Skip to main content

HARI KE-5 PAGI

For Informational Purposes Only

8HB MAC 2023M-PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulis

‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang kelima pada hari ini Rabu, 15hb. Syaaban 1444H bersamaan 8hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

ُ‫الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬ ‫الرحْ َٰم ِن‬ ‫ّٰللا‬ ‫ِبس ِْم ه‬ ‫ ألح ْمدُ ِ هّلِل‬Kita bersyukur kepada ‫ هللا سبحانه وتعالى‬kerana dengan rahmat-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kelima dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita "سيدنا محمد صلى هللا عليه وسلم" kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang telah di cadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita meneliti Tajuk-Tajuk selanjutnya yang terdapat dalam Rang Undang-Undang tersebut saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

"بسم هللا الرحمن الرحيم" Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang sedang bersidang dalam jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang mana Rang Undang-Undang ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Pada mesyuarat yang diadakan pada petang semalam, kita telah mula membahaskan sebahagian tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu tajuk SA01A hingga tajuk SA07A.

Ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah ikut serta membahaskan tajuk-tajuk tersebut. Sebelum saya membukakan perbahasan selanjutnya, saya ingin memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk membuat kenyataan untuk menerangkan lebih lanjut beberapa persoalan yang telah ditimbulkan semalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa ini. Saya persilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

‫ ِان ش َاء هللا‬Selamat pagi dan selamat sejahtera pada pagi ini, kaola akan cuba menjawab seperti kaola janjikan semalam Pehin, soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, yang mana soalan itu kaola inda bersedia menjawab kelmarin kerana panjang juga dan mengandungi rentetan soalan-soalan yang berkaitan. Kalau kaola mengingati, antara lain soalan itu ialah mengenai intipati program tumpuan JPM Program 002/000 Pengurusan Dasar-Dasar Kerajaan di mana JPM melaksanakan pembaharuan mengenai transformasi digital, program yang penting bagi pengukuhan pentadbiran awam, mengelakkan ketidakselarasan perkhidmatan awam dalam membuat keputusan dan mempercepatkan proses urusan orang ramai, mendukung ekonomi yang mampan dan berdaya saing. Yang Berhormat seterusnya menyoal:

  1. Apakah program pembaharuan yang sudah dan telah dilaksanakan terutamanya dalam transformasi perkhidmatan awam secara menyeluruh?

  2. Bagaimana JPA memantau dan menyukat keberkesanan dan impak kepada perkhidmatan awam secara menyeluruh? Apakah KPI spesifik yang dikenalpasti?;

  3. Adakah third party assessment telah dibuat untuk mendapatkan feedback berkenaan dengan program yang dilaksanakan terutamanya impact on the ground?;

  4. Adakah program ini melibatkan human resource management, talent management, succession planning?; dan

  5. Isu berkaitan produktiviti dalam organisasi kerajaan banyak berkait dengan delivery system, pengurusan perkhidmatan awam menangani isu produktiviti. Program yang telus, tepat dan reliable akan menjadi persekitaran kondusif dan pro-business untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035 serta mengatasi cabaran. Jika workforce efficient dan berintegriti, akan membantu negara berdaya tahan dan berdaya saing. Apakah program terkini yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam?.

Demikianlah antara rentetan soalan Yang Berhormat Pehin kelmarin dan pagi ini kaola cuba menyampaikan jawapan yang juga merupakan pencerahan dan mudah-mudahan ada manfaatnya. Terima kasih Yang Berhormat Pehin mengajukan soalan juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain dan juga hadirin dan hadirat yang ada di Dewan yang mulia ini.

Sebagai jawapannya, di antara program-program utama yang dilaksanakan dan dirancang yang menjurus kepada mentransformasi perkhidmatan awam dan seterusnya dalam mendukung usaha memberkesankan lagi penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai antaranya seperti Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA), e-Pemedulian Pelanggan (EPP), Transformasi Sistem Kerja (TSK) dan Anugerah Inovasi Perdana (AIP). Izinkan peramba/kaola/saya memberikan pencerahan sedikit mengenai program ini walaupun ada kaola masukkan sedikit dalam penyampaian mukadimah di awal pembentangan.

Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) ialah kaedah dalam mengukur tahap prestasi sesebuah agensi kerajaan dan sekaligus membolehkan pengiktirafan atau penghargaan melalui penerapan bintang kepada agensi kerajaan yang telah berusaha dan berjaya melaksanakan urustadbir yang baik.

Antara impak positif 3PSA terhadap perkhidmatan awam adalah seperti berikut:-

  1. Ianya menggalakkan pendekatan results-oriented dan persaingan sihat antara agensi kerajaan. dan

  2. Satu kaedah merupakan semak dan imbang (check and balance) yang berkesan bagi menilai tahap dan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi yang boleh dijadikan penanda aras atau benchmark yang perlu dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.

    Mengenai e-Pemedulian Pelanggan, EPP adalah sistem flagship yang berbentuk aplikasi web untuk mengatasi cabaran perkhidmatan awam dalam pelaksanaan, pemantauan dan penilaian (monitoring and evaluation). EPP ini juga akan menjadi platform M&E yang mandatori untuk digunapakai di agensi-agensi kerajaan. Program ini turut mendukung antara lain inisiatif pendigitalan kerajaan (government digitalisation) dan Brunei Darussalam Economic Blueprint iaitu sejajar dengan aspirasi ke-enam good governance and public service excellence.

  3. Manakala antara faedah system EPP ini antara lain ialah menerapkan budaya pemantauan dalam perkhidmatan awam dan membolehkan penetapan sasaran yang lebih arah outcome-based, result-oriented serta meningkatkan interaksi antara orang ramai dengan kerajaan bagi mendukung pelaksanaan dasar kerajaan (regular public engagement) atau pendekatan awam (RPA).; dan

  4. Transformasi Sistem Kerja (TSK) adalah program baharu yang diperkenalkan oleh MSD yang menggabungkan kaedah pembaikan sistem penyampaian perkhidmatan seperti Business Process Reengineering (BPR), Business Process Improvement (BPI) dan Blue Ocean Strategy (BOS).

Ia bertujuan untuk menambahbaik sistem kerja pada masa kini kepada sistem kerja yang lebih baik, efektif dan efisien untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan impak yang tinggi dengan memfokuskan kepada dua bidang utama iaitu:

i. Pemprosesan meliputi proses prosedur kerja dirujuk untuk mencari cara ataupun haluan yang boleh memudahkan kerja.; dan

ii. Pelanggan meliputi cara permohonan dipermudahkan seperti mengurangkan dokumen sokongan dan pengisian berulang-ulang serta meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.

Berikutnya, mengenai Anugerah Inovasi Perdana (AIP) yang merupakan program penganugerahan khusus untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan bagi kementerian dan jabatan kerajaan secara berkumpulan dan perseorangan yang berhasil melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan (inovasi) dalam perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya anugerah ini akan dapat mempergiatkan usaha-usaha inovasi ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Antara impak positif melalui Anugerah Inovasi Perdana ialah:-

  1. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui aplikasi teknologi infokomunikasi dan kaedah-kaedah tertentu seperti delivery approach, perekayasaan (engineering), proses dan prosedur kerja BPR dan lain-lain.; dan

  2. Meningkatkan integriti, ketelusan, accountability dan tindak balas dalam pengurusan perkhidmatan awam.

Bagi soalan Yang Berhormat Pehin yang kedua, iaitu berhubung dengan peranan JPA dalam memantau dan menyukat keberkesanan dan impak kepada perkhidmatan awam secara menyeluruh. Peramba/kaola/saya mengongsikan bahawa salah satu pendekatan dalam memberkesankan perkhidmatan awam adalah dengan membangun kapasiti penjawat-penjawat awam terutamanya di peringkat kepimpinan.

Untuk itu, JPA telah dan akan terus melaksanakan program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), sebuah program kepimpinan untuk menyediakan leadership pool dari kalangan pegawai- pegawai dari Bahagian II ke atas bagi membantu perancangan strategik sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

Lebih 968 orang Setakat ini ‫ال َح ْمدُ َّلِل‬, pegawai Bahagian II dan ke atas telah disenaraikan dalam Leadership Pool (CSLP) sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2016.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada para peserta, program-program kepimpinan ini telah dapat membantu meningkatkan kepimpinan diri, pasukan dan organisasi masing-masing. Keberkesanan program-program pembangunan CSLP sebelum ini juga cuba diukur melalui borang penilaian khas yang dihadapkan ke jabatan- jabatan yang berkenaan untuk menilai peningkatan prestasi pegawai-pegawai selepas menghadiri program dan pendekatan penilaian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. KPI yang telah dikenalpasti dalam CSLP adalah jumlah pegawai yang telah mencapai standard yang tinggi melalui penilaian gred prestasi yang sangat baik iaitu 80% dan ke atas bagi tahun 2022.

Bagi soalan Yang Berhormat Pehin yang ketiga berhubung third party assessment untuk mendaptkan feedback keberkesanan program khususnya, impact on the ground. Untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan program-program penambahbaikkan dalam perkhidmatan awan secara menyeluruh, perkara ini dirancang untuk dilaksanakan melalui program EPP sepertimana kaola sebutkan awal tadi.

Mengenai dengan program pembangunan kapasiti pula, Institut Perkhidmatan Awam telah melaksanakan kajian impak ke atas 21 program telah dipilih untuk dinilai oleh peserta dan penyelia mereka selepas 6 hingga 9 bulan mengikuti program tawaran IPA. Dapatan dari program kepimpinan CSLP, cohort YEP6 contohnya seramai 62% penyelia menyatakan pegawai mereka menampakkan peningkatan produktiviti kerja dan 58.6% meningkatnya kecekapan proses kerja dalam jabatan. IPA akan terus bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain untuk mendapatkan maklum balas untuk melihat keberkesanan program yang telah diikuti termasuk melaratkan jangkauan penilaian terhadap program-program lain di bawah CSLP seperti EDPSGO dan EDPMMO.

Dalam masa yang sama, saranan Yang Berhormat Pehin diambil baik oleh Jabatan Perdana Menteri dan ‫ان شاء هللا‬ akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program-program yang berkenaan. Keempat, soalan berkaitan program yang melibatkan Human Resource Management, talent management dan succession planning, sukacita memaklumkan bahawa skop kerja program 3PSA meliputi bidang-bidang berkaitan iaitu:-

  1. Strategi dan pelaksanaan.
  2. Dasar dan pelaksanaan.
  3. Sumber manusia.
  4. Pemedulian pelanggan.

Mengenai soalan kelima, mengenai produktiviti perkhidmatan awam. Selain dari program-program yang telah kaola sebutkan sebentar tadi seperti 3PSA, e-Pemedulian Pelanggan, pada tahun 2024 melalui Institut Perkhidmatan Awam di bawah pelan tindakan 2021 - 2025, ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) 2021 - 2025, Institut Perkhidmatan Awam akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk membangun rangka kerja pengukuran produktiviti khusus untuk sektor awam. Dengan adanya piawaian khusus dan kaedah pengukuran yang seragam diharap dapat mengukur produktiviti dalam sektor awam atau sekurang-kurangnya untuk dijadikan panduan dan membuat perbandingan di antara negara-negara ASEAN.

Sekianlah Yang Berhormat Pehin Pengerusi yang dapat kaola sampaikan dalam sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada saranan dan juga soalan-soalan yang penuh keperihatinan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Terima Kasih Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya juga difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin ingin menyampaikan beberapa penerangan ataupun pencerahan mengenai dengan beberapa persoalan yang telah ditimbulkan semalam. Saya Persilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima Kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi ‫بسم هللا الرحمن الرحيم السَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan salam sejahtera.

Kaola sukacita ingin memberikan respon kepada persoalan dan saranan yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semalam khususnya mengenai dengan peluang pengisian jawatan-jawatan oleh anak-anak tempatan.

Sukacita kaola ingin menjelaskan mengenai dengan peranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh yang mana jabatan berkenaan telah bekerjasama dengan Job Centre Brunei (JCB) iaitu dengan mendapatkan pengesahan bahawa jawatan-jawatan yang dipohonkan tidak dapat diisikan oleh anak-anak tempatan sebelum sebarang permohonan lesen pekerja asing dipertimbangkan atau dibenarkan, iaitu khusus untuk memberi peluang bagi anak-anak tempatan menjawat jawatan-jawatan yang dikenalpasti berpotensi untuk diisikan oleh anak-anak tempatan.

‫ ان شاء هللا‬Jabatan Buruh akan sentiasa bekerjasama dengan Manpower Planning Employment Council Secretariat (MPEC) dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan perburuhan di negara ini untuk mendukung Wawasan Brunei 2035.

Sekian yang dapat kaola sampaikan sebagaimana persoalan, saranan yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima Kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima Kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya kira tidak ada lagi Ahli-Ahli yang ingin untuk membahaskan tajuk yang berkenaan ini, maka saya kira berpatutan sekarang supaya Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A ini kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhornat yang bersetuju bagi tajuk yang berkenaan ini kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A ini diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A dijadikan sebahagian daripada jadual daripada Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang jawatankuasa membincangkan sebahagian lagi tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu tajuk SA08A hingga tajuk SA16A.

Sekarang tajuk-tajuk ini saya bukakan untuk dibahaskan. Ada beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini yang ingin untuk membuat kenyataan atau pertanyaan mengenai dengan tajuk-tajuk yang berkenaan ini.

Saya persilakan sekarang untuk memulakan perbincangan kita, saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat berikan berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita mengemukakan pertanyaan bagi SA14A Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Terdapat beberapa rungutan orang ramai yang diterima berkenaan dengan isu-isu permohonan jawatan melalui portal PSCR 2.0 yang kadangkalanya tidak berfungsi sepenuhnya di dalam memuat naik data-data permohonan, sehingga orang ramai terpaksa datang ke pusat pejabat SPA tetapi juga mereka menghadapi masalah yang sama. Keadaan ini akan memberikan kesan negatif kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin tahu apakah pihak SPA mengetahui tentang isu-isu ini dan apakah ada kaedah alternatif sebagai backup jika berlaku sebarang kerosakan system down yang berpanjangan dan apakah ada dilakukan kaji selidik bagi mendapatkan feedback orang ramai mengenai dengan keberkesanan sistem berkenaan sebagai panduan ke arah penambahbaikan perkhidmatan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’kub atas soalan mengenai dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebentar tadi iaitu mengenai rungutan daripada orang ramai mengenai portal PSC Recruitment 2.0. Sebagai jawapannya antara lain, PSCR 2.0 mula go live pada 7hb. September 2021M.

Ia berperanan untuk mengganti sistem PSCR 1.0 yang lama. Di antara objektif pembinaan PSCR 2.0 ini adalah untuk meningkatkan lagi kemudahan features dalam sistem untuk kegunaan pengguna yakni pemohon dan business user supaya sistem lebih berkualiti dan mesra pengguna termasuk dari segi melengkapkan profil-profil pemohon untuk membuat sebarang permohonan kekosongan jawatan.

Mengenai kemudahan pemohon- pemohon melengkapkan profil, beberapa penambahbaikan telah dibuat semasa pembinaan sistem baharu PSCR 2.0:-

  1. Spesifikasi hardware dan software server yang lebih tinggi berbanding spesifikasi sistem PSCR lama yang dapat memproses data daripada pemohon lebih cepat dan teratur.;

  2. Modul profil pemohon dalam PSCR 2.0 direka supaya pemohon dapat mengisikan maklumat mereka dengan lebih mudah agar tidak menjejaskan peluang mereka untuk memohon sebarang kekosongan jawatan yang diiklankan.;

  3. Kemudahan memuat naik dokumen juga telah diperbaiki dalam menaik taraf server supaya lebih laju untuk pemohon memuat naik sebarang dokumen.; dan

  4. Beberapa pemberigaan telah dibuat kepada orang awam mengenai tatacara melengkapkan profil mereka termasuk bagaimana untuk memuat naik dokumen seperti jenis file dan had saiz yang diterima untuk dimuat naik.;

Untuk makluman, mengenai back up system, semua data PSCR 2.0 disimpan di dalam server One Government Private Cloud 3.0 atau OGPC 3.0 yang diselenggarakan oleh pihak EGNC dan difahamkan bawah server OGPC 3.0 berfungsi sebagai hosting dan juga back up serta adalah natural disaster protector.

‫ ان شاء هللا‬SPA secara berterusan mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai keberkesanan PSCR 2.0 ini dan orang ramai sentiasa menghadapkan pertanyaan atau aduan melalui pelbagai saluran seperti PSCR 2.0 sendiri iaitu dengan menggunakan ruang aduan saya, talian perhubungan Whatsapp dan Telegram serta media sosial PSC.BN, Instagram, Facebook dan Telegram.

Daripada 44,833 pertanyaan ataupun aduan yang diterima pada tahun lepas 2022, 18,155 tiket adalah mengenai portal PSCR 2.0 termasuklah bagi tatacara PSCR 2.0, masalah ralat memuat naik dokumen dan masalah log masuk atau mengaktifkan profil PSCR 2.0.

Kesemua pertanyaan-pertanyaan dan aduan-aduan yang diterima telah selesai dibantu. Daripada maklum balas yang diterima ini juga, pihak pejabat telah melancarkan beberapa ciri-ciri baharu PSCR 2.0 termasuklah push notification dalam memudahkan lagi para pengguna mendapatkan kemas kini terhadap permohonan jawatan kosong mereka.

Selain itu, panduan dan tips juga ada disediakan bagi para pengguna PSCR 2.0 di ruang panduan dan soalan-soalan lazim (FAQ) serta di laman sesawang rasmi pejabat SPA www.spa.gov.bn dan juga media sosial psc.bn, Instagram dan Facebook yang dikemas kini secara harian dan mulai 30hb. April 2022M tahun lalu, SPA juga ada menyediakan kaunter PSC Recruitment bagi memberikan khidmat bantu bagi orang ramai yang memerlukan. Kemudahan berkenaan dapat digunakan secara self-service dan juga dengan bantuan petugas yang ada.

Kaji selidik khusus bagi penggunaan PSCR 2.0 pada masa ini adalah dalam perancangan bagi dijalankan pada suku kedua tahun 2023 bagi mendapatkan maklum balas pengalaman pengguna serta cadangan penambahbaikan ke atas ciri-ciri portal berkenaan. Demikianlah antara lain jawapan yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم السَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan Tajuk SA09A - Jabatan Penerangan. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Pelita Brunei telah pun menunjukkan perkembangan positif ke arah menyalurkan fungsinya sebagai media rasmi kerajaan. Bermula dari kaedah konvensional, kini pembaca boleh mengakses melalui laman sesawang dan laman sosial Jabatan Penerangan. Selain daripada itu, orang ramai juga boleh membaca Pelita Brunei melalui pengongsian salinan digital Pelita Brunei melalui Whatsapp. Kaola melihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana aplikasi mobile apps adalah merupakan platform yang terbaik untuk melangkah ke sistem digital accessibility sepenuhnya. Berdasarkan artikel e-consultancy yakni digital marketing and e-commerce expert, 85% pengguna lebih gemar menggunakan mobile apps daripada mobile website kerana ia cepat, pantas dan mudah dilayari. Apakah ada perancangan bagi mewujudkan mobile apps Pelita Brunei sebagai usaha ke arah menuju ke smart nation? Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan atas soalan mengenai dengan hala tuju Pelita Brunei ke arah smart nation. Untuk jawapannya:-

Aplikasi InfoDeptBN dilancarkan pada 9hb. Mei 2017M dan terdapat dalam dua bahasa iaitu melayu dan inggeris. Isi kandungan aplikasi mudah alih sebahagiannya adalah termasuk akhbar Pelita Brunei, berita utama, waktu sembahyang, mengenai Brunei Darussalam, iklan jawatan kosong dan banyak lagi. Setakat Oktober 2022, muat turun android sebanyak 12,750 dan iOS sebanyak 8,480.

Sejak ia diperkenalkan, Jabatan Penerangan telah mengendalikan beberapa kaji selidik penambahbaikan ke atas perisian dan aspek teknikal aplikasi mudah alih tersebut. Fasa pertama dan kedua penambahbaikan telah dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2021/2022. Beberapa dapatan telah dirumuskan dan penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat serta merangkumi perisian dan aspek teknikal aplikasi tersebut untuk meningkatkan lagi user friendliness bagi memudahkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat di hujung jari melalui aplikasi tersebut.

Mengenai e-Pelita Brunei, selain dari itu akhbar Pelita Brunei atau e-paper telah diperkenalkan pada 18hb. Jun 2016m untuk membolehkan akhbar tersebut dilayari dan dimuat turun melalui laman sesawang e-paper, www.epaper.pelitabrunei.gov.bn disamping memudahkan akhbar Pelita Brunei dapat dibaca oleh orang ramai.

Jabatan Penerangan telah memperkenalkan inisiatif e-paper ini selaras dengan peningkatan trend penggunaan mobile technology di negara ini disamping meningkatkan lagi para pembaca dalam kalangan belia.

Berdasarkan statistik pembaca e-paper bagi tempoh Oktober 2021 hingga Oktober 2022 ialah sebanyak 54,002 orang.

Kedua-dua inisiatif secara online ini adalah untuk mendukung hala tuju pelan strategik Jabatan Perdana Menteri dalam memberigakan maklumat dan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendukung hasrat negara ke arah smart nation. Jabatan Penerangan juga secara berterusan ‫ ان شاء هللا‬akan memberigakan platform-platform berkenaan melalui program-program jangkauan yang sedia ada dilaksanakan di sepanjang tahun.

Demikianlah Yang Berhormat Pengerusi barangkali dapat menjawab sedikit daripada soalan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamid tadi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Selawat dan salam ke atas ‫نبي محمد صل هللا عليه وسَلم‬

ُ‫هللا وبركاتُه‬‫ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة‬ Kaola ada 2 soalan Tajuk SA01A - Jabatan Perdana Menteri dan Tajuk SA014A - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kaola akan bacakan kedua-dua soalan sebelum memberi peluang untuk menjawabnya.

Tajuk SA10A - Jabatan Perkhidmatan Awam KOD 001/000, kaola difahamkan dari diskripsi JPA ialah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam meningkatkan prestasi dan memenuhi kehendak pihak yang berkenaan. Memandangkan 80% daripada jumlah perbelanjaan adalah gaji pekerja awam maka effectiveness of pekerja awam perlu pemantauan.

Yang Berhormat Pengerusi, soalan kaola hamba ialah adakah ada plan-plan yang tertentu untuk memastikan organisasi kerajaan atau kementerian membuat Penilaian Keberkesanan Struktur Organisasi masing-masing yakni dalam english-nya ‘Structure Organisational Review Effectiveness’ untuk memastikan organisasi yang ada pada masa ini masih relevan dan dapat mencapai misi dan visi kementerian masing-masing dan menjadikan sebahagian daripada kerja rutin mereka untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2035.

Adakah kerja rutin lama yang ada, yang tidak relevan lagi sudah dikenal pasti dan dihapuskan dan kalau ada workload baru, ada review untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan supaya pekerja awam dapat melakukannya dengan sempurna.

Cadangan kaola adalah untuk JPA, kalau belum ada, untuk menilai keperluan mengadakan plan membuat Organisational Effectiveness Review dan membuat penanda aras (benchmark) dengan organisasi yang berpiawaian antarabangsa yang mungkin akan dijadikan sebagai penanda aras.

Soalan kaola yang kedua, Yang Berhormat Pehin Pengerusi, SA14A - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam KOD 002/001, KPI jabatan memperlihatkan jumlah sasaran lantikan seramai 1,000 pekerja setahun walhal kaola difahamkan ada dalam 4,000 kekosongan dan ada 1,800 hingga 2,000 pekerja bersara setiap tahun.

Kalau setakat target mengisi 1000 kekosongan setahun ini bermakna banyak kekosongan dalam pekerjaaan tidak akan dipenuhi dan akan meningkat tahun demi tahun. Mohon pencerahan, tentang apakah memang strategi sentiasa mempunyai kekosongan dalam pekerjaan dan kalau bukan strategi apakah plan untuk lebih agresif dalam mengisi kekosongan ini.

Berkaitan dengan ini, kaola hamba juga memohon pencerahan berkaitan dengan pencapaian sebenar pada tahun 2021/2022 di mana hanya mencapai target 19% pada tahun itu. Mungkin sudah ada penilaian yang diketahui sebab musabab target tidak dicapai dan improvement plans telah diserapkan untuk lebih agresif mencapai target selanjutnya.

Cadangan, memandangkan SPA punya data peribadi setiap penjawat awam dalam pekerjaan, pihak SPA boleh tahu mana-mana pegawai yang akan bersara dalam tempoh 5 tahun akan datang dan seharusnya sudah mulai membuat penelitian awal memaklumkan kementerian-kementerian untuk mengambil kira usaha untuk mengisi ke jawatan-jawatan tersebut dan men-trigger succession planning di dalam kementerian dan tidak menunggu last minute untuk mencari kekosongan. Terima kasih, Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ada dua soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, kaola mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat di atas soalan-soalan berkenaan menuju sendiri kepada SPA dan JPA juga. Mengenai dengan soalan pertama, sama ada penilaian semula ataupun review pada struktur ataupun fungsi-fungsi jabatan ini barangkali memang tiap-tiap jabatan telah pun dinasihatkan dan telah pun diusahakan untuk mengadakan review ataupun kaji selidik semula pada perkara yang telah pun dipraktikkan selama ini khususnya menjurus supaya mendapat pertubuhan yang lebih efektif dan lebih berkesan dari masa ke semasa.

Mengenai dengan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk kalau ada baiknya juga menerima khidmat nasihat daripada organisasi-organisasi antarabangsa itu suatu cadangan yang baik. Namun demikian, perkara ini sebenarnya tidak terlepas pandang ‫ ان شاء هللا‬sedang ditunduki dan menjadi suatu kewajiban dan KPI kepada JPM khususnya. Terima kasih.

Mengenai dengan soalan kedua, berkisar juga dengan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu Ahli Yang Berhormat ingin pencerahan berkaitan dengan anggaran sebenar pada tahun lepas mengenai dengan kekosongan penjawat-penjawat awam.

Antara lain, jawapannya pertama, sasaran yang telah ditetapkan oleh SPA adalah memang 1,000 kekosongan diisikan secara lantikan baharu, perangkaan pengisian jawatan kosong sepanjang tahun 2022 menunjukkan sebanyak 2,104 kekosongan jawatan telah selesai diisikan samada secara lantikan baharu yakni 1,425 kekosongan, kenaikan pangkat sebanyak 675 kekosongan, ataupun lantikan selepas bersara 22 kekosongan.

Jumlah pengisian jawatan kosong yang dilaksanakan oleh SPA adalah tertakluk kepada jumlah kekosongan jawatan yang diterima daripada kementerian-kementerian. Sepanjang tahun 2022 direkodkan sebanyak 1,122 kekosongan jawatan yang telah dihadapkan kepada SPA untuk pengiklanan untuk itu SPA akan terus bekerjasama erat dengan kementerian-kementerian untuk meningkatkan lagi jumlah pengiklanan jawatan-jawatan kosong.

Usaha-usaha SPA dalam mendapatkan maklumat kekosongan jawatan kaedah trigger kekosongan yang akan berlaku disebabkan persaraan wajib melalui surat pemberitahuan kepada kementerian-kementerian dan bekerjasama dengan JPA bagi mendapatkan pengesahan kekosongan jawatan disebabkan persaraan wajib untuk sepanjang tahun 2022.

Kaedah trigger kekosongan ini juga digunakan bagi jawatan yang baru dikosongkan disebabkan kenaikan pangkat. Antara usaha untuk mengisikan kekosongan jawatan. Pertama, kaedah lantikan calon simpanan, yang mana kekosongan jawatan diisikan oleh calon simpanan tanpa pengiklanan.

Di sepanjang tahun 2022, sebanyak 167 kekosongan jawatan telah diisikan calon-calon simpanan. Mengenai stopgap measure, pengiklanan jawatan-jawatan bahagian I telah membolehkan pemohon-pemohon yang belum mempunyai dua kertas kerja untuk menghadapkan dua kertas kerja setelah dinaikkan pangkat. Dan bagi tahun 2022, seramai 24 orang telah disokong melalui kaedah kenaikan pangkat biasa dan juga melalui kaedah stopgap measure.

Inisiatif talent pool yang kini sedang dirancang ialah mengiklankan jawatan yang dikenal pasti secara berkluster dalam bahagian IV dan V yang bertujuan untuk mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan dalam bahagian tersebut. Pengumpulan jumlah kekosongan jawatan yang akan dibuat dan pengiklanan, perakuan dan ujian dibuat sekali.

Calon-calon yang layak akan dimasukkan dalam talent pool list dan inisiatif ini masih dalam peringkat persediaan pada masa ini untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi.

Demikianlah sedikit pencerahan mengenai dengan soalan Ahli Yang Berhormat, walaupun banyak soalannya dapat dicantumkan dengan jawapan yang sedemikian. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫ السَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬dan salam sejahtera. Kaola mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas pembentangan Rang Perbelanjaan kemarin yang meliputi beberapa tajuk. Kaola ingin menyentuh mengenai Tajuk SA10A - Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu perkhidmatan yang kaola rasa perlu diteliti agar transformasi yang sedang dilaksanakan mencapai sasarannya.

Kaola amat supportive kepada perkhidmatan awam secara total kerana ianya adalah jentera kerajaan yang membantu kerajaan memainkan peranannya bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduknya secara am.

Apapun rancangan dan pelan tindakan kerajaan tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada semua lapisan penjawat awam. Maka kaola berpendapat mana-mana kelemahan, kekurangan dan kepincangan semestinya dikesan cepat sebelum ia merebak dan melemahkan sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Ke arah ini kaola menyokong agar peruntukan yang diberikan dan ditambah bila diperlukan bagi memperbaiki, mengukuh dan melatih penjawat- penjawat awam agar anggota perkhidmatan awam kita sentiasa cekap, beriltizam, bersikap pragmatik menangani sesuatu masalah, mampu berfikir outside the box dan berdisiplin. Ini adalah sesuai dengan aspirasi kita untuk mencapai Wawasan 2035, di mana kita memerlukan perkhidmatan awam yang kukuh, bernas dan receptive kepada perubahan-perubahan yang bakal ditempuhi apabila Wawasan 2035 dicapai.

Merujuk kepada indicator di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, dicatitkanbahawa tahun 2021/2022, 90% pegawai dan kakitangan kerajaan yang mencapai tahap standard tinggi melalui continous training and development. Kaola berpandangan ini satu pencapaian yang tinggi dan menggalakkan dan setentunya memberi impak yang tinggi dan positif dalam perkhidmatan awam kerana mereka akan lebih profesional, cekap dan efisien.

Kaola ingin bertanya dalam perkhidmatan awam mencapai standard yang tinggi, tidak adakah pengemaskinan dasar atau dasar baru kerana mengikut indicator hanya dua sahaja yang dikeluarkan sepanjang tahun yang sama. Adakah dasar-dasar yang sudah ada mantap secara keseluruhannya hingga tidak banyak yang perlu diperbaiki? Adakah dasar sekarang boleh mendukung usaha kita untuk mencapai Wawasan 2035?

Mungkin kita perlu meneliti polisi, peraturan, regulatory instrument yang ada agar memudah cara apa juga urusan, lebih mesra, seiring dengan ease of doing business yang boleh menjana persekitaran sihat dan kondusif sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Kaola berpendapat untuk kita mencapai Wawasan 2035, kita perlu pendapatan dari pelbagai sudut tanpa kita berkompromi dengan nilai-nilai kita sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja.

Yang Berhormat Pengerusi. Seterusnya kaola beralih kepada Tajuk SA14A - Suruhanjaya Perkhidamtan Awam, yang mana rakan kaola juga telah pun menimbulkan. Kaola ingin bertanya mengapa proses pengambilan pekerja baru yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidamtan Awam mengambil masa lama dari mulai jawatan itu diiklankan sehingga calon yang berjaya itu dilantik kepada jawatan tersebut, proses yang memakan masa setahun atau lebih.

Apakah rasional kelemahan ini? Tidakkah proses ini boleh dipendekkan agar calon yang berjaya dapat mengisi jawatan itu segera. Dengan cara itu tidak ada keperluan bagi seseorang itu memangku secara berpanjangan. Bagi calon yang berjaya menunggu lama sebelum ditawarkan pekerjaan, kaola fikir dalam usaha kerajaan untuk transformasi perkhidmatan awam, agensi-agensi yang bertanggung jawab dalam perkhidmatan awam perlu turut sama meneliti agar proses pengambilan kerja yang diamalkan juga perlu dikemaskini untuk lebih efisien.

Di beberapa kementerian lain, mereka juga menghadapi di mana seseorang itu memangku terlalu lama hingga ada yang 10 tahun. Tidakkah dapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengatasi masalah memangku begitu lama yang menyebabkan seseorang itu demotivated dan kurang yakin diri sebab masih memangku.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola timbulkan berkaitan dengan peruntukan di bawah Tajuk ini, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana

Yang Berhormat Pengerusi. Nampaknya soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman ini dikira panjang barangkali memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan maklumat- maklumat yang tepat dan juga untuk disampaikan sebagai jawapan kemudian nanti.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

َ ‫ص‬ ُ ‫ـَلة‬ َّ ‫بسم هللا الرحمن الرحيم ال َح ْمدُ هلل َرب العَالَميْنَ َوال‬ َ ‫على أ َ ْش‬ َ ‫ـرف ال َ ْنب َيـاء َوال ُم ْر‬ َ‫سليْـن‬ َ ‫س‬ َ ‫ـَل ُم‬ َّ ‫َوال‬

ُ‫ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama memberikan pandangan dalam perkara ini. Ini ada juga kaitannya dengan Yang Berhormat rakan-rakan sejawat yang menimbulkan tentang hal ehwal jawatan-jawatan kerajaan.

Kaola ingin menyentuh disini dua isu iaitu tentang kenaikan pangkat dan penetapan jawatan dan Skim Perkhidmatan Awam, khususnya di aspek profesional. Pencapaian akademik serta kelayakan pendidikan telah sekian lama menjadi ukur tara dalam menentukan kejayaan seseorang.

Meski pun kita menghargai amalan tradisi secara penilaian, kita tidak boleh dibelenggu oleh perkara ini atau menjadikan hambatan. Namun disebaliknya terdapat keperluan untuk mengiktiraf kemahiran, kecekapan dan pengalaman yang dimiliki.

Ini terutamanya jelas dapat dilihat ditempat kerja atau dalam indstri di mana kemahiran dan pengalaman mempunyai kepentingan selain daripada kelulusan akademik. Di dalam situasi pekerjaan spesifik dalam sesuatu kepakaran, keperluan untuk mengenal pasti kemahiran, pengalaman dan kepakaran seseorang pekerja lebih menjangkaui kelayakan akademik.

Ini adalah khusus barangkali kalau kita lihat di Kementerian Kesihatan, bukan saya di sini sebagai misalan sahaja, banyak pakar-pakar misalnya sahaja, sekarang ini ‫ أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬kita mempunyai pakar pemindahan buah pinggang. Di mana beberapa orang pesakit-pesakit telahpun berjaya dan sukses dalam pemindahan buah pinggang kerana kita mempunyai kepakaran-kepakaran bukan sahaja kepakaran sebagai seorang doktor yang berkemahiran tetapi juga mempunyai team seperti jururawat dan alat-alat profesional yang lain.

Kita berbangga kerana kesemua telah pun berjaya memberikan perkhidmatan ini di kalangan anak-anak tempatan setelah mereka menghadiri kursus dan juga bantuan-bantuan daripada pakar- pakar luar negeri termasuk dari Malaysia dan Australia tetapi selepas beberapa lama, mereka telah pun berjaya melakukan pemindahan buah pinggang ini. Ini adalah sebagai misalan sahaja.

Jika kita tidak mengiktiraf dan menghargai kemahiran dan kepakaran, sudah setentunya negara akan rugi malahan kehilangan individu yang berkat, mahir dan berpengalaman. Apatah lagi dengan kebolehan dan kecekapan yang diperlukan untuk pekerjaan berkenaan. Ini adalah kerana kita masing-masing dikurniakan atau dianugerahi oleh ‫ هللا سبحانه وتعالى‬la berkat yang unik di samping usaha dan ikhtiar yang gigih seseorang bagi mengasuh bakat dan kepakarannya masing-masing.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil berat dan prihatin tentang hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat termasuklah para pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam.

Di samping tujuan kita untuk meningkatkan lagi efficiency, effectiveness dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Apa yang difahami beberapa jawatan di peringkat eksekutif khususnya ketua-ketua jabatan memangku sesuatu jawatan ada melebihi 2 atau 3 tahun disebabkan jawatan perlu diisikan ataupun belum diisikan. Pada ingatan saya, sebelum ini penetapan jawatan seseorang ketika memangku kurang lebih dalam 6 bulan, jika saya tidak silap. Jikalau saya silap adalah diharapkan untuk dibetulkan. Tatacara pada masa ini adalah difahami, tatacara penetapan jawatan mengikut garis panduan dan ciri-ciri yang telah ditentukan sama ada melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri atau melalui peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini.

Saya berpendapat jika sekiranya dapat diteliti semula serta dipertimbangkan dengan sewajarnya untuk dikurangkan tempoh ketetapan jawatan diperingkat eksekutif ini. Ini adalah apa yang diperhatikan sebahagian daripada mereka ini, merasai disincentive sepertimana juga yang telah pun disampaikan oleh Yang Berhormat rakan sejawat saya, sehinggalah ada mereka menamatkan perkhidmatan lebih awal. Di samping apa yang mustahak juga kita haruslah mengambil kira risiko-risiko yang ingin saya sebutkan di sini:-

  1. Boleh menjejaskan succession planning dan kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai di bawahnya.;

  2. Mengurangkan pengalaman kepada pegawai-pegawai di bawahnya, terutama sekali Jabatan Teknikal untuk mengambil alih jawatan atasan yang dipangku terutama sekali di peringkat Ketua Jabatan.; dan

  3. Brain Drain dan kerugian besar jika pegawai berkenaan seperti yang saya nyatakan tadi yang mempunyai prestasi yang cemerlang, berkemahiran, berkredibiliti serta mempunyai kualiti ciri-ciri terpuji dalam etika kerja.

Kalau sekiranya mereka ini, sekian lama memangku jawatan-jawatan yang dipangkunya, seterusnya disincentive dan boleh menjejaskan prestasi kerja dan produktiviti disebabkan pemangkuan yang lama.Sekiranya mereka ini, sekian lama memangku jawatan-jawatan yang dipangkunya, seterusnya disincentive dan boleh menjejaskan prestasi kerja dan produktiviti disebabkan pemangkuan yang lama.

Kesan psikologi mungkin timbul kerana boleh mengurangkan kredibiliti dan tahap keyakinan individu tentang jawatan dijawatnya kerana beliau belum tentu lagi sama ada akan ditetapkan atau begitu sahaja, ataupun ditukar ke jabatan-jabatan lain.Kesan psikologi mungkin timbul kerana boleh mengurangkan kredibiliti dan tahap keyakinan individu tentang jawatan dijawatnya kerana beliau belum tentu lagi sama ada akan ditetapkan atau begitu sahaja, ataupun ditukar ke jabatan-jabatan lain.

Dalam isu lain yang ingin saya sentuh di sini, berhubung dengan Skim Perkhidmatan. Baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat mengadakan lawatan yang tidak berjadual ke Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam isu lain yang ingin saya sentuh di sini, berhubung dengan Skim Perkhidmatan, baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat mengadakan lawatan yang tidak berjadual ke Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara lain baginda bertitah, Skim-Skim Perkhidmatan bagi jawatan-jawatan Perkhidmatan Awam hendaklah diteliti dan diperbaiki bagi memastikan peluang-peluang kerjaya adalah terbuka, adil dengan mengambil kira latar belakang dan kelulusan daripada pelbagai jenis bidang.Antara lain baginda bertitah, Skim-Skim Perkhidmatan bagi jawatan-jawatan Perkhidmatan Awam hendaklah diteliti dan diperbaiki bagi memastikan peluang-peluang kerjaya adalah terbuka, adil dengan mengambil kira latar belakang dan kelulusan daripada pelbagai jenis bidang.

Adalah difahami bahawa beberapa Skim-Skim Perkhidmatan dari jabatan atau kementerian yang lain telah pun dihadapkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Skim-Skim Perkhidmatan sudah setentunya mengikut proficient yang berperingkat-peringkat mengikut tahap kompetensi kepakaran di mana memerlukan latihan atau kursus-kursus pengajian profesional mengikut karier dan pengalaman pekerjaan masing-masing.

Ada kalanya proses meminta, mengumpulkan maklumat yang lebih jelas dan “bertandang sini ke sana ke mari” di antara jabatan ke jabatan berkaitan berulang kali dan memakan masa, misalnya saja, peringatan saya semasa saya masih memegang jawatan Menteri Kesihatan, Skim Perkhidmatan Allied Health Professionals, (Profesional Kesihatan Bersekutu) telah pun dihadapkan lebih 7 tahun yang mempunyai kurang lebih 30 jenis pekerjaan kesihatan profesional.

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini, dengan ketiadaan Skim-Skim Perkhidmatan yang mengikut career development dan tahap profesional serta kemahiran dalam satu-satu bidang profesion menyebabkan seperti saya terangkan tadi, ada yang berhenti dan rela berkorban bekerja di luar negeri kerana peluangnya lebih cerah dengan tawaran gaji yang lumayan.

Ini bukan sahaja merugikan negara dalam aspek manpower tetapi mereka ini adalah sebagai aset negara yang perlu kita ambil perhatian dalam berbagai bidang. Bukan sahaja kerugian kepada negara malahan jika kita sudah mempunyai kekurangan tenaga kemahiran ataupun kepakaran ini sudah setentunya berpotensi untuk menyegerakan proses ke arah tujuan kita bersama iaitu mencapai Wawasan Negara 2035.

Salah satu daripada ciri untuk mencapai wawasan itu untuk menjadikan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berjaya. Bagi kita sama-sama mencapai wawasan dengan secepat mungkin dalam 2035 ada baiknya kita mengatur strategi yang lebih efficient, lebih baik dan efektif termasuklah tatacara memproses, menilai dalam mempercepatkan Skim-Skim Perkhidmatan mengikut keutamaan dan keperluan negara. Yang terakhirnya saya mencadangkan Skim-Skim Perkhidmatan profesional hendaklah dipastikan disediakan,”ditunduki” secara teliti khususnya oleh stakeholders yang mempunyai kepakaran, kemahiran dalam satu-satu bidang profesional. Keduanya pihak yang berkenaan seharusnya memanggil pihak yang berkepakaran dan berkemahiran kalau sekiranya tidak memuaskan hati untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki supaya lebih transparent, tepat dan dilakukan secara profesional. Bukan itu sahaja, cara-cara mendapatkan maklumat secara persuratan mungkin hendaklah di minimize dan diubah dengan pendekatan permuzakarahan agar boleh difahami dan diterangkan secara tulus.

Jika perlu, pihak berkenaan boleh berkunjung atau melawat secara “turun padang” sepertimana contoh yang dapat kita teladani iaitu cara raja kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil perhatian, kadang-kadang mengadakan berangkat secara mengejut dengan jabatan-jabatan ataupun di mana-mana tempat baginda bercemar duli.

Walau bagaimanapun, mungkin terdapat kaedah atau cara yang lebih konkrit dan terbaik yang dapat dipertimbangkan semata-mata untuk mempercepatkan proses yang berkaitan dengan Skim Perkhidmatan ini. Skim Perkhidmatan ini adalah mustahak bagi kita sama-sama menggalakkan dan menarik lebih ramai lagi para profesional dalam kalangan anak-anak tempatan. Saya percaya dengan wujudnya Skim Perkhidmatan akan dapat lagi memberikan cetusan dorongan kepada mereka yang berkenaan untuk meningkatkan lagi tahap kepakaran, tahap kemahiran masing-masing dengan adanya skim ataupun career development yang tertentu yang disediakan.

Apa yang mustahak untuk diambil perhatian di sini, semata-mata pekerjaan yang mengkehendaki kepakaran atau profesional yang specific mestilah dikendalikan atau dilaksanakan oleh pakar dalam profesional tersebut bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, berkesan, efektif dan cemerlang serta sekaligus menghindarkan apa jua risiko yang mungkin akan berlaku.

Ini adalah bertepatan dengan maksud hadis ‫ نبي محمد صل هللا عليه وسَلم‬yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang bererti: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggulah sahaja kehancuran terjadi. Kemudian ada seorang sahabat bertanya, bagaimanakah maksud amanat disia-siakan, Ya Rasullulah? Rasulullah bersabda, jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancurannya itu”.

Sebelum kaola mengakhiri apa yang saya bangkitkan di sini saya berharap ada baiknya kedua-dua isu ini betul-betul atau benar-benar dikaji dan diteliti seterusnya dipertimbangkan dengan saksama dengan sesegeranya.

Dalam kesempatan ini, Yang Berhormat Pengerusi kaola mengusulkan satu cadangan supaya dilaksanakan penyelarasan jawatan dan kelulusan. Di sini kaola menerangkan sedikit iaitu menyelaraskan gaji penjawat-penjawat awam yang baharu dalam satu jawatan yang sama berdasarkan perbezaan kelulusan akademik yang dipegang.

Sebagai contohnya, kaola mengambil maklum ada jawatan-jawatan khususnya, kebanyakkannya jawatan yang di dalam Bahagian III yang dijawat oleh penjawat-penjawat ataupun pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan yang berbeza. Contohnya, ada yang kelulusannya Diploma dan ada kelulusannya Ijazah Sarjana Muda.

Jadi apabila satu jawatan ditawarkan dan diberikan kepada dua penjawat awam yang berbeza kelulusan ini, kedua-duanya akan diberikan tanggagaji permulaan yang sama. Contohnya, kadar tanggagaji dalam D9 bermula pada kadar $1,910.00, jadinya kedua-dua pemohon ini yang mendapat jawatan yang sama meskipun kelulusannya berbeza, ia akan menerima gaji yang sama.

Jadi dalam hal ini, kaola mengusulkan jika dipertimbangkan ataupun diteliti perkara ini, untuk dipertimbangkan, untuk diselaraskan jawatan ataupun tanggagaji yang diberikan itu berdasarkan kepada kelulusan akademik penjawat-penjawat itu tadi.

Contohnya, yang berkelulusan Diploma akan diberikan tanggagaji yang minimum sebagaimana yang ditawarkan di dalam iklan disebabkan biasanya kalau kita melihat iklan-iklan, ia akan menerangkan kelayakan minimum untuk setiap jawatan itu dan di samping itu juga, dalam iklan kebiasaannya syarat kelulusan minimum adalah Diploma dan yang sebanding. Tapi ada juga dinyatakan di dalam iklan itu nanti kelulusan yang lebih tinggi adalah satu kelebihan.

Jadi, di sini kaola memberikan, mengusulkan cadangan, mungkin kelebihan itu kita boleh memberikan satu tanggagaji tambahan kepada yang mempunyai kelulusan tinggi misalnya yang Ijazah Sarjana Muda tadi itu. Ia diberikan tanggagaji tahap kedua contohnya, sepertimana yang saya nyatakan tadi. Untuk yang Diploma kadarnya adalah kadar minimum tapi yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi akan diberikan kadar tanggagaji yang tahap kedua itu.

Perkara ini adalah untuk kita memastikan bahawa penjawat-penjawat awam ini menerima pembayaran sesuai dengan tahap akademik mereka walaupun ia dalam satu jawatan yang sama. Dalam hal yang sama jua, untuk kenaikan- kenaikan ke pangkat seterusnya, kemahiran dan kepakaran adalah diambil kira juga. Ini perkara pertama.

Kemudian perkara yang kedua yang ingin kaola timbulkan di sini adalah berkaitan dengan calon simpanan dalam pengisian jawatan-jawatan kosong sebagaimana yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Jadinya, kaola mengambil maklum bahawa pendekatan calon simpanan ini adalah antara inisiatif untuk mempercepatkan pemberian jawatan. Berdasarkan makluman yang kaola terima dan juga berdasarkan pengalaman-pengalaman kerja yang lalu, kadang-kadang calon simpanan ini ia memohon jawatan yang awal dipohon dan ia tidak berjaya mendapat jawatan itu, cuma markahnya itu ataupun penilaian di dalam interview yang diterimanya itu ia mungkin calon yang kedua dalam ranking atau ketiga dan dimasukkan di dalam calon simpanan.

Apabila ada jawatan kosong selepas itu, yang pada tahap yang sama tetapi bidang tugas yang berbeza. Jadi, calon simpanan ini secara automatiknya akan dimasukkan ataupun ditawarkan dengan jawatan yang seterusnya itu. Dalam hal ini, kaola mengambil maklum bahawa ini adalah antara inisiatif pihak Jabatan Perdana Menteri untuk mempercepatkan pemberian jawatan itu.

Cuma kaola mengusulkan supaya ada baiknya di review bidang tugas itu juga sebelum ia diberikan jawatan yang seterusnya itu walaupun performancenya dalam memohon jawatan itu, dalam penilaian untuk interview itu adalah bagus.

Hanya permohonan asal adalah bagi satu bidang tugas yang lain. Kemudian, jawatan yang kedua yang diberikan kepadanya itu bidang tugasnya adalah berbeza. Oleh itu, kadang-kadang penjawat itu apabila diberikan jawatan tersebut tidak mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan sebaiknya sebagaimana yang diharapkan.

Itu saja daripada kaola. Sekali lagi, mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada Yang Berhormat Pehin Pengerusi. ‫وباهللا توفيق ولهدايه والسَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih, Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat.

Mengenai soalan-soalan tadi, iaitu tidak selaras dengan kelulusan akademik, barangkali rakan sejawat saya, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bersedia untuk menyediakan pencerahan juga kerana ada hubungkait dengan gaji dan sebagainya. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam atas soalan diajukan mengenai jawatan yang dijawat oleh pekerja yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari yang diperlukan dengan diberikan gaji lebih tinggi.

Saya ingin menjelaskan bahawa dalam membuat keputusan mengenai gaji, kita mempertimbangkan banyak faktor.

Antara faktor-faktor yang kita pertimbangkan ialah kelulusan yang diperolehi, pengalaman kerja, peranan yang dilakukan dan kemampuan yang dimiliki oleh individu.

Saya ingin menjelaskan bahawa pertama sekali, kita tidak mengenakan gaji berdasarkan kelulusan sahaja.

Kedua, kita mempunyai sistem penilaian prestasi yang diberikan kepada pekerja yang memegang jawatan tertentu.

Ketiga, kita juga mempunyai sistem kumpulan gaji, iaitu kita menggabungkan beberapa kelulusan dalam satu kumpulan.

‘Kitani’ mesti juga faham kalau mengiklankan jawatan itu memang khas untuk bidang tugas itu dengan kelulusan yang tertentu dan sebagainya. Dengan sendirinya peruntukan gaji dan sebagainya pun disediakan. Jika ada kelulusan yang lebih tinggi memang diberikan satu kelebihan (advantage) bagi calon yang memohon jawatan tersebut. ‘Kitani’ melihat keperluan pekerjaan itu dan bukan dilihat daripada kelulusan pekerja. Kalau sekiranya pekerja itu cukup dengan kelulusan, itulah yang diperuntukkan dengan tanggagaji yang disediakan.

Jika kelulusannya lebih tinggi, itu dilihat juga prestasinya dan sebagainya, kalau prestasi bagus, di masa depan ada peluang dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tidak semestinya ‘kitani’ mengambil pekerja itu dengan pembayaran gaji mengikut kelulusannya, ‘kitani’ melihat minima bagi jawatan itu berapa disediakan gaji dan tanggagajinya, selepas itu dilihat dari prestasinya.

Walaupun jawatan itu memerlukan kelulusan HND, kalau pemohon berkelulusan PhD, dan kitani lihat jua prestasinya, tidak semestinya ia diberikan atau dinaikkan gajinya sehingga gaji majikannya (boss) pula lebih rendah daripada pekerja tersebut.

Begitulah, kitani mesti menilai sukat-sukat tersebut dan yang penting kitani mesti melihat dari prestasinya, ia punya meritocracy, dan pemberian gaji bukan mengikut atau mesti matching dengan kelulusannya. Itu saja jawapan kaola atas soalan yang diajukan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan, Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Sebenarnya kaola pada awalnya ingin membawakan 2 perkara yang berkaitan dengan Tajuk SA10A- Jabatan Perkhidmatan Awam. Akan tetapi, oleh kerana satu daripadanya yang berkaitan dengan perkara Jawatankuasa Tanggagaji dan Skim Perkhidmatan telah pun disentuh secara panjang lebar oleh rakan-rakan kaola Ahli Yang Berhormat di sini.

Maka kaola hanya akan menyentuh satu perkara sahaja dalam intervention kaola ini. Sebagaimana yang kitani sedia maklum, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah terbukti sedikit sebanyak dapat meningkatkan jati diri dan sikap positif peserta-pesertanya. Syabas dan tahniah.

Kaola memikirkan, oleh kerana impak yang begitu berkesan dan positif kepada peserta-pesertanya, adakah sudah kerajaan meneliti kemungkinan untuk melaratkan program ini mungkin pada peringkat pertama kepada graduan-graduan yang baharu dilantik dalam perkhidmatan awam.

Ia tidaklah semestinya dalam tempoh yang begitu lama ataupun kurikulum yang sama seperti Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) ini akan tetapi, ia perlu diubahsuai untuk menanamkan sikap positif, teamwork, jati diri, leadership, kerjasama dan jalinan network kepada peserta-pesertanya.

Matlamatnya ialah untuk meningkatkan koordinasi dalam kalangan new recruit ini dan akan membolehkan agensi-agensi yang berkenaan dalam kerajaan untuk mengenal pasti dan menilai potensi pegawai-pegawai yang baharu ini juga.

Ia akan dapat membantu pengurusan pertengahan dalam meneliti, menilai dan menggubal sebarang cadangan dalam kementerian mahupun jabatan masing-masing. Mungkin perkara ini boleh ditelilti bersama-sama Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai lead agency, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan mana-mana agensi yang berkepentingan.

Cadangan ini kaola ajukan memandangkan impak positif yang akan dapat kitani raih dari program ini bagi pegawai-pegawai yang terlibat dari segi meningkatkan resilient, networking, forward-looking dan bekerja sebagai satu pasukan.

Kaola rasa inilah salah satu usaha kita untuk menyediakan future work force yang mempunyai jati diri positif mindset, mengamalkan koordinasi, teamwork dan networking yang kukuh antara mereka bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035. Ini sebagai satu cadangan kaola, Yang Berhormat Pehin. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim atas cadangan mengenai dengan pembinaan jati diri ataupun semangat berpasukan di kalangan graduan-graduan baru dan juga yang bakal menduduki jawatan-jawatan di sektor kerajaan. Secara ringkasnya, kaola berpendapat satu cadangan yang baik dan dapat lagi dikongsikan cadangan ini dengan Yang Berhormat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang bertanggungjawab bagi pengendalian Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) ini. Namun demikian, pada masa yang sama kaola juga maklum untuk membina jati diri ini selain dari Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) juga ada sekolah Outward Bound. Sekolah ini jika digunakan sebaiknya boleh juga sebagai pilihan kepada usaha- usaha membina jati diri bagi bakal-bakal penjawat awam, ‫ان شاء هللا‬.

Namun demikian, satu cadangan yang baik dan jika mengizinkan dan sesungguhnya pada masa ini program ini semakin popular di kalangan anak-anak muda dan sudah meningkat bilangan pengambilannya daripada tahun yang sudah mengambilkira ia tidak dilaksanakan waktu COVID-19, itu satu petanda baik bagi meneliti kesesuaian dan tempoh masa. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun membincangkan Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A, dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyertai perbincangan ini.

Saya kira sesuai sekarang bagi tajuk- tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A diluluskan sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Semuanya bersetuju dan Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A dijadikan sebahagian daripada Jadual daripada Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SA18A hingga Tajuk SA26A.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita menyambung tajuk-tajuk yang berikutnya saya cadangkan kita berehat selama 15 minit.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula)

Yang Berhormat Pengerusi

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang Di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan sebentar tadi, kita masih lagi membahaskan sebahagian daripada tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Tajuk SA18A hingga Tajuk SA26A - Jabatan-Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bersama saya masih ada senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membahaskan tajuk-tajuk ini.

Saya persilakan untuk memulakannya dengan Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم السَلم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan Salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. ‫أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬

Terlebih dahulu di Dewan yang mulia ini, kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pencerahan Yang Berhormat berikan semalam iaitu berkaitan dengan Institut Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kaola ada satu perkara yang ingin kaola tanyakan iaitu dibawah Tajuk SA26A - Institut Perkhidmatan Awam. Kaola ingin pencerahan berkenaan dengan fungsi dan peranan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) ke arah memberikan perkhidmatan yang menjurus kepada inisiatif dan sasaran belanjawan menuju Smart Nation melalui Plan Induk Ekonomi Digital 2025 bagi meningkatkan kualiti dan budaya kerja ke arah transformasi digital secara keseluruhannya.

Apakah perancangan yang akan dibuat bagi menyediakan latihan-latihan yang relevan kepada keperluan teknologi digital bagi meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Awam? Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir atas soalan mengenai dengan perancangan-perancangan yang dibuat mengenai latihan yang dibuat di Institut Perkhidmatan Awam ke arah mencapai Smart Nation dan juga Digital.

Kita maklum Institut Perkhidmatan Awam adalah selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam berusaha ke arah meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia dalam perkhidmatan awam, berperanan dalam mendukung hasrat Wawasan Brunei 2035.

Melalui Pelan Strategik Jabatan Perdana Menteri-Transformasi Perkhidmatan Awam ianya mensejajarkan tawaran program pembelajaran dengan kehendak negara sebagai Smart Nation dengan mengadakan kolaborasi dengan AITI di dalam rangka Brunei ICT Industry Competency Framework (BIICF), EGNC dan juga Cyber Security Brunei.

Disamping itu, Institut Perkhidmatan Awam menyerapkan elemen-elemen daripada Digital Economy Master Plan 2025 dalam program pembelajaran Institut Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kadar celik digital dikalangan warga perkhidmatan awam. Perkongsian di persada serantau iaitu platform ASEAN turut dimanfaatkan di dalam merancang inisiatif program-program inovasi dan ICT berdasarkan ASEAN Public Service Training Institute (PSTI Network) Future Skill Sets.

Institut Perkhidmatan Awam juga turut memperkasa tenaga pelatihnya di dalam kemahiran professional ICT untuk persiapan menyampaikan latihan bagi program ICT.

Infrastruktur termasuk Innovation Lab turut disediakan dan penambahbaikan kepada makmal ICT dilaksanakan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih kondusif.

Hasil dari semua perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan terdapat perubahan sangat ketara kepada senarai program tahunan Institut Perkhidmatan Awam bagi Tahun Kewangan 2023/2024 yang mana sebanyak 47% program berupa innovasi dan ICT.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi disampaikan jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫سم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ dan Salam sejahtera. Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Kaola ingin membukakan persoalan berkenaan dengan SA18A - Bahagian Undang-Undang atau mana-mana jabatan yang bekaitan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kaola terpanggil bagi memohon pencerahan berkenaan dengan isu-isu orang ramai yang kehilangan harta benda disebabkan tindakan mahkamah kerana gagal melunaskan pinjaman. Ada diantaranya melakukan pinjaman kerana terpaksa atau terdesak dan tidak kurang juga menjadi mangsa kepada tawaran-tawaran pinjaman yang menarik tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku di kemudian hari.

Perkara ini juga berhubung kait dengan kaedah permohonan yang mudah dan perjanjian-perjanjian pinjaman serta syarat-syarat jual beli yang kadangkala mengelirukan dan dilihat tidak mengutamakan kepentingan bagi memelihara dan melindungi hak-hak pengguna. Sebagai contoh ada antara pinjaman yang hanya memiliki satu lot tanah dibenarkan mencagarkannya kepada pihak bank untuk mendapat pinjaman.

Pertanyaannya, apakah pihak kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini dan apakah ada usaha pengawalan ke arah memastikan hak-hak pengguna sentiasa dilindungi dan menjadi keutamaan sebelum barang pinjaman dibenarkan? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian,

‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kaola ucapkan pada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman yang antara lain bertanya mengenai dengan hak-hak pengguna orang-orang ramai ini termasuk menggunakan tanahnya yang hanya satu tanah miliknya sahaja.

Bagi menjawabnya soalan Yang Berhormat berkenaan, ‫أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬ Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa peka dan prihatin dalam memastikan bahawa hak-hak pengguna dan orang ramai dipelihara melalui undang-undang yang ada pada masa ini dengan menyediakan kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian di antara dua pihak yang bercanggah.

Contoh yang sedemikian boleh diselesaikan antaranya melalui proses litigasi atau institusi-institusi yang mengendalikan penyelesaian pertikaian secara informal seperti rujukan pada Small Claims Tribunal, timbang tara (arbitration) atau perantaraan (mediation).

Berkenaan itu adalah juga penting untuk mengingati kepada orang awam agar memastikan bahawa perjanjian-perjanjian diteliti dan difahami terlebih dahulu sebelum memasuki dan menandatangani perjanjian berkenaan agar tidak menimbulkan pertikaian-pertikaian di antara kedua pihak.

Berkenaan isu-isu berkaitan perbankan dan isu-isu tanah, kaola ingin menyerahkan kepada rakan sejawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II serta Yang Berhormat Menteri Pembangunan bagi sebarang tambahan ulasan terhadap isu masing-masing.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Menambah dengan soalan yang diajukan tadi, itu mungkin kira perjanjian peribadi. Kalau ada pinjaman untuk melabur ke projek-projek atau pun membangun rumah sendiri dan sebagainya, itulah digunakan sebagai collateral bagi pinjamannya. Kalau tidak terbayar, memang itulah satu hal di antara individu dengan institusi kewangan.

Orang ramai perlu lebih faham mengenai dengan financial literacy. Di bawah Brunei Darussalam Central Bank selalu mengongsikan atau pun memberikan taklimat mengenai dengan financial literacy supaya orang ramai lebih faham sebelum memasuki perjanjian atau pun menggunakan hartanah mereka sebagai collateral atas pinjaman mereka.

Jadi mesti difikirkan risiko itu. Usaha kerajaan meningkatkan lagi financial literacy, taklimat-taklimat mengenai dengan financial literacy kepada orang ramai ‫ ان شاء هللا‬Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Pembangunan suka membuat pencerahan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Menjawab pada soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman tadi mengenai dengan cagaran tanah persendirian untuk mendapatkan pinjaman bank, adakah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengambil maklum dan peka dalam perkara ini. Jawapannya ialah ya, memang perkara ini diambil satu pertimbangan yang serius di Kementerian Pembangunan.

Antara prosesnya ialah pemohon yang akan menghadapkan tanahnya untuk dicagarkan ke bank akan menghadapkan terlebih dahulu memohon kebenaran kepada Jabatan Tanah yang akan menghadapkannya melalui Kementerian Pembangunan.

Dan keperluan untuk mencagar tanah ini akan dikenalpasti dan dibuat pertimbangan. Sekiranya pemohon ini mencagarkan tanahnya untuk mendapatkan pinjaman kewangan untuk membuat rumah di atas tanah itu, itu yang kebanyakkannya yang terjadi, yang menjadi asas permohonan barang itu selalunya diluluskan.

Dan sekiranya kalau, permohonan itu mencagarkan untuk mendapatkan kewangan tanpa penjelasan apa kegunaan sumber kewangan jika tanah itu adalah tanah satu-satunya tanah yang dimiliki, kelazimannya permohonan sedemikian tidak dibenarkan.

Jadi ini adalah diantara sukat-sukat pertimbangan yang menjadi persyaratan sebelum meluluskan sesuatu permohonan bagi mencagarkan tanah ke bank atau pun institusi kewangan yang ada. Jadi itulah jawapan yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Jelas, terima kasih. Saya beralih sekarang kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬. Kaola ingin merujuk peruntukan Kemajuan dibawah Jabatan Perkhidmatan Elektrik sebanyak $69,159,450.00.

Mengambil kira peruntukan yang besar, kaola mohon pencerahan sudahkah pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik memastikan kebolehlaksanaan (doability) projek yang dirancang bagi menjamin peruntukan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya mengikut perancangan? Kaola juga ingin tahu adakah projek-projek ini dapat menambah work efficiency di Jabatan Perkhidmatan Elektrik?

Kaola ingin mencadangkan work efficiency untuk dimasukkan dalam KPI Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih pada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬dalam perlaksanaan projek-projek utama Rancangan Kemajuan Negara dan juga dibawah peruntukan tahunan sehingga kini, negara telah mencapai kadar eletrifikasi sekitar 99% dengan pembekalan tenaga elektrik secara kekal melalui grid system rangkaian, ini juga termasuk dalam mukadimah kaola yang lalu. Disamping itu juga, negara telah berjaya mempertingkatkan kedudukan index reliability dari segi bekalan elektrik secara signifikan sejak tahun 2014, iaitu tahap yang setaraf dengan yang terbaik di rantau ASEAN.

Ini merupakan usaha Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri mengekalkan sistem bekalan tenaga elektrik negara yang terjamin dan reliable untuk jangka masa panjang bagi kesejahteraan rakyat dan mengambil kira unjuran permintaan bekalan elektrik yang meningkat bagi mendukung pertumbuhan kegiatan ekonomi dan sosio-ekonomi negara selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan sentiasa memastikan projek-projek Kemajuan diberikan keutamaaan dan dijalankan sepertimana yang telah ditetapkan melalui beberapa inisiatif termasuk memastikan organisasi yang efektif dan memastikan penyusunan sumber manusia yang cemerlang untuk menerajui projek-projek yang berkaitan.

Penglibatan pakar-pakar teknikal seperti perkhidmatan konsultan dan juga memastikan kontraktor-kontraktor yang berpengalaman, berkeupayaan dan kompeten, dan mengukuhkan rantaian bekalan (supply chain) termasuk penambahan pangkalan pembuat dan pembekal peralatan-peralatan utama yang memerlukan bagi menjayakan kesiapan projek-projek prasarana Rancangan Kemajuan Negara Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Demikianlah Yang Berhormat Pengerusi, sedikit jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬ َّ ‫ ال‬dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi memberi kesempatan sekali lagi kepada kaola untuk di sini menimbulkan dan memberikan penjelasan.

Terutama sekali yang ingin kaola timbulkan sini, iaitu keadaan bankruptcy atau muflis. Perkara ini sering kita lihat di surat-surat khabar dan kadangkala adalah sangat-sangat juga merunsingkan terutama sekali kebanyakannya adalah dalam kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Perkara ini haruslah kita nilai dan juga berharap apakah indicator sebenarnya dan juga dalam perkara ini kemungkinan dikategorikan korporat dan juga individual serta MSME yang terkandung di dalam sama ada mereka memfailkan muflis atau mereka sendiri untuk mendeclare bankruptcy.

Apa yang mungkin berlaku ialah disebabkan liabiliti ataupun hutang melalui institusi-institusi perbankan ataupun pinjaman daripada individu serta tidak terbayar kepada supplier ataupun dalam perkara-perkara yang lain.

Dalam perkara ini, bagi membolehkan kita menghindari perkara ini akan berleluasa adalah juga mungkin barangkali pihak yang berkenaan untuk mengambil perhatian dan dalam majlis ini sukacita juga saya ingin meminta pencerahan dan juga maklumat bagaimanakah trend kemuflisan untuk dibandingkan 5 ke 10 tahun yang lalu. Adakah meningkat, menurun atau mendatar mengikut kategori atau korporat iaitu peniaga-peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) dan individual.

Data-data seperti ini bagi pendapat kaola adalah sangat mustahak yang antara lainnya boleh menjadi sukat-sukat bagi menilai atau membantu kedudukan ekonomi negara yang sebenarnya bukan sahaja kejayaan tetapi kitani boleh menilai sebab-sebab kegagalan, ia boleh juga membantutkan perkembangan ekonomi bukan saja secara menyeluruh dalam kategori tertentu yang saya nyatakan tadi, iaitu korporat dan syarikat-syarikat bagi MSME dan individual.

Bagi MSME ini kita perlu juga mengenalpasti apakah root cause yang sebenarnya mereka menjadi muflis atau bankrupt supaya ini akan menjadi satu pengajaran kepada MSME yang lain supaya bagi kita sama-sama menghindarkan perkara ini berlaku di masa-masa akan datang.

Jika perlu dan bersesuaian, bagaimanakah kita boleh membantu mereka bangkit semula bagi perniagaan-perniagaan dan perusahaan semata-mata untuk membolehkan mereka menyara hidup mereka semula di masa akan datang. Mahu tidak mahu, barangkali mereka ini memohon bantuan kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Ugama Islam dan NGO yang lain. Ia akan lagi menambahkan bebananan kepada pihak kerajaan untuk membantu mereka terutama sekali untuk menyara hidup mereka.

Itulah saja barangkali yang kaola dapat sampaikan di Majlis ini dan sekali lagi kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi memberi peluang kepada kaola. Sekian.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan menjawab soalan kali soalan itu nanti setelah kaola memberi jawapan kepada soalan-soalan yang terdahulu daripada Yang Berhormat yang lain yang belum kaola jawab. Mungkin juga ada soalan baru daripada Yang Berhormat perkara yang sama yang dapat kaola tunduki semasa menyampaikan jawapan.

Yang Berhormat Pengerusi

Nampaknya tidak ada lagi soalan. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, silakan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim Haji Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi memberi peluang kaola untuk mengikuti perbincangan untuk kali kedua.

‫السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُهُ سم هللا الرحمن الرحيم‬ dan salam sejahtera. Kaola hanya akan membincangkan mengenai Tajuk SA24A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Kaola perhatikan kutipan hasil elektrik daripada 2022 hingga tahun 2026 nampaknya mendatar dalam 3 tahun kehadapan ini, iaitu dalam lingkungan $162,000,000.00 setahun. Jadi, kaola ingin pencerahan apakah sebabnya?

Kaola menjangkakan sepatutnya jumlah ini akan makin bertambah dengan mengambilkira pembukaan gedung-gedung perniagaan yang baru, pembinaan rumah-rumah bawah Skim Perpindahan dan swasta, apartmen, warehouse dan lain-lain. Apakah ini bererti pengguna-pengguna ini semakin efisien ataupun pengguna-pengguna premis ini belum termasuk dalam radar Jabatan Elektrik.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ### Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Yang Berhormat Pengerusi. Barangkali Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri belum bersedia untuk bagi jawapan ini.

Kaola memohon ruang untuk meberikan jawapan kepada soalan-saoalan tadi untuk memikirkan jawapan bagi soalan yang terakhir itu tadi. Mohon izin Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

‫ان شاء هللا‬

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Kaola tidak akan merepeat soalannya kerana terlalu panjang, kaola terus kepada jawapan, iaitu berhubung dengan pengemaskinian dasar dan dasar baharu, pembentukan dan penelitian dasar peraturan perkhidmatan awam.

Ini bukanlah satu proses yang mudah tetapi ianya adalah complex dan memerlukan penelitian serta melibatkan pihak yang berkepentingan bagi memastikan pembentukan dasar yang kukuh bagi orang ramai. Proses penelitian bagi pembentukan dasar melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan Mesyuarat Jawatankuasa yang berkenaan.

Dalam usaha meningkatkan government effectiveness melalui kualiti penggubalan dan pelaksanaan dasar serta credibility komitmen pihak kerajaan terhadap dasar yang diperkenalkan, Jabatan Perdana Menteri terus melaksanakan pengemaskinian Surat-Surat Keliling yang melibatkan dasar dan peraturan-peraturan perkhidmatan awam. Penelitian ini dilaksanakan dan menggunakan pendekatan Whole of Nation Approach bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan awam.

Pembentukan dasar yang kukuh serta menepati keperluan orang ramai. Sebanyak 306 Surat Keliling telah dikenalpasti, memerlukan penelitian dan kesemua 306, iaitu 100% Surat Keliling telah selesai dibincangkan dalam Mesyuarat Perkumpulan Petugas Penelitian Surat-Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan Perkhidmatan Awam.Sebagai langkah kehadapan (way forward) dalam usaha untuk mempercepatkan proses dan penyelesaian penelitian surat-surat keliling dan memastikan pendekatan whole of government, iaitu yang telah diteliti kesesuaiannya (relevance) untuk kumpulan petugas akan dihadapkan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan memberikan tempoh yang bersesuaian untuk menghadapkan pandangan dan penelitian lanjut mengenai Surat-Surat Keliling berkenaan.

Melalui mesyuarat yang berkenaan akan membentangkan mana-mana Surat-Surat Keliling yang masih lagi relevan untuk diteliti dan dikemaskini berasaskan kepada perubahan dan keperluan semasa khususnya dalam menimbangkan dan meningkatan Perkhidmatan Awam ini termasuklah dasar-dasar yang berkaitan dengan perkembangan, perancangan dan pengurusan sumber manusia.Sebanyak 306 Surat Keliling telah dikenalpasti, memerlukan penelitian dan kesemua 306, iaitu 100% Surat Keliling telah selesai dibincangkan dalam Mesyuarat Perkumpulan Petugas Penelitian Surat-Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan Perkhidmatan Awam.

Pada masa ini juga beberapa taskforce yang berkenaan telah giat menyediakan beberapa peraturan-peraturan dalam perkhidmatan awam untuk dibentangkan dan diluluskan. Ini termasuk jua penyediaan garispanduan yang komprehensif mengenai pengurusan, pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam perkhidmatan awam yang dapat digunakan dalam secara holistik.

Pada tahun lepas sebanyak lapan kertas telah dibentangkan yang mana salah satu daripadanya berkaitan dengan pengemaskinian surat keliling dan selebihnya yang berhubungkait dengan garispanduan-garispanduan mengenai tatacara pengurusan dan pengambilan sumber manusia dalam perkhidmatan awam. Manakala dua garispanduan telah dirangka dan diluluskan pada tahun ini yang pengambilan pakar dan profesional dalam perkhidmatan awam.

Ini sudah setentunya melebihi sasaran KPI Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu meluluskan dua kertas dasar dalam setahun. Jabatan Perkhidmatan Awam akan secara berterusan meneliti dan mengemaskinikan dasar-dasar perkhidmatan awam dari masa ke semasa. Sekianlah untuk jawapan pada soalan yang diajukan Yang Berhormat.

Manakala kaola juga ada sudah jawapan yang tersedia untuk soalan yang diajukan, soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, sama jua soalan ini panjang untuk kaola baca semula Pehin, tapi jawapannya, iaitu pertama mengenai tempoh memangku bagi jawatan-jawatan eksekutif pengisian jawatan kosong khususnya bagi Bahagian Satu memerlukan kerjasama kolektif dan komitmen yang berterusan daripada kementerian-kementerian dalam memastikan syarat-syarat bagi kenaikan pangkat itu dipenuhi dalam usaha mengurangkan hal-ehwal memangku secara berpanjangan dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan peyampaian perkhidmatan (service delivery) serta produktiviti perkhidmatan awam. Secara keseluruhan sehingga Februari tahun ini terdapat 312 jawatan kosong dalam Bahagian Satu yang mana 276 daripadanya adalah dipangku, beberapa inisiatif jabatan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2015 antaranya adalah seperti berikut: -

  1. Usaha dalam pelaksanaan rancangan penggantian bagi setiap kementerian dengan juga menyediakan buku panduan dan bengkel-bengkel perancangan penggantian yang mengandungi tatacara pelaksanaanya.

  2. Mewujudkan program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) pada tahun 2016 dengan mengadakan rakaian program flagship kepimpinan seperti Young Executive Programme (YEP), Executive Delevopment Programme for Middle Management Officer (EDPMMO) dan Executive Development Programme for Senior Government Officer (EDPGSO) bagi pegawai-pegawai yang dikenal pasti sebagai pemimpin yang berpotensi.

  3. Pemantauan bagi jawatan-jawatan utama yang kosong dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja Pengisian Jawatan-Jawatan Utama Bahagian Satu dalam perkhidmatan awam bermula pada tahun 2018 sehingga tahun 2021.

  4. Pelaksanaan garispanduan memangku jawatan-jawatan Bahagian Satu sokongan kenaikan pangkat atau penetapan jawatan dalam perkhidmatan awam mulai Mei 2019.

  5. Pengemaskinian syarat-syarat kaedah kenaikan pangkat laluan laju Surat Keliling Jabatan Perkhidmatan Menteri bilangan: 12/2020 telahpun dikeluarkan dan mula dikuatkuasakan pada 4hb. November 2020M bagi memastikan pengisian jawatan kosong dalam Bahagian Satu oleh pegawai-pegawai yang dikategorikan sebagai outstanding, berpotensi, berkualiti, future ready dan bersesuaian berdasarkan merit.

  6. Pelaksanaan stopgap measure, iaitu perubahan syarat kenaikan pangkat bagi jawatan bertaraf Ketua Jabatan/Pengarah dan kenaikan bagi Bahagian Dua ke Bahagian Satu. Stopgap measure adalah langkah berbentuk sementara bagi menangani isu jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan awam, iaitu perubahan syarat kenaikan pangkat bagi jawatan bertaraf Ketua Jabatan/Pengarah dan kenaikan pangkat dari Bahagian Dua ke Bahagian Tiga (bertaraf Timbalan/Penolong Ketua Jabatan/Pegawai Kanan).

    Secara keseluruhannya kaedah stopgap measure dilihat adalah efektif dalam pengisian jawatan Bahagian Satu dalam tanggagaji Superscale C bertaraf Ketua Jabatan/Pengarah, iaitu sebanyak 78% (25 Jawatan). Berhubung dengan skim perkhidmatan ianya betujuan mewujudkan satu aliran kerjaya yang lebih teratur dan mantap dan mewujudkan gelaran jawatan tanggagaji yang kemaskini selaras dan telus dengan memberikan keutamaan kepada penghasilan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan sentiasa bedaya saing selaras dengan kehendak masa kini.

Tempoh kelamaan untuk mempertimbangkan cadangan skim perkhidmatan yang telah dihadapkan untuk pertimbangan dan ketetapan jawatankuasa berkenaan adalah tertakluk kepada beberapa perkara, iaitu:

  1. Pertimbangan serta ketetapan slot satu-satu skim perkhidmatan adalah tertakluk kepada nature skim perkhidmatan tersebut. Bagi skim perkhidmatan yang mempunyai impak besar kepada perkhidmatan awam akan setentunya memerlukan tempoh yang panjang, memandangkan penilitian skim pekhidmatan berkenaan memerlukan penganalisaan yang terperinci serta menyeluruh dengan mengambil kira berbagai aspek seperti benchmarking, best practices, jenis-jenis kursus atau latihan bagi peningkatan pembangunan kapasiti penjawat awam dan lain lain.

  2. Maklumat-maklumat yang lengkap adalah sangat penting untuk mempayukan proses penelitian, pertimbangan dan ketetapan bagi skim perkhidmatan dan ini memerlukan masa yang lama, jika hasil penelitian urusetia jawatankuasa berkenaan mengenai cadangan pengwujudan atau penyelarasan skim perkhidmatan berkenaan mendapati masih memerlukan maklumat-maklumat lanjut bagi pihak kementerian atau jabatan berkenaan adalah dikehendaki untuk menghadapkan maklumat-maklumat yang lengkap dan komprehensif sebelum dibincangkan semula. Sebagai contoh, jika hasil penelitian urusetia jawatankuasa berkenaan mengenai cadangan pengwujudan atau penyelarasan skim perkhidmatan berkenaan mendapati masih memerlukan maklumat-maklumat lanjut bagi pihak kementerian atau jabatan berkenaan adalah dikehendaki untuk menghadapkan maklumat-maklumat yang lengkap dan komprehensif sebelum dibincangkan semula.

    Dari masa ke masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam giat melaksanakan penambahbaikan terhadap tatacara mempercepatkan proses permohonan kertas kerja skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun berusaha untuk mempercepatkan proses dengan mengadakan mesyuarat setiap minggu. Bagi tahun 2022, sebanyak 94 jawatan telah pun dikemaskinikan skim perkhidmatannya, iaitu jawatan-jawatan yang belum mempunyai skim perkhidmatan.

Manakala mengenai skim perkhidmatan Alert Health Profession (AHP), Kementerian Kesihatan cadangan Alert Health Profession (AHP), ini melibatkan pengemaskinian gelaran jawatan tanggagaji skim perkhidmatan serta mengadakan gelaran-gelaran jawatan dan tanggagaji baru bagi 19 bidang AHP antaranya; Pengkaji Dengar (Audiology), Pysioteraphy, Speech Language Therapy, Dietetic Clinical, Scientific Clinical, Perkhidmatan Scientific, Technology Maxillofacial, Klinik Teknologi Pergigian, Ortophedic dan Scientific Pharmacy.

Atulah antara lain jawapan-jawapan dan ada jua masih yang masih dikemaskinikan juga.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih atas jawapan-jawapan yang diberikan dan penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira sudah cukup bagi kita membahaskan Tajuk yang berkenaan ini dan sekarang masanya tiba bagi saya mengajukan supaya Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli yang bersetuju supaya Tajuk SA18A hingga Tajuk SA26A diluluskan atau sebaliknya sila angkat tangan. Terima kasih semuanya bersetuju Tajuk SA18A hingga Tajuk SA26A diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SA18A hingga Tajuk SA26A dijadikan sebahagian daripada Jadual daripada Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SB01A dan SB04A Kementerian Pertahanan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekrang Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada tajuk Kementerian Pertahanan bagi Tajuk SB01A hingga Tajuk SB04A. Adalah difahami bahawa Kementerian Pertahanan adalah sebuah kementerian yang tertutup dan kerana itu belanjawannya tidaklah perlu kita bincangkan secara terbuka.

Walaubagaimanapun, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dengan ihsannya telah memberikan ruang untuk membolehkan untuk membuat mukadimahnya terutama mengenai dengan penyediaan belanjawan bagi Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Dengan itu saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk membuat presentationnya. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang peramba/kaola/saya hormati.

‫ أ ْلح ْمدُ ِ هّلِل‬peramba/kaola/saya memanjatkan syukur ke hadrat ‫ هللا سبحانه وتعالى‬kerana izin, limpah rahmat dan inayah-Nya jua kita dapat bertemu lagi dalam Dewan yang mulia ini dalam suasana negara yang aman damai dan kita dapat menjalani kehidupan dalam norma baharu disebalik kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak 3 tahun yang lalu.

Dikesempatan ini peramba/kaola/saya mewakili Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah perkenan baginda memperkenankan sejumlah peruntukan kepada Kementerian Pertahanan dan Jabatan-Jabatan arah di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024. Peruntukan yang telah disediakan kepada Kementerian Pertahanan dan Jabatan-Jabatan arah di bawahnya ini setentunya adalah amat dihargai dan ‫ ان شاء هللا‬penggunaannya nanti akan dilaksanakan secara berhemah dan berjimat cermat mengikut keutamaan.

Dalam sesi Majlis Mesyuarat Negara yang lalu kita berpeluang unutk membentangkan dan mengetengahkan keutamaan-keutamaan yang menjadi asas kepada keberkesanan pentadbiran dan tadbir urus setiap kementerian dengan peruntukan yang telah disediakan dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara, persekitaran, keselamatan serantau dan global serta perkembangan semasa selaras dengan wawasan negara, iaitu Wawasan Brunei 2035.

Perubahan geopolitik, ancaman terhadap kedaulatan negara, krisis kerapuhan ekonomi, perubahan iklim serta pengganasan dan ektreminisme, dijangka akan terus membentuk dan mempengaruhi persekitaran keselamatan kita yang mana sebahagian besarnya akan bergantung kepada pelbagai faktor pemacu seperti globalisasi, pendigitalan, automasi dan migrasi. Misi Kementerian Pertahanan akan terus kekal, iaitu dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah serta menegakkan falsafah negara, iaitu Melayu Islam Beraja. Ke arah ini, adalah penting bagi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khasnya untuk terus mengekalkan tahap keupayaan tempur dan kesiapsiagaan yang tinggi pada setiap masa serta mempamerkan imej pertahanan yang kredibel.

Sebagai salah satu tunggak utama dalammemastikan keselamatan dan kedaulatan negara, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus komited dalam memastikan pertahanan negara terus kukuh dan bersiap sedia menangani apa jua bentuk ancaman sama ada traditional ataupun non-traditional, baik dari dalam mahupun dari luar negara serta memberikan keutamaan kepada usaha-usaha ke arah permodenan dan penaiktarafan aset-aset keupayaan dan peningkatan kapasiti sumber tenaga manusia yang benar-benar profesional dan terlatih demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta selaras dengan visinya A Formidable Armed Forces and Reliable Partner.

Dengan pelancaran Kertas Putih Pertahanan 2021 dengan tema Defending the Nation Sovereignty, A Secure and Resilient Future pada 31hb. Mei 2021M yang lalu, perancangan yang komprehensif ke arah meningkatkan lagi keberkesanan dan keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah lebih terarah melalui pengenalan landasan platforms keupayaan yang baharu dalam menitik beratkan pengisian jurang keupayaan kaedah jointre kebersamaan dan juga pembangunan keupayaan berasaskan kepada Defence Line of Development (DLODs) serta permanfaatan kepada teknologi dan inovasi moden yang meliputi semua Operating Domains.

Sebagai salah satu tunggak utama dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus komited dalam memastikan pertahanan negara terus kukuh dan bersiap sedia menangani apa jua bentuk ancaman sama ada traditional ataupun non-traditional, baik dari dalam mahupun dari luar negara serta memberikan keutamaan kepada usaha-usaha ke arah permodenan dan penaiktarafan aset-aset keupayaan dan peningkatan kapasiti sumber tenaga manusia yang benar-benar profesional dan terlatih demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta selaras dengan visinya A Formidable Armed Forces and Reliable Partner.

Kertas Putih Pertahanan 2021 juga yang dilancarkan juga memberikan penekanan kepada 3 teras strategi pertahanan yang mana peramba/koala/saya sering huraikan di Dewan mulia ini tempohdi tempoh musim permesyuaratan yang lalu, iaitu masih terus relevan:

i. Cegah Rentang ataupun Deterrence.; ii. Diplomasi Pertahanan.; dan iii. Pertahanan Holistik.

Keperluan bagi peningkatan keupayaan aset-aset dan persenjataan khususnya dalam mengekalkan tahap kesediaan dan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah tidak boleh dipandang ringan kerana keutamaan bagi mengekalkan keselamatan negara adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Dari itu, demi mencapai keutamaan ini ia tidak wajar hanya diletakkan kepada keupayaan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei semata-mata malah ianya memerlukan pendekatan secara collective melalui whole of nation dan penglibatan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Perlu ditegaskan disini bahawa nilai keamanan tidak dapat diukur dengan apa jua bentuk mata wang malahan sebaliknya lebih banyak kos perbelanjaan akan timbul tanpa adanya keamanan dan keselamatan. Pembangunan dan kemajuan sebuah negara bergantung kepada suasana aman dan selamat.

Memantau dan menentukan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Demi mencapai hasrat Bersatu Memperkasa Ke Arah Pertahanan Negara, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengenalpasti beberapa keutamaan sebagai hala tuju dan sebagai penanda aras agar apa jua perancangan yang dihasratkan dan telah dirangka akan dapat dicapai dengan lebih realistik dan terarah seperti berikut:

  1. Apa jua perancangan dan visi yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper 2021) untuk direalisasikan dan dilaksanakan, iaitu melalui semak dan imbang dalam erti kata lain melalui pendekatan check and balance.

  2. Mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang sedia terjalin dengan negara-negara sahabat.

  3. Menentukan semua strategi perolehan, keupayaan dan aset-aset ketenteraan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah selaras dengan Kertas Putih Pertahanan 2021, Force 2035 dan Force Structure Review (FSR) yang menjurus kepada mengenalpasti jurang keupayaan capability gap yang ada.

  4. Memastikan peruntukan kewangan bagi setiap Tahun Kewangan adalah dimanfaatkan dan dibelanjakan secara berhemah berdasarkan kepada keperluan utama bukan kehendak semata-mata.

  5. Menentukan kebajikan para pegawai dan setiap anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan warga awam Kementerian Pertahanan sentiasa diambil peduli.

  6. Memastikan setiap rancangan penggantian succession plan bagi jawatan-jawatan utama dalam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dirancang dengan teliti dan berkesan.

Pemantauan pencapaian Defence White Paper 2021 ini dilaksanakan secara bersistematik melalui Defence White Paper 2021 Delivery Plan and Tracking yang pada masa ini dalam peringkat pelaksanaannya. Aspek pengurusan strategi dan prestasi akan terus diberi perhatian khusus dalam memantau dan melaporkan kemajuan progress bagi setiap pelaksanaan strategi dan perancangan pertahanan melalui penggunaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Diplomasi pertahanan adalah satu instrumen yang penting dan adalah tidak dapat dinafikan bahawa ianya bukan sahaja boleh menjamin hubungan, malah mengekalkan hubungan kerjasama pertahanan yang telah sekian lama terjalin dengan negara-negara sahabat yang berdasarkan kepada keyakinan dan saling percaya antara satu sama lain dalam sama-sama memastikan keamanan dan kestabilan serantau dan antarabangsa akan terus tetap terjaga atau terpelihara.

Selain dari itu ianya juga boleh menyumbang kepada penjimatan kos perbelanjaan, iaitu melalui perkongsian best practices dan interoperability dengan negara sahahat. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus berusaha memastikan bahawa semua perancangan, perkembangan dan peningkatan keupayaan aset-aset ketenteraan akan dapat direalisasikan dalam melengkapkan lagi kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diaja Brunei menghadapi ancaman-ancaman global yang dinamik, pantas dan rentas sempadan.

Oleh yang demikian, usaha ke arah perolehan aset pertahanan dan persenjataan yang baharu dan moden adalah sangat penting dan harus diberikan keutamaan bagi mengurangkan jurang keupayaan yang diperlukan untuk memenuhi peranan penugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebagai contoh, Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak bagi perolehan Air Transporter Airbus C-295, yang mana dengan adanya pesawat pengangkut ini nanti akan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam melaksanakan pelbagai misi selain dari hanya digunakan sebagai pengangkutan udara, strategik malah bagi pelaksanaan bantuan kemanusiaan dan bencana serta misi mencari dan menyelamat (research and rescue) apabila diperlukan.

Keupayaan pertahanan akan hanya mampu berdayatahan lama dengan adanya infrastruktur pertahanan yang berkualiti. Ke arah itu Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga akan memberikan tumpuan dalam pembinaan infrastruktur baharu dan pemeliharaan serta penaiktarafan prasarana yang sedia ada bagi penempatan aset-aset utama di kesemua perkhidmatan Angkatan Tentera iaitu Tentera Darat, Laut, Udara dan Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang setentunya akan memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

Di samping itu Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga tidak ketinggalan dalam memajukan sistem dan infrastruktur teknologi maklumat dengan inisiatif penerbitan rangka kerja strategi digital pertahanan yang dilaksanakan selaras dengan keperluan dan usaha kebangsaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah smart nation.

Kepentingan ke arah pengawalan ancaman siber juga telah diberikan keutamaan dengan penubuhan Unit Pertahanan Siber yang setentunya akan memberikan nilai tambah kepada lingkaran keselamatan yang sedia ada di Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Salah satu cabaran yang dialami bukan sahaja bagi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei malah juga jabatan atau agensi yang lain adalah mengenai isu obsolescence atau keusangan aset keupayaan aset peralatan jentera dan juga infrastruktur yang mana di antaranya berkeadaan sudah kritikal.

Ini setentunya memerlukan perancangan pembaikan atau penggantian dalam masa jangka pendek, sederhana dan panjang terutama dalam mengurangkan jurang keupayaan yang ada. Ke arah ini Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sedang merangka dasar pemusnahan dan pulangan write-off policy yang lebih efisien dan efektif khusus untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Selain dari itu penerbitan dokumen-dokumen seperti force 2035 dan force structure review (FSR) adalah dihasratkan sebagai blue print bagi apa jua perancangan perolehan aset keupayaan baharu bagi kesemua perkhidmatan angkatan tentera dengan berpandukan kepada garis masa atau time lines yang telah dikemaskini dan logikal serta mengambil kira kesediaan sumber peruntukan yang ada.

Sebagai contoh perolehan peralatan Inteligent Surveillance Target Acquisition and Recognition atau (ISTR) telah berkeupayaan meningkatkan lagi keberkesanan pemantauan di kawasan-kawasan operasi dan berjaya membantu pelaksanaan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan agensi-agensi keselamatan yang lain dalam memastikan keselamatan sempadan, daratan, maritime dan udara negara terus terjaga dan terkawal.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sayugia dinyatakan ke arah membantu negara mengurangkan kadar pengangguran dan pencari kerja dan sebagai usaha dalam penambahan keanggotaan di kesemua perkhidmatan Angkatan tentera, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengemaskinikan dasar pengambilan dan latihan bakal-bakal rekrut dengan memperkenalkan jangka masa latihan rekrut di Institut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dipendekaan ke 14 minggu manakala 3 bulan selebihnya akan menjalani latihan Specialty Service atau STS di unit-unit angkatan tentera mengikut bidang yang telah diaturkan.

Perubahan ini tidak akan menjejaskan tahap kompetensi setiap individu.

Melalui dasar baharu ini kemasukan rekrut lelaki dan wanita di jangka akan mencecah seramai 960 orang berbanding dengan hanya 540 orang setahun.

Seterusnya pengambilan anggota tambahan yang diperlukan adalah dirancang untuk diperolehi melalui reservice scheme termasuk penglibatan anggota Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei. Adalah diharapkan dengan adanya usaha-usaha ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pihak kerajaan mengatasi dan mengurangkan kadar peratus pengangguran dan pencari kerja di negara ini.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga sedang giat merangka strategi dalam memastikan penggunaan peruntukan yang disediakan akan dibelanjakan secara teratur dan berhemah dengan memberikan keutamaan kepada perolehan dan projek-projek yang benar-benar diperlukan serta diiktiraf sebagai kritikal. Di samping itu pengenalan kepada perubahan budaya atau culture change seperti perancangan yang rapi dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang boleh mengurangkan perbelanjaan di masa akan datang akan terus diterapkan.

Umpamanya dengan melahirkan kepakaran-kepakaran tempatan dalam pemeliharaan jentera-jentera pertahanan yang juga sebanding dengan kepakaran jurutera dari luar negara, serta pengenalan kaedah check and balance dalam semua tawaran perolehan.

Ini adalah bertujuan bagi memastikan kos perolehan atau harga rancangan adalah betul dan semua perancangan diteliti dengan lengkap sebelum perbelanjaan boleh dilaksanakan.

Peramba/kaola/saya ingin menkankan bahawa pelaksanaan projek-projek penggantian aset, penaiktarafan keupayaan yang seumpamanya ini bukanlah semata-mata dijalankan atas dasar business as usual akan tetapi adalah berdasarkan kepada penilaian yang teliti dan keutamaan sesebuah organisasi serta selaras dengan perubahan arus teknologi dan keselamatan global.

Pelaksanaan projek-projek ini adalah juga mengambil kira pulangan pelaburan in return investment terutamanya dalam mendukung pendekatan senegara whole of nation dalam usaha berganding bahu bersama agensi-agensi yang kepentingan dalam mengukuhkan keselamatan negara yang berdaya tahan dan sustainable.

Penghasilan tenaga kerja yang terlatih merupakan pelaburan yang tinggi atau the ultimate investment. Ini kerana tenaga kerja yang terlatih, komited dan mudah menyesuaikan diri atau adaptable mampu membawa kejayaan sesebuah organisasi namun isu yang tidak kurang pentingnya dan perlu diberikan perhatian yang khusus adalah isu kebajikan yang menjurus kepada keperluan asas seperti perumahan.

Dengan jumlah permohonan bagi mendapatkan kediaman yang agak tinggi dan keadaan permumahan tentera yang agak lama dan hampir usang, perancangan-perancangan dalam jangka pendek Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus membuat kerja-kerja pemeliharaan dan baik-pulih perumahan tentera secara minima di semua perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei termasuk juga pembaikan rumah-rumah sewa di bawah kawal selia Kementerian Pertahanan dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada.

Namun perancangan dalam jangka masa sederhana dan panjang pula strategi bagi pembinaan perumahan-perumahan tentera dalam bentuk apartment atau pangsapuri sedang giat dirangka dengan melibatkan pembinaan di semua perkemahan-perkemahan kecuali Perkemahan Lumut. Projek ini akan dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa yang setentunya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Selain itu, pembentukan nilai-nilai kerohanian turut juga di titikberatkan kepada setiap individu kerana segala usaha untuk membentuk modal insan perlu diterapkan dengan berpandukan kepada nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu setia, berani, takwa dan professional.

Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) akan terus menggandakan usaha dalam memupuk kecekalan kerohanian melalui inisiatif-inisiatif keugamaan (spiritual) dalam jiwa setiap anggota dan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei melalui penerapan prinsip dan nilai Maqasid Syariah.

Kejayaan satu-satu organisasi itu bergantung kepada kualiti dan kelibat tenaga manusia di dalamnya. Dalam perkara ini perancangan penggantian (succession planning) adalah faktor yang penting dalam penyediaan lapisan kepimpinan di masa akan datang.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah dan sedang merancang secara sistematik rancangan penggantian kesemua peringkat kepimpinan terutama jawatan kepimpinan atasan ke arah kesinambungan (continuity) yang berkesan dan calon pemimpin yang benar-benar berkelayakan.

Di samping itu, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada masa ini juga sedang dalam proses meneliti perancangan dan dasar yang ada sebagai usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkembangan kerjaya yang lebih bersistematik dan telus termasuk juga rangka kerja perkhidmatan awam yang bertujuan untuk menangani isu kesurutan jumlah tenaga pekerja dan keperluan kompetensi khusus agar peranan organisasi yang dipertanggungjawabkan akan dapat terus dipenuhi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Cabaran multi-dimensional seperti Pandemic COVID-19 menuntut perubahan kepada skop konsep pertahanan negara. Entity pertahanan adalah perlu adaptable, flexible dan evolve sejajar dengan keperluan negara yang juga menuntut kita supaya lebih kreatif befikir secara terbuka serta peka akan peredaran semasa.

Semoga anak-anak muda bangsa kita akan terus bangkit menjadi pengawal kepada benteng pertahanan dengan semangat patriotisma, berdedikasi dan digeruni selaku pembela kedaulatan raja, agama, negara dan bangsa.

‫ ان شاء هللا‬Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan keupayaan dan peralatan ketenteraan yang tersedia akan berusaha melaksanakan tuntutan peranannya demi mempertahankan kedaulatan raja, kesucian agama Islam, kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk-penduduk Negara Brunei Darussalam tetap terpelihara bergerak bersama mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

Tanpa keamanan dan kestabilan, kemajuan dihasratkan tidak akan dapat direalisasikan. Justeru itu, peramba/kaola/saya tekankan kekuatan pertahanan negara adalah juga bergantung kepada kerjasama dan bantuan serta penyertaan segenap lapisan penduduk dan masyarakat termasuk kita Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Dengan itu marilah kita bersatu ke arah memperkasa pertahan negara beserta dengan doa bersama dengan semoga negara yang kita cintai akan terus aman makmur dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga ahli kerabat diraja akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia kesejahteraan dan kekal karar memerintah di atas singgahsana kerajaan.

Sekian, itulah saja mukadimah daripada Kementerian Pertahanan bagi peruntukan yang diperuntukan kepada Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dalam Tahun Kewangan 2023/2024. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kaola sudahi dengan .ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira mukadimah yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II adalah cukup jelas dan sememangnya tidak perlu lagi untuk dibahaskan.

Maka Tajuk ini sekarang, saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Semua Ahli bersetuju maka Kementerian Pertahanan diluluskan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SB01A – Tajuk SB04A dijadikan sebahagian daripada Jadual bagi Kementerian Pertahanan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun membuat perbahasan sepanjang pagi ini. Maka saya kira sudah cukup sesuai bagi kita menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita berhenti rehat pada sebelah tengahari.

‫ ان شاء هللا‬kita akan bersidang semula pada petang ini nanti sebagaimana lazimnya mulai daripada pukul 2.30 petang.

Sekian, .ُ‫ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬.‫وباهلل التوفيق والهداية‬

DITANGGUHKAN

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.