Skip to main content

HARI KE-10 PAGI

For Informational Purposes Only

15HB MAC 2023M - PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ ‫الرحْ يم‬ ِ ‫ ِبس ِْم ه‬Mesyuarat Pertama َّ ‫ّٰللا‬ Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kesepuluh, Rabu, 22hb. Syaaban 1444H bersamaan 15hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ َّ ‫الرحْ َٰم ِن‬ َّ ‫ّٰللا‬ ِ ‫س ِْم ه‬ ‫ أ ْلح ْمدُ ِلِله‬kita bersyukur ke hadrat ‫ هللا سبحانه وتعالى‬kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama lagi pada hari ini bersidang bagi hari yang kesepuluh di Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ‫ سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم‬kaum kerabat, para sahabat serta pengikut- pengikut Baginda yang setia lagi taat hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang Rang ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Bagi membolehkan kita meneruskan perbincangan kita membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang ini, saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan dan membahaskan Rang Undang-Undang (2023), Perbekalan (2023/2024) satu persatu. Sebelum mesyuarat Jawatankuasa ini disambung untuk membahaskan Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selanjutnya, saya difahamkan bahawa ada beberapa Ahli- Ahli Yang Berhormat Menteri Kabinet yang suka untuk memberi kenyataan dan sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ َ ‫ش‬ ‫ْـرف‬ َ ‫أ‬ ‫َلى‬ ‫ع‬ ‫س َـَل ُم‬ َ ‫ال َح ْم ُد هلل َرب العَالَم ْينَ َوالص‬ َّ ‫َّـَلةُ َوال‬ َ ‫األ َ ْنبيَـاء َوال ُم ْر‬ َ‫سل ْيـن‬ Kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi ruang untuk kaola memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang berhubungkait bekalan elektrik yang putus di ladang udang. Barangkali baik juga kaola bacakan secara lengkap soalan untuk perhatian semua.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf menyoalkan untuk diambil perhatian bagi mengelakkan kejadian mengenai terputus bekalan elektrik di ladang udang yang menyebabkan kerugian yang besar dan menyebabkan kematian pada udang-udang yang dipelihara menyebabkan syarikat yang mengeluarkan produk udang menghadapi risiko yang tinggi dan menyusahkan syarikat-syarikat berkenaan dan menjejaskan pengeluaran udang untuk dieksport. Dikhuatiri syarikat berkenaan tidak bersanggupan untuk meneruskan mengeksport udang.

Memohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk mengatasi isu ini supaya pengusaha tempatan lebih konfiden kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam pemasaran udang-udang? Kaola memohon pencerahan dalam mengatasi itu supaya pengusaha-pengusaha tempatan lebih konfiden dan berdaya saing.

Itulah di antara soalan secara lengkap diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf.

Yang Berhormat Pengerusi. Secara amnya, pembekalan elektrik yang berterusan adalah diberikan keutamaan terutama untuk memacu kegiatan ekonomi negara and mendorong pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pelbagai sektor.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan pihak autoriti yang berkenaan untuk mengongsikan terlebih awal semua perancangan yang menjurus kepada permintaan bekalan elektrik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah sektor masing-masing untuk penyelarasan infrastruktur yang bertepatan dengan permintaan yang diperlukan.

Pada masa ini, kaola juga ingin mengongsikan bahawa Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri telahpun membekalkan kuasa elektrik kepada beberapa pengusaha. Ada yang dalam peringkat pelaksanaan dan ada juga peringkat perancangan.

Ke arah ini, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri akan selalu bekerjasama rapat dengan pihak-pihak kementerian yag lain bagi memastikan perancangan yang holistik dan sejajar dengan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Dalam pada masa yang sama adalah juga wajar bagi pengusaha yang bergantung kepada bekalan elektrik dan berkemungkinan menghadapi risiko yang serupa, untuk menyediakan emergency generator persendirian sebagai backup pada setiap masa sepertimana juga yang sedia dipraktikkan dimana-mana perusahaan pada masa ini

Dikesempatan ini, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian-kementerian berkenaan dan juga para pengusaha untuk mengadakan muzakarah bagi sama membincangkan perkara yang berkepentingan ini dengan lebih terperinci

Sekian Yang Berhormat Pengerusi, penjelasan dan juga cadangan langkah ke hadapan bagi menghadapi bekalan yang terputus khususnya di ladang-ladang udang yang disoalkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Adakah lagi Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet lain yang suka untuk memberikan keterangan-keterangan lanjut mengenai dengan soalan-soalan yang dikemukakan sejauh ini ataupun semalam?

Jadi, perbahasan kita sambung semula yang mana perbahasan ini telahpun diikuti oleh beberapa orang Ahli-Ahli Yang Dilantik dan jawapan-jawapan telahpun disampaikan oleh Ahli-Ahli Menteri-Menteri Kabinet.

Maka saya sambung semula perbincangan yang telahpun kita adakan dengan pertamanya menjemput Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed untuk mengemukakan pertanyaannya.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬dan salam sejahtera.

Lebih dahulu, kaola sukacita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berkenaan dengan perancangan dan hala tuju kementerian. Kaola mohon pencerahan berkenaan dengan perkara Tajuk SH04A - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengimbau kembali akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan yang mulia ini bersempena Istiadat Pembukaaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara Majlis tahun 2018 iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.

Antara lain titah baginda, “Beta sudah menyebut berkali-kali bidang pertanian, bidang ini sangatlah mendesak untuk digerakkan”.

Kaola ingin tahu, sejauh mana keberkesanan usaha Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melaksanakan sepertimana yang dititahkan? Mohon izin minta pencerahan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه َّ ‫الرحْ َٰم ِن َّ ‫ّٰللا ِ ‫ِبس ِْم ه‬

Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, terlebih dahulu kaola ingin berterima kasih atas soalan yang diajukan berkenaan dengan setakat mana pencapaian sektor pertanian ke arah merealisasikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Seperti yang kaola nyatakan dalam mukadimah kaola, secara keseluruhannya prestasi keluaran sektor pertanian dan juga perikanan adalah meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh pada tahun 2021, ianya $781.26 juta dan tahun 2022 telah meningkat sebanyak 3% kepada $857 juta.

Abiskaola mempunyai target untuk mencapai $1 billion dalam beberapa tahun lagi. Itulah cadangan target yang ingin dicapai oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Disamping itu, kita pada masa ini sudah mengeksport keluaran-keluaran pertanian seperti yang dinyatakan bermula tahun lepas November 2022 kita sudah mulai mengeksport telur ke Singapura dan juga akan terus mengeksport telur bukan sahaja ke Singapura tetapi kepada negeri-negeri lain juga. Disamping itu juga terdapat penglibatan banyak anak belia seperti yang kaola nyatakan kelmarin, di mana seramai 162 belia telah ikut serta dalam pertanian pada tahun 2022 jika dibanding seramai 137 belia yang telah berkecimpung pada tahun 2021.

Di samping itu juga dari segi penanaman padi, produktiviti telah meningkat daripada 1 hingga 2 tan kepada 4 ke 5 tan pada tahun lepas dan dalam sedikit masa lagi akan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 7 ke 8 tan satu hektar.

Itulah antara pencapaian-pencapaian yang telah pun dicapai oleh sektor pertanian dalam merealisasikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 tahun lepas.

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, sudahkah terjawab soalan yang dikemukakan mengenai dengan ‘kewahaman’ Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Terima Kasih. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

‫ السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬dan salam sejahtera. Salam dan selawat kepada Junjungan kita ‫نبي محمد صل هللا عليه وسالم‬ dan sahabat-sahabat baginda yang jujur, lagi setia sepanjang zaman.

﷽ terima kasih diberi kesempatan membuat sumbangan dalam perdebatan pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas penjelasan berkaitan perkembangan dan pencapaian Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang mensasarkan $1.026 ribu juta (1.1 billion) kenaikan 10% revenue stream dari sasaran 2022/2023.

Kaola difahamkan kemarin dari information Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bahawa setakat Disember 2022M tahun lepas, sasaran negara belum tercapai untuk tahun ini.

Namun tahniah, kaola berpendapat kalau sasaran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menjana $1.1 bilion revenue stream tercapai dengan investment $86 juta dalam kementerian yang tidak termasuk dalam belanjawan yang ditanggung industri sendiri, mungkin dari segi kasar pulangan, ini masih good return on investment dan kalau boleh dipertingkatkan budget untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi lagi ﷻ.

Kaola ada beberapa isu untuk memohon pencerahan, beberapa cadangan untuk budi bicara Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk nilaikan kesesuaiannya dan beberapa komen dan rintihan dari rakyat awam:

Food Security Philosophy. Strategic Food Stock. Kita banyak ambil pengajaran dari pengalaman semasa pandemik COVID-19 dan isolation order di beberapa buah negara yang telah menyekat perjalanan bebas foods, goods, makanan, people dan mesin-mesin dan memberi kesan negatif kepada negara memandangkan 70% dari permakanan kita di import dari luar negeri.

Food Security dan availabilitynya dalam negara sebagai emergency stock dan strategic stock mestilah dititikberatkan dan diambil conscious decision. Semasa muzakarah kaola difahamkan pengalaman pada waktu COVID-19, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah berusaha menghubungi pembekal-pembekal makanan untuk membuat inventori makanan- makanan dalam negeri. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬pada waktu itu inventori sudah diketahui dan mencukupi.

Cadangan kaola:-

Kaola cadangkan kita mempunyai national strategy untuk memastikan food security makanan-makanan asas disimpan, diketahui di mana dan siapa yang bertanggungjawab menyimpannya setiap masa, bukan setakat by chance, nasib ada orang menyimpan.

Kaola/saya berpendapat conscious decision strategy sama ada kerajaan menempatkan makanan asas secukupnya atau dalam stor-stor negara atau ianya diketahui ada disimpan oleh pembekal-pembekal jika ini…

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat. Saya kira soalan food security ini adalah merupakan satu soalan atau pun perkara yang agak sensitive dan saya kira adalah diketahui bahawa kerajaan kita mempunyai guidelines yang tetap dan cukup matang, yang mana sudah terarah haluannya dan kita ketahui semasa pandemik COVID-19 yang kita hadapi.

Kita telah dapat menyelesaikan masalah food security kita dengan conscious, bukan unconscious, bukan secara accident tetapi dengan secara conscious olen sebab kita mempunyai framework yang tertentu dan platform yang tertentu.

Dan saya tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai dengan unconscious decision yang dibuat tadi.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Mohon maaf Yang Berhormat Pengerusi sebab semasa permuzakarahan tidak jelas dikatakan bahawa itulah conscious decision untuk…

Yang Berhormat Pengerusi

Kita berunding di sini secara terbuka dan apa pun kita cakapkan di sini selalu terkeluar daripada Dewan ini dan dilaporkan di luar sana. Jadi jangan kita dalam keadaan seolah-olah kerajaan ini tidak membuat apa-apa mengenai perkara ini.

Saya memang conscious mengenai dengan perkara in sebab kita adalah salah satu entity dalam kerajaan, yang menyokong kerajaan dan saya harap Menteri-Menteri yang berkenaan harus mempertanankan kedudukan ini. Kalau sekiranya sudah kita berkeadaan yang mana secara unconscious decision dibuat then there must be something very wrong.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas pencerahan. Saya teruskan soalan selanjutnya, terima kasih for menagur.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat. Saya tidak menegah Ahli Yang Berhormat menyuarakan soalan-soalan, saranan-saranan dan cadangan-cadangan.

Silakan. Tetapi jangan dibuat seolah-olah kerajaan kita selama ini tidak membuat apa-apa mengenai dengan perkara-perkara ini.

Kerajaan kita adalah satu kerajaan yang berdaulat, yang termaktub dalam perlembagaan kita sebagal kerajaan yang seluruh dunia mengetahui bahawa kita adalah sebuah kerajaan yang berdaulat, adil, berasaskan kepada falsafah kita sendiri. Jadi, itu harus kita pertahankan. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Yang Berhormat Pengerusi, kaola tidak berhajat untuk mencabar kedaulatan negara, hanya untuk sahaja memohon pencerahan supaya orang lebih confident dengan tugas-tugas. Kalau saya dibenarkan untuk membuat cadangan kedua dalam isu yang sama, iaitu dengan national food security ialah untuk diberigakan saja. I will stop on that isu.

Isu kedua, menjemput FDI yang ada synergy dengan kekuatan dalaman atau membantu mencapai matlamat agenda negara. Banyak sudah usaha untuk mencepatkan dalam mencapai agenda negara.

Kaola berpendapat dan mensyorkan bahawa FDI atau GLC yang kita jemput hendaklah memfokus untuk membantu kreativiti yang supplement atau membantu ke arah mencapai matlamat fokus harian kita.

Misalnya untuk membantu mencapai food security target, kaola berpendapat kitani tidak perlu dan sedang berperang dalam meningkatkan atau menaikkan pelaburan yang membawa ke arah membuat teknik farming baru atau manufacturing technology yang menggunakan jentera mesin dan automation dan membuatkan ilmu baru memfokus pada produksi-produksi high value products dalam pertanian.

Kaola berpendapat pelaburan GLC membuat syarikat joint venture dengan industri berteknologi baru yang proven elsewhere, mechanization dan automation di industri dan akuakultur akan boleh menarik lebih banyak anak-anak tempatan untuk menceburi kerja dalam industri pertanian moden.

Anak kitani tidak segan dengan kerja berat dan berpanas asalkan imbuhan dan returns sama ada makan gaji atau pun perusahan sendiri berbaloi setimpal dengan usaha.

Cadangan pertama kaola, GLC mestilah memulakan penerokaan dan melapor dalam high mechanization dan automation dalam ladang-ladang, contoh untuk membuktikan konsep to proven of concept. Peladang moden berbaloi untuk diterokai. Prove of concept the model untuk ditunjukkan what model commercial farming is all about.

Cadangan kedua, mengenai mana-mana commercial farms yang berjaya di luar negara yang menggunakan teknologi dan work practicesnya yang ingin kita ikuti atau bawa ke Brunei untuk GLC membuat pelaburan di sana agar kitani akan dapat menempatkan pegawai-pegawai pertanian kitani, peladang-peladang kitani, expose dengan kerjasama membuat research mengenai mana-mana commercial farms yang berjaya di luar negeri dengan teknologinya dan work practicesnya yang ingin kita ikuti atau bawa balik ke Brunei untuk GLC membuat pelaburan agar kitani dapat menempatkan pegawai pertanian dengan kerjasama membuat research dan expose peladang kitani menimba pengalaman.

Ketiga, memperbanyakkan tempat dan pelbagai ladang. Kod Akaun 002/001000, usaha-usaha MPRT memperbanyakkan tapak pertanian dan menaikkan generasi baru untuk menyahut cabaran bahawa bertani sebagai pekerjaan sumber ekonomi alternatif yang berdaya tahan perlu didukung dan diupload. Ini boleh dijadikan sebagai tanda petunjuk KPI akan keberkesanan inisiatif ini. The farm area opens the new place into farming.

Dalam usaha untuk membuka tempat kawasan pertanian baru jangan sampai in figures saja tapi membagi tapak biarlah tempat ada prasarana basic. Sebab tanpa prasarana basic akan memerlukan perbelanjaan capital yang besar dan mungkin prohibitive untuk first timer farmer.

Berlainlah dengan strategi dengan big established commercial farming. Justeru, kaola berpandangan kementerian hendaklah menjalankan land survey termasuk soal sampling untuk meneliti kebersesuaian tapak-tapak pertanian untuk tanaman-tanaman dan produk yang disasarkan termasuk membuka kawasan baru untuk disediakan plot-plot untuk peladang mengenal tempat yang selalu banjir flood prone areas untuk dijadikan dan disediakan prasarana untuk mengumpul air flood control dan juga untuk irrigation menyediakan prasarana untuk para peladangan.

Cadangan: -

  1. Jadikan KPI petunjuk prestasi kawasan yang dibuka baru untuk pertanian dan jumlah peladang- peladang generasi baru yang berjaya beroperasi dalam beberapa tahun selepas ia dibuka.;

  2. Sentiasa mengadakan kursus-kursus pendek untuk menaikkan ilmu peladang dengan teknik baru dan tempat sumber ilmu atau bantuan help line apabila mereka menghadapi masalah.

  3. Tingkatkan inisiatif untuk mengajar untuk mengusahakan tanaman-tanaman sampingan sebagai supplementary cash crop sementara menunggu hasil dari ladang, iaitu menanam high value crops seperti herba, salad dan menternak ikan hiasan.

    ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬ banyak peladang muda teruja peluang untuk menjemput Yang Berhormat Menteri dan mengauthorize melawat seperti melawat KKP Tungku dan KKP Lampaki bukan setakat yang berjaya dan juga melawati kawasan ladang yang mempunyai masalah yang mereka mohon pertolongan.

  4. Saya beralih pada Kod Akaun SA 002/000 dan Kod Akaun SA 004/000 Industri Pelancongan Dalam Education Sukan Antarabangsa dan Medical. Menyampuk sedikit yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dalam pelan strategik MPRT yang mensasarkan $1.026 juta, in a way $1.1 bilion industri pelancongan mensasarkan 74,000 pelawat melalui udara membawa $86 juta pendapatan. Ini lebih kurang hisabnya $1,200 seorang pelawat yang tinggal 3 hari atau pun berbelanja $300 sehari semasa berada di Brunei.

    Selain dari usaha mengkukuh-kan, memperbanyakkan dan membisaikan product premier dengan destinasi tarikan utama pelancong dalam negeri dan perkembangan produk baru.

    Kaola ingin mencadangkan dan pernah dicadangkan beberapa inisiatif baru termasuk industri bertema berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan medical tourist industry mengisi kekosongan atau menaikkan authorisation pusat the specialist center tanpa menjejaskan servis untuk orang tempatan. Berkolaborasi dengan dengan Kementerian Pendidikan, (institusi swasta) mempromo Brunei sebagai destinasi pembelajaran yang mempamerkan kekuatan institusi kekeluargaan (family values) dalam Islam, kolaborasi dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bersama Brunei Olympic Council dan agensi-agensi sukan dan negeri untuk mempromosikan negara sebagai destinasi sukan di peringkat antarabangsa dan di peringkat regional lebih-lebih lagi di peringkat youth sports development. Banyak-banyak peluang untuk menjadi tuan rumah sukan antarabangsa seperti sukan di university, youth sports including football dan seumpamanya.

    Kolaborasi dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempromosikan jambatan paling panjang di Southeast Asia dengan mengadakan international marathon di atas jambatan yang paling panjang di south east asia dan berakhir di Temburong dan mempromosikan half triathlon dengan melibatkan jambatan untuk berenang, berbasikal dan berlari dan mengambil kesempatan mempromo membawa keluar transit-transit passengers yang menggunakan Royal Brunei Airline dan Brunei International Airport untuk destinasi umrah.

    Apabila kita melihat ramai orang luar menggunakan RB dan airport untuk mereka umrah. KPI pekerjaan dalam industri pelancongan dan hospitality service dalam negeri akan meningkat dengan adanya pelancongan bertema ini.;

  5. Tajuk SA003000 - Pengeluaran Beras Negara. Kaola ingin menambah saranan Yang Behormat Pehin Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan untuk menambah hasil padi dari ladang di luar negara tetapi dari segi angle yang lain.

    Target untuk meningkatkan hasil tanaman padi negara dari target awal sub-sufficient menurun kepada 35% untuk dicapai pada tahun 2000 dan diturunkan lagi pada tahap 15% dan sekarang adalah target untuk mencapai 85% dalam tahun 2024.

    Apakah target dapatan setiap ekar (yield) padi semusim akan mendapatkan kitani kepada national agenda untuk self-sufficient dalam waktu yang ditetapkan.

    Dengan usaha gigih dengan perbelanjaan hampir $100 juta pelaburan masih mendapatkan kesukaran untuk mencapai matlamat negara untuk self-sufficient untuk beras negara.

    Untuk menangani inisiatif bekalan beras mencukupi seiring (parallel) sementara menunggu inisiatif untuk penanaman sendiri padi negara berhasil ke tahap yang disasarkan.

    Kaola berpendapat untuk dinilai kesesuaiannya untuk mensupplement inisiatif self-sufficiency ini dengan mengkukuhkan strategy security of supply dengan sumber dan jalan laluan pengimportan beras dari luar negara bukan tertumpu kepada satu lokasi atau region saja.

    Menilai kesesuaian GLC kitani untuk melabur dalam bidang ladang-ladang dan perusahaan yang sudah established di luar negara

    Mengambil kira infrastructure, research facility, sumber pekerja mahir dan murah dan keseluruhan production dari ladang itu khas untuk Negara Brunei Darussalam atau kitani have the rights of first refusal

    Strategi ini bukan sahaja dapat (1) menambah sumber attentive root of safety or supply; (2) tempat pegawai pertanian kitani menimba ilmu pengurusan dan research; (3) tempat pendedahan anak tempatan untuk latihan; dan (4) tempat penempatan peladang bekerja di luar pada ladang-ladang yang penuh automation dan mechanize

  6. Serapkan ciri pemantauan dan standard keselamatan dalam industri pertanian Tajuk SA00200 dan Tajuk SA00400 iaitu penggunaan racun baja bertoksik, stor simpanan baja chemical dan pembuangan najis dan sisa-sisa pertanian dalam tali air dan sungai menyambung saranan seruan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussaslam menekankan workplace health safety competency framework dalam titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dai Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

    Ini menunjukkan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan keselamatan dalam industri, dipantau oleh industri dan tenaga kerja yang berkelayakan. Dalam industri minyak dan gas disebabkan Workplace Health Safety Environmental Order, standard keselamatan sentiasa diberi perhatian tinggi.

    Dalam website SHENA, jumlah kecederaan sebab kemalangan yang dilaporkan dalam industri pertanian jauh lebih rendah berbanding dengan industri pembinaan.

    Ini mungkin disebabkan industri ini masih infant tetapi walaupun kecil, jumlahnya meningkat. Ini mungkin sebab kesedaran atau inisiatif melaporkan kemalangan masih ditahap permulaan dalam industri ini dan aktiviti ini belum berkembang pesat.

    Namun consequences pada pekerja, orang awam, environment dan alam sekitar disebabkan oleh penyalahgunaan chemical hindering, racun dan pencemaran sumber air kalau tidak mempunyai kesedaran awal mungkin irreversible mungkin tidak dapat dipulangkan kepada sedia kala.

    Soalan kaola, adakah usaha-usaha proaktif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk memperkenalkan atau mengamalkan satu standard SHENA dalam industri pertanian seperti memastikan kefahaman environment full standard, toxic chemical hindering dan storage standard diketahui dan diamalkan dalam industri pertanian.

    Sekurang-kurangnya menaikkan kesedaran untuk menggunakan pakaian bersesuaian yang betul dalam operasi menggunakan racun pesticides dan melaporkan incident environment yang melibatkan penggunaan berlebihan, iaitu chemical toxic yang mencemarkan sayuran dalam makanan dan juga incident yang boleh mencemarkan talian air.

    Kaola faham kitani banyak piawaian memantau standard-standard environmental protection tetapi dikhuatirkan penguatkuasaannya belum ditahap yang diharapkan. Memandangkan industri ini akan bergerak dan bergiat kembang dalam skill terbesar, kaola mencadangkan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menaikkan usaha untuk memberi kesedaran awal kepada pengusaha, peladang dan memberi notis jadual bila untuk menyerapkan SHENA work standard and work practices dalam industri pertanian.

    Melatih pegawai-pegawai pertanian untuk mendapat work health and safety environment competency standard yang perlu mereka dapat untuk menilai, menolong mereka mengerjakan kerja-kerja mereka apabila semasa lawatan dan meningkatkan pemantauan rambang untuk memastikan penggunaan bahan toxic dalam pertanian di tahap dibenarkan dan tidak ada pencemaran alam terjadi. Bagi menambah talian orang untuk orang awam membuat aduan.; dan

  7. Kuota warga negara Indonesia di Kepulauan Borneo. Apakah pihak kementerian sudah membuat penilaian peluang-peluang kerjasama dalam ekonomi pertanian, perhubungan udara, laut dan darat sama ada direct dengan agensi di Indonesia atau business community yang akan turut memajukan mengambil peluang dalam penghijrahan Ibu Kota Indonesia ke Pulauan Borneo.?

Misalnya, peluang pelaburan dalam bidang-bidang ladang menanam padi dan mana-mana peluang yang dapat digunakan untuk business community ikut serta. Kalau ada sudah peluang-peluang ini diketahui dinilai pasti perlulah diberigakan opportunity ini untuk membawa serta business community membuat pelaburan bersama.

Sedikit menyampaikan keluahan untuk disampaikan tentang frozen meat yang telah dikemuka oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Memandangkan kepada Frozen Meat import 1.6 juta tan. Frozen Meat kalau dibandingkan, kerbau 300-kilogram dan dagingnya dalam 100-200kilogram, 1.6juta metric ton equivalent to 6-7 ribu ekor kerbau di impot sebagai frozen meat walhal consumption tahunan daging mentah negara hanya 2,000 ekor setahun.

Keluahan penternak ialah mereka tidak diberi peluang untuk mengapply impot awal. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬sekarang permit impot sudah diberikan tetapi keluahan yang awal ialah mereka tidak diberi peluang untuk mengimpot daging frozen untuk bersaing dengan pengimpot yang telah dibenarkan.

Itu saja yang kaola dapat sampaikan, mohon maaf kalau isu yang kaola sampaikan tidak dapat disampaikan dalam Dewan ini. ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai beberapa cadangan dan juga soalan.

Ada banyak soalan itu dan cadangan itu abiskoala try to address one by one.

Berkenaan dengan menjamin makanan negara seperti yang kaola nyatakan masa mukadimah antara objektif utama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ialah bagi memastikan peningkat hasil sumber makanan sendiri dan di samping itu mengkukuhkan jua rantai nilai industri di negara ini so the value chain itu must been strengthen daripada input kepada production to marketing.

Jadi ‫الحمد هلل‬pada masa ini sedang giat dilaksanakan jadi whatever it is secara keseluruhan semua dilihat, diteliti terutama sekali dari segi mengaddress mana ‘indung’ mana anak, baka, udang, ikan, ayam di address, ‘mangkali’ semua the whole value chain atu dapat berdiri sendirinya tanpa bergantung kepada imports.

Di samping untuk mengkukuhkan production dalam negara ini, pihak kementerian juga berkerjasama dengan para pengimpot dalam mempelbagaikan sumber impot makanan.

Dan juga seperti yang disarankan tadi mengenai usaha sama menghasilkan makanan luar negara currently pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga meneliti possibility tersebut especially di negara jiran. Itu lah secara mengukuhkan lagi.

Ada lagi beberapa inisiatif yang proaktif yang membuka secara appreciate oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memastikan bahawa sumber makanan ini terjamin dan mencukupi.

Dari segi menjemput FDI dan juga Role of GLC untuk sama-sama mengukuh lagi terutama dalam sumber pengeluaran makanan. Itu memang sudah dipraktikan daripada pihak BEDB, DARe, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, semua berkkerjasama bagi memastikan ada FDI untuk datang ke Brunei bukan sahaja untuk melabur malah juga untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu jadi supaya industri kitani ini pertanian dan perikanan mempunyai produktiviti yang tinggi.

Begitu juga role GLC masa ini, memang ada yang projek-projek itu besar yang memakan belanja tinggi yang mana GLC ikut serta dalam melabur dan cuba untuk meningkatkan produktiviti hasil makanan negara. Itu sudah diusahakan secara berterusan.

Dari segi membanyakan tempat ladang, memang pada masa ini gizet di bawah petanian dan agri makanan melebih 9,000 hektar di Kawasan Kemajuan Pertanian.

Di mana sebanyak 64% telahpun digunakan oleh pengusaha-pengusaha dan juga yang relate kepada pertanian dan perikanan.

Pada masa ini, masih ada terbuka 3,000 hektar yang belum dibuka iaitu sebanyak 36% yang akan ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha atau pelabur-pelabur asing dan juga pelabur tempatan.

Ini memang ini diakui juga, seperti yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat tadi pentingnya ada pasaran yang lebih untuk kebaikan bagi peladang-peladang untuk mengusahakan ladang mereka. Adalah menjadi priority bagi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk memilih lokasi ladang baharu dengan memastikan infrastruktur awal ada disediakan.

Mana-mana ladang yang akan dibuka akan disediakan infrastruktur seperti bekalan elektrik utama, bekalan air domestik dan juga jalan utama itulah yang seperti lazimnya akan dibuka dipromote dan juga disediakan infrustruktur asas untuk membolehkan pihak pengusaha start mengusahakan perusaha mereka.

Dari segi Industri Pelancongan, terdapat Yang Berhormat tadi mencadangkan berkenaan dengan Pelancongan Medical related to Tourism, Education dan Sukan Kebangsaan.

Perkara ini sudah di address kemarin oleh rakan-rakan abiskoala berkenaan medical dan juga education memang ini pihak kementerian akan berkerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi berkenaan unut mempromote perkara ini. ‫ان شاء هللا‬.

Bekenaan dengan pengeluaran beras, masa inu we have barangkali seperti yang telah saya di highlight kitani punya produktiviti masa ini is about 4% ke 5%. ‫ ان شاء هللا‬target masa ini ialah 7% ke 8%. Kalau kitani mendapat 8 tan ke sehektar kitani punya self sufficiency meningkat daripada 8.5% kepada 20% ‫ان شاء هللا‬.

Jadi ini ditarget Dusun Cybereal Estate tapi didoakan supaya mendapat benih yang mempunyai produktiviti tinggi dan juga menepati citarasa orang kitani.

Masalah berkenaan dengan explorating meneroka peluang-peluang bertanam di luar negeri memang seperti yang telah kaola mention just now memang masa ini diterokai oleh pihak kementerian ini dan juga Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Berkenaan dengan penyerapan siri pemantauan dan standard keselamatan dalam Industri Pertanian. Adakah usaha-usaha pro-aktif pihak Kementerian MPRT memperkenalkan safety standard SHENA dalam Industri Pertanian.

Pada menjawabnya dengan menggutamakan keselamatan termasuk kepada peladang-peladang. Pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menekankan para peladang untuk mengamalkan amalan pertanian baik good agriculture of practise yang mana melibatkan penyimpanan racun dan baja dengan betul.

Pengurusan ladang termasuk penggunaan racun dengan betul dan pengawalan kualiti selepas tuai termasuk memastikan sample tidak tercemar dengan sisa baki racun melebihi maksimum national limit yang dibenarkan.

Di samping itu Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga menganjurkan program khusus bagi meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan semasa menggunakan racun kimia serta melatih peladang berkenaan tatacara penggunaan racun kimia pertanian yang betul atau pesticide application training.

Program ini memfokuskan penggunaan racun kimia dengan betul dengan menerangkan element-element penting yang ada di dalam label racun seperti kelas racun bahaya, kandungan racun iaitu bahan aktif, kadar sukatan, jarak penggunaan dan tempoh pemetikan hasil. Peserta program juga diajarkan kepentingan menggunakan personal protective equipment (PPE) ketika menjalani penyemburan racun kimia.

Kursus ini dilaksanakan setiap tahun di ke semua daerah di negara ini. Dalam memastikan keselamatan produk pertanian dari ladang-ladang di semua daerah dan juga termasuk yang import di luar negara, pihak Jabatan Pertanian dengan kerjasam Brunei Darussalam Food Authority juga melaksanakan pengambilan sample-sample secara random di bawah program pemantauan sisa baki racun bagi import setiap import di border post akan diambil samplenya.

Bagi yang local punya production diadakan sebanyak diambil sample 2 kali sebulan. That’s how we monitor the label pesticide bagi both dalam dan juga import.

Antara inisiatif yang baharu berhubung dengan work safety standard termasuklah baru-baru ini kerjasama dengan pihak SHENA dalam melaksanakan work safety standard di ladang-ladang. Di mana sebarang kekurangan dalam work safety standard di peringkat ladang adalah dikenal pasti dan dibuat langkah-langkah bagi pembaikan

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬masa ini sudah beberapa ladang dilawati oleh pihak SHENA dan juga Jabatan Pertanian bagi meningkatkan work safety di tempat kerja.

Berkenaan dengan peluang di nusantara. Memang kaola fikir pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi yang releavant termasuk MAFA dan juga MOFE melihat peluang-peluang untuk memberikan bekerjasama. Yang termasuk dalam bidang pertanian.

Berkenaan dengan import i dont think kitani mengimport berjuta tan. I think berjuta Kilo Gram, bukannya Tan. Jadi sekarang ini importers yang import daging ialah sebanyak 5 ke 6 syarikat ini. Ini ialah sebagai temporary measures, yang mana kita akan review once after harga stablelize. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mahu menyoal lagi atau pun tidak cukup dengan jawapan yang diberikan.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

‫ ان شاء هللا‬kaola akan membuat permuzakarahan bersama dengan kementerian.### Yang Berhormat Pengerusi Terima kasih. Saya beralih kepada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas mukadimah yang diberikan atas usaha-usaha yang diungkayahkan. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬Yang Berhormat Pengerusi kaola sukacita merujuk kepada peruntukan di bawah Tajuk SH02A - Jabatan Perhutanan.Hutan di Negara Brunei Darussalam adalah warisan dan aset negara yang berharga untuk dijaga kerana ia merupakan sebahagian daripada heart of Borneo iaitu sebuah projek yang mendapat sokongan meluas di dunia antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan seperti UNISCO dan wild life fund.

Kitani mempunyai hutan seperti yang dimaklumi melebihi 70% dari kawasan negara kitani. Hutan Tropika di negara kitani merupakan salah satu hutan yang paling tertua di dunia, dikatakan hutan Tropika kitani sebagai hidden paradise kepada pencinta alam. Walaupun negara kitani kecil tapi menyokong membantu pelbagai jenis hutan disebabkan topography dan geologynya.

Soalan kaola, apakah Jabatan Perhutanan mempunyai strategi untuk meningkatkan dan mengekalkan pemeliharaannya kerana dikhuatiri hutan-hutan ini akan diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil bahan-bahan hutan yang berharga misalnya kayu gaharu. Jabatan Hutan mempunyai 20 orang rangers hutan.

Kaola ingin menyarankan supaya diadakan kumpulan khas untuk memantau terutama sekali di kawasan hampir dengan sempadan di samping menggunakan teknologi terkini. Misalnya drone. Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi sempadan yang diceroboh dan memelihara aset untuk kegunaan generasi pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu juga kaola menyarankan apabila mengadakan projek tanaman semula supaya pokok-pokok yang bernilai tinggi seperti pokok meranti, selangan batu dan juga pokok gaharu akan ditanam dalam projek tersebut. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih juga Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Terdapat dua soalan dan juga saranan-saranan. Yang soalannya apakah Jabatan Perhutanan mempunyai strategi untuk meningkatkan pemeliharaan kerana dikhuatiri akan dicerobohi contohnya mencuri kayu gaharu. Barangkali i think sudah biskaola dari segi pengawalan pembalakan sudah biskaola menerangkan semasa Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub berkenaan dengan syarat-syarat untuk pembalakan.

Jadi usaha-usaha memang Jabatan Perhutanan memang self-active untuk memelihara hutan ini. Masa kini projek-projek di bawah sana itu masa kini one of the projects we are doing at the moment ialah projek inventory hutan di mana kitani pada masa kini untuk menyukat atau menilai the value of hutan kitani ini, adakah ia kaya dengan diversitynya so ‫ ان شاء هللا‬akan dibuat dalam sedikit masa lagi itu akan membolehkan lagi mendified lagi bahawa hutan kitani ialah satu aset yang sangat penting dalam negara ini.

Memang berkenaan dengan pencerobohan dan pencurian memang sudah diketahui kini, barangkali pihak Jabatan Perhutanan bekerjasama dengan juga Polis Hutan dan juga pihak Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei untuk memastikan selalu membuat rondaan supaya tidak ada pencerobohan.

Memang ada tapi we usaha sedang giat dilaksanakan supaya kawasan-kawasan perhutanan kitani tidak dicerobohi untuk orang mencuri balak, orang mencuri kayu gaharu. Itu memang sentiasa aktif barangkali berkenaan menggunakan drone pihak biskaola akan membawa kepada Jabatan Perhutanan untuk berunding dan membincangkan lagi. Cadangan yang baik bagi meningkatkan lagi effecteness dalam kitani memantau dan juga memelihara hutan kitani untuk mengekalkan hazanah hutan di negara ini.

Projek tanaman semula meranti, selangan batu dan gaharu. Projek ini memang dibuat dengan berpandukan dimana kesesuaian tanah tersebut. Jadi ini memang sudah dilaksanakan Yang Berhormat Pengerusi berkenaan dengan ranger, log untuk memantau, di samping menggunakan drone itu seperti yang telah kaola nyatakan satu cadangan yang bagus boleh we will take confederation.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera.

Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas pembentangan Belajawan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan pencapaian serta rancangan kementerian untuk menjadi kita self-sufficient dalam makanan dan menuju ke arah food security.

Peningkatan dalam jumlah nilai pengeluaran dari sektor pertanian dan agri makanan, perikanan dan perhutanan sangatlah mengalakkan walau masih kita berdepan dengan cabaran-cabaran seperti cuaca, penyakit dan sebagainya dan usaha seterusnya bagi meningkatkan hasil dan pendapatan mestilah dilipat gandakan dengan disokong sepenuhnya oleh kementerian, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kaola ingin bertanya sebagai pendekatan whole of government sejauh manakah ataupun apakah status perkara-perkara yang dibawah ini yang akan kaola senaraikan telah disediakan oleh kementerian dan agensi-agensi seperti saliran air, bekalan air dan eletrik yang mencukupi infrastructure seperti jalanraya, jalan-jalan akses, jalan-jalan kecil, kemudahan pinjaman, market infrastructure dalam dan luar negeri, kajian tanah, nasihat pakar, khidmat research dan development dan sebagainya.

Kaola rasa bisainya kalau ada peratus-peratus yang sudah kita capai dalam perkara ini misalnya dalam bekalan air sudah mencapai 80%, saliran di kawasan-kawasan pertanian sudah mencapai 100% misalnya dalam sukat-sukat begini. Jadi kitani tahu sejauh mana sudah pencapaian kitani dan berapa lagi akan kitani buat kalau kita masih samar-samar jadi keraguan kepada pihak-pihak peladang sebagainya untuk menceburi dalam bidang ini.

Jadi kalau dapat pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain kementerian-kementerian yang lain menyediakan peratus-peratus yang kitani capai dalam bahagian-bahagian yang tertentu.

Mohon maaf juga Yang Berhormat Pengerusi kalau perkara ini balik-balik kita sebut oleh banyak Ahli Yang Berhormat di sini kerana ia balik-balik juga merupakan masalah yang tidak ditangani sepenuh oleh pihak-pihak di sini maka itulah sebabnya balik-balik disebut.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga difahami terdapat beberapa Agricultural Extension Station di semua daerah di bawah Tajuk 002/001 - Perkhidmatan Perkembangan Daerah-Daerah bagi membantu peladang-peladang kecil dan sederhana diperbagai aspek. Antara peranan dan tanggungjawab bahagian berkenaan ialah memberi khidmat nasihat dan memindah teknologi penaman kepada peladang, memudahkan skim bantuan, mengawasi dan melakukan ujian keatas kualiti baja, membuat penyelidkan atas kesuburan tanah dan nilai nutrisi ataupun nutrition value hasil tanaman, memantau jika terdapat pesticide pada tanaman, memantau dan menilai keperluan buruh asing dan sebagainya banyak lagi yang disenaraikan di bawah tanggungjawab station ini.

Soalan kaola sejauh manakah bahagian ini telah reaching out kepada peladang-peladang kecil dan sederhana? Berapa ramaikah sudah peladang-peladang yang dibantu oleh bahagian ini? Kaola bertanya ini agar peladang-peladang yang tahu bantuan yang dihulurkan oleh station ini kerana kaola berharap station in akan berfungsi dengan cekap, proaktif dan sentiasa bersedia dalam memberi bantuan kepada peladang-peladang yang menghadapi berbagai-bagai masalah kadang-kadang peladang-peladang kitani menghadapi masalah tetapi rasa mereka tidak ada yang mendagani untuk masalah ini.

Seterusnya dalam mukadimah Yang Berhormat Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, belia-belia adalah diseru untuk tampil kehadapan untuk bergiat dalam pertaniaan. Soalan kaola bagaimana hendak menjadi seorang peladang ini? Apakah bantuan pakej ataupun pakej bantuan yang dihulurkan oleh kementerian adakah seseorang lepasan universiti atau sekolah akan diberi tanah, pinjaman kewangan, nasihat pakar, bantuan infrastructure asas baja dan sebagai untuk ia memulakan hidupnya atau kariernya sebagai peladang. Kalau bantuan seperti ini tidak dihulurkan adalah sukar bagi belia ataupun lepasan universiti ataupun sekolah menjadi peladang kecuali mereka yang mempunyai sumber kewangannya sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu hasil pertanian bukan dapat dinikmati serta-merta, ia memakan masa. Sementara itu bagaimana mereka ini menyara hidup mereka dan jika mereka berkeluarga untuk menyara keluarga mereka. Lainlah kalau seseorang itu hanya mahu menjadi pekerja ladang atau farm workers yang mereka setiap bulan akan dibayar gaji, itu lain cerita Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola mohon pencerahan dalam perkara ini dan jika ada pakej-pakej yang ditawarkan hendaklah diberigakan untuk menarik belia kita menjadi peladang. Tidak cukup kalau jika kita menyeru sahaja supaya mereka menjadi peladang tapi tidak diterangkan bagaimana mereka boleh jadi peladang dan bantuan apa yang dapat diberikan kepada mereka.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin beralih kepada sektor pelancongan yang banyak sudah Ahli Yang Berhormat menyentuh mengenai perkara ini. Kaola secara ringkas sahaja akan menyatakan bahawa kalau kita melihat dari segi infrastruktur yang ada pada kita pada masa ini, seperti kemudahan pengangkutan awam yang masih serba kurang, tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, kemudahan-kemudahan awam harus disediakan dan sebagainya, sektor pelancongan ini nampaknya dalam keadaan tidak memuaskan dan dalam infancy stage.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menyebut kelmarin yang kementeriannya telah meneliti dan akan membuat peta jalan berserta dengan kementerian-kementerian lain untuk memajukan pelancongan di negara ini, walaupun kaola merasa kita sepatutnya sudah bukan lagi melihat peta jalan tetapi sudah menjalankan apa yang sudah ada.

Kaola berharap perkara ini dapat diberi perhatian agar ia terus berkembang dan sokongan padu semua pihak kementerian di kementerian lain. Kaola ingin menekankan sokongan padu kementerian lain kerana kalau satu kementerian sahaja dalam perkara ini kementerian-kementerian lain tidak bergerak sama, perkara ini tidak akan berlaku.

Kaola ingin balik-balik menekankan supaya apapun yang kita Whole of Nation Approach, Whole of Government Approach itu mestilah pendekatan whole of govenment, whole of nation mestilah betul-betul jalankan seperti yang telah dititahkan dan diuar-uarkan menteri-menteri berkenaan.

iharaplah approach ini diambil secara menyeluruh dan apa bantuan diperlukan bagi kementerian sumber-sumber utama dan pelancongan akan dibantu juga oleh kementerian-kementerian lain. Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Sekian, ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat berkenaan beberapa soalan yang telah diajukan dan cadangan-cadangan yang telah diajukan juga.

Berkenaan dengan statistik dan peratus pencapaian dari segi infrastruktur dan juga di kawasan-kawasan pertanian, ‫ان شاء هللا‬, Yang Berhormat Pengerusi abiskaola akan menyediakan jawapan secara bertulis dengan lebih jelas dan akan diberikan kepada sesiapa yang memerlukan maklumat tersebut. Diketahui bahawa keberadaan infrastruktur ini adalah mustahak bagi membolehkan ladang atau tanah itu diusahakan.

Jadi ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬we will berusaha bersama pihak kementerian-kementerian lain juga untuk menyediakan infrastruktur yang digunakan dan data-data peratus pencapaian ‫ ان شاء هللا‬akan disampaikan secara bertulis.

Berkenaan dengan perkara agricultural extension bagi daerah-daerah. Sebenarnya ada dua agensi bidang pertanian. Pertama ialah section industry dan section agricultural extension. Kedua-dua ini bertanggungjawab bahagian industri, fokus kepada pengusaha besar-besaran, syarikat-syarikat yang besar dan juga expansion ialah bagi pengusaha kecil dan juga anak kampung untuk menunjuk ajar dan juga mengguide mereka dalam mengusahakan tanaman mereka.

Sejauh mana keberkesannya mungkin we will come up again with statistics yang contoh-contoh usaha abiskaola masa ini ialah mana-mana syarikat yang kecil berhijrah menjadi sederhana, yang home based kepada proper premises itulah sukat-sukat biskaola mengatakan how effective how berkesan. ‫ ان شاء هللا‬juga akan dishare kepada pihak Yang Berhormat.

Berkenaan dengan menggalakkan belia untuk bertani ada biskaola menghighlight berkenaan hal ini semasa soalan Yang Berhormat Awang Lau How Teck. Terdapat program pendedahan belia yang berpotensi untuk menceburi bidang pertanian berteknologi tinggi setiap tahun.

Pada masa ini sudah berjalan 7 series program yang melibatkan 116 belia. Disediakan satu pengenalan bagaimana cara bertanam, pakej-pakej seperti projek rintis. Tanah-tanah akan disediakan dalam 2 hektar untuk memulakan perusahaan mereka. Di samping itu, juga pihak kementerian bekerjasama dengan pihak DARe dan juga Bank Usahawan untuk memperkenalkan mereka.

Pada masa ini bukan sahaja pengusaha-pengusaha pertanian malah juga pengusaha-pengusaha dari agrimakanan, tourism dan juga perusahaan kayu downstream. Ini diorganised secara organise proactive dengan kerjasama pihak DARe bagi membolehkan mereka terutamanya golongan muda untuk memulakan perusahaan mereka dalam bidang sumber-sumber utama.

Kebanyakan mereka seperti food based agrifood dan hasil perkayuan kebanyakannya mengusahakannya di rumah. Usaha biskaola ialah untuk meningkatkan standard mereka dan memindah mereka ke tempat a proper place supaya mereka boleh lebih selesa dan juga kondusif untuk mengusahakan perusahaan mereka.

Itu inisiatif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. I think mungkin ada soalan Yang Berhormat berkaitan pelancongan. Biskaola berterima kasih kepada Yang Berhormat berkenaan perlunya ada infrastruktur yang cukup yang dapat mensupport perkembangan pelancongan.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬in terms of support pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mendapat banyak support dari kementerian-kementerian bukan sahaja Jabatan Pelancongan malah seperti accuadity Authoriti Kemajuan Daerah Temburong iaitu banyak ‘tambing’ telah banyak dilabur untuk ‘membisaikan’ Daerah Temburong.

Di samping itu juga, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang related untuk mengangkat taraf kemudahan yang ada bagi pelancongan di negara ini. Di samping itu juga, dengan senang hati mendengar daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, even dari infrastruktur kemasukan di boarder post akan dipermudahkan lagi dengan adanya online dan juga visa program, ‫ان شاء هللا‬.

Begitulah sahaja kaola sampaikan. Terima Kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya Persilakan Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi. ِ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللا‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ال‬ ُ .ُ‫َو َب َركَاته‬

Kaola menyentuh di bawah Tajuk SH04A. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Kerajaan telah memberikan peluang kepada anak tempatan dalam perusahaan pertanian, seperti penanaman padi sama ada persatuan, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, malah orang persendirian.

Ada sebahagian kawasan yang sudah menjalankan perusahaan, secara moden dengan mengguankan mesin dan ada yang masih secara tradisional. Antara punca pengusaha persendirian menggunakan cara lama ini adalah disebabkan kawasan tanah tidak dapat dimasuki mesin membaja, menanam atau mengetam. Ini salah satu perkara yang mendorong kurangnya hasil berbanding secara moden.

Kaola menyarankan supaya pihak berkenaan akan dapat meninjau kawasan-kawasan tersebut untuk membantu mereka demi memajukan perusahaan mereka ini. Seterusnya mengenai perkhidmatan membajak, menanam dan mengetam padi yang diberikan subsisdi oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan kepada pengusaha-pengusaha tidak lagi diberikan, malah pengusaha adalah diarahkan jika ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menggunakan khidmat pihak swasta tanpa subsidi. Kaola rasa ini menambah kos bagi pengusaha.

Kaola ingin bertanya, kenapakah pihak jabatan tidak lagi memberikan khidmat tersebut dan bagaimanakah keberadaan mesin-mesin tersebut,? Adakah ia disimpan untuk digunakan semula atau tidak.

Mengenai baja, ada baja yang diperlukan yang dijual dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sering tidak mencukupi. Setiap kali pengusaha untuk mendapatkannya, stok sudah habis dan demi mendapatkannya pengusaha tersebut akan membeli di kedai dengan harga yang mahal tanpa subsidi. Kaola ingin pencerahan mengenai perkara ini. Sekian Terima Kasih. ِ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللا‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ال‬.ُ‫َو َب َركَاتُه‬

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Yang Berhormat, boleh diulang soalan yang pertama tadi, adakah mengenai tanah?

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

Mengenai pengusaha persendirian yang memerlukan kawasan padi yang kawasan tersebut tidak dapat digunakan mesin membajak, menanam dan mengatam disebabkan kawasan tanah yang masih becak dan tidak dapat dimasukkan oleh mesin tersebut.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Mengenai dengan penggunaan mesin, ada certain areas, setengah-setengah kawasan yang tidak sesuai untuk digunakan mesin kerana sebagai contoh tanah tersebut belum lagi properly settle, jadi kebanyakannya terutamanya kawsan-kawasan yang baru dibuka. Jika kawasan tersebut belum lagi settle ia boleh menyebabkan tanah turun dan boleh menyebabkan mesin ‘terkubur’. Ada baiknya pihak Yang Berhormat, specifiy tempatnya supaya Jabatan Pertanaian dan Agrimakanan untuk melihat dan meneliti kawasan tersebut dan mencadangkan way forward.

Kedua, ialah soalan bagi mesin yang tidak disediakan oleh pihak jabatan, dan juga pada masa ini diswastakan. Jika dilihat dari segi subsidi padi, banyak kosnya kepada kerajaan. Disebabkan oleh produktiviti sudah meningkat, produktiviti masa dulu sebanyak 1 ke 2 tan saja, jadi ertinya margin pada masa itu memang rendah keuntungannya. Tapi sekarang ini, ‫انشاء هللا‬, dengan adanya padi yang mempunyai yield yang tinggi, produktiviti yang tinggi, terdapat keuntungan yang lebih tinggi.

Apabila sudah mencapai sebanyak 4 ke 5 tan, difikirkan sudah memadai bagi syarikat-syarikat, peladang-peladang padi untuk menggunakan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan mesin di kawasan penanaman padi. Kalau dikira pembelian baja masih lagi disubsidise oleh kerajaan. Pembelian padi pun masih lagi heavily subsidise oleh kerajaan.

Di samping itu jua, penjualan benih-benih padi pun masih jua subsidi kerajaan. Ertinya sudah dipertimbangkan, diteliti memandangkan produktiviti telah meningkat sebanyak 2 ke 3 tan. Adalah berpatutan mesin ini dibeli oleh pengusaha-pengusaha sendiri.

Berkenaan baja yang tidak cukup, akan diteliti. The whole demand of baja pada masa ini tinggi di seluruh negara, bukan sahaja bahagian padi malah peladang- peladang lain. Itulah sebabnya kekurangan baja. Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan mereview lagi interm of bekalan supply baja ini. Bagaimana caranya untuk mengatasi dan membolehkan baja-baja ini didistribute kepada peladang-peladang yang kecil-kecilan.

‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬, seperti yang telah kaola mention dan terangkan dalam mukadimah kaola, sejak adanya Brunei Fertiliser Industry , yang pada masa ini menjual baja yang lebih competitive daripada jualan biasa, komersial, yang diimport. Adalah disarankan untuk peladang-peladang berhubung dengan Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. yang pada mana masa ini mereka adalah sole distributar bagi baja-baja urea di negara ini.

Sekian yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, kerana memberi laluan kepada kaola untuk menyambung soalan dan cadangan. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ ‫صد ِري َو َيسِر لِي أَم ِري َواحلُل عُقدَة مِ ن‬ َ ‫ب اش َرح لِي‬ ِ ‫َر‬ َ َ ‫سانِي َيفق ُهوا قولِي‬ َ ‫ِل‬ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Kaola ada 3 soalan Yang Berhormat Pengerusi:

  1. Berkenaan dengan pelancongan. Adakah MPRT sudah memikirkan atau mencadangkan Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) sebagai acara sukan seperti triathon, ironman, berlari, berbasikal dan berenang?;
  2. Berkenaan dengan Jabatan Perhutanan. Apakah status pokok Gaharu dan apa yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan mengenai hiliran pokok Gaharu? Dan
  3. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Adakah Jabatan Pertanian telah menanam rumput-rumput bagi sapi- sapi yang didatangkan dari Australia untuk Syarikat PDS dan sebagainya?

Yang Berhormat Pengerusi, izinkan kaola menyambung berkenaan dengan isu import kerbau. Kaola ingin memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-74, tahun 2020 kaola nukilkan: ‘Menyentuh pula bidang sumber-sumber utama ‫أ َ ْل َح ْم ُد ِ ٰلِل‬ kerajaan beta melalui institusi berkenaan akan terus berusaha ke arah memastikan bekalan makanan dalam negara adalah mencukupi dan terjamin.

Maka untuk itu beta berharap pengusaha, petani, peladang dan nelayan akan mengambil peluang meningkatkan produktiviti masing-masing sebagai langkah mencukupkan keperluan dan keselamatan makanan.’

Isu yang seterusnya Yang Berhormat Pengerusi ialah berkenaan dengan import daging ayam. Baru-baru ini ada sebuah syarikat iaitu syarikat yang sama mengimport daging sebanyak 1,000,612 kilogram, mengimport ayam antara sebanyak 500,000-kilogram ke 600,000 kilogram. Tidak tahu dari mana Thailand atau Malaysia. Semasa permuzakarahan ‘balik-balik’ diberitahu walaupun di dalam Dewan ini mengatakan industri ayam pedaging mencapai sebanyak 100% yang ertinya tidak lagi perlu mengimport. Tetapi import ayam ini telah difahami bahawa ia hanya untuk pemprosesan. Untuk membuat sosej, nugget dan sebagainya.

Persoalannya yang kaola musykil dan sahabat-sahabat seperjuangan yang memelihara ayam, mengapa untuk diproses ini diimport seekor ayam bukannya yang ‘bercurai-curai’ iaitu isi ayam. Dalam pengiraan kaola, 1 ekor ayam 1 kilogram, 140-gram sayap ayam, tongkeng 95 gram. Kalau sebanyak 500,000-kilogram diambil dari jumlah tersebut ia menghasilkan sebanyak 70,000-kilogram sayap ayam. Sayap ayam ini di Negara Brunei Darussalam memang amat diminati. Jika dikali dengan $7.50, $500,000.00 sudah untungnya yang ‘ampai-ampai’. Begitu juga dengan tongkeng sebanyak 200,000-kilogram lebih paha, senang- senang dapat $1,000.000.00.

Kami yang memelihara ayam ini membina reban, menembok tanah, menyambung bekalan elektrik yang susah hendak didapat, susah untuk mendapat bekalan air, mengambil buruh pekerja asing melalui Jabatan Buruh, agent, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan sebagainya. Keluhan-keluhan ini kami pula yang competes harga price wall dengan pengimport-pengimport yang easy money ini. Kalau mengimport sebanyak 100 juta tan pun untuk diproses dan dieksport ke luar negara silakan. Begitu juga dengan import daging.

Izinkan kaola Yang Berhormat Pengerusi untuk menyampaikan pesanan amanah pengusaha-pengusaha pertanian mengenai keluhan-keluhan dan cabaran-cabaran mereka berhadapan dengan segelintir warga Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan juga ada pengusaha-pengusaha yang tidak jadi ‘berjinak-jinak’. Mulanya ‘berjinak-jinak’ tetapi tidak jadi kerana ‘ketungkalan barangkali’. Banyak permuzakarahan telah dibuat dengan pengusaha-pengusaha dan yang tidak jadi ini tadi melalui telefon, berjumpa: ‘beritahunya di tempat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Kitatah yang menjadi harapan untuk memberitahu masalah ini.’

Salah satunya, bukannya salah satu, banyak masalah iaitu secara ringkas sahaja:

  1. Susah hendak mendapat tapak. Disuruh membuat proposal. ‘Kami aninya ke bandar pun payah. Kalau kami masuk ofis pun dibuka kasut. Maklum, orang kampung tapi yang pandai menanam limau dan sebagainya, disuruh membuat proposal.’ ‘Temutuk’ hati orang Yang Berhormat Pengerusi.

  2. Tenaga elektrik tiada dibekalkan. Ada tempat-tempat yang tidak dibekalkan, ada yang susah dibekalkan.; dan

  3. Bekalan air pun tidak ada. Bagaimana hendak berkebun?

Banyak ‘usin’ keluar ‘bisdiurang’ cakap. Kalau ada ‘usin’ sebanyak $10,000.00 pun hendak bertanam tomato, cili yang sepatutnya membuahkan hasil habis begitu saja kerana mengupah untuk membuat borang proposal dengan bayaran $2,500.00, bayaran juruukur lesen sampai berjumlah $3,000.00, settlement clearing tanah sampai sebanyak $10,000.00. Manakala $15,500.00 berhutanglah pula.

Yang Berhormat Pengerusi, izinkan kaola dalam kesempatan ini untuk bercerita pengalaman kaola sebagai pengusaha penternakan ayam menghadapi karenah-karenah segelintir little napoleon yang mengganggap kami ini macam tidak ‘berumpama’, sedangkan kami inilah yang mengeluarkan, menghasilkan produk-produk untuk pertanian. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam bidang tanah tidak akan ‘timbul’, menyerah kalau tidak ada pengusaha-pengusaha seperti kami ini.

Yang Berhormat Pengerusi. Pengalaman ini sama, kurang lebih dengan pengusaha-pengusaha yang lain.

Pertama, dari segi tapak. Kalau kaola merujuk kepada Yang Berhormat Pengerusi semasa ketika Yang Berhormat Pengerusi menjadi Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (MIPR) pada ketika itu sekitar pada tahun 2003.

Masa itu kaola ingin berjinak-jinak untuk memelihara ayam kemudian meminta tapak Kawasan Kemajuan Pertanian memakan masa 3 kali hari raya aidil fitri ertinya 3 tahun. Ke hulu ke hilir, macam ping pong telah dibuat sehingga ‫أَل َحم ُد ِ ٰلِل‬ ‫سبْحانهُ وتعال َٰى‬ ِ ‫ أ ه‬itu maha pemurah hati ُ ‫لِل‬ untuk menolong yang benar-benar ini, dapat lah sudah surat itu kepada Yang Berhormat Pengerusi sendiri dan terus membagi. Bukan lagi tidak ada tapak, sampai 3 tapak kena buat pilihan, itulah contohnya.

Persoalannya, macam mana kalau belia-belia, pengusaha-pengusaha, orang-orang kampung yang tidak kenal dengan Yang Berhormat Menteri? Inilah yang perlu diperbaiki dahulu yang di bawah-bawah ini, jentera-jentera 60,000 - 70,000. Betulkan kalau kaola salah, bahagian kerajaan kebanyakannya daripada yang bawah-bawah. Yang bawah-bawah ini perlu diperbaiki kerana kalau betis masih sakit, macam mana akan ‘belusir’. Jangan sampai akhirat nanti: “Hei! Pengiran Isa, mengapa kau inda memberitahu masa Musim MMN? Kau ada kuasa masa itu untuk memberitahu. Jangan sampai tahun 2035, baru tah ‘terkapai-kapai’. Mengapa tidak tercapai? Pasalnya tidak diberitahu. Inilah yang perlu diperbaiki.”

Kaola mencadangkan, little napoleon ini istilah diberikan kursus atau pengetahuan yang penting ugama. Yang kedua, mereka ini perlu tahu bagaimana pahitnya orang berniaga.

Ini banyak yang terjadi, kaola percaya bukan hanya sahaja di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, malahan pengusaha-pengusaha dan bisnes-bisnes lain dari jabatan-jabatan lain juga di bawah-bawah ini.

Sudah dapat tapak, Yang Berhormat Pengerusi. Kadang-kadang yang diberikan itu, syukur-syukur sahaja, asal sahaja memberi. Kawasan tapak itu tidak ‘bisai’. Sudah tah tapak itu ‘tapak jin membuang anak’, tidak dapat untuk manusia, apatah lagi ‘jin’. Tapak itu memang tengah-tengah di hutan yang mesti diclearkan, infrastruktur tidak ada.Walaupun pengusaha itu mahu untuk mengambil tapak itu dengan tiada infrastruktur, tapi “Tolonglah, turuntah padang, aga-agatah kami ani, pengusaha-pengusaha yang pejabat kami ani di hutan.’’ “Apatah masalah-masalahnya, elektrik kah air kah, nyaman jua rasanya kana peduli atu.”

Yang Berhormat Pengerusi, kalau diceritakan, minggu depan pun tidak akan habis kalau masalah ini. Tapi cukuplah apa yang kaola minta dan teman-teman seperjuangan dalam bisnes pertanian. “Tolongtah kami ani, lawat-lawati tah kami ani, jenguk-jenguk tah kami ani, kamahkan tah sedikit tudung Versace apa atu inda apa berpaluh-paluh, kalau kasut atu kasut lawa inda apatah, jangan kami ani dibiarkan. Kami ani tah yang meningkatkan produktiviti ini, kamilah yang menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Raja yang kitani sayangi.

Kami ani sudah menyahut tapi tolonglah jangan kami dibiarkan. Jangan nanti ambil ayam saja di Thailand, dipeduli tah pulang, yang mana kaola sendiri payah-payah dapat elektrik, baru-baru ini baharu ada pada bulan lepas. Sibuk-sibuk tah pulang ke Thailand untuk mengimport ayam, sedangkan kami yang sudah siap reban, tidak dipeduli.”

Minta maaf, Yang Berhormat Pengerusi kalau kaola sedikit ada emosi. Memang amat sedih, keluhan-keluhan tetapi dengarlah kepada semua kementerian, “pedulitah orang berbisnes ani” ‫ان شاء هللا‬ Wawasan Brunei 2035 akan dicapai dengan secepatnya kalau kita ada bekerjasama, berkoordinasi diantara kementerian-kementerian.

Sekian. ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َو ال‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬ (English: Thank you, Allah's peace and blessings be upon you)

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat terutama sekali mengenai bahagian keluhan-keluhan yang telah dihadapi oleh Yang Berhormat. Tetapi Yang Berhormat Pengerusi, abiskaola akan menjawap dahulu soalan-soalan berkenaan dengan cadangan pelancongan.

Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, adakah sudah memikirkan bagi pihak Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien untuk dipertengahkan dalam organise sukan. Ini sudah di dalam perbincangan dengan pihak berkenaan termasuk Kementerian Pembangunan dan juga pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi possibility untuk organise, mengungkayahkan sukan. Kalau possible kalau boleh di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

Kedua, berkenaan dengan perhutanan. Apakah status pokok gaharu dan apakah yang dibuat dengan pokok gaharu tersebut. Projek ini, seperti abiskaola nyatakan tadi Yang Berhormat Pengerusi. Masa ini, abiskaola ada skim untuk membantu projek hiliran kayu termasuk pokok gaharu dimana abiskaola organised satu workshop.

Terdapat 21 orang pengusaha-pengusaha yang dikenalpasti dalam hiliran kayu termasuk pokok gaharu ini di bawah Jabatan Perhutanan, yang mana pada masa ini, mereka bekerja secara home-based. ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬dengan adanya inisiatif ini nanti dengan kerjasama DARe serta Bank Usahawan, abiskaola akan cuba untuk meningkatkan lagi usaha-usaha dalam meningkatkan production mereka, improve supaya kawasan perusahaan mereka untuk kondusif.

Itulah ‫ ان شاء هللا‬so far ‫أ ْلح ْمدُ ِ هلِل‬dua kali sudah di organise bengkel tersebut. Selepas di orangise workshop tersebut, di follow-up dengan bootcamp yang dikendalikan oleh pihak DARe, di mana 2 peserta ikut serta untuk menyediakan bisnes plan untuk dimajukan selanjutnya.

Berkenaan dengan rumput-rumput ladang, rumput-rumput untuk PDS. Sebenarnya ada 2 projek penanaman rumput pada masa ini. Satu adalah PDS dan satu lagi projek satu syarikat di Kuala Belait di mana kawasan telah diberikan untuk mereka bertanam rumput bagi mereka yang menyediakan sebagai makanan bagi projek feed lot dan juga projek kambing masing-masing.

So ‫ أْلحْمدُ ِ هلِل‬projek telah berjalan, tetapi diketahui bahawa perusahaan ini di kawasan yang besar, baru lah dapat memadai untuk menyokong atau mendukung perusahaan penternakan sapi dan juga kambing.

Berkenaan dengan import, seperti yang kaola nyatakan tadi. Tujuan import adalah untuk supplement processing pada masa ini. Kalau ayam-ayam import itu, sebenarnya masa ini fokus supaya processing berkembang untuk menyokong the processing itu kerana masa ini demand for processing dijangka akan meningkat dengan usaha pihak kementerian untuk membuka export market. Jadi itulah, secara interim untuk mengadakan projek-projek eksport memerlukan banyak bahan mentah. Ini adalah salah satu cara, selain daripada menggangu makanan negara, abiskaola telahpun mengimport, hopefully ‫ان شاء هللا‬ dalam sedikit masa lagi, kita akan dapat menembusi pasaran luar negeri.

Berkenaan dengan keluhan Yang Berhormat dan juga setengah-setengah peladang-peladang itu, memang diketahui bahawa peladang-peladang ini dan juga penternak serta nelayan adalah backbone bagi usaha untuk meningkatkan lagi contribution pertanian dan juga makanan kepada ekonomi negara, memang diakui.

Segala usaha untuk memastikan bahawa kesulitan dan kerumitan yang telah dihadapi, let it be a learning point, suatu pengajaran bahawa bukan sahaja pengusaha-pengusaha kementerian terutama sekali Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini. Memang pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mempunyai matlamat memudah cara supaya dapat membantu pihak pengusaha ini untuk berkembang.

Kerana tanpa mereka ini, ekonomi kita tidak akan berkembang. Our employment will not be created, so pihak pengusaha tersebut disedari sebagai satu jentera untuk mengembangi ekonomi negara dan menjana pertumbuhan peluang-peluang pekerjaan di negara ini. Memang diakui, mana-mana masalah yang timbul memang akan di address.

Abiskoala berharap Yang Berhormat teruslah berjumpa dengan pihak abiskaola untuk address specific isu yang dihadapi. Keluhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat dalam 2 atau 3 tahun yang lalu berkenaan dengan elektrik, telah pun siap pada bulan lepas dengan kerjasama erat dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Di samping itu juga, pihak seperti kementerian abiskaola dengan pegawai- pegawai atasan memang mengadakan turun padang. Seperti abiskaola nyatakan, selalunya on Saturday either pagi ataupun the whole day depending on di mana lokasi yang dilawat, tidak semestinya di kawasan-kawasan banjir.

Abiskaola memang ada programnya untuk melawat peladang-peladang, penternak-penternak dan nelayan- nelayan. Tujuannya adalah untuk memastikan keluhan-keluahan, masalah- masalah dan juga segala pencapaian dapat dicapai dan diketahui agar dapat diambil pengajaran dan juga disediakan usaha untuk memastikan bahawa mereka ini berusaha dengan lancar demi untuk membangun ekonomi negara.

‫ان شاء هللا‬, Yang Berhormat Pengerusi, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan sedaya upaya untuk meneliti lagi proses dan prosedur bagi membolehkan dan memudahcara terutama sekali bukan sahaja start-ups, malah juga syarikat-syarikat lain untuk berkembang.

Begitulah Yang Berhormat Pengerusi. Abiskaola punya penjelasan buat masa ini, tetapi ingin mengingatkan juga, jika ada masalah atau keluhan, jangan segan dan silu untuk berjumpa. Jika kaola tidak ada, Setiausaha Tetap kaola ada untuk menangani sebarang cabaran dan juga rintangan yang dihadapi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Adakah lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyuarakan keterangan-keterangan ataupun sungutan-sungutan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa kerana dengan tulus ikhlas telah menyuarakan sungutannya sebab ia adalah seorang pengusaha yang sebenarnya.

Jadi saya harap jabatan yang berkenaan akan meneliti dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa tadi supaya perkara ini akan dapat diselesaikan.

Begitulah Yang Berhormat Pengerusi. Abiskaola punya penjelasan buat masa ini, tetapi ingin mengingatkan juga, jika ada masalah atau keluhan, jangan segan dan silu untuk berjumpa. Jika kaola tidak ada, Setiausaha Tetap kaola ada untuk menangani sebarang cabaran dan juga rintangan yang dihadapi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Saya sebenarnya tidak menjadi kebiasaan kepada Pengerusi untuk memberikan komen-komen yang tertentu, tetapi sebagaimana yang diketahui, saya juga mempunyai pendirian saya sendiri berhubung dengan perkara-perkara yang berkenaan.

Saya kira sebagai orang yang mempunyai umur yang agak lanjut dan telah berkecimpung dalam hal ehwal pentadbiran, tentulah saya kira menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan apa yang saya fikir berpatutan.

Jadi saya harap apa yang saya nyatakan bukanlah merupakan satu teguran ataupun criticism kepada mana-mana pihak. Ia merupakan teguran yang saya buat secara tulus ikhlas untuk kebaikan kita bersama. Saya melihat bahawa pertemuan kita dalam dewan yang mulia ini adalah satu penjelmaan yang mulia yang termaktub dalam perlembagaan kita bagi kita untuk berunding, bermuzakarah dan mengambil keputusan-keputusan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Apa lagi dengan harapan yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, setiap kali baginda bercemar duli ke Dewan ini. Jadi saya harap kedua-dua belah pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga kepada saya, saya harap kita akan secara tulus ikhlas memberikan padangan dan pendapat supaya kita akan dapat mencapai kejayaan dalam apa juga yang cuba kita laksanakan.

Sekiranya tidak ada lagi perkara yang ditimbulkan mengenai dengan Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ini, maka saya kira berpatutanlah perundingan dan perbahasan ini kita selesaikan dengan kita membuat pengundian.

Sekarang saya ingin bertanya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, semuanya bersetuju. Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan diluluskan.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun berunding pada pagi ini dan banyak perkara-perkara yang telahpun kita sentuh. Saya kira adalah berpatutan bagi kita sekarang untuk menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini bagi membolehkan kita berpindah ke Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan) (Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan persidangan kita ini ditangguhkan untuk membolehkan kita berehat dan kita akan bersidang semula pada petang ini mulai pada pukul 2.30 petang seperti biasa. Sekian,

ِ ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

ُ‫هللا وبركاتُه‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.