HARI KE-7 PAGI
11HB MAC 2023M-PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulis
بسم هللا الرحمن الرحيم Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang ketujuh, hari ini Sabtu, 18hb. Syaaban 1444H bersamaan 11hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّالرحْ َٰم ِن َّّٰللا ِِبس ِْم ه أ ْلح ْمدُ ِ هلِل kita bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالى kerana dengan rahmat dan limpah keizinan-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang ketujuh dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan besar Nabi kita سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang 2023 Perbekalan 2023/2024 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka pada membolehkan kita meneliti dan membahaskan tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara kita ini dan kita akan bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
الرحْ يم َّ َٰ الرحْ م ِن َّ ّٰللا ِه ِبس ِْمAhli-Ahli Yang Berhormat, Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang mana undang-undang ini dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Lebih dahulu saya memohon maaf kerana suara saya kurang merdu pada pagi ini.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلMesyuarat yang telah kita laksanakan telah selesai meluluskan beberapa Tajuk dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Sebelum saya memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri yang akan membuat mukadimah belanjawan kementerian seterusnya, saya ingin memberikan kesempatan kepada menteri-menteri yang berkenaan yang masih ingin menjawab beberapa soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat pada hari Khamis yang lalu. Nampaknya tidak ada
Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa ini berpindah untuk membincangkan dan meneliti Tajuk-Tajuk kementerian selanjutnya
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa akan meneliti sekarang Tajuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
Sebelum Tajuk kementerian ini dibuka untuk dibahaskan, saya ingin memberi laluan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II untuk memberikan mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan bagi kementerian yang berkenaan ini bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Saya persilakan Yang Berhormat
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاته الرحْ َٰم ِن ّٰللا س ِْم ه Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana telah memberi peluang pagi ini bagi kaola menyampaikan mukadimah bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di Dewan yang mulia ini.
Kaola ingin juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas lantikan semula sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan juga mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang baharu dilantik.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia titah baginda semasa Majlis Pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola/saya pada kesempatan ini ingin juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyokong peruntukan sejumlah $123,159,670 bagi Tahun Kewangan 2023/2024 untuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri seperti berikut:-
Sejumlah $44,327,430 atau 36% daripada jumlah peruntukan adalah untuk Gaji Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di dalam dan di luar negeri; dan
Seterusnya sebanyak $68,492,160 atau 55.6% dari jumlah peruntukan adalah untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang, manakala sejumlah 8.4% atau $10,340,080 adalah diperuntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah merupakan agensi kerajaan di barisan hadapan dalam konteks berinteraksi dengan negara-negara lain ke arah menjamin kedaulatan mahupun cara hidup kita. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah merupakan agensi kerajaan di barisan hadapan dalam konteks berinteraksi dengan negara-negara lain ke arah menjamin kedaulatan mahupun cara hidup kita.
Ke arah ini dengan izin هللا سبحانه وتعالى jua kementerian akan terus berusaha dalam memastikan kedaulatan negara dan adat tradisi serta falsafah kebruneian kita iaitu Melayu Islam Beraja terus terjamin dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
Oleh yang demikian, peruntukan yang dipohonkan akan memberi keupayaan kepada kementerian ini untuk melaksanakan tugas-tugasnya dalam menegakkan dasar luar Negara Brunei Darussalam dan juga sebagai pemudah dan penghubung dari segi diplomatik dan persahabatan bersama negara-negara lain serta juga pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Berhormat. Keadaan dunia yang kita semua hadapi sekarang masih terus tidak menentu walaupun wabak COVID-19 sudah mulai reda dan menghilang dari ingatan masyarakat antarabangsa.
Walaupun kita masih berhadapan dengan penghujung pandemik COVID-19, suasana politik dan keselamatan antarabangsa terus menjadi hangat tanpa redanya. Keadaan ini membimbangkan dan boleh memberi impaknya terhadap kestabilan ekonomi dan keamanan serantau dan antarabangsa.
Ini termasuklah ketegangan hubungan di antara kuasa-kuasa besar yang membabitkan prinsip-prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mencabar sistem yang berasaskan peraturan antarabangsa iaitu international rules based system. Paling ketara pada masa ini ialah ketegangan di antara Ukraine dan Rusia yang mana bukan sahaja membawa kesan negatif terhadap ekonomi serantau bahkan juga merata dunia dan mengakibatkan peningkatan harga barangan keperluan seperti makanan dan tenaga.
Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara kecil dan membangun akan terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip berbaik dengan negara-negara lain, saling hormat menghormati dan mematuhi kesaksamaan semua negara serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara-negara lain bagi bersama-sama memelihara kedaulatan dan keutuhan negara.
Negara Brunei Darussalam juga akan terus bekerjasama rapat dengan negara-negara lain di arena serantau dan antarabangsa dalam menyokong sistem yang berasaskan peraturan dalam memajukan kepentingan-kepentingan bersama.
Setakat ini kita telah menjalin hubungan diplomatik bersama dengan 172 buah negara. Oleh yang demikian, kementerian ini akan terus memupuk hubungan baik dan mengeratkan lagi kerjasama termasuk menerusi rakan-rakan strategik untuk memastikan kepentingan negara akan sentiasa terjaga dan dihormati.
Dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan negara lain, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri pada tahun lepas telah mengadakan sesi dialog strategik (mechanisme consultative) bersama di peringkat Menteri mahu pun pegawai kanan dengan negara-negara seperti Malaysia, Laos, Vietnam, Jepun, Australia, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Iran dan India.
Usaha ini diteruskan lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Pendekatan ini telah dan akan membolehkan pihak kementerian untuk merancang dan mewujudkan kerjasama yang lebih teratur termasuk dalam bidang-bidang seperti ekonomi dan perdagangan, pendidikan, pertahanan dan sebagainya.
Kerjasama dua hala yang baik juga telah membantu membangunkan kapasiti pegawai-pegawai kerajaan melalui pertukaran-pertukaran lawatan, pertukaran pengetahuan dan kepakaran-kepakaran serta bekerjasama dalam bidang berkepentingan.
Tambahan lagi, Negara Brunei Darussalam melalui kementerian ini juga menawarkan sejumlah 20 biasiswa kepada penuntut-penuntut negara asing untuk belajar di institusi-institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Usaha ini dapat mengukuhkan pendirian negara secara dua hala mahupun di arena serantau dan antarabangsa sebagai sebuah negara yang prihatin dan ingin berbaik-baik dalam menjalin hubungan bersama dengan negara-negara lain.
Di samping mengeratkan hubungan dua hala kedua negara, biasiswa ini akan dapat mengeratkan silaturrahim di peringkat penuntut-penuntut. Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada institusi-institusi pengajian tinggi kita ke peringkat dunia dan menaikkan tarafnya sebagai institusi yang berprestasi tinggi.
Selain daripada memberi tumpuan kedua hala, Negara Brunei Darussalam juga mendapat manfaat dengan keahliannya dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa. Di antaranya seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Komanwel.
Penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN bersama ahli lainnya semenjak kita mencapai kemerdekaan penuh telah membolehkan negara ini memainkan peranan yang lebih besar dari jika kita bersendirian sahaja dalam isu-isu serantau dan antarabangsa seperti perdagangan, geopolitik, perubahan iklim atau pun dalam menangani penyakit pandemik seperti mana yang kita alami hampir tiga tahun yang lalu.
Oleh yang demikian, kita akan terus memberikan sokongan dan komitmen kepada proses serantau mahupun pelbagai bidang hala bagi meraih manfaat daripada penglibatan negara di pertubuhan-pertubuhan berkenaan.
Dalam perkara ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri meletakkan kepentingan dalam mewujudkan hubungan dua hala dan pelbagai hala yang berdaya tahan, dinamik dan berkesan dalam menjalin strategi dan pendekatan dasar luar negara kita, dapat dijalankan dengan baik.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga terus memainkan peranan penting dalam usaha negara untuk merealisasikan Wawasan 2035. Ini dilaksanakan melalui pendekatan Whole of Government Approach dalam mendorong kepentingan agenda domestik dengan negara-negara luar.
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri secara langsung akan terus berusaha membantu dalam pembangunan dan kemajuan negara. Oleh itu, 43 buah pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di bawah kementerian ini akan terus sentiasa memberikan keutamaan dalam kerjasamanya dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi di negara ini.
Pejabat-pejabat perwakilan ini merupakan barisan hadapan bagi menjaga kepentingan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari sudut luar negara.
Pejabat-pejabat perwakilan ini dapat mengetengahkan pendirian dan kepentingan negara termasuklah dalam usaha kita untuk mempelbagaikan ekonomi, menarik pelaburan, mendapatkan kepakaran dan keperluan ubatan, mengukuhkan keselamatan, meluaskan pendidikan, meningkatkan pembangunan kapasiti serta mengenal pasti bidang-bidang baru yang dapat diterokai bersama negara-negara sahabat tersebut.
Bagi membolehkan perwakilan kita di luar negari berfungsi dengan baik dan optima dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan, kementerian perlu mempunyai sumber-sumber yang mencukupi.
Dengan adanya 560 orang pegawai dan kakitangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam bukanlah sebuah institusi yang besar, namun ia perlu memikul tanggungjawab yang setandingnya.
Selain itu, kesejahteraan dan keselamatan serta keselesaan pegawai diplomat kita dan kakitangan ambilan tempatan yang bekerja di pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri perlu juga diberikan perhatian berdasarkan peraturan-peraturan negara ini dan juga undang-undang setempat di negara berkenaan.
Aset-aset perwakilan seperti bangunan-bangunan pejabat, kenderaan-kenderaan juga memerlukan pemeliharaan dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama keupayaan kemampuan pegawai-pegawai kementerian ini akan terus diperingkatkan demi menjamin profesionalisme dan kepakaran substantif pegawai-pegawai berkenaan secara komprehensif.
Ke arah ini, kaola mengharapkan sokongan berterusan Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Selain dari mengukuhkan hubungan bersama dengan negara-negara berkenaan, pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam juga berperanan sebagai titik penghubung (point of contact) bagi bantuan-bantuan konsular untuk rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negeri.
Ini termasuk memberi bantuan semasa kecemasan besar, dari bencana alam, konflik bersenjata, ketidakstabilan politik dan pandemik sehingga kepada mengeluarkan sijil perjalanan bagi yang kehilangan passport.Dalam apa juga jenis kecemasan ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus komited untuk sentiasa menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk negara ini supaya ianya terjamin.
Oleh yang demikian bagi membolehkan pihak perwakilan memberi bantuan secara pantas, adalah digalakkan bagi orang ramai yang ingin ke luar negeri untuk mendaftarkan diri dalam sistem e-register yang terdapat di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Akhirnya dalam menyambut baik tema belanjawan negara bagi Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu ‘Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan terus berusaha untuk sentiasa meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan negara-negara lain, malah komited dalam usaha ke arah menjamin kepentingan-kepentingan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus dihormati.
Menerusi pendekatan Whole of Government Approach, kaola yakin kementerian-kementerian serta agensi-agensi berkenaan akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri serta pejabat-pejabat perwakilan di luar negara dalam menghormati komitmen-komitmen serantau dan antarabangsa negara ini serta memelihara dan memajukan kepentingan negara kita.
Kaola percaya usaha ini akan meningkatkan lagi kedayatahanan Negara Brunei Darussalam bagi meraih pembangunan ekonomi yang mampan serta terus menikmati keamanan dan kestabilan untuk generasi yang akan datang. Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan dalam mukadimah bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Terima Kasih. علَ ْي ُك ْم َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية َُُو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima Kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya kira kenyataan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II itu sudah cukup jelas di dalam menentukan Penyediaan Belanjawan Kementeriannya Bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Bersama saya di sini ada terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut membahaskan tajuk-tajuk ini.
Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Memulakan bicara, kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II yang penuh berinformasi untuk rujukan abis kaola dan Ahli-Ahli yang Berhormat.
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan SC01A, fungsi dan peranan ke arah memastikan hal ehwal kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negara sentiasa dipantau dan dipeduli terutama sekali jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan bantuan sewajarnya.
Ini tidak mengira sama ada mereka yang sedang bekerja, berkursus atau belajar dan melancong.
Kaola ingin tahu, apakah kaedah dan bentuk bantuan yang boleh disediakan oleh pihak-pihak kedutaan dan perwakilan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat Negara Brunei di luar negara yang mengalami kesusahan dan kecemasan, seperti kecurian harta benda dan wang, terlibat dalam kemalangan jalan raya dan bencana alam.
Di samping itu juga, di dalam misi-misi bantuan di peringkat antarabangsa yang dikendalikan oleh pihak-pihak NGO yang melibatkan penyertaan sukarelawan Negara Brunei Darussalam terutama sekali di kalangan belia bagi melaksanakan misi-misi bantuan atau menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan seumpamanya.
Sehubungan dengan ini, apakah langkah-langkah pihak kerajaan di dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka sentiasa di ambil perhatian, sekian, terima Kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima Kasih Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan atas soalan yang diajukan. Beberapa pertanyaan telah dikemukakan mengenai fungsi dan peranan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri khususnya dari segi membantu kesejahteraan orang Brunei di luar negara, dan jenis bantuan yang dihulurkan kepada orang Brunei khususnya yang mengalami kesusahan seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya, dan bantuan kepada NGO’s Brunei di luar negeri bagi memastikan kesejahteraan mereka.
Yang Berhormat Pengerusi. Bagi menjelaskan, fungsi dan peranan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dalam membantu kesejahteraan orang Brunei di luar negara adalah amat ketara sekali dalam mana pihak perwakilan-perwakilan yang ada di negara tersebut ataupun perwakilan-perwakilan yang terdekat dengan negara tersebut sekiranya di negara terjadinya kecemasan tersebut tidak ada perwakilan Negara Brunei Darussalam akan menangani kepada orang-orang Brunei yang dalam kesusahan tersebut.
Di sini kaola ingin menarik perhatian kepada mukadimah kaola, yang mana pentingnya bagi setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, jika hendak ke luar negeri untuk mendaftar di laman Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, apa yang dipanggil e-register.
Pendekatan ini adalah bagi persediaan dan memudahkan sekiranya ada terdapat kecemasan-kecemasan yang dialami oleh seseorang individu tersebut semasa berada di luar negeri.
Sistem tersebut telah disediakan untuk memberi makluman kepada pihak perwakilan yang terdekat sekiranya negara yang di tuju itu tiada mempunyai perwakilan.
Jadinya mission atau perwakilan yang terdekat kepada negara tersebut sudah bersedia untuk mengambil tindakan-tindakan tertentu.
Dari segi bantuan ataupun kaedah yang dihulurkan bagi individu yang mengalami kesusahan, tertakluklah kepada situasi yang di hadapi.
Sekiranya isu mengenai bantuan kewangan ataupun bantuan perubatan, perkara ini seperti lazimnya pihak kementerian memanglah tidak dapat menghulurkan kewangan secara terus menerus.
Walau bagaimanapun di atas perundingan, kementerian boleh memberi bantuan sebagai in advance tertakluk kepada perundingan ataupun jaminan yang dapat diberikan oleh keluarga ataupun saudara-mara pihak yang berkenaan.
Itulah sebabnya barangkali ada pihak-pihak travel agent mengadakan insurans-insurans sebelum bertolak ke luar negeri.
Satu lagi mengenai dengan sukarelawan misi bantuan yang sering kali kita dengar ke luar negeri dan menolong di kawasan-kawasan kecemasan, pihak kementerian ataupun perwakilan-perwakilan yang berkenaan akan sentiasa memantau keadaan di mana mereka berada. Dan di sini kaola ingin menekankan perlunya pihak-pihak yang berkenaan untuk mendaftar dengan pihak kementerian dan memberi nombor telefon supaya senang dihubungi sekiranya ada terjadinya bencana-bencana ataupun kecemasan di kawasan mereka bertugas itu, terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Kaola merakamkan ucapan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II yang penuh sarat dengan informasi, harapan dan perancangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri khususnya di dalam mengurus dan melaksanakan belanjawan negara.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola melihat produk-produk keluaran tempatan mampu pergi jauh di persada antarabangsa melalui jalinan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di negara serantau dan antarabangsa.
Produk-produk buatan tempatan yang mempunyai nilai dan kualiti hasil yang tinggi boleh diguna pakai oleh pejabat kedutaan untuk urusan-urusan rasmi kerajaan seperti cenderamata mesyuarat dan aktiviti sosial rasmi dan negara.
Perkara ini berkaitan rapat dengan pelan strategik kerajaan untuk mengembangmajukan produk-produk tempatan yang hala tujunya menjurus kepada kualiti tetapi mengutamakan kualiti dan penjenamaan yakni branding Negara Brunei Darussalam mempunyai produk-produk yang berkualiti dan halal.
Sebagai contoh, produk-produk 1K1P berkualiti, klasik dan premium di bawah program transformasi 1K1P yang dilancarkan pada 10hb. Disember 2021.
Usaha-usaha bagi mengangkat martabat produk keluaran Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach dengan mewujudkan satu slogan. National branding Brunei Darussalam adalah strategik yang perlu difikirkan.
Peranan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC’s) di luar negara juga penting bagi menyokong inisiatif support local product sepertimana negara-negara maju lain iaitu Australia menggunakan slogan ‘Australia Made in Honor.’
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, kaola ingin tahu apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk membantu memperkenal dan mempromosikan penggunaan local product di luar negara. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. Dari segi usaha kementerian dalam pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach ini memanglah apabila pegawai-pegawai ataupun saya sendiri bila keluar negeri akan sedaya upaya menggunakan sebagai cenderahati atau gift dari produk-produk tempatan seperti bakul-bakul anyaman, ukiran, frame gambar dan selainnya.
Memang juga di perwakilan-perwakilan luar negeri, terdapat juga satu tempat pameran yang mempamerkan produk-produk tempatan di kedutaan-kedutaan di luar negeri.
Di samping itu, sekiranya diadakan majlis kebesaran ataupun majlis ugama atau pun majlis kebangsaan seperti Hari Kebangsaan kita di luar negeri maka produk-produk tempatan yang sudah terpilih akan dipamerkan dan kadangkala dijual juga kepada yang berkeinginan.
Itu adalah dari segi usaha kementerian sendiri dalam mempromosikan produk-produk tempatan yang ada di Negara Brunei Darussalam ke luar negara.
Tetapi secara besar-besaran, ia perlulah memenuhi beberapa syarat yang lain khususnya yang seringkali pihak kementerian mendapati produk-produk tersebut perlulah memenuhi syarat seperti syarat sanitary phytosanitary ataupun syarat-syarat kualiti dan sebagainya. Tetapi ini mungkin bukanlah pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang dapat menanganinya dari segi menembusi pasaran di negara tersebut. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan pembeli-pembeli daripada luar, pihak kementerian memang sentiasa berusaha untuk mendapatkan pihak-pihak yang berkeinginan untuk membeli produk-produk Negara Brunei Darussalam secara besar-besaran. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi.
ِ هلِل ُأ ْلح ْمد terlebih dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri mengenai dengan SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang jelas dan padat terutama sekali di dalam usaha menggerakkan sistem pentadbiran kerajaan ke arah kesempurnaan. Kaola juga mengucapkan terima kasih di atas usaha dan bantuan pihak kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negara sentiasa dijaga pada musim penularan wabak COVID-19 yang telah lalu. Bagi memastikan usaha ini berterusan terutama sekali di dalam memedulikan hal ehwal kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara sama ada di kalangan penuntut dan pelajar mahasiswa, kakitangan kerajaan dan swasta adalah mustahak bagi pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam mengadakan aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis berbentuk keagamaan dan kebangsaan sekurang-kurangnya satu kali setahun dengan menjemput rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara.
Perkara ini adalah penting sebagai usaha bagi mengeratkan silaturrahim, kerjasama dan jati diri sense of belonging sesama mereka yang mungkin diantaranya tertekan disebabkan berjauhan dengan keluarga masing- masing dalam masa yang sama ke arah memantapkan kesetiaan mereka terhadap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar majlis-majlis berbentuk kebangsaan dapat dianjurkan dan diungkayahkan oleh jabatan-jabatan Negara Brunei Darussalam di luar negara.
Seterusnya, kaola ingin tahu setakat ini apakah ada direkodkan kes-kes human trafficking yang menjadi mangsa sebagai keldai dadah, penipuan halaman sosial atau siber dan sebagainya melibatkan warganegara Brunei Darussalam di luar negara.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Md. Sallleh bin Haji Othman di atas cadangan-cadangan yang diajukan pada awal tadi memanglah pihak perwakilan berusaha dengan keupayaan yang sedia ada untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti kebangsaan pada setiap tahun.
Termasuk juga aktiviti-aktiviti keugamaan tapi ini tertakluk kepada keupayaan dan peruntukan yang sangat terhad juga.Walau bagaimanapun, kaola mengambil maklum atas cadangan tersebut, yang kaola fikirkan memang perlu diteliti dengan lebih lanjut.
Seterusnya mengenai dengan rekod rakyat Brunei yang terlibat dalam human trafficking ataupun cyber scam, dadah dan sebagainya. Perkara ini memang dari masa ke semasa berlaku dan pihak perwakilan memang berusaha untuk menangani atau memberi bantuan dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan di dalam negeri dan juga pihak-pihak di negara berkenaan supaya isu tersebut dapat diatasi ataupun dihadapi dengan betul.Di sini kaola ingin memaklumkan juga mengenai dengan undang-undang dan peraturan negara ataupun dasar hal ehwal luar negara, di mana undang-undang dan peraturan di negara-negara di mana kita berada perlulah dihormati dan bukannya undang-undang dan negara tersebut diambil ringan.
So, the law of the land applies. Oleh yang demikian, pihak kementerian dan perwakilan cuma dapat membantu dari segi menjamin kesejahteraan dan menjamin bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh pihak-pihak keluarga ataupun pihak-pihak berkenaan terhadap yang terlibat dapat sampai dengan selamatnya.Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيمKaola ada dua soalan Yang Berhormat Pengerusi.
Pertama, sebagai usaha mengurangkan pengangguran di Negara Brunei Darussalam kaola mencadangkan adanya peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan untuk bekerja di Kedutaan Brunei yang ada di luar negara.
Bermakna localization of jobs overseas. Peluang-peluang pekerjaan ini hendaklah dibukakan kepada semua dan bukannya diketahui oleh segelintir rakyat sahaja. Sebagai permulaan, kaola mencadangkan untuk dilaksanakan di Kedutaan Brunei yang berada di negara-negara ASEAN.
Soalan koala yang kedua, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk menenangi imej negara disebabkan oleh anasir-anasir negatif di luar negara. Ini berkaitan dengan pengenalan undang-undang syariah di Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin atas dua soalan yang diajukannya.
Yang pertama mengenai dengan peluang pekerjaan bagi rakyat Brunei di pejabat-pejabat perwakilan di luar negeri. Pada masa ini, peluang-peluang tersebut adalah terbuka kepada semua pihak tertakluk kepada peraturan dan undang-undang setempat.
Ada sebilangan negara tidak membenarkan pengambilan, apa yang dinyatakan yang lazimnya locally engaged staff, untuk dipenuhi oleh pekerja yang dibawa dari negara asal, dalam perkara ini negara Brunei.
Kedua, isu mengenai jawatan-jawatan ini di negara-negara yang berkenaan memang sudah dibukakan. Pada masa ini, di antara perwakilan Negara Brunei Darussalam ada sejumlah 14 ke 15 rakyat Brunei yang sudah bekerja sebagai locally engaged staff.
Memanglah perkara ini yang mendorong mereka untuk membuat keputusan untuk bekerja di luar negeri bersama pejabat-pejabat perwakilan Brunei ialah salah satu di antaranya mungkin dari segi gaji ataupun dari segi keupayaan mereka. Jawatan-jawatan yang dibukakan untuk pengambilan tempatan ada kalanya memerlukan specific skill set, sekiranya seperti pemandu memerlukan supaya tahu jalan di negara tersebut ataupun di bandaraya tersebut.
Sebagai Public Relations Officer, memerlukan skill set boleh dan tahu networking di negara tersebut. Walau bagaimanapun, bukan semestinya orang kita tidak pandai, ada yang bekerja di perwakilan-perwakilan pada masa ini, mereka itu sudah lama tinggal di negara-negara berkenaan, sudah tahu selok belok di negara berkenaan.
Oleh yang demikian, memandangkan mereka ini juga orang Brunei, sudah lama bermastautin di negara tersebut, ianya memberi advantage bagi mengambil mereka. Walau bagaimanapun, abis kaola akan mengambil maklum dan meneliti lagi mengenai dengan peluang-peluang pekerjaan itu dibukakan ataupun diiklankan di Negara Brunei Darussalam menerusi perwakilan-perwakilan kita.
Dari segi menawarkan rakyat Brunei untuk bekerja di perwakilan-perwakilan negara ASEAN, ini adalah tertakluk kepada memenuhi syarat-syarat setempat dan juga syarat-syarat yang diperlukan oleh perwakilan-perwakilan tersebut.
Bagi soalan kedua mengenai dengan tindakan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menjaga imej negara apabila dihadapi dengan cabaran-cabaran tertentu, memanglah Negara Brunei Darussalam seperti negara-negara yang lain mempunyai adat resam dan budaya serta ugama negaranya tersendiri. Memang beberapa negara tidak mempersetujui dengan prinsip kita, tatacara hidup kita.
Walau bagaimanapun, sepertimana yang kaola nyatakan di awal tadi, hidup bermasyarakat antarabangsa dan berpegang teguh kepada peraturan-peraturan ataupun prinsip-prinsip antarabangsa khususnya prinsip di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu. Yang mana kita hidup saling hormat menghormati dan tidak ikut campur dalam hal ehwal negara lain.
Walau bagaimanapun, memanglah apabila menghadapi cabaran tersebut kita berpegang teguh kepada prinsip kita dan menerangkan bahawa Negara Brunei Darussalam memang salah satu ahli masyarakat yang berpegang teguh kepada dasar-dasar ataupun prinsip-prinsip human rights, yang kita sudah committed untuk melaksanakan, jadinya perbezaan pandangan akan sentiasa berlaku.
Walau bagaimanapun, dengan adanya prinsip di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu, prinsip-prinsip utama human rights yang kita pegang dan tandatangani, maka Negara Brunei Darussalam banyak difahami bukanlah sebuah negara yang seperti mana difikirkan oleh negara-negara yang telah mencabar prinsip kedaulatan Negara Brunei Darussalam.
Jadinya isu ini akan berterusan dan di sinilah perlunya kementerian dan pegawai-pegawainya mempertingkatkan keupayaan mereka dengan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain khususnya Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahii-Ahli Yang Berhormat.
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera. Salam dan selawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang jujur sehingga ke akhir zaman.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II atas mukadimah penjelasan berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian kementerian. Kaola ada beberapa isu memohon pencerahan dan satu acknowledgement.
Dengan peranan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sebagai wakil negara di luar negara, kedutaan menjadi tempat orang kita mencari perlindungan, keselesaan, melepas rindu especially bagi student dan orang kita yang bertugas di luar negara. Tempat berteduh dan mengadu semasa di luar negara lebih-lebih lagi ketika mengalami kesusahan atau musibah semasa di luar negara.
Memandangkan ada banyak sudah kemudahan untuk keluar negara untuk melancong dan membuat bisnes, banyak orang kita feeling adventurous dan keluar ke tempat-tempat yang baru dan juga mencari rezeki peluang pekerjaan atau membuat bisnes di negara-negara yang belum ada perwakilan di tempat-tempat yang mereka lawati, mohon pencerahan.
Oleh kerana soalan pertama koala sudah pun dijawab mengenai dengan anak orang kita yang dipenjara di luar negara tetapi hanya menambah dan menampung persoalan itu. Adakah kita mengetahui berapa ramaikah rakyat Brunei yang dipenjara di luar negara dan apakah monitoring yang kita berikan untuk memantau kesejahteraan mereka? Itu adalah soalan pertama.
Soalan kedua ialah di negara-negara yang belum ada perwakilan negara di buka seperti di Central America, Caribbean, Africa dan seumpamanya, apakah nasihat-nasihat yang dapat kementerian sarankan kepada ahli-ahli bisnes kita yang ingin meneroka perdagangan kerjasama atau individu-individu sebelum mereka berangkat ataupun apabila mereka menghadapi musibah (naudzubillah min dzalik) di tempat yang mereka berada?.
Apakah ada alternative arrangements yang telah dibuat untuk tempat mereka boleh memohon perlindungan selain menghantar SOS message dari jauh, balik ke Brunei. Memohon nasihat untuk dua perkara di atas.
Sebelum kaola/saya mengundur diri, izinkan kaola/saya menyampaikan ucapan terima ksaih kaola/saya secara peribadi dan mewakili agensi-agensi pasukan sukan yang kaola/saya wakili.
Tiap-tiap kali kaola/saya membawa pasukan negara ke tempat negara yang ada perwakilan, أ ْلح ْمدُ ِ هلِلkerjasama padu daripada duta dan wakil kedutaan memeduli hal-hal perwakilan sukan negara amat-amat memberangsangkan dan mungkin ada sebahagiannya beyond the call of duty. Personal touch dan kaola ucapkan terima kasih dan sampaikan salam kepada mereka and keep up the good work. Salam hormat kepada semua ahli kedutaan di luar negara.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Yang Berhormat Pehin Pengerusi, kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Salleh Bostaman di atas soalan-soalanya tadi dan juga soalannya akan kaola sampaikan kepada pihak kedutaan berkenaan.
Mengenai dengan jumlah rakyat ataupun penduduk Brunei yang berada dalam penjara di luar negara, kaola rasakan memang ada maklumat tersebut di Jabatan Konsular. Walau bagaimanapun, kaola sendiri tidak ada maklumat tersebut di tangan kaola pada masa ini dan sekiranya diperlukan, kaola boleh memberinya terus kepada Yang Berhormat Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin setelah sesi ini.
Memang di encourage ahli-ahli bisnes kita dan juga rakyat kita untuk keluar negara, whether ada mission atau perwakilan di negara tersebut ataupun tidak, itu barangkali adalah isu practicality sebagai sebuah negara yang kecil memanglah untuk mengadakan 193 mission Brunei, di setiap negara di dunia ini memanglah mungkin lebih dari above and beyond the means of kementerian ini dan juga sahabat saya dari Kementerian Kewangan untuk memberi peruntukan.
Walau bagaimanapun, di sinilah adanya satu sistem very interestingly dalam ASEAN yang telah diperkenalkan semasa Brunei mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013. Sistem ini dinamakan "3rd Country Consular Assistance" dalam mana sekiranya ada rakyat Brunei menghadapi kesukaran di negara-negara yang mana Negara Brunei Darussalam tiada mempunyai perwakilan tetapi salah satu daripada negara ASEAN mempunyai perwakilan maka bantuan dapat dipohonkan menerusi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei untuk memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang ada di negara tersebut untuk memberi bantuan konsular, jadinya sistem ini memang ada dan ini menunjukkan kepentingan ASEAN kepada keahlian kita dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam mana kerjasama-kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan.
Walaupun negara seperti Chile, di mana perwakilan Brunei yang ada paling dekat mungkin New York tetapi boleh kita memohon perwakilan salah sebuah negara ASEAN yang lainnya seperti Malaysia untuk memberi bantuan dan pernah terjadi salah seorang rakyat Brunei kehilangan passport dan duitnya kerana kes curi.
Jadi, buat sementara itu dipohonkan bantuan daripada pihak kedutaan Malaysia menerusi kementeriannya untuk memberikan bantuan sementara dapat memberikan pasport baru ataupun travel documents baru dan membeli tiketnya supaya dapat pulang. (So for the time being, it is requested that help be sought from the Malaysian embassy through its ministry to provide temporary assistance by providing new passports or new travel documents and purchasing tickets so that they can return.)
Begitulah Yang Berhormat Pengerusi bukan sahaja secara uniliteral ataupun persendirian tetapi menerusi ASEAN sendiri kita dapat memberi bantuan kepada rakyat-rakyat Brunei yang di luar negeri. Terima kasih. (So, Yang Berhormat Pengerusi, not only unilaterally or individually but through ASEAN itself, we can provide assistance to Bruneian citizens overseas. Thank you.)
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi (### Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin Thank you, Yang Berhormat Pengerusi)
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana, pertama-pertama terima kasih atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri yang mana misi utama yang difahamkan ialah saling hormat-menghormati, berbaik-baik dengan negara lain dan tidak mahu ikut campur dengan ketidakstabilan politik negara lain. (Yang Berhormat Pengerusi and wise Yang Berhormat members, first of all thank you for the introduction by Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, which is understood to be the main mission of mutual respect, good relations with other countries and not wanting to interfere with the political instability of other countries.)
Kaola ada 2 cadangan dan 2 usulan:
Mengenai dengan eksport tenaga kerja yang mahir negara-negara yang memerlukan. Kaola amat tertarik dengan penglibatan-penglibatan orang-orang kita yang mana ada yang menjadi pilot di penerbangan emirates ataupun Qatar, ada yang bekerja sebagai engineer dan juga steward. Melihat kadar pertumbuhan ekonomi Brunei serta jumlah pengangguran yang agak signifikan, kita perlu melihat atau mencari cara bagaimana untuk memanfaatkan dan menangani situasi ini.
Brunei mempunyai hubungan yang baik dengan United Kingdom sejak sekian lama ini termasuklah sistem pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan di United Kingdom yang mana lebih 90% peratus orang kita celik berbahasa Inggeris.
Di United Kingdom sendiri sedang menghadapi kekurangan tenaga kerja termasuk dalam bidang kesihatan awam, kerja sosial yang dilihat mempunyai kekosongan yang agak tinggi ini diikuti dengan bidang penginapan dan perkhidmatan makanan serta dalam pembinaan (construction).
Dengan melihat isu pengangguran kita, kekurangan tenaga kerja di United Kingdom serta melihat hubungan diplomatik yang sangat baik antara Brunei Darussalam dan United Kingdom mungkin sudah tiba masanya untuk kitani mencari jalan penyelesaian atau solusi bagi mengatasi isu ini yang dilihat mampu memberikan keuntungan bagi kedua-dua negara (win-win situation).
Untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan yang siap siaga atau bersedia untuk berkhidmat di United Kingdom akan mampu dicapai melalui Manpower Planning and Employment Council (MPEC) seterusnya melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) bagi sektor-sektor yang relevan berkaitan. Contohnya, MISC dalam bidang pembinaan, pengangkutan dan logistik, hospitaliti dan tenaga dengan mengembangkan program-program yang difikirkan sesuai dengan permintaan dan pekerjaan diperlukan di United Kingdom.
Tetapi amatlah dinasihati juga kepada barangkali orang-orang kita supaya bersedia bukan sahaja bersedia dari segi skill tetapi juga dari segi keimanan yang mana mestilah diumpamakan seperti ikan yang hidup di laut, walaupun mereka hidup di laut begitu lama tetapi sudah ditangkap dan dimakan, ia tidak masin. Begitulah orang-orang kita kalau di luar negara falsafah M.I.B dan islam itu amatlah ditekankan.
Menerajui menyediakan pembangunan ekonomi Brunei Darussalam di luar negeri Spearhead Development, barangkali sudah disentuh tadi tetapi usulan ini, cadangan untuk menubuhkan satu agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk menerajui pembangunan ekonomi Brunei di luar negeri. Ini akan membuat banyak kerja kerana misi kita adalah untuk berbaik-baik dan menghormati tetapi untuk ditambah nilai, dicadangkan untuk membuat satu agensi contohnya yang serupa dengan Singapore Enterprise yang dijalankan di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Republik Singapura.
Agensi ini akan menyediakan dan memberikan tawaran pakej yang menarik untuk mendukung dan menyokong perusahaan Brunei di luar negara. Contohnya, memberikan subsidi dalam menyewa pejabat, subsidi gaji jika mereka mengambil atau menggaji anak Brunei untuk bekerja di bawah perusahaan yang baharu.
Agensi ini juga menasihatkan dan membimbing dalam membantu para pengusaha yang akan keluar negara untuk lebih faham dan kenal tentang peraturan, budaya dan adat di negara-negara yang terlibat serta untuk memantapkan syarikat yang menjadi pesaing, mapping local company competitors.
Perkara ini juga sebagai usaha mempromosikan pertumbuhan ekonomi Brunei di luar negara bagi perusahaan yang berpengkalan di Brunei dan juga perdagangan antarabangsa. Ini dilihat seperti mana Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri mengatakan tadi yang mana kita ada mempunyai 43 pejabat perwakilan.
Kaola juga amat tertarik Yang Berhormat Pengerusi semasa berada di Bangkok, Thailand yang mana perwakilan-perwakilan orang kita di MFA bertungkus-lumus untuk mempromosikan penerbangan Royal Brunei Airlines. Itu adalah contoh yang paling terbaik. Agensi ini juga dilihat dapat membantu perusahaan-perusahaan ini untuk menceburi atau menembusi pasaran baharu sebagai satu jalan pintas dalam usaha untuk memperolehi pengetahuan dan mempelajari kepakaran tempatan di luar negeri yang tidak ada ditempat yang lain untuk membantu mendapatkan akses atau jalan untuk pasaran-pasaran tersebut, khidmat nasihat yang dapat ditawarkan khususnya yang berkaitan dengan perundangan dan peraturan di negara tersebut, budaya dan kebiasaan tempatan yang menjadi praktikal harian.
Terima kasih. Itu sahaja saranan kaola, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Yang Berhormat Pengerusi, kaola tidak ada menjawab mengenai dengan perkara ini. Walau bagaimanapun isu yang dijangkau oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin tadi itu mungkin lebih berkenaan kepada rakan-rakan sahabat abis koala di sini dan mungkin mereka lebih dapat memberi jawapan bertepatan.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin adalah berkaitan kira satu pejabat ditubuhkan di luar negara atau di mana-mana negaraa luar untuk membantu perusahaan MPKS kita contoh diberikan adalah sebanding Singapore Enterprise yang mana sebelum ini dinamakan International Enterprise. Singapore Enterprise ini memang bertujuan untuk membantu perusahaan-perushaan yang di dalam negara untuk memaju ke luar negeri.
Sebelum kita memikirkan perkara ini, perlu kita mengambil kira adakah produk-produk yang dalam negara tersedia untuk kita untuk dieksport di luar negara. Selepas itu kita boleh mengenal pasti yang mana negeri yang berpotensi sama ada perlukah kita mengadakan satu pejabat secara tetap ataupun melalui satu pegawai boleh ditempatkan di pesuruhjaya kita di luar negeri.
Perkara ini perlu diteliti dahulu, tidak semestinya mungkin ada satu pejabat tetap sementara ini. Mungkin satu hari produk kita lebih banyak, lebih berpotensi untuk dieksport. Mungkin masa itu boleh difikirkan idea ini.
Sementara itu, kalau sekiranya ada peluang untuk kita majukan ke mana-mana di luar negeri boleh mungkin dikira mengadakan satu wakil economic officers ataupun representatives di persuruhjaya kita di luar negara.
Perkara ini boleh dirunding dengan industri yang mana produk-produk negara yang kita tujukan sebelum menghantar pegawai kita ke luar negara, ان شاء هللا. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه الرحْ َٰم ِن ّٰللاِبس ِْم ه dan salam sejahtera. ِ هلِلأ ْلح ْمد Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang kaola anggap jelas dan komprehensif.
Kaola juga sependapat dan menyokong dengan cadangan diusulkan oleh rakan kaola Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin bahawa pentingnya usaha ke arah memantapkan jati diri, calak Brunei yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB) sentiasa menjadi budaya yang terus ditanai oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam walaupun di mana saja mereka berada.
Penuntut-penuntut kita adalah antara yang terdedah dengan pengaruh budaya yang cukup hebat. Di samping itu, mereka juga terdedah dengan gejala sosial dan ajaran-ajaran sesat yang boleh merosakkan akhlak akidah jika tidak dipantau secara berterusan.
Dalam pada itu, usaha-usaha perlu diungkayahkan melalui program-program khusus jati diri yang diadakan secara berkala dengan mengimbangi masa pembelajaran mereka di universiti atau kolej masing-masing sebagai aktiviti sampingan atau wajib. Sebagai contoh, ceramah-ceramah berbentuk khas berbentuk keugamaan dan kebangsaan boleh sahaja diadakan di universiti-universiti yang mempunyai ramai penuntut Brunei.
Kaola ingin tahu apakah ada program-program luar negara yang dimaksudkan tadi dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar Brunei di seberang laut.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann. Memang di setiap perwakilan mengadakan perkumpulan atau perjumpaan bagi meraikan bagi meraikan hari-hari kebesaran secara besar-besaran ataupun secara kecil, tertakluk kepada peruntukan yang diperolehi pada tahun tersebut.
Walau bagaimanapun, dari segi pelajar-pelajar memang pihak Kementerian Pendidikan menerusi Pejabat-Pejabat Pendidikan yang diadakan di luar negeri khususnya di United Kingdom ataupun di Egypt.
Mungkin mengadakan aktiviti-aktiviti bagi pelajar-pelajar tersebut. Tetapi dari segi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, aktiviti yang diadakan setiap tahun adalah yang sudah sediakala seperti Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ataupun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Aktiviti-aktiviti tahunan ini diadakan secara bergilir-gilir antara negara-negara yang berkenaan dan adalah menjadi satu rancangan memandangkan pada tahun depan kita akan menyambut 40 tahun mencapai kemerdekaan penuh.
Setiap perwakilan akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak bagi mempromosikan usia tercapainya 40 tahun kitani mencapai kemerdekaan penuh tersebut di negara-negara yang berkenaan dan ada negara jua ‘kitani’ mencapai 40 tahun hubungan diplomatik.
Maka tahun depan itu, mungkin aktiviti-aktiviti ini akan dipertingkatkan lagi tertakluklah kepada peruntukan tahun depan lagi itulah supaya dapat lebih ramai yang menyambut dan memeriahkan di perwakilan-perwakilan luar negara. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. الرحْ َٰ َم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ dan salam َّ الرحْ يم ال sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْم ُد ِ هلِل, lebih dahulu kaola mengucapkan ribuan terima kasih atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, berkenaan dengan Tajuk SC01A iaitu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang begitu padat dengan informasi tentang perancangan pihak kementerian bagi memastikan ia dapat dicapai, ان شاء هللا.
Kaola juga mengucapkan terima kasih atas usaha-usaha pihak kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang telah banyak membantu rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada masa itu dan juga bencana-bencana alam dan sebagainya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bercakap berkenaan promosi dan pameran produk, kaola amat tertarik dengan cadangan rakan kaola tadi, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, iaitu berkenaan dengan penggunaan produk buatan Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebagai souvenir sebagai keutamaan.
Dalam hal ini, kaola jua ingin mencadangkan agar produk-produk ini kementerian dapat menyediakan mini gallery Negara Brunei Darussalam di setiap pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang berfungsi sebagai tempat rujukan dan penyaluran maklumat sebagai alternatif kepada media digital dan laman sesawang yang boleh dimanfaatkan oleh penuntut dan warga asing di negara-negara berkenaan.
Sekian itu saja barangkali yang dapat kaola cadangkan, Yang Berhormat Pengerusi. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil maklum cadangan yang diajukan dan dari segi penyediaan galeri, memanglah usaha kementerian menerusi perwakilan- perwakilan untuk menonjolkan produk- produk tempatan ini secara fizikal bukan sahaja secara virtual. ان شاء هللا, perkara ini akan diusahakan lagi di masa-masa akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْم ُد ِ هلِل, kita telah membahaskan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Saya kira cukup sekian perbincangan itu dan kementerian ini. Sekarang tibalah masanya bagi tajuk kementerian ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua bersetuju. Maka Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SC01A Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Kementerian Pendidikan di bawah Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk membuat keterangan-keterangannya dalam bentuk mukadimah penyediaan belanjawan kementeriannya, saya kira adalah berpatutan bagi kita sekarang berehat dalam 20 minit yang mana mesyuarat ini kita akan balek lagi semula dalam Mesyuarat Jawatankuasa. Saya tangguhkan Mesyuarat ini.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa disambung semula selepas kita berehat sebentar.
أ َ ْل َح ْم ُد ِ هلِل, Mesyuarat Jawatankuasa telah meluluskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Jadual.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa sekarang akan membincangkan dan meneliti Tajuk selanjutnya iaitu Kementerian Pendidikan berserta institusi-institusi pendidikan di bawahnya. Sebelum Tajuk ini kita bahaskan, sebagaimana lazim, saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menyampaikan mukadimahnya mukadimahnya terutamanya mengenai dengan penyediaan Belanjawan Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Dengan itu saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم. السالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهdan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Pengerusi bagi memberikan laluan kepada kaola untuk mengongsikan mengenai bidang-bidang keutamaan yang menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tahun Kewangan 2022/2023 adalah sangat bermakna kepada sektor Pendidikan khasnya dalam memastikan kesinambungan usaha-usaha strategik yang dilaksanakan sejauh ini bagi mendepani kesan penularan COVID-19 di kesemua sekolah-sekolah dan Institusi Pendidikan Kerajaan dan Swasta di Negara Brunei Darussalam.
Apa yang pasti selain menjejaskan kesihatan kesejahteraan pelajar penutupan sekolah selama 185 hari dipelbagai peringkat persekolahan dalam fasa-fasa pemulihan COVID-19 juga telah membawa gangguan kepada pembelajaran dan kehilangan pembelajaran ataupun learning lost sebilangan pelajar.
Justeru, antara inisiatif utama khasnya dalam menangani isu learning lost ialah menerusi pelaksanaan program pemulihan pembelajaran atau learning recovery program bagi pendidikan rendah dan menengah dalam literacy, numeracy dan sains.
Pendekatan ini juga, turut memberikan nilai tambah serta dokongan kepada inisiatif jangka panjang sedia ada iaitu program sokongan pembelajaran atau learning support program yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran literacy dalam numeracy disetiap sekolah menengah seluruh negara.
Namun disamping usaha-usaha pemulihan pembelajaran ini Kementerian Pendidikan terus sahaja memberikan tumpuan kepada bidang-bidang keutamaan lainnya merentasi semua peringkat pendidikan rendah, fasca menengah dan pengajian tinggi selaras dengan kepentingan bagi menyediakan pendidikan yang holistik serta meningkatkan kondisi pelajar termasuklah mereka yang berkeperluan khas.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan dibawahnya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas kepercayaan dan sokongan dalam memperuntukkan sebanyak B$797,852,995.00 bagi Perbelanjaan Tahun Kewangan 2023/2024.
Dari jumlah peruntukan dibawah Tajuk Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan dibawahnya sejumlah B$547,570,020.00 iaitu 69% adalah disediakan untuk gaji kakitangan iaitu sebanyak 12,610 jawatan bagi tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar.
Sementara B$226,624,150.00 iaitu 28% untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang dan Perbelanjaan Kemajuan adalah sebanyak B$23,658,825.00 iaitu 3%. Jumlah peruntukan besar ini mencerminkan kepentingan sektor pendidikan dalam agenda pembangunan negara serta menjadi antara keutamaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya bagi mencapai matlamat utama Wawasan Brunei 2035 iaitu melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Abis kaola dan seluruh warga Kementerian Pendidikan akan terus komited dan berusaha gigih dalam memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diamanahkan, nanti disamping mengamalkan sikap berhemah dalam berbelanja mengikut keutamaan perancangan dan keberhasilan impak yang dapat memenuhi ekspektasi setiap pihak yang berkepentingan.
Komitmen dan kegigihan sedemikian dapatlah juga diterjemahkan menerusi tumpuan bidang-bidang keutamaan disepanjang tempoh kewangan sebelum ini yang antaranya adalah seperti:
Pengukuhan piawaian dan kurikulum selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Mathematics, Bahasa Inggeris, Sains dan Literacy Digital;
Pembentukan rangka kerja bagi pelaksanaan kurikulum berasaskan kemahiran abad ke-21 seperti financial literacy Competency Framework for School Children and Adults dan Digital Citizenship Framework and Guidelines for Schools;
Membentuk pelajar sebagai modal insan yang show more khasnya menerusi Program Sahsiah Pelajar dalam memberikan pengalaman dan membina pelbagai kemahiran menerusi aktiviti-aktiviti dibawah 4 komponen utama iaitu kerohanian, fizikal, kreativiti dan perkhidmatan;
Memastikan keperluan pekembangan potensi dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas dipenuhi menerusi penubuhan pusat-pusat kecemerlangan ataupun centre of excellence dan penghasilan buku Rangka Kerja Pendidikan Khas dan Buku Kurikulum Pendidikan Khas;
Mengukuhkan pelaksanaan penilaian pengendalian sekolah ataupun School Base Accessment kearah pengukuhan dan peningkatan kemahiran pengajaran abad ke-21;
Pembinaan bangunan sekolah baharu termasuk penaiktarafan dan penambahan prasarana yang sedia ada seperti Sekolah Menengah Sultan Hassan Temburong yang telah beropersi bermula pada 1 Mac tahun ini.
Dan bagi memudah cara perkhidmatan-perkhidmatan Kementerian Pendidikan kepada orang awam dengan mewujudkan Pusat Perkhidmatan Setempat Kemajuan kementerian;
Pembentukan rangka kerja bagi pelaksanaan Hire Education Quality Assurance Framework yang bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi kualiti pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini;
Pengenalan Skim Teknikal dan Vokasional Education and Training TVET yang mana merupakan salah satu inisiatif kolaborasi antara Kementerian Pendidikan dan Manpower Planning And Employment Council MPEC. bagi membantu lepasan-lepasan sekolah dan pencari-pencari kerja dengan kelulusan diperingkat menengah untuk meneruskan pengajian mereka daalm bidang TVET yang diperlukan oleh pihak industri;
Penyediaan peringkat awal akta pengajian tinggi yang mana ianya akan digunapakai bagi ketetapan dan garis panduan dalam pelaksanaan dasar bagi sektor pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.
Memperkembangkan Brunei National Occupational Skills Standards dengan menambah sektor hospitality dan pelancongan dalam membantu pelatih mendapatkan kemahiran atau competency yang mampu mememenuhi keperluan pihak industri dan pasaran tempatan dan jua luar negara.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, pelaburan menerusi inisiatif-inisiatif strategik yang diterajui Kementerian Pendidikan sejauh ini telah menghasilkan beberapa pencapaian seperti berikut:
Pencapaian dalam keputusan peperiksaan awam bagi peringkat rendah, menengah dan pusat tingkatan 6 dibawah Kementerian Pendidikan dimana penilaian sekolah rendah ataupun PSR pada tahun 2022 sebanyak 46.3% atau seramai 1,557 calon telah berjaya memperolehi grade ‘A’ hingga ‘C’ dalam kesemua lima mata pelajaran teras.
Manakala bagi peperiksaan GCE ‘O’ Level atau IGCSE pula 43.2% atau 1,867 calon telah memperolehi sekurang-kurangnya 5 ‘O’ Level pada tahun 2022.
Bagi peperiksaan GCE ‘A’ Level 74.1% atau seramai 1,014 orang telah memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘A’ Level pada tahun 2022.
Pencapaian dalam kadar pekerjaan bagi Peringkat Pendidikan Teknikal pula Politeknik Brunei ataupun PB dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei IBTE terus menunjukkan pencapaian yang sangat baik melalui employment rate atau kadar pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.
Dengan 69 graduan PB dan 75 graduan IBTE Kohort 2021 telah mendapat pekerjaan. Ini adalah hasil dari penawaran kursus dan kurikulum yang disejajarkan dengan keperluan industri dan pasaran pekerjaan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkepentingan khususnya MPEC.
Pencapaian di Peringkat Pengajian Tinggi pula jelas dari segi ranking antarabangsa di mana Universiti Brunei Darussalam telah berjaya memasuki carta The Times Higher Educations THE dikedudukan antara 301 hingga 350 World Years of The Ranking 2023.
Manakala didalam queue as World University Ranking 2023, Universiti Teknologi Brunei masing-masing berada dikedudukan 256 dan 340. Universiti Islam Sultan Sharif Ali juga telah meraih kedudukan Top 201 hingga 300 dalam senarai Worlds Universities with Real Impact WURI ranking yang diterajui oleh Institut for Policy and Strategy on National Competitiveness IPSNC.
Sudah setentunya kejayaan-kejayaan ini adalah manifestasi usaha gigih pemimpin-pemimpin institut pendidikan, para tenaga pengajar dan seluruh warga Kementerian Pendidikan baik diperingkat Pendidikan teras mahupun di Peringkat Pengajian Tinggi.
Kejayaan ini juga adalah hasil daripada sokongan berterusan dari kalangan ibu bapa dan pihak-pihak yang berkepentingan. Dari segi pencapaian- pencapaian di peringkat pengajian tinggi ianya telah membuktikan bahawa universiti-universiti tempatan adalah setanding dengan universiti-universiti serantau dan antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan sememangnya mengakui bahawa cabaran berkaitan sektor pendidikan adalah pelbagai dan ada kalanya di luar jangkaan. Impak covid- 19 telah merubah perspektif dan keutamaan pendidikan, khasnya pendekatan-pendekatan dalam memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di setiap peringkat pengajian.
Menyedari hakikat ini, keutamaan kementerian seterusnya menjurus bukan sahaja kepada menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi malah berusaha ke arah membentuk pelajar yang siap siaga masa depan dengan dokongan ekosistem pendidikan yang inovatif dan kompetensi sumber tenaga manusianya yang dinamik lagi cemerlang.
Menyentuh tentang aspek pembentukan pelajar yang siap siaga masa depan, sukacita mengongsikan projek-projek yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2023/2024:
Meneruskan usaha berkaitan pengukuhan pelaksanaan program pemulihan pembelajaran atau Learning Recovery Programme;
Meneruskan usaha berkaitan pengukuhan program sokongan pembelajaran atau Learning Support Programme;
Meneruskan usaha dalam pembentukan sahsiah dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB);
Memperkukuh kerjasama dua hala dalam pembangunan kompetensi pelajar melalui memorandum-memorandum persafahaman dengan agensi-agensi serta institusi pendidikan dan latihan luar negara;
Mempelbagaikan program-program dan kursus-kursus peningkatan kemahiran atau upskilling dan reskilling.
Melaksanakan program-program yang ditawarkan menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat industries setempat.
Manakala projek-projek utama yang akan dilaksanakan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 ke arah Menjana Ekosistem Pendidikan Yang Inovatif termasuklah:
Mengekalkan kesinambungan amalan terbaik pembelajaran teradun atau Blended Learning.
Mengukuhkan piawaian dan kurikulum literacy digital.
Melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah bidang teknologi pendidikan merangkumi usaha untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System, penyediaan bilik darjah pintar atau Smart Classroom serta melancarkan tv pendidikan atau MOETV dan sistem pengurusan sumber digital atau Digital Resource Management System.
Perencanaan bagi mewujudkan kurikulum yang bersesuaian untuk mengukuhkan kemahiran asas literasi dan numerasi pelajar di peringkat rendah
Mereviu kurikulum ekspres atau Express Curriculum;
Mengukuhkan pelaksanaan penilaian kendalian sekolah atau School Based Assessment
Memantau kualiti dan keberkesanan pendidikan melalui penyelidikan dan perkembangan
Projek-projek yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2023/2024 khususnya berkaitan pembangunan sumber tenaga manusia. Antaranya adalah:
Menyediakan program perkembangan profesional yang teratur serta releven bagi tenaga pengajar, pemimpin sekolah dan pakar pendidikan
Memperkukuhkan digital kompetensi para guru dan melaratkan Digital Learning Training
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman akan kepentingan dalam memelihara serta menangani isu-isu berkaitan kesejahteraan guru dan pemimpin sekolah
Memperkukuhkan rangka kerja kompetensi bagi tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan teknikal; dan
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah rangka kerja kompetensi bagi pemimpin pengajian tinggi.
Projek-projek utama lain yang turut dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2023/2024 sebagai enablers termasuk:
Menjunjung kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-39 baru-baru ini yang menyentuh tentang kepentingan kemahiran steam science technology kejuruteraan seni dan matematik diperluaskan sebagai pemangkin pembangunan Kementerian Pendidikan akan mereviu penawaran mata pelajaran teras, wajib dan elektif dalam Sistem Pendidikan Abad ke-21;
Bergiat aktif dalam melaksanakan kajian-kajian berbentuk konsultansi, kolaborasi atau secara dalaman;
Penyediaan platform pengumpulan data dan maklumat pendidikan yang dinamakan sebagai Data Collection Platform (DCP) di bawah inisiatif Education Big Data;
Penambahan fasiliti prasarana baharu serta pemuliharaan bangunan;
Meneruskan dan melaratkan pelaksanaan kaedah facilities management;
Penaiktarafan infrastruktur rangkaian sekolah kerajaan iaitu Government School Network Infrastructure Upgrade serta pembekalan komputer-komputer riba di institusi-institusi pendidikan;
Penaiktarafan sistem kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam iaitu National Education Management Centralize Admission System (NEMCAS);
Penambahan centre of excellence atau pusat kecermelangan bagi menampung keperluan fizikal dan Kemudahan Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas;
Pengukuhan hubungan dua hala dengan institusi pendidikan luar negara serta organisasi serantau dan antarabangsa melalui kumpulan kerjasama atau joint-working group;
Meningkatkan sinergi penglibatan pihak industri dan kerajaan dalam penyelidikan inovasi dan penempatan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi termasuk teknikal dan vokasional.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi merumuskan pencapaian Kementerian Pendidikan yang sebelum ini dan perencanaan inisiatif-inisiatif akan datang yang dikongsikan sebentar tadi ia adalah sewajar dengan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 khususnya matlamat pertama iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.
Dalam hubungan ini, sukacita kaola/saya kongsikan bahawa sejak Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan Wawasan diperkenalkan dalam tahun 2016 hinggalah tahun 2021, Kementerian Pendidikan telah berjaya mencapai sasarannya dalam 3 bidang, iaitu:
Peratus guru yang berkelayakan dan berkualiti tinggi;
Peratus institusi pendidikan yang berada di tahap minima standard sekolah; dan
Kadar pengijazahan pengajian tinggi dan pendidikan teknik dan vokasional
Namun demikian, Kementerian Pendidikan juga turut menghadapi cabaran dalam mencapai sepenuhnya sasaran bagi 3 bidang lainnya iaitu:
Peratus pelajar tahun 1 dan 3 yang sekurang-kurangnya berada di tahap standard minima literasi dan numerasi;
Peratus lulus dalam BCGCE ‘O’ Level dengan 5 ‘O’ Level dan keatas atau yang sebanding dengannya; dan
Kadar kemasukan ke paska menengah;
Justeru, sayugia juga kaola saya ingin nyatakan bahawa cabaran-cabaran dalam mencapai sepenuhnya sasaran tersebut adalah bersifat cross-cutting dan memerlukan penglibatan-penglibatan pihak berkepentingan selaras dengan pendekatan senegara atau Whole of Nation Approach.
Dalam masa yang sama perkara ini juga dilihat sebagai satu ruang dan peluang bagi Kementerian Pendidikan untuk terus menerokai pendekatan-pendekatan baru yang berimpak besar serta memperkemas setiap tindakan pelaksanaan dan pemantauan yang sedia ada, ان شاء هللا.
Sekian dan sekali lagi kaola ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi bagi kaola menyampaikan mukadimah ini. ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telahpun mendengar mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang mana telah dibuat dengan penuh teliti dan komprehensif. Dan pada pandangan saya, some of the issues are complicated issue tapi telah diterangkan dalam cara yang lebih menarik.
Saya juga terdapat di dalam senarai saya disini, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membahaskan Tajuk Kementerian Pendidikan ini. Nampaknya interest yang dilihatkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sungguh menarik sebab hampir kesemua Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik mahu turut serta dalam perbahasan ini.
Jadi bagi membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat meneliti semula sebagaimana yang telah diterangkan dengan keterangan-keterangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi, maka saya ingin mencadangkan supaya perbincangan kita pada pagi ini, kita tangguhkan dulu dan kita akan balik bersidang dalam Majlis Mesyuarat Negara.
Mesyuarat bersidang di Majlis Mesyuarat Negara
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan persidangan kita ini ditangguhkan dahulu bagi membolehkan kita berehat dan ان شاء هللاkita akan bersidang semula pada hari Isnin, 13hb. Mac 2023M seperti biasa mulai daripada pukul 9.30 pagi.
Sekian
ِ ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة.وباهلل التوفيق والهداية .ُهللا وبركاتُه
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.