Skip to main content

HARI KE-15 PAGI

For Informational Purposes Only

19HB MAC 2024 PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

Yang Mulia Jurutulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Mesyuarat Pertama dari Musim Permeyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kelima belas pada hari ini Selasa 8 Ramadan 1445 bersamaan 19 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، Syukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya juga kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini bagi bersidang pada hari kelima belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita menyambung penelitian ke atas Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita mula bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang 2024 Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada hari semalam, masih lagi membincangkan Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Pembangunan dan kita telah pun mendengar soalan-soalan dari beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dan telah pun dijawab Yang Berhormat Menteri Pembangunan, maka saya sekarang ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk meneruskan respons dan seterusnya penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan, yang kita telah tangguhkan semalam. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاَتُه أَحْمِدُ اللهَ الْمَايَدَ وَالْمُرَاعَ وَالْحَمَّالُ الثَّقِلَ الشَّدِيْدَ وَأَشْكُرَ لِلْمَنَاصَبِ يُبِيْلًا شُكْرًا وَفِيْرَا وَعَلَى أَثِيْرَا أَشْكِرُ

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi ruang kepada koala untuk menyambung memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kelmarin.

Seperti yang telah dapat kita ikuti di dalam perbahasan kelmarin, banyak persoalan-persoalan yang besar dengan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang ideal dan hebat daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam memperbaiki satu topik perbincangan iaitu mengenai Jabatan Kemajuan Perumahan dalam penyediaan perumahan-perumahan di bawah Skim Perumahan Negara dan Skim Perumahan Rakyat Jati.

Jadi, izinkan kaola disebabkan oleh persoalan-persoalan ini membawa idea-idea yang besar dan hebat, kaola setelah mengamat-amati persoalan ini, izinkan untuk membuat rumusan dengan merangkumkan perkara-perkara dan idea-idea yang telah dibangkitkan di dalam persoalan-persoalan Ahli-Ahli Yang Berhormat tersebut umpamanya persoalan mengenai pengkorporatan Jabatan Kemajuan Perumahan supaya menjadi satu badan berkanun bagi melaksanakan pembinaan perumahan negara ini supaya lebih efektif dan efisien dan self-sustaining dalam merangka langkah ke hadapan bagi penyediaan perumahan-perumahan di dalam negara.

Kedua, mengenai alternative financing dan public and private partnership dan isu-isu tunggakan pembayaran perumahan ini dan juga perancangan-perancangan berikatan seperti yang telah dibangkitkan dalam persoalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Untuk rumusannya, perkara mengenai perumahan ini yang ditimbulkan persoalan mengenai reka bentuk perumahan. Secara amnya reka bentuk rumah bagi setiap projek di skim perumahan adalah berlainan tetapi mengikut garis pandu asas seperti total floor area beberapa buah bilik dan sebagainya, setiap reka bentuk atau design ini mengikut keperluan harga kos binanan, reka bentuk yang praktikal untuk pemelihaan dan juga untuk ditambah ataupun extension seperti lazim perkara ini dibuat. Ada ruang juga diberi pertimbangan.

Mengenai perkara yang melibatkan pengkorporatan dan Public and Private Partnership (PPP) ini, kaola mengambil baik cadangan ini dan إِنَّنِي قَرِيبٌ selepas ini kaola akan membawa melalui Jawatankuasa Perumahan di bawah kementerian untuk meneliti cadangan-cadangan mengenai pengkorporatan alternative financing dan Public and Private Partnership. Perkara ini ada di antaranya telah ada usaha pernah dibuat pada tahun lepas dalam "kitani" mencari ikhtiar untuk mendapatkan terutama sekali a more favorable financing dan PPP.

Memang ada mengadakan perjumpaan, menerima tawaran daripada konsortium daripada luar negara yang datang untuk membuat penyediaan rumah yang dikatakan lebih murah tetapi setelah mengadakan beberapa perbincangan didapati belum dapat menepati hasrat "kitani" untuk mendapatkan sokongan PPP dari segi untuk memastikan harga yang murah dan masih lagi memerlukan bebanan kewangan daripada kerajaan untuk membayar kos-kos pembinaan. Bukan seperti yang dijangkakan semasa menerima cadangan dan tawaran.

Itu satu pengalaman yang diperolehi daripada usaha yang dibuat pada tahun lepas dan إن شاء الله dengan cadangan-cadangan yang dibuat akan memberikan kaola satu platform untuk mencari lagi ruang-ruang di mana dan juga peluang-peluang (opportunities) untuk melihat di mana perkara ini "kitani" mencari satu formula dan model yang memberikan keuntungan win-win kepada public and private partnership (PPP).

Satu perkara lagi mengenai alternative financing tetapi dalam membincangkan perkara ini Yang Berhormat Pengerusi, satu perkara yang kaola rasa kita perlu untuk mengamat-amatisejenak akan perkara yang realistikperlu difahami dan diketahui dan disyukuri akan realiti skim penguruniaan perumahan di bawah Skim Kurnia Perumahan Rakyat dan Rumah Rakyat Jati ini ialah.

Pertama, rumah-rumah ini dikurniakan dengan harga subsidi lebih 60% dari harga sebenarkos bagi sesesbuah rumah tersebut. Perlu juga kita mengetahui bahawa harga yang dibayar setelah menerima rumah-rumah kurnia tersebut adalah kurang dari separuh harga asal kos pembinaannya.

Kedua, penerimaan anugerah rumah kurnia ini diberikan ruang masa sehingga 30 tahun untuk membayar balik harga yang kurang separuh tersebut.

Jadi, kaola ingin dan perlu rasanya untuk mengatakan ini semua adalah ehsan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien yang mencerminkan kasihnya baginda, keprihatinan baginda dalam memelihara kesejahteraan rakyat baginda dalam memenuhi hasrat supaya rakyat baginda yang tidak mampu memiliki rumah diberikan bantuan sebaiknya.

Dan dalam perkara ini jika dibuat perbandingan rasanya tidak ada contoh perbandingan di tempat lain, disediakan tanah, rumah bersubsidi, kurang daripada separuh harga kos dan pembayaran sehingga 30 tahun, pembayaran tidak ada charges, interest dan sebagainya.

Maka cabarannya, Yang Berhormat Pengerusi, bagi kaola dan juga Jabatan Kemajuan Perumahan di dalam mempertimbangkan pengkorporatan ataupun kerjasama melalui PPP ini yang dapat mengekalkan sebahagian daripada keistimewaan yang dikurniakan ini adalah satu cabaran.

Perbelanjaan pelaburan kerajaan tahun demi tahun untuk menyediakan perumahan ini bukannya satu formula yang mana setelah dibuat pembayaran balik jadi perolehan modal daripada pembayaran balik itu dapat di invest lagi untuk membuat rumah yang selanjutnya. Tapi, dalam kita punya formula ini tidak semudah itu modal kita sebab ia 30 tahun, memikirkan juga salah satu syarat di mana orang yang diberikan kelayakan dan keutamaan untuk mengikuti skim perumahan negara ini satu ialah gajinya minimum $445 sebulan sehingga $3,000 sebulan.

Inilah orang yang turut diberi keutamaan sebagai yang berkeluayaan untuk menerima dan dipertimbangkan menerima dalam skim ini. Bayangkan daripada gaji tersebut dengan pembayaran bulanan, ada pembayar bulan daripada $90 sehingga lebih $200 sebulan dalam masa 30 tahun.

Ada yang memohon lagi supaya dikurangkan daripada harga minimum untuk membayar dan ada yang kelupaan membayar berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun. Jadi, di sana kita punya cabaran juga untuk menagih dan isu tunggakan seperti yang dibangkitkan di dalam persoalan salah seorang Ahli Yang Berhormat.

Itulah di antara cabaran-cabaran yang kita perlu untuk mengatasi. Walaupun sekiranya orang itu tidak dapat membayar sepenuhnya 'iatah' kalau dapat membayar separuh itulah yang akan dikutip tapi sentiasa ditagih untuk kita mendapatkan supaya bayaran itu konsisten dan memenuhi syarat bagi perumahan itu untuk dibenarkan tanpa apa-apa tindakan.

Selain itu juga dalam isu perumahan ini, Jabatan Kemajuan Perumahan juga grappling with isu-isu seperti ada yang membuat tambahan rumah tanpa kebenaran. Itu satu perkara membuat tambahan tanpa kebenaran. Kedua, ada yang membuat perniagaan dan menjadi aduan jiran-jiran sebelah yang mengatakan traffic jam ke arah kawasan rumahnya sebab orang-orang ke sebalahnya ada perniagaan sehingga mereka payah keluar masuk dari kawasan rumahnya. Ada juga keadaan bising, ada yang membuat tambahan-tambahan ini bukan sahaja di dalam kawasan tanahnya yang telah ditetapkan tetapi ke luar kawasan tanah kerajaan.

Jadi, untuk mengambil tindakan-tindakan ini, it's like we are haggling with them consistently, we have to debate with them dalam perkara-perkara ini. Inilah di antara isu-isu selain daripada idea-idea besar yang hebat itu yang kita lalui. Kita juga mengetahui sebelum ini, baru-baru ini ada kejadian perumahan yang terbakar dan didapati rumah terbakar itu menjalankan perusahaan bengkel kereta di rumah tersebut yang menjadi punca terjadinya kebakaran itu.

Berbalik kepada cabaran-cabaran perkorporatan, alternative financing. Kalau kita ke alternative financing ini yang disasarkan pada masa ini ialah institusi-institusi kewangan seperti bank. Tapi, now kita ada satu sistem pembayaran selama 30 tahun.

Kalau dikurangi mengikut sistem bank ia tidak akan jadi 30 tahun, jadi pembayaran bulanan akan lebih tinggi. Kemampuan itu yang kita fikiran. Unless ada kemampuan pertukaran dasar bank yang boleh membenarkan pembayaran diextend sehingga 30 tahun. Itulah di antara cabaran-cabarannya untuk difikirkan.

Selain daripada itu, di antara perkara yang dibangkitkan juga semalam ialah mengenai persoalan rumah-rumah yang tidak dibayar dengan tunggakan yang tinggi. Isu mengenai pembayaran tidak lancar ini memang menjadi satu usaha di Jabatan Kemajuan Perumahan untuk 'membubut' mereka, menghantar peringatan dan mengah bayaran-bayaran. Perkara ini dibuat walaupun di tahap minima, perkara ini dibuat tanpa apa-apa tindakan dari segi kepunyaan ataupun pendudukan di rumah tersebut.

Perkara kedua mengenai rumah-rumah kosong yang belum diisikan. Daripada data yang terkini mengenai rumah-rumah yang di bawah perumahan yang belum diisikan. Masa ini terdapat sejumlah 600 buah rumah yang belum diperuntukkan. Dari 600 buah rumah ini sejumlah 591 buah rumah di Rancangan Perumahan Negara Panchor yang belum dapat diperuntukkan disebabkan oleh rumah tersebut mengalami kerosakan yang perlu diperbaiki.

Jadi, proses memperbaiki ini yang sedang diusahakan dan proses-prosesnya untuk memperbaiki akan perlu giliran dan juga perlu engagement dengan beberapa agensi termasuk Brunei Economic Development Board bagi mengetahui peruntukan dan juga asas-asas selanjutnya untuk meneruskan pembaikan.

Selain daripada itu, mengenai perkara yang dibangkitkan juga ialtu jurang yang amat besar daripada supply and demand matrix ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim kelmairn. Seperti yang dimasukkan dalam jawapan tadi, itulah yang juga diusahakan seperti perkorporatan dan juga PPP ini, yang diberikan contoh tadi dengan usaha yang telah dibuat dengan perundingan yang pernah dibuat dengan satu consultant yang telah membuat tawaran untuk membuat perkara ini.

Mengenai Skim Pengurniaan Tanah-Tanah Rakyat Jati, sama ada skim ini masih lagi berjalan ataupun sebaliknya? Sebenarnya, skim pengurniaan tanah ini telah pun dibeukukan pada tahun 2009.

Di antara sebabnya dibeukukan, dari segi mensasarkan yang skim ini setelah satu pendekatan dibuat, adalah mereka yang difikirkan yang diberi keutamaan gaji di antara $445 sehingga $3,000 sebulan. Inilah yang disasarkan.

Jadi, sebelum ini mereka yang diberikan satu keistimewaan untuk mendapatkan geran tanah kurnia ini ialah mereka yang gajinya $3,000 ke atas untuk membuat rumah sendiri.

Daripada sejumlah 1,977 lot tanah yang telah diperuntukkan sejauh ini didapati sejumlah 1,819 penerima telah mendirikan dan memajukan tanah tersebut dengan membina rumah. Selebihnya 158 penerima belum lagi memajukan tanah-tanah tersebut. Ini adalah didapati tidak mematuhi peraturan pengurusan tanah tersebut.

Ada yang sudah diberikan tanah itu tempoh ada yang 30 tahun sudah belum membuat rumah. Ada yang 20 tahun, ada yang sudah 15 tahun dan ada yang 6 tahun yang belum lagi mendirikan rumah dan ada segelintir daripadanya didapati telah memiliki rumah di tempat lain.

Jadi abiskaola masih lagi di dalam perundingan dengan Jabatan Kemajuan Perumahan untuk memikirkan apa tindakan yang akan dibuat di dalam kes-kes seumpama ini. Jadi mengenai dengan rumusan yang dapat dibuat mengenai dengan perumahan ini.

Itu sahaja yang dapat kaola dapat sampaikan. إِن شَاءَ ٱللَّٰهُ jawapan bertulis, di dalam jawapan bertulis untuk merangkumi setiap soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat secara individual akan dibuat jawapan bertulis yang akan dimasukkan ke dalam hansard nanti إِن شَاءَ ٱللَّٰهُ.

Satu persoalan lagi yang berasingan yang kaola rasa perlu untuk menjawab ialah mengenai dengan 20 soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semalam mengenai dengan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Pertama ialah mengenai dengan bagaimana untuk mendapatkan sumber-sumber bagi penyelenggaraan pemeliharaan pengurusan operasi jambatan ini dan jua soalan mengenai untuk memperkenalkan sistem bayaran caj tol ke atas kenderaan asing yang melalui jambatan ini seperti yang dibuat ke atas ASEAN Friendship Bridge di Sungai Baram.

Kaola mengucapkan terima kasih di atas cadangan-cadangan ini dan kaola akan mengambil baik dan akan membawa perkara ini untuk berbincang dengan beberapa-beberapa kementerian yang berkaitan terutama sekali Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi macam mana 'kitani' dapat melangkah ke hadapan dengan cadangan-cadangan ini.

Selain daripada itu, mengenai dengan persoalan yang dibangkitkan, keluhan penduduk Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu di kawasan Jalan Binglu, khususnya mengenai tempoh lama untuk masuk kawasan berkenaan.

Jabatan Jalan Raya akan membuat pemeriksaan meninjau di kawasan tersebut dan setelah apa perolehan daripada siasatan itu nanti dan akan memikirkan apa langkah-langkah ke hadapan yang terbaik bagi menangani isu-isu keselamatan dan jua ketidakeselasaan seperti yang dibangkitkan.

Seterusnya mengenai dengan beberapa soalan industri pembinaan dan ABC. Mengenai dengan harga-harga profesional yang tinggi bagi melantik qualified person. Memerlukan jawapan yang panjang dan untuk itu kaola berpendapat dengan izin agar kaola menyediakan jawapannya secara bertulis untuk dikongsikan nanti dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain yang didaftarkan dalam hansard. Terima kasih, itu sahaja yang dapat kaola sampaikan pada menjawab rumusan-rumusan tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat أَحْكُمُ kita telah pun mendengar perbhasan yang cukup panjang di bawah Tajuk Kementerian Pembangunan dan sekarang kira-kira cukuplah dahulu kita membahaskan mengenai dengan tajuk-tajuk di bawah kementerian ini.

Maka saya berpendapat ada baiknya Tajuk SK01A hingga SK08A ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih nampaknya semua bersetuju, maka Tajuk SK01A hingga SK08A diluluskan dan kita beralih kepada tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SK01A hingga SK08A bagi Kementerian Pembangunan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SL01A hingga SL06A bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita beralih kepada tajuk di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seperti lazimnya, saya ingin memberikan peluang di bawah kementerian ini, sebelum ianya dibahaskan dan saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementerian serta penjelasan dan keterangan mengenai penyediaan belanjawan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

دَن سَلامُ اِخْلَصُ لِلْإِسْلَامِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Abiskaola amat bersyukur tema Tahun Kewangan 2024/2025, iaitu 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur' adalah amat bertepatan dengan usaha berterusan kementerian abiskaola dengan kerjasama senegara dalam mencapai matlamat Bangsa Brunei Cemerlang ke arah Wawasan Brunei 2035.

Kaola mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi penyediaan anggaran perbelanjaan Tahun Kewangan 2024/2025, iaitu berjumlah $85,276,630.

Pada Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara Ke-19, kementerian ini telah menggariskan beberapa strategi dan tindakan seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 2020/2024. Secara keseluruhannya sejak tahun 2020 sehingga 2023, 41% iaitu 34 daripada 83 inisiatif telah selesai dilaksanakan.

Manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan untuk diselesaikan pada Tahun Kewangan 2024/2025. Sungguhpun demikian, أَفْكَرُ به kajian semula separuh penggal atau apa yang kita kenali sebagai mid-term review, pelaksanaan pelan strategik 2020-2024 ini, telah membantu pihak pengurusan untuk mengemaskini perancangan, pelaksanaan dan pengurusan dengan segera supaya dapat menghasilkan impak yang dijangkakan serta mengambil kira perubahan semasa dan cabaran yang mendatang di samping ketersediaan sumber yang sedia ada.

Antara kemajuan utama dan hasil yang dilihat sejak 4 tahun kebelakangan dan yang akan terus dicapai adalah:

  1. Di bawah bidang kemasayarakatan. Lebih 40% golongan sasaran iaitu 862 orang daripada sejumlah 1,965 orang yang berdaftar di bawah JobCentre Brunei telah mendapat pekerjaan dalam mana 39% daripadanya iaitu 337 orang daripada 862 orang adalah merupakan penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Selain daripada itu, lebih 160 golongan sasaran di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti keusahawanan. Dalam meningkatkan kemahiran, lebih 209 penerima bantuan juga telah mengikuti pelbagai program latihan dan pembangunan kapasiti yang dijalankan bersama rakan strategik seperti DARe dan Pusat Pembangunan Belia.

    Dari segi bantuan penempatan rumah sementara, 77 buah keluarga yang telah dilanda kesusahan atau musibah bencana juga telah diberikan penempatan sementara. Di samping itu, dengan pendekatan senegara, Kementerian ini juga telah bekerjasama dengan rakan strategik seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam membina dan membaik pulih sejumlah 68 buah rumah sejak dari tahun 2020.

    Dari segi meningkatkan lagi pemeludian kepada Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Semenjak penguatkuasaan Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya yang baharu pada tahun 2021, jumlah penerima double benefit iaitu penerima pencen umur tua dan penerima elaun kurang upaya adalah keseluruhannya bejumlah $500 setiap bulan, meningkat daripada 152 penerima kepada 728 penerima.

    Manakala sokongan untuk Orang Kelainan Upaya juga telah meningkat daripada 5,900 orang penerima elaun kurang upaya, seramai lebih 1,200 Orang Kelainan Upaya juga ada menerima elaun penyedia penjagaan (care provider allowance) yang setetunya dapat meningkatkan kualiti penjagaan.

    Kesemua strategi dan program-program yang dilaksanakan adalah di bawah mandat Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS), iaitu ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan golongan yang memerlukan dan setentunya akan mendukung ke arah pencapaian visi masyarakat progresif;

  2. Di bawah bidang kebeliaan. Purata 13% peningkatan dapat dilihat berkaitan dengan penglibatan belia setiap tahun dengan purata lebih 50 ribu orang belia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan kapasiti.

    Purata 4% peningkatan inisiatif atau aktiviti yang diterajui oleh belia pada setiap tahun. Purata 30% peningkatan usahawan belia dengan bisnes permulaan (business startups) yang menjana hasil pendapatan melebihi $930 ribu secara menyeluruh. 13 orang petani dan peladang daripada kalangan belia di bawah Program Pertanian dan Perladangan telah mengusahakan 55 hektar tanah dan menjana sejumlah 208.28 tan, pengeluaran padi bernilai lebih $550 ribu.

    Kementerian ini juga menyediakan lebih banyak platform bagi melibatkan belia dalam merangka dasar dan membuat keputusan bagi isu-isu yang merangkumi alam sekitar, kesejahteraan mental, pekerjaan, keusahawanan, latihan kemahiran dan kebolehlihatan imej belia di peringkat serantau dan antarabangsa.

    Kesemua strategi dan program-program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2024 dan ia adalah dalam landasan yang betul serta menjurus kepada mencapai sasaran mata purata 75% Indeks Pembangunan Belia pada tahun 2025 dan pencapaian visi Belia Siaga Masa Depan.

  3. Seterusnya di bawah bidang kesukanan. Dilihat terdapat 22% peningkatan pengupayaan atlet kebangsaan dengan purata lebih 800 orang, iaitu jumlah sebenar 884 orang atlet dalam pelbagai program pembangunan kapasiti termasuk penyertaan dalam pertandingan atau kejohanan sukan berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa pada setiap tahun.

    13 orang atlet elit telah meraih 18 pingat secara keseluruhan iaitu 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 8 gangsa, bertanding di 3 acara kejohanan berkongtingen yang berprestij.

    Direkodkan juga purata melebihi 52 ribu iaitu jumlah sebenar 52,817 peserta yang telah mengikuti acara-acara sukan untuk masyarakat iaitu merangkumi 232 program dengan 69% peningkatan inisiatif kesukanan yang diterajui oleh masyarakat termasuk dari agensi swasta seperti Sports Event Management dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

    Ini mencerminkan usaha senegara ke arah meningkatkan dan mendukung status kesejahteraan dan kesihatan masyarakat melalui sukan. Kesemua strategi dan program-program yang dilaksanakan di bawah perancangan pembangunan kapasiti bagi atlet, jurulatih dan persatuan-persatuan sukan kebangsaan, adalah dalam landasan yang betul serta menjurus kepada pencapaian visi Negara Sukan Yang Gemilang.

  4. Manakala di bawah bidang kebudayaan. Dilihat secara kumulatif, adanya peningkatan kegiatan pembangunan keupayaan sebanyak 6 kali ganda yang melibatkan lebih 156 ribu iaitu jumlah sebenar 156,505 orang peserta dalam pelbagai Program Pembangunan Keupayaan Masyarakat sejak tahun 2020.

    Ke arah menyumbang kepada peningkatan pengetahuan masyarakat dan ilmiah di bawah Program Perkembangan Penyelidikan, terdapat peningkatan dalam penyelidikan, penerbitan dan pendokumentasian iaitu sebanyak 63% daripada Dewan Bahasa iaitu jumlah sebenar 5,656, sebanyak 23% dalam bidang pustaka daripada Pusat Sejarah Brunei iaitu jumlah sebenar 2,055, dan 14% daripada Jabatan Muzium-Muzium iaitu jumlah sebenar 1,214 dengan 8,925 bahan dan rujukan sumber bahasa, sastera, tulisan jawi, warisan budaya dan sejarah secara keseluruhan.

    Fasiliti dan kemudahan seperti muzium, galeri dan perpustakaan juga kekal relevan dan menjadi asas utama dalam ketamadunan dan pembangunan masyarakat. Ini jelas dilihat dengan purata 14% peningkatan pelawat dalam dan luar negara, dengan purata hampir 160 ribu pelawat setiap tahun.

    Setelah pasca COVID-19, lebih 290 ribu pengunjung ke muzium-muzium dan galeri yang menunjukkan ia bukan sahaja sebagai tempat tarikan pelancong malah peningkatan berkaitan dengan kesedaran dan minat terhadap warisan budaya Brunei dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk di kalangan generasi muda.

    Manakala, lebih 400 ribu pengunjung ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka jelas membuktikan strategi penjenamaan semula perpustakaan telah mencapai objektif dalam menjadikan perpustakaan sebagai pusat komuniti dan ini bermakna kewujudan perpustakaan masih kekal relevan pada era infokomunikasi ini, di samping memupuk budaya membaca dalam masyarakat Brunei.

Dari aspek meningkatkan imej dan perkembangan warisan budaya dan sejarah, keberhasilan usaha dari aspek ini dapat dilihat melalui pencapaian Pusat Sejarah Brunei sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei.

Pencalonan pakaian kebaya sebagai Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO secara bersama dengan negara-negara lain iaitu Brunei Darussalam bersama Republik Singapura, Malaysia, Republik Indonesia dan Thailand, dan Negara Brunei Darussalam adalah negara anggota ASEAN pertama yang mempunyai arca ASEAN yang lengkap mempamerkan arca daripada kesemua 10 anggota ASEAN dengan taman arca yang dinamakan semula sebagai Laluan ASEAN ataupun ASEAN Walk yang terletak di Taman Rekreasi Sungai Damuan.

Dalam memupuk semangat budaya perpaduan, patriotisme, jati dari dan Melayu Islam Beraja (M.I.B), kita melihat impak dari penyertaan acara kemuncak Hari Kebangsaan dengan jumlah akumulatif dengan lebih 41 ribu penyertaan. Kesemua strategi dan program-program yang dilaksanakan di bawah perancangan meningkatkan pelestarian warisan budaya dan sejarah adalah dalam landasan yang betul serta menjurus kepada pencapaian visi budaya dinamik dan warisan terpelihara.

Kaola ingin mengambil kesempatan ini juga, izinkan kaola merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang telah terlibat dalam menjayakan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-40 baru-baru ini termasuk para jemputan, para peserta Hari Kebangsaan, Ahli-Ahli Jawatankuasa dan rakan-rakan strategik.

Penghargaan khusus juga kaola rakamkan kepada semua kerana telah meninggalkan tempat sambutan dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur. الخيرُ بكم , semoga pendekatan senegara ini akan menjadi budaya 'kitani' orang Brunei yang akan diwarisi oleh generasi muda, generasi penerus dan generasi akan datang.

Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Yang Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara 2024 iaitu

  1. Usaha mempelbagaikan ekonomi dengan memberikan tumpuan kepada industri-industri strategik perlu diteruskan dan dipertingkatkan; dan

  2. Menggunakan peruntukan yang disediakan dengan lebih berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk.

Maka berlandaskan kepada hala tuju ini, izinkan kaola menghuraikan 5 fokus strategi sebagai pelengkap kepada usaha-usaha kementerian ini dalam meneruskan pelan strategik Kementerian bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang berteraskan kepada usaha penguapayaan, pemeraksaan dan penglibatan melalui:

Strategi Pertama: Dalam bidang kemasyarakatan, 'abiskaola' terus mengembang maju masyarakat cemerlang, bersatu padu, resilience dan pemedulian yang memberi fokus kepada membasmi kemiskinan dan meningkatkan mandiri serta sosioekonomi golongan-golongan sasaran.

Sejumlah $23.6 juta telah diperuntukkan bagi Program Mengembang Majukan Masyarakat Progresif termasuk penambah baikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $12.9 juta bagi bantuan, geran, pemindahan dan subsidi.

Di samping mempertingkatkan penyediaan keperluan asas dan kemudahan sosial yang lain, Kementerian ini akan terus memberikan penekanan kepada meningkatkan lagi penyelarasan program-program intervensi yang disasarkan merentas sektor seperti:

  1. Program Inovasi Belia Berwawasan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang dikhususkan kepada anak-anak penerima bantuan dan mengandungi modul kemasukan sebagai pelatih PKBN dalam usaha untuk meningkatkan ciri-ciri kepimpinan, jati diri dan semangat resilience;

  2. Meningkatkan lagi penglibatan sukarelawan belia dalam program-program kemasyarakatan; dan

  3. Mengembang luaskan Program Pembangunan Kapasiti dan Kemahiran bagi golongan orang kelainan upaya melalui pelbagai kaedah seperti sheltered workshop dan penempatan kerja.

Khusus bagi sektor kemasayrakatan, بِسْمِ اللّٰهِ tahun ini Kementerian ini akan melaksanakan beberapa inisiatif yang signifikan seperti:

  1. Pelan Tindakan Wanita hasil dari penyelidikan mengenai pembangunan wanita di Negara Brunei Darussalam dalam mana Pelan Tindakan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak dan seterusnya dihadapkan kepada Majlis Kebangsaan Isu Sosial untuk diluluskan;

  2. Kajian semula garis pandu bantuan kebajikan bulanan bagi memastikan tiada keterisan kepada penerima bantuan;

  3. Pelan Tindakan Keluarga yang baru ke arah memperkukuhkan institusi keluarga;

  4. Pelan Tindakan Warga Emas ke arah penuaan berjaya ataupun successful ageing; dan

  5. Pelancaran Social Blue Print hasil usaha sama Jabatan Perdana Menteri dan kementerian ini.

Strategi Kedua: Dalam bidang kebeliaan, 'abiskaola' terus menjana belia harapan yang berwawasan sebagai peneraju pembangunan negara yang memfokus kepada mempertingkatkan kepada 2 bidang iaitu pembentukan jati diri dan modal insan dalam kalangan belia. Untuk itu, sejumlah $11.2 juta telah diperuntukkan bagi program melahirkan belia harapan yang berwawasan termasuk penambah baikkan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $3 juta bagi Program Pembangunan Dan Keusahawanan Belia, $2.1 juta bagi Program Pengukuhan Jati Dan Menjana Modal Insan dan $5 juta bagi Program Pengupayaan Belia.

Bagi meningkatkan lagi usaha ini, Kementerian ini akan memberikan penekanan kepada menangani impak segera dan pemacu jati diri serta modal insan dalam kalangan belia yang akan meneliti 3 objektif utama iaitu:

  1. Kajian semula metodologi dan pendekatan program-program intervensi yang lebih berinovasi dan jangka panjang seperti Program Pembangunan Belia, Program Khidmat Bakti Negara dan Program OBBD;

  2. Kajian semula metodologi dan pendekatan usaha meningkatkan produktiviti dan ekonomi belia yang diperkasakan, inisiatif yang akan diterajui oleh Youth Entrepreneurship Steering Committee adalah menerokai pasaran luaran melalui hubungan kerjasama, mengembang maju produk atau perkhidmatan perniagaan di peringkat serantau dan antarabangsa dan meneliti dan mewujudkan dasar yang mendukung pembangunan perusahaan sosial menggunakan pendekatan senegara termasuk mewujudkan ekosistem perusahaan sosial yang efektif dan kondusif;

  3. Kajian semula program-program intervensi yang disasarkan dapat memacu pembentukan jati diri lebih terarah, selaras dan sejajar. Program-program ini akan berasaskan aspek perpaduan M.I.B dan pemerataban budaya, warisan dan sejarah.

Strategi Ketiga: Dalam bidang kesukanan, 'abiskaola' terus memantapkan pengukuhan ekosistem sukan supaya lebih inklusif dan cemerlang, yang memberi fokus kepada sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk masyarakat. Sejumlah $16.7 juta telah diperuntukkan bagi program mengukuhkan lagi ekosistem sukan yang merangkumi $7.8 juta bagi pemeliharaan prasarana dan aset, $2.1 juta bagi memantapkan sukan prestasi tinggi iaitu $700 ribu bagi pembangunan persatuan-persatuan sukan dan $1.8 juta bagi pembangunan keupayaan atlet dan jurulatih secara keseluruhan.

Bagi meningkatkan lagi usaha ini, kementerian ini akan memberikan penekanan kepada mengkaji semula peranan sukan dalam pembangunan masyarakat yang akan meneliti 6 objektif utama. Pertama, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pengamalan gaya hidup sihat, aktif dan cergas sepanjang hayat secara inklusif.

Kedua, memperluas perkongsian dan pelaburan swasta atau pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu dalam pertumbuhan modal, pembiayaan dan meningkatkan pendapatan sektor kesukanan.

Ketiga, memanfaatkan media sosial, mempromosikan peranan sukan dalam gaya hidup sihat, kesihatan mental dan fizikal termasuk aspek kepimpinan, merentas generasi, alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang efektif. Objektif ini boleh menjurus kepada meningkatkan peranan atlet sebagai sports influencers dalam mana organisasi sukan boleh memanfaatkan atau meneroka jenama atau menjadi role model dalam pembangunan sukan dan menggalakkan penglibatan peminat sukan untuk memberikan pandangan konstruktif bagi mengembang maju dan meningkatkan prestasi sukan negara.

Keempat, meningkatkan pemerksaan penglibatan golongan OKU dengan meningkatkan bantuan prasarana dan akses kemudahan sukan.

Kelima, mendukung pelancongan sukan dengan menggalakkan penganjuran kejohanan dan festival sukan serantau dan antarabangsa seperti 2nd SEA Age Group Swimming Championship pada bulan April 2024, the 1st International Wushu Championship pada bulan Mei 2024 dan Kejohanan Wushu Remaja Dunia kali ke-9 pada bulan September 2024.

Keenam, mengkaji kesesuaian indeks pembangunan sukan bagi mengukur kemajuan dan impak sukan kepada sosioekonomi negara yang antara lain memfokuskan kepada literasi fizikal, penglibatan, kesihatan, kecergasan, ruang kemudahan bagi sukan dan ekonomi.

Strategi keempat dalam bidang kebudayaan, abiskaola terus meningkatkan pelestarian budaya, warisan dan sejarah yang memberi fokus kepada mendaulatkan Bahasa Melayu, tulisan Jawi dan penerapan budaya, warisan serta sejarah. Sejumlah $26.5 juta telah diperuntukkan bagi program mengukuhkan jati diri dan patriotisme termasuk program pembinaan, penerapan dan penghayatan warisan, budaya dan sejarah serta penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $2.2 juta bagi mengukuhkan kegiatan bahasa, sejarah dan seni budaya, $7.7 juta bagi bahasa, sastera dan perpustakaan dan $3.4 juta bagi mengukuhkan penyelidikan, pendokumentasian dan pemeliharaan bahasa, sejarah dan budaya. Bagi meningkatkan lagi usaha ini, kementerian akan memberikan penekanan kepada menerokai lagi peranan mendaulatkan, memajukan dan memelihara warisan budaya.

Ke arah ini kementerian akan meneliti 3 objektif utama. Pertama, meningkatkan lagi imej Negara Brunei Darussalam di peringkat serantau dan antarabangsa. Dikongsikan salah satu lagi warisan budaya tidak ketara yang akan dicalonkan ke UNESCO ialah pantun melayu. Kedua, menerokai lagi pemberdayaan warisan budaya tak ketara dalam kalangan masyarakat seperti memperkasa ekspresi budaya, memanfaatkan media kreatif dan platform digital yang berasaskan budaya.

Ketiga, melaksanakan kaji selidik peningkatan kefahaman dan penghayatan budaya, warisan dan sejarah yang akan memberikan gambaran tahap kefahaman, pengetahuan dan penerapan terhadap budaya, warisan dan sejarah dalam kalangan generasi muda dan masyarakat secara amnya.

Strategi kelima, abiskaola terus memastikan perkembangan sistem dan proses yang efisien, efektif dan tepat pada masa yang memberi fokus kepada meningkatkan pengoptimaan sumber dan pembangunan sektor-sektor di bawah kementerian ini termasuk pengurusan aset bagi menambah baik kecekapan operasi, produktiviti dan pulangan pelaburan.

Untuk itu sejumlah $7.2 juta telah diperuntukkan bagi program peningkatan kemahiran, pengoptimaan penggunaan digital teknologi dan penambahbaikan prasarana serta kemudahan yang merangkumi $504 ribu bagi program pembangunan sumber manusia dan $1.8 juta bagi program pengurusan aset.

Bagi meningkatkan lagi usaha ini, kementerian ini akan memberikan penekanan kepada membentuk semula dan menggembangkan model penjanaan pendapatan dengan menarik lebih banyak penglibatan agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Kita akan meneliti 6 objektif utama.

  1. Kajian semula pengurusan aset melalui program konsolidasi fiskal yang berimpak dengan nilai tambah.

  2. Kajian semula pendekatan pengemaskinian dan penstrukturan semula fungsi perkhidmatan yang disasarkan menjurus kepada penswastaan dan pembangunan korporat.

  3. Memantapkan tadbir urus sistem dan proses dengan memanfaatkan digital dan teknologi supaya perkhidmatan kepada pelanggan akan menjadi lebih efisien dan berkesan.

  4. Meneroka dan meneliti semula perkhidmatan menjana pendapatan seperti memanfaatkan penyelidikan dan data monetization serta penggunaan kemudahan.

  5. Menerokai lagi kerjasama melalui tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi membiayai program-program pembangunan kapasiti.

  6. Melaksanakan penambahbaikan hasil dpatan dari Hari Mesra Pelanggan kementerian ini pada tahun 2023.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Demikianlah yang peramba/kaola/saya dapat bentangkan. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, dengan kerjasama rakan-rakan strategik secara senegara atau whole of nation dan juga kerjasama daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku pemimpin akar umbi, suara dan telinga rakyat kita akan dapat memperkukuhkan lagi usaha mencapai matlamat bersama iaitu Bangsa Brunei Cemerlang.

Jadi, sekian saja mukadimah kaola. Dengan itu kaola ucapkan terima kasih.

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركة

Yang Berhormat Pengerusi

أشكركم يا

terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di atas penerangan yang jelas dan komprehensif berkenaan dengan hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Maka sekarang saya bukakan Tajuk SL01A sehingga SL06A untuk dibahaskan. Seperti yang sudah-sudah, saya akan menjemput beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang dilantik untuk mengemukakan soalan-soalan mereka dan seterusnya saya akan mempersilakan pula Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan jawapan ataupun responsnya sama ada untuk dijawab sekarang ataupun dijawab secara bertulis kemudiannya nanti.

Saya mempunyai senarai yang agak panjang bagi tajuk ini. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan. Silakan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الَّذِيْ خَلَقَنِيْ فَهُوَ يَهْدِيْنِ وَالَّذِيْ هُوَ يُطْعِمُنِيْ وَيَسْقِيْنِ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah syukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, khususnya memberi tumpuan kepada perancangan-perancangan strategik bagi Belanjawan Tahun 2024/2025 yang cukup berinformasi dan komprehensif.

Kaola juga menyambut baik usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh KKBS khususnya di dalam meningkatkan kapasiti golongan belia tempatan agar terus bergiat aktif di dalam semua bidang ke arah melahirkan belia-belia yang cemerlang dan berwawasan. Seperti kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Namun, kaola cukup yakin dengan kemahiran dan ilmu yang ada golongan-golongan profesional di kalangan belia boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

Ini termasuklah membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat yang memerlukan dengan mewujudkan projek-projek belia yang dapat mencipta impak sosial seperti menerusi projek yang konsisten dan berinfak tinggi.

Projek sosial yang kaola maksudkan adalah seperti projek pemasangan sistem solar ke rumah-rumah terpencil, projek promosi Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi menyediakan video-video promosi perniagaan di kalangan ibu-ibu tunggal, projek bekalan air dengan menggunakan tenaga hijau untuk tujuan pertanian luar bandar, projek membasmi kemiskinan melalui inisiatif dengan mencipta teknologi-teknologi yang mudah di dalam industri cottage dan sebagainya.

Sehubungan itu, kaola ingin mencadangkan agar projek-projek berinfak tinggi untuk belia diwujudkan dengan menerapkan kreativiti, inovasi dan teknologi bagi mencipta projek sosial yang memberi pulangan dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara.

Seterusnya berkenaan dengan belia menganggur, kaola ingin tahu apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak kementerian dalam menenangi isu belia menganggur dan apakah usaha-usaha ini berjaya dilaksanakan? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya percaya Ahli Yang Berhormat mengenai perkara pengganguran ini sudah pun kita bincangkan dan sudah pun diterangkan beberapa kali oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Jadi, saya kira tidaklah perlu perkara ini kita timbulkan lagi dan kita panjangkan.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. kaola menyambut baik mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berkenaan hala tuju belanjawan kementerian-kementerian terutama sekali langkah strategik ke arah pelaksanaan yang baik dan bersistematik.

Semoga ia dapat 'diungkayahkan' dengan penuh berkesan dan efektif. Kaola sukacita menyentuh berkenaan puak-puak jati Brunei yang mengikut Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959, mengandungi 7 puak jati iaitu puak jati Melayu Brunei, puak jati Dusun, puak jati Belait, puak jati Murut, puak jati Bisaya, puak jati Tutong dan puak jati Kedayan.

Salah satu inisiatif untuk mengetengahkan atau menghidupkan seni warisan dan kebudayaan puak-puak Brunei ini adalah dengan mengadakan pertandingan tarian mengikut tarian khusus puak-puak jati berkenaan.

Objektif dan tujuannya adalah bagi menggalakkan tarian tradisi puak-puak ini agar tidak ditenggelam zaman dan sewajarnya perlu diwarisi oleh generasi baru. Ia juga mencerminkan cara kehidupan rakyat Negara Brunei Darussalam yang penuh dengan keunikan budaya, bersatu padu serta saling hormat-menghormati merupakan budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman. Dengan adanya pertandingan ini, ia mampu menggalakkan penggiat-penggiat seni tempatan untuk meneroka lebih dalam tentang nilai dan keunikan budaya melalui tarian seni, permainan muzik tradisional dan sebagainya.

Usaha dan inisiatif ini mampu merangsang industri kreatif tempatan sekaligus sebagai pulling factors kepada pelawat dan pelancong untuk datang ke negara 'kitani'. Format pertandingan hendaklah memenuhi sasaran serta objektif dan yang paling penting ia menyumbang kepada kemajuan pada ekonomi negara.

Sehubungan itu, kaola mencadangkan agar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui pendekatan whole of nation dapat 'mengungkayahkan' inisiatif ini dan dijadikan sebagai acara tahunan dianjurkan mengikut kategori umur dan gaya persembahan berdasarkan kreativiti puak-puak berkenaan.

Seterusnya, kaola sukacita mencadangkan untuk pembinaan sebuah dewan serbaguna (multipurpose hall) dapat dibina di kawasan Pekan Bangar yang bertujuan bagi kegunaan penduduk tempatan menjalankan aktiviti sukan seperti bola jaring, futsal, sepak takraw, bola tampar, badminton, skuasy dan sebagainya.

Selain itu, dewan ini juga penting berfungsi sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan dan perekonomian yang mampu menjadikan Pekan Bangar sebagai pilihan untuk sebarang acara.

Justeru, kaola memohon pihak-pihak berkenaan dapat meneliti perkara ini dengan sewajarnya. Ini bertujuan sebagai salah satu untuk kemajuan sukan di Daerah Temburong. Kaola memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai ini.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسداد، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan kepada kaola untuk turut serta membincangkan Peruntukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Terima kasih juga kaola ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas mukadimah yang disampaikan yang begitu komprehensif, padat dan jelas, yang memuatkan hala tuju, tumpuan, pencapaian dan inisiatif-inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh KKBS.

Kaola mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelan strategik kementerian setakat ini, terutamanya dalam mengeluarkan orang-orang yang menerima bantuan yang telah terkeluar dari skim.

Seperti Yang Berhormat Pengerusi nasihatkan, kaola tidak akan menyentuh secara spesifik mengenai isu 3P iaitu pekerjaan, pengangguran dan pembasmian kemiskinan, kecuali ada kaedah-kaedah tambahan Yang Berhormat Menteri ingin kongsikan mengenai cara-cara yang lebih efektif untuk mengurangkan penerima-penerima bantuan ini yang mana kaola mengalu-alukan maklumat-maklumat tambahan tersebut.

Bagi kaola apa yang penting dalam membasmikan kemiskinan ialah dengan membanyakkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang akan meningkatkan peluang-peluang pekerjaan baharu di negara ini dan dalam waktu yang sama able bodies yang terlibat berusaha sendiri untuk mengeluarkan diri mereka dari kempungan kemiskinan ini.

Yang Berhormat Pengerusi, sebelum kaola meneruskan membawa pertanyaan berkaitan KKBS ini, barangkali izinkanlah jua kaola mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jawatankuasa Tertinggi dan semua yang terlibat di atas kejayaan Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-40 tahun.

أَلَّف مبروك semua ini kaola rasa dapat kita 'ungkayahkan' atas rahim ehsan اللّه di samping kerja keras, sokongan padu, dan penglibatan ikhlas seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dalam menyemarakkan sambutan yang bersejarah tersebut yang berpaksikan amalan negara Melayu Islam Beraja.

Kita berharap semangat ini akan dapat terus dipraktikkan terutama dalam usaha negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 إِن شَاءَ اللّهُ.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil maklum mukadimah Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai pencapaian pelatih Pusat Pembangunan Belia dalam Perniagaan Micro, Kecil dan Sederhana dan yang mendapat pekerjaan yang kaola takrifkan sebagai masih di peringkat sederhana.

Kaola memahami untuk meningkatkan peratus ini adalah satu tugas yang paling mencabar dan akan memerlukan usaha gigih, resource dan kaedah pembelajaran yang berlainan berlandaskan market driven.

Ini termasuklah juga dengan memberikan latihan-latihan tambahan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) mereka dalam bidang teknologi, kewangan, pengurusan dan pemasaran di samping menanam sikap jati diri sebagai satu kelebihan mereka untuk bersaing dengan pencari pekerjaan atau peniaga-peniaga yang lain.

Kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Apakah langkah-langkah strategik kementerian untuk meningkatkan lagi pencapaian ini supaya ianya akan menjadi platform untuk mengenal pasti, memupuk dan mengetengahkan belia-belia yang berbakat dan berpotensi untuk berjaya dalam bidang masing-masing terutamanya dalam perniagaan yang diceburi?

Kedua, kaola perhatikan dalam Tajuk 1214 - Pembangunan Industri. Terdapat 1 Program 1214-005: Creative, Cultural Industries Hub (CCI Hub) dan Community Library yang diperuntukkan dengan Harga Rancangan sebanyak $31.75 juta. Kaola hanya ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Apakah sebenar fungsi CCI Hub ini? Apakah sasaran yang telah ditetapkan dan akan dicapai oleh program CCI ini dari segi meningkatkan pihak penglibatan yang berkepentingan dalam pembangunan industri yang dimaksudkan?

Sebagaimana kita maklumi Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah terbukti dan teruji dalam meningkatkan jati diri, keyakinan dan sikap positif peserta-pesertanya. Syabas dan tahniah. Memandangkan impak yang begitu berkesan, pada tahun lepas semasa membincangkan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri, kaola sendiri telah mencadangkan supaya diteliti kemungkinan untuk melaraskan program ini kepada graduan-graduan yang baru dilantik ataupun new recruit dalam Perkhidmatan Awam.

Program ini tidak semestinya dalam tempoh yang begitu lama atau kurikulum yang 100% sama seperti program PKBN, akan tetapi bersesuaian untuk menanam sikap positif, teamwork, jati diri, kerjasama dan jalinan network kepada peserta-peserta. Mungkin possibility cadangan ini boleh diteliti bersama JPM, JPA dan mana-mana agensi yang berkepentingan.

Ke arah itu kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga agensi-agensi yang berkepentingan. Apakah sudah ada penelitian yang telah dilakukan untuk menilai viability program yang dicadangkan dan apakah status nya pada masa ini?

Yang terakhir, setiap tahun semasa Hari Belia Kebangsaan, negara akan mengenal pasti dan memberikan pengiktirafan serta penghormatan kepada belia-belia cemerlang yang menyumbangkan khidmat dalam bidang masing-masing. Setakat ini, mungkin sudah terdapat puluhan belia yang telah menerima penghormatan ini.

Oleh itu, kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Adakah progression atau perkembangan belia-belia cemerlang ini masih dipantau oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan?

Apakah kemudahan-kemudahan yang dihulurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada belia-belia ini supaya sumbangan mereka kepada masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan masih ampuh, memandangkan mereka ini masih boleh disifatkan sebagai agents of change dalam bidang masing-masing yang boleh memberi impak yang positif kepada belia-belia yang lain?

Maksud kaola potensi mereka ini sepatutnya berterusan diasuh dan pengalaman mereka diguna pakai dalam program-program pemerksaan dan motivasi belia. Misalannya yang berkaitan dengan kesukarelawanan (volunteerism) dan keterlibatan mereka perlu ditingkatkan dalam apa jua dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang berkait langsung dalam penggubalan dasar mahupun aktiviti-aktiviti belia secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﮭِ اﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ اﻟﺮَّﺣِﯿﻢِ.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atas mukadimah, rancangan dan perancangan serta hala tuju kementerian di dalam mengurus Belanjawan Tahun 2024/2025.

Kaola mengharapkan agar ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kaola ingin menyentuh perkara berkenaan dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), iaitu berkenaan sistem pemberian atau penyerahan wang pencen tua dan wang bantuan-bantuan kebajikan.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pemberian dan penyerahan wang-wang pencen dan bantuan kebajikan ini dilakukan oleh ketua-ketua kampung yang mana proses penyerahan dilakukan melalui kaedah yang sama dan masih belum ada mempunyai perubahan.

Penerima dikehendaki hadir dan ketua kampung perlu meneliti senarai-senarai penerima di dalam dokumen yang disediakan oleh JAPEM. Proses penyerahan ini kadangkala memakan masa yang terlalu panjang untuk melancarkan proses penyerahan ini.

Kaedah ini sudah terbiasa digunakan sejak dari dahulu lagi. Kaola menyarankan, melihat dari perspektif yang berlainan agar ada pembaharuan dan kemajuan yang dinikmati. Mencari kaedah-kaedah baru yang lebih mudah dan pantas tanpa mengetepikan ciri-ciri keselamatan dan mesra pengguna.

Bagi mengganti cara lama, pengunaan smart card melalui sistem pengimbas dapat mempercepatkan proses penyerahan dengan lebih bersistematik. Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan dan memberikan perhatian yang sewajarnya perubahan-perubahan sistem yang dirancang sebagai penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai.

Seterusnya kaola menyentuh mengenai bantuan makanan asasi kepada yang memerlukan. كَرْجَاءَانْ kerajaan dan pihak-pihak lain yang sentiasa menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan dapur kepada yang memerlukan aktiviti-aktiviti yang berkebajikan ini akan terus meningkat apabila menjelangnya bulan Ramadan.

Namun pada itu, kaola cukup bimbang apabila barang-barang yang disumbangkan ini benar-benar diperlukan oleh si penerima, dikhautirkan ianya menjadi beban dan mengundang pembaziran. Ada setengah barangang dapur ini tidak sesuai terutama sekali dari segi kesihatan dan seumpamanya.

Sehubungan ini, kaola mencadangkan agar pemberian bantuan-bantuan makanan asasi ini perlu diteliti dan dikaji keperluannya. Apakah ia benar-benar memberikan manfaat kepada penerima? Ini termasuklah menubuhkan jawatan khas atau kumpulan kerja khas di bawah pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai secara turun padang tentang keperluan bantuan kepada yang memerlukan.

Sekian saja yang dapat disampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

والله الهادي إلى سواء السبيل، وأستغفر الله لي ولكم

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أمور الدنيا والدين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه Kaola mengucapkan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berkenaan dengan perbelanjaan bagi Rang Undang-Undang (2024), Perbekalan 2024/2025. Semoga maju jaya hendaknya dan diharapkan semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. آمين يا رب العالمين

Pertama, kaola menyentuh berkenaan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) iaitu mengenai dengan Sistem Kebajikan Negara (SKN). Sepertimana yang kita sedia maklum, SKN mula beroperasi pada 15 Julai 2020, merupakan sistem permohonan atas talian bagi orang awam memohon Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi asnaf fakir dan miskin.

Namun pada itu, terdapat beberapa keluhan daripada orang ramai mengenai pengendalian sistem SKN ini.

Sehubungan dengan ini, kaola ingin tahu apakah pihak kerajaan mengambil maklum dengan perkara ini dan apakah perancangan pihak kementerian di dalam memastikan SKN ini mesra pengguna terutama sekali kepada mana-mana pemohon yang kurang mahir dalam IT termasuklah golongan warga emas.

Seterusnya kaola menyuarakan berkenaan dengan isu kelembatan di dalam permohonan pencen umur tua yang baru mencapai umur 60 tahun bagi rakyat Negara Brunei Darussalam yang memiliki kad pintar berwarna kuning yang mana ia mengambil masa 5 ke 6 bulan lamanya.

Kaola ingin tahu mengapakah proses permohonan ini mengambil masa yang lama. Mohon pencerahan mengenainya.

Sekian, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Yang Berhormat Pengerusi

Dan saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih, yang Berhormat Pengerusi. (missing jawi words) Kaola menyambut baik dan berterima kasih di atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di dalam melaksanakan misi dan visi kementerian ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

Semoga dapat direalisasikan dengan jayanya بِسْمِ اللهِ Sukan Asia Tenggara iaitu lebih dikenali sebagai dengan nama SEA Games telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1999. Ia merupakan SEA Games yang ke-20 dan negara kita menjadi tuan rumah kepada sukan besar berkenaan buat pertama kali.

Kaola melihat dari sudut kemampuan negara di dalam mengendalikan dan menjadi tuan rumah bagi sukan-sukan besar serantau mahu pun antarabangsa.

Sehubungan dengan ini, kaola ingin tahu apakah perancangan pihak kerajaan di dalam kesediaan Negara Brunei Darussalam menganjur dan menjadi tuan rumah kepada sukan-sukan bertaraf serantau dan antarabangsa?

Berkenaan dengan membudayakan penggunaan tulisan jawi di Negara Brunei Darussalam, kaola menyambut baik usaha-usaha pihak kementerian, khususnya kepada pihak-pihak yang berkepentingan, sentiasa menyatakan pameran-pameran dan roadshow ke arah memarbatkan penggunaan tulisan jawi di dalam masyarakat 'kitani'. Ini termasuklah meletakkan tulisan jawi berkedudukan teratas pada papan-papan tanda, nama jalan, bangunan dan premis perniagaan.

Dalam pada itu, kaola memohon pencerahan berkenaan dengan peraturan dan syarat-syarat yang disediakan bagi penyediaan papan-papan tanda. Adakah ada ditubuhkan task force bagi memastikan peraturan syarat dan apakah tindakan yang diambil jika berlaku sebarang pelanggaran? Terdapat juga beberapa papan tanda penglihatan yang menjawikan jenama-jenama perniagaan kepada Bahasa Melayu. Namun pada itu, ada juga terdapat jenama yang tidak dibahasa Melayu. Maksudnya ada juga terdapat jenama-jenama yang tidak dibahasa melayukan. Seperti JobCentre Brunei yang dijiwakan. Kaola mohon penjelasan mengenai perkara ini. Sekian, itu sajga yang dapat kaola sampaikan.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan responnya terhadap soalan-soalan daripada 6 orang Ahli Yang Berhormat yang telah dikemukan tadi. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola cuba untuk menjawab soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi.

Pertama, soalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dan kaola sukacita mengucapkan berbanyak terima kasih di atas saranan dan juga soalan yang beliau timbulkan mengenai dengan isu pengangguran.

Berhubung dengan saranan-saranan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat mengenai dengan projek-projek yang berimpak tinggi seperti kreativiti, inovasi dan teknologi, kaola menyambut baik saranan-saranan ini, setentunya saranan seperti ini adalah suatu perkara yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama kesemua pihak. Perkara-perkara yang diutarakan ada digariskan dalam pelan strategik kementerian ini 2020-2024.

Bagi mencapai Belia Siaga Masa Depan yang disejajarkan dan dilengkapkan dengan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 yang memberi fokus kepada memantapkan ekosistem pembangunan belia. Kesemua usaha pembangunan belia adalah berteraskan kepada pengupayaan, pemerkasaan dan penglibatan belia.

Di bawah usaha pemerkasaan belia, bagi meningkatkan penglibatan mereka menerajui projek-projek berimpak tinggi seperti ini memang sudah ada beberapa platform yang telah diadakan contoh-contohnya adalah anugerah CIPTA, anugerah BICTA, Anugerah Hari Belia Kebangsaan, Projek Cemerlang untuk Belia, Anugerah Inovasi Perdana, Brunei Business Award, DST Innovation Award dan berbagai-bagai lagi platform.

‘Abiskaola’ memperakui bahawa masih lagi banyak ruang yang perlu dipertingkatkan dan dipelopori seperti Brunei Innovation Lab di bawah Kementerian Pengangkutan dan Informunikasi termasuk juga peluang-peluang projek dan kajian di bawah institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. Jadi di dalam program-program pemerksaan dan pengupayaan belia bagi meningkatkan marketability belia yang dilengkapi dengan latihan-latihan kemahiran industri yang relevan supaya mereka akan dapat mendapat pekerjaan yang bermakna, bekecimpung dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan dan melanjutkan pembelajaran.

Di kongsikan juga status kebolehpasaran lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia, sebanyak 77% bagi Tahun Kewangan 2022/2023 yang mana 60% lepasan pelatih telah bekerja, 12% telah melanjutkan pelajaran, 5% berniaga dan 23% masih lagi aktif mencari pekerjaan.

Jadi program-program latihan keusahawanan seperti incubator, keusahawanan belia, pertanian dan peladangan, bantuan geran keusahawanan, business startup dan platform-platform Youth Development Central Carnival, Santai di Indoor dan Gerai Ramadan Belia juga dapat melahirkan pengusaha-pengusaha belia dan menjana pendapatan hasil.

Usaha yang dilaksanakan pada masa ini masih lagi di tahap minimal yang memberikan impak kepada segolongan belia sasaran.

Isu pengganguran di kalangan belia ialah faktor yang memerlukan penelitian yang meluas dan ditangani melalui pendekatan senegara dan seluruh kerajaan dan perkara ini seperti Yang Berhormat Pengerusi nyatakan tadi telah pun disentuh dan dibincangkan, jadi perkara ini kaola tidaklah berhasrat untuk menyentuh dengan terperinci.

Kedua, kaola ingin menyentuh mengenai dengan soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan strategi-strategi Kementerian ini untuk meningkatkan platform bagi belia-belia yang berbakat yang telah kaola huraikan dalam maklum balas kepada usulan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan sebentar tadi.

Mengenai dengan soalan CCI, secara ringkasnya Projek RKN-12 ini iaitu Creative Cultural Industries (CCI) dan Community Libraries. Projek ini adalah bagi membaikpulih dan menaik taraf 2 bangunan iaitu bangunan bekas Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei dan bangunan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai hub Industri Kebudayaan dan Kreatif (CCI) dan Perpustakaan Komuniti (Community Library). Projek ini disatukan adalah bagi keperluan mewujudkan Akademi Seni Budaya Brunei.

Kedua, bangunan berkenaan dihasratkan mengukuhkan infrastruktur kebudayaan dan kesenian di negara ini yang penuh dengan dinamik lagi kreatif terutama kepada belia-belia negara.

Selaras dengan pelan strategik Kementerian ini yang mengandungi aspirasi budaya dinamik dan pemeliharan warisan dalam mencapai visi bangsa Brunei cemerlang, maka tiba masanya juga bahawa kedua bangunan berkenaan melaksanakan penjenamaan baru yang mengambil kira mengikut keperluan semasa serta kedudukan bangunan-bangunan yang strategik di Pusat Bandar.

Dengan terbinanya hasrat tujuan projek berkenaan adalah projek sedemikian akan menjadi mercu tanda ilmu, gedung ilmu serta pusat komuniti yang menjurus ke arah perkembangan dan kemajuan sektor kebudayaan dan kesenian di negara ini. Manakala jika diberikan keizinan, kaola ingin memberikan maklumat lebih lanjut nanti secara bertulis mengenai perkara ini.

Kaola ada terlepas tadi mengenai soalan daripada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir mengenai dengan cadangan mengungkayahkan pertandingan tarian asli 7 puak. 7 puak etnik setentunya mempunyai nilai dan ekspresi budaya yang tinggi sama ada dari warisan budaya tak ketara malahan dari aspek seni dan ekspresi.

Kementerian ini melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan juga telah mengadakan sebanyak 6 kali festival budaya 7 puak yang merangkumi pelbagai aspek seni budaya. Festival ini adalah dalam bentuk seni persembahan, bicara budaya, pameran dan akhirnya hasil dari festival ini akan dapat dijadikan buku sebagai bahan rujukan.

Pertandingan tarian 7 puak telah pernah diadakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Mengenai cadangan mengadakan pertandingan tarian tahunan, ini adalah satu cadangan yang baik dan kaola akan bersama pegawai-pegawai 'abiskaola' akan meneliti perkara ini di peringkat operasi di Kementerian kaola bagi menilai kesesuaian berdasarkan juga kepada pertandingan-pertandingan yang sedia ada supaya perancangan akan dapat disusun dengan cara lebih teratur dan berkesan.

Berkenaan cadangan untuk membina sebuah dewan serbaguna (multipurpose hall) di kawasan Pekan Bangar. Kementerian ini menerima baik cadangan daripada Yang Berhormat, jadi sudah setentunya perkara ini memerlukan penelitian yang terperinci dari aspek kesesuaian pembinaan, logistik terutama sekali kos perbelanjaan dan perancangan serta keperluan untuk membina bangunan atau kemudahan yang juga setentunya akan melibatkan beberapa agensi-agensi yang berkepentingan.

Seterusnya, kaola merujuk kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. Kementerian ini menyambut baik penggunaan smart card bagi mempercepatkan proses penyerahan pencen dengan lebih bersistematik.

Kementerian ini akan meneliti perkara ini dari aspek kesesuaian, pengurusan dan kebolehlaksanaan perkara ini. Antara inisiatif yang diguna pakai adalah seperti berikut:

  1. Pandemik COVID-19 dan pasca-Pandemik mencetus perubahan pada proses pembahagian dan penerimaan pencen umur tua dan elaun kurang upaya. Makluman melalui aplikasi WhatsApp daripada Ketua-Ketua Kampung kepada penerima mengenai penjadualan pembayaran pencen umur tua dan elaun kurang upaya.

    Kaedah penggunaan teknologi digital juga digunakan termasuk pengurusan secara dalam talian. Memang sudah lama terbukti sebagai amalan yang paling baik, lebih-lebih lagi bagi meningkatkan kecepatan proses eifisien dan pemberian perkhidmatan tepat pada masanya.

    Sebagai contoh, semenjak tahun 2018, JAPEM telah memperkenalkan sistem pembayaran Pencen Umur Tua dan Elaun melalui bank-bank masing-masing.

    Untuk makluman semua, kadar penerima pencen umur tua dan elaun setakat Mac 2024, maksudnya jumlah penerima, adalah sebanyak 49,391 orang penerima dan sehingga Februari 2024 seramai 18 ribu lebih orang penerima telah menerima pencen umur tua dan elaun mereka melalui bank masing-masing iaitu sebanyak 37% dari jumlah keseluruhan.

    Merujuk rekod persediaan bagi pembayaran Mac 2024 jumlah penerima akan meningkat ke 18,433 iaitu 181 orang penerima baru yang akan menerima melalui bank.

    Semasa pandemik COVID-19 gelombang kedua pada tahun 2021, penerima-penerima pencen umur tua dan elaun melalui bank sahaja adalah seramai 3 ribu lebih orang penerima.

    Kaedah ini ternyata memberi kemudahan dan kemanfaatan seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun kaedah pembayaran dan penerimaan melalui bank ini adalah berupa option sahaja bagi penerima-penerima kerana masih saja ada yang berkeinginan untuk menerima secara tunai.

    Seterusnya berhubung dengan cadangan untuk meneliti dan mengkaji keperluan pemberian bantuan makanan asasi kepada penerima dan cadangan bagi menubuhkan jawatankuasa khas atau kumpulan kerja khas di bawah pihak-pihak yang berkepentingan, kementerian ini menyambut baik cadangan tersebut.

    Pemberian barangan asasi ini adalah di bawah kawalan bahagian Bantuan Kebajikan Am (JAPEM) semasa atau apabila berlaku kejadian bencana pihak JAPEM akan turun padang untuk melihat keadaan mangsa dan seterusnya memberikan catuan makanan pada hari tersebut atau keesokan harinya kepada mangsa-mangsa bencana.

    Seperti lazimnya catuan makanan akan diberikan jika ia melibatkan kerosakan rumah terutama sekali dapur dan terputus jalan perhubungan. Penyiasatan yang terperinci akan dilakukan bagi memastikan bantuan yang diberikan itu adalah menepati keperluan sebenar seperti bantuan perumahan sementara dan bantuan kewangan iaitu tertakhluk kepada jenis apa isu-permasalahan penerima termasuklah bantuan catuan makanan atau bantuan makanan asasi. Dalam hubungan ini, kita sudah setentunya akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan wastages atau makanan-makanan yang tidak diperlukan dan sebagainya.

    Setakat bulan Februari 2024, sejumlah 558 bantuan catuan telah diberikan kepada mangsa bencana, $29,500 jumlah bantuan kewangan. Adapun kuantiti bilangan barangan asasi berkenaan adalah mencukupi untuk keperluan dalam tempoh 1 minggu.

    Walau bagaimanapun kementerian ini menyambut baik cadangan Yang Berhormat tadi bagi meneliti semula kesesuaian barang asasi ini dari aspek kesihatan. Seterusnya kaola menyentuh soalan dari isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

    Selaku pengendali kepada sistem SKN, kementerian ini sentiasa memastikan sistem ini dalam keadaan yang berkualiti, mempunyai kebolehpercayaan yang optima dan juga mesra pengguna terutama bagi para pemohon yang kurang celik IT.

Inisiatif yang kerap dilaksanakan dalam menambah baik kecekapan sistem ini termasuklah meneliti penaitarafan yang bersesuaian mengikut keperluan sistem dan juga orang ramai.

Oleh yang demikian, kementerian ini dalam perancangan bagi menjalankan kajian maklum balas atau survey orang ramai terhadap permohonan dalam talian SKN secara keseluruhan dengan maklum balas yang dikaji kemudian nanti ان شاء الله akan dapat membantu kementerian ini untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam sistem SKN ini.

Kementerian ini juga mengambil maklum dan prihatin terhadap para pemohon yang kurang mahir dalam IT termasuklah golongan warga emas dalam membuat permohonan bantuan kepada sistem kebajikan negara.

Dalam hal ini, perkhidmatan kaunter juga disediakan di agensi-agensi pemberian bantuan seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Urusan Zakat Wakaf dan Baitulmal (JUZWB).

Pada awal tahun ini hingga 29 Februari 2024, jumlah kehadiran orang ramai yang berkunjung ke kaunter secara keseluruhan adalah 2272 orang, di mana seramai 994 orang hadir ke kaunter JAPEM dan seramai 1,278 orang hadir ke kaunter JUZWB.

Seterusnya menjelaskan bahawa bagi permohonan pencen umur tua belum diterapkan dalam sistem ini. Namun demikian بِسْمِ اللهِ dalam fasa ke 4 pengiktirafan SKN, pihak kementerian akan cuba mengintegrasikan bukan sahaja permohonan pencen umur tua malah juga elaun kurang upaya. Mungkin setakat itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan cuba menjawab mana-mana yang terlepas itu, akan kaola cuba untuk menjawab secara bertulis.

Sekian, وَبِاللَّهِ التَّوْفِيق وَالْهِدَايَة وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan responsnya terhadap soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم وَبِاللَّهِ التَّوْفِيق وَالْهِدَايَة وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kaola ingin menjawab soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman mengenai papan tanda JobCentre Brunei (JCB) yang jawinya tidak di bahasa Melayukan.

Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menimbulkan soalan berkenaan. أَعْجَبَنِي Jabatan Perdana Menteri telah mengambil tindakan bagi menggunakan nama-nama dalam Bahasa Melayu ke arah memartabat dan mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Perubahan-perubahan yang telah diambil adalah penggunaan nama Pusat Pekerjaan Brunei (PPB) sebagai nama rasmi bagi JobCentre Brunei dan penggunaan nama Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) sebagai nama rasmi bagi Manpower Planning and Employment Council (MPEC), tulisan jawi bagi Pusat Pekerjaan Brunei dan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) telah diselaraskan dan diperolehi dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Dengan perubahan ini, papan tanda yang sedia ada akan dikemaskinikan, pada masa ini dalam proses membuka tawaran bagi kerja-kerja berkenaan.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Kaola mohon maaf Yang Berhormat Pengerusi. Ada tertinggal lagi satu soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman mengenai apa perancangan pihak kerajaan di dalam persediaan Negara Brunei Darussalam menganjur dan menjadi tuan rumah kepada sukan-sukan bertaraf serantau dan antarabangsa.

Contoh yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi adalah SEA GAMES, sukan Asia Tenggara, yang mana kali terakhir 'kitani' menjadi tuan rumah adalah pada 1999. Sukan-sukan yang berskala besar sebegini sebenarnya adalah merupakan satu cabaran untuk kita menjadi tuan rumah.

Ini kerana apabila menjadi tuan rumah kepada sukan-sukan yang besar seperti ini, ia banyak melibatkan tenaga kerja dari segi jawatankuasa-jawatankuasa dan juga paling utama sekali dari segi infrastruktur yang sedia ada.

Masa beredar sejak beberapa tahun dahulu semasa 'kitani' menjadi tuan rumah, kriteria dan kualiti ataupun kriteria minima dari segi keselamatan dan sebagainya, bagi 'kitani' menggunakan infrastruktur 'kitani' adalah berubah mengikut keadaan semasa.

Sebagai contoh, stadium 'kitani'. National stadium 'kitani' telah pun didirikan dan dibangunkan lebih tempoh yang agak panjang iaitu sebelum 1984 dan dari segi reka bentuk dan sebagainya, memanglah pada waktu itu ia memenuhi kehendak pada waktu itu.

Apabila setelah beberapa tahun, ia pun berubah dari segi kehendak dan piawaian antarabangsa. Maka, reka bentuk yang 'kitani' ada itu sukar untuk 'kitani' cuba memenuhi kehendak-kehendak piawaian itu.

Walaupun dengan 'kitani' sudah menaik taraf keadaan stadium itu. Kesimpulannya, untuk 'kitani' bersedia menganjurkan sukan-sukan yang berskala besar seperti ini, memerlukan infrastruktur yang baharu untuk 'kitani' boleh menganjurkan dan menjadi tuan rumah kepada sukan-sukan bertaraf antarabangsa seperti ini.

Jadi, apa perancangan kementerian ini? Koala ingin mengongsikan bahawa langkah-langkah yang dibuat pada masa ini adalah meneliti keseluruhan infrastruktur sukan yang sedia ada dan mula merancang secara berperingkat-peringkat bagaimana 'kitani' akan cuba membangunkan prasarana infrastruktur yang boleh menepati piawaian di peringkat antarabangsa.

Ini setentunya bukan merupakan langkah yang mudah kerana 'kitani' juga mengambil kira sumber-sumber kewangan 'kitani' yang sedia ada dan juga mengambil kira tempoh persiapan yang sedia ada dan juga mengambil kira pada suatu masa nanti 'kitani' mungkin tidak akan terlepas daripada menjadi tuan rumah dan mungkin 'kitani' tidak ada pilihan lain tetapi terpaksa menjadi tuan rumah.

Jadi, dalam mengambil kira perkara-perkara ini, pendekatan yang diambil adalah untuk meneliti dan mencuba untuk memperbaiki atau meningkat taraf atau membangun prasarana baharu secara berperingkat dengan mengambil pendekatan PPP dan juga opsyen-opsyen lain yang boleh digunakan untuk membolehkan 'kitani' membangunkan prasarana seperti ini.

Selagi prasarana seperti ini belum dapat 'kitani' adakan, maka agak sukar untuk 'kitani' mengangkat tangan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan-sukan bertaraf antarabangsa seperti ini.

Namun demikian, tidak semua sukan-sukan itu 'kitani' tidak boleh mengendalikan.

Ada sukan-sukan di peringkat antarabangsa yang boleh 'kitani' kendalikan dengan mengambil kira infrastruktur-infrastruktur yang sedia ada pada masa ini. Apa yang kaola yakin dengan pendekatan senegara, dengan pendekatan pihak kerajaan dan bukan kerajaan, dengan pendekatan dan penglibatan semua pihak, tiada apa pun yang mustahil bagi kita untuk sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya.

Sekian, jawapan kaola mengenai perkara itu. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pendidikan, membuat intervention nya terutama mengenai soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mencelah sedikit mengenai saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, berkenaan program PKBN untuk dilaratkan ke graduhan. بارك الله فيك, perkara ini akan diambil perhatian.

Kaola ingin mengongsikan sahaja. Bermula pada bulan Januari 2021 dan sehingga sekarang, sudah terdapat 5 kemasukan (intake) ke PKBN bagi pelajar-pelajar IBTE yang ingin menamatkan program-program yang mereka ambil terutama daripada program iSkill ISQ.

Mereka mengikuti program jati diri ini selama 3 bulan dan mereka ini adalah dari program-program yang mengambil scaffolding, marker fitter, rigger, welding dan juga plaster painter. Sehingga ke hari ini, terdapat 865 pelajar yang telah menamatkan program jati diri di PKBN. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Dengan jawapan-jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Yang Berhormat Menteri-Menteri yang lain berhubung dengan soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh 6 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, saya kira cukup dahulu dan kita akan beralih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.

Tetapi sebelum itu, saya ingin mencadangkan supaya kita berhenti berehat selama 15 minit dan kita akan menyambung perbahan kita ini kemudian nanti.

(Mesyuarat Jawatankusa berehat sebentar)

(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita akan menyambung perbahaan di bawah tajuk-tajuk bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebelum kita memulakan, memandangkan kesuntukan masa dan keperluan untuk meluluskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan 2024/2025, saya membuat keputusan untuk menghadkan satu soalan sahaja bagi tiap-tiap Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik. Soalan tersebut perluah strategik yang menyentuh isu kebangsaan dan keutamaan tinggi.

Mana-mana soalan yang tidak sempat dikemukan, saya nasihatkan bolehlah dihadapkan kepada Jurutulis untuk dijawab secara bertulis oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.

Saya mengakui bahawa perkara ini a bit drastic, tetapi kita telah pun mengadakan mesyuarat ini selama 15 hari sekarang. Sebagaimana yang kita ketahui, mesyuarat-mesyuarat kita tidak dapat kita langsungkan sekiranya Menteri-Menteri Kabinet tidak dapat hadir.

Menteri-Menteri Kabinet kita adalah orang-orang yang sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran seharihan dan juga urusan-urusan atau komitmen yang dibuat oleh negara di luar negeri. Jadi, mereka terpaksa kadang-kadang keluar negeri dan terpaksa menghabiskan masa untuk menjalankan tugas-tugas rasmi masing-masing.

Disebabkan oleh keadaan yang sedemikian, maka kita tidak mempunyai jalan lain melainkan untuk membuat restriction ini pada kali ini bagi membolehkan kita meluluskan Rang Undang-Undang yang kita hadapi ini dalam sehari dua ini juga.

Walau bagaimanapun, Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah memberikan soalan mereka masing-masing yang belum sempat disuarakan kepada Yang Mulia Jurutulis dan إن شاء الله akan disampaikan kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan untuk dijawab secara bertulis.

Sesi-sesi perjumpaan akan terus diadakan antara Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan kementerian-kementerian lain. Kementerian-kementerian yang akan diaturkan dalam sepanjang tahun ini. إن شاء الله

Jadi, untuk memulakan sekarang perbincangan kita ini dan untuk menghadkan saya masih lagi meminta kalau dapat dihadkan satu soalan sahaja daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Jadi, terpulanglah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memilih mana, salah satu soalan yang Ahli-Ahli Yang Berhormat memikirkan strategi untuk dihadapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dihadapkan kita pada hari ini.

Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Silakan.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 pada bulan lepas.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menghargai usaha Jabatan Belia dan Sukan serta Young Professional Network Brunei, iaitu YPN kerana telah berjaya menganjurkan secara bersama tujuh Youth Town Hall sejak tahun 2020.

Inisiatif ini dengan ketara telah menyumbang dalam merapatkan jurang generasi membolehkan belia memberikan pandangan tentang pembangunan negara dan memahami bagaimana dasar dan belanjawan negara dalam bentuk memajukan masa depan mereka.

Kaola juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Majlis Belia Brunei dan You Can Lead atas dedikasi dalam menerbitkan program pembangunan jatidiri dan professional di platform mereka.

Kaola mengambil baik usaha gigih 3 pihak organisasi yang secara sukarela menganjurkan acara dan bengkel di dalam negara.

Inisiatif ini telah menunjukkan kepentingan nilai mereka melengkapkan generasi muda mereka.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Dapat saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada perkara yang kita bincangkan sekarang, sila menyolal ataupun menyuarakan apakah harapan Ahli Yang Berhormat terhadap perkara yang kita hadapi ketika ini. Silakan.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Seiring dengan pengiktirafan UN Youth Strategy 2018 dan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 - 2035 terhadap warga muda sebagai golongan yang akan membuat perubahan, kaola ingin mencadangkan inisiatif bagi memanfaatkan lagi potensi demografi ini, iaitu menubuhkan platform untuk perwakilan belia dan integrasi pembimbing belia ke dalam Steering Committee atau National Council bagi setiap kementerian.

Dengan melibatkan bakal belia yang bersemangat tentang kemajuan negara dan menunjukkan kepimpinan, kita boleh menyuntik perspektif inovatif dan mengekalkan ketangkasan dalam segi pembangunan negara kita.

Integrasi ini juga akan dapat menjadikan untuk meningkatkan penglibatan sivik dalam kalangan belia, melahirkan pemimpin masa depan dan mempromosikan penyelesaian inovatif untuk kemajuan negara.

Oleh yang demikian, soalan kaola bagaimanakah pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan merangka dan melaksanakan strategi ini untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi belia kita dalam pembangunan dan kemajuan negara? Sekian. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركتة dan salam sejahtera. Kaola cuma ingin membawakan satu perkara, iaitu mengenai Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 - 2035.

Salah satu daripada matlamat utama dalam dasar ini adalah Pemerkasaan Belia, namun begitu sejaht mana belia sudah terlibat dalam memahami dan mengetahui peranan mereka dalam perlaksanaan dasar ini?

Adakah laporan-laporan disediakan untuk memastikan isu-isu yang mereka hadapi dirujuk dan diambil kira?

Di sini kaola ingin mencadangkan bagi pemerhatian semula oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui kerjasama dengan persatuan-persatuan belia serta pergerakan belia di negara kita sebagai asas kukuh untuk memastikan suara belia dapat didengar melalui platform yang sedia ada serta merangka pelan tindakan serta melaksanakannya melalui sokongan daripada persatuan-persatuan belia.

Selain itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama juga perlu mengintegrasikan program-program dalam Dasar Belia Negara dan Strategi ke dalam ko-kurikulum pendidikan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang bersedia menghadapi cabaran globalisasi.

Itu saja yang kaola ingin suarakan dan memohon pencerahan mengenainya. Sekian. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kaola ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas mukadimah yang disampaikan sebentar tadi.

Kaola merujuk kepada badan sukarelawan di negara ini. Ada terdapat banyak badan sukarelawan yang aktif di bawah persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan dengan aktiviti yang dikendalikan.

Perkara yang paling ketara adalah semasa pandemik COVID-19 melanda di negara ini. Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berusaha untuk mendapatkan khidmat sukarelawan dari berbagai pihak bagi sama-sama memberikan khidmat dalam menangani pandemik tersebut. Badan Sukarelawan Belia telah pun ditubuhkan.

Walau bagaimanapun, setelah berakhirnya pandemik tersebut apakah keberadaan sukarelawan ini? Adakah ianya tidak lagi relevan untuk diteruskan?

Dari sini kaola ingin mencadangkan supaya Badan Sukarelawan Belia ini dikekalkan dan diteruskan serta dinaikkan tarafnya kepada taraf kebangsaan sebagai Badan Sukarelawan Kebangsaan yang diterajui oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ianya bukan sahaja memfokuskan kepada kemasyarakatan bahkan menyeluruh mengikut keperluan kebangsaan.

Dengan tertubuhnya badan ini, kaola rasa ianya memudahkan pengurusan jika diperlukan pada bila-bila masa. Itu sahaja yang kaola persoalkan Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ، وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ ٱلْأَنْبِيَاءِ وَٱلْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera.

Kaola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas pembentangan yang begitu komprehensif pada awal pagi tadi.

Kaola tertarik dengan kandungan pembentangan tadi berikatan dengan penggubalan Pelan Tindakan Wanita yang sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa yang berkenaan untuk ianya dikuatkuasakan.

Kaola mengambil maklum Pelan Tindakan ini akan memfokuskan pemerksaan dan perlindungan hak wanita, penjagaan kesihatan, pemerksaan ekonomi, pekerjaan dan keseimbangan hidup kerja iaitu antara pekerjaan dan kehidupan bekeluarga kaum wanita di negara ini. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan potensi maksimum wanita di negara ini dan pembangunan yang saksama untuk kaum wanita terlibat aktif ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

Pelan Tindakan ini akan menggariskan dasar-dasar kerajaan dan inisiatif di peringkat kebangsaan yang perlu dibangunkan dan diperkuhkan untuk pembangunan dan pemerksaan wanita di Negara Brunei Darussalam. بنًثتُ الله

Oleh itu, kaola mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, apakah mekanisme pihak kementerian untuk menilai sejauh mana keberkesanan dasar dan inisiatif yang terkandung di dalam Pelan Tindakan itu nanti dan fokus daripada penggubalan tersebut sama ada pihak kementerian akan mencadangkan sebarang perubahan dasar dalam perkhidmatan awam dan swasta di negara ini, bagi memperkenalkan persekitaran kerja yang lebih fleksibel dan lebih menyokong kepada keseimbangan kedua-dua kerja dan kehidupan bekeluarga bagi kaum wanita yang bekerja di negara ini. Ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian potensi penuh mereka.

Oleh itu, adalah penting supaya Pelan Tindakan ini dapat diakses dengan mudah oleh semua pihak dan orang ramai melalui portal rasmi kementerian dan untuk pihak kementerian mengadakan pemberigaan meluas mengenainya bagi memberikan penjelasan dan kefahaman kepada masyarakat, khususnya pihak-pihak yang berkepentingan.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

والله الغني والهادي. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتٰابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيْدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera.

Soalan kaola mengenai Youth Town Hall. Pada tahun 2022 terdapat kira-kira 151,200 orang belia berumur 15 hingga ke 34 tahun di Brunei. Ini menunjukkan satu per tiga dari population Brunei adalah di kalangan belia.

Golong belia perlu dilihat sebagai enjin yang mampu membawa perubahan baharu. Town Halls memainkan peranan penting dalam memupuk penglibatan sivik dengan menyediakan ruang untuk penduduk terutama sekali belia bergiat secara aktif mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan, menyuarakan pendapat mereka dan menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara selaras dengan gagasan kerajaan iaitu whole of nation approach.

Mereka membantu mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat dengan memudahkan komunikasi dan kerjasama.

Kaola menyambut baik Youth Town Hall yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama dengan Young Professional Network (YPN) yang ditubuhkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk mempupuk minda yang dipacu penyelesaian, berfikir ke hadapan dan komuniti belia kolaboratif yang bersemangat untuk menyumbang kepada pembangunan negara kita dengan memberi peluang kepada belia untuk berinterikasi dengan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet.

Kaola dimaklumkan bahawa tujuh sesi Youth Town Hall telah diadakan sejak tahun 2020. Soalan kaola:

  1. Sejauh manakah keberkesanan Youth Town Hall dalam mencapai objektifnya?;

  2. Apakah fokus utama dari sesi-sesi Youth Town Hall yang telah diadakan? Cadangan kaola, kaola berpendapat impak dan keberkesanan inisiatif Youth Town Hall untuk memastikan suara dan sumbangan belia dihargai dengan beberapa cara iaitu meningkatkan jumlah sesi Youth Town Hall bersama Menteri-Menteri.

    Ini boleh dicapai dengan menyusun kalendar tahunan dan merancang jadual Menteri dengan lebih awal. Mengadakan Sesi Youth Town Hall di keempat-empat daerah, Daerah Temburong boleh digabungkan dengan Daerah Brunei dan Muara. Hal ini akan memastikan bahawa peluang untuk penglibatan belia lebih luas dan merata di seluruh negara.

    Ini juga akan dapat menjadi model turun padang bagi Menteri-Menteri Kabinet untuk mengurangkan jurang pembangunan dan aspirasi terutama bagi perspektif golongan belia; dan

  3. Sorotan daripada perbincangan Youth Town Hall dikongsi kepada masyarakat awam dan juga membangunkan laman website khusus. Kaola juga tertarik kepada inisiatif youth conversations yang dilakukan oleh negara jiran kita yang memberi ruang selamat kepada belia mereka untuk berdialog dan berkongsi pelbagai pandangan dan mereka juga mengeluarkan laporan penuh untuk dikongsi dengan masyarakat. Kaola berharap agar hopes and fears belia 'kitani' dapat menjadi isi kandungan conversations di Youth Town Hall dan idea-idea mereka diambil serius dan dapat dilaksanakan.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا قَيِّمًا لِّيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan salam sejahtera. Dalam perbincangan ini, kaola akan menyentuh mengenai persatuan belia dan mereka yang berpendidikan tinggi.

Di tahun-tahun 60an dan 70an, banyak persatuan belia yang tumbuh seperti cendawan dan persatuan belia ini kebanyakannya dipimpin oleh kalangan belia yang mempunyai kelulusan seperti 'O' Level, SPM dan sebahagiannya hanya setakat darjah 6 dari kalangan kerani, guru-guru, tetapi mereka ini mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi menggerakkan persatuan mereka.

Ini dapat dilihat dari segi penglibatan mereka dalam bidang ekonomi, budaya, ugama, sukan, kemasyarakatan. Mereka berjaya menubuhkan syarikat-syarikat kerjasama, syarikat pengangkutan seperti bas-bas sekolah.

Pada masa ini, banyak belia-belia yang berkeluasan dan berpendidikan tinggi sama ada dari dalam negeri ataupun luar negeri.

Belia yang berpendidikan tinggi sepatutnya dapat membawa semangat baru, idea inovatif, komitmen yang mendalam untuk membuat perubahan positif dalam masyarakat kita dan menciptakan impak yang berlipat ganda dalam masyarakat.

Mereka berdarah muda (young blood) dapat membawa pandangan segar dan penyelesaian yang penuh inovatif untuk menangani masalah yang kompleks.

Dengan menyokong dan memberikan peluang untuk memimpin persatuan belia, kita dapat mendorong pertumbuhan dan transformasi masyarakat yang berkesan. Persatuan-persatuan belia yang dipimpin oleh belia berpendidikan tinggi juga lebih berpotensi untuk kelangsungan jangka panjang.

Mereka membawa kepakaran dalam pengurusan organisasi, perancangan strategik dan pengumpulan dana. Dengan mempromosikan profesionalisme dan akauntabiliti, kita dapat menarik lebih banyak dana dan mendapat kepercayaan dari pihak yang berkepentingan.

Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menggalakkan lebih banyak belia berpendidikan tinggi untuk terlibat dalam pengurusan dan pengendalian pasukan persatuan belia. Mereka adalah generasi baru yang penuh semangat dan inovatif, dengan memberi mereka sokongan yang mencukupi kita dapat memastikan bahawa kepimpinan persatuan belia terus dinamik dan berkesan.

Soalannya Yang Berhormat Pengerusi, berapa ramai kah persatuan-persatuan belia yang terdapat pada masa ini yang dipimpin oleh belia-belia yang berkelayakan tinggi untuk memperkasa dan membina persatuan-persatuan ini ke arah yang lebih cemerlang, gemilang mahupun di peringkat negara dan luar negara.

Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang telah menyuarakan soalan-soalan mereka.

Sekarang saya akan memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan responsnya.

Saya ingin menasihatkan Menteri Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan supaya menjawab soalan-soalan yang berkenean itu dengan brief, tidak payah diberikan jawapan yang panjang-panjang 'melarat-larat'. Jadi 'kitani' pun akan menjimatkan masa untuk membagi 'kitani' untuk meneruskan pekerjaan 'kitani' pagi ini إن شاء الله.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akur dengan nasihat Yang Berhormat Pengerusi dan cuba menjawab dengan sepended-pendednya dan yang mana mungkin tidak dapat kaola jawab panjang lebar, kaola akan cuba menjawab secara bertulis.

Kaola ingin menyentuh merangkum mungkin satu isu yang ditimbulkan. Isu yang ditimbulkan adalah penglibatan belia dalam memberi inputs mahupun menyumbang kepada penggubalan dasar dalam nation building atau pembangunan negara.

Kaola ingin lari daripada konteks golongan belia versus golongan warga yang sudah emas. Sebenarnya dalam 'kitani' sama-sama membanguan negara bukan bermakna satu golongan saja yang diberikan laluan.

Apa pun cadangan, idea dan sumbangan, ia perlulah diteliti berdasarkan merit of sumbangan, idea dan cadangan tersebut. Tanpa mengira sama ada cadangan itu datangnya daripada golongan belia ataupun daripada golongan yang bukan golongan belia lagi.

Jadi pada kesimpulannya, apa yang penting di sini adalah kerjasama di antara kedua golongan ini. Golongan yang muda belia bersama dengan golongan yang bukan lagi belia dan sikap saling hormat-menghormati terhadap pandangan masing-masing.

Jadi apa yang kaola ingin tonjolkan di sini pendekatan yang selama ini telah 'kitani' ambil adalah membuka ruang kepada interaksi di antara dua golongan yang berbeza ini dan peluang ini menghampirkan 'kitani'mengurangkan jurang perbezaan pendapat ataupun pendirian dalam sama-sama menyumbang kepada nation building.

Bukan bermaknanya untuk memperlagakan kedua-dua golongan ini dengan dua pendapat yang berbeza dengan dua pendirian yang berbeza yang sudah setentunya tidak akan menguntungkan 'kitani' dalam sama-sama memajukan negara 'kitani'.

Jadi apa yang terjadi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaola sangat menyambut baik apa yang telah 'diungkayahkan' di antara youth town hall dari sisi youth town hall dan penglibatan Young Professional Network kerana ia membuka ruang percamahan fikiran di antara dua golongan ini.

Kaola berharap perkara ini akan dapat lagi dipertingkatkan baik bukan saja mendengar daripada kedua-dua pihak tetapi juga untuk membuka ruang macam mana golongan belia akan dapat lebih memahami apa yang pandangan dan opinion daripada golongan yang bukan belia dan vice versa, sama-sama menilai pandangan masing-masing dan mencapai kesimpulan yang paling berkesan untuk menggerakkan negara ini maju kehadapan.

Mungkin itu saja yang kaola sentuh mengenai perkara itu. Kaola ada terlepas lagi beberapa perkara. Perkara yang ditimbulkan mengenai dengan pembangunan wanita.

Seperti yang ditimbulkan penyelidikan mengenai pembangunan wanita ini telah selesai dilaksanakan dan pada masa ini masih lagi diteliti dan بِسْمِ اللهِ kaola akan menjawab secara bertulis pertanyaan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam mengenai perkara ini.

Itu saja dulu sekian saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang kita akan beralih kepada 6 orang lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin turut serta dalam perbhasan ini.

Saya mulakan dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola dengan sukacita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

Di kesempatan ini juga kaola merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di atas pembentangan peruntukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mana pembentangan tersebut adalah sangat komprehensif bagi menuju hasrat Kementerian berkenaan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam merafakkan kesyukuran ke hadrat الله سبحانه وتعالى serta dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan setinggi-tinggi m enjunjung kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas keprihatinan, pemdulian, kebijaksanaan serta tindakan segera Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah mengurniakan titah perkenan bagi dana daripada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza berjumlah USD$1,050,000.

Dan juga dianggarkan $1,399,544 telah digunakan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bantuan barangan ke Palestin secara air drop berupa paket makanan yang siap sedia untuk dimakan dan tahan lama dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 5920 paket.

الله أكبر, Negara Brunei Darussalam juga selamat membuat penghantaran pertama pada 13 Mac 2024 yang merangkumi 2 kali air drop dan ia dilaksanakan dengan kerjasama menggunakan pesawat tentera udara Jordan. Sementara itu, pelaksanaan 2 air drop selanjutnya telah dijadualkan pada 14 dan 15 Mac.

Seperti yang kita sedia maklum, bantuan kemanusiaan rakyat Palestin ini adalah hasil daripada penubuhan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin di negara ini melalui Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin yang bertujuan membantu mengumpulkan dana berbentuk kewangan daripada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi membantu meringankan kesengsaraan dan bebanaan penderitaan penduduk saudara Islam kita yang terjejas di Gaza, Palestin.

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ini membuktikan keprihatinan, pemdulian, kemurahan hati dan ringan tangan orang-orang Brunei 'kitani' yang menjadi budaya. Semogalah usaha dan bantuan amal yang berkebajikan sedemikian ini akan dapat diteruskan dan إِن شَاءَ ٱللّٰهُ kan mendapat rahmat, keberkatan, magfirah dan pahala yang berlipat ganda daripada ٱللّٰهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Kaola memohon izin Yang Berhormat Pengerusi untuk meneruskan, ada yang kaola ingin persoalkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Semasa Musim Permesyuaratan ke-19 pada tahun lepas di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ada mengongsikan mengenai peranan Majlis Kebangsaan Isu Sosial sebagai Jawatankuasa Induk bagi Menangani Isu-Isu Kemiskinan di samping isu-isu sosial yang lain yang dihadapi di negara ini.

Adalah juga difahamkan bahawa Majlis ini telah merangka satu pelan tindakan untuk membasmi kemiskinan sebagai mekanisme utama bagi melaksanakan tindakan strategik secara whole of nation approach demi mengeluarkan lebih ramai lagi golongan tertentu daripada kitaran kemiskinan dengan memastikan golongan ini mampu untuk berdikari sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan.

Melalui kaedah dan pelan tindakan yang telah diusahakan setakat ini, membantu dalam usaha-usaha yang lain, kaola ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, setakat manakah inisiatif-inisiatif yang diungkayahkan itu melalui Majlis Kebangsaan Isu-Isu Sosial mendatangkan keberkesanan lagi efektif, berjaya mengeluarkan daripada kitaran kemiskinan tanpa mengharapkan lagi sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Apakah statistik terkini warga miskin yang telah berjaya dikeluarkan dari kitaran kemiskinan.

Yang berhubung dengan keperluan asas, minimum asas adalah 'kitani' fahami kadar-kadar pemberian bantuan melalui Skim Kebajikan Negara dikira daripada anggaran yang dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi berasaskan kepada kajian perbelanjaan 2015/2016.

Seperti kita maklumi bersama, keadaannya semakin berubah sekarang. Apatah lagi harga barang makanan termasuk keperluan asas telah meningkat dari semasa ke semasa. Ini juga bermakna cost of living atau kos sara hidup juga telah meningkat.

Bersabit dengan perkara ini, kaola memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan adakah kos minima keperluan asas telah direbiu atau dikemaskini, sedangkan kadar kos minima keperluan asas yang digunakan sebelum ini diperkenalkan hampir 9 tahun yang lalu.

Bagi garis pandu kadar jumlah bantuan yang akan dikeluarkan kepada mereka yang berkelayakan di bawah skim-skim kebajikan.

Ini adalah dalam kita bersama-sama memastikan golongan yang berkelayakan di bawah SKN atau Sistem Kebajikan Negara ini sekurang-kurangnya dapat menyara kehidupan dan keluarga seharian disebabkan kenaikan kos harga, kos sara hidup yang telah dialami.

Sekian

والله الموفق للقويم. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana telah memberi kaola laluan untuk berbahas belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

الحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على عباده الذين اصطفى

dan salam sejahtera, lebih dahulu kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan atas pembentangan Belanjawan Kementerian 2024/2025 yang merangkumi semua jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mempunyai perancangan untuk menaik taraf sukan di negara ini dengan menubuhkan ekosistem sukan. Kaola hanya mempunyai satu soalan daripada banyak-banyak soalan. Dalam hubungan ini.

Kaola juga cuma ingin bertanya tentang sekolah sukan yang pada masa ini memanglah di bawah Kementerian Pendidikan. Adakah kerjasama wujud di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan untuk memajukan sekolah sukan ini, yang pada masa ini seolah-olah kalau mengikut orang putih neither here nor there keadaannya.

Kaola berpendapat sekolah sukan jika dikendalikan dengan betul sebagaimana sekolah sukan di negara-negara lain dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai potensi untuk melahirkan olahragawan dan ahli-ahli sukan yang boleh meraih kejayaan di peringkat antarabangsa selain daripada wushu dan silat.

Sekolah sukan yang ditubuhkan pada tahun 2003 mula beroperasi di bangunan sendiri pada tahun 2009, mempunyai prasarana yang propose build untuk mengasuh bakat sukan di peringkat sekolah lagi. Bagi kaola adalah satu pembaziran jika sekolah sukan ini tidak diusahakan sepenuhnya untuk melahirkan belia-belia yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa.

Sekianlah saja soalan kaola Yang Berhormat Pengerusi. Sekian. وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akur saranan Yang Berhormat Pengerusi untuk me limit kan satu soalan dan memendekkan soalan.

Jadi kaola tidak akan membuat mukadimah dalam konteks soalan kaola dan berharap soalan-soalan yang akan dinyatakan tadi tapi tidak sempat direkod dalam soalan akan dihadapkan sebagai rekod dalam Dewan dan mencari mekanisme yang layak untuk 'membargaikan' isu-isu ini kepada rakyat supaya kehadiran kami dalam Dewan ini masih relevan.

Kaola pendekkan soalan, mohon 'barigakan' kalau sudah ada strategi kementerian untuk menjadikan penglibatan dalam sukan dan kebudayaan berbaloi dapat menjana pekerjaan dan viable alternative form of employment. السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Terima kasih juga kepada Yang Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan mukadimah belanjawan serta hala tuju bagi Tahun Kewangan 2024/2025 sebentar tadi.

Soalan kaola ialah mengenai dengan peruntukan RKN ke-12 berjumlah sebesar $11 juta iaitu untuk bangunan baru ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Soalannya tidakkah ada peruntukan tambahan bagi Unit Perlindungan Kompleks Rumah Kebajikan yang hanya diperuntukkan sebanyak $631 ribu sahaja.

Tambahan yang kaola maksudkan ialah supaya Unit Perlindungan Kompleks Rumah Kebajikan itu akan dapat ditambah atau lebih baik dinaik taraf dengan kemudahannya mengandungi ruang-ruang untuk berniaga bagi penerima JAPEM dan warga kurang pendapatan atau susah untuk membantu mereka mencari rezeki ke arah warga mandiri.

والله الهداية والتوفيق والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Alhamdulillah hi wakaffaa wassolatu wassolamuala rasuulihil mustaffa waa allaa aalihi wasahbihi wamanih tada amma ba’du

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahniah dan terima kasih terhadap penjelasan yang telah diberikan, dikongsikan dan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan terhadap hala tuju bagi belanjawan 2024/2025, semoga ia terlaksana dengan keredaan الله تعالى.

Muzium negara di Kota Batu adalah salah satu destinasi pelancongan yang ada di Daerah Brunei dan Muara dan ia adalah gudang ilmu bagi penuntut-penuntut dan para pencari ilmu. Muzium ini telah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian pada tahun 2014. Projek ini adalah di dalam RKN-11.

Kaola sering ditanya di majlis-majlis rakyat dan juga sering mendengar mengenainya dibincangkan oleh rakyat yang prihatin, apa kedudukan muzium negara 'kitani' yang masih lagi belum dibuka dinding keselamatannya sehingga ke hari ini.

Perkara ini telah pun dibangkitkan mungkin pada Majlis Mesyuarat Negara yang lepas tetapi masih lagi kedengaran bisikan mahupun suara secara lantang dari rakyat yang prihatin.

Oleh yang demikian, kaola suka mengetahui dan suka mendengar pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai apakah kedudukannya sehingga sekarang? Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Semoga bermanfaat, sekian.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Selamat tengahari dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada kaola untuk turut serta dalam perbincangan ini.

Sehubungan itu, kaola ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di atas mukadimah dan pembentangan yang dikongsikan secara padat, komprehensif dan terperinci.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola ingin mengetengahkan satu usul yang berkaitan dengan partisipasi dan penglibatan belia.

Kaola ingin mencadangkan agar kerjasama perlu dilakukan bukan saja dari pihak kerajaan, namun juga penglibatan dari sektor-sektor swasta supaya berganding bahu, menyusun strategi untuk merealisasikan the whole nation approach terutama untuk pembangunan belia.

Sebagai contoh, menyokong venture agriculture para belia agar syarikat-syarikat di sektor swasta dapat memberi dan menyediakan sedikit sebanyak insentif dari segi modal (capital) ataupun support dan mentorship.

Kaola faham perkara ini sudah pernah dilakukan oleh salah sebuah syarikat yang menolong membersihkan dan meratakan tapak serta membuat longkang yang pernah dijalankan di Kampung Selangan, Mukim Amo, Temburong beberapa tahun yang lalu melalui kerjasama Pusat Pembangunan Belia Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam program Skim Belia Tani. Sekian, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan soalan-soalan mereka walaupun satu setiap orang Ahli-Ahli Yang Berhormat which I really appreciate it.

Sekarang saya menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan responsnya.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Barangkali kaola ingin cuba mengambil pendekatan selective 'mangkali' dahulu kerana soalan-soalan ini banyak dan kaola tidak juga mahu 'mangkali' cuba menjawab off the cuff kerana takut 'melarat-larat' jua.

Jadi, kaola cuba menyentuh mengenai muzium yang telah ditimbulkan. Sehingga kini, status kesiapan projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan muzium Brunei dan bangunan pameran secara menyeluruh setakat 31 Disember 2023 adalah pada tahap 84%.

Projek ini telah menghadapi isu pertikaian kontrak dan skop kerja yang memerlukan tindakan pembaikan segera Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan tidak lagi memberi kebenaran permohonan tambahan lanjutan masa perkhidmatan kontraktor GR Technic Sdn. Bhd. dan konsultan Peridot Architects. Maka, semua kerja telah berakhir setelah kebenaran EoT ketiga (extension of time) tamat pada 24 Januari 2024.

Kementerian 'abiskaola' dan Kementerian Pembangunan telah menetapkan untuk menamatkan kontrak perkhidmatan kontraktor dan konsultan. Pihak Kementerian Pembangunan telah mengeluarkan Sijil Siap Kerja Praktikal kepada kontraktor pada 24 Januari 2024. Maka, perkhidmatan konsultan tersebut rasminya berakhir.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada masa ini sedang menerokai dan seterusnya akan memohon khidmat nasihat daripada Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan undang-undang yang akan dapat diambil dalam memastikan tindakan tersebut adalah teratur.

Projek fasa 2 ini telah dilaksanakan melalui proses tawaran secara terbuka dan iklan tawaran telah dibukakan pada 2 Mac 2024 dan akan ditutup pada 2 April 2024. Fasa 2 ini sebenarnya melibatkan pembuatan gallery content.

Dari segi fizikal bangunan, ia telah pun mencapai 84% dan yang selebihnya ini adalah melibatkan pembuatan dan penyelesaian gallery content. Jadi, itu sahaja yang dapat koala sampaikan mengenai perkembangan status upgrading muzium negara.

Kedua, kaola mohon 'kali' daripada Yang Berhormat Pengerusi supaya kaola menjawab secara bertulis soalan-soalan yang selebihnya bagi memastikan ia tepat dan kaola tidak terlalu 'berlarat-laratanlah' dalam menjawab. Mohon nasihat Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya tidak ada halangan atas permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mempunyai soalan-soalan lain yang akan dikemukakan yang tadi, perlu rasanya dikemukakan tetapi terhad disebabkan oleh kesuntukan masa, maka bolehlah membuat soalan-soalan yang sedemikian dan menghantaranya kepada Yang Berhormat Menteri di kementerian yang berkenaan melalui Jurutulis dan jawapannya akan diberikan kemudian. إِنَّ شَاءَ اَللّهُ

Nampaknya, kita sudah merundingkan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini dan sekarang saya kira cukuplah dulu kita membahasannya dan saya kira adalah sesuai sekarang bagi Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A ini kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua ahli bersetuju.

Maka Tajuk SL01A hingga SL06A diluluskan dan kita beralih kepada tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SM01A bagi Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita beralih kepada tajuk di bawah Kementerian Kesihatan.

Seperti lazimnya sebelum saya membukakan bagi tajuk di bawah kementerian ini untuk dibahaskan, saya ingin mempersilakan dulu Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementeriannya serta penjelasan dan keterangan mengenai penyediaan belanjawan bagi Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

بسم الله الرحمن الرحيم وبه نستعين الحمد لله dan salam sejahtera. أشكر لله bersyukur kita ke hadrat الله سبحانه وتعالى dan berpuji-puji kerana dengan rahmat, izin dan limpah kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini di Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 2024 Masih bersamaan dengan 1415 Hijrah.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum Jawatankuasa ini membincangkan Kementerian Kesihatan, lebih dahulu merekamkan penghargaan dan menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama sempena Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun ini.

Ke arah sama-sama menjunjung, mendukung dan merealisasikan aspirasi-aspirasi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pendekatan senegara adalah paling mustahak terutamanya dalam mempertingkatkan pembangunan ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara sehingga generasi-generasi yang akan datang.

Dalam perkara ini, tidak dapat dinafikan peranan penting yang dimainkan oleh kesihatan dan hubungannya dengan pertumbuhan ekonomi di mana kajian antarabangsa telah berkali-kali menunjukkan status kesihatan yang baik secara langsung memberikan kesan dan impak positif dari pelbagai aspek seperti produktiviti pekerjaan, pengurangan beban belanjawan rawatan, pendapatan perniagaan, pencapaian tahap pendidikan, peningkatan jangka hayat dan kualiti kehidupan secara amnya.

Menyentuh mengenai penggunaan peruntukan dengan berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk dan rakyat, Kementeran Kesihtan sentiasa komited kepada pendekatan-pendekatan yang kos efektif dengan berpandukan konsep value-based healthcare dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang. Hala tuju strategik Kementerian Kesihtan adalah untuk membangunkan sistem penjagaan kesihatan negara yang resilient lagi berdaya tahan dengan memanfaatkan teknologi kesihatan dan inovasi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seterusnya, izinkan koala mengongsikan dahulu beberapa pencapaian yang telah dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2023/2024 dan seterusnya menerangkan secara am tumpuan, keutamaan dan perancangan Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Kementerian Kesihatan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan bagi membolehkan Kementerian Kesihatan menunaikan tanggungjawabnya dalam memastikan keberkesanan dan kualti pencapaian penjagaan kesihatan kepada setiap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

أَعْجَزُ بِهَ dengan peruntukan Tahun Kewangan 2023/2024 yang lalu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Sebahagian inisiatif yang dilaksanakan nampak dilihat termasuklah infrastruktur atau pembaikan kepada bangunan sementara sebahagiannya walau tidak dapat dilihat dengan mata malahan adalah paling signifikan berbanding apa yang jelas nampak dan lebih penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Misalannya, inisiatif dalam menangani isu kesihatan mental, program saringan penyakit tidak berjangkit, pengawalan penyakit yang berjangkit dan juga usaha mempromosikan kesihatan. Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat dalam setahun dua tapi seharusnya dibuat secara berterusan sehinggakan menjadi budaya setiap orang yang inginkan kehidupan yang berkualiti.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Selaras dengan perancangan strategik Kementerian Kesihatan untuk sentiasa berusaha mengukuhkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada orang awam demi peningkatan kualiti hidup rakyat sepertimana matlamat Wawasan Brunei 2035.

Beberapa inisiatif telah berjaya dilaksanakan yang menjurus kepada penambahbaikan dan penaiiktarafan di dalam perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang disediakan. Ini termasuk pengubahsuaian dan penaitarafan infrastruktur seperti penaitarafan 2 bilik bedah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha khusus bagi pembedahan mata, ortopedik dan neurosurgery. Tambahan blok baru di Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong yang akan mula digunakan dalam masa sedikit lagi.

Blok baru ini menempatkan kemudahan-kemudahan bagi Perkhidmatan Kesihatan Asasi dan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak dan pengubahsuaian kemudahan phlebotomy atau perkhidmatan pengambilan darah di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait khusus bagi memperbaiki accessibility dan memenuhi keperluan golongan-golongan tertentu seperti warga emas dan orang kelainan upaya.

Dari segi perkembangan dan pembaikan perkhidmatan pula, Perkhidmatan Kecemasan Perubatan diperkukuhkan dengan tambahan sebanyak 30 buah ambulance pada bulan Disember 2023.

Untuk menampung keperluan kecemasan dan penghantaran pesakit dan di samping itu sebanyak 5 buah jenis pacuan 4 roda adalah dalam proses pendaftaran dan 2 buah lagi jenis ICU ambulance masih dalam peringkat tawaran.

Perkhidmatan klinik Program Saringan Pendengaran Anak Damit (Newborn Hearing Screening Clinic) telah dilaratkan ke Daerah Belait pada bulan Ogos 2023 sebagai langkah menjadikan liputan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan accessible yang membolehkan sebarang masalah pendengaran di kalangan anak-anak damit dikesan awal dan berikan rawatan.

Peralatan perkhidmatan saringan ini diperlukan adalah disebabkan terdapatnya peningkatan tahunan kepada jumlah anak damit yang didapati mempunyai masalah pendengaran. Pada tahun 2023 sahaja seramai 50 anak damit dikesan mempunyai masalah pendengaran berbanding dengan 18 orang pada tahun 2015.

Program Saringan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit terus dijalankan secara ad hoc di kementerian-kementerian, sektor swasta dan semasa acara-acara tertentu seperti Program BandarKu Ceria. Bagi menjadikan Program Saringan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit lebih sistematik dan bukan semata-mata dilakukan secara opportunistic sahaja serta dapat menjangkau kumpulan-kumpulan sasaran yang dihasratkan.

Program tersebut sedang diperkukuhkan dengan menggunakan aplikasi BruHealth sebagai kaedah saringan utama. Melalui aplikasi tersebut, empat (4) jenis saringan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di mana sesiapa yang memenuhi kriteria saringan berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam sistem Bruhims akan dijemput untuk menjalani ujian saringan.

Pada masa ini, saringan penyakit kardiovaskular dan kanser kolorektal telah dimulakan melalui aplikasi tersebut.

Pada tahun 2023, dari sejumlah 2,861 orang yang telah menjalani saringan penyakit kardiovaskular, 29% didapati mempunyai index jisim badan (BMI) dalam kategori obese, 54% dikesan menghidap kadar kolesterol yang tinggi, 17% menghidap tekanana darah tinggi dan 7% dikesan menghidap darah gula tinggi. Pengesanan ini membolehkan mereka yang terlibat diberikan rawatan dan dimasukkan ke dalam pemantauan klinikal bagi pencegahan penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Saringan seterusnya yang akan diperkenalkan aplikasi BruHealth ialah saringan kanser serviks dan kanser payudara.

Pada tahun 2023, seramai 9,144 wanita telah menjalani saringan kanser payudara di mana 1% daripada mereka didapati mempunyai keputusan ujian mammogram yang tidak normal.

Adalah diharapkan dengan penggunaan aplikasi BruHealth, lebih ramai lagi wanita yang memenuhi kriteria saringan akan menjalani ujian berkenaan.

Sementara itu, ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti sebuah suite mammogram yang baharu khusus bagi saringan kanser payudara sedang dalam pembinaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha iaitu sebagai tambahan kepada kemudahan yang ada pada masa sekarang.

Dalam kesempatan ini, Kementerian Kesihatan menyeru kepada rakyat dan penduduk di negara ini untuk menjalani ujian saringan terutama sekali bagi yang berisiko tinggi atau menerima notifikasi jemputan untuk menghadirkan diri semasa ujian-ujian tersebut diaturkan. Ini adalah semata-mata untuk memastikan setiap rakyat dan penduduk di negara ini dapat menikmati tahap kesihatan yang baik di samping memelihara kualiti kehidupan masing-masing. Pengukuhan program saringan penyakit kurang bermakna jika keupayaan diagnostic juga tidak dimantapkan.

Ke arah ini, beberapa ujian-ujian makmal yang baharu telah diperkenalkan di samping penaitkatarafan beberapa jenis mesin radiologi dan makmal yang lebih canggih dan terkini, termasuk mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Computed Tomography (CT Scan) di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan mesin-mesin di makmal-makmal hematologi, biokimia, imunologi, Pusat Pendermaan Darah dan sebagainya.

Kedua-dua mesin MRI dan CT Scan yang baharu ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence di mana proses kerja dilakukan secara automatik dan menjadikan imbasan ataupun scanning lebih konsisten, lebih mudah dihasilkan semula ataupun reproduceable dan lebih cepat.

Kesihatan mental turut menjadi salah satu keutamaan yang ditangani melalui pendekatan yang holistik iaitu mengimbangi antara ikhtiar keagamaan dan rawatan konvensional dalam menangani masalah kesihatan mental, sepertimana yang juga dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1443 bersamaan 2022.

Dalam memperkukuhkan perkhidmatan rawatan kesihatan mental serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman orang ramai mengenainya, beberapa inisiatif telah dan giat diusahakan seperti jerayawara-jerayawara kesihatan mental atau psychoeducation (proses mengajar pesakit dan ahli keluarga mereka tentang sifat penyakit termasuk etiologi, perkembangan, akibat, prognosis, rawatan dan alternatif) bagi orang ramai dilaksanakan dengan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkepentingan bagi kumpulan-kumpulan sasaran tertentu dan untuk menggurangkan mahupun menghapuskan stigma terhadap kesihatan mental yang boleh menjadi penyebab seseorang tidak mendapatkan bantuan.

Penerbitan buku panduan seperti e-book Student Wellness: A Mental Health Guideline for Students dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, JIWA dan Buku Panduan Doa dan Zikir untuk Kesihatan Mental dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kolej Universiti Pergurusan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Salinan risalah dan rujukan e-book berkenaan ada nanti kaola bekalkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Penambahan waktu peroperasian Talian Harapan 145 menjadi 24 jam 7 hari seminggu sejak bulan Mac 2023.

Penamaan semula Klinik Pesakit Luar, Jabatan Psikiatri, Kampong Kiarong kepada Klinik As-Syafii pada bulan Disember 2023, sesuai dengan usulan salah seorang Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini iaitu sebagai salah satu kaedah untuk mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental.

Perancangan bagi pengendalian latihan asas kesihatan mental dan kaunseling kepada imam-iman dan da’ie-da’ie dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan.

Dan bagi sektor awam, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan sebuah buku panduan Buku Kod Etika Kaunseling dengan usahasama Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menyelaraskan etika bagi kaunselor di setiap kementerian.

Ke arah memantapkan perkhidmatan klinikal kesihatan mental, kapasiti tenaga profesional telah juga dipertingkatkan. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan mempunyai empat (4) orang pakar psikiatri tempatan berbanding dengan hanya seorang pada tahun 2014 dan tujuh (7) orang pegawai perubatan psikiatri tempatan berbanding dengan dua (2) orang pada tahun 2014.

Jumlah psikologis juga meningkat daripada empat (4) orang psikologis klinikal dan empat belas (14) orang psikologis pada tahun 2014 kepada enam (6) orang psikologis klinikal dan lapan belas (18) orang psikologis pada tahun ini. Pada masa ini, enam (6) orang psikologis sedang menjalani latihan di luar negara untuk menjadi psikologis klinikal.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga telah mendapatkan tambahan empat belas (14) orang psikologis melalui Corporate Social Responsibility (CSR) dari Jerudong Park Medical Centre untuk mengendalikan Talian Harapan 145.

Dan peningkatan kualiti-kualiti perkhidmatan dengan berpandukan piawaian antarabangsa seperti pengakreditasian makmal bertaraf antarabangsa iaitu ISO/IEC 17025:2017 dalam bidang ujian forensik daripada American National Standards Institute National Accreditation Board pada bulan Mei 2023.

Dan pelancaran Sistem Makmal Kesihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada awal Februari yang lalu melalui usahasama dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi mengukuhkan sistem makmal di seluruh negara mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) dan piawaian-piawaian yang diiktiraf antarabangsa bagi menyokong diagnosis, rawatan, pengawasan, pencegahan dan kawalan penyakit.

Dari segi keperluan kapasiti tenaga manusia profesional, أَعْتَقِدُ بِلَا bilangan doktor tempatan yang berjaya mencapai kelulusan pakar meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2023, seramai dua puluh (20) orang doktor tempatan di dalam 15 bidang kepakaran yang berlainan telah ditetapkan dalam jawatan konsultan atau pakar setelah tamat latihan kepakaran, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pakar dan konsultan tempatan kepada 120 orang, iaitu merupakan 70% dari jumlah keseluruhan pakar dan konsultan di Kementerian Kesihatan.

Dalam usaha untuk mengukuhkan pemberian rawatan, maka sebahagian perkhidmatan perlu juga dikembangkan dan diperkukuhkan untuk meningkatkan standard pembiaayaan rawatan.

Oleh itu, ia memerlukan penambahan tenaga kerja profesional kesihatan untuk memastikan jumlah tenaga kerja adalah di tahap selamat untuk memberikan rawatan kepada pesakit. Kementerian Kesihatan menjunjung kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas tambahan sebanyak 996 jawatan yang telah dipertimbangkan untuk diwujudkan secara berperingkat-peringkat dari tahun 2023 hingga 2027.

Daripada jumlah tersebut, 507 jawatan diwujudkan pada Tahun Kewangan 2023/2024 dan 2024/2025. Ini termasuk 84 jawatan doktor iaitu menjadikan peningkatan sebanyak 8% dari jumlah jawatan doktor pada Tahun Kewangan 2022/2023.

Seterusnya 323 jawatan kejururawatan iaitu 11% peningkatan dari jumlah jawatan kejururawatan dan 100 jawatan Allied Health Professional (AHP) iaitu 21% peningkatan bagi jawatan AHP.

Jawatan-jawatan tambahan ini adalah dirancang dan komited untuk diisikan oleh graduan profesional kesihatan lepasan dari institut pengajian tempatan dan luar negara.

Selain itu, dalam usaha mendukung pengisian pekerjaan dan memastikan graduan dilengkapi dengan kelulusan selaras dengan keperluan pasaran kerja, Kementerian Kesihatan mengambil maklum bahawa Manpower Planning and Employment Council (MPEC) telah mengenalakan Structure Apprenticeship Programme (SAP) yang mana program yang pertama ialah Clinical Supervisory Program (CSP) yang akan dikendalikan dengan Kementerian Kesihatan.

Program ini akan membolehkan graduan dari bidang profesional kesihatan yang tertentu untuk menjalankan latihan sambil bekerja iaitu latihan pre-registration yang diperlukan untuk mereka mendapatkan lesen dan pendaftaran dengan badan profesional yang berkenaan seperti Allied Health Professionals Council of Brunei Darussalam dan Brunei Darussalam Pharmacy Board.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan tidak setakat pembakian di Kementerian Kesihatan.

Menjalin usaha sama dengan sektor swasta dan sama-sama mengembangkan sektor kesihatan di negara adalah penting untuk memberikan pilihan kepada orang ramai mendapatkan rawatan.

Sepanjang tahun 2023, sebanyak 49 buah klinik kesihatan swasta dan sebanyak 8 buah klinik pergigian swasta beroperasi iaitu peningkatan berbanding sebanyak 28 buah klinik kesihatan swasta dan 6 buah klinik kesihatan pergigian memberikan perkhidmatan bagi mendukung perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini dalam 10 tahun kebelakangan.

Manakala bagi tahun 2023 sahaja, tambahan 3 buah klinik perubatan baharu, 2 buah klinik pergigian dan 2 buah pusat perkhidmatan Allied Health Professional. Sumbangan yang diberikan oleh klinik-klinik berkenaan adalah penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini dapat diakses dengan mudah.

Dalam masa yang sama, kehadiran klinik-klinik berkenaan dapat mengurangkan sebahagian beban di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dibanjiri pengunjung setiap hari.

Kementerian Kesihatan juga dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan klinik-klinik swasta bagi membolehkan penyumber luaran sebahagian perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan kepada klinik-klinik swasta.

Antara usaha yang telah dilaksanakan dengan pihak swasta termasuklah penyaringan swab test semasa pandemik COVID-19 yang dikendalikan dengan efisen dan berkesan oleh klinik swasta.

Usaha sama dengan Jerudong Park Medical Center dalam pengendalian pusat dialisis serta usaha sama dengan Pantai Jerudong Specialist Center (PJSC) bagi pengendalian perkhidmatan prostetik dan ortotik bagi pembuatan kaki atau tangan palsu yang sebelum ini perlu dirujuk dan dibuat di luar negara.

Dalam memastikan pengendalian pesakit-pesakit dan pengunjung-pengunjung ke hospital dibantu untuk mendapat rawatan masing-masing, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan kontrak bagi perkhidmatan pembantu penjaga pesakit (patient care assistant) yang ditempatkan di Hospital RIPAS, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Dengan adanya perkhidmatan ini bukan saja dapat membantu pesakit-pesakit, malahan memberikan sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. "Memperkukuhkan Sistem Pencegahan Kesihatan" adalah merupakan tema belanjawan bagi Kementerian Kesihatan pada Tahun Kewangan 2024/2025. Ia sejajar dengan tema belanjawan negara iaitu "Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur" di mana tema Kementerian Kesihatan adalah lebih merujuk kepada salah satu fokus utama belanjawan iaitu meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti awam.

Bagi mendukung tema ini, Kementerian Kesihatan akan memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan lagi kos efektif bagi jangka masa panjang dan secara langsung peningkatan status kesihatan rakyat dan penduduk negara ini khususnya ke arah mencapat matlamat Wawasan Brunei 2035.

Alhamdullilah jumlah belanjawan yang disokong bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ialah sebanyak $573,640,540 jumlah ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 37% dari jumlah belanjawan yang diluluskan pada Tahun Kewangan sebelumnya.

Peningkatan ini adalah disebabkan antara lainnya tambahan bilangan doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu, penyelenggaraan dan pembaikan aset, bekalan bahan perubatan dan guna habis, sewa dan pajakan dan pembangunan sumber tenaga manusia.

Namun, peningkatan yang paling signifikan ialah pemindahan peruntukan bagi rawatan pesakit di Gleneagles JPMC dan Pantai Jerudong Specialist Center sejumlah $157 juta dari peruntukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke Kementerian Kesihatan iaitu 35.9% berbanding peruntukan Tahun Kewangan 2023/2024.

Dalam melaksanakan matlamat Kementerian Kesihatan, pelaksanaan Belanjawan Kementerian Kesihatan memfokuskan kepada 5 bidang keutamaan.

Keutamaan pertama menaiktaref fasiliti termasuk pemeliharaan bangunan, peralatan perubatan di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kerajaan.

Projek-projek penaiiktarefan Kementerian Kesihatan yang dirancang adalah dikendalikan dengan mempertimbangkan kaedah yang kos efektif dan inovatif terutamanya dalam membaiki proses pemeliharaan dan pembekalan peralatan-peralatan perubatan.

Di antara perkara yang diberikan keutamaan adalah menaiktaref infrastruktur kritikal di hospital dan pusat-pusat kesihatan yang sudah usang dan yang memerlukan peningkatan atau pembaikan.

Ini termasuk projek-projek penaitarefan dan penambahbaikan bangunan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang akan mencecah 40 tahun pada Ogos 2024 ini dan Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait yang telah melewati 50 tahun sejak ia dibina.

Dengan usia bangunan yang semakin lanjut, maka wajarlah dilaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penaitarafan bangunan diperitngkatkan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pesakit serta pengunjung.

Projek-projek infrastruktur tersebut termasuk, di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, usaha berterusan penaitarafan wad-wad, unit rawatan rapi (ICU), membaikpulih bangunan, kelengkapan dan pemasangan-pemasangan alat-alat menjimatkan tenaga dan usaha berterusan penambahbaikan bilik-bilik bedah yang mana 3 buah lagi bilik bedah lagi akan diperitngkatkan lagi keupayaannya dengan dilengkapi peralatan yang canggih dengan terkini.

Manakala di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, projek infrastruktur yang dirancang termasuk usaha berterusan pembaiakan dan penaitarafan bangunan, penghawa dingin, pemasangan alat-alat menjimatkan tenaga dan penaitarafan bekalan liquid oxygen tank kepada kapasiti yang lebih tinggi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Usaha penambahbaikan dan penaitarafan juga giat dilaksanakan pada hospital-hospital daerah yang lain dan pusat-pusat kesihatan di negara ini serta fasiliti kesihatan yang lain termasuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat.

Pemuliharaan bangunan pusat-pusat kesihatan di seluruh negara termasuk membaikpulih waterproofing, penggantian pendawaian elektrik pusat kesihatan yang telah melebihi 20 tahun serta mencat semula bangunan dan penaiktaraftan tandas-tandas awam di ke semua fasiliti kesihatan secara berperingkat.

Insya'allah usaha ini akan diteruskan di tahun-tahun yang mendatang bagi menjaga keselamatan serta kesejahteraan pesakit khususnya dan pengunjung amnya.

Penggantian peralatan perubatan di hospital, pusat kesihatan dan klinik yang telah luput usia atau teknologi, penambahan bilangan peralatan pemeriksaan diagnostik, rawatan dan saringan awal penyakit-penyakit kronik.

Antaranya termasuk tambahan sebuah mesin MRI, 3-unit mesin Mammography, 1-unit Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy dan tambahan 1-unit CT scan dengan keupayaan yang lebih tinggi iaitu 128 slice dual energy. Dan peningkatan bilangan peralatan makmal yang bukan sahaja diperlukan di hospital bagi mengesan penyakit-penyakit, malahan yang digunakan bagi makmal saintifik yang bersangkut rapat dengan kes-kes jenayah yang bernilai hampir $1.5 juta.

Keutamaan kedua, mempertingkatkan aktiviti saringan bagi penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) serta aktiviti mempromosi kesihatan yang berkaitan melalui kerjasama dengan pihak swasta atau pihak yang berminat untuk menyebarkluaskan serta menjalankan aktiviti saringan tersebut. Di antara perkhimatan baru yang akan diperkenalkan ialah ujian saringan bagi wanita untuk mengesan Human Papillomavirus (HPV) iaitu penyebab kanser serviks menggunakan metodologi terkini iaitu ujian molekular.

Ujian saringan baru ini merupakan ujian berpotensi tinggi kerana boleh mengesan komponen genetic virus tersebut pada peringkat terawal iaitu sebelum sel-sel kanser mula terjadi dan terutama sekali sebelum menunjukkan sebarang simptom.

Ujian ini menggunakan kaedah self-sampling di mana wanita boleh mengambil sampel di kediaman sendiri untuk dihantar ke klinik berdekatan tanpa perlu menunggu giliran perjumpaan. بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ kaedah ini akan lebih memudahkan penjagaan kesihatan wanita dan bukan sahaja membolehkan rawatan diberikan pada peringkat awal tetapi juga akan dapat mengurangkan kadar penyakit kanser serviks di negara ini.

Seterusnya, juga akan diperkenalkan Program Saringan Diabetic Retinopathy Kebangsaan dengan menggunakan sistem artificial intellegence khususnya bagi pesakit-pesakit diabetic. Masalah diabetic retinopathy merupakan kerosakan kepada retina mata iaitu salah satu komplikasi penyakit kencing manis.

Data menunjukkan peningkatan jumlah pesakit yang menghidap komplikasi ini ialah seramai 283 orang pesakit pada tahun 2023 berbanding dengan 251 orang pada tahun 2022.

Iaitu peningkatan sebanyak 13%. Teknologi AI yang akan diperkenalkan ini akan memperkesankan lagi usaha-usaha saringan bagi mengesan perubahan ciri retina mata dengan lebih terperinci iaitu lebih awal berbanding kaedah sekarang.

Selain membolehkan pengesanan dan rawatan awal, kaedah berinovasi ini juga dapat meningkatkan kapasiti saringan di mana setiap ujian hanya memakan masa perjumpaan yang pendek kira-kira 10 - 15 minit setiap ujian, berbanding 2 - 3 jam setiap ujian pada masa ini.

Saringan menggunakan AI ini juga tidak memerlukan ubat titis mata sebelum menjalani prosedur ujian, oleh itu pesakit tidak lagi akan memerlukan cuti sakit disebabkan menjalani ujian mata.

Di samping itu Artificial Intelligence Diabetic Retinopathy Screening juga boleh dikendalikan secara mobile, khusus untuk di bawa ke klinik-klinik kawasan pedalaman seperti Sukang dan Melilas.

Kos setiap saringan yang hanya beberapa ringgit sahaja ini بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ boleh mengelakkan kerosakan mata yang memerlukan pembedahan dan perubatan intensif yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit malah boleh mengurangkan masalah buta.

Kementerian Kesihatan juga menggalakkan penglibatan pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan swasta untuk mendapatkan sistem AI ini dan membuat saringan ke atas pesakit-pesakit mereka bagi meningkatkan accessibility dan liputan saringan di mana sistem AI juga berpotensi untuk mengesan kondisi mata yang lain seperti Glaucoma, Age-Related Macular Degeneration, Cataract dan penyakit sistemik seperti Alzheimer.

Bagi memperkukuhkan lagi langkah-langkah pencegahan penyakit di negara ini, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan akan terus mengungkayahkan beberapa program kesihatan untuk mempromosikan gaya hidup sihat (healthy life style) di kalangan masyarakat dan program-program tersebut sedang aktif dijalankan serta secara berterusan.

Antara program promosi yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kesihatan sekolah, ianya betujuan untuk memastikan penjagaan kesihatan yang optima kepada penuntut sekolah di samping mempromosi gaya hidup sihat dan mengurangkan masalah kesihatan di kalangan penuntut sekolah.

Kedua, sekolah mempromosi kesihatan. Salah satu inisiatif mengawal obesity di sekolah yang merupakan pendekatan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam sentiasa meningkatkan kapasiti sekolah demi untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif (healthy setting) bagi mengamalkan cara hidup sihat untuk kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan warga sekolah berkenaan.

Dan ketiga, Program Fit and Active Lifestyle. Program rintis pengurangan berat badan yang dikenali dengan Fit and Active Lifestyle Club (FALC) telah dimulakan pada Jun 2022 dengan melibatkan 6 buah kementerian. Pusat Promosi Kesihatan juga ada menerima sumbangan dana dari Gleneagles JPMC yang disalurkan untuk pelaksanaan program kesihatan tambahan seperti Program Tempat Kerja dan Kesihatan (WAH), Program Persekitaran dan Gaya Hidup Bahagia (HEAL) dan Program Growing, Learning, Optimizing Towards Better Well-being in Schools (GLOW) untuk pelajar-pelajar sekolah.

Keutamaan ketiga memperkesankan perancangan sumber tenaga manusia bagi menghasilkan kakitangan yang berkemahiran dan kompeten. Pengambilan kakitangan yang berkelayakan dan bersesuaian serta latihan profesional secara berterusan adalah penting bagi memastikan perkembangan kapasiti yang selaras dengan keperluan negara.

Nisbah profesional kesihatan seperti doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu yang lain pada jumlah penduduk juga terus dipantau.

Mengikut piawaian antarabangsa sejumlah $1,216,000 diperuntukkan bagi pembangunan sumber manusia yang mana meningkat sejumlah $226,000 berbanding tahun sebelumnya. Ini belum termasuk kos penghantaran kakitangan dalam menjalani latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang iperuntukannya disediakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Peningkatan ini menunjukkan betapa pentingnya meningkatkan kemahiran kakitangan di semua peringkat dan di semua bidang. Meskipun peruntukan ini nampak lebih tinggi berbanding beberapa agensi kerajaan yang lain, ianya masih dianggap kecil berbanding kos latihan dalam meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perubatan.

Sepanjang tahun kewangan 2023/2024, beberapa latihan dalam negeri telah dikendalikan oleh pakar luar negeri yang pada keseluruhannya melibatkan perbelanjaan berjumlah sebanyak $178 ribu.

Latihan-latihan memfokuskan kepada pembangunan kapasiti profssional dalam pelbagai bidang dan aspek kesihatan dan perubatan seperti Biosafety, Piawaian ISO 151189, Sistem Pengurusan Kualiti Makmal, Health Technology Assessment, Ethical Practices, Cognitive Behavioural Therapy, Paediatric Child Development dan latihan bagi Child Development Centre.

Bagi tahun kewangan akan datang beberapa latihan bertaraf antarabangsa telah dirancang dan dikendalikan oleh pakar-pakar luar negeri yang pada keseluruhannya dianggarkan akan melibatkan kos sebanyak $309 ribu.

Salah satu daripadanya ialah Healthcare Leadership Executive Program yang merupakan inisiatif strategik Kementerian Kesihatan dalam memantapkan kualiti kepimpinan di kalangan pegawai-pegawai yang telah dikenal pasti sebagai bakal pemimpin di kementerian ini.

Program ini dirangka khusus bagi para pengurus perkhidmatan dan profesional kesihatan melalui pelaksanaan komponen-komponen latihan yang menjurus kepada pengurusan pentadbiran organisasi kesihatan.

Usaha sama dengan Singhealth Singapore ini akan bermula bulan Mei pada tahun ini. Di samping itu, kursus-kursus latihan dalam pembangunan kemahiran profesional juga dalam perancangan iaitu di antaranya mengenai pencegahan dan kawalan jangkitan Frontline Field Epidemiology dan kualiti penjagaan kesihatan. Kementerian Kesihatan berpegang kepada prinsip 'our workforce is our most valuable asset'.

Kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberikan latihan kemahiran kepada profesional-profesional kesihatan, terutamanya anak-anak tempatan.

Justeru, pengurusan dan perkembangan sumber tenaga manusia di Kementerian Kesihatan adalah merupakan satu keutamaan yang mesti diperkukuhkan dengan perancangan penggantian. Pengambilan dan latihan yang dinamik dan progresif dalam memastikan jumlah pakar dan profesional kesihatan di setiap peringkat adalah di tahap yang optima untuk menampung keperluan rakyat dan penduduk di negara ini.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga telah memulakan satu inisiatif bagi membanguan kapasiti dan kemahiran pegawai-pegawai i-Ready melalui program i-Usahawan.

Program ini dihasratkan dapat merangsang inovasi serta mencetus kreativiti dalam kalangan pegawai-pegawai i-Ready melalui kemahiran keusahawanan or entrepreneurship yang dapat diguna pakai atau diceburi khususnya setelah menamatkan program i-Ready di kementerian ini. Sekaligus, mendukung hasrat negara bagi mempelbagaikan dan menjana pertumbuhan ekonomi melalui bidang keusahawanan.

Keutamaan keempat, meningkatkan penggunaan digital or digitisation dalam proses kerja terutamanya bagi sistem pembayaran kerajaan seperti pembayaran digital melalui BruHealth, OCBS dan platform pembayaran secara atas talian yang lain.

Ia bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pelanggan melalui penyediaan kaedah alternatif dalam urusan pembayaran tetapi juga bermanfaat mengurangkan risiko penyelewengan.

hasil kerajaan. Di samping menambah baik pengurusan hasil kewangan yang lebih cekap dan teratur.

Keutamaan kelima, menyokong pelaksanaan Protokol Hijau dengan memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dalam proses kerja harian.

Keutamaan ini khusus bagi mendukung hasrat negara mewujudkan persekitaran yang bersih dan hijau selaras dengan matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu "Memastikan Rakyat Mempunyai Kualiti Kehidupan yang Tinggi".

Inisiatif-inisiatif yang dilakukan secara komprehensif dan konsisten walaupun berskala kecil akan menyumbangkan kepada perlindungan alam sekitar dan kesihatan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan akan melaksanakan 3 Projek RKN-11 yang dibawa ke hadapan dengan Harga Rancangan berjumlah $185,688 juta dan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 sebanyak 4 projek infrastruktur baharu, dirancang dengan Harga Rancangan berjumlah $130,340 juta. Dengan Harga Rancangan sejumlah $319,330 juta ini, sejumlah $48,171 juta diperuntukkan dalam Tahun Kewangan 2024/2025.

Projek-projek berkenaan dirancang untuk meningkatkan kedayatahanan sistem kesihatan di negara ini, iaitu persiapan awal bagi kerja-kerja pembinaan blok baharu di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sedang giat dilaksanakan. Projek ini telah diluluskan dalam RKN-11.

Extension blok baharu ini akan memberikan tambahan sebanyak 500 buah katil dan lebih banyak ruang rawatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran. Projek pembinaan Bangunan Perkhidmatan Kecemasan Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Projek ini asalnya diperuntukkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 dengan penambahan Harga Rancangan daripada $2.2 juta kepada $3.18 juta.

Projek bagi pengendalian sistem Bru-HIMS yang ada sekarang kepada sistem yang terkini Bru-HIMS 2.0 yang mampu menyediakan analitik bagi tujuan rawatan yang komprehensif, lengkap dan dapat mendukung System Artificial Intelligence.

Sistem ini merupakan penai ktarafan dari pelbagai aspek dengan mempunyai ciri-ciri baharu seperti pengintegrasi an dengan sistem-sistem bukan kesihatan di seluruh negara, Intelligent Electric Medical Record, Intelligent Care Plan and Clinical Pathway yang memudahkan penilaian risiko kesihatan, meramalkan diagnosis dan pembentukan pelan penjagaan peribadi, di samping pengumpulan data yang lebih berstruktur dan berkualiti.

Modul Care Information System (CCIS) khusus bagi perkhidmatan Unit Rawatan Rapi dalam pengurusan dan pemantauan pesakit kritikal dengan tepat dan berkesan.

Pengintegrasian dengan aplikasi mudah alih BruHealth supaya aplikasi tersebut akan dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh pengguna dan mampu untuk dilaratkan ke hospital dan klinik swasta bagi memastikan arah tuju One Patient One Record dapat dicapai.

Manakala, bagi projek Rancangan Kemajuan Negara ke-12, projek utama ialah pembinaan sebuah blok baharu bagi pembedahan dan sebuah Pusat Rehabilitasi bagi Dewasa dan Kanak-Kanak di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Blok baharu tersebut akan menjadikan pengendalian kes-kes kecemasan yang memerlukan pembedahan segera lebih efisien dan teratur, pemberian penjagaan kesihatan yang lebih efektif dan berkualiti dan menjamin keselamatan pesakit.

Manakala, Pusat Rehabilitasi bagi Dewasa dan Kanak-Kanak pula akan dapat membolehkan pemberian perkhidmatan pemulihan yang komprehensif dan holistik melalui pengumpulan kepakaran dalam pelbagai bidang disiplin ke arah meningkatkan tahap kualiti kehidupan pesakit-pesakit dewasa dan kanak-kanak berkenaan.

2 projek berikutnya bertujuan memastikan liputan penjagaan asasi di negara ini kekal diberikan melalui liputan kesihatan sejagat ataupun Universal Health Coverage.

Projek-projek tersebut ialah pembinaan sebuah Pusat Kesihatan di Mengkubau yang akan menampung keperluan penjagaan kesihatan asasi bagi penduduk-penduduk di Mukim Mentiri dan sebahagian dari Mukim Kota Batu dan pembinaan Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan yang akan menampung keperluan penduduk-penduduk di Mukim Gadong 'A', Gadong 'B', Kianggeh dan Sungai Kedayan. Pusat Kesihatan ini juga dirancang untuk menempatkan Pusat Saringan Kebangsaan dan Pusat Darah Kebangsaan.

Projek terakhir ialah pembinaan Kompleks Makmal Rujukan Kebangsaan yang bukan sahaja dapat meningkatkan dan memantapkan keupayaan penganalisaan makmal-makmal untuk kegunaan domestik termasuk kesiapsiagaan negara dalam menghadapi situasi-situasi kecemasan seperti pandemik dan major medical emergencies.

Ia juga akan meningkatkan keupayaan mendukung perkembangan industri-industri seperti industri makanan dan penjaminan keselamatan makanan ataupun food security.

Dalam pada masa yang sama, pembinaan prasarana ini akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap perkhidmatan penganalisaan di luar negara.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada negara dan kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dengan baik dan sempurna melalui perkhidmatan-perkhidmatan dan program-program yang sedang berjalan pada masa ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan peka dan mengambil berat akan kekurangan-kekurangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi dan akan terus berusaha untuk menanganinya dengan baik demi kemakmuran negara dan kesejahteraan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga berperanan dan berkewajiban untuk menjaga kesihatan sendiri seperti mengamalkan cara hidup yang sihat, berusaha melindungi kesihatan sendiri mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang memudaratkan tubuh badan dan segera berjumpa doktor apabila merasa kurang sihat.

Hasil dapatan Health Literary Survey yang dijalankan baru-baru ini di Negara Brunei Darussalam menunjukkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi adalah rendah.

Ini bermakna walaupun orang-orang yang berpendidikan tinggi mengetahui dan memahami akibat-akibat penyakit atau risiko kesihatan, namun mereka kurang mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan dan kurang bijak dalam membuat pilihan kesihatan.

Justertu, saya menyeru kepada semua peringkat masyarakat untuk mengambil berat akan kesihatan diri, buat senaman semampunya dan jaga kesihatan mental dan buatlah saringan kesihatan, elak sebelum parah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru untuk mengelakkan bahan yang memudaratkan diri seperti dadah, rokok dan vape kerana الله سبحانه وتعالى berfirman "Dan janganlah kamu sengaja menjuruskan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan”, surah Al- Baqarah ayat 195.

Sekian sahaja yang ingin kaola sampaikan mengenai strategi utama dan fokus bagi perbelanjaan Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 serta pencapaian bagi tahun 2023/2024 sebagai mukadimah dan kaola sukacita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas kesempatan ini.

Sebelum mengundur diri, izinkan kaola menutup mukadimah ini dengan sedikit mutiara kata “Asas bagi semua kebahagiaan ialah kesihatan yang baik” dan “Rakyat yang sihat adalah kekayaan terhebat yang boleh dimiliki oleh sesebuah negara”.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas pembentangan mukadimahnya yang begitu jelas dan terperinci dan setentunya menarik minat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai dengan hala tuju pembentangan penyediaan belanjawan bagi Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Perkara ini إن شاء الله akan kita teliti pada esok hari. Pada hari ini cukuplah dulu kita 'berunding' dan saya kira ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada hari ini. Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada esok hari, iaitu hari Rabu, 20 Mac 2024 mulai pada jam 10.00 pagi.

Sekian,

والله التوفيق والهادية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

HADIR

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi).

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Huraerah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyurat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Estimated Word Count

Total: 20526

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan: 5624

Yang Berhormat Menteri Kesihatan: 5046

Yang Berhormat Menteri Pembangunan: 1929

Yang Berhormat Pengerusi: 1561

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 854

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 730

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 441

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 384

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 357

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 348

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam: 319

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 288

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 279

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 278

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 269

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 243

Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 220

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan: 202

Yang Berhormat Awang Lau How Teck: 195

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong: 181

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 178

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 175

Yang Berhormat Menteri Pendidikan: 127

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 126

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 98

Yang Mulia Jurutulis: 74