HARI KE-9 PETANG
14HB MAC 2023M - PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Maka bagi membolehkan kita meneliti dan membahas Tajuk-Tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang berkenaan, saya ingin menangguhkan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم هللا الرحمن الرحيم. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu.
Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada sebelah pagi tadi, kita telah mula membincangkan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah selesai menyampaikan mukadimah tentang penyediaan Belanjawan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 dengan penuh jelas dan komprehensif. Bersama saya di sini masih ada senarai yang agak panjang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk ikut serta membincangkan Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. .ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه. dan salam sejahtera. ألح ْمدُ ِلِلterlebih ه ْ dahulu kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Kaola memohon penerangan mengenai Tajuk SH01A - Jabatan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Berkenaan Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan.
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan bantuan peruntukan dan bimbingan serta latihan yang dapat disediakan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi membantu mengerakkan aktiviti pelancongan tempatan. Kaola ingin tahu apakah ada peruntukan dan bantuan disediakan bagi perkhidmatan pelancongan tempatan yang terdiri daripada masyarakat kampung dan menaiktaraf tempat-tempat lawatan yang sedia ada. Sekian, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann atas soalan yang diajukan.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلpada masa ini Jabatan Kemajuan Pelancongan pada masa ini telah menyediakan beberapa inisiatif dalam membantu membangunkan industri pelancongan di negara ini dengan penglibatan penyedia perkhidmatan pelancongan atau tourist service providers seperti berikut.
Penyertaan di dalam pameran dan ekspo sama ada dalam ataupun luar negeri. Jabatan Kemajuan Pelancongan sentiasa menawarkan penyertaan secara percuma atau memberikan subsidi bagi meringankan perbelanjaan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan untuk ikut serta keluar negara ataupun dalam negara.
Di samping itu mengadakan lawatan suai kenal kepada penyedia-penyedia perkhidmatan yang berasaskan komuniti dan seterusnya membolehkan Jabatan Kemajuan Pelancongan membuat penilaian produk, iaitu product assessment ke atas tempat-tempat yang dipromote oleh penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan dan untuk memastikan keselamatan, keselesaan para pengunjung sentiasa terjaga dan dalam pantauan jabatan ini dari masa ke semasa.
Di samping itu, melibatkan dan bekerjasama bersama penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan penerbitan brochures dan prompromosi-promosi pemasaran Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk dipasarkan di dalam dan luar negeri.
Di samping itu Jabatan Kemajuan Pelancongan mengadakan program dan bengkel samada dalam negara mahupun di luar negara bagi penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan bagi membantu dalam meningkatkan lagi perkhidmatan dan produk-produk yang sedia ada serta meningkatkan kemahiran dan menggunakan teknologi maklumat dan infokomunikasi para penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan. Ertinya, we sponsor untuk mengikuti kursus atau bengkel dalam dan luar negara itu.
Dengan kerjasama IBTE juga, bagi meningkatkan kapasiti para pemandu bas pelancongan tempatan, local tour guide pihak IBTE dan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan telah memberi support, mendukung penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan melalui bengkel-bengkel dan kursus-kursus pemandu pelancongan tempatan.
Dalam usaha untuk memperluaskan lagi pengetahuan kawasan-kawasan yang dipromosikan dan membantu dalam menambahbaik dan menaiktaraf infrastruktur dalam mendukung perkhidmatan dan produk-produk penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan seperti pemasangan papan-papan tanda jalanraya di keempat-empat daerah.
Interpretive signage di taman-taman rekreasi, jambatan pejalan kaki di Kampong Air dan Taman Rekreasi Hutan Luagan Lalak dan jeti-jeti.
Jabatan Kemajuan Pelancongan juga dalam perancangan untuk membina jambatan kecil menuju Kawasan Belulok dan Teraja di Mukim Labi untuk memudahkan para pengunjung melawat kawasan tersebut di samping memastikan keselamatan dan keselesaan.
Begitulah antara bahagian daripada sokongan dan juga bantuan Jabatan Pelancongan kepada penyedia produk-produk pelancongan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ِ ُالرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة ُهللا وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن dan salam sejahtera. ّ ْال َح ْمدُ ّ َلِل, lebih dahulu di Dewan yang mulia ini. Kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pencerahan Yang Berhormat Menteri sebelah pagi tadi, iaitu dalam usaha serta perancangan kemajuan, inisiatif-inisiatif dan program-program kemajuan sektor pertanian, permakanan, pelancongan serta perekonomian negara dalam tahap yang terjamin dan lebih baik.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita akan menyentuh 2 perkara di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan di bawah Tajuk SH03A - Jabatan Perikanan, iaitu berkenaan dengan lesen menangkap ikan.
Sepertimana yang abis kaola dimaklumkan bahawa pada masa ini pihak kementerian cuma memberikan lesen-lesen menangkap ikan laut dalam sahaja dan adalah dimaklumi jua bahawa ini adalah sebagai salah satu cara bagi pengawalan penangkapan ikan di perairan kitani disebabkan kepupusan.
Namun sehubungan dengan ini abis kaola mencadangkan supaya dipohonkan ada pertimbangan dari pihak kerajaan untuk membukakan lesen menangkap ikan kawasan zon 1 kepada nelayan anak-anak tempatan dan juga permohonan bagi mendapatkan lesen-lesen menangkap ikan dimudahkan cara permohonannya kerana apa yang abis kaola fahamkan pada masa ini permohonan untuk mendapatkan lesen-lesen tersebut dengan menggunakan online.
Yang mana telah menjadi kesulitan kepada nelayan-nelayan yang kebanyakannya kurang tahu IT dan 70% adalah golongan warga emas.
Seterusnya kaola bercakap berkenaan dengan Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan.
Kaola menyampaikan hasrat penduduk Daerah Temburong agar diwujudkan Perancangan Kemajuan Pelancongan Daerah Temburong yang dinamakan Eko Pelancongan berdasarkan tema Temburong Permata Hijau.
Inisiatif dan usaha ke arah mengembangkan majukan Eko Pelancongan Temburong dengan memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian tertentu sepertimana yang kaola akan sebutkan bersama untuk pertimbangan Yang Berhormat Menteri.
Perancangan kemajuan pelancongan Daerah Temburong yang dinamakan Eko Pelancongan berdasarkan tema Temburong Permata Hijau yang mana mengembangkan dan memajukan eko pelancongan Temburong seperti ada 7 bahagian di sini Yang Berhormat Pengerusi, iaitu melihat spesis burung (bird watching), melatih atau dikursuskan menjadi ahli profesional bird watching bagi belia-belia.
Tugas yang diberikan di sini ialah untuk mengambarkan, mengetahui jenis burung dan keterangan mengenai burung tersebut. Di bahagian dua, iaitu bahagian ubat-ubatan tradisi (nature tourism). Mengenal pasti ubat-ubat tradisional yang didapati di Daerah Temburong dengan melatih belia-belia seperti membuat kajian terhadap tumbuhan untuk dijadikan herba. Yang kedua menerangkan jenis-jenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai penawar segala penyakit.
Di bahagian ketiga, untuk binatang-binatang liar(wild life tourism). Di sini untuk mengetahui spesis binatang-binatang liar seperti monyet, pelanduk, rama-rama, pelbagai jenis serangga dan sebagainya. Di sini jua untuk melatih dan dikursuskan para belia dalam bidang ini. Tugasnya ialah dengan membuat kajian menggambar, promote dan penerangan kepada pelancong asing yang datang.
Bahagian keempat, memperbaiki sistem tempat riadah seperti hiking. Fokus utama ialah menyelenggarakan tempat hiking. Membersihkan, gotong royong dan sebagainya.
Di bahagian kelima, makanan tradisi (culture tourism). Makanan seperti wajid, ambuyat, tempoyak, kelupis dan sebagainya. Di sini fokus utama ialah dipromosikan untuk luar dan dalam negeri dan disajikan para pelancong asing yang datang.
Bahagian keenam, tarian tradisi, musik tradisi dan pakaian tradisi dihidupkan atau dikembangkan semula. Setiap etnik yang ada di Temburong mempunyai tarian, musik dan pakaian yang tersendiri dan keistimewaannya seperti tradisi puak murut, tradisi puak iban dan tradisi kaum kedayan. Jika etnik-etnik ini disatukan dalam satu persembahan kemungkinan besar akan meriah lagi untuk dijadikan salah satu tarikan pelancongan asing untuk mengelakkan tarian tradisi kekal hingga sepanjang zaman, belia-belia dilatih agar mahir dalam semua jenis tarian etnik.
Bahagian keenam mengenai permainan tradisi, ia dikembangkan dan dihidupkan semula. Permainan tradisi seperti congkak, gasing, kikik, simban, teropak-teropak piasau, tarik kalat dan sebagainya. Ia juga dilatih dan dikursuskan semula khususnya kepada belia-belia pada masa kini.
Bahagian ketujuh, kraftangan. Kraftangan ada dua,yang pertama menggunakan produk alam seperti rotan dan bahan kayu dan yang kedua menggunakan produk plastik dan juga di sini ialah para belia hendaklah dilatih untuk dikembangkan lagi.
Sekian sahaja daripada kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Ada dua soalan yang diajukan. Soalan pertama ialah membuka lesen menangkap ikan di kawasan zon 1. Memang kementerian mengambil maklum mengenai dengan cadangan untuk membuka lesen menangkap ikan kawasan zon 1 bagi anak-anak nelayan tempatan.
Sejak tahun 2008, lesen bagi Kawasan ini telah dikeluarkan bagi penangkapan ikan bagi zon 1, iaitu between 0 to 3 nautical mile disebabkan oleh mendapati penangkapan ikan yang berlebihan (over fishing) di kawasan ini.
Walau bagaimanapun, nelayan-nelayan tempatan yang mempunyai lesen dan berdaftar sebelum 2008 masih lagi dapat beroperasi pada zon 1.
Berkenaan dengan cadangan tersebut membuka zon 1 ini, masa ini pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama melalui Jabatan Perikanan telah pun mengadakan projek seperti melabuh takat tiruan dan lawa-lawa bagi memperkayakan lagi stok ikan di kawasan tersebut.
Jadi ان شاء هللا cadangan pembukaan Zon 1 ini akan direview dan diteliti secara komprehensif once the reviews completed, review siap akan diputuskan sama ada Zon 1 punya lesen akan dapat dikeluarkan atau tidak للا ان شا هء ه dalam masa sedikit masa lagi.
Berkenaan dengan soalan kedua, iaitu penubuhan eko pelancongan berdasarkan tema Temburong Pemata Hijau. Kaola menyambut baik cadangan Yang Berhormat mengenai dengan perkara ini. .أ ْلح ْمدُ ِ هلِل.
Pada masa kini pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan sedang merangka Pelan Industri Pelancongan (Tourism Industry Roadmap) yang sememangnya mengambil kira inisiatif-inisiatif yang berunsurkan alam sekitar seperti eko pelancongan, warisan dan budaya dan pengembaraan sebagai fokus hala tuju industri pelancongan di negara ini. ان شاء هللاpeta jalan ini akan disiapkan sedikit masa lagi.
Selaras dengan perancangan dan program untuk memajukan industri keempat-empat daerah di seluruh negara khusus bagi Daerah Temburong Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang mengembangmajukan industri pelancongan di daerah tersebut.
Jabatan Pelancongan telah dan sedang menyediakan database inventory yang komprehensif bagi aktiviti-aktiviti dan produk-produk pelancongan di peringkat kampung dan mukim di keempat-empat daerah juga. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat seperti aktiviti bird watching, hiking, menikmati makanan tradisi, persembahan kebudayaan kesenian.
Dengan adanya inventori yang komprehensif ini, pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan akan terus bekerjasama dengan ejen-ejen pelancong utama di negara ini untuk menyediakan pakej-pakej pelancongan yang lebih menarik untuk dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.
Pasaran yang dituju adalah pasaran Jepun dan Korea di mana Jabatan Kemajuan Pelancongan akan membantu ejen-ejen pelancongan di negara ini untuk membuat promosi dan pemasaran pakej-pakej negara ini ke ekspo pelancongan ke negara-negara tersebut.
Di samping usaha-usaha yang disebutkan di atas tadi pihak kementerian juga menjalankan beberapa inisiatif bagi mendukung usaha memajukan industri pelancongan di daerah Temburong.
Pertama ialah pembangunan kapasiti Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi, swasta dan kerajaan yang berkenaan secara berterusan mengendalikan beberapa jenis program latihan bagi meningkatkan kapasiti serta mengalakkan anak-anak tempatan termasuk belia untuk berkecimpung dalam bidang pelancongan.
Salah satu aktiviti yang telah dikendalikan adalah Latihan local host guide, iaitu pemandu pelancongan setempat yang merupaan satu inisiatif untuk mengalakkan anak-anak tempatan terutama belia di Daerah Temburong untuk berkecimpung sebagai pemandu pelancong setempat.
Setakat ini tempat yang dikenal pasti ialah Mukim Batu Apoi dan Mukim Amo di mana pada tahun 2022 seramai 11 orang anak tempatan ikut serta dalam kursus basic local host tourist guides bagi Mukim Amo dan juga Mukim Batu Apoi.
Selain itu seramai 30 orang pula mengikuti kursus mengenali Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi. Pelaksanaan inisiatif ini akan dilaratkan bagi keempat-empat daerah.
Inisiatif kedua ialah pemasangan papan tanda pelancongan di Daerah Temburong di mana Jabatan Kemajuan Pelancongan juga dalam perancangan untuk memperkenalkan beberapa nature trail di keempat-empat daerah bagi para pelancong yang mana dalam laluan tersebut akan dikenalpasti oleh pemandu pelancong ciri-ciri semula jadi atau bersajarah yang penting untuk diterangkan kepada para pengunjung.
Tempat tumpuan utama di Daerah Temburong ialah Taman Negara Ulu Temburong dan Taman Bukit Patoi. Di samping itu inisiatif ketiga ialah kaedah PPP, projek-projek yang dilaksanakan oleh kaedah ini ialah seperti projek pembangunan sebuah restoran menggunakan kaedah PPP Partnership di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi Temburong dan projek menaik taraf, memelihara kompleks penginapan di Taman Negara di Ulu Temburong.
Melalui kaedah ini ianya akan menjayakan lebih banyak lagi kegiatan-kegiatan pelancongan yang menarik selaras dengan keperluan pemasaran sektor dengan pelancongan terkini.
Menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pelancongan khususnya bagi anak-anak dan perusahaan-perusahaan tempatan.
Sekian itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Kaola akan menambah sahaja tentang soalan mengenai ubat-ubat tradisi untuk membuat kajian.
Di sini saya ingin menyampaikan mengenai ubat-ubatan ini pihak Universiti Brunei Darussalam telah banyak membuat kajian mengenai tumbuhan-tumbuhan yang ada di Brunei Darussalam ini dan kalau dilawat di botany tempat gardennya berpuluh-puluh atau beratus-ratus tumbuhan di Brunei telah dibuat kajian di mana mereka mempunyai ingredient ataupun active substance yang boleh dijadikan sebagai ubat-ubatan.
Jadi mana-mana belia yang berkeinginan untuk mempelajari mengenai dengan ubat-ubat tradisi atau herbal medicine bolehlah mengunjungi pihak Universiti Brunei Darussalam terutamanya botanynya dan dari sana kalau kan memajukan kitani tahu sudah apa yang tumbuh-tumbuhan apa yang ada potensi dan di sana boleh kitani kalau akan mengexpand production kitani dapat mengambil pengetahuan. Itu sahaja terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Lau How Teck.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, salam sejahtera dan selamat petang.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. Kaola difahamkan terhadap usaha-usaha telah giat dijalankan untuk meningkatkan penghasilan dan pengeluaran produk khususnya dalam sektor pertanian, agrimakanan, perikanan dan penternakan ke arah mencapai tahap sara diri (self-sufficiency).
Tahniah diucapkan atas segala pencapaian dan usaha pihak MPRT dalam masa-masa mencapai dan merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.
Walau bagaimanapun, kaola ingin mengusulkan berapa isu dan cadangan untuk pembangunan dan kemajuan negara ini secara Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach terutama sekali dalam sektor pertanian. Merujuk kepada Tajuk SH04A Kod 001/000 - Pengurusan dan Pentadbiran.
Kaola menyokong Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam memajukan industri, pertanian, perikanan, perhutanan dan lain-lain dalam meningkatkan produktiviti yang sesuai dengan hala tuju dalam mendukung ekonomi digital.
Sehubungan itu, kaola mencadangkan untuk meringankan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha tempatan dengan mengadakan satu platform atau laman sesawang yang seterusnya dapat menarik minat golongan belia yang mahu mengikuti perusahan bidang pertanian, perhutanan, pertenakan dan perikanan.
Perlaksanaan laman sesawang ini sebagai sebuah platform untuk rujukan Pusat Sehenti.
Dicadangkan mengandungi maklumat lengkap seperti hal berkaitan kawasan dan tapak pertanian keterangan tentang jumlah atau kadar bagi modal memulakan dan menceburi bidang ini. Inisiatif sedemikian adalah selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu ’Kualiti Kehidupan Yang Tinggi dan Ekonomi Yang Dinamik dan Berdaya Tahan’.
Seterusnya kaola ingin mencadangkan beberapa perkara di bawah Tajuk SH04A, kod 002-000 seperti berikut: Merujuk kepada Skim Rintis yang diperkenalkan pada tahun 2016 hingga 2020, kaola difahamkan bahawa ada sebanyak 123 kawasan tapak pertanian telah dibuat oleh peladang dengan melibatkan kawasan 976.46 hektar. Sebanyak 78% dari tanah yang dibawakan adalah tanaman buah-buahan, 8% tanaman sayur-sayuran dan 14% bagi tanaman lain.
Di sini kaola ingin menyentuh berkaitan dengan yang belum dibersihkan. Masalah yang dibangkitkan ini mengharapkan modal yang besar untuk meratakan dan membersihkan tanah kerana kegiatan pembersihan tapak memerlukan kos yang tinggi.
Oleh itu pihak kerajaan sebolehnya mempersiapkan tapak yang diperuntukkan untuk dibersihkan dahulu dan membekalkan kemudahan-kemudahan seperti parit-parit, bekalan elektrik dan bekalan air untuk para petani dan penternak.
Seterusnya di bawah Tajuk yang sama dengan Kod Akaun 004-000-Pengurusan Industri Tanaman, Ternakan dan Agrimakanan. Kaola mencadangkan pihak MPRT untuk menjalankan lawatan fizikal serta merta di sektor pertanian bagi mengenal pasti segala isu yang dibangkitkan dan dihadapi oleh para petani dapat ditangani dengan segera terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir.
Selalunya pihak MPRT memang ada dan sentiasa berusaha membersihkan parit untuk mengurangkan isu banjir yang berlaku terutama pada musim tengkujuh. Isu banjir ini di beberapa kawasan dan kawasan yang mudah banjir telah dihadapi oleh para petani sehingga menimbulkan kesukaran serta masalah menghasilkan pertanian dan menjejaskan pendapatan dan mengalami jumlah kerugian besar.
Selain itu, kaola juga mencadangkan pihak MPRT menggalakkan para petani untuk meluaskan dan memajukan infrastruktur rumah hijau (green house) bagi meningkatkan penghasilan pertanian seperti sayur-sayuran.
Selain daripada tanaman sayur-sayuran kaola juga ingin menggalakkan supaya para petani seperti menanam buah-buahan yang tidak bermusim seperti biabas, papaya, kelapa, pandan, dragon fruits dan juga buah-buahan bermusim seperti rambutan, durian dan lain-lain buah tempatan sebagai alternatif penghasilan pertanian.
Secara tidak langsung, cadangan ini mengamalkan kaedah dan konsep mixed farming supaya produktiviti industri pertanian di Brunei semakin berkembang maju oleh itu hasil pertanian akan meningkat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan produktiviti import bagi buah-buahan dan sayur-sayuran.
Yang Berhormat Pengerusi. Yang terakhir merujuk kepada Tajuk SH04A di bawah Kod Akaun 001-000 kaola ingin menyarankan untuk dikaji semula research and development dalam sektor pertanian.
Perkara ini bagi kaola adalah mustahak kerana tanpa garispandu (guidelines) dalam pengurusan dan pentadbiran pertanian akan memakan masa yang agak panjang dan kurang teratur.
Oleh itu dengan adanya cadangan untuk meneliti semula research and development dalam urusan tadbir pertanian ini akan dapat meningkatkan usaha pertanian para petani supaya membuat standard procedures mengikut panduan dan tatacara yang dicadangkan pihak MPRT sekaligus menyahut visi dan misi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Lau How Teck berkenaan dengan 5 soalan ataupun perkara yang telah diajukan.
Sebelum kaola menjawab Yang Berhormat Awang Lau How Teck, ada kaola ketinggalan satu menjawab kepada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir berkenaan dengan Lesen Penangkapan Ikan. أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِلmasa ini untuk memohon Lesen Penangkapan Ikan ada dua options:
Bagi orang yang pandai online, bolehlah membaharui lesen penangkapan ikan secara online.
Di samping itu juga terdapat kaunter-kaunter di empat-empat daerah ada Cawangan Perikanan dan bolehlah ke sana untuk membaharui lesen penangkapan ikan.
Berbalik semula kepada soalan atau perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck.
Berkaitan dengan cadangan untuk menubuhkan laman web sesawang sebagai satu platform untuk menarik golongan belia berkecimpung dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.
Untuk makluman Yang Berhormat, laman sesawang bagi Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sudah ada disediakan dan sedia untuk dilayari bagi mereka yang berminat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dengan perikanan dan pertanian. Laman ini sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, ada beberapa usaha lain yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menarik golongan belia dan juga orang awam untuk menceburi bidang pertanian seperti pendedahan program belia berpotensi untuk menceburi bidang berteknologi tinggi, yang mana sehingga kini sebanyak 7 siri program telah dilaksanakan yang secara keseluruhannya telah berjaya melahirkan penyertaan sebanyak 116 orang belia.
Melalui program ini para peserta diberikan pendedahan mengenai dengan Teknik Pengurusan Ladang dan Tanaman, pendedahan terhadap teknologi pertanian dan juga lawatan ke ladang-ladang pengusaha yang berjaya. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan program pendedahan kepada para belia bahawa bidang pertanian ini adalah suatu perusahaan yang memberikan keuntungan yang lumayan dan dengannya diharap akan dapat menarik minat belia untuk menceburkan diri di bidang pertanian dengan menggunakan teknologi.
Selain dari itu, pihak kementerian juga akan tetap bekerjasama dan sokongan terhadap pihak-pihak yang berkepentingan misalnya Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dalam mengendalikan program-program yang melibatkan serta mengalakkan penyertaan belia dalam aktiviti pertanian seperti Program Belia Berpadi dan sebagainya. Bagi Program Belia Berpadi yang telah bermula sejak 2015, pada masa ini 9 orang belia telah berkecimpung dalam industri padi.
Tapak-tapak yang diusahakan adalah di Kawasan Kemajuan Pertanian Bebuloh 3 hektar, Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan 10 hektar dan Kawasan Kemajuan Pertanian Batong 20 hektar bagi program pendedahan pertanian dan perladangan bermula pada 2019, pada masa ini 5 orang belia menjalankan di pusat Pembangunan Belia terlibat dalam aktiviti penanaman sayur-sayuran hydroponic, 2 orang belia di KKP Putat dan dalam perusahaan tanaman sayur dan buah-buahan dan 3 orang di KKP Selangan, Temburong.
Pihak kementerian juga secara berterusan melaksanakan program pemberigaan bagi menarik minat belia seperti tatacara penanaman dan perkongsian maklumat dari pengusaha yang berjaya, iaitu melalui media masa seperti instragram, RTB dan Pelita Brunei. Ini termasuklah juga melalui penganjuran seminar, taklimat dan latihan secara berterusan dan juga penganjuran seminar mengenai Pertanian sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak Dan Nelayan setiap tahun.
Berkaitan dengan cadangan untuk pihak kerajaan mempersiapkan tapak-tapak pertanian yang diperuntukkan bagi penyedian kemudahan seperti perparitan, bekalan elektrik dan bekalan air untuk para petani dan penternak terutamanya belia. Memang selama ini kemudahan-kemudahan asas perparitan, bekalan letrik dan bekalan air ada disediakan oleh pihak kerajaan yang mana dibiayai melalui peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
Kemudahan ini selalunya disediakan bagi setiap-tiap Kawasan Kemajuan Pertanian di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Tapi kemudahan ini hanya disediakan sehingga bagi Kawasan common area, Kawasan guna sama sahaja. Bagi dalam kawasan ladang-ladang pula, penyambungan bekalan air dan letrik dari main supply adalah tanggung-jawab para peladang sendiri.
Begitu juga parit-parit dalam kawasan ladang dan juga penyambungan kepada parit utama adalah tanggung-jawab peladang sendiri. Dalam hal menggalakkan lebih ramai lagi berladang, kementerian memahami bahawa mebersihkan dan meratakan tapak yang ditawarkan menyediakan bekalan air, letrik dan juga parit memerlukan penyediaan modal yang tinggi.
Menyedari cabaran yang dihadapi oleh bakal peladang baru, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, ada mengadakan Skim Projek Rintis Pertanian, sebagai permulaan Kawasan yang ditawarkan adalah bermula sekurang-kurangnya dari 2 hektar, yang mana diharapkan akan dapat meringankan kos permulaan startup capital cost.
Walau bagaimanapun para peladang apabila maju juga diberi peluang mengembangkan ladang melalui expansion scheme untuk membolehkan peladang belia untuk berkembang dan membesarkan perusahaan serta meningkatkan pengeluaran masing-masing.
Pihak Kementerian dan Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga bekerjasama rapat dengan pihak Darusslam Enterprise (DARe) dan juga Bank Usahawan untuk membolehkan peladang-peladang dapat akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada seperti geran atau loan bagi membolehkan peladang belia memulakan perusahaan mereka. أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِل, setakat ini pihak kementerian juga berjaya membantu seramai 9 orang penusaha Pertanian mendapatkan akses kepada co-matching run yang disediakan oleh pihak DARe. Tiga (3) daripadanya adalah terdiri daripada pengusaha belia.
Mengenai saranan untuk menjalankan lawatan fizikal serta merta di lapangan terutama sekali di kawasan-kawasan pertanian yang mudah banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, memang pihak kaola bersama dengan Setausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap beserta dengan Ketua Jabatan dan juga pegawai-pegawai teknikal yang berkenaan sering mengadakan lawatan ke ladang-ladang terutamanya on Saturday, selalunya kalau free we go to ke ladang-ladang ini.
Ladang-ladang ini adalah bertujuan untuk pihak-pihak kaola sendiri melihat dengan lebih dekat perkembangan dan juga mendengar sendiri apa jua isu dan masalah yang dihadapi oleh peladang-peladang. Ini termasuklah juga untuk memberikan nasihat dan saranan kepada peladang-peladang bukan sahaja dari segi pengeluaran hasil ladang tapi juga termasuk dari aspek kebersihan dalam ladang itu sendiri termasuk pemeliharaan longkang-longkang dan perparitan dan sebagainya.
Untuk makluman jua, dalam memastikan sistem saliran dan longkang-longkang utama yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah sentiasa dibersihkan dan dipelihara, kerja-kerja pembersihan longkang-longkang dilakukan oleh jabatan secara annual contract kepada pihak swasta bagi tempoh setiap 2 tahun.
Terdapat 27 buah kawasan-kawasan Kemajuan Pertanian yang terlibat dalam annual contract tersebut antaranya ialah KKP Bertumpu, KKP Sibongkok, KKP Limpaki, KKP Lumapas dan KKP Sinaut.
Sebagai langkah jangka sederhana pihak jabatan melalui Projek RKN telah dan sedang melaksanakan projek pembinaan kolam tadahan retention pond yang melibatkan beberapa kawasan KKP yang sering dilanda banjir iaitu KKP Bertumpu, KKP Lumapas, KKP Sibongkok dan juga KKP Lotsangkuang yang mana kolam ini nanti bukan saja berfungsi sebagai alat mentigasi banjir, tetapi pada masa yang sama juga sebagai sumber perairan pada musim kemarau.
Dalam masa yang sama diharap juga para peladang yang berkenaan untuk sama-sama mengambil tanggungjawab masing-masing terutama sekali dalam membersihkan dan memelihara longkang-longkang di dalam kawasan ladang masing-masing, bagi memastikan supaya sistem perparitan yang ada tidak tersumbat bagi mengelakkan masalah banjir.
Mengenai cadangan untuk meningkatkan penggunaan infrastruktur rumah hijau bagi menggalakkan penghasilan yang maksima dan efisien terutama sekali musim tengkujuh. Cadangan ini adalah cadangan yang sangat baik.
Pihak kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sentiasa menyarankan pengusaha-pengusaha Pertanian untuk menaiktaraf sistem penanaman daripada konvensional kepada berteknologi tinggi seperti penggunaan Rumah Hijau, internet of thing, sistem hydroponik, fertigasi dan sebagainya.
Dalam membantu para peladang yang mengusahakan tanaman jenis sayur-sayuran, bagi mengurangkan kerugian atau kehilangan hasil disebabkan oleh kejadian banjir, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga telah mengenalkan dan menyarankan penggunaan teknologi tanaman yang mudah dan mampu milik seperti menggunakan sistem bangku dan meja dan teknik tanaman yang bergantung bagi sayuran jenis buah. Melalui penggunaan bangku dan penanaman secara gantung ini akan dapat mengurangkan kesan banjir kepada pengeluaran hasil.
Berkenaan dengan cadangan untuk mengimplimantasikan kaedah dan konsep mix farming, terlebih dahulu dijelaskan bahawa definasi mix farming dalam konteks ini ialah sistem perladangan yang berintegrasi antara ternakan dan tanaman.
Seperti yang kita sama-sama maklum, keluasan ladang di negara ini tidaklah luas seperti yang terdapat di negara-negara luar yang membolehkan zoning kawasan bagi kegiatan tanaman dan ternakan secara berasingan.
Oleh kerana kawasan ladang di negara ini terhad, kedua-dua aktiviti ternakan dan tanaman adalah berdekatan dan boleh menjadi sumber pencemaran dan jangkitan penyakit serta tidak memenuhi keperluan bio security ladang. Ini juga akan menjadi halangan dalam usaha untuk menerokai pasaran export.
Manakala mix cropping adalah sistem perladangan penanaman berbagai jenis tanaman buah sayur dan perbagai tanaman dalam satu ladang. Pihak Kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan memang menggalakkan sistem perladangan seperti ini mix cropping untuk mendapatkan penghasilan cash crop sementara menunggu penghasilan tanaman utama.
Berkaitan dengan cadangan mengkaji semula research and development dalam tadbir urus pertanian. Terdapat 2 aspek yang dapat dijelaskan. Pertama berkenaan dengan tadbir urus pertanian yang memang pada masa ini terdapat garis panduan dan piawaian berkenaan amalan-amalan terbaik best practices dalam industri-industri di bawah sektor pertanian, seperti Brunei good agriculture practice, good animal practice, logo pemeriksaan veternari, standard Brunei bagi perladangan organik dan piawian-piawian bagi komiditi tanaman.
Di samping ini juga, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga telah menerbitkan panduan-panduan penanaman panduan penggunaan baja dan racun perosak secara fizikal dan juga boleh dimuat turun dalam laman sesawang jabatan untuk rujukan para peladang.
Berkenaan dengan penyelidikan pertanian. Pada masa ini sememangnya dilaksanakan bersama dengan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti IBTE, UNISSA, UBD dan agensi-agensi pendidikan luar negara seperti International Rice Research Institute, ASIAN Vegetable Research and Development Center dan Capacity Building Projects for Farmers Organisation di bawah ASEAN Corporation Projects yang memfokuskan kepada produktiviti termasuk pengurusan tanaman dari segi baja musuh perosak tanaman.
Antara projek-projek pendidikan yang sedang dilaksanakan ialah kajian kesesuaian variety padi dengan Yuan Longping High Tech Agriculture Company Limited dan juga International Rice Research Institute. Projek Penyelidikan Vertical Rice Farming bersama dengan Universiti Teknologi Brunei. Kajian pemantauan ladang menggunakan drone dan satelit, kajian keberkesanan racun musuh perosak dan juga Ready to Eat Salad bersama Just Jen Zhu dengan peladang-peladang tempatan.
Kementerian ini juga bekerjasama sebagai R&D collaborators di bawah CREATES - Council for Research and Advancement in Technology and Science, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang antaranya telah mengenal pasti beberapa projek R&D berkaitan industri di bawah kementerian ini.
Hasil-hasil kajian tersebut seperti lazimnya akan dikongsikan kepada pengusaha-pengusaha pihak industri yang berkenaan melalui seksyen industri-industri berkenaan dan juga section kemajuan pertanian daerah Jabatan Pertanian dan Agri makanan.
هانه شاءه للاpihak kementerian ini akan berusaha untuk memperbaiki tatacara penyampaian piawaian panduan dan hasil-hasil kajian agar ia dibuat secara teratur dan lebih efektif seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai keinginan untuk menambah ataupun memberi penerangan mengenai dengan perkara yang ditimbulkan. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بسمه للاه الرحمنه الرحيم
terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebenarnya ingin mohon maaf kerana terlimpas tadi untuk menambah jawapan kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dari Daerah Temburong yang mana kaola sukacita mengucapkan terima kasih atas cadangan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat.
Sebenarnya cadangan ini adalah disambut baik. Cadangan itu khususnya berkait rapat dengan makanan tradisi, tarian tradisi dan juga kegiatan kesenian kebudayaan kita.
Apabila kita bercakap mengenai pelancongan, sesungguhnya tidak lari daripada kita bercakap mengenai budaya dan cara hidup kita orang Brunei. Budaya merupakan teman rapat sepanjang hayat bagi pelancongan atau apa yang dikenali oleh pihak barat best friend forever. Mengenai cadangan Yang Berhormat itu, ia adalah selaras dengan program yang sedang diaturkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu melalui perjalanan budaya yang diungkayahkan untuk mempertingkatkan kesedaran di kalangan anak-anak sekolah mengenai tradisi dan budaya kita.
Ini termasuklah dari segi seni tarian, seni budaya dan juga daripada seni permainan tradisi kita seperti gasing, gambus dan sebagainya. Pada setiap minggu Bandarku Ceria, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka memang mengundang anak-anak untuk mempamerkan cara bermain alat tradisi Brunei seperti gambus, guling tangan dan sebagainya.
Kaola ingin kongsikan, di samping daripada kemahiran bermain alat-alat muzik ini, kita juga sedang mengatur strategi untuk menghidupkan semula seni warisan kraftangan menghasilkan alat-alat muzik ini seperti gambus.
Kita di negara ini tidak lagi ramai orang yang menghasilkan gambus. Begitu juga dengan gasing. Tidak ramai yang tahu ataupun mempunyai kemahiran untuk menghasilkan gasing. Walhal pada satu ketika dahulu ramai yang mempunyai kemahiran untuk menghasilkan gasing.
Kaola ingin mengongsikan juga strategi di dalam hubungan dua hala kita diantara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara lain (luar) kita juga ada mempunyai komponen pertukaran budaya. Dan apabila pertukaran budaya merupakan salah satu komponen untuk merapatkan hubungan antara orang Brunei dan orang di negara- negara jiran dan sudah setentunya ini merupakan peluang keemasan untuk kita menarik lebih ramai pelancong- pelancong datang ke Negara Brunei Darussalam dan memperkenalkan cara hidup kita di Negara Brunei Darussalam, tradisi kita, makanan kita dan sudah setentunya Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan.
Jadi itu saja yang dapat kaola kongsikan setakat ini ان شاء هللاakan dikongsikan lagi beberapa detail nanti apabila giliran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan nanti. ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ الرحْ َٰ َم ّن َّ الرحْ يم ال ّ ٰ ّبس ّْم َّ ّٰللا
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat kalau bercakap kalau dapat didekatkan sedikit microphone jadi kedengaran.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Bagi memulakan bicara kaola sukacita merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas mukadimah yang berkenaan dengan perancangan bagi mengurus Perbelanjaan Negara 2023.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِلdi kesempatan ini kaola ingin mengemukakan 3 soalan berkenaan perkara di bawah Tajuk SH02A - Jabatan Perhutanan.
Kaola ingin mengetahui Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berkenaan dengan lesen kebenaran menebang kayu balak kepada syarikat-syarikat pembalakan. Perkara ini berhubung kait dengan isu-isu kerosakan jalan raya dan kemusnahan ekosistem hutan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembalakan.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, kaola ingin tahu apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama sekali di dalam memelihara alam semulajadi, harta benda kerajaan dan pihak awam?
Adakah pihak-pihak penguatkuasaan sentiasa memantau aktiviti mereka dari masa ke semasa dan seterusnya kaola ingin pencerahan berkenaan dengan zon-zon kawasan pembalakan (logging zone) yang dibenarkan di Daerah Tutong.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan tersebut tadi.Dalam menjawab soalan tentang apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama sekali dalam pemeliharaan alam semulajadi, harta benda kerajaan dan pihak awam, apakah pihak-pihak penguatkuasaan sentiasa memantau aktiviti mereka dari semasa ke semasa?
Dalam menjawab soalan mengenai kemusnahan ekosistem hutan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembalakan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perhutanan sentiasa mengamalkan pengurusan hutan-hutan lestari (sustainable forest management).
Demi memastikan sumber hutan dapat digunakan dan dimanfaatkan secara berterusan. Bagi mengimbangi kepentingan alam sekitar, ekonomi dan sosial. Demi kesejahteraan rakyat dan Negara Brunei Darussalam.
Bagi memastikan aktiviti pembalakan dapat mengimbangi kepentingan-kepentingan yang dimaksudkan tersebut, beberapa perundangan, dasar-dasar dan juga garis panduan telah ditetapkan dan diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti pembalakan antaranya ialah Akta Hutan Penggal 46.
Yang kedua ialah garis panduan Sistem Tebang Pilih Brunei atau Brunei Selective Felling system guideline, dilaksanakan sejak tahun 1986 dan Dasar Penebangan, Tebang Satu Tanam Empat dilaksanakan sejak tahun 1993. Bagi opearasi pembalakan khusus sistem tebang pilih brunei atau Brunei Selective felling system, ia menekankan pengurangan kesan pembalakan kepada alam sekitar. Antaranya seperti mengehadkan diameter dan spesis pokok yang ditebang.
Memastikan adanya pokok ibu, mother of trees untuk ke generasi seterusnya. Melaksanakan kerja-kerja penanaman tebang satu tanam empat dan menghadkan kuota tahunan pembalakkan akan sejumlah 100,000 meter padu setahun. Selain daripada itu, jabatan perhutanan juga menyediakan sebanyak 3 kumpulan peraturan mengikut fasa pembalakkan iaitu aktiviti sebelum, semasa dan selepas pembalakan.
Jabatan Perhutanan akan melaksanakan pemeriksaan secara random dari semasa ke semasa selepas pembalakan bagi memastikan undang-undang dasar-dasar dan garis panduan yang telah dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembalakan jika terdapat sebarang pelanggaran maka tindakkan undang-undang akan diambil menurut peruntukan-peruntukan kesalahan di bawah Akta-Akta yang berkuatkuasa pada masa ini seperti Akta Hutan, Penggal 46.
Dalam menjawab mengenai persoalan berhubung kait dengan isu-isu kerosakan jalan raya, kaola ingin mengongsikan bahawa terdapat peraturan-peraturan pengangkutan balak-balak dari hutan dan garis panduan lori balak dan had muatan. Dalam memastikan peraturan-peraturan dan garis panduan ini dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembalakan, pihak jabatan sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan pembalakan dari semasa ke semasa bagi memastikan lori-lori balak tidak menmbawa lebih muatan daripada yang dihadkan.
Jika terdapat, pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan menurut peruntukan kesalahan di bawah Akta yang berkuatkuasa iaitu Akta Perhutanan, Penggal 46. Mengenai jalan utama yang adakalanya rosak, Jabatan Perhutanan sentiasa menekankan pada setiap syarikat pembaklakkan untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam membaiki jalan-jalan berkenaan seperti sebahagian daripada tanggungjawap sosial syarikat korporat.
Maka tindakan undang-undang akan diambil menurut peruntukan kesalahan di bawah akta yang berkuatkuasa iaitu Akta Perhutanan, Penggal 46. Mengenai jalan utama yang ada kalanya rosak Jabatan Perhutanan sentiasa menekankan kepada setiap syarikat pembalakan untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam membaiki jalan-jalan berkenaan seperti sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat korporat. أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِلperkara ini telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak syarikat-syarikat pembalakan.
Sebagai contoh, pada tahun 2019 hingga tahun 2021, syarikat telah membantu dalam kerja-kerja pembaikkan jalan-jalan rosak dengan kos perbelanjaan mereka sendiri. Jalan-jalan dimaksudkan ialah sepanjang jalan merangking menuju ke Kampung Melilas.
Berkenaan soalan kedua, zon-zon kawasan yang dibenarkan di Daerah Tutong. Mengenai soalan tersebut, kaola ingin memaklumkan bahawa kawasan pembalakan yang dibenarkan ialah di kawasan zon antara Lembah Sungai Belait dan juga Sungai Tutong. Iaitu inter riverline zone RZ, kawasan-kawasan ini di khususkan untuk penubuhan ladang hutan.
Kawasan yang terkandung ialah hutan-hutan di Mukim Rambai dan Mukim Ukong. Pada lazimnya, sebelum penubuhan ladang hutan dapat dilaksanakan Jabatan Perhutanan akan menuai hasil sumber hutan melalui syarikat-syarikat yang diberi lesen pengambilan dan hasil hutan di kawasan tersebut.
Sekian, itulah jawapan abiskaola untuk soalan daripada Yang berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
علَ ْي ُك ْم َ سالَ ُم َّ ال ُ َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُهdan salam sejahtera. بسم للا الرحمن الرحي هم
أ َ ْل َح ْم ُد ّ ٰلِلLebih dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih atas mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berkenaan di bawah Tajuk SH03A - Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Kaola menyentuh soalan dan pemantauan bagi memelihara kelesterian sungai-sungai di Negara Brunei Darussalam agar tidak dicemari dengan aktiviti-aktiviti yang terlarang dan boleh merosakkan ekosistem semula jadi sungai berkenaan seperti menangkap ikan menggunakan bahan-bahan racun dan barang-barang terlarang dan pencerobohan sungai dan sebagainya.
Sebagai contoh Sungai Belait, sungai yang terpanjang di Daerah Belait yang kaya dengan khazanah hidupan sungai dan juga ikan-ikan yang berkualiti seperti ikan tapah, antara spesis ikan air tawar yang bernilai tinggi. Ikan tapah akan mula bertelur pada bulan-bulan tertentu.
Ia bertelur antara bulan Ogos hingga bulan November, pada musim tengkujuh. Ikan tapah ini akan bertelur pada bulan tertentu sahaja dan jika habitat asal ikan ini dicemari atau dikacau, kemungkinan ikan-ikan istimewa ini mula berkurangan dan mengalami kepupusan dan menyebabkan generasi akan datang tidak berpeluang mengetahui atau menikmatinya.
Sehubungan itu, kaola memohon pencerahan apakah ada akta-akta kuat kuasa bagi menjaga ekosistem sungai dan apakah usaha dan langkah-langkah pihak kerajaan ke arah melestarikan sungai-sungai di Negara Brunei Darussalam.
Seterusnya, apakah ada usaha-usaha ke arah pembiakan semua spesis ikan seperti ikan tapah dan lain-lain spesis yang berkualiti sebagai inisiatif bagi mengelakkan kepupusan dan menjaga pos sekuriti dan juga bagi memberi pendapatan penduduk setempat dan adakah pernah pihak-pihak jabatan perikanan membuat penyelidikan berkaitan spesis-spesis ikan yang terdapat di sungai-sungai umumnya di negara kita ini yang mengalami kepupusan disebabkan pencemaran dan perubahan masa.
Seterusnya yang kedua, pertanyaan di bawah Tajuk SH04A - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
Berkenaan dengan Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan, sebanyak $500 ribu akan disediakan bagi membantu para pengusaha dan petani bagi pembiayaan baja, racun, peralatan dan mesin untuk semburan (spray). Sehubungan dengan itu kaola ingin tahu bagaimanakah kaedah penyaluran pembiayaan ini dilakukan dan apakah bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh para peladang yang terdiri daripada orang-orang kampung? Di nyatakan bila bulan Disember, bekalannya sudah tidak dapat disalurkan kerana sudah habis.
Bagi penanam padi Kandol. Kaola sukacita menyampaikan kebimbangan mengenai penduduk setempat dan memohon penjelasan berkenaan dengan proses penyemburan tanah ataupun racun penanam padi terutama sekali kaedah pembuangan sisa air takungan yang disalurkan ke sungai utama di Sungai Belait yang berdekatan, terjamin agar ia tidak akan mencemari air sungai kerana Sungai Belait adalah sumber utama bekalan air bagi Daerah Belait. Apakah proses ini mendapati standard keselamatan Health Safety Environment (HSE) yang ditetapkan?
Mengenai Jalan Singap Merangking, digunakan bagi Syarikat-Syarikat KKP Merangking, untuk kemajuan ladang-ladang masing-masing. Jalan sering mengalami kerosakan terutama sekali sewaktu hujan disebabkan kenderaan berat membawa masuk barang-barang pembinaan dan alat pertanian.
Masalah kerosakan jalan kecil tersebut menyukarkan para penduduk kampung untuk melakukan rutin harian seperti bekerja dan menghantar anak sekolah. Kaola mencadangkan bagi diambil tindakan pembaikannya, jika berlaku kerosakan bila-bila masa oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
Mengenai jalan rosak disebabkan oleh lori balak. Kaola menerangkan bahawa lori-lori yang memunggah batang-batang balak tidak dihadkan, maksudnya perkara ini tidak diambil serius kerana barang-barang yang diangkat itu melebihi daripada muatan. Ini menyebabkan jalan-jalan rosak.
Di simpang Merangking dibuat pondok oleh Jabatan Perhutanan. Tidak diketahui apa maksud pondok itu dibina tetapi ada dibuatkan had tingi kenderaan untuk membawa balak. Saya berfikir ia untuk menjaga, tetapi sekarang sudah dibuang ke tepi dan pondok itu tidak digunakan lagi, hanya untuk orang berehat-rehat sahaja. Sekian. --- Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Terdapat 5 soalan tetapi soalan 1 ada 3 bahagian lagi yang Yang Berhormat ajukan dan kaola akan menjawab satu per satu.
- Berkenaan dengan kelestarian Sungai-Sungai Brunei dan kepupusan spesies ikan. Di sini terdapat beberapa akta atau peraturan yang di bawah bidang kuasa kementerian-kementerian tertentu yang bersangkut paut terhadap penjagaan kelestarian sungai dan perairan di negara ini. Sebagai contoh Environmental Protection and Management Act under SHENA, prevention of pollution of the sea order under MPABD.
Di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu Jabatan Perikanan ada mempunyai Perintah Akta Perikanan 2009 dan dengan peratuan-peraturan yang berkaitan. Abiskaola fokus kepada Akta Jabatan Perikanan. Di bawah Akta Perikanan 2009, sebahagian alat yang merosakkan ekosistem tidak dibenarkan menggunakannya, seperti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan, racun ataupun spray gun.
Bagi memeliharaan kelestarian sumber perikanan di perairan negara termasuk sungai-sungai, undang-undang ini juga memperuntukan bagi semua alat digunakan untuk menangkap ikan hendaklah dilesenkan. Ini membolehkan Jabatan Perikanan untuk mengehadkan jumlah dan jenis alat-alat penangkapan ikan terutama yang mempunyai impak negatif terhadap sumber-sumber perikanan seperti kabat, tugu, kilung dan lintau.
Pihak Jabatan Perikanan juga dengan kerjasama erat bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis Marin dan juga Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, selalu menjalankan rondaan bersama di kawasan perairan kitani demi memastikan undang-undang dan peraturan tersebut dipatuhi.
Selain usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, Jabatan Perikanan juga melaksanakan program-program untuk meningkatkan populasi spesies ikan air tawar dan udang yang diketahui sekarang dalam jumlah yang menurun.
Secara khusus sejak tahun 2000, Jabatan Perikanan telah melaksanakan program restocking dan pelepasan benih udang galah dalam usaha menambah stok udang galah dan memperkayakan sumber nilai tinggi di perairan negara. Yang terkini pada bulan Julai 2022, kita telah melepaskan benih udang galah di Sungai Temburong dan Sungai Tutong.
Usaha ini akan dilaratkan lagi kepada spesies ikan dan juga udang lain termasuk ikan tapah yang terdapat di perairan negara, terutamanya sungai-sungai Brunei yang berpotensi untuk dikomersialkan. Selain itu, pihak Jabatan Perikanan juga melaksanakan pemantauan kualiti air seperti air kemerah-merahan, tahap oksigen PH dan tahap kemasinan air di sungai-sungai berdekatan dengan kawasan ternakan ikan dalam sangkar.
Akhir sekali, berkaitan dengan penyelidikan mengenai spesies ikan di sungai-sungai yang hampir pupus. Buat masa ini belum ada sebarang penyelidikan dilaksanakan bagi mengesahkan kepupusan populasi spesies ikan tawar disebabkan oleh pencemaran. Walau bagaimanapun, pada masa ini Jabatan Perikanan membuat survey stock assesment melalui alat-alat tangkapan nelayan di kawasan perairan teluk dan Sungai-Sungai Brunei bagi mendapatkan maklumat bagi spesies ikan di kawasan tersebut. Jika selesai dapatan-dapatan dari survey tersebut akan dikongsikan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Sehubungan itu pihak Jabatan Perikanan akan membuat penyelidikan dengan institusi penyelidikan tempatan dan luar negeri ke atas spesies ikan air tawar yang berpotensi untuk dikomersialkan, yang memerlukan penyelidikan yang lebih terperinci seperti mengenal pasti kawasan pembiakan, musim pembiakan, kitaran hidup dan sebagainya.
Kaedah penyaluran bantuan Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan. Berkenaan dengan Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan. Skim ini terbahagi kepada 2 kategori utama, iaitu:
Insentif Keperluan Asas, iaitu infrastruktur asas seperti jalan utama ladang, saliran utama, sumber bekalan tenaga elektrik utama dan juga sumber air domestik utama; dan
Insentif Keperluan Khusus bagi ladang-ladang dikategorikan yang bukan komersial seperti baja, racun dan peralatan mesin-mesin ladang.
Dalam membantu meringankan serta mengimbangi kos operasi pengeluaran ladang, peladang dalam kategori tersebut, para peladang termasuk peladang yang terdiri daripada orang-orang kampung boleh mendapatkan bantuan SIPA dengan membuat permohonan melalui Unit Kemajuan Pertanian di daerah masing-masing.
Permohonan mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sebagai contoh komoditi sayur-sayuran, pelbagai tanaman dan florikultur serta komoditi padi yang tidak melebihi 5 hektar dan komoditi buah-buahan yang tidak melebihi 7 hektar.
Bagi soalan yang ketiga, keterjaminan Sungai Belait di kawasan Kandol tidak dicemari pada awal permulaan inisiatif penanaman padi di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP), Kandol. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Teknikal telah ditubuhkan bersama-sama keahlian dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelacongan dan Kementerian Pembangunan.
Peranan jawatankuasa ini ialah untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti pembukaan hutan, penyediaan infrastuktur, pembukaan ladang dan penanaman padi adalah selaras dengan piawaian bagi memastikan kelestarian hutan dan alam sekitar diambil kira dan mampan.
Detailed Environmental Impact Assessment telah dilaksanakan pada tahun 2011 dan seterusnya Environmental Monitoring and Management Programme dilaksanakan mulai tahun 2019. Berkenaan dengan penyuburan tanah di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP), Kandol Kandol, Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd. bekerjasama erat dengan pihak Jabatan Pertanian Agrimakanan mengenai program penyuburan tanah bagi memastikan bahawa jumlah serta masa baja termasuk ditabur adalah bertepatan dengan keperluan tanaman dan tidak berlebihan. Pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan memeriksa tahap kesuburan tanah di ladang kawasan Kandol dari semasa ke semasa.
Di samping itu, sebelum air yang disalirkan ke ladang dilepaskan ke sungai, ia akan ditakungkan lebih dahulu silt trap pond bagi mengurangkan sediment serta ia dilepaskan di sungai.
Projek penanaman padi Kandol juga dilengkapi dengan sistem pemantauan kualiti air oleh Jabatan Perkhidmatan Air bagi memastikan projek ini tidak menjejaskan kualiti air Kuala Belait.
Bekenaan dengan soalan keempat, aduan bahawa jalan kecil di Merangking yang rosak انه شاءه للاperkara ini akan diambil perhatian bagi mengelakkan kesusahan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.
Berkenaan soalan yang kelima ialah lori balak yang merosakkan jalan raya seperti yang saya nyatakan tadi, pihak Jabatan Perhutanan sering membuat rondaan dan juga spotcheck kepada lori-lori balak tersebut yang dilihat melebih muatan akan diambil tindakan sewajarnya.
Begitulah Yang Berhormat Pengerusi jawapan kaola berkenaan dengan soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola sebagai menambah maklumat tambahan persoalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman mengenai akta-akta penguatkuasaan bagi menjaga ekosistem sungai daripada pencemaran.
Kaola ingin mengongsikan bahawa satu perintah alam sekitar yang di bawah kuasa Kementerian Pembangunan iaitu Perintah Perlindungan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar 2016 (Environmental Protection and Management Order 2016) yang telah diwartakan dan penguatkuasaan perintah ini dilaksanakan secara bperingkat oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi selaku authority yang berkuasa dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan perintah ini.
Perintah ini secara ringkasnya ialah untuk melindungi dan mengurus alam sekitar dari sebarang pencemaran sama ada pencemaran udara, air dan tanah termasuk sungai-sungai di mana ia adalah kewajiban setiap individu di negara ini untuk mengambil lagkah-langkah bagi memastikan perlindungan dan pengurusan alam sekitar bagi mencegah mengurangkan atau mengawal sebarang bahaya yang boleh mengakibatkan pencemaran atau kerosakan kepada alam sekitar.
Merujuk kepada persoalan tadi, melihat dari aspek penjagaan, pemantauan sungai-sungai di negara ini salah satu peruntukkan dalam undang-undang yang disebutkan tadi iaitu di bawah Seksyen 9. Mana-mana orang yang mahu menjalankan aktiviti-aktiviti melibatkan sungai mestilah menghadapkan permohonan lebih dahulu dan memberikan kepastian akan syarat-syarat keperluan supaya sebarang pencemaran yang boleh merosakkan ekosistem sungai itu dapat dibuat pencegahan sama ada bagi tujuan pertanian, perparitan, pengaliran pertanian, perikanan, pembalakan dan juga Foresty Hazards.
Satu persoalan tadi yang disebut mengenai dengan pencegahan yang dibuat dalam kerja-kerja infrastruktur yang telah dibuat di pembukaan kawasan tanah padi secara komersial yang dibuat di Kawasan Kandol iaitu satu tanah yang berkeluasan 500 hektar di Daerah Belait Fasa 2.
Kerja-kerja ini melibatkan penyediaan kolam sediment yang disediakan bagi mengawal saliran sebelum air yang memasuki sungai utama, Sungai Belait. Ini adalah langkah pencegahan yang telah dibuat di sana dalam design dan juga struktur pembinaan kawasan komersial penanaman padi ini nanti. Jadi, semasa pembinaan juga, pemantauan kualiti seperti pengambilan sampel dan analisis selaras dengan keperluan undang-undang ini telah dibuat dan sentiasa dipantau. Itulah serba sedikit tambahan daripada jawapan Yang Berhomat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengenai dengan persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih Yang Berhomat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya kira permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhomat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak buah kampungnya.
Ada baiknya perkara ini diteliti supaya ia tidak akan melarat walaupun nampaknya remeh, pada misalnya kepupusan ikan dalam satu sungai tetapi ia akan membawa akibat yang lebih mendalam lagi jika sekiranya kita tidak meneliti perkara seperti itu. Jadi, saya minta kepada Ahl-Ahli Yang Berhormat supaya perkara seperti ini akan dapat juga ditunduki oleh agensi-agensi kerajaan dengan teliti.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
الرحْ يم َّ الرحْ َٰم ِن َّ ّٰللا ِ ِبس ِْم ه
السالمه عليكمه ورحمةه للاه وبركاته, dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, terlebih dahulu kaola sukacita mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama membincangkan bagi Peruntukan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Begitu juga ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang telah pun memberikan mukadimah awal tentang belanjawan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang begitu komprehensif serta menjelaskan hala tuju kementerian berkenaan.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat-sangat menggalakkan bagi pengeluaran produk-produk keluaran Negara Brunei Darussalam menembusi pasaran serantau malahan di peringkat antarabangsa.
Kita bersyukur ke hadrat لل سبحانه ه وتعالى salah satu daripada produk tersebut iaitu udang telah berjaya dieksport pengeluarannya seperti Singapura, Jepun, United States dan negara-negara yang lain.
Walau bagaimanapun, pengusaha-pengusaha ini menghadapi cabaran-cabaran seperti yang difahamkan sering terjadi terputus bekalan-bekalan elektrik di kawasan Kolam Ternakan Udang di Mentiri yang berulang kali semenjak dari tahun lepas. Ini sudah setentunya menyebabkan kerugian yang amat besar dan menyebabkan kematian udang yang dipelihara.
Oleh sebab itu juga produk-produk syarikat pengeluaran udang sering berhadapan dengan risiko tinggi dan seterusnya menyusahkan syarikat-syarikat berkenaan kerana menjejaskan menghantar hasil pengeluaran udang untuk dieksport.
Jika sekiranya kejadian seperti ini berterusan dan mengalami kerugian yang besar dikhuatiri syarikat-syarikat berkenaan tidak berkesanggupan untuk mengeksport udang dan lebih menyedihkan lagi jika terpaksa menutup perniagaan mereka.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan dan Industri Asas Tani (JPITA), Hjh Mariam Hj Morsidi berkata pihaknya sedang mengkaji kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak syarikat-syarikat berkenaan.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل Pihak kerajaan telah dapat memulihkan semula bekalan elektrik di tempat-tempat tersebut. Walau bagaimanapun, untuk diambil perhatian bagi mengelakkan berulangnya kejadian sedemikian pada masa akan datang maka sukacita kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dalam mengatasi isu ini supaya pengusaha-pengusaha tempatan lebih confident, lebih berdaya saing dan lebih sustainable pada masa-masa akan datang.
Isu kedua, adalah dimaklumi juga antara satu program Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan supaya dapat menyumbangkan kepada peningkatan pertumbuhan jumlah ketibaan pelancong-pelancong ke negara ini.
Pertumbuhan perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan di negara ini dapat juga menyumbangkan secara signifikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri (KDNK) seperti negara-negara lain tidak dinafikan industri pelancongan berperanan sebagai penyumbang salah satu daripada sumber pendapatan negara kerana mendatangkan siginifikant dalam meningkatkan sosial ekonomi negara seperti penambahan lagi peluang-peluang pekerjaan, memperluaskan aliran-aliran industri dan perkhidmatan berkenaan yang boleh mengembangluaskan lagi peluang-peluang perniagaan dalam kalangan peniaga-peniaga, Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana.
Dari indikator Jabatan Kemajuan Pelancongan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menyasarkan jumlah pelancong ke negara ini melalui udara sangat rendah iaitu bagi tahun 2022/2023 seramai 33,431 orang. Mungkin juga dalam tahun 2023/2024.
Begitu juga kalau kita rujuk kepada peruntukan di bawah Kod Akaun 1104-0005 Kemajuan Indsutri Pelancongan dan perusahaan dan perindustrian produk-produk pelancongan bagi Jabatan Kemajuan Pelancongan juga menurun dari seramai 670,000 orang pada tahun 2022/2023 kepada seramai 580,000 orang bagi tahun 2023/2024. Sedangkan kementerian ini berhasrat untuk meningkatkan lagi pelancong masuk ke negara ini.
Ini salah satu daripada cabaran investment dalam industri ini semakin menurun. Walau bagaimanapun, kaola ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan apakah strategi dan inisiatif-inisiatif yang lebih efektif dan sangat berkesan bagi kementerian ini dalam rangka jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menyasarkan lebih ramai lagi menarik pelancong, bukan sahaja dari udara dan darat malahan seperti perairan laut (cruise ship).
Perkara seterusnya, beberapa negara maju seperti United Kingdom, Germany, France dan Singapore dan lain-lain membuat pelaburan di luar negara untuk membolehkan produk yang diperlukan dimasukkan ke dalam negara berkenaan. Produk tersebut bukan sahaja dikeluarkan secara skala besar tetapi juga kos pengeluaran sangat rendah dan kos efektif dibandingkan jika produk yang berkenaan dikeluarkan dalam negara berkenaan.
Apa yang ingin saya bangkitkan, good practice yang diguna pakai oleh negara-negara berkenaan boleh dijadikan contoh dalam negara ini menuju ke arah keselamatan makanan negara yang terjamin khususnya pengeluaran beras. Tidak dinafikan pihak kerajaaan berusaha secara terus-menerus bertanam ladang padi secara bersekala besar tetapi penghasilan pengeluaran padi tersebut kemungkinan tidak dapat memenuhi sebanyak 100% kepada keperluan beras negara.
Oleh yang demikian, kaola ingin menyarankan untuk dipertimbangkan bagi pihak kerajaan atau LGC menanam pelaburan di luar negara seperti di negara-negara Indonesia, Laos, Cambodia dan lain-lain yang mempunyai kedudukan politik yang stabil dan tanah yang subur bersesusaian untuk bertanam padi secara berskala besar dan produktiviti sangat menggalakkan berasaskan kepada pengalaman di negara berkenaan.
Kos pengeluaran hendaklah diambil kira iaitu sangat rendah apatah lagi tenaga pekerja yang ramai. Ini bukan sahaja berupaya untuk menjamin kedudukan pengeluaran hasil yang selamat di samping kita juga mengeluarkan hasil padi di negara ini. Ada juga kemungkinan hasil pengeluaran beras tersebut di luar negara dari pelaburan yang dibuat, kemungkinan dapat dieksport ke negara-negara lain yang berupaya menjamin hasil pendapatan negara.
Akhir sekali, ingin kaola sampaikan tentang pemasaran. Apa yang sering dihadapi oleh Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana, isu pemasaran atau marketing bagi pengeluaran produk masing-masing kebanyakan mereka ini hanyalah berkemahiran mengeluarkan produk tertentu seperti produk kraftangan, makanan tradisi dan produk-produk seumpamanya.
Cabaran yang sering mereka hadapi tentang marketing atau pemasaran. Kaola ingin pencerahan adakah pihak kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan sebuah agensi mempromosi produk-produk tempatan atau sekurang-kurangnya menyediakan platform yang strategik bagi membantu pemasaran produk-produk tempatan.
Dengan wujudnya bantuan pemasaran sedemikian, kaola percaya ialah salah satu daripada insentif kepada mereka yang berkenaan untuk mengeluarkan lebih banyak lagi produk-produk yang berskala besar. Itulah yang dapat kaola timbulkan di sini dan sekali lagi kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan disudahi dengan, ُو السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof berkenaan dengan beberapa soalan yang telah diajukan.
Berkenaan way forward bagi mengatasi masalah terputusnya bekalan elektrik bagi kawasan-kawasan aquaculture di negara ini. Memang diakui bahawa bagi setengah-setengah kawasan, cabaran yang benar-benar yang dihadapi oleh Jabatan Perikanan ialah kecukupan bekalan-bekalan tenaga elektrik dan juga bekalan air.
Dalam mukadimah kaola tadi ada menyebutkan bahawa priority utama ialah untuk mengukuhkan lagi penyediaan infrastruktur-infrastruktur kepada kawasan-kawasan tersebut seperti di kawasan Mentiri, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, ada mitigation measure telah dibuat.
Ada juga 2-3 tempat di Sungai Paku, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan beberapa langkah-langkah interim untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik.
Tetapi pada jangka sederhana dan juga jangka panjang, untuk menyediakan bekalan elektrik di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) sebagai bahan asas infrastruktur bagi memastikan bahawa semua kawasan-kawasan yang mempunyai strategik seperti di Mentiri, Sungai Paku, Keramut yang banyak pengusaha-pengusaha udang dan perikanan akan dapat menikmati kawasan keberadaan bekalan elektrik dan air yang mencukupi bagi membolehkan mereka memaksimakan dan meoptimakan pengeluaran mereka.
Ini sama juga dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Kawasan-kawasan kemajuan pertanian pun juga cabarannya sama, some areas mempunyai kekurangan bekalan tenaga elektrik dan juga air.
أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan juga Jabatan Perkhidmatan Elektrik sedang bekerja bertungkus lumus untuk memastikan bahawa projek-projek di bawah RKN-11 akan berjalan dalam masa tahun ini, ان شاء هللا.
Berkenaan strategi utama untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelancong. Masa ini seperti yang kaola nyatakan tadi, pihak Jabatan Pembangunan Pelancongan dengan kerjasama Bahagian Industri dan Eko-Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, sedang menyediakan peta jalan untuk memajukan industri pelancongan, Industry Roadmap di mana dalam peta jalan itu terdapat strategik jangka pendek, sederhana dan panjang hingga tahun 2035 untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang boleh terkenal dengan industri pelancongannya.
ان شاء هللاdengan adanya pelan-pelan strateginya dilengkapi dengan program-program dan juga projek-projek akan dapat sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi usaha ‘kitani’ mendatangkan lebih ramai pelancong-pelancong di negara ini.
One of the major back bones ialah masa ini didapati sebagai contoh, aktiviti-aktiviti pelancongan yang ada diusahakan di peringkat kampung, mukim dan juga daerah, ada gap antara sana dan juga pihak agen-agen pelancongan. Dengan adanya strategi untuk match mereka antara agen pelancongan dan juga pengusaha-pengusaha, penyedia-penyedia aktiviti pelancongan di peringkat daerah, kampung dan mukim akan dapat memperkayakan lagi pakej-pakej pelancongan yang ada di negara ini, yang unik dan juga lain ‘walih’ daripada negara-negara jiran, ان شاء هللا.
Berkenaan dengan possibility of GLC’s untuk meningkatkan sekuriti makanan terutamanya padi. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, dengan kerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi, we are now looking at the possibility of GLC kitani investing together with relevant suitable partners di negara-negara jiran bagi sama-sama untuk co-invest bertanam bukan sahaja di negara ini, malah juga possibly di luar negeri untuk menambahkan lagi stok bekalan makanan beras yang secure untuk negara ini dan juga untuk mengembangkan sebagai satu pelaburan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof tadi untuk dieksport ke luar negeri, ان شاء هللا sedang dalam peringkat penelitian oleh kedua-dua kementerian Yang Berhormat Pengerusi.
Bagi masalah pemasaran. Sebenarnya masalah pemasaran ini banyak dihadapi oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana terutama sekali di Bahagian Pertanian, Sumber-Sumber Utama. Kebanyakannya mereka ini seperti mikro di rumah dan strategi di employ dan disediakan. Strategi pertama yang simple diadakan ialah ‘Pasar Kitani’ di mana aktiviti-aktiviti ‘Pasar Kitani’ yang diadakan pada hujung minggu Sabtu dan Ahad di Pusat Hortikultur Rimba, di mana Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dapat menjual barang-barang mereka.
Ini bukan sahaja tanaman dan buah-buahan, malah agrimakanan dan juga barang kraftangan yang dibuat dalam 1Kampung 1Produk. That is what disediakan untuk kecil-kecilan dan di samping itu bagi yang more advanced sedikit, usaha untuk membuat business matching.
Ertinya, business matching antara pengusaha dan pengeluar pembeli itu dibuat. Masa ini أ ْلح ْمدُ ِ هلِل, terdapat business matching antara major perusahaan-perusahaan agrimakanan juga pengeluar-pengeluar primary production yang mana أ ْلح ْمدُ ِ هلِلtelah menjayakan dan berhasil seperti pihak peladang dan juga pembeli seperti Gropoint. Ada juga pihak Ghanim dengan syarikat pengusaha agrimakanan untuk dijual ke luar negeri, dipakej dan dijual di sana.
Dengan adanya seperti Syarikat Ghanim yang fokus kepada eksport, I think ini ialah another avenue di mana kalau syarikat-syarikat seperti membuat keropok udang dan pisang yang ingin mengembangkan lagi pasaran mereka. Mereka memang digalakkan untuk bekerja erat dengan Syarikat Ghanim untuk membantu mereka dalam bidang pemasaran. Di samping ketiga-tiga cara ini, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga menggalakkan pengusaha-pengusaha tempatan dalam mempromosikan produk-produk mereka keluar negeri. Jadi, jika mempromosikan keluar negeri dibawa ke ekspo antarabangsa, pihak kementerian juga seperti jabatan-jabatan dibawahnya seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan juga memberi guideline dan bantuan dan panduan bagi making sure that produk-produk ini compliant dengan import requirement syarikat-syarikat dan negara yang bakal mereka terokai.
Itu adalah antara inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bersama dengan agensi-agensi yang lain dalam mengusahakan untuk memasarkan produk-produk tempatan di negara ini.
Kalau dilihat masa ini one of the challenges that we have at the moment is bekalan seperti yang faced by Ghanim, bekalan yang akan dieksport itu tidak mencukupi. Jadi, we need to strengthen jua the production capacity of the pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana itu. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ُعلَ ْي ُك ْمه َو َرحْ َمةُه للاِه َو َب َركَاتُه َّ ال dan َ سالَ ُمه salam sejahtera. بسم هللا الرحمن الرحيم َ َّ َّـَلةُ َوال َ س َـَل ُم عَلى أش ْـرف َ ال َح ْم ُد هلل َرب العَالَم ْينَ َوالص َ األ َ ْنبيَـاء َوال ُم ْر َسل ْيـن
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kaola ikut serta dalam perbincangan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kerana mengongsikan inisiatif yang telah diusahakan dan tumpuan-tumpuan yang akan dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2023/2024.
Kaola mengucapkan tahniah dan syabas diatas inisiatif-inisiatif tersebut. Cuma ada beberapa perkara yang ingin kaola kongsikan mungkin untuk pencerahan mahupun sebagai cadangan sahaja.
Kaola menyambut baik sasaran petunjuk prestasi utama Kementerian Sumber- Sumber Utama dan Pelancongan mengenai nilai pengeluaran dari sektor Pertanian, Perikanan dan Perhutanan.
Kaola berpendapat lebih banyak, lebih baik. Kaola berharap ianya akan dilipat gandakan supaya rantaian pembekalan (supply chain) akan lebih terjamin dan kadar eksport negara akan lebih meningkat. Kaola juga mengalu-alukan usaha Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan baru-baru ini dengan membuka ‘Pasar Kitani’ bagi memasarkan produk-produk tempatan.
Pentingnya ia harus dipantau supaya 'Pasar Kitani' ini benar-benar dipastikan ianya dimiliki, diusahakan dan penjual-penjualnya orang kita. Semoga dengan adanya banyak barang-barang asasi ini dihasilkan di negara ini, ianya sedikit sebanyak ' ان شاء هللا' akan membantu menurunkan harga barang-barang tersebut.
Kaola rasa ini adalah salah satu langkah kita untuk menurunkan kos sara hidup untuk barang-barang keperluan asas dalam jangka sederhana dan panjang disamping untuk menyahut dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terutamanya mengenai sekuriti makanan.
Cuma kaola berharap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan dapat membantu pengusaha-pengusaha yang benar-benar berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka untuk dieksport keluar negeri dengan mengadakan strategic alliance dengan negara-negara jiran untuk membolehkan eksport kita menembusi pasaran negara-negara tersebut.
Yang Berhormat Pengerusi, semasa sesi muzakarah dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, kita telah dimaklumkan mengenai usaha belia-belia yang mengadakan modern farming di Kampung Tungku.
Kaola berharap usaha ini akan dapat diperbanyakkan lagi dan bantuan diberikan untuk memasarkan produk-produk mereka.
Juga penting ialah supaya usaha ini disocialise atau diberigakan secara extensive untuk menarik lebih banyak lagi minat belia-belia ini untuk menceburkan diri dalam modern farming ini.
Mungkin satu segmen khas perlu dibuat dalam RTB untuk menampilkan usaha-usaha belia ini dan PMKS secara keseluruhannya dalam pertanian, perikanan dan apa jua bisnes yang lain.
Jika ianya telah ada, mungkin ianya perlu dikemaskinikan supaya ianya bukan sahaja akan menonjolkan aktiviti PMKS ini, bahkan untuk menjadikan promotional tools kepada bisnes PMKS ini.
Bercakap mengenai belia bertani ini, kaola juga cenderung untuk mencadangkan supaya diadakan semula extra-curricular activity di sekolah-sekolah yang dapat menjinakkan dan membuka minda penuntut untuk menceburi bidang pertanian.
Persepsi yang bidang pertanian ini adalah manual jobs, tidak menguntungkan dan tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang-peladang perlulah diubah.
Mungkin Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan dapat mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan inisiatif ini.
Yang Berhormat Pengerusi, perkara kedua ialah mengenai sasaran kementerian yang berkaitan dengan kedatangan pelancong. Perkara ini telah pun disentuh secara panjang lebar oleh Yang Berhormat tadi. Oleh itu, kaola hanyalah akan menambah sedikit mengenai perkara ini. Tapi kaola berpendapat sasaran-sasaran yang ditetapkan pada waktu ini direvise upward. Negara-negara di rantau ini sudah menyasarkan target yang berjuta-juta orang pelancong kerana mereka mengetahui bahawa kedatangan pelancong-pelancong ini bukan sahaja akan membawa inflow kewangan ke negara mereka tapi juga sekaligus akan meransang pertumbuhan ekonomi terutama dalam industri perkhidmatan termasuk hotel, restoran, transportation, perdagangan, retail dan lain-lain lagi.
Ia juga boleh membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk tempatan. Setakat yang kaola perhatikan, usaha kita dalam mempromosikan pelancongan ini adalah kurang agresif. Promosi kita masih di tahap sederhana.
Yang Berhormat Pengerusi, perkara kedua ialah mengenai sasaran kementerian yang berkaitan dengan kedatangan pelancong. Perkara ini telah pun disentuh secara panjang lebar oleh Yang Berhormat tadi. Oleh itu, kaola hanyalah akan menambah sedikit mengenai perkara ini. Tapi kaola berpendapat sasaran-sasaran yang ditetapkan pada waktu ini direvise upward.
Negara-negara di rantau ini sudah menyasarkan target yang berjuta-juta orang pelancong kerana mereka mengetahui bahawa kedatangan pelancong-pelancong ini bukan sahaja akan membawa inflow kewangan ke negara mereka tapi juga sekaligus akan meransang pertumbuhan ekonomi terutama dalam industri perkhidmatan termasuk hotel, restoran, transportation, perdagangan, retail dan lain-lain lagi. Ia juga boleh membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk tempatan. Setakat yang kaola perhatikan, usaha kita dalam mempromosikan pelancongan ini adalah kurang agresif. Promosi kita masih di tahap sederhana.
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, kita masih boleh mengekalkan strategi pelancongan yang selective namun sektor pelancongan ini amat luas bidangnya sebagai misal dalam bidang pelajaran, perubatan, conferencing dan sport tourism dan lain-lain lagi. Yang pentingnya adalah koordinasi diantara agensi-agensi ini untuk sama-sama memasarkan produk-produk kitani secara bersepadu.
Yang Berhormat Pengerusi. Di negara ini sudah ada boarding school yang mempunyai standard yang tinggi. One of the best di rantau ini, mungkin juga di arena antarabangsa. Begitu juga hal ehwal urusan persidangan, sebenarnya kita mempunyai potensi menjadi conferencing centre di rantau ini kerana kita mempunyai kemampuan charm and hospitality untuk menjadi host kepada aktiviti-aktiviti tersebut.
Samalah juga halnya dengan medical tourism, kita sudah mempunyai facilities dan equipment yang canggih yang tidak terdapat di Borneo ini dan ada juga mempunyai mesin yang sophisticated yang hanya dimiliki oleh empat, lima buah negara di dunia ini.
Pembukaan Gleneagles JPMC dan pembinaan Specialist Centre di Jerudong misalnya bukan sahaja bertujuan untuk memberikan perkhidmatan perubatan pakar kepada rakyat dan penduduk negara ini, malahan ia juga dihasratkan untuk menarik pesakit-pesakit luar yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ke negara ini. Sebab itulah kita menjalin kolaborasi atau strategic alliance dengan institusi-institusi perubatan yang terkemuka di negara-negara lain. Yang Berhormat Pengerusi. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل usaha Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengadakan ‘December Celebration’ yang patut disambut dengan baik dan mengucapkan tahniah diatas inisiatif itu. Sudah setentunya ianya akan memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk mengenali negara sendiri dan beriadah dalam negeri. This is a noble idea dan perlu diteruskan, cuma fasiliti-fasiliti pelancongan di negara ini adalah masih terhad kaola perhatikan secara keseluruhannya peruntukan yang disediakan bagi Jabatan Kemajuan Pelancongan ini tidak banyak yang bertambah. Nampak kepada kaola ia seolah-olah untuk business as usual sahaja. Kaola berpendapat untuk menarik lebih banyak pelancong ke negara ini, ia akan memerlukan kita membina lebih banyak rangkaian infrastruktur pelancongan dan melipatgandakan usaha mempromosikan negara ini dimata dunia.
Kaola perhatikan dalam perkembangan produk dan perniagaan pelancongan dan dalam promosi dan pemasaran pelancongan, jumlah yang disediakan adalah sangat kecil dan tidak mencukupi. Kita perlu melabur lebih banyak wang untuk mendapatkan hasil yang dihasratkan, bukan semata-mata dalam bentuk kewangan sahaja malahan dari segi spinoff dan multiplier effect terutama dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Kaola berharap dalam Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang, sektor ini akan diberi peruntukan yang mencukupi supaya ia akan berjaya menarik lebih banyak pelancong ke negara ini. Kaola juga melihat terdapat satu projek khusus di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di bawah Tajuk Kecil 113-001 - Pengukuhan Produk Pakej Pelancongan Kampong Air dengan Harga Rancangan sebanyak $6 juta. Kaola berharap peruntukan ini akan dapat dimanfaatkan bagi membantu Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Kaola mengalu-alukan penerangan Yang Berhormat Menteri yang satu peta jalan akan disediakan untuk memajukan pelancongan ini. Cadangan ini adalah satu cadangan yang baik dan kaola berharap ia akan memperbanyakkan promosi, pembinaan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sasaran yang lebih agresif bagi memajukan pelancongan di negara ini secara menyeluruh.
Yang Berhormat tadi ada menyentuh mengenai projek-projek PPP yang dilaksanakan dalam bidang pelancongan ini terutamanya di Daerah Temburong. Syabas, kaola harap lebih banyak lagi di PPP yang lebih besar dirancang dan pelabur-pelabur asing yang established dalam bidang pelancongan untuk membina rangkaian pelancongan yang lebih kukuh, terarah, terkawal dan viable yang boleh menggunakan advantage dan niche yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat berkenaan dengan kebanyakkannya cadangan-cadangan bagi how to move forward. أ ْلح ْمدُ ِ هلِلI think pihak kementerian ini menyambut baik atas cadangan-cadangan Yang Berhormat tadi, bagi terutama sekali making sure that ‘Pasar Kitani’ dimiliki dan diuruskan oleh anak-anak tempatan, membuat strategic alliance dengan pihak-pihak berkepentingan di luar negara bagi akses pasaran.
I think ان شاء هللاmasa ini currently pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Kerajaan Singapura bagi memudahkan lagi more export ke Singapura. Di samping itu juga, eksport ke bukan sahaja ke Singapura, malahan juga ke Middle East dan juga ke China dengan hubungan erat key stakeholders di sana. Bagi peladang belia, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل sudah jadi target kepada pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bahawa dengan penglibatan belia akan memastikan dan menjamin kemajuan industri sumber-sumber utama dan pelancongan kerana merekalah yang akan jadi backbone dan juga sebagai ejen perubahan dimana pertanian ini bukannya present punya farming but more of agrobusiness punya farm dimana terdapat banyak keuntungan dalam pertanian ini selain daripada hanya untuk menyara diri, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Berkenaan dengan KPI dan juga pelancongan, memang diakui bahawa approach masa ini ialah conservative. ان شاء هللاpihak Kementerian Sumber- Sumber Utama dan Pelancongan akan meneliti balik semula lagi terutama sekali dengan adanya kelonggaran peraturan syarat-syarat kemasukan pelancong ke negara ini.
Berkenaan dengan promosi, strategi masa ini ialah mainly online. Promosi pelancongan masa ini ialah kebanyakkannya pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan memerhatikan bahawa the greatest impact kepada promosi dan kedatangan pelancong ialah melalui online ini, melalui mobile apps.
Itu satu perkara yang masa ini pihak kementerian akan bekerjasama erat, bukan sahaja dengan pengusaha-pengusaha mobile apps di Brunei malah juga seperti yang abiskaola mention dalam mukadimah tadi bekerjasama dengan pihak macam Booking.com, Tripadvisor, Expedia dan juga ada lagi apps yang lain untuk memastikan bahawa Brunei ini tidak ketinggalan dari segi mempromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik di rantau ini.
Dari segi infrastruktur, memang diakui bahawa masih banyak lagi perlu dibuat. Tetapi أ ْلح ْمدُ ِ هلِلmasa ini, usaha-usaha telah pun dibuat di bawah peruntukan RKN-11. Seperti yang dinyatakan tadi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ada menyediakan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan asas pelancongan di Kampung Air iaitu membina dan menaik taraf jambatan pejalan kaki dan membina mini wharf di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampung Air.
Di samping itu juga, bagi pembangunan di Daerah Temburong, melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong telah mengenalpasti 3 kawasan fokus untuk dimajukan antara lain ialah:
Kawasan Bangar iaitu mengukuhkan Pekan Bangar sebagai pusat menarik bukan sahaja pentadbiran utama tetapi menarik bagi pelancong- pelancong untuk melawat Pekan Bangar .;
Kawasan fokusnya ialah kawasan Labu yang mana kedua projek iaitu Dataran Labu (Labu Square) telah dikenal pasti sebagai satu tempat persinggahan di Daerah Temburong terdapat mixed-use development seperti kemudahan rekreasi dan F&B.; dan
Kawasan Batang Duri dan Ulu Temburong, dimana seperti yang abiskaola mention just now terdapat FDI daripada Singapura untuk memajukan Ulu-Ulu Temburong di sana. Disamping itu, tidak lupa jua pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ada projek dibawah menaiktaraf bangunan Muzium Brunei. أ ْلح ْمدُ ِ هلِل ini akan menjadi one of the major attraction yang akan menambah tempat-tempat menarik di negara ini. Seperti yang Yang Berhormat Pehin nyatakan tadi, memang ada satu projek PPP di Bukit Patoi. ان شاء هالل pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta dengan jawatankuasa penswastaan dan PPP , Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meningkatkan lagi usaha dalam menarik lebih banyak PPP yang ada significant impact kepada industri pelancongan.
Di samping itu jua, akan bekerjasama dengan pihak BEDB dalam menarik lebih ramai lagi FDI untuk melabur dari segi tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dan juga tempat-tempat lokasi yang menarik untuk di develop di negara ini.
Terima kasih. Itu sahaja hujah abiskaola tentang cadangan yang dihadapkan oleh Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih jua pada Yang Berhormat berkenaan dengan pelancongan ini.
Di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk makluman sahaja, sebanyak 65 buah negara sudah dalam Visa Waiver Program yang membolehkan mereka masuk tanpa visa ke Negara Brunei Darussalam dan usaha-usaha dalam menarik pelancongan atau memudahkan kemasukan pelancong-pelancong di negara ini sebagai contoh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah menyediakan E-Arrival Card secara online yang memudahkan pelancong asing untuk mengisikan secara online sahaja daripada berbaris di lapangan ان شاء الله terbang antarabangsa dan jua nanti dengan penaiktarafan Border Management System ini, sistem E-Gate akan dinaiktaraf dan itu akan memudahkan kemasukan pelancong di negara ini.
Jadi, tanpa compromise keselamatan Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja yang dapat kaola tambah Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ّبْسّم ٰاللّّٰالَّرْحََٰمّنالَّرْحيمالَّسلاَُم َعلَْيُكْمَوَرْحَمةُاللهَّوَبَرَكاتُهُ Kaola ingin menambah saja mengenai soalan mengenai Medical Tourism. seperti yang semua maklum jua Kementerian Kesihatan memang sudah lama mengenalpasti Pelancongan Perubatan ataupun Medical Tourism ini sebagai salah satu industri yang boleh atau berpotensi untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara lain pelancongan perubatan banyak dilaksanakan melalui sektor perubatan swasta. Di Negara Brunei Darussalam, pihak Kementerian Kesihatan amat mengalu-alukan pelaburan dalam sektor kesihatan bukan sahaja melalui sektor perubatan swasta dan government link companies dalam negeri malah juga terbuka dalam mempelopori pelaburan daripada pihak- pihak perubatan swasta dari luar negara yang mampu menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai regional hub dalam bidang perubatan tertentu. Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan, infrastruktur dan teknologi canggih dalam dunia perubatan.
Pada masa ini, perlaksanaan pelancongan perubatan bolehlah dipromosikan oleh institusi-institusi perubatan swasta di negara ini. Dalam pada itu, pencapaian sektor perubatan swasta telah memperolehi pengiktirafan piawaian antarabangsa seperti Joint Commission International (JCI) berupaya menarik pesakit-pesakit dari luar negara dan sekaligus berpotensi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi yang terbaik bagi pelancongan perubatan.
Sebagai contoh, kemudahan rawatan pemindahan jantung atau organ transplant yang akan dikenalkan di Negara Brunei Darussalam melalui kerjasama antara Jerudong Park Medical Centre dengan institusi perubatan luar negara. Kemudahan ini akan menjadikan satu-satunya Pusat Rawatan Pemindahan Jantung Organ di Borneo sekaligus memberikan kemudahan kepada pesakit tempatan untuk menjalani prosedur ini di dalam negeri. Adalah juga difahamkan bahawa pihak institusi perubatan swasta khususnya Jerudong Park Medical Centre dan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) sedang berusaha untuk menyediakan strategi-strategi pemasaran yang lebih holistic untuk mempromosikan perkhidmatan perubatan di peringkat antarabangsa di samping mengenal pasti sasaran yang bersesuaian mengikut pasaran masa kini ke arah mewujudkan eco-system pelancongan perubatan yang kukuh dan berdaya saing.
Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan termasuk menyertai pelbagai pameran-pameran antarabangsa bagi menaikkan brand JPMC dan PJSC dengan mengetengahkan berbagai bidang-bidang perubatan yang merupakan antara yang terbaik di JPMC seperti InVitro Fertilisation, Orthopedics Joint Replacement, Sports Medicine dan sebagainya.
Dalam pada itu juga, أ ْلح ْمدُ ِ هلِل , Gleneagles JPMC juga adalah salah satu pusat jantung swasta yang diiktiraf dan menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan jantung dan cardiovascular yang setanding dengan institusi terkenal di rantau ini. Tambahan lagi PJSC melalui The Brunei Cancer Centre, Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre, Maxillofacial, Facial Plastic and Reconstructive Surgery Centre juga mempunyai potensi untuk menyumbang kepada perkembangan pelancongan perubatan. Kerjasama dengan pihak- pihak agensi pelancongan juga akan diterokai bagi memasukkan perkhidmatan yang diberikan oleh JPMC,PJSC ke dalam pakej-pakej percutian dan mempromosikan pusat- pusat perubatan ini sebagai satu pilihan pelancong untuk menjalani rawatan perubatan selain di hospital lain-lain di rantau ini. Dan kerjasama melalui kementerian-kementerian lain juga akan memudahkan lagi proses untuk menarik medical tourism di negara ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ههبسمه للاه الرحمنه الرحيم Kaola ingin merujuk kenyataan ataupun saranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat mengenai aktiviti pertanian untuk dijadikan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah.
Salah satu peranan Pusat STEP Kementerian Pendidikan melalui program Green School Gardening (GSG) adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada guru agar dapat melaksanakan pertanian modern di sekolah dan seterusnya memberikan pendedahan kepada pelajar mereka mengenai dengan penanaman sayur menggunakan kaedah hydroponic.
Pusat STEP telah bekerjasama dengan pihak sekolah Agro- Technology dan Sains Gunaan, IBTE Campus Agro - Technology dalam memberikan khidmat consultancy kepada sekolah-sekolah yang berminat dan ingin memulakan pertanian secara hydroponic. Mereka seterusnya akan menjalani sesi training dan coaching.
Setakat ini sebanyak 4 fasa bagi program GSG sedang dan telah dilaksanakan dari tahun 2019, 2021, 2022 dan 2023 yang melibatkan 79 buah sekolah kerajaan, 149 orang guru dan anggaran 1,938 orang pelajar di peringkat rendah, menengah dan Tingkatan 6.
Pihak sekolah adalah diberikan kebebasan melaksanakan aktiviti kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk dilibatkan mengikut kesesuaian dan kebolehan pelajar. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Untuk menambah, Jerudong International School turut memainkan peranan menarik penuntut-penuntut dari luar negara untuk tinggal di asrama JIS, seramai 30 orang penuntut dari negara China, Korea dan sebagainya.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih atas sokongan semua pihak. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya kira cukuplah dulu kita berbincang mengenai dengan tajuk ini. Saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dulu dan kita bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang bersidang dalam Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dulu kita bercakap pada petang ini. Saya mencadangkan supaya Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini kita tangguhkan untuk berhenti dan ان شاء هللا kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu hari Rabu, 15hb. Mac 2023M seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.