HARI KE-4 PETANG
7HB MAC 2023M-PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih membincangkan Rang Undang-Undang yang bergelar “Suatu Akta untuk membekalkan sejumlah wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud yang tertentu”, yang mana telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Pada persidangan yang diadakan pada sebelah pagi tadi, beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik khususnya telah membuat kenyataan-kenyataan dan keterangan-keterangan dalam perkara yang berkenaan ini.
Maka bagi membolehkan bagi kita meneliti Tajuk-Tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan 2023/2024, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
بسم هللا الرحمن الرحيمAhli-Ahli Yang Berhormat, sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kita mula menelitinya satu persatu.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Bab 2, Ceraian (1) dan (2).
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita membincangkan sekarang Bab 2, Ceraian (1) dan (2). Ada Ahli-Ahli yang ingin membahaskannya? Jika tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membahaskan Bab 2, Ceraian (1) dan (2), maka saya akan undikan perkara ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju Bab 2, Ceraian (1) dan (2), sila angkat tangan.
Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju.
Oleh kerana tidak ada yang menentang, maka Bab 2, Ceraian (1) dan (2), dijadikan sebahagian daripada Jadual kepada Rang Undang-Undang ini.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Bab 2, Ceraian (1) dan (2) dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita membincangkan Tajuk-Tajuk di Jadual seterusnya, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat semua bagi mesyuarat dapat meneliti Tajuk-Tajuk yang terdapat dalam Jadual ini iaitu bagi mana-mana kementerian yang mempunyai banyak jabatan-jabatan di bawahnya, maka bagi memudahkan perbincangan kita dan lebih efektif, maka ianya akan dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian untuk dapat diteliti dan dibahaskan.
Jadual seterusnya adalah Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana Jabatan Perdana Menteri mempunyai 20 buah Jabatan di bawahnya, maka perbincangan kepada Tajuk ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Tajuk SA01A sehingga Tajuk SA07A - Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membincangkan bagi Tajuk-Tajuk Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Sebelum saya membukakan Tajuk-Tajuk ini untuk dibahaskan atau dibincangkan, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik bahawa terdapat ada lima buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana dikategorikan sebagai jabatan-jabatan yang dikatakan tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal ehwal strategik keselamatan negara, isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara-perkara yang agak sensitif dan tidak sesuai dibincangkan secara terbuka, maka kita tidaklah perlu membincangkan tajuk-tajuk ini di dalam dewan ini.
Walau bagaimanapun, sebelum saya membukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk membuat kenyataan penyediaan belanjawan serta hala tuju Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Saya menyeru Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk membuat kenyataan penyediaan Belanjawan serta hala tuju Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. selamat petang dan salam sejahtera,
Yang Berhomat Pehin Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah yang peramba, kaola, saya hormati.Lebih dahulu izinkan peramba, kaola, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhomat Pengerusi atas peluang untuk menyampaikan ucapan mukadimah tentang fokus belanjawan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2023/2024 di dewan yang mulia ini di bulan Syaaban, bulan penuh kerberkatan dan keistimewaan.
Di awal kesempatan ini, peramba, kaola, saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas kurnia penyediaan peruntukan sebanyak $573,189,035 juta.
Yang Berhomat Pehin Pengerusi, kita panjatkan rasa syukur kehadrat هللا سبحانه وتعالى kerana dengan limpah kurnianya jua kita dapat bersidang di dewan yang mulia ini dalam suasana yang syurah yang membolehkan percambahan fikiran dan perbincangan secara bersemuka.
Selama 3 tahun kebelakangan ini, kita telah sama-sama menghadapi dan mengatasi bersama pelbagai cabaran dan ketidakpastian semasa melalui waktu pandemik di negara kita.
Setentunya kejayaan pemulihan kehidupan seharian yang dinikmati tidak akan tercapai tanpa adanya kurnia nikmat dan rahmat dari هللا سبحانه وتعالى dan berkat daulat dan kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menitik beratkan kepentingan pendekatan whole of government dan pendekatan senegara atau Whole of Nation Approach.
Dalam perkara ini, Jabatan Perdana Menteri sentiasa dan secara berterusan bersiap sedia melaksanakan perananan selaku agensi utama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyampaikan hasrat murni baginda untuk memelihara keamanan dan mempertingkatkan kemakmuran negara secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta setiap lapisan masyarakat.
Yang Berhormat Pengerusi, sukacita dimaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dirangka dengan memberikan penekanan kepada matlamat dan keutamaan perbelanjaan yang mendukung tema belanjawan negara Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur”.
Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi utama dalam meneraju dan menyelaras pelaksanaan fungsi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjunjung sepenuhnya hasrat titah baginda dalam terus meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam yang akan memangkin pembangunan perekonomian negara yang berdaya tahan serta menjaga kepentingan, keamanan dan keharmonian negara yang meliputi rakyat dan penduduk negara ini, selaras jua dengan visi pelan strategik Jabatan Perdana Menteri iaitu kepimpinan dan urustadbir yang cemerlang dan juga matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya akan menyasarkan pelaksanaan anggaran perbelanjaan yang berasaskan usaha-usaha yang mendukung 3 keutamaan belanjawan negara yang telah ditetapkan. Keutamaan pertama iaitu, Memelihara Kesejahteraan Awam. Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnhya akan terus bertindak merangka strategi untuk memelihara kestabilan politik, mempertahankan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dan keupayaan diplomatik dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman keselamatan. Agensi-agensi keselamatan negara akan terus bekerjasama melalui pendekatan whole of government dan whole of nation iaitu dengan bekerjasama dengan orang awam dalam sama-sama menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keamanan Negara Brunei Darussalam. Jabatan Perdana Menteri akan terus meningkatkan dan memperbaiki mutu perkhidmatan awam demi mengekalkan dan meningkatkan keselamatan awam dan pematuhan kadaulatan undang- undang. Salah satu inisiatif untuk memastikan operasi yang lebih lancar dan peningkatan keberadaaan agensi- agensi tersebut di seluruh negara adalah melalui inisiatif penyewaan kenderaan dan motosikal di bawah projek perancangan perolehan aset Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Jabatan Perdana Menteri juga akan mentauliahkan sistem pemantauan National Coastal Surveillance System (NCSS) pada tahun ini, yang mana ianya akan mengukuhkan lagi keupayaan atau kapibiliti agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam untuk menumpaskan kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan perairan dan maritim negara. (This sentence is too long.)
Dari segi perundangan pula, mahkamah-mahkamah telah mengambil inisiatif melalui Jabatan Kehakiman Negara dalam menggunakan kaedah teknologi dalam memastikan pemprosesan kes-kes akan sentiasa berjalan sepertimana yang dialami semasa pandemik COVID-19. Mahkamah juga akan mengambil inisiatif berterusan untuk menggunakan teknologi bagi mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan dalam menyelesaikan kes-kes. (This sentence is too long.)
Pejabat Peguam Negara juga tidak ketinggalan untuk menanai kaedah teknologi agar orang ramai mendapat akses ke perundangan dan keadilan. Di samping itu, kesejahteraan orang ramai terus dipelihara melalui penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia yang dipantau melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. (This sentence is too long.)
Di antara inisiatif yang diterajui ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan adalah melalui Program Anugerah Inovasi Perdana (AIP) yang merupakan pengiktirafan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang berjaya melaksanakan pendekatan-pendekatan baharu dan berinovasi dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dengan memperbaiki dan memperkemaskan aliran kerja supaya lebih relevan dan cekap.Pada masa yang sama, Jabatan Perdana Menteri melaui Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan sama-sama memainkan peranan sebagai agensi media rasmi kerajaan dalam pemberigaan maklumat-maklumat yang cepat, sahih dan tepat bagi mendukung dasar-dasar dan strategi negara dalam memberikan kefahaman kepada orang ramai dan seterusnya bagi orang ramai untuk sentiasa menghormati dasar mahupun peraturan negara menyumbang kepada pembangunan dan memartabatkan undang-undang negara.
Program Radio Televisyen serta Program Kemasyarakatan dan Program Irsyad Hukum daripada Jabatan Mufti Kerajaan akan terus dipergiatkan lagi untuk menyampaikan maklumat-maklumat kepada orang ramai. Usaha ke arah mencapai sasaran meningkatkan dan memperkukuhkan kesejahteraan orang awam, sepertimana digariskan dalam matlamat kedua Wawasan Brunei 2035, iaitu kualiti hidup yang tinggi atau high quality of life juga sedang giat dilaksanakan melalui pelaksanaan Social Blueprint.
Ianya diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Kebangsaan Isu-Isu Sosial yang dipengerusikan oleh Yang Berhomat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan mendapatkan kerjasama serta inputs daripada pihak-pihak yang berkepentingan dan akan menjadi bahan rujukan kepada menyatupadukan perancangan dan tindakan pelbagai sektor dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai.Blueprint ini juga akan saling melengkapi atau komplimen Manpower dan Economic Blueprint supaya apa jua tindakan dilaksanakan melalui ketiga-tiga blueprints ini nanti akan sentiasa menjurus kepada merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang hanya tinggal lebih kurang 12 tahun sahaja lagi.
ان شاء هللا, social blueprint ini nanti akan diberigakan sebaiknya setelah ia diluluskan supaya setiap lapisan masyarakat akan dapat mengetahui peranan dan impak tindakan masing-masing kepada mendukung usaha kerajaan menjayakan blueprint berkenaan.Keutamaan kedua iaitu mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلsyukur kita ke hadrat هللا سبحانه وتعالىNegara Brunei Darussalam, walaupun di antara negara yang mempunyai keluasan yang kecil di dunia ini dan telah menghasilkan sumber minyak dan gas semenjak tahun 1929 iaitu setelah hampir 100 tahun yang lalu. Kita masih lagi mampu bertahan mengeluarkan minyak dan gas yang setentunya telah menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di negara ini.
Di samping iringan doa kesyukuran, kita juga terus berusaha gigih mengurustadbir pengeluaran sumber minyak dan gas ini supaya ia dapat berdaya tahan untuk membantu membangun ekonomi negara.
Secara keseluruhannya, sektor tenaga terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara di mana sektor tenaga telah menyumbang lebih kurang 60% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negara dan menyumbang sebanyak kira-kira 22,000 pekerjaan.
Di sektor huluan minyak dan gas, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri telah menyusun pelan strategik dengan matlamat utama untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas di tahap masa ini iaitu sebanding dengan kira-kira 300,000 tong sehari dalam jangka sederhana dan akan meningkat ke tahap kira-kira 350,000 tong sehari dalam jangka masa panjang. Peningkatan ini bukan sahaja memerlukan pembangunan sumber-sumber di lautan dalam tetapi juga memerlukan peningkatan aktiviti-aktiviti explorasi.
Dalam masa jangka pendek ini, usaha-usaha pemulihan dari impak negatif kejadian COVID-19 sedang giat dijalankan.
Sebagaimana yang dimaklumi COVID-19 yang melanda dunia semenjak awal tahun 2020 telah memberikan impak negatif kepada tahap pengeluaran minyak dan gas kesemua negara terutama sekali di rantau ini dan termasuk negara kita Negara Brunei Darussalam. Untuk merealisasikan matlamat ini, sektor huluan minyak dan gas dijangka akan membelanjakan hampir $20 billion dalam masa 5 tahun akan datang untuk membiayai program pembangunan dan pengoperasian. Ini merupakan peningkatan lebih kurang sebanyak 15% berbanding dengan 5 tahun yang lepas. Usaha negara untuk memaksimakan hasil dari sumber minyak dan gas, kita juga bekerjasama dengan negara-negara OPEC+ untuk menstabilkan pasaran minyak yang setentunya akan menguntungkan pihak pengeluar dan pengguna dalam jangka masa panjang. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلusaha OPEC+ telah dapat memulihkan harga minyak di tahap yang munasabah untuk membantu pelaburan berterusan bagi menjamin bekalan minyak di masa hadapan. Harga minyak yang stabil di tahap yang munasabah juga mempunyai impak yang lebih siginifikan kepada pendapatan negara.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpendapatan hasil bersih negara dari sektor huluan minyak dan gas pada tahun lepas adalah tertinggi semenjak tahun 2014.
Di sektor hiliran minyak dan gas, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dalam mendukung pertumbuhan sektor hiliran dengan memaksimakan dan mengukuhkan rantaian nilai sektor hiliran dengan mengembangkan projek-projek berunsur hiliran derivative yang menggunapakai produk petrokimia sebagai feedstock.
Kegiatan hiliran di Pulau Muara Besar yang lebih berasaskan industri hiliran oil-based akan berkembang pesat apabila fasa kedua Pulau Muara Besar yang kini sedang di peringkat perancangan memerlukan pelaburan lebih kurang USD$9 billion dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2027/2028. Kerja-kerja penggalian dan penambakan (dredging and reclamation) untuk menambah kawasan di Pulau Muara Besar sedang giat dijalankan dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.
Kerajaan Brunei Darussalam akan terus memperkukuhkan usaha dalam mempertingkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Penyelarasan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta penambahbaikan dalam sistem dan prosedur kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelanggan adalah antara usaha yang sedang dipertingkatkan.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri
Fasa kedua projek Pulau Muara Besar akan beralih tumpuan daripada produk-produk pengangkutan bahan api kepada produk-produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Fasa pertama mengeluarkan 7 jenis produk, manakala fasa kedua dijangka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 produk petrokimia dan kimia baru yang mana akan menambah lagi peluang pengeluaran produk-produk baru dan pada masa yang sama menjana peluang-peluang pekerjaan bagi pencari pekerjaan dari kalangan anak-anak tempatan.
Manakala, di Taman Perindustrian Sungai Liang yang lebih berasaskan industri hiliran gas-based yang pada masa ini mempunyai Brunei Methanol Company dan Brunei Fertilizer Industries (BFI). Brunei Fertilizer Industries (BFI) mempunyai potensi yang tinggi untuk aktiviti hiliran lanjutan di mana 5 loji produk sudah dikenalpasti dan beberapa pelabur yang berpotensi telah melahirkan hasrat untuk meneroka palaburan bagi peluang ini.
Di sektor pembekalan tenaga elektrik dan bahan api pengangkutan, keutamaan adalah untuk memenuhi keperluan negara bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini dan seterusnya memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi negara dijangka akan berkembang dengan pesat. negara telah mencapai kadar elektrikfikasi sekitar 99.9%. Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus melaksanakan usaha-usaha bagi mencapai liputan 100% pembekalan tenaga elektrik negara dengan memberi tumpuan khusus kawasan-kawasan pedalaman di Daerah Belait dan Daerah Tutong. Daerah Temburong dijangka akan disambung terus ke rangkaian nasional pada suka pertama pada tahun hadapan.
Dalam memastikan bekalan tenaga negara adalah lestari dan rendah karbon pula, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri terus memberi fokus terhadap usaha-usaha peralihan tenaga termasuk penggunaan tenaga solar negara di skala yang besar dengan meningkatkan pemasangan tenaga solar sebanyak 200 Megawatt menjelang tahun 2025 melalui strategi-strategi pelaksanaan Suria 200 dengan penglibatan awam-swasta dan industri intensif tenaga.
Di dalam jangka masa panjang, kita juga akan meneroka pengeluaran sumber bekalan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable) yang lain seperti hydrogen serta teknologi penangkapan karbon seperti Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS).
Penubuhan ASEAN Centre for Climate Change (ACCC) atau Pusat Perubahan Iklim ASEAN pada tahun ini nanti, Negara Brunei Darussalam juga menandakan komitmen negara kepada perubahan iklim selaras dengan tujuan pembangunan negara dan ekonomi yang berdaya tahan. Penubuhan ASEAN Centre for Climate Change (ACCC) ini akan membolehkan negara sebagai satu hub ilmu serantau dan penyelidikan perubahan iklim.
Keutamaan ketiga, iaitu pembangunan model insan yang dinamik, proaktif dan inovatif. Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya akan terus melaksanakan program-program pembangunan kapasiti.
Ini termasuk program penempatan kerja yang baharu yang dikenali sebagai program perkembangan perkhidmatan awam ke Republik Singapura yang mana bertujuan untuk memberikan peluang kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang berprestasi cemerlang untuk ditempatkan di agensi kerajaan atau agensi berkaitan kerajan di Republik Singapura dalam tempoh tertentu mengikut bidang-bidang yang bersesuain selaras dengan keperluan dan strategi kementerian-kemeterian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam.
Program Perkembangan Perkhidmatan Awam bagi pegawai-pegawai kerajaan Negara Brunei Darussalam ini adalah hasil daripada ketetapan Young Leader’s Programme (YLP) ke-8 yang telah diadakan pada 3hb.- 5hb. Ogos 2022M di Republik Singapura dan diperkukuhkan lagi melalui penandatanganan Memorandum of Understanding (MOU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada 24hb. Ogos 2022M di Republik Singapura.
Kerjasama ini diharap akan dapat mendatangkan manfaat dari segi pertukaran idea, pembelajaran dari pengalaman (experiential learning) dan amalan-amalan terbaik (best practices), peningkatan ilmu pengetahuan, pembinaan jaringan kerjasama dan setentunya untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah sekian lama terjalin.
Adalah dihasratkan supaya peserta-peserta yang terlibat akan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu pemberian perkhidmatan kepada orang ramai melalui penambahbaikan terhadap proses-proses kerja dalam fungsi organisasi perkhidmatan awam sekembali bertugas di tanah air.
Pada masa ini, Jabatan Perdana Menteri juga sedang mengemaskini Rangka Kerja Perkhidmatan Awam yang akan terus menumpukan kepada pengukuhan perkhidmatan awam dari segi aspek pembangunan kapasiti, kecemerlangan organisasi dan persekitaran pro-business. Di antara program pembangunan kapasiti yang diungkayahkan ialah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) dan program-program pembangunan kepimpinan seperti Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan kerajaan (EDPGSO), Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) dan Program Eksekutif Muda (YEP).
Program-program ini selain membanyakkan lagi talent pool, ia juga bertujuan mempersiapkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam menjawat jawatan-jawatan di peringkat kepimpinan.
Ke arah mengukuhkan keberkesanan dan peningkatan produktiviti, pembangunan kompetensi warga perkhidmatan awam turut diberikan keutamaan iaitu melalui Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (Public Civil Service Capability Development Framework - PSCDF) yang sedang disediakan oleh Institut Perkhidmatan Awam.
Rangka kerja ini bertujuan sebagai panduan yang menggariskan kompetensi-kompetensi teras bagi setiap peringkat peranan perkhidmatan awam untuk mengukur keupayaan atau kebolehan mereka.
Institut Perkhidmatan Awam akan secara bertetrusan menyediakan pembangunan modal insan bagi pegawai dan kakitangan awam agar dapat menyokong dan melaksanakan strategi, inisiatif dan program-program kementerian dan jabatan bagi menghasilkan pemberian perkhidmatan yang cemerlang.
Di samping itu, kursus-kursus upskilling dan reskilling bagi para pencari kerja di bawah Manpower Planning dan Employment Council (MPEC) dan JobCentre Brunei (JCB) akan terus dilaksanakan dengan kerjasama insitusi- institusi pendidikan di negara ini bagi menyediakan tenaga kerja yang marketable bagi pasaran kerja pertama di syarikat-syarikat swasta. Semua ini dilaksanakan bagi mendukung Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif. Insitiatif berterusan juga giat dilaksanakan dalam memperluaskan lagi peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan khususnya di syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas melalui penguatkuasaan Arahan Bruneianisation atau Bruneiansation Directive. Di samping itu, Arahan Pembangunan Perniagaan Tempatan untuk Industri Minyak dan Gas (Local Business Development Directive for the Oil and Gas Industry akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan ekosistem yang kompetitif bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS atau MSME) tempatan seperti melalui program i-Usahawan.
Berkaitan juga dengan pembangunan modal insan adalah pemberigaan Warisan Ilmu Islam yang diusahakan oleh Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB). Balai ini, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, telah dibuka semula pada 12 Disember tahun lepas, bagi mencapai niat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebuah knowledge hub yang unggul melalui penceritaan artifak-artifak yang berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam sebagai pembelajaran kepada orang ramai.
Pihak Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) juga akan terus mempertingkatkan kerja-kerja penyelidikan ke atas koleksi-koleksi terdapat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) seperti manuskrip bagi menghasilkan naratif yang bermutu tinggi bagi setiap koleksi supaya ia akan menjadi tarikan kepada penyelidik sama ada dari dalam mahupun luar negeri untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu serta bernilai sebagai ilmu pengetahuan semata-mata ataupun bagi tujuan penyelidikan lanjut (further research).
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sukacita juga peramba/kaola/saya memaklumkan bahawa usaha-usaha Tahun Kewangan 2023/2024 ini juga dihasratkan untuk mendukung Program Fiscal Consolidation dalam memastikan perbelanjaan secara berhemah dan berkeutamaan tinggi (priority spending) dengan menekankan value for money dan memastikan kawalan dalaman mencukupi ke atas pengurusan kewangan setiap jabatan demi mencapai hasil yang dihasratkan daipada perbelanjaan berkenaan dan sekali gus membantu usaha pemulihan ekonomi negara Fasa Endemik COVID-19 ini. Kesimpulannya, dengan izin هللا سبحانه وتعالى jua dan berkat daulat dan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan- jabatannya melalui strategi-strategi yang digariskan sentiasa bergerak aktif dengan pendekatan whole of government dan whole of nation menjurus kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jabatan Perdana Menteri akan terus berusaha untuk menguruskan perbelanjaan yang diperuntukan dengan berhemah dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan signifikan kepada rakyat, panduduk dan negara secara berterusan melalui pelaksanaan keutamaan-keutamaan Jabatan Perdana Menteri.
Berasaskan itu, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatannya bagi Tahun Kewangan 2023/2024 telah disokong untuk disediakan peruntukan bagi Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak $573,189,035 juta.Sekianlah sahaja yang dapat peramba/kaola/saya terangkan mengenai cadangan belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatannya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola juga berterima kasih atas pemakluman Yang Berhormat Pengerusi tadi bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabaan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara, isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka, maka diharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dan yang lain mengambil perhatian mengenainya.
Peramba/kaola/saya mengakhiri mukadimah ini dengan mempersilakan semua di Dewan yang mulia ini untuk berdoa memohon ke hadrat هللا سبحانه وتعالى sem Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli kerabat diraja akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam. آمِ يْنَّ َيا َربَّ ْالعَالَمِ يْن
Sekianlah sahaja yang peramba / kaola / saya sampaikan. وباهللا توفيق ولهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengenai penerangan dan hala tuju dalam menyediakan bajet Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatannya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dibawah Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A, saya bukakan sekarang untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan tajuk-tajuk yang berkenaan ini. Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SA01A, yang perkara ini semakin menjadi isu iaitu isu ‘surat layang’. Berkenaan dengan surat layang di Negara Brunei Darussalam, apakah ‘surat layang’ ini dikategorikan sebagai laporan sah yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berkenaan, walaupun pada dasarnya ia tidak menyatakan dengan jelas, butiran nama dan alamat daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab? Jika ‘surat layang’ ini hanya bermotifkan negatif atau berniat jahat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung agar ia tidak terus berleluasa dalam kalangan masyarakat kitani?, sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan kaola mengucapkan terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat sebentar tadi iaitu berkaitan dengan ‘surat layang’. Kaola sebenarnya keberatan akan menjawab Yang Berhormat Pengerusi.
Namun demikian, ‘surat layang’ ini boleh juga dianggap salah ssatu jenis aduan yang rasmi yang akan diambil perhatian serius dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh agensi tertentu di Jabatan Perdana Menteri. Jika didapati hasutan mengenai penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan ditangani oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan di Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan tersebut akan menyiasat mengenai kandungan ‘surat layang’ tersebut bersama agensi yang berkaitan. Perkara ini akan diambil tindakan serius oleh Jabatan Perdana Menteri bagi penambahbaikan dan melancarkan jentera kerajaan. Dalam erti kata lain, barangkali orang ini sudah ketandusan pendekatan, maka tindakan yang akhir mengadu dengan ‘surat layang’. Tapi ini memerlukan penyelidikan jua Yang Berhormat Pengerusi. Dan saya juga memperakui bahawa masalah ini merupakan salah satu sumber maklumat kepada pihak agensi-agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Biro Kawalan Narkotik dan Biro Mencegah Rasuah bagi hotspot seperti waktu COVID-19 khususnya dan memang ada laporan-laporan diterima daripada sumber-sumber tertentu mengenai kegiatan-kegiatan penyeludupan dan juga penyalahgunaan dadah serta pecah amanah.
Namun demikian, pihak Jabatan Perdana Menteri ingin menitikberatkan maklumat dan juga akauntabiliti Si Pelapor dan juga kandungan surat tersebut. Ia tidak terus diterima secara mendadak malahan melalui proses-proses penyelidikan dari pelbagai agensi.
Manakala jika ‘surat layang’ yang dikirakan berunsur negatif atau berniat jahat ataupun fitnah untuk menjatuhkan seseorang, perkara ini boleh terus dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Brunei berdasarkan beberapa perkara dalam Akta Peruntukan Undang-Undang dengan melihat kepada Chapter 24 Sedition Act ataupun Chapter 25 Undesirable Publication Act, Chapter 180 Broadcasting Act dan Chapter 192 Defamation Act.
Ingin peramba/kaola/ saya jua menyentuh bahawa penyebaran ‘berita palsu’ seperti ‘surat layang’ boleh membawa maksud fitnah dan menabur fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang, menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta, kehilangan nyawa iaitu fitnah dan tindakan tidak bertanggungjawab ini wajiblah dihindari dan malah jika didapati bersalah akan diadili atau dijatuh hukuman yang selayaknya.
Itulah antara lain jawapan mengenai isu ‘surat layang’ ini. Kaola berharap jua ia tidak akan dijadikan sebagai satu budaya yang negatif dan akan berhenti sebaiknya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi diatas peluang yang diberikan kepada kaola menyuarakan pandangan mengikut serta dalam membincangkan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di dalamnya.
Pertama-tama kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas mukadimah mengenai tumpuan-tumpuan Jabatan Perdana Menteri. kaola juga mengambil maklum terhadap beberapa inisiatif yang telah dibentangkan dalam mukadimah tersebut seperti Civil Service Pipeline dan penempatan pegawai-pegawai di Republik Singapura dan sebagainya dan diucapkan syabas dan tahniah.
Walau bagaimanapun, kaola ingin untuk mendapatkan pencerahan sahaja mengenai beberapa program yang dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai beberapa inti pati program yang menjadi tumpuan Jabatan Perdana Menteri. Salah satu daripadanya ialah di bawah Kod Akaun 002/000 - Pengurusan Dasar-Dasar Kerajaan bahawa Jabatan Perdana Menteri akan melaksanakan pembaharuan Perkhidmatan Awam yang lebih progresif melalui Transformasi Digital dan mengukuhkan urus tadbir kerajaan.
Bagi kaola program ini satu program yang penting kerana perkhidmatan awam yang progresif dan mempunyai governance yang kukuh dan telus akan memberikan impak yang besar dalam meningkatkan produktiviti dan integriti perkhidmatan awam dan akan mengelakkan ketidakselarasan dalam membuat keputusan.
Ia diharap juga akan mempercepatkan proses dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai dan akan mewujudkan environment Pro-business dan kondusif yang akan membantu ekonomi yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلkaola menyanjung tinggi inisiatif ini cuma kaola sukacita mendapat penerangan lanjut mengenai program ini seperti berikut:-
Bolehkah dikongsikan apakah program pembaharuan yang sudah dan sedang dilaksanakan dalam kerangka kerja ini terutamanya dalam mentransformasikan perkhidmatan awam secara menyeluruh? Apakah keberkesanannya setakat ini?;
Bagaimanakah Jabatan Perdana Menteri memantau dan menyukat keberkesanan program-program ini bukan saja impaknya kepada warga perkhidmatan awam malahan kepada orang ramai secara meyeluruh? Adakah KPI spesifik telah dikenal pasti terutama yang berkaitan dengan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai?;
Adakah Third Party Accessment telah dibuat untuk mendapatkan feedback serta keberkesanan program yang dilaksanakan terutamanya impaknya on the ground?
Apakah program ini juga akan menguatkan Human Resource Development, Succession Planning dan Talent Identification ataupun pengendalian pasti kemahiran seperti yang kaola bentangkan semasa Usul Menjunjung Kasih pada hari Sabtu yang lepas?
Satu lagi isu yang ingin kaola ketengahkan ialah berkaitan dengan produktiviti terutamanya dalam organisasi kerajaan. Isu produktiviti ini banyak berkait dengan delivery system sebagai Lead and Coordinating Agency seluruh pentadbiran dan pengurusan awam. Kaola percaya Jabatan Perdana Menteri sudah setentunya telah mempunyai program-program tertentu dalam menangani isu produktiviti dalam perkhidmatan awam ini
Proses pemberian perkhidmatan yang telus, cepat dan reliable adalah salah satu prasarana untuk menjadikan negara ini Pro-Business dan environment yang kondusif untuk berkembang dan lebih maju. Lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035
Semuanya ini banyak bergantung pada human nature of the work force dan kesediaan untuk berubah dan mengatasi cabaran-cabaran semasa mahupun akan datang. Jika work force nya efisien, produktif, pro-changes dan berintegriti, ia akan membantu negara untuk melangkah ke hadapan dan lebih berdaya tahan dan berdaya saing.
Oleh itu, kaola ingin mengetahui apakah program terkini yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam dan apakah keberkesanannya setakat ini? Boleh kaola sambung Yang Berhormat Pengerusi mengenai MPC, Ia menjurus juga kepada Jabatan Perdana Menteri secara menyeluruh. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan syabas atas usaha Sekretariat MPEC setakat ini dalam menangani isu pengangguran terutamanya ‘melimpasi’ sasaran dalam pengambilan khususnya dalam tahun 2022. Kaola hanya ingin sedikit penjelasan terhadap beberapa persoalan seperti berikut:-
Dalam maklumat yang dibentangkan oleh MPEC pengambilan sektor bukan minyak dan gas menunjukkan penurunan sejak tahun 2020 sedangkan sektor minyak dan gas meningkat. Adakah sudah dikaji apakah puncanya perkara ini terjadi sedangkan kita melihat beberpa improvement dalam sektor bukan minyak dan gas? Secara menyeluruh kaola khuatir mungkin jumlah yang tidak bekerja ini lebih ramai daripada jumlah yang didaftarkan jika ia dimasukkan pekerja-pekerja yang dikategorikan sebagai under employ. Ia adalah salah satu istilah bagi pekerja-pekerja yang terpaksa mengambil pekerja di bawah kelulusan ataupun kemahiran mereka iaitu dengan kadar bayaran gaji yang jauh lebih rendah
Kaola menghargai inisiatif-inisiatif MPEC dalam mengadakan Program Latihan Up Skilling, Skill Plus, TVET, skim yang dilaksanakan di samping mengadakan Competency Framework dan Salary Guideline bagi sektor swasta. Cuma kaola ingin mengetahui adakah follow up yang dapat menjejak dan memantau bahawa pekerja-pekerja yang diambil oleh pihak swasta ini bertahan lama dalam pekerjaan mereka?
Dalam pada itu, kaola juga ingin mengetahui dari aspek pendidikan Teknikal dan Vokasional. Apakah strategi untuk menyediakan tenaga kerja yang akan dapat menggantikan keperluan tenaga kerja asing di negara ini? Contohnya, dalam subsektor building, repair and renovation, carpentary, concrete technology, plumbing, sektor kenderaan seperti mekanik body repair, electronic repair, sektor elektrikal dan telekomunikasi seperti menarik dan menanam kabel-kabel elektrik atau telekom dan sebagainya pada masa ini rata-rata dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing.
Pecahan kategori pencari-pencari pekerjaan nampaknya yang paling ramai ialah di peringkat sekolah menengah dan kategori kedua ialah peringkat pendidikan tinggi HND dan sebanding Sarjana Muda dan ke atas iaitu kira-kira 2,500 orang. Graduan-graduan ini أ ْلح ْمدُ ِ هلِل kebanyakan mereka ini telah mengikuti program i-Ready yang pada masa ini dikemaskinikan peraturan dan tempoh penempatannya. Menurut maklumat, sebahagian besarnya iaitu 86% graduan-graduan ini telah mendapat pekerjaan yang tetap.
Persoalannya: Apakah yang terjadi pada 14% yang tidak diambil bekerja ini? Dengan bilangan kelulusan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam lingkungan kira-kira 1,500-2,000 orang setahun yang belum termasuk lulusan dari universiti-universiti luar negeri. Jumlah ini sudah setentunya akan bertambah setiap tahun.
Kaola ingin mengetahui apakah strategi negara untuk menangani perkara ini terutamanya untuk membuka dan mengadakan lebih banyak peluang pekerjaan baru-baru ini. Masih subjek yang sama mengenai i-Ready, kaola juga ingin menyarankan supaya tempoh penempatan (attachment) terutamanya syarikat-syarikat start-up akan direviu semula untuk memberi peluang yang lebih panjang untuk start-up ini berkembang dan bertapak. Syarikat-syarikat ini kebiasaannya hanya mampu untuk berdikari setelah lebih dari 2 ke 3 tahun dalam perniagaan mereka.
Terakhir, kaola ingin mengetahui hal receptive syarikat-syarikat yang terlibat dalam menyambut kebaikan program-program ini. Misalannya dalam memberikan elaun tambahan yang berpatutan, latihan-latihan dan penjagaan kesejahteraan pekerja-pekerja tempatan.
Adakah graduan-graduan ini telah diberi kemudahan-kemudahan yang berpatutan dan sebanding dengan yang dihulurkan pada pekerja-pekerja asing?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat.
Ternyata soalan in banyak, walaupun dalam konteks yang dasar terutama dengan perkhidmatan awam dan ada beberapa soalan (barangkali 4) termasuk macam mana pemantauan dan sebagainya ini.
Kedua, bagi MPEC itu, ada hubung kait juga yang boleh dijawab oleh rakan sejawatan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Penerimaan kaola pada awal peringkat ini, soalan ini banyak dan jua banyak perlu penjelasan yang lebih jelas.
Kaola memohon untuk ditangguhkan untuk menjawab dan mendapatkan maklumat lanjut dan untuk memuaskan hati Yang Berhormat dan pada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
Ternyata jua sesi muzakarah bersama dengan JPM yang lepas pun tidak mencukupi untuk penjelasan semua ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Boleh Yang Berhormat, silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II suka untuk membuat kenyataannya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalannya mengenai MPEC.
Beberapa soalan mengenai pengambilan pekerja dalam sektor bukan minyak dan gas.
Nampaknya lebih meningkat dibandingkan dengan sektor minyak dan gas.
Memang bagi MPEC, tidak kira sama ada pekerjaan ini dalam sektor minyak dan gas ataupun bukan dalam sektor minyak dan gas.
Kitani menggalakkan apa saja peluang ada di pasaran, digalakkanlah pekerja kitani berebut mengambil peluang pekerjaan itu. Kalau bukan di sektor bukan minyak dan gas, memang cabarannya lainlah dengan sektor minyak dan gas.
Sektor minyak dan gas ini memang satu sektor yang sudah established, jadi kalau bukan minyak dan gas, satu sektor yang dari dulu sudah kekurangan orang kitani bekerja dalam sektor-sektor ini.
Ada beberapa isu, bukan sahaja security ataupun gaji rendah dan sebagainya. Pelbagai reasons di antara satu selalu kedengaran, gaji tidak sebanding dengan sektor minyak dan gas. Untuk mengatasi isu ini, MPEC bekerjasama dengan beberapa industry players mereviu membuat survey dari segi salaries ini di sektor swasta. Salary guidelines ini baru dilancarkan belum lama ini bagi satu guidelines kepada majikan-majikan di sektor swasta.
Ini satu langkah permulaan, belum lagi kitani benar-benar mengkuatkuasakannya, ini satu guidelines sahaja tertakluk kepada majikan. Ini satu petunjuk kepada mereka untuk menetapkan gaji kepada pekerja-pekerja masing-masing dalam beberapa sektor pada masa ini.
Mudah-mudahan dengan salary guidelines ini, kitani dapat establish satu level yang pekerja ini mungkin lebih lama bertahan bekerja, tidak macam ada yang selalu kitani dengar, selepas bekerja beberapa minggu ataupun beberapa bulan terus minta tukar atau berhenti, tukar lagi kerja ke majikan lain dan sebagainya. Kitani di MPEC akan sentiasa memonitor.
Bagi graduan-graduan yang belum ada kerja, buat-buat mereka menunggu itu, boleh jua mereka ikuti kursus-kursus seperti upskilling, reskilling dan sebagainya. Tidak terbuang masa mereka waktu menunggu pekerjaan yang bersesuaian. Ini satu usaha dari MPEC jua untuk memberikan peluang kepada anak-anak tempatan kitani.
Sebenarnya banyak soalan daripada Yang Berhormat itu, tapi kaola cuba menangkap mudah-mudahan most of them. Satu isu yang besar ini memang i-Ready sering kitani dengar jua, i-Ready ini memang tujuan kitani untuk bagi latihan kepada graduan-graduan kitani. Sebelum i-Ready ini dilancarkan, selalu kitani dengar dari majikan.
Mereka tidak akan mengambil graduan- graduan kitani kerana mereka ini belum dapat, belum ada pengalaman. Ini satu i-Ready yang ditanggung oleh kerajaan memberikan peluang kepada graduan-graduan kitani mendapatkan pendedahan dan mendapatkan pengalaman bekerja dengan sektor swasta.
Jadi mudah-mudahan lepas mereka habis i-Ready, sama ada mereka terus bekerja dengan majikannya ataupun mereka akan bekerja di tempat lain, itu tertakluk pada kedua-dua pihak majikan dan pekerja sendiri.
Apa yang penting, mereka ada mendapatkan pengalaman dan itulah tujuan i-Ready. Satu syarat untuk memastikan bisdiorang ini kalau sekiranya akan mengambil pekerja yang mengikuti latihan mestilah matchings sekurang-kurangnya i-Ready allowance itu.
Kalau elaun $800 maksudnya kalau mereka mengambil, starting gajinya mesti $800 ke atas. Dari segi sama ada diberikan elaun lagi atau tidak, tertakluk kepada majikan sendiri dari segi kemampuan majikan dan sebagainya dansebab itulah yang tidak dapat bagi kaola memaksa majikan sebab majikan mesti memikirkan juga business performance masing-masing dan kemampuannya.
Cadangan untuk memanjangkan lagi tempoh i-Ready ini terutama kepada start-up, perlu kitani meneliti lagi bagaimana untuk classify syarikat start-up dan bukan start-up yang mana dapat dibuat satu kajian dulu.
Memang diharapkan kalau sekiranya i-Ready diambil oleh majikan sebagai pekerja tetap, perlulah majikan itu memikirkan sama ada latihan itu diteruskan sekiranya ada keperluan ataupun tidak, tertakluk kepada majikan itu.
Tanggungjawab kitani memang menggalakkan lagi ‘bisdiorang’ terus develop human resource kitani tetapi kitani lihat jua bidang syarikat-syarikat performance dan keperluan company itu juga. Itu sahaja kaola menjawap soalan dari Yang Berhormat Pehin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Kita beralih dengan menjemput Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الرحيمَّ بسم هللا الرحمنَّ
Yang Berhormat Pengerusi, saya ada dua soalan. Pertama mengenai hal ehwal manpower planning dan keduanya mengenai oil and gas. Kaola ingin merujuk dalam perkara Perbelanjaan Berulang-Ulang bagi Perkhidmatan Sumber Tenaga Manusia, iaitu dengan peruntukan $20,200,000.00. Sebagai menyahut objektif program hal ehwal Manpower Planning and Employment Council (MPEC) iaitu mendukung visi dan misi MPEC di dalam memastikan pelaksanaan program tenaga manusia yang efektif selaras dengan kebolehpasaran anak tempatan dan penyediaan pekerjaan. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, penubuhan Manpower Planning and Employment Council (MPEC) berjaya menurunkan jumlah kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam. Kaola difahamkan bahawa Country Blueprint bagi Manpower Planning and Employment Council sedang diusahakan. Ini adalah penubuhan yang besar, baik untuk negara dan impak yang besar ان شاء. Justeru itu bagi menyahut هللا keberkesanan bagi pelaksanan Blueprint tersebut perlu adanya proses perubahan yang teratur iaitu change management process. Cadangan kaola:
i. Kaola ingin mencadangkan supaya Change Management Programme di co-create bersama wakil-wakil dari pihak-pihak yang berkepentingan seperti daripada sektor kerajaan, sektor swasta, pihak belia dan pihak akedemia. Ini bagi memudahkan semua stakeholders menerima cadangan-cadangan dengan baik dan pelaksanaan akan berjalan lancar, ان شاء هللا.
ii. Difahamkan bahawa adanya pelajar-pelajar yang self-funded mendapat pekerjaan diluar negara. Bisainya kaola juga mencadangkan agar pekerjaan akan diberikan di luar negara bagi orang-orang Brunei yang berkelayakan terutama yang diberikan scholarship dari Kerajaan. Dicadangkan juga perkhidmatan mereka diiktiraf dan diterima kelayakan tahap professionalism. Namun perlu mereka ini diberikan syarat-syarat utama untuk mereka pulang semula selepas berkhidmat selama 2 ke 3 tahun di luar negara dengan tujuan mereka menyumbangkan dan menyampaikan ilmu, pengalaman yang mereka perolehi agar berkhidmat di negara sendiri.
iii. Kaola mencadangkan adanya peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan untuk bekerja di embassy kedutaan Brunei yang ada. Jadinya, peluang-peluang pekerjaan dibukakan kepada semua dan bukannya diketahui oleh segelintir rakyat sahaja. Sebagai permulaan, kaola mencadangkan untuk dilaksanakan di Brunei embassy yang berada di negara ASEAN. Syarat-syarat pekerjaan diserahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Soalan kedua mengenai oil and gas. Kaola difahamkan bahawa current oil and gas production adalah ditahap rendah dan menjejaskan pengurangan kadar pendapatan negara. Kaola juga difahamkan sebab-sebab penurunan adalah disebabkan oleh pengangguhan yang tidak menentu (unscheduled deferment) dan response-time yang panjang untuk mengendalikan pemulihan.
Brunei Shell Petroleum (BSP) telah mengeluarkan perbelanjaan beratus-ratus juta Brunei Dollar dalam projek pemulihan integrity sejak 5 ke 8 tahun yang lepas. Amatlah menyedihkan usaha-usaha ini yang dikendalikan belum lagi kelihatan hasilannya in terms of production reliability. Kaola juga difahamkan pada masa ini technical leadership di BSP diterajui oleh orang-orang luar ataupun expatriate. Sepatutnya mereka ini menyumbangkan value-added expertise dari segi kepakaran inovasi dan teknologi.
Salah satu sebab yang mengakibatkan sasaran yang disebutkan dalam Energy White Paper tidak dapat dicapai ialah deep water result yang mengecewakan. Namun, masih ada hydrocarbon portfolio yang boleh diusahakan yang memerlukan lowcost development. Ini memerlukan inovasi dan teknologi yang canggih.
Kaola mencadangkan supaya Jabatan Tenaga perlu menekankan kepada BSP dan TOTAL sense of urgency untuk menaikkan oil and gas production iaitu sweating their assets tanpa menjejaskan keselamatan. Cadangan yang kedua, BSP mencergaskan semula (reinvigorate) perancangan penggantian kakitangan mereka (succession planning). Ini bertujuan untuk memastikan jawatan kepimpinan yang utama (technical leadership) di BSP terdiri daripada orang-orang tempatan Bunei.
Ini juga perlu dilaratkan kepada government-linked companies yang lain. Kaola juga mencadangkan untuk membuka accretation yang belum digerudi dibukakan semula kepada low-cost oil and gas developer yang lain.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin atas beberapa soalan yang diajukan.
Pertama sekali mengenai MPEC supaya dicadangkan change management programme ini. Change management programme ini sebenarnya bagi negarasatu program ataupun satu cadangan yang sangat-sangat penting tetapi bukan di bawah tanggungjawab MPEC.
Seperti di mana-mana negeri, untuk meneruskan dan memajukan negerichange management ini akan terjadi. Semua stakeholders sama-sama faham, kitani akan make change management seperti kita akan menarik lebih banyak foreign direct investor ke dalam negeri, ini pun satu change management, ini bukanlah bidang tanggungjawab MPEC. Barangkali ada rakan sejawat kaola yang bersesuaian menjawab soalan ini.
Yang kedua mengenai dengan penuntut kalau self-funded dibenarkan bekerja di luar negeri. Kita tidak dapat melarang kalau mereka self-funded kalau ada peluang di luar negeri. Ada juga baiknya mereka mengambil experience di luar negeri, tetapi brunei memang negeri kitani, memang akan masanya mereka sendiri pun rasa perlulah balik ke tanah air untuk teruskan contribute kepada negeri kalau ada peluang. Kalau sekiranya job opportunities belum lagi ada memanglah kita menggalakkan mereka mengambil experience di luar daripada di sini tertunggu-tunggu.
Mengenai cadangan mengenai embassy mengambil pekerja asing itu kalau kurang pasti sama ada di negeri-negeri lain ada peraturan-peraturan untuk mengambil pekerja asing. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri boleh menjawab soalan ani.
Soalan dalam kategori oil and gas, sebenarnya isu ini bukannya terjadi dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini sahaja. Dari belasan tahun sudah kita dengar ada isu seperti asset integrity dan sebagainya.
Dalam bidang oil and gas, kalau kita tidak mengatasi isu on time, ia akan menjejaskan production dalam tahun-tahun yang berterusan yang akan datang. Jadi isu ini bukannya satu isu misalnya usaha tahun ini tahun depan akan berubah, ianya akan mengambil masa yang lama. Jadi memang sentiasa kita make sure yang bertugas di oil and gas industry itu mesti cukup dengan technial expertise.
Ini bukan sahaja orang asing yang datang, tapi orang kita. Mesti juga kita pastikan orang yang bekerja yang di oil and gas ini pun cukup dengan kemahiran dan experience untuk menjalankan tugas seharian. Ini memang satu isu yang kita tiada sense of urgency.
Di bawah Petroleum Authority dan juga wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa ada membuat perbincangan dengan Shell Management mengenai isu ini, kerana pada waktu COVID-19 kebanyakkan engineers atau pun workers tidak dapat masuk pada tahun 2020-2021. Jadi banyak turn around atau pun maintenance inda dapat dilaksanakan, jadi ada yang didefer.
Ini adalah juga satu akibatnya delay menjejaskan production kit pada masa ini, tapi kita juga mesti faham kita punya wells dan sebagainya, we have been extracting oil and gas many-many years. Jadi maksudnya cabaran itu lain daripada dulu, so because kita punya wells more matured so itu lah technical expertise makin sophisticated. Itulah beberapa perkara mesti kita ambil kira.
Untuk invigorate BSP, perkara ini sentiasa difikirkan bukan sahaja BSP, semua BSJV. Sama ada kitani membawa low-cost operator, itu memang satu peluang kalau wells-wells yang inda dapat dimajukan oleh BSP, boleh kita memikirkan other operators tapi itu satu isu yang bukan kita putuskan dengan mudahnya dan kita mesti membuat purpose studies.
ان شاء هللاitu saja dapat yang kaola menjawap soalan-soalan dari Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته,بسم هللا الرحمن الرحيم Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. Cuma memohon pencerahan, kaola sukacita merujuk kepada ucapan Usul Menjunjung Kasih kaola pada hari Sabtu, 4hb., Mac 2023 di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan peruntukan khas kemajuan dan kesejahteraan rakyat dibawah kapasiti Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti khusus terutama sekali bagi keperluan mendesak dan memerlukan perhatian serta tindakan mendesak. Kaola ingin tahu, apakah perkara ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya?. Sekian kaola sampaikan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann ada hubung kaitnya dengan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat juga macam mana untuk menjaga kesejahteraan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Memang tiada jawapan yang tepat disini tetapi dari segi apa pun peruntukan dipohonkan, mungkin dipohonkan oleh jabatan dan barulah ia dibincangkan dalam permesyuaratan tertentu, barangkali tidak ada jawapan tepat disini Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat. Saya kira ada lebih baiknya kalau Ahli Yang Berhormat bertanya secara spesifikapa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat supaya rakan yang disebelah sini akan dapat menjawab dengan tepat.
Kita beralih kepada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته,بسم هللا الرحمن الرحيم
Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II kerana memberi penerangan dan pencerahan yang dibuat bagi Jabatan Perdana Menteri. Kaola merujuk 002/003 Pengurusan Hal Ehwal Wawasan Brunei 2035. Mengenai Wawasan Brunei 2035 ini, kaola mengamati unjuran pertumbuhan ekonomi negara adalah antara 2-3%.
Kalau perkara ini tidak bertambah, ada kemungkinan dalam masa 12 tahun yang akan datang, kita tidak akan mencapai Pendapatan Negara Kasar seperti yang kita hasratkan. Pada pandangan kaola, sekurang-kurangnya pertumbuhan ekonomi secara cumulative 10% setahun, baharulah kita mencapai sasaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2035. Jadi kaola mencadangkan apabila membuat review Wawasan Negara 2035 supaya perkara ini akan diambil kira dan dibuat pertimbangan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan bahawa kita sedang membincangkan Jabatan Perdana Menteri Tajuk SA01A sehingga Tajuk SA07A.
Jadi kalau sekiranya dapat Yang Berhormat membuat pertanyaan mengenai dengan perkara-perkara merujuk kepada perkara-perkara yang sudah kita sediakan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ada Ahli- Ahli yang ingin menjawap soalan daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin?.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola kurang faham apa sebenarnya soalannya, tetapi nampaknya soalan itu merujuk kepada Wawasan Brunei. Soalannya mungkin mengenai dengan pembangunan ekonomi sama ada budget untuk pembangunan ekonomi ditambah atau pun pembangunan ekonomi perlu terus dimajukan kalau tidak kita tidak akan mencapai KDNK yang dihasratkan.
Jadi sama ada maksudnya peruntukan perlu ditambah supaya kita dapat terus memajukan ekonomi kitani ataupun sebaliknya. Sebelum menjawap, kaola minta jelaskan.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Yang Berhormat Pengerusi. Kalau pertumbuhan ekonomi itu 2%-3% sahaja setahun, mungkin kita tidak akan mencapainya. Dan itulah, kalau ia sekurang-kurangnya 10% secara cumulative, kaola mencadangkan kerana ia dibawah Pengurusan Hal Ehwal Wawasan Brunei 2035.
Jadi apabila membuat review nanti supaya perkara ini untuk diambil kira dan dibuat pertimbangan dan dimasukkan dalam Petunjuk Prestasi Utama Jabatan Perdana Menteri yang mana di sini tidak dibuat. Itu sahaja cadangan kaola Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Bagi kita mencapai Wawasan, beberapa usaha mesti dilaksanakan. Kalau mengenai pertumbuhan ekonomi, itu jatuh dibawah Matlamat Yang Ketiga. Untuk memajukan ekonomi, tidak semestinya mengharapkan 100% peruntukan dari kerajaan. Seperti kaola kongsikan dalam Kertas Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan, sebahagian dana untuk memajukan ekonomi bukan semua 100% dari kerajaan yetapi GLC, FDI sama-sama juga memainkan peranan, tidak semestinya mengharapkan peruntukan kerajaan. Jadi kalau kita lihat peruntukan di bawah Sosial dan dibawah Pendidikan dan sebagainya, Kesihatan lebih tinggi kalau dibandingkan yang diperuntukkan untuk ekonomi sebab perbelanjaan GLC atau pun FDI bukannya dari peruntukan kerajaan. Itu sahaja mungkin jawapan kaola. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas pembentangan tadi. َّبسم هللا الرحمن الرحيم السالمَّ عليكم ورحمةَّ هللا وبركاته dan salam sejahtera. Kaola cuma ingin menyentuh mengenai dengan perkhidmatan awam yang kaola rasa perlu diteliti agar transformasi yang sedang dilaksanakan mencapai sasarannya.
Kaola amat supportive kepada perkhidmatan awam secara total kerana ianya adalah jentera kerajaan yang membantu kerajaan memainkan peranannya bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduknya secara am. Apapun rancangan dan pelan tindakan kerajaan tidak akan berjaya tanpa dokongan padu dari semua lapisan penjawat awam.
Maka kaola berpendapat mana-mana kelemahan, kekurangan dan kepincangan semestinya dikesan cepat sebelum melemahkan sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, kita belum sampai kesana. Perkara yang barangkali berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Awam SA10A akan kita bahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian Pertama SA01A sehingga SA07A. Bahagian kedua SA08A sehingga SA16A dan seterusnya bahagian ketiga.
Jadi kita akan sampai ke sana nanti ان شاء هللا. Saya akan memberikan peluang kepada Yang Berhormat untuk memberikan pandangan atau pun meminta penjelasan daripada yang berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
َّوبركاته َّبسمََّّهللاََّّالرحمنََّّالرحيم السالمََّّعليكمََّّورحمةََّّهللا. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola/saya hormati. Sebelum ini terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas penjelasan dan penerangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian Jabatan Perdana Menteri.
Kaola ada 3 topik, iaitu Wawasan Brunei 2035, MPEC dan tenaga. Kaola faham termasuk dalam SA01A ان شاء هللا. Berkenaan dengan tajuk SA01A, Kod 002-000 dalam hal Wawasan Brunei 2035, peratus KPI yang dicatatkan dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, iaitu dengan sasaran dan anggaran 100%, selanjutnya pada tahun 2021/2022 hingga 2025/2026. َّأ َ ْل َح ْم ُد ٰ هّلِلtarget ini amat memberangsangkan dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas pemantauan dan pemerhatian dalam pencapaian KPI 100%. Hanya kaola ingin menyentuh berkaitan perkembangan Wawasan Brunei 2035 bahawa rakyat berharapan penuh dengan isu-isu yang mereka hadapi masa ini akan selesai dan sempurna apabila pelan dan strategi dalam Wawasan Brunei 2035 tercapai, itu harapan penuh rakyat apabila Wawasan Brunei 2035 tercapai masalah rakyat akan selesai. Rakyat akan hidup aman, damai mencapai Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Pengerusi
Barangkali Yang Berhormat agak idealistic bagi kita untuk menyatakan bahawa masalah Wawasan Brunei 2035, masalah rakyat semuanya akan selesai, jadi kalau sudah semua masalah rakyat selesai maka kita tidak ada lagi dalam dunia ini.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Masalahnya saja Yang Berhormat Pengerusi diringankan ان شاء هللا. Sebab itu rakyat sangat berterima kasih atas perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kita sekarang berada lebih separuh daripada jangka masa untuk mencapai matlamat, tapi hanya 12 tahun akan tinggal, yang kaola ingin keterangan bahawa KPI yang ada dalam kementerian ada separuhnya enablers ini menolong dan certain KPI adalah resultnya.
Rakyat bertanya kenapa masih ada kepayahan yang mereka hadapi walaupun 12 tahun lagi KPI Wawasan Brunei 2035 akan dicapai. Mungkin rakyat lupa yang mereka mendapat kesenangan oleh Wawasan Brunei 2035 yang telah dicapai yang mereka hanya ingat kepahitan yang mereka rasa.
Jadi perlu diingatkan rakyat bahawa kesenangan, kemewahan yang kita capai adalah sebahagian daripada our journey towards achieving 2035 supaya kita tidak lupa. Kaola anjurkan bahawa apabila kita membincangkan mengenai KPI, kita juga berigakan kejayaan, kemewahan, kesenangan yang kita capai disebabkan oleh insentif Wawasan Brunei 2035.
Kedua, kaola terkilan di masa permuzakarahan apabila dikatakan bahawa disebabkan kelemahan ekonomi dan akibat pandemik COVID-19 bahawa mungkin usaha-usaha yang dilaksanakan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, walaupun baik namun outcomenya belum tentu mampu mereliasasikan Wawasan Brunei 2035 dan tidak mungkin akan dapat mencapai sasaran atau targetnya. Usaha yang terbaik, kita usahakan yang terbaik kalau tidak tercapai apa boleh buat.
Apakah ini changing the goalpost, if we are changing the goal post, please admit so dan kalau tidak, kita masih mahu mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 apakah usaha dan strategi dalam tempoh 12 tahun yang berbaki ini untuk menyelaraskan semula sasaran aspirasi Wawasan Brunei 2035. Justeru itu kaola mencadangkan jika Wawasan Brunei 2035 masih tetap sebagai target aspirasi awal, menyerapkan independent verification process ke atas KPI yang dilaporkan supaya KPI yang dijayakan oleh satu agensi yang enablers ini tidak membagi kesan negatif kepada KPI agensi yang lain.
The sums of the overall KPI’s equals meeting the target of Wawasan Brunei 2035. Itu soalan kaola dalam KPI dalam Wawasan Brunei 2035. Saya teruskan dengan MPEC.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin memerlukan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memohon supaya dapat menjawab dahulu soalan ini. Nampaknya banyak lagi soalan yang berikutan.
Lebih dahulu kaola akan menjelaskan semasa muzakarah tidak pernah dikongsikan bahawa Wawasan Brunei 2035 itu tidak akan dicapai, pasti tercapai dan juga tidak pernah dikongsikan target atau wawasan kita akan changing the goalpost. Wawasan Brunei 2035 satu agenda nasional yang penting, bukan macam bolasepak changing the goalpost seperti perlawanan Liverpool dan Manchester baru ini.
Kaola ingin menjelaskan terdapat tiga matlamat di bawah Wawasan Brunei 2035 dengan main sukat-sukatnya memang dikekalkan.
Matlamat :
Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Kita menggunakan PISA (Program for International School Student Assesment) memang dikekalkan.
Kualiti kehidupan rakyat yang tinggi, atu kitani menggunakan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dan bagi ekonomi kitani menggunakan KDNK per kapita ataupun GDP per capita atu semua masih dikekalkan.
Apa yang perlu dibuat KPI yang kitani tetapkan sebelum ani, kitani mesti mereview masa ke semasa melihat kesesuaiannya untuk kitani teruskan kalau kitani kan mencapai Wawasan Brunei 2035.
Jadi KPI pada masa ini ada 32. Pada masa ini untuk membuat perancangan bagi 12 tahun yang akan datang, Pejabat Wawasan Brunei pada masa ini mereview mungkin akan ditambah lagi hingga 56 KPI.
Apa sebab diubah ataupun ditambah KPI ini kerana kitani melihat kedudukan kitani. Ada sebahagian KPI perlu diubah, umpamanya mengenai dengan ekonomi satu KPI sebelum ini ialah mengenai nilai pengeluaran bukan minyak dan gas. Jadi nampaknya dalam usaha kitani dalam beberapa tahun ini nampak kira jumlah ini sudah meningkat. Jadi kitani mungkin akan mengubah targetnya lagi supaya ia lebih relevan bagi masa yang 12 tahun akan datang ini.
Satu lagi indeks untuk kitani ukur diversification strategy ini, iaitu pada masa ini belum ada dalam KPI kitani. Untuk menggunakan KPI yang lebih relevan yang kitani akan perkenalkan, HH index namanya payah sebut Yang Berhormat Pengerusi jadi indeks itu di shortform HHI. Itu satu kira indeks untuk mengukur sama ada kitani punya ekonomi cukup diversification atau tidak. Beberapa perancangan dibuat di bawah matlamat-matlamat yang lain. Itulah sebabnya kitani mengubah KPInya tapi bukan kitani kan moving our goalpost.
Itu sahaja kaola kongsikan, sama ada kitani yakin atau tidak kitani akan mencapai Wawasan Brunei 2035 itu tertakluk kepada semua pihak dalam masyarakat kitani sama ada pihak kerajaan ataupun pihak swasta. Kitani mesti bekerjasama, jadi untuk kitani sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035, kitani mesti melibatkan juga pihak swasta, pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting.
Pejabat Wawasan Brunei juga sentiasa mengongsikan kedudukan pencapaian Wawasan Brunei 2035 dengan orang ramai. Sejak tahun 2016 sehingga sekarang sudah melibatkan lebih kurang 16,500 peserta. Usaha ini memang akan diteruskan agar orang ramai dapat mengikuti pencapaian dan sebagainya melalui website wawasan ada juga Pejabat Wawasan Brunei mengongsikan di RTB dan sebagainya.
Usaha ini akan diteruskan dalam mengongsikan supaya lebih jelas kepada orang ramai supaya orang ramai lebih faham dari segi peranan masing-masing untuk mereka sama-sama bekerjasama untuk kitani sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Yang Berhormat Pengerusi, sebagai tambahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II itu tadi sesungguhnya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa satu buku akan diterbitkan yang meliputi laporan daripada tahun 2015 ke 2020 dan ianya tujuan untuk memberigakan kepada orang-orang ramai dan di sana kali peluang yang paling baik untuk ia ditunduki dan juga pemberigaan ini bukan terhad kepada orang ramai malahan pada penuntut-penuntut sekolah juga. Itulah antara lain Yang Berhormat Pengerusi sebagai tambahan.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan, maaf kalau salah tafsiran, terima kasih atas penjelasan kerana kita sedang mencari KPI, KPI yang relevan untuk menunjuk kira adakah kita mencapai matlamat-matlamat Wawasan tetap sebagai yang diidamkan 12 tahun yang lalu.
Abis hamba ada mensyorkan bahawa kita mungkin perlu tadi menyerapkan independent verification ke atas KPI supaya to give more assurance. The KPI are still relevan dan membagi confidence bahawa kita mempunyai independent verification.
Abis hamba merujuk soalan kedua MPEC, tahniah kepada pengusaha-pengusaha MPEC dan Manpower Planning Employment Council yang telahpun mengungkayahkan program-program untuk memperkayakan kemahiran anak-anak tempatan kita.
Bagi menangani isu-isu keberkesanan manpower planning dalam negeri seharusnya disokong oleh semua anggota masyarakat bukan sahaja dipihak kerajaan tetapi pihak-pihak swasta even invidual. Fokus dalam menangani isu pengangguran adalah penting dan kita tidak terlepas pandang dalam hal manpower bagi permintaan pekerjaan masa depan.
Sekarang kita terlalu melihat kebelakang mencari opportunities dan vacancies untuk menaruh para penganggur. Abis hamba sarankan bahawa MPEC juga untuk melihat forward planning untuk mencari pekerjaan baru untuk disediakan untuk menyediakan pekerjaan anak-anak kita yang akan graduate yang keluar tiap-tiap tahun.
Penyertaan dalam MPEC yang terdiri Ahli-Ahli Menteri perlu diperluaskan seperti mana yang abis kaola katakan dalam penggulungan awal dimasukkan captain of industries supaya mereka dapat memberi pandangan, invidual-individual terpenting komuniti perniagaan untuk sama-sama mencipta to cocreate dan mewujudkan pendekatan senegara seperti Whole of Nation Approach.
Sekarang yang tulus Whole of Nation Approach kita juga memerlukan pemerhatian tentang mengisi jurang dalam isu peluang pekerjaan gambaran keseluruhan berkaitan pekerjaan sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan, yang perlu dilihat bukan sahaja jawatan kosong dan permohonan pemit kerajaan semata-mata. Kita harus mempunyai gambaran penuh memperlihatkan semua pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta sebagai contoh maybe my maths is wrong sektor kerajaan terdapat 100,000 or 70,000 pekerja dan ada lebih kurang dilaporkan 3,000 ke 4,000 kekosongan tiap-tiap tahun seribu ke 2,000 warga pekerja kerajaan akan pencen dan 60,000 work permit holders 10,000 yang registered penganggur dan mungkin lebih daripada itu yang underemployed kata Yang Berhormat Pehin Rahman, tetapi kalau kita ikut hisabnya dan political will, we can fit all those 11,000 people into the 60,000 plus 4,000 pekerjaan yang kosong. Mungkin satu cabaran bagaimana kita dapat force feed untuk sementara waktu 11,000 orang yang menganggur.
Kaola difahamkan memang sudah ada hajat untuk mengadakan levy kepada work permit holders. Mungkin ini satu inisiatif, the only reason kita menggunakan work permit dalam negara ini sebab tidak ada warga tempatan yang berkelayakan dan yang mempunyai pengalaman untuk diambil bekerja dalam sektor swasta ataupun tidak ada anak tempatan yang mahu bekerja dengan gaji yang telah ditawarkan oleh pihak swasta maka itu pihak swasta memohon the work permit untuk bekerja dengan mereka.
Sektor perniagaan tahu bagaimana untuk memajukan perniagaannya. Mereka tahu apa keperluan yang mereka mahu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita orang luar tidak akan mengetahui apakah strategi dalam sesebuah syarikat untuk memajukan perniagaan mereka.
Jika mereka maju ان شاء هللاekonomi akan berkembang dan peluang pekerjaan akan lebih banyak untuk anak tempatan. Kalau syarikat itu berdaftar dengan kerajaan ان شاء هللاakan mendatangkan hasil kepada kerajaan. Jika dia tidak berdaftar dengan kerajaan, kekayaannya adalah untuk dirinya sendiri.
Kalau syarikat mahupun 100 work permit misalannya, kita berikan 100 tetapi dengan syarat disebabkan mereka menggunakan work permit sebab tidak ada anak tempatan yang mereka dapat ambil atau tidak ada anak tempatan yang mahu bekerja dengan mereka.
Sekiranya setiap work permit itu dikenakan levy yang sepertimana diharapkan dan levy itu akan dimasukkan dalam dana pembangunan kemahiran yang akan melatih anak tempatan mengisikan tempat akan pekerjaan itu ان شاء هللاsyarikat tidak akan ada alasan untuk tidak mengambil anak tempatan.
Itu sahaja yang ingin saya katakan tentang MPEC dan mungkin nanti apabila kita membincangkan tentang MPEC yang juga melatih anak tempatan dapat memberikan workload forecast untuk future supaya Kementerian Pendidikan akan dapat menyediakan kemahiran dan pekerja masa depan yang globally mobile dan berkemampuan.
Sebelum saya meneruskan satu lagi tentang i-ready, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلinisiatif i-ready mulia dan mesti diberi penghargaan inisiatif-inisiatif untuk memberikan kepintaran dan pendedahan kepada graduan-graduan untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Kita perlu memantau bahawa i-ready program tidak diabuse, sepatutnya dipantau anak tempatan yang bekerja dalam i-ready diexpose dalam syarikat untuk menyediakan mereka bekerja dalam syarikat tersebut dan bukan melakukan administrative work dan dikatakan tidak berkelayakan.
Kaola faham ada beberapa syarikat yang tidak mematuhi piawaian tangga gaji selepas tamat tempoh perintis dan kaola faham juga yang menyedihkan terdapat agensi kerajaan yang mengambil i-ready dan mengabuse dengan tidak membagi top-up selepas 11 bulan dan yang menyedihkan lagi tidak memberikan kontrak pekerjaan selepas 18 bulan.
Tidak seperti intend of the i-ready. Kalau wakil pihak kerajaan tidak akur dengan polisi yang dibuat oleh pihak kerajaan sendiri, bagaimana pihak swasta akan dapat di force untuk akur dengan polisi yang disediakan oleh kerajaan.
Mohon maaf kalau teguran tidak berpatutan. Kaola berhenti untuk memberikan peluang untuk menjawab ataupun saya teruskan dengan Jabatan Tenaga?
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Yang Berhormat teruskan sahaja. Waktu pun sudah agak lewat dan barangkali ada diantara kita yang akan pergi ke masjid bagi menunaikan Nisfu Syaaban. Jadi saya harap Yang Berhormat akan dapat menyelesaikan secepatnya masalah yang akan dikemukakan. Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
ان شاء هللاkaola ada beberapa isu tentang Jabatan Tenaga. Ada beberapa target dalam Energy Strategy Planning ataupun white paper yang dahulunya yang satu daripadanya ialah untuk menaikkan production 850,000 barrel sehari.
Kaola ingin mengetahui apakah status energy action plan dan jika masih relevan, apakah inisiatif untuk mencapai target dalam energy strategic plan itu. Sebab kaola terkilan mengetahui semasa permuzakarahan bahawa sekarang penghasilan production amat menurun dan tidak perlu dikatakan volumenya pada masa ini. Oleh itu kita harus memastikan bahawa action plan untuk meningkatkan security of energy untuk masa depan.
Ini termasuk energy mix yang dari renewables dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif energy efficiency dalam industri dan juga dalam kementerian. Kaola berpendapat fokus utama seharusnya diberikan secara berterusan untuk memastikan industri minyak dan gas tidak tercicir yang disebabkan oleh salah anggapan bahawa ianya satu industri yang matang yang dapat berjalan dengan sendiri kerana ianya sesuatu yang kelihatan mudah.
It looks easy because the competent people in Brunei Shell and BSJV make it look easy. Ianya tidak semudah yang difikirkan dan ianya nampak mudah sebab competent people running the business. Jadi janganlah kita mudah terlepas pandang dan hilang kemampuan.
Kedua strategic stock. Dengan penutupan refinery di Seria dan beralih semua production of refinery products ke Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd, kegunaan negara bergantung pada Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd which is a commercial entity yang memfokuskan keuntungan.
Bagaimanakah kita memastikan bahawa jumlah penghasilan third party ini kitani ada rights of first refusal untuk melindungi hak permintaan domestik dan juga jika kita perlu meningkatkan dan mengadakan strategic stock production Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd tidak dapat kita akses. Ini adalah satu strategik yang perlu diambil kira memandangkan kita now dependent fully on third party yang mungkin tidak punya selaras interest dengan kitani.
Seterusnya dalam Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara 2021, Yang Berhormat Menteri di Kementerian Tenaga melaporkan lebih dari $ 1.6 bilion untuk Industri Minyak dan Gas yang akan mewujudkan 45 ribu pekerjaan menjelang tahun 2024 tahun depan. Mungkin persoalannya, bagaimanakah kemajuannya dan di mana anak-anak tempatan memohon pekerjaan yang akan disediakan pada tahun depan?.
Akhirnya Yang Berhormat Pengerusi, banyak prasarana yang telah mencapai economic useful life dan perlu dicommissioning dan restoration to become safe area amba sebab difahamkan ada projek-projek dalam portfolio BSP dan BSJV untuk membuat decommissioning, amba sarankan pemantauan kerja-kerja ini, inisiatif ini dibukakan supaya lebih banyak local practice peluang untuk mengusahakan bukan saja mendevelop skill dalam commissioning dan restoration project agar mereka akan dapat nanti membawa expertise ini ke luar negeri juga nanti memberi opportunities to create more job dalam negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ada beberapa soalan mengenai MPEC , kaola cuba menjawab secara ringkas sahaja.
Penglibatan Captain Industry Individual dan sebagainya dalam MPEC sepertimana yang kaola kongsikan dalam kertas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan. Kaola sudah mengongsikan bahawa di bawah Man Planning Employment Council (MPEC). Kitani sudah tubuh Manpower Industry Steering Commitee (MISC), working group telah melibatkan sekurang-kurangannya 71 buah syarikat pihak swasta untuk sama-sama mengongsikan sama-sama memajukan usaha-usaha di bawah MPEC.;
Pekerja Asing pada masa ini kira-kira ada 67 ribu individu dalam dan luar negeri dan dibandingkan dengan unemployment kira 11 ribu memang mengikut angkanya dapatlah kitani tamu-tamukan tetapi tidak semestinya semua pekerjaan itu atau jawatan itu dapat diisi oleh anak-anak tempatan pada masa ini. Memang dengan usaha kita mengadakan program seperti upskilling, reskilling, spin dan sebagainya itu mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi kemahiraan anak-anak tempatan kitani’dalam satu hari dapat mengambil alih jawatan masing-masing.
Tetapi ada juga sebahagian kerja itu mungkin kita juga tidak menggalakkan anak-anak tempatan untuk mengambil alih seperti labour shop yang rendah sekali. Itulah kita mahu anak-anak tempatan kita mudah-mudahan maju memegang jawatan yang sophisticated high level sikit.;
- Future job demand. Ini satu perkara yang memang selalu dibincangkan bukannya sahaja di dalam negeri tetapi di luar negeri juga. Apakah sebenarnya future job ini? Do we know what are the future job?. Jadi, untuk menyediakan supaya anak- anak tempatan kita ready for future job mungkin apa yang future job ini pun belum diketahui. Apa yang penting dalam persediaan, we need to make sure we provide training untuk anak-anak tempatan ini supaya mereka more adaptable, more flexisble, itu adalah satu isu yang dihadapi oleh banyak negara masa ini. How do you prepare your pekerja untuk future job ini?. Yang penting kitani concentrate on the important subject yang pada masa ini ada seperti yang di US ada satu program dinamakannya Science Technology Engineering and Maths (STEM) dan sebagainya. Itulah yang kira foundation bagi menyediakan mereka punya future work force supaya masa hadapan mereka ini more adaptable dan sebagainya.;
Itu memang kita sentiasa make sure masa panjang pekerja kita bersedia tapi in immediate future untuk menyediakan pekerjaan untuk anak-anak tempatan ini kita MPEC bekerjasama bersama beberapa bahagian termasuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi dari segi apa sebenarnya FDI yang mungkin akan datang ke negeri ini. Jadi, supaya kita dapat merancangkan education programme dan sebagainya untuk prepare our work force sekiranya FDI ini datang nanti we are ready bukannya sudah diorang datang baru kitani belajar mengadakan kursus dan sebagainya. Kitani prepare awal ini memang sentiasa dirunding bersama.
- I-Ready selepas 11 bulan, majikan tidak ada top-up dan sebagainya. Itu kalau ada kedapatan isu ini boleh Yang Berhormat dapat melaporkan perkara ini ke MPEC sebab kitani dalam berkontrak dengan majikan mesti mereka mengadakan top-up kalau tidak kitani keluarkan dari senarai majikan ada kedengaran bukan saja tidak ada top-up ataupun programme ataupun working enviroment itu tidak sesuai sebenarnya ataupun tiada proper coaching. Kalau ada pendengaran, abis Yang Berhormat boleh juga memainkan peranan untuk menolong MPEC.
Mengenai dengan Wawasan Brunei 2035, ada Yang Berhormat mencadangkan direview Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan perundingan seperti sebelum ini juga dengan United Nation Development Program satu entiti yang menolong negara-negara untuk memajukan development programme dan sebagainya. Perkara ini memang sudah berunding dengan UNDP. ان شاء هللا akan diteruskan kalau ada keperluan kitani pada masa hadapan.
Kitani mengadakan satu very independent review supaya kitani punya KPI dan sebagainya adalah more in line with our kitani punya wawasan. Mengenai tenaga mungkin kaola serahkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk mengongsikan jawapannya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhortmat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Kaola baru jua masuk 9 bulan dan untuk meneliti benar-benar mengenai isu tenaga dan pengeluarannya di negara ini. Namun demikian, izinkan kaola jua memberikan sedikit jawapan mengenai soalan fokus dalam membangun Sektor Huluran Minyak dan Gas yang mana secara tidak langsung juga merangkumi status Energy White Paper yang telah pun diteliti semula oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.
Energy White Paper yang diterbitkan pada tahun 2013 berasaskan kepada scenario planning dengan menggunakan andaian-andaian yang tertentu dalam Sektor Tenaga merangkumi Sektor Huluran dan Hiliran Minyak dan Gas dan juga Sektor Kuasa Elektrik, bahan api pengangkutan dan tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, di sekitar haluan sasaran pengeluaran minyak dan gas pada masa depan adalah bergantung pada kejayaan penemuan telaga-telaga yang baharu terutama sekali di kawasan baharu di lautan dalam.
Berasaskan kepada perkembangan selama 10 tahun yang lalu, dan maklumat-maklumat yang terkini sepertimana yang telah dikongsikan semasa penyampaian mukadimah, kaola sebelum ini. Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri telah menyusun pelan strategik dengan matlamat utama untuk mengekalkan huluran minyak dan gas pada tahap masa ini iaitu sebanding dengan kira-kira 300,000 tong sehari dalam jangka sederhana dan akan meningkat ke tahap kira-kira 350,000 tong sehari dalam jangka masa panjang.
Manakala di Sektor Hiliran Minyak dan Gas, Energy White Paper juga menggariskan pelan strategik bagi mengembangkan sektor hiliran dengan sasaran hasil pendapatan jualan produk menjelang tahun 2035 ialah $5 billion setahun dan sejak beroperasi Loji Penapis Minyak dan Petrokimia Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad pada tahun 2019 dan Loji Urea Syarikat Brunei Fertilizers Industries pada tahun lepas. Hasil pendapatan sektor hiliran telah mencapai sasaran lebih awal daripada yang dirancang.
Seterusnya mengenai soalan yang berkaitan dengan Energy security cadangan mengintegrasikan tenaga yang dapat diperbaharui dalam sistem tenaga kebangsaan dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk meningkatkan energy security sememangnya perkara ini telah menjadi pelan strategik di Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.
Ke arah usaha ini Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri telah menyasarkan peningkatan dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui kepada sekurang- kurangnya 200 Megawatt pada tahun 2025 dan 300 Megawatt menjelang tahun 2035. Keutamaan juga diberikan kepada penggunaan tenaga yang lebih efisein dalam kalangan orang ramai melalui inisiatif-inisiatif kecekapan dan penjimatan.
Antara inisiatif penjimatan tenaga termasuklah pengendalan Energy Efficiency (standard and labelling) act yang akan dilancarkan sedikit masa lagi untuk mengawal pengimportan alat pendingin hawa yang hanya cekap tenaga. Dalam jangka masa panjang pula usaha-usaha lain seperti meninjau potensi pengeluaran sumber bekalan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable) yang lain seperti hydrogen sedang dikaji.
Manakala dengan strategik stok iaitu soalan yang kedua, dengan dasar-dasar yang sedia ada dan pemantauan yang berterusan serta kerjasama yang padu daripada semua pihak. Setakat ini negara sentiasa berjaya memenuhi bekalan bahan api pada setiap masa.
Dengan adanya projek-projek Penapis Minyak dan Petrokimia di Pulau Muara Besar yang mula beroperasi pada bulan November 2019, kemampuan negara menjadi mandiri atau self-efficient dalam membekalkan keperluan domestik negara bagi bahan api iaitu produk-produk petroleum malah semakin meningkat bukan sebaliknya.
Dasar utama kerajaan ialah untuk memastikan tahap stok minimum bahan api pengangkutan pada setiap masa dan mempunyai pelan kontengensi termasuk pengimportan jika ada keperluan.
Di samping itu pihak kerajaan mempunyai hak sepenuhnya untuk memastikan keutamaan sentiasa diberikan kepada bekalan tempatan. Perkara ini juga dimetrai dalam bentuk perjanjian di antara kerajaan dan Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad.
ان شاء هللاpelaksanaan dasar-dasar ini akan sentiasa dipantau pada setiap masa untuk memastikan bahawa pembekalan bahan api untuk memenuhi keperluan orang ramai adalah terjamin dan melambangkan energy security yang kukuh bagi Negara Brunei Darussalam.
Mengenai rancangan pengendalian prasarana atau aset-aset sektor huluran yang sudah menjangkau jangka hayat merupakan salah satu keutamaan Jabatan Tenaga. Antara persediaan pihak kerajaan dalam perkara ini adalah dengan menubuhkan dana Decommissioning dan restoration DNR Dana ini merupakan sumbangan daripada para pengendali yang sedia ada. Tujuan dana ini diadakan adalah bagi memastikan komitmen DNR yang diperlukan pada kemudian hari dapat ditangani dengan berkesan dengan adanya sumber kewangan yang mencukupi tanpa bergantung pada peruntukan kerajaan.
Keluaran sampingan daripada kegiatan DNR juga dapat dimaksimumkan di dalam negeri dan sekali gus boleh memberikan khidmat di rantau ini masa depan memandangkan negara-negara jiran juga akan mempunyai keperluan yang sama.
Demikianlah sedikit pencerahan dan penjelasan beberapa perkara yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin sebentar tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita akan bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya mencadangkan supaya kita tangguhkan mesyuarat kita hari ini dan kita akan bersidang semula pada esok hari seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi, hari Rabu, 8hb. Mac 2023.
Sekian. علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاٰ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.