HARI KE-9 PAGI
9HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kesembilan, hari ini Sabtu, 28 Syaaban 1445 bersamaan 9 Mac 2024, didahului dengan bacaan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَعْظَمَ السَّلاَمُ عَلْيْهِمْ وَرَحْمَتُهُ اللَّهِ وَبَرَكَتُهُ
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Illahi Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kesembilan dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Sebelum kita beralih ke Peringkat Jawatankuasa bagi meneliti tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang tersebut selanjutnya, saya telah pun difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, ingin membuat kenyataan dan respons terutamanya bagi beberapa soalan yang telah diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik berkenaan dengan Rang Undang-Undang yang telah dibahaskan semasa membincangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 pada hari Khamis yang lalu, 29 Februari 2024.
Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَبِهٖ نَسْتَعِيْنُ عَلَىٰ اُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ
Izinkan kaola untuk merujuk beberapa soalan dan feedback yang telah diajukan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat pada hari Khamis, 29 Februari 2024 yang lalu, di mana kaola belum sempat memberikan penjelasan ke atasnya. Kaola ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan dan menyambut baik feedback yang telah diberikan.
Soalan pertama daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim mengenai langkah-langkah strategik
Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) untuk memperbaiki lagi penglibatan sektor perbankan tempatan untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan ekosistem di negara ini.
Lebih dahulu, izinkan kaola kongsikan beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak BDCB untuk memudah cara dan membantu pihak individu dan peniaga termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan lebih mudah seperti berikut:
Pada tahun 2016, BDCB telah memperkenalkan Pendaftaran Cagaran ataupun Collateral Registry untuk membantu PMKS mendapatkan pinjaman kewangan dengan mengguna pakai movable property mereka sebagai cagaran. BDCB juga secara berterusan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai Pendaftaran Cagaran ini kepada industri dan topik-topik yang dibentangkan semasa sesi pembinaan kapasiti tersebut adalah berguna kepada PMKS seperti Factoring and Asset-Based Lending;
Pada tahun 2018, Skor Kredit atau Credit Score telah dikenalkan bagi membantu bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan untuk membuat keputusan pinjaman yang lebih bermaklumat serta memudahkan lagi akses kepada kewangan bagi individual dan entity commercial terutamanya bagi PMKS;
Melalui Notice On Equity Based Crowdfunding (ECF), Platform Operators dan Notice on Peer-to-Peer Financing (P2P) Platform Operators yang masing-masing dikeluarkan pada bulan Ogos 2017 dan April 2019. Notis-notis ini memberikan panduan perundangan yang jelas bagi mana-mana syarikat yang ingin mengendalikan platform ECF dan P2P di negara ini. Seterusnya, diharap akan dapat membuka jalan terhadap sumber pembiayaan alternatif kepada peniagaan setaraf dan kecil untuk menjana modal.
Di samping itu, BDCB juga menggalakkan perkembangan syarikat-syarikat dan produk-produk Teknologi Kewangan ataupun Financial Technology (FinTech). Pada tahun 2017, BDCB FinTech Regulatory Sandbox telah dikenalkan dan setakat ini terdapat sebanyak 2 buah syarikat FinTech yang sedang menguji perkhidmatan kewangan digital Peer-to-Peer Crowdfunding Platform dan juga kiriman wang.
Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut antara lainnya menawarkan penyelesaian teknologi kewangan bagi mengatasi isu-isu kewangan yang dihadapi oleh PMKS di negara ini.
BDCB juga telah membuat kajian atas kadar pinjaman wang yang ditawarkan kepada sektor korporat dan FDI dan didapati bahawa kadar pinjaman bank yang ditawarkan di negara ini adalah berpatutan dan boleh dianggap rendah berbanding negara-negara serantau.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sebelum kaola beralih ke soalan seterusnya, izinkan kaola untuk menyentuh sedikit mengenai business sentiment atau business confidence khususnya bagi menangani cabaran-cabaran yang dialami oleh para peniaga di negara ini, terutama sekali pasca COVID-19. Hasil daripada maklum balas yang diperolehi dari platform yang tertentu seperti sesi-sesi dialog bersama National Chambers of Commerce and Industry Brunei Darussalam, roundtable economic discussions, business forums dan sebagainya, pihak kerajaan secara berterusan telah dan sedang mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki termasuklah mengubah dasar-dasar supaya lebih properniagaan ke arah memastikan economy outlook yang positif bagi business community dan menggalakkan pelaburan baharu. Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan berusaha untuk meningkatkan outreach kepada lebih banyak perniagaan. Kaola jua sangat mengalu-alukan idea dan sumbangan buah fikiran yang bernas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memperbaiki ekosistem perniagaan di negara ini.
Seterusnya, ke arah membantu peniaga-peniaga tempatan khususnya PMKS untuk berkembang maju, izinkan kaola untuk mengambil kesempatan ini mengongsikan hasil dapatan daripada MSME Festival yang telah diadakan pada 29 Februari hingga 3 Mac 2024, baru-baru ini di Bridex Hall, Jerudong.
في آمين pada tahun ini, sebanyak 180 pengusaha tempatan PMKS telah ikut serta untuk mempamerkan produk-produk mereka. Sebanyak 10 buah syarikat pengimport dari Singapura, Jepun, China dan Malaysia telah diundang dengan tujuan untuk meneroka peluang-peluang bagi business matching. Hasil daripada festival berkenaan, sebanyak 34 produk pengeluaran tempatan seperti produk bakeri, produk makanan laut, barangan daging beku, udang kering, bahan rempah, sos, produk minuman, produk pertanian dan lain-lain telah dikenal pasti oleh syarikat-syarikat pengimport berkenaan untuk dieksport.
Festival ini telah membuktikan bahawa Negara Brunei Darussalam mempunyai potensi untuk mengeluarkan produk yang boleh dieksport. Contohnya, penyertaan Syarikat Mustafa Centre dari Singapura yang kali kedua menghadiri festival ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk mengimport lebih banyak produk-produk tempatan 'kitani' seperti produk minuman teh dan sambal. Produk-produk ini adalah sebagai produk tambahan import mereka selain daripada produk-produk yang sudah diimport sebelum ini.
Seterusnya, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman:
Mengenai perkongsian dan 'pemberigaan' inisiatif-inisiatif yang kaola bentangkan semasa Pembentangan Rang Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025. Alhamdullilah terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan yang baik itu. Insya'allah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan 'memberigakan' dan mempromosikan inisiatif-inisiatif berkenaan kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui pelbagai platform.; dan
Soalan seterusnya mengenai mekanisme pemantauan performance perbelanjaan untuk memastikan perbelanjaan mencapai objektif yang dilaksanakan. Pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi ada membuat beberapa pemantauan yang berjadual seperti mid-year review dan secara bulanan serta secara adhoc termasuk lawatan ke tapak-tapak khususnya bagi projek-projek RKN bersama setiap kementerian untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan perbelanjaan termasuk perkara-perkara berikut:
Meneliti Key Performance Indicators dengan sasaran yang hendak dicapai bagi mengukur penjanan output atau pencapaian outcomes yang akan diperolehi daripada pelaksanaan perbelanjaan yang dibuat oleh setiap kementerian dan jabatan.;
Menekankan akauntabiliti dan disiplin kewangan di setiap peringkat khususnya kepada pegawai pengawal dalam pengurusan kewangan kerajaan dalam mencapai sasaran dan matlamat dasar. Pengurusan kewangan yang lebih mantap dengan mengutamakan perbelanjaan yang penting ataupun priority spending yang akan menjurus kepada savings dalam jangka masa panjang ataupun meningkatkan hasil kepada setiap kementerian dan jabatan. Selain itu, memastikan pelaksanaan perancangan perbelanjaan yang berhemah dan cost-effective dengan menggunakan konsep value for money melalui guna sama serta pemilihan skop kerja dengan kawalan yang memenuhi functionality yang bersesuaian dengan keperluan sebenar.;
Menekankan pentingnya untuk mengambil tindakan segera terhadap rancangan perolehan atau projek-projek yang tergantung dalam peruntukan yang telah diluluskan bagi memastikan peruntukan berkenaan digunakan secara efisien. Pegawai-pegawai hendaklah mengadakan platform pemantauan perbelanjaan secara regular dalam tahap jabatan mereka untuk memastikan perbelanjaan mengikut peruntukan dan keutamaan. Selain itu, Bahagian Rancangan Kemajuan Negara (RKN), di Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan prestasi pekerjaan projek-projek RKN dan fizikal.;
Seterusnya, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai peruntukan research and development. Kaola menyambut baik kenyataan Yang Berhormat dan bersetuju bahawa sektor research and development memainkan peranan yang penting dalam memacu pembangunan negara. Ke arah itu, beberapa peruntukan telah disediakan pada Tahun Kewangan 2024/2025 dan RKN-12 seperti di bawah Council for Research and Advancement in Technology and Science (CREATES). Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa jumlah yang disediakan adalah masih rendah dan ia perlu direview lagi dari masa ke masa.
Berkenaan soalan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai Return on Investment (ROI) yang diharapkan daripada inisiatif transformasi digital di Negara Brunei Darussalam. Bagi menjawabnya, antara tahun 2015 hingga 2023, secara pro rata sektor teknologi dan infokomunikasi atau ICT telah berkembang sebanyak 3.1%. Perkembangan ini didorong oleh peningkatan bagi aktiviti telekomunikasi dan computer programming, consultancy and information service activities. Tidak dapat dinafikan, pandemik COVID-19 telah memberi peluang kepada sektor ini untuk berkembang berikutan permintaan yang tinggi dan seterusnya telah mendorong kepada meningkatnya pengeluaran produk-produk perkhidmatan ICT seperti aplikasi mudah alih, platform e-dagang dan teknologi telekomunikasi yang lebih canggih dan akhirnya membantu mempercepatkan usaha negara ke arah transformasi digital.;
Akhir sekali, berhubung soalan daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin mengenai usaha-usaha meningkatkan pelaburan FDI ada pada masa ini dan yang berkaitan dengan GLCs. Seperti yang telah kaola sampaikan secara terperinci semasa pembentangan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025, beberapa projek telah, sedang dan akan dilaksanakan:
Syarikat Muara International Fish Landing Sdn. Bhd., iaitu anak Syarikat Muara Port Company Sdn. Bhd. (MPC) telah berjaya menyiapkan kerja-kerja pemodenan dan pembangunan semula di Kompleks Pendaratan Ikan Muara yang antara lainnya termasuk pembangunan, kemudahan fasiliti, Cold Storage yang akan dapat menyumbang kepada kemudahan dan keperluan rangkaian Cold Chain Logistics di negara ini.;
Projek pelaburan usaha sama antara dana Strategic Development Capital dengan sebuah syarikat tempatan dan beberapa syarikat antarabangsa, iaitu Integrated Marine Maintenance and Decommissioning Yard yang dikendalikan oleh Syarikat Anson International Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Muara Besar untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan decommissioning bagi kapal-kapal yang berada di perairan negara ini termasuk decommissioning pelantar dan telaga minyak mentah, fabrication dan lain-lain.;
Projek Kemajuan Pulau Muara Besar Fasa-2 antara pihak kerajaan dengan Syarikat Hengyi Sdn. Bhd. yang diharap akan meningkatkan kapasiti feedstock untuk menghasilkan lebih banyak produk dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Izinkan kaola menambah lagi bahawa semasa pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, kerajaan juga memberikan perhatian terhadap potensi spin-off serta pengeluaran produk nilai tambah (value added product) yang dapat dimanfaatkan daripada syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan dan sedang beroperasi di negara ini. Sebagai contoh, di bawah strategi Sektor Hiliran Minyak dan Gas, kerajaan telah memperbanyakkan senarai bahan mentah tempatan seperti ammonia, benzene dan methanol yang akan menjadi pemangkin bagi aktiviti pengeluaran dan produk-produk lain. Dengan adanya pelbagai bahan mentah tempatan tersebut, pihak kerajaan pada masa ini sedang giat menjalankan langkah-langkah terakhir bagi menyertai peluang pelaburan untuk mengembangkan sebuah kilang pengeluaran asid acetic dan aniline di Tapak Perindustrian Sungai Liang Daerah Belait. Apabila kilang berkenaan sudah mula beroperasi, ia akan menambah lagi senarai bahan-bahan mentah yang boleh diguna pakai oleh syarikat tempatan dan juga untuk menarik FDI yang baharu.
Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan serba sedikit untuk menjawab soalan-soalan yang bekenaan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Kita ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas penerangan lanjut mengenai perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan saya kira penerangan-penerangan yang begitu jelas tidaklah lagi perlu untuk disambung dengan pertanyaan-pertanyaan lain. Sekarang tiba masanya bagi kita untuk menyambung persidangan kita ini bagi meneliti Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 satu per satu. Bagi membolehkan perkara ini kita laksanakan, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II secara satu per satu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa pada petang hari Khamis yang lalu telah pun selesai membahas dan membincangkan Tajuk Belanjawan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya dan seterusnya tajuk-tajuk tersebut telah pun kita luluskan.
Sebelum kita beralih kepada tajuk seterusnya, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ingin membuat kenyataan ataupun respons dengan isu permainan mesin cakar ataupun dikenali sebagai claw machine yang telah dikemukakan ataupun ditimbulkan pada hari Khamis yang lalu. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memberikan kenyataannya. Saya juga tidak faham dan tidak pernah melihat claw machine ini. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, iaitu mohon pencerahan mengenai permainan mesin cakar yang melibatkan belia dan jualan sesuatu yang dikategorikan sebagai غرر (gharar) ini adalah diharamkan. Di bawah Akta Hiburan Awam, Penggal 181, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, jabatan-jabatan daerah, lembaga-lembaga bandaran adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan kebenaran permohonan yang dipohonkan oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan mesin-mesin permainan di negara ini. Ini termasuklah "mesin cakar" atau claw machine dan mesin-mesin permainan yang lain seperti balloon popper atau pop the balloon, basketball atau basketball machine dan sebagainya.
Dalam pada itu, menurut Siri Fatwa Mufti Kerajaan Bil. 19/2023 mengenai permainan claw machine yang dikeluarkan pada 18 Disember 2023, iaitu berikutan dengan penjelasan yang dipohonkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Jabatan Mufti Kerajaan berkenaan dengan permainan-permainan yang dimaksudkan iaitu berikutan juga dengan mesej tular daripada orang awam. Jabatan Mufti Kerajaan telah mengeluarkan fatwa secara ringkas.
Berdasarkan cara permainan claw machine, ia adalah mempunyai unsur-unsur judi seperti berikut:
Pemain disyaratkan untuk membayar sejumlah wang sebagai taruhan bagi mendapatkan hadiah.;
Permainan ini lebih banyak bergantung kepada nasib sama ada akan dapat hadiah atau tidak.; dan
Permainan ini mempunyai risiko untung atau rugi.
Antara bentuk atau ciri perjudian yang diharamkan ialah setiap pihak dalam suatu permainan ragu-ragu atau tidak pasti antara sama ada dia akan mendapat habuan atau dia akan menanggung kerugian. Islam mengharamkan judi dan segala bentuk perkara yang berunsurkan perjudian sama ada melalui permainan hiburan dan sebagainya. Pengharaman judi jelas disebut dalam Al-Quran sebagaimana firman الله تعالى dalam Surah Al-Maidah ayat 90 tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan dan keberuntungan."
Permainan claw machine adalah permainan berunsur judi. Judi boleh saja berlaku dalam permainan pada masa kini seperti permainan claw machine dan permainan-permainan lain seperti dinyatakan tadi kerana semua permainan itu mempunyai unsur-unsur judi yang disebutkan di atas. Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengemas kini garispanduan pemberian lesen hiburan awam dengan tidak lagi membenarkan pengeluaran lesen ke atas mesin-mesin cakar atau permainan-permainan yang seumpamanya.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, jabatan-jabatan daerah dan jabatan-jabatan bandaran pada masa ini telah mengenal pasti syarikat-syarikat yang telah dikeluarkan lesen hiburan awam sebelum Fatwa Mufti berkenaan dikeluarkan dan akan dikeluarkan notis untuk memberhentikan operasi ke atas mesin-mesin yang dimaksudkan. Pihak kementerian juga dari masa ke semasa bekerjasama dengan Jabatan Mufti Kerajaan dalam pelaksanaan tindakan terhadap permainan-permainan lain yang boleh dikategorikan sebagai judi. Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi penjelasan daripada kaola. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sekarang kita beralih pula kepada Tajuk seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita telah pun beralih kepada Tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Maka seperti lazimnya, sebelum saya membukakan jadual ini untuk dibahas dan dibincangkan, saya ingin mempersilakan dan memberi ruang kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementeriannya serta penjelasan dan kenyataan mengenai penyediaan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Lebih dahulu, kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kaola peluang menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia ini semasa Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara. Kaola bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan yang setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara pada 27 Februari 2024 yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyokong peruntukan berjumlah $124,706,795.00 bagi Tahun Kewangan 2024/2025 untuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Secara umumnya, peruntukan ini adalah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Sejumlah $57,564,750.00 adalah untuk emolumen yang antara lainnya bagi membiayai gaji para pegawai dan kakitangan kementerian dalam dan luar negeri.;
Manakala $57,400,000.00 adalah untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang,; dan
Sejumlah BND 9,742,045.00 diperuntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan.
Peruntukan ini yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan secara berhemat bagi menampung keperluan perbelanjaan kementerian ini serta memberikan keupayaan kepada kementerian untuk terus melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya yang diamanahkan dengan lebih berkesan dan efisen. Terutamanya dalam meningkatkan keupayaan kakitangan dan menaik taraf infrastruktur kementerian dan bagi mempertingkatkan lagi usaha dan sumbangan Negara Brunei Darussalam ke arah keamanan dan kemakmuran serantau serta memberi sokongan rakyat dan agensi-agensi negara di arena antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kementerian ini juga mengalu-alukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 yang akan bermula pada Tahun Kewangan 2024/2025 ini. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri melalui Rancangan Kemajuan ini إن شاء الله akan melaksanakan beberapa projek pembangunan yang bukan sahaja akan menaik taraf infrastruktur kementerian bahkan juga akan memelihara aset-aset kerajaan, pejabat-pejabat perwakilan kita di luar negara.
Projek penailtarafan infrastruktur ini akan membolehkan kementerian untuk menampung kapasiti keseluruhannya pegawai dan kakitangan kementerian ini yang pada masa ini ada sebahagian besarnya ditempatkan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC). Dengan Rancangan Kemajuan ini, ia akan dapat memberikan ruang pejabat yang selesa serta mencukupi bagi menampung pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedia ada mahupun menampung perkembangan tenaga kerja pada masa yang akan datang. Di samping itu, Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya semula secara optimum untuk kegunaan persidangan, permesyuaratan, pameran dan sebarang acara-acara keramaian mahupun yang rasmi ataupun persendirian.
Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga perlu memelihara aset-aset negara di luar negeri seperti bangunan-bangunan pejabat perwakilan. Aset-aset berkenaan hendaklah dijaga mengikut piawaian yang baik dan keperluan semasa. Projek-projek ini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan serta memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dalam memelihara hubungan baik kedua negara serta juga kepentingan rakyat semasa berada di luar negeri.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala tahun ini Negara Brunei Darussalam telah menyambut 40 tahun mencapai kemerdekaan penuhnya dan bersama ini juga bermakna adalah genap 40 tahun penubuhan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan jalinan hubungan diplomatik negara ini dengan beberapa negara sahabat juga mencapai 40 tahun. Tahun ini juga sangat signifikan kerana kita turut menyambut ulang tahun ke-40 keahlian Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Komanwel.
Alhamdullilah dalam tempoh 4 dekad ini, walaupun sebagai sebuah negara kecil yang sedang membangun dan dengan penduduk yang kecil, Negara Brunei Darussalam telah mampu membuktikan keupayaannya dalam sama-sama memberikan sumbangan positif kepada inisiatif-inisiatif serantau seperti ASEAN dan antarabangsa ke arah keamanan dan pembangunan bersama. Dalam kata yang lain, negara kita telah berjaya mempamerkan kematangan sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat serta dihormati dan dipercayai di arena serantau dan antarabangsa. Melalui kerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga telah berjaya memupuk hubungan baik dan meningkatkan lagi kerjasama dengan rakan strategik dalam menjaga dan memajukan kepentingan-kepentingan negara ini.
Walau bagaimanapun, negara tidak akan terlepas dari pelbagai cabaran akibat persekitaran geopolitik yang semakin bergolak dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Ini memerlukan kementerian untuk lebih cekap dan tangkas dalam menghadapinya. Oleh itu, Negara Brunei Darussalam akan sentiasa konsisten dalam dasar pendekatannya berbaik-baik dengan semua negara dan saling hormat-menghormati serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain demi memastikan kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa dihormati dan terpelihara.
Seiring dengan itu, pendekatan negara dalam menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman melalui dialog, perundingan, bekerjasama demi manfaat bersama serta in accordance with undang-undang antarabangsa dan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu perlu kekal menjadi sandaran dasar luar kita. Kesemua ini adalah selaras dengan nilai-nilai konsep Melayu Islam Beraja iaitu bertolak ansur, bersikap pemedulian, tolong-menolong, bermuzakarah dan berunding. Prinsip-prinsip dasar luar yang pragmatik telah diamalkan selama ini telah menyumbang kepada kesejahteraan, keselamatan, pembangunan dan juga kehormatan negara.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَكْثَرَ مِنْ نِصْفِ dalam tempoh dalam 4 dekad yang lalu ini, Negara Brunei Darussalam telah menjalin hubungan diplomatik dengan 172 negara dan mempunyai sebanyak 43 pejabat perwakilan di negara-negara sahabat serta di pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa. Kementerian ini akan berusaha dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala khususnya dengan negara-negara jiran yang terdekat berasaskan tali persaudaraan dan persahabatan yang rapat dan mesra yang telah sekian lama terjalin. Seterusnya, kementerian ini juga akan berusaha akan mengukuhkan hubungan sedia ada bersama negara-negara yang berkepentingan melalui perundingan, pertukaran lawatan mahupun kerjasama di pelbagai sektor bagi kemanfaatan bersama.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada tahun ini kementerian berhasrat untuk mengadakan beberapa aktiviti tambahan bagi meraikan ulang tahun ke 40 penubuhan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan juga penubuhan hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara berkenaan serta keahlian negara-negara ini dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah mengadakan lawatan di peringkat tinggi ke beberapa buah negara bagi mengukuhkan dan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala Negara Brunei Darussalam bersama dengan negara-negara yang berkenaan. Ia jua adalah usaha diplomasi yang penting untuk membolehkan kita mengenal pasti peluang-peluang kerjasama baru dengan rakan-rakan negara terutamanya dalam bidang strategik yang menyumbang kepada kemajuan dan kedayatahanan negara seperti pelaburan, pertahanan, pendidikan, kesainghubungan, pertanian dan sebagainya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada kita untuk mengetengahkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman damai dan destinasi yang menarik pelabur atau pelawat.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Negara Brunei Darussalam juga akan terus aktif dalam memanfaatkan keahliannya di dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa. Penyertaan kita dalam ASEAN telah membolehkan negara memainkan peranan lebih besar dalam pemeliharaan, keamanan dan kemakmuran serantau menyumbang dalam membentuk masa depan kita bersama di rantau ini seperti ke arah pencapaian Wawasan ASEAN 2025 dan merangka Wawasan ASEAN 2024/2025 serta memupuk hubungan rapat bersama rakan-rakan dialog ASEAN yang juga merupakan kuasa-kuasa besar dunia. Misalnya melalui mekanisme seperti East Asia Summit, dan ASEAN Regional Forum, kita berpeluang untuk mengetengahkan kedudukan negara terhadap perkembangan pelbagai isu sekuriti, tradisi, mahupun bukan tradisi, serta juga isu-isu bukan sekuriti di rantau Asia-Pasifik.
Forum-forum ASEAN lain juga memberi peluang kerjasama dengan rakan-rakan dialog dalam bidang-bidang strategik seperti pengurusan bencana, perubahan iklim, kesalinghubungan, keselamatan makanan, isu keganasan dan sebagainya.
Kita mempunyai peluang untuk membina dan meningkatkan kapasiti dalam bidang-bidang yang berkepentingan pada negara ini melalui pelbagai rangka kerjasama yang ditawarkan dalam ASEAN dan juga rakan-rakan dialognya. Penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa antara lainnya bertujuan untuk memelihara kepentingan kita dan turut menyumbang kepada usaha-usaha bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan global secara amnya. Ia termasuk menegakkan pendirian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu-isu yang berkepentingan seperti kedudukan Negara Brunei Darussalam terhadap isu Palestine.
Negara Brunei Darussalam berterusan dan secara konsisten berulang kali mengcam dan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang berpanjangan (prolonged occupation), serta pencabulan yang berterusan (continued violation) ke atas hak rakyat Palestine (the inalienable rights of the Palestine people) oleh kuasa penjajah tanah Palestine (occupying power).
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga akan terus menekankan sokongan dan rasa solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestine ke arah penubuhan sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan Pra Tahun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Negara juga akan terus menekankan kepentingan bagi semua ahli masyarakat dunia untuk menegakkan serta menunjukkan komitmen lebih tinggi dan saksama terhadap penguatkuasaan prinsip-prinsip dan undang-undang antarabangsa tanpa berat sebelah oleh kerana kepentingan-kepentingan persendirian.
Di samping itu sebagai ahli masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, Negara Brunei Darussalam akan juga berusaha dengan keupayaan kita yang ada dalam sama-sama menangani isu bencana alam dan krisis kemanusiaan termasuk dengan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang memerlukannya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Terletak di barisan hadapan isu-isu hal ehwal global adalah pegawai dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Kita sedar akan kepentingan mereka bagi memastikan kesediaan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran ketidaktentuan global.
Oleh itu usaha-usaha untuk mengukuhkan dan memastikan proses pengambilan dan pengisian jawatan yang lebih efektif sebagai diplomat yang profesional akan sentiasa diteruskan. Kementerian akan turut memberi fokus kepada peningkatan kebolehan pegawai-pegawai termasuk melalui latihan dan peluang-peluang pembangunan, baik di dalam mahupun di luar negeri.
Proses ini akan mengambil masa dan memerlukan sumber yang berterusan bagi mencapai hasrat kementerian untuk menghasilkan diplomat yang berdaya saing dan berkebolehan dalam melaksanakan tanggungjawab dan demi memperjuangkan kepentingan negara dengan lebih efektif.
Kementerian juga akan terus menekankan pentingnya bagi pegawai-pegawai diplomat kita untuk membina networking dengan rakan-rakan dari luar negara ke arah mengukuhkan lagi hubungan dua hala serantau dan antarabangsa serta mempelbagaikan kerjasama yang sedia ada. Selain itu kementerian juga akan meningkatkan lagi dan memperkukuhkan peranan pejabat-pejabat perwakilan di luar negeri untuk menjaga dan memajukan kepentingan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di luar negara.
Pejabat-pejabat perwakilan kita merupakan aset yang berperanan sebagai contact point antara agensi-agensi Negara Brunei Darussalam dengan agensi-agensi di negara-negara berkenaan. Ini termasuk memudah cara usaha-usaha lead agencies dalam menambah peluang perdagangan dan pelaburan serta mengenal pasti bidang kerjasama yang baharu. Kementerian ini juga mengambil berat akan kebajikan pegawai-pegawai dan diplomat-diplomat kita serta staf ambilan tempatan yang bekerja di pejabat-pejabat perwakilan di luar negeri.
Oleh itu, kementerian akan terus berusaha memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka terjaga berpandukan peraturan-peraturan tempatan dan undang-undang setempat yang ditetapkan di negara berkenaan. Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri melalui pejabat-pejabat perwakilan di luar negeri juga sentiasa prihatin dalam menyediakan perkhidmatan bantuan konsular kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam di luar negara. Bagi memudahkan lagi bantuan-bantuan konsular ini adalah peramba/kaola/saya ingin menekankan pentingnya untuk sesiapa yang ingin ke luar negara dengan apa juga maksud untuk mengisikan borang e-Register.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Semua pencapaian-pencapaian dasar luar Negara Brunei Darussalam oleh kementerian ini telah diperolehi dengan kerjasama dan input daripada agensi-agensi kerajaan lain melalui whole of government approach, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan sentiasa mendukung dan memberikan sokongan padu kepada agensi-agensi kerajaan. Ini adalah untuk terus memelihara dan memajukan kepentingan negara serta mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan bagi sama-sama mendukung usaha merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Ke arah ini Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berharap untuk mendapatkan sokongan peruntukan ini bagi membolehkan kementerian mengekalkan pencapaian semasa dan seterusnya dalam meningkatkan lagi usaha pada masa akan datang.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kaola mengakhiri mukadimah ini, kaola memohon kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar atas jasa dan khidmat beliau semasa memegang jawatan sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, dalam masa yang sama kaola juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah atas pelantikannya sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.
Sekian saja yang dapat kaola sampaikan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. والله الهادي إلى سواء السبيل. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
أَحْمَدُ ٱللَّهَ kita telah pun mendengar penerangan yang cukup jelas dan terperinci daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II berkenaan dengan hala tuju dan keutamaan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan juga mengenai dengan penyediaan belanjawan kementerian yang berkenaan itu bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Oleh yang demikian, Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan tajuk-tajuk yang berkenaan ini. Maka saya akan memberikan laluan untuk Ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan dan seterusnya bagi Yang Berhormat Menteri yang berkenaan itu pula memberikan jawapan ataupun respons. Untuk memulakannya, saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II dengan mukadimah yang jelas dan menyediakan belanjawan serta hala tuju Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi Tahun Kewangan 2024/2025 أَتَمَنَّى dan tahniah dengan umur kementerian ini genap dengan 40 tahun. أَتَمَنَّى sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam, pendirian dan keprihatinan yang tegas Negara Brunei Darussalam mengikut keupayaan kita mengenai isu Palestin, didoakan agar kita terlepas dari dosa dan kita termasuk dengan orang yang membela, membantu saudara-saudara kaum muslimin.
Negara Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara sahabat, serantau dan antarabangsa, baik dari segi dua hala mahupun pelbagai hala. Seperti yang diketahui, Negara Brunei Darussalam mengukuhkan hubungan antarabangsanya antara lain melalui Memorandum Persefahaman, Memorandum of Understanding (MoU) yang ditandatangani dengan negara-negara sahabat serta dengan menyertai pelbagai perjanjian perundingan bebas (Free Trade Agreement).
Beberapa Memorandum Persefahaman ini ditandatangani semasa lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta beberapa perjanjian Free Trade Agreement (FTA) di peringkat Menteri.
Sebagai Kementerian yang menyelaras semua MoU ini, soalan koala, sejauh manakah perlaksanaan MoUs yang ditandatangani ini membuahkan hasil yang ketara terutama sekali kepada sektor swasta dan tempatan dan melalui susulan bukan sahaja MoU itu ditandatangani tetapi susulan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan kementerian-kementerian berkenaan, sejauh manakah perkaksanaan MoU ini dilaksanakan oleh sektor swasta di Negara ini?
Sekian, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga mengucapkan terima kasih jua kepada Yang Berhormat mengenai pertanyaan yang diajukan.
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memanglah penandatanganan kebanyakan MoU diadakan semasa lawatan sama ada lawatan tersebut di peringkat menteri ataupun di peringkat ketua negara ke Negara Brunei Darussalam atau keluar negara. Pada kesempatan itu, setelah berunding di antara agensi yang berkenaan yang merasakan ada perlu untuk mengadakan MoU ataupun untuk bekerjasama dengan negara-negara tersebut telah dimeterai.
Jadi, mungkin dari lawatan-lawatan kebelakangan ada melihat MoU yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dari situ, agak ketara sudah agensi-agensi berkenaan ataupun kementerian berkenaan adalah lead agency di mana Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri cuma sebagai fasilitator ataupun sebagai perantara di antara agensi di negara berkenaan dengan agensi di negara ini.
Dari segi MoU yang melibatkan kementerian lain, barangkali itu dari segi kementerian-kementerian itu akan membuat pemantauan dan juga membuat penilaian di atas pelaksanaannya. Memang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ada menandatangani MoU kebanyakannya MoU yang ditandatangani oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini adalah mengenai kerjasama strategik seperti peningkatan kerjasama daripada cooperative dialogue kepada strategic cooperative dialogue dan ini dari segi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memang kalau ada sudah MoU tersebut, mesyuarat, perundingan dan perbincangan akan diadakan tertakluk kepada kesesuaian waktu kedua belah pihak, selalunya diadakan setiap tahun.
Salah satu contoh adalah Strategic Dialogue dengan United Kingdom yang 'kitani' adakan setiap tahun di peringkat senior officer. Strategic Dialogue bersama dengan United States of America diadakan juga setiap tahun sekiranya 'belaku' di peringkat menteri, 'kitani' punya Comprehensive Dialogue Cooperation bersama negara Republik Rakyat China, ia juga diadakan seboleh-bolehnya setiap tahun. Kadang-kadang setiap menteri luar ini selalunya terlampau sibuk, bukan 'peramba' memberitahu 'peramba' sibuk selalu tetapi untuk 'menamukan' schedule kedua menteri luar ini memang susah, jadinya kalau inda sibuk pasal lain, sibuk mengenai mesyuarat lain, kadang-kadang bertinggalan 1 ke 3 tahun.
Tetapi 'abis peramba' mengesyorkan yang mesyuarat tersebut akan dilaksanakan untuk meneliti kemajuan yang telah dilaksanakan di bahagian-bahagian atau MOU yang lain yang ditandatangani seperti di Kementerian Pendidikan ataupun di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dalam pada itu, kalau ada masalah ataupun rasanya negara tersebut atau negara 'kitani' untuk meningkatkan lagi usaha-usaha di pelbagai bidang, di sana itulah ianya akan dibincangkan dan kemudiannya either MoU itu diperbaharui ataupun membuat MoU yang baru. Itulah tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ
Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu koala ingin meberikan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas ucapan mukadimah dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II berkenaan dengan fungsi kementerian dapat direalisasikan semua perancangan dengan sebaik mungkin بِإذْنِ الَّهِ تَعَالَىَ Di dalam memperkatakan Kementerian Hal Ehwal Luar di luar negara bagi menghadiri persidangan atau pun konsvensyen yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam ataupun melalui jemputan dari negara-negara serantau ASEAN dan antarabangsa. Terdapat antara delegasi ini ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan ataupun negara-negara luar termasuklah urusan penerbangan, penginapan dan perbelanjaan sehariannya.
Dalam masa yang sama, ada juga atas urusan dan perbelanjaan sendiri, sebaik sahaja tiba di luar negara, sesetengah delegasi Negara Brunei Darussalam ini telah disambut oleh kakitangan kedutaan Negara Brunei Darussalam namun ada juga yang datang sendiri-sendiri sahaja tanpa dijemput.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin pencerahan Yang Berhormat Menteri. Apakah pihak kedutaan atau perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara sudah mengambil maklum keberadaan para delegasi Negara Brunei Darussalam di negara-negara berkenaan?
Seterusnya, apakah pihak kedutaan ada memiliki senarai acara-acara di peringkat ASEAN serantau atau antarabangsa yang melibatkan permintaan daripada Negara Brunei Darussalam dan apakah terdapat usaha-usaha daripada pihak kedutaan ke arah memantau keberadaan serta kesejahteraan para delegasi Negara Brunei Darussalam berkenaan? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.
Sekian,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا محمد وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan dan permohonan untuk pencerahan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ingin kaola di sini menerangkan dan menarik perhatian balik kepada mukadimah yang menyentuh mengenai dengan e-Register. Semuanya bersandarkan kepada e-Register untuk mengetahui kedudukan dan keberadaan rakyat-rakyat (penduduk tetap) Negara Brunei Darussalam semasa mereka berada di luar negeri. Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam kalau dari segi delegasi-delegasi yang datang atas urusan rasmi, memang akan dimaklumkan oleh kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan yang berkenaan.
So, dari awal sudah pihak kedutaan dan pejabat perwakilan mengambil maklum akan keberadaan mereka tersebut. Yang menjadi isu adalah delegasi ataupun individu yang menghadiri aktiviti, permesyuaratan ataupun expo dan sebagainya atas perbelanjaan sendiri, kalau ia tidak dimaklumkan kepada pihak kedutaan khususnya, kalau tidak mengisi borang e-Register maka ada sedikit kesulitan bagi pihak kedutaan untuk mengetahui waktu dan tempat mereka berada. Jadi nya, dipohonkan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, kepentingan untuk mendaftar melalui e-Register dan juga untuk memastikan mendapatkan bantuan, dapat dibantu sekiranya berlaku emergency ataupun keperluan.
Dalam isu mengenai 'disambut' atau tidak 'disambut' di lapangan terbang, sekiranya yang keluar negeri ini adalah atas urusan peribadi ataupun secara persendirian, mungkin tertakluk kepada kelapangan waktu pihak kedutaan untuk dapat menjemput mereka tetapi ia tidaklah mandatori. Ia tertakluk kepada 'kelurusun' mereka di sana atau pun 'kelurusun' terdapat 'urusan' di airport, mungkin dapatlah ia 'menyambut'. Walau bagaimanapun, jika untuk setiap delegasi persendirian atau individu dan sebagainya, itu mungkin akan meningkatkan lagi perbelanjaan ataupun kos. Yang pentingnya di sini adalah mengenai e-Register.
Di samping e-Register ini jua, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk menekankan mengenai insurance perjalanan walaupun tidak mandatori tetapi ada baiknya untuk bersedia sekiranya berlaku emergencies. Satu isu yang selalu dihadapi oleh kementerian adalah para pelawat ataupun pengunjung yang keluar negara menghadapi masalah kesihatan seperti heart attack, pengsan dan stroke. Mereka kemudian menghubungi embassy untuk meminta bantuan supaya perubatannya ditanggung oleh kementerian. Sejauh ini, pengalaman 'abiskaola' dan saya ialah khidmat kesihatan adalah percuma di Negara Brunei Darussalam sahaja. Khidmat kesihatan yang percuma tidak termasuk di luar negara. Jadinya ini adalah satu isu yang penting supaya berjaga-jaga dan bersedia bila keluar negeri untuk membeli insurance supaya dapat mengelakkan bebanan sekiranya terjadi apa-apa musibah.
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan salam sejahtera. الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَمُرُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّوْنِ أَعْظَمُ بِهِ رُبِّيْ وَأَشْكُرُهُ عَلٰى نِعْمَةِ الأَمْنِ وَالِإِسْتِقْرَارِ بِنِعْمَةِ يُوْسِعُهَا عَلٰى مَمْلَكَتِنَا وَشَعْبِنَا اللَّهُمَّ أَدِمْهَا نِعْمَةً وَحَفِظْ مُلْكَنَا وَأَمْنَنَا لٰكَ الْحَمْدُ.
Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri II atas pembentangan Anggaran Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. لَاإِكْرَاهَ فِي الدِّينِ, atas dasar saling hormat-menghormati akan keutuhan wilayah dan kedaulatan sesbuah negara, prinsip berbaik-baik dengan semua negara, tidak campur tangan hal ehwal negara lain yang diamalkan sejak 40 tahun yang lalu, maka Negara Brunei Darussalam menikmati kestabilan politik dan keamanan hingga ke hari ini di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bijaksana.
Negara Brunei Darussalam telah menikmati keamanan, dikenali dan dihormati sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat dan sebuah negara Melayu Islam Beraja. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sekarang dan yang dahulu, yang telah berjaya memelihara dan mempromosi kepentingan Negara Brunei Darussalam bagi hubungan yang baik dengan negara-negara luar. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk kepada anggaran belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025, salah satu perkara yang menarik perhatian kaola ialah indicator Petunjuk Prestasi Utama, iaitu memelihara dan mempertingkatkan imej dan kepentingan Negara Brunei Darussalam di arena antarabangsa dalam mengadakan perjumpaan dengan pihak kerajaan tuan rumah dan sasaran pada tahun 2024/2025 dan tahun-tahun seterusnya hinggalah ke tahun 2026/2027 ialah sebanyak 860 perjumpaan. Kaola kurang pasti bagaimana angka sasaran ini dicapai with the figures 860 confirm. Kalau pun angka itu adalah angka yang dicapai atau disasarkan pada tahun sebelum ini, adakah kita akan menjangka angka yang sama untuk tahun yang berikutnya?
Adakah sasaran ini akan dimaklumkan ke semua perwakilan untuk mencapainya? Kaola berpendapat adalah juga bertepatan jika salah satu petunjuk prestasi kementerian ialah sebanyak mana Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri digunakan perkhidmatan mereka oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan juga NGO yang lain sesuai dengan fungsinya sebagai wakil dan saluran rasmi kerajaan bila berhubung dengan kerajaan tuan rumah.
Seterusnya kaola ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II beberapa soalan:
Sejauh manakah perwakilan kita di luar negeri berhasil secara aktif mengeratkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara tuan rumah dan berjaya menarik pelaburan ke Negara Brunei Darussalam? Adakah kita mempunyai statistik yang menyatakan jumlah perdagangan dan pelaburan asing yang dapat dibawa masuk dengan nilainya sekalil?;
Adakah pegawai dan kakitangan yang ada di semua kedutaan kita mencukupi untuk membuat kerja substentif yang lain selain daripada membuat laporan politik dan kerja-kerja pentadbiran? Dilihat dari peruntukan di bawah Tajuk Kod 002/000, tidak ada penambahan pegawai di pengurusan pertengahan di perwakilan-perwakilan kita seperti yang tercatat masih 9 orang pegawai seperti tahun lepas. Sementara kakitangan dukungan kurang daripada 57 ke 54. Ini mungkin akan menyebabkan perwakilan kita tidak dapat melaksanakan semua tugas-tugas yang patut dilakukan mereka.;
Bagaimanakah pihak kementerian menilai prestasi sesebuah kedutaan? Adakah Key Performance Indicator (KPI) bagi sesebuah perkara itu dimaklumkan kepada setiap perwakilan, ini yang seharusnya dicapai mereka setiap tahun dan sebagainya.;
Mengenai peruntukan, tidak dinyatakan peruntukan bagi setiap pejabat perwakilan, dikumpulkan sahaja. Maka adalah sukar bagi kita mengetahui sama ada peruntukan yang diberikan itu mengikut keperluan, fungsi, peranan dan keberkesanan sesebuah perwakilan itu.
Begitu juga, peruntukan yang diberikan mengikut pencapaian KPI setiap perwakilan terutama yang berjaya menarik pelaburan yang berjaya meningkatkan perdagangan yang berhasil mendatangkan trade missions ke Negara Brunei Darussalam, yang berhasil mendatangkan banyak pelancongan ke Negara Brunei Darussalam. Ini akan memberi motivasi kepada perwakilan kita dan jika peruntukan tambahan diberikan, mereka akan terus meneruskan usaha mereka. Jadi kalau peruntukan itu more or less the same, mungkin kurang motivasi untuk membuat kerja-kerja yang lebih, Yang Berhormat Pengerusi.;
Seterusnya kaola ingin bertanya mengenai dengan MoU ini, yang mana sudah pun dinyatakan tadi yang telah pun ditimbulkan oleh rakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin tadi bahawa Negara Brunei Darussalam telah banyak menandatangani MoU (Memorandum of Understanding). Berapa banyakkah MoU tersebut yang sudah terlaksana iaitu materialized? Berapa banyak kah yang sudah menjadi MOA, agreement untuk ditandatangani yang dapat dilaksanakan? Adakah setiap perwakilan diarahkan untuk membuat susulan ke atas MoU yang sudah ditandatangani? Kalau ada, mungkin ada pencapaian-pencapaian yang telah pun diperolehi daripada MoU ini.; dan
Akhir sekali, Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin bertanya jika Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mempunyai rancangan menubuhkan akademi bagi melatih diplomat? Kalau di Malaysia ada IDFR (Institute of Diplomacy Foreign Relations), di Singapura dengan MFA Diplomatic Academy dan di Filipina, Philippine Foreign Service Institute. Mungkin perlu juga mengadakan program sedemikian sama ada stand-alone ataupun ditempatkan di universiti-universiti tempatan kita.
Tujuannya ialah untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kepakaran serta pengetahuan diplomat kita kepada tahap yang lebih tinggi أَكْفَرَ بِهِ mereka telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik, tetapi sebagaimana juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, masa akan datang barangkali 'inda' 'kitani' tahu macam mana konflik, hubungan antarabangsa, isu-isu yang akan timbul, konflik-konflik yang akan lahir disebabkan oleh salah faham dan sebagainya.
Jadi kita memerlukan diplomat yang betul-betul boleh menangani isu-isu seperti ini. Kalau pada awalnya penubuhan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, semua pegawai kita dihantar membuat Master's Program di beberapa universiti di luar negeri dan mengikut kursus-kursus singkat diplomasi atau penempatan di negara-negara sahabat, tetapi amalan sedemikian nampaknya tidak diteruskan pada masa ini, sejauh yang diketahui.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola berpendapat dalam Dewan yang mulia ini, Majlis Mesyuarat Negara ini, sesuai tempatnya bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memberi pencerahan mengenai pelan strategik dan hala tuju kementerian kerana ia ada hubung kaitnya dengan jumlah peruntukan yang dipohonkan. Supaya jelas perancangan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri itu dapat 'kitani' ketahui, walaupun tidak secara detail, tetapi sekurang-kurangnya pelan-pelan mereka 'kitani' ketahui.
Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola sentuh dalam membincangkan tajuk belanjawan Kementerian Hal Ehwat Luar Negeri.
والله الغنيو والباسط. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sini kaola ingin mengutamakan memohon daripada Dewan yang mulia ini kerana soalan-soalan itu bertubi sehingga perkiraan kaola ada 6 sahaja, tetapi yang kaola ingat yang pertama dan terakhir. Jadi nya kalau kaola akan mencuba menjawab kesemuanya pada sesi hari ini, mungkin tidak memadai dengan fakta-fakta yang dipohonkan oleh Yang Berhormat tadi. Sekiranya dibenarkan Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mengambil ataupun memohon daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman untuk memberi kaola menjawab soalan-soalan tersebut supaya lebih terang dapat kaola membuat ataupun membalasnya secara lisan di mesyuarat hari yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya tidak ada halangan sekiranya itu yang diperlukan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II dan 'barangkali' Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, kita perlu menekankan bahawa soalan-soalan itu 'barangkali' biarlah tepat supaya lebih difahami oleh mereka yang akan menjawab soalan-soalan yang berkenaan. Tetapi saya sendiri mempunyai interest atau secara peribadi mengenai dengan soal melatih pelapis-pelapis yang akan mengikuti jejak langkah diplomat-diplomat 'kitani' yang akan datang. 'Barangkali' perkara ini adalah satu perkara yang baik yang mungkin boleh diterokai ataupun dilihat yang lebih mendalam lagi terutamanya kita mempunyai beberapa buah institusi berkenaan yang ada di dalam negara untuk digunakan sebaik-baiknya.
Sebagai orang yang pertama kali menjejak langkah keluar negeri untuk mendapat latihan seperti itu, saya memang mengetahui kedudukan yang sebenarnya mengenai perkara ini. Jadi, ada baiknya perkara ini dapat diteliti lagi oleh kementerian yang berkenaan.
Saya tidak syak lagi Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman bersedia untuk memberikan input yang lebih mendalam mengenai soalan yang dikemukakannya.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan salam sejahtera.
Soalan kaola Yang Berhormat Pengerusi ialah mengenai peranan hubungan antarabangsa dalam mendukung perkembangan ekonomi negara. Salah satu aspek penting dalam memperkukuhkan ekonomi adalah pemindahan teknologi dan inovasi yang membolehkan negara mengekalkan nilai tambah teknologi dalam negara dan mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan luar. Inisiatif diplomatik strategik dan perkongsian antarabangsa dapat digunakan untuk menarik pelaburan asing, merangsang pertumbuhan ekonomi dan memfasilitasi perkongsian bersama (JV).
Dengan itu, ada beberapa soalan untuk dipertimbangkan iaitu:
Bagaimanakah Brunei dapat menggunakan inisiatif diplomatik strategi dan perkongsian antarabangsa untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) khususnya dalam bidang teknologi dan inovasi yang dapat membantu dalam membangunkan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi di negara ini?;
Apakah pendekatan dan amalan terbaik yang boleh diambil oleh Brunei untuk meningkatkan lawatan perdagangan dalam konteks BIMP-EAGA dan mempengurusikan kerjasama ekonomi rentas sempatan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina?
Bagaimana pihak kementerian memastikan bahawa pemindahan teknologi dan inovasi yang dibawa masuk ke negara ini melalui kerjasama antarabangsa dapat memberikan nilai tambah yang tinggi kepada ekonomi tempatan dan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang negara serta mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan luar?
Dalam perkara lain, merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama KPI Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri iaitu memelihara dan mempertingkatkan imej dan kepentingan Negara Brunei Darussalam di arena antarabangsa, bilateral dan multilateral dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak kerajaan tuan rumah. Pada pendapat kaola, KPI ini perlu diteliti semula untuk ditambah baik dengan menilai hasil daripada perjumpaan itu. Seperti anggaran jumlah pelaburan teknologi atau inovasi yang akan diperolehi hasil daripada perbincangan dalam perjumpaan-perjumpaan tersebut.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَوٰةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا وَرَسُولِهِ الأَمِينْ
Yang Berhormat Pengerusi
Sebelum Menteri Hal Ehwal Luar Negeri menjawab soalan yang berkenean, soalan pertama yang berhubung dengan pelaburan (FDI) adalah diketahui bahawa beberapa tahun dahulu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga merangkumi perdagangan tetapi sekarang perkara ini sudah dipecah dan perdagangan sudah berpindah ke agensi lain.
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri tidak lagi mengelolakan perkara-perkara yang berhubung dengan perdagangan. Mungkin, Menteri Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin memberikan keterangan lanjut mengenai FDI, yang saya percaya ia mepunyai khazanah yang begitu banyak mengenai maklumat-maklumat FDI.
Ia juga telah memberikan 'kitani' sepanjang beberapa hari ini, beberapa maklumat yang telah dikemukakannya berhubung FDI yang sudah terjalin dan sudah sedia ada di Negara Brunei Darussalam dan mungkin akan diattract lagi untuk melaksanakan rancangan-rancangan perekonomian 'kitani' seterusnya. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Memang Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan juga kementerian-kementerian yang berkenean untuk sama-sama 'kitani' memajukan ekonomi 'kitani'.
Dari segi usaha-usaha untuk mengembangkan ekonomi 'kitani' sama ada dalam bidang teknologi atau industri-industri yang lain, ini bukan 100% tanggungjawab Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Kementerian-kementerian lain dan pihak swasta juga memainkan peranan.
Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai bagaimana 'kitani' menarik lebih banyak lagi syarikat teknologi dan membawa teknologi yang baharu ke dalam negeri ini, memang dalam salah satu priority sector di bawah 5 priority sector di bawah economic blueprint 'kitani'.
Pada masa ini, seperti yang 'kitani' dapat lihat, dengan kerjasama bersama Kementerian Kesihatan, 'kitani' telah mengadakan satu syarikat EVYD untuk memajukan medical application 'kitani' dengan menggunakan Artificial Intelligent bukan sahaja untuk memajukan dari segi pengurusan ataupun health management di dalam negeri ini. Pada masa ini, syarikat ini sudah bekerjasama ataupun mempromosikan business activity di negeri-negeri lain, di rantau ini, di Amerika Syarikat dan sebagainya.
Dari segi teknologi, memang 'kitani' teruskan bekerjasama dengan pelabur yang berminat untuk melabur di negara ini. Tapi bagi koala, teknologi ini boleh didefinisikan sebagai knowledge technology, knowledge process dan sebagainya. Jadi seperti yang 'kitani' lihat, beberapa FDI yang datang sekarang ini seperti Brunei Methanol Company yang pada masa ini mengeluarkan methanol. Kemudian pada masa hadapan, 'kitani' fikirkan, adakah peluang 'kitani' mengeluarkan green ammonia dan juga blue ammonia.
Inilah teknologi baharu yang mungkin 'kitani' belum lagi terdapat pada masa ini. Bekerjasama dengan FDI ini, 'kitani' bukan sahaja akan menarik FDI yang baharu tetapi syarikat yang telah beroperasi di dalam negeri ini pun boleh 'kitani' tingkatkan lagi dan bekerjasama dengan FDI yang ada pada masa ini untuk memajukan dan membawakan lagi lebih banyak teknologi baharu memandangkan dengan isu climate change pada masa ini. Jadi inilah yang macam di Muara Port Company 'kitani' ada teknologi transfer, pada masa ini pekerja 'kitani' di Muara Port Company sudah mencapai lebih 90%.
Mudah-mudahan dengan terus di transfer technology, technology in terms of management secure dan sebagainya, itulah yang dikongsikan dengan orang 'kitani' supaya orang 'kitani' suatu hari dapat mengambil alih walaupun tidak sampai 100% mungkin akan dapat meningkat lebih banyak lagi penglibatan anak-anak tempatan 'kitani'.
Dan juga seperti yang kaola kongsikan pada hari lepas mengenai dengan cold storage cold chain, itu pun satu teknologi yang ada pada masa ini di Muara Fish Landing Complex, cuma dengan skala yang kecil.
Apa yang kaola maksudkan pada hari yang lepas, satu lagi yang besar untuk bukan sahaja menjanja keperluan dalam negeri tetapi untuk export dan sebagainya. Itulah teknologi yang walaupun 'kitani' bukannya melihat sahaja semiconductor ataupun electric vehicle dan sebagainya.
Tetapi yang lain-lain itu tidak berapa ketara tetapi itu pun sebenarnya juga teknologi yang sentiasa dipertingkatkan di dalam negeri ini. Itu sahaja mungkin yang dapat kaola kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Barangkali sedikit sebanyak 'abiskaola' ingin juga memberi pencerahan mengenai dengan soalan yang diajukan khususnya barangkali dengan perjumpaan untuk dinilai semula memfokuskan pada hasil sepertimana Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan perwakilan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah fasilitator dan dari segi khidmat yang dapat diberikan adalah kerjasama dengan agensi-agensi yang datangnya dari Negara Brunei Darussalam, mahupun daripada bahagian perdagangan ataupun bahagian promosi dan bahagian pelaburan, BEDB dan sebagainya.
Jadi dari segi kemungkinan yang kurang menjadi kefahaman banyak orang adalah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri itu apa sahaja. Walaupun ia perdagangan luar, import barang dan sebagainya. Bukan 'macamatu'. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah fasilitator dan ia bekerjasama.
Ia dengan sendirinya tiada berfungsi kecuali politica yang membuka jambatan ataupun jalan bagi kesemua pihak dalam negeri dapat berhubung. We are the bridge. It might sound useless thing, tetapi bridge itu 'kalau inda terbakar inda runtuh', barangkali dapatlah perdagangan melaluinya.
So di sana itulah tugas Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menjamin hubungan di antara sesebuah negara dengan Negara Brunei Darussalam dan di sana 'atulah' atas jambatan itu adalah usaha daripada agensi-agensi lain.
Sekiranya ia perlukan kementerian atau perwakilan untuk membantu dalam mendapatkan maklumat ataupun membuat perjumpaan, baru 'tah' we initiate because kalau 'inda' karang diinitiate pun sendiri mungkin tidak mendatangkan interest dari Negara Brunei Darussalam. Strategik interest mengenai dengan ekonomi is always dengan agensi-agensi berkenaan, bukannya dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. We do not drive the policies of other ministries.
Mengenai dengan KPI yang ada di sana, its a number 3 KPI, perjumpaan. Adalah tertakluk kepada berapa banyak dialog yang diadakan bersama rakan-rakan negara dan juga mesyuarat-mesyuarat ASEAN dan sebagainya. So those are the Sekian sahaja daripada kaola, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat.
Kaola akan cuba menjawab sebanyak yang boleh kaola ingati. Mungkin dari segi mempromosikan e-Register kepada rakyat ini, memang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingannya, sepertimana Yang Berhormat maklumkan tadi, kaola sendiri setiap tahun akan membuat statement mengenai dengan e-Register.
Walau bagaimanapun, memang kementerian sedar bahawa perlunya mengadakan promosi untuk meningkatkan kesedaran mengenainya. Oleh itu, kementerian sedang merancang untuk melaksanakan pemberiagaannya melalui media massa, media cetak ataupun media elektronik pada masa akan datang.
Dari segi menaik taraf laman sesawang, memang dari masa ke masa laman sesawang ini akan dipertingkatkan standardnya. Kementerian juga mempunyai perancangan untuk menaiktarafkan lagi laman sesawang menggunakan reka bentuk yang lebih up to date dengan mengisikan maklumat-maklumat yang berguna.
Mengenai meningkatkan laman sesawang, kementerian juga merancang untuk menyediakan bukan saja secara online, tetapi menggunakan aplikasi telefon bimbit pada masa akan datang. Perkara ini sedang diteliti untuk melihat apakah aplikasi ataupun apakah services yang dapat dimasukkan dalam aplikasi telefon bimbit itu nanti.
Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Sekiranya kalau ada soalan yang ketinggalan, kaola ingin memohon Yang Berhormat untuk menghadapkannya bagi kaola menjawab nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بِسْم الله الرحمٰن الرحيم
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
أَحْمَدُ لِله رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرحْمَة اللهِ وَبَرَكَتُه وَ السَّلاَم و dan salam sejahtera. Terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi, memberi kaola peluang untuk ikut serta membincangkan peruntukan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk tahun 2024/2025 dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II atas pencerahan dan penerangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkembangan dan hala tuju Kementerian bagi tahun 2024/2025 ini.
Baru sekarang 'abiskaola' ketahui kenapa peluang untuk bermuzakarah dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri II tidak dapat 'diungkayahkan' sebab kesibukan masa dengan mesyuarat-mesyuarat dalam ASEAN. بِسْمِ اللهِ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ وَإِنْ شَاءَ اللهُ walapun tiada kesempatan untuk bermuzakarah, kaola terpanggil untuk mengemukakan 3 soalan dasar agar mendapat pencerahan.
Sebelum itu, kaola ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II walapun tidak dapat menjawab soalan kaola tahun lepas di dalam Dewan yang mulia ini tapi disusuli dengan jawapan bertulis bagi kesemua isu-isu yang telah kaola bangkitkan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat.
Kaola ada beberapa isu yang kaola pohon untuk pencerahan:
Aset Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Kaola difahamkan ada beberapa negara sahabat yang mempunyai misi diplomatik mereka di Negara Brunei Darussalam mendapat manfaat untuk membina bangunan sendiri di tempat khas di negara kita.;
Adakah ini perjanjian bersama dan di reciprocation (ditimbal balik) dan perwakilan kita di luar negara yang menrima manfaat yang sama? Justeru, dalam Kod/Akaun 1209, anggaran pembelanjaan $53 juta yang dipohonkan dalam RKN-12 untuk pembinaan atau pengubahsuiaan bangunan pejabat dan kediaman ketua perwakilan di sepuluh buah negara sahabat yang disenaraikan dalam buku biru. Adakah ini bangunan yang dibina atas tapak khas yang telah diberikan oleh Negara Brunei Darussalam di luar negara?;
Mohon pencerahan apakah dasar kerajaan apabila kita ditawarkan manfaat untuk memiliki tapak tanah di luar Negara Brunei Darussalam? Adakah kita membuat bangunan sendiri ataupun menyewa bangunan di bawah long-term lease?
Yang Berhormat Pengerusi. berkenaan kebajikan kakitangan yang bertugas di luar negara. Kaola beruntung pernah bekerja dan tinggal bersama keluarga di luar negara dalam waktu yang panjang (di dua lokasi). Pengalaman bekerja dan bermastautin di luar negara dengan keluarga banyak memberi kesan yang positif bukan sahaja pada diri kaola dan karier tetapi juga bagi ahli keluarga yang ikut bersama kaola semasa bertugas di luar negara.
Kaola faham akan cabaran-cabaran yang dialami oleh pekerja yang bertugas di luar negara kerana kaola pernah merasakannya. Lebih-lebih lagi cabaran ekonomi disebabkan oleh kos kehidupan bagi menanggung perbelanjaan diri dan keluarga semasa bertugas di luar negara dan juga perbelanjaan keluarga yang ditinggalkan di Negara Brunei Darussalam.
Soalan kaola adalah mengenai kebajikan kakitangan kementerian semasa menjalankan misi-misi diplomatik Negara Brunei Darussalam di luar negara. Mohon pencerahan, jika terdapat proses penilaian untuk menyelesraskan eluan dan kos sara hidup di luar negara bagi kakitangan kementerian termasuk warga Brunei yang bekerja di luar negara secara local term contract kerana kaola difahamkan terdapat rakyat Brunei yang memohon terus ke misi-misi di luar negara yang bukan terdiri daripada warga MFA yang dihantar bertugas. Kaola berpendapat penilaian dan penyesuaian segera tanggajji, eluan dan kos sara hidup di luar negara adalah satu aspek yang perlu diambil berat bagi menjaga kebajikan kakitangan serta kecekapan operasi kedutaan di luar negara.
Selain itu, dengan mengadakan pakej yang kompetitif akan menarik lebih banyak bakat yang berkualiti dan dalam masa yang sama mengekalkan kakitangan yang berpengalaman. Selain itu, menyediakan pakej yang kompetitif dan responsif kepada kos sara hidup di luar negara juga boleh membantu kedutaan untuk menarik bakat tempatan yang berkelayakan untuk menggantikan warga asing yang bekerja di beberapa buah kedutaan Negara Brunei Darussalam di luar negara.
Sempadan darat dan laut Negara Brunei Darussalam. Memohon pencerahan mengenai status perbincangan tentang sempadan negara ini dengan negara jiran. Terdapat segelintir warga emas yang mengingatkan bahawa sempadan pada masa sekarang jauh berbeza dari dahulu kala semasa mereka bertugas atau apabila mereka ditempatkan untuk bertugas di sana. Ini ditempat yang kelihatan dengan jelas, bagaimana pula situasinya di tempat yang tidak kelihatan dengan mata kasar dan bukan tempat 'pelintasan'.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola teruja dan bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى bagi peluang untuk mendengar terus jawapan Yang Berhormat Menteri dalam Dewan yang mulia ini dengan pendirian dan komitmen Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin agar bebas dari jajahan kejam regim zionis بناء شاء الله. Moga usaha kita sebagai sebuah negara yang kecil mendapat keredaan الله سبحانه وتعالى dan membebaskan negara dan penduduknya dari fitnah dunia dan akhirat.
Sebelum kaola mengundur diri, izinkan kaola menyampaikan ucapan terima kasih secara peribadi kepada duta dan wakil-wakil kedutaan sewaktu kaola keluar negara atas tugas rasmi. Kerjasama padu daripada duta dan wakil kedutaan dalam menjaga hal ehwal kaola sangat memberangsangkan dan ada sebahagiannya adalah beyond the call of duty, dengan sentuhan personal.
Kaola mengucapkan terima kasih dan sampaikan salam pada mereka, dengan doa mengiringi moga mereka terus mengekalkan dan mempertahankan kebaikan yang telah mereka capai. Salam hormat kepada semua ahli kedutaan di luar negara.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan.
Kaola juga ingin menyatakan kegembiraan mendengar Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman telah diberikan penjagaan dan layanan yang baik oleh kedutaan إن شاء الله akan disampaikan terima kasihnya kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Mengenai soalan-soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat. Yang pertama mengenai isu tanah ataupun isu mengenai bangunan di tempat-tempat khas di negara ini. Memanglah isu untuk pemberian tanah adalah dibuat secara reciprocate. Sekiranya terdapat tanah yang diberikan kepada Negara Brunei Darussalam untuk membuat mission ataupun tempat kediaman pegawai dan kakitangannya, akan diberikan yang sama.
Walau bagaimanapun, pada masa ini kriteria tersebut sedang review untuk lebih selaras dengan keadaan semasa. Dari segi pembinaan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mempunyai peruntukan bagi Kewangan Tahun 2024/2025 untuk membuat bangunan-bangunan baharu bagi ketua perwakilan di luar negeri khususnya di Berlin, Riyadh dan juga Canberra.
Tetapi ini akan beransur setiap tahun dalam pembinaan tersebut. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, memang ada timbal balik, kaola tidak ingin bercakap reciprocate, karang salah bunyinya. Jadi nya there is reciprocity basically kalau 'kitani' diberikan tanah dan 'kitani' akan memberi tanah juga kepada mission tersebut. Ada kalanya mission 'kitani' memerlukan membeli tanah. Jadi nya, tanah yang ditawarkan kepada diplomatic enclave itu mungkin juga akan dijual kepada mission tersebut tetapi pada masa ini kriteria tersebut masih lagi review agar ia selaras dengan keadaan semasa.
Mengenai kebajikan kakitangan MFA semasa misi-misi diplomat Negara Brunei Darussalam di luar negara. Sepertimana dalam mukadimah kaola tadi, kakitangan 'kitani' di luar negeri itu menjadi satu keutamaan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk menjaga bukan sahaja pegawai-pegawai dan kakitangan dari Negara Brunei Darussalam yang dipanggil home based staff malahan juga bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang locally engaged ataupun local engaged staff. Ertinya orang luar ataupun orang Brunei yang bekerja dengan kedutaan ataupun perwakilan yang menggunakan local term contract.
Ini adalah mustahak dan أَكِيدَة kaola ingin memaklumkan jua di sini kenaikan sedikit dari segi gaji sebab kesemua misi-misi 'kitani' di luar negeri bagi local engaged staff telah mendapat kebenaran untuk kenaikan setelah selama 20 tahun.
So, we have managed to do that this year, kesemua misi-misi punya local engaged staff, gajinya akan naik dan ini adalah أَكِيدَة atas titah perkenan juga, dapatlah pekerja-pekerja 'kitani' di kedutaan tersebut merasai pembayaran gaji yang setimpal dengan apa yang ditugaskannya dan kaola juga kurang juga menerima surat selalunya kalau ke luar negeri itu.
Fasa kedua adalah untuk meneliti dan merebiu balik gaji dan pebelanjaan kos bagi home based staff. Ini memanglah mengambil sedikit masa sebab ia telah dibuat in parallel dengan local engaged staff, tetapi ia memerlukan banyak lagi penelitian kerana home based staff ataupun pegawai dan kakitangan yang datangnya dari Negara Brunei Darussalam ada mempunyai elaun-elaun seperti Elaun Luar Negeri, di samping gajinya, diberikan perumahan, diberikan elektrik, air dan kemudahan-kemudahan lain.
Jadi perkara ini semua terpaksa diteliti dan diselaraskan dengan apa yang diberikan oleh negara-negara lain juga daripada rantau ini atau dari rantau lain. Supaya ia selaras dan tidak melebihi atau
Dalam isu yang ketiga mengenai sempadan darat, mengenai dengan status perbincangan tentang sempadan darat ini, memanglah perkara ini sangat lama sudah diusahakan dan di sini koala/saya ingin memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus bekerjasama rapat dalam melaksanakan pembatasan sempadan darat di antara kedua negara melalui Jawatankuasa Teknikal Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat.
Projek ini telah berjalan sejak penubuhannya pada tahun 2012. Keseluruhan panjangnya sempadan Brunei dan Sarawak adalah berjumlah 539.450-kilometre dan setakat ini penandaan sempadan yang telah dilaksanakan baru mencapai 176.146-kilometer iaitu dalam 33.3% baru siap dilaksanakan.
Ini baru kerja-kerja penandaan, pembatasan, belum lagi sempadan sebenarnya kerana kerja-kerja ini memerlukan masa. Ada sebab ia memerlukan yang utama persetujuan kedua belah pihak untuk membuat reconnaissance survey, verification survey, demarcation survey dan juga penghasilan pelan dan pemetaan.
Bagi Brunei dan Malaysia, memang kedua belah pihak akan terus berusaha mempercepatkan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat khususnya dan terutamanya di kawasan-kawasan keutamaan, yang mana mungkin ada aktiviti-aktiviti bersebelahan seperti di Sungai Tujuh, di Bebuloh, di Kuala Lurah, Bukit Gadong.
Menyentuh mengenai dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin yang segelintir rakyat tua-tua mengingati tempat keluar masuk sekarang ini berbeza daripada dulu.
Mungkin ia dikatakan yang dulu itu salah ataupun belum lagi official kerana sempadan-sempadan yang ada pada masa ini seperti yang ketara adalah berdasarkan kepada perjanjian-perjanjian lama seperti yang di Sungai Tujuh dan di Pandaruan, di mana ini adalah berdasarkan persetujuan kedua belah pihak dan bersandaran perjanjian-perjanjian lama yang sudah on records.
Jadinya mungkin dulu-dulu itu, masih lagi sempadan itu dianggap saja dan baru-baru ini barulah ditetapkan di mana sempadan tersebut berada dan penandaan tersebut ada.
Walaupun isu mengenai Kuala Lurah menjadi isu dulu sempadannya di sebelah sungai, di sebelah sini, perkara ini masih lagi dibincangkan di antara kedua belah negara.
Memanglah isu-isu mengenai dengan claim yang bertindih ini akan berterusan tetapi yang mustahaknya kedua belah buah negara dan kedua Menteri Luar Negara kedua belah negara bersetuju untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan-kawasan yang masih lagi bertindih ini diberhentikan buat seketika sehingga dapat diselesaikan penandaan sempadan. Memanglah kadang-kadang manusia suka mengambil kesempatan, jadinya ada lah encroachment atau ada lah aktiviti-aktiviti di dalam itu dan sebagainya dari masa ke semasa.
Perkara ini sentiasa dimata-matai oleh agensi-agensi keselamatan, tetapi juga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dalam mana dapat kementerian memberikan notis kepada pihak Kementerian Luar Malaysia mengenai aktiviti-aktiviti ini supaya perkara ini dapat di handle secara berseuaian. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Saya kira tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk bertanya atau membuat kenyataan mengenai belanjawan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri II.
Maka saya berpendapat ada baiknya Tajuk SC01A – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini diluluskan dan kita akan beralih kepada tajuk yang seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita telah beralih kepada tajuk di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, maka seperti kebiasaannya sebelum saya memberi laluan untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat membahas dan membincangkan Jadual ini, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementeriannya serta penjelasan dan kenyataan mengenai penyediaan dan belanjawan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berkenaan, silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035 khususnya matlamat ketiga, iaitu menjadi sebuah negara yang mempunyai Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi memainkan peranan utama untuk memastikan usaha-usaha bagi merealisasikan keberhasilan (outcome) yang telah ditetapkan berdasarkan aspirasi-aspirasi dalam Economic Blueprint termasuk peta-peta jalan adalah lebih teratur dan strategik.
Aspirasi-aspirasi berkenaan telah disejajarkan dengan pelan strategik Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi tahun 2021 hingga 2025 untuk memastikan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya akan terus berusaha ke arah mencapai 4 aspirasi dalam pelan strategik berkenaan, iaitu;
Pembangunan keperbagaian ekonomi.
Mengekalkan kemampanan fiskal melalui penggunaan peruntukan kewangan kerajaan yang efisyen.
Penglibatan dan kerjasama yang efektif dengan pihak berkepentingan
Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan terus bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dan syarikat-syarikat FDI dan GLC's serta industri-industri berkenaan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan dan ekonomi negara dengan mendukung dasar, memperluaskan asas sumber pendapatan negara di samping mempelbagaikan sumber dan aktiviti perekonomian di negara ini.
Kejayaan dan progres kemajuaan negara seperti yang kaola kongsikan semasa pembentangan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 beberapa hari yang lalu adalah bukti kegigihan dan sebagai satu pemacu dan tanda aras yang negara mampu untuk mengubah landskap dan struktur perekonomian dengan berkat kerjasama padu dari semua pihak.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi seperti juga kementerian-kementerian lain, terus mengatur strategi dan menyokong plan transformasi digital kerajan ke arah mencapai hasrat sebagai sebuah smart nation. Dalam perkara ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan بِسْمِ ٱللَّٰهِ akan melancarkan sistem Tafis 2.0 pada 1 April 2024.
Tafis 2.0 ini akan mempunyai perisian module tambahan yang tidak terdapat pada sistem Tafis pada masa kini. Antaranya, module-module seperti pembekalan dan belanjawan akan dapat dikendalikan secara atas talian dan module Project System bagi pemantauan projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara 12 (RKN-12) dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efisien.
Dalam masa yang sama, kaola juga ingin mengongsikan perkembangan dan keberhasilan Sistem Sumber Manusia (SSM), iaitu satu sistem yang diusahakan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Module-module baharu telah dilaksanakan, iaitu module allowance cuti dan tambang bagi menggantikan module di dalam Tafis. Penggunaan module juga akan bermula 1 April 2024 di mana pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan akan dapat menghadapkan permohonan elaun dan tambang secara atas talian.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Bagi Tahun Kewangan 2024/2025, cadangan peruntukan belanjawan secara keseluruhan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi adalah berjumlah $1,098,806,940.
Lebih kurang 20% dari jumlah itu, iaitu sebanyak $220,270,740 adalah untuk membiayai keperluan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta empat buah jabatan di bawahnya, iaitu Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Jabatan Perbendaharaan dan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam.
Manakala selebihnya, iaitu sejumlah $878,536,200 disediakan di bawah Tajuk SDO9A, iaitu Perkhidmatan Rampaian antara lain untuk membiayai keperluan-keperluan semua kementerian dan jabatan.
Izinkan kaola untuk menerangkan terlebih dulu pecahan peruntukan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya:
Peruntukan di bawah kategori Emolument disediakan sebanyak $64,200,040 bagi membiayai pembayaran gaji, bonus, elaun serta caruman TAP, SCP dan SPK bagi 2,120 jawatan.
Di bawah kategori pembelanjaan berulang-ulang pula, peruntukan sejumlah $156,066,700 disediakan antara lain untuk membiayai keperluan operasi kerja-kerja, penguatkuasaan dan 'pemberigaan', pemeliharaan dan penyelenggaraan aset, bangunan dan infrastruktur ICT di kementerian, jabatan dan cawangan-cawangan di semua daerah, khususnya:
Sejumlah $16 juta disediakan bagi Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset seperti kerja-kerja menaik taraf lif, pembaikan main switch board dan genset dan penyelenggaraan mesin-mesin pengimbas dan membaik pulih bangunan-bangunan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di setiap daerah.;
Sejumlah $26.2 juta disediakan bagi Teknologi maklumat dan Infokomunikasi antaranya untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan sistem-sistem teknologi maklumat seperti Annual MoFE Consolidated Maintenance and Support, Network Infrastructure Services, membina MoFE Infrastructure Disaster Recovery untuk sistem-sistem aplikasi di Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan ePG Migration to One Government Private Cloud (OGPC).
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Izinkan kaola untuk seterusnya mengongsikan secara ringkas peruntukan di bawah Tajuk SD09A - Perkhidmatan Rampaian seperti yang kaola terangkan sebentar tadi, ia disediakan untuk membiayai Perbelanjaan Guna Sama bagi kesemua kementerian dan jabatan dan juga perbelanjaan yang di luar jangkaan. Antara peruntukan-peruntukan yang disediakan adalah seperti berikut:
$113.5 juta disediakan bagi Bantuan, Geran Pemindahan dan Subsidi.;
$25 juta untuk menangani Bencana Alam di mana sejumlah $16.5 juta bagi kerja-kerja menaikkan paras jalan raya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan sejumlah $1.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih cerun di beberapa lokasi.;
Peruntukan untuk menangani wabak penyakit berjangkit disediakan sejumlah $37 juta.;
Bagi membiayai kos-kos untuk projek kementerian-kementerian di bawah Projek Rampaian sejumlah $276.4 juta disediakan.;
Membiayai kerja-kerja membaik pulih Pusat Al-Islah.;
Kerja-kerja penaiiktarafan dan pemeliharaan bangunan di Penjara Maraburong Fasa 1 dan Fasa 3 Penjara Jerudong dan Institusi Penjara.;
Pengubahsuaian bangunan lama Telekom Brunei.; dan
Membaiki kebocoran atap dan kerosakan lain bagi bangunan Pusat Sejarah Brunei.;
Seterusnya bagi membiayai program atau projek-projek yang menjurus kepada mendukung fokus belanjawan negara sejumlah $27.5 juta disediakan. Antara lainnya untuk melaksanakan;
Projek Tafis 2.0 (TAFIS Migration).;
Projek Pemerolehan National Coastal Surveillance System Pusat Penyelarasan Maritime Kebangsaan.;
Projek Supply and Delivery of 4 Units of Interceptor Class Boat.
Kerja-kerja Membaik Pulih Bangunan-Bangunan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Kampus Gadong dan Kampus Sinaut.; dan
Projek Pembelian Peralatan Makmal yang diperlukan untuk penganalisaan makanan bagi Jabatan Perkhidmatan Saintifik di Kementerian Kesihatan yang akan membantu meningkatkan produktiviti dan keupayaan jabatan berkenaan ke arah membantu pihak-pihak yang tertentu untuk meningkatkan usaha-usaha mengeskport makanan keluar negeri. Di samping memastikan keselamatan makanan bagi pengguna-pengguna di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Di bawah kategori Perbelanjaan Kemajuan pula sejumlah $12.8 juta dengan Harga Rancangan berjumlah $98.3 juta adalah diperuntukkan antara lainnya untuk membiayai Projek Government Human Resource Management System yang sekarang dikenali sebagai Sistem Sumber Manusia (SSM).
Projek Platform Perkhidmatan Perniagaan Nasional, Pembangunan Kluster Makroekonomi, Projek Bangunan Hijau, Integrated Statistical Data System dan Banci dan Kajian Sosial Ekonomi.
Yang Berhormat Pengerusi. Sekianlah yang dapat kaola kongsikan sebagai makluman dan panduan Ahli-Ahli yang Berhormat. Sebelum kaola mengakhiri ucapan mukadimah ini seperti mana juga yang lazimnya dibuat pada tahun-tahun yang lalu kaola memohon izin bagi peruntukan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disifatkan sebagai jabatan yang tertutup untuk tidak dibincangkan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas penerangan yang telah diberikan berkenaan dengan hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Saya bukakan sekarang tajuk ini untuk kita bincangkan dan saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلوٰةُ وَالسَّلامُ عٰلَىٰ نَبِيِّنٰا مُحَمَّدٍ وَعٰلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum itu kaola tidak lupa mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas usaha dan perancangan strategik ke arah tadbir urus perbelanjaan Belanjawan 2024/2025. Apa yang kaola harapkan agar ia dapat dilaksanakan sesuai dengan hasrat dan matlamat pihak kementerian. إنْ شَاءَ اللهُ.
Kaola terpanggil untuk menyuarakan berkenaan mata wang Negara Brunei Darussalam atau ringgit Brunei. Kaola sukacita merujuk kepada siaran akhbar bertarikh 27 September 2016 dari Autoriti Monitari Brunei Darussalam (AMBD) berkenaan isu pertukaran yang berbeza bagi ringgit Brunei dan Singapore Dollar (SGD) yang mana Perjanjian Kesalingboleh Tukaran Matawang ini atau Currency Interchangeability Agreement (CIA) telah dikuatkuasakan pada tahun 1967 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Di bawah perjanjian ini, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura masing-masing akan menerima SGD dan BND pada nilai mata wang yang sama. Mata wang Negara Brunei Darussalam yang ada dalam edaran di Republik Singapura boleh diterima sebagai customary tender untuk membuat mana-mana pembayaran di Republik Singapura.
Terdapat juga beberapa isu yang timbul berkenaan penerimaan ringgit Brunei di negara-negara ASEAN mahupun di peringkat antarabangsa apabila membuat pertukaran wang iaitu money changer. Ada negara yang tidak menerima wang kertas Negara Brunei Darussalam. Kalau di Jakarta hanya wang kertas $100 Brunei sahaja yang diterima. Kaola menimbulkan di sini adalah semata-mata untuk memahami serba sedikit berkenaan hala tuju wang ringgit Brunei dari segi penerimaan dan di peringkat global.
Maksudnya adakah perkara ini terkait dengan kedudukan ekonomi Negara Brunei Darussalam di peringkat global atau ada penjelasan yang tertentu yang membolehkan ringgit Brunei satu hari nanti setanding dengan mata wang dunia yang lain, seperti dolar Amerika, ringgit Malaysia, dolar Singapura? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.
Sekian.
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dengan soalan yang diajukan tadi mengenai mata wang dolar Brunei.
Memang kita ada perjanjian bersama Monetary Authority Singapura ataupun kerajaan Singapura untuk interchangeability currency kita. Tapi tidak dinafikan ada sebahagian agensi pertukaran mata wang ini tidak menerima wang Brunei. Mungkin ia kira kalau sudah diterima wang Brunei itu kemudiannya tidak banyak lagi orang yang hendak menukar balik mata wang Brunei ini.
Jadi, sudah ditukar mungkin mereka terus kira cash flow terstuck pada hari itu. Jadi, memang kita selalu berbincang dengan Monetary Authority Singapura supaya mereka boleh increase awareness dalam kalangan currency exchange agency dan sebagainya.
Jadi, kalau di luar Singapura ataupun di luar Brunei di tempat seperti yang dinyatakan tadi, di Jakarta, kaola kurang pasti bagaimana penguatkuasaannya sama ada kita ada kuasa untuk enforce kepada semua currency exchange di seluruh dunia untuk terima itu, kaola perlu meneliti lagi perkara ini.
Ada juga sebahagian orang ramai kadang-kadang ke Singapura untuk menukar mata wang Brunei ke Singapura, ada yang sebahagiannya dikenakan charge fees. Untuk makluman orang ramai, kita mesti lihat di mana tempat kita menukar mata wang itu. Di airport ada 2, satu yang currency exchange agent yang benar dan ada satu lagi travel agent. Jadi, travel agent selalunya ada mengenakan fees dan sebagainya. Jadi, kita mesti check dahulu sebelum tukar mata wang itu. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَشْكُرُكَ. Kaola mengucapkan tahniah di atas usaha-usaha Kementerian Kewangan dan Ekonomi, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab dan misi ke arah kemajuan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam. Terima kasih juga atas mukadimah Yang Berhormat Menteri yang cukup jelas dan padat.
Kaola ingin menyentuh berkenaan kawalan harga berdasarkan Perintah Akta Kawalan Harga (Pindaan), 2021 Penggal 142, barangan dikawal harga maksimum secara berterusan yang termasuk barangan yang diberikan subsidi oleh kerajaan seperti beras, gula dan bahan tenaga.
Selain daripada itu, terdapat beberapa kategori barangan yang ditetapkan harga maksimum iaitu beras yang diperolehi dan dibekalkan oleh Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, gula juga diperolehi dan dibekalkan Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, motor gasoline RON97, motor gasoline RON92 dan RON98, Automative gas oil Diesel, susu tepung formula anak damit, minyak masak jagung, palma, sayur, sunflower dan kacang soya untuk kenderaan bermotor penumpang.
Sepertimana yang dinyatakan sebelum penetapan harga maksimum ke atas barangan keperluan asasi dilaksanakan, penganalisa maklumat dan konsultasi akan dibuat dari pelbagai agensi pengawal selia sektor barangan berkenaan dan termasuk pihak berkepentingan bagi menilai impak, kos dan prasarana secara holistik ke atas penetapan harga barangan tersebut.
Akta ini dengan jelas mengatakan bahawa para peniaga tidaklah sewenang-wenangnya menetapkan harga yang dikawal. Namun, masih terdapat barangan yang menjadi keperluan seharin selain daripada yang tersenarai seperti bawang merah, bawang putih, ubi, mentega, telur ayam dan sebagainya. Semua harga barangan yang kaola nyatakan tadi akan meningkat pada musim-musim perayaan disebabkan permintaan yang tinggi.
Sehubungan itu, sebagai inisiatif tambahan, kaola mencadangkan agar diadakan kawalan harga untuk barangan tertentu yang menjadi keperluan pengguna pada musim-musim perayaan dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Apakah penalti yang akan dikenakan kepada mereka yang mendapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.
Sekian,
والله تعالى أعلم بالسداد، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat atas soalan diajukan tadi mengenai kawalan harga.
Pada masa ini, memang akta kita Penggal 142, ditentukan ada 10 jenis barangan yang di bawah kawalan harga (price control). Jadi baru-baru ini, kita pun sudah membuat pindaan ke atas Akta Kawalan Harga Penggal 142 yang bertujuan untuk memperkemasan dan mencekapkan langkah-langkah penguatkuasaan kawalan harga yang membolehkan kerja pemantauan dan penguatkuasaan secara efektif bagi barang asasi mengikut tempoh yang bersesuaian dalam keadaan tertentu seperti semasa pandemik COVID-19 atau keadaan yang sangat memerlukan dengan mengambil kira impak terhadap pasaran dan ekonomi negara.
Mulai pindaan ini, peruntukan diberikan bagi tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang ketidakpatuhan terhadap penetapan harga maksimum bermusim yang lazimnya dilaksanakan terhadap kategori barangan makanan tertentu sementara sahaja iaitu semasa bulan Ramadan hingga minggu pertama bulan Syawal.
Pindaan juga merangkumi pengemaskinian senarai barangan yang dikawal harga maksimum secara berterusan termasuk barangan yang diberikan subsidi oleh pihak kerajaan Seterusnya, pada musim Ramadan dan Hari Raya, beberapa jenis makanan juga terus dikawal seperti daging ayam, telur ayam, mentega, marjerin, minyak sapi, susu dan tepung.
Seperti yang kita lihat semasa COVID-19, beberapa jenis makanan ataupun barangan di pasaran pun termasuk dalam akta seperti bawang merah dan sebagainya yang disebutkan tadi. Itu sahaja yang dapat kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya rasa cukup dahulu kita bersidang dalam Mesyuarat Jawatankuasa ini, saya tangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita akan bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, saya rasa cukup dahulu kita bersidang pada pagi ini.
Saya ingin menangguhkan persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan kita akan bersidang semula pada petang nanti mulai pukul 2.30 petang.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Keseihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 13099
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II: 3923
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 3659
Yang Berhormat Pengerusi: 1081
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 992
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 876
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 561
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: 438
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri: 367
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 313
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 305
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 298
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 256
Yang Mulia Jurutulis: 30