Skip to main content

HARI KE-4 PAGI

For Informational Purposes Only

7HB MAC 2023M-PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang keempat, pada hari Selasa, 14hb. Syaaban 1444H bersamaan 7hb. Mac 2023M didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Awang Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid ‘Omar Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

ِ ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬َّ ‫ّٰللا‬ِ ‫ِبس ِْم ه‬َ‫ي‬ َ َْ َ َ ْ َ ُّْ ّ ُ‫ الحمد‬kita bersyukur kepadaُ ‫لِل ربُ العال ّم‬‫ هللا سبحانه وتعالى‬kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat lagi bersama- sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari keempat di Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita ‫ سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم‬, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut- pengikut baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada petang semalam, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah menyampaikan mukadimah tentang Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang menggariskan tujuan dan tumpuan utama untuk mendukung kesejahteraan rakyat dan negara yang begitu jelas dan komprehensif.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang- Undang yang bergelar “Suatu Akta untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu”, telahpun juga disokong sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Oleh yang demikian, adalah sesuai sekarang bagi saya untuk memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk membahaskan Rang Undang-Undang ini. Walau bagaimanapun saya perlu mengingatkan bahawa perbahasan hendaklah ditumpukan kepada asas dan kelayakan Rang Undang-Undang ini menurut Peraturan 28(2) dari Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬, ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan dan huraian yang komprehensif mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan yang diberi tema Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur.

Kaola berpendapat bahawa belanjawan ini mencerminkan teras utama membangunkan ekonomi negara yang inklusif dan mampan menerusi pelbagai inisiatif kepada rakyat. Dalam perkara ini, kaola juga menyeru agar langkah-langkah dalam perkhidmatan saving dan memperketatkan perbelanjaan negara perlu menjadi keutamaan. Segala pengeluaran atau perbelanjaan negara harus dipantau dengan saksama agar tidak menghadapi defisit yang tinggi dan berterusan.

Selain daripada itu, usaha ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan di sektor kerajaan adalah antara pendekatan yang perlu diambil perhatian bagi membaiki sistem penyampaian dan membasmi sistem biokrasi yang rumit terutama di dalam mana-mana permohonan dan di dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Hal ini sangat berkait rapat dengan tadbir urus yang baik, cekap dan efektif. Perkara ini berkait rapat dengan sasaran belanjawan melalui mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan. Dalam hal ini, usaha-usaha bagi memperkemaskan operasi pentadbiran awam merupakan antara strategi ke arah mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan mengaplikasikan budaya kerja yang bersistematik dan up-to-date.

Penggunaan teknologi maklumat dan digital banyak mempengaruhi cara kerja yang lebih cepat dan cost-effective. Pendekatan ke arah bumi hijau juga menyumbang kepada penjimatan yang ketara dengan mengoptimumkan penggunaan kertas dan beralih kepada paperless initiatives. Usaha untuk memperkukuh tadbir urus, kebertanggungjawaban fizikal dan ketulusan yang mantap pastinya merupakan langkah yang positif.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Merujuk dengan hala tuju negara, menjadikan sebuah negara lestari yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim selaras dengan komitmen negara ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang tahun 2050 seperti yang dinyatakan dalam belanjawan.

Kaola menyentuh soal perancangan kemajuan yang berkesan dan berdaya maju bagi Daerah Tutong. Projek Lestari Pekan Tutong adalah konsep pembangunan yang pernah dicadangkan sebagai panduan (direction) ke arah pembangunan yang mampan, memberi kebaikan dari segi ekonomi, alam sekitar, sosial, kebudaayan dan pelancongan. Antara inisiatif-inisiatif kemajuan ialah:

  1. Memperkenalkan kawasan hijau dan bersih di Pekan Tutong;

  2. Mengurangkan kepadatan kenderaan dengan menyediakan ruang penjalan kaki dan basikal;

  3. Memelihara dan pemeliharaan warisan sejarah dan produk kebudayaan yang terdapat di Pekan Tutong;dan

  4. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ke arah mesra alam sekitar serta strategi bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

Mekanisme ke arah melaksanakan konsep ini memerlukan beberapa komponen penting sebagai indicator projek lestari dalam membantu pembuatan polisi atau dasar serta hala tuju dalam membuat perancangan dan tindakan dengan mewujudkan zon-zon pelaksanaan kawasan iaitu zon bersih, zon hijau dan zon selamat.

Sebagai permulaan, projek ini telah pun dilaksanakan bermula pada tahun 2020 dengan inisiatif Kawasan Zon Bersih secara Whole of Nation Approach dan pada tahun 2022, Pekan Tutong telah dianugerahkan sebagai ASEAN Clean Tourist City Award.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagai wakil membawa harapan dan inspirasi rakyat dan penduduk Daerah Tutong, kaola mengharapkan agar projek kemajuan ini dapat dijadikan sukat-sukat dan pemikiran ke arah memacu kemajuan Pekan Tutong yang ketika ini bergerak perlahan. Akhirnya kaola menyokong penuh Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬, ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu, kaola mengucapkan di dalam Dewan yang mulia ini tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II di atas pembentangan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 pada petang semalam yang cukup padat dan jelas.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, antara fokus belanjawan yang bertemakan Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur adalah terhadap kepentingan pendidikan, kemahiran dan keusahawanan juga satu perkembangan yang kita sambut baik. Ini kerana priority tersebut begitu kritikal sekiranya negara mahu bersaing dan berkembang maju dalam arena ekonomi digital yang baharu.

Perkara ini telah dinyatakan di dalam Belanjawan ke arah mendukung inspirasi negara untuk menjadi sebuah Smart Nation. Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 yang dilancarkan oleh Majlis Ekonomi Digital pada bulan Jun 2020 telah pun menyediakan satu rangka kerja (framework) untuk mengembangkan rancangan dan mendukung perkembangan ekonomi digital secara Whole of Nation Approach. Dalam masa yang sama menekankan penyusunan semula ekonomi dan transformasi, membantu perniagaan khususnya PMKS meningkatkan daya penghasilan dan membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka dalam setiap peluang yang ada.

Dengan memberi tumpuan pada usaha memaju pemulihan ekonomi ini, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup serta menjamin kelangsungan hidup rakyat ke arah sama-sama mendukung Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam pada itu, kaola juga mengharapkan agar pihak kerajaan dapat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas bagi meringankan beban ahli keluarga di Negara Brunei Darussalam.

Dalam tempoh jangka sederhana dan panjang, antara isu yang diberi tumpuan adalah berkaitan kebergantungan kepada import, kos kepada import pengeluar makanan, isu buruh asing, subsidi, pengangkutan, logistik, teknologi, pertanian dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Selain daripada itu, kaola penuh berharap agar kerajaan mengambil langkah untuk memperketatkan penguatkuasaan ke atas akta-akta yang berkaitan bagi memastikan peniaga-peniaga sentiasa menjalankan perniagaan secara beretika serta tidak mengambil keuntungan yang berlebihan sehingga mengakibatkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam usaha menstabilkan perbelanjaan negara, keputusan bagi menunda apa juga projek-projek mega yang memerlukan dana yang besar adalah cukup mencabar. Peluang pekerjaan boleh dicipta melalui pengagihan projek-projek kerajaan yang berskala kecil samada di kawasan bandar mahupun kawasan kampung. Antara langkah kerajaan ketika ini bagi menswastakan beberapa projek seperti kerja-kerja baikpulih, pemeliharaan infastruktur dan lain-lainnya di bawah kaedah penswastaan adalah merupakan antara usaha bagi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan, dan dengan tidak secara langsung, ianya dapat merancakkan aktiviti perniagaan dikalangan peniaga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan sekaligus membuka peluang-peluang pekerjaan. Namun pada itu, kaola menyarankan agar pemilihan syarikat-syarikat melalui tender-tender kerajaan perlu memberi keutamaan (priority) kepada syarikat-syarikat yang menggaji pekerja-pekerja terdiri daripada anak tempatan.

Penyertaan organisasi akar umbi seperti Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) melalui aktiviti perekonomian telah pun menubuhkan syarikat-syarikat perniagaan yang sah beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan seperti memotong rumput.

Syarikat-syarikat ini digerakkan sendiri oleh penduduk-penduduk kampung secara berkumpulan dan dipantau oleh Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) berkenaan.

Ini adalah satu perkembangan yang patut dibanggakan dan sewajarnya diberi sokongan padu oleh semua pihak. Projek-projek atau kerja-kerja domestik yang biasanya didominasi oleh buruh warga asing akan dapat diambil alih oleh anak-anak tempatan sepenuhnya suatu masa nanti.

‫ ان شاء هللا‬Sekian,

ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬

َ ‫سالَ ُم‬

َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli- Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana membentangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang kaola anggap cukup padat.

‫ َ ْلح ْمدُ ِللهه‬kaola berpendapat Belanjawan 2023 yang bertemakan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” adalah merupakan langkah progresif kerajaan dalam meningkatkan usaha bagi kestabilan ekonomi dan kesejahtaraan rakyat menjadi keutamaan khususnya membabitkan peningkatan kos sara hidup yang begitu dirasai ketika ini dan isu-isu pengangguran yang perlu ditanggani dengan sebaik mungkin. Kaola berpendapat Belanjawan 2023 yang bertemakan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” adalah merupakan langkah progresif kerajaan dalam meningkatkan usaha bagi kestabilan ekonomi dan kesejahtaraan rakyat menjadi keutamaan khususnya membabitkan peningkatan kos sara hidup yang begitu dirasai ketika ini dan isu-isu pengangguran yang perlu ditanggani dengan sebaik mungkin.

Biarpun Belanjawan ini dianggap bukanlah jalan penyelesaian tuntas tetapi pihak kerajaan tetap komited mengatasi isu-isu semasa dengan mempelbagaikan bantuan dan inisiatif untuk mempastikan kebajikan rakyat terjamin terutama sekali golongan- golongan yang menjadi sasaran.

Untuk merealisasikan harapan ini, semua pihak harus berganding bahu termasuklah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC’s) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berperanan penting memastikan pembangunan ekonomi kembali rancak, selain membantu kerajaan menjayakan agenda membangunkan Negara Brunei Darussalam dengan berhemah, bersistematik dan efektif.Ini tidak terhad kepada inisiatif program berkebajikan, kemasyarakatan dan keusahawanan sahaja tetapi juga dalam pembangunan lain termasuklah harta tanah seperti mengemaskinikan permohonan Tanah Tumpang Sementara (TOL), meneruskan bantuan rumah melalui Skim Perumahan Negara yang dapat membantu merealisasikan impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dan dalam masa yang sama ke arah membudayakan pentadbiran kerajaan dan keperluan rakyat bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik, berjimat cermat dan menumpukan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang lebih perlu bagi mengawal inflasi dan mengelakkan pembaziran.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola jua mengharapkan Belanjawan ini dapat ditadbir urus dengan sebaik mungkin terutama sekali perkara-perkara yang berhubung kait dengan bantuan-bantuan kebajikan melalui Skim Kebajikan Negara (SKN) yang telah pun mula digunakan pada tahun 2020. Isu-isu yang berbangkit daripada permasalahan orang ramai perlulah diambil serius dan sewajarnya ditangani dengan segera. Di dalam meningkatkan sumber tenaga manusia sepertimana yang dinyatakan di dalam sasaran belanjawan, pembangunan model insan yang dinamik, proaktif dan inovatif, program-program penelitian dan pembangunan, penguasaan sains dan teknologi, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran hendaklah diperkayakan skop pelaksanaannya terutama sekali dikalangan keusahawanan dan golongan masyarakat generasi baru agar mampu menghasilkan ciptaan baru, produk baru, penempatan baru dan ekonomi baru. Kerajaan tidaklah perlu berkira bagi mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar terutama sekali di dalam membuat pelaburan ke arah mewujudkan sumber tenaga manusia yang berpendidikan, berkebolehan dan berkemahiran yang akhirnya memberi kesan yang cukup signifikan kepada kemajuan negara.

‫ان شاء هللا‬. Sekian, ‫ و السَّال ُم‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ ُ‫عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana membentangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang bertemakan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” ‫ ان شاء هللا‬kaola menganggap bahawa belanjawan ini berkonsepkan mesra rakyat yang mana antara fokus utama memelihara kesejahteraan awam.

Usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat adalah penting dengan membina dan menyediakan prasarana yang kondusif seperti perumahan, kesihatan, maklumat dan komunikasi, pendidikan dan elektrik dengan keutamaan memberikan tumpuan di kawasan-kawasan pedalaman yang terpinggir.

Isu-isu rakyat yang masih lagi belum diselesaikan hendaklah dilihat sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu ditangani segera, sehingga kini masih lagi ada keluarga-keluarga yang belum dapat menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Dalam usaha bagi mengukuhkan asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta bidang-bidang pertumbuhan baharu di dalam bidang-bidang yang berpotensi yang mana strategik ini dapat dicapai melalui bidang ekopelancongan, bio-teknologi dan pertanian moden.

Selain daripada itu, sektor-sektor berkenaan dan bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, kewangan Islam dan pemasaran makanan halal merupakan potensi besar untuk menjadi sumber pertumbuhan kepada ekonomi baharu yang berdayatahan dan maju melalui inisiatif belanjawan mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdayatahan.

Dalam pada itu, perancangan yang strategik bagi mempergunakan sumber-sumber khazanah warisan unggul Negara Brunei Darussalam seperti Taman Warisan Tasek Merimbun di Daerah Tutong sebagai asas bagi melaksanakan dan mewujudkan spin off economy berorientasikan ekopelancongan boleh dimanfaatkan membawa kebaikan kepada semua pihak khususnya penduduk-penduduk setempat.

Taman Warisan Tasek Merimbun dianugerahkan sebagai Taman Warisan ASEAN, ASEAN Heritage bermula tahun 1984 berpotensi besar untuk menggerakkan aktiviti ekopelancongan khususnya di Daerah Tutong, kaola difahamkan telah ada usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak berkenaan melalui projek transformasi dan ekopelancongan Taman Warisan Tasek Merimbun dan diharapkan agar ianya dapat diduduki untuk mendapatkan kesepakatan dan kerjasama yang diharapkan ke arah merangka pelan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang melalui pendekatan whole of government dan Whole of Nation Approach dengan agensi-agensi kerajaan, Majlis-Majlis Perundingan Kampung, penduduk-penduduk setempat serta pihak-pihak yang kepentingan.

Kaola ingin menyentuh berkenaan dengan keselamatan rakyat yang menjadi fokus utama belanjawan ke arah memelihara kesejahteraan awam yang mana inisiatif-inisiatif ke arah memperkasakan keselamatan di dalam semua aspek perlulah diambil perhatian.

Ini termasuklah penyertaan Majlis-Majlis Perundingan Kampung dan Pengawas Kejiranan Kampung. Kaola menyarankan agar peruntukan tambahan dapat disediakan agar aktiviti-aktiviti dan program-program keselamatan dapat dilaksanakan dengan berterusan.

Dalam soal keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan pantai perubahan iklim berdasarkan kenyataan wikipedia artikel Sea Level Rise meramalkan bahawa paras laut akan naik 3.7mm, iaitu 0.46 inci setahun. Antara tahun 1901 hingga 2018, kenaikan purata paras air laut global adalah meningkat antara 15cm dan 25cm, iaitu 6 hingga ke 10 inci.

Dalam hal ini, kaola mengharapkan pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkenaan hendaklah mengambil perhatian dengan situasi ini yang berhubung kait dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023, iaitu berkenaan dengan Pusat Perubahan Iklim ASEAN – Centre Of Climate Change. Semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dari sebarang bencana dan musibah. ‫ آمِ يْن َيا َرب ْال َعالَمِ يْن‬.

Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

‫سمُللاُالرحمنُالرحيم السالمُعليكمُورحمةُللاُُوبركات ُه‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk memulakan bicara, kaola sukacita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana membentangkan Rang Undang-Undang 2023, Perbekalan 2023/2024 yang cukup berinfomasi.

Kaola melihat belanjawan yang bertemakan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” ‫ ان شاء هللا‬ianya akan memberikan kebaikan kepada semua pihak sektor kerajaan, sektor swasta dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam, ianya sejajar dengan inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan di dalam sektor swasta yang menyasarkan kepada mewujudkan kestabilan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi menuju Wawasan Brunei 2035.

Dalam pada itu, belanjawan ini juga menyasarkan usaha-usaha ke arah membina ekonomi berasaskan pengetahuan. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan jayanya ke arah memberi perhatian berat terhadap usaha-usaha yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta memberi fokus kepada bidang-bidang atau sektor yang mempunyai daya saing yang lebih kuat.

Bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) khususnya pengusaha Satu Kampung Satu Produk atau 1K1P hendaklah mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk masing-masing agar sentiasa relevan dan marketable. Usaha dan inisiatif ini telah digariskan dalam belanjawan melalui pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.

Selain daripada itu, usaha-usaha bagi menyediakan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju agar sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan dan industri semasa dan juga masa hadapan adalah usaha berterusan dari pihak Majlis Perancangan Tenaga Kerja Manusia dan Pekerjaan (MPEC) bersama pihak-pihak berkenaan dalam mewujudkan tenaga kerja tempatan yang employable dan marketable dengan menyediakan program-program i-Ready, SkillsPlus, SPIN dan Tradeskills. Sokongan dan dukungan daripada semua pihak adalah penting bagi merealisasikan belanjawan ini mencapai sasarannya.

Pihak swasta dan NGO’s berperanansama-sama membantu dengan mengungkayahkan beberapa programyang berkaitan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ke arahmendukung pemulihan negara yanginklusif dan berdaya tahan seperti yangdigariskan di dalam tema belanjawantumpuan ke arah menaik taraf kawasan-kawasan komersial yang sedia adaadalah penting bagi mengikut perubahanmasa.

Sehubungan dengan ini, kaolamengharapkan agar plan transformasidan kemajuan bagi kawasan zonkomersial di Pekan Belait dan Pekan Seriadiwujudkan bagi memastikan perniagaandi kawasan-kawasan berkenaan dapatdimanfaatkan oleh Perusahaan Mikro,Kecil Dan Sederhana atau PMKS agarsentiasa relevan bagi menjalankanaktiviti-aktiviti perniagaan masa kini.

Akhirnya, kaola memohon menyokongRang Undang-Undang Perbekalan,2023/2024 yang dibentangkan. Sekian,

ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬, selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang Perbekalan, 2023/2024 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan jelas dan terperinci.

Di sini kaola sukacita mengemukakan beberapa soalan;

  1. Kaola ingin merujuk 2 Tajuk di bawah Peruntukan Kemajuan, Elektrik $69,159,450.00; dan

  2. Perumahan Negara $65,398,889.00.

Mengambil kira peruntukan yang besar bagi Perbelanjaan Kemajuan di Sektor Elektrik dan Perumahan Negara, kaola memohon pencerahan sudahkah pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi memastikan kebolehlaksanaan (doability) projek-projek yang dirancang bagi menjamin peruntukan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya mengikut perancangan.

Soalan kaola yang kedua. Merujuk kepada peruntukan $5.96 billion untuk Tahun Kewangan 2023/2024. Bolehkah pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengongsikan data peratus penggunaan sebenar bagi peruntukan-peruntukan yang ada secara umum dalam tempoh 3 tahun kebelakangan?

Soalan kaola yang terakhir. Kaola merujuk peruntukan $44 juta untuk Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan khusus untuk membiayai pengambilan pakar dan tenaga-tenaga pengajar termasuk CFBT. Kaola memohon pencerahan adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk menggantikan guru-guru CFBT ini dengan guru-guru daripada anak-anak tempatan. Setelah lebih satu dekad pihak Kementerian Pendidikan mengambil tenaga pengajar dari CFBT. Apakah tidak ada tenaga pengajar daripada anak-anak tempatan yang mampu mengantikan mereka ini? Adakah pihak kerajaan mempunyai exit strategy bagi tenaga pengajar CFBT ini? Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ ‫سالَ ُم‬ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Soalan-soalan secara spesifik akan kita teliti sesudah kita bersidang dalam Jawatankuasa nanti apabila kementerian ataupun belanjawan kementerian-kementerian yang berkenaan kita tunduki. Sekarang kita hanya melihat kesesuaian undang-undang ini sama ada kita luluskan atau sebaliknya.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬dan salam sejahtera. Dalam kesempatan ini, kaola menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang Perbekalan 2023/2024 yang telah dibentangkan dengan jelas dan terperinci oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pada hari Isnin, 13hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 6hb. Mac 2023M.

Dalam kesempatan ini juga, kaola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas perbentangan yang cukup jelas tersebut.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tema Belanjawan yang ditentukan ”Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” dengan menunjukkan komitmen kerajaan untuk membina asas ekonomi yang berdaya tahan dan dinamik dan resilience ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Dalam hal ini, bagi pandangan kaola untuk meraih keberkatan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan mendapatkan rezeki yang berkat untuk negara kitani menerusi pertumbuhan ekonomi yang dihasratkan itu maka kaola merasakan semua pihak di sektor awam dan swasta hendaklah terus berpegang kepada ajaran-ajaran agama Islam dalam melaksanakan semua tadbir urus negara sesuai dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja dan juga hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam َْ ُ ‫َبلد ُة طي َبةُ َو َربُ غف‬ sebagai Negara Zikir dan ‫ور‬ iaitu negara yang aman makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola merujuk keterangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai defisit belanjawan negara yang dijangkakan berjumlah $2.9 billion. Di dalam situasi ini kaola pasti semua kementerian sudah semestinya mengambil pendekatan secara berhemah dalam melakukan perbelanjaan dan untuk tidak melakukan sebarang pembaziran dalam perbelanjaan.

Oleh itu, kaola berpandangan juga untuk memastikan peruntukan yang ada digunapakai dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua sektor dan semua kementerian sepertimana yang dirancang berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan.

Jadi kaola merasakan perlu ada dibuat penilaian terhadap keberkesanan dan kecekapan penggunaan peruntukan kwangan yang diberikan itu menerusi penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam penentuan KPI on financial effectiveness dan efficiency untuk keseluruhan perbelanjaan kementerian-kementerian berkenaan secara umum. Dengan ini kita dapat memastikan bahawa peruntukan-peruntukan yang telah diberikan itu adalah mengikut perancangan yang sepatutnya.

Kaola seterusnya merujuk kepada beberapa program-program jati diri dan program-program yang seumpamanya untuk mempersiapkan anak-anak tempatan dengan pengalaman-pengalaman kerja, kedayatahanan integriti dan disiplin. Kaola melihat perancangan terhadap program ini adalah sangat signifikan dalam kita mempersiapkan anak-anak tempatan kitani untuk menceburi alam pekerjaan setelah mereka mengikuti pendidikan ataupun menjalani pendidikan di peringkat yang tinggi.

Dalam keadaan ini, kaola berpandangan juga bahawa program-program seperti ini sebaiknya diterapkan ataupun ditetapkan, dijadikan satu modal secara menyeluruh di pusat-pusat ataupun di institusi-institusi pengajian tinggi agar semua anak-anak tempatan kita akan mempunyai sikap daya tahan dan sentiasa siap siaga untuk menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Merujuk kepada peruntukan biasiswa sebanyak 42.8 juta bagi pengendalian biasiswa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, kaola menyambut baik peruntukan ini bagi pelajar-pelajar kita iaitu pelajar-pelajar cemerlang yang mana mereka inilah nanti ‫ ان شاء هللا‬akan menerajui negara kita menjadi pemimpin-pemimpin di masa akan datang.

Dalam hal ini, penetapan jurusan pelajar-pelajar ini hendaklah disejajarkan dengan perancangan sumber tenaga manusia dan diselaraskan juga dengan peruntukan perjawatan yang bersesuaian supaya pelaburan kerajaan bagi pelajar-pelajar ini tidak akan merugikan khususnya kerajaan kerana apabila mereka keluar nanti ataupun tamat daripada pengajian, mereka sudah disediakan dengan jawatan-jawatan dan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dan ini adalah untuk mengelak sebarang kerugian kepada kerajaan dan mengelak peningkatan kadar pengangguran di negara ini. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang sangat terperinci untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara kita. ‫ان شاء هللا‬. Sekian,

‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ Salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ ‫ِبس ِْم ه‬ Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli- Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang 2023 Perbekalan 2023/2024 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II semalam. Kaola mengucapkan tahniah atas inisiatif yang sudah diusahakan dan akan diusahakan bagi meningkatkan pendapatan keluaran kasar negara untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang makmur. Menyentuh tema belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu ”Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” adalah memang sesuai bagi kita menuju misi negara 2035. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ terima kasih atas tema yang diberikan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyeru semua rakyat khususnya warga Perkhidmatan Awam ikut teruja - dengan tema tersebut bagi meningkatkan dan melipatgandakan usaha menukar cara bekerja yang rutin atau business as usual untuk mencapai matlamat tema tersebut kerana kita hanya mempunyai 12 tahun bagi menuju ke arah visi 2035.

Seterusnya Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ada disebutkan bahawa 70% keperluan asas seperti beras diimport dari negara luar dan sudah ada usaha untuk mengurangkan kebergantungan kita daripada luar negara.

Izinkan kaola membuat pertanyaan, adakah bekalan keperluan asas ini mencukupi pada masa ini dan berapa lamakah kita boleh bertahan seandainya ada gangguan yang tidak dijangkakan berlaku sekiranya bekalan dari negara-negara pengimport ke negara ini seperti COVID-19.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

‫ِبس ِْم‬ ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ‫ه‬

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬tahniah kaola / hamba/ saya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah mengusulkan bajet kewangan Tahun 2023/2024. Baru pernah kaola duduk selama 2 jam mendengar hujah selepas bersara.

Mohon maaf kaola/ hamba saya belum mendigest isu kandungan bajet maka hamba kaola pada waktu yang singkat ini akan membuat pandangan sepintas lalu memohon pencerahan dan kaola/ hamba akan membuat ulasan dan cadangan apabila membincangankan bajet kementerian nanti, ‫ان شاء هللا‬.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola/ hamda mengucapkan tahniah kepada warga Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana telah mencapai bajet skillsplus bagi Tahun Kewangan 2021/2022 walaupun marginal tetapi tetap skillsplus. “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur”, wonderful tema. Moga kita dapat menghasilkannya.

Bajet $5.9 bilion untuk Anggaran Tahun Kewangan 2023/2024, tetapi hamba ada sedikit kemusykilan yang Buku Hasil Pembelanjaan 2022/2023 menujukkan $4.9 bilion. Mungkin kesilapan kaola/ hamba tidak mengetahui reconcile dari $4.9 bilion ke $5.9 bilion itu. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Menambah cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang awal, keperluan diberigakan kepada tenaga awam tentang bajet ini yang mengambil 80% daripada bajet ini adalah pembayaran gaji dan benefits untuk pekerja awam supaya mereka turut teruja dan meningkatkan tambah usaha mereka atas kerja-kerja rutin yang mereka perlu lakukan untuk mencapai harapan matlamat bajet yang disyorkan.

Kaola berharap penuh review sudah dibuat di kementerian-kementerian yang mereka mampu menolong mencapai matlamat bajet ini atas kerja rutin yang mereka lakukan sebagai efficient services provider kepada publik dan awam.

Kaola / hamba syorkan kepada setiap kementerian dapat mencurahkan aktiviti-aktiviti dalam bajet ini untuk tanai dan mereka ketahui supaya maksud tersurat dan tersirat dalam bajet ini dapat disampai dan diamati oleh perkhidmatan awam.

Kaola juga mencadangkan untuk yang berwajib usaha-usaha mereka untuk memberigakan bajet ini kepada orang awam yang bertanya; ‘What is in the budget for me?’. supaya turut teruja.

Atas sebab terlalu banyak bajet, usaha, inisiatif kerajaan, ‘Lost in translation’, walaupun ia-nya good in initiative. Tetapi tidak tercapai kalau kita kurang daya komunikasi yang efektif. Berigakan bagaimana bajet ini akan specifically dapat menangani agenda-agenda negara iaitu apa yang ada sasaran atau KPI untuk membasmi kemiskinan. Apa target bajet ini untuk mengurangkan pengangguran.

Apa percentage yang ada dalam bajet ini yang akan meningkatkan peluang pekerjaan baharu. Dalam FDI, kaola ikut teruja dengan inisiatif-inisiatif kerajaan untuk menarik pelbagai FDI untuk supplement industry yang ada pada masa ini. Kaola/ hamba syorkan FDI yang akan didatangkan mengambil kira lesson learn dari previous FDI dan memreviu term and condition nya supaya ia bersesuaian dengan mengambil kira lesson learn from previous FDI dan juga kaola/ hamba syorkan target FDI yang didatangani hendaklah compliment dan supplement strength yang kita ada atau dapat mengenchance atau menaiktarafkan agar kita mencapai Wawasan Brunei 2035 iaitu focus FDI yang target untuk mencapai Food Security, Halal Brunei Brand dan Tourism dan akan menjana banyak pekerjaan dan new revenue stream.

Yang Berhormat dan Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bajet kita ini selalunya konservatif. Ia berkonsepkan Sustainable dan Affordable dan Income Stream iaitu Income Streamnya mestilah dapat membantu membaikpulih bajet ini.

Keputusan yang kita harapkan dapat mencapai Wawasan Brunei 2023 iaitu ekonomi yang sustainable. Jika seorang businessman berhajat untuk membesarkan businessnya dan berani untuk mengambil pinjaman dan harapannya dari pinjaman tersebut, businessnya akan berkembang dan membayar balik pinjaman itu. Kita berani untuk mencari dana supaya economic growth is faster than we expected from a conservative budget.

Jika kitani mahu melibatkan hasil negara yang lebih agresif untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, bagaimana keadaan bajet ‘kitani’. Perlukah ‘kitani’ bajet yang lebih untuk meningkatkan economic growth dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 dijangka waktu 12 tahun yang mesti dicapai?.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam bertawakal kepada ‫ هللا سبحانه وتعالى‬berdoa agar rezeki negara kitani diberkati dan diperluaskan kaola hamba sokong Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫صد ِري َو َيسِر لِي أَم ِري َواحلُل عُقدَة مِ ن ِل‬ ‫سانِي‬ ‫ب اش َرح لِي‬ ‫َر‬ ‫َيفقَ ُهوا قَولِي‬ Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang sangat comprehensive. ‘Nya orang Brunei steadylah tu.” Mengenai Rang Undang-Undang yang bergelar: “Suatu Akta untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024”.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola bersetuju dan menyokong sepenuhnya wang peruntukan tersebut, kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak kementerian, jabatan kerana telah banyak bertungkus-lumus berkerja keras untuk mempertingkatkan usaha dan inisiatif dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan taraf hidup masyarakat dan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang sangat comprehensive. ‘Nya orang Brunei steadylah tu.” Mengenai Rang Undang-Undang yang bergelar: “Suatu Akta untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024”.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola bersetuju dan menyokong sepenuhnya wang peruntukan tersebut, kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak kementerian, jabatan kerana telah banyak bertungkus-lumus berkerja keras untuk mempertingkatkan usaha dan inisiatif dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan taraf hidup masyarakat dan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. ‫ِ هلِل‬ ُ‫أ ْلح ْمد‬ usaha-usaha ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi telah diungkayahkan dan ada jua sudah perkembangan yang baik mengenainya.

Seperti yang kitani maklumi, salah satu daripada kunci perkembangan positif itu ialah aktiviti perniagaan dari sektor swasta termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Kaola tertarik mengenai usaha-usaha kerajaan melalui Darussalam Enterprise dalam menyediakan infrastruktur serta program-program sokongan yang relevant supaya PMKS dapat beroperasi secara sustainable dan berdaya saing.

Apa yang ingin kaola sentuh ialah golongan yang perlu diberi perhatian dan dibantu iaitu golongan warga tempatan yang kurang mampu, yang waham dengan how to start business sehingga berjaya dengan bukan sahaja membimbing tetapi dituntun mereka ini sehingga mereka berjaya.

Sebagai salah seorang pengusaha tempatan, kaola ini ialah seorang penternak ayam. Apa yang kaola lalui dan kaola percaya jua pengusaha-pengusaha yang lain melalui proses untuk memulakan perniagaan dari peringkat idea creation kepada puncak kejayaan perniagaan bukanlah perkara yang mudah dan smooth selling terutama sekali jika ia melibatkan golongan rakyat yang kurang mampu dan tidak ada tempat rujukan mereka memulakan perniagaan bagi menyara hidup dan ke arah mendidik.

Perlu diingat mereka ini ialah orang yang berbakat dalam berniaga. Oleh sebab tidak mengetahui jalur-jalur, jalan-jalan untuk yang dilalui ke business ini bakat-bakat kitani akan terpendam secara langsung dan tidak langsung. Jadi, mengambil kira perkara ini, kaola ingin mencadangkan peranan Darussalam Enterprise dikembangluaskan.

Diluaskan perspektifnya itu ataupun ditubuhkan satu agensi khusus macam-macam namanya. Kadang-kadang boleh kitani buat One Stop Agency, One Stop Business Agency, One Stop Business Care, untuk memudah cara dan membimbing rakyat tempatan terutama sekali warga kurang mampu untuk memudahkan mereka memulakan perniagaan PMKS dalam bidang mereka boleh buat dan adanya peluang untuk berkembang.

Kaola ingin merujuk kepada laporan hansard Majlis Mesyuarat Pertama kelmarin. Kaola petik, muka surat 19: ‘…Sejak tahun 2016 seramai 15000 pengusaha telah dibantu melalui latihan-latihan keusahawaan, penubuhan start ups, latihan berkaitan piawaian bagi mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa skim Co-Matching dan sebagainya…’. Tetapi apa yang kaola ingin cadangkan ialah Darussalam Enterprise ini divalue added dalam satu kaedah cara iaitu coordination.

Dari sinilah yang kaola pernah mempunyai pengalaman dalam business ternakan ayam. Kalau kaola penternak ayam hanya fokus kepada produktiviti bukan yang menguruskan banyak kertas kerja. Contohnya, kalau mengambil pekerja luar negara berurus dengan Jabatan Buruh di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kalau membeli lori kena berurus dengan Jabatan Pengangkutan Darat. Lain lagi membuat pemeriksaan kesihatan.

Jadinya kalau pengusaha terutama yang baharu, belia, mereka akan mempunyai sifat yang takut kerana berhadapan dengan kementerian yang berbeza-beza. Kaola sarankan macam Darussalam Enterprise ataupun One Stop Agency, Business Agency ini supaya akan dibuat untuk saluran kepada belia ataupun pengusaha berbisnes dari awal sehingga mereka berjaya.

Kalau hab ini ada pengusaha tidak akan memikirkannya kalau berpadi, berpadi sahaja. Tidak akan ia ke Jabatan Buruh, mengurus yang lain-lain. Kalau ada servis VIP ini dalam mengurus business dalam untuk orang kitani ‫ان شاء هللا‬ Wawasan Brunei 2035 akan dicapai secepatnya, tidak sampai 2035, kaola jamin. Ini sahaja yang kelemahan kitani yang antara kementerian, jabatan macam contohnya kalau kaola ada reban ayam tapi tidak mempunyai elektrik, urusan elektrik itu di bawah Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Kementerian Sumber-Sumber Utama pun tidak boleh buat apa-apa kerana benda itu adalah dalam bidang kuasa luar. Kalau ada agensi yang menguruskan ini yang di’galati’, yang ditakuti, merekalah yang akan mengarahkan kepada semua kementerian untuk mempercepatkan, untuk ‘belusir’ mencapai Wawasan Brunei 2035, kaola percaya juga Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan adanya agensi yang kaola sebutkan tadi One Stop Agency ini ia akan mencapai Wawasan Brunei 2035 kalau satu peluru menembak target yang tiga, ia boleh kalau orang itu berbisnes:

i. Mempunyai pendidikan yang tinggi.;

ii. Kualiti hidup yang berbisnes.; dan

iii. Ekonomi yang mampan, affordability dan dinamik.

Kaola minta maaf Yang Berhormat Yang Di-Pertua sekiranya ada bahasa kaola yang tidak menyenangkan kepada Yang Behormat yang bijaksana hanyalah untuk membagi cadangan susulan untuk mempercepatkan usaha kitani kepada kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi dengan cara mempercepatkannya.

Sekian. ‫وباهللا توفيق ولهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬َّ ‫ّٰللا‬ِ ‫ِبس ِْم ه‬ dan selamat sejahtera.

Lebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II membentangkan Belanjawan bagi sesi 2023/2024 penuh komprehensif dan juga penuh detail dan seterusnya dalam majlis ini saya juga menyokong Belanjawan 2023/2024 yang telah dibantangkan.

Ia juga selaras dan selari ke arah kita sama-sama menuju mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 bagi Negara Brunei Darussalam iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran yang tinggi dan berjaya, rakyat yang mempunyai kualiti yang tinggi dan ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬kita bersyukur kepada ‫ هللا سبحانه وتعالى‬belanjawan yang telah dibentangkan telah membuktikan terhadap komitmen dan keperihatinan yang tinggi bagi kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kebajikan kesejahteraan rakyat dan penduduk bagi mempastikan kehidupan kita sentiasa berterusan berada dalam keadaan keamanan, kemakmuran dan makmur yang dengan secara berpanjangan di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, dalam belanjawan ini telah menampakkan terus menerus berusaha dalam berbagai projek, pelan-pelan tindakan, strategik dan inisiatif-inisiatif dalam usaha memantapkan sosial-ekonomi mengembangmajukan negara yang lebih mampan berdaya saing dan berdaya tahan.

Saya berpendapat dan barangkali Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini juga. Inisiatif yang di bentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sudah setentunya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi serta mantap dari semua komitmen dari semua stakeholders bukan sahaja di sektor kerajaan, swasta malahan juga seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang sama-sama dicintai.

Selain dari itu, sesuatu perancangan atau inisiatif mestilah kita dipantau secara berterusan atau di riew dan diselesaikan dengan segera apa juga masalah-masalah yang timbul sehinggalah perancangan atau projek itu menjadi kenyataan untuk dapat dirasai oleh stakeholders termasuklah rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam ini dan ianya hendaklah memenuhi time prime yang ditetapkan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sedia maklumkan sejumlah $5.96 bilion telah dicadangkan dalam belanjawan dan peruntukkan bagi maksud kerajaan tahun ini dan tahun 2024. Manakala Anggaran Hasil Kerajaan pada tahun kewangan yang sama diunjurkan sejumlah $2.99 bilion.

Sehubungan dengan ini, kerajaan akan menanggung defisit belajawan berjumlah kira-kira $2.97 bilion. Perkara ini kaola juga ingin mencadangkan jika dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak diperlukan secara mendadak yang bukan keutamaan hendaklah seboleh-bolehnya ditangguhkan buat sementara bagi memandang pendapatan kerajaan yang menurun daripada $6 bilion pada tahun 2022/2023 kepada $2.99 pada tahun 2024 yang dianggarkan.

Pada masa yang sama mudah-mudahan usaha-usaha yang dikongsi akan dapat menolong kerajaan untuk mendrafie punca pendapatan bukan sahaja bagi fiskal 2023/2024 tapi juga bagi tahun fiskal yang mendatang.

Kaola ingin menyarankan di sini daripada rungutan-rungutan dalam kalangan peniaga-peniaga khususnya dikalangan MSM iaitu Micro, Small and Medium Businessman supaya regulator (Central Bank) untuk lebih flexible dan mengalakkan kepada mana-mana institusi kewangan untuk benar-benar membantu bagi memudahkan pinjaman kewangan kepada syarikat-syarikat terutama singkatan termasuk MSM untuk berusaha bersama-sama untk memperkembangkan perniagaan masing-masing.

Jika melihat situasi, ini adalah juga bagi kita bersama-sama untuk mengembangkan lagi dan memajukan anak-anak tempatan terutama sekali meraka yang memulakan perniagaan tidak mempunyai model ataupun kewangan. Sudah setentunya mereka ini mempunyai masalah. Jadinya saya mencadangkan supaya flexibility untuk meriew dengan sepenuh hati supaya apakah masalah-masalah yang dihadapi khususnya kepada peniaga-peniaga yang memulakan peniagaan atau perusahaan mereka. Inilah satu realiti yang patut kita hadapi kalau kita hendak mahu maju dan jika benar menolong anak-anak tempatan untuk mengembang majukan lagi peniagaan dan perusahaan apatah lagi suatu perniagaan itu yang mempunyai potensi untuk dikembangkan malahan boleh berpotensi untuk menembusi pasaran di luar negeri.

Saya juga meneliti di sini pendapatan kerajaan nampaknya majoriti masih bergantung kepada hasil sumber minyak dan gas dan harga pasaran minyak yang melebihi dalam anggaran USD70 mesti diperlukan untuk mengimbangi bajet negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Mengenai paragraf 27 dan 73 dalam pembentangan belanjawan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan untuk kepentingan MSME ke arah ini kita perlu melihat bagaimana cara untuk bridging the gate bagi MSME untuk bersama-sama kita melihat mengambil advantage ke atas perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani tersebut.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Negara Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 9hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M antara lain sangat penting diambil kira ialah meningkatkan hasil kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya telah pun meneliti dan ingin menyentuh mengenai prosedur memulakan perniagaan ease of doing business yang semenjak tahun 2016 negara kita telah pun memansuhkan 2 Akta Lesen Perniagaan Penggal 12 ke atas sebilangan jenis perniagaan.

Inisiatif pembaharuan ini sangat baik dan dialu-alukan yang khususnya semata-mata untuk lebih memudah cara memulakan perniagaan agar lebih dicepatkan dan telus sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mewujudkan suasana perniagaan yang pro-business, business failure competitive di negara ini.

Ia sekali gus meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti perekonomian dan peluang pekerjaan dengan bertambah lagi jumlah peniaga-peniaga yang boleh menjalankan perniagaan mereka di negara ini. Apa ingin saya bangkitkan, tentang Lesen Perniagaan Tahunan untuk diteliti semula dengan sewajarnya yang dikenakan bayaran kadar tertentu yang sebelum ini di bawah Akta Lesen Perniagaan telah ditiadakan yang sudah setentunyalah telah mengurangkan pendapatan kerajaan berjuta-juta ringgit.

Pembaharuan yang diperkenalkan untuk memudah cara memulakan perniagaan perlu dikekalkan tetapi perlulah disemak dan diteliti semula dari aspek berikut:

  1. Mengenakan Lesen Perniagaan ataupun apa jua pembayaran ataupun misalannya pendaftaran dikenakan kalaupun kita tidak mengenakan Lesen Perniagaan.

Ini semata-mata dan pembayaran lesen ini bukanlah satu amalan yang berlainan. Ia sebagai satu standard ataupun standard practice luar negara. Bagi tujuan pengawalan dan juga bagi memastikan mereka mempunyai social responsibility kepada masyarakat dan negara tempat mereka menjalankan perniagaan ataupun perusahaan.

Apa yang ingin saya maksudkan ialah salah satu daripada cara kita menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya kita sebagai teknokrat ataupun pemikir untuk mencari jalan ataupun mengenal pasti bagaimana kita membantu pihak kerajaan untuk mendapatkan pendapatan kerajaan dan juga untuk kebajikan seluruh rakyat dan penduduk negara ini.; dan

  1. Tatacara pengeluaran yang teratur bagi memastikan tidak disalahgunakan dalam bersama-sama menjaga keselamatan, kesejahteraan, keamanan dan ketenteraman awam dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan di dalam negeri ini.

Apa yang saya perhatikan sendiri, ia disalahgunakan. Ada yang membuka perniagaan di sana sini dan mereka hanya dibenarkan dalam satu premis dan dalam lesen itu menyatakan di kampung inilah mereka dibenarkan tapi sekarang kita lihat di sana sini mereka sewenang- wenangnya membuka perniagaan terutama sekali warganegara asing dan juga ada yang menyalahgunakan Pas Kerja ataupun digunakan sebagai perniagaan, mereka memberikan kepada pemegang-pemegang ataupun Pas Pendaftaran merekalah yang mengaut keuntungan dan mengenakan bayaran untuk dibayar kepada mereka.

Saya mengesyorkan supaya jangan berleluasa perkara yang tidak memenuhi undang-undang ini akan kitani sama-sama kawal dan berkas supaya ianya akan tidak menjadi suatu isu yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk di negara ini.

Dalam Majlis ini juga kita bersyukur ke hadrat ‫ هللا سبحانه وتعالى‬atas program dan inisiatif pihak kerajaan dalam sama-sama kita menuju ke arah matlamat yang telah pun disarankan dalam belanjawan iaitu apa yang saya ingin bangkitkan, kitani mencadangkan misalannya ada projek $50-51 juta. Intelligent hub yang akan menempatkan Endemik Intelligent Response Unit yang berjumlah (betulkan kalau salah) kurang lebih $51 juta.

Kita ada sistem pelbagai seperti BruHims, BruHealth. Adakah tidak dapat kita integrasikan ataupun diupgrade sistem yang wujud ini semata-mata kita menjimatkan perbelanjaan dan menjurus kepada Cost effectiveness. Adakah penyelesaian dibuat dan satu central body yang menjaga dalam hal-ehwal ICT ini supaya jangan ada duplication.

Kenapakah tidak diperhatikan satu sistem yang ada itu untuk diguna pakai dengan kementerian atau share. Misalannya saja, smart card. Kita ada nama, address atau segala data peribadi kita di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan kita mendapatkan driving license dari Jabatan Pengangkutan Darat. Sangal untuk menatapi, kadang-kadang saya lihat hanyalah jabatan berlainan di keluarkan oleh jabatan ini.

Adakah tidak dapat kita mengongsikan maklumat daripada pakar-pakar kitani sendiri yang penuh kita percayai bukan daripada luar negeri yang mungkin semata-mata barangkali untuk mengaut keuntungan.

Kenapakah tidak kitani gunakan pakar-pakar kita yang berkemahiran dalam ICT ataupun digital untuk menganalisis kemungkinan kita dapat menggunakan ilmu kepakaran mereka dan pengalaman mereka dan kehendak-kehendak di suatu jawatan itu supaya kita dapat mengurangkan perbelanjaan yang membazir tetapi kitani menggunakan apa yang ada yang boleh kitani expand atau upgrade dalam apa jua sistem dalam ICT ini.

Dalam pada itu juga, kadang-kadang kita terlampau overlook lebih mementingkan projek-projek yang complicated yang berorientasikan high technology tetapi kadangkala mendukacitakan, kita overlooked tentang kepentingan dan perkhidmatan yang patut kita berikan apa lagi perkhidmatan-perkhidmatan asas kepada orang ramai yang secara direct merasai dan menikmati apa yang sepatutnya kita berikan kepada orang ramai.

Sebagai misalannya ada sebahagian jalaraya berlubang, tidak dinaik taraf atau tidak ‘diusai’. Misalannya lagi ada aduan diterima di fasiliti kerajaan kemudahan-kemudahan tidak diperbaiki, tidak dipelihara, tandas-tandas kotor bukan sahaja di hospital malahan di fasiliti kerajaan, di masjid-masjid.

Ini salah satu daripada perasaan orang ramai yang patut diberi penghormatan. Bukanlah dianggap projek-projek yang besar itu tidak diteruskan tetapi kita memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, dan sepatutnya kita tidak haruslah jangan overlooked tentang isu-isu seperti ini. Mungkin barangkali isu-isu haruslah kita kenal pasti adakah sebab kekurangan kekurangan pengawasan ataupun tidak ada komitmen daripada mereka yang bertanggungjawab dan kemungkinan juga barangkali kita memberikan kontraktor yang tidak mempunyai satu accredation ataupun certification yang membolehkan mereka membersihkan suatu tempat itu dengan lebih baik dan sempurna terutama sekali di hospital menghendaki kebersihan dan menjaga keselamatan pesakit-pesakit yang harus kita ambil perhatian.

Misalannya juga ada kadang-kadang aduan diterima, susah untuk masuk ke wad pesakit kerana tidak cukup katil. Ini diperhatikan dan diterima dari feedback orang ramai dalam perkara ini. Terima kasih akhir sekali, kaola minta keizinan dan memohon maaf untuk sama-sama kita merenung akan firman ‫هللا سبحانه وتعالى‬ dalam surah Ar -Rad Ayat 11 yang antara lain berbunyi. ‫ّٰللا ََل يغَيِر َما بِق َْو ٍم َحتّٰى يغَيِر ْوا َما بِا َ ْنف ِس ِه ْم‬ َ ّٰ ‫ان‬ ‘’Sesunggunhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”

Adalah diharapkan agar kita semua sebagai rakyat dan penduduk di negara ini akan mengambil pengajaran atas firman ‫ هللا سبحانه وتعالى‬tersebut untuk kita sama serapkan di sanubari kita masing-masing dan menghayati sepenuhnya supaya bersama-sama berganding bahu dan bersungguh-sungguh untuk memberikan sumbangan dan membuka minda serta attitude yang lebih positif seperti yang dimaksudkan dalam firman ‫ هللا سبحانه وتعالى‬tersebut dan ‫ ان شاء هللا‬akan kita sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035.

Sekian, ِ ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ ُ‫هللا وبركاتُه‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat sekarang saya persilakan pula Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

‫بسم للا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة للا وبركات ُه‬

dan salam sajehtera.

Kaola mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II atas pembentangan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024.

Kaola menyambut baik usaha-usaha yang telah diambil oleh Kemeterian Kewangan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang positif bagi tahun 2023/2024 di sebalik krisis ekonomi global penurunan harga dan pengeluaran minyak dan gas, bencana COVID-19, kadar inflasi yang tinggi dan geopolitik yang tidak stabil.

Negara Brunei Darussalam masih diunjurkan akan beroleh pertumbuhan ekonomi yang positif. Adalah diharapkan unjuran ini akan menjadi realiti, lebih-lebih lagi dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi positif. Kita melibatkan semua stakeholders termasuk pihak swasta khususnya pengusaha tempatan, GLC’s dan pelabur asing melalui foreign direct investment, FDI.

Seperti yang dikongsikan kelmarin oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II beberapa pelabur asing telah pun menandatangani perjanjian untuk melabur di negara ini. Sementara beberapa syarikat antarabangsa yang lain juga telah menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di negara kita.

Dipercayai FDI bukan saja akan dapat menyumbang kepada pendapatan negara, tetapi akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan yang setiap tahun keluar dari sekolah dan institusi pendidikan mencari pekerjaan. Dalam hal ini, kita mesti sudah mengenal pasti bidang-bidang pekerjaan dan kepakaran yang wujud dan menyediakan mereka untuk mengisi pekerjaan itu nanti. Menyentuh mengenai peruntukan yang diagihkan kepada kementerian-kementerian seperti Kementerian Pendidikan, ia wajar diberi tambahan bukan saja dalam menyediakan program-program baharu untuk meningkatkan skil pelajaran dan lepasan sekolah, tetapi juga dalam meningkatkan kualiti bangunan-bangunan sekolah dan pengajian tinggi dan menambah keramaian guru sekolah selaku tenaga pengajar.

Peruntukan yang diberikan kepada CFBT misalannya yang sudah berada di Negara Brunei Darussalam sejak 1995, sejumlah $48 juta. Diharap akan dapat membuat impak yang besar dalam tahap pencapaian pelajar-pelajar di negara kita. Ini untuk memastikan pendidikan di negara ini berkualiti tinggi dan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkalibar tinggi menarajui masa depan negara. Tetapi dalam kita mengharapkan guru-guru untuk meningkatkan kecekapan serta kemahiran dan membuat penyesuaian berterusan terhadap perubahan persekitaran, perkhidmatan dan kebajikan mereka juga perlu diberi perhatian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola juga gembira bahawa dalam peruntukan yang dibentangkan, Kementerian Kesihatan juga menerima align share dan kaola juga berharap dengan adanya peruntukan ini akan dapat mempertingkatkan mutu penjagaan kesihatan dan rawatan di negara ini. Ini tergantung pada kakitangan kesihatan yang cukup dari pakar-pakar, doktor, health life professional hingga ke jururawat. Buat masa ini untuk mendapatkan perkhidmatan seorang pakar memakan masa yang lama, mungkin disebabkan kekurangan pakar atau disebabkan isu-isu penjadualan dan sebagainya.

Kaola berharap bukan sahaja bilangan mereka cukup melalui penetapan jawatan-jawatan mereka mengadakan jawatan-jawatan yang perlu dan mengisi kekosongan-kekosongan yang ada tetapi juga cukup dari segi latihan dan kepakaran yang diberikan. Dalam perkara ini jika kita terdapat alat-alat yang canggih, alat-alat perubatan dan rawatan yang canggih dan mahal pun kita masih memerlukan kakitangan hospital yang cekap dan terlatih untuk menggunakannya. Maka kesejahteraan kebajikan mereka sebagai frontliners dalam memberi perkhidmatan perubatan hendaklah kita tidak terlepas perhatian.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Untuk mengakhiri sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024 yang cukup komprehensif dan atas perkara-perkara yang disentuh dalam pembentangannya yang mengambil kira semua aspek dalam kita menuju Wawasan Brunei 2035. Kaola menyokong sepenuhnya bagi Belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024 diluluskan. Kaola yakin di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan atas sokongan semua rakyat kita dapat merealisasikan Wawasan Brunei 2035 bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. ‫ آمِ ي ْن‬. Sekian ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬. ‫سالَ ُم‬. ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas peluang diberikan kepada kaola untuk membahaskan belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera. Lebih dahulu izinkan kaola mengucapkan tahniah dan syabas yang setinggi-tingginya kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan kertas belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024 yang disampaikan dengan begitu komprehensif, jelas, penuh berbutir dengan fakta-fakta yang sahih dan very informative meliputi tumpuan-tumpuan strategik yang begitu memberangsangkan.

‫ َ ْلح ْمدُ ِللهه‬kaola berpendapat apa yang dibentangkan terutamanya mengenai tema belanjawan: ‘Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’ ataupun ‘Building A Prosperous Future Together’ dengan 3 tumpuan utamanya oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II semalam adalah munasabah dan wajar. Kaola rasa belanjawan ini dengan tumpuan-tumpuannya perlulah kita sokong sepenuhnya kerana ia akan mengukuhkan lagi kedayatahanan sosioekonomi negara. Di samping itu ia juga memuatkan beberapa strategi-strategi utama bagi menangani isu-isu semasa seperti isu pengangguran dan media sosial rakyat, langkah pembasmian kemiskinan kos sara hidup dan yang paling utama ia menjurus fokus kita kepada mencapai Wawasan Brunei 2035. Ini penting terutamanya dalam situasi ekonomi global yang masih mencabar dan tidak menentu pada ketika ini terutamanya mengenai ketidakpastian harga minyak dan gas yang negara ini juga tidak terkecuali merasakannya. Kaola juga bersyukur dalam keadaan negara berhadapan dengan penularan COVID-19 yang ‫ هللا سبحانه وتعالى‬juga telah mengurniakan rahim kasihan dan rahmat-Nya yang berterusan pada negara ini dengan harga minyak dunia pada tahap yang amat menggalakkan pada dua tahun kebelakangan ini.

Begitu juga usaha negara membawa masuk projek-projek berskala besar dalam sektor hiliran yang telah memulakan operasinya juga memainkan peranan untuk memacu pertumbuhan negara dalam sektor bukan minyak dan gas seperti dalam sektor-sektor sumber utama, perdagangan dan perkhidmatan yang kebanyakan diusahakan oleh Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬impak ini telah kita sama-sama rasai apabila IMF AMRO dan ADB telah mengunjurkan negara akan mencatatkan pertumbuhan positif antara 3% ke 3.6% pada tahun 2023 ini walaupun prospek ekonomi global diramal agak perlahan pada tahun-tahun tersebut. Kaola juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana telah mencatatkan kelebihan pendapatan yakni surplus pada Tahun Kewangan 2022/2023 walaupun jumlahnya dikira minimal.

Kaola rasa semua ini dengan izin Allah dan berkat kepimpinan berwawasan dan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. Kaola percaya dengan pengurusan kewangan yang berhemah, plan maintenance yang teratur dan industri dalam industri minyak dan gas serta usaha mengutip hasil secara tegas mudah-mudahan unjuran defisit sebanyak kira-kira $2.97 bilion ini akan dapat dikurangkan, ‫ان شاء هللا‬.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola sendiri menyambut baik keutamaan-keutamaan yang telah dibentangkan. Ia meliputi aspek-aspek penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi, menambah baik ekosistem perniagaan dan memperkukuhkan daya saing negara bagi menarik lebih banyak lagi pelaburan bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti baharu. Ini bukan sahaja akan dapat mengurangkan kos import barangan negara ini malahan akan dapat menjadikan kos mengeksport produk negara ini lebih berdaya saing.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, kaola bersyukur bahawa negara juga telah dapat menarik FDI yang baharu seperti yang dibentangkan semalam. Salah satunya yang menarik perhatian kaola ialah kolaborasi antara MPC Ventline Agencies dan Regional Container Line Private Limited yang akan membolehkan Pelabuhan Muara berkembang sebagai destinasi transhipment. Ini sudah setentunya akan mengurangkan harga pasaran barangan di negara ini.

Semoga usaha ini akan dapat menjadi kos logistik negara ini lebih kompetitif. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dipantau secara terperinci supaya objektif ini akan tercapai dengan jayanya. Begitu juga dengan projek pengendalian Brunei Bay Southern Anchorage dan fasa kedua Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad seperti yang dinyatakan.

Kaola berharap supaya projek-projek ini akan dipantau perkembangannya secara berterusan agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan sempurna, telus dan rapi.

Untuk dicadangkan supaya undang-undang dasar dan peraturan khusus perlu digubal supaya spin off dari FDI ini akan dapat memberikan faedah dan kemanafaatan kepada PMKS tempatan di negara ini dan menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Latihan-latihan kemahiran anak-anak tempatan yang akan ikut serta dalam menyambut keberhasilan projek-projek ini perlu dilaksanakan dari sekarang sebagai langkah proaktif negara dalam memenuhi keperluan industri-industri ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita menyedari dalam usaha kerajaan untuk menjadikan environment business negara ini lebih kondusif bukan sahaja untuk bisnes bermula malahan yang telah berkembang untuk lebih maju ia akan memerlukan tenaga kerja yang mempunyai dedikasi yang tinggi, komited dan produktif.

Kaola memahami bahawa kerajaan memang telah giat berusaha untuk memperbaiki proses-proses permohonan melalui pengenalan transformasi digital misalannya Smart Nation, e-Commerce, e-Economy, sistem IT yang lebih komprehensif dan canggih, namun untuk sistem ini bergerak selari dengan permintaan dan up-to-date, ianya perlu mempunyai change management yang berterusan supaya sistem ini akan berjalan lancar dan licin.

Pada pendapat kaola, sistem delivery dan pemantauan yang telus dan konsisten adalah sangat penting untuk menjadikan business environment untuk lebih mesra bisnes. Ianya juga akan menyukat sama ada hasrat atau aspirasi yang digubal, policy direction yang dilaksanakan dan sasaran-sasaran yang dihajati yang dibentangkan dalam Economic Blueprint telah tercapai dan dirasai impaknya terutamanya oleh shareholder on the ground. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Satu lagi perkara yang kaola sentuh ialah berkaitan dengan kemajuan belia dalam ِ ِ ‫ ْال َح ْمد‬beberapa perniagaan di negara ini. ‫لِل‬ Ahli Yang Berhormat yang bercakap terdahulu dari kaola telah pun menyentuh mengenai perkara ini, jadi kaola secara ringkas sahaja akan menyentuh dan menambah nilai mengenai dengan perkara ini. ِ‫ ْال َح ْمد ِلِل‬setakat ini belia-belia kita di negara ini banyak yang sudah forward- looking, visionary dan siap siaga untuk memajukan diri. Mereka ini telah berani meneroka bidang-bidang baharu misalnya bidang perekonomian, digital, inovasi sosial, agribisnes dan industri kreatif, perisian ataupun software dan sebagainya. Sebagai contoh, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang ditubuhkan oleh belia-belia ini kita perhatikan mereka ini telah lebih tech- savvy dan tahu dan biasa menggunakan platform seperti Instagram, Facebook, Whatsapp untuk pemasaran produk- produk dan logistik mereka.

Kadangkala mereka ini mempunyai website tersendiri atau apps untuk memasarkan produk-produk mereka kepada pelanggan, cuma kaola difahamkan mereka ini hanya perlu dibimbing untuk mendapatkan akses kepada kewangan dan upgrading kemahiran mereka dari segi teknologi, pengurusan kewangan dan pemasaran untuk lebih berdaya tahan dan berdaya saing.

ِ‫ ْال َح ْمد ِلِل‬dari segi inisiatif, kita tidaklah ketandusan institusi yang menangani isu belia berniaga ini. Kaola perhatikan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi misalnya seperti UBD, UNISSA dan lain- lain termasuk NGOs, GLCs, Livewire, institusi-institusi kewangan juga mempunyai program-program tersendiri untuk memupuk minat dan mengangkat belia untuk menceburi dalam bidang perdagangan ini.

Di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), misalnya sudah ada Jawatankuasa Pandu Keusahawanan Belia yang melaksanakan Program Lepasan Pelatih Pusat Pembangunan Belia berkecimpung dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Kita juga ada Program iUsahawan, Program Keusahawan Runcit, Pusat Keusahawan dan Inovatif, UBD juga membantu pelajar untuk menubuhkan start-up baharu yang dilaksanakan oleh pelajar dan lepasan graduan setiap tahun.

Begitu juga dengan UNISSA, kaola megucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Cuma kita kurang pasti megenai dengan sistem pemantauan dan tracking yang ada, sama ada mereka ini meneruskan atau sebaliknya.

Izinkan kaola mengajukan beberapa pertanyaan bagi pencerahan sahaja.

  1. Secara keseluruhannya, berapakah jumlah belia yang telah menceburi diri di dalam bidang keusahawanan setakat ini? Apakah kita mempunyai data-data yang terkini mengenai kategori bisnes yang mereka ceburi? ;

  2. Apakah lagi bantuan yang kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah hulurkan untuk mengangkat lagi belia-belia yang ingin berdikari bukan sahaja dari segi perniagaan malahan juga pembabitan mereka dalam kerja-kerja amal dan juga meneroka bidang-bidang yang baharu yang boleh dimajukan oleh belia-belia ini misalnya dalam Big Data, Cloud Computing, Green Energy, Teknologi Mesra Alam.;

  3. Apakah usahasama ataupun kolaborasi institusi-institusi ini dengan Bank Usahawan misalnya untuk menyediakan permodalan kepada belia-belia yang menceburi diri dalam perniagaan ini dan juga latihan-latihan untuk menambah kemahiran mereka. Untuk itu, kaola ingin mengetahui berapakah bilangan pengusaha-pengusaha tempatan terutamanya bumiputera yang telah berjaya diluluskan pinjaman mereka dan apakah perkhidmatan bantuan yang telah dilaksanakan oleh bank ini dari segi meningkatkan kemahiran teknologi, teknikal, pengurusan, pemasaran dan kewangan peminjam yang terdiri dari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Kaola ingin mencadangkan sebagaimana juga Yang Berhormat Pengiran Haji Isa tadi supaya diadakan satu badan yang boleh menyatukan (intergrate) dan mengkoordinasi semua usaha kerajaan, GLC’s, NGO’s, institusi kewangan yang berkaitan dan penglibatan dan kemajuan belia dalam perniagaan dan juga PMKS ini supaya ianya lebih fokus, teratur dan dapat diakses oleh semua pihak yang berminat untuk membantu dan mengembangkan perniagaan belia dan PMKS ini.

Jika kita telah berjaya mencipta Sistem Kebajikan Negara bagi mendapatkan data-data golongan yang memohon bantuan, mengapa kita tidak boleh mencipta satu aplikasi atau platform yang sama yang boleh membuatkan semua data-data belia berniaga, start-up dan PMKS untuk memudahkan koordinasi semua agensi ini termasuk tracking dan bantuan kemahiran yang diperlukan supaya ianya dapat disalurkan dengan efektif dan efisien.

Kaola berharap agar perkara ini dapat dikaji semula secara mendalam supaya penglibatan belia-belia ini dalam perniagaan dan PMKS ini akan dapat diperluaskan dan dimanfaatkan sepenuhnya dan akan menjadi platform yang unggul untuk membantu menaikkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi bertahap serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Yang terakhir yang akan kaola sentuh ialah sebagaimana yang kita maklumi untuk menggerakkan ekonomi negara, antara komponen penting ialah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Domestic Consumption. Pelaburan dan perbelanjaan dari kedua-dua komponen ini amat penting untuk menggerakkan ekonomi dan menjana multiplier effect kepada ekonomi negara.

Sebagaimana kita maklum, kadar pertumbuhan ekonomi negara di tahun-tahun kebelakangan adalah rendah. Walau bagaimanapun, sektor perbankan di negara ini masih mampu mencatatkan tahap keuntungan dan kecairan yang amat sihat.

Oleh itu, kaola mencadangkan bagi pihak pengawal selia dan players dalam sektor perbankan untuk meneliti bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman keuntungan kewangan kepada kedua-dua sektor tersebut untuk merangsang lagi aktiviti-aktiviti ekonomi di negara ini.

Sekian, terima kasih.

‫علَيْك ْم َو َرحْ َمة هللاِ َوبَ َركَاته‬ َ ‫ َو السالَم‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun memberikan kesempatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk berhujah memberikan kenyataan masing-masing berhubung dengan Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Saya kira cukuplah sekian perkara ini kita bincangkan. Walau bagaimanapun, dalam satu waktu yang bersesuaian apabila kita berpindah meneliti jadual-jadual Rang Undang-Undang ini satu persatu, barangkali Menteri Kewangan dan Ekonomi II ataupun Menteri-Menteri lain yang terlibat akan dapat menjawap beberapa soalan dan perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai merupakan kewahaman mereka masing-masing. Jadi kita teruskan dengan rancangan kita dahulu. Saya kira sudah cukup masanya untuk kita mengundi sama ada Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan 2023/2024 ini, kita luluskan atau sebaliknya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya sekarang ingin bertanya sama ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Rang Undang-Undang yang berkenaan ini diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semuanya bersetuju.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Suatu Akta untuk membekalkan sejumlah wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2023/2024 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun mendengar perbahasan yang mana ada kalanya begitu rancak mengenai dengan Rang Undang-Undang yang berkenaan. Saya suka sekarang untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita berhenti rehat pada sebelah tengahari. ‫ ان شاء للا‬kita akan bersidang semula sebagaimana biasa pada petang ini mulai pada pukul 2.30 petang. Sekian, ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.