HARI KE-12 PETANG
18HB MAC 2023M - PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang semula setelah kita berhenti rehat tengah hari tadi. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 di Peringkat Jawatankuasa.
Maka bagi membolehkan kita menyambung semula untuk meneliti dan membahaskan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلMesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan pada sebelah pagi tadi kita telah selesai meluluskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sekarang kita meneliti dan membahaskan pula tajuk Kementerian Pembangunan. Sebagaimana yang dimaklumi Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah juga selesai mengemukakan mukadimahnya tentang hala tuju penyediaan Belanjawan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Oleh yang demikian, kita akan menyambung semula untuk meneliti dan membahaskan Tajuk Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Bersama saya di sini ada terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk membahaskan Tajuk Kementerian Pembangunan ini. Dan saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلkaola tidak lupa mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah yang jelas dan padat. Kaola mengharapkan agar apa-apa yang dirancangkan dapat dicapai dengan jayanya. ان شاء للا
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan perkara SK03A - Jabatan Kerja Raya. Merujuk kepada Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, sejumlah $596 ribu dengan harga rancangan dan $52.8 juta di bawah RKN ke-11 disediakan bagi menangani risiko bencana alam.
Yang Berhormat Pengerusi. Berkenaan dengan isu-isu banjir yang kerap berlaku di kawasan berisiko di Daerah Tutong. Memang pada dasarnya keadaan banjir ini bukan isu baharu malahan sudah menjadi lumrah kepada kehidupan penduduk yang terlibat.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan banjir berlaku. Antaranya hujan lebat dan kenaikan paras air laut atau air pasang. Dengan itu kaola melihat kesan negatif jangka panjang loss and damage disebabkan oleh banjir jika tidak ditekani dari sekarang, maka akan timbul antara kesan-kesan akibat banjir akan berlaku seperti:-
Nilaian hartanah akan jatuh;
Melambatkan semua bentuk kemajuan;
Merosakkan tanaman;
Menimbulkan kegelisahan dan ketakutan kepada penduduk apabila berlaku musim tengkujuh dan air pasang; dan
Penghijrahan penduduk ke tempat lain yang lebih selamat. (Relocation of residents to a safer place)
Yang Berhormat Menteri Pembangunan, soalan kaola ialah apakah perancangan jangka sederhana dan panjang pihak Kementerian Pembangunan bagi mengurangkan risiko banjir di Daerah Tutong? (What are the medium and long-term plans of the Ministry of Development to reduce the risk of flooding in Tutong District?)
Seterusnya kaola juga mencadangkan pembinaan lebih banyak penahan kolam-kolam takungan banjir (flood reservoir) di kawasan-kawasan strategik di ulu Sungai Tutong, terutama cabang-cabang sungai di kawasan-kawasan tertentu yang menyumbang banjir besar kepada Sungai Tutong. Antaranya kampung-kampung yang terlibat di Daerah Tutong ialah Kampung Keriam, Pekan Tutong, Kampung Bukit, Kampung Long Mayan, Kampung Rambai, Merimbun dan Kampung Benutan. Dan selain daripada itu juga di kawasan Daerah Belait yang terlibat dengan banjir ialah Kampung Dungun, Kampung Rawai, Kampung Sukang, Kampung Bukit Sawat dan Kampung Sungai Mau.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan, kaola juga ingin mengemukakan berkenaan dengan tembok-tembok penghadang ombak bagi kawasan-kawasan pesisiran pantai yang melibatkan penempatan penduduk-penduduk kampung-kampung berkenaan, terutama sekali di kawasan Kampung Danau, Mukim Telisai dan juga Kampung Penabai, Kuala Tutong, Daerah Tutong dan di pesisiran pantai Jalan Maulana kawasan perumahan awam Daerah Belait.
Kebimbangan penduduk tentang keadaan tembok-tembok penghadang ombak yang ada sekarang tidak lagi mampu menahan kekuatan dan hakisan ombak terutama sekali pada musim tengkujuh. Ada di antaranya kawasan ini mengalami keruntuhan dan kerosakan yang memerlukan pembaikan dan perhatian segera.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Kaola ingin tahu apakah ada usaha-usaha jangka pendek dan rancangan jangka sederhana dan panjang pihak kerajaan mengambil kira bagi menaik taraf atau membina tembok-tembok penghadang ombak yang lebih kukuh dan selamat. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya. Sekian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub yang telah membangkitkan persoalan mengenai dengan kesan banjir dan juga hakisan disebabkan oleh air sungai dan daripada kenaikan paras air laut.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan ini ada kaola menghuraikan dalam mukadimah kaola tadi pagi. Jadi sebahagiannya juga, izinkan kaola untuk membagi lagi penjelasan lanjut berkait dengan soalan yang dibangkitkan ini terutama sekali mengenai dengan kawasan pedalaman Daerah Tutong.
Memang kawasan ini seperti yang disebutkan tadi itu adalah flood prone area, kawasan yang mudah banjir, yang mana kawasan ini mempunyai topografi yang rendah dan sering terdedah dengan kenaikan paras air sungai. Kawasan tersebut juga diketahui sering dan akan masih mengalami banjir musim tengkujuh setelah menerima turunan hujan yang banyak sehingga menyebabkan air daripada sungai akan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah.
Seperti Yang Berhormat tadi jelaskan dalam cadangan dan soalan tadi, keadaan banjir ini jika tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan kemajuan kawasan-kawasan termasuk juga perkara-perkara yang dibangkitkan tadi nilai rumah dan melambatkan kemajuan dan merosakkan tanaman dan sebagainya. Kaola mengambil pandangan yang sama dengan cadangan pembinaan kolam penahanan banjir kerana ianya adalah satu kaedah yang mampu mengawal risiko banjir dengan lebih berkesan.
Bagi kawasan Daerah Tutong ini, kementerian telah melaksanakan kajian di beberapa tempat untuk menangani masalah banjir di kawasan tadahan Sungai Tutong ini. Hasil daipada kajian tersebut kementerian telah melaksanakan beberapa projek mitigasi banjir dengan membina kolam penahanan banjir serta pembinaan sistem ban dan pam saliran melalui RKN-11 pada ketika ini.
Pertama ialah pencegahan banjir di sebelah hulu Sungai Tutong, pencegahan banjir di sebelah hilir Sungai Tutong dan membina kolam penahanan banjir Daerah Tutong, Fasa 1. Hasil daripada kesiapan projek-projek ini yang telah menunjukkan kesan positif di mana kejadian banjir sejak 2019 telah melihat kekurangan sehingga kini di kawasan-kawasan berkenaan.
Manakala terdapat 2 buah kolam penahanan banjir masih lagi giat dibina ditapak berdekatan tadahan Sungai Padang dan Sungai Kiudang di bawah Tajuk Projek Pembinaan Kolam Takungan Dalam Tadahan Sungai Tutong dan ini dijadualkan siap pada tahun 2024 ان شاء للا.
Setelah juga mendengar daripada tempat-tempat yang disebutkan tadi I think difahami juga kawasan-kawasan mudah banjir di Daerah Tutong ini melibatkan kawasan tadahan yang sangat luas dan ianya setentunya memerlukan peruntukan yang amat besar untuk di buat pengkajian dan juga tindakan-tindakan yang akan dirancang setelah kajian dibuat nanti.
Jadi di sinilah stagenya pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya yang memikirkan perkara ini dan menduduki perkara ini sebagai melihat tindakan jangka panjang untuk menangani masalah-masalah banjir yang sering berlaku di kawasan-kawasan tersebut.
Setelah perancangan dibuat dan permohonan peruntukan dihadapkan nanti, setelah mendapat peruntukan setentunya akan diagihkan untuk melaksanakan projek mitigasi banjir kawasan-kawasan tersebut dan sama juga di kawasan-kawasan yang lain diseluruh negara, Daerah Brunei Muara, Temburong dan Belait. Perkara ini setentunya akan memerlukan untuk dilaksanakan secara berfasa.
Perancangan seterusnya untuk menangani masalah banjir ditadahan Sungai Tutong dan juga di kawasan yang terdedah dengan air pasang, ان شاء هللاakan juga dihadapkan dalam cadangan projek-projek ke arah menangani isu banjir ini dalam Rancangan Kemajuan Negara ke 12 antaranya ialah:
Kerja-kerja mengorek sungai-sungai utama di Sungai Telamba, Sungai Pepekan, Sungai Danau, Sungai Kelakas dan mulut Sungai Tutong;
Saluran keluar kedua Sungai Tutong Fasa 1;
Projek melebarkan kolam tadahan Kuala Abang;
Skim pencegahan banjir di Pekan Tutong, Kampung Keriam dan Kampung Bukit Bendera; dan
Menaik taraf sistem saliran di kawasan Simpang 1039, Kampung Sinaut dan Kampung Batang Mitos.
Inilah antara projek-projek yang telah diteliti dan cadangan seterusnya untuk membuat tindakan-tindakan mitigasi secara jangka panjang. Itulah yang dapat kaola sampaikan, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم صد ِري َو َيسِر لِي أَم ِري َواحلُل عُقدَة مِ نَ ب اش َرح لِي ِ َر سانِي َيفقَ ُهوا قَولِي ل Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. السالم عليكم ورحمة للا وبركاته. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan kerana mukadimah yang disampaikan begitu komprehensif mengenai dengan Belanjawan Tahun 2023/2024 bagi Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mempunyai beberapa soalan.
Berkenaan dengan Kementerian Pembangunan mengenai dengan melokalisasikan (localize) dalam industri pembinaan melalui nisbah tempatan asing. Industri pembinaan adalah industri kedua terbesar di Negara Brunei Darussalam. Pada Januari 2020 komposisi tenaga kerja tempatan dan asing di industri pembinaan dilaporkan sebanyak 83% dari jumlah ini iaitu 27,227 orang terdiri daripada tenaga kerja asing.
Manakala setakat bulan Disember 2022 jumlah mereka yang mencari pekerjaan yang mempunyai latar belakang pembinaan adalah lebih daripada 1,000 orang. Pada masa yang sama jika dilihat institusi pendidikan tempatan kita melahirkan lebih kurang dalam 500 orang pelajar setiap tahun dan jika perkara ini berterusan ianya dijangkakan jumlah mereka yang mencari pekerjaan dalam bidang ini akan meningkat dalam sekitar 1,500 pada penghujung tahun 2023. Persoalan kaola ialah apakah perancangan pihak Kementerian Pembangunan dalam usaha ke arah membumiputerakan dalam industri pembinaan ini? Menurut Surat Keliling Local Business Development (LBD) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan pada 23hb. November 2019M, nisbah tempatan asing adalah ditetapkan diaturkan ialah 20:80 yang mana nisbah ini diguna pakai dalam kesemua industri pembinaan. Cadangan kaola pula ialah untuk melihat dan menilai semula nisbah tempatan asing dengan mencadangkan satu set nisbah yang berlainan yang berdasarkan klasifikasi syarikat dan skopnya.
Ini adalah untuk membolehkan perkhidmatan dan pembekal mempunyai peluang pekerjaan yang dapat dikenal pasti yang boleh menarik minat tenaga kerja tempatan untuk bekerja seperti pembina iaitu kontraktor, perkhidmatan konsultan, agen estet, makmal dan perkhidmatan juruukur dan seterusnya ialah pembekal barang-barang dan produk binaan.
Yang Berhormat Pengerusi. Masih lagi berkenaan dengan Kementerian Pembangunan tetapi kali ini mengenai dengan peraturan untuk Pemaju Perumahan (housing developers). Kita semua sedar dan tahu pembinaan perumahan melalui pemaju ini telah beroperasi sejak sekian lama. Di bawah Housing Developers Control Licensing Orders 2012 iaitu Perintah Kemajuan Perumahan Pengawalan dan Perlesenan 2012 menyatakan, izinkan kaola menukil peraturan tersebut di bawah Seksyen 9 (1) “tiada kemajuan perumahan akan dijalankan atau dibuat di Brunei Darussalam kecuali Pemaju Perumahan yang berlesen”.
Manakala Seksyen 9 (2) menyatakan bahawa “seseorang pemaju perumahan yang hendak menjalankan atau melaksanakan kemajuan perumahan di Brunei Darussalam terlebih dahulu mestilah memohon kepada Lembaga untuk perlesenan”. Persoalan kaola ialah, sehingga tahun 2022 berapa banyakkah sudah housing developers ini yang telah berdaftar di bawah Lembaga Pemaju Perumahan (Housing Developers Order)?
Mengenai dengan kerosakkan rumah di RPN Mengkubau di bawah kuasa Jabatan Perumahan Negara. Betulkan kaola jika kaola tersilap. Sebanyak 4,000-unit rumah telah dibina di bawah Skim Perumahan Negara di Mengkubau, Mentiri.
Pembinaan perumahan ini melibatkan 1,600-unit rumah semi-detached dan 2,400-unit rumah terrace yang mengambil masa 48 bulan masa pembinaan. Perumahan ini juga telah dibina di atas tapak seluas 328 hektar dan setiap unit rumah dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur dan 3 buah bilik tidur termasuk kawasan letak kereta.
Pada bulan Mei 2014, projek perumahan di RPN Mengkubau telah diserahkan kepada Kementerian Pembangunan selepas siap sepenuhnya pada bulan Mac tahun yang sama, dengan jumlah keseluruhan kos berjumlah $388 juta.
Namun kaola telah dimaklumkan oleh orang-orang kampung bahawa sejumlah besar unit perumahan di RPN Mengkubau sepertimana yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan bahawa RPN Mengkubau telah dikosongkan, ditinggalkan dan tidak diduduki disebabkan keadaan rumah tersebut tidak selamat untuk didiami.
Persoalan kaola, apakah punca kepada situasi yang tidak menyenangkan ini? Dan apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan bahawa perkara dan situasi seperti ini tidak akan berulang untuk projek perumahan yang akan datang.
Yang Berhormat Pengerusi. Soalan kaola yang keempat seterusnya ialah beralih kepada soalan berkenaan dengan Jabatan Tanah. Kaola difahamkan bahawa Brunei Economic Development Board (BEDB) adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab dalam memperbanyakkan lagi kemasukkan Foreign Direct Investment (FDI) ke negara ini.
Ada juga FDI ini terus menghubungi kementerian-kementerian berkaitan dengan kertas cadangan mereka. Kaola percaya kementerian pertama yang akan dihubungi oleh pelabur ini sama ada melalui BEDB atau secara terus ialah Kementerian Pembangunan.
Dari pemantauan kaola, ada terdapat pelabur-pelabur asing ini telah beralih ke negara lain untuk melabur disebabkan oleh proses-proses yang memakan masa yang terlalu lama, terutama sekali untuk mendapatkan tapak tanah kerajaan untuk dimajukan.
Bukan ini sahaja, pengusaha-pengusaha tempatan juga mengalami isu yang sama dan ada di antara mereka terpaksa melupakan hasrat mereka. Ini adalah salah satu daripada sebab yang utama yang telah melambatkan pembangunan di negara ini dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Kaola percaya masih banyak lagi tanah-tanah kerajaan yang boleh dipajak atau disewa untuk maksud pembangunan komersial dan perumahan.
Soalan kaola. Apakah tindakan-tindakan Kementerian Pembangunan yang telah dan sedang dibuat serta yang akan dirancang dalam masa terdekat dalam menangani isu ini dan kerajaan akan terus mendapatkan hasil dari harga pajakan atau sewa dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Yang Berhormat Pengerusi. Soalan kaola seterusnya yang kelima iaitu berkenaan dengan JASTRE. Kaola tertarik dengan maklumat yang kaola perolehi iaitu peluang-peluang ekonomi putaran (circular economy) dari pengurusan sampah sarap negara terutama sekali sampah-sampah yang dikutip dari rumah dan premis-premis perniagaan dan bangunan lain. Seperti yang kita maklumi, majoriti sampah sarap dari rumah dan premis-premis perniagaan dibuang di tapak tanah Sungai Paku sepertimana yang telah diterangkan secara terperinci oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Kaola ‘piaksai’ ini termasuk sisa-sisa dari makanan dan plastik yang dalam pengamatan kaola menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan sampah sarap domestik berkenaan yang dibuang begitu sahaja. Kaola juga faham bahawa isu pembuangan sampah di atas tapak tanah di Sungai Paku adalah salah satu isu yang berkaitan dengan strategi negara dalam menangani isu perubahan iklim. Hasil pemantauan kaola, pada tahun lepas ada satu dokumen Expression of Interest (EOI) telah dikeluarkan dan mengikut rakan-rakan ia telah menarik lebih dari 20 buah syarikat tempatan dan luar negara yang menyatakan minat mereka untuk ikut serta dalam projek berkenaan.
Kaola ada 2 pertanyaan dalam perkara ini:
i. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat hasil dari EOI berkenaan?; dan
ii. Adakah tapak pembuangan sampah di Sungai Paku akan terus digunakan untuk pembuangan sampah negara yang mana merujuk maklumat tadi sehingga tahun 2030. Mudahan orang kitani tempatan yang dapat projek ini. Aamin Ya Rabbal ‘alamin.
Yang Berhormat Pengerusi. Soalan kaola seterusnya ialah menyentuh mengenai dengan pemasangan Unified Smart Metering System yang bertujuan untuk menggalakkan dan memacu bekalan dan penggunaan utiliti air dan elektrik yang lebih cekap dan mesra pelanggan. Kaola difahamkan jika sekiranya kredit bekalan air sudah habis, kredit dari bekalan elektrik akan dipindahkan secara automatik supaya bekalan tidak putus.
Kaola ingin menyuarakan kebimbangan bagi golongan warga yang kurang mampu yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, dan apatah lagi bagi menghadapi kekurangan wang untuk membeli kredit jika kedua-duanya habis. Kaola berpendapat, dalam kita ghairah memacu satu sistem yang lebih cekap, janganlah kita terlepas pandang bagi golongan yang mengalami kesusahan dan kerumitan dan aspek kewangan mereka.
Pertanyaan kaola, adakah sudah langkah-langkah difikirkan untuk membantu atau mendukung golongan ini supaya akan dapat menjalani kehidupan tanpa putus bekalan dan elektrik.
Yang Berhormat Pengersui. Izinkan kaola memberikan 3 cadangan:
Berkenaan dengan Perkhidmatan Air. Kaola menyambut baik peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kaola percaya adalah usaha-usaha pihak kerajaan menangani isu air paip di rumah-rumah yang berwarna kuning atau ‘kabut’. Kaola berharap ini akan dapat menyelesaikan masalah air kekuningan yang sudah sekian lama menjejaskan kehidupan kita beberapa kali dalam setahun.
Kaola ingin mencadangkan pihak Kementerian Pembangunan akan dapat mempertimbangkan untuk meneliti kaedah desalination air laut iaitu satu lagi kaedah lain untuk mendapatkan air mentah untuk diproses sebagai air bersih bersih ke rumah-rumah. Cadangan ini kaola merujuk kepada kaedah-kaedah yang telah diguna pakai di negara jiran kitani di Singapura dan telah terbukti mampu membekalkan air bersih yang mencukupi dan mampan tanpa mengharapkan tekungan air mentah dari air hujan sahaja. Mengikut rujukan yang pernah kaola baca, Singapura mempunyai 4 cara untuk mendapatkan sumber air mentah iaitu:
i. Takungan air hujan (rain water) untuk local catchment area;
ii. Air mentah import dari negara jiran iaitu Johor;
iii. New water, high grade reclaim water;
iv. Desalinated water iaitu sumber dari air laut yang diproses melalui loji pemprosesan river osmosis.
Berkenaan dengan Jabatan Air dan Jabatan Saliran dan Pembetungan. Satu lagi yang ingin kaola sentuh mengenai dengan bekalan air mentah dan air bersih. Kaola ada usulan kepada pihak Kementerian Pembangunan jika sekiranya usulan kaola ini akan dapat diteliti kebolehlaksanaanya (Viability).
Sering kali kita melihat dan mengalami setiap tahun atau setiap kali hujan lebat terjadinya banjir melibatkan perumahan-perumahan rakyat khusus di kawasan selalu terjejas di Daearah Belait dan Daerah Tutong. Cadangan kaola, apakah kiranya pihak Kementerian Pembangunan akan dapat meneliti fungsi atau peranan KL Smart Tunnel yang terdapat di negara jiran, Malaysia untuk menghasilkan satu lagi alternatif kepada sumber air mentah negara.
Untuk pemaham bersama KL Smart Tunnel mempunyai 2 fungsi utama iaitu apabila banjir kilat berlaku akibat hujan di Bandar Kuala Lumpur, Smart Tunnel akan di tutup berfungsi untuk menakung air dan mengurangkan paras banjir di Bandar Kuala Lumpur dan satu fungsi lain ialah menangani isu trafik di waktu puncak. Kaola percaya dengan kaedah Smart Tunnel ini diaplikasikan dan disesuai bagi Kawasan Daerah Tutong dan Daerah Belait ia akan bukan sahaja akan dapat menyelesaikam isu banjir berkenaan tetapi juga menjana kepada hasil air mentah bagi kegunaan negara. Air tersebut boleh disumberkan juga untuk kegunaan penanam padi seperti di Kandul. Untuk makluman KL Smart Tunnel itu panjangnya, 9.7-kilometer dengan memakan belanja USD$ 510 juta yang telah di buat pada tahun 2003-2007.
Yang Berhormat Pengerusi. Ini adalah cadangan yang terakhir iaitu yang ke 3 mengenai Jabatan Kemajuan Perumahan. Kaola sukacita ingin menyentuh mengenai dengan pengurusan projek dan pembangunan prasarana kemudahan perumahan negara. Seperti yang kitani maklum, pembinaan perumahan di Kampung Lugu dan Tanah Jambu adalah di dalam proses yang dengan hanya berjumlah lebih 2,000 buah ia akan setentunya akan menampung serba sedikit mereka yang telah lama menunggu rumah dari dulu lagi dan ada yang menunggu lebih dari 10 tahun.
Kaola percaya mereka yang menunggu ini adalah lebih ramai dari jumlah rumah yang dapat disediakan melalui peruntukkan perancangan kemajuan tahun ini. Kaola berpendapat dengan pendekatan atau modal yang diamalkan selama ini mengharapkan daripada peruntukkan perancangan kemajuan dari kerajaan tidak dapat menampung permintaan dan tidak akan dapat mengejar permintaan yang meningkat dari setahun ke setahun.
Kaola tertarik dari usulan dari Mantan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, iaitu untuk entiti Jabatan Kemajuan Perumahan di ubah kepada entiti korporat bahan entiti ini ia akan memudahkan usaha sama dengan kontraktor yang berwibawa untuk membantu, mempercepatkan pembinaan rumah-rumah RPN dengan sebahagian besar dari kontraktor berkenaan.
Kaola percaya dengan perubahan ini ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan menpercepatkan pembina rumah-rumah RPN.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola meminta maaf sekiranya soalan-soalan kaola terlalu panjang dan cadangan yang memakan masa yang banyak. Minta maaf sekali lagi. Sekian, السالم عليكم ورحمة للا وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat.
Soalan-soalan dan juga cadangan-candagan yang diberikan dan cadangan-cadangan yang cukup hebat dan canggih. Kaola akan cuba untuk menjawab soalan-soalan ini mungkin ada melihat dari details soalan itu. Mungkin kaola tidak dapat memperincikan setiap butiran-butiran yang dibangkitkan itu tetapi kaola cuba untuk melengkapkan beberapa butir perkara-perkara utama yang dibangkitkan.
Melibatkan dengan usaha-usaha ke arah membumiputerakan dalam Industri Pembinaan. Di dalam mukadimah kaola pada pagi tadi ada juga menyebutkan perkara ini di dalam peranan Manpower Planning Employment Council (MPEC) dalam Industri Pembinaan di mana Kementerian Pembangunan mempunyai peranan. Di antara perkara-perkara perancangan yang telah dibuat untuk mengalakkan dan juga melibatkan bumiputera dalam Industri Pembinaan ini adalah dengan melalui Document Framework Tahun 2021 yang bernama Local Business Development dan Industri Pembinaan ada 3 ini inisiatif yang terdapat dalam plan ini.
Melibatkan Local Business Involvement dalam Industri Pembinaan.
Meningkatkan penggunaan lokal-lokal produk pembinaan yang dibuat di dalam negara.
Meningkatkan Local Employment.
Satu taskforce iaitu Manpower Industry Steering Commitee (MISC) untuk Industri Pembinaan yang telah ditubuhkan Manpower Planning Employment Council (MPEC) yang melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan secara terpakai iaitu pihak industri, regulators ataupun pihak kerajaan dan institusi-institusi pendidikan. Manpower Industry Steering Commitee (MISC) ini telah mengenalpasti beberapa jobs ataupun job categories dalam Industri Pembinaan yang boleh diisikan oleh pekerja tempatan kita memahami bahawa kebanyakkan perkerjaan di Industri Pembinaan seperti buruh tidak akan menarik minat dari pekerja tempatan.
Umpamanya seperti kalau dapat di beri penghuraian antara work requirement seperti yang disebutkan di dalam di keluhan tadi melibatkan satu worksite safety and health officers di antara persediaan yang dibuat dengan steering commitee ini ialah untuk membuat latihan kepada calon-calon anak tempatan yang layak untuk mengisikan jawatan sebagai worksite health and safety officer dengan pelaksanaannya nanti dikuatkuasakan Building Order 2016, jadi setiap projek sama ada melibatkan 10 juta ke atas atau 10 juta ke bawah akan mewajibkan setiap projek ini mempunyai worksite health and safety officers.
Jadi apabila dikuatkuasa peraturan dan dasar ini nanti, maka timbul kemestian untuk mengadakan jawatan-jawatan ini di tempat-tempat worksite projek-projek nanti. Dengan adanya persediaan persiapan yang dibuat oleh Manpower Industry Steering Commitee (MISC) untuk Industri Pembinaan ini maka sejauh ini telah dipersiapkan di dalam 15 orang worksite safety officers ini yang sudah ada qualified and certified dari Manpower Industry Steering Commitee (MISC) melalui Manpower Planning Employment Council (MPEC) ini.
Apabila peraturan ini dikuatkuasakan dan di mana kontraktor-kontraktor akan memohon jawatannya untuk diisikan jika permohonan sebegini dihadapkan kepada Job Center setelah mengetahui adanya sudah worksite health and enviroment officer ini is available certified di Negara Brunei Darussalam yang layak, maka Job Center akan memainkan peranan untuk memberi arahan kepada company-company itu untuk mengambil pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan ini untuk bekerja sebagai worksite supervisor dan worksite officer.
Jadi inilah cara dan tindakan awal yang dibuat masa ini apabila dikuatkuasakan perkara ini nanti maka pegawai-pegawai. Satu contoh yang diberikan di sini ialah Work Site and Health Environment Officer sudah dipersiapkan dengan kelayakan dan certification yang diiktiraf untuk mengisikan jawatan ini nanti. Inilah satu contoh usaha yang dibuat pada masa ini ke arah inisiatif untuk membumiputrakan anak-anak tempatan dalam industri pembinaan.
Mengenai soalan yang kedua tadi ialah berapa banyakkah sudah pemaju perumahan-perumahan yang telah didaftar di bawah Lembaga Pemaju Perumahan. Dalam perkara ini, diperakui Housing Developers Order ini belum lagi dikuatkuasakan. Pada masa ini perbincangan masih lagi berjalan bersama dengan para stakeholders yang berkepentingan dalam industri ini, termasuk jua penggubalan peraturan-peraturan bersama dengan bantuan pihak Peguam Negara yang masih lagi diteliti pada ketika ini.
Itulah tahapnya yang ada untuk disampaikan mengenai perkara ini. Jadi, belumlah dapat menjawab soalan itu berapa yang sudah didaftarkan ataupun dari kontraktor-kontraktor anak-anak tempatan di dalam industri perumahan ini. ان شاء للاbila penggubalan peraturan-peraturan ini siap nanti Housing Developers Order akan dikuatkuasakan, ان شاء للاakan memberi kitani langkah ke hadapan untuk merealisasikan harapan seperti yang disampaikan oleh dalam persoalan Yang Berhormat tadi.
Mengenai isu masalah-masalah kerosakan di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau. Seperti yang dibangkitkan tadi ialah masalah kerosakan pada rumah seperti keretakan di bahagian dinding, lantai, tangga, cupi dan sinta, masalah water proofing di bilik tandas. Masalah pendawaian elektrik dan paip bocor, atap bocor, sambungan paip pembentungan yang tidak dibuat untuk gully trap dan mainhole.
Satu juga masalah banjir menyebabkan air memasuki rumah semasa hujan lebat. Kerosakan-kerosakan ini adalah latent defects yang kerosakan telah terjadi selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan, iaitu 2 tahun selepas projek itu siap dan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan pada tahun 2016.
Antara faktor lain juga adalah proses peruntukan rumah yang lama kepada pemohon sehingga tempoh jaminan projek tempoh tanggungan telah mansuh. Ini disebabkan oleh perkara ini terdapat kesukaran di dalam membuat tuntutan kepada konsultan dan kontraktor yang terlibat dalam reka bentuk yang bermasalah ini.
Kaola difahamkan ada arbitration yang sedang berjalan antara BATP dengan kontraktor-kontraktor yang masih berjalan pada masa ini untuk dapat menangani dari segi kerugian dan tanggungan-tanggungan yang perlu dalam mengatasi dan juga membaik pulih rumah-rumah ini. Memang seperti yang disebutkan tadi terbanyak dari 4,000 buah rumah yang telah siap itu, terdapat lebih dari 500 buah rumah yang mengalami kerosakan-kerosakan yang serius seperti yang disebutkan tadi.
Mengenai soalan yang melibatkan tanah untuk mendukung pertumbuhan ekonomi negara melalui pembukaan tanah-tanah untuk tujuan pelaburan dan perusahaan yang dalam erti kata lain iaitu Government Land Lease atau sewa terutama sekali bagi tujuan kemajuan perniagaan dan perumahan.
Dalam perkara ini disampaikan jua usaha yang dibuat pada masa ini masih lagi work in progress mengenai tapak-tapak yang dikenal pasti dan masih lagi diteliti untuk tujuan perusahaan seperti yang dibangkitkan di dalam soalan Yang Berhormat tadi. Antaranya ialah beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sejauh ini daripada penelitian yang dibuat daripada jawatankuasa yang ada pada masa ini, iaitu sebanyak 26 tapak-tapak tanah telah dikenal pasti untuk tujuan ini.
Antaranya ialah kawasan-kawasan di Daerah Brunei Muara terdapat sebanyak 19 tapak berkeluasan 158 hektar yang dikenal pasti dan masih dalam penelitian. Keluasan 8.6 hektar di Daerah Belait, 5 tapak yang berkeluasan 8.6 hektar, 1 tapak berkeluasan 2.58 hektar di Daerah Tutong dan satu tapak berkeluasan 0.34 hektar di Daerah Temburong yang telah dikenal pasti dan perkara ini adalah untuk penelitian lanjut dan tindakan-tindakan yang seterusnya dan apabila tanah ini mendapat kelulusan dan kebenaran untuk dilaksanakan maka semua 26 tapak ini akan dibukakan untuk expression of interest dan request for proposal untuk diiklankan secara terbuka.
Buat masa ini pihak kementerian telah menerima beberapa proposal dari pelabur tempatan dan sedang meneliti mekanisme yang sesuai agar prosesnya selaras dengan dasar-dasar tanah yang sedia ada. Bagi mana-mana penerimaan proposal yang berunsurkan industri dan pertanian atau ternakan akan disalurkan terus ke Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan ke pihak di bawah Kementerian Kewangan di mana tanah-tanah kerajaan khusus bagi aktviti industri, pertanian dan ternakan telah diwartakan di bawah kementerian-kementerian yang berkenaan.
Antara yang perlu disampaikan jua antara cabaran yang sering dihadapi oleh Kementerian Pembangunan apabila meneliti cadangan yang dihadapkan oleh pemaju, apabila memohon tanah-tanah untuk tujuan-tujuan seumpama ini adalah kekurangmampuan untuk membayar premium bagi memajak tanah pajakan tersebut dan juga ketiadaan proposal paper yang boleh menunjukkan sustainability cadangan-cadangan yang dikemukakan bagi meyakinkan permohonan-permohonan yang dihadapkan ini.
Kaola ingin menyentuh sedikit mengenai soalan yang kelima tadi daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai denga JASTRe khusus kepada land field di Sungai Paku. Seperti yang disampaikan dalam mukadimah kaola jua tadi itu.
Land field ini akan mencapai tahap maksima daripada sampah dan waste yang telah dikutip setiap hari sepanjang selama ini daripada tahun 2010 dan akan mencapai ke tahap maksimum pada tahun 2030. Langkah seterusnya ialah untuk menerokai satu cara yang lebih baik kalau dilihat Sungai Paku menggunakan tanah seluas 104 ekar untuk tujuan ’menghimpun’ sampah ini dan jua scientifically kalau dilihat tanah-tanah yang setelah digunakan untuk land field ini tidak dapat digunakan untuk apa-apa jugapun kegunaan selepas itu disebabkan oleh toxicities and then juga maintainnya yang keluar pada permukaan tanah disebabkan oleh toksin sampah-sampah yang di timbus di bawah tanah tersebut.
Langkah ke hadapan yang dibuat segala oleh Kementerian Pembangunan untuk menerokai kemungkinan untuk mengadakan incinerator berteknologi supaya sampah-sampah ini akan dibakar melalui incinerator teknologi dan kemudian daripada incinerator ini akan dapat menghasilkan tenaga eletrik. Jadi incinerator waste to energy plan di Negara Brunei Darussalam ini adalah satu kemungkinan pihak Kementerian Pembangunan telah menubuh satu Jawatankuasa Teknikal daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam Asset dan JASTRe bagi menilai cadangan-cadangan yang telah dihadapkan oleh syarikat-syarikat yang berminat dan seteruskan menghadapkan sokongan kepada pihak eksekutif Kementerian Pembangunan. Beberapa buah syarikat disenarai pendek yang akan dijemput untuk mengikuti fasa seterusnya iaitu request for proposal.
Dalam hubungan ini, JASTRe telah mengeluarkan request for quotation bagi mengeluarkan menyediakan dokumen tawaran request for proposal tersebut dan mengubal kontrak perjanjian yang berkaitan yang mana pernilian dan sokongan mengenai telah dilaksanakan oleh pihak JASTRe, tertakluk kepada keputusan peruntukan yang telah dihadapkan nanti penyediaan dokumen-dokumen request for proposal ini akan mengambil tempoh selama 6 bulan dan kemudian akan diikuti dengan pengeluaran dokumen request for proposal kepaada syarikat-syarikat yang terpilih dan seterusnya Penilian mengenainya dijangka akan diambil masa 6 bualn seterusnya.
Kementerian Pembangunan memang mengharapkan untuk melangkah kehadapan untuk mencapai matlamat dan tujuan reincineration ini supaya kitani dapat beralih daripada penggunaan tanah landfield seperti yang dipraktikan sebelum ini.
Selanjutnya ialah persoalan mengenai sistem USMS iaitu Sistem Meter Air yang baru yang sedang dan masih dilaksanakan pemasangan pada ketika ini. Koala mengambil perhatian daripada cadangan-cadangan yang diberikan atas dasar yang telah diambil dengan perlaksanaan Sistem Tarif Air yang menggunakan meter USMS ini bekalan air tidak akan diputuskan, jika kredit pengguna sudah habis so sistem ini cuma kalau dilihat daripada sistem USMS cuma bekalan eletrik kalaunya sudah habis ia akan terputus bekalan eletrik seperti yang juga dengan Sistem Prepaid Meter yang kitani yang pada masa kini, tapi dengan sistem ini juga bekalan air kalau sudah kreditnya habis air itu tidak akan putus. Ini jugalah satu ehsan prihatinan juga dalam membantu yang disampaikan tadi golongan-golongan yang kurang berkemampuan memandangkan juga air satu sumber kehidupan yang penting dan diperlukan secara berterusan.
Mengenai cadangan-cadangan disampaikan tadi:
Mengenai cadangan kaedah desalination yang dihuraikan dengan cukup terperinci tadi oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin kaedah-kaedah desalination ini yang kitani ketahui satu proses diantara proses penapisan air yang sangat mahal dan kosnya sangat tinggi. Namun perkara ini daripada curahan idea Yang Berhormat tadi akan diambil pertimbangan untuk diduduki supaya satu cadangan dengan peringkat pegawai kanan Kementerian Pembangunan;
Mengenai Saliran Pembentungan supaya untuk membinaan smart tunnel supaya satu alternatif kepada menangani isu-isu seperti yang disebutkan tadi isu air dan juga isu-isu yang melibatkan menangani masalah-masalah semasa dalam takungan-takungan air semasa hujan lebat dan sebagai yang mengakibatkan masalah-masalah banjir.
Kaola berterima kasih juga dengan cadangan ini setentunya akan diambil perkiraan untuk diteliti dan diduduki. Juga satu saranan tadi mengenai dengan cara menangani permintaan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara yang semakin meningkat supaya satu langkah kehadapan supaya Jabatan Kemajuan Perumahan ini dibaik taraf agar satu entiti koprat.
Untuk dapat menangani permintaan-permintaan rumah ini dan mempercepatkan pembinaan rumah bagi satu dengan advantage-advantage seperti yang disampaikan dapat menjimatkan pembelanjaan kerajaan dan dapat mempercepatkan pembinaan-pembinaan rumah selaras dengan permintaan-permintaan dan permohonan-permohonan yang diterima.
Kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat atas saranan-saranan yang bernas dan kaola kira banyak cadangan-cadangan yang baik disini dan ان شاء هللا abiskaola di Kementerian Pembangunan akan mengambil perkiraan untuk dipertimbangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. َُّـَلة َ ب ال َعالَمِّ ْينَ َوالص ِّ سم هللا الرحمن الرحيم َح ْم ُد هلل َر َ ف األ َ ْنبِّيَـاءِّ َوال ُم ْر َس ِّل ْيـن َ س َـَل ُم عَلى أَش ِّ ْـر َّ أما باق َوال ُ ُعل ْي ُك ْم َو َرحْ َمة هللاِ َو َب َركَاتُه َّ الdan salam َ سالَ ُم sejahtera.
Lebih dahulu kaola merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah dan penghuraikan kemana hala tuju penyediaan Belanjawan 2023/2024 bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SK07A dan Tajuk-Tajuk yang ada berhubungkait dengannya.
Beberapa tahun yang lalu, kefahaman orang ramai ataupun orang awam mengenai penglihatan anak bulan untuk menentukan awal bulan Ramadan dan Syawal amatlah sedikit dan apabila anak bulan tidak kelihatan banyaklah cerita-cerita yang direka-reka dan keburukannya adalah kepada Jabatan Ukur.
Dari itu, Jabatan Ukur membuat inisiatif untuk memberi kefahaman kepada orang awam dan penuntut-penuntut dengan mengadakan jarayawara, membuat cekerawala dan bermacam-macam projek lagi yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, setelah tertubuhnya Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam iaitu (PIBD) Jabatan Ukur sering kali juga membuat projek bersama dengan persatuan ini. Ahli-Ahli PIBD ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Jabatan Ukur sendiri, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain dan juga syarikat-syarikat swasta, penuntut-penuntut insititusi tinggi, institusi menengah dan rendah dan orang awam.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, pada masa sekarang kini kefahaman orang awam dan penuntut-penuntut semakin bertambah dan keperluan untuk membangun sebuah balai serap. Amatlah mustahak setentunya sebuah negara Islam dan sebagai pusat kajian khususnya kepada penuntut-penuntut.
Sebagaimana matlamat Wawasan Brunei 2035 menumpukan kepada melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Balai Cerap ini adalah amat berguna bagi penuntut-penuntut membuat kajian dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur dan juga Jabatan Hal Ehwal Ugama membuat cerapan penglihatan anak bulan seperti yang disebutkan tadi. Seingat kaola, Jabatan Ukur telah pernah memohon peruntukan untuk membina sebuah balai cerap. Permohonan mengizinkan tapak telah diluluskan dan kerja-kerja tanah pun telah selesai dilaksanakan, disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja tanah, peruntukan yang dipohonkan tidak mencukupi untuk membina bangunan dan peralatan-peralatannya seperti itulah kaola difahamkan.
Kaola ingin pencerahan apakah perkembangan atau statusnya sekarang ini setelah kaola berpencen daripada Jabatan Ukur hampir 4 tahun lebih, belum ada juga bangunan yang diharapkan ini terbina di tapak yang tersedia.
Saranan kaola, pendekatan whole of government sekali lagi mengambil peranan kerana ini bukan sahaja melibatkan Kementerian Pembangunan, malah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga Kementerian Pendidikan, mungkin juga kementerian-kementerian lain harus mengambil peranan. Harapan kaola sebagai mantan pekerja Jabatan Ukur dan mewakili rakyat Brunei Darussalam dan mewakili Persatuan Astronomi Brunei Darussalam, semoga perkara ini dipertimbangkan sesegera yang mungkin.Sekian, وباهللا توفيق ولهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.
ِ َ ِ ال َحم ُد, atas soalan tadi, satu jua untuk لِل mengimbang kembali perkara ini pernah diakui pernah dipohonkan dan jua diteliti oleh Jabatan Ukur. Disampaikan rancangan untuk membina Balai Cerap Astronomi Kebangsaan ini masih lagi diteruskan dan dibuat secara berfasa.
Kementerian Pembangunan juga mengambil perhatian akan kepentingan dan juga fungsi untuk mempunyai satu Balai Cerap Astronomi Kebangsaan agar tidak ketinggalan dari negara-negara yang lain yang kebanyakannya telah pun mampunyai Balai Cerap Astonomi sebagai satu observatory mereka sendiri untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan pengetahuan mengenai dengan perkara-perkara yang melibatkan astronomi ini, di mana dilihat perkara ini minat dan responterutama sekali daripada belia dan penuntut ini semakin meningkat.
Pada masa ini, negara kita hanya mempunyai beberapa tempat-tempat melihat anak bulan bagi bulan-bulan Ramadan, Syawal, Zulhijjah dan sebagainya. Tempat-tempat melihat anak bulan ini belum mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi untuk dijadikan sebagai Balai Cerap Astronomi.
Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti-aktiviti astronomi seperti sky watch dibuat di beberapa tempat strategik yang bersesuian agar dapat dihadiri dan diikuti juga oleh orang ramai termasuklah penuntut-penuntut dari peringkat rendah untuk menyaksikan fenomena-fenomena yang tertentu di masa-masa yang tertentu seperti gerhana atau planet-planet yang menghampiri bumi.
Fasa awal iaitu mengenal pasti tapak telahpun dibuat dan pada masa ini kerja-kerja penyelidikan tanah (soil investigation) sedang dibuat bagi memastikan tempat-tempat tersebut boleh menempatkan dan menampung Balai Cerap Astronomi yang dirancang. Fasa kedua pula adalah untuk membuat kerja-kerja tanah seperti menembok yang mana akan dibincangkan bersama agensi-agensi yang berkaitan.
Fasa ketiga nanti ialah untuk membuat kerja-kerja design and build bagi bangunan balai cerap yang dimaksudkan. Dengan adanya balai cerap ini nanti akan dapat menarik lebih banyak minat penuntut-penuntut dan individu-individu yang mempunyai kecenderungan untuk memahirkan diri dalam bidang astronomi dan Ilmu Falak yang mana adalah satu bidang yang dikuasai oleh umat Islam sepanjang zaman dahulu kala lagi. Itulah jawapan yang kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته, kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan yang penuh berinformasi tentang hala tuju dan perancangan kemajuan di Negara Brunei Darussalam. Yang pertama kaola suka menyentuh berkenaan dengan perkara SK03A - Jabatan Kerja Raya berkenaan dengan isu-isu kerosakan jalan raya yang menjadi masalah kepada pengguna-pengguna jalan raya. Perkara ini bukan isu baru malah menjadi isu besar kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan menjejaskan keselamatan pengguna.
Sering berlaku jalan berlobang dan berlopak mengambil masa hampir 5-7 hari untuk diperbaiki. Dalam tempoh berkenaan, pengguna jalan raya dengan risiko bahaya dan kerosakan kenderaan seperti tayar pecah dan rim bengkok. Lebih buruk lagi berlaku pada musim hujan.
Apakah pihak-pihak berkenaan tidak mempunyai sistem pengurusan yang strategik bagi menangani perkara ini. Sehubungan dengan ini kaola mencadangkan agar ditubuhkan bahagian pengurusan jalan yang bertindak sebagai taskforce bagi menangani isu jalan rosak seperti memberi amaran awal kepada pengguna dengan meletakkan papan tanda atau cone.
Kedua, memperbaiki kerosakan secara sementara agar dapat diguna sebelum ianya diperbaiki oleh syarikat pemborong. Ketiga, beroperasi dan bertindak 24 jam berdasarkan aduan dan arahan pihak-pihak berkenaan dan yang terakhir, menyediakan laporan berkenaan dengan kerosakan jalan kepada pihak berkenaan.
Yang kedua seterusnya kaola menyatakan kebimbangan orang ramai berkenaan dengan kejadian rumah roboh atau tidak selamat terutama sekali rumah-rumah keluarga daif dan di kawasan Kampung Air.
Kejadian rumah roboh kadangkala berlaku pada bila-bila masa dan situasi ini perlu diambil maklum secara serius. Kaola mencadangkan satu jawatankuasa perlu ditubuhkan yang dipelopori oleh Kementerian Pembangunan bagi menangani perkara ini. Bertindak secara bebas dengan lantikan ahli terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, NGOs yang mana antara lain berfungsi dan peranannya ialah:
Memberi amaran awal tentang situasi rumah selamat diduduki atau sebaliknya;
Memberi nasihat berkaitan dengan jenis bantuan seperti kerja-kerja membaikpulih rumah mengikut kesesuian;
Bertindak mengikut budi bicara dengan mengetepikan soal-soal lain dan mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan; dan
Bekerjasama rapat dengan kepimpinan akar umbi bagi mengenal pasti rumah-rumah yang diberi perhatian.
Soalan kaola terakhir, kaola ingin menyentuh berkenaan dengan perkara SK04A dan SK06A berkenaan dengan pembinaan rumah-rumah yang sudah lama didiami tetapi tidak menepati syarat bagi mendapatkan penyambungan bekalan elektrik.
Isu ini bukanlah isu baru malahan ia menjadi perbincangan hangat di kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bersama agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan penyelesaian. Namun ia menemui jalan buntu disebabkan peraturan Akta Tanah dan sebagainya.
Kaola tidaklah berhajat untuk membahaskan secara panjang lebar di Dewan yang mulia ini tentang isu-isu yang timbul mengenainya, sehingga akhirnya permohonan bagi mendapatkan bekalan elektrik tidak dapat dipertimbangkan permohonan bagi mendapatkan bekalan elektrik tidak dapat dipertimbangkan. Hasrat untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak tercapai.
Namun pada itu adalah menjadi tanggungjawab penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung untuk terus berusaha membantu anak-anak buah kampung yang memerlukan bantuan sewajarnya. Bak kata pepatah ‘Biarkan Keluarga di Depan Mata Kehujanan Sedangkan Kitani Mempunyai Payung Yang Berlebihan.’
Justeru itu, kaola mencadangkan agar pihak kementerian dapat menyediakan satu modul sistem solar rumah persendirian yang mampu menghidupkan peralatan elektrik yang basic sahaja seperti lampu, kipas angin, televisyen dan peti sejuk. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak-pihak syarikat pembekal bagi mewujudkan pakej bantuan tenaga solar dengan harga yang berpatutan bagi membantu rumah-rumah yang bermasalah seperti yang kaola nyatakan tadi sebagai pilihan terakhir untuk membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa. Dengan adanya pakej sistem solar rumah ini ia boleh diguna pakai sebagai kaedah penyelesaian dan panduan kepada pihak-pihak berkenaan yang sudi menghulurkan bantuan.
Penggunaan kaedah sistem solar ini juga bertepatan dengan hala tuju negara menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara lestari menjelang tahun 2050. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dengan soalan-soalan yang dibangkitkan tadi:
Mengenai kerosakan jalan raya yang menjadi masalah kepada para pengguna dan juga kerosakan harta benda yang diakibatkan dari kerosakan jalan raya ini. Kaola mengambil perhatian berat berkenaan dengan isu kerosakan permukaan jalan raya ini dan ini juga menjadi tumpuan utama Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya untuk menyelenggarakan dengan pelan tindakan dibuat secepatnya bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda pengguna apabila terjadinya kerosakan-kerosakan yang berlaku.
Tidak dinafikan juga perkara ini ada kelemahannya seperti yang dapat dibangkitkan seperti kandungan intervention dari Yang Berhormat tadi dan juga sebelum ini banyak aduan-aduan kitani terima melalui media sosial dan juga talian aduan Darussalam ‘123’. Ke arah itu antara lain usaha yang dibuat oleh kementerian ialah untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan untuk diselaraskan mengikut kemampuan peruntukan yang ada dalam sesuatu masa yang mana perkara ini diberi tumpuan untuk dibuat tindakan.
Antara tindakan-tindakan yang dibuat ialah menyediakan kontrak-kontrak penggal mengikut zon-zon berkenaan, menyediakan SOP tindakan pihak pengurusan jalan raya termasuklah juga tindakan segera apabila didapati ada kerosakan-kerosakan berlaku dan juga menerima mana-mana aduan mengenai jalan raya melalui talian Darussalam ‘123’, media pengawasan jalan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya bagi mendapatkan info secara menyeluruh dan segera.
ان شاء هللاabiskaola mengambil cadangan-cadangan yang disampaikan tadi itu dan juga beberapa idea yang baik yang disampaikan tadi dan abiskaola akan meneliti perkara ini bagi dapat mengurangkan bebanannya kepada orang ramai seperti yang disampaikan dalam kandungan soalan tadi.
Kebimbangan orang ramai mengenai kejadian-kejadian rumah roboh. Terutama sekali di kawasan Kampung Air. Disampaikan juga wujud satu jawatankuasa di peringkat kerja antara Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menangani hal seumpama ini.
Sebelum ini juga sejak tahun 2020 beberapa pemeriksaan telah dibuat ke atas rumah-rumah di Kampung Air terutama sekali yang telah dibuat sebelum ini rumah-rumah di Kampung Air, di Kampung Peramu, Mukim Peramu dan Mukim Saba. Mukim ini telah terlibat dalam perancangan Projek Pembangunan Semula Kampung Air Fasa 11. Hasil laporan pemeriksaan tersebut telah dihadapkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Daripada hasil pemeriksaan yang telah dibuat sebelum ini juga kebanyakan rumah-rumah di Kampung Air pembinaannya adalah seperti dimaklumi diuruskan sendiri oleh penduduk-penduduk kampung.
Rumah-rumah ini adalah terdedah kepada pelbagai risiko-risiko structural iaitu dibina tanpa penglibatan qualified person. Jadi perkara ini menyebabkan rumah- rumah berkenaan lebih terdedah kepada risiko kegagalan struktur dan boleh menyebabkan rumah roboh. Jadi dalam usaha untuk menangani masalah ini.
Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan beberapa perbincangan bagi mengatur tindakan yang selanjutnya. Sebagai langkah awal kedua-dua kementerian ini akan bekerjasama untuk menyiasat keadaan integriti struktur rumah-rumah yang ada.
Apabila pemeriksaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya mengenai keadaan integriti struktur-struktur kebanyakan rumah di Kampung Air ini nanti maka laporannya akan dihadapkan kepada jawatankuasa yang terdiri dari pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Nanti dari sana akan merangka tindakan-tindakan yang akan dibuat untuk mengatasi masalah ini. Itulah saja yang dapat kaola sampaikan mengenai persoalan ini.
Mengenai cadangan untuk satu modul sistem solar rumah persendirian yang mampu menghidupkan peralatan elektrik yang penting sahaja. Perkara ini adalah satu cadangan yang baik. Namun apa yang menjadi kepentingan dan juga kebimbangan dari pihak kementerian ialah aspek keselamatan.
Itu satu perkara yang ditekankan di dalam mana-mana jua pembangunan ataupun rancangan-rancangan yang melibatkan sebarang kemajuan. Dalam perkara ini, penguatkuasaan undang-undang terutama sekali Section 5 Building Control Order 2014 iaitu semua kemajuan tanah dan bangunan baharu, pengubahsuaian, tambahan hendaklah dihadapkan melalui qualified person iaitu orang yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik yang memajukan rumahnya.
Qualified person berkenaan terdiri dari arkitek atau jurutera profesional yang mesti berdaftar di bawah Board of Architects Professional Engineers and Quantity Surveyors kerana qualified person dengan kepakaran masing-masing akan memastikan pelan-pelan cadangan reka bentuk adalah memenuhi piawaian dan garis panduan minimum bangunan mengikut kesesuaian tapak dan skop kemajuan yang diperlukan oleh pemaju ataupun pemilik termasuklah skop pemasangan wayar-wayar untuk tujuan bekalan elektrik, apa lagi dalam merangka satu perkara yang baharu dengan menggunakan sistem model solar rumah persendirian ini. Untuk tujuan bagi aspek penyambungan elektrik seperti yang kita cadangkan tadi, sekiranya permohonan di atas dihadapkan dengan memenuhi syarat Building Control Regulations, 2014 itu, maka kebenaran kesiapan kerja akan diproses dan dipertimbangkan. Jika lulus, maka pihak berkenaan bolehlah memohon untuk penyambungan eletrik ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang mana juga mempunyai syarat-syarat keperluan dalam mempertimbangkan penyambungan elektrik ke mana-mana bangunan.
Sehubungan dengan cadangan model sistem solar rumah persendirian, ini adalah cadangan yang baik. Satu langkah keselamatan perlu diambil keutamaan dan diberi perhatian demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bangunan-bangunan. Setentunya reka bentuk pendawaian bangunan tersebut mestilah mengikuti peraturan piawaian dan garis panduan yang berjalan pada masa ini. Itulah 3 soalan.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang ketiga yang dimaksudkan ialah rumah-rumah daif yakni orang yang susah yang mana mereka harus menyara hidup dalam suasana yang agak sempit dan rumah-rumahnya mungkin usang dan tidak boleh mendapat bekalan elektrik yang mencukupi bagi kehidupan mereka seharian, jadi apakah alternatif lain yang dapat diberikan. Kalau saya tidak silap, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Hamdan mencadangkan adakah berkemungkinan bekalan elektrik secara solar dapat disediakan bagi rumah-rumah yang berkenaan itu.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi atas pencerahan. Itulah yang sebenarnya persoalan yang dibangkit, kaola minta maaf kerana terlepas pandangan dengan soalan itu.
Ini adalah melibatkan satu inisiatif kebajikan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di mana sumber elektrik menggunakan solar. Ini adalah suatu kaedah yang boleh meringankan mereka daripada bil-bil elektrik dan seumpamannya, untuk keperluan- keperluan yang basic seperti lampu, kipas angin, televisyen dan peti sejuk.
Kaola akui tidaklah arif dalam perkara ini, kaola memerlukan masa kalau ada kesempatan selepas ini ataupun esok untuk menghuraikan lagi perkara ini dengan lebih baik. Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بسم هللا الرحمن الرحيم
ُعلَي ُكم َو َرح َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه َ ال. Yang Berhormat َ سالَ ُم Pengerusi. Kaola lebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama membincangkan Belanjawan Kementerian Pembangunan bagi tahun 2023/2024.
Tidak lupa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan ke atas pembentangan belanjawan bagi Kementerian Pembangunan secara komprehensif mengenai hala tuju kementerian berkenaan. Apa yang diharapkan segala rancangan-rancangan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola di sini pertamanya ingin menyentuh tentang tanah pajakan iaitu dari Jabatan Tanah. Sebagaimana kita sedia maklum, masih terdapat tanah pajakan yang lazimya mempunyai tempoh pajakan selama 50 tahun. Pemilik tanah dikehendaki untuk bagi membaharui tempoh tanah pajakan setelah mansuh dan terpaksa menjelaskan bayaran berdasarkan kepada nilaian tanah tersebut.
Pembayaran dan pembaharuan tanah pajak tersebut seperti yang kita fahami dari masa ke semasa adalah semakin meningkat. Misalnya nilai membaharui tempoh tersebut adalah $40,000.00 atau lebih. Ini sudah setentunya akan membebankan pemilik tanah apatah lagi dikalangan mereka yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah, atau usia yang sudah lanjut 60 tahun ke atas yang hanyalah mengharapkan pencen tua sahaja. Bagaimana pula keadaan dengan pemiilik tanah yang mempunyai tanggungjawab ramai dengan gaji kurang $700.00 sebulan.
Pada kesimpulannya, adakah mereka ini mampu membayar sekaligus misalnya $40,000.00 untuk membaharui tempoh pajakan sedangkan mereka ini menyara kehidupan keluarga mereka setiap bulan, dengan menerima pendapatan rendah.
Inilah salah satu daripada isu yang ingin kaola timbulkan yang sangat-sangat membebankan kepada pemilik-pemilik tanah. Kehidupan mereka juga merasakan resah walaupun mereka tinggal atau mendirikan rumah di tapak tersebut yang mana kadang-kadang tanah itu yang diwarisi daripada turun temurun. Perkara seperti ini haruslah kita ambil perhatian. Sehubungan dengan ini, kaola mohon pencerahan apakah inisiatif-inisiatif pihak kerajaan untuk mengatasi masalah yang kaola nyatakan tadi dan memberikan peluang pada mereka untuk meneruskan kehidupan dan tinggal di rumah tapak tanah yang seakan-akan mereka telah diami sekian lama.
Walau bagaimanapun, kaola di sini juga ada cadangan mungkin akan dapat dipertimbangkan atau sebaliknya. Bagi mereka yang berstatus rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah mendirikan rumah kediaman dan tempat tinggal bersama keluarga di tanah pajakan tersebut, yang lebih 20 tahun ke atas, boleh dipertimbangkan dikurniakan daripada tanah pajakan kepada tanah kekal dengan syarat mereka berkenaan tidak mempunyai tanah yang lain.
Ini bermakna bukan lagi membaharui pajakan tanah dengan dikenakan bayaran tempoh sebanyak 50 tahun. Tetapi akan dikeluarkan garan kekal dan dikehendaki membayar cukai tahunan seperti dalam garan kekal yang biasa mengikut penilaian tanah ini.
Ini kerana memandangkan kalau kita melihat ataupun dibandingkan dengan rakyat yang dikurniakan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara atau Skim Rakyat Jati, kerajaan akan menyediakan perumahan dan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan seumpamanya. Akan tetapi mereka yang tinggal di tanah pajakan ini, mereka terpaksa mengeluarkan kewangan membiayai bukan sahaja rumah, access road, bekalan air, penyambungan elektrik malahan lagi mereka terpaksa membayar perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyediakan pelan dari arkitek, pembayaran perkhidmatan konsultan, jurutera dan juga konsultan elektrik.
Manakala satu lagi, bagi tanah-tanah pajakan yang lain yang bukan tempat kediaman pemilik dan keluarga bagi mengurangkan beban mereka ini, boleh dipertimbangkan di mana mereka tidak perlu menjelaskan sekaligus $40,000.00 untuk menyambung tempoh 50 tahun itu tetapi dilonggarkan pembayaran tanah pajakan tersebut pada setiap tahun. Misalnya kalau $40,000.00 tadi, $800.00 setahun. Kalau tempoh 50 tahun sama nilainya $40,000.00. Itulah cadangan saya, mungkin dapat dipertimbangkan oleh pihak berkenaan dalam isu ini.
Yang kaola ingin timbulkan di sini ialah berhubung kait dengan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Mengikut salah satu daripada program jabatan tersebut, memastikan pengurusan pembuangan sisa pepejal dan pelupusan sisa buangan di seluruh negara dilaksanakan dan dikawal selia dengan lebih teratur dan berkesan.
Program ini juga dihasratkan untuk membentuk, merancang dan melaksanakan dasar dan program kebersihan serta memantau kualiti udara dan air di negara ini.
Kitani juga mengetahui bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang mempunyai alam persekitaran yang berdaya tahan, bersih dan selamat.
Apa yang ingin kaola timbulkan di sini berhubung dengan Health Care Waste Management (Sisa Pembuangan Penjagaan Kesihatan) atau medical and clinical waste. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sisa penjagaan kesihatan merbahaya, boleh dikategorikan antara lainnya seperti berikut:
i. Sisa berjangkit (infectious waste);
ii. Sisa patologi (pathological waste).;
iii. Sisa pembuangan tajam seperti jarum.; dan
iv. Sisa farmaseutikal (pharmaceutical waste) dan lain-lain lagi.
Sisa yang dimaksudkan terutama sekali dikategorikan merbahaya dan berisiko tinggi jika mana-mana kuantiti atau bentuk sisa atas beberapa sebab mengandungi bahan toksik seperti ejen biologi, kimia atau physical yang mungkin merbahaya kepada manusia, haiwan, tanaman, makanan, sistem air, udara dan alam persekitaran dan lain-lain lagi.
Kaola ingin sama-sama berkongsi maklumat, sebelum ini kita mendapati ada 3 buah jentera incinerator yang berkongsi bagi pelupusan pembakaran sisa-sisa yang kaola maksudkan tadi seperti di kawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
Apa yang kaola fahami, ketiga-tiga incinerator ini telah ditutup disebabkan aduan orang ramai yang tinggal di kawasan persekitaran dan sisa-sisa pembuangan tersebut semakin meningkat yang memerlukan pembakaran yang berterusan.
Adalah tidak dapat dinafikan pengendalian, pengurusan, penyimpanan dan pengangkutan sisa-sisa penjagaan kesihatan ini mempunyai risiko yang sudah tentu memerlukan langkah-langkah pengawalan khas kerana bukan sahaja di aspek risiko kesihatan malahan juga berpotensi membahayakan alam sekitar semasa pengangkutan apatah lagi tatacara pelupusannya.
Dalam mencapai hasrat negara untuk melestarikan alam sekitar selamat dan memastikan proses pembuangan pelupusan sisa penjagaan kesihatan tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan atau membahayakan kesejahteraan serta keselamatan kepada rakyat dan penduduk negara ini termasuk persekitarannya yang terjamin dari pencemaran, maka kaola sukacita mendapatkan pencerahan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan dari aspek yang berikut:
Di manakah lokasi yang sebenarnya incinerator yang membakar pelupusan sisa buangan penjagaan kesihatan pada masa ini? Adakah ianya ditempatkan di sebuah kawasan yang dikhaskan dan dibenarkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengelakkan apa juga sebarang risiko dari aspek keselamatan dan kesihatan alam sekitar, pencemaran udara, yang boleh membawa risiko kepada rakyat dan penduduk negara ini?;
Apa yang dapat diketahui, salah satu lokasi yang mempunyai incinerator ialah terletak di kawasan Kampung Selayun, Mukim Sengkurong. Kita tahu kepadatan penduduk di sana dan adakah kitani sudah pastikan ianya tidak memberikan pencemaran dan risiko-risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan penduduk negara ini terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan berkenaan.;
Di manakah lokasi pembuangan sisa penjagaan kesihatan (clinical waste) bagi fasiliti-fasiliti kesihatan yang lain, private hospital dan klinik-klinik lain? Adakah kapasiti dan suhu panas penjentera incinerator yang beroperasi masa ini mengambil kira jumlah sisa penjagaan kesihatan yang memerlukan suhu pembakaran yang bertahap-tahap dan yang berlainan.;
Bagaimanakah asap dari pelepasan jentera incinerator ini? Adakah dilakukan pemeriksaan, pemantauan oleh pihak berkuasa di negara ini bagi menilai risiko pencemaran udara? Di manakah pembuangan sisa-sisa penjagaan kesihatan tersebut selepas pembakaran terbuka? Adakah diadakan pemantauan? Adakah kontraktor yang mengendalikan pengangkutan dan pelupusan mendapat accreditation yang diiktiraf atau mengikut piawaian atau best practices yang diamalkan?;
Adakah sudah undang-undang atau peruntukan dan peraturan-peraturan bagi pengurusan dan pelupusan sisa-sisa penjagaan kesihatan. Ini adalah mustahak bagi pengawalan dan memastikan sistem pelupusan medical atau klinikal tersebut tidak membahayakan dan membuat risiko. Pada kesimpulannya, apakah benchmark atau best practices yang diguna pakai pada masa ini terhadap tatacara pengurusan dan pelupusan sisa buangan (health care waste, medical and clinical waste) yang dimaksudkan.;
Adakah ia mengikut piawaian yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mempunyai garis pandu dan Standard Operating Procedure yang berkonsep terjamin dan menghindarkan segala risiko-risiko dan pencemaran. Bagi pendapat kaola, perkara ini sengaja kaola timbulkan adalah salah satu daripada isu yang perlu kitani tangani bersama.
Kaola ingin menyentuh tentang Skim Perumahan di Kampung Mengkubau tetapi telah dibangkitkan oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat dan diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Ada satu isu di sini yang ingin kaola timbulkan, iaitu tentang indicator bagi Jabatan Kemajuan Perumahan yang menyatakan dalam buku ini peratus bagi tunggakan kutipan hasil berjumlah kurang lebih $65 juta, Tahun Kewangan 2020/2021.
Kaola memohon penjelasan, berapakah jumlah baki tunggakan kutipan bagi tahun seterusnya, iaitu Tahun Kewangan 2021/2022. Adakah ia semakin betambah ataupun makin berkurang? Berapakah jumlah mereka yang masih lagi mempunyai tunggakan pembayaran bagi pembayaran perumahan?
Jika ia semakin menurun, أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلtetapi jika ia semakin meningkat, apakah tatacara atau inisiatif yang berkesan untuk mengutip tunggakan-tunggakan yang sebegitu banyak hingga melebihi $64 juta?
Apa yang kaola khuatiri di sini, jika tidak ’ditagih’ dengan tegasnya, ianya mungkin akan melarat kepada orang-orang lain dan dari itu ianya akan sukar untuk ’ditagih’ dan semakin meningkat hingga tidak hairan kalau ia meningkat hingga $100 juta.
Itulah yang kaola ingin utarakan dewan yang mulia ini dan kaola sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
بسم للا الرحمن الرحيم, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
السالم عليكم ورحمة للا وبركاته, sebelum rakan saya menjawab sebab banyak menuju ke Kementerian Kesihatan.
Mengenai waste disposal. Kaola ingin menerangkan serba sedikit. Ia seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, ada 3 incinerator kepunyaan kementerian iaitu RIPAS, Tutong dan Kuala Belait, bertahun-tahun sudah di sana.
Walau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat nyatakan, cara pemusnahannya dengan incinerator yang ada, ia akan mengeluarkan asap dan asapnya itu jika berangin, kita lihat ke mana tujunya contohnya di Daerah Tutong, asap tersebut akan menuju ke flat-flat.
Jadi, dulu kementerian sendiri membuat incineration ini, but then outsource untuk orang menyelenggarakan. Apa yang dilihat orang yang diamanahkan untuk membuat outsource ani they are not real certified with this disposal punya healthcare, sebab bila ditanya yang menunggu di sana, apa degree/temperature apa inda tau. Jadi, dari itu ketiga-tiga incinerator tersebut telah ditutup dan diswastakan (outsouce).
There’s a few companies’ yang boleh membuat waste disposal untuk healthcare ini dan di sini koala ingin menyentuh Yang Berhomat sebutkan tadi di Kampung Selayun yang mula- mulanya digunakan oleh JPMC untuk private healthcare, jadi company ini sebelum JPMC membenarkan, mereka telah menilai ke tahap SOP dan piawaian yang mana mereka ikut.
Walaupun ia berada ke dalam sedikit tetapi jika dilihat, ia tidak ada mengeluarkan asap and then pengangkutannya sebagai contoh daripada JPMC, pembawaan sisa-sisa ataupun healthcare waste disposal, dalam trak-trak yang berhawa dingin, (its refrigerated) dan kawasan penyimpanannya juga refrigerated storage yang masa sisa-sisa healthcare ini akan di simpan untuk menunggu pemusnahan. Dan incineratornya ini adalah control electronically (remotely) dari Australia dan ia telah dipantau di Australia
Dalam pemusnahan sisa-sisa ini, ia seperti Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf nyatakan tadi, ia mempunyai temperature-temperature tersendiri kalau waste biasa, ani temperaturenya, kalau clinical waste lain temperaturenya dan kalau cytotoxic (cancer’s waste), lagi tinggi temperaturenya.
Jadi, SOP-SOP ini dipantau oleh pihak Hospital JPMC terutama sekalinya dan asap yang keluarnya itu monitored, ia ada mempunyai monitoring system to make sure the heat yang keluar itu sebab ia tidak ada asap akan di monitor, apa component yang keluar di sana dan sisa-sisa yang tinggal lepas pemusnahan atau pembakaran itu, they collect it and it analyse in the lab to see or to ensure, ia tidak membahayakan alam sekitar atau kepada manusia dan sebagainya. Sisa-sisa (ashes) ini akan dikumpulkan dan dibuang ke tempat pembuangan sampah di Sungai Paku yang mana sudah di certified and it’s safe for the environment. Jadi, pembuangan sisa-sia clinical ini is based on:
Waste biasa
Clinical waste contoh (pendarahan)
Cytotoxic
So, there’s 3 main komponen dan ia dipantau. There are few companies in Brunei yang diiktiraf boleh membuat begini, walaupun jika kaola tidak silap undang-undang belum ada mengenainya tetapi ia dipantau oleh seperti Hospital JPMC, piawaiannya selalu memantau, make sure siapa sahaja yang membuat waste disposal especially healthcare mengikut piawaian antarabangsa dan ini juga diikut oleh Kementerian Kesihatan melalui based practice dari sana, yang mana jika di outsource, mereka juga mengikut apa jua piawaian yang telah disediakan.
Dari segi normal waste, clinical waste and cytotoxic dan kemudian ada lagi mengenai radio isotope kali tu ah because we have nutrient medicine di sini. Jadi, radio isotope maksudnya sesuatu chemical itu mengeluarkan radioactive walaupun sedikit, inilah untuk kegunaan medical, jadi pembuangannya mengikut natural decay of the material. Misalan Isotope A ani half lifenya dalam 6 jam ia tidak lagi mengeluarkan radioactive.
Ia disimpan dalam satu bekas khas dan ini di bawah piawaian International Atomic Energy Agency, mereka yang memantau dan waste disposal ini di Pantai Jerudong Specialist Center yang mana IAEA orangnya datang few intervals because Brunei baru membuat course kita ada mempunyai power on small production for radio isotope, so IAEA kerap datang ke Brunei untuk memantau. And so far, dalam beberapa tahun ini, they are quite happy with us kerana mengikut piawaian antarabangsa dan dari segi sisa-sisa radio isotope we can be asured dan أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلia adalah selamat.
Yang Berhormat Pengerusi, Jadi di sini apa yang kaola sampaikan adalah healthcare waste disposal in 4 areas yang biasa digunakan hari-hari. Itu sahaja Yang Berhomat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan menyentuh mengenai beberapa soalan tadi itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhomat:
- Mengenai Tanah Pajakan yang sudah mansuh dimana pemilik dikehendaki membaharui setelah mansuh dan dimana pembayaran semakin meningkat dan memberikan bebanan kepada pemilik tanah apatah lagi pemilik yang sudah lanjut usia, yang tidak ada pendapatan dan ini ada kesan terhadap kemampuan mereka untuk membayar dan cadangan-cadangan yang dibuat tadi supaya pembayaran itu dapat dipecahkan supaya tidak perlu dibayar sekaligus.
Apa yang dapat kaola sampaikan ialah kaola mengambil baik cadangan itu daripada persoalan-persoalan yang bangkitkan dan kaola di kementerian nanti akan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan secara dalaman dan di sana akan dapat memikirkan apa jalan selanjutnya di dalam situasi dan perkara yang dibangkitan oleh Yang Berhormat tadi.
Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu mengenai tunggakan pembayaran bagi rumah-rumah di bawah Skim Rancangan Perumahan Kerajaan di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan.
Salah satu usaha yang dibuat di Jabatan Kemajuan Perumahan untuk mengurangkan tunggakan hasil daripada membayar rumah-rumah yang telah diberikan kepada penerima-penerima kurnia perumahan ialah melalui satu keadah di mana isu yang dibangkitkan sebelum ini ialah kesulitan orang ramai untuk membuat pembayaran ke Jabatan Kemajuan Perumahan secara terus.
Sebagai langkah untuk mengatasi kesulitan ini, Jabatan Kemajuan Perumahan telah memulakan kaedah sistem pembayaran khusus untuk orang awam bagi membuat pembayaran melalui One Common Billing System (OCBS) yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2020.
Sistem One Common Billing System (OCBS) ini adalah diharapkan untuk mengurangkan kenaikan tunggakan dan akan membuka lebih banyak saluran untuk membuat pembayaran melalui sistem online dan tidak hanya tertumpu kepada pembayaran di kaunter pembayaran yang dihadkan pada waktu-waktu bekerja.
Apa kesannya sejak sistem ini diperkenalkan, kaola tidak ada datanya pada waktu ini, ان شاء للاdikesempatan kalau ada esok kaola akan dapat menjawab perkara ini.
Sebelum itu perlu dikongsikan bahawa seperti yang disebutkan tadi jumlah tunggakan adalah $65 juta. Di antara salah satu sebab mengapa tunggakan ini terjadi adalah ketidak mampuan pemilik-pemilik rumah untuk membayar balik pinjaman perumahan.
Ini di antara punca dan sebab utama kenapa tunggakan telah meningkat begitu banyak. Ke arah usaha untuk meningkatkan lagi tindakan Jabatan Kemajuan Perumahan untuk mengutip hutang-hutang yang masih tertunggak, satu data recovery unit juga telah ditubuhkan untuk mengatur lagi langkah-langkah seterusnya bagi menghantar peringatan kepada pemilik-pemilik rumah supaya dapat mematuhi perjanjian mereka untuk membayar hutang-hutang mereka yang tertunggak ke atas rumah-rumah yang mereka miliki dan diami.
Setakat inilah jawapan yang dapat kaola sampaikan. ان شاء للاdengan ada data-data itu nanti, kaola akan merujuk balik untuk disampaikan kepada dewan yang mulia ini. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم للا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة للا وبركاته dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan pencerahan bagi menjawab beberapa isu daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
Kaola ingin mengemukakan soalan dan cadangan untuk beberapa perkara di bawah Tajuk SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan dan di bawah Tajuk SK06A - Jabatan Tanah:
Kaola menyentuh berkenaan dengan Skim Perumahan Negara tentang perancangan ke arah menyumbang kemajuan di peringkat mukim dan kampung termasuklah kesan positif dan negatif penghijrahan penduduk ke kawasan perumahan untuk difikir-fikirkan bersama. Isu-isu ini bukanlah asing malah selalu ditimbulkan di sesi perjumpaan dan pernah juga dibangkitkan di Dewan pada Musim Permesyuaratan yang lalu:-
i. Kaola mencadangkan agar satu perancangan yang komprehensif perlu disediakan sebelum kawasan-kawasan perumahan disediakan dengan mengambil kira isu-isu kemudahan pesarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi menampung kapasiti penduduk-penduduk baharu yang sedia ada.
Masih lagi terdapat rungutan orang ramai di sebahagian kawasan perumahan berkenaan dengan kesesakan lalu lintas yang berlaku, ketiadaan bangunan masjid dibina dan masjid yang sedia ada penuh sesak dengan kehadiran jemaah dan kemudahan kedai yang terhad dan seumpamanya.
ii. Bagi mengimbangi pencerahan penduduk di kawasan Skim Perumahan yang mana menyumbang kepada penurunan keramaian penduduk di kampung-kampung.
Kaola mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menyediakan tanah sesuai di kawasan kampung dengan memberikan keutamaan kepada mana-mana warga kampung iaitu rakyat Negara Brunei Darussalam yang berkemampuan untuk membina rumah mereka sendiri termasuklah kerja menembok dan sebagainya. Apakah tidak menjadi kesalahan mengikut Akta Tanah jika seorang itu mewakafkan tanah itu untuk dijadikan Tanah Perkuburan Islam?;
Berkenaan dengan sasaran Tanah Tumpang Sementara TOL keperluan bagi mereview syarat-syarat yang sedia ada adalah wajar bagi memberi pertimbangan kepada keadaan semasa.
Kaola menyentuh berkenaan syarat-syarat TOL pertanian. Memandangkan perkara ini kaedah penanaman sayur atau buah-buahan banyak dipenuhi oleh teknologi yang serba baharu seperti penggunaan mesin-mesin peralatan membaja dan menyembur racun perosak dan seumpamanya. Peladang dan petani berbelanja begitu banyak semata-mata mendapat hasil ladang dan pertanian yang menguntungkan.
Sehubungan dengan itu, keperluan bagi membina stor-stor, penyimpanan yang kukuh, pondok penjaga atau pengawas yang sempurna adalah menjadi keperluan utama dengan mengambil kira keselamatan logistik dan kelengkapan pertanian sentiasa selamat dari sebarang kecurian dan bencana alam.
Kaola mencadangkan agar pihak kerajaan dapat meneliti dan memperluaskan syarat penggunaan tanah TOL berstatus pertanian berdasarkan kenyataan yang kaola nyatakan tadi bagi memudahkan para peladang dan petani menghadapkan sebarang permohonan kepada pihak agensi kerajaan yang lain.
Menyentuh berkenaan dengan Tajuk SK01A - Jabatan Kementerian Pembangunan. Garis panduan bagi permohonan membina rumah dan berkaitan dengannya.
Kaola menerima rungutan daripada orang ramai berkenaan permohonan membina rumah yang bermasalah dari segi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ABCi terutama sekali di kawasan-kawasan yang tidak menerima kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Seperti tidak ada longkang dan aliran longkang yang tidak menentu, jalan-jalan tidak tersedia dan sebagainya. Kaola mencadangkan garis panduan kemajuan dapat diselaraskan mengikut kawasan atau meneliti garis panduan yang sedia ada.
Dengan mengambil kira kawasan-kawasan pedalaman yang tidak disediakan infrastruktur yang serba lengkap bagi mengurangkan beban orang ramai menyediakan infrastruktur yang sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan semata-mata untuk mendapatkan kebenaran kesiapan (OP).; dan
Berkenaan dengan Tajuk SK06A - Jabatan Tanah. Mengikut statistik sehingga penghujung tahun 2016, sebanyak 542 keping tanah-tanah masih didaftar atas nama-nama yang sudah meninggal dunia atau urusan waris yang masih belum selesai. Kaola ingin mengetahui kedudukan dan statusnya pada masa ini dari sudut bilangannya dan berapa peratuskah dari tahun 2016 ia sudah selesai?
Kaola berpendapat masalah ini perlu ditangani secara bersama antara agensi-agensi yang berkepentingan seperti JPM, Jabatan Syariah dan Jabatan Kehakiman serta Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Tanah supaya masalah segera diselesaikan dan tidak mengakibatkan bertambahnya waris berlapis yang merumitkan di dalam penyelesaian ini.
Kaola mencadangkan agar kemungkinan penyelesaian melalui pihak ketiga atau agensi-agensi swasta seperti misalnya peguam syariah berkanun akan dapat menyumbang membantu dalam penyelesaian segera. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengenainya.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman atas soalan-soalan yang dibangkitkan.
Bagi menangani kesan-kesan penghijrahan penduduk kampung ke kawasan perumahan negara, antara langkah yang diambil ialah sebelum sesuatu projek tapak atau sisipan dibuat, tinjauan untuk membuat perancangan perumahan.
Salah satu perkara yang diambil kira ialah bagaimana projek ini nanti akan dapat mengekalkan penduduk-penduduk yang pada asalnya di kampung tersebut tanpa mereka perlu berpindah ke kawasan perumahan yang baru.
Daripada strategi ini juga, tapak-tapak tanah telah diperuntukkan. Bagi Rancangan Perumahan Negara ini juga, di dalam kawasan kampung-kampung yang tersebut, maka ini adalah salah satu langkah yang diambil untuk mengurangkan atau mengelakkan penghijrahan yang pernah dibuat di dalam beberapa perancangan perumahan sebelum ini.
Mengenai beberapa soalan di mana menimbulkan kapasiti penduduk-penduduk baru dan yang sedia ada yang telah mengakibatkan infrastruktur yang kurang mencukupi bagi menampung pertambahan di sesuatu kawasan dan juga di mana terdapat rungutan orang ramai dalam sebahagian kawasan perumahan, kesesakan lalulintas yang berlaku dan juga masjid yang dibina telah menjadi sesak dengan kehadiran jemaah yang berhijrah. Ini adalah salah satu persoalan realiti di mana jua beberapa kesulitan yang dihadapi untuk menangani dan memperincikan cara yang lebih baik untuk mengatasinya.
Apa yang dibuat di dalam melangkah untuk menyediakan tapak-tapak perumahan ini, satu study dibuat yang diberi nama feasibility study yang menyeluruh terhadap sesuatu tapak dibuat sebelum dicadangkan bagi kawasan perumahan.
Itulah langkah-langkah permulaan yang dibuat di Jabatan Kemajuan Perumahan. Kajian ini termasuklah mengenal pasti ciri-ciri tapak dan keadaan persekitaran dari segi fizikal, teknikal, sosial dan perundangan yang mana mengambil kira input perancangan daripada pihak-pihak yang berkenaan di kawasan tersebut.
Maka perancangan kawasan Perumahan Negara adalah termasuk juga dalam penyediaan pelan induk atau action plan bagi perancangan seluruh kawasan perumahan termasuklah penyediaan tapak-tapak bagi kemudahan awam seperti masjid, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat komersial dan lain-lain.
Tapak-tapak tersebut telah diserahkan kepada agensi-agensi berkenaan dan pembangunannya adalah tertakluk kepada perancangan lanjut agensi-agensi yang berkenaan. Kaola harap dapat menjawab soalan yang pertama tadi.
Memang adalah salah satu persoalan yang rumit. Kalau dapat kaola beralih kepada persoalan yang kedua iaitu bagi mengimbangi penghijrahan penduduk ke kawasan skim perumahan yang mana menyumbang kepada penurunan keramaian penduduk di kampung-kampung, di mana Yang Berhormat tadi mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menyediakan tanah sesuai di kawasan kampung dengan memberi keutamaan kepada mana-mana warga kampung itu yang berkemampuan untuk membina rumah mereka sendiri.
Dari segi perancangan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa ada mengenal pasti beberapa pusat pertumbuhan termasuk bagi kawasan luar bandar dengan menyediakan kawasan-kawasan perumahan, perusahaan dan perniagaan.
Dengan mengambil kira perancangan untuk menarik kependudukan ke kawasan-kawasan berkenaan serta penduduk asal tidak perlu berpindah ke tempat lain dan dengan sendirinya tidak akan menjejaskan sosioekonomi setempat.
Apa yang dapat disampaikan di sini ialah perancangan ini ada pernah dibuat tetapi untuk menyampaikan testament di mana tempat yang sudah mencapai ke tahap ini daripada perancangan ini, ان شاء للا akan kaola sampaikan setelah mendapat maklumatnya nanti.
Daripada dasar ini, perancangan seperti ini, pemikiran seperti yang disampaikan dalam persoalan Yang Berhormat tadi, perancangan ini wujud di dalam pemikiran semasa persediaan-persediaan ini dirancangkan iaitu juga mengalakkan kemajuan sisipan infill development di mana plot-plot perumahan baru di atas tanah kosong boleh diadakan antara kawasan-kawasan rumah yang sedia ada.
Dengan ini ia akan dapat memberikan keseimbangan kemajuan supaya dapat menampung keperluan-keperluan seperti yang ditimbulkan di dalam persoalan tadi.
Soalan selanjutnya ialah adakah tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu mewakafkan tanahnya untuk dijadikan tanah perkuburan Islam?
Kalau berdasarkan kepada bidang kuasa Kementerian Pembangunan iaitu mengenai Undang-Undang Kanun Tanah, tidak ada peruntukan yang menghalang usaha berkenaan untuk mewakafkan tanahnya untuk dijadikan tanah perkuburan Islam.
Secara dasarnya, sebarang permohonan untuk membuat perkara ini kelazimannya akan dirujukkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mendapatkan nasihat dari segi penilaian dan kesesuaian dan juga daripada segi hukum.
Maka pada dasarnya soalan yang ditimbulkan tadi tidak ada peraturan yang menghalangnya. Berhubung dengan persoalan selanjutnya tadi daripada Yang Berhormat ialah mencadangkan agar pihak kerajaan dapat meneliti dan memperluaskan syarat-syarat penggunaan tanah TOL berstatus pertanian.
Mengenai dengan tanah-tanah TOL ini seperti dimaklumi sifat tanah TOL ini adalah bersifat sementara. Jadi orang-orang yang menduduki tanah TOL ini harus mempertimbangkan perkara ini apabila memajukan tanah tersebut agar dapat mengelakkan kerugian jika tanah ini diambil semula untuk apa jua perancangan-perancangan yang melibatkan awam dan jua kerajaan.
Peraturan tanah TOL ini pada masa ini sedang dikemaskinikan dengan cadangan membolehkan struktur-struktur dibangunkan dengan adanya kebenaran daripada pihak-pihak autoriti yang berkenaan seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa, ABCi dan lain-lainnya. Peraturan tanah TOL yang baharu ini sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara dan dijangka akan selesai dalam masa yang terdekat.
Mengenai dengan garis panduan bagi permohonan membina rumah yang berkaitan dengannya iaitu yang melibatkan rungutan daripada orang orang yang berkenaan dengan permohonan pembinaan rumah yang bermasalah dari segi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh ABCi terutama sekali di kawasan-kawasan yang tidak menerima kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap.
Yang Berhormat Pengerusi. Apa yang kaola lihat jua daripada pattern-pattern soalan yang berbangkit ini, ialah satu di mana ada rungutan orang ramai yang mengatakan satu dasar yang dikuatkuasakan di Kementerian Pembangunan melalui ABCi dan jua Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang mewajibkan permohonan-permohonan bagi perancangan kemajuan.
Untuk memohon dan menggunakan arkitek, menggunakan qualified person di mana rungutannya ialah perkara ini menjadikannya mahal. Dan jua satu pattern yang lain ialah orang yang membuat aduan di mana prasarana yang disediakan di kawasan-kawasan tersebut terjadi perkara-perkara yang menjadi masalah seperti longkang dan aliran longkang yang tidak menentu, jalan-jalan yang tersedianya tidak menentu dan sebagainya.
Jadi di sinilah terbitnya dasar qualified person ini diperlukan untuk menyusun dan mengatur design dan jua susunan rumah dengan prasarana yang lebih baik supaya dapat mengelakkan masalah ini.
Jadi garis panduan diperingkat kebenaran perancangan menekankan kepentingan pematuhan pemilik-pemilik tanah terhadap syarat-syarat yang ditetapkan berkaitan penyediaan, penyambungan dan kemajuan perumahan kepada prasarana dan jua untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mana-mana tanah yang dimajukan bagi pembinaan bangunan perlu dihadapkan oleh pihak qualified person yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik rumah untuk memajukan rumahnya kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan jua kepada ABCi bagi penelitian syarat-syarat perancangan dan seterusnya kebenaran perancang termasuk keperluan infrastruktur yang dimaksudkan di mana Jabatan Perancang Bandar dan Desa akan membuat penyelarasan bersama dengan jabatan-jabatan infrastruktur yang lain setelah mendapat kebenaran.
Jadi, qualified person yang dilantik oleh pemaju atau pemilik rumah tadi akan menghadapkan permohonan kemajuan tanah, rumah, bangunan kepada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri bagi permohonan kemajuan.Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 5 Building Control Order 2014, semua kemajuan bangunan hendaklah dihadapkan melalui qualified person yang dilantik oleh pemaju, pemilik kepada ABCi selaku agensi yang mengawal selia peraturan dan garis panduan bangunan.
Pihak ABCi akan meneliti perakuan reka bentuk dari qualified person berkenaan yang melibatkan reka bentuk bangunan dan prasarana penyambungan dari rumah atau prasarana kerajaan bermula dari permohonan kebenaran pelan kemajuan.
Jika sekiranya terjadi perkara-perkara yang menjadi rungutan itu seperti longkangnya tidak dapat menyalurkan air seperti selayaknya dan juga menjadikan perkara itu banjir, sistem pembentungan yang mengeluarkan bau yang tidak diingini atau tidak melakukan sistem pembentungan yang selayaknya.
Maka orang yang bertanggungjawab ialah the qualified person yang dilantik oleh pemaju ataupun pemilik orang yang memajukan rumah tersebut. Jadi makanya kepentingan qualified person ini.
Orang yang qualified yang mempunyai latar belakang dan jua qualification untuk melaksanakan tugas ini dengan pengetahuannya dan juga memahami syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak ABCi dan jua Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Itulah sebabnya perkara itu menjadi satu dasar yang diwajibkan bagi pemilik-pemilik rumah untuk untuk menggunakan arkitek yang qualified person untuk memajukan dan sebarang kemajuan dan juga menjadi syarat untuk meluluskan sebarang permohonan kemajuan.
Itulah yang dapat kaola sampaikan untuk soalan tadi, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة َ سالَ ُم َّ الرحْ َٰ َم ّن َّ الرحْ يم ال َّ ّٰللا ّ ٰ ّبس ّمُ هللاّ َو َب َركَاتُهTerima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola cuma akan menampung sedikit mengenai dengan hasrat seseorang untuk mewakafkan tanah perkuburan ditujukan kepada rakan kaola, Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Memang urusan tanah Kementerian Pembangunan tapi di sana keywordnya ialah mewakafkan.
Jadi untuk mewakafkan itu, yang berkenaan mestilah menghubungi Majlis Ugama Islam Brunei sama ada wakafnya itu wakaf apa, jenis wakafnya wakaf perkuburan, jenis tanahnya macam mana, jadi Majlis Ugama Islam Brunei akan mengkaji kedudukan tanah bersama dirujuknya kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai tanah itu.
Jadi kalau sudah dipersetujui apa sebenarnya jadi wakafnya boleh didaftarkan. Kalau inda, indalah dapat tu, bukan persoalan Kementerian Pembangunan, persoalannya adalah persoalan wakaf. Selesaikan dahulu wakafnya, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup dulu kita berunding membahaskan mengenai dengan Tajuk ini dalam jawatankuasa dan saya mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dulu dan kita balik bermesyuarat dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin menangguhkan persidangan ini untuk kita berehat setelah sepanjang hari kita bersidang.
ان شاء للاkita akan bersidang semula pada hari Isnin, 20hb. Mac 2023 seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian. ّ ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة ُهللا َو َب َركَاتُهَ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.