permohonan. Jenis-jenis bantuan seperti yang disebutkan tadi memang lebih daripada satu iaitu JAPEM, Kementerian Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Masing-masing dikawal oleh aktanya, dan juga prinsip-prinsip fundamental umpamanya agihan zakat. Memang ada prinsip-prinsip fundamentalnya sendiri yang tidak sama dengan bantuan-bantuan lain yang dihulurkan.

Namun bagaimanapun, contoh bantuan yang dihulurkan oleh JAPEM dan bantuan daripada Kementerian Pendidikan iaitu bantuan persekolahan telah dapat disatukan dan ianya ‫ان شاء للا‬ akan lebih dapat meringkaskan lagi tatacara permohonan bantuan dan ianya masih dalam peringkat awal dan sudah setentunya pada masa akan datang, banyak lagi perkara-perkara yang akan dapat dikemaskinikan untuk mencapai matlamat utamanya untuk memudahkan bagi pihak-pihak penerima bantuan ini ataupun pemohon-pemohon penerima bantuan ini untuk mendapatkan bantuan. Itu mengenai dengan SKN.

Yang kedua, cadangan bagi pihak JAPEM untuk menjemput SPK memberikan taklimat. Ini sudah setentunya satu cadangan yang baik dan pihak JAPEM sudah setentunya akan meneliti bagaimana nanti akan menjemput pihak SPK untuk memberi program-program taklimat yang dimaksudkan.

Pusat Sejarah Brunei ini mungkin tidak ramai yang tahu di mana Pusat Sejarah Brunei tetapi koleksi bahan-bahan sejarah di sana sudah setentunya amat padat dan mempunyai nilai yang tinggi dan memanglah pelbagai program yang diatur, disusun untuk menarik lebih ramai pengunjung-pengunjung untuk mengunjungi Pusat Sejarah Brunei dan melihat sendiri bahan-bahan koleksi di Pusat Sejarah Brunei. Sebagai contoh, setiap kali kita mengadakan ‘Bandarku Ceria’, Pusat Sejarah Brunei akan cuba menarik minat pengunjung-pengunjung ‘Bandarku Ceria’ untuk singgah di Pusat Sejarah Brunei untuk melihat dan membawa ahli keluarga untuk berkunjung melihat bahan-bahan koleksi pameran.

Kedua mengenai dengan memodenkan koleksi bahan-bahan, bagaimana mempamerkan. Perkara ini adalah satu perkara yang memang sedang dibuat penelitian bagaimana cara kita bukan sahaja untuk mempamerkan bahan-bahan koleksi, tetapi juga untuk melihat bagaimana kita memelihara bahan-bahan koleksi supaya ia tidak akan rosak dan baru-baru ini, kita ada menandatangani satu Memorandum of Understanding bersama negara Turkiye, yang mana pihak Turkiye akan menghulurkan bantuan dari segi pemeliharaan dan penyimpanan bahan-bahan koleksi bukan sahaja di Pusat Sejarah Brunei, tetapi juga di muzium-muzium dan tempat-tempat pameran kita.

Jadi ini sudah setentunya merupakan satu perkara yang akan kita tangani nanti. Mungkin pada peringkat ini, di situ sahaja kaola dapat kongsikan. ‫للا‬ ‫ان شا هء ه‬ kaola akan cuba mendapatkan maklumat-maklumat lagi yang dapat menjawab secara tepat persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan tadi.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

‫سم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas peluang yang diberikan kepada kaola untuk sama-sama membincangkan belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kaola juga ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas pembentangan belanjawan bagi kementerian tersebut dan seterusnya hala tuju kementerian ini.

Adalah diharapkan apa juga rancangan atau inisiatif akan dilaksanakan dapat dibuat dengan sebaik-baiknya seperti yang disasarkan khususnya golongan yang memerlukan semata-mata demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Kaola ingin menimbulkan di sini mengenai masa depan Orang Kelainan Upaya (OKU). Tidak syak lagi bahawa kesejahteraan orang kelainan upaya adalah tanggungjawab kita bersama sebagai negara dan masyarakat yang bersandarkan kepada budaya pemedulian dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Warga OKU wajar diberikan peluang sama dalam kehidupan mereka terutama sekali dalam pendidikan mereka dari usia awal agar tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan mana-mana individu di Negara Brunei Darussalam. Sama seperti mana-mana individu, penyediaan pendidikan dan lebih penting progression dalam pendidikan adalah tunggak utama yang menentukan masa depan seseorang itu.

Kaola difahamkan bahawa Pusat Pembangunan Kanak-Kanak (CDC) di bawah Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan merupakan antara wadah perkembangan dan pendidikan khas bagi kanak-kanak OKU yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, terdapat fasiliti-fasiliti yang di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan seperti Pusat-Pusat Bahagia di keempat daerah yang bertujuan untuk memberikan kemahiran asas kepada golongan OKU, di samping pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan SMARTER yang menyediakan program-program kemahiran yang tertentu bagi golongan OKU.

Walaupun terdapat beberapa success stories mengenai golongan OKU yang menceburi dunia pekerjaan mahupun mereka yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, masih terdengar rintihan-rintihan bahawa sebahagian golongan OKU ini dalam kategori mampu untuk bekerja (able to work) masih menghadapi cabaran besar untuk mendapat pekerjaan sama ada di sektor awam ataupun sektor swasta.

Selain itu, pekerjaan bagi OKU seolah-olah masih banyak tertumpu kepada backend atau back office sahaja, yang boleh sahaja mengehadkan minat dan pilihan OKU dalam perkembangan kerjaya ataupun career development di negara ini pada masa akan datang.

Ke arah ini, kaola ingin pencerahan daripada Yang Berhormat sejauh manakah program-program kemahiran yang disediakan bagi OKU benar-benar menepati market pekerjaan dan standard yang dikehendaki berdasarkan market demand? Adakah analisis pernah dibuat mengenai impak program yang disediakan bagi OKU dan kejayaan mereka dalam kerjaya?

Di samping itu apakah usaha antara agensi-agensi berkenaan untuk memastikan lebih banyak peluang dan variety pekerjaan yang lebih marketable adalah inklusif bagi golongan OKU agar mengatasi mismatch antara kehendak majikan dan kemahiran serta minat OKU.

Secara keseluruhannya, sudahkah tiba masanya untuk dipertimbangkan bagi menubuhkan sebuah akademi atau pusat latihan di peringkat kebangsaan yang dikhususkan untuk OKU mengikut condition capability atau talent masing-masing dengan berdasarkan kepada kurikulum pendidikan yang sistematik demi memfokuskan kepada growth ataupun perkembangan seseorang itu dan progression mereka dari awal sehinggalah mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan dan marketable, sekali gus ‫ان شاء هللا akan berdikari di masa akan datang.

Yang kaola masudkan tadi adalah bangunan dalam satu bumbung, boleh disediakan dengan pelbagai fasiliti untuk kemudahan mereka yang berkeadaan lebih kondusif dan environmentally friendly seperti alat-alat pemulihan, gimnasium, kawasan beriadah, bengkel latihan, kantin, surau dan lain-lain. Ini bermakna kita boleh menyediakan one stop center facility khusus kepada golongan OKU ini.

Kaola ingin menimbulkan di sini tentang Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah Akta Pusat Penjagaan kanak-kanak. Dalam kita bersama-sama memastikan kesinambungan budaya negara dan bangsa Brunei, kaola berpendapat bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting dan berharga khususnya dalam pembangunan sahsiah. Membangun sahsiah ini harus bermula dari kanak-kanak dan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah merupakan pendedahan awal kanak-kanak kepada kehidupan.

Dalam Dewan ini, kaola ingin menyuarakan kebimbangan sebahagian orang ramai mengenai cabaran-cabaran terhadap identiti kitani orang Brunei yang kaola khuatiri ianya mungkin semakin hakis dari sedikit ke sedikit, disebabkan oleh ledakan informasi dari penggunaan teknologi informasi komunikasi. Misalnya sahaja, kita melihat kanak-kanak lebih menguasai atau fasih dalam bahasa Inggeris dibandingkan dengan kemahiran kepercayaan mereka dalam bahasa ibunda kitani sendiri.

Belum lagi berkeupayaan untuk menguasai sejarah, bahasa dalam, penulisan, kesusasteraan, budaya dan cara hidup orang Brunei. Kaola juga melihat inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menangani isu ini haruslah bukan bersifat isolation dan complacent.

Dari itu, apakah usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan secara lebih collective bukan sahaja di antara jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tetapi hendaklah juga bawa bersama agensi yang relevan seperti Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan sebagai satu pasukan yang memastikan pendedahan awal termasuk yang berunsurkan ajaran Agama Islam, nilai norma, budaya dan sejarah orang Brunei dan lain-lain diterapkan di peringkat awal lagi khususnya di Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.

Dapatlah latihan-latihan khas diberikan kepada Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak ini agar digembelingkan dengan program Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang lain seperti pembahagian pek literasi awal kanak-kanak dan sebagainya dilaksanakan sebagai program pembangunan jati diri kanak-kanak.

Kaola ingin menimbulkan tentang kemiskinan. Yang Berhormat Pengerusi, kemiskinan sering kali dirujuk sebagai satu fenomena kekurangan ketidakcukupan atau ketidakstabilan pendapatan seisi rumah sehingga menjurus kepada penggunaan yang tidak cukup mahupun lengkap.

Risiko disebabkan perumahan yang berkualiti rendah menyebabkan mudah terdedah kepada masalah kesihatan, jenayah dan bencana alam semula jadi. Alhamdulillah, lazimnya langkah-langkah pembasmian kemiskinan di negara ini dilaksanakan dalam bentuk bantuan kebajikan yang bertujuan meringankan bebanan rakyat di negara ini dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah untuk meningkatkan kualiti mereka, di samping mengurangkan bebanan yang kaola maksudkan tadi.

Dengan ketiadaan poverty line index, pengukuran atau takrif kemiskinan di negara ini, jika kaola tidak silap, adalah masih berasaskan garis pandu yang diguna pakai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Persoalannya, dapatkah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Kementerian Hal Ehwal Ugama menyatakan data ataupun keramaian terkini golongan yang diistilahkan atau ditakrifkan dalam golongan kemiskinan.

  1. Adakah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai perancangan strategik untuk menyemak semula atau merangka takrif baharu kemiskinan ini, dengan mengambil kira seperti kenaikkan harga barang-barang keperluan seharian dan juga kos-kos yang lain seperti kos pengangkutan, kos harga rumah, pinjaman dari bank dan lain-lain.

    Inilah yang sebenarnya apa yang kita maksudkan di sini ialah mengenai net income atau pendapatan yang mereka perolehi selain daripada perbelanjaan-perbelanjaan asasi yang perlu mereka bayar dari bulan ke sebulan. Sekiranya strategi yang ada untuk mengatasi isu kemiskinan yang semakin ketara ini atau program-program untuk membantu golongan yang tersepit dalam lingkungan kemiskinan atau poverty cycle agar dapat keluar dari lingkaran tersebut masih kurang berkesan, bagi pendapat kaola.

  2. Kaola seterusnya ingin bertanya, adakah pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama ada membuat kajian yang lebih terperinci berdasarkan kepada keadaan semasa supaya mereka yang ‘bulat-bulat’ berharap sepenuhnya kepada bantuan kebajikan bulanan yang mereka terima setiap bulan atau sebagai penerima asnaf ini, benar-benar boleh menukar mindset mereka untuk menjadi golongan mendiri dan tidak lagi mengharap sepenuhnya ke atas bantuan-bantuan yang diberikan selama ini oleh pihak yang berkenaan.

    Barangkali, kaola fikir perkara ini juga ada kaitan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

  3. Seterusnya ialah peluang pekerjaan bagi belia yang tidak berkelayakan. Kaola ingin mengucapkan syabas kepada pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atas pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk menjana lebih banyak peluang kepada belia-belia untuk berkecimpung dalam pelbagai inisiatif untuk membangun keperibadian dan skills set mereka khususnya untuk meningkatkan pemasaran pekerjaan kepada mereka yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat belia-belia yang mungin dikatakan tercicir atas sebab terkeluar daripada sistem pendidikan pada usia yang muda ataupun sebab-sebab lain yang tertentu. Belia-belia ini juga hendaklah diberikan peluang untuk menjadi insan yang berguna dan tidak dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi tambahan dalam golongan pengangguran, menjadi pemohon bantuan kerajaan dan besar kemungkinan akan menimbulkan masalah sosial atau terlibat dalam jenayah sepertimana yang kita dengar di dalam berita dari semasa ke semasa.

Sebagai tambahan kepada usaha-usaha Pusat Pembangunan Belia, apakah peranan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meningkatkan lagi outreach program yang menjadi isu atau masalah sosial yang lebih serius. Apakah strategi utama untuk menghindarkan perkara sedemikan boleh berlaku di masa akan datang?.

Dalam pada itu, di sini akhirnya kaola belum lagi dapat kepastian, kaola akan menimbulkan mengenai Melayu Islam Beraja sama ada di bawah Kementerian Belia dan Sukan ataupun Kementerian yang lain.

Jika dapat kaola boleh menimbulkan di sini, Yang Berhormat Pengerusi?

Yang Berhormat Pengerusi

Saya kira ada baiknya jika kita memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain juga untuk bertanya. Yang Berhormat telah mengajukan beberapa soalan yang banyak, jadi biarlah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan cuba untuk menjawab ataupun memberi keterangan-keterangan yang lanjut.

Jadi, soalan-soalan lain bolehlah kita timbulkan dalam satu ketika yang lebih bersesuaian kemudian nanti.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

Kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola, dan kaola sudahi dengan السَّالم عليكم ورحْمةُ هللاِ وبركاتُه. وباهلل التوفيق والهداية.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan.

Kaola bersetuju banyak soalan ini. Kaola akan cuba untuk menjawabnya dan seandainya kaola belum dapat menjawabnya, kaola memohon izin untuk kembali semula nanti.

Pertama sekali, kaola ingin menyentuh isu kemiskinan. Isu kemiskinan merupakan salah satu isu sosial di samping isu-isu sosial lain.

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bersama dengan kemeterian-kementerian lain telah mengambil pendekatan senegara dalam menangani isu-isu seperti ini. Pada peringkat nasional, kita ada menubuhkan satu jawatankuasa peringkat nasioal iaitu Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS).

MKIS ini meneliti dan melihat bagaimana cara pihak kerajaan secara bersepadu dapat menangani isu-isu sosial yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, salah satunya adalah isu kemiskinan, langkah-langah pembasmian kemiskinan yang bebentuk bantuan dan memanglah tidak terhad kepada langkah-langkah yang berbentuk bantuan kerana kita juga memahami bahawa untuk mereka ini keluar daripada kitaran kemiskinan, mereka memerlukan perubahan minda untuk tidak begantung secara berterusan kepada bantuan kerajaan tetapi untuk cuba berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri.

Untuk memudahkan ke arah itu, beberapa program-program kemahiran disusun untuk membantu bagaimana golongan ini akan dapat keluar daripada kitara kemiskinan ini. Dari segi perancangan strategik untuk mengambil kira kos yang meningkat untuk melihat takrif kemiskinan, setakat ini belum ada perancangan untuk meneliti semula tetapi yang digunapakai masih lagi takrif kemiskinan yang kita gunakan selama ini oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mahupun kementerian-kementerian yang lain.

Dari segi kajian secara terperinci, adakah sudah dibuat. Sistem Kebajikan Negara (SKN) memang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan kita mengenal pasti dan membuat peta di mana golongan-golongan ini dan bagaimana cuba untuk menukar dan mengubah mindset minda kepada yang lebih mandiri.

Kebanyakannya apabila mereka duduk diam secara berkumpulan dari golongan yang sama merupakan lebih sukar untuk kita cuba menukar minda dan mindset golongan tersebut. Bagaimanapun, perkara ini sudah setentunya akan ditunduki lagi dan diteliti secara lebih terperinci.

Orang Kurang Upaya (OKU). Seperti cadangan Yang Berhormat tadi itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memang sedang dalam perancangan untuk mendirikan satu Pusat Orang Kurang Upaya (OKU) yang di bawah satu bumbung untuk dapat menempatkan program-program kemahiran bagi memastikan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) akan mendapat kemahiran yang sejajar dengan keperluan sektor-sektor dan peluang-peluang pekerjaan di sektor-sektor ekonomi di negara ini.

Memang keluhan-keluhan itu sering didengar oleh kementerian ini yang mana para ibu bapa ingin melihat anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) berdiri di atas kaki sendiri, mendapat sumber-sumber pendapatan yang membolehkan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berkeluarga dan beranak-pinak, menyara keluarga masing-masing tanpa bergantung kepada ibu bapanya ataupun mana-mana pihak.

Perkara ini adalah merupakan satu cabaran kerana Orang Kurang Upaya (OKU) keperluannya berbeza-beza tertakluk kepada keperluan-keperluan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) masing-masing. Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Orang Kurang Upaya (OKU) ini nanti program-program kemahiran akan dapat dikendalikan dan ditawarkan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Di samping itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga bekerjasama rapat dengan pihak MPEC untuk cuba memberi peluang bagi anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) peluang-peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan oleh syarikat-syarikat. Baru-baru ini satu job fair yang dapat kita lihat peningkatan dari syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Seperti Yang Berhormat timbulkan tadi pekerjaan itu adalah terhad kepada back office dan ia tertakluk kepada setiap anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) itu apa keperluannya dan keupayaannya yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat berkenaan. Kita berharap di masa akan datang lebih ramai lagi syarikat-syarikat yang akan dapat menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Satu perkara yang ingin kaola kongsikan, dari sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada beberapa organisasi di Negara Brunei Darussalam yang sudah tidak asing lagi menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU). Contohnya, Tabung Amanah Pekerja (TAP) dari dahulu lagi telah pun menawarkan bidang-bidang pekerjaan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dan bukan itu sahaja, mereka mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan warga pegawai dan kakitangan di Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan pegawai dan kakitangannya sendiri mengambil inisiatif untuk belajar bahasa isyarat.

Ini sudah setentunya adalah satu perkara yang dapat dibanggakan. Agensi-agensi lain yang kaola difahamkan juga adalah Jabatan Pengangkutan Darat juga ada mengambil dan memberi peluang-peluang kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU). Ini merupakan satu contoh yang baik yang dapat disebarluaskan lagi yang mana lebih ramai lagi agensi-agensi kerajaan mahupun swasta bukan kerajaan untuk membuka peluang-peluang pekerjaan kerana ia merupakan salah satu CSR bagi syarikat-syarikat swasta.

Baru-baru ini kaola berpeluang cuba untuk menggalakkan syarikat-syarikat kerajaan GLC‘s untuk cuba melihat perkara ini dan ‫هانه شاءه للا‬ jika sekiranya peluang-peluang itu akan dapat kita buka dan ia sudah setentunya akan memberi keyakinan kepada ibu bapa anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) itu sendiri.

Kaola berhenti di sini sahaja dahulu dan ‫ان شاء هللا‬ kaola akan cuba mendapatkan maklumat-maklumat lagi untuk mana-mana soalan yang kaola tidak dapat menjawab pada masa ini. ‫ان شاء هللا‬ dengan maklumat-maklumat lanjut kaola akan cuba menjawab pada satu ketika nanti.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun bersidang sepanjang hari dan telah meneliti atau mendengar taklimat daripada dua kementerian.

Pada pagi tadi kita telah pun mendengar mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan kita juga telah mula membincangkan mengenai Rang Undang-Undang Belanjawan kementeriannya pada tengah hari tadi, memanglah bertujuan untuk meneruskan dan memikirkan mengenai Kementerian Kesihatan dan kita memohon maaf kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kita tidaklah cuba untuk mengenepikan kementeriannya yang mana sangat penting dan strategik dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun, ‫هانهشاءهللا‬kita akan melaksanakan tugas-tugas yang penting itu kemungkinan pada hari esok dan kita akan juga perlu melaksanakan tugas-tugas meneliti Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Oleh sebab saya kira masanya adalah sangat singkat bagi kita sekarang ini dan setentunya Kementerian Kewangan dan Ekonomi masih tertunggu-tunggu mengenai bila mana kita cuba untuk meluluskan Rang ini. Kita mempunyai satu lagi kementerian yang belum kita sempat melihatnya, iaitu Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan juga Tajuk Kemajuan yang perlu juga kita tunduki. Dalam keadaan kita yang serba kekurangan masa, saya harap Ahli Yang Berhormat akan bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi supaya kita akan dapat meluluskan Rang yang kita hadapi dalam masa yang sesingkat-singkatnya.

Saya kira cukuplah sekian kita berbincang mengenai Rang Belanjawan setakat ini dan saya ingin menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita akan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya ingin mencadangkan supaya persidangan kita ini kita tangguhkan dahulu setelah sepanjang hari kita bersidang. ‫ان شاء هللا‬, kita akan bersidang semula pada esok hari Rabu, 22hb. Mac 2023M seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi.

Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.