Skip to main content

HARI KE-4 PETANG

For Informational Purposes Only

2HB MAC 2024 PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.20 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, (2024/2025) yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Sebelum kita meneliti tajuk-tajuk selanjutnya, saya ingin terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan kita daripada Republik Persekutuan Jerman yang melawat kita ketika ini dan mereka ada bersama-sama dengan kita.

I would like to welcome you for coming to visit us at the Legislative Council and we are now in the midst of discussing our budget proposals. We know we had a chat a few minutes ago, but let me welcome you formally to Brunei and also to our assembly.

Maka, bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang tersebut saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بسم الله الرحمن الرحيم Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi membahaskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, (2025/2024) untuk diteliti satu persatu.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada sebelah pagi tadi kita telah mula membahaskan dan meneliti belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Bersama saya di sini masih lagi ada senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk ikut serta di dalam membahaskan tajuk kementerian yang berkenaan ini. Untuk memulakan saya serah mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

بسم الله الرحمن الرحيم تشرفنا بضيافة نيابة رئاسة الجمهورية الألمانية وتلك الفرصة لنا لإجراء بعض المحادثة قبل قليل ويشرفي أن استقبلكم رسميا في بروناي وفي مجلسنا الموقر Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan pada kaola untuk serta membincangkan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Terima kasih juga kepada ucapan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di atas mukadimah yang disampaikan yang begitu komprehensif yang juga mendengungi hala tuju aspirasi tumpuan pencapaian dan inisiatif-inisiatif yang telah sedang dan akan dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebenarnya, koala tidak lagi banyak isu yang akan dibangkitkan kerana rakan sejawat yang telah berucap terdahulu pagi ini telah pun menyentuh sebahagian besar isu-isu yang ingin koala sentuh. Lagipun, dua isu utama itu mengenai long stay pass (visa) dan pas kerja penduduk asing yang berumur 60 tahun ke atas telah pun diberikan penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ducapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Cuma kita mahu melihat pemberigaan yang bertiursan dan telus terhadap tatarcara kriteria dan syarat-syarat yang diperukan dalam pelaksanaan dasar ini supaya ia mudah difahami oleh pihak-pihak pemohon serta diterbitkan dan berkepentingan yang dapat dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pelaksana dengan teratur dan sempurna supaya proses pemohonan dapat dipendekkan dan mempauti peraturan tersebut.

Oleh itu, koala hanya akan menumpukan intervention koala pada beberapa perkara iaitu:-

  1. Mengenai pertambahan bilangan jawatan bagi Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kalau koala tidak silap, semuanya berjumlah sebanyak 83 jawatan dalam bahagian perkeranian dan lain-lain. Pertambahan terbesar ialah bagi Lembaga Bandaran Brunei Muara, kemudian diikuti oleh Jabatan Daerah Brunei Muara dan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.

    Alhamdulilah diucapkan tahniah tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sekurang-kurangnya ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi pencari-pencari kerja. Cuma yang pentingnya ialah supaya pengisian jawatan ini akan dapat diselaraskan prosesnya nanti إن شاء الله.

    Walaupun begaimanapun, koala juga ingin pencerahan mengenai keperluan sebenar pambahan ini. Koala sendiri meneliti kiranya ia dimaksudkan untuk menambah pengutipan hasil agensi-agensi, ini nampaknya dalam penutup prestasi utama, sasaran yang dimaksudkan mengenai penutupan hasil adalah konsisten (constant) tidak bertambah.

    Misalnya bagi Pejabat Daerah Brunei Muara ada yang disarankan hanya meningkat sedikit sahaja seperti Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

    Koala memaklumi pemerangan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa terdapat kenaikan pengutipan cukai tertungguk sebanyak $46 juta dalam 3 tahun dan sejumlah tahun 2021, syabas dan tahniah.

    Walaupun begaimanapun, kaola juga ingin memohon perkongsian maklumat mengenai dengan langkah-langkah tambahan yang strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam meningkatkan lagi hasil baru atau pengutipan hasil yang tertunggak.;

  2. Mengenai projek 1205-001 pembangunan semula Kampung Air. Kalau kaola tidak silap, ia telah banyak kali kita bincangkan secara panjang lebar pada tahun lepas. Pada Tajuk Kewangan 2024/2025 ini, Kerajaan hanya menyediakan sebanyak 1% saja daru jumlah harga rancangan sebanyak $32.8 juta.

    Ini bermakna projek ini masih di peringkat drawing board atau preliminary saja. Kaola memohon penjelasan, apakah masalah sebenar projek ini kerana ia belum berjalan begitu lancar sedangkan peruntukan telah pun disediakan beberapa tahun kebelakangan ini.;

  3. Mengenai pelan induk penggunaan tanah terutama di Daerah Temburong. Kalau kaola tidak silap pada tahun 2017, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa awal-awal lagi telah diminta untuk menyediakan pelan ini semasa perancangan dan pemindahan Jambatan Sultan Omar Ali Saifuddien.

    Ia bertujuan untuk mensejajarkan aktiviti-aktiviti ekonomi Daerah Temburong ini dengan penggunaan jambatan itu supaya akan membantu perkembangan daerah tersebut secara keseluruhanannya. Oleh itu kaola ingin memohon penjelasan sama ada pelan peruntukan tanah Daerah Temburong ini telah siap pun dan dapat dibuat asas bagi perkembangan guna tanah dan ekosistem bisnes daerah tersebut secara keseluruhananya.

    Kerana dalam Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025, kaola tidak melihat tajuk spesifik yang berkaitan dengan kemajuan Daerah Temburong ini yang mana pada belanjawan yang lepas tajuk ini memang telah disediakan peruntukan di bawah Tajuk Rampaian.

    Mohon penjelasan adakah projek ini telah pun ditangguhkan pelaksanaannya atau ditidakkan sama sekali.; dan

  4. Mengenai peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri SE01A tajuk kecil 1213/020 ada satu projek iaitu one MOHA system yang diperuntukkan sebanyak $12 juta. Manakala Tajuk SE01A di bawah Tajuk kecil 1209/019 Jabatan Imigresen dan Pendaftaran di bawah tajuk kecil 1209/019 terdapat satu projek yang bertajuk system e-gate. Yang Berhormat Dato telah menerangkan mengenai tujuan dan sasaran akan kedua-dua projek ini iaitu untuk perkesanan pemberian perkhidmatan jabatan-jabatan pelaksana di bawah kementerian Yang Berhormat Dato.

    Walaupun bagaimanapun koala ingin memohon pencerahan adakah sistem ini juga akan mengupgrade sistem ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Sebagaimana yang mungkin kita semua alami sistem ketibaan pemumpang ada pada masa ini masih menggunakan empat jari yang kadangkalanya sukar detect cap jari ini.

    Ini menyebabkan kelambatan long queues terutamanya apabila jadual ketibaan kapal terbang adalah dalam jangka waktu yang hampir sama.

Oleh itu, koala ingin mencadangkan supaya upgrading sistem ketibaan penumpang di lapangan terbang ini akan dimasukkan dalam apa jua sistem yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sekiranya belum ada cadangan sedemikian sebagai langkah untuk memudahkan urusan keimigrasan penumpang serta ia lebih mesra pelanggan. Seperti yang kita tedia maklum lapangan terbang adalah tempat penting yang akan membentuk first impresssion pelawat/pelancong mengenai negara yang dilawati mereka.

Yang Berhormat Pengerusi, sebenarnya sebelum mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu tadi, koala sendiri bercadang untuk meminta pencerahan mengenai taget kuki 12019-019 di bawah Jabatan Penjara - SE11A iaitu projek penjara Maraburong Fasa 5 yang peruntukan harga rancangan sebanyak $5 juta.

Koala mengalu-alukan inisiatif kementerian Yang Berhormat Menteri untuk meletakkan tempat yang terkawal ini dalam satu kawasan yang sama bagi memudahkan logistik dan pengawalan. Namun koala masih ingin mengetahui adakah kerajaan untuk membina projek ini sudah begitu mendesak sehinggaakan tidak dapat ditangguhkan pelaksanaannya bagi memberi laluan kepada projek-projek yang mempunyai keutamaan tersendiri yang mempunyai spin off dan impak yang lebih besar kepada kesihatperkanak rakyat atau ekonomi tempatan.

Koala tidak mengatakan bahawa projek ini tidak penting. Dengan keadaan kewangan yang terhad kita perlu menekora seberapa banyak opportunity cost atau pun option dalam penggunaan peruntukan yang disediakan supaya ia lebih memberikan impak yang menyeluruh kepada kesihatkerajaan rakyat. Misalnya jika peruntukan ini digunakan untuk membina perumahan negara bagi pemohon-pemohon yang menunggu giliran sudah setentunya ia akan mempunyai pembinaan kira-kira 500 buah rumah.

Ini koala rasa sudah setentunya akan memberikan rumah yang selesa kepada kira-kira 2500 orang penduduk. Atau untuk menambah kemudahan bagi melaksanakan kluster-kluster utama yang telah dikenal pasti misalnya untuk menambah kemudahan-kemudahan rakyat di daerah-daerah yang mana koala perhatikan jabatan-jabatan daerah ini tidak ada satu pun project yang dicadangkan dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-12.

Alternatively, mungkin perbelanjaan ini boleh juga digunakan untuk menyediakan infrastruktur pelancongan di kempat-empat daerah atau untuk membina kemudahan-kemudahan pemajangan atau pun tapak-tapak industri bagi menjana ekonomi rakyat dan penduduk termasuk banduan-banduan yang telah dibebaskan dari tahanan. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.

Dan yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi adalah mengenai kemudahan yang disediakan di tempat-tempat riadah. Saya lihat kebelakangan ini kita telah banyak menyaksikan orang ramai terutamanya belia mengamalkan hidup sihat dengan cara riadah berjalan kaki, jogging, mendaki bukit dan lain-lain.

Kita juga menyaksikan beberapa kawasan trekking dan taman-taman riadah baru telah dibuka untuk masyarakat itu. Persoalan yang koala ingin ajukan adalah mengenai kemudahan-kemudahan dan pemeliharaan fasiliti tersebut.

Ada sebahagian tempat-tempat riadah ini telah pun disediakan tandas-tandas dan kemudahan-kemudahan yang lain cuma yang menyedihkan tandas-tandas yang terdapat di sebahagian tempat ini adalah dalam keadaan sangat mendukacitakan, tidak terpelihara dan mangkuk tandas pecah dan kotor.

Koala cadangkan sekiranya peruntukan yang diberikan pada kementerian dan agensi untuk memelihara kemudahan-kemudahan ini tidak mencukupi, kementerian boleh membuakkan satu program sponsorship dari syarikat-syarikat yang ingin memperbaiki dan memelihara kemudahan-kemudahan tersebut ataupun thinking outside the box satu lagi option adalah dengan mengadakan kutipan derma melalui online seperti yang dilakukan bagi kutipan derma pertolongan kecemasan bagi negara-negara luar kerana budaya orang Brunei adalah paling suka membuat kebajikan dan menghulurkan derma dan bersedekah.

Sekianlah yang dapat koala sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan saranan yang diberikan.

Mengenai dengan tambahan jawatan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebenarnya bukan penambahan jawatan tetapi adalah penyelarasan daripada jawatan gaji hari yang dulu open vote diserapkan untuk gaji bulan dan memang nampak bertambah.

Berkenaan dengan langkah tambahan strategik dalam meningkatkan kutipan hasil sebagai mana yang kala nyatakan tindakan-tindakan yang diambil dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan bandaran-bandaran lain, especially when come daripada tuggkan hasil ini bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan. Ertinya kebenaran atau pun tindakan diperokehi melalu Jabatan Bandaran, jika sekiranya tempat pemigaan tersebut memerlukan OP iaitu hendaklah dibayar dulu tuggakan berkenan.

Berkenaan hasil-hasil lain memang sudah dalam perancangan kementerian sebagai contoh Jabatan Imigresen, Jabatan Buruh dan sebagainya.

Mengenai Kampong Ayer, sebenarnya skop bagi projek ini akan dibincangkan dalam Rangcangan Kemanan Negara dari segi perubahan skop dan revitalisation of Kampong Ayer sebagai contoh untuk menyediakan kemajuan yang diperlukan oleh penduduk di Kampong Ayer.

Berkenaan dengan pelan induk dari segi guna tanah ini di bawah Kementerian Pembangunan berkenaan di Daerah Temburong. Mungkin kaloa tidak dapat menjawab Yang Berhormat Yang Di-Pertua, mungkin rakan sejawat kaola yang berkenaan pelan induk di Daerah Temburong ini dari segi guna tanah akan dijawab oleh Kementerian Pembangunan. Tapi satu sahaja yang kaola dapat kongsikan di sini iaitu berkenaan penyerahan autoriti kemajuan Daerah Temburong ke Jabatan Berhormat memang sudah diterima melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Sebagaimana dalam mukadimah kaoka, dari segi perancangan bandar termasuk juga daerah-daerah sudah pun dibincangkan untuk kemajuan daerah masing-masing. Berkenaan dengan One MOHA System dan E-Gate ini, kaola ucapkan ribuan terima kasih atas saranan Yang Berhormat berkenaan sama ada pengunaan 4 jari ataupun untuk menaik taraf.

Memang dalam penggunaan border control system pada masa ini Yang Berhormat sudah diagak taraf, penggunaan 4 jari itu adalah untuk toleransiya, ertinya kaloa 1 jari tidak berfungsi, 3 jari akan digunakan. Ia untuk memastikan readability dari segi fingerprints. Insya'allah abiskaola akan membuat penelitian dari segi E-Gate.

E-Gate ini sebenarnya kalau kita lihat dari negara lain memang menggunakan fingerprint as identifier ataupun facial recognition. Jadi, itu masih dalam perbincangan sama ada mengggunakan facial recognition atau four fingerprint yang mana yang lebih bersesuaian dari segi keselamatannya. Jadi, E-Gate yang ada di pos kawalan lapangan terbang masa ini memang sudah di upgrade sistemnya dan boleh digunapakai. One MOHA System ini memang sebagaimana yang kaola nyatakan tadi dalam mukadimah, ia melibatkan dari segi National Emergency Response System untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasti Pengurusan Bencana Kebangsaan dan lain-lain lagi yang sama dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu akan dapat di digitalise dari segi perkhidmatannya dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang kedua, berkenaan penjara Maraburong Fasa 4 dan Fasa 5, sebenarnya ini adalah strategik insiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Penjara. Yang pertama, untuk consolidate. Yang kedua, untuk memastikan optimisation of manpower dari segi warder yang bekerja di dua institusi penjara masa ini iaitu Penjara Jerudong dan Penjara Maraburong. Kalau 'kitani' lihat dari segi ekonominya,dengan harga rancangan yang disediakan itu, kita boleh membina 500 buah rumah, cuma kita mesti mengimbangi dari segi sekuriti dan juga kemashalatan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Ertinya, intuisi penjara ini memerlukan satu tempat bersusuan. Pada masa ini kita maklum di Jerudong, dari segi infrastrukturnya tidak begitu secure, jadi perlu untuk dibuat baru. Dari segi jumlah kapasiti di penjara, memang sudah dikawal sebenarnya.

Pada masa ini, sedang dibaiki sel penjara di Maraburong untuk memastikan keselasaan. Jadi, 'kitani' sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan projek-projek ini perlu diteruskan untuk memastikan sekuriti dan juga optimisation of manpower Jabatan Penjara.

Ada soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khattib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf berkenaan dengan jumlah yang masuk ke penjara. Berdasarkan rekod 2022, yang dibesaskan dari penjara adalah seramai 395 orang. Daripada 395 orang itu, 74 orang didapati melakukan kesalahan semula, iaitu 71 orang lelaki dan 3 orang wanita. Kalau dilihat dari segi demographic yang berumur 30 tahun ke bawah, 28 orang lelaki dalam kalangan belia telah melakukan kesalahan yang berulang.

Sama juga pada tahun 2023, yang dibebaskan 585 orang, seramai 102 orang, iaitu 98 orang lelaki dan 40 orang wanita didapati melelakukan kesalahan semula. Daripada itu, dari kalangan belia 24 orang lelaki dan seorang wanita. Kebanyakan kes-kes yang masuk semula adalah kes curi, kes dadah dan kes menceroboh.

Berdasarkan pada penyelidikan yang dilaksanakan oleh CSPS, antara sebab mengapa mereka masuk semula adalah kurang ketahanaan jati diri dalam menempuhi cabaran luar. Inilah yang kaola maksudkan tadi dari segi community outreach program dan institusi keluarga, terpengaruh semula dengan kawan-kawan lama, kelakuan atau tabiat (habitual offending), kesukaran mendapat pekerjaan, masalah sumber kewangan dan masyarakat sendiri tidak sedia menerima mereka. Itu saja yang dapat kaola kongsikan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terima kasih.

@## Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat سَيِّدَةُ شَرَفَةُ الشَّيْخَةُ حَفْصَةَ بِنْتُ المَرْحُوْمَ الشَّيْخَ عِبْدُل عَزِيْزَ بْنَ مُحَمَّدَ بْنُ سَالَمُ عَلَىْهَا رِحْمَةُ اللّٰهِ الْقَدِيْرُ dan selam sejahtera

Kaola ada 2 soalan:

  1. Mengenai Aspirasi 2 di kementerian. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, kaola telah melihat sedikit perubahan besar (big transformation) dalam pembangunan bandar dan daerah terutamanya di Daerah Belait dan Temburong. Kaola juga membangkit perhatian dalam majalah balas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Datu Seri Setia Awang Haji Adnan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Datu Seri Setia Haji Mohd. Yusof pada sesi pagi tadi mengenai Hal Ehwal Bandaran dan pembaharukan Bandar Seri Begawan. Dalam sesi pagi tadi, ada inisiatif dari kementerian untuk merujuk semua pelan induk BSB (BSB Masterplan). Kaola hanya mengeluarkan tentang BSB Masterplan yang diberi maklum pada tahun 2010 yang juga telah mewujudkan banyak projek infrastruktur besar seperti bandaran RIPAS dan Eko Koridor BSB. Ini juga menimbulkan beberapa perhatian tentang kedudukan semasa BSB Masterplan ini dalam menjadikan ibu negara kita lebih vibrant. Juga merujuk pada Aspirasi 2 dalam pelan strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2023-2027 iaitu Transformasi Pembangunan Bandar dan Daerah dan Memperkasakan Pembangunan Komuniti.

    Soalan kaola yang pertama, bagaimana penilaian kementerian terhadap pencapaian Aspirasi 2 ini? Dengan hanya 4 tahun yang tinggal untuk mencapainya, apakah rancangan terperinci kementerian untuk memastikan pencapaian Aspirasi tersebut?

    Yang kedua, bagaimanakah kesan keseluruhan dari aspirasi ini terhadap kualiti kehidupan masyarakat tempatan di bandar dan daerah? Apakah kemajuan yang telah dicapai termasuk dalam akses kepada perkhidmatan asas, peluang ekonomi atau persekitaran fizikal? Berapa banyak pekerjaan yang dijangka akan dicipta melalui aspirasi ini? dan yang terakhir, adakah kementerian merancang untuk mengadakan semakan semula terhadap BSB Masterplan 2010 untuk transformasi pembangunan bandar dan daerah. Adakah juga terdapat rancangan serupa untuk merancang pembangunan pekan-pekan dan daerah-daerah lain di Brunei Darussalam? Jika ada, adakah masterplans ini akan diberigakan kepada orang-orang ramai terutama bagi pihak berkepentingan swasta dan juga awam.

    Koala mencadangkan agar aspirasi yang kedua ini dimasukkan ke dalam KPI kementerian yang akan datang dengan peniutukkan khas untuk insentif-insentif yang diancungkan dan ada baiknya rancangan bandar dan desa di kawasan bandar dan desa yang lain diadakan masterplan yang lebih teliti dan sejajar dengan inisiatif kerajaan yang lain bagi pembangunan masa pendek, sederhana dan panjang.

  2. Penglibatan warga asing dalam perniagaan. Koala mendapati dalam akhbar dan berita negara jiran mengenai penglibatan yang 98% dikusi oleh warga asing di kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mengambil iktibar dari perkara ini, walaupun situasi di negara ini tidak kritikal namun lebih baik bagi pihak berwajib untuk menangani isu ini secepatnya. Kemasukan warga asing ke negara ini terutama ke Daerah Temburong semakin ketara sejak pembukaan Jambatan Sultan Omar 'Ali Saifuddien, kemaskiman ini hendaklah dipantau oleh pihak kementerian.

Koala juga mengusulkan supaya semua lima belas pintu kedai yang ada di sekitar Pekan Bangar yang terkenal dengan gelaran "Permata Hijau" atau Green Jewel of Brunei Darussalam diungkayahkan sepenuhnya oleh warga tempatan. 'Pembiasian' Pekan Bangar telah menelan kos tinggi yang ditanggung sepenuhunya oleh pihak kerajaan. Pelaburan kerajaan ini sepatutnya dinikmati oleh rakyat yang bermastautin di Daerah Temburong.

Koala cadangkan supaya Kementerian Hal Ehwal Dalan Negeri menerajui bersama agensi kerajaan yang lain untuk mengatasi isu-isu ini dengan segera sebelum ia menjadi masalah yang besar di Negara Brunei Darussalam.

Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Dato Abdul Hajid Rasomatwerty bin Haji Dayang Muhiman berkenaan soalan dan saranan mengenai aspirasi kedua.

Sebenarnya dalam pelan strategik Kementerian Hal Ehwal Dalan Negeri, terdapat KPI yang ditentukan bagi setiap aspirasi. Memandangkan soalannya menjurus kepada aspirasi kedua, iaitu Transformasi Pembangunan Bandar dan Daerah, dalam dan Mempersiakan Pembangunan Komuniti. Sebagai contoh, bagi bandar dan daerah yang bersih terdapat 5 KPI yang disediakan sebagai contoh.

Soalan ini juga menyentuh soalan yang belum koolah jawab, iaitu soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim berkenaan dengan tandas awam, jadi sebagai contoh; KPI yang di 'set' di bawah matlamat bandar dan daerah yang bersih, penutukasaan dilaksanakan bagi Akta Kesalahan Rampaian.

Dari segi kesalahan dan compliance, peratus tandas awam di bawah kawalan kementerian yang penggredannya cemerlang, pematuhan pada Akta Kesalahan Rampaian, iaitu kompaun dikelakan, termasuk juga perbandaran yang najun dan mampuan dari segi keretusan ataupun jumlah tanah lokasi pembandaran yang dimajukan. Sebagaimana mukadimah koala juga tadi, transformasi pembangunan bandaran dan daerah dan mempersaksikan pembangunan komuniti sebagaimana koala sebut kekenaan dengan BSB Masterplan yang telah koala kongsikan berkenaan dengan pencapaianya.

Ia sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kerja untuk dilaratkan ke daerah-daerah, iaitu pembangunan daerah-daerah dan juga jika koala dapat kongsikan, dari segi matlamat ketiga, ketersediaan prasarana kawasan-kawasan bandar dan daerah, iaitu jumlah prasarana yang diambil tindakan untuk meningkatkan hasil dari lawatan dan pemantauan, peratus prasarana di mukim kampung yang digunakan.

Semua aspirasi-aspirasi ini dan matlamat-matlamat ini bukan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sendiri. Ia melibatkan kementerian-kementerian yang lain yang boleh melakukan prasarana. Peranan kementerian dari segi pembanungan daerah-daerah juga pernah dipersoalkan.

Sebenarnya, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan kementerian-kementerian yang lain memainkan peranan penting dalam pembangunan, pembangunan daerah. Sebagai contoh pembangunan hospital dari segi business centre nya. Sebagai contoh, Yang Berhormat Pengerusi dari segi soalan kedua, kemasukan warga asing dalam Daerah Temburong. Kalau 'kitani' lihat dahulu, sebelum ada jambatan untuk mereka ke Daerah Temburong mestilah 'beliun' so untuk 'menyubalah' mestilah memerlukan immigration procedurenya, that's why sebelum jambatan memang tidak ketara kemasukan warga asing ke Daerah Temburong tetapi dengan jambatan ini memang accessibility menjadi senang.

Tapi dari segi pengawalan sebenarnya, koala tidak melihat ia sebagai satu isu.

Satu daripadanya in terms of labour policy, memang semua permohonan lesen pekerja asing dinilai dari segi keperluannya.

Kedua, peranan orang 'kitani' yang memegang lesen-lesen pemagaian ini juga perlu ditetekkan jadi sebenarnya pekerja ini mesti ada balance dari segi give and take. Lagipun, kalau terlihat warga asing ini boleh juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi 'kitani' jadi kaola inida dapat menjawab secara specific termasukan warga asing ke Daerah Temburong ini menjadi suatu isu. Kalau pintu-pintu di kedai di Bangar diungkaykankan oleh orang-orang tempatan memang itu aspirasi sebenarnya untuk orang 'kitani' berikan juga. Itu digalakkan untuk mencerminkan sama ada pintu-pintu untuk orang tempatan dan ia dilihat juga empunya lesen untuk melakukan perniagaan berkenaan.

Sebagaimana juga yang kaola terangkan tadi kemasukan warga asing ini memang ada proses-proses tertentunya. Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola jawab berkenaan dengan soalan dan saranaan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. نحمده و نصلي على رسول الله صلى الله عليه و سلم

Dalam kesempatan ini, kaola terus saja ingin merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada pagi tadi dalam maklum balas terhadap perbahasan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Datu Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf mengenai perusahan produksi-produk 1K1P.

وَرَفَعْنا لَكَ ذِكْرَك usaha-usaha untuk mengambangmajukan produk ini sedang dilaksanakan melulu kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan seperti Ghanim International Corporation Sdn. Bhd., namun yang menarik perhatian kaola tadi, apa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri nyatakan dan juga dinyatakan oleh kerajaan-kerajaan pimpinan dalam operahsi pelan halangan dengan produk ini iaitu berkenaan mengenai mass production produjk-produk 1K1P ini dan pada pagi tadi Yang Berhormat Menteri juga mengatakan bahawa sambutan daripada pengusaha-pengusaha di mana hanya satu syarikat sahaja yang bersetuju untuk bekerjasama dengan Ghanim International Corporation sedangkan apa yang kaola fahamkan tadi kerjasama ini berpotensi untuk menakik taraf program ini sebagai satu sumber ekonomi mampam yang berdaya maju bagi masyarakat kampung.

Di sini kaola ingin bertanya, memohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri mengenai kenyataan tadi, apakah alasan-alasan yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha tersebut untuk menolak kerjasama berkenaan dan apakah sokongan yang dapat diberikan oleh pihak kerajaan atau pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang berkaitan kepada pengusaha-pengusaha tersebut untuk mereka bersedia menyertai kerjasama yang pada pandangan kaola yang menguntungkan ini.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi menggalakkan pengeluaran produk 1K1P ini dan menjadikannya lebih berdaya maju dari segi ekonomi, maka pada pandangan kaola objektif program hendaklah difokuskan kepada memenuhi pasaran tempatan dan aneneroak pasaran serantau dan antarabangsa. Oleh itu, kaola juga produk mencadangkan supaya program kerakitan 1K1P ini diusahakan secara franchise dan mereka mengenal pasti produk-produk unik yang mempunyai demand yang tinggi dan berpotensi untuk diusahakan dan dihasilkan secara bersama oleh pengusaha-pengusaha dalam skala yang besar.

Produk-produk tersebut bolehlah melalui proses pemilihan dan penilaian serta percubaan-percubaan berterusan dengan pemilihan dan baikian dan dikongsikan produk-produk yang terpilih tersebut kepada pengusaha-pengusaha lain yang berminat untuk diusahakan bersama dan contohnya jika ia merupakan makanan, jadi apa kian diusahakan bersama dengan resipi yang sama dan cara pembuatan yang sama bagi memastikan keselelasannya dan jumlah hasil yang diharapkan akan bertambah bagi bagi memastikan kualiti yang lebih tinggi dan ia diterima ramai, setiap produk disahkan kehalalannya dengan pensijilan Halal Brunei.

Yang Berhormat Menteri juga telah menyentuh mengenai packaging produk yang telah dijual taraf. Jadi packaging produk ini yang amat penting untuk menarik minat pengguna agar menepati piawaian setarap dan antarabangsa. Kejayakan projek-project 1K1P ini adalah tertakluk kepada komitmen masyarikat selaku pengusaha. Oleh itu, bagi menarik minat pengusaha-pengusaha untuk mengikuti projek ini dalam skala yang besar, adalah amat penting untuk memberitahu atau memberikan pengetahuan jelas dan kesederaan kepada pengusaha-pengusaha mengenai kepentingan projek kepada masa depan ekonomi mereka dan negara. Penjelasan yang telus dan terbuka mungkin akan menarik minat pengusaha-pengusaha tersebut mengikuti projek tersebut.

Memberikan bimbingan dari pelbagai aspek perkonomian, kewangan, pengendalian dan pemasaran produk dengan pembabitan agensi-agensi yang lain dan melibatkan juga kementerian-kementerian seperti Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk menyokong dan membantu pasaran dan promosi di luar negara.

Perkara kedua yang ingin kaola kemukakan di sini ialah mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang berkaitan dengan produk 1K1P yang terkandung di dalam buku belanjawan iaitu peratus daripada jumlah keseluruhan usahawan 1K1P yang menyertai aktiviti dalam meningkatkan perekonomian masyarakat kampung dan sasaran bagi tahun 2024/2025 ialah 60%. Jadi pada pandangan kaola, jumlah penyertaan yang terdapat di dalam KPI tersebut tidak mencerminkan peningkatan ekonomi. Peningkatan taraf hidup dinilai daripada pendapatan yang diperolehi pengusaha hasil daripada pengeleuaran produk berkenaan. Oleh itu, kaola mencadangkan untuk masa akan datang supaya KPI ini diteliti semula dan dikemaskinikan lagi.

Seterusnya kaola menyentuh mengenai ketersedan pasaran bagi komuniti sebagaimana yang rujuk kepada pemegang Yang Berhormat Menteri pagi tadi mengenai kerjasama dengan Kementerian Pembangunan berkaitan 13 tapak yang telah diwartakan untuk menggantikan tempat-tempat berjaja yang terletak di tepi-tepi jalan. Mengambil kira aspek keselamatan dan kesjahteraan penjaja-penjaja yang berkenean, di samping memastikan penentukan kola berniaga projek perseyarikatan dan pengesan penjualan tempat berjaga yang kurang kondusif ini diberikan keutamaan dan disegerakan.

Kaola mengambil contoh kawasan penjualan sayur-sayuran atau buah-buahan dan juga makanan yang terletak di tepi jalan di kawasan Pasar Ikan Jerudong dan juga Tamu Selera di Bandar Seri Begawan. Peniaktarafan segera tempat-tempat seperti ini dengan bangunan kekal yang beseleuran dan lebih kondusif akan memberikan keleselean kepada masyarakat setempat dan mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih.

Para pengusaha juga mestiwlab ditentukan dengan tunggaljawab untuk merjaga kebersihan dan memelihara seng kekelian kedaaan bangunan yang asal. Keadaan ini juga akan memberikan gambaran yang baik kepada penduduk setempat dan para pelancong yang berunjung ke negara ini mengenai pembelidan prihak keajaan terhadap kebajikan dan kesjahteraan semua peringkat rakyat dan penduduk di negara ini.

Sekian yang kaola kemukakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Ada beberapa soalan berkenaan dengan 1K1P. Koala ada menyatakan sebenarnya bukan tidak bersetuju. 11 penjusaha dijemput dan 1 penjusaha sahaja berkesanggupan ataupun menerima cadangan daripada Ghanim International Corporation. Jadi kalau 'kitani' bercakap pasal bisnes ini, kalau dulu 1K1P, berkenaan whatever one-dollar dijual, one-dollar masuk ke poket. Tetapi dengan collaboration dengan Ghanim International Corporation ini, dengan mass production_nya, ia menjadi _deduct dari segi operational cost. Pemahaman dari segi business dealing ini sudah dibincangkan dengan pengusaha-pengusaha ini.

Jadi kalau 'kitani' lihat kenapa alasan-alasan yang selalu diberima oleh pengusaha 1K1P, selalunya:

  1. Mereka tidak merasa cukup dengan profit yang diterima yang buat di rumah ini;
  2. 1K1P adalah hobi bukannya ia sebagai bisness;
  3. Tidak bersetuju dengan rundingan harga yang ditawarkan;
  4. Tidak mahu share resepi ertinya seorang-seorang punya resepi.

Jadi peranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memastikan mass production untuk mendapatkan mereka punya sales yang besar adalah salah satu daripada aspirasi Kementerian. Sebagaimana yang koala kongsikan, hampir 900 ribu daripada jualan-jualan yang dibuat oleh daripada pengusaha 1K1P ini daripada 160 pengusaha yang koala kongsikan tadi itu dan compared to 2022. Jadi inilah cabaran-cabaran dari segi packaging, memang tidak ada kos kepada pengusaha jika ia dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkenaan. Dan segi kehalalannya, memang akan dijamin kehalalannya lagipun dapur yang akan digunakan ini adalah "certified kitchen".

Jadi, koala juga menyarankan peranan daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penghulu Mukim dan Ketua Kampopng untuk memastikan pengusaha 1K1P ini juga memahami aspirasi Kementerian untuk menaikkan ekonomi atau taraf sara diri masing-masing.

Jadi kalau 'kitani' membuat matematik, 900 ribu dibahagi dengan jumlah pengusaha. Jumlah pengusaha ialah lagi dalam 1 pengusaha mungkin dalam 5 orang ke 6 orang, jadi dari segi income memang rendah. Ini nasihat Kementerian untuk memastikan Kementerian berkerjasama dengan Ghanim International Sdn. Bhd.

Ada produk-produk yang telah dicadangkan bagi kerjasama, sebagai contoh di Daerah Brunei Muara kueh kipang, buah nanas, keropok udang. Bagi MPK Tungku Katok ini juga Kementerian akan membantu Kementerian untuk mengansembangkan perusahaan pertanian seperti ilmuana di Daerah Tutong dengan keripik ubi manis, produk sambal dan sebagainya.

Jadi ada sudah beberapa produk-produk yang dikenal pasti oleh Ghanim International Sdn. Bhd, hanya penerimaan daripada pengusaha adalah sangat penting.

Berkeneaan dengan, 13 tapak ini di mana satu telah diwartarkan kepada Jabatan Daerah Brunei-Muara dan 12 lagi dalam proses. Sebanyak 7 tapak telah diberakan untuk early development.

Memang ini adalah hasrat untuk memindahkan ke tapak-tapak ini. Tapak-tapak yang dipilih ini juga sudah dirundingkan dengan MPM/MPK dan bukannya pemilihan yang dibuat oleh Kementerian. Ia sudah dirundingkan dan dikelaspasti di mana tapak yang bersesuaian untuk pengusaha-pengusaha yang di tepi jalanan ini, dan, segi keselamatan diambil kira.

Ada juga Yang Berhormat menyentuh berkenaan di Pasar Jerudong dan yang lain-lain dari segi kebersihan, yang memang sudah dalam penelitian kementerian mengenainya.

Berkeneaan dengan KPI yang tidak mencerminkan peningkatan ekonomi, sebenarnya based number daripada jumlah sales tetapi kalau 'kita' lihat KPI ini sebagai tanda aras. Jadi kementerian meneleti sedalam-dalamnya, jadi memikirkan adakah dengan mendapatkan jumlah sales itu boleh meningkatkan ekonomi satu-satu pengusaha tetapi jika dilihat dari segi matematik pun kalau dibahagikan kepada _total _pengusaha K1P1 ini, ia tidak besar.

Jadi untuk mengembangkan produk K1P1 ini adalah salah satu cara untuk 'kitani' mekanan taraf satu daratuma atasal-atasan yang diberikan ini cukup dikenaan alaikan yang dijual, tidak mahu berkongsi recipes.

Insya'allah perkari ini akan koala rundingkan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat mewakili zon-zon akan bagaimana 'kitani' memastikan penerimaan daripada pengusaha 1K1P ini dari segi ekonomi, dari segi mempelbagaikan produk dan sebagainya;

Berkenaan dengan Tamu Selera, memang masa ini dalam perancangan reka bentuk untuk mengusi, sudah dirundingkan bersama dengan peniaga-peniaga di sana untuk melaksanakan dari segi struktur kekalnya. Jadi perkara ini tergendala berkenaan dari segi structural disebabkan oleh beberapa perkara.

Insya'allah perkari ini ditangani oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Dari segi tapak tanah pun sudah dirundingkan dengan pihak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang mana tapak tanah di Tamu Selera masa ini memang di bawah kawalan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat koala terangkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi atas kesempatan kolokium untuk membincang Tajuk ini. Kaola juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang disampaikan dengan komprehensif berkaitan hala tuju serta usaha dalam mencapai pembangunan dan kemajuan Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan pertama kaola adalah di bawah tajuk SE01A dan SE08A mengenai petunjuk prestasi utama bagi Pejabat Daerah Tutong. Jumlah kutipan hasil projek-projek perekonomian Majlis Perundingan Muzakarah Kampung bagi tahun 2022/2023 telah memperlihatkan peningkatan ketara sebanyak 107.13% daripada $191,983.84 kepada $397,653.55.

Walaupun bagaimanapun, sesaran untuk tahun berikutnya rupanya rendah iaitu dalam anggaran $120 ribu ke $150 ribu. Adakah sasaran ini belum disemak untuk mereflek pertumbuhan ekonomi tersebut dan apakah faktor menyumbang kepada peningkatan ketara dalam hasil ini.

Seterusnya kaola ingin menyentuh berkaitan dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK), kampung-kampung yang berkembang maju sememangnya menyumbang ke arah dimensi ekonomi, sosial, alam sekitar dan budaya sekaligus memberi impak positif dan mafanat secara holistik pada kawasan bandar mahu pun luar bandar. MPK memainkan peranan penting dalam memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada ketua kampung melaksanakan program-program kemasyarakatan, meningkatkan kebajikan dan keselamatan kampung serta membantu negara dengan tugas-tugas kerajaan.

Kaola merasa bahagia dan teruja melihat semakin ramai anak muda melangkah ke hadapan memegang jawatan sebagai ketua kampong dalam memberi impak signifikan terhadap kemajuan kampong dan negara. Trend ini bukan sahaja menghidupkan semula kepimpinan masyarakat tetapi juga menjanjikan pendekatan inovatif dalam menangani cabaran unik kampong kita.

Walaupun bagaimanapun, keberkesanan MPK perlu dipertingkatkan lagi melalui bimbingan dan latihan yang lebih baik untuk ahli-ahli yang baru dipilih. Terutama atas dasar status dan tindakan mereka menjadi sukarelawan serta pembayaaan atau funding yang terhad.

Kaola mengambil baikmengenai maklumat yang dikongsi pagi tadi bahawa rangka kerja kompetensi dan kecekapan telah dirujukkan untuk penghulu-penghulu dan ketua kampung. Oleh yang demikian, kaola juga ingin mencadangkan inisiatif yang sama untuk MPK iaitu dengan buku panduan standard dan program induksi berstruktur bagi memastikan mereka dapat memenuhi peranan dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.

Terakhir, mengenai warisan kulinari negara kita. Ambuyat merupakan hidangan yang merangkumi jiwa bangsa kita namun kekal sebagai hidangan di luar sempadan. Hidangan ini sangat tertanam dalam warisan kita yang dibuat daripada sago dan mempunyai sejarah yang kaya sejak 800 tahun lalu yang didokumentasikan oleh kaum Ukong dari Dinasti Sung Selatan. Oleh kerana ambuyat melambangkan tradisi makanan Brunei dan kemasyhuran teknologi makanan, soalan-soalan kaola ialah:

  1. Apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk meningkatkan profile ambuyat di peringkat global serta menjadi pilihan sebagai simbol Negara Brunei Darussalam yang diiktiraf di seluruh dunia?;

  2. Dicadangkan pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjadikan Ukong sebagai kawasan utama dan tumbuhan bagi keluaran atau production ambuyat sebagai hub pelancongan yang dinamik. Pembangunan dan perubahan ini akan menginovasi sago dan menawarkan penerokaan yang authentic mengenai kepentingan budaya dan tradisi makanan Brunei. Dengan mempromosikan ambuyat dan Ukong bukan sahaja dapat memperkayakan dan meningkatkan lagi sektor pelancongan di Brunei tetapi juga menarik dan memelihara warisan budaya kita yang unik untuk generasi akan datang.

Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee berkeneaan soalan-soalan dan saranan.

  1. Berkenaan peningkatan hasil. Faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil perekonomian 1K1P adalah dari segi bertambahnya platform dari segi perlancongan yang telah memberi peluang kepada penyertaan pengusaha-pengusaha.

    Sebagai contoh, hasil pendapatan ini didapatkan secara bulanan melalu jualan expom pean dan jualan yang disertai oleh para pengusaha, lawatan ke produk yang menyumbang kepada aktiviti perekonomian, program kebeliaan 3K, Tamu Mingguan 1K1P, Tamu Bulanan MPK dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi, maka Majlis Perundingan Mukim dan Kampung juga aktif mengadakan aktiviti perkeonomian seperti Tamu Bulanan, Pesta Buah-Buahan dan sebagainya serta jualan produk yang diadakan di tempat masing-masing. Itulah faktor yang meningkatkan hasil-hasil daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

  2. Berkenaan saranan daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, dari segi menyediakan panduan MPK industri diterima baik. Sebagai contoh jua, Human Resources Committee Framework bagi Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung ini boleh dilaratkan kepada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Sebagaimana jua core business Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini bukan sahaja untuk "meliati" Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, malah seluruh masyarakat di kampung-kampung berkenaan. Kementerian mengalu-alukan mana-mana Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang berhasrat dari segi Human Resources Committees Framework dan memandangkan jua Pentunjuk Prestasi Utama (KPIs) Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah diperkenalkan, maka peranan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung jua untuk melihat perkembangan MPK/MPM. Insya'allah, Kementerian memang sentiasa secara terbuka sama ada dari segi sesi muzakarah yang kaola kongsikan tadi dan jua sesi muzakarah antara Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dengan pegawai-pegawai daerah di tempat masing-masing.

  3. Berkenaan kulinari. "Macamana kan" membuat ambuyat well known kepada antarabangsa. Memang satu saranan yang baik Yang Berhormat Pengerusi untuk "kitani" mempromosikan kulinarai tempatan "kitani". Sebagai contoh, ambuyat sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee tadi. Memang perkara ini sudah semasa lawatan kementerian dengan pihak kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, untuk mengetahui peluang-peluang bagi meningkatkan perekonomian kampung sebagi rakan strategik sebagai contoh yang dibangkitkan ialah ambuyat tadi. Kaola mengonsikan, memang Majlis Perundingan (MPK) Ukong, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batu Apoi, memang dua majlis perundingan pengusaha ambulong, Yang Berhormat Pengerusi.

Lawatan koala di kedua tempat di Batu Apoi, sebagai contoh jua Batu Apoi pada masa ini fasa untuk mendapatkan masin yang lebih bersesuaian dan pada masa ini di Ukong, pembinaan kilang pembersihan ambulong yang baru mempunyai tapak yang luas dan mendapatkan hasil sago. Ini jua pernah disuarakan sama ada boleh berkolaborasi, sebagaimana jua saranan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, berkenaan berkongsi sama dari segi resepinya. Ini boleh jua, mungkin Batu Apoi boleh membekalkan rumbianya dan di Ukong ada kilang yang besar yang akan dibina, mungkin boleh jadi satu produk Brunei yang boleh dipasarakan secara domestik dan global. Itu boleh kerjasama, between Majlis Perundingan Kampung itu sendiri untuk bekerjasama. Kementerian menyokong apa saja kolaborasi yang boleh meningkatkan perekonomian sesuatu kampung itu.

Itu saja Yang Berhormat Pengerusi daripada koala, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan, Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم. وبه نستعين. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على سيدنا محمد نبينا محمد. وعلى آله وصحبه ومن والاه.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, atas mukadimah yang panjang lebar pagi tadi dan tahniah atas inisiatif dan usaha-usaha yang telah dilanjutkan.

Pada masa ini terdapat peningkatan jumlah anjing, monyet dan buaya yang terbiar di sana sini. Ini telah menimbulkan kebimbangan ketara terhadap keselamatan dan kesejahteraan awam terutama di kawasan-kawasan pemukiman.

Haiwan liar yang berkeliaran di tempat awam boleh membawa kepada pelbagai isu di samping keselamatan dan juga menimbulkan risiko kesehatan. Buaya ini dapat dilihat di pantai-pantai, sungai-sungai dan juga longkang-longkang besar berdekatan kediaman yang pada dahulunya tidak kedengaran.

Pertubuhan bukan kerajaan seperti Sejathera Community Bureau dan Post-Up menggunakan strategi program Trap-Neuter-Return (TNR) untuk mengangani bilangan mereka iaitu memberikan anjing-anjing liar tersebut dan melepaskannya balik.

Seperti mana yang koala difahamkan, program ini juga bergantung kepada dana daripada orang awam untuk berfungsi. Tetapi, sebaliknya usaha mereka terdapat cabaran yang menghalang pengurangan bilangan haiwan khususnya anjing-anjing di merata-rata tempat.

Koala mengambil maklum Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah melanjutkan operasi pemberindahan anjing liar dan terbiar secara berperingkat dan telah menubuhkan pusat perlindungan haiwan untuk menampung anjing liar yang dipulihkan dari tempat awam termasuklah masjid, sekolah-sekolah, pasar-pasar malam dan pusat-pusat beli belah. Telah dijelaskan pagi tadi, sebanyak 13 ekor anjing telah ditangkap walaubagaimanapun kaola memohon pencerahan dan penjelasan lebih lanjut mengenai kapasiti tempat perlindungan.

Kebimbangan telah dibangkitkan oleh orang ramai berhubung muatan pusat perlindungan itu iaitu hanya menampung sebanyak 150 ekor anjing liar untuk menyimpan anjing-anjing liar di pusat perlindungan tersebut. Daripada apa yang kaola sebutkan di atas, tempat perlindungan anjing-anjing ini adalah jelas tidak mencukupi. Apakah usaha-usaha kementerian seterusnya untuk menempatkan anjing-anjing yang masih berkeliaran bukan sahaja di tempat awam seperti taman kanak-kanak tetapi tetapi juga di kawasan perumahan? Adakah anjing jantan dan betina diasingkan untuk mencegah pembiakan anjing-anjing tersebut dan di samping itu untuk mencegah penularan rabies? Adakah anjing-anjing yang di tempat perlindungan tersebut diberikan agan mengurangkan bilangan anjing-anjing berkeliaran? Seterusnya anjing-anjing liar ini besar kemungkinan akan membawa penyakit rabies, jadi apakah langkah-langkah pencegahan agar penyakit ini tidak berlaku dan merebak dengan luas? Akhirnya, apakah rancangan jangka panjang kementerian dalam mengurangkan bilangan hawian liar seperti anjing, uaya dan monyet?

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ولاية الرئيس وبايعتي للداكستان وكونغو

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih bagi Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin berkanaan dengan soalan yang diajukan.

Jumlah anjing yang dalam national shelter bukan 13 ekor tetapi 31 ekor. Jadi, pada masa ini kementerian ada membuat 54 sangkar penangkapan anjing. Di setiap kasoti, 1 shelter itu boleh memuatkan 150 ke 200 ekor anjing. Ini bukan sahaja ditetapkan di sana Yang Berhormat Pengerusi, memang pihak kementerian juga menawarkan kepada yang mahu memelihara anjing-anjing ini sama ada untuk menjaga kebunnya ataupun untuk menjadi binatang peliharaan kepada yang berkenan. Jadi, soalan lain berkenaan dengan ada anjing betina dan jantan ini ditimunkan? Jawapannya tidak. Ia diasingkan juga untuk memastikan tiada pembiakan anjing-anjing ini dan juga لكن بكأس memang bekerjasama dengan NGOs, Sejahtera dan Post Up untuk menangani isu anjing ini.

Kalau kita lihat memang dikebiri dan dilepaskan. Isu yang timbul bukan disebabkan ia tidak membiak, tetapi disebabkan oleh anjing itu sendiri yang menyebabkan public. Jadi Ini sudah sama kementerian untuk memberikan satu knowledge kepada public ini bagaimana menentukan apabila pembiakan dengan anjing-anjing ini sama ada untuk memastikan supaya tidak ada penyakaran daripada anjing-anjing ini.

Kebanyakkan yang abiskaola terima adalah disebabkan oleh binatang ini disergah, ia ada cara pertahanannya sendiri. Jadi, itulah yang membuatkan anjing menjadi menyerang. Kementerian di bawah Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah memang membuat keputusan untuk menangkap anjing-anjing ini dan untuk dikebaskan ia akan dimasipam di national shelter untuk memastikan keberadaan anjing-anjing di kawasan hotspot ini terutama sekali di tempat orang beriadah akan berkurangan.

Tetapi, dari segi penjagaannya, memang menjuikut standard piwaiman yang tertentu yang diguna pakai oleh NGOs yang sudah lama mengendalikan isu-isu anjing liar ini.

Berkenaan dengan rabies, ia di bawah kawalan MPRT Zoonatic Task Force kerjasama dengan tiga kementerian iaitu Kementerian Perindustrian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Perkara ini telah masuk force join taskforce Zoonatic Task Force, seanyakk pada 19 Ogos 2023 mengenai dengan kes jangkitan rabies di Miri, Sarawak dan memaklumkan bahawa tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia ataupun haiwan telah direkodkan di Negara Brunei Darussalam.

Jadi, Negara Brunei Darussalam adalah rabies free tetapi dikeliingi oleh negara-negara yang mana rabies berstatus endemik. Jadi, dari segi pengetahuan dari masa ke masa memang dilaksanakan.

Dari segi shelter, kalau sekiranya ada memerlukan shelter untuk dibuat lagi memang kementerian akan melaksanakannya. Kaola mengambil kesempatan ini juga untuk memaklumkan bahawa pemilik anjing di Negara Brunei Darussalam setelah mendaftarkan anjing mereka seperti yang dipertuntukan di bawah Bab 2 Akta Anjing Pengurangan dan anjing-anjing yang didaftarkan 60 dan diberikan label logam bernombor.

Jika pemilik anjing gagal mendaftarkan anjing-anjing mereka, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda $250 atau jika gagal membayar akan dipenjara selama 14 hari. Jadi, masa ini program melesen anjing-anjing sudah berjalan dan الكلب yang mana anjing yang telah didaftarkan dan dulu diperiksaakan keberadaan anjing-anjing berkenaan. Jadi pihak kementerian dan Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan akan membuat penilaian terhadap permohonan-permohonan lesen baharu ini dan lesen-lesen lama yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran. Adalah menjadi peranan setiap pemilik ini untuk juga membantu pihak kerajaan untuk memastikan kemaslahatan masyarakat terjaga.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Mohd berkenaan soalan terhadap buaya dan juga monyet liar.

Sebenarnya, kedua-dua perkara itu adalah di bawah kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Berkenaan dengan masalah buaya masalah ini memang sedang dibawah masa bincang ini semakin serius, bukan sahaja di negara ini malah di negara jiran 'kitan'.

Jadi, setakat ini الجهد telah we have effort di bawah Unit Divisyen Hidupan Liar telah giat untuk mengawal keadaan ini. Setakat ini, sebanyak 57 ekor buaya telah pun ditangkap hasil daripada aduan dan juga penelitian orang ramai. Dari tahun 2023 hingga hujung Februari 2024, 57 ekor buaya telah pun ditangkap. Berkenaan dengan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan ada beberapa inisiatif telah diambil, selain daripada mengadakan roadshow dan juga papan-papan tanda di kawasan-kawasan keberadaan buaya itu, pihak Jabatan Perhutanan Bahagian Hidupan Liar mengadakan program tangkap buaya bersama yang mana program ini melibatkan anak-anak kampung dan juga pihak Bahagian Hidupan Liar dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Diraja Brunei untuk membuat tangkapan di bawah ‘Program Tangkap Buaya Bersama’. Setakat ini yang melibatkan Kampung Ayer di mana sebanyak 51 'jail' telah dipasang yang mana menghasilkan 6 ekor buaya telah ditangkap.

Selain daripada itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama, itu di bawah Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan juga sedang berusaha untuk mengambil experts untuk menangkap buaya-buaya ini, yang mana hasil daripada tangkapan itu akan disimpan di bahagian santuary di Kamping Snuut untuk dikumpulkan dan si agar mereka tidak lagi berkeliaran.

Hopefully dengan adanya experts akan dapat lebih efektif lagi in terms of penangkapan buaya-buaya terutama sekali di kawasan yang berhampiran dengan penduduk-penduduk, orang ramai atau pun orang kampung. Di samping itu, terdapat juga suatu program mengenai kajian populasi buaya di samping itu juga matap isu satu dibuat di Sungai Brunei dan akan dilaratkan kepada Sungai Tutong, Sungai Belait dan Sungai Temburong di mana once sudah kajian populasi buaya ini selesai, we will be able to establish whether ia endangered ataupun sudah menular populationnya jika sekiranya terbukti bukan lagi ditahap endangered, kita oleh membuat 'kaling'. Dari sana, kita akan dapat membuat exemption dari regulation dan kemudian menuju hasil-hasil daripada kuit buaya itu secara komersil. _الْحَمْدُ لِلَّهِ projek ini akan siap dalam masa satu tahun lebih lagi.

Berkenaan monyet-monyet yang lain, iri terdapat masalah kerugengan makanan dan juga habitat yang telah musnah di kawasan-kawasan bandar dan jua tempat-tempat kediaman. Inilah satu reason why banyak monyet-monyet tersebut mencari makan di tong sampah, kadang-kadang mencuri makanan.

Jadi jika sekiranya ada masalah ini, ia akan ditangani melalui penangkapan moneyt-moneyt liar tersebut dan kemudian dihantar di kawasan-kawasan yang sesuai. Itulah inisiatif yang bahagiat pada masa ini oleh pihak, dibuat Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ada lagi input lain untuk mengurangkan bahaya buaya atau untuk menyetopnya yang berkelarian di kampung-kampung ini? Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira cukup sekian kita berunding dalam peringkat Jawatankuasa, maka saya cadangkan kita beralih pula ke Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat kita bersidang semua di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan supaya persidangan kita ini ditangguhkan dan kita akan bersidang semula pada hari Isnin, 4 Mac 2024 mulai pukul 2:00 petang.

Sekian, وبلتوفيق والهداية، والسلامة والسعادة والأمن والأمان

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.