HARI KE-9 PETANG
9HB MAC 2024 PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلٰمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Bagi membolehkan kita meneliti Tajuk-Tajuk yang terdapat di dalam Rang tersebut satu persatu, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 untuk diteliti satu per satu.
Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang kita adakan pada sebelah pagi tadi, kita telah mula membincangkan dan membahaskan Tajuk-Tajuk di bawah perbelanjaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Bersama saya di sini masih terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang suka untuk turut serta dalam membahaskan Tajuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi ini.
Untuk memulakannya semula, saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam Sejahtera.
Koala ada 2 soalan Yang Berhormat Pengerusi: -
Mengenai dengan Brunei Halal branding. Jenama Brunei Halal yang ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah Ghanim International Corporation Sdn Bhd, kini mempunyai lebih kurang 40 produk yang tersedia. Dengan reputasi halal yang kukuh dan pengiktirafan yang meluas, peluang untuk pertumbuhan halal Brunei adalah amat besar mengambil kira permintaan sektor halal yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa.
Soalan kaola, bagaimanakah Brunei Halal dapat mempromosikan imej negara di peringkat antarabangsa?; dan
Memohon pencerahan mengenai strategi jangka pendek dan panjang Brunei Halal untuk mengembangluaskan jenama ini? Dengan pengiktirafan antarabangsa dan standard yang tinggi, bagaimanakah kita mempertengahkan promosi produk-produk ini di dalam dan di luar negara? Adakah kementerian mempunyai peruntukan yang cukup?.
Berdasarkan pemerhatian kaola, produk halal Brunei masih belum menjadi pilihan pertama bagi warga Brunei sendiri. Ini membawa kepada soalan sama ada terdapat keperluan untuk menambah baik jenama Brunei Halal itu sendiri atau mengujudkan konsep branded patriotism seperti yang diamalkan di negara-negara jiran di mana penggunaan produk-produk tempatan ditekankan kepada penggunaan domestik.
Sokongan pengguna domestik ini secara tidak langsung akan mempromosikan produk-produk halal Brunei secara global. Merujuk Brunei Economic Blueprint, kejayaan blueprint dibayangkan sebagai our export will be diversified with increase output form private sector such as new petrochemical product and premium food product.
Dari ini, kaola percaya Brunei sudah mempunyai ekosistem yang tersedia untuk memanfaatkan penjenaman halal dan mempromosikan Brunei.
Ia hanya memerlukan pendekatan yang lebih padu untuk menggerakkan jenama ini lebih jauh dari apa yang kita miliki pada masa ini. Terutamanya di dalam negara dengan membangkitkan semangat bangsa Brunei terhadap jenama tempatan mereka sebelum memperluaskan lebih jauh di luar negara.
Soalan kaola yang kedua ialah mengenai Aspirasi 3 Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Berkaitan dengan Aspirasi 3 iaitu open and globally connected economy dalam Brunei Economic Blueprint, mmohon pencerahan penilaian sendiri (self-assessment) pihak kementerian mengenai kedudukan Brunei dalam aspirasi ini.
Brunei berhasrat untuk meneroka pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan perkongsian strategik seperti FDI, FTA dan MOU yang ditandatangani. Cabaran yang selalu ditimbulkan oleh cabaran ekonomi pasaran kecil dan skala ekonomi yang terhad memerlukan inisiatif-inisiatif yang kreatif dan efektif.
Walaupun banyak perjanjian yang telah ditandatangani namun impak yang nyata belum dapat dirasakan oleh rakyat.
Soalan kaola, untuk merealisasikan aspirasi 3 ini:-
Bagaimana Kementerian Kewangan dan Ekonomi menilai pencapaian Brunei dalam mencapai aspirasi open and globally connected economy sebagaimana yang tercatat di dalam Brunei Economic Blueprint? Apakah pencapaian telah diraih dan apakah cabaran yang masih dihadapi terutama dalam hal meningkatkan keterlibatan ekonomi dan kewangan Brunei di pasaran global?
Apa langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kementerian untuk aspirasi open and globally connected economy termasuk memanfaatkan perkongsian strategik seperti FDI, FTA dan MOU dalam konteks meningkatkan aktiviti ekonomi dan kewangan Brunei di pasaran global.
Bagaimanakah Brunei dapat memudahkan dan membantu mempercepatkan penubuhan perniagaan seperti syarikat-syarikat penerbangan baru-baru ini yang telah diuar-uarkan seperti Gallop Air dan AirAsia untuk menubuhkan perniagaan di Brunei.
Adalah diambil maklum syarikat-syarikat ini masih dalam fasa penubuhan awal, namun mereka pada pendapat saya, harus disokong kerajaan bersatu padu untuk membantu mereka menggerakkan permohonan untuk beroperasi dan berjaya menubuhkan perniagaan di Brunei dengan secepatnya.
Kaola sedar, bahawa setengah-setengah isu tentang penubuhan perniagaan di Brunei ini adalah berkaitan dengan isu-isu pensijilan penerbangan serantau mengenai produk yang bakal digunakan oleh syarikat-syarikat ini yang diperbuat daripada Negara China dengan sokongan ekosistem lain untuk membantu mereka beroperasi di rantau ini. Namun memandangkan Brunei sebagai ahli ASEAN yang merupakan pakatan serantau, Brunei boleh modifikasi keahliannya bagi membantu perniagaan ini tidak hanya mempunyai prospek perniagaan di Brunei, tetapi juga di negara lain.
‘Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Kita seharusnya berbesar hati atas peluang yang sangat berkepentingan besar ini untuk berjaya mendirikan perniagaan di Brunei.
Sebagai kerajaan, seharusnya mereka dibantu menubuhkan di Brunei dengan menyelesaikan banyak isu-isu peraturan setidaknya pada peringkat ASEAN supaya pengendali baru ini boleh menubuhkan di Brunei dan mengembangkan sayap mereka ke negara-negara lain di ASEAN.
Soalan kaola, mohon pencerahan mengenai inisiatif-inisiatif pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam membantu pengusaha-pengusaha luar negara yang menubuhkan perniagaan mereka di negara ini dengan secepatnya tanpa membebankan keselamatan dan kredibiliti.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. والله الهرة بني الجليل. والسلام عليكم ورحةة الله وبركته.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin atas beberapa soalan yang diajukan tadi. Pertama sekali, mengenai dengan Brunei Halal yang mana telah ditubuhkan sejak tahun 2009.
Jika kita lihat dalam sejarah Brunei Halal ini, memang daripada tahun 2009, kita sudah cuba memajukan branding. Pada masa itu, baru hanya satu nama tetapi belum ada brand. Jadi usaha pada masa itu, dalam negeri belum terdapat produk-produk tempatan untuk disokong dengan Brunei Halal branding 'kitani', adapun sedikit dengan volume yang kecil.
Jadi pada masa itu, Brunei Halal menggunakan 3rd party manufacturing jadi sehingga ada barang-barang ini bukan daripada buatan tempatan iaitu daripada luar negeri tetapi menggunakan Brunei Halal branding dengan standard dan kualiti yang ditetapkan oleh 'kitani'. Jika kalau dilihat pada masa itu, produk 'kitani' tidak juga seberapa maju oleh kerana ada produk-produk yang dibuat di Europe.
Setelah itu, dihantar balik ke Brunei untuk di distribute dengan transportation cost dan sebagainya, barang kita ini dibandingkan dengan produk-produk yang lain tidak berapa price competitive. Jadi itu adalah antara satu sebab-sebabnya. Semenjak 2015-2016, satu strategi baharu untuk kita bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha tempatan.
Pada masa itu, sudah kita nampak ada peningkatan produk-produk tempatan yang dikeluarkan oleh MSME 'kitani'. Tetapi sudah 'kitani' mencuba untuk menolong untuk membuat produk-produk tersebut dengan pengusaha-pengusaha tempatan, ada sebahagian MSME tidak cukup kapasiti. Kerajaan terus bekerjasama untuk sama-sama membesarkan lagi kapasiti untuk kita dapat memproduce produk-produk yang mencukupi untuk eksport.
Satu contoh yang telah berjaya mendapatkan award, iaitu keropok udang 'kitani' yang di promote pada masa itu di Dubai, mendapatkan satu award. Tetapi hanya itu sahaja yang diantaranya beberapa produk yang nampak kemajuannya.
Yang lain, ada kita bekerjasama dengan other MSME ini, mereka kebanyakkan tidak ada ambition untuk expand. Apa yang ada pada masa itu, ia rasanya sudah cukup dan tidak perlu untuk mencari eksport market dan sebagainya. Ada juga MSME ini, mungkin sudah cukup berpuas hati dengan apa yang ada dalam negeri, tidak mahu maju lagi. Oleh itu, jumlah produk 'kitani' tidak meningkat. Jadi, Brunei Halal memikirkan juga apakah caranya jika menggunakan 3rd party manufacturing, harganya tinggi dan sebagainya.
Kalau mengharapkan tempat, volume tidak banyak. MSME yang hendak bekerjasama ini tidak semestinya banyak. Jadi baru-baru dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, Brunei Halal membuat kilang sendiri, iaitu Brunei Food Industry sendiri. Jadi, dengan adanya kilang sendiri, mudah-mudahan kita dapat membuat canned food, canned beef, canned chicken, canned seafood dan sebagainya.
Jadi itu untuk meningkatkan jumlah produk-produk 'kitani' dengan volume yang dapat kita keluarkan untuk mencukupi ekspot market. Ini adalah langkah-langkah yang pada masa ini diusahakan oleh Ghanim International Corporation Sdn Bhd, jika ada kemajuan mungkin ada sebahagian MSME itu dapat kita bawa sekaligus menolong untuk sama-sama keluar ke eksport market.
Pada masa ini, belum lagi nampak strategi itu dialign dengan MSME. Tetapi kita juga menolong MSME keluar negeri sepertimana baru-baru ini, pada bulan September tahun lepas, kita mengambil bahagian dalam satu ekspo di Sabah dan nampaknya ada kejayaan, kita dapat eksport makanan kita ke Sabah dan baru-baru ini di Sarawak dan sepert yang kaola terangkan tadi pagi dalam MSME Festival baru-baru ini, ada juga beberapa pengimport dari luar negeri yang datang untuk melihat produk-produk kita.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, ini usaha 'kitani', nampak ada sudah some progress. Jadi, bagaimanakah 'kitani' akan mensatukan strategi 'kitani'? Mudah-mudahan dengan kerjasama dari MSME, mungkin ada peluang untuk mereka terus maju ke eksport market dan sebagainya.
Mengenai dengan aspirasi tiga, globally and open connected economy, kita juga mesti memikirkan masa panjang dan bukan sahaja pada masa ini. Sebagai satu negeri yang kecil, mungkin ada sebahagian orang ramai memikirkan mengapakah 'kitani' ingin open and global connected economy dan sebagainya.
Bagi Negara Brunei Darussalam, dengan ambition kita untuk diversify economy, 'kitani' perlu memikirkan masa panjang untuk kita menarik lebih banyak FDI ke dalam negeri supaya mereka dapat eksport. Jadi untuk kita eksport ke negeri-negeri lain, kita juga mesti melihatkan kepada global market that 'kitani' punya trade policy adalah up-to-date and modern.
Jadi, dalam penglibatan kita dalam beberapa FTA seperti RCEP, CPTPP dan baru-baru ini IPEF di Amerika, menunjukkan kepada global partners, that 'kitani' punya trade policy, walaupun kita pada masa ini belum lagi banyak industri untuk dieksport dan sebagainya tetapi reputation sebagai potensi untuk eksport trading partner, policy kita adalah modern dan up to date. Kalau dilihat, kita sudah ada juga bukannya belum ada hasilnya, sebenarnya sudah nampak ada hasilnya.
Penglibatan dalam CPTPP, sudah pertama kali kita pengeksport fertilizer 'kitani' ke negeri Chile, kalau tidak salah pada tahun 2021. Dalam tahun 2022 dan 2023, kita teruskan mengeksport pertama kali ke negeri Peru dan Mexico, negeri-negeri yang belum pernah 'kitani' mengeksport apa-apa produk.
Nampaknya sudah dalam perjanjian ini sampai ke pasaran yang belum pernah kita mengeksport. Ini perlu kita teruskan supaya orang global market, melihat 'kitani' sebagai reputable trading partner supaya bila nanti FDI akan melihat pelabur dalam Brunei, ia akan memanfaatkan dengan policy.
Jadi, kalau bila ia nanti menubuhkan kilangnya di Brunei, produk-produknya dapat dieksport seperti BFI yang 'kitani' dapat eksport sampai ke South America.
Akhir sekali, mengenai dengan Gallop Air. Memang satu proposal yang perlu 'kitani' ambil berat dan difikirkan. Ini satu cadangan yang jarang kita jumpa. Pada masa ini, pihak-pihak yang berkenaan dalam analyse proposal ini. Tetapi memandangkan ada lagi beberapa consideration, mungkin kaola tidak dapat kongsikan di sini.
Biarlah pihak yang terlibat ini, review proposal ini secara mendalam lagi dengan beberapa sensitive consideration sekali gus sebelum membuat keputusan selepas itu.
Itulah saja yang mungkin kaola dapat menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
In short, we are in the right direction.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Yang Berhormat Pengerusi. Kita sebagai satu negeri yang akan diversify economy kita tidak dapat mengharapkan local SME untuk men diversify economy.
Kita memang menggalakkan our local business to expand. Kalau boleh, masuk juga dalam manufacturing industry dan sebagainya tapi mungkin magnitudenya tidak sebesarnyalah untuk kita benar-benar mengdiversify ekonomi 'kitani'.
Jadi, kita berharap FDI juga sama-sama memainkan peranan untuk sama-sama mengdiversify ekonomi bekerjasama dengan local business dan sebagainya. Seperti Anson International Marine Shipyard yang baru ditubuhkan baru-baru ini ialah satu usaha joint venture orang FDI dan sebagainya.
'kitani' fikirkan masa panjang, kalau sudah FDI datang ke negeri ini untuk mengadakan produk dan sebagainya, di manakah mereka akan ekspot, 'kitani' menolong jua. Pada masa ini, kalau dilihat free trade agreement, ia bukan macam zaman dahulu.
Zaman dahulu, kalau FTA ini, ia minta bukakan market access, menurunkan tariff, jangan dicukai dan sebagainya. Tapi kalau FTA yang modern chapters melibatkan workers right, adakah menggunakan child labor dan sebagainya. All this issue, jadi isu yang lebih penting dibandingkan dengan market access dan tariff.
Ini yang 'kitani' perlu improve policy kerajaan supaya mana-mana syarikat menubuhkan kilangnya dan membuat bisnes dalam negeri ini, 'kitani' ada undang-undang menjaga workers right dan sebagainya. Mudahlah kita eksport barang-barang 'kitani'.
Kalau 'kitani' tidak, memang orang akan membeli dan memikirkan terpaksa membuat cek lagi atau FDI kan terpaksa buat research lagi. Kalau ia tahu sudah 'kitani' memang part of CPTPP, RCEP, IPEF memang ia sudah faham policy Brunei ini memang modern dan up to date. Kuranglah mereka buat research atau less worry apabila mereka invest di Brunei.
Sudah ada nanti produk-produk mereka, mudah dan senang mereka eksport ke negeri-negeri lain. Itulah satu direction 'kitani' mesti sentiasa ubah mengikut the future direction of trade arrangement. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh sedikit mengenai dengan apa yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai dengan opportunity atau mengenai dengan memajukan industri penerbangan atau aviation industry.
Dalam hubungan ini, kaola ingin mengongsikan bahawa dari segi kemampuan atau kapasiti lapangan terbang antarabangsa pada masa ini operating below capacity.
Ia boleh menampung pergerakan penumpang up to 3 juta setahun, 100 pergerakan kapal terbang dan 50 ribu pergerakan kargo setahun. Pada tahap sekarang ini, kita beroperasi di bawah kapasiti tersebut.
Oleh yang demikian, memajukan industri ini dapat menyumbang dan mendukung usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dan juga peluang-peluang yang dikenal pasti bersama dengan pihak industri dan bisnes ekosistem Kementerian Kewangan dan Ekonomi adalah opportunity dalam mengembangkan kapasiti mengendalikan kargo, transshipment termasuk juga transshipment nilai tinggi yang pernah dikongsikan juga memajukan cold chain logistics dan juga sorting hubs.
Di antara kaedah diambil untuk memajukan peluang-peluang ini ialah dengan cara menarik pelaburan dari syarikat-syarikat GLC's ataupun pihak-pihak pelabur dari luar. Dengan view ia adalah untuk compliment dan to compete especially sama syarikat-syarikat tempatan.
Menyentuh mengenai dengan Gallop Air tersebut, saya ingin mengongsikan bahawa proses menilai permohonan tersebut sedang berjalan. Yang ditunduki pada masa ini ialah mengenai cadangan jenis kapal terbang yang mereka or type approval yang dipohonkan yang mana pada masa ini mengikut piawaian Jabatan Penerbangan Awam.
'Kitani' adalah merujuk kepada daripada piawaian USFAA, Canada dan European Aviation Standard. Ertinya jika type approval kapal terbang dipohonkan itu mendapat memenuhi piawaian-piawaian tersebut ia akan lebih menyenangkan proses meluluskan permohonan mereka.
Tetapi ini masih dalam perundingan dan saya juga difahamkan pihak Syarikat Gallop Air yang mengusulkan cadangan menggunakan kapal terbang comet dan juga dalam proses memohon kebenaran European Aviation Standard.
Itu sahaja dahulu Yang Berhormat Pengerusi untuk dikongsikan pada masa ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
الحمد لله رب العالميين. و الصلاة و السلام على أشرف الأنبياء و المرسلين ، نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli yang Berhormat. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan pagi tadi mengenai perancangan dan inisiatif pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Kaola merujuk sistem TAFIS 2.0 yang dihasratkan akan menambah baik sistem pengurusan kewangan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dengan perbelanjaan $10.8 juta di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang akan dilancarkan إن شاء الله pada 1 April 2024 ini.
Kaola mengambil maklum bahawa sistem ini diperkenalkan bermula tahun 2002 untuk memudahkan proses pembayaran elaun-elaun dan perkhidmatan-perkhidmatan.
الحمد لله dengan pelaksanaan pemindahan sistem TAFIS 1.0 kepada TAFIS 2.0 ini Kenapa pemegang lesen warga tempatan ini menyewakan lesen-lesen mereka kepada warga asing. Adakah dikenal pasti sebab-sebabnya?.
Mungkinlah ia kerana kekurangan modal mereka ini ataupun mereka tidak ada kemahiran yang perlu 'kitani' sokong dan bimbing oleh pihak-pihak yang berkenaan. Punca-punca ini adalah penting untuk diketahui dan ditangani untuk 'kitani' membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat.
Apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada pihak-pihak yang dikesan mengamalkan perniagaan ini.
Kaola berpendapat pihak-pihak yang berkepentingan adalah perlu untuk meneliti dan menambah baik mekanisme yang sedia ada untuk mengenal pasti peniaga-peniaga Alibaba ini agar tidak terus menjejaskan peluang perniagaan dan hak warga tempatan antaranya dengan memeriksa latar belakang pemilik syarikat yang memohon tender-tender kerajaan, memperkukuh penguatkuasaan melalui pemeriksaan berkala ke lapangan secara berterusan dari semasa ke semasa, memperluaskan kesedaran perniagaan tempatan mengenai hak dan peluang mereka serta isu integriti dan kerugian yang ditanggung serta membantu dan menyokong mereka dalam menangani cabaran-cabaran yang menghalang mereka daripada terus mengusahakan perniagaan sendiri.
Seterusnya, berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti Dewan Perniagaan yang ada yang berkaitan dalam menjalankan pemeriksaan dan mengadakan kempen-kempen kesedaran.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِيْنَ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih atas soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Dua soalan iaitu yang pertama mengenai TAFIS 2.0, untuk dikongsikan dengan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam ini ialah TAFIS 2.0 ini adalah upgrading daripada TAFIS 1.0 untuk menambah modul-modul baharu supaya kita lebih efficient untuk monitor perbelanjaan, manage projek-projek dan sebagainya.
Jadi, soalannya mengenai jumlah pelaburan kita dalam TAFIS 2.0, adakah cara-cara untuk mengatasi isu kelambatan pembayaran kepada-kepada syarikat-syarikat tempatan?.
TAFIS 2.0 bukannya khas untuk kita atasi kelambatan pembayaran. Memang isu kelambatan pembayaran ini, kaola sering menerima persuratan dari business-business tempatan.
Tapi, apabila diperiksa kenapa lambat, sebenarnya kebanyakan invoice-invoice itu belum lagi dihantar ke kementerian untuk diproses. Mungkin masih lagi di kementerian-kementerian lain dalam proses untuk dibayar.
Jadi, adapun yang sudah sampai ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ada dokumen-dokumen yang belum lengkap. Jadi, terpaksa dikembalikan ke kementerian berkenaan untuk dicukupkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Ini selalu menjadi kelambatan. Memang dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi, setiap bulan memang ada mengingatkan setiap kementerian dengan purchase order dan sebagainya untuk follow up apa kedudukan setiap purchase order dan sebagainya supaya mereka dapat mempercepatkan proses dalam setiap kementerian.
Itulah yang menjadi isu kerana kita sekarang tidak lagi memerlukan dokumen-dokumen itu dihantar secara fizikal ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Mereka boleh buat secara online dan sebagainya.
Jadi, itu memang mempercepatkan prosesnya. Mengikut statistik Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dalam lebih 80% dibayar dalam TPOR yang ditetapkan. Selebihnya itu selalunya disebabkan dokumen itu sering menerima persuratan dari business-business tempatan.
Tapi, apabila diperiksa kenapa lambat, sebenarnya kebanyakan invoice-invoice itu belum lagi dihantar ke kementerian untuk diproses. Mungkin masih lagi di kementerian-kementerian lain dalam proses untuk dibayar.
Jadi, adapun yang sudah sampai ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ada dokumen-dokumen yang belum lengkap. Jadi, terpaksa dikembalikan ke kementerian berkenaan untuk dicukupkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Ini selalu menjadi kelambatan. Memang dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi, setiap bulan memang ada mengingatkan setiap kementerian dengan purchase order dan sebagainya untuk follow up apa kedudukan setiap purchase order dan sebagainya supaya mereka dapat mempercepatkan proses dalam setiap kementerian.
Itulah yang menjadi isu kerana kita sekarang tidak lagi memerlukan dokumen-dokumen itu dihantar secara fizikal ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Mereka boleh buat secara online dan sebagainya.
Jadi, itu memang mempercepatkan prosesnya. Mengikut statistik Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dalam lebih 80% dibayar dalam TPOR yang ditetapkan. Selebihnya itu selalunya disebabkan dokumen itu belum lengkap, jadi terpaksa dibagi semula ke kementerian berkenaan untuk memohonkan dokumen.
Jadi بِنَا شَأنِ dengan sistem baru ini mudah-mudahan kita dapat memantau kedudukan pembayaran ini lebih efficient. Mengenai lesen tempatan disewakan kepada orang luar jadi 'Ali Baba', bagaimana kita dapat membantu bisnes-bisnes kita?
Soalan kaola, sebenarnya jika mereka pinjamkan jadi 'Ali Baba', memang mereka tidak akan memberitahu kerajaan yang mereka ini 'Ali Baba'.
Jadi, bagaimanakah kita tahu siapa sebenarnya yang 'Ali Baba' supaya dapat kita tolong. Jadi, jika sesiapa ada cabaran boleh berjumpa dengan pihak kerajaan yang berkenaan untuk sama-sama memikirkan bagaimana kita hendak bantu. Tidak semestinya dari segi kewangan, kemahiran dan pengetahuan mengenai dengan bisnes dengan yang terlibat itu.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi sudah mengambil langkah untuk mengatasi isu ini. Kalau ada orang kita mendaftar company, kita memanggil local partner_nya supaya kita dapat lebih memahami sama ada orang kita yang menubuhkan _company ini benar-benar faham the nature of the business, pandai menjalankan atau tidak.
Kalau dia menubuhkan company tapi dia tidak faham mengenai bisnes itu. maka mungkin dia meminjamkan lesen kepada orang lain. Semasa ikut tender di kementerian lain nanti, kementerian itu juga tidak tahu sama ada 'Ali Baba' atau tidak.
Dia ikut mesyuarat dan sebagainya. Kalau dia benar-benar memerlukan bantuan, bukan dari segi kewangan sahaja, dia boleh approach kerajaan sama ada di bawah DARe, BEDB dan sebagainya untuk meningkatkan kemahiran atau business operation dan sebagainya.
Itu saja soalan-soalan yang diajukan dan jawapan koala yang dapat dikongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi بِسْمِ اللّهِ الرّحْمنِ الرّحِيمِ السّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكاتُهُ dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, kaola ingin merakamkan ucapan penghargaan atas pembentangan yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang jelas, termasuk semasa pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan sebelum ini.
Kaola ingin mengetengahkan mengenai isu berkaitan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Khususnya yang menggalakkan keusahawanan tempatan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperkasa usahawan tempatan dan mengurangkan dominasi usahawan asing dalam sektor perniagaan tempatan.
Pertama, kaola merasakan tiba masanya untuk kita mencari jalan dan mendorong usahawan tempatan untuk meningkatkan perniagaan kecil dan sederhana yang beroperasi dari rumah atau platform yang lain seperti online selling kepada perniagaan yang difikirkan lebih menjana pendapatan rakyat tempatan iaitu khususnya perniagaan runcit yang pada masa ini masih dikuasai oleh orang-orang asing.
Beberapa cabaran yang dihadapi oleh usahawan tempatan termasuk keperluan kuota dan mencari rangkaian bekalan produk-produk jualan.
Dalam hal ini, usahawan asing yang mempunyai rangkaian besar dari segi mendapatkan kuota dan bekalan-bekalan akan dapat keuntungan. Lebih-lebih lagi, mereka juga mengambil kesempatan dengan menggunakan orang tempatan sebagai 'sleeping partner' dalam perniagaan mereka.
Sekaligus, menjana pekerjaan bagi rakyat mereka sendiri. Kaola ingin mencadangkan bagi pihak kerajaan untuk memudahkan usahawan tempatan dengan menyediakan lebih banyak rangkaian bekalan dan memberikan fleksibiliti dalam memberikan kuota pekerja lebih-lebih lagi kerajaan dan agensi berkaitan seperti DARe yang mempunyai akses kepada pergerakan dan rangkaian bekalan yang mungkin dapat membantu para usahawan tempatan untuk berhubung secara langsung kepada pembekal atau distributor.
Selain dari itu juga, kaola ingin bertanya adakah geran atau skim kewangan yang dibantu oleh pihak DARe kepada para usahawan khususnya kepada start-up business benar-benar efektif dalam membantu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang diverse. Memandangkan trend pasaran sentiasa berubah, perancangan kita juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Flexibility dalam perniagaan adalah penting dan memudah cara dalam perniagaan bagi mendorong pengusaha tempatan tanpa sekatan yang terlalu ketat seperti menyediakan blueprint plans dan wang yang banyak sebagai jaminan, perlu diikhtirkan agar para usahawan tempatan tidak terasa tersekat dalam mahu menceburi bidang ini.
Walaupun ada geran dan skim kewangan yang disediakan melalui agensi-agensi yang berkaitan tetapi proses-prosesnya kadangkala sukar untuk dibuat. Mengubah pelan asal semasa menerima skim tersebut tidak dibenarkan atau perlu asas yang sangat kukuh untuk mengubahnya yang boleh mengakibatkan kehilangan minat dan pada akhirnya para usahawan tidak jadi menceburi bidang ini.
Dengan ini, kaola menyeru agar pihak kementerian dapat membantu untuk mencipta persekitaran yang mesra usahawan untuk pertumbuhan keusahawanan tempatan dengan memudahkan akses kepada modal. Menjana perhubungan kepada perbekalan yang mencukupi dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk melaksanakan pelan perniagaan.
Dengan cara ini, kita dapat menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan untuk menyertai bidang perniagaan secara retail yang masih lagi sedikit dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kita.
Sekian. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed mengenai isu local business terutama sekali kedai runcit yang pada masa ini nampaknya didominate oleh orang asing dengan tenaga kerjanya yang dari negeri asing juga. Mungkin perkara ini, rakan sejawat kaola dapat menjawab atau menerangkannya.
Memang sudah ada menjalankan enforcement dan sebagainya. Satu usaha yang mesti 'kitani' teruskan antaranya ialah mencheck dan seumpamanya. Pengusaha kedai runcit banyak memohon kuota untuk mendapatkan pekerja asing ini. Untuk mengatasi isu kedai runcit yang dominate oleh orang asing ini, sebenarnya Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. mempunyai satu inisiatif yang telah dimulakan dalam beberapa tahun sebelum ini.
Pada masa itu, kaola pernah mengongsikan kepada orang ramai bahawa perkara ini, bukannya mula-mula 'kitani' mencuba inisiatif ini akan terus guaranteed berjaya tetapi 'kitani' mesti mencuba dan learn from it and mudah-mudahan dapat lagi 'kitani' improve. Jadi inisiatif ini dinamakan The Junction.
The Junction ini setelah dibuka beberapa outlet dengan bisnes tempatan, 'kitani' bekerjasama dengan sebahagian perbelanjaan ditanggung oleh Ghanim International Corporation Sdn. Bhd., sebahagiannya dijalankan oleh local businesses sendiri.
Jadi, bersama-sama 'kitani' menjalankan kedai runcit ini supaya mendapat mengambil pekerja daripada anak-anak tempatan dan sebagainya. Memang ada beberapa cabaran that we encountered. Ini memang lesson learned, dari sana 'kitani' improve lagi.
Pada masa ini, Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. masih meneruskan inisiatif ini dengan mengambil kira perbelanjaan dan kegagalan untuk supaya 'kitani' dapat improve.
Jadi, bagi pengusaha-pengusaha yang ingin meneruskan sendiri bukan semestinya mesti bekerjasama dengan The Junction dan sebagainya. Memang DARE mempunyai satu skim, co-matching grant yang boleh menyokong pada business modal. Business modal yang mungkin boleh berjaya akan dibagi grant untuk menyokong pengusaha-pengusaha tempatan 'kitani' itu.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ perkara ini memang has been long outstanding bagi kerajaan 'kitani' kerana menggunakan GLC_s untuk sama-sama mengatasi isu ini. Jadi 'kitani' teruskan usaha di bawah inisiatif _The Junction itu, mudah-mudahan suatu hari akan berjaya dan perlahan-perlahan 'kitani' dapat hopefully take over tetapi dalam masa yang sama mungkin 'kitani' juga perlu investigate juga kenapa kedai runcit ini dominate oleh foreign business people dalam negeri ini. Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan rakan sejawat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pertanyaan mengenai dengan kedai runcit ini.
Sebagaimana yang 'kitani' telah bincangkan semasa pembentangan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kaola juga mengumumkan setiap permohonan untuk Lesen Pekerja Asing (LPA). Kalau dulu 'kitani' panggil kuota. Kuota ini menentukan jumlah kuota yang dibenarkan tetapi masa ini ia berdasarkan kepada permohonan.
Permohonan ini kalau dipohonkan 10, tidak semestinya 10 dibenarkan, ia tertakluk kepada projek dan juga sebelum Lesen Pekerja Asing ini dibenarkan memang ia melalui proses-proses tertentu sebagai contoh bekerjasama dengan Job Centre Brunei.
Job Centre Brunei ini juga mengenal pasti anak-anak tempatan yang boleh bekerja sebagai contoh buruh kedai, packer, supervisor, butcher dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebelum LPA itu dibenarkan memang memerlukan bukti bahawa kedai-kedai runcit tersebut, iaitu pemohon bagi LPA itu bukan yang menjalankan kedai ini tetapi the owner of the license itu sendiri, iaitu orang tempatan.
Jadi, kalau sudah proses-proses periklanan telah dibuat dan masih juga belum ada orang tempatan, kemudian baru dibenarkan pekerja asing untuk datang bagi mengisi jawatan-jawatan yang ditentukan.
Bergantung dari masa ke masa, semasa penyambungan Lesen Pekerja Asing ini, di practice macam itu bagi memastikan orang tempatan juga diberikan kesempatan untuk bekerja.
Inilah juga peranan 'kitani' sebagai Whole of Government dan Whole of Nation sebagaimana juga kaola pernah sebutkan 'kitani' mahukan each kampung itu mempunyai kedai runcitnya yang 100% run by our local. Itu yang akan 'kitani' laksanakan. Bukan pulang 'kitani' kan bersaing tetapi hanya untuk memastikan yang dibangkitkan ini sebenarnya.
Kenapa lesen orang tempatan ini dipinjamkan, dipakai dan dijalankan oleh orang asing? Ia disebabkan oleh 'kitani' sendiri yang meminjamkan. Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ شَرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah dan tahniah atas inisiatif dan usaha-usaha yang telah dijalankan.
Kaola ingin mengutarakan pendapat dan soalan mengenai industri yang ada kaitannya dengan industri halal yang pada pendapat kaola sangat berpotensi untuk dikembang luaskan di pasaran serantau dan antarabangsa.
Industri ini juga pernah diusahakan oleh kementerian bagi mengembang luaskan lagi industri negara kita dan di luar negara.
Namun pada ketika ini, kemodenan yang diharapkan itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan. Jika impaknya dicapai seperti yang diharapkan tentunya akan dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar dan seterusnya dapat mengurangkan pengangguran di negara ini.
Industri yang kaola maksudkan itu adalah industri halal seperti farmaseutikal, perbankan Islam dan takaful, di mana sesetengah industry ini telah pun berkembang pesat di negara kita dan di negara lain.
Namun bagi setengah produk yang masih kurang nampak kemajuannya dari segi pengespotan ke negara lain adalah tidak menyeluruh, terutama sekali bagi industri yang telah berkembang maju terutama sekali perbankan Islam dan takaful.
Kaola mengambil maklum mengenai perjanjian grant for capital bagi membangunkan sebuah syarikat Syariah-compliant Digital Finance and Economic Zone yang pertama di rantau ini, terutama di kawasan BIMP-EAGA. Namun masih belum ada cerita mengenainya setelah ia di uwar-uwalkan oleh pihak berkaitan pada tahun 2021.
Mengenai industri farmaseutikal, menurut ramalan yang dibuat pada tahun 2021, pasaran industri farmaseutikal halal dijangka mencapai USD$105 bilion pada tahun ini iaitu tahun 2024. Di samping itu, nilai pasaran farmaseutikal secara global akan melebihi USD$1 trillion.
Mengenai industry farmaseutikal halal, mungkin orang ramai tidak mengetahui keberadaan Simpor Pharma, yang telah dikatakan sebagai peneraju utama dalam industri farmaseutikal halal dalam negara ini. Simpor Pharma yang merupakan syarikat kerjasama dengan syarikat luar negara yang bernilai $26 juta dibangunkan di Kawasan Perindustrian Salambigar dan diperuntukkan kawasan sebesar lebih dua ekar.
Syarikat ini mengeluarkan produk ubat-ubatan yang dihasilkan di bawah jenama sendiri, namun pada pendapat kaola, kemajuan syarikat ini perlu diperitngkatkan dan dilestarian.
Jadi apakah usaha terkini untuk memajukan dan meningkatkan perusahaan-perusahaan berpotensi tinggi ini. Minta pencerahan dan penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Apakah naratif terkini mengenai inisiatif Syariah-compliant Digital Finance and Economic Zone ini dan apakah hala tuju kementerian bagi turut memperkasakan ekonomi dan industri farmaseutikal halal di negara ini dan juga di luar negara.
Kaola ingin mencadangkan bagi industri kewangan negara seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful untuk juga mengembangkan sayapnya di peringkat serantau bagi menaikkan lagi nilai asetnya dan meningkatkan pendapatan untuk negara.
Ini menunjukkan bahawa inisiatif kementerian terdahulu di industri disebutkan harus diusahakan lebih hebat lagi dengan mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif bagi menjayakan dan memberi kesinambungan visi kementerian.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. بارك الله فيكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Mungkin ada dua soalan, satu mengenai dengan industri halal bagi takaful dan bank. Yang kedua mengenai Digital Syariah Finance Zone dan yang ketiga mungkin farmaseutikal.
Pertama sekali mengenai dengan kenapa kita tidak terus memajukan industri takaful kita keluar negeri, mengekspot produk kita. Perlu kita faham kalau dibandingkan bank kita dalam Negara Brunei Darussalam, walaupun ada yang kita nampak Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang terbesar, kalau dibandingkan dengan bank-bank di luar negeri, masih lagi kecil.
Kalau kan mengembangkan di luar negeri, kita mesti mencari satu niche strategi. Mungkin niche strategi ini adalah takaful ataupun jenis Islamic produk. Jadi daripada kita terjun begitu sahaja, perlulah kita membuat satu pengkajian. Jadi kalau kita lihat di Thailand, pernah juga mengadakan Islamic Bank of Thailand.
Jadi dalam beberapa tahun yang lepas, bank ini pun gagal dan tidak berjaya. Di Singapura ada satu Islamic Bank juga disokong oleh kerajaan, jadi dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini telah pun ditutup.
Jadi kita mesti juga lebih faham juga, membuat satu study benar-benar sebelum kita akan terus terjun keluar negeri ini dan sebelum itu, I think jangan tah dahulu mengambil risiko yang tinggi ini memandangkan sudah beberapa contoh belum lagi nampak berjaya.
Jadi memang ada hasrat seperti Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) untuk keluar negeri. Pada masa ini, memang ada satu office di Singapura, ada juga satu office di Dubai. Itulah kira satu langkah pertama untuk kita lebih faham pasaran di negeri masing-masing daripada terus membuka cawangan dan sebagainya.
Jadi ini satu langkah yang less risky approach untuk kita mencuba study marketnya. Kalau sudah datang masanya, rasa kita yakin akan dapat Berjaya, barulah kita melabur dengan jumlah yang lebih besar dan ambil risiko yang mungkin lebih tinggi.
Mengenai dengan Digital Syariah Finance Zone ini, kaola tidak beberap tahu pasal yang Digital Syariah Finance Zone di dalam BIMP-EAGA ini. Mungkin kalau sudah kaola dapat membuat research sedikit, kaola akan menjawab secara bertulis, إن شاء اللّٰه. Mengenai dengan farmaseutikal, Simpor Pharma yang ada di Negara Brunei Darussalam pada masa ini. Memang sudah ditubuhkan lebih daripada 10 tahun dengan beberapa operational challenges dan sebagainya.
Untuk membuat pharmaceutical company ini memang ada cabarannya tersendiri. Pada masa ini, memang kerajaan masih memikirkan dalam perundingan dengan beberapa technical partner untuk dapat kita terus majukan industri ini. Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola mengambil baik segala inisiatif dan tindakan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam mencapai matlamat serta perkembangan dan kemajuan ekonomi negara.
Soalan pertama kaola ialah mengenai infrastruktur Digital Payment dalam perkembangan ekonomi. Dengan Ekonomi Digital ASEAN yang dijangka mencecah hampir US$1 trillion menjelang 2030, kepentingan pembayaran secara digital adalah jelas dan signifikan untuk diketengahkan.
Merujuk kepada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ke-18, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa Digital Payment Hub boleh mengurangkan transaksi secara tunai kepada kerajaan sebanyak 90% iaitu dapat menjimatkan jumlah besar sehingga berjuta ringgit setahun.
Walau bagaimanapun, kaola percaya bahawa untuk mencapai pengurangan serta ketara dalam transaksi tunai tidak dinafikan memerlukan penggunaan digital yang meluas dan menyeluruh merentas semua peringkat dalam operasi kerajaan.
Soalan pertama kaola ialah apakah langkah yang sedang dilaksanakan pihak kerajaan untuk memastikan kadar penggunaan digital yang tinggi dalam mencapai matlamat yang dinyatakan iaitu mengurangkan 90% dalam transaksi tunai.
Kaola mengambil baik segala inisiatif dan tindakan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam mencapai matlamat serta perkembangan dan kemajuan ekonomi negara.
Soalan pertama kaola ialah mengenai infrastruktur Digital Payment dalam perkembangan ekonomi. Dengan Ekonomi Digital ASEAN yang dijangka mencecah hampir US$1 trillion menjelang 2030, kepentingan pembayaran secara digital adalah jelas dan signifikan untuk diketengahkan.
Merujuk kepada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ke-18, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa Digital Payment Hub boleh mengurangkan transaksi secara tunai kepada kerajaan sebanyak 90% iaitu dapat menjimatkan jumlah besar sehingga berjuta ringgit setahun.
Walau bagaimanapun, kaola percaya bahawa untuk mencapai pengurangan serta ketara dalam transaksi tunai tidak dinafikan memerlukan penggunaan digital yang meluas dan menyeluruh merentas semua peringkat dalam operasi kerajaan.
Soalan pertama kaola ialah apakah langkah yang sedang dilaksanakan pihak kerajaan untuk memastikan kadar penggunaan digital yang tinggi dalam mencapai matlamat yang dinyatakan iaitu mengurangkan 90% dalam transaksi tunai.
Dengan jangkaan pelancaran National Digital Payment System yang merupakan langkah penting ke arah meningkatkan inter-trade dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhanan dengan negara-negara ASEAN lain.Kaola ingin memahami tentang sekala semasa ekonomi digital kita dan perkembangan Kementerian Dalam meningkatkan ekonomi digital negara pada masa akan datang.
Seterusnya, adakah kementerian akan mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan QR Interoperability bagi semua kedai termasuk stesen minyak bagi memastikan ekosistem pembayaran digital yang lancar dan bersepadu.
Bagaimanakah penguatkuasaan sedemikian akan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana negara dan landskap ekonomi yang lebih luas.
Soalan kedua ialah mengenai keselamatan 'Siber' bagi pembayaran digital.
Dengan perkembangan platform bagi pembayaran digital, peningkatan ancaman keselamatan siber seperti push payment fraud, peer to peer fraud dan eksploitasi mule account akan menimbulkan risiko yang tampak dan jelas terhadap para pengguna. Individu terbabit dalam penipuan dan scammer memang tidak dinafikan bertindak cepat dalam mengatasi teknologi baru serta sering mengeksploitasi social engineering dan mereka lazim menumpukan kepada para pengguna yang kurang mahir dan bersedia terhadap perkembangan teknologi.
Isu-isu ini akan dapat mengurangkan keyakinan pengguna terhadap sistem pembayaran dalam talian dan secara tidak langsung menjejaskan plan dan kejayaan Digital Payment Hub.
Soalan kaola ialah:-
Dengan kecanggihan-kecanggihan online scam yang semakin meningkat, apakah langkah dan strategi dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi keselamatan penggunaan secara digital?; dan
Disamping itu, bagaimana kementerian merancang untuk memastikan institusi kewangan dipertanggungjawabkan untuk mencegah berlakunya penipuan ini terutamanya yang melibatkan mule account?.
Akhir sekali ialah tentang meningkatkan market intelligence untuk mengembangkan perniagaan tempatan.
Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Brunei Economic Development Board, Darussalam Enterprise dan agensi-agensi lain yang berkaitan atas pencapaian mereka yang luar biasa sepanjang tahun lalu.
Pencapaian tersebut termasuk Brunei's Inaugural Startup Summit, The Initial Innovation Challenge, penghantaran utama produk tempatan ke Mustafa Center, Singapora, eksport berskala komersial pertama produk makanan dan minuman yang diproses ke Malaysia Timur, pelancaran minyak masak pertama dan pencapaian-pencapaian lain.
Peranan utama Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam menyediakan market intelligence adalah penting untuk perniagaan tempatan dalam mempertimbangkan perkembangan serantau atau antarabangsa. Market intelligence adalah penting untuk perniagaan tempatan yang bertujuan untuk atau berpotensi untuk perniagaan berkembang di luar sempadan negara kerana hal tersebut melibatkan pengumpulan analisis dan interpretasi saiz pasaran, trend, potensi perkembangan dan competitive landscape.
Soalan kaola ialah:-
Bagaimanakah pihak kementerian bekerjasama dengan agensi lain untuk meningkatkan market intelligence bagi perniagaan-perniagaan di Brunei dan memastikan mereka berpengetahuan tentang potensi pasaran bagi perniagaan mereka.
Memandangkan wujudnya kebimbangan mengenai kebolehpercayaan data Brunei terutama sekali dalam penerbitan di luar, adakah terdapat rancangan untuk menghasilkan dan menyebarkan data kita sendiri dengan lebih berkesan dan selamat?.
Seterusnya, bolehkah pihak kementerian memudahkan penerbitan infografik dan laporan yang boleh difahami dan diserap serta menggalakkan sumbangan dari ahli ekonomi dan ahli statistik tempatan kepada media negara ini?.
Selain itu, adakah pihak kementerian dalam melaksanakan serta mempunyai inisiatif untuk berkerjasama dengan pencipta kandungan iaitu content creator yang berkebiliti di media sosial yang boleh dipercayai untuk menyebarkan dan memberigakan maklumat tersebut.
Kaola percaya langkah-langkah ini akan dapat meningkatkan pertahanan peniaga tempatan antarabangsa mengenai potensi ekonomi Brunei dan menyokong perkembangan dan pertumbuhan perusahaan tempatan kita.
Sekian sahaja daripada kaola, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima Kasih Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Ada beberapa soalan terutama sekali mengenai dengan digital payment, cemana 'kitani' menggalakkan lebih banyak transaksi melalui digital payment.
Memang untuk menyokong usaha ini beberapa infrastruktur perlu disediakan, bukannya 'kitani' terus-terus kepada digital payment 'kitani' mesti makesure 'kitani' punya connectivity sepertimana yang dilaksanakan oleh UNN dimana-mana connectivity di seluruh negara itu adalah yang reliable dan yang kedua cybersecurity mesti dijaga sebelum 'kitani' mengadakan digital payment dan lain-lain, mungkin data center dan sebagainya.
Jadi ini اَلتَّكْرَارُ beberapa usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan datang masanya 'kitani' boleh mengintroduce digital payment. Jadi digital payment ini ada beberapa manfaatnya, ia akan mengurangkan pembayaran fee dan sebagainya. Pada masa ini, kalau 'kitani' sekiranya memakai debit card atau credit card memang ada charges di kedai itu mesti bayar charges dan sebagainya.
Jadi dengan Digital Payment ini charges akan berkurang اِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ ini akan memanfaatkan bukan sahaja kepada orang ramai mahu jua yang syarikat-syarikat, bisnes-bisnes. Jadi digital payment ini, ada jua kebaikannya untuk 'kitani' sama-sama meaddress isu anti-money laundering. Ini satu kebaikannya dengan digital payment.
Memang digital payment ini satu cadangan dari Asian Business Advisory Council. Kalau 'kitani' lihat di negeri-negeri jiran, seperti Republik Singapura, 'dorang' dari dulu sudah terdapat e-payment gateway dalam negeri. Jadi, dengan 'dorang' punya e-payment gateway ini, 'dorang' boleh bekerjasama dengan Thailand dengan payment gateway Thailand sendiri. Pada masa ini, Republik Singapura itu ada perjanjian dengan 4-5 negeri di dalam ASEAN ini. Jadi, satu cadangan dari Asian Business Advisory Council, perlulah setiap negeri ASEAN ini mendapat digital payment gateway sendiri.
Jadi, dapat 'kitani' link up, bekerjasama dengan sembilan negeri ASEAN yang lain, jadi semua memang ada connectivity. Bila 'kitani' nanti keluar negeri, 'kitani' gunakan this payment gateway card ini seperti macam 'kitani' dalam negeri, boleh digunakan di negeri-negeri ASEAN ini. Ini menggalakkan intra-trade within the ASEAN community. Jadi ia mengurangkan kos, misalnya pertukaran wang itu terus dapat 'kitani' tahu sebelum 'kitani' bayar. Inilah satu usaha kerajaan sudah mulai melaksanakan e-payment gateway ini sejak beberapa tahun kebelakangan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ seakhir-akhirnya pada awal tahun depan, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ akan terus dilancarkan. Pada masa ini, ada beberapa bank-bank tempatan sama-sama 'kitani' bekerjasama untuk menyediakan this e-payment gateway ini.
Kaola percaya, kalau sudah dilancarkan nanti e-payment gateway ini, sambutan daripada orang ramai memang meningkat. Sepertimana yang 'kitani' lihat dalam MSME Festival yang baru-baru ini di Bridex, sebanyak 180 bisnes yang ikut serta, semua disediakan QR code dan sebagainya untuk dibayar secara online dan sebagainya. Ini satu cara untuk 'kitani' meningkatkan lagi kegunaan digital payment. Memang ini dikira satu trend baharu, yang kaola percaya sambutan ini akan menggalakkan.
Seterusnya, mengenai penggunaan QR interoperability seperti yang ada di stesen minyak dan sebagainya. Perkara ini sudah bediscuss dengan Brunei Shell Marketing (BSM) dari segi sama ada dapat 'kitani' membayar tidak perlu menggunakan cash, menggunakan mobile dan sebagainya.
Jadi memang ada satu concern because pada masa ini, kalau di stesen minyak, tidak boleh 'kitani' menggunakan mobile phone because of the signal dan sebagainya. Jadi, inilah satu isu yang melambatkan 'kitani' memakai QR code di stesen minyak dan sebagainya. Tetapi QR code di mana-mana business community memang banyak sudah digunakan pada masa ini.
Mengenai online scam, memang suatu isu bukan yang sahaja terjadi di Negara Brunei Darussalam ini, di negeri-negeri lain pun banyak kes-kes ini. Jadi beberapa bank di Brunei ini sudah mengambil langkah sendiri untuk memastikan semasa 'kitani' membayar supaya tahu akaun itu yang akan dibayar atas nama siapa dan sebagainya supaya 'kitani' dapat double check benarkah akaun yang 'kitani' bayar itu dipunyai oleh orang yang 'kitani' akan bayar.
Inilah satu caranya untuk 'kitani' memastikan supaya jangan nanti 'kitani' membayar itu tidak diketahui siapa yang sebenarnya menerima pembayaran itu, sama ada kemungkinan scam dan sebagainya. Itulah satu langkah yang beberapa bank sudah introduce langkah-langkah seperti yang dikongsikan tadi.
Ada jua tambahan di limit kepada beberapa devices. Ada sebahagian daripada orang yang punya akaun ini, ia bagi password kepada ahli-ahli keluarga. Jadi ahli-ahli keluarga ini kadang-kadang menggunakan komputernya masuk dan sebagainya untuk membuat pembayaran without his knowledge.
Jadi ada bank-bank sudah limit kan untuk menggunakan device yang dihadkan untuk satu laptop dengan satu mobile. Jadi kalau ia pinjamkan password dan sebagainya kepada ahli-ahli keluarga yang lain, tidak dapat 'dorang' membuat transaksi. Itu another langkah untuk mengatasi isu ini.
Seterusnya, market intelligence. Pada masa ini Darussalam Enterprise (DARe) memang ada melantik satu syarikat untuk membuat survey dan sebagainya dari segi our business community dan sebagainya. Jadi Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) pun ada membuat kaji selidik dan sebagainya.
Pada masa ini, memang tidak centralised_ah jadi nampak pada masa ini sudah 'kitani' punya produk tempatan ini mulai sudah _export dan sebagainya. Ini satu information yang bagus 'kitani' kalau dapat dikongsikan dengan business community tempatan supaya 'dorang' melihat ada syarikat-syarikat sudah dapat mengexport, memanfaatkan export opportunity dan sebagainya. Mungkin 'dorang' lebih encourage untuk ikut juga. Jadi, market intelligence ini kalau dapat dikongsikan dengan business community memang ada satu langkah yang positiflah. Jadi pada masa ini, memang information ini tidak centralise. Kaola menyambut baik cadangan ini sama ada nanti difikirkan yang mana agensi yang dapat take over tugas ini untuk membuatkan satu regular market intelligence report.
Mengenai kebolehpercayaan data Brunei ini. Kaola ingin kongsikan ini bagi pihak Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES). Pada masa ini apa yang statistik yang dikeluarkan oleh JPES ini mengikut piawaian antarabangsa yang disarankan dalam buku garis panduan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa seperti International Monetary Fund (IMF), United Nations Statistic Division, International Labour Office dan sebagainya.
Jadi, memang apa yang dikeluarkan memang berkualiti dan boleh dipercayailah 'tu'. Tambahan pula Negara Brunei Darusalam sebagai ahli ASEAN Community Statistical System. Jadi ini sebagai satu platform memastikan ahli-ahli ASEAN memenuhi standard dalam menghasilkan, menyebarkan mengkomunikasi statistik yang berkesan.
Jadi ini yang bagi orang ramai, mana-mana pihak yang berminat boleh menggunakan bahan yang diterbitkan in a responsible manner untuk spread knowledge atau untuk membuat research mereka sendiri. Jadi, untuk orang ramai lebih faham apa yang dikongsikan dengan orang ramai ini dengan research data dan sebagainya, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ memang we will do it in a user friendly manner, mudah difahami seperti infographic yang disediakan untuk meningkatkan layman's understanding dan laporan-laporan telah pun disediakan dikeluarkan melalui website, instagram dan siaran media.
Itu sahaja mungkin kaola dapat kongsikan. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Eknomi II. Saya persilakan pula Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
أَحْمَدُ ٱللَّٰهَ عَزَّ وَجَلَّ وَأَشْكُرُهُ تَعَالَى عَلى نِعْمَائِهِ وَأَسْأَلُهُ تَعَالَى أَن يُعِينَنِىْ وَيَعْفُوَ عَنِّىْ وَيَغْفِرَ لِىْ وَيَتُوبَ
أَسْأَلُمُ ٱلْعَافِيَةَ وَٱلْغِنَى وَٱلْإِسْتِغْنَاءَ وَأَسْأَلُهُ تَعَالَى وَأَدْعُوَهُ أَحْمَدُ
أُسْكُنٌ اِسْمَعِيلُمُ عَائْشَمُنُ فَرْحَةَ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَتِهُ dan salam sejahtera. Lebih dahulu, kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan peruntukan yang terperinci.
Kaola tidak akan mengulas pembentangan belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang telah disampaikan dengan eloquent dan terperinci itu dan kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana dapat menyediakan peruntukan bagi memastikan jentera kerajaan berjalan terus di samping memperuntukkan di bawah RKN-12 sebanyak $4 bilion untuk tujuan kemajuan. الخجلة
Kaola berharap bahawa peruntukan yang telah pun diluluskan mampu membawa pertumbuhan ekonomi yang kita harapkan dan mendukung sektor-sektor yang boleh membawa pertumbuhan yang signifkan kepada ekonomi melalui peningkatan aktiviti, juga bagi projek-projek infrastruktur yang baharu akan membawa impak yang besar kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.
Yang Berhormat Pengerusi, seperti yang telah ditimbulkan di Dewan ini, kita telah mengenal pasti 3 industri utama yang pada pendapat kaola perlu diberi sokongan iaitu:
- Industri binaan seperti perumahan, bangunan-bangunan kerajaan dan komersial, jalan raya, jambatan dan sebagainya.;
- Pertanian, perikanan dan industri agrimakanan.; dan
- Industri pelancongan yang mempunyai potensi menjana banyak pekerjaan, industri pemakanan, pengangkutan, tempat kediaman, hotel dan sebagainya.
Kaola ingin bertanya sama ada ruang untuk menilai semula penambahan peruntukan jika betul-betul diperlukan kerana dalam perbincangan beberapa hari yang lepas, kita dapati peruntukan-peruntukan itu kurang mencukupi. Jadi kalau ada ruang, jika diperlukan untuk menimbangkan pemberian tambahan peruntukan.
Banyak sudah pengusaha anak tempatan yang menceburi bidang ini. Masa depan syarikat ataupun perusahaan mereka bergantung kepada sejauh mana pihak kerajaan berterusan menyokong industri ini sebagai industri yang utama. Kaola bertanya berapa kerapkah pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi turun padang to feel the pulse of our business community mengenai industri-industri yang kaola nyatakan itu?
Dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri, salah satu tujuan pengurusan belanjawan ialah meningkatkan kepelbagaian ekonomi negara melalui industri bekalan minyak dan gas iaitu dengan strategi mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif. Dikhuatiri jika ada mismatched antara realiti peruntukan yang dibenarkan dengan expectation terutama bagi mereka yang terlibat dengan keadaan ekonomi sekarang termasuk kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang mengharapkan peruntukan yang munasabah bagi membolehkan mereka melaksanakan perancangan strategik mereka bagi tahun 2024/2025 dan juga di bawah RKN-12. Ada pengusaha yang menyatakan peruntukan yang ada tidak akan banyak mengubah keadaan on the ground.
Di samping itu, Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga berpendapat pertumbuhan ekonomi kita bukan sahaja perlu injection kewangan ke dalam ekonomi tetapi perlu juga meneliti mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak business friendly dikaji atau digantung sementara bagi memberi business environment yang lebih kondusif dan supportive. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, syarikat-syarikat kita memerlukan pelampung penyelamat (lifebuoy) untuk menyelamatkan mereka and less peraturan atau undang-undang yang hanya menyulitkan keadaan.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi pandangan 'abiskaola'.
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman atas soalan-soalan mengenai perbelanjaan kerajaan untuk menyokong beberapa industri-industri penting bagi negara 'kitani'.
Bagi menjawab soalan ini, kaola akan membagi sedikit background. Kalau 'kitani' lihat peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, kita ambil satu angka sebagai contoh pada tahun 2018/2019, hingga sekarang bajet 'kitani' yang dicadangkan sebanyak $6.25 bilion ini sudah meningkat $1 bilion.
Jadi, soalan memang mungkin bukan sahaja injection kewangan untuk menyokong industri-industri sahaja yang cukup, mungkin ada dasar-dasar yang perlu 'kitani' review untuk sama-sama kita menyokong industri-industri yang penting ini. Jadi, bagi RKN-12 memang 'kitani' ada sediakan satu peruntukan Pembangunan Kluster Makroekonomi.
Jadi, ini memang satu peruntukan disediakan. Belum lagi dikhuskan untuk mana-mana projek. Kalau sekiranya ada keperluan untuk menyokong pembangunan makroekonomi 'kitani', peruntukan ini boleh digunakan. Jadi, memang ada peluang untuk 'kitani' tidak semestinya terikat dalam $4 bilion ini. Memang ada disediakan sebahagian peruntukan untuk 'kitani' memikirkan kalau sekiranya ada keperluan, tidak perlu 'kitani' menunggu sampai RKN-13 baru dimajukan mana-mana kluster yang dikenal pasti.
Jadi, kaola juga ingin mengongsikan dalam beberapa bidang ini, bukan sahaja perbelanjaan ini diharapkan dari kerajaan. Sepertimana yang diterangkan dalam economic blueprint, ia juga melibatkan GLC's, melibatkan juga FDI dan sebagainya. Kalau 'kitani' melihat pada masa ini, kita akan membesarkan lagi Pelabuhan Muara, menambah satu lagi terminal, berbelanja beratus juta, ini tidak menggunakan peruntukan kerajaan, ini menggunakan joint venture GLCs dengan FDI untuk mendapatkan dana, membesarkan terminal dan sebagainya.
Jadi, bagi pelancongan memang ada satu projek yang sedang dirancangkan di Daerah Temburong yang tidak menggunakan peruntukan dari kerajaan. Ini dikira private investment. Jadi, itulah economic blueprint kita, bukan sahaja mengharapkan peruntukan dari kerajaan, tetapi di mana-mana ada peluang 'kitani' menggunakan private capital. 'Kitani' akan pastikan private capital itu digunakan secara komersial, jadi dapat sustainable. Tidak berbalik suatu hari nanti mengharapkan kerajaan untuk menyokong lagi.
Dari segi pertanian, memang satu usaha dari dahulu kerajaan membantu bidang pertanian ini dengan subsidi, by bank dan sebagainya. Ketiga-tiga ini kaola rasa memang sudah ada sources of funding untuk menyokong tiga industri ini. Cuma, kita mesti memikirkan kerana ada sebahagian masalah perniagaan itu, sepetimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman tadi, tidak semestinya mengenai kewangan.
Mungkin ada sebahagian dasar-dasar kerajaan perlu direview, diubah untuk menyokong ekonomi 'kitani'. Jadi, seperti yang kaola cadangkan tadi pagi jua, kalau boleh kaola ingin berjumpa dengan para peniaga ini supaya lebih faham apa sebenarnya isu mereka because kaola mengexplain hari itu, kadang-kadang economic structure akan berubah dari satu masa ke masa yang lain. Jadi modal bisnes sebelum ini mungkin tidak lagi berdaya tahan. Jadi perlulah 'kitani' berubah, change with time. Modal bisnes itu juga perlu diubah. Jadi kalau ada orang yang mempunyai bisnes ini berasa bisnes mereka perlu diubah, kaola memang menggalakkan mereka terus melabur di dalam negeri ini, mungkin bukannya dalam bisnes yang ada pada masa ini mungkin dalam peluang yang lain seperti manufacturing industries dan sebagainya. Mungkin mereka boleh expand dan divert into other industries.
بِسْمِ ٱللّٰهِ akan diharapkan terdapat peluang untuk berjumpa dengan pengusaha-pengusaha bisnes seperti yang Ahli Yang Berhormat sebutkan tadi. Mungkin dapat diaturkan untuk sama-sama 'kitani' berjumpa. Sepertimana yang kaola selalu lakukan, iaitu berjumpa dengan National Chamber of Commerce, Brunei Economy Roundtable Discussion dan sebagainya. Ini sebagai satu tambahan lagi, grouping yang mungkin ada manfaat dan menolong Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam menjalankan tugasnya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin membuat intervention, penerangan tambahan berhubung soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sememangnya kaola ingin menambah sedikit daripada apa yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai isu cyber security.
Ingin kaola kongsikan memang ecosystem cyber yang selamat dan terjamin adalah salah satu pemboleh utama dalam mengembangkan penggunaan kaedah online bagi urusan perniagaan mahupun kaedah pembayaran. Dalam hubungan ini dikongsikan juga bahawa 3 tunggak utama keselamatan cyber adalah people, process dan teknologi. Oleh yang demikian, langkah dan strategi yang dilaksanakan adalah menjurus kepada 3 tunggak utama tersebut.
Pada masa yang sama juga tidak dinafikan bahawa isu penipuan secara dalam talian adalah membimbangkan dan berdasarkan laporan yang dikumpul oleh pihak Pasukan Polis Diraja Brunei dan juga BruCERT (Brunei Computer Emergency Response Team), kebanyakan daripada modus operandi yang top 5 pada masa ini adalah tatacara social re-engineering, iaitu sama ada melalui jual beli atas talian, scam pelaburan, WhatsApp impersonation, skim pinjaman wang dan juga scam yang offers loan schemes.
Dalam hubungan ini, di samping meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai dari segi mencegah penipuan oleh social engineering modus operandi ini, berbagai langkah-langkah keselamatan awam yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat sama ada warga emas, kanak-kanak sekolah dan seumpamanya akan terus dan sedang berjalan. Pada masa yang sama dikongsikan juga perintah keselamatan cyber yang telah أَفْكَمَن mendapat perkenan dan diwartakan pada tahun 2023.
Pada masa ini dalam proses 'memberigakan' keperluan-keperluan kepada pemilik-pemilik sistem yang dikategorikan sebagai infrastruktur maklumat kritikal atau critical information infrastructure. Perundangan ini akan menghendaki semua institusi-institusi yang memiliki critical information infrastructure yang juga termasuk institusi kewangan seperti bank-bank.
Mereka dikehendaki untuk memastikan dan melaksanakan langkah-langkah bagi mencegah sistem mereka dari mudah diceroboh. Pada masa yang sama, diakui juga dalam isu menangani online scam tersebut, ia juga memerlukan tindakan yang berbeza daripada traditional crimes yang memerlukan juga tindakan cerdas.
Dalam hubungan ini dikongsikan bahawa sebuah taskforce telah ditubuhkan bagi menangani jenayah tipu dan scamming di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negara yang keahliannya dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dan ahli-ahlinya terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, pegawai-pegawai jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negri, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi (AITI) dan juga ahli-ahli ad hoc yang terdiri daripada Cyber Security Brunei, UNN dan juga Pertubuhan Bank Negara Brunei Darussalam. Ini antara langkah yang sedang dilaksanakan untuk menangani kesukaran atau kegusaran orang ramai mengenai isu scam ini.
Sebagai maklumat tambahan juga, pihak AITI juga pada masa ini sudah melaksanakan tindakan untuk menghalang nombor-nombor yang diketahui dan digunakan sebagai short message scheme scam yang digunakan dan juga menghalang laman-laman web yang diketahui dan digunakan atau disertakan dalam link kepada short messages system tersebut. Inilah Yang Berhormat Pengerusi dikongsikan antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah isu online scam tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas penerangan tambahan yang baru disampaikan.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بسم الله الرحمن الرحيم أحمده و أثني عليه بما هو أهله و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan hormatnya sukacita kaola lebih dahulu mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada kaola untuk sama-sama membahaskan Belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Kaola juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah yang diutarakan dengan begitu komprehensif yang antara lainnya menggariskan hala tuju dan pelan-pelan tindakan yang telah dan akan dilaksanakan ke arah mencapai visi kementerian ini, iaitu fiskal dan ekonomi yang progresif ke arah negara yang aman makmur.
Di samping itu juga berbagai strategi dan inisiatif yang telah berjaya dan dilaksanakan, seterusnya akan diteruskan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan semata-mata bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terutamanya kaola ingin menyentuh yang berhubung kait mengenai dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Kaola ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
Merujuk kepada perangkaan dan laporan Banci Tahunan Perusahaan/Perniagaan (BTP) 2023 atau Annual Census of Enterprises (ACE) 2023, berperanan penting sebagai pemacu kepada perekonomian negara yang merangkumi lebih kurang 97.6% atau 6,411 perusahaan daripada 6,570 keseluruhan perniagaan di negara ini. Manakala selebihnya ialah 159 atau 3% yang dikategorikan sebagai perusahaan dalam perniagaan berskala besar.
Dalam hal ini adalah difahamkan PMKS ini juga adalah penyumbang signifikan kepada penjanaan peluang-peluang pekerjaan yang merangkumi 60% pekerjaan dalam sektor-sektor swasta dan 40% KDNK negara yang membuktikan kepentingannya dalam menjana kelestarian ekonomi. Jika kita lihat perangkaan daripada tahun 2021 sehingga 2022, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana telah meningkat sebanyak 3.4%.
Manakala data yang menunjukkan peningkatan dari proportion perusahaan daripada 42.4% kepada 43.1%. Manakala proportion perusahaan sederhana pula telah meningkat daripada 846 jumlah perusahaan pada tahun 2021 kepada 928 jumlah perusahaan pada tahun 2022. Proportion ini, bagi perusahaan sederhana adalah pada kadar 14.1% daripada jumlah jenis perniagaan. Walau bagaimanapun, daripada indikator Banci Tahunan Perusahaan/Perniagaan (BTP), ini telah menunjukkan peningkatan perusahaan skala mikro dan sederhana pada tahun 2021 dan 2022. Akan tetapi, perusahaan kecil dan besar mengalami penurunan. Perusahaan kecil telah menurun sebanyak 0.3% iaitu dengan jumlah perusahaan 2,661 pada tahun 2021 kepada 2,652 perusahaan pada tahun 2022.
Bagi perusahaan besar pula telah pun menunjukkan penurunan dari peratusan iaitu 5.4% daripada tahun 2021 kepada tahun 2022. Apa yang dapat kita lihat, bagi pandangan kaola sendiri, ialah cabaran untuk menggalakkan dan meningkatkan lebih ramai lagi peniaga-peniaga sama ada dalam skala kecil, sederhana apatah lagi yang berskala besar yang dilihat mengalami penurunan bukannya menunjukkan peningkatan.
Jika dilihat dari segi tren pendapatan syarikat-syarikat atau pun perusahaan persendirian, apa yang difahamkan telah pun menunjukkan tren peningkatan sejak tahun 2017. Peningkatan yang paling ketara adalah sejak tahun 2021 sehingga 2022 daripada 31.9 juta kepada 40.8 juta. Pencapaian peningkatan ini adalah suatu yang menggalakkan. Apa yang diharapkan, suapaya momentum peningkatan ini akan terus ditingkatkan dari masa ke semasa إن شاء الله.
Menyedari akan peranan private sector sebagai salah satu engine of growth dalam aspek perekonomian dan menerusi agensi-agensi kerajaan yang bertindak sebagai tonggak utama berperanan sebagai pemudah cara dan facilitator untuk menjadikan persekitaran perniagaan yang kondusif dan lebih mesra iaitu eko sistem yang lebih baik, kaola ingin memohon pencerahan apakah strategi atau inisiatif-inisiatif dalam mendorong dan menggalakkan lagi bagi mengembang majukan lagi peniaga-peniaga ke tahap sehingga mencapai perniagaan berskala besar dan seterusnya berpotensi untuk menembusi eksport ke luar negeri.
Keduanya, kaola ingin menyentuh tentang fiscal policy. Sepertimana yang dimaklumi, visi Kementerian Kewangan dan Ekonomi adalah "Progressive fiscal and economy towards a prosperous nation". Sementara, di antara tiga daripada empat aspirasi pelan strategik Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi tahun 2021-2025.
Pertamanya pembangunan ekonomi dan kepelbagaian. Kedua, menggalakkan, kemampanan fiskal melalui penggunaan kewangan awam yang cekap. Ketiga penglibatan dan kerjasama pihak berkepentingan yang berkesan.
Dalam waktu yang sama, antara cabaran-cabaran yang kaola nampak di sini ialah sebagaimana semua kita maklumi, fiskal atau balance negara telah mengalami defisit sejak beberapa tahun yang lalu. Misalnya, pada Tahun Kewangan 2024 hingga 2025, dijangkakan 2.99 bilion.
Keduanya, tatacara mengimbangi serta mengukuhkan kestabilan fiskal negara dan yang lebih penting lagi ialah bagaimanakah negara mengawal atau menyemai segala risiko-risiko dan kesan-kesan negatif pada masa sekarang dan akan datang malahan jangka masa panjang? Dalam kata lain, kita tidak mahu membebankan ekonomi kepada generasi-generasi akan datang.
Dalam kita bersama-sama bergerak menghadapi keadaan sosio ekonomi yang masih belum kukuh dan pertumbuhan ekonomi yang berjalan dengan perlahan, di samping aktiviti-aktiviti perekonomian yang belum begitu menyerlah termasuklah juga dalam menggalakkan Foreign Direct Investment (FDI) secara lebih agresif. Maka sukacita mendapat pencerahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ekonomi II apakah strategi atau inisiatif-inisiatif bagi mengukuhkan dan memantapkan fiskal negara yang lebih terarah dan bagi menjamin kedudukan kewangan yang lebih sustainable dan berdaya tahan?
Di sinilah kaola berpendapat peranan yang sangat penting untuk lebih bersungguh-sungguh dan agresif yang menghendaki pensejajaran dan penyelarasan dasar kerajaan khususnya sebagai facilitator dalam mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan dan sustainable sehingga boleh mencapai aspirasi atau Wawasan Brunei 2035.
Ketiganya, kaola ingin menyentuh berhubung kait dengan perusahaan koperasi. Koperasi boleh diertikan sebagai persatuan autonomy orang-orang yang bersatu secara suka rela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya bersama melalui perusahaan yang dimiliki bersama dan dikawal secara persetujuan melalui permaufakatan menurut peraturan-peraturan koperasi yang dikuatkuasakan.
Model koperasi seperti mana yang diamalkan di kebanyakkan negara-negara serantau adalah berasaskan prinsip yang melangkaui keuntungan, di mana mampu menghasilkan impak yang signifikan kepada perkembangan sesesbuah masyarakat setempat bahkan merangkumi sosio ekonomi sesesbuah negara.
Walau bagaimanapun, ianya menuntut transformasi atau pembaharuan dalam perkembangan koperasi mengikut perkembangan dan keadaan semasa dan akan datang. Menurut artikel International Cooperative Alliance World 2022, di peringkat global, perusahaan koperasi yang mantap adalah merupakan sektor yang mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih sustainable di mana perolehannya berjumlah USD$2 trilion yang disumbangkan oleh kira-kira 3 juta koperasi dan 1 bilion anggota.
Sebahagian besar koperasi yang terbaik di dunia, berpengkalan di Eropah iaitu 24% daripada 300 koperasi yang majoritinya daripada koperasi ini beribu pejabat di negara-negara Perancis, Jerman dan Belanda. Ini telah membuktikan bahawa betapa pentingnya perusahaan koperasi untuk diambil perhatian dan perlu ditransformasi mengikut amalan-amalan terbaik dijadikan contoh dan tauladan tentang kemanfaatannya dalam mengembang majukan dan mengaktifkan perusahaan koperasi di negara ini.
Sehubungan dengan ini, kedudukan perusahaan koperasi negara ini, kaola minta pencerahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tentang perkara-perkara berikut:
Setakat manakah status perkembangan dan keaktifan perusahaan koperasi di negara ini?
Berapakah bilangan perusahaan koperasi yang berdaftar termasuklah ahli-ahlinya, meningkat atau sebaliknya?
Pada perhatian kaola sendiri secara peribadi, prestasi perusahaan koperasi dalam menyumbangkan sosio ekonomi dan ahlinya dan perusahaan koperasi sendiri belumlah begitu menggalakkan di negara ini. Oleh yang demikian, apakah punca utama menyebabkan banyak perusahaan koperasi tidak begitu aktif dan berkembang maju malahan juga tidak bertambah jumlahnya? Apakah strategi mahu pun inisiatif yang dirancang untuk memajukan perusahaan koperasi sebagai pembantu pemangkin pertumbuhan sosio ekonomi setempat khususnya dan negara umumnya?
Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola ingin menyentuh di sini ialah dalam buku Tajuk di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi iaitu Tajuk Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi iaitu indikator terhadap penyertaan ekspo dan pameran perdagangan serantau dan antarabangsa. Nampaknya dalam Buku Belanjawan hanyalah 3 pameran atau pun penyertaan ekspo ditahun 2021/2022 manakala 2022/2023 hingga 2024/2025 hanyalah menampakkan 2 penyertaan dalam pameran dan ekspo. أَكْمَلُهُ, apa yang kaola dapat lihat di sini ,sepertimana yang dijalankan oleh Economic Development Board baru-baru ini telah mengadakan Invest In Brunei di Australia semasa sidang ASEAN Special Summit Market Place dengan menggambarkan ekosistem perniagaan yang kondusif and friendly. Ini adalah satu cara untuk memberikan maklumat yang sebenarnya bagaimana "kitani" menarik pelabur-pelabur malahan juga ekspo ini boleh kita mempromo bagi mendatangkan pelancong-pelancong serta produk-produk tempatan yang boleh dieksport.
Apa yang kaola ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, adakah inisiatif untuk merebut strategi atau lebih banyak lagi penyertaan negara untuk menyertai pameran atau ekspo dalam usaha 'kitani' bersama untuk menarik lebih banyak lagi pelabur-pelabur asing begitu juga kaola maksudkan tadi ialah untuk menarik lebih banyak lagi pelancong-pelancong serta mana-mana produk tempatan yang boleh 'kitani' promo untuk dieksport.
Seterusnya, kaola ingin menimbulkan di bawah Tajuk Jabatan Perbendaharaan iaitu berhubung dengan peratus mengurangkan tunggakan kutipan hasil bagi sektor kerajaan. Apa yang kaola fahami, Tahun Kewangan 2021/2022 berjumlah 7% - $31.71 juta tunggakan.
Dari indikator sasaran untuk mengurangkan tunggakan bagi tahun 2022/2023 - 2.7%. Manakala ia menurun 2023/2024 kepada 2.0%. Kaola masih merebiu di sini untuk memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, kenapakah sasaran-sarana kita makin menurun bukannya pulang untuk menambahkan lagi penagihan untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak lagi daripada tunggakan-tunggakan hasil.
Sepertimana 'kitani' yang sedia maklum, pada Tahun Kewangan 2024/2025 adalah dijangkakan 'kitani' akan mengalami defisit $2.99 billion. Dari segi itu, kaola berpendapat keadaan defisit negara ini adalah 'kitani' fikirkan bersama bukan sahaja dibebankan kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi tapi sepatutnya jua kementerian-kementerian dan agensi kerajaan bukan sahaja memikirkan untuk mendapatkan peruntukan tetapi kita bersama bersatu padu bagaimanalah untuk 'kitani' mengurangkan defisit itu dengan cara sekurang-kurang berfikir bagaimana sekurang-kurangnya merebiu atau memperkenalkan satu sistem yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Adalah tidak dinafikan, kalau kita memperkenalkan satu sistem untuk mengenakan bayaran atau mengembalikan lagi lesen-lesen kepada peniaga-peniaga, kita haruslah juga memikirkan supaya ianya tidak akan membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Jadinya 'barangkali' yang dapat kaola timbulkan disini. Kaola sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola sudahi dengan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, beberapa soalan yang diajukan tadi. Pertama mengenai dengan PMKS dalam mana dikongsikan yang perusahaan kecil dan besar ada menurun, mikro dan sederhana ada meningkat dan sebagaimanya. Bagi Kementerian atau pun bagi Kerajaan tidak kira sama ada ia kecil, mikro, besar atau serdehana "kitani" akan terus menolong dan memberikan bantuan.
Beberapa program telah diberikan dari Darussalam Enterprise dan juga sokongan seperti co matching and business helpdesk dan sebagainya. Jadi, tidak kiralah siapa dan berapa sizenya, memang "kitani" juga sebahagian PMKS ini akan terus berkembang menjadi skala yang besar. Jadi untuk mengembangkan lagi PMKS "kitani" supaya 'durang' ini menjadi satu perusahaan yang besar, "kitani" mesti melihat market "kitani", jika kalau "kitani" melihat market dengan domestik market dengan jumlah penduduk 450 ribu orang dari tahun setahun lebih kurang juga jumlah itu, jadi untuk berkembang terus ia memang either ia berkembang mengambil pie orang lain ataupun ia mesti meliat kepada eksport market.
Inilah memang kaola kongsi memang terus menggalakkan supaya perusahaan "kitani" terus melihat eksport market jangan diharapkan domestik market sahaja memandangkan penduduk ataupun demand 450 ribu orang akan sama sahaja. Jika ia perkembangan, mungkin ia ambil pie daripada lain syarikat tempatan. Ini bukannya cara kita memperkembangkan perusahaan "kitani", perlulah "kitani" melihat eksport market dan sebagainya. Ini adalah satu isu jika berjumpa dengan peniaga tempatan dan mungkin dapat dikongsikan bagaimana mendapatkan business model perlulah look beyond the current operation.
Soalan yang kedua fiscal policy cabaran-cabaran pada masa ini, memang sejak 10 tahun yang lalu, sudah "kitani" mula mengalami fiscal deficit. Ini memang inda sustainable, perlulah sama-sama memikirkan macam mana mengatasi isu ini daripada menggalakkan perbelanjaan yang behemah dan sebagainya, itu mungkin akan mencapai sebahagian mengurangkan defisit bukan semestinya the only solution.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang dari beberapa tahun kebelakangan sudah mengadakan satu fiscal consolidation programme menggalakkan mana dapat kita melalui membuat kaedah PPP, corporatization dan sebagainya. Itulah yang isu-isu yang "kitani" teruskan untuk supaya "kitani" dapat mengurangkan defisit "kitani".
Jadi untuk menjaga sustainability, kita memikirkan generasi yang akan dating, apa perbelanjaan pada masa ini mesti menghasilkan kehasilan yang positif pada masa depan. Seperti yang kaola pernah kongsikan investing in our future jadi perbelanjaan "kitani" mudahan-mudahan pada masa depan akan mengurangkan peruntukan daripada kerajaan. Inilah strategi 'kitani' pada masa ini. Satu lagi kaola ingin mengongsikan because of fiscal policy di Negara Brunei Darussalam ada berbeza dengan negeri-negeri lain walaupun ekonomi 'kitani' maju, walaupun KDKN 'kitani' terus meningkat, tidak semestinya menjamin kedudukan fiscal kerajaan akan meningkat (improved) because 'kitani' punya fiscal policy_terutama sekali _tax lain daripada negeri-negeri lain.
Kalau bagi negeri-negeri lain, ekonomi maju, banyak orang yang bekerja dan banyak menerima income tax, corporate tax, property tax, sales tax, tourist tax dan sebagainya. Bagi 'kitani' walaupun tourist meningkat, walaupun banyak orang beli rumah dan sebagainya, hasilnya tidak meningkat. Inilah perbezaan di negara 'kitani' dibandingkan dengan negeri-negeri lain. 'Kitani' memang terus membantu PNKS 'kitani' tetapi bukan semestinya objektif untuk meningkatkan hasil kerajaan.
Memang kalau ada yang mendaftar syarikatnya sebagai sendirian berhad adalah membayar cukai korporat tax tetapi selain daripada itu, tidak ada lagi pendapatan yang seperti di negeri jiran. Seterusnya mengenai dengan koperasi, memang dari dulu sudah 'kitani' menghadapi cabaran dengan koperasi-koperasi, ada yang tidak membuat financial statement, tidak membuat akaun dari tahun ke tahun.
Dua tiga tahun kebelakangan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengambil langkah untuk meningkatkan koperasi-koperasi pada masa ini seperti 'kitani' me improve governance bagi koperasi financial statement. Kebanyakan koperasi sudah up-to-date and then 'kitani' juga untuk menolong dapat mendigitilize (adoption of digital payment) menggunakan komputer sistem. Kebanyakan koperasi dahulu terlibat dalam petrol station sahaja. Now kitani' menggalakkan melibatkan aktiviti-aktiviti mereka dalam priority sector di bawah economic blueprint, koperasi juga bekerjasama dengan satu kampung satu produk untuk expand of production melalui bisnes merchant dan sebagainya.
Ini juga beberapa langkah sudah diambil untuk menolong dan melihat bisnes strategi bagi koperasi-koperasi yang ada di dalam negeri ini. Setakat ini memang ada 160 koperasi di seluruh Brunei dan keahliannya lebih 33,000 orang dan share capital $36.3 juta, aset hampir $69 juta. Itulah yang 'kitani' teruskan.
Memang apa yang dikongsikan oleh Yang Berhormat tadi dengan kepentingan koperasi memainkan peranan untuk mengembangkan ekonomi juga dan menolong ahli-ahli yang ikut dalam beberapa buah koperasi ini. Kita terus menolong dan menyokong. Usaha ini baru kita mengatasi dalam beberapa tahun ini, memang satu usaha yang akan diteruskan.
Seterusnya bagi soalan mengenai indicator expo, memang pada masa ini sudah nampak hasil 'kitani' melibatkan syarikat-syarikat 'kitani' di beberapa expo. Di BEDB, DARe masing-masing ada expo dan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyokong sebahagian expo bukan terlibat semua expo. Apa yang disenaraikan, dua atau tiga expo di bawah BEDB atau DARe, expo berkenaan tidak termasuk dalam pengiraan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Seterusnya mengenai tunggakan, kaola ingin menjelaskan, tahun lepas mengurangkan tunggakan 2.7% tahun 2023, 2024 terus mengurangkan lagi 2% bukannya dikurangkan daripada tahun yang sebelum itu. Maksudnya tahun ini 'kitani' capai 2.7%, tahun depan 'kitani' terus lagi mencapai another 2% bukannya sampai dikurangkan. Ini disebabkan pada masa ini 'kitani' masih memasang prepaid meters, kebanyakan tunggakan yang pada masa ini adalah bil elektrik, bil air dan mungkin ada perumahan.
Sejak 2016, sudah 'kitani' putuskan untuk mengubah prepaid meter 'kitani' dengan prepaid meter yang lebih canggih. Yang mana sebelum ini tidak dapat digunakan di bangunan besar seperti supermarket dan sebagainya. Prepaid meter yang baharu ini dapat digunakan di mana-mana bangunan. Ada beberapa cabaran because of COVID dan because of kekurangan microchip di seluruh dunia. Production of prepaid meter ada delay. Pada masa ini kalau tidak salah 'kitani' sudah memasang lebih 20,000 prepaid meters di rumah-rumah dan kedai-kedai.
'Kitani' memerlukan lebih 100,000 prepaid meters. Pada masa ini masih menunggu arrival of the new stocks dan kelambatan ini disebabkan kekurangan microchips seluruh dunia dan shipment issue, logistic dan sebagainya. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ akan diteruskan kalau sekiranya 'kitani' dapat mempercepatkan pemasangan prepaid meter dan sebagainya, maka tunggakan 'kitani' bolehlah ada sasarannya yang lebih tinggi supaya dapat mengurangkan dengan lebih cepat. Ini sudah 'kitani' usahakan dan إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ini mungkin akan dapat dikurangkan secepatnya. Itu sahaja yang dapat koala kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II di atas respons dan penjelasan-penjelasan yang dibuat yang mana telah pun memberikan penerangan-penerangan lanjut berhubung dengan pertanyaan-pertanyaan dan keraguan-keraguan yang timbul dari Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira cukuplah kita berbincang mengenai dengan perkara ini pada petang ini. Saya berpendapat ada baiknya mesyuarat jawatankuasa kita ini, kita tangguhkan dulu dan kita bersidang semula di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan persidangan kita ini kita tangguhkan dulu untuk kita berehat. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ kita akan bersidang semula tertakluk pada penglihatan anak bulan Ramadan. Jika sekiranya tidak sabit dilihat, maka kita akan bersidang semula pada hari Isnin, 11 Mac 2024 seperti biasa bermula daripada pukul 9.30 pagi dan jika anak bulan Ramadan sabit dilihat, kita akan bersidang semula pada hari Selasa 12 Mac 2024 bermula pada pukul 10.00 pagi.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan.
Sekian, وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقِ وَالهِدَايَةِ. وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 11821
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 5247
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 1646
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 816
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi: 751
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 720
Yang Berhormat Pengerusi: 650
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 513
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 492
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 462
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam: 330
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 194