Skip to main content

HARI KE-10 PETANG

For Informational Purposes Only

11HB MAC 2024 PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَعَلَىٰ اٰلِكَ وَصَحْبِكَ Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membahaskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025, yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang tersebut satu per satu dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ . Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang majlis ini bersidang di peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025, untuk diteliti satu per satu.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada sebelah pagi tadi, kita telah selesai meluluskan Belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sekarang kita akan beralih kepada tajuk-tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SF01A hingga SF06A bagi Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita beralih kepada tajuk di bawah Belanjawan Kementerian Pendidikan.

Sebelum saya membukakan tajuk di bawah kementerian ini untuk dibahaskan, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementerian serta penjelasan dan kenyataan mengenai penyediaan belanjawan bagi Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Dengan itu, saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan salam sejahtera, Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola/saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kesempatan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah bagi mengongsikan fokus utama Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tahun Kewangan 2023/2024 telah menuai beberapa hasil perubahan dan kemajuan yang signifikan dalam sektor pendidikan sejajar dengan keperluan negara khususnya bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran yang relevan untuk menjana ekonomi negara di samping meneruskan usaha-usaha menangani cabaran-cabaran global yang turut memberi kesan dan pengaruh kepada komitmen dan peranan Kementerian Pendidikan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dengan izin يَّا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ setiap cabaran yang dihadapi telah membukakan peluang-peluang peningkatan dalam keupayaan Kementerian Pendidikan agar setanding dengan negara-negara lain dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang lebih mampan, lestari dan responsif kepada faktor-faktor global antara lain krisis kesehatan dan kepesatan kemajuan industri serta teknologi.

Justeru, sebagai langkah memperkemaskan lagi perancangan-perancangan yang mencakupi semua aspek dan peringkat pendidikan agar sentiasa terarah, Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2023-2027) telah menumpukan pada 3 matlamat utama iaitu:-

  1. Mempupuk pelajar siap siaga masa hadapan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta keupayaan pelajar dalam mengharungi masa hadapan yang sentiasa berubah dan menyumbang sebagai ahli masyarakat yang aktif;

  2. Mempertingkat ekosistem pendidikan inovatif. Kementerian Pendidikan akan terus berusaha untuk memastikan amalan dan proses pendidikan yang robust dan relevan dalam mewujudkan penyelesaian-penyelesaian baharu; dan

  3. Membina sumber tenaga manusia. Kementerian Pendidikan akan terus meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia dengan menyediakan latihan profesional berdasarkan piawaian etika yang tinggi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya menyembahkan menjunjung kasih yang setinggitngginya kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas kepercayaan dan sokongan menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak $810,383,636 bagi perbelanjaan Tahun Kewangan 2024/2025.

Daripada jumlah peruntukan di bawah Tajuk kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya, sejumlah $549,176,850 iaitu 68% disediakan untuk emolumen kakitangan iaitu sebanyak 12,580 jawatan bagi tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar.

Manakala, $221,997,500 iaitu 27% untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang. Bagi Perbelanjaan Kemajuan adalah sebanyak $39,209,286 iaitu 5%.

Tidak disangkalkan, jumlah peruntukan yang signifikan ini menunjukkan komitmen Negara Brunei Darussalam yang berterusan melalui Kementerian Pendidikan untuk menjana sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi sejajar dengan Matlamat 1 Wawasan Brunei 2035 iaitu "Melahirkan Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya".

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ kaola/saya dan seluruh warga Kementerian Pendidikan akan memanfaatkannya dengan penuh amanah mengikut keutamaan dan keberhasilan impak untuk mendukung Tema Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 iaitu "Bersatu Membina Masa Depan yang Lebih Makmur" khususnya memfokuskan kepada pembangunan modal insan yang dinamik dan berwawasan bagi memenuhi ekspektasi pelbagai pihak yang berkepentingan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kesungguhan dan komitmen Kementerian Pendidikan boleh dilihat menerusi bidang-bidang keutamaan yang merentasi semua peringkat dan aspek pendidikan sepanjang tempoh Tahun Kewangan 2023/2024 sebelumnya, antara lain seperti:-

  1. Melaksanakan Pindaan Akta Pendidikan Wajib berkaitan umur wajib bersekolah dari 6 tahun ke 5 tahun sebagai komitmen Negara Brunei Darussalam kepada penyediaan pendidikan awal kanak-kanak;

  2. Penubuhan sekolah khas pertama yang mula beroperasi pada Januari 2024, khusus untuk menerima pelajar berkeperluan khas tahap tinggi;

  3. Pelaksanaan pengintegrasian mata pelajaran Ugama dari Darjah Pra hingga Darjah 3 ke dalam Sistem Pendidikan Umum mulai 1 November 2023, melibatkan pelajar berumur antara 7 tahun hingga 10 tahun, iaitu pelajar dalam Tahun 2 hingga Tahun 5 Sistem Pendidikan Umum;

  4. Pengukuhan STEAM Education and Skills. Antaranya dengan menaik taraf mata-mata pelajaran Seni dan Teknologi dalam komponen STEAM sebagai sebahagian dari mata pelajaran teras, khususnya bagi pelajar-pelajar Program Menengah Umum dan Terapan Tahun 9 hingga 11;

  5. Penelitian piawaian literacy dan numeracy, penyelarasan kurikulum kepada piawaian dan penghasilan piawaian _literacy Bahasa Melayu serta piawaian-piawaian yang lain;

  6. Pelaksanaan rintis Program Sahsiah Pelajar (PSP) ke atas 18 buah sekolah. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang holistik dan kompeten dalam 4 komponen PSP, iaitu Fizikal, Kerohanian, Perkhidmatan dan Kreativiti;

  7. Pelancaran Program B.E.S.T singkatan bagi Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab yang bertujuan sebagai usaha untuk mencegah gejala buli dari berlaku di tempat-tempat pengajian, khususnya dengan memberikan kefahaman dan kesedaran kepada warga institusi pendidikan mengenai ancaman dan kesan buli;

  8. Penaiktarafan secara berterusan prasarana rangkaian IT yang merangkumi penyediaan perkhidmatan internet jalur lebar berkapasiti tinggi dan penyediaan akses Wi-Fi yang lebih menyeluruh di kawasan sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab-maktab dan pusat-pusat tingkatan enam;

  9. Penyediaan Skim TVET mulai tahun 2023 yang merupakan usaha sama Kementerian Pendidikan dan Manpower Planning dan Employment Council (MPEC) kepada pelajar-pelajar yang memperolehi 3 'O' Level credit ke bawah yang terpilih bagi meneruskan pengajian;

  10. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak industri telah menyediakan piawaian serta garis panduan yang dinamakan Brunei National Occupational Skill Standards (BNOSS). Setakat ini enam piawaian telah diguna pakai oleh tenaga kerja, majikan dan pusat latihan dalam sektor tenaga dan sembilan piawaian dalam sektor perhotelan dan pelancongan;

  11. Meningkatkan pembangunan kapasiti bagi tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar;

  12. Penyediaan kerangka Jaminan Kualiti Intitusi Pengajian Tinggi (Higher Education Quality Assurance Framework) untuk meningkatkan kapasiti IPT;

  13. Mereview Akta Pendidikan yang sedia ada dalam penyediaan dan penderafan Akta Pengajian Tinggi bagi pengawalseliaan sektor pengajian tinggi yang lebih teratur, sistematik dan relevan; dan

  14. Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan dengan negara-negara luar yang bertujuan luar untuk mengukuhkan hubungan 2 hala institusi-institusi tempatan dan antarabangsa.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli- Ahli Yang Berhormat

Syukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى pelaburan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sektor pendidikan telah membuahkan hasil dan pencapaian seperti berikut:-

  1. Pencapaian Negara Brunei Darussalam dalam Program for International Students Assessment (PISA) bagi tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan yang significant dari PISA 2018. Antara negara-negara ASEAN yang ikut serta, Negara Brunei Darussalam adalah salah satu daripada 3 negara teratas dalam semua domain PISA tahun 2022.

    Skor bagi Negara brunei Darussalam dalam ketiga-tiga domain adalah 442 bagi Matematik, 429 bagi Membaca dan 446 bagi Sains. Ini adalah peningkatan yang sangat ketara dan significant dibandingkan dengan keputusan PISA tahun 2018, dengan peningkatan sebanyak 12 skor bagi Matematik, 21 skor dalam Membaca dan 15 skor dalam Sains;

  2. Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan yang significant sebanyak 15% berbanding pencapaian tahun 2022. Sebanyak 61.3% atau seramai 2,110 calon telah berjaya memperolehi gred A hingga C dalam semua 5 mata pelajaran teras;

  3. Bagi peperiksan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level dan IGCSE, 41.11% atau seramai 1,687 calon telah memperolehi sekurang - kurangnya memperolehi 5 O'Level kredit pada tahun 2023. Terdapat sedikit penurunan, iaitu sebanyak 2.04% berbanding tahun 2022. Walau bagaimanapun, pencapaian ini masih menggambarkan trend keputusan yang konsisten sepuluh tahun kebelakangan;

  4. Bagi peperiksan Brunei-Cambridge GCE 'A' level, 68.03% atau seramai 1,032 calon telah memperolehi sekurang-kurangnya 3 'A' level pada tahun 2023. Pencapaian ini menunjukkan penurunan peratus berbanding tahun 2022. Walau bagaimanapun, jumlah calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 1 'A' level Gred A hingga C telah meningkat dari 920 pada tahun 2002 ke 990 pada tahun 2023.

    Manakala, jumlah calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 1 'A' level Gred A hingga E telah meningkat dari 1,320 pada tahun 2022 ke 1,430 pada tahun 2023. Peningkatan ini menunjukkan akan lebih ramai pelajar yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya pada tahun ini;

  5. Pencapaian dalam employment rate selepas 6 bulan menamatkan pengajian dalam kalangan graduan Institusi-Institusi Teknikal dan Pengajian Tinggi awam serta swasta, telah menunjukkkan peningkatan kepada 76% pada tahun 2022 berbanding 67.8% pada tahun 2021. Ini adalah hasil daripada kerjasama Kementerian Pendidikan bersama MPEC dan industri, untuk menarik kemasukan pelajar ke program-program yang relevan dengan keperluan pekerjaan dalam industri tempatan;

  6. Kajian Kepuasan Majikan (Employer Satisfaction Survey atau ESS) dalam kalangan graduan Institusi Pendidikan Teknikal dan IPT awam dan swasta pada tahun 2021 menunjukkan kadar yang memberangsangkan, iaitu 80.6%; dan

  7. Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) masing-masing berada dalam kedudukan ke-387 dan ke-525 dalam QS World University Rankings mengikut piawaian baharu bagi tahun 2024. Manakala, Universiti Islam Sultan Sharif Ali pula buat julung kalinya tersenarai di kedudukan ke-74 dalam QS Asian University Ranking - South Eastern Asia bagi tahun 2024.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli- Ahli yang Berhormat. Di sebalik segala pencapaian yang kaola/saya kongsikan tadi, masih terdapat usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk terus meraih kecemerlangan dalam penyediaan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi.

Dalam hal ini, sukacita koala/saya mengongsikan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2024/2025 bagi mendukung ketiga-tiga matlamat strategik Kementerian Pendidikan.

Bagi matlamat 1, iaitu memupuk Pelajar Siap Siaga Masa Hadapan, projek-projek yang akan dilaksanakan adalah:-

  1. Pengukuhan kualiti dan perisian kurikulum sejajar dengan piawaian antarabangsa;

  2. Pemantauan berterusan tahap kompetensi pelajar melalui sistem penilaian yang bersistematik dan komprehensif;

  3. Mengukuhkan Program STEAM Education and Skills (SES), menerusi pembentukan STEAM Competency Framework dan Penyediaan Garispandu Pelaksanaan SES bagi tahun 2 hingga 5;

  4. Mempelbagaikan lagi kursus-kursus dan program-program peningkatan kemahiran di institusi-institusi teknikal dan pengajian tinggi awam serta swasta;

  5. Memperkukuh dan meneruskan kerjasama dengan sektor industri untuk membentuk dan menawarkan program-program yang relevan dengan keperluan industri;

  6. Pemantauan berterusan kualiti graduan melalui kajian seperti Graduate Employment Survey dan Employer Satisfaction Survey serta Cohort Tracking Project ; dan

  7. Melaksanakan inisiatif untuk mengukuhkan sahsiah pelajar yang siap siaga masa depan agar lebih berdaya tahan dalam mengharungi cabaran-cabaran dan isu-isu global dan tetap mengekalkan identiti kebruneian, Melayu Islam Beraja (MIB) dengan nilai-nilai agama, budaya, kewarganegaraan dan patriotisme.

Bagi matlamat 2 iaitu mempertingkatkan ekosistem pendidikan inovatif, projek-projek yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan 2024/2025 termasuk:-

  1. Penyediaan Digital Citizenship Framework and Handbook for School Community serta pembinaan piawaian Literasi Digital bagi meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi;

  2. Meningkatkan infrastruktur dan ekosistem digital di institusi-institusi pendidikan termasuk penyediaan pelaksanaan smart classroom secara rintis di 15 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan inovatif;

  3. Meneruskan pembinaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara digital melalui Digital Resource Management System (DRMS) dan MoE TV serta penggunaan Learning Management System (LMS) secara rintis di beberapa buah sekolah rendah, menengah, maktab serta pusat tingkatan enam;

  4. Meneruskan pengukuhan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi untuk memberikan pengalaman belajar yang lebih dinamik dan inovatif. Antaranya ialah pelaksanaan program pembelajaran membaca dan numerasi renaissance di sekolah-sekolah terpilih, pelaksanaan penilaian berasaskan teknologi ataupun technology-based assessment untuk menilai profesionsi pelajar melalui student learning survey ataupun (SLS), blended-learning dan sebagainya;

  5. Menaik taraf sistem permohonan kemasukan ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi secara berpusat dengan membentuk sebuah Central Admission System (CAS);

  6. Membangunkan secara berperingkat satu sistem berpusat (centralised system) dikenali sebagai School Enterprise Resource Planning System untuk pengurusan dan pemantauan maklumat-maklumat pelajar, tenaga pengajar dan institusi pendidikan, termasuk penganalisaan maklumat (data analytic) bagi membantu Kementerian Pendidikan merangka dasar-dasar yang berkaitan;

  7. Penaiktaraan prasarana rangkaian IT di sekolah-sekolah bagi memperluaskan akses Wi-Fi di kawasan sekolah-sekolah;

  8. Pelaksanaan reviewed curriculum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik secara rintis. Di samping itu, melaksana proses penelitian dan penyelarasan kurikulum serta piawaian literasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Literasi Digital dan mata-mata pelajaran lain secara berperingkat;

  9. Meneruskan pelaksanaan Integrated Curriculum (InC) secara rintis bagi mata-mata pelajaran rendah bawah dan penyediaan rangka kerja serta bahan-bahan pembelajaran InC bagi Tahun 2 dan Tahun 3;

  10. Penyediaan buku rangka kerja dan kurikulum pendidikan khas untuk pendidikan rendah dan menengah;

  11. Merebiu Kerangka Kelayakan Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF) dalam memastikan ia relevan dengan mengemaskini kelayakan-kelayakan yang perlu diiktiraf seperti recognition of prior learning, micro-credentials dan sebagainya;

  12. Peningkatan infrastruktur sekolah menerusi penambahan dan pembaikan terhadap infrastruktur bangunan sekolah;

  13. Mengendalikan kajian secara berterusan bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan adalah sejajar dengan haluan strategik Kementerian Pendidikan dan Wawasan Brunei 2035; dan

  14. Meneruskan usaha-usaha stakeholder engagement dengan institusi-institusi dan organisasi-organisasi tempatan dan serantau.

Seterusnya projek-projek yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2024/2025 berkaitan dengan Matlamat 3, iaitu Membina Sumber Tenaga Manusia, antaranya ialah:-

  1. Mengukuhkan proses pemilihan dan pengambilan tenaga pengajar baharu menerusi Program Perantis serta proses penggantian tenaga pengajar yang lebih terancang berdasarkan human resource projection, keperluan dan kemahiran;

  2. Mengemaskini dan meng-implimentasi kerangka kompetensi khusus atau specialised competency bagi tenaga bukan mengajar;

  3. Merangka sistem dalam talian secara berfasa bagi melaksanakan penilaian kompetensi khusus menggunakan MoE Employee and Services Hub (MESH);

  4. Pelaksanaan fasa rintis bagi penggunaan Educators Management System (EMS) bagi dua belas (12) buah sekolah sebelum dilaratkan ke semua sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab serta pusat tingkatan enam;

  5. Tataan dan penstrukturan semula Program Master of Teaching (MTeach) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), UBD untuk menambah baik kandungan kurikulum bagi memastikan program ini adalah setanding dengan kualiti, piawaian dan amalan terbaik antarabangsa;

  6. Menyediakan Kerangka Kerja Kompetensi bagi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Higher Education Leadership Competency Framework) dalam memastikan pemimpin-pemimpin pengajian tinggi yang berkailber dan berpotensi tinggi sebagai antara program perancangan penggantian (Succession Planning Program); dan

  7. Melaksanakan projek Manpower Auditing and Planning untuk membuat perancangan sumber tenaga kerja, dalam usaha meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia agar mencukupi dan terancang.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan bukan hanya untuk mencapai visi Kementerian Pendidikan tetapi turut melambangkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan "Education for all" dari segi akses ke pendidikan yang berkualiti, sejajar dengan tuntutan Sustainable Development Goals (SDG) di peringkat global.

بسم الله الرحمن الرحيم segala pencapaian dan pelaksanaan inisiatif di semua peringkat dan aspek pendidikan ini tidak mungkin akan dapat dikecapi tanpa adanya sokongan, kemitraan dan kerjasama dari semua pihak terutama sekali tenaga pengajar, pemimpin-pemimpin institusi pendidikan, ibu bapa dan penjaga, warga Kementerian Pendidikan dan masyarakat. Kementerian Pendidikan sangat menghargai sokongan berterusan yang telah diberikan.

Justeru, kaola berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat akan dapat memberikan pandangan dan cadangan-cadangan yang strategik untuk membantu kaola/saya melaksanakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan dengan telus dan penuh amanah.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga akan memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh atas inisiatif-inisiatif Kerajaan yang lain ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, بسم الله الرحمن الرحيم لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Dengan bertawakal kepada (missing jawi words) kaola/saya berharap segala usaha Kementerian Pendidikan ini akan membawa Negara Brunei Darussalam lebih dekat lagi kepada sasaran Wawasan Brunei 2035 khususnya matlamat pertama iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. أفضل من يكن. أفضل.

Sekian sahaja dan kaola ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kesempatan untuk menyampaikan mukadimah ini.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية، وسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang telah menghuraikan dengan jelas berkenaan dengan hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Oleh yang demikian, Tajuk SF01A hingga SF06A sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai yang agak panjang yang terdiri daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan Belanjawan Kementerian Pendidikan ini.

Seperti biasa, saya akan memberikan laluan Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan soalan dan diikuti dengan jawapan ataupun respon daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekiranya diperlukan Yang Berhormat Menteri Pendidikan bolehlah mengambil masa untuk menjawab soalan-soalan pada satu ketika yang sesuai sekiranya ia memerlukan information yang lebih lanjut daripada Kementeriannya.

Saya persilakan sekarang untuk memulakan perbahasan ini, saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

بسم الله الرحمن الرحيم Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Alhamdullilah Dikesempatan ini kaola terlebih dahulu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Siti Romaiizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan berkenaan dengan perancingan strategi dan hala tuju Kementerian ke arah meningkatkan kualiti pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan teknologi di dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Berdasarkan perkembangan semasa, kemajuan teknologi memaikan peranan yang cukup signifikan terutama sekali budaya hidup dan kerja seaharian. Ini termasuklah di dalam sektor pendidikan negara. Dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang saksama dari pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 serta mempertingkatkan kompetasi sumber manusia ke arah work and future ready. Pelan tranformasi digital (DTP) Kementerian Pendidikan 2023 hingga 2027 menekankan tiga bidang tumpuan iaitu teknologi pendidikan, pengurusan teknologi dan membolehkan dasar dan infrastruktur.

Apakah usaha-usaha yang telah dan akan pihak Kementerian Pendidikan laksanakan dalam memastikan keupayaan dan kesediaan dari segi infrastruktur digital, kemudahan dan kapasiti serta mindset tenaga manusia termasuk para guru dan pemimpin sekolah.

Apakah inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan dalam mengekalkan kesinambungan amalan terbaik penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pasca pandemik. Selain daripada itu, menyentuh berkenaan teknologi pendidikan pula iaitu di bawah rangka kerja ini beberapa projek utama teknologi pendidikan diperkenalkan yang mana antara lain adalah seperti:

  1. Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System (LMS));

  2. Sistem Pengurusan Sumber Digital (Digital Resource Management System (DRMS));

  3. Televisyen Kementerian Pendidikan (MOE TV);

  4. Bilik Darjah Pintar (Smart Classroom); dan

  5. Blended Learning.

Apakah perkembangan projek-projek yang disebutkan di atas hingga setakat ini? Adakah projek-projek berkenaan telah dibenchmark dengan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan oleh sistem-sistem pendidikan yang bertaraf tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Republik Singapura, Finland dan Australia? Serta sejauh mana ianya telah memberikan keberhasilan, impak kepada pelajar sepertimana yang dihasratkan?

Dalam usaha untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berterusan semasa pandemik COVID 19, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta agensi-agensi yang berkaitan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut, Device Donation Drive - pemberian peranti kepada para pelajar yang memerlukan bagi pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online teaching and learning).

Bantuan khas pemberian kepada tenaga pengajar serta pelajar Skim Miftaahun Najaah (SMN) bagi pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online teaching) semasa pembelajaran dirumah (home-based learning) dalam bentuk bantuan peranti (device) dan data 10GB bermula bulan Oktober dan November 2021.

Sejauh mana penggunaan bantuan-bantuan ini membantu dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah bidang teknologi Kementerian Pendidikan ke arah menjana ekosistem Pendidikan yang berinovatif?

Akhir sekali, di dalam usaha untuk memacu pendidikan dalam teknologi, apakah perancangan Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan penggunaan e-textbook dan e-book untuk mengurangkan beban beg sekolah pelajar? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenainya.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan. Ada 4 soalan, soalan pertama mengenai dengan teknologi dan kemahiran abad ke-21.

Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan mengenai dengan pelaksanaannya dalam memastikan keupayaan atau capability readiness, kemudahan serta infrastrukurnya?

Bagi memastikan keupayaan ataupun capability dan kesediaan pihak sekolah dari segi infrastruktur _digital dan juga kemudahan ataupun connectivity dan devices. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebenarnya telah membekalkan sebuah komputer riba kepada setiap guru di Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dan semua sekolah juga telah disediakan kemudahan internet connection termasuklah di sekolah-sekolah pedalaman seperti Sekolah Rendah Dato Maharaja Setia Dian Sukang dan juga Sekolah Rendah Melilas.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah membekalkan komputer riba kepada penuntut-penuntut yang kurang berkemampuan. Setakat Februari 2024, sebenarnya semua desktop atau PC di semua sekolah telah diganti dengan komputer riba.

Mengenai dengan mindset tenaga manusia termasuk para guru dan juga pemimpin sekolah. Akademik kepimpinan dan tenaga pengajar Brunei Darussalam ataupun BDLTA bersama dengan Pusat Teknologi Pendidikan telah menyediakan latihan secara berterusan bagi mempertingkatkan kapasiti serta mindset para guru dan pemimpin sekolah dalam kemahiran dan penggunaan teknologi melalui latihan berterusan kelolaan bersama BDLTA dan Pusat Teknologi Pendidikan. Antarnya adalah Bengkel Penggunaan Smart Classroom bagi sekolah-sekolah yang terlibat dan juga latihan-latihan penerapan blended learning dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Soalan kedua mengenai dengan perkembangan projek-projek yang disebutkan iaitu Learning Management System (LMS), DRMS, MoE TV, Smart Classroom, Blended Learning. Perkembangan projek-projek tersebut, mengenai dengan LMS pelaksanaan bagi projek ini dijalankan secara berfasa dan kini dalam fasa penyediaan dan pembekalan. Manakala Sistem Pengurusan Sumber Digital ataupun Digital Resource Management System (DRMS) ia telah dilancarkan pada 3 Mei 2023 dan setakat ini DRMS telah mengandungi 187 sumber pendidikan digital iaitu 24 sumber digital bagi pra sekolah, 21 sumber digital bagi rendah bawah, 31 sumber digital bagi rendah atas dan 18 sumber digital bagi sekolah menengah. DRMS setakat 5 Februari 2024 juga telah menerima 2,364 lawatan ke platform tersebut sejak ia mula beroperasi.

Manakala MoE TV setakat ini telah mengandungi sebanyak 379 video, 32 video pra sekolah, 248 video peringkat rendah dan 13 video peringkat menengah dan juga lain-lain video. Bilik Darjah Pintar (Smart Classroom) setakat ini terdapat 15 buah sekolah dan 1 buah Smart Classroom BDLTA dan 15 buah sekolah itu adalah 6 buah pusat tingkatan enam, 4 buah sekolah menengah, 5 buah sekolah rendah dan seperti yang telah saya sampaikan tadi 1 buah sekolah Smart Classroom di BDLTA.

Manakala blended learning iaitu inisiatif pembelajaran teradun ataupun blended learning ini adalah usaha sama dengan Jabatan Sekolah-Sekolah untuk mengimplementasikan inisiatif tersebut di seluruh negara. Melalui kolaborasi ini teknologi digunakan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memastikan bahwa penggunaan teknologi adalah sebahagian daripada amalan pengajaran guru.

Manakala benchmarking dengan amalan-amalan terbaik. Dalam usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan projek-projek ICT adalah selaras dengan amalan-amalan terbaik, pihak Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan kerja ke negara-negara jiran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dengan perancangan dan pelaksanaan digital masing-masing.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah melibatkan konsultan dalam pembinaan dan meneliti semula piawaian numeracy, literacy dan literacy science agar kurikulum yang sedia ada seperti Mathematics, English dan juga Science direview merujuk kurikulum daripada negara-negara serantau seperti Republik Singapura, Hong Kong, Estonia, Australia, Finland, yang telah Yang Berhormat sebutkan tadi, yang sememangnya berprestasi tinggi sebagai penanda aras.

Soalan ketiga, Device Donation Drive_dan juga bantuan-bantuan khas semasa _COVID-19. Peranti dari Donation Drive yang telah diagihkan semasa COVID masih digunakan oleh pelajar-pelajar bagi program-program sekolah seperti yang telah disampaikan tadi semasa blended learning, read theory dan Program Renaissance dan yang terbaru di dalam STEAM.

Program Renaissance melibatkan 31 buah sekolah, 7 menengah dan juga 24 buah sekolah rendah dan keramian pelajar yang akan mengikutinya adalah seramai 4,504 orang. Untuk makluman jumlah peranti yang diterima melalui Donation Drive pada tahun 2021 adalah berjumlah sebanyak 1,181 dan peranti-peranti yang rosak dan tidak dapat digunakan berjumlah 102 dan setakat bulan Februari 2024 sebanyak 1,079 dalam keadaan masih baik dan masih digunakan.

Mengenai dengan e-book, setakat ini penerbitan buku-buku teks di sekolah dicetak dengan kerjasama penerbit swasta atau publisher yang terpilih. Sebelum penggunaan e-textbook ataupun e-book dapat dilaksanakan beberapa faktor perlu diambil perhatian iaitu isu hak cipta dalam penerbitan buku-buku teks sekolah, isu pengendalian penyimpanan keselamatan alat-alat peranti sekolah dan juga isu akses kemudahan seperti internet.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ Kementerian Pendidikan akan mereview klausa-klausa di dalam kontrak-kontrak tersebut dengan mengambil kira kepentingan dan juga keperluan buku digital dalam usaha membantu para pelajar, mengurangkan bebanan membawa beg sekolah. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Alhamdullilah kaola tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang begitu padat dengan usaha-usaha seterusnya ke arah meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara terus mencapai keseimbangan بِإِنْ شَاءَ اللهُ.

Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Kebangsaan yang Ke-39 mengenai dengan kepentingan memperluaskan kemahiran STEAM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan Seni dan Matematik’ dan ianya sebagai pemangkin pembangunan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan bagi mata pelajaran teknologi kejuruteraan seni dalam komponen STEAM dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan teras semasa Sambutan Hari Guru ke-33 tahun 2023. Bagi menjunjung titah tersebut apakah usaha inisiatif pihak Kementerian Pendidikan dalam memperluaskan dan meningkatkan pendidikan dan kemahiran STEAM khususnya bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dan pengajian tinggi.

Selain daripada itu usaha meningkatkan pendidikan kemahiran STEAM dalam kurikulum biasa apakah inisiatif-inisiatif lain yang mendokong pelaksanaan STEAM. Seterusnya pendidikan STEAM memainkan peranan penting dalam menyediakan pelajar untuk cabaran dan peluang abad ke-21 iaitu 6C’s Communication, Creativity, Critical Thinking, Collaboration, Citizenship dan Character membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk future ready planning, untuk masa depan.

Bagaimanakah Kementerian Pendidikan dapat memastikan inisiatif yang dilaksanakan dapat meningkatkan kompetency 6C's pelajar?, Kementerian Pendidikan telah giat bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelaksanaan aktiviti, program dan pertandingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan khususnya agensi-agensi luar seperti AiTT bagi Projek Rintis Coding with Smart Devices for Schools 2023 dan Seria Energy Lab dengan program Seria Energy Lab (SEL) Nxplorers Young Innovators 2024.

Adakah Kementerian Pendidikan membuat perancangan untuk meluaskan jaringan bersama dengan pihak luar khususnya negara-negara maju dalam sistem pendidikan seperti Finland, Estonia dan Singapura?

Seperti yang kita maklum, keusahawanan adalah satu komponen penting untuk menyokong kepelbagaian ekonomi negara kita. Sehubungan itu, apakah inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan terutama institusi pengajian tinggi untuk menyokong inisiatif ini?

Seterusnya, kaola ingin menyentuh mengenai mesin pelupusan dan penghapusan yang digunakan di Jabatan Penghapusan, Kementerian Pendidikan. Sistem mesin penghapusan dan pelupusan yang melibatkan pembakaran belum ada diperuntukkan setakat ini. Jabatan Penghapusan di bawah Kementerian Pendidikan masih menumpang menggunakan sistem mesin burner di UNISSA. Sistem penggunaan burner ini sangat mencemarkan alam sekitar yang berdekatan.

Sehubungan itu, kaola mencadangkan supaya penggunaan proses ini yang melibatkan pembakaran akan dapat dikurangkan dengan lebih efektif yang melibatkan proses pembakaran volume sampah dalam tong penghapusan seperti buku-buku, kertas dan cakera padat serta lain-lain. Menyentuh mengenai perkara ini, kaola mencadangkan supaya penggunaan sistem penghapusan melibatkan pembakaran dapat digunakan dengan mesin incinerator yang lebih efektif.

Menggunakan mesin incinerator ini, dapat mengurangkan volume sampah menurut World Bank, volume sampah global yang diperkirakan akan meningkat hingga 70% pada tahun 2050. Dengan mesin incinerator ini, dapat mengurangkan volume sampah penghapusan yang harus dibuang ke tempat pembuangan akhir iaitu TPA.

Soalan kaola:

Adakah Kementerian Pendidikan memikirkan atau ingin memiliki mesin incinerator tersebut untuk memudahkan proses penghapusan lebih aman dan selamat? Setakat ini, mesin ini adalah satu-satunya ada di Brunei dan dimiliki oleh Kementerian Kesihatan bagi proses tersebut.

Sekian sahaja daripada kaola. Memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya. Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. Ada lima soalan dan satu cadangan.

  1. Mengenai STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics). Apakah usaha dan juga inisiatif Kementerian Pendidikan dalam memperluaskan lagi kemahiran STEAM ini khususnya bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah serta pengajian tinggi?

    Program pendidikan serta kemahiran STEAM ataupun ringkasnya SES ini dilaksanakan dalam 3 kaedah iaitu STEAM dalam kurikulum, STEAM merentas kurikulum dan STEAM merentas kokurikulum. Apa yang dimaksudkan dengan STEAM dalam kurikulum? Ia adalah pengemaskinian dasar taburan dan mata pelajaran di peringkat menengah iaitu seni dan teknologi dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Manakala, STEAM merentas kurikulum adalah penerapan kemahiran 6C (Six Cs) iaitu critical thinking, creative thinking, communication, collaboration, character dan juga citizenship.

    Sebenarnya kemahiran-kemahiran Six Cs ini boleh dikembangkan melalui kaedah pengajaran yang pelbagai. Sebab itulah guru-guru sentiasa diberikan professional development supaya mengembangkan lagi ataupun memberikan lagi mereka asas-asas new methodologists in teaching supaya kemahiran-kemahiran abad ke-21 ini dapat dikembangkan.

    Manakala, STEAM merentas kokurikulum adalah penerapan pendidikan dan juga kemahiran STEAM melalui aktiviti-aktiviti di luar darjah. Ia merujuk juga terus kepada soalan kedua mengenai aktiviti-aktiviti STEAM. Selain daripada di dalam kurikulum itu, apakah lagi yang perlu dibuat? Kalau tidak silap, itu soalan daripada Yang Berhormat.

    Sebenarnya, pihak Kementerian Pendidikan mengendalikan juga program-program ataupun aktiviti berkaitan dengan pendidikan dan juga kemahiran STEAM di luar waktu kurikulum sama ada di peringkat sekolah ataupun kementerian melalui Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Pusat Inovasi Keusahawanan (EIC), Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat (EDGE), Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang telah dilakukan oleh unit ataupun jabatan-jabatan ini seperti Iconic STEPs Program yang mengandungi bengkel dan juga latihan-latihan STEAM yang dilaksanakan oleh Pusat STEP, Program Celik-Biz dan BigStart yang diungkayahkan oleh Pusat Keusahawanan Inovasi, projek Coding with Smart Devices for Schools, pertandingan-pertandingan di peringkat nasional, STEAM Outreach Program dan Green School Initiative and Gardening di sekolah-sekolah.

  2. Mengenai peningkatan kompetensi ataupun kemahiran Six Cs. Seperti yang telah saya beritahu tadi bahawa penguasaan kemahiran ini boleh dikembangkan dengan kepelbagaian metodologi pembelajaran.

    Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan melalui Pusat STEP pada masa ini sedang giat menyediakan satu instrumen bagi menilai kemahiran kompetensi abad ke-21 dengan menggunakan satu STEAM Competency Rubric. Ertinya, kalau ada sudah rubric, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ, guru-guru akan berpandukan rubric ini untuk menilai apa kemahiran ataupun tahap kemahiran-kemahiran Six Cs yang dapat dikuasai oleh kanak-kanak.

    Salah satu cara pembelajaran yang sangat efektif adalah enquiry base learning ataupun pembelajaran berasaskan enquiry. Seperti soal jawab di dalam classroom dan sebagainya. So all those with good methodology of teaching and learning, kanak-kanak, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ, dapat menguasai kemahiran tersebut.

  3. Meluaskan jaringan kerjasama. Selain bekerjasama dengan agensi-agenis tempatan, Kementerian Pendidikan juga sebenarnya melaksanakan jaringan bersama dengan organisasi-organisasi luar negara antaranya, ASEAN-Japan Young Environmental Leaders Network, SEAMEO Young Scientists Camp anjuran National University Singapore dan Temasek Foundations. Jaringan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan organisasi-organisasi luar negara ini bertujuan untuk memastikan program-program pendidikan termasuklah STEAM yang dilaksanakan di negara ini selaras dengan amalan dan piawaian antarabangsa.

    Melalui kerjasama ini juga diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para guru dan pelajar melalui knowledge exchange serta memberi peluang untuk mendapat akses kepada sumber-sumber pendidikan.

  4. Mengenai keusahawanan dan inisiatif yang dilakukan terutamanya pengajian tinggi. UBD telah memperkenalkan Entrepreneurship Blueprint sebagai perancangan strategik untuk memantapkan ekosistem keusahawanan di UBD dan bagi graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan, mereka boleh menghadiri klinik keusahawanan di UBD bagi memahami dan juga mempelajari cara untuk memulakan perniagaan. UNISSA pula melaksanakan inisiatif bazaar keusahawanan alumni. IPT swasta seperti Laksamana College of Business (LCB), mereka membimbing graduan mereka untuk memulakan perniagaan dan menghubungkan mereka ini dengan syarikat atau rakan kongsi korporat melalui incubation centre di institusi tersebut.

    Micronet International College juga ada menawarkan program keusahawanan. Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) juga bekerja rapat dengan rakan kongsi seperti pihak Shell LiveWIRE, DARe dan sebagainya untuk menawarkan berbagai program-program latihan, aktiviti-aktiviti dan pertandingan keusahawanan seperti MasterClass, LiveWIRE Brunei Business Awards dan sebagainya.

  5. Mengenai mesin pelupusan. Memang betul Kementerian Pendidikan masih belum mempunyai incinerator sendiri dan 'kitani' bekerjasama dengan kementerian lain untuk sama-sama menggunakannya, dikira guna sama. Adakah terdapat perancangan bagi Kementerian Pendidikan untuk memiliki sendiri incinerator ini? إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ perkara ini akan dibawa balik ke Kementerian Pendidikan untuk dipertimbangkan, satu cadangan yang baik, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya ingin memberi komen, kita beruntung kerana Yang Berhormat Menteri Pendidikan kita adalah seorang professional educationist. Jadi, soalan-soalan yang dikemukakan nampaknya merangkumi beberapa area-area tertentu dalam pendidikan yang dapat dijawab dengan tenang.

Saya harap soalan-soalan berikutnya 'barangkali' yang lebih less professional. Jadi, walau bagaimanapun saya jemput sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم وَبِهِ نَسْتَعِينُ عَلَىٰ أُمُورِنَا وَوَرِزْقِنَا أَحْمَدُهُ kaola mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan ke arah merealisasikan misi dan visinya bagi Belanjawan Tahun 2024/2025 dan diharapkan agar apa-apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Merujuk kepada laman sesawang UNISSA pada bulan Julai 2022, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menyempurnakan Majlis Doa Selamat bagi memulakan projek-projek kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal UNISSA yang terletak di Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu, Daerah Temburong.

Projek kerja-kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal UNISSA telah bermula pada 7 Mei 2022 dan dijangka siap pada 6 Mei 2024. Tempoh selama 24 bulan di atas keluasan tapak projek seluas 310 hektar. Kaola ingin tahu perkembangan dan juga status projek tersebut?

Selanjutnya, semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara tahun lepas, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, telah mengumumkan ke arah mengukuhkan kemudahan access pendidikan.

Peruntukan secara keseluruhannya berjumlah $19.8 juta dengan Harga Rancangan $195.4 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN-11) akan terus disediakan untuk penyediaan infrastruktur sekolah-sekolah rendah, menengah dan ugama serta institusi pengajian tinggi. Ini termasuk penyediaan infrastruktur untuk Kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Daerah Temburong dan kampus kekal Politeknik di Ikas, Bandung. Kaola ingin tahu apakah status bagi kampus kekal Politeknik di Ikas, Bandung?

Seperti yang kita maklum keusahawanan adalah satu komponen penting untuk menyokong kepelbagaian ekonomi negara kita. Justeru itu, apakah inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan terutama institusi pengajian tinggi untuk menyokong inisiatif ini?

Akhirnya, dengan ramai graduan yang menamatkan pengajian mereka setiap tahun daripada institusi pengajian tinggi, kaola ingin tahu sama ada Kementerian Pendidikan ada membuat kaji selidik mengenai keberadaan mereka, iaitu jika mereka bekerja atau sebaliknya? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.

Sekian, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya kira bagi projek pembinaan UNISSA, barangkali Yang Berhormat lebih tahu daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri sebab saya percaya Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir setentunya dapat ke sana setiap hari melihat keadaan pembangunan yang dilaksanakan di dalam kawasan pembinaan yang dilaksanakan dalam projek ini.

Barangkali Yang Berhormat Menteri Pendidikan suka untuk memberikan jawapan. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir. Pertama sekali mengenai perkembangan dan status terkini kampus kekal UNISSA.

Projek pembangunan kampus kekal UNISSA di Kampung Piasau-Piasau, Daerah Temburong ini sedang dalam pelaksanaan dan masa ini ia adalah dalam kerja-kerja tanah dan juga infrastruktur yang pada asalnya dijadualkan siap pada Mei 2024, 2 bulan lagi.

Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu di luar jangkaan khususnya keadaan tanahnya mengandungi batu lumpur (mud stone) yang tidak dapat dikesan sebelum ini dan juga keadaan cuaca yang kurang membantu telah menyebabkan kelambatan terhadap kerja-kerja tanah dan juga infrastruktur. Akibatnya kemajuan fizikal, iaitu kerja-kerja tanah tadi setakat 31 Disember 2023 hanya mencapai 31.3%.

Berdasarkan dengan perkembangan terkini projek tersebut setakat ini, oleh kerana terdelay sedikit ini, kampus kekal UNISSA dijangka siap pada pertengahan tahun 2026. Manakala kampus kekal Politeknik di Ikas Bandung, sebenarnya tapak kampus kekal Politeknik baharu adalah akan terletak di Kampung Madaras, Mukim Gadong 'A'. Di mana Kampung Madaras ini? Ia berhampiran dengan Universiti Tekonologi Brunei (UTB) sebelahnya dan kenapa ia berpindah daripada Ikas Bandung, ia adalah disebabkan oleh anggaran kos pembangunan di tapak Kampung Ikas di Tutong adalah sangat tinggi dari segi keperluan kerja-kerja infrastruktur, saliran, pembentungan, pembinaan, pembesaran jalan raya akses ke tapak tersebut, bekalan air, elektrik dan seumpamanya.

Ia memakan belanja yang sangat besar jadinya ia berpindah daripada Ikas Bandung, Tutong ke Kampung Madaras. Status terkini tanah tersebut masih dalam proses pewartaan tapak dan إِنْ شَاءَ اللّهُ Kementerian Pendidikan akan memohonkan early entry bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja feasibility study ataupun soil investigation dan juga topographical survey dapat dijalankan.

Ketiga, keusahawanan rasanya soalan ini sudah saya jawab semasa soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub tadi mengenai inisiatif pengajian tinggi yang tadi ada UBD ada blueprint nya LCB, Micronet dan sebagainya sudah berjawab tadi.

Soalan keempat mengenai kajiselidik graduan yang telah menamatkan pengajian, di mana keberadaan mereka, sama ada sudah bekerja ataupun sebaliknya. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi memang melaksanakan kajian tahunan iaitu graduate employment survey (GES) yang mengenal pasti status pekerjaan graduan dari Institusi Pendidikan Teknikal dan Pengajian Tinggi awam dan swasta enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian mereka.

Sehingga kini, Jabatan Pengajian Tinggi telah menjalankan tiga kajian iaitu bagi Kohort 2019, 2020 dan juga Kohort 2021. Secara keseluruhan nya bagi Kohort 2019, ada 66.4% yang telah bekerja, Kohort 2020 67.8% dan Kohort 2021 76%. Data ini menunjukkan ada peningkatan graduan-graduan yang telah bekerja daripada Kohort 2019 tadi ke 2020 dan juga 2021. اَلْحَمْدُلِلّهِ‎ Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Untuk makluman, Ikas Bandung tidak ada hubungannya dengan Bandung di Indonesia, menjadi salah faham Bandung ini di mana Bandung Indonesia ataupun di mana tetapi Ikas Bandung di Brunei.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ الله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu,kaola sukacita merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan di atas mukadimah yang cukup baik dan padat dengan informasi serta hala tuju Kementerian Pendidikan ke arah mengurus perbelanjaan Belanjawan 2024/2025. Di dalam memeduli hal ehwal dan kesejahteraan pelajar-pelajar dan penuntut, kaola sukacita mengemukakan beberapa soalan mengenainya:

  1. Berikutan Laporan PISA 2018 dan beberapa laporan oleh akhbar tempatan dan media sosial tentang insiden buli di kalangan penuntut di sekolah-sekolah. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah tersebut dan adakah laporan terbaharu mengenai buli di sekolah-sekolah sejak yang dibuat oleh PISA. Semenjak Bantuan Keperluan Sekolah Tahuan yang (BKPT) diperkenalkan yang bertujuan menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan pada tahun 2022, tetapi masih lagi kedengaran sungutan dan aduan daripada pihak ibu bapa penjaga mengenai kelewatan keputusan permohonan mereka sehingga ada pemohon yang hanya menerima voucher pembelian mereka selepas bulan Januari. Dalam masalah ini, mungkin Yang Berhormat Datin boleh mengongsikan kenapa perkara ini berlaku?; dan

  2. Berkenaan dengan elaun pelajar biasiswa luar negara dengan mengambil kira kos sara hidup di negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Ireland meningkat. Adakah pihak Kementerian Pendidikan berasrat untuk merebiu semula kadar elaun yang diterima oleh pelajar biasiswa di negara-negara berkenaan?

Akhirnya, kaola difahamkan keputusan PISA (Programmed for International Student Assessment) bagi tahun 2022 telah diumumkan dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan diatas pencapaian yang memberangsangkan.

Dalam pada itu, melihat kepada peningkatan tersebut, apakah strategi Kementrian Pendidikan untuk PISA 2025? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenainya.

Sekian,

وَبِالَّتَوْفِيقِ وَالهِدَايَةِ. وَالسِّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman. Ada empat soalan, yang pertama adalah mengenai isu buli. Sebenarnya isu buli ini pernah dikongsikan pada permesyuaratan tahun lepas dan daripada sana, memang pelbagai aktiviti ataupun inisiatif telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi mambanteras gejala buli ini.

Antara program ataupun aktiviti yang telah dijalankan termasuklah yang pertama seperti yang telah saya kongsikan tadi semasa mukadimah iaitu Program BEST, Bantu, Empathy, Sayangi dan juga Tanggungjawab dan juga pelancaran buku model panduan menangani isu buli di peringkat sekolah dan ada lagi program iaitu SINAR (Stabiliti Integril Nationalisma Akauntabiliti dan Rohani), ia adalah kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bersama dengan kaunselor-kaunselor sekolah.

Ia memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai dengan perilaku buli agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang merosakkan akhlak dan juga menjejaskan prestasi akademik mereka. Program-program awareness juga dilakukan, program keibubapaan yang bertujuan agar ibu bapa dan penjaga juga sentiasa mengawasi dan mengetahui hal ehwal anak-anak mereka termasuklah keberadaan anak-anak mereka dan juga dengan siapa anak-anak mereka itu berkawan.

أَنْخَفَضَ, ada penurunan dari segi peratus, ada di dalam buku saya tapi kalau terjumpa karang memberitahu, ada penurunan daripada 2018 hingga 2022.

Kita ke soalan berikutnya. Mengenai dengan BKPT, mengenai dengan aduan kenapa ada kelambatan. Permohonan BKPT telah dibukakan pada bulan Mei 2023, iaitu untuk penerimaan tahunan, bulan Mei 2023 sehingga bulan September 2023 dan sehingga 22 Januari 2024, pelajar-pelajar yang telah menerima kupon bagi tahun 2024 adalah seramai 3,999 orang dan sebenarnya ada seramai 1,211 orang lagi yang belum menerima kupon. Ini barangkali yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman yang 'diaorang' belum menerima.

Tapi sebenarnya mereka ini masih dalam penyiasatan sebab ada urutan proses yang perlu dilaksanakan oleh team ataupun proses-proses kerja BKPT yang perlu dilaksanakan seperti proses siasatan, proses pengesahan dan sebagainya. Jadinya, ada 1,211 ini lagi yang masih di dalam investigation. إن شاء الله kalau 'diaorang' ini dapat nanti ok, layak, they will be given the coupon.

Mengambil kesempatan sedikit saja, tadi pagi ada Yang Berhormat Awang Lau How Teck membuat saranan mengenai dengan penggunaan kupon ataupun baucer supaya orang berbelanja di dalam negeri. أَكْتُبُ BKPT ini kupon-kupon diberikan kepada tender-tender yang terpilih untuk dibelanjakan di dalam kedai-kedai di dalam negeri. So kiranya, terima kasih juga di atas saranan Yang Berhormat Awang Lau How Teck tadi.

Soalan yang ketiga, mengenai dengan elaun luar negara. Sebenarnya kadar elaun ini especially di United Kingdom dan Ireland, ianya telah dinaikkan pada 1 Januari 2019 dan bagi negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Singapore, Perancis, Kanada dan juga Jerman, ia bermula pada 1 April 2019. Kiranya masih belum lama ia direbiu.

Walau bagaimanapun, pada masa ini memang pihak Kementerian Pendidikan melalui Ataci Pendidikan di luar negara seperti di United Kingdom, di Australia sedang giat mengumpulkan maklumat dan juga membuat kaji selidik mengenai dengan kos sara hidup dengan mengambilkira kadar semasa ataupun current situation dan jika ada keperluan Kementerian Pendidikan akan menyemak semula kadar elaun bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas.

Soalan yang keempat, inisiatif yang akan dibuat persediaan PISA 2025. 'Kitani' ada peningkatan daripada 2018. Semasa ada keputusan 2018 itu, 'kitani' melihat di mana kekurangan-kekurangan 'kitani' then we compare our initiative dengan inisiatif negara-negara yang di atas 'kitani'. Jadi, di sana 'kitani' telah menggunakan inisiatif-inisiatif tersebut dan 'kitani' laksanakan di sekolah-sekolah dan أكْفَلَ ia membuahkan hasil bagi 2022.Ini sebenarnya yang 'kitani' cari, formula-formula ini 'kitani' uji, kitani perbaiki dan sebagainya.

Oleh kerana ia mendatangkan hasil, jadinya untuk PISA 2025 إِنْ شَاءَ اللّٰهُ 'kitani' akan menggunakan pendekatan yang sama dengan memperbaiki lagi mana-mana yang dapat diperbaiki tetapi memang 'kitani' on the right track Insya'allah.

Saya ada menerima di sini data penurunan kes buli pada tahun 2018, 69% dan pada tahun 2022 56% ada penurunan sekurang-kurangnya pernah merasa dibuli sekali dalam setahun. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membuat intervention ketika ini.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kaola di sini ingin menambah saja mengenai isu buli. Jadi pihak MOH melalui Pusat Promosi Kesihatan telah mewujudkan Program Bebas Buli bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk pencegahan dan pengurusan buli di sekolah-sekolah.

Mengambil kira hasil dapatan kaji selidik tersebut, beberapa langkah utama telah dikenal pasti untuk meningkatkan pengetahun pelajar-pelajar sekolah mengenai isu buli dan seterusnya mencegah dari berlaku di sekolah-sekolah.

Di antaranya ialah keperluan untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian tentang isu buli kepada pelajar-pelajar mahupun guru di sekolah-sekolah serta masyarakat. Penyelarasan pengetahuan mengenai isu buli dengan pendidikan awal pelajar di mana topik Bebas Buli adalah perlu diterapkan di dalam kurikulum pendidikan kebangsaan seawal tahun 4 dan program bebas buli akan diungkayahkan melalui program school outreach dan community outreach di seluruh negara.

Jadi, walau bagaimanapun perlu diingatkan juga di sini ingin ditambah isu buli ini bukan saja orang yang dibuli, isu buli juga ialah orang yang membuli itu. Jadi, these poor social behaviour at home or melalui online dan sebagainya. Jadi effort untuk bullying ini, should be also promotion of good parenting at home and it needs multi agency approach, what we call whole nation approach to solve the problem. Itu saja terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Memang kedua-duanya harus counsel. Saya kira yang lebih counsel adalah orang yang membuli. Sebab biasanya orang yang membuli ini adalah orang yang unstable. Sebab itu ia mengambil kesempatan untuk mencuba-cuba kekuatan atau tenaganya itu kepada orang yang difikirkannya lebih lemah daripada 'kedia'. Dari segi psychology, barangkali ia lebih lemah daripada orang yang dibulinya.

Anyway, saya persilakan sekarang saya juga ingin memberi sedikit mengenai soalan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman berhubung dengan PISA, saya kira barangkali waktu ini oleh sebab kita bersaing dengan negeri-negeri yang lain, saya tidak terdengar Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan kepada Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman bahawa ini adalah trade secret dan tidak boleh 'kitani' memberikan pada khalayak ramai dan jika diketahui secret kita akan terbongkar oleh sebab kita bersaing dengan negeri-negeri yang lain untuk menentukan kedudukan kita dalam tahun-tahun berikutnya.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. الْحَمْدُ لِلّٰهِ

kaola menyambut baik di atas perancangan dan halatuju Kementerian Pendidikan di bawah Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025. Terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Kementerian Pendidikan yang cukup padat dan komprehensif.

Sehubungan itu, kaola ingin tahu jika Kementerian Pendidikan ada membuat review terhadap keberkesanan pelaksanaan pelan strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 yang lalu dan jika ada apakah pencapaian dan juga penambahbaikan yang boleh kementerian kongsikan dalam memeduli kesejahteraan dan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas dari aspek inclusivity dan equality pendidikan.

Sekolah khas pertama telah ditubuhkan pada tahun 2023 khusus bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas yang mempunyai priority level (PL) dan yang tinggi iaitu PL4 dan PL5.

Kaola ingin memohon pencerahan apakah perkembangan sekolah khas swasta yang ada pada masa ini. Dan apakah usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Khas dalam memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas tidak ketinggalan dalam pelaksanaan integrasi pendidikan ugama.

Seterusnya kaola ingin menyentuh pula berkenaan dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Apakah mereka ini perlu mematuhi Pindaan Akta Pendidikan Wajib Penggal 211, umur wajib bersekolah 6 tahun ke 5 tahun yang telah berkuatkuasa mulai pada tahun ini. Seterusnya di dalam menggerakkan sistem pendidikan, peranan guru dan pihak-pihak yang berkepentingan adalah penting bagi melaksanakan apa sahaja usaha ke arah menjamin kualiti pendidikan dapat dinikmati oleh pelajar dan penuntut.

Pertanyaan kaola bagaimanakah pihak Kementerian Pendidikan menangani hal ehwal kesejahteraan guru mahupun kakitangan bukan guru dan apakah Kementerian Pendidikan memberikan contoh program-program yang disediakan untuk menjaga kesejahteraan guru.

Sekian,

والله الهدوء والبصيرة، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاتُه

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann. Ada beberapa soalan. Ada yang tercapture, ada yang tidak, إن شاء الله saya akan cuba. Terutama sekali adalah mengenai reviewing pelan strategik 2018-2022.

Dan sekarang kita ada new pelan strategik 2023-2027 dan apakah penambahbaikan. Seperti juga yang telah saya sampaikan semasa mukadimah tadi ada tiga objektif strategik utama. ,

  1. Objektif pertama adalah mentransformasikan sumber tenaga manusia yang ada ke arah budaya yang berasaskan prestasi. Tadi semasa mukadimah ada saya kongsikan strategi ataupun inisiatif-inisiatif yang akan dilakukan dan dilaksanakan seperti pembaikan pengemaskinian proses pemilihan pengambilan tenaga pengajar, melalui program PERANTIS, pembaikan program-program kursus yang ditawarkan di Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA), pelaksanaan signature programme, pembinaan kerangka pakar dan specialisation track, pengemaskinian sistem penilaian prestasi guru dan penubuhan Unit Kesejahteraan Pemimpin dan sebagainya.

  2. Objektif kedua iaitu penyediaan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan yang berkualiti. Secara ringkasnya beberapa inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan adalah mempertingkatkan kualiti pemeliharaan aset di institusi-institusi pendidikan dengan menaiktara prasaran dan bangunan-bangunan melalui projek facility management. Kedua mengemasini bantuan keperluan persekolahan tahunan (BKPT), penubuhan Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat (EDGE) dan sebagainya.

  3. Manakala objektif ketiga iaitu meningkatkan perongisan akauntabiliti dengan pihak berkepentingan pembangunan pembelajaran. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan adalah peningkatan hubungan dua hala Kementerian Pendidikan dan institusi pendidikan luar negara, meningkatkan sinergi dan penglibatan pihak industri dan kerajaan dalam penyelidikan dan inovasi, penempatan kerja dan juga mengukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti ini adalah sebahagian sahaja tapi tadi semasa mukadimah sudah dihuraikan juga dengan panjang lebar.

Soalan mengenai dengan pelajar berkeperluan khas, أَحْكَمَ اللهُ sekolah khas pertama telah mula beroperasi pada awal Januari 2024. Sekolah-sekolah khas ini adalah bagi pelajar yang mempunyai priority level yang tinggi, 4 atau pun 5.

Sebenarnya ada 5 priority level. Yang pertama adalah diagnostic, kedua mild, ketiga moderate, keempat severe dan kelima adalah profound. Ertinya PL4 dan 5 ini adalah yang severe dan profound, yang sebenarnya menjadi kesukaran jika mereka berada di sekolah inklusif ataupun sekolah kerajaan awam dan swasta. Alhamdulilah dengan tertubuhnya sekolah swasta ini yang PL4 dan PL5 dapatlah dihantar ke sana.

Oleh kerana ia masih baru mungkin keramaian pelajarnya di sekolah ini belum ramai, saya dimaklumkan masih dalam 59 orang pelajar telah memulakan pembelajaran di sana mungkin kalau meningkat lagi kapasiti atau keramaian guru boleh dipertingkatkan lagi keramaian pelajar-pelajar itu. Sekolah ini beroperasi 5 hari dalam seminggu, hari Isnin hingga hari Jumaat mulai pukul 8.30 pagi – 12.30 tengahari.

Itulah status terkini mengenai dengan sekolah khas swasta pertama tadi. Yang ketiga memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini tidak ketinggalan dalam pelaksanaan ataupun dalam persekolahan mereka, yang mana ketika ini memang 'kitani' sudah berada dalam fasa sistem pengintegrasian.

Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pendidikan Khas di kedua-dua kementerian tersebut. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memantau perkara ini. Antara 3 perkara penting yang dilihat adalah dari segi kurikulum dan penjadualan, tenaga pendidik khas dan juga prasarana dan sumber. Ini adalah bagi PL1 dan PL3 yang saya sebutkan tadi, yang diagnostic mild and moderate yang berada di sekolah awam dan juga swasta.

Bagi kurikulum dan penjadualan, ini adalah gabungan kurikulum Pendidikan Islam dan kurikulum Pendidikan Khas Ugama dengan mengambil kira jumlah waktu mengajar, kemahiran atau demand yang bersesuaian dengan keperluan pelajar, pengukuran dan juga penilaian.

Manakala bagi tenaga pendidik khas, ia akan dipantau melalui aktiviti-aktiviti meningkatkan kapasiti para guru. Prasarana dan sumber pula adalah dengan memantau penyediaan sumber-sumber yang bersesuaian bagi kanak-kanak itu tadi.

Adakah mereka ini mesti memenuhi pindaan Akta Pendidikan Wajib Penggal 211 iaitu umur wajib bersekolah berumur 6 tahun ke 5 tahun? Memang sebelum Akta Pendidikan Wajib, memang ada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas telah mengikuti pendidikan awal kanak-kanak seawal umur 5 tahun ke sekolah-sekolah.

Ertinya, they go to school walaupun masa itu belum lagi diwajibkan. Tidak menjadi masalah they go to school. Apatah lagi sekarang dengan pindaan Akta Pendidikan Wajib ini, 5 tahun sudah diwajibkan bersekolah. Bagi pelajar-pelajar yang berkeperluan khas, yes they go to school.

Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar (UKPSTP) pada 1 Mac 2021. Perkhidmatan unit pada masa ini ditawarkan kepada tenaga pengajar kerajaan di pendidikan teras sahaja dahulu. This is new.

Antara tugas dan tanggungjawab UKPSTP adalah memberikan perkhidmatan sokongan (supporting role) melalui cara-cara pendekatan kaunseling, meningkatkan motivasi, kreativiti, produktiviti melalui 'pemberigaan’, menyediakan program pengayaan dan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan dan juga bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkepentingan.

Manakala, bagi mereka yang bukan dalam kalangan tenaga pengajar, mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling dari bahagian-bahagian tertentu di Kementerian Pendidikan dan juga agensi-agensi yang lain. Mungkin itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً رسول الله وأشهد أن عيسى عبد الله ورسوله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi kesempatan kaola untuk ikut serta membincangkan peruntukan Kementerian Pendidikan.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang disampaikan yang begitu komprehensif memuatkan hala tuju, tumpuan termasuk mengenai pelan strategik Kementerian Pendidikan. Kaola juga ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif-inisiatif yang dikongsikan dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

Yang Berhormat Pengerusi. Pertama, kaola ingin menyentuh mengenai Petunjuk Prestasi Utama peratus pelajar yang lulus dan BC-GCE 'O' Level dengan 5 'O' Level dan ke atas yang mana sasaran bagi tahun 2023/2024 adalah sebanyak 60%.

Dalam keputusan BC-GCE 'O' Level baru-baru ini, nampaknya sasaran ini tidak dapat dicapai. Keputusan yang dicapai hanyalah 43% berbanding 60% dalam sasaran. Kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengapa sasaran ini tidak dapat dicapai dan apakah langkah-langkah strategik Kementerian Pendidikan untuk mencapai sasaran ini?

Kaola juga memperhatikan bahawa sasaran dari tahun kewangan pada tahun ini sehingga tahun 2026/2027 pun masih lagi kekal ditahap 60% sahaja. Sedangkan kalau kita melihat pelaburan kerajaan termasuk dalam teknologi, best practises, capacity dan lain-lain dalam pendidikan semakin bertambah setiap tahun. Dari jumlah 43% yang lulus dengan mempunyai kredit 5 'O' Level dan ke atas, berapakah peratus yang mempunyai kredit dalam mata pelajaran Inggeris, Sains dan Matematik? Begitu juga di peringkat pasca-menengah dan pengijazahan (pengajian tinggi, pendidikan teknikal dan vokasional) yang disasarkan 90% lulus setiap tahun, adakah sasaran ini telah tercapai dan apakah peranan Kementerian Pendidikan dalam membantu meningkatkan lagi lepasan ijazah ini untuk mendapatkan pekerjaan?

Kedua, kaola perhatikan anggaran perbelanjaan 2024/2025 bagi Tajuk SFO1A Kementerian Pendidikan, jumlah pembinaan sekolah-sekolah baharu dan tambahan bangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-12 adalah sebanyak 10 buah. Namun, kaola perhatikan jumlah bilangan tenaga pengajar masih dalam bilangan yang sama. Ke arah itu, kaola ingin mengetahui mengenai pelan tindakan strategik Kementerian Pendidikan untuk menyelaraskan keperluan tenaga pengajar ini apabila sekolah-sekolah baharu dan tambahan ini nanti beroperasi.

Nampak kepada kaola jika keperluan ini tidak diselaraskan pada ketika ini, ia akan mendatangkan tekanan (pressure) bukan sahaja di peringkat kementerian, malahan di peringkat pengurusan sekolah dan juga kepada tenaga-tenaga pengajar yang sedia ada. Ini mungkin akan menjejasikan prestasi kedua-dua tenaga pengajar dan penuntut yang terlibat.

Pada Tahun Kewangan 2024/2025 ini, Kementerian Pendidikan telah mendapat tambahan peruntukan sebanyak hampir $10 juta. Daripada penelitian kaola, tambahan ini adalah disebabkan oleh penyediaan peruntukan kemajuan sebanyak kira-kira $19.4 juta dengan Harga Rancangan kira-kira $111 juta. Kaola tertarik untuk mengetahui isi ataupun content yang terdapat dalam projek berikut:

  • 1213-021 Government School Network Infrastructure Upgrade Phase 2
  • 1213-023 School Enterprise Resource Planning System.

Dari segi apakah output dan sasaran yang akan didapati dari kedua-dua projek ini? Seperti yang kita maklum, apa juga sistem yang akan diperkenalkan ia akan memerlukan alignment dan keperluan software termasuk pembangunan kapasiti dan change management. Apakah perkara ini telah diambil kira dalam perbelanjaan?

Seterusnya, kaola mengambil maklum mengenai usaha Kementerian Pendidikan terhadap STEAM sebagai mata pelajaran teras. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat meningkatkan kemahiran yang diharapkan sebagai pemangkin pembangunan seperti hasrat yang ditiahkan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengongsikan apakah KPI ataupun sukat-sukat yang digunakan bagi menilai keberkesanan inisiatif-inisiatif di bawah STEAM ini.

Sebagai pihak terpenting dan utama dalam menggubal dasar dan arah tuju pendidikan di negara ini, kaola juga ingin memohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Apakah set of skills tambahan yang perlu ada pada belia di negara ini untuk menyumbang bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035 ini?

Adakah pensejajaran telah dibuat oleh agensi-agensi yang berkepentingan untuk mengenal pasti dan memupuk set of skills ini supaya kita sentiasa future ready dan akan setanding serta dapat bersaing dengan negara-negara yang maju terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi kerana realitinya, set of skills ini akan sentiasa berubah menurut keperluan semasa dan akan datang.

Persoalan seterusnya ialah berkaitan dengan institusi pengajian tinggi seperti UBD, UNISSA, UTB, Politeknik Brunei dan IBTE. أكثر من dalam anggaran belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025, institusi-institusi ini pada keseluruhanyna telah diperuntukkan sebanyak kira-kira $279 juta dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN-12).

Apa yang menarik perhatian kaola ialah mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan seperti pembinaan UBD Digital Science Nexus, pembinaan UBD Innovation Hub, UNISSA Smart University, UTB Phase 4 School of Applied Science and Mathematics. Nampaknya projek-projek ini berbentuk innovation, technological, digitalization mahupun science based.

Kaola ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkara-perkara berikut. Berapa ramai anak-anak tempatan yang telah menceburkan diri secara sepenuh masa dalam aspek penyelidikan, sains, inovasi, teknologi dan digitalization ini? Setakat manakah sudah program-program dan hasil-hasil penyelidikan ini telah decommercialized?

Seperti yang kaola pernah bangkitkan pada tahun lepas dalam Dewan ini, kaola berharap untuk melihat lebih banyak pensejajaran dan coordination terutama bagi membina rangkaian kerja dalam aspek capacity building, dalam mencapai sasaran penyelidikan ini. Pensejajaran dan coordination yang kaola maksudkan ini ialah bukan dari segi akademik sahaja akan tetapi juga dari cara sistem pendidikan kita sendiri untuk mengolah atau mengadun cara berfikir pelajar-pelajar kita secara holistik untuk menguatkan strategi taktikal dan positive thinking dari peringkat teras hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi supaya mereka ini sentiasa industri dan future ready. Setakat ini, apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dalam mempraktikkan perkara ini? Adakah terdapat sudah hasil yang dapat dipetik dari usaha ini?

Yang terakhir, mengenai Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (Student Education Loan). أيفعل. Semenjak skim ini dilancarkan beberapa tahun lalu, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Maklum balas yang diterima, skim ini juga telah berjaya menghasilkan graduan-graduan yang cemerlang dalam bidang masing-masing, أيفعل.

Sehubungan dengan itu, kaola ingin memohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Berapakah jumlah graduan-graduan yang telah berhasil menamatkan pengajian mereka melalui skim ini? Berapakah jumlah yang mendapat keputusan yang cemerlang (peringkat kelas pertama)?

Kaola sebenarnya hanya ingin menyampaikan cadangan dari ibu bapa. Kemungkinan ada fleksibiliti dari segi bilangan penuntut yang dihantar dalam skim ini akan dapat ditambah dan bidang kursus juga akan diluaskan bagi mengambil kira minat dan keperluan pihak-pihak yang terlibat ini kerana mereka juga bukan sahaja menyumbang pembiayaan, malahan sebilangan mereka mempunyai sasaran tertentu dalam memilih kursus-kursus tersebut.

Kaola rasa keprihatinan mereka ini munasabah juga untuk diteliti secara mendalam dan saksama memandangkan bilangan biasiswa kerajaan dari segi jumlah dan kursus pun sudah terhad.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim. Ada banyak soalan di sini, boleh kaola menjawab yang senang dahulu?

Mengenai dengan STEAM, apakah KPI nya? Oleh kerana ia baru dilaksanakan jadinya KPI Kementerian Pendidikan adalah bagi setiap sekolah sekurang-kurangnya dapat menawarkan satu mata pelajaran teras. Pada masa ini, terdapat beberapa sekolah-sekolah swasta yang belum dapat menawarkan mata pelajaran STEAM menjadi satu mata pelajaran teras. So, 'kitani' memberi mereka masa dan ia merupakan satu KPI 'kitani'. Ertinya, kalau boleh semua sekolah awam dan swasta akan dapat menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran teras dalam STEAM.

Kedua, mengenai set of skills untuk pelajar-pelajar 'kitani' to be future ready. Sebenarnya itu sebab kenapa 'kitani' menekankan penguasaan kemahiran 6 C's yang telah tadi kaola sampaikan seperti critical thinking, communication, creativity dan sebagainya. Jadinya, oleh kerana 'kitani' mahu pelajar-pelajar 'kitani' dapat menguasai kemahiran ini.

Di sini 'kitani' akan memasukkan elemen-elemen penting seperti perubahan kepada metodologi pembelajaran seperti bukan sahaja chalk and talk dan sebagainya tetapi melalui penemuan, penguasaan, melalui enquiry based, dengan soal jawab dan sebagainya. Semasa soal jawab kalau boleh jangan menggunakan close ended questions tetapi menggunakan open ended questions dan sebagainya.

So, itulah yang kitani masukkan elemen-elemen cara pembelajaran itu 'kitani' ubah dan salah satu jua cara memantau sama ada penguasaan 6 C's ini berkesan atau tidak. That is why Kementerian Pendidikan di Negara Brunei Darussalam mengikuti PISA. PISA is not a test of content knowledge but PISA is actually menilai the application of education and knowledge, ia menilai macam mana kanak-kanak ini tadi selain menguasai content knowledge tetapi macam mana kanak-kanak menggunakan content knowledge itu untuk menjawab atau menyelesaikan masalah-masalah semasa, so that is 2.

Mengenai penyediaan insfratruktur IT kalau kaola tidak silap, iaitu Government School Network Infrastructure Upgrade, Fasa II. Ia adalah penaiktarafan infrastruktur rangkaian sekolah kerajaan bagi 153 buah sekolah, iaitu 26 buah sekolah menengah dan 79 buah sekolah rendah. Keseluruhannya adalah untuk menaik taraf prasarana rangkaian bagi 153 buah sekolah di Negara Brunei Darussalam.

Mungkin pada masa ini, sekolah-sekolah mempunyai Wi-Fi tetapi tidak meliputi keseluruhan kawasan sekolah itu. Mungkin ada Wi-Fi di admin block saja atau IT block saja tetapi bukan di bangunan yang lain-lain seperti bangunan classroom dan sebagainya.

Ini memang kalau 'kitani' kan menggunakan mesh yang 'kitani' pakai di rumah, the router itu mungkin boleh digunakan tapi kalau 'kitani' menggunakan router ini, 'kitani' inda dapat mengawal kandungan yang kanak-kanak boleh layari di YouTube atau laman sesawang lain yang boleh dibuka. Jadinya, 'kitani' terpaksa menggunakan infrastruktur yang bersesuaian supaya 'kitani' dapat melihat dan memblock apa laman-laman yang bersesuaian untuk pembelajaran yang dapat diakses di sekolah.

Mengenai dengan School Enterprise Resource Planning System, ia adalah penyediaan satu sistem maklumat untuk penyimpanan dan pengurusan rekod dan data pelajar, tenaga-tenaga pengajar, maklumat mengenai dengan sekolah-sekolah serta melaksanakan penilaian pelajar-pelajar di sekolah secara online.

Sistem ini adalah pengumpulan kepada empat (4) sistem iaitu student information system, educator management system, assessment management system dan school management system. Kalau dulu, sistem ini akan dibuat secara berasingan dan kalau ditemukan menggunakan application programming interface atau pun API, tetapi oleh kerana ia lebih baik untuk satu sistem menggabungkan ke empat-empat ini, ertinya 'kitani' tidak perlu lagi menggunakan API itu. Walau bagaimanapun, API akan tetap juga digunakan bagi sistem ini untuk berhubung dengan sistem yang lebih besar yang lain daripada sistem yang telah kaola mention tadi.

Mengenai dengan UBD Innovation Hub, ia adalah bangunan gunasama bagi tiga (3) fakulti: Centre for Life-Long Learning (C3L), School of Business and Economy (SBE Innovation Triangle) and UBD Centralized Equipment dan Prototyping Development Unit. Manakala pembinaan UBD Digital Science Nexus, ia adalah pembinaan sebuah fasiliti yang memfokus kepada pengajaran penyelidikan yang merangkumi pelbagai aspek sains digital.

Mengenai dengan pembinaan UBD Digital Science Nexus ini, pada masa ini program-program yang ditawarkan adalah seperti applied artificial intelligence, artificial intelligence and robotics, computer science, cyber security dan juga data science. Pelajar-pelajarnya adalah semakin meningkat dan memang penyelidikan adalah komponen wajib di dalam program-program tersebut kerana kalau bukan ada data dan penyelidikan atau pun the analysis of data, ertinya ia bukan di dalam data science, bukan di dalam pembelajaran digital science. So, at the moment, ada 48 orang pelajar yang enrol di tahun 2023. Ia adalah meningkat daripada 15 orang pelajar pada tahun 2019, 25 orang pelajar dalam tahun 2020, 31 orang pelajar dalam tahun 2021 dan 42 orang pelajar dalam tahun 2022.

Pembinaan UBD Innovation Hub ini tadi sebenarnya menolong saranan Yang Berhormat Pehin tadi mengenai dan juga soalan Yang Berhormat tadi: berapakah penyelidikan yang sudah diangkat, yang sudah dapat, yang sudah menjadi.

Sebenarnya UBD Innovation Hub ini salah satu projek RKN seperti yang telah koala sampaikan tadi, ia adalah bangunan gunasama bagi 3 fakulti Centre for Life-Long Learning dan sebagainya, tetapi yang paling penting UBD Innovation Hub ini, ia akan meningkatkan lagi keupayaan untuk mempatent research-research pelajar.

Kalau masa ini, pelajar-pelajar UBD, 84% daripada pelajar-pelajar ini patent-patent mereka ini adalah dibawah Technology Readiness Level 4, sedangkan 'kitani' mahu kalau boleh Technology Readiness ini sampai ke 7, 8 ataupun 9, dimana ia beyond development sudah, kira ia dapat sudah di deploy research finding, so that is why kenapa Kementerian Pendidikan melalui Universiti Brunei Darussalam telah memohonkan peruntukan untuk pembinaan UBD Innovation Hub yang bejumlah $20 juta harga rancangannya. Dan juga untuk commercialization, sebab untuk commercialization ia mesti TRL yang lebih tinggi.

Manakala peperiksaan 'O' Level, kenapa ia menurun, seperti yang telah koala sampaikan di dalam mukadimah tadi, walapun ia sedikit menurun GCE 'O' Level itu, ia nampak menurun walapun ia nampak sangat menurun kerana pada tahun 2021, results 'O' Level 'kitani' adalah tinggi. Tetapi di sana tidak dapat dijadikan sebagai perbandingan kerana cara penilaian adalah lain daripada yang selalu diamalkan.

Pada tahun tersebut, ia adalah peperiksaan tersebut dinamakan SAG atau pun Student Assess Grade so ia menggunakan continuous assessment pelajar itu, itu yang dinilai dan ia punya 'O' Level adalah meningkat hingga kalau peringkat nasional 56%, 56.48% dan juga kalau peringkat sekolah adalah 56.48%, sama nasional dan sekolah sebab masa SAG itu tidak ada private candidates. Tetapi ia menurun pada tahun 2022 ke 45.83%, ia punya penurunan itu sangat steep.

If I can show you the graph, can see penurunan itu sangat steep di sini tetapi apabila sudah tahun 2024 if you can see, ia punya walapun penurunan tetapi ia punya gradient is much less than this one. So ertinya, we are almost kembali kepada trend asal pada 10 tahun kebelakangan. This is for 'O' Level, 'A' Level, dan juga PSR. You can see semasa ini, 'kitani' kalau PSR meningkat, tetapi 'A' Level ia punya gradient sama jua, tidak sesteep semasa selepas COVID-19 hari itu.

Peningkatan terbaik adalah dalam Computer Science dan juga Geography dan prestasi yang menurun adalah seperti Food and Nutrition, lebih 10% menurun, Business Studies, Agriculture, Travel and Tourism dan kalau kurang daripada 10%, Art and Design dan sebagainya. Kalau kitani amat-amati subjek-subjek ini, these are the non-sciences, kebanyakannya the non-sciences ertinya yang peningkatan terbaik di Computer Science dan Geography, the non-sciences Food and Nutrition, Business Studies, ia memerlukan banyak hands-on so they are affected tetapi kenapa ia affected itu, perkara ini akan diselidiki lagi kenapa kerana banyak data-data yang perlu di triangulate lagi sebelum pihak kementerian dapat mengusulkan apa sebenarnya yang telah menyebabkan penurunan tersebut, walaupun penurunan itu tidak seteruk penurunan pada tahun lepas. Perbelanjaan RKN-12 ada peruntukan untuk institusi baru dan kenapa tenaga pengajar masih belum ada tanda-tanda untuk ditingkatkan lagi keramaiannya.

Untuk menjawab soalan ini, sebenarnya pihak Kementerian Pendidikan sedang giat untuk membuat manpower auditing. Jadinya kiranya macam berapa pelajar dalam satu kelas dan berapa period per teacher yang boleh mengajar. Kalau ada kelebihan-kelebihan guru on school itu akan diselaraskan dulu dan إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُkalau misalnya masih belum mencukupi إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ pihak Kementerian Pendidikan akan mencadangkan untuk jawatan tenaga pengajar ini dipohonkan peruntukannya. Barangkali kaola sudah jawab semua kali Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Semua sudah soalan Yang Berhormat Pehin itu terjawab ataupun ada masih lagi satu, dua yang belum bejawab?

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

Ada masih berbaki sedikit Yang Berhormat Pengerusi. Pertama mengenai mengapa tahan-tahan 60% target 'kitani' sampai 2026/2027 masih lagi target 'kitani' itu 60% 'lakat'. Kemudian dari segi peranan Kementerian Pendidikan dalam membantu meningkatkan lagi lepasan ijazah untuk mendapatkan pekerjaan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kenapa 60% it is very interesting question Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya semasa meletakkan 60% sebagai KPI GCE 'O' Level itu, ia dibuat menggunakan simulasi ataupun trend line. Pada ketika itu, memang 'kitani' mengharapkan pelajar-pelajar 'kitani' ini yang sampai ke tertiary education adalah 30%, memang dalam buku 'kuning hitam', memang 'kitani' di sana memberitahu 'kitani' mengharap 30% daripada pelajar-pelajar 'kitani' sekurang-kurangnya mencecahkan kaki ke tertiary education.

Tetapi year in, year out memang 'kitani' tidak dapat mencapai sasaran tersebut. Jadinya apabila kiranya macam anggaran dalam 19% ke 20% sahaja yang sampai ke tertiary education dan apabila 'kitani' simulate that pool, 'kitani' dapat 20% itu adalah berdasarkan keramaian pelajar-pelajar 'kitani' yang lulus dengan 5 'O' Level Credit di peringkat 'O'. Jadinya di sanatah, kalau 'kitani' membuat simulasi kalau 30% di tertiary education, berapakah pool, berapakah ramainya orang dalam pool 5 'O' Level itu yang dapat mesti 'kitani' ada supaya mereka dapat lulus 'A' Level dan seterusnya ke tertiary education. That is why 'kitani' berangan-angan besar supaya dapat pelajar-pelajar itu, 60% daripada pelajar-pelajar 'kitani' dapat 5 'O' Level supaya 'kitani' dapat mencapai merealisasikan 30% pelajar-pelajar 'kitani' sampai ke tertiary education. But having said that, memang inilah satu cabaran yang paling besar macam 'kitani' seolah-olah te/lock kenapa sampai saat-saat ini 'kitani' masih belum mencapai 60% itu.

Tapi kalau 'kitani' melihat data, 'kitani' daripada dulu daripada 33% memang ada peningkatan. Peningkatan itu ada tapi tidak terlalu besar. Misalnya daripada tahun 2009, 33% dan it took us almost 2 dekad untuk mencapai ia sampai ke 40%. Jadinya memang 'kitani' terpaksa bekerja keras lagi supaya pelajar-pelajar 'kitani' yang dapat mencapai 5 'O' Level itu melimpasi 40%, melimpasi 50% dan sampai mencapai 60%. Memang diakui Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas jawaban yang diberikan. Saya memberikan kesempatan bagi Yang Berhormat Menteri Pendidikan dengan pegawai-pegawainya untuk barangkali untuk meneliti sama ada yang masih belum dijawab barangkali boleh dijawab pada hari-hari yang berikutnya.

Saya kira cukuplah dulu kita berbahas di Peringkat Jawatankuasa ini dan saya berpendapat ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dulu dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya ingin mencadangkan supaya persidangan ini kita tangguhkan dulu bagi membolehkan kita berhenti dan إن شاء الله kita akan bersidang semula pada hari Rabu, 13 Mac 2024 mulai pukul 10.00 pagi.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Estimated Word Count

Total: 11365

Yang Berhormat Menteri Pendidikan: 7330

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 1103

Yang Berhormat Pengerusi: 711

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 533

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 458

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 323

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 283

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 269

Yang Berhormat Menteri Kesihatan: 208

Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 140

Yang Mulia Jurutulis: 7