Skip to main content

HARI KE-3 PETANG

For Informational Purposes Only

6HB MAC 2023M - PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.30 petang)

Yang Dimuliakan Jurutulis

الرحيم الرحمن الله بسم Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, Isnin, 13hb. Syaaban 1444 H bersamaan 6hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

MAJLIS MESYUARAT

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

اللّٰ ه ِ الرَّ حْ مَٰ ن ِ الرَّ حْ يم ِ بِسْم ُالسَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه هِ لِلُألْحمْد kita bersyukur ke hadrat سبحانه الله وتعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada petang ini bersidang bagi hari yang ketiga dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ه الله صل حمد م نبي وسلام عليه kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada hari Sabtu yang lepas, (pada sebelah petangnya Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah selesai meluluskan Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis) dan persidangan telah mula membahaskan Perkara VI Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Rang Undang-Undang tersebut telah dibaca bagi kali pertama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mengemukakan permohonan supaya Rang ini dapat dibaca bagi kali kedua dan ketiga iaitu dengan menggantung Peraturan-Peraturan Tetap 28 (2) Majlis Mesyuarat Negara.

Oleh yang demikian, atas sebab-sebab yang telah dikemukakan, saya memberikan keizinan bagi Rang Undang-Undang Yang bergelar: “Suatu Akta untuk m embekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan b agi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan bagi memperuntuk kan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu” untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk menghuraikan hujah-hujahnya.

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.Kaola ingin mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya atas keizinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola membacakan Rang Undang-Undang yang bergelar “Suatu Akta untuk membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan bagi memperuntukkan wang yang t ersebut itu bagi maksud-maksud tertentu” dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tujuan Rang Undang-Undang ini ialah: “Untuk membenarkan bagi pengeluaran sejumlah $5.96 bilion Dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual”.

Kaola memohon izin lebih dahulu untuk menerangkan secara ringkas mengenai penyediaan Rang Anggaran Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan2023/2024 ini berdasarkan kepada analis is dan penilaian yang telah dibuat ke atas prospek ekonomi global dan Negara Brunei Darussalam, keutamaan perbelanjaan kerajaan serta kemampuan kewangan kerajaan untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan berkenaan.

هِ لِلُألْحمْد, syukur kita panjatkan ke hadrat وتعالى سبحانه الله kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua serta berkat kepimpinan, kebijaksanaan dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk negara ini dapat terus menikmati pembangunan dan perkembangan, keamanan dan kemakmuran di sebalik pelbagai cabaran yang telah dihadapi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.D unia telah menyaksikan pelbagai pergolakan yang luar biasa seperti pandemikCOVID-19, konflik geopolitik dan impak inflasi yang tinggi. Ini semua telah menyebabkan krisis kos sara hidup di kebanyakan negara dan memberikan kesan khususnya kepada perbelanjaan isi rumah berikutan peningkatan kos tenaga dan komoditi. Terhadnya rantaian bekalan barangan serta pengurangan rangsangan fiskal berkaitan pandemik COVID-19. Situasi ini telah mengakibatkan kesan negatif yang berlarutan terhadap prestasi ekonomi global.

Pihak International Monetary Fund (IMF) dalam laporan terkini World Economic Outlook keluaran bulan Januari 2023 telah mengunjurkan Pertubuhan Ekonomi Global menjadi perlahan dari kadar 3.4% pada tahun 2022 kepada 2.9% pada tahun 2023, s ebelum kembali pulih pada kadar 3.1% bagi tahun 2024. Ini antaranya disebabkan kebanyakan negara telah membuka semula s empadan serta kedayatahanan negara-negara semasa menghadapi kenaikan inflasi, kos tenaga yang tinggi, kadar faedah tinggi dan konflik geopolitik berterusan.

Berikutan dengan unjuran Pertubuhan Ekonomi Global ini, permintaan global juga dijangka akan berkurangan dan seterusnya menjejaskan perdagangan global. Oleh itu, pihakIMF melalui laporanWEO bulan Januari 2023 telah meramalkan jumlah perdagangan global ataupunglobal trade volume akan menjadi perlahan daripada kadar 5.4% pada tahun 2022 kepada 2.4% bagi tahun 2023 sebelum kembali pulih pada kadar 3.4% bagi tahun 2024.

PihakEnergy Information Administration (EIA) melalui laporan bulan Januari 2023 telah meramalkan harga minyakBrent akan menurun secara pu rata dari USD 100.94 setong pada tahun 2022M kepada USD 83.10 setong pada tahun 2023, berikutan jangkaan pengeluaran minyak global yang berlebihan berbanding dengan permintaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola seterusnyaingin mengongsikan prestasi ekonomi Negara Brunei Darussalam. Momentum kadar pemulihan ekonomi negara diunjurkan terus meningkat berikutan pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa.

Namun penularan semula pandemik COVID-19 masih menjadi satu risiko beserta risiko global lain yang besar kemungkinan akan menjejaskan situasi ekonomi negara ini. Mengikut laporan suku ketiga tahun 2022, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara Brunei Darussalam, ه ِ لِل ُ ألْحمْد telah mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 0.9 % setelah mencatatkan pertumbuhan negatif pada suku pertama dan kedua tahun 2022. Pertumbuhan suku ketiga tahun 2022 ini berikutan peningkatan dalam sektor bukan minyak dan gas sebanyak 4.6% yang didorong oleh peningkatan dalam beberapa subsektor seperti hiliran, kewangan, pengangkutan udara, perdagangan borong dan runcit dan perikanan.

Walau bagaimanapun, sektor minyak dan gas pula mencatatkan penurunan pada kadar 2.7% disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak mentah. Penurunan ini disebabkan antaranya penutupan yang berjadual dan tidak berjadual bagi aktiviti-aktivitimaintenance serta pemulihan pelantar minyak luar pantai.Manakala Pusat Kajian Strategik dan Dasar atauCenter for Strategic and Policy Studies (CSPS) melalui laporan Brunei Economic Outlook 2023 telah pun mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang pada kadar 2.6% bagi tahun 2023. Unjuran ini didorong oleh pertubuhan dalam sektor minyak dan gas pada kadar 2% berikutan pengeluaran yang dijangka meningkat setelah aktiviti-aktivitimaintenance selesai dilaksanakan. Manakala aktiviti yang lain dalam sektor bukan minyak dan gas juga dijangka mencatatkan pertumbuhan yang positif pada kadar 2.8% mengambil kira kebanyakan aktiviti ekonomi berkenaan dijangka akan beransur pulih berikutan pembukaan semula sempadan serta pengurangan langkah-langkah pengawalan yang berkaitan dengan endemik COVID-19.

CSPS juga mengunjurkan inflasi negara akan menurun kepada kadar 2.5% bagi tahun 2023 adalah mencatatkan kadar 3.7% pada tahun 2022, iaitu kadar inflasi yang tertinggi sejak tahun 1995. Ini disebabkan oleh permintaan global yang lemah dan rantaian bekalan yang beransur pulih. Di samping itu, pihak IMF, Asean +3 Macro economic Research Office atauAMRO danAsean Development Bank (ADB) telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang positif bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2023, iaitu masing-masing pada kadar 3.3%, 3% dan 3.6%. Unjuran tersebut mengambil kira usaha-usaha pemulihan dan mempelbagaikan ekonomi yang dilaksanakan khususnya pengeluaran produk industri hiliran minyak dan gas serta aktiviti-aktivit iberkaitan dengan Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad, Syarikat Methanol Brunei(BMC) dan Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sendirian Berhad (BFI). Namun demikian unjuran-unjuran yang kaola kongsikan sebentar tadi juga tertakluk kepada beberapa faktor luaran dan dalaman (external and internal factors).

Antaranya seperti:

  1. Penularan varian-varian COVID-19 baharu.;
  2. Tekanan geopolitik berterusan yang akan mengakibatkan gangguan rantaian bekalan kepada inflasi yang tinggi.;
  3. Risiko kemelesetan ekonomi dunia.; dan
  4. Ketidakpastian pasaran minyak dan gas dunia dan tahap pengeluaran minyak dan gas negara.

َّّ لِلُ الْ حَ مْ د langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan dengan sokongan padu daripada pihak swasta dan seluruh rakyat dan penduduk melalui pendekatan Whole Of Government dan Whole Of Nation telah dapat mengawal dan mengurangkan kesan atau impak daripada ketidaktentuan ekonomi global demi memastikan ekonomi negara dapat membangun, terus kukuh dan stabil.

Beberapa usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara kita telah dan akan terus dilaksanakan untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan sektor swasta melalui pembangunan perniagaan tempatan dan government linked companies (GLC’s) dan termasuk usaha-usaha bagi menarik Pelaburan Langsung Asing(FDI).

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah menyaksikan perkembangan yang menggalakkan di sektor bukan minyak dan gas. Namun demikian, usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi perlu diteruskan dan dilipatgandakan dalam sektor tersebut melalui penglibatan pihak swasta khususnya pengusaha-pengusaha tempatan(GLC’s) danFDI bagi membina asas ekonomi yang lebih kukuh, luas, berdaya tahan dan berdaya maju sepertimana yang dihasratkan di bawah matlamat ketiga dalam Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat-matlamat di bawah Wawasan Brunei 2035 yang tempoh sasaran semakin hampir. Perkara ini juga telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempen a Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-39 pada 23hb. Februari 2023M.

Dalam hal ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah melancarkan Economic Blueprint dan peta-peta jalan di bawah sektor industri pemakanan, industri hiliran minyak dan gas danindustri perkhidmatan maritim yang bertujuan menambah baik ekosistem dan juga industri-industri tempatan dapat meningkatkan usaha masing-masing ke arah memperkukuhkan lagi kedayatahanan ekonomi negara. Blueprints dan peta-peta jalan ini penting untuk merancang dan mencapai pembangunan n egara pada jangka masa yang sederhana dan panjang ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

Dalam mendukung usaha negara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, kerajaan terus komited dengan tindakan global dalam melaksanakan matlamat pembangunan yang berdaya tahan bagi tahun 2030 yang dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG’s), i ni merupakan landasan bagi memastikan pembangunan negara dicapai dengan prinsip inklusif, saksama dan mampan.

َّّ لِلُ الْحَمْد tindakan-tindakan menyokong agendaSDG’s telah berjaya dalam beberapa aspek contohnya:

  1. Pemantauan perkembangan petunjuk indikator SDG’s, Bengkel K ebangsaan SDG’s.; dan ;
  2. Perkongsian (Partnership) dan program meningkat kesedaran.

شَاء َ الله ْ اِن lebih banyak tindakan akan dilaksanakan seperti laman sesawang SDG’s dan meningkatkan kerjasama terutamanya dengan belia.

Di samping itu, negara sedang membuat persiapan bagi menghadapkan laporan Voluntary National Review II keUnited Nation High Level Political Forum on Sustainable Development pada bulan Julai 2023. Laporan ini akan mengongsikan kepada masyarakatglobal mengenai kemajuanSDG’s dari konteks Brunei Darussalam terutamanya Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ّ َ ّ لِل ُ الْحَمْد negara telah memasuki fasa endemik kira-kira setahun yang lalu dan rakyat serta penduduk di negara ini mempunyai tahap imuniti yang tinggi bagi perlindungan masyarakat umum yang diperolehi melalui vaksinasi dan jangkitan semula jadi.

Namun demikian, negara perlu terus berwaspada dan menyesuaikan keadaan kepada norma baharu mengambil kira ancaman wabak masih belum berakhir sepenuhnya termasuklah risiko terhadap penemuan varian-varian baharu dan penyakit berjangkit yang lain.

Dalam hal ini juga, kerajaan akan terus berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi meningkatkan ruang fiskal agar dapat meneruskan pelaburan khususnya dalam sektor kesihatan dan infras truktor dan meningkatkan jaringan keselamatan sosial agar negara dapat bersedia dalam men a ngani apa jua cabaran pada masa hadapan secara berkesan.

Di samping itu, kerajaan akan terus membuat pelaburan ke arah menjaminkesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk negara ini untuk memastikan kehidupan yang makmur melalui penyediaan pendidikan yang berkualiti serta peluang-peluang pekerjaan baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. S eterusnya memastikan rakyat dan penduduk dapat hidup selesa semasa waktu persaraan nanti.

D alam kesempatan ini, kaola menjunjung kasih atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama D ari Musim Permesyuaratan Kesembilan B elas Majlis Mesyuarat Negara pada 2 hb. Mac 2023M mengenai Skim Persaraan Kebangsaan ataupun SPK yang ان شاء الل akan dilaksananakan pada bulan Julai 2023 ini.

SPK merupakan hasil usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Pencen yang sedia ada, iaitu bagi menggantikan Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP). Dengan adanya Skim SPK yang baha ru ini ia akan mengukuhkan lagi kesejahteraan sosial para ahli semasa persaraan nanti.

Skim tersebut akan menggunakan kaedahincome replacement ratio atau pencen bulanan berdasarkan gaji pada waktu perkhidmatan yang lebih baik pada waktu persaraan nanti. Ia juga akan mengambil kira kadar inflasi bagi memastikan pendapatan persaraan ahli tidak terjejas pada masa akan datang.

Skim ini juga lebihinclusive di mana ianya bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja di sektor kerajaan, malahan sektor swasta termasuk juga bekerja sendiri atauself-employed. D alam menggalakkan pekerja supaya lebih produ ktif SPK dapat memberikan manfaat yang lebih baik dengan pembayaran anu iti yang boleh mencapai sepanjang hayat. Dalam masa yang sama perlindungan manfaat turunan bagi tangunggan-tanggungan ahli juga telah diperl uaskan.

هِ لِلُألْحمْد sejak bulan April 2022, sesi pemberigaan SPK telah disampaikan kepada hampir 13,000 orang ahli yang terdiri daripada pekerja sektor kerajaan dan swasta. Hasil daripada pemberigaa n tersebut beberapa maklum balas serta input telah diterima dan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Tabung Amanah Pekerja telah membuat beberapa tambahan kepada skim berkenaan untuk mengukuhkan lagi m a nfaat bagi ahli-ahlinya.

SPK yang telah dikemaskini seterusnya diberigakan melalui beberapa sesi konsultasi yang dimulakan dengan ahli-ahli yang berumur 50 ke 59 tahun bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa ICC sehingga 22 hb. Mac 2023M ini.

الله ه شاء ان sesi kedua akan diteruskan diHealth Promotion Centre bermula 27 hb. Mac 2023M sehingga 21 hb. April 2023M. Maklumat-maklumat mengenai SPK juga boleh didapati melaluiwebsite dan media social TAP. Setakat inisambutan dan maklum balas dari ahli-ahli yang hadir sangat positif bahawa mereka menghargai penambahbaikan berkenaan, terutama sekali peningkatan i n tuiti semasa mereka bersara nanti.

الله شاء ان SPK ini akan dikemas kini dari masa kemasa secara berterusan bagi setiap 3 ke 5 tahun bagi memastikan ia terus releven dan mencapai objektifnya. Oleh itu, kaola menggalakkan ahli-ahli untuk mengambil peluang untuk hadir pada sesi-sesi konsultasi SPK untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim baharu ini. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Izinkan kaola mengongsikan kedudukan fiscal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2021/2022.

Syukur ه ِ لِل ُ ألْحمْد kutipan hasil pendapatan kerajaan telah meningkat sebanyak 132.5% kepada $4.77 bilion berbanding dengan Tahun Kewangan 2020/2021 berikutan kenaikan harga minyak dunia pada tahun 2021 yang secara pro rata berada pada paras melebihi USD70 juta setong.

Pada masa yang sama perbelanjaan sebenar kerajaan juga telah meningkat sebanyak 9.2% kepada $5.78 bilion berbanding dengan Tahun Kewangan 2020/2021. Oleh yang demikian, kerajaan telah merekodkan defisit berjumlah $1.01 bilion bagi Tahun Kewangan 2021/2022.

Dari segi kedudukan fisk al kerajaan yang dikemas kini bagi Tahun Kewangan 2022/2023 pula, ه ِ لِل ُ ألْحمْد berikutan dangan kenaikan harga minyak dunia, unjuran hasil pendapatan kerajaaan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 adalah dikemas kini kepada $6.0 bilion. Manakala perbelanjaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 diunjurkan berjumlah $5.9 bilion berbanding dengan $5.7 bilion yang telah diperuntukkan pada Tahun Kewangan 2022/2023.

Walau bagaimanapun, Perbelanjaan Kemajuan diunjurkan berjumlah $237.74 juta berbanding dengan $350 juta yang telah diluluskan antaranya disebabkan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pa nde mikCOVID-19 terutamanya Program Sumber Manusia seperti Program Latihan dibawahMPEC penelitian semulauser requirement dan skop projek penelitian tawaran dan pelantikan konsultan serta kesesuaian tapak projek.

Dengan mengambil kira keupayaan kementerian-kementerian untuk melaksanakan projek-projek Rancangan Kemajuan Negara atau RKN itu, kaola sukacita mengongsikan keputusan Jawatankuasa Tertinggi RKN yang telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi melanjutkan RKN-11 selama satu tahun lagi iaitu sehingga penghujung Tahun Kewangan 2023/2024.

Ini untuk membolehkan kementerian-kementerian m enyelesaikan projek-projek RKN ke 11 yang masih dalampelaksanaan serta memberikan peluang kepada kementerian untuk meneliti semula projek-projek baharu yang dipohonkan di bawah RKN Ke-12.

Oleh itu, berdasarkan kepada A nggaran kutipan hasil yang menggalakkan dan perbelanjaan seperti yang kaola kongsikan sebentar tadi ه الله شاء ان kerajaan dijangka akan merekodkan marginal budget surplus bagi Tahun Kewangan 2022/2023.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seterusnya sukacita kaola mengongsikan bahawa dengan berasaskan unjuran-unjuran serta hala tuju ekonomi dunia pada masa ini dengan mengambil kira tahap pengeluaran minyak negara, anggaran hasil kerajaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 diunjurkan berjumlah $2.99 bilion iaitu $2.03 bilion adalah hasil daripada sektor minyak dan gas dan $952.37 juta adalah hasil dari sektor bukan minyak dan gas. Pecahan hasil-hasil tersebut adalah antaranya:

  1. Kutipan hasil cukai-cukai yang keseluruhannya berjumlah $335.50 juta,;
  2. Hasil dari yuran, caj dan sewa yang keseluruhannya berjumlah $323.27 juta.;
  3. Hasil pulangan pelaburan dan simpanan sebanyak $236.28 juta ;dan
  4. Hasil yang berlebihan dari badan-badan berkanun sebanyak $40.49 juta.

Dari segi perbelanjaan, sejumlah $5.96 bilion dicadangkan untuk membiayai perbelanjaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan iaitu terdiri daripada:

  1. Sejumlah $2.19 bilion untuk membiayai Gaji Kakitangan termasuk gaji, elaun-elaun dan pembayaran caruman.;
  2. Sejumlah $2.21 bilion adalah untuk membiayai Perbelanjaan Berulang-u lang.;
  3. Sejumlah $500 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan untuk meneruskan projek-projek di bawah RKN ke-11.; dan
  4. Selebihnya untuk membiayai Perbelanjaan di bawah Tajuk Perbelanjaan Yang Diakui. Oleh itu, berdasarkan kepada Anggaran Hasil dan Perbelanjaan yang kaola nyatakan tadi maka kerajaan dijangka akan kembali mengalami defisit belanjawan berjumlah kira-kira $2.97 bilion.

Unjuran defisit ini akan dikemaskinikan dari masa ke masa berdasarkan kepada tahap pengeluaran minyak dan gas negara, harga min yak dunia, kadar pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat, hasil pendapatan dari sektorbukan minyak dan gas dan perbelanjaan sebenar kerajaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola akan beralih kepada Tema Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2023/2024. Tema yang dipilih adalah: ‘Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’ atau ‘Building A Prosperous Future Together’. Tema ini akan memfokuskan kepada 3 keutamaan:

  1. Memelihara Kesejahteraan Awam;
  2. Mendukung Pemu lihan Negara yang Inklusif Dan Berdaya Tahan; dan.;
  3. Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif Dan Inovatif.

Tema ini dirangka ke arah mengukuhkan lagi kedayatahanan sosioekonomi negara. Kerajaan akan sentiasa berusaha membina asas ekonomi yang berdaya tahan, dinamik dan resilien ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Oleh itu, sektor kerajaan, sektor swasta serta setiap lapisan rakyat dan penduduk perlulah bersama-sama berganding bahu, memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing demi menjamin kesejahteraan negara yang berpanjangan. Ini juga termasuk penglibatan s yarikat-syarikat berkaitan kerajaan atauGLC’s dan juga Syarikat Pelaburan Langsung Asing atau FDI.

Ke arah itu keutamaan akan terus diberikan kepada peningkatan usaha untuk mempelbagaikan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara, menambah baik ekosistem perniagaan dan memperkukuhkan daya saing negara bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berdaya tahan ke negara ini agar mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti bagi anak-anak tempatan khususnya dalam sektor swasta.

Kerajaan juga akan terus menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan accessible yang kritikal dalam mendukung aktiviti-aktiviti ekonomi dan juga menjamin kes ejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.

Di samping itu, kerajaan juga akan terus menyediakan pendidikan yang berkualiti dan inklusif bagi meningkatkan kemahiran generasi sekarang dan generasi yang akan datang agar dapat melahirkan anak tempatan yang m arketable danemployable supaya dapat menyumbang kepada produktiviti negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.Kaola akan menghuraikan secara ringkas keutamaan-keutamaan berkenaan satu per satu termasuk perkembangan dan pencapaian-pencapaiannya.:

  1. Memelihara Kesejahteraan Awam. Kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk memelihara dan melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk bagi memastikan kestabilansosioekonomi negara. Ini termasuklah memastikan kepe rluan-keperluan dan perkhidmatan asas negara ini akan terus dapat disalurkan dan dinikmati oleh rakyat dan penduduk termasuk golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, beberapa peruntukan telah disediakan di bawah fokus Memelihara Kesejahteraan Awam ini:

    1. Bagi memastikan Sistem Rangkaian Jalan Raya Bersepadu atauIntergrated Road Network System sejumlah $11.3 juta dengan Harga Rancangan $926.7 juta di bawah RKN-11 dan sejumlah $14.5 juta di bawah peruntukan Perbelanjaan Berulang-U lang akan disediakan bag i Kementerian Pembangunan untuk meneruskan kerja-kerja penambahbaikan, pemeliharaan dan peningkatan rangkaian jalan raya.;

    2. Untuk memastikan akses bekalan air bersih di negara ini, peruntukan sejumlah $34.8 juta dengan H arga R ancangan $234.4 juta di bawah RKN-11 dan sejumlah $26.4 juta di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang disediakan khusus bagi Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan, penaiktarafan dan penggantian aset-aset bekalan air.;

    3. Untuk memastikan kestabilan rangkaian bekalan tenaga elektrik di negara ini, peruntukan sejumlah $69.2 juta dengan Harga Rancangan $335.7 juta di bawah RKN-11 dan sejumlah $83.5 juta di bawah Pe r belanjaan Berulang-Ulang Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri disediakan bagi membiayai kerja-kerja penaiktarafan dan maintenance infrastruktur elektrik.; dan

    4. Bagi meningkatkan akses pemilikan rumah sebagai keperluan penduduk yang meningkat, peruntukan sejumlah $65.1 juta dengan Harga Rancangan $195 juta di bawah RKN-11 akan terus disediakan untuk membina rumah-rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara.

Selaras jua dengan kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pelaksanaan SPK bermula pada Tahun Kewangan 2023/2024, peruntukan yang disediakan bagi caruman-caruman adalah sebanyak $105.7 juta di bawah Gaji Kakitanga n bagi semua pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan kerajaan.

Kerajaan juga akan memberikan keutamaan untuk memastikan golongan orang kelainan upaya bagi menikmati hak peluang dan akses secara saksamabagi penyertaan penuh dalam masyarakat.

َّّ لِلُ الْحَمْد dengan penguatkuasaan Perintah Orang Kurang Upaya (OKU) 2021 pada 01hb. Oktober 2021M yang lalu, setakat bulan Disember 2022 sebanyak 3,800 borang pendaftaran OKU telah diterima oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya akan dimasukkan dalam Pendaftaran Kebangsaan OKU setelah mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.

Pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat juga sedang dalam perancangan akhir untuk mengeluarkan kad OKU kepada golongan OKU yang telah disahkan dan didaftarkan dalam Pendaftaran Kebangsaan berkenaan.

Bagi tujuan pengesahan identiti OKU serta akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, manakala dengan penguatkuasaan perintah Akta Pencen Umur Tua Dan Kurang Upaya Pindaan 2021 setakat bulan Disember 2022 seramai 4,755 OKU telah diluluskan untuk menerima Elaun Kurang Upaya. D aripada jumlah itu, seramai 434 orang juga penerima kedua-dua Pencen Umur Tua Dan Elaun Kurang Upaya.

Di samping itu, sebanyak 315 pemohon telah diluluskan untuk menerima Elaun Penyelia Penjagaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Untuk meringankan beban golongan-golongan tertentu di samping menggalakkan penerima-penerima untuk terus berusaha dan berdikari peruntukan sejumlah $12.6 juta di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat akan terus disediakan bagi membolehkan Bantuan Kebajikan Bulanan dihulurkan.

Dari aspek pengawalan penularan wabak COVID-19, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah $798 juta setakat ini secara keseluruhannya untuk menangani penularan wabakCOVID-19 di negara ini. Antaranya bagi membiayai pembelian mesin perubatan seperti MesinRespiratory danICU Ventilator, peralatan ujian termasukRT-PCR Kit dan Viral RNA Extraction Kit, pembekalan ubat-ubatan vaksin dan penambahan kapasiti sistemBruHealth, barangan guna habis dan keperluan lain.

Keutamaan akan terus diberikan ke arah mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem kesihatan negara untuk lebih resilience, efficient, effective dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi termasuk memastikan pembangunan tenaga kerja dalam pelbagai dis i plin profesional kesihatan yang berkemahiran serta tenaga kerja kesihatan sentiasa mencukupi dengan situasi semasa.

Hari ini, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi mendukung usaha untuk mengukuhkan lagi sistem kesihatan negara termasuklah pihak Ke menterian Kesihatan bersama Syarikat Teknologi EVYD telah melancarkan intelligence hub yang akan menempatkanEpidemic Intelligence and Response Unit ini sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan daya tahanecosi stem penjagaan kesihatan di negara ini. Usaha sama tersebut telah melibatkan pelaburan sebanyak $51 juta iaitu termasuk bagi penubuhan Intelligence Hub dan pembangunan aplikasiBruHealth.

Penubuhan Jerudong Park Medical Centre Collage of Health Sciences (JCHS) oleh Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bersamaFar Eastern University dari Republic Filipina. P enubuhan kolej tersebut bertujuan menghasilkan warga tempatan yang profesional dan berkemahiran tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan bagi mencukupi keperluan negara.

Izinkan kaola mengongsikan perkembangan Jerudong Park Medical Centre Colle ge of Health Sciences (JCHS) dari segi pengambilan pelajar dan juga tenaga kerja tempatan. Seramai 61 orang pelajar telah pun mengikuti program asasi bagi pengambilan pe r tama untuk Tahun Akademik 2022/2023 yang telah bermula pada bulan Oktober 2022 lalu.

Manakala bagi pengambilan seterusnya iaitu pada Tahun Akademik 2023/2024 yang akan bermula pada bulan Ogos 2023 nanti, seramai 140 orang pelajar dijangka akan mengikuti kedua-dua program asasi dan ijazah. Dari segi peluang pekerjaan pula khusus nya jawatan-jawatan bukan akademikdi Jerudong Park Medical Centre Colle ge of Health Sciences (JCHS), sebanyak 12 jawatan telah diisikan oleh tenaga kerja tempatan dan sejumlah tersebut dijangka akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

Beberapa peruntukan juga akan disediakan di bawah Sektor Kesihatan yang berkaitan dengan perkhidmatan rawatan dan perubatan:

  1. Sejumlah $3 juta dengan Harga Rancangan $39.8 juta akan terus disediakan di bawah RKN-11 dalam menyediakan infrastruktur dan fasiliti kesihatan di daerah-daerah.;

  2. Sejumlah $55 juta bagi pembelian ubat-ubatan dan $45 juta bagi Pembekalan dan Perkhidmatan Perubatan.;

  3. Sejumlah $30 juta disediakan untuk membiayai Perkhidmatan Perubatan Rawatan diJPMC, Pusat Kanser Brunei danBrunei Neuroscience, Stroke dan Rehabilitation centre.; dan

  4. Sejumlah $50 juta akan terus disediakan khusus untuk menangani wabak penyakit berjangkit.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi mengatasi isu perubahan iklim, ّ َ ّ لِل ُ الْحَمْد Negara Brunei Darussalam telah memainkan peranan aktif dalam sama-sama melaksanakan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Bagi membentuk hala tuju negara ke arah sebuah ekonomi yang rendahkarbon dan berdaya tahan iklim, kerajaan amat komited dan ‘on-track’ untuk mencapai sasaran komitmen di bawah Perjanjian Paris iaitu mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau sebanyak 20% menjelang tahun 2030.

Bagi tahun 2022, n egara telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada 11.4 juta tanCO2 berbanding dengan sasaran sebanyak 15.82 juta tanCO2.Sebagai langkah mitigasi, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2022, antaranya penanaman pokok sebanyak 42,928 batang pokok, pengurangan pelupusan sampah, pengurangan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor perindustrian, peningkatan tenaga yang diperbaharui melalui pembinaan projek suria dan pengurangan pengeluaran gas rumah hijau dari penjanaan dan penggunaan tenaga.

Pada tahun ini, tumpuan akan diberikan kepada usaha menangani isu perubahan iklim dengan melaksanakan langkah adaptasi melalui penggubalan Pelan Adaptasi Kebangsaan, mewujudkan rangka kerja harga karbon, rangka kerja Domestic Voluntary Carbon Offset (DVCO) dan D raf Akta Karbon dan pengukuhan ketelusan Inventori Gas Rumah Hijau Negara melalui Projek Inventori Sumber Hutan Negara dan Direktif.

Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan hendaklah memainkan peranan aktif dalam sama-sama membentuk hala tuju negara menjadi sebuah negara lestari yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim, selaras dengan komitmen negara ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang 2050.

Di samping itu, beberapa usaha telah dilaksanakan bagi mendukung hasrat dan komitmen tersebut antaranya penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Climate Change Centre) di Negara Brunei Darussalam yang akan berfungsi sebagai badan pemikir, hab pengetahu an, penyelaras strategik dan penyepadu inisiatif dan aktiviti tindakan iklim dalam rantau ASEAN.

Kira-kira sejumlah $700 ribu setahun dengan H arga R ancangan kira-kira $2.1 juta disediakan untuk membiayai fasa pertama penubuhan pusat ini. PelancaranRetai l Rapid Charging Station pertama di Stesen Minyak IBA, Lambak olehSyarikat Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad yang boleh mengecas kenderaan elektrik dalam masa lebih kurang 30 minit.

Beberapa peruntukan juga telah disediakan untuk menangani bencana a lam, antaranya untuk menangani risiko bencana alam sejumlah $596 ribu dengan H arga R ancangan $52.8 juta disediakan di bawah RKN. Sejumlah $25 juta juga disediakan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk pengurusan bencana alam bagi membolehkan age nsi-agensi kerajaan bekerjasama dalam menangani apa juga bencana alam seperti kejadian banjir, tanah susur dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Keutamaan belanjawan kedua ialah Mendukung Pemulihan N egara yang I nkslus if dan B erdaya Tahan. Kerajaan akan memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan sektor swasta dengan meningkatkan produktiviti negara dalam sektor ekonomi yang telah dikenal pasti melalui perniagaan tempatan serta usaha-usaha dalam menarikFDI agar kesan limpahan ekonomi daripada aktiviti syarikat-syarikat berkenaan akan dapat menawarkan lebih banyak peluang perniagaan kepada Perusahan Mikrokecil dan Sederhana (MSME) di negara ini.

GLC’s dan FDI’s juga memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam membuat pelaburan yang signifikan untuk mengembangkan ekonomi negara melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, meningkatkan aktiviti perekonomian, menyumbang kepada nilai eksport dan seterusnya mendukung fokus kedua ini.

Izinkan kaola mengongsikan perkembangan terkini beberapa projek FDI yang telah beroperasi di bawah priority sectors:

  1. Syarikat Anson International Sendirian Berhad iaitu sebuah syarikat usaha sama an taraDana Stategic Development Capital dengan sebuah syarikat tempatan dan beberapa syarikat antarabangsa telah pun ditubuhkan pada 25hb. Jun 2022M. Penubuhan syarikat tersebut bertujuan membina dan menjalankan operasi sebuah fasiliti maintenance bagi kapal-kapal laut dandecommissioning yard.;

  2. Kolaborasi antaraMuara Port Company, Ben Line Agencies (B) danRegional Container Lines Pte. Ltd. telah melancarkan perkhidmatan baharu iaituRegional East Malaysia Services antara Malaysia Timur, Negara Brunei Darussalam dan Singapura menggunakan sebuahcontainer feeder vessel dengan muatan sebanyak 930 Teu’s.

    Kerjasama berkenaan akan memboleh kan Pelabuhan Muara berkembang lagi sebagai destinasi transshipment dan mengukuhkan lebih banyak laluan perkapalan ke Pelabuhan Muara dan seterusnya mengadakan harga penghantaran dan kos logistik yang lebih kompetitif.;

  3. Maritime dan Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) telah menandatangani perjanjian bersamaAmarco Group Sendirian Berhad bagi pengurusan dan pengendalianBrunei Bay Southern Anchorage pada 29hb. September 2022M. Fasiliti tersebut dijangka akan mula beroperasi pada bulan Jun 2023. Projek tersebut akan membuka peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada warga tempatan dan seterusnya meningkatkan kemahiran dalambidang marin dan teknikal dalam industri berkenaan.

    Projek berkenaan juga dijangka akan dapat menjana peluang ekonomispin-off kepada syarikat-syarikat tempatan seperti perkhidmatanpilotage, oil supplier, food supply, tank cleaning, pest control, medical services, perkhidmatan tempat tinggal, training courses, garbage and water disposal, repairs and maintenance works on vessels, pengurusan fasiliti dan sebagainya.;

  4. Syarikat Hengyi Sendirian Berhad sedang menelitifeasibility studies dan skop pelaksanaan bagi projek fasa kedua yang akan meningkatkan kapasiti penghasilan daripada 8 juta tan matirk setahun kepada 10 juta tan matrik setahun bersamaan dengan 475 ribu tong sehari. Projek bagi kedua-dua fasa tersebut dijangka akan memberi kira-kira sebanyak 3,900 peluang pekerjaan.;

  5. Loji Syarikat Brunei Fertilizer Indsutries (BFI) Sendirian Berhad yang telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25hb. Februari 2023M telah berjaya menghasilkan lebih daripada 631 ribu tan metrik baja urea semenjak bulan Januari 2022.

Setakat bulan Februari 2023,BFI telah berjaya mengeks port 556 ribu tan matirk baja urea dengan nilai pendapatan sebanyak USD322 juta ke negara-negara di rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Australia, Afrika Timur, Amerika Syarikat, Chile, Mexico, New Zealand dan Jepun.

Semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah ba hawa peranan MSME sangat penting dalam memacu aktiviti negara mengambil kira MSME membentuk 97.2% daripada jumlah keseluruhan aktif di negara ini pada tahun 2020.

Oleh itu, sebagai usaha untuk memperkembangkanMSME agar dapat beroperasi secarasustainable dan berdaya saing, kerajaan melalui pihak Darussalam Enterprise (DARe) akan terus menyediakan infrastruktur serta program-program sokongan yang relevan termasuk memberikan khidmat nasihat kepadaMSME. Sejak tahun 2016, seramai 15,000 pengusaha telah dibantu melalui latihan-latihan keusahawan, penubuhanStart-ups, latihan berkaitan piawaian bagi mendapatkan Pensijilan Piawaian A ntarabangsa, skimc o-m atching dan sebagainya.

Di samping itu, pihak DARe juga menyediakan dan menguruskan se banyak 27 tapak perindustrian dan 4 kilang siap bina di keempat-empatdaerah bagi memudah caraMSME dan syarikatFDI yang menjalankan aktiviti pembuatan.

Dalam melaksanakan Peta-Peta Jalan Industri di bawahBrunei Darussalam Economic Blueprint, k erajaan melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei sedang mengadakan perundingan dengan beberapa syarikat Pelaburan Langsung Asing dan syarikat domestik untuk menilai dan menambah baik beberapa cadangan projek yang telah diterima setakat ini termasuk cadangan-cadangan berkaitan dengan Sektor Hiliran Minyak dan Gas, Makanan dan Logistik.

Selain itu, ke arah menjana saluran pelaburan ataupuninvestment pipeline yang berterusan dan mampan, kerajaan juga giat mempertingkatkan usaha mempromosi peluang-peluang pelaburan menerusi pelbagai platform sama a da menerusi Program Promosi Secara Bersasar(Targeted Promotion Programe) mahupun menerusi eksposisi serantau dan antarabangsa.

Bagi menggalakkan pertumbuhan sektor swasta atau industri-industri bagi menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi, beberapa peruntukan akan terus disediakan antaranya:

  1. Sejumlah $6.3 juta di bawah pengendalian AKDT (Autoriti Kemajuan Daerah Temburong) bagi projek-projek pembangunan Daerah Temburong yang dihasratkan untuk memudah cara dan meningkatkan pelaburan serta menghasilkan beberapaspin-off activities yang boleh membantu MSME dan juga menjana peluang-peluang pekerjaan baha ru.; dan

  2. Bagi membantu dan mendu ku ng para pengusaha atau peladang memajukan dan meningkatkan lagi industri pertanian dan agrimakanan, peruntukan sejumlah $500 ribu akan terus disediakan di bawah Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan khususnya untuk membiayai perbelanjaan antaranya pembelian baja, racun, peralatan dan mesin.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang pernah kita alami semasa pandemik COVID-19, n egara kita tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran kenaikan harga barangan yang didorong oleh kenaikan kos pengangkutan dan logistik, peningkatan harga barang mentah dan sekatan ekspor t dari negara-negara pengeluar yang setentunya menjejaskan bekalan global.

Oleh yang demikian, dengan mengambil kira jua n egara ini mengi mport sekitar 70 % barangan terutama makanan dari luar negara, kerajaan akan terus memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran domestik khususnya dari Sektor-Sektor Pertanian, Perikanan dan Ternakan.Ini penting agar bekalan makanan n egara sentiasa terjamin dan seterusnya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bagi mendu ku ng usaha untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran di sektor pertanian dan perikanan, beberapa usaha telah dilaksanakan antaranya:

  1. Syarikat Paddy Co Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat di bawah Darussalam Assets Sdn. Bhd., telah ditubuhkan pada 25 hb. Julai 2019 M untuk mengendalikan Projek Penanaman Padi secara skala besar di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Kandol, Labi, Kuala Belait. Sejak penanaman pertama pada tahun 2019, kawasan penanaman padi di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Kandol telah meningkat daripada 8.23 hektar kepada 68.23 hektar pada Julai 2022M. Kawasan penanaman padi ini dijangka akan meningkat lagi kepada 173.23 hektar pada pertengahan tahun 2023.

  2. Penandatanganan kontrak perjanjian bagi Projek Design, Supply, Install, Testing a nd Commissioning of New Rice Mill, Paddy Dryer and Storage For Wasan Rice Processing Complex telah diadakan pada 10hb. Ogos 2022. Fasiliti tersebut dijangka siap pada bulan Jun 2023 dan dihasrat akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti penyimpanan padi dan membolehkan pengisaran padi dan pembungkusan beras secara lebih efisien.;

  3. Syarikat Barramundi Group (B) Sdn. Bhd. telah pun mencapai sasaran bagi tahun 2022 bagi penternakan 100 tan metrik ikan Barramundi di negara ini dan telah mula mengeksport ke Republik Singapura bermula suku ketiga tahun 2022 dan sebahagiannya juga telah dijual di pasaran domestik. ;

  4. Syarikat Gropoint Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan produk perikanan yang berteknologi tinggi dan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 3,500 tan metrik ke 5,000 tan metrik setahun. Syarikat tersebut dijangka akan membina kilangnya pada suku pertama tahun 2023.; dan

  5. ُ أَلْحَمْد ّٰ لِل, Negara Brunei Darussalam melalui Syarikat Golden Chick Livestock Sdn. Bhd., telah berjaya mengekspor t sekitar 300 ribu biji telur ayam ke Republik Singapura buat pertama kalinya. Dalam perkara ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan terus bekerjasama dengan pihak autoriti di luar negera serta para pengusaha untuk membuat penyelarasan, perancangan danpersiapan bersesuaian bagi mengekspor t ayam segar dan produk berasaskan daging dan produk pertanian dan perikanan untuk diekspor t ke Republik Singapura dan negara-negara lain.

Ke arah mendu ku ng usaha-usaha tersebut, beberapa peruntukan akan terus disediakan bagi mencapai ke arah pertumbuhan keluaran industri pertanian dan perikanan yang lebih pesat dan mampan serta bagi mencapai sekuriti makanan, iaitu:

  1. Bagi meningkatkan lagi pengeluaran beras negara, peruntukan sejum lah $9.3 juta juga akan disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi serta bagi pembelian benih-benih padihybrid untuk diagihkan kepada peladang-peladang padi. ;

  2. Sejumlah $6 juta dengan H arga R ancangan $36 juta di bawah RKN-11 bagi Pembukaan K awasan Penanaman Padi secara Komersial di kawasan Kandol, Daerah Belait.;

  3. Sejumlah $4.5 juta dengan H arga R ancangan $26 juta di bawah RKN-11 bagi Rancangan Pembangunan Industri Ternakan untuk menjana pengeluaran termasuk pembekalan elektrik di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking Fasa 1, Daerah Belait dan makmal Program Pusat Penyelidikan, Penganalisisan dan rujukan bagi Penyakit Ternakan.; dan

  4. Sejumlah $118 ribu dengan harga rancangan $15 juta di bawah RKN-11 bagi memajukan dan membuka tapak-tapak industri akuakultur termasuk menyediakan infrastruktur asas.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus memberikan keutamaan untuk menyediakan akses kepada infrastruktur digital yang berkualiti tinggi dan selamat, menggalakkan inovasi dan mewujudkan ekosistem serta menawarkan latihan untuk meningkatkan kemahiran bagi memastikan negara bersedia untuk memanfaatkan teknologi digital.

Dalam mendukung aspirasi negara untuk menjadi sebuahsmart nation, Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 yang dilancarkan oleh Majlis Ekonomi Digital pada bulan Jun 2020, telah pun menyediakan satu rangka kerja (framework) untuk mengembangkan rancangan dalam mendukung perkembangan Ekonomi Digital secara Whole of Nation Approach. Pelan i nduk tersebut telah pun mengenal pasti tiga key flagship projects yang akan menjadi pillar utama untuk mewujudkan transformasi digital secara keseluruhan. Perkembangan terkini bagi ketiga-tiga flagship projects tersebut seperti berikut:

  1. Di bawah ProjekNational Information Hub (NIH) yangberperanan sebagai penyimpanan data umum telah pun dilancarkan dan mula digunakan pada bulan Jun 2021. Sehingga kini, sebanyak 10 Data Provider dan 11 Data Users yang terdiri daripada agensi-agensi keraja an yang berkepentingan telah menggunakan platform tersebut. Pada tahun 2023 terdapat 16 buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk institusi kewangan dijangka akan menyertainya.;

  2. Di bawah Projek Digital Identity yang merupakan penambahbaikan sistem e-Darussalam yang sedia ada pada masa ini dan dijangka untuk siap pelaksanaannya dan mula digunakan pada tahun ini. Projek ini akan menggunakan pengesahan digital identity bagi keperluan login ke atas beberapa perkhidmatan kerajaan. Perkhidmatan tersebut juga akan dilaratkan kepada sektor perniagaan melalui pengintegrasian dengan National Business Services Platform bagi membolehkan sektor perniagaan memproses transaksi perniagaan secara digital.; dan

  3. Projek Digital Payment Hub merupakan penyediaan platform yang membolehkan pengintegrasian antara pelbagai sistem pembayaran sedia ada dan akan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara digital dengan lebih mudah dan cepat. Projek ini dijangka akan siap pelaksanaannya dan mula digunakan pada penghujung tahun ini tertakluk kepada penerimaan atau adoption oleh bank-bank tempatan.

Dalam mempercepatkan usaha-usaha digitalisation di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, Majlis Ekonomi Digital melaluiSmart Nation Office sedang melaksanakan pengukuhan pelan-pelan tindakan dalam mendukung pembangunan empat teras strategik utama di bawah Pelan Induk berkenaan iaitu Government Digi talization, Industry Digitalization, Thriving ICT Industry dan Manpower and Talent Development yang merangkumi pembangunan beberapa inisiatif, program dan projek sehingga tahun 2025 dan Key Performance Indicators (KPI’s) untuk menangani dan men gukur kecekapan dan keberkesanannya secara keseluruhan.

Selain itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan ke arah mendukung usaha-usaha di bawah keutamaan kedua iaitu:

  1. Sistem Operasi Marin (Marine-M) yang dilancarkan oleh Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) adalah sistem pengendalian marin secara digital dengan menggunakan prosedur teras, operasi dan penyatamelalui teknologi mudah alih sistem digital. ;

  2. Pelancaran projek Unified Smart Metering System (USMS) secara komersial bagi kedua-dua Meter Elektrik Pintar dan Meter Air Pintar dengan sasaran bilangan lebih daripada 250 ribu meter di seluruh negara termasuk kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan dalam tempoh lima tahun. Ia bertujuan menggalakkan dan memacu bekalan dan penggunaan utiliti yang lebih cekap dan mesra pelanggan.; dan

  3. Pihak Unified National Networks Sdn. Bhd. atau UNN bersama beberapa syarikat telekomunikasi antarabangsa telah menandatangani perjanjian untuk melabur bersama dalam sebuah sistem kabel dasar laut di Asia Tenggara yang bernilai USD300 juta. Ini untuk meningkatkan kapasiti data di rantau Asia Tenggara dan menaikkan taraf kapasiti tempatan yang mana dijangka siap menjelang suku ketiga tahun 2025.

Bagi membolehkan agensi-agensi berkenaan mendukung usaha-usaha di bawah keutamaan ini, beberapa peruntukan akan terus disediakan:

  1. Sejumlah $1.9 juta dengan Harga Rancangan $15 juta di bawah RKN-11 untuk Pusat Data Kerajaan dan Infrastructur Cloud iaitu bagi menaik taraf dan mengembangkan infrastruktur pusat data kerajaan untuk menampung keperluan sumber-sumber pengkomputeran bagi aplikasi dan perkhidmatan dalam talian kementerian dan jabatan kerajaan.;

  2. Sejumlah $2 juta dengan Harga Rancangan $4 juta di bawah RKN-11 untuk Sistem Pengurusan Pendidikan Kebangsaan termasuk bagi penyediaan Central Admission System dan database bagi mengurus kemasukan penuntut-penuntut ke semua institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama secara digital.;

  3. Bagi mendukung transformasi dan penyelidikan penjagaan kesihatan digital, beberapa peruntukan akan disediakan di bawah Kementerian Kesihatan iaitu sejumlah $18 juta bagi membiayai Sistem BruHealth Fasa II dan II I dan sejumlah $3.4 juta bagi Bru-HIMS Level 1, 2 & 3 Support and Maintenance Service.; dan

  4. Sejumlah $127.8 juta bagi peruntukan Teknologi Maklumat di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang Kementerian-Kementeriansecara keseluruhannya termasuk bagi membiayai projek IT Central Procurement (ITCP) dan lesen-lesen perisian (software) bagi semua kementerian dan jabatan kerajaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di peringkat global, kerajaan juga akan terus mempergiatkan usaha dalam kerjasama ekonomi yang meliputi perdagangan dan pelaburan dengan rakan-rakan antarabangsa. Ini bertujuan membukakan lebih banyak akses pasaran dan rangkaian pasaran eksport bagi membantu perniagaan tempatan mengeksport ke pasaran luar negara. Di samping itu, ia juga dihasrat dapat menaikkan taraf imej Negara Brunei Darusalam sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik dan kompetitif.

Ke arah itu, beberapa usaha telah dilaksanakan melalui penandatanganan perjanjian yang telah dan akan dimeterai seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP); Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik atauIndo-Pacific Economic Framework (IPEF); danComprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Dalam hal ini, kaola menyeru agar MSME tempatan untuk menerokai serta memanfaatkan fasiliti di bawah perjanjian-perjanjian sedia ada dan seterusnya menyertai rantaian nilai serantau dan juga global.

Di samping itu, beberapa MoU telah ditandatangani bersama beberapa buah negara rakan strategik termasuk Republik Sosialis Vietnam, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Demokratik Rakyat Laos dan Republik Singapura yang meliputi kerjasama bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelancongan, pelaburan, pertanian, tenaga, latihan, pendidikan, perubatan, pemakanan, pengangkutan dan sebagainya.

Melalui perjanjian strategik tersebut, dihasratkan dapat mengeratkan hubungan rapat dengan negara-negara tersebut terutamanya dalam bidang-bidang kerjasama kepakaran dan sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan seperti dari aspek pendidikan tinggi, pelancongan, sains dan teknologi dan sebagainya.

Perkhidmatan awam juga memainkan peranan penting untuk memacu aktiviti perekonomian dan mendukung pemulihan ekonomi negara. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan disarankan untuk meneliti kesesuaian dalam menerokai inisiatif-inisiatif pembaharuan tertentu bagi meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan dengan lebih efisien.

Langkah sedemikian secara langsung akan dapat meningkatkan produktiviti sektor awam dan seterusnya dapat memastikan perkhidmatan awam dapat bergerak maju ke hadapan dengan lebih inovatif dan kreatif untuk menerajui agenda-agenda pembangunan melalui pendekatanw hole of n ation bagim encapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

Ke arah itu, sejumlah $500 ribu dengan Harga Rancangan $50 juta di bawah RKN-11 akan disediakan bagi mengembangluaskan keupayaan Sistem Bru-HIMS 2.0 iaitu dengan memperkenalkan ciri-ciri utama iaitu sistem Intelligent Electronic Medical Record (EMR), Intelligent Care Plan and Clinical Pathway Recommendation dan sistem data yang berstruktur.

Sistem tersebut akan dapat memberikan penilaian risiko kesihatan, meramalkan diagnosis dan pembentukan Pelan Penjagaan Peribadi, mengumpul data secara berstruktur bagi meningkatkan kualiti data dan mempelbagaikan keupayaan sistem aplikasi yang lain.

Di samping itu, sejumlah $148 ribu dengan Harga Rancangan $5 juta di bawah RKN-11 akan disediakan bagi projek ‘MOD Integrated Platform’ bagi menambah baik penyelarasan antara jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, memperkemaskan struktur operasi dan proses ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang efisien.

Skop kerja termasuk penyediaan Sistem Pendaftaran Tanah yang baha ru yang akan dapat menyumbangkan data kepada Pangkalan Data Kebangsaan khususnya ‘Land Hub’. Di samping itu, sistem tersebut, akan membolehkan orang awam untuk membuat pembayaran secara dalam talian atau online payment.

Selain itu, sejumlah $400 ribu dengan Harga Rancangan $5.8 juta di bawah RKN-11 akan terus disediakan bagi projek Sistem Aset dan Infrastruktur Kerajaan bagi membangunkan sebuah sistem pengurusan aset yang merangkumi penyimpanan data bagi aset kerajaan dan modul-modul logistik yang menyeluruh.

Manakala, sejumlah $406 ribu dengan Harga Rancangan $12.3 juta di bawah RKN-11 untuk menyediakan platform bagi National Registration System dan Biometric Border Control System.Ia akan menggantikan Sistem Pengeluaran Kad Pengenalan Pintar, Smart-ID System; Birth, Death and Adoption System; dan diintegrasikan dengan sistemVisa dan Pass.

Manakala bagi membangun keupayaan dan kapasiti perkhidmatan awam ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang, peruntu kan sejumlah $41.3 juta akan terus disediakan di bawah peruntukan Peningkatan K emahiran dan Kapasiti di kementerian-kementerian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Fokus belanjawan yang ketiga i alah Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif. Kerajaan akan terus memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sistem pendidikan, mengukuhkan pendidikan teknikal dan vokasional termasuk peningkatan dari aspek keupayaan tenaga pengajar, serta latihan profesional, dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan serta melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, profesional dan berkeupayaan tinggi.

Ini bagi memastikan penyesuaian berterusan terhadap perubahan persekitaran ekonomi serta penyelarasan modal insan dengan keperluan pasaran pekerjaan di negara ini.

Bagi men yejajarkan perancangan tenaga manusia denganmarketability dan employability anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang sustainable dan gainful, Manpower Industry Steering Committee (MISC) telah ditubuhkan sebagai satu platform untuk mendukung visiManpower Planning and Employment Council (MPEC ).MISC juga akan menyelaras antara industri, institusi pendidikan dan institusi latihan ke arah memenuhi permintaan industri serta memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi pada waktu yang tepat.

Penglibatan sektor swasta melalui 71 buah syarikat yang telah dilantik selaku ahliMISC Working Groups bagi sektor-sektor tenaga, pembinaan, ICT, hospitaliti dan pelancongan, dan pengangkutan dan logistik, memainkan peranan penting dalam memberikan maklum balas keperluan tenaga kerja dan latihan mengikut perspektif industri masing-masing.

Selain menyediakan inisiatif pembangunan kemahiran,MPEC juga telah memperkenalkan Program Jati Diri (PJD) bagi memperkukuhkan kedayatahanan, integriti, disiplin dan tanggungjawab anak tempatan agar lebih bersedia untuk menceburi alam pekerjaan atau job-ready.

Program ini man datori bagi semua anak tempatan yang mengikuti program iSkills dalam bidang welding, scaffolding, rigging, mark and fitting danblasting-painting memandangkan pekerjaan-pekerjaan tersebut akan memerlukan kedayatahanan, disiplin dan komitmen kerja yang tinggi.

Pihak MPEC juga menyediakan Garis Panduan Gaji atau Salary Guideline di sektor swasta sebagai langkah yang penting ke arah memastikan pencari kerja dan pekerja tempatan menerima gaji yang bersesuaian mengikut kemahiran dan produktiviti mereka di setiap peringkat tangga kerjaya.

Garis panduan tersebut berfungsi untuk membantu sektor swasta dalam mewujudkan pakej gaji yang kompetitif dan menarik bagi membolehkan pekerja tempatan memperolehi pekerjaan yang bermakna dan m engekalkan mereka dalam sebuah pekerjaan. Ini seterusnya akan meningkatkan kerjaya individu tersebut dalam profesion yang diceburi. Salary Guideline di sektor swasta ini mengandungi 22 job families, yang ia berdasarkan kepada permintaan utama industri.

Beberapa inisiatif khusus bagi meningkatkanemployability golongan pencari kerja tempatan termasuk golongan yang mempunyai kelulusan rendah juga telah diperkenalkan. Inisiatif ini seperti program latihani Skills, iLeap dan TVET Scheme yang tela h disediakan bagi golongan berkenaan untuk meningkatkan kemahiran khususnya dalam bidang-bidang teknikal dan seterusnya menjadi nilai tambah dalam menjawat jawatan yang bersesuaian di sektor berkenaan.

Program Industry Learn And Excel Apprenticeship atau iLEAP telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022, yang dianjurkan bersama oleh MPEC dan Energy MISC-Working Group dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat atauLifelong Learning Centre dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bertujuan untuk menyediakan peluang kepada tenaga kerja tempatan yang sedia ada dalam sektor tenaga bagi meningkatkan kemahiran dengan memperolehi kelulusan yang diiktiraf dalam bidang-bidang teknikal.

Selain itu, SkillsHub yang telah dilancarka n pada bulan Ogos 2022 adalah sebuah lagi inisiatifEnergy MISC-Working Group, Lifelong Learning Centre dan industri-industri yang berkepentingan, untuk menyediakan sebuah platform yang mengumpulkan bekalan latihan daripadaoperator dan syarikat industri tempatan. Ia dihasrat untuk menyediakan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga kerja tempatan.

Rangka Kerja Kompetensi IndustriICT Brunei atauBrunei ICT Industry Competency Framework (BIICF) telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022 oleh ICT MISC-Working Group yang bermatlamat untuk memastikan profesionalICT tempatan mempunyai kompetensiICT relevan untuk melaksanakan tugas dan membimbing mereka dengan kemahiran yang diperlukan yang selaras dengan keperluan industri.

Rangka kerja tersebut juga bertujuan memberikan standard kompetensi kepada institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan, yang akan menjadi rujukan dalam merancang kurikulum dan program latihan masing-masing.

Bagi penyediaan pekerja tempatan yang berkemahi ran khususnya dalam bidang kejuruteraan,Syarikat Hengyi Industries Sdn.Bhd.telah menawarkan program-program biasiswa termasuk latihan industri kepada seramai 802 orang pelajar iaitu:

  1. Seramai 167 pelajar dari UBD telah dianugerahkan biasiswa dalam bidang Kejuruteraan Proses dan Kimia bersama UBD dan Universiti Zhejiang, yang mana program ini juga merangkumi latihan industri di kilang petrokimia Zhejiang Hengyi Petrochemical Co. Ltd. di Republik Rakyat China selama 6bulan. seramai 91 graduan dari UBD telah bermula berkhidmat dengan syarikat tersebut.;

  2. Seramai 211 pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah dianugerahkan biasiswa dalam bidang Kejurutera an Kimia dengan kerjasama Lanzhou Petrochemical Polytechnic College, Republik Rakyat China. Seramai 30 graduan dari IBTE telah bermula berkhidmat dengan syarikat tersebut dan seramai 31 orang pelajar telah dianugerahkan Conditional Offer of Employment.; dan

  3. Manakala, seramai 424 pelajar mengikutiLevel 5 Diploma di Politeknik Br un ei iaitu sebuah program kerjasama di antara Politekn ik Brunei danLanzhou PetrochemicalPolytechnic College (LPP). ه ِ لِل ُ ألْحمْد Seramai 254 orang pelajar telah dianugerahkanConditional Offer of Employment.

Di samping itu, Politeknik Brunei telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menawarkan Program Level 5 Diploma in Diabetes Nurse Educator (DNE) untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran jururawat.

Ke arah meningkatkan kegiatan penyelidikan di negara ini, Makmal Sains dan Teknologi Bio-inspirasi antara UBD danVirginia Tech, Amerika Syarikat telah dilancarkan bagi membolehkan penyelidik dari kedua-dua belah pihak memanfaatkan sumber bio-diversiti negara yang kaya, dalam mendorong kejuruteraan bio-inspirasi dan teknologi digital yang lebih maju atauadvanced.

Selain itu, Kementerian Kesihatan dan SyarikatEVYD Technology telah menandatanganiMoU bersamaNational University of Singapore,Saw Swee Hock School of Public Health sebagai kerjasama untuk mengukuhkan sistem kesihatan termasuk dasar kesihatan, aktiviti akademik dan saintifik.

Sebagai usaha bagi meningkatkan kemahiran dan pertumbuhan perniagaan MSME khususnya bagi belia tempatan, ProgramYouth Business Pitch 2022 yang telah dilancarkan oleh Keusahawanan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan danEntreprenuership, Innovation, Community and Outreach. Program tersebut bertujuan memberikan peluang kepada para be lia untuk bergiat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang berpotensi untuk dikembangmajukan dan diperkasa ke arah mendukung ekosistem keusahawanan belia di negara ini.

Di samping itu, para peniaga di bawah Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) akan juga diberikan kursus dan latihan kemahiran, khususnya dalam hal-ehwal perniagaan bagi memberikan mereka pendedahan dan mengembangkan kompetensi peniaga-peniaga dalam mengendalikanperniagaan masing-masing. Kursus dan latihan tersebut dihasr at akan dapat mendukung memperkembangkan penghasilan, penjenamaan dan pemasaran produk 1K1P bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga untuk peluang dieksport ke luar negara.

Selain itu, Universiti Brunei Darussalam melalui Sekolah Pern iagaan dan Ekonomi telah berjaya diterima sebagai ahli BabsonCollaborativefor Entrepreneurship Education. Ini akan membantu memajukan kaedah pengajaran, penyelidikan serta keupayaan perundingan khususnya dalam pendidikan keusahawanan.

Oleh itu, kaola menyeru belia di negara ini untuk merebut peluang-peluang ini untuk meningkatkan kemahiran melalui pelbagai platform yang telah disediakan oleh kerajaan mahupun sektor swasta dan pelbagai agensi-agensi berkepentingan.

Ke arah mengukuhkan kemudahan akses pendidikan, peruntukan secara keseluruhannya berjumlah $19.8 juta dengan Harga Rancangan $195.4 juta di bawah RKN-11 akan terus disediakan untuk penyediaan infrastruktur Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Agama serta Institusi Pengajian Tinggi antaranya Kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Daerah Temburong, Kampus Kekal Politeknik di Ikas Bandung.

Bagi meningkatkan kebolehpasaran dan pembangunan kapasiti serta latihan kemahiran ke arah memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara, sejumlah $42.8 juta secara keseluruhannya akan terus disediakan bagi pengendalian biasiswa di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi teratas di dunia.

Di samping itu, sejumlah $44.7 juta akan disediakan untuk Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan khusus untuk membiayai pengambilan paka r dan tenaga-tenaga pengajar termasukCentre for British Teachers atauCFBT bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar di seluruh negara.

Sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memberikan kesaksamaan peluang pendidikan di negara agar semua pelajar akan mendapat akses pendidikan serta mengelakkan keciciran dalam pelajaran, peruntukan sejumlah $1.9 juta akan disediakan di bawah pengendalian K ementerian Kewangan dan Ekonomi khususnya untuk pemberian Elaun Pelajaran Sekolah Khas Swasta kepada Pelajar-Pelajar yang B erkeperluan K has agar memastikan mereka mendapat penjagaan dan pendidikan yang lebih komprehensif di sekolah-sekolah khas swasta yang tertentu.

Selain itu, peruntukan sejumlah $1.5 juta akan terus disediakan bagi mengendalikan ناجاه ميفتاهون سکيم untuk meringankan beban para ibu bapa danpenjaga yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan pelajar-pelajar.

Ke arah usaha dalam menyediakan tenaga kerja tempatan berdaya maju agar sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan dan industri semasa dan juga masa hadapan, peruntukan sejumlah $20 juta akan disediakan di bawahMPEC, Jabatan Perdana Menteri bagi pengendalian program-programi-Ready, Skillsplus,SPIN dan Tradeskills.

Selaras dengan usaha memajukan kegiatan penyelidikan dan pembangunan idea-idea kreatif serta menggalakkan inovasi, sejumlah $2.3 juta akan terus disediakan di bawah Kementerian Pendidikan untuk membiayai kos penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Di samping peruntukan-peruntukan yang kaola kongsikan sebentar tadi, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah $27.5 juta di bawah Projek Fokus khusus untuk membiayai program atau projek yang menjurus kepada mendukung fokus belanjawan negara.

Demikianlah kaola kongsikan mengenai keutamaan-keutamaan, perkembangan dan pencapaian-pencapaian serta peruntukan-peruntukan yang akan disediaka n di bawah ketiga-tiga fokus belanjawan ke arah mendukung tema belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” atau “Building A Prosperous Future Together”.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Be rhormat. Walaupun suasana ekonomi global diramal masih tidak menentu sepanjang tahun 2023, namun kerajaan akan terus mempertingkatkan usaha dalam memastikan ekonomi dan pembangunan secara mampan dalam jangka masa panjang.

Apa yang diharapkan dengan belanjawan yang dibentangkan ini, akan dapat membantu pihak awam dan swasta dalam mengharungi cabaran-cabaran ekonomi global ketika ini, khususnya dalam menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Namun demikian, semua pihak perlu menyedari bahawa keupayaan kerajaan untuk meneruskan projek-projek dan program pembangunan bergantung kepada kemampuan negara dalam memperolehi sumber pendapatan yang lebihsustainable dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Oleh itu, kaola sekali lagi menyeru agar sektor awam dan sektor swasta untuk terus berganding bahu dalam meningkatkan lagi usaha-usaha mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi, meningkatkan lagi pelaksanaan projek melal uiPublic-Private Partnership, dan meningkatkan usaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung A sing, agar dapat meningkatkan produktiviti negara dan membukakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan. Usaha gigih dan bersepadusemua pihak diperlukan bagi sama-sama memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara agar ia dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kaola mengakhiri pembentangan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa maju, aman dan makmur di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan dengan izin ه اللهه سبحانهه وتعالىه jua akan sentiasa menjadi sebuah Negara Zikir dengan penuh keberkatan di bawah perlindungan-Nya jua, ْ آمّ يّن.

Kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang dibentangkan di hadapan kita ini disokong untuk dijadikan “Satu Undang-Undang Perbekalan Negara Yang Dikeluarkan Dari Peruntukan Kumpulanwang Yang Disatukan bagi maksud-maksud yang tertentu ”, sepanjang Tahun Kewangan 2023/2024,

Sekian,وبالله التوفيق والهدا ُية. و السَّلام ُ عليْكُم ْ ورحْ مة ُ الله ِ وبركاتُه

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun mendengarpresentation yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II khusus mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah pun dihadapkannya, yang telah dibuatnya dengan penuh tekun, terperinci dan teliti.

Sebelum Rang Undang-Un dang ini kita bincangkan sebagaimana lazim, maka saya ingin mendengar kalau sekiranya ada ahli yang boleh menyokong Rang Undang-Undang ini. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya akan cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang yang bergelar; “Suatu Akta untuk membekalkan sejumlah wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud yang tertentu”, telah sebagaimana saya nyatakan selesai dibentangkan dengan komprehensif dan panjang lebar dan penuh teliti oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, yang telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi membolehkan peluang kepada Ahli-Ahli yang Berhormat mengkaji inti pati kenyataan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, saya kira berpatutan sekarang bagi kita untuk menangguhkan mesyuarat kita ini dan kita akan bersidang semula pada keesokkan harinya, Selasa, 7 hb. Mac 2023M seperti biasa mulai daripada pukul 9.30 pagi, sekian.

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.