Skip to main content

HARI KE-13 PAGI

For Informational Purposes Only

18HB MAC 2023M - PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulis

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada pagi ini iaitu hari yang ketiga belas Isnin, 27hb. Syaaban 1444H bersamaan 20hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُهُ بسم هللا الرحمن الرحيم‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ال‬. ‫الحمد لل‬ kita bersyukur kehadrat ‫هللا سبحانه وتعالى‬ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang ketiga belas dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ‫سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم‬ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Tajuk-Tajuk Jadual bagi Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

‫الرحْ يم‬ َّ ‫ن‬‫م‬َٰ ِ َّ ْ‫ح‬ ‫الر‬ ِ ‫ّٰللا‬ ‫ه‬ ‫ْم‬ ‫س‬ ِ ِ‫ب‬ Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis sekarang bersidang di peringkat jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu.

Pada hari Sabtu yang lepas, Mesyuarat Jawatankuasa telah mula meneliti dan membahaskan jadual Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Sebelum kita menyambung semula meneliti dan membahaskan tajuk Kementerian ini, saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pembangunan ingin mengemukakan kenyatan bagi soalan-soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik pada hari Sabtu yang lalu.

Saya berikan kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬Salam sejahtera Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih di atas kesempatan untuk menyusul kembali soalan-soalan yang telah dibangkitkan pada mesyuarat hari yang kedua belas.

Beberapa perkara yang ingin kaola menyampaikan lagi untuk melengkapkan lagi jawapan-jawapan daripada soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat pada hari Sabtu lepas.

Untuk permulaannya kaola menyampaikan ada satu jawapan daripada soalan yang dibangkitkan jua oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengenai dengan perkara Tajuk SK04A dan Tajuk SK06A iaitu pembinaan rumah-rumah yang sudah lama didiami tetapi tidak menepati syarat bagi mendapatkan penyambungan bekalan elektrik.

Jadi, untuk ini kaola mohon menyampaikan jawapan yang dipohonkan kepada kaola untuk menyampaikan bagi pihak Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II berkaitan dengan perkara ini. Kaola mohon membacakan teks jawapan dari Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Terima kasih atas cadangan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengenai dengan sistem solar persendirian bagi kediaman-kediaman yang tidak menepati syarat untuk permohonan mendapatkan bekalan elektrik. Izinkan kaola menambah pencerahan.

Menyentuh mengenai dengan pemasangan tenaga solar di rumah-rumah atau bangunan-bangunan, pada masa ini sudah ada terdapat lebih kurang 20 buah syarikat pembekal tenaga solar yang boleh memberi khidmat pemasangan tenaga solar persendirian di negara ini. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 40 buah rumah persendirian yang sudah menggunakan tenaga solar.

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri sememangnya mengalu-alukan siapa sahaja untuk memasang tenaga solar di rumah atau bangunan-bangunan masing-masing bagi memudahkan dan menggalakkan lagi pengunaan tenaga solar yang lebih meluas.

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri telah pun melancarkan sistem pemeteran tenaga bersih net metering di mana tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sistem tenaga solar yang berlebihan dapat di eksport ke grid utama untuk dibekalkan balik semula apabila diperlukan kemudian.

Di samping itu, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri sedang giat mengadakan pemberigaan dan jerayawara dari masa ke semasa dan sentiasa memberikan khidmat nasihat kepada siapa sahaja yang berminat. Maklumat lanjut dapat diperolehi dengan menghubungi atau melayari laman sesawang Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi pemilik rumah-rumah daif yang tidak dapat mematuhi piawaian keselamatan bagi membolehkan bekalan elektrik, bolehlah menghadapkan bantuan kepada pihak-pihak yang tertentu untuk menaiktaraf perumahan mereka.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik seperti biasa boleh memberi khidmat nasihat untuk cara menaiktaraf perumahan mereka sekadar cukup bagi membolehkan tenaga elektrik dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan asas. Perkara ini memang sudah menjadi amalan biasa dan ada juga terdapat dermawan persendirian yang tampil untuk memberi sumbangan.

Bagi bangunan-bangunan yang terletak di kawasan yang sememangnya tidak ada rangkaian bekalan elektrik seperti di kawasan pedalaman, Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan menyediakan bekalan sementera seperti tenaga solar dan lebih kurang 90 buah rumah di pedalaman telah menikmati bantuan ini.

Program untuk menyediakan rangkaian bekalan elektrik terutama sekali di kawasan pedalaman akan terus dijalankan. Sebagai contoh di bawah RKN ke-11, Projek Penambahan Rangkaian Tenaga Elektrik di Kawasan Sukang dan Melilas dijangka akan dapat disiapkan dalam akhir tahun ini.

Mengenai dengan rumah-rumah atau bangunan-bangunan yang tidak mematuhi atau bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada, misalnya menduduki tanah tanpa izin pemilik tanah atau tidak mematuhi building codes, dinasihatkan supaya pemilik akan dapat menyelesaikan isu-isu dengan teratur.

Walau bagaimanapun, pada masa ini tidak ada peraturan yang melarang pemilik daripada memasang tenaga solar secara persendirian. Pemilik bolehlah berhubung terus dengan syarikat-syarikat pembekal tenaga solar yang sedia ada untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Yang Berhormat Pengerusi. Demikianlah jawapan yang kaola diwakilkan untuk menyampaikan bagi pihak Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Seterusnya, bagi pihak kaola sendiri kaola ingin menyampaikan keterangan lanjut mengenai dengan beberapa soalan yang dibangkitkan pada mesyuarat hari kedua belas pada hari Sabtu 18hb. Mac 2023M.

Pertama mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan nisbah tempatan asing 20:80 yang digunapakai dalam semua industri pembinaan dan cadangan dari persoalan Yang Berhormat untuk menilai semula nisbah tempatan dengan mencadangkan satu set nisbah yang berlainan berdasarkan klasifikasi syarikat dan skopnya bagi membolehkan perkhidmatan dan pembekal untuk mempunyai peluang pekerjaan dan dapat dikenal pasti yang boleh menarik minat tenaga kerja tempatan.

Untuk jawapannya, disampaikan dalam melaksanakan peranan Kementerian Pembangunan selaku peneraju bagi Manpower Industry Steering Committee (MISC) bagi sektor pembinaan sejak penubuhan jawatankuasa ini pada tahun 2020, beberapa program dengan sokongan padu dari institusi-institusi, agensi-agensi dan autoriti berkaitan telah dilaksanakan.

Komiti ini telah mengenalpasti sebelas critical occupation yang boleh diambil alih oleh anak-anak tempatan iaitu:-

  1. Resident Technical Officer.
  2. Clerks of Works.
  3. Construction Site Representatives.
  4. Draughtsperson atau Tukang Lukis.
  5. Penyelaras HSE.
  6. Pemandu Heavy Goods Vehicles Kelas II dan V.
  7. Tukang Kayu.
  8. Scaffolders bagi pembinaan.
  9. Juruelektrik Bangunan.
  10. Juruteknik Penghawa Dingin.; dan
  11. Tukang Paip (Plumbers).

Dari penglibatan Kementerian Pembangunan melalui MISC ini, beberapa program telah dilaksanakan yang antara lain termasuk:-

Bersama pihak swasta dalam mengungkayahkan program latihan kepada 2 pengambilan cohort lepasan graduan dalam jurusan teknikal yang berdaftar dengan i-Ready untuk mengikuti program Architect, Mechanical and Electrical, Civil and Structural (ARMECS).

Program ini bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang teknikal seperti Site Supervisors dan Resident Technical Officers. Bersama Institute Brunei Technical Education (IBTE) di mana melalui program dual Technical and Vocational Education Training (TVET) bagi Level HNTEC dalam Construction and Draughting seramai 199 pelajar dalam dua pengambilan telah mengikuti kursus tersebut bermula pada bulan Julai 2021 bagi pengambilan pertama dan pada bulan Ogos 2022 bagi pengambilan kedua.

Kursus tersebut dijalankan selama dua tahun di IBTE dan pelajar-pelajar dari pengambilan pertama akan menamatkan kursus pada bulan Oktober/November pada tahun ini.

Ketiga bersama pihak IBTE gabungan Main Power Industry Steering Committee and Energy telah mengemaskini Module IBTE IGC 03, Health Safety Security and Environment yang mana telah diluluskan dan diiktiraf oleh pihak Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC) sebanding Institution of Occupation Safety and Health (IOSH) pada September 2021 ke arah pengisian sebahagian keperluan Workplace Safety Health Coordinator.

Keempat ialah HSE Competency Apprenticeship Programme iaitu Pilot Program juga telah dilancarkan pada 18hb. Jun 2022. Sejak diperkenalkan, program ini telah menerima kemasukan 80 peserta bagi 3 pengambilan sehingga bulan Januari 2023 yang terdiri daripada syarikat-syarikat sektor tenaga dan pembinaan.

Dari 80 peserta ini, 36 peserta mengambil kursus Institution of Occupation Safety and Health (IOSH) dan 44 peserta mengambil kursus National Exam Board Occupational of Safety and Health (NEBOSH).

Daripada 3 pengambilan ini seramai 13 daripada 36 peserta telah selesai menjalani kursus IOSH dan 4 daripada 44 peserta telah menamatkan kursus NEBOSH sementara selebihnya masih menjalani kursus-kursus berkenaan.

Maka inisiatif ini juga adalah bagi melengkapkan para peserta dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan serta menjadikan mereka available for the employment market dengan kemahiran-kemahiran yang diperolehi supaya lebih marketable and employable kepada pihak industri apabila peraturan dan undang-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya nanti.

Maka permintaan bagi kemahiran-kemahiran ini akan wujud di sana nanti. Inisiatif ini akan mendukung hasrat kerajaan dalam melaksanakan perubahan menuju ke 80% pekerja tempatan dan 20% pekerja asing bekerja di sektor pembinaan seperti yang dicadangkan dalam soalan Yang Berhormat tadi.

Mengenai dengan perkara ini juga disampaikan pada tahun 2022 yang lalu, Kementerian Pembangunan juga telah bersetuju dengan NTA sektor pembinaan dengan nisbah 20:80 untuk direview semula mengikut klasifikasi yang dikenal pasti seperti jumlah pekerja, size syarikat dan jua mengikut jenis-jenis pekerjaan.

Maksudnya kalau job classification dapat menarik minat pekerja tempatan dan terdapat jua banyak pencari pekerjaan maka nisbahnya akan diusahakan untuk mengikut keperluan tersebut.

Di antara perkara-perkara lanjut yang perlu diambil tindakan masih lagi dinilai dan perbincangan masih lagi dijalankan di peringkat kementerian dan juga pihak-pihak berkepentingan akan diberigakan nanti apabila mendapat kesepakatan dan di muktamadkan nanti.

Seterusnya kaola mohon juga untuk menambah pencerahan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof pada hari sabtu. Iaitu mengenai dengan tunggakan kutipan rancangan perumahan negara.

Dan juga apakah tatacara atau inisiatif yang berkesan untuk mengutip tunggakan-tunggakan yang sebegitu banyak sehingga melebihi $64 juta.

Pada menjawabnya Yang Berhormat Pengerusi, dalam usaha-usaha dan strategi Jabatan Kemajuan Perumahan untuk mengurangkan tunggakan-tunggakan hasil, Jabatan Kemajuan Perumahan melalui kaedah whole of government telah mengambil beberapa tindakan dan usaha terhadap isu berkenaan.

Seperti yang dibangkitkan di dalam persoalan juga jumlah keseluruhan penunggak pinjaman perumahan adalah seramai 6,098 orang dan penunggak sewa adalah seramai 184 orang.

Satu unit khusus iaitu Debt Recovery Unit telah ditubuhkan di Jabatan Kemajuan Perumahan untuk meneliti setiap kes tunggakan secara case by case.

Selanjutnya di antara kaedah yang diguna pakai adalah memberi penunggak-penunggak beberapa pilihan tempoh pembayaran bagi penyelesaian tunggakan mereka antaranya adalah:-

  1. Mereview kembali jumlah bayaran ansuran kepada jumlah yang lebih mampu dibayar.;

  2. Mendapatkan pembayaran daripada simpanan TAP setelah pencen ; dan

  3. Memindahkan pemilikan rumah kepada nama ahli keluarga yang berkesanggupan dan berkemampuan untuk membayarnya.

Disampaikan juga seberapa bolehnya Jabatan Kemajuan Perumahan akan cuba mencari penyelesaian tunggakan ini secara perundingan dan budi bicara dan hanya akan mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir ke atas mereka yang dengan sengaja enggan untuk membuat pembayaran walaupun mampu untuk membayar.

Di samping itu, seperti yang kaola kongsikan pada hari sabtu yang lalu bagi memudahkan cara pembayaran, orang awam boleh juga membuat pembayaran secara online melalui One Common Billing System (OCBS). Dan tidak hanya tertumpu kepada pembayaran di kaunter pembayaran yang dihadkan pada waktu-waktu bekerja sahaja.

Soalan selanjutnya yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang kaola mohon untuk menambah pagi ini ialah mengenai dengan pembayaran dan pembaharuan tanah pajak yang sudah mansuh tempoh pajakannya.

Yang mana inisiatif-inisiatif pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pemilik tanah pajakan yang sudah mansuh kurang berkemampuan untuk membayar yuran pajakan yang dikenakan. Untuk menjawabnya kaola menyampaikan bahawa setiap permohonan untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah yang sudah atau akan mansuh lazimnya akan dikenakan bayaran premium.

Kiraan premium tersebut adalah berdasarkan kepada nilai pasaran semasa tanah dan jumlah premium yang dikenakan adalah mengikut syarat khas tanah. Misalnya jika tanah bersyarat pertanian am premium yang dikenakan adalah 10% daripada nilai semasa bagi tanah bersyaratkan Perumahan Am ialah 20%.

Maka jadi meringankan beban pemilik tanah dari membayar premium tanah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang Di-Petuan Negara Brunei Darussalam ialah Skim Pengecualian Pembayaran Premia bagi pemilik tanah yang mempunyai kelayakan.

Di antara kelayakan yang dimaksudkan antaranya:-

  1. Telah terdapat rumah kediaman atau tempat tinggal pemohon dan keluarganya sahaja di atas tanah tersebut.;

  2. Tanah mempunyai syarat khas sama ada perumahan am, pertanian atau padi.;

  3. Pemilik tanah dan suami atau isteri memiliki tanah dengan jumlah keluasan tidak melebihi 2 ekar.;

  4. Hanya salah seorang pemilik tanah iaitu suami atau isteri sahaja yang dipertimbangkan untuk mengikuti skim pengecualian pembayaran ini.; dan

  5. Pemilik tanah dan suami atau isteri mempunyai jumlah pendapatan yang tidak melebihi $3,000.00 sebulan untuk melayakkan diberi pengeculian.

Bagi pemilik tanah yang tidak berkelayakan untuk mengikuti Skim Pengecualian Premium, mereka diberikan kelonggaran untuk melunaskan bayaran premium dalam tempoh 7 tahun. Geran tanah dengan tempoh pajakan baru akan hanya dikeluarkan setelah premium dijelaskan sepenuhnya.

Mengenai dengan cadangan untuk memberikan geran kekal kepada pemilik tanah yang hanya memiliki satu keping tanah, dan di atas tanah tersebut terdapat rumah kediaman yang didiami oleh keluarga pemilik tanah selama lebih 20 tahun adalah satu cadangan yang memerlukan penelitian lanjut dan pihak kaola mengalu-alukan cadangan ini dan akan meneliti cadangan ini selanjutnya.

Itulah di antara soalan-soalan yang berbangkit pada Mesyuarat Hari Kedua Belas yang ingin kaola memberi penerangan lanjut pada pagi ini. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Bersama saya di sini masih lagi ada senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang Dilantik yang suka untuk membahaskan Tajuk Kementeran Pembangunan ini.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang untuk kaola menyuarakan pandangan. بسم الله الرحمن الرحيم Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat

Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan kerana mengongsikan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan serta tumpuan dan hala tuju yang akan dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2023/2024 yang begitu terperinci, komprehensif dan padat. Kaola mengucapkan tahniah dan syabas di atas inisiatif-inisiatif tersebut.

Sebenarnya tidak banyak yang akan kaola bangkitkan kerana cadangan- cadangan kaola telahpun disambut baik oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan semasa Sesi Muzakarah dengan Kementerian Pembangunan pada bulan Februari lepas, dan sebahagian isu telahpun disuarakan oleh rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini.

Cuma yang kaola ingin kemukakan hanyalah beberapa perkara sahaja:-

  1. Sebagai susulan dari sesi muzakarah tersebut, kaola berharap apa juga peraturan-peraturan yang digubal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan hendaklah diberigakan ataupun disocialize secara berterusan kepada pihak- pihak yang berkepentingan dan orang ramai.

    Ini adalah bagi mengelakkan pelanggaran terhadap peraturan- peraturan tersebut. Sebagaimana yang kita maklumi, peraturan- peraturan ini memang digubal untuk menjadikan pembangunan negara adalah lebih teratur dan terarah, di samping untuk memelihara kepentingan rakyat. Dengan adanya pemberigaan yang berterusan, apa juga peraturan-peraturan yang baik bagi kerajaan akan disambut baik oleh pihak-pihak yang berkepentingan.;

  2. Mengenai Petunjuk Prestasi Utama Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Tajuk - SK04A khususnya mengenai peratus permohonan kebenaran perancangan diluluskan dalam tempoh TPOR 14 hari yang mana sasaran yang ditetapkan adalah dalam lingkungan 85% sahaja.

    ‫أَلْحَمْدُ ّ ٰلِل‬ setakat ini nampaknya PPU ini telahpun dapat dicapai. Soalan kaola simple sahaja, apakah perkara-perkara yang diperlukan lagi oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa untuk mencapai sasaran 100% supaya tidak terdapat backlog di masa akan datang.;

  3. Yang Berhormat Pengerusi. Kalau kaola tidak silap, betulkan jika kaola salah, Kementerian Pembangunan sudahpun mempunyai Master Plan dan pelan kemajuan setempat. Dalam Master plan dan pelan kemajuan setempat ini telah diadakan zoning mengenai penggunaan tanah-tanah di kawasan yang terlibat.

    Ini termasuklah juga persyaratan tanah lot ratio, excess road dan lain-lain. Kaola ingin mendapatkan pencerahan jika perkara ini sudah tersedia, mengapakah permohonan-permohonan pada misalnya bagi menukar syarat tanah perlu lagi dikelilingkan kepada agensi-agensi yang sama di dalam Kementerian Pembangunan.

    Kaola memahami ini mungkin untuk menyesuaikan dengan keadaan kemajuan pada masa ini dalam kawasan yang dipohonkan. Namun, menurut feedback yang kaola dapati, pengesahan ini akan memakan masa yang panjang dan boleh menjejaskan kemajuan projek. Oleh itu, kaola ingin pencerahan bagaimanakah cara untuk mempercepatkan lagi proses ini.;

  4. Dalam isu yang sama kaola rasa Kementerian Pembangunan juga perlu mereview kesesuaian sama ada zoning ini masih lagi boleh digunapakai ataupun perlu diperbaiki di kawasan-kawasan yang tertentu memandangkan kepesatan pembangunan dan isu-isu yang dihadapi ketika ini, misalnya kesesakan jalan raya, jalan masuk dan keluar, kekurangan letak kereta dan lain-lain.;

  5. Perkara selanjutnya yang akan kaola bangkitkan ialah mengenai pembangunan business area atau kawasan perniagaan. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ Beberapa tahun ini kita telah dapat menyaksikan pembangunan yang pesat di kawasan-kawasan misalnya di Gadong, Serusop, berdekatan Airport, Aman Hills, Kiulap, Manggis, Salambigar, Tanjong Bunut, Jerudong, Rimba dan lain-lain. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ Perkara yang ketara dari pembangunan ini ialah aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan ini semakin berkembang dan dapat menjana peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

    Di samping itu, dengan pembukaan beberapa kawasan perniagaan yang baharu ini, ia juga memberikan pilihan-pilihan kepada pelanggan-pelanggan untuk melakukan aktiviti-aktiviti membeli belah mereka di kawasan yang berdekatan dengan kediaman mereka.

    Dalam pada itu, kita juga menyaksikan kesesakan jalan raya, letak kereta yang tidak mencukupi, jalan masuk dan keluar yang terhad, access road dalam kawasan kemajuan yang tidak teratur, jalan-jalan yang tidak terpelihara dan berlobang-lobang dalam kawasan-kawasan perniagaan ini. Ada setengah-setengah tempat ini pembangunannya terlalu padat akan tetapi jalan masuk dan keluar service road tidak mencukupi yang menyebabkan bertambahnya lagi kesesakan.

    Sila betulkan sekiranya kaola tersilap, kaola difahamkan bahawa peraturan-peraturan yang mengawal pembangunan yang terdahulu belum lagi memasukkan peraturan-peraturan baharu untuk memelihara dan mengawal pembangunan kawasan tersebut seperti dengan menghendaki pemaju untuk menubuhkan management cooperation seperti yang terdapat dalam peraturan strata title, sebagai langkah untuk memelihara keadaan dan kebersihan kawasan-kawasan tersebut.

    Soalan kaola, apakah langkah-langkah ke hadapan Kementerian Pembangunan untuk memperbaiki keadaan ini supaya pembangunan business areas ini akan lebih teratur, terurus dan selesa bagi pengunjung-pengunjungnya.; dan

  6. Yang terakhir, kaola ingin menyentuh mengenai Petunjuk Prestasi Utama Kementerian Pembangunan mengenai peratus permohonan pendaftaran contractor dan pembekal yang diproses oleh ABCi.

Bagi perkara ini, kaola ingin mengetahui berapakah jumlah contractor tempatan khususnya bumiputera yang telah berdaftar ketika ini.

Kaola cadangkan supaya lebih banyak lagi kerja-kerja yang berskala kecil akan diberikan kepada Startupdan PMKS yang terdiri dari anak-anak tempatan sebagai Local Business Development Program untuk memberi peluang dan membiasakan mereka untuk berjinak-jinak dalam kerja-kerja dalam industri pembinaan akan tetapi peraturan yang tegas perlulah juga digubal bagi mengelakkan kerja-kerja yang diberikan kepada mereka untuk disubkan kepada syarikat-syarikat asing.

Sekian yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim di atas soalan-soalan yang dibangkitkan tadi yang juga mengandungi beberapa saranan-saranan yang penting seperti yang terkandung juga di dalam soalan yang disampaikan tadi.

Pertama sekali mengenai beberapa peraturan-peraturan yang dilaksanakan termasuklah peraturan-peraturan yang baharu. Memang diperakui peraturan-peraturan ini sentiasa digubal dan juga dibuat beberapa pindaan untuk mengemaskinikan lagi tindak tanduk dan tatacara kerja di Kementerian Pembangunan terutama sekali yang melibatkan industri pembinaan dan juga kemajuan-kemajuan di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti untuk dimajukan.

Dalam perkara ini, kaola mengambil saranan yang disampaikan tadi dari segi pemberigaan yang merupakan satu perkara yang penting dan asas supaya kesedaran dan kefahaman mengenai dengan apa juga dasar-dasar atau pun peraturan-peraturan baharu yang dilaksanakan ini sampai dan difahami oleh masyarakat terutama sekali di dalam sektor perindustrian.

Dan juga perniagaan ini bagi membolehkan mereka untuk menepati lagi segala keperluan-keperluan yang melibatkan peranan mereka dari segi pematuhan dasar dan peraturan di dalam kawasan-kawasan di mana mereka terlibat, sama ada dari segi pengusahaan dan juga perniagaan.

Kaola mengucapkan terima kasih atas saranan yang baik daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Mengenai dengan petunjuk prestasi utama TCP 85% dan juga apakah strategi lanjut untuk mencapai sasaran yang lebih baik seperti yang dicadangkan tadi untuk mencapai 100%.

Untuk menjawabnya, kaola menyampaikan melalui pelan-pelan pembangunan di peringkat nasional, daerah dan setempat. Zoning-zoning perancangan tertentu yang sudah dikenal pasti termasuk cadangan tapak-tapak bagi kemajuan perniagaan, industri, pertanian, kawasan tanah kerajaan untuk dibukakan bagi kemajuan bercampur dan sebagainya.

Di mana sebahagian cadangan perancangan telah dapat dilaksanakan sementara selebihnya memerlukan penelitian semula melalui perkara-perkara yang melibatkan beberapa perancangan memerlukan untuk dibawa ke depan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 terutama sekali kajian land availability study yang perlu dilaksanakan bagi mengembang luaskan lagi dan mengenal pasti status keberadaan tanah-tanah bagi kemajuan masa hadapan.

Di peringkat perancangan setempat pula, beberapa skim perancangan yang disediakan khusus bagi kawasan-kawasan perniagaan termasuk penyediaan beberapa garis panduan dan piawaian perancangan bagi kemajuan tertentu sebagai contoh Skim Pengelokkan Kawasan Kiulap yang berkembang cukup pesat, yang antara lain bertujuan untuk menyelaras kemajuan di kawasan berkenaan.

Contohnya hasil pembinaan loop road fasa 1 hingga fasa 3 yang telah dilaksanakan secara public private partnership telah membuka kawasan berkenaan sebagai salah sebuah kawasan perniagaan yang pesat membangun pada ketika ini.

Fasa perlaksanaan seterusnya adalah fasa 4 bagi pembinaan jalan, pembesaran tebing sungai serta ubah suai beberapa lot tanah yang terlibat untuk dilaksanakan secara public private partnership juga, yang akan melibatkan 21 keping lot tanah, di mana 13 keping lot tanah bersyaratkan perniagaan, 4 keping lot tanah bersyaratkan perumahan dan perniagaan, 1 lot tanah bersyaratkan hotel dan 2 lot tanah yang masih bersyaratkan pertanian.

Jadi ini adalah secara ringkas yang dapat kaola jawab persoalan mengenai dengan KPI bagi TCP untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah disetkan di dalam perancangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Mengenai dengan masterplan setempat untuk mempercepatkan zoning-zoning dan untuk memperbaiki kawasan zoning-zoning ini daripada beberapa cabaran dan risiko yang ada terutama sekali seperti yang disebutkan tadi ialah kesesakan jalan raya dan juga kekurangan letak kereta di kawasan-kawasan perniagaan.

Langkah-langkah ke hadapan yang dibuat selaras juga dengan cadangan yang disebutkan lagi dalam cadangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ialah mengenai dengan penubuhan management corporation di sesuatu kawasan perniagaan yang pernah dibincangkan di masa yang lepas.

Untuk merespon kepada soalan tersebut kaola merujuk kepada Seksyen 57, Perintah Kawalan Bangunan 2014, di mana pemilik atau penghuni mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya termasuk jalan akses yang digunakan oleh orang awam hendaklah sentiasa membersihkan, menjaga kebersihan dan memastikan bangunan atau mana-mana bahagiannya dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang keadaan yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan pekerjanya, orang awam dan pengguna lain.

Setakat ini keperluan untuk menubuhkan management corporation telah diambil kira sebagai salah satu keperluan dalam garis panduan dan piawaian perancangan bagi kemajuan industri sementara keperluan bagi menubuhkan management corporation atau lebih tepat dipanggil strata corporation bagi kawasan perniagaan adalah khusus bagi kemajuan strata sahaja seperti yang diperuntukan dalam Akta Strata bagi mengawal selia kerja-kerja pemeliharaan kawasan guna sama berkenaan.

Sementara bagi menyelaras keperluan mengawal selia khusus bagi kawasan-kawasan perniagaan yang sedia ada dan yang bukan berstatus kemajuan strata, dasar serta peraturan bagi menubuhkan management corporation sebagai wakil pemilik atau pun penghuni bangunan bagi mengawal selia kawasan tersebut masih dalam penelitian lanjut Kementerian Pembangunan di mana ianya perlu dibincangkan lagi dengan agensi-agensi yang berkaitan termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri khusus bagi kawasan-kawasan perniagaan dalam kawalan Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan.

Kaola sekali lagi melihat keutamaan perkara yang dibangkitkan dalam soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Memandangkan juga keadaan-keadaan banyak sudah kawasan-kawasan komersial yang timbul seperti cendawan di beberapa kawasan di antara yang telah disebutkan kawasan-kawasannya tadi.

Jadi penubuhan management cooperation atau yang seumpama denganya ini adalah penting untuk menangani sebagai langkah kehadapan perkara-perkara dibangkitkan tadi sama ada ia melibatkan penjagaan alam sekitar, jalan raya yang banyak berlubang dibanyak kawasan yang kitani perhatikan pada masa ini.

Yang menjadi delima bagi abis kaola di Kementerian Pembangunan siapa yang akan mengusai jalan bangunan ini sedangkan jalan bangunan ini adalah kawasan private commercial area dan juga ada satu pertimbangan yang dibuat dipihak kementerian mengenai jalan umpamanya kalautah jalan berlubang diusai oleh Kementerian pembangunan dan kemudian kos perbelanjaan untuk mengusai jalan itu akan dipinta bayaran balik daripada pemilik-pemilik kawasan komersial tersebut.

Menjadi delimanya ialah siapatah pemilik kawasan komersial tersebut yang kebanyakkanya sudah dijual secara individu mengikut short unit-short unit di kawasan tersebut.

Barang ini menjadi delima lakat arah abis kaola untuk menilai perkara ini dan setentunyalah seperti yang disebutkan itu management cooperation ialah mungkin satu jawapan yang akan dapat menangani perkara ini sebagai langkah kehadapan, sekali lagi kaola berterima kasih dengan saranan ini.

Lanjutan daripada perkara ini, ialah jalan memikirkan kepentingan mengenai dengan status strata yang kaola rasa juga lama sudah perkara ini pernah dipikirkan, dinilai dan dibangkitkan jua dan perkara ini masih lagi menjadi satu perkara yang belum selesai work in progress.

Sejak strata ini dikuasakan pada 1 Julai 2009, sejumlah 292 geran strata telah didaftarkan atas nama pemilik tanah yang terdiri daripada 12 projek kemajuan strata Daerah Brunei Muara terdapat 8 projek dan 194 geran strata dikeluarkan.

Daerah Belait terdapat 4 projek yang mana 68 geran strata dikeluarkan. Manakala 2 permohonan kemajuan strata masih dalam proses penelitian di Jabatan Tanah untuk disahkan hak unit strata masing-masing.

Kementerian mengambil maklum bahawa minat untuk membangunkan kemajuan strata belum banyak. Walaupun kemajuan rumah pangsa, rumah-rumah kedai dan bangunan-komersial semakin bertambah banyak.

Kemajuan strata difikirkan lebih menarik kerana membolehkan pemilik strata untuk mendapatkan tempoh pajakan maksimum sehingga 99 tahun dengan adanya geran tersendiri individual strata title yang akan mempermudahkan apa juga transaski pindah milik berkenaan dengan pemilikan strata berkenaan.

Walaupun Akta Strata juga memperuntukan tanggungjawab badan strata iaitu strata cooperation. Sama juga dengan management cooperation seperti yang dicadangkan tadi dan tanggungjawab pemilik strata seperti pembayaran perkhidmatan services charges termasuk pembayaran premium insuran, pembayaran bagi penyelanggaran bangunan, melantik ahli-ahli komiter strata untuk memantau pematuhan peraturan-peraturan strata.

Mengadakan mesyuarat tahunan yang berkaitan denganya. Inilah best practices yang diamalkan dengan negara lain yang banyak menguruskan bangunan-bangunan strata seperti negara-negara Singapura, Malaysia umpamanya.

Semua tanggungjawab ini adalah tanggungjawab serius yang mungkin tidak semua pemilik strata bersanggupan atau berkupayaan untuk menjalankannya. Tanggungjawab strata cooperation lebih diwakilkan kepada syarikat pengurusan yang berkelayakan dengan bayaran perkhidmatan tahunan yang perlu dijelaskan.

Maka kelebihan penubuhan strata cooperation atau management cooperation dan strata komiti ini adalah untuk mengawal, mengurus, mentadbir dan memelihara semua kemudahan harta bersama command areas termasuklah contoh yang diberikan tadi pemeilharan jalan, pemeliharaan alam sekitar, pemungutan sampah dan landskap dikawasan-kawasan dan apa juga kerusakkan-kerusakkan bangunan secara general, bangunan luaran itu dapat diperbaiki.

Memang kitani jua melihat ada bangunan-bangunan yang perlu untuk diperbaiki dipulihkan, dicat semula untuk mencantikkan lagi kawasan-kawasan komersial ini.

Maka di sinilah peranan management cooperation ataupun strata cooperation berperanan untuk memperbaiki dimana dengan hubungannya terus di antara pihak kerajaan dan juga swasta dan management cooperation dapat memperbaiki keadaan-keadaan untuk mengindahkan lagi kawasan-kawasan komersial ini.

Selanjutnya usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman mengenai kemajuan strata ini, Jabatan Tanah telah menyediakan garis panduan berhubung hak milik strata dan maklumat ini boleh diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Tanah www.land.gov.bn.

Selain ini Jabatan Tanah juga bersedia untuk mengungkayahkan jerayawara kepada pihak berkepentingan dan orang awam untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai konsep dan peraturan strata seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi.

Selanjutnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa juga ada mengeluarkan 2 buah buku garis pandu untuk rujukan iaitu: -

  1. Planning guidline for strata subdivision consolidation, garis panduan perancangan bagi pemecahan dan penyatuan strata.; dan

  2. Supplementary planning guide line for structure development residential, garispanduan supplementary perancangan bagi kemajuan structure perumahan.

Jabatan Ukur juga ada mengeluarkan garispandu tatacara pengukuran strata kepada Juruukur Tanah Berlesen demi mengukuhkan lagi standard tatacara pengukuran seperti yang diamalkan oleh Juruukur Tanah di negara luar.

Selain usaha-usaha ini, Kementerian Pembangunan juga membuat cadangan pindaan kepada Akta Strata untuk lebih menguatkan lagi pengurusan strata yang antara lainnya memperjelaskan lagi undang-undang yang ada untuk meluaskan lagi skop pengawal seliaanya.

Mengukuhkan lagi keberkesanan perlaksanaan kemajuan strata dengan perlantikan Persuruhjaya Bangunan dan Penubuhan Lembaga Hak Milik Strata.

Dengan adanya usaha-usaha ini adalah diharapkan pihak-pihak berkepentingan akan merasa lebih yakin dan cenderung untuk mengendalikan kemajuan strata di Negara Brunei Darussalam.

Tindakan selanjutnya adalah bagi Jabatan Tanah dan Kementerian Bangunan sendiri untuk memproses permohonan pindah milik strata kepada pembeli-pembeli yang mana proses tersebut masih ditunduki untuk memastikan pembeli-pembeli memenuhi syarat-syarat pemilikan strata di kawasan-kawasan dan zon-zon yang dimaksudkan tadi.

Mengenai dengan soalan yang melibatkan ABCi dalam proses permohonan di mana diakui ada beberapa kes aduan-aduan yang melibatkan TPOR yang gagal ataupun dipenuhi dari segi proses-proses permohonan kebenaran bangunan dan juga beberapa permohonan-permohonan yang melibatkan bidang kuasa ABCi iaitu Authority Building Construction Industry.

Proses permohonan kebenaran bangunan terbahagi kepada 2 peringkat di mana Tekad Pemedulian Orang Ramai bagi peringkat kebenaran perancangan adalah selama 14 hari.

Antara cabaran yang dihadapi adalah peningkatan peratus application submission noncompliance yang memerlukan tindakan penyelarasan pihak qualified person serta kesan penularan juga semasa COVID 19 yang juga mengakibatkan masih lagi kesannya sampai kewaktu ini dari segi proses permohonan di mana perhubungan dan juga tindak balas dan tindakan lanjut yang perlu diambil oleh QP ada yang masih lagi kelambatan di sana sehingga kini yang bermula daripada tahun 2021.

Walau bagaimanapun, sebagai menyahut juga keperluan untuk kembali pematuhan terhadap TPOR yang disebutkan tadi dan meningkatkan peratus pencapaian TPOR berkenaan, antara usaha-usaha yang sedang dilaksanakan ialah kolaborasi di antara TCP, ABCi dan agensi-agensi infrastruktur yang lain seperti berikut:-

  1. Untuk memperkenalkan proses permohonan fast track bagi kemajuan berkepentingan strategik dengan mengkerapkan perbincangan komiti kawalan kemajuan kepada seminggu sekali di antara komiti-komiti termasuklah Jabatan Bomba dan Keselamatan, TCP, ABCi, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Saliran dan Pembentungan dan Jabatan Perkhidmatan Air untuk duduk sekali sebab diketahui sebelum ini perkara ini ada yang beredarkan secara bersurat dan emel, jadi langkah ke hadapan ialah supaya ada satu jawatankuasa yang akan duduk berbincang sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk meneliti permohonan-permohonan yang ada pada sesuatu masa.

  2. Untuk mengkerapkan sesi dialog dua hala dengan pihak qualified person iaitu pemohon. Pada Januari 2023, sesi pemberigaan kepada pihak qualified person (QP) dan agensi-agensi berkepentingan telah diadakan di bawah penyelarasan pihak ABCi.

  3. Menambahbaik proses permohonan bagi sesebuah rumah di mana pihak qualified person boleh mendapatkan ulasan teknikal infrastruktur terlebih dahulu sebelum menghadapkan permohonan kebenaran perancangan kepada pihak TCP.

  4. Menambahbaik proses permohonan ubahsuai bangunan perniagaan yang tidak melibatkan perimeter perancangan untuk terus dihadapkan kepada pihak ABCi.

  5. Melaksanakan kajian ke atas tempoh masa proses permohonan bagi mengenal pasti punca kelambatan serta application submission non-compliance bagi sesi klinik bersama qualified person sebagai langkah untuk meningkatkan peratusan application submission compliance.; dan

  6. Mengemaskinikan sistem permohonan atas talian (EKP) untuk mempercepatkan tempoh masa proses permohonan.

Untuk makluman jua, permohonan kemajuan yang dihadapkan oleh QP melalui sistem OneBiz yang ada pada masa ini dianggarkan sebanyak 600 permohonan setiap bulan.

Ia dipantau mengikut TPOR yang ada yang ditetapkan dalam Ease of Doing Business (EODB). Sejauh ini, sebanyak 93% permohonan diproses selaras dengan TPOR yang ada. Jadi maksudnya belum dapat mencapai 100% seperti yang disarankan.

ان شاء الله dengan tadi tindakan-tindakan yang dirancang itu akan dapat memperbaiki performance ini.

Untuk ini juga, kaola dapat mengambil kesempatan untuk memberikan saranan kepada pemaju pemilik tanah yang berhubung dengan ABCi melalui qualified person ini untuk saling berhubung dengan qualified person mereka yang dilantik dan bertanggungjawab bagi mengetahui status permohonan mereka kerana antara sebab kelambatan yang dikenal pasti adalah berpunca daripada kurangnya perhubungan dengan qualified person untuk datang berjumpa dan juga menjawab soalan- soalan yang dibangkitkan oleh pihak ABCi kepada mereka untuk melancarkan lagi permohonan dan juga proses-proses kebenaran untuk kemajuan perumahan persendirian ataupun kemajuan bangunan-bangunan komersial seperti yang dihadapkan.

Itulah serba sedikit yang dapat kaola sampaikan pada menjawab soalan- soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Yang Berhormat Pengerusi terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ّ ب ْ س ّ م ٰ ّاللّٰ ا ل َّ ر ْ ح َٰ َ م ّ ن ا ل َّ ر ْ ح ي م ا ل َّ س لا َ ُ م َ ع ل َ ْ ي ُ ك ْ م َ و َ ر ْ ح َ م ة ُ ّالله َ و َ ب َ ر َ ك ا ت ُ ه ُ dan salam sejahtera.

أَْل َحْمدُ ّٰلِل terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkenaan dengan rancangan dan perancangan perbelanjaan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024. Kaola ada 4 soalan dan mohon pencerahan:-

  1. Kaola sukacita ingin menyuarakan isu jalan raya di kawasan pedalaman di Daerah Belait dan juga Daerah Tutong terutama sekali Jalan Bukit Puan Labi, Jalan Merangking, Jalan Sukang dan Jalan Melilas yang mana jalan-jalan ini mengalami kerosakan dan susur dan sukar dilalui oleh kenderaan kecil.;

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat, saya kira soal jalan raya sudah kita bincangkan pada hari Sabtu yang lalu. Soalan yang kedua.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Minta maaf Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola menerima keluhan dan saranan daripada orang ramai dan para pengembara commuter terdiri daripada warga asing berkenaan dengan tempat-tempat rehat pit stop di sepanjang lebuh raya ataupun highway Belait, Tutong dan Brunei Muara.

Seperti negara-negara lain, ianya dikenali sebagai kawasan rehat dan rawat (RNR) dan hentian sebelah merupakan kawasan yang menjadi persinggahan pengguna lebuh raya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat sama ada dari golongan tua, muda atau kanak-kanak untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Tandas awam, tong sampah, kedai runcit dan surau adalah antara kemudahan asas yang menjadi keperluan utama. Untuk rekod, perkara ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di Dewan ini pada Musim Permesyuaratan yang lalu.

Soalannya:-

  1. Apakah pihak Kementerian Pembangunan mempunyai perancangan ke arah menaikkan taraf lebuh raya-lebuh raya dengan menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang kaola nyatakan tadi?;

  2. Selanjutnya kaola menyentuh berkenaan dengan perkara SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan. Apakah ada perancangan pihak kerajaan untuk menyediakan Skim Perumahan Negara di Daerah Belait? Dan kaola ingin tahu apakah proses-proses bagi mempercepatkan mendapatkan hak milik geran tanah kepada penerima skim-skim perumahan dan rakyat jati yang sudah melunaskan pembayaran mereka?; dan

  3. Soalan terakhir ialah kaola ingin menyentuh berkenaan dengan perkara SK07A. Aduan daripada orang ramai mengenai dengan tanda-tanda jalan, nombor simpang dan nombor rumah dan label-label kampung yang sudah kabur yang tidak lagi kelihatan, menyukarkan para pengguna orang ramai mencari alamat dan tempat yang dilalui. Mohon ulasan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengenainya.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann di atas soalan-soalan yang dibangkitkan.

Pertama sekali tadi, seperti Yang Berhormat Pehin Pengerusi nyatakan, mengenai dengan jalan raya banyak sudah dibincangkan dan diberikan penjelasan sejauh ini. Tetapi satu perkara yang dibangkitkan itu ialah mengenai dengan beberapa jalan iaitu projek membubuh batu di jalan raya yang menuju ke Rumah Panjang Biadong yang dibuat dengan kerjasama di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Jabatan Kerja Raya yang pada masa ini masih dalam perlaksanaan.

Ini adalah usaha untuk membantu di mana kerajaan membekalkan batu coal mill atau bekas hakisan asfalt terpakai manakala pengangkutan serta jentera disediakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Sehingga ke hari ini 50 trips coal mill telah dibekalkan, ‫ان شاء هللا‬, projek ini akan diteruskan apabila bekalan stok batu coal mill yang berkurangan pada masa ini akan dapat diadakan semula. ‫ان شاء هللا‬.

Mengenai dengan soalan pengembara (commuters) dari warga asing berkenaan ketiadaan tempat-tempat pitstop di sepanjang lebuh raya. Untuk menjawab soalan ini, ‫أ َ ْل َح ْم ْدُ ّ ٰلِل‬, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya ada membincangkan dan memikirkan perkara ini. Dengan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perancang dan Desa, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur telah mengenal pasti beberapa tapak di sepanjang jalan-jalan coastal yang ada, tempat yang bersesuaian bagi lokasi-lokasi pitstop areas di sepanjang Lebuh Raya Utama, Lebuh Raya Muara-Belait.

Ia melibatkan pembinaan tapak luas yang strategik dengan mengandungi perkhidmatan untuk pengguna jalan raya seperti stesen minyak, tempat berehat, gerai, restoran, surau, tandas dan sebagainya. Ia juga memerlukan peruntukan bagi menyediakan infrastruktur seperti bekalan elektrik dan air serta laluan jalan dan sebagainya.

Seperti yang disebutkan, perkara ini masih di dalam peringkat perbincangan dan cetusan idea dan jangkaan perbincangan ini perlu terus dibuat dan ‫ان شاء هللا‬ susulan lanjut perkara ini dengan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain.

Yang Berhormat Pengerusi

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara ini juga ditimbulkan setiap tahun dalam Majlis ini.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mungkin itu saja jawapan abiskaola mengenai persoalan yang dibangkitkan tadi. Mengenai dengan penomboran-penomboran rumah-rumah dan jalan-jalan yang sudah kabur, ‫ان شاء هللا‬, selepas ini abiskola akan berhubung terus dengan Yang Berhormat untuk mendapatkan kepastikan tempat-tempat di mana perkara-perkara yang menjadi masalah tanda-tanda jalan yang sudah kabur ini untuk diambil tindakan sebaik-baiknya oleh pihak Kementerian Pembangunan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan ini. ‫علَ ْي ُك ْم‬ ‫سالَ ُم‬ ‫الرحْ َٰ َم ّن‬ ‫الرحْ يم ال‬ ‫ّٰللا‬ ّ ٰ ‫ّبس ّْم‬ ُ‫َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه‬

Yang Berhormat Pengerusi. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ lebih dahulu kaola merakamkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ dengan rahmat Allah S.W.T dan dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara kita berjaya membina Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang menghubungkan Daerah Brunei-Muara dengan Daerah Temburong.

Dengan adanya kemudahan perhubungan tersebut dapatlah penduduk-penduduk di kedua buah daerah berhubung dengan mudah dan selesa. Berdasarkan kemampuan negara kita membina jambatan sepanjang 32-kilometer itu, tentulah lebih mampu membina jambatan yang lebih pendek.

Maka kaola sukacita mencadangkan supaya pihak berkenaan dapat membina jambatan ke Kampung Menunggol sebagai langkah berterusan ke arah pemedulian pihak kerajaan dalam mewujudkan kesejahteraan kehidupan rakyat di negara ini. Tentunya dengan terbinanya jambatan ke kampung tersebut akan memudahkan perhubungan penduduk-penduduk kampung tersebut ke Bandar Seri Begawan dan begitu juga sebaliknya, yang selama ini adalah sangat kurang selesa terutama ketika hujan.

Ianya juga akan memudahkan agensi-agensi lain untuk datang ke sana seperti bomba, ambulance, polis dan lain-lain lagi.

Yang Berhormat Pengerusi. Selain pembinaan jambatan ini sebagai kemudahan perhubungan ia juga akan menjadi nilai tambah kepada usaha mengembangkan destinasi pelancongan dan rekreasi negara kerana di Kampong Menunggol terdapat kesan sejarah perlombongan arang batu yang terletak di Bukit Bujang Pahang. Jika kawasan ini dimajukan, ia sangat berpotensi untuk menyumbang ke arah kemajuan sektor pelancongan.

Kaola ingin mencadangkan, melalui Jabatan Kerja Raya, untuk membina jejambat di pusing keliling Sungai Akar memadangkan pusing keliling ini adalah jalan utama dari kampung-kampung perumahan yang ramai penduduknya dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi dan petang semasa waktu bekerja;.

Kaola juga ingin mencadangkan Jabatan Kerja Raya membuat pusingan U di Jalan Residency, berdekatan Pusat Kesenian untuk memudahkan pengguna ke Jalan Subok, yang pada masa ini perlu ke Bandar Seri Begawan dan ke Kianggeh untuk ke Jalan Subok.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dibangkitkan.

  1. Cadangan membuat jambatan di Kampong Menunggol. Jika dapat disampaikan cerapan idea mengenai cadangan ini telah diambil beberapa tindakan oleh Kementerian Pembangunan, melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Kerja Raya, telah membuat penilaian akan keperluan ini serta mencadangkan beberapa perancangan lain termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan bagi menghubung Pusat Bandar dengan Pulau Berambang di Kampung Menunggol melalui Mukim Lumapas iaitu Kampung Kasat. Itu antara cerapan idea yang dibincangkan di Kementerian.

    Di samping itu juga, ada satu idea lain iaitu persediaan untuk pembinaan jalan penghubung ke Pulau Berambang melalui Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dengan pembinaan satu slip road. Ini antara cetusan-cetusan idea dalam perbincangan di peringkat kementerian mengenai perkara ini. Jadi belum ada apa-apa keputusan dimuktamad untuk dikongsikan setakat ini mengenai dengan cadangan ini.

    Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat penelitian, melihat dari sudut-sudut teknikal dan juga alam sekitar di kawasan-kawasan tersebut. ‫ان شاء هللا‬, perkara ini akan dibuat penelitian lanjut dengan keutamaan-keutamaan perancangan yang ada. Itu jawapan koala mengenai dengan cadangan jalan penghubung Kampung Menunggol.

  2. Mengenai dengan cadangan untuk membuat pusing keliling di Sungai Akar. Perancangan yang dibuat pada masa ini adalah untuk pemasangan traffic light di pusing keliling tersebut seperti juga ada beberapa perancangan untuk membuat traffic light di pusing keliling yang lain supaya dapat meredakan kesesakan yang lama disebabkan oleh kurang aturan pengguna-pengguna dalam menggunakan pusing keliling di Sungai Akar tersebut. Itu beberapa perancangan yang sedang dibuat pada masa ini.

  3. Mengenai dengan satu cadangan untuk membuat pusingan-U di Jalan Residency dan juga Jalan Subok, ‫ان شاء للا‬ abiskaola membuat penelitian dahulu mengenai dengan perancangan ini.

Itu sahaja yang dapat kaola respon mengenai dengan cadangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫الرحْ َٰم ِن‬ ‫الرحْ يم‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ َّ ‫ّٰللا‬

Salam sejahtera. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Behormat Menteri Pembangunan atas mukadimah mengenai belanjawan Kementerian Pembangunan dan juga pencerahan mengenai perancangan dan tindakan yang sudah diambil dan akan diambil oleh pihak kementerian mengatasi beberapa masalah seperti banjir di kawasan-kawasan yang rendah, jalan-jalan raya yang berlobang, longkang-longkang yang tersumbat, bekalan air yang sering terputus, bangunan-bangunan yang kosong dan rumah-rumah yang sudah rosak sejak projek itu siap.

Kaola berharap peruntukan yang diberikan akan boleh membantu Kementerian Pembangunan mengatasi masalah dan sungutan orang ramai, ada yang sudah bertahun lama dialami mereka. Isu bekalan air yang selalu terputus dan juga keadaan air yang kurang bersih sepatutnya tidak lagi timbul dengan pemasangan paip besar yang dilaksanakan beberapa tahun yang dahulu.

Begitu juga dengan isu penghapusan sisa-sisa pepejal, sisa-sisa household dan klinikal yang sudah diketahui akan bertambah banyak dalam mana perbincangan telah pun dibuat untuk mengatasinya termasuk membina incinerator baharu kerana kapasiti incinerator yang ada pada ketika itu tidak mencukupi dan selalu breakdown.

Begitu juga dengan usaha menggunakan kawasan-kawasan yang selalu banjir di kawasan-kawasan rendah melalui pembinaan beberapa kolam tadahan termasuk usaha memindah penduduk-penduduk yang terjejas banjir ke kawasan lain, jika perlu. Diharap masalah-masalah ini akan terus diberi perhatian oleh kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan berkenaan hingga penyelesaian kerana kalau yang kaola ingat peruntukan telah pun diluluskan dan rancangan telah pun bermula beberapa tahun yang lalu untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Yang Berhormat Pengerusi. Beralih kepada topik lain, kaola ingin bertanya mengenai status industri pembinaan di negara ini yang mana sejak kebelakangan ini projek-projek kerajaan berkurangan. Ini memberi kesan kepada konsultan syarikat-syarikat dan kontraktor-kontraktor tempatan yang bergantung kepada projek-projek kerajaan.

Soalan kaola, bagaimanakah industri pembinaan ini boleh direvive jika keadaan ini berterusan sedangkan industri pembinaan dikenal pasti bukan sahaja sebagai industri penting dalam pembangunan negara tetapi juga dalam menyediakan pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Pada masa ini, beberapa syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja tempatan dalam industri pembinaan mengalami cabaran untuk terus berfungsi atau supaya tidak diisytihar muflis. Tatacara perolehan iaitu procurement method yang digunapakai pada masa ini ialah melalui design and build. Bagaimanakah pihak kementerian akan memastikan bahawa syarikat-syarikat anak tempatan tidak terpinggir disebabkan oleh kaedah ini?.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola seterusnya ingin merujuk mengenai rumah-rumah di bawah Skim Perumahan Negara Mengkubau. Kaola rasa dukacita tidak semua rumah dapat diserahkan kerana banyak yang rosak. Kaola ingin mengetahui apa yang dapat kita pelajari dari kejadian ini agar tidak berulang diharap Kementerian Pembangunan dapat memberi pencerahan dalam perkara ini.

Kaola juga ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengenai dengan hubungan main contractor dan subcontractor. Di mana ada projek yang telah diberikan kepada kontraktor tetapi yang menjalankan projek ini ialah subcontractor. Apakah rasional amalan ini, tidakkah ini akan menyebabkan kos keseluruhan projek itu tinggi dan kemungkinan juga punca kualiti kerja menurun jika kurang pengawasan.

Seterusnya, kaola ingin bertanya mengenai dengan Skim Pemberian Tanah Kurnia untuk perumahan. Adakah skim ini masih berjalan? Jika masih, sudahkah dikenal pasti kawasan-kawasan baharu bagi skim ini dilaksanakan. Kaola difahamkan masih banyak pemohon yang di dalam senarai ini dan kaola percaya dengan adanya skim kurnia tanah ini akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan membangun perumahan kerana penerima akan membangun rumah sendiri seperti yang sudah-sudah dan pihak kerajaan hanya perlu menyediakan infrastruktur di kawasan tersebut. Kaola cadangkan Skim Kurnia Tanah ini diteruskan dan diberi kepada pemohon-pemohon yang telah pun dalam senarai.

Pada masa ini apa yang kaola fahami yang telah berjalan ialah pemberian tanah TOL iaitu Lesen Tumpang Sementera kepada pemilik-pemilik tanah TOL yang di atasnya ada rumah persendirian yang didiami dan tanah-tanah ini dikurniakan oleh kerajaan kepada mereka dan ditukar syaratnya daripada TOL kepada tanah kekal.

Ini sudah berjalan untuk pengetahuan Dewan ini. Jadi, harap kadar tanah TOL yang diserahkan supaya diberi sebagai tanah kekal ini agar dapat diteruskan kepada pemilik-pemilik yang memilik, mendiami rumah yang sudah lama di tanah TOL itu.

Soalan yang berkaitan mengenai perumahan ini, apakah status Public Private Partnership (PPP) yang satu masa dahulu pernah dibincangkan sebagai alternatif sumber kewangan bagi perumahan. Adakah cara Private Partnership (PPP) sudah tidak dipertimbangkan lagi sebagai alternatif? Kerana ini pun dilihat sebagai mendatangkan kebaikan juga apabila kita merancang perumahan supaya tidak semua perumahan itu dibiayai kosnya oleh pihak kerajaan.

Seterusnya, kaola ingin beralih kepada Tajuk SK08A - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Di bawah Tajuk Pengurusan Lanskap ada peruntukan sejumlah $1.222 juta bagi pengurusan kawasan lanskap. Kaola kurang pasti sama ada ini termasuk kawasan-kawasan yang baharu tetapi dari apa yang dapat dilihat tidak ada kawasan-kawasan baharu sejak beberapa tahun ini. Sedangkan masih banyak kawasan-kawasan lapang yang boleh diusahakan bagi mencantikkan bandar-bandar kita atau menaik taraf kawasan yang sudah dimajukan agar lebih menarik.

Kaola rasa tidak perlu kita berbelanja besar untuk membeli pokok bunga kerana kaola percaya kita mempunyai nurseri yang mengandungi berbagai jenis pokok dan jenis pokok bunga. Pada pandangan kaola, JASTRe sebagai sebuah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi boleh lebih visible yakni menonjol dengan kegiatan-kegiatan menanam pokok-pokok bunga yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah agar kesedaran menjaga kebersihan, memelihara kecantikan alam sekitar dapat dipupuk.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi persoalan daripada kaola dan kaola sudahi dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas penjelasan yang telahpun diberikan dan diharap dapat pencerahan kepada isu-isu yang kaola timbulkan.

Sekian, ُ‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih jua kaola ucapkan kepada Yang Berhormat di atas banyak soalan-soalan yang tadi itu yang padat dan juga big issues bagi Kementerian Pembangunan. Jadi, kalau dapat kaola tackle the question. Pertama mengenai dengan construction industry.

Mengenai cara membantu industri pembinaan dan syarikat konsultan dan kontraktor memandangkan jumlah projek kerajaan yang berkurangan. Projek-projek pembinaan kerajaan samada membina bangunan ataupun prasarana adalah dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan-keperluan yang telah dirancang dan ditetapkan.

Ini difahami juga bahawa dengan tahap pembangunan negara kitani masa kini yang sudah dikira mencapai beberapa development ataupun kemajuan sememangnya keperluan untuk membina bangunan-bangunan atau prasarana yang baharu adalah tidak sebanyak sebelumnya, iaitu berkurangan.

Seperti yang kaola maklumkan dalam mukadimah koala fokus Kementerian Pembangunan dalam masa the next Tahun Kewangan ini ialah bagi memastikan bangunan-bangunan yang ada, yang sudah ada, yang sedia ada dan prasarana kerajaan yang sedia ada dijaga, dinaik taraf dan dibaik pulih supaya aset-aset tersebut akan sentiasa terpelihara memenuhi keperluan masa kini.

Oleh itu, projek-projek seperti ini masih diperlukan untuk penglibatan pihak kontraktor dan konsultan dari segi pemeliharaan dan maintenance. Di samping itu juga pemantauan kementerian ini melalui ABCi mengenai aktiviti projek pembinaan di sektor bukan kerajaan berdasarkan permohonan kemajuan menunjukkan pertumbuhan pada masa kini di antara juga difikirkan projek baharu yang dijangka akan start aktif dari segi pembinaannya ialah tapak bangunan Universiti Islam yang baharu dan juga beberapa projek-projek yang lain tapi tepat juga yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman tadi ialah tidak banyak lagi kemajuan-kemajuan dari segi pembinaan infrastruktur yang baharu yang dilihat pada masa kini pada Tahun Kewangan yang akan datang.

Yang Berhormat Pengerusi

Tapi yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman itu tadi adalah kalau saya tidak salah pengertian bagaimanakah caranya kita menentukan bahawa industri akan dapat hidup dan tidaklah ertinya orang-orang professional anak-anak tempatan sendiri yang telah berkecimpung dalam syarikat-syarikat seperti consultancy, arkitek ataupun yang lain-lain tidak akan lingkup perniagaan-perniagaan mereka.

Ini tergantung kepada suasana ekonomi kita samada kerajaan bersedia to farm more money untuk bangunan-bangunan dalam negeri ataupun kita bukakan kepada private sector seperti negara-negara luar. Saya kira barangkali Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pandangannya mengenai dengan yang ini.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Soalannya mengenai dengan perkembangan industri construction dalam negeri untuk ’kitani’ menyokong pekerjaan-pekerjaan konsultan tempatan dan sebagainya. Perkara ini kitani fikirkan juga ada keperluan untuk kita membangun satu situasi di balancing demand dan supply. Jadi untuk ’kitani’ menyokong industry construction ini bukannya maksudnya ’kitani’ bangun sahaja kalau tidak ada keperluannya.

Jadi kaola mengharapkan kerajaan untuk terus berbelanja untuk menyokong satu industri tidak semestinya industry construction tapi industri-industri juga yang difikirkan juga, jadi kitani mesti fikirkan keperluan, demand-demandnya. Jadi itulah kalau ’kitani’ lihat penduduk di dalam negeri ini bukan juga jauh meningkat jadi apa yang sudah ’kitani’ bangun samada perlukah ’kitani’ terus membangun jumlah rumah, bangunan dan sebagainya.

Kita melihat juga syarikat konsultan tempatan ataupun yang dari luar ataupun construction company makin meningkat jumlah company ini. Jadi the pie is limited jadi dikongsikan dengan syarikat yang makin meningkat jadi memang bahagian setiap syarikat ini makin damit. So ini ’kitani’ fikirkan demand jadi satu cara kitani melihat kalau ada FDI datang dalam negeri dan sebagainya itu create more demand dan sebagainya itulah sebagai satu cara kitani memikirkan situasi overall cemani kitani meningkatkan aktiviti bukan sahaja industry construction tapi juga industri-industri lain cemana kita teruskan majukan kitani punya GDP ’kitani’ supaya apa yang dikerjakan yang construction company atau syarikat-syarikat yang lain dapat terus disokong dan dimajukan lagi.

Itu sahaja yang koala dapat jawab soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga dengan pencerahan Yang Berhormat Pehin dan juga intervention daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai perkara ini.

Satu juga perkara yang berkenaan dengan persoalan ini ialah daripada pemantau ABCi jumlah permohonan yang diterima dari tahun 2016 hingga 2022 menunjukkan jumlah kemajuan yang diterima mempunyai peningkatan sebanyak 1.2% setahun. Pada tahun 2022, purata jumlah permit memulakan kerja di tapak bina yang diberi kebenaran adalah 116 permohonan setiap bulan.

Jadi di sini ada juga give some ounce of confidence, keyakinan bahawa sektor swasta akan dapat to adapt kepada perubahan ini dari segi kekurangan seperti yang disebutkan tadi dan juga kekhuatiran yang wujud daripadanya dan meraih peluang daripada projek-projek; Sama ada ia projek-projek di sektor bukan kerajaan dan juga projek-projek dari segi pemuliharaan dan maintenance daripada sektor kerajaan. Kaola percaya bahawa ahli-ahli professional di industri pembinaan akan dapat menyahut cabaran ini dan memberikan, mempergiatkan lagi atau memperkasakan lagi kualiti dan reka bentuk dan perkhidmatan mereka supaya lebih innovative dan meningkatkan lagi value for money bagi sektor swasta.

Juga disebutkan tadi mengenai dengan impak kepada pengusaha-pengusaha dan kontraktor-kontraktor tempatan di mana kebanyakan projek-projek perolehan menggunakan design and build. Mengenai dengan soalan design and build ini kaedah ini satu kaedah perolehan yang dipratikkan di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemajuan Perumahan bagi projek-projek yang memerlukan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pembinaannya.

Antara projek yang menggunakan kaedah ini ialah Projek Perumahan Lugu Fasa 1 yang sudah siap dengan jayanya dan Projek Perumahan Lugu Fasa 2 yang dalam pembinaan pada masa ini. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل‬ pengalaman jabatan-jabatan berkenaan menggunakan kaedah design and build ini menunjukkan keterlibatan kontraktor dan konsultan tempatan juga dalam berbagai aspek pembinaan sehingga siap dengan jayanya. Antaranya ialah penglibatkan sub-contractor yang diengage oleh main contractor yang melibatkan pengusaha-pengusaha tempatan.

Dimaklumkan juga bahawa dasar Kementerian Pembangunan ialah bagi semua projek-projek kerajaan memerlukan penglibatan kontraktor dan konsultan tempatan di mana pendaftaran kontraktor adalah dipantau oleh pihak ABCi. Manakala konsultan-konsultan yang terlibat mestilah berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Professional dan Juruukur Bahan atau (BAPEQS), Walau bagaimanapun isu-isu yang ditimbulkan tadi mengenai dengan Design and Bill ini memang ada hakikat kebenarannya seperti yang disampaikan juga tadi.

Mengenai dengan soalan sub-kontraktor di mana kontraktor yang diberi diaward dengan projek iaitu mengengage melaksanakan projek tersebut. Penggunaan sub-kontraktor dalam projek-projek pembinaan tersebut adalah seperti yang lazim di dalam industri pembinaan. Jadi satu-satu kontraktor tidak akan mempunyai semua pekerja atau jentera-jentera atau kepakaran yang diperlukan terutama sekali projek-projek yang besar.

Oleh itu kontraktor utama atau main contractor pada lazimnya ada juga melantik sub-kontraktornya untuk membekalkan kepakaran tenaga manusia, jentera, pekerja-pekerja buruh dan sebagainya untuk melaksanakan projek-projek pembinaan. Sistem ini juga dapat memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil MSME untuk terlibat sama dalam industri pembinaan dan menimba pengalaman untuk memajukan perusahaan bsupaya dapat dikategorikan sebagai pengusaha yang lebih tinggi ketegorinya.

Bagi projek-projek kerajaan pula main contractor dimestikan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum melantik sub kontraktor dan semua sub kontraktor mestilah berdaftar sebagai kontaktor dan pembina di dalam ABCi. Jadi semestinya kalau kontraktor akan meng-engage sub-kontraktor latar belakang sub-kontraktor juga akan diteliti untuk melihat sama ada mereka mempunyai kelayakan dan kesahihan daripada apa juga dari segi kemampuan yang mereka isytiharkan di dalam pengkhususan kerja-kerja yang mereka akan diberikan dalam masa kontrak tersebut.

Tapi di sebalik itu juga main contractor masih bertanggungjawab (liable) liability untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut jadual spesifikasi, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tapak projek serta menanggung risiko-risiko seperti yang dimaterai dalam kontrak pembinaan.

Mengenai dengan penyediaan perumahan melalui PPP. Seperti yang tepat sekali yang pernah dibincangkan secara meluas sebelum ini dan juga mengenai dengan pengalaman yang diperolehi daripada Projek Perumahan di Mengkubau. Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kemajuan Perumahan telah mendapati beberapa lesson learns yang dapat diambil teladan dan juga precaution-precaution di dalam kitani merangka projek-projek seterusnya. Kaola tidaklah membincangkan secara lanjut mengenai perkara ini melibatkan Projek di Mengkubau dan perkara ini masih lagi pertimbangan daripada pihak-pihak yang lain melibatkan isu-isu kontrak dan undang-undang pada ketika ini.

Bagi skim Lot Tanah Kurnia seperti yang dibangkitkan juga tadi. Pada masa ini Jabatan Kemajuan Perumahan belum dapat menerima permohonan-permohonan baharu mengenai dengan skim Kurnia Tanah ini. Walau bagaimanapun permohonan-permohonan yang sudah dibenarkan dan masih di bawah Skim ini adalah sebanyak 179 permohonan. Ialah menjadi hasrat melalui Jabatan Kemajuan Perumahan untuk permohonan yang masih menunggu ini dan Jabatan Kemajuan Perumahan masih lagi melaksanakan permohonan yang telah diberi kelulusan.

Kaola kira itulah jawapan yang dapat kaola berikan kaola akan meneliti jawapan-jawapan ini kalau ada yang boleh ditambah mengenai perkara yang terlepas pandang mungkin di kesempatan selepas ini. Kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai beberapa peruntukan di bawah Belanjawan 2023/2024 yang telah disediakan di bawah fokus:

  1. Memelihara Kesejahteraan Awam, meneruskan kerja pembinaan dan projek membaiki jalan raya;
  2. Memperbaiki dan pemuliharaan serta peningkatan rangkaian jalan raya;
  3. Pembinaan penaiktarafan dan penggantian aset-aset pembekalan air,
  4. Membina rumah-rumah dalam Perancangan Perumahan Negara.

Peruntukan untuk projek-projek ini juga disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam mukadimah yang lalu. Jumlah peruntukan tersebut adalah besar dan setentunya kerajaan menaruh harapan yang tinggi agar semua projek-projek ini siap dengan kualiti yang tinggi dan menepati tempoh masa serta peruntukan yang telah ditetapkan iaitu high quality, on time and on budget.

Pada pendapat kaola, ini memerlukan kecekapan serta kepakaran dalam project management. Hampir kesemua projek-projek ini dilaksanakan oleh third party contractor secara turn key iaitu kontraktor yang bertanggungjawab pada segala urusan projek dari awal sehingga selesai dengan syarat-syarat yang tertentu. Ini juga memerlukan kecekapan dalam bidang contractor management.

Kaola difahamkan projek-projek di dalam RKN-11 yang belum selesai meskipun peruntukan kewangan telah diluluskan. Kaola mengambil maklum adanya juga projek-projek yang baharu siap yang mengalami kerosakan dan memerlukan pembaikan yang dibiayai oleh pihak kerajaan.

Contohnya beberapa rumah dalam Perancangan Perumahan Negara dan Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien. Ada juga beberapa batang jalan raya dibuat beberapa pembaikan berulang-ulang kali. Antara sebab-sebabnya telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam mukadimah yang lalu.

  1. Apakah pihak Kementerian Pembangunan mempunyai:

    1. Pakar-pakar yang berpengalaman serta mencukupi dalam kedua-dua bidang ini iaitu project management dan contractor management. Kaola juga mencadangkan pihak Kementerian Pembangunan meluangkan masa untuk stepping back membuat penilaian contract studies yang lalu dalam mengenal pasti strategi yang terbaik bagi setiap jenis projek bagi kegunaan projek-projek yang akan datang. Fokus juga mesti dibuat di area noncompliance bagi pihak contractors.

    2. Memperkuatkan bidang-bidang projek dan contractor management di kalangan warga Kementerian Pembangunan yang tersebut.

    3. Memperkenalkan project delivery dari salah satu KPI Kementerian Pembangunan.

  2. Berkaitan dengan bagi menaikkan standard architecture senibina di Brunei Darussalam. Pada masa ini kaola difahamkan bahawa kira-kira 50% daripada jumlah arkitek berdaftar di Brunei Darussalam tidak menjalani proses latihan dan pemeriksaan sepenuhnya dalam bidang seni bina architecture. Oleh kerana itu kaola memohon pencerahan iaitu:

    1. Adakah latihan praktikal dan peperiksaan bahagian 3, practical training in part 3 examination dikuatkuasakan sebelum pengeluaran lesen dalam architecture, pembinaan dan seni bina.

    2. Adakah external part 3 examination dikawal selia sepenuhnya oleh arkitek tempatan yang berkelayakan;

    3. Adakah accreditation untuk semua hal kelayakan qualification architecture setakat ini mendapat kelulusan bersama the Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors, (BAPEQS), Brunei Darussalam Accreditation Council atau lebih dikenali dengan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan MKPK, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Negara Brunei Darussalam (PUJA).

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dibangkitkan tadi.

Itu khusus mengenai dengan compliance and integrity dalam project management dan contract management ini. Apakah ada pakar dalam kedua-dua bidang ini di Kementerian Pembangunan dan apakah penilaian, strategi, fokus untuk perkara-parkara yang non-compliance yang telah ditempuhi sebelum ini dan untuk menilai semula project delivery daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini.

Bagi kebanyakan professional yang berpengalaman di dalam projek-projek pembinaan ini, akan memperakui banyak risiko yang ditangani di dalam pelaksanaan ataupun project implementation.

Di antara risiko yang selalu dihadapi adalah projek yang tidak siap mengikut jadual, ada jua projek yang tidak dapat disiapkan oleh kontraktor dan ontrak terpaksa diputuskan. Dalam menangani risiko ini juga, Kementerian Pembangunan pernah melaksanakan pelbagai inisiatif.

Jadi memadai disampaikan bahawa di antara inisiatif tersebut ialah mengenai dengan penelitian dalam pendaftaran kontraktor, pengawal seliaan kepada ahli profesional seperti arkitek, jurutera profesional, juruukur bahan, memperkukuh perundangan seperti Building Control Order dan sebagainya. Ini untuk memastikan kesahihan accreditation of pakar-pakar profesional ini adalah betul dan benar.

Dari segi pengurusan projek dan kontrak, satu inisiatif memantapkan lagi projek dan contract management yang mana kaola dapat menghuraikan secara ringkas di Dewan ini ialah, pertama sekali perolehan kerajaan mengenai dengan projek-projek pembinaan adalah berpandukan dan mematuhi peraturan-peraturan kewangan ataupun financial regulations yang melibatkan tatacara tawaran dan sebutharga, pengurusan kontrak dan proses-proses yang lain.

Untuk melaksanakan pengurusan kontrak yang berkesan dan konsisten, jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan khususnya, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemajuan Perumahan berpandukan beberapa dokumen yang telah dikeluarkan bagi tujuan memastikan risiko dari projek pembinaan ditangani dengan sempurna.

Antara dokumennya adalah seperti;

  1. Dokumen Project Implementation Manual (PIM) yang memberikan garispanduan mengenai tatacara melaksanakan projek bermula dari perancangan, lantikan, project team termasuk konsultan jika diperlukan, menghuraikan project brief, proses tawaran dan sebagainya;

  2. Dokumen Public Works Department Conditions of Contract iaitu dokumen-dokumen kontrak untuk digunakan bagi projek-projek pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemajuan Perumahan. Ada terdapat 8 jenis dokumen kontrak atau Forms of Contract yang disediakan untuk keperluan ini.

  3. Dokumen Contract Administration Guidelines atau (CAGE) dan Quotation Administration Guidelines (QAGE) untuk memberikan panduan kepada pegawai-pegawai yang melaksanakan kontrak dan sebutharga menggunakan PWD Conditions of Contract. Contract Admistration Guidelines ini memberikan tatacara pengurusan kontrak mengikut PWD Conditions of Contract termasuk proses tawaran, sokongan tawaran, mengeluarkan surat, letter of acceptance, penandatanganan kontrak, penggunaan sijil-sijil kontrak, penilaian tuntutan dan pembayaran penutupan kontrak dan sebagainya.

  4. Dokumen PWD Standard Specification dan Schedule of Rates bagi kerja-kerja yang biasa dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya ataupun PWD.

  5. Dokumen Quality Supervision Manual (QSM) yang memberikan panduan spesifikasi dan panduan secara terperinci untuk melaksanakan pengawasan kerja-kerja kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan.

  6. Dokumen Surat-Surat Keliling dan Arahan Teknikal yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kerja dari masa ke semasa.

Apa yang dilihat daripada keterangan tadi adalah satu perkara yang penting ialah dari segi pengkhususan kepakaran-kepakaran yang diperlukan di dalam industri pembinaan secara am nya mengikut pengkhususan masing-masing yang memerlukan satu pemantauan, pengawal seliaan dan yang utama sekali ialah dari segi kemahiran dan capability, kebolehan pakar-pakar disebut sama ada ia quantity surveyor, arkitek, engineer dan sebagainya.

Jadi melihat daripada perkara tersebut dengan kepakaran yang tidak ada menjadi kemusykilan untuk memastikan dari segi khusus compliance dan integriti ini, kita melihat peraturan manual yang disebutkan tadi adalah cukup lengkap dalam standard kawal selia pengurusan kontrak projek. Apa yang tinggal ialah pematuhan guidelines yang disebutkan tadi, pematuhan dari segi compliance di setiap lapisan pelaksana.

Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dengan penghargaan kerana membangkitkan tajuk ini adalah satu perkara yang cukup luas yang relevan terutama sekali bagi kaola di Kementerian Pembangunan, di mana sebahagian besar tugasnya ialah pengurusan projek dan pengurusan kontrak. Ini adalah perkara yang abis kaola ambil keutamaan di Kementerian Pembangunan.

Bercakap mengenai dengan pengurusan projek dan pengurusan kontrak ini, kita tidak dapat mengelakkan daripada membuat penilaian risiko atau risk assessment yang menjadi cabaran yang boleh menggagalkan sesuatu projek atau kontrak. Melihat dari sudut ini, sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran atau awareness raising dalam perkara integrity and compliance ini ialah latihan-latihan melalui dialog dan penerangan mengenai peraturan dan undang-undang yang berkuasa di negara ini di antaranya, Financial Regulations, peraturan General Orders bagi penjawat awam, Akta Pencegahan Rasuah, Kanun Keseksaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Latihan seumpama ini adalah relevan bagi memberi peringatan atau awareness kepada penjawat dan petugas di Kementerian Pembangunan. Ini berkait juga dengan satu latihan yang telah dibuat di Kementerian Pembangunan permulaannya pada bulan September tahun lepas. Melihat daripada risiko ini dan juga cabaran-cabaran ini, satu langkah ialah untuk memberi peringatan dan to raise awareness kepada penjawat-penjawat dan petugas-petugas di Kementerian Pembangunan, dalam pertama mengingatkan keutamaan sifat etika di dalam segi compliance dan etika dari segi kejujuran sebagai benteng dalam pengawalseliaan dalam menghadapi cabaran-cabaran.

Umpamanya penipuan dalam tuntutan-tuntutan yang dihadapkan dan kemudian pegawai-pegawai yang memberi kelulusan dan tuntutan tanpa membuat pemeriksaan sama ada yang dituntut itu ada sudah dibuat dengan sebaik-baiknya mengikut spesifikasi dan keperluan yang telah disebutkan. Selain itu bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa, pilih kasih dan apa lagi perkara-perkara yang melibatkan perlakuan seperti rasuah.

Jadi dalam mengambil kesedaran ini dalam usaha meningkatkan tadbir urus yang baik atau good governance di samping cabaran yang disedari. Antara pelan tindakan yang pertama diambil ialah latihan dalam meningkatkan kesedaran bagi pegawai dan kakitangan di kementerian ini. Pertama yang telah diadakan pada September 2022, tahun lepas secara in house training.

Latihan ini yang diberi nama MOD Talk Series mengandungi beberapa tajuk bengkel dan taklimat. Antaranya Corruption and Integrity Talk yang merangkumi undang-undang anti rasuah, case study yang memberikan kefahaman bagaimana sesuatu perlakuan itu boleh disabitkan sebagai satu kesalahan rasuah, penipuan, penyalahgunaan kuasa dalam perkara-perkara yang melibatkan pengurusan kontrak dan projek, contract administration guide dan quotation administration guide seperti yang disebutkan tadi, taklimat Peraturan Kewangan (Financial Regulation), manual prosedur kerja dan perkongsian mengenai kesalahan-kesalahan penemuan audit yang telah dibangkitkan berdasarkan laporan-laporan audit yang dihadapkan oleh Juruaudit Agung.

Jadi MOD Talk Series ini disasarkan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya terutama sekali kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat langsung dengan pengurusan projek, agar mengetahui dan memahami cabaran dan risiko yang dihadapi dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

‫ان شاء هللا‬, program latihan ini akan terus dilanjutkan pada tahun ini, Tahun Kewangan 2023/2024. Itu di antara tindakan-tindakan yang diambil dalam memperbaiki lagi kesediaan kita menghadapi cabaran-cabaran mengenai kontrak dan project management berdasarkan kepada tajuk khusus yang ditanyakan tadi mengenai compliance dan integrity.

Bercakap mengenai perkara ini juga, satu lagi yang dapat dikongsi di sini ialah dalam mewujudkan masyarakat profesional di dalam industri pembinaan ini dengan kepekaan yang dibangkitkan mengenai integriti dan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan di dalam industri pembinaan. Semestinya ia memerlukan satu komitmen yang collective tetapi dari segi peranan biskaola di Kementerian Pembangunan ialah untuk mengusai perkara ini dengan memberikan penerangan, kesedaran dan juga latihan kepada pegawai-pegawai pelaksana di Kementerian Pembangunan iaitu semua sekalinya penjawat awam.

Untuk mencapai dari segi integrity and compliance dalam industri ini, dalam projek contract management, ia perlukan satu komitmen yang collective, yang sebaik-baiknya juga melibatkan komitmen dari sektor pembinaan sendiri iaitu melibatkan kontraktor juga. Sebab apa yang kita tahu secara khusus ialah penjawat awam memang tertakluk kepada banyak peraturan-peraturan, undang-undang yang disebutkan tadi iaitu undang-undang anti rasuah, General Order, Financial Regulation dan lain-lainnya.

Maka untuk mewujudkan standard integrity yang tinggi dalam perkara ini di antara penjawat awam. Jadi perlulah juga komitmen dari business operators, contractors, consultants supaya business operators ini juga wajib memiliki kesedaran dan kefahaman undang- undang yang sama. Peraturan dalam mengawal tindak tanduk mereka di dalam memastikan compliance integrity ini dipatuhi.

Di antara cabaran-cabaran dalam perkara ini yang dilihat juga ialah dari segi perhubungan antara kontraktor dengan penjawat awam, misalannya. Penjawat awam tertakluk kepada peraturan-peraturan seperti yang disebutkan tadi. Tapi kebanyakannya kontraktor tidak mengambil kepekaan kepada penjawat-penjawat awam ini.

Kaola membangkitkan perkara ini selalu juga kecenderungan pihak kontraktor ini yang memberi entertainment ataupun sebagai satu perkara untuk mewujudkan silaturahim, barangkali, daripada pihak mereka memberikan hadiah atau pelbagai bentuk entertainment. Jadi di mana kita melihat perkara ini supaya pihak kontraktor juga akan faham bahawa ada kekangan dan implikasi terhadap pegawai sebagai penjawat awam melalui undang-undang yang disebutkan tadi.

Jadi makanya pihak sektor industri dari kontraktor mesti juga faham akan perkara ini. So sebaiknya kalau kontraktor-kontraktor besar mereka pun ada memiliki set of code of conduct, what they can do, what they cannot do because kalau dilihat dari segi undang- undang kalau ada pemberian hadiah.

Pemberian hadiah saja, apa pun sebabnya, sudah dianggap satu kesalahan di bawah undang-undang kita. Satu juga dari segi penilaiannya sebagai pemberian hadiah akan membuat orang merasa terhutang budi dan ini akan mencairkan ketegasan penjawat awam tersebut di dalam melaksanakan tugasnya, kawalan seliaan dan juga penilaiannya. Jadi inilah di antara bentuk sebagai pencerahan perkara yang dibangkitkan di dalam contract management untuk memastikan integriti dan compliance itu dibuat. Ini dari segi aspek latihan yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan.

Mengenai soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu mengenai Standard Architecture Accreditation, adakah dikuatkuasakan? The Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (BAPEQS), Brunei Darussalam Accreditation Council, Pertubuhan Ukur, Jurutera, Arkitek Negara Brunei Darussalam (PUJA). Mengenai accreditation, Lembaga BAPEQS, ada bekerjasama dengan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan untuk mengiktirafkan kelulusan akademik dari luar negara manakala Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) adalah pertubuhan NGO’s dan lembaga BAPEQS, bekerjasama dengan pihak tersebut dalam hal ehwal latihan ataupun Continuing Professional Education (CPE).

Itu saja yang dapat dijawab walaupun belum lengkap jawapan mengenainya. Kaola belum ada maklumat data yang lengkap mengenainya, kaola akan menyusul lagi selepas ini. Tapi setakat ini, itulah jawapan kaola mengenai perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ َّٰ‫علَ َّٰى ُم َح َّمد‬ َ ‫ ٱللَّ ُه َّم‬salam dan selawat kepada junjungan kita ‫نبي محمد صل هللا عليه وسالم‬, keluarga dan sahabat-sahabatnya yang taat setia hingga ke akhir zaman.

‫أ ْلح ْم ُد ِ هلِل‬ terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat memberi peluang kepada kaola mengikuti dalam perbahasan ini.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ada beberapa isu, cadangan yang ingin kaola bangkitkan di sini untuk dipertimbangkan dan kaola serahkan budi bicara kesesuaiannya untuk Yang Berhormat Menteri Pembangunan menilainya. Terima kasih sebelum itu kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas penjelasan dan penerangan Yang Berhormat berkenaan dengan perkembangan dan pencapaian Kementerian Pembangunan pada tahun yang sudah dalam sama-sama mencapai matlamat negara Wawasan Brunei 2035.

Beberapa soalan dan cadangan yang ingin kaola bangkitkan di sini. Beberapa isu yang mungkin telahpun dibangkitkan dan dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat lainnya. Tapi kaola bangkitkan isu ini dari segi Kementerian sebagai teknikal standard bearer dan untuk mengukuhkan profesionalisme dan etika kerja dalam industri pembinaan.

  1. Di bawah Tajuk - SK01A berkaitan dengan Town and Country Planning (TCP) dan Autoriti Kawalan Bangunan Industri Pembinaan, (ABCi). Kaola mohon pencerahan atas tanggungjawab dan keberkesanan kuasa enforcement di pihak TCP dan ABCi dalam mempastikan pengasingan zon kediaman iaitu residential, commercial, industri kecil, rekreasi dan pendidikan dalam menempatkan atau memberi approval occupancy, lesen operasi dan memastikan infrastruktur asas yang bersesuaian.

    Seperti yang nampak ketara, dibeberapa kawasan perumahan telahpun didapati dan diguna pakai, ditukar, ada yang menjadi kedai runcit, bengkel kenderaan, ada yang menjadi mini tadika, preschool, sudah ada pembangunan baharu dengan deretan kedai-kedai dalam kelompok perumahan yang sudah ada tanpa mengambil kira, kecukupan infrastruktur, kemudahan dan keselamatan akses keluar masuk yang selamat bagi penduduk-penduduk yang telah lama menetap.

    Hal ini boleh menimbulkan isu kesibukan dalam kawasan perumahan itu pada waktu-waktu tertentu. Mungkin ini telah terlepas pandang dikawasan yang sudah developed tetapi masih boleh dikawal di kawasan-kawasan baharu.

    Soalan:

    1. Apakah perancangan pihak kementerian dalam menangani isu tersebut supaya perancangan bandar nampak teratur dan prasarana yang ada bersesuaian? Kaola tiada masalah pada sesuatu tempat apabila pemohon swasta menukar syarat dari perumahan kepada tempat komersial atau industri kecil atau menjadi tempat persekolahan. Tetapi pohon direview mengikut kesesuaian infrastruktur yang kini ada untuk menapung trafik dan aktiviti-aktiviti yang baharu seperti jalan akses yang lebih besar, kawasan parking demi keselamatan dan keselesaan, pembuangan sampah yang mesti lebih dikerapkan, dan tempat riadah ataupun tempat untuk orang ramai berkumpul. Dalam isu yang sama tentang ABCi iaitu Authority on Building Control and Construction Industry.

    2. Dalam isu satu, tidak dinafikan kod ABCi adalah untuk memastikan keselamatan bangunan yang akan didirikan akan mengikuti piawaian yang tertentu. ‫أ َ ْل َح ْم ُد ٰلِل‬, tapi kos untuk mematuhi semua kehendak ABCi tidaklah semurah, lebih-lebih lagi dalam rumah kos rendah atau peniaga-peniaga kecil yang menggunakan reka bentuk yang diluluskan oleh arkitek tidaklah murah.

      1. Kaola mencadangkan budi bicara ABCi untuk mengaplikasikan risk-based assesment dalam menetapkan kondisi yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan terutamanya untuk membantu membina rumah kos rendah untuk kediaman sendiri (low cost housing for personal use) dan bekenaan-berkenaan perusahaan kecil-kecilan yang berisiko rendah pada orang awam.; dan

      2. Bahagian Perumahan, JKR setentunya ada mempunyai banyak pelan-pelan rumah yang telah dibina dalam Skim Perumahan Negara. Untuk membantu rakyat yang belum mempunyai rumah yang berhajat untuk membuat rumah persendirian dengan kos rendah, kaola mencadangkan untuk Kementerian Pembangunan untuk mereview kesesuaian untuk memberi kelulusan kepada orang awam untuk mengguna pakai mana-mana pelan skim perumahan negara yang sedia ada dalam simpanan JKR dan perumahan memandangkan ianya adalah pelan-pelan rumah skim perumahan, ini akan mencepatkan approval proceses dan juga mengurangkan kos membina rumah terutamanya kos perumahan kos rendah. ‫ ان شاء هللا‬Ini akan membantu membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membangunkan dan memiliki rumah sendiri secepatnya dan mampu.

  2. Di bawah Tajuk - SK03A projek-projek kerajaan yang dipantau dengan appendant kod quality assurance dan kod quality control suvillance. Declaration, kaola mempunyai pengalaman selama 34 tahun dalam pembinaan projek-projek oil and gas industry. Kaola difahamkan bahawa kebanyakan projek-projek pembangunan kerajaan sama ada turnkey basis ataupun design and build ataupun conventional design and tender build. Rata-rata projek dibina oleh kontraktor dan dipantau dengan tenaga kosultan melalui pihak ketiga atau dipantau sendiri oleh konsultan di bawah arahan kontraktor.

    Konsep mandur atau site supevisor pekerja kerajaan sepenuh masa di tempat site kerja sudah lama ditiadakan dan diganti dengan resident supervisor yang dilantik dari konsultan untuk mengesahkan progress dan kesempurnaan projek. Untuk strategi ini berkesan, memulakan penyeliaan yang lebih kerap (more frequent supervision) dan pengesahan kualiti yang teratur (compliance test and whole point) dan bebas (independency) lebih-lebih lagi apabila konsultan yang diguna pakai untuk memantau projek itu ialah pembekal design itu sendiri atau konsultan yang bergabung dengan main contractor seperti dalam turnkey projects.

    Dari pengalaman kaola memantau projek-projek dalam industri bina oil and gas industry, quality assurance dan quality control suvillance yang dipantau oleh kakitangan sendiri yang berpengalaman atau dibantu oleh independent agency, bukan sahaja boleh mengelakkan kelambatan siap projek tapi boleh mengelakkan kos tambahan repair dan rectify yakni kos buat semula untuk mengikut specifikasi.

    Dari pengalaman kaola, dari sumbangan cost avoidance of repair, cost independence QAQCs seolah-olah save funding. Kaola mencadangkan untuk projek-projek yang berskala besar dan penting, menyemak semula keperluan untuk punya full time site supervision team sendiri yang berkebolehan untuk memantau progress dan melakukan independence QA/QCS atau tingkatkan lebih banyak lagi entity untuk memberi khidmat QA/QCS bebas services yang berpanjangan. Independent QA/QCS ini bukan mengambil alih tanggungjawab konsultan projek dalam design build atau turnkey project yang semestinya bertanggungjawab memastikan compliance project dibina seperti design and specification tetapi untuk quality assurance and quality surveillance conformance verification.

    1. Kaola ingin mencadangkan supaya lebih banyak graduan muda diberi peluang pendedahan terus sebagai support staff dalam site provision team dan mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti QA/QCS ini untuk pembinaan technical and competency mereka.; dan

    2. Seperti yang telah disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat lain supaya dalam projek scale besar jangan melupakan medium sized contractors dan penglibatan anak-anak tempatan. Saya menyokong cadangan Ahli Yang Berhormat untuk pihak kementerian membawa projek-projek kerajaan seperti projek perumahan bukan sahaja diserahkan bulat-bulat kepada kontraktor-kontraktor besar tetapi kontraktor-kontraktor medium sized, dipohon diberikan peluang dan memberi kesempatan untuk mengambil bahagian, sama ada sebagai sub-contractor kepada main contract ataupun diberi peluang membuat skop tertentu dalam kepakaran mereka. Memastikan ada target untuk mengambil dan menggunakan service dari Small and Medium Enterprises (SMEs) dan tenaga tempatan dalam KPI projek-projek ini.

  3. Isu di bawah Tajuk SK01A – Jabatan Kementerian Pembangunan. Ini professionalism dalam industri pembinaan bagi kakitangan dan kontraktor. Inisiatif-inisiatif berterusan kementerian untuk meningkatkan taraf professionalism dalam kalangan kakitangan dan kontraktor-kontraktor amat disokong. Kementerian Pembangunan sebagai technical standard bearer negara bertanggungjawab sebagai role model memastikan pembangunan teknikal kakitangan sendiri ke tahap profesional dan memastikan kakitangan yang mencapai tahap profesional ini patut diberikan ganjaran yang sewajarnya.

    Begitu juga perangsang dan pantauan perlu agar kontraktor-kontraktor atau konsultan-konsultan yang ada, graduan bekerja dalam company itu mengikuti program mereka sendiri agar pekerja-pekerja graduan akan mencapai tahap profesional juga.

    Cadangan kaola dalam isu ketiga ini ialah:

    1. Untuk kementerian mereview kembali kalau ganjaran kewangan yang dulunya pernah diberikan sebagai perangsang kepada kakitangan kementerian yang mencapai tahap professional dikembalikan supaya lebih banyak lagi graduan mahu mengikut menaiktarafkan kelulusan mereka ke tahap professional. Ini bukan sahaja menaikkan martabat kementerian dengan membanyakkan anggota kakitangan pada tahap professional, juga berganding dengan inisiatif kementerian memantau peningkatan warga professional dalam kontraktor dan konsultan juga akan menyumbang kepada gol Wawasan Brunei 2035 yang bersatu, iaitu negara mempunyai warga yang berkelulusan tinggi ditaraf antarabangsa.

    2. Mencadangkan salah satu kriteria memberi kontrak juga diambil kira proposal dan performance track record contractor dalam menggunakan medium sized enterprises sebagai sub-contractor dan inisiatif dan track record mereka bagi membantu anak tempatan dan mencapai taraf professionalism dalam industri pembinaan.

    3. Untuk mereview keperluan kontraktor dalam kelas 5 dan 6 untuk mempunyai sekurang-kurangnya pengarah atau pegawai eksekutif atau pegawai management yang bertaraf professional antara mereka. Ini memastikan teknikal competency dan professional person dalam kontraktor dapat dipertanggungjawabkan dalam projek itu.; dan

    4. Menggunakan word engineering professional management consultancy services dalam title business. Dalam profesion lain, jika ingin menggunakan profession dalam business name misalnya firma akauntan mesti ada akauntannya, chartered accountantnya, kalau hendak membuat klinik mesti ada doktor dan kepakarannya, kalau menggunakan nama arkitek, mesti ada certified arkiteknya dalam firma itu. Mana-mana firma ingin menggunakan title profession ini dalam company mereka mestilah mempunyai kepakaran yang diiktiraf.

      Berlainan dengan industri pembinaan yang kaola faham, banyak boleh menggunakan loosely title engineering consultant services, project management atau discipline mereka call electrical engineering contractor tapi tidak diketahui taraf professional yang memiliki bisnes atau management teamnya.

      Untuk tidak mengelirukan orang awam, kaola cadangkan pihak kementerian dan agensi engineering berkanun atau PUJA dalam negara untuk mereview pengunaan nama-nama engineering atau profession dalam business name dan memastikan ada professional person dalam bisnes itu untuk mengekalkan penggunaan professional name tersebut dalam business name.

  4. Isu di bawah Tajuk SK02A – Jabatan Kemajuan Perumahan, iaitu Skim Perumahan Negara. Kaola ada beberapa cadangan yang hendak dikongsikan di sini dalam Skim Perumahan Negara, iaitu:

    1. Seperti yang kaola terangkan dalam perbahasan bajet untuk Kementerian Hal Ehwal Ugama memastikan masjid atau surau sebagai prasarana utama dalam pembinaan perumahan. Untuk memastikan bahawa masjid dapat diakses dengan selamat dan selesa oleh orang sekampung, sesuai untuk pengurusan jenazah, tandas yang mencukupi untuk menampung kebanyakan jemaah dan akses mudah dan selamat dengan berjalan kaki dan warga kurang upaya.;

    2. Menyelia dan menyemak semula keadaan trafik di kawasan-kawasan sekolah rendah dan menengah di kawasan perumahan supaya dapat memastikan kebolehcapaian kemudahan untuk keluar dan masuk sekolah. Kalau sekolah itu ada sebanyak 1,000 orang penuntut, kita boleh pastikan bahawa 600 ke 800 buah kereta akan masuk dalam satu waktu yang pendek untuk menghantar dan mengambil anak. Kadang-kadang tempat masuk dan keluar adalah melalui akses yang sama.;

    3. Promosi Teknologi Hijau dan Tenaga Alternatif dirumah-rumah (model) perserta yang ikut sama. Pertimbangan untuk membangunkan model houses bagi mengesyorkan, mempamirkan, to show proof of concept penggunaan sumber kuasa mampan Teknologi Hijau boleh digunakan dan mengumpul data dan analisis data langsung untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa konsep ini bermanfaat, kewangan, jangka panjang, walaupun perbelanjaan awal yang tinggi.

      Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyatakan mengenai dengan Perumahan Kampong Mengkubau dan projek-projek yang dikendalikan oleh BIBD. Kaola ada terdengar mungkin ada, semua mendengar bahawa projek-projek BIBD ada menghadapi masalah dan juga baru baru ini kaola ada mendengar bahawa agensi ini juga telah disuruh membayar ganti rugi di Singapore Administration atas pembinaan projek kawalan agensi ini.

      Kaola hanya ingin menyatakan bahawa pengajaran-pengajaran yang dapat kementerian pelajari daripada kedua-dua projek ini, dari segi contracting, excreation dan Project Management agar tidak diulangi lagi.;

    4. Professional Ethics. ‫أ َ ْل َح ْمدُ ّٰلِل‬, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah mengisukan isu ini, apabila menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Tapi kaola syorkan yang lebih satu iaitu Whistle Blowing. Bukan peniup wisel tetapi pelapor dalaman, apakah protection ataupun perlindungan yang diberi kepada Whistle Blower yang mengemukakan, melapor tersalah gunaan dalam organisasinya yang bertentangan dengan ethics, out of conduct.

      Berlaku ethical dalam pekerjaan bukanlah pendekatan baru dan dalam setiap profession tapi kebelakangan ini Professional Ethics dalam kerja telah ditengahkan kerana terjadinya beberapa insiden kemalangan insdustri yang melibatkan nyawa awam, harta benda dan lepas pandang dalam institusi kewangan yang merugikan ratusan hingga billion dollars di luar negara.

      Professional Ethics ini memerlukan setiap pemegang profession iaitu berlaku dan bertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik mahupun dalam fasa design, bina, laku (operate) atau maintenance atau apabila at the end of the project disposal dengan selamat untuk menjaga keselamatan awam, alam dan harta benda dan tidak mendatangkan kemudaratan sepanjang masa walaupun tidak menguntungkan organisasi dimana ia bekerja. Professional Ethics juga untuk mengkehendaki setiap individu professional untuk melaporkan mana-mana aktiviti dalam organisasinya yang ia ragui atau tahu akan aktiviti itu mendatangkan kesan negatif pada manusia, environment dan harta awam.

      Kaola/saya bertanya, adakah sudah Professional Ethics dan guideline ini dijadikan sebagai condition, registration dan license to operate di dalam industri pembinaan? dan apakah protection atau perlindungan kepada pekerja atau anggota professional yang melaporkan organisasinya sendiri yang diraguinya tidak berlaku etikal dan agensi mana yang patut beliau membuat laporan dan mohon perlindungan selain daripada membuat aduan kepada agensi cegah rasuah yang mungkin tidak bersesuaian untuk menilai laporan yang sedemikian berkenaan dengan Professional Ethics?; dan

    5. Country Value and Local Vendor Development. Inisiatif Unit Tenaga dalam Jabatan Perdana Menteri dalam memantau Industry Oil and Gas untuk meningkatkan perbelanjaan dalam Industry Oil and Gas digunakan di dalam negeri, sama ada terus dalam Business Development atau memastikan Local Employment atau pembahagian goods and services, Capacity Development ataupun Target Manufacturing Assistant Oil and Ship atau Work Force Development sangat-sangat disanjung tinggi.

      Adakah inisiatif Kementerian Dalam Negeri untuk melaratkan inisiatif memantau In-Country Value dan Local Vendor Development dalam projek-projek yang berskala besar dan lain projek yang akan dibagi oleh kementerian.

  5. Rumah dan Aset Kerajaan yang terbiar di keempat-empat daerah dibaik pulih. ‫أ َ ْل َح ْم ْدُ ّ ٰلِل‬, kaola terasa teruja apabila mendengar bahawa ada inisiatif kerajaan untuk mengadakan komiti yang diketuai oleh Agensi Kerajaan untuk meneliti kembali rumah-rumah dan Aset Kerajaan yang terbiar untuk digunakan semula atau repurposed kegunaannya.

    Kaola/saya cadangkan supaya outcome dalam progress review ini diperigakan secepat-cepatnya kepada District Officer keempat-empat daerah agar mereka dapat memberi penjalasan sebaiknya apabila ditangani atau di aga oleh NGO’s atau MPK atau orang-orang di daerahnya, menanyakan apa tujuannya untuk digunakan rumah-rumah yang terbiar.

Kaola berhentikan sampai di sini Yang Berhormat Pengerusi. Kaola/saya memberi peluang untuk Yang Berhormat Menteri Pembangunan memberi penjelasan dan kaola berterima kasih atas diberikan peluang untuk menaikkan isu-isu ini untuk dibincangkan dalam dewan ini. ‫والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin kerana menyuarakan beberapa soalan dan juga perkara-perkara yang sangat relevan kepada suasana yang dihadapi ketika ini.

Walau bagaimanapun, saya akan memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk meneliti perkara-perkara yang dikemukakan itu dan ia boleh menjawabnya apabila kita balik berbincang dengan perkara ini sebelah tengah hari nanti, ertinya ia bolehlah consult dengan penasihat-penasihatnya.

Cukup sekian kita berunding mengenai dengan perkara ini dan saya sendiri agak kurang faham mengenai dengan soalan engineering ini. Tetapi, walau bagaimanapun saya kira cukuplah dulu kita berunding dan kita akan bersidang semula dalam peringkat Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya ingin menangguhkan persidangan kita ini untuk membolehkan kita berehat dan kita akan bersidang semula tengah hari nanti mulai pukul 2.30 petang seperti biasa.

Sekian, ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.