HARI KE-13 PAGI
16HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ketiga belas pada hari ini Sabtu, 5 Ramadan 1445 bersamaan dengan 16 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ
الحمد لله syukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang pada hari yang ketiga belas dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita untuk menyambung penelitian ke atas Rang Undang-Undang ini satu-per satu dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
(missing jawi words) Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa pada hari Khamis yang lalu telah pun mula membahaskan dan membincangkan Tajuk Belanjawan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kita telah pun selesai membincangkan Tajuk SA01A hingga SA07A.
Sebelum saya membukakan tajuk-tajuk seterusnya untuk dibahaskan saya telah pun difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II ingin memberikan beberapa respon dan penjelasan bagi soalan-soalan yang dikemukakan pada hari Khamis yang lalu yang belum dijawabnya. Saya persilakan sekarang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
السَّلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْأَعْمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Pagi ini, kaola ingin merujuk soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof iaitu antara lain, Yang Berhormat ingin pencerahan setakat manakah transformasi pemodenan selaras dengan rangka kerja perkhidmatan awam dan apakah kesinambungan rangka kerja berkenaan yang sejajar dengan trend masa kini dan yang akan datang.
Dan juga, apakah langkah dan pelan tindakan untuk meningkatkan tahap produktiviti kerajaan. Sebagai jawapannya, kaola berterima kasih atas soalan itu, beberapa usaha dan perancangan telah dibuat. Sebagai tuan rumah bagi mesyuarat ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) pada tahun ini, satu bengkel bertajuk "Developing Framework for Measuring Productivity and Public Sector" akan diselanggarakan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) di bawah ASEAN Work Plan 2021-2025 pada bulan November tahun ini bersama negara-negara ASEAN yang bertujuan untuk menghasilkan piawaian yang dapat diguna pakai untuk mengenal pasti faktor kritikal dalam mengukur produktiviti penjawat awam dan sebagai penanda aras untuk penambahbaikan berterusan dan sebagai pemacu perubahan dalam membina strategi tenaga manusia.
Sejajar dengan matlamat ACCSM iaitu "untuk Membina dan Mengekalkan Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi, Dinamik dan Berpaksikan untuk Rakyat ASEAN", bengkel "Strengthening Government Strategies in Mental Health and Well-Being towards Achieving Work-Life Balance in Public Sector" akan diselanggarakan oleh Institut Perkhidmatan Awam pada bulan Mei 2024 di bawah pelan ACCSM 2021-2025.
Hasil daripada bengkel ini ialah untuk menghasilkan panduan dalam pengurusan work-life balance di sektor awam dan mendokumenkan inisiatif amalan terbaik dan cabaran yang dikenal pasti. Dokumen ini akan dapat digunakan oleh pembuat dasar di negara ASEAN. Ia adalah sebahagian usaha menuju ke arah produktiviti di perkhidmatan awam.
Ini ditambah lagi dengan Public Service Capability Development Framework (PSCDF) yang baharu saja dilaksanakan oleh IPA untuk melihat taraf dan jurang yang ada pada kompetensi perkhidmatan awam seperti yang dimaklumkan dalam mukadimah hamba/kaola/saya sebelum ini. Jika ada jurang atau tidak mencapai sasaran tahap intervensi yang diperlukan mengikut modal pembelajaran sama ada experiential, social ataupun formal learning, ke arah ini, peranan IPA ialah memastikan kursus yang berasaskan kompetensi yang terkandung di dalam PSCDF tersebut.
Dalam masa yang sama, IPA akan terus menjalankan program-program latihan berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pelaksanaan tugas harian sebagai dokongan kepada usaha peningkatan tahap produktiviti penjawat awam.
Untuk makluman bersama, hasil Kajian Impak yang dilaksanakan oleh pihak IPA ke atas 117 Penyelia-Penyelia Peserta Kursus yang telah mengikuti kursus-kursus di bawah tema Produktiviti dan ICT anjuran IPA tahun lepas, 92 peratus menyatakan terdapat impak terhadap pembaikan ke atas mutu kerja masing-masing dan 91% menyatakan terdapat impak kepada tahap produktiviti dalam organisasi, itulah untuk jawapannya.
Manakala, pada Khamis yang lalu juga, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim telah mengemukakan beberapa soalan mengenai review Civil Service Framework dan juga mengenai flexi hours.
Pada menjawapnya bagi soalan pertama, dalam mendukung usaha senegara berikatan transformasi digital melalui IPA, sebanyak 31% program atau kursus yang ditawarkan berupa inovasi dan ICT. Sebanyak 30 jenis kursus disediakan untuk diikuti oleh penjawat awam seperti Basic IT Skills, Basic Programming, Designing for Presentation termasuk penganalisaan data menggunakan analysis tools seperti SPSS, Starter dan Visualization menggunakan Power Business Intelligence.
Soalan kedua, kaola sendiri berpendapat mengenai dengan upgrading competency, productivity and effectiveness, adalah sama dengan jawapan kaola pada soalan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof sebentar tadi.
Soalan ketiga, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim ialah mengenai cadangan mengadakan waktu flexi hours iaitu bagi mengambil anak masing-masing berikutan pengintegrasiar sekolah.
Untuk jawapannya, sejajar dengan perkembangan semasa dan untuk mengimbangi keperluan kerjaya dengan keseimbangan kehidupan (work-life balance), dan mengambil kira penanda aras waktu bekerja semasa menghadapi pandemik COVID-19, Jabatan Perdana Menteri khususnya melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, pada masa ini sedang membuat kajian kebolehsesuaian (feasibility study) dengan amalan-amalan terbaik termasuklah mengadakan kajian terperinci untuk menangani isu dan cabaran khususnya mengenai waktu bekerja dalam perkhidmatan awam secara menyeluruh dan produktiviti kerja dalam kementerian dan jabatan masing-masing. Untuk makluman, waktu kerja fleksibel pada masa ini memang telah dipraktikkan seperti perkhidmatan kaunter.
Walau bagaimanapun, inisiatif selanjutnya adalah kemungkian bagi melarutkan konsep flexi hour ini ke dalam waktu bekerja dalam perkhidmatan awam secara keseluruhan. Pada peringkat permulaan ini, satu penyelidikan mengenai waktu hari bekerja telah pun diadakan di peringkat kumpulan kerja dengan mengenal pasti dapatan fakta mengenai kedudukan sumber manusia, fungsi tugasan kerja, penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan dan fungsi berpusatkan pelanggan (client centered) dan dasar-dasar yang berkaitan untuk dianalisa kebolehsesuaiannya.
Dapatan dari kajian atau penyelidikan itu nanti, sudah setentunya akan menjurus kepada penggubalan dasar-dasar yang berkaitan khususnya waktu bekerja fleksibel dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan melaksanakan stakeholder engagement yang lebih menyeluruh bagi memastikan pelaksanaannya inklusif tanpa menjejaskan produktiviti kerja, lebih-lebih lagi impak kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada pihak kerajaan.
Apa jua diharapkan supaya kementerian-kementerian, untuk juga mempercepatkan dan menjayakan program digitalisasi untuk memenuhi sasaran smart governance serta merealisasikan ekosistem perkhidmatan awam yang lebih kondusif dan dinamik.
Kaola juga ingin merespons secara teliti iaitu mengenai soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai kekurangan dari segi 'pembarigaan' hal ehwal berkenaan adat istiadat.
Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat. بنت شهد ألي Jabatan Adat Istiadat Negara akan terus meningkatkan usaha dalam 'mengungkayahkan' taklimat-taklimat 'pembarigaan' dalam hasrat untuk menyebarkluaskan pengetahuan adat istiadat. Penyebarluasan pengetahuan adat istiadat merupakan peranan utama Jabatan Adat Istiadat Negara bagi mendukung visinya iaitu "untuk Memberikan Masyarakat Brunei Pengetahuan dan Pemahaman tentang Adat Istiadat".
Antara usaha tindakan bagi memperkesankan lagi penyebarluasan pengetahuan adat istiadat adalah seperti berikut:-
Menyampaikan taklimat atau ceramah mengenai adat istiadat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan melalui jabatan dan kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang lain mengikut perancangan, jadual dan permintaan.
Menyampaikan taklimat atau ceramah mengenai adat istiadat kepada pelajar berbagai peringkat termasuk pra-universiti, maktab-maktab, sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah di negara ini mengikut perancangan, jadual dan permintaan.
Menyampaikan taklimat kepada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung bagi setiap daerah untuk persediaan majlis ramah mesra dan menjunjung ziarah bersama rakyat dan penduduk sempena hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Jabatan ini juga membukakan taklimat dan ceramah kepada agensi-agensi swasta dan pertubuhan-pertubuhan awam (non-governmental organization) seperti agensi perbankan, agensi pelancongan dan persatuan-persatuan dan sebagainya.
Mengenai dengan statistik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu adalah sebagai sasaran (KPI) jabatan.
Walau bagaimanapun, Jabatan Adat Istiadat Negara terus meningkatkan usaha bukan sahaja untuk mencapai sasaran tersebut bahkan melebihi dari apa yang disasarkan sebagai misal anggaran pada Tahun Kewangan 2023/2024 adalah 76, namun jabatan telah pun memberikan taklimat sebanyak 88 kali.
Jabatan juga sedang dalam usaha untuk 'membarigakan' melalui platfom mobile apps yang pada ketika ini dalam peringkat permulaan, iaitu projek JAIN.bn. Melalui dengan kaedah ini orang ramai akan dapat mengakses maklumat berkaitan dengan Jabatan Adat Istiadat Negara. اِنَّا لِلَّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Jabatan Adat Istiadat Negara mengambil baik saranan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof untuk memperbanyakkan lagi buku-buku rujukan berkaitan adat istiadat.
Walau bagaimanapun, dalam jangka masa pendek jabatan telah pun memasukkan maklumat mengenai adat istiadat dalam buku program Istiadat Perkahwinan Diraja 3 tahun kebelakangan. Dalam jangka masa panjang usaha ini akan ditingkatkan dengan kerjasama daripada Pusat Sejarah Brunei, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi disampaikan menjadi respons kepada soalan pada hari Khamis yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II di atas penjelasan dan penerangan yang diberikan itu.
Sekarang kita akan teruskan dengan membincangkan Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tajuk-tajuk ini akan saya bukakan untuk dibahaskan.
Walau bagaimanapun, sebelum saya membukakan tajuk-tajuk ini untuk dibahaskan, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua memandangkan kita sudah memasuki hari ke-13 dan kita berhadapan dengan masa yang agak suntuk untuk menyelesaikan perkara-perkara yang di hadapan kita sebelum bermulanya Tahun Kewangan yang akan jatuh pada 1 April ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin menasihatkan agar soalan-soalan yang dikemukan itu biarlah ringkas dan tertumpu kepada soalan atau cadangan sahaja. Mana-mana soalan yang tidak sempat dikemukakan ataupun dijawab bagi tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri pada hari ini dan mungkin juga tajuk-tajuk bagi kementerian lain setelah ini, saya akan membolehkan bagi Yang Berhormat Menteri yang berkenaan itu untuk menjawabnya secara bertulis kemudian nanti.
Juga saya ingin mengingatkan bahawa mana-mana soalan yang telah pun ke sesi Muzakarah, saya kira tidaklah perlu lagi untuk dibawa ke Dewan ini, soalan-soalan itu telah pun dijawab dengan jelas dan saya tidaklah perlu menghabiskan masa di Dewan ini untuk mendengarkan soalan yang sama dan jawapan yang sama.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersama saya di sini terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang suka untuk membahaskan tajuk-tajuk yang ada ini. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II di atas mukadimah yang panjang lebar yang disampaikan pada hari Khamis lepas dan tahniah di atas inisiatif dan usaha-usaha yang dijalankan serta keutamaan-keutamaan yang diberikan khususnya mengenai keselamatan, keamanan, kesejahteraan rakyat di negara ini melalui program-program seperti meningkatkan competency pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam.
Perkhidmatan awam adalah enjin jentera kerajaan yang penting dalam memajukan dan membangunkan negara, khususnya untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.
Pada pandangan kaola, kalau enjin jentera ini baik, akan baiklah perjalanannya sebagai contoh enjin kereta Formula 1. Perjalanannya adalah selalu lancar dan laju, apatah lagi kalau ia dipandu oleh orang yang profesional dan champion dalam Formula 1.
Tentunya akan berjaya meraih kejayaan dan kemenangan. Begitu juga dengan keadaan Perkhidmatan Awam, apabila mempunyai kakitangan yang profesional, berkecekapan yang mantap, بِعَوْنِ اللّهِ dalam pembangunan serta kemajuan negara akan bergerak maju, lancar dan berjaya.
Berkaitan dengan perkhidmatan awam ini, kaola menyambut baik usaha untuk membuat transformasi perkhidmatan awam termasuk untuk mereview GO (Peraturan-Peraturan Am).
Dalam membuat transformasi ini tentunya semua dasar, peraturan, panduan yang akan dibentuk perluah adil, telus, jelas, demokratik dan tanpa ada pengiayaan, nepotism, kronisme dan pilih kasih.
Dengan adanya transformasi ini apabila siap dan lengkap dilaksanakan, diharap tidak ada lagi timbul keraguan, pandangan dan tanggapan negatif orang ramai terhadap perkhidmatan awam kerana semuanya adalah terdiri daripada orang-orang yang berkelalayan, berkelulusan, berpengalaman, berkecekapan, berintegriti dan mempunyai prestasi yang cemerlang, berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi sesuai dengan tugas dan jawatan yang dipegang. Mereka adalah golongan elit masyarakat yang siap siaga untuk memacu negara ke arah Wawasan Brunei 2035, بِعَوْنِ اللّهِ.
Yang Berhormat Pengerusi. Isu seterusnya yang kaola ingin bincangkan ialah lantikan pegawai-pegawai. Ada antara pegawai-pegawai ini meminta kaola untuk membangkitkan perkara ini dalam Dewan ini.
Pada masa ini terdapat pegawai-pegawai yang dilantik secara tetap ke dalam jawatan kosong dan ada juga mereka yang dilantik secara memangku sama ada 1 bulan, 6 bulan dan ada juga yang sampai bertahun belum ditetapkan dalam jawatan masing-masing dan malah ada juga yang sudah bersara belum lagi ditetapkan. Nampak di sini tidak ada consistency.
Berkaitan dengan perkara ini, apakah masalah dalam membuat dan menetapkan lantikan pegawai-pegawai tersebut? Sukacita dipohonkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم أحمدُهُ سبحانه وتعالى القادر المقتدر، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat اسْكَلَمُ 'عَلَيكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan Salam Sejahtera. Kaola merujuk pengurusan sumber tenaga manusia dalam perkhidmatan awam berkaitan hal ehwal kebajikan penjawat awam khususnya kaum wanita. Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan sosio-ekonomi negara. Wanita juga termasuk golongan yang berisiko yang perlu dilindungi di mana pun keberadaan mereka.
Kaola merujuk isu gangguan seksual di tempat kerja yang melibatkan kaum wanita, yang pernah dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada Musim Permesyuaratan Tahun 2021.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023 sebanyak 23 kes jenayah dan gangguan yang melibatkan wanita di tempat kerja telah dilaporkan berbanding dengan 13 kes pada tahun 2022 dan 7 kes pada tahun 2021 semasa isu ini ditimbulkan di dalam Dewan yang mulia ini. Data yang menunjukkan peningkatan ini amat membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan.
Kaola berpendapat jumlah kes yang dilaporkan ini adalah terlalu kecil berbanding jumlah lebih 82 ribu wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta di negara ini.
Kaola percaya banyak kes yang tidak dilaporkan antaranya berpunca dari stigma masyarakat, perasaan malu, takut akan kesannya terhadap keselamatan diri dan keluarga serta takut akan menjejaskan pekerjaan mereka khususnya jika pelaku adalah terdiri daripada pihak atasan ataupun golongan ketua-ketua dan ada juga mangsa yang tidak tahu hak mereka atau apa yang perlu dibuat dan ke mana aduan hendak dibuat jika jenayah ini terjadi kepada mereka.
Oleh itu, kaola mengambil maklum bahawa pihak Jabatan Perdana Menteri sedang mengusahakan penelitian manual dasar dan peraturan mengenai gangguan di tempat kerja ini dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, kaola menyuru supaya manual ini segera dikuatkuasakan dan dibarigakan dengan secara meluas.
Dasar tersebut kaola harap akan jelas dan terperinci menetapkan definisi gangguan yang dimaksudkan di tempat kerja dan langkah-langkah menangani isu tersebut. Penguatkuasaan dasar ini nanti akan menunjukkan bahawa perlindungan dan kesejahteraan serta hak penjawat awam khususnya kaum wanita adalah satu keutamaan dan dipandang serius oleh kerajaan.
Dalam hal ini, kaola juga mencadangkan supaya satu talian khas disediakan bagi memudahkan masyarakat meminta nasihat dan mendapatkan maklumat dan membuat aduan awal mengenai jenayah ini. Pengendalian talian ini juga hendaklah mengutamakan kerahsiaan peribadi pengadu supaya mendapat kepercayaan mereka.
Berikutan itu, dasar ini juga haruslah dibarigakan secara meluas dan mengadakan kempen-kempen kesedaran secara menyeluruh yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi yang berkepentingan di pihak kerajaan dan swasta.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021 Persatuan Siswazah Wanita telah mengadakan kaji selidik mengenai hal ini yang respondennya hanya meliputi 150 orang wanita bekerja dengan hasil dapatan 55% daripada responden pernah mengalami gangguan seksual di tempat kerja atau mengenali rakan atau rakan sekerja pernah mengalaminya.
Kaola menghargai usaha ini yang mana meskipun skop responden yang kecil, namun kaji selidik tersebut cukup penting dalam memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat mengenai dengan kewujudan jenayah ini dalam kalangan penjawat awam di negara ini.
Oleh itu, kaola berpendapat adalah penting untuk pihak Jabatan Perdana Menteri menerajui satu kaji selidik yang seumpamanya di peringkat nasional merangkumi semua penjawat awam di sektor kerajaan dan swasta sebagai susulan kepada kaji selidik yang pernah dilaksanakan ini.
Ia bertujuan untuk mengetahui secara menyeluruh status terkini kes-kes gangguan ini yang berlaku di tempat kerja di negara ini. Maklumat ini juga kaola percaya akan membantu pihak Jabatan Perdana Menteri merancang inisiatif-inisiatif dan program-program untuk menangani serta membanteras kes jenayah ini.
Sekian, وبها بالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi,
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu, kaola sukacita merakamkan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang penuh dengan informasi ke arah merealisasikan kemajuan negara sepetimana yang dihasratkan pada hari Khamis yang lalu.
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan siaran laporan Majlis Mesyuarat Negara di Radio Televisyen Brunei (RTB). Sepertimana yang kita sedia maklum, laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini disiarkan di TV diadakan pada setiap malam pada Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara berlangsung dan siaran ulangan pula dapat dilihatkan pada keesokan harinya.
Kaola sukacita mencadangkan agar sesi Permesyuaratan Majlis Meysuarat Negara dapat disiarkan secara langsung di siaran RTB bagi membolehkan orang ramai dapat mengikutinya dan mengetahui tentang suasana perbahasan di sepanjang permesyuaratan berlangsung.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas usaha dan perancangan ke arah urustadbir perbelanjaan belanjawan 2024/2025.
Apa yang kaola harapkan agar ia dapat dilaksanakan sesuai dengan hasrat dan matlamat pihak kementerian.
Kaola ingin menyentuh mengenai dengan kemajuan teknologi canggih perlu digunakan secara positif dalam kemajuan era globalisasi dalam perkhidmatan. Kita tidak dapat lari daripada kemajuan teknologi yang cukup pantas ini termasuk di dalam budaya kerja dan perkhidmatan yang disediakan.
Sehubungan dengan itu, kemajuan di dalam teknologi terkini di kalangan warga perkhidmatan awam adalah penting menuju Wawasan Brunei 2035, sama ada dalam urusan pentadbiran termasuk hubungan antarabangsa, peralihan teknologi dalam pendidikan termasuk pasaran teknologi maklumat dan lain-lain.
Justeru itu, mana-mana warga perkhidmatan yang masih belum menguasai kemahiran teknologi sedikit sebanyak melambatkan sebarang perubahan yang dibuat.
Sehubungan dengan ini, apakah usaha-usaha yang dibuat bagi mengimbangi perkara ini tanpa meminggirkan setiap warga perkhidmatan awam yang kurang berkemahiran dalam menguasai teknologi baharu.
Apakah perancangan ke arah transformasi penggunaan sepenuhnya teknologi digital di jabatan-jabatan kerajaan?
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمِيْنَ .وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Seterusnya, barangkali kaola akan meneruskan apa yang akan disampaikan iaitu mengenai SA11A. Sepertimana yang kita sedia maklum, jawatan atau pekerjaan di dalam sektor swasta adalah merupakan pilihan kedua.
Ini mungkin disebabkan beberapa perkara antaranya kemudahan yang disediakan di dalam sektor kerajaan yang lebih menarik berbanding dengan sektor swasta. Namun pada itu, peranan sektor swasta juga penting ke arah menggerakkan ekonomi negara.
Sehubungan dengan ini, apakah perancangan pihak kerajaan ke arah menggalakkan anak-anak tempatan untuk memilih pekerjaan di sektor swasta. Dalam masa yang sama, kaola turut mencadangkan agar elaun-elaun yang sesuai dapat diberikan kepada kakitangan swasta agar setara dengan kakitangan kerajaan seperti elaun kurnia khas dan lain-lain.
Dengan adanya inisiatif ini, ia dengan tidak secara langsung akan memberi galakan kepada anak tempatan untuk berkhidmat di sektor swasta. Mohon pencerahan Yang Berhormat mengenainya.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya kira Yang Berhormat, perkara itu telah pun ditimbulkan sepanjang tahun dan kita juga telah menjawab sepanjang tahun soal seperti itu. Jadi saya kira, tidaklah 'payah kitani' panjang-panjangkan soal itu lagi.
Bagaimanapun, saya beralih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II sama ada bersedia menjawab soalan-soalan ini sekarang ataupun kita teruskan dengan mendengar soalan-soalan daripada empat orang Ahli Yang Berhormat lain yang suka untuk menyoal ataupun memberikan soalan atau cadangan dalam tajuk-tajuk yang berkenaan ini.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. 'Barangkali ada bisai jua' kaola menjawab salah satu dua soalan tadi 'atu', sementara menunggu untuk jawapan yang sesuai dikirakan untuk jawapan yang lebih tepat.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola berterima kasih atas soalan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin iaitu ada tiga soalan 'rentetan':
Mengenai transformasi perkhidmatan awam di mana Yang Berhormat juga membuat analogi JPM ini sebagai enjin dan juga penjawat awam sebagai pemandu-pemandu Formula 1;
Mengenai mengetengahkan isu kenaikan pangkat dan seterusnya;
Isu pegawai-pegawai dan kakitangan yang memangku.
Untuk respons kepada soalan pertama itu. Melalui usaha transformasi perkhidmatan awam khususnya dalam memperkesankan lagi mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, ia meliputi peranan beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dalam hal ini, berbagai usaha dirancang dan dilaksanakan bagi menambah baik secara berterusan kualiti perkhidmatan awam yang antaranya seperti berikut:
Melaksanakan pemantauan ke atas tahap kecekapan organisasi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya. Antaranya, melalui Program Pengredan Prestasi Sektor Awam (3PSA), Kaji Selidik Tumpuan Pelanggan (KSTP) dan pemantauan pencapaian Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).
Program-program berkenaan menilai dan mengukur prestasi agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai terutama agensi-agensi kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai. Dapatan-dapatan serta cadangan penambahbaikan daripada hasil penilaian dikongsikan kepada kajian agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk tindakan lanjut.
Melaksanakan program Transformasi Sistem Kerja (TSK) yang melibatkan penelitian proses kerja terhadap satu-satu perkhidmatan kerajaan dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan melalui kaedah Business Process Re-Engineering.
Pada masa ini, tumpuan diberikan kepada agensi-agensi kerajaan yang memberikan khidmat kritikal kepada mengukuhkan aspek sosial ekonomi kumpulan sasaran yang diberikan bantuan.
Melaksanakan program Anugerah Inovasi Perdana (AIP) iaitu merupakan satu inisiatif pengiktirafan kepada agensi-agensi kerajaan yang telah berhasil melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan (inovasi) dalam perkhdimatan awam.
Ia juga bertujuan sebagai pemangkin kepada mempergiatkan lagi usaha agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program-program pembaharuan serta penambahbaikan terutama khususnya kepada orang ramai dalam berurusan dengan agensi kerajaan.
Projek Sistem E-Pemedulian Pelanggan (EPP) yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGVC). Ia merupakan satu kaedah bagi pengumpulan data berkaitan prestasi perkhdmatan agensi-agensi kerajaan secara digital, cepat dan real time. Dengan adanya maklumat dan data yang terkini dan keupayaan sistem melaksanakan Monitoring and Evaluation (ME) ini akan memberi kemudahan untuk melaksanakan data analitik, meramal dan merancang (forecasting and planning), menganalisa trend (trend analysis) penyampaian perkhidmatan.
Pengemaskinian peraturan-peraturan pegawai-pegawai kerajaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 1A dan Penggal B yang akan diselajurkan dengan pewujudan mengawal dasar dan peraturan sumber manusia perkhidmatan awam yang mana adalah di peringkat akhir penyelesaiannya. Pengemaskinian ini akan menghasilkan laporan yang lebih relevan dengan keperluan masa kini serta selaras dengan surat-surat keliling kerajaan yang berkuatkuasa. Antara impak yang dihasratkan ialah mempertingkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam dengan adanya pembaikan ke atas peraturan-peraturan tertentu.
Pelaksanaan Rangka Kerja Pembangunan Keupayaan Perkhidmatan Awam (Public Service Capability Development Framework – PSCDF). Rangka kerja ini merupakan pembaharuan dalam ekosistem pembangunan keupayaan perkhidmatan awam melalui penilaian keupayaan dan kebolehan tenaga kerja dalam melaksanakan strategi, inisiatif dan program kementerian dan jabatan. Ia akan mengenal pasti dengan jelas jurang kompetensi membolehkan latihan yang tersasar (targeted) dan seterusnya menyumbang kepada meningkatkan prestasi organisasi.
Itulah antara respons pada soalan pertama yang memberikan, kemungkinan ini sudah pun berulang kali dinyatakan dalam mukadimah dan juga waktu muzakarah.
Mengenai soalan kedua, berkenaan kenaikan pangkat melalui penetapan jawatan. Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun memperkenalkan kaedah stop gap measures bagi menangani isu pengisian jawatan-jawatan kosong khasnya dalam Bahagian I bermula Oktober 2020 yang mana ia membolehkan penggunaan perkiraan tempoh keseluruhan perkhidmatan secara A to Z atau kelamaan perkhidmatan dari tanggagaji B2.EB3 atau B2 secara keseluruhan hingga ke tanggagaji jawatan yang dipegang pada masa ini.
Sejak Oktober 2020, sebanyak 48% daripada pengisian jawatan-jawatan dalam Bahagian I telah diisikan menggunakan stop gap measures iaitu seramai 68 orang pegawai telah dibenarkan untuk dinaikkan pangkat dan ditetapkan ke jawatan yang dipangkunya.
Daripada 68 orang pegawai kanan tersebut, sebanyak 37 orang pegawai telah dinaikkan pangkat melalui stop gap measures daripada tanggagaji B3 dan sebanyak 31 orang pegawai telah dinaikkan pangkat melalui stop gap measures daripada tanggagaji Kumpulan 2 dan 3.
Melalui kaedah kenaikan pangkat Bahagian II ke Bahagian I secara stop gap measures telah dapat melayakkan seseorang untuk ditetapkan ke jawatan yang dipangkunya iaitu tambahan 48% dari jumlah keseluruhan pegawai yang dinaikkan pangkat ke Bahagian I dengan pengemaskinian ke atas syarat-syarat kenaikan pangkat yang laju di mana syarat-syarat tersebut termasuk:
Pegawai berkenaan hendaklah memangku jawatan yang hendak diisi tidak melebihi satu tahun;
Pegawai berkenaan akan ditetapkan jawatan tertakluk kepada sokongan Setiausaha Tetap dan juga sumbangan-sumbangan signifikan dan pencapaian KPI yang dilaksanakan dalam tempoh memangku.
Sumbangan signifikan dan pencapaian KPI termasuklah memperkenalkan dan melaksanakan penambahbaikan (pembaruan), inovasi yang memberi impak positif kepada negara, kementerian dan jabatan dan menunjukkan bukti- bukti concrete (evidence-based achievement).
Dan untuk respon kepada soalan yang ketiga. Bagi sokongan memangku secara dalaman di kementerian dan jabatan, Surat Keliing Jabatan Perdana Menteri Bilangan 4/2008 mengenai Peraturan Lantikan Memangku adalah dirujuk yang menyatakan walau apa jua keadaan ketua jabatan hendaklah memastikan hanya pegawai yang paling layak dan sesuai diperakukan sahaja disokong dan dibenarkan memangku.
Antara lainnya ini bermaksud ketelusan proses lantikan memangku dalam mana-mana kementerian atau jabatan adalah di bawah tanggungjawab ketua jabatan masing-masing. Di mana ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan pengurusan pentadbiran yang menilai kesesuaian dan kompetensi serta kelayakan pegawai atau pegawai kanan yang disokong untuk memangku adalah telus dan adil dengan berpandukan kepada peraturan-peraturan memangku seperti dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 4/2008.
Manakala sokongan memangku secara substantif bagi tujuan penetapan jawatan, sokongan seseorang pegawai akan dihadapkan oleh Ketua Jabatan melalui Setiausaha Tetap Kementerian masing-masing ke Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan penelitian sokongan yang antara perkara-perkara yang akan diambil kira adalah termasuk:-
Laporan sokongan kenaikan pangkat yang memberi penekanan penilaian kepada evidence base (Petunjuk Prestasi Utama) Key Performance Indicator,
Penilaian sokongan adalah berasaskan kepada aspek kepimpinan dan pengurusan strategik yang telah ditunjukkan oleh pegawai yang disokong di samping prestasi serta pencapaian pegawai dalam membantu meningkatkan produktiviti organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan mahu pun elit.
Ini termasuklah impak dalam menimbang kepada peningkatan tahap kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
Seterusnya penelitian terhadap senarai rakan sebaya yang sebanding dengan pegawai yang disokong untuk ditetapkan dalam jawatan yang dipangku berkenaan.
Dengan adanya kaedah check and balance ini إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ tidak akan timbul istilah pilih kasih memandangkan ianya telah melalui beberapa proses secara telus di pelbagai peringkat. Mana-mana jua sokongan bagi kenaikan atau penentapan dalam jawatan yang dipangku akan dibentangkan dan dibincangkan, lalu satu jawatankuasa yang bertindak secara independent dengan keahlian terdiri daripada beberapa agensi kerajaan.
Sekianlah respon bagi soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Kaola juga ingin menjawab soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan iaitu mengenai cadangan agar sesi Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara ini dapat disiarkan secara langsung di siaran RTB bagi membolehkan orang ramai mengikutinya dan mengetahui tentang suasana perbahasan di sepanjang permesyuaratan berlangsung.
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan yang telah dikemukan mengenai cadangan penyiaran Majlis Permesyuaratan Negara ini. Lebih dahulu dimaklumkan bahawa Jabatan Radio dan Televisyen Brunei menyiarkan laporan Majlis Mesyuarat Negara setiap hari melalui siaran televisyen dan radio dan juga melalui aplikasi RTB GO.
Usaha-usaha penyebaran luas suasana persidangan dan sesi Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara tidak hanya tertumpu kepada siaran tv dan radio sahaja, bahkan ianya juga dilaksanakan melalui akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei dan turut didukung oleh media cetak tempatan dan juga agensi-agensi berita elektronik yang bertugas di Pusat Media, di Bangunan Jabatan Majlis Mesyuarat Negara.
Dengan adanya penglibatan sektor media di pihak kerajaan mahupun pihak swasta serta penggunaan pelbagai kaedah penyampaian sepertimana yang kaola sampaikan tadi, maka liputan perbahasan Majlis-Majlis Mesyuarat pada masa ini pada pandangan peribadi kaola / peramba / saya adalah sudah memadai untuk mengetengahkan isu-isu penting yang menjadi perbahasan di Dewan yang mulia ini terutama sekali yang mempunyai kepentingan dan impak yang signifikan kepada orang ramai.
Pendekatan liputan siaran tv yang dipraktikkan pada masa ini juga memberikan ruang kepada orang ramai untuk mengikuti perbahasan di Dewan yang mulia ini mengikut kelapangan masa (leisure time) masing-masing dan juga ada siaran ulangannya.
Dalam masa yang sama orang ramai juga boleh mendapatkan Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara yang diterbitkan setiap hari di laman sesawang Jabatan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat Negara.
Kaola juga ingin memberi respon kepada soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. Iaitu apakah perancangan ke arah transformasi penggunaan sepenuhnya teknologi digital di jabatan-jabatan kerajaan?
Bagi menjawabnya ialah dalam mendukung usaha senegara berkitan transformasi digital melalui Institut Perkhidmatan Awam, sebanyak 31% program atau kursus yang ditawarkan berupa inovasi dan ICT sebanyak 30 jenis kursus disediakan untuk diikuti oleh penjawat awam seperti Basic IT Skills, Basic Programming, Designing for Presentation termasuk penganalisaan data menggunakan analysis tools seperti SPSS, Stata dan Visualisation menggunakan Business Intelligence.
Itu dahulu yang dapat kaola respon dan yang lain-lain itu akan kaola usahakan untuk menyampaikannya di Dewan yang mulia ini dan jika tidak pun secara bertulis.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membuat intervensi terutama mengenai perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola menambah pendek sahaja mengenai perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai gangguan seksual yang hampir keseluruhan mangsanya terdiri daripada kaum wanita.
Sebenarnya kerajaan memandang serius perkara ini, tidak kira sama ada ia terjadi di sektor perkhidmatan awam malahan juga di sektor swasta. Satu talian khas memang disediakan iaitu Talian Kebajikan 141, ia merupakan platform rasmi yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan aduan orang ramai, pertanyaan dan bantuan kepada isu-isu kebajikan dan sosial. Ada dua perkara penting:
Maklumat-maklumat pengadu dan maklumat-maklumat yang diberikan adalah terlindung dari segi kerahsiaannya;
Penjawab-penjawab talian ini adalah mereka yang sudah terlatih dan qualified untuk menangani isu-isu seperti ini. Perkara ini sudah setentunya sentiasa dibarigakan tetapi mungkin ada yang masih kurang maklum mengenai perkara ini.
Dari sudut yang lain, terdapat juga kemungkinan mangsa-mangsa gangguan ini berfikiran apabila ia melapor ia tidak akan dipercayai. Bagi perkara ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mempergiatkan lagi pembarigaan bagi meningkatkan kefahaman mengenai undang-undang yang sedia ada, yang mana mangsa-mangsa seperti ini adalah terlindung daripada segi undang-undang.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sudahi.
Sekian
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
untuk tambahan Yang Berhormat Pengerusi, memang Jabatan Perdana Menteri menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk kaji selidik ini diadakan lagi di peringkat nasional dan untuk mengqualify lagi statistik yang nampaknya meningkat itu إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang kita beralih kepada tajuk yang berikutnya dan saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. Kaola ingin memastikan sahaja Yang Berhormat Pengerusi, adakah ini masih dalam Tajuk SA08A hingga SA01A? Terima kasih.
Kaola ingin membangkitkan mengenai perumahan dan rumah pangsa di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus untuk kemudahan perumahan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan selagi mana mereka berkhidmat dengan kerajaan.
Seperti yang kita maklumi, pegawai dan kakitangan yang diberi kemudahan ini hanya membayar sewa yang paling minima dan ini adalah kaola anggap satu keistimewaan.
Soalan kaola, dari jumlah keseluruhan rumah atau rumah pangsa yang dibangunkan oleh pihak kerajaan sejak dari dulu hingga sekarang, berapa buah unitkah yang belum didiami dan disewa pada masa ini?
Bagi yang tidak didiami atau disewa apakah langkah-langkah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menggunakannya secara maksima atau adakah pihak JPA mempunyai perancangan lain mengenainya?
Soalan kaola seterusnya, ini juga berkaitan dengan perumahan di bawah JPA. Seperti yang kita maklum, setelah pegawai dan kakitangan kerajaan itu bersara atau berhenti dari berkhidmat dengan kerajaan, mereka akan keluar dari rumah berkenaan.
Tetapi, apa yang mendukacitakan, ada sesetengah rumah atau rumah pangsa yang ditinggalkan oleh mereka, ada yang dalam keadaan rosak atau tidak kembali kepada kondisi asal rumah itu apabila mereka mula-mula menghuni rumah itu dahulu.
Ini mengakibatkan pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan untuk memperbaiki kerosakan berkenaan. Soalan kaola, tidak adakah pemikiran atau tindakan-tindakan bagi pihak kerajaan mengemas kini peraturan yang sedia ada untuk menangani isu ini?
Kenapa kaola bangkitkan perkara ini adalah kerana kaola percaya perkara ini sudah lama berlaku dan sudah banyak perbelanjaan kerajaan keluar untuk menampung kerja-kerja pembaikan berkenaan.
Isu yang ketiga ialah yang berkenaan Jabatan Penerangan. Jabatan ini adalah sebuah jabatan yang menjadi wadah 'pemberiagaan' maklumat mengenai hal ehwal kerajaan melalu unit-unit kenegaraan, hubungan masyarakat dan hal ehwal antarabangsa untuk pengetahuan kepada golongan belia dan seganap lapisan masyarakat di negara ini.
Soalan kaola, apakah strategi jabatan ini dalam memperkasakan lagi tugas dan fungsinya untuk menambah baik lagi imej negara di mata antarabangsa dan pada masa yang sama, membantu negara mendukung aktiviti perekonomian negara terutama sekali menarik pelabur asing ke negara ini?
Soalan yang keempat ataupun adalah cadangan. Cadangan pegawai dan kakitangan kerajaan yang memproses permohonan-permohonan dari sektor swasta untuk ditempatkan dan didedahkan ke syarikat-syarikat.
Sepanjang kaola berkicimpung selama 16 tahun dalam bidang perniagaan, kaola telah banyak menempuhi cabaran-cabaran demi membangunkan perniagaan agar akan sentiasa berterusan dan mampu.
Sebelum itu, kaola bertugas dengan sektor awam dan pada masa itu memang tidak terfikir akan asam garam perniagaan sehinggalah kaola mengalaminya sendiri.
Bagi segelintir rakan-rakan kaola Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah bersara dan juga rakan-rakan di luar sana yang bersara dan masuk ke sektor swasta atau memulakan perniagaan sendiri, mereka juga merasa apa yang kaola rasa lebih 10 tahun yang lalu dan sehingga kini. Apa 'nya' orang, sudah bersara dan masuk sektor swasta atau berniaga 'barutah' tahu liku-liku yang dihadapi.
Salah satu cabaran yang kaola maksudkan ialah apabila pihak-pihak swasta berurusan atau membuat permohonan dengan pegawai atau kakitangan kerajaan yang tidak pernah mengalami cabaran-cabaran berniaga dan bekerja di sektor swasta.
Dari pengalaman inilah, kaola ingin mengusulkan satu cadangan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengadakan satu program latihan dan pendedahan (training and exposure) ke sektor swasta khusus bagi pegawai atau kakitangan yang menerima dan memproses permohonan daripada pihak sektor swasta.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan mereka ke alam pekerjaan di sektor swasta atau berganding dengan peniaga tempatan dan membantu mereka untuk membuat permohonan ke pihak kerajaan dan mengalami operasi berniaga.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Salam sejahtera dan salam Ramadan mubarak kepada semua. Kaola teruskan soalan kaola, ada 2. Tajuk SA08A hingga SA16A – Jabatan Perdana Menteri.
Tajuk SA10A - Jabatan Perkhidmatan Awam, kod 001-00. Terlebih dahulu, kaola mohon maaf kalau kaola silap dalam beberapa isu yang akan kaola bangkitkan di sini sebab kaola tidak pernah bekerja dalam Perkhidmatan Awam.
Jadi, kaola kurang pasti akan tugas-tugas dan peranan sebahagian besar jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lebih-lebih lagi jabatan-jabatan yang kaola tidak ada kesempatan pendekatan semasa bekerja dahulu.
Kalau difahamkan dari deskripsi JPA ialah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mempunyai fungsi utama meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan sumber manusia, menempatkan mereka di agensi-agensi kerajaan bagi menjana produktiviti prestasi dan memenuhi ke hendak pihak-pihak berkepentingan (stakeholder). Bagi kaola, stakeholder itu ialah lantikan orang awam rakyat Negara Brunei Darussalam.
Memandangkan lebih kurang 60 ribu civil servant dan 80% daripada jumlah perbelanjaan tahunan, kalau kira bajet tahunan kita tahun ini $6.1 bilion tolak $1.03 bilion perbelanjaan khas dan baki $5 bilion, dan 80% daripada $5 bilion perbelanjaan tahunan ialah lebih kurang $4 bilion adalah merupakan gaji pekerja awam.
Justeru, keberkesanan atau effectiveness dan ketulusan pegawai kerja awam membuat khidmat bakti dan layanan ketika menjalankan tugas urusan harian kepada orang awam perlulah dibuat pemantauan.
Soalan kaola tadi, bertanyakan mengenai perkongsian indicator activity pekerja awam setakat ini, barangkali akan dijawab apabila IPA akan mengadakan Effectiveness Review in Civil Service pada bulan November ini. Jadi, kaola akan tunggu apakah indicator produktiviti pekerja awam setakat ini dibandingkan dengan pekerja-pekerja awam di agensi ASEAN Government yang lainnya.
Jadi, kaola teruskan kepada soalan kaola kedua iaitu mohon pencerahan jika ada usaha dan pelan tindakan untuk membantu agensi-agensi kerajaan dengan menjalankan tugas dengan menyediakan tool alat proses penilaian atau assessment tool yang objektif yang boleh diguna pakai oleh jabatan-jabatan untuk menilai produktiviti dan juga mengimbangkan work load di setiap jabatan, unit atau individu.
Ini memandangkan ada keluhan-keluhan yang sering didengar, ada sesetengah penjawat awam yang overloaded dengan kerja tambahan hingga kerja rutin mereka terjejas kerana terlalu sibuk sehingga tidak dapat mengambil cuti tahunan sehingga cuti tahunan mereka telah hangus, hilang.
Tetapi, ada juga sebilangan penjawat-penjawat awam dalam jabatan yang sama relaks hingga ada masa untuk membuat urusan peribadi seperti mengambil anak, menghantar anak ke sekolah dalam waktu bertugas. Kaola mengambil maklum inisiatif IPA dan akan menunggu keputusan di bulan November dengan apa-apa tool yang dapat disebat luaskan atau digunakan sebagai menanai produktiviti-produktiviti di jabatan-jabatan agensi kerajaan.
Soalan kaola yang kedua, Yang Berhormat Pengerusi. SA14A - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kod 002/001 yang fungsi utama membelak dan memastikan perkhidmatan awam mempunyai pegawai dan kakitangan yang cekap, berkesan dan pertimbangan yang saksama.
Kaola merujuk KPI jabatan memperlihatkan jumlah sasaran lantikan seramai 1,000 pekerja setahun walhal kaola difahamkan ada dalam 4,000 kekosongan dan ada dalam 1,000 ke 2,000 pekerja bersara setiap tahun. Isu pertama ialah sasaran mengisi kekosongan yang rendah. Kalau setakat target mengisi 1,000 kekosongan setahun ini bermakna banyak kekosongan dalam pekerjaan tidak akan dipenuhi dan akan meningkat tahun demi tahun.
Mohon pencerahan jika, apakah memang strategi sentiasa mempunyai kekosongan dalam pekerjaan dan kalau bukan strategi, apakah pelan untuk lebih agresif dalam mengisi kekosongan ini?
Berkaitan dengan ini, kaola juga mohon pencerahan berkaitan dengan pencapaian sebenar pada tahun 2022 - 2023 di mana hanya mencapai sasaran 6% pada tahun itu. Mungkin sudah ada penilai yang diketahui sebab musabab sasaran tidak tercapai dan apakah improvement plans yang telah diserapkan untuk lebih agresif mencapai target selanjutnya?
Isu-isu yang berkaitan mungkin telah dijawab tentang dengan pekerjaan dalam agensi-agensi kerajaan yang dipegang atau diisikan berstatus memangku yang berpanjangan melebihi 6 bulan. Berapa banyakkah pekerjaan-pekerjaan yang masih dipegang oleh sebagai berstatus pemangku melebihi 6 bulan?
Cadangan kaola ialah mencadangkan agar SPA selain review anggaran sasaran lantikan baru dari 1,000 setahun ke satu angka yang lebih berpatutan, mengambil kira banyak graduan baru yang berkelulusan tinggi yang masih menunggu peluang bekerja dengan agensi kerajaan. Juga membuat penilaian untuk menambah KPI baru, iaitu percentage kerja kosong dan jawatan kosong diisikan dalam tempoh 6 bulan.
Memandangkan SPA juga mempunyai data peribadi setiap penjawat awam dalam pekerjaan, pihak SPA boleh tahu mana-mana pegawai yang akan bersara dalam tempoh 5 tahun akan datang dan seharusnya sudah boleh membuat penilaian dan penelitian awal memaklumkan kementerian-kementerian untuk mengambil kira usaha untuk mengisi ke jawatan-jawatan tersebut dan mentrigger succession planning di dalam kementerian dan tidak menunggu last minute untuk mencari kekosongan.
Sebelum menutup, kaola suarakan keluhan sebahagian rakyat penjawat awam. Mohon Yang Berhormat Menteri dapat memberikan kata-kata nasihat atau motivasi atau keterangan kepada penjawat awam yang selalu membuat keluhan begini, "Anitah setakat yang dapat kami buat. Kan membuat lebih pun inda jua kana 'kanang'.
Orang lain jua yang naik pangkat. Kami tahan-tahan jua inda naik gaji." Mungkin sebahagian kecil yang bercakap demikian tetapi suara bisdorang amat lantang dan popular. Mohon Yang Berhormat Menteri, apa mesej yang ingin kita sampaikan kepada warga-warga awam umumnya.
Sekian terima kasih, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola menyambut baik dan merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas mukadimah yang cukup baik dan padat dengan informasi serta hala tuju pihak kerajaan ke arah mengurus perbelanjaan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Kaola sukacita menyuarakan berkenaan penjawat awam. Pemberian elaun perjalanan yang sedia ada hanya diberikan mengikut jarak dari rumah ke tempat bertugas, iaitu perjalanan sehala dan bukannya perjalanan pergi dan balik. Kaola memohon agar perkara ini dapat diteliti dan dipertimbangkan dalam kadar elaun yang bersesuaian. Sementara itu, pemberian elaun perumahan bagi setengah penjawat awam dalam Bahagian V hanya memperolehi sebanyak $30 sebulan.
Kaola sukacita mencadangkan agar skim elaun rumah ini dapat dikaji semula dengan pemberian elaun rumah jika tinggal di rumah sendiri sebagai inisiatif bagi menggalakkan penjawat awam atau kakitangan kerajaan untuk tinggal di rumah sendiri dan bukan di rumah atau barek yang disewa oleh pihak kerajaan sebagai usaha ke arah mengurangkan perbelanjaan kerajaan di dalam pengurusan, pemeliharaan dan sebagainya. Dalam masa yang sama elaun berkenaan sedikit sebagai dapat menampung perbelanjaan kepada yang berpendapatan rendah.
Berkenaan dengan cuti menjelang persaraan dalam kalangan penjawat awam, baki cuti tahunan warga perkhidmatan awam termasuk badan beruniform menjelang persaraan sepanjang perkhidmatan. Seperti lazimnya baki hak cuti tahunan akan hangus atau luput walaupun ianya atas sebab-sebab aturan tugasan sehingga tidak berpeluang mengambil cuti-cuti berkenaan.
Oleh yang demikian, kaola mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan dapat meneliti perkara ini dengan memberi pertimbangan untuk pemberian insentif yang bersesuaian bagi menggantikan cuti-cuti yang hangus sebagai motivasi kepada warga perkhidmatan awam semasa menjalankan tugas yang tidak berpeluang ataupun berkesempatan untuk menghabiskan cuti tahunan.
Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenainya.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
السلام عليكم ورحمة الله وبركته بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وأوله الله تعالى بشهر شعبان المعظم وقلنا نحن أمة محمد صلى الله عليه وسلم أمة مغفورة إن شاء الله.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II yang cukup jelas tentang tindakan, perancangan dan hala tuju Jabatan Perdana Menteri pada Khamis lepas.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh mengenai Tajuk SA08A - Radio Televisyen Brunei. Terdapat penyiar-penyiar radio dan televisyen yang sudah tidak berkhidmat dengan Radio Televisyen Brunei yang masih lagi berminat untuk menyumbangkan tenaga mereka seperti menerbitkan rancangan-rancangan TV, drama, dokumentari, Rampai Pagi, ingin menjadi penyampai TV, pengulas acara kenegaraan, sukan dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan juga, anak-anak muda sekarang ini mempunyai banyak idea-idea di mana mereka menerbitkan di platform media-media sosial. Alangkah moleknya jika mereka ini berganding idea bersama orang lama yang mungkin dapat mewarnai pelbagai rancangan untuk RTB.
Di samping itu juga, mereka dapat mempelajari tentang tatasusila penyiaran, teknik penerbitan, penulisan skrip, pengarahan, teknik penggambaran, penyambungan audio dan banyak lagi dengan memberikan mereka peluang mengikuti kursus dan bengkel yang boleh dimanfaatkan di pusat perkembangan RTB.
Kaola ingin mencadangkan agar mereka ini diberi peluang oleh pihak RTB tanpa mengira umur untuk mereka dapat menyumbang bahan-bahan karya tempatan yang boleh diketengahkan demi untuk mewarnai pelbagai rancangan untuk RTB. Dengan cara ini juga, ia memberikan peluang kepada para penggiat seni tanah air untuk berkarya di bidang lakonan, seni suara dan lain-lain.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
والله الموفق والمعين والسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهُ.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahahan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai beberapa soalan yang telah diutarakan oleh beberapa orang Yang Berhormat tadi. Kali Yang Berhormat Pengerusi, kaola punya kefahaman oleh soalan daripada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir tidak perlu dijawab tadi dengan kenyataan Yang Berhormat Pengerusi.
Manakala soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin juga banyak isu-isu perumahan dan juga kemudahan diberikan kepada penjawat dengan perumahan ini. Barangkali isu ini teratur rakan kaola Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberi responsnya.
Manakala bagi soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, kaola memohon menangguhkan dalam menjawab soalan pada masa ini bagi mendapatkan keterangan dan data yang lebih jelas. Begitu juga pada soalan daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, kaola akan menjawab nanti setelah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II merespon pada soalan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa mengenai dengan soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pertama sekali mengenai dengan rumah pangsa yang kosong ataupun belum disewa.
Pada masa ni, kaola belum terdapat sebenarnya jumlah rumah pangsa atau flat-flat yang kosong pada masa ini. إِنَّ شَاءَ اللهُ Perkara ini boleh kaola sudah terdapat jumlahnya, akan koala menjawab secara bertulis.
Seterusnya koala ambil kesempatan untuk menjawab soalan-soalan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, terutama sekali mengenai soalan dari segi bajet gaji dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
'Kitani' menyediakan emolument pada tahun akan datang atau seperti juga tahun-tahun sebelum ini tidak sampai 4 bilion sepertimana yang dinyatakan tadi oleh Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Kalau 'kitani' lihat pada tahun 2024/2025 sepertimana yang dalam kertas pembentangan koala beberapa hari yang lalu, emolument jumlahnya 2.29 bilion. Itu sahaja yang kan diluruskan.
Satu mengenai dengan pengambilan pekerja di sektor awam. Jadi kalau 'kitani' lihat sejarah beberapa tahun kebelakangan ini, pengambilan setiap tahun lebih kurang seribu atau seribu lebih.
Jadi mengambil kira kekosongan itu melebihi seribu, jadi memang akan mengambil masa untuk mengisikan semua kekosongan. Pada masa ini, ada satu kaedah baru, mulai 1 April, yang mana pegawai bahagian 2 ke atas, pengambilan itu boleh ditadbirkan oleh setiap kementerian masing-masing, tidak perlu melalui proses SPA dan sebagainya.
Ini mungkin akan mencepatkan proses pengambilan pegawai bahagian 2 ke atas. Jadi bagi SPA bolehlah 'bisdorang' memfokus kepada jawatan ke bawah yang rendah sepenuh masa.
Jadi mudah-mudahan dengan kaedah yang mulai 1 April ini akan mempercepatkan lagi pengambilan-pengambilan pegawai ataupun kakitangan kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola cuba merespon soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, iaitu pertama mengenai pemberian elaun perjalanan rumah ke pejabat dan pemberian elaun perumahan dan juga keadaan cuti menjelang persaraan bagi penjawat awam.
Pertama-tama kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman di atas soalan-soalan yang diajukan. Menyentuh mengenai dengan elaun perjalanan dari rumah ke pejabat yang mana dikawal oleh Surat Kelliling JPM bilangan 18/1998, elaun perjalanan dari rumah ke pejabat adalah dibayar mengikut kadar-kadar yang tertentu yang mana jarak rumah ke pejabat adalah dikira sebagai satu hala sahaja.
Jabatan Perdana Menteri menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat bagi meneliti semula dari aspek jarak jauh dan juga kadar elaun yang berkenaan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan satu kumpulan petugas iaitu kumpulan petugas meneliti Surat-Surat Keliling Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab dalam meneliti semua Surat-Surat Keliling yang berhubung dengan service regulation (British Residence Office, BRO), Setiausaha Kerajaan (SUK), Perjawatan dan Perbendaharaan yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 1984 dan menilai sama ada peraturan tersebut masih perlu diadakan atau sebaliknya. Jika perlu terus diadakan, untuk mencadangkan Surat Keliling baharu mengenainya. Berkaitan isu perumahan yang ditimbulkan, peramba/kaola/saya berpendapat ia perlu ditangani secara whole of nation untuk memastikan keberkesanan yang berbentuk jangka panjang dan menyeluruh serta meliputi setiap individu dan bukannya di kalangan penjawat awam sahaja.
Mengenai pemberian elaun perumahan bagi sesetengah penjawat awam yang bergaji dalam bahagian V, sukacita terlebih dahulu diperjelaskan bahawa penjawat awam tidak diberikan sebarang elaun perumahan. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat berkemungkinan adalah kadar bayaran sewa rumah yang dipotong pada setiap bulan jika sekiranya memilih untuk tinggal di rumah sewa kerajaan atau flat milik kerajaan.
Pada masa ini, syarat kelayakkan mendiami perumahan sewa kerajaan adalah bagi pegawai dan kakitangan dalam bahagian I hingga bahagian IV sahaja. Walaupun bagaimanapun, sesetengah Jabatan khususnya agensi-angesi penguatkuasaan ada juga memperuntukkan kemudahan perumahan berbentuk institutional quarters kepada kakitangan masing-masing dalam bahagian V.
Pada masa ini, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam sedang dalam perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) ke arah penyediaan kertas kerja yang komprehensif mengenai cadangan langkah ke hadapan bagi penelitian semula ke atas dasar perumahan sewa kerajaan, yang mana hasil-hasil penelitian mengenainya sudah setentunya akan dibincangkan lagi secara lebih mendalam di mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan nanti sebelum ia dikuatkuasakan.
Apa yang penting dan perlu dilihat adalah apa juga cadangan pengemaskinian dan penambahbaikan dasar kemudahan perumahan kerajaan itu, perlulah bersifat berdayatahan (sustainable) serta dapat mencapai objektif sebenar khususnya dalam menggalakkan warga perkhidmatan awam untuk memiliki kemudahan rumah sendiri dari awal perkhidmatan sebagai langkah jangka masa panjang.
Dalam pada itu, mengambilkira bahawa isu perumahan ini adalah merupakan salah satu kepentingan utama setiap pihak di negara ini, peramba/kaola/saya mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, memohon pandangan dan idea-idea bernas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang boleh dijadikan sandaran di pihak agensi-agensi kerajaan untuk menggubal dasar yang efektif bagi menangani isu ini bersama.
Yang ketiga mengenai dengan baki hak cuti tahunan yang hangus atau luput, sukacita merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 5/2010 mengenai Peraturan Cuti Tahunan (Pindaan), warga perkhidmatan awam adalah diberikan faedah-faedah perkhidmatan cuti tahunan bergaji penuh mengikut bahagian dan umur.
Dalam tempoh pengambilan kelayakan cuti tersebut, gaji pegawai dan kakitangan adalah dibayar penuh.
Dalam surat keliling yang sama adalah juga digariskan kadar maksima baki cuti yang terkumpul pada bila-bila masa bagi semua pegawai dalam bahagian I hingga V adalah sebanyak 108 hari.
Oleh itu, baki cuti melebihi 108 hari yang tidak diambil akan hilang atau luput. Selari dengan dasar baki cuti ini, pegawai dan kakitangan terutama sekali yang akan bersara adalah disarankan untuk membuat perancangan cuti terlebih awal untuk memastikan semua baki kelayakan cuti dapat diambil sebelum tarikh bersara.
Ketua-ketua jabatan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan warga perkhidmatan awam diberikan peluang untuk mengambil cuti tahunan. Ini adalah juga selari dengan dasar cuti tahunan pada masa ini, di mana pegawai-pegawai dalam Bahagian I, II dan III adalah dimestikan mengambil Cuti Mandatori selama 14 hari bagi setiap 12 bulan kalendar yang boleh diambil pada bila-bila masa secara berterusan di sepanjang tempoh 12 bulan kelayakan.
Dengan adanya kaedah pengambilan Cuti Mandatori tersebut dapat membantu perancangan dan penggunaan baki kelayakan cuti pegawai dan kakitangan dengan lebih teratur.
Pada masa yang sama juga terdapat juga kemudahan di mana pegawai-pegawai kerajaan di Bahagian I yang belum sempat menghabiskan cuti sebelum bersara dan dikehendaki berkhidmat semula dengan Kerajaan, baki cuti yang belum digunakan akan diganti dengan bayaran wang.
Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat untuk memberikan insentif yang bersesuaian bagi menggantikan cuti-cuti yang hangus, perkara ini akan diteliti lagi kesesuaiannya memandangkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira seperti impaknya kepada peruntukan kerajaan dan juga kawalan penggantian yang mampan supaya nanti ia tidak akan mengakibatkan sebarang potensi ia disalahgunakan.
Sekian sahaja penjelasan daripada soalan-soalan tersebut Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, kaola baru terdapat maklumat mengenai dengan kekosongan rumah/flat di kerajaan.
Pada masa ini ada terdapat 282-unit bagi flat milik kerajaan, dari 282, 151 dalam ber'repair' pada masa ini sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Seterusnya, mungkin tadi ada kaola salah sampaikan tadi, mulai 1 April 2024 Bahagian II dan ke bawah boleh di'handle' oleh kementerian masing-masing. Jadi yang mana yang di atas masih lagi melalui proses SPA. Jadi mudah-mudahan dengan kaedah seperti yang kaola sampaikan tadi akan mencepatkan 'recruitment' bagi jawatan-jawatan yang rendah juga. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan II dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas jawapan-jawapan yang diberikan berhubungan dengan soalan-soalan yang telahpun dikemukakan berhubung dengan tajuk-tajuk daripada Tajuk SA08A hingga Tajuk SA16A yang mana telahpun dijawab dengan panjang lebar.
Sekarang kita akan beralih pula membincangkan tajuk-tajuk yang juga di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Tajuk SA18A - Tajuk SA27A yang sekarang akan saya buka untuk dibahaskan. Bersama saya di sini terdapat senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membincangkan ataupun bertanya mengenai dengan tajuk-tajuk yang berkenaan ini.
Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera.
Koala mengambil maklum mengenai perancangan dan perlaksanaan yang telah diterangkan Yang Berhormat Menteri berkaitan rancangan kecemasan (contingency plan) yang disediakan bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik dalam memastikan sumber tenaga ini sentiasa terjamin dan tidak terjejas dalam sebarang keadaan.
Koala dengan ringkas cuma ingin menambah mengenai penyampaian maklumat kepada orang awam yang amatlah kritikal dalam situasi begini. Seperti banyak pihak kerajaan semasa situasi pandemik pada tahun-tahun yang lalu telah berjaya menyampaikan maklumat dengan jelas, berkesan dan up-to-date kepada masyarakat.
Ini adalah satu contoh yang baik terutamanya untuk negara kita yang kecil dan masyarakat yang cenderung untuk merasakan bimbang. Sekadar memberikan jangkaan masa tidaklah mencukupi untuk menenangkan rasa kebimbangan masyarakat.
Kita perlu memastikan bahawa maklumat disampaikan secara tepat, pada masa yang sesuai dan diterangkan dengan jelas kepada semua pihak. Sebagai contoh, memberikan status sama ada percentage of accomplishment pembaikan pada setiap masa setiap jam sehingga pembaikpulih selesai dibuat. Ini sekaligus dapat mengelakkan daripada spekulasi-spekulasi orang awam mengenai apa yang terjadi dan 'meragapkan' lagi kepercayaan pihak awam bahawa kerajaan sedaya upayanya melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada masa tersebut. Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Seterusnya soalan koala, koala sukacita menyentuh berkenaan dengan meter prabayar elektrik.
Sepertimana yang kita ketahui, meter prabayar elektrik telah mula dikuatkuasa digunakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2001 yang dikenali sebagai sistem meter elektrik prepayment. Antara tujuan pembaharuan ini diperkenalkan adalah untuk menetapkan pentadbiran kutipan hasil Jabatan Perkhidmatan Eletrik.
Memang tidak dapat dinafikan perubahan ini telahpun mendapat respons yang pelbagai di kalangan pengguna, namun pada itu sistem meter ini telahpun melalui proses pembaikan dan pertukaran set meter beberapa kali dan yang terkini Unified Smart Metering System (USMS) yang bermula pada bulan Mei 2023.
Dalam pada itu, masih terdapat beberapa aduan dan keluhan orang ramai berkenaan dengan perbezaan ketara kenaikan perbelanjaan kos perbandingan dengan sistem bil yang digunakan terdahulu. Walaupun ia sudah lama berlalu tetapi masih menjadi perbualan sehingga kini. Ini terkait dengan kos perbelanjaan isi rumah yang meningkat dari masa ke masa.
Sehubungan dengan ini, kaola sukacita mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan membuat kaji selidik berdasarkan rungutan dan aduan pengguna mengenainya dan hasil daripada kajian kaji selidik ini dapat diperincikan kepada pengguna bagi mengelakkan keraguan yang berterusan.
Sejujur kaola ingin tahu berapa buah syarikat yang dilantik untuk membekalkan dan memasang meter-meter berkenaan? Apakah ada usaha dan inisiatif pihak-pihak berkenaan untuk menyediakan meter-meter yang bersubsidi dari segi tarif, harga bacaan meter untuk golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terlebih dahulu diucapkan tahniah di atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan segala perkembangan dan inisiatif Jabatan Perdana Menteri dalam sama-sama menjayakan pembangunan dan matlamat Negara Brunei Darussalam ke arah kecemerlangan serta menjaga keluhuran perlembagaan dan undang-undang negara.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola ingin membangkitkan beberapa soalan mengenai keselamatan siber.
Kaola mengambil baik Jabatan Peguam Negara (AGC) Pihak Berkuasa Industri Teknologi InfoKomunikasi (AiTi) dan agensi lain berkaitan atas perangkaan draf Perintah Perlindungan Data Peribadi dan timely enactment of Perintah Keselamatan Siber dalam mengiktiraf kepentingan privacy data sebagai perlindungan ancaman dunia siber.
Memandangkan berlakunya peningkatan bagi isu penipuan (scam global) seperti yang telah dilaporkan oleh Global Anti-Scam Alliance and Scam Adviser iaitu daripada USD$55.3 billion pada 2021 kepada anggaran USD$1.02 trillion antara Ogos 2022 dan Ogos 2023, keperluan dalam tindakan segera untuk meneliti dan mengusulkan strategi jenayah siber yang mantap adalah signifikan dan perlu diambil berat.
Ini diperkukuhkan lagi dengan laporan TFA Geeks yang mendedahkan jumlah kerugian Asia Tenggara sebanyak USD260 juta akibat digital fraud pada tahun 2019 yang terdiri daripada kecurian identiti menyumbang kepada 71%, aktiviti phishing sebanyak 66% dan penipuan akaun sebanyak 63%.
Di Negara Brunei Darussalam, pada tahun 2023 sahaja 1,137 kes telah direkodkan dan 75% daripadanya adalah penipuan dalam talian dan jumlah ini mungkin sahaja lebih tinggi daripada angka yang ditunjukkan kerana pembarigaan kes yang kurang dilaporkan.
Bagi menangani isu penipuan dalam talian yang semakin meningkat di Asia Tenggara, kaola mencadangkan supaya ditubuhkan National Anti-Scam Center dengan kerjasama Scam Task Force dan Keselamatan Siber Brunei untuk memperkemas dan menyelaras proses birokrasi dengan lebih cekap serta mengatasi rintangan undang-undang sekaligus meningkatkan koordinasi antara agensi. Pusat perhubungan yang diselaraskan akan dapat mengurangkan kekeliruan mangsa dan memusatkan kempen kesedaran serta meningkatkan keberkesanan dan pemantauan mereka.
Walau bagaimanapun, soalan kaola, memandangkan terdapat stigma yang menghalang mangsa penipuan dari membuat laporan sehingga terdapat individu yang menarik diri untuk tidak meneruskan kes dan laporan tersebut kerana mereka merasa kurang keyakinan terhadap pihak berkuasa, bagaimanakah pihak kementerian menggalakkan mereka untuk tampil membuat laporan serta memastikan pengumpulan bukti dan pemahaman yang cekap mengenai kes-kes kompleks ini.
Soalan terakhir, pada bulan lepas kaola sedia maklum bahawa media tempatan termasuk akhbar rasmi mingguan kerajaan telah mendedahkan butiran dan maklumat terhadap pengesanan orang hilang, termasuk nombor kad pengenalan dan hal ini amat berisiko terhadap identiti individu tersebut.
Persoalannya, bagaimanakah pihak kementerian mengimbangi panduan dari orang ramai dan mencari orang hilang dengan mengawal keselamatan privacy dan identiti mereka? Di samping itu, apakah rancangan dan inisiatif untuk melindungi privacy individu yang sudah dikenal pasti dengan mengambil kira potensi jangka masa panjang bagi kesan maklumat peribadi yang dikongsikan secara meluas.
Menilai mengenai kelemahan yang ada dalam ekonomi digital, kaola ingin mengusulkan supaya pihak kementerian mengeluarkan garis panduan laporan orang hilang dan code ethics untuk kegunaan media seperti pihak kewartawanan di Negara Brunei Darussalam dengan menekankan pengendalian maklumat sulit dan peribadi secara teliti kepada semua pihak berkaitan. Pengenal pastian seperti gambar, video, pakaian atau lokasi terakhir yang diketahui dan ciri-ciri fizikal seseorang adalah penting untuk mengesan individu yang hilang.
Walau bagaimanapun, sebarang maklumat peribadi yang tidak berkaitan untuk mengesanmya tidak seharusnya didedahkan. Langkah ini amat penting untuk melindungi maklumat peribadi dan keselamatan individu serta mencegah daripada berlakunya penyalahgunaan data mangsa terbabit. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Seterusnya, kaola merujuk kepada perkhidmatan di Pejabat Peguam Negara yang menetapkan beberapa objektif antaranya untuk memastikan penggubalan undang-undang dijalankan dengan berkualiti dan semakan undang-undang di Negara Brunei Darussalam sentiasa terkini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah mendedahkan kanak-kanak di seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam kepada jenayah eksploitasi seksual secara dalam talian.
Antara aktiviti perlakuan jenayah ini termasuklah perbuatan-perbuatan peras ugut dan paksaan melalui dalam talian, melalui media-media sosial supaya kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti mengongsikan imej-imej yang tidak bermoral kepada pelaku jenayah ataupun sebaliknya.
Sepanjang 3 tahun kebelakangan, data menunjukkan 60 kes eksploitasi seksual kanak-kanak melalui platform media sosial yang utama seperti Instagram, WhatsApp, Tiktok dan Facebook telah dilaporkan di negara ini.
Meskipun jumlah ini agak kecil pada pandangan 'kitani' iaitu cuma 0.07% dari jumlah keseluruhan lebih 90 ribu kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah mengikut statistik Jabatan Perancangan dan Ekonomi bagi tahun 2021, namun bagi negara kecil yang aman Makmur ini, jumlah ini seharusnya menjadi kebimbangan semua pihak kerana trend jenayah ini menunjukkan peningkatan yang pantas.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengambil iktibar usaha yang dilakukan di negara jiran dalam usaha untuk membenteras jenayah dalam talian yang melibatkan kanak-kanak ini, kaola mendapat maklum pada tahun 2023 sahaja beberapa pindaan akta pelindungan kanak-kanak yang sedia ada di negara berkenaan telah diluluskan.
Antaranya memperluaskan lagi takrifan dan interpretasi jenayah berkenaan mengambil kira trend jenayah yang semakin canggih, seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat serta memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah jenayah ini. Oleh itu, dalam usaha untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada kanak-kanak seterusnya membenteras jenayah ini kepada golongan-golongan terbabit, kaola sukacita mencadangkan agar pihak Jabatan Peguam Negara bersama agensi-agensi yang berkepentingan untuk meneliti semula peruntukan undang-undang berkaitan jenayah seksual kanak-kanak yang sedia ada dan merangka pindaan-pindaan selaras dengan trend jenayah dalam talian ini.
Khususnya kes-kes yang berkaitan dengan sextortion kanak-kanak yang semakin berleluasa. Jenayah ini hendaklah dianggap sebagai satu jenayah yang tersendiri dan dengan peruntukan hukuman penalti yang setimpal. Pindaan akta-akta ini akan menjadi salah satu langkah kukuh pihak kerajaan dalam usaha membenteras apa jua bentuk jenayah yang melibatkan kanak-kanak di negara ini.
Cadangan kedua ialah untuk program pendidikan dan pengetahuan am melalui rancangan-rancangan televisyen dan radio serta media-media elektronik dan cetak dan media-media social juga perlu diperkukuh untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak sendiri dan ibubapa serta penjaga tentang definisi bahaya jenayah yang semakin berleluasa ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menghargai usaha pihak-pihak berwajib yang menangani jenayah ini. Oleh itu, kaola berharap supaya kapasiti sumber tenaga manusia termasuk kemahiran-kemahiran profesional dan pembekalan sistem dan aplikasii berteknologi tinggi dipertingkatkan mengikut keperluan dan trend semasa.
Akhir kalam, kaola mengambil kesempatan ini menyeru orang ramai terutamanya kanak-kanak dan ibubapa serta penjaga untuk melaporkan sebarang kes-kes berkaitan jenayah seksual ini. Bersama-sama kita melindungi kanak-kanak di negara ini dengan meningkatkan kesedaran awam dan membenteras jenayah yang membimbangkan ini.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Yang Berhormat Pengerusi
Dan saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. السلام عليكم ورحمة الله وبركة.
Kaola ingin menyentuh mengenai dengan CSPS - Centre for Strategic and Policy Studies, iaitu Pusat Kajian Strategik dan Dasar Negara. Apa yang kaola faham terdahulu dan juga hingga sekarang, pusat ini ditubuhkan adalah sebagai premier think tank negara untuk membuat penyelidikan sosial dan memberi nasihat mengenai dengan pembangunan nasional di negara ini. Kaola tertarik dengan hasil penyelidikan yang telah dibuat mengenai dengan ekonomi negara dan berbagai lagi mengikut keperluan kementerian atau organisasi yang memerlukan khidmat pakar pusat ini.
Soalan kaola, adakah dalam pemikiran pihak kerajaan untuk menyusun kembali dan memperkukuhkan lagi hala tuju dan fungsi pusat ini? Bolehkah ia difikirkan sebagai pusat yang sentiasa membimbing dan berganding rapat dengan kementerian atau jabatan kerajaan yang sedang dalam proses penggubalan dasar atau mana-mana perubahan terutama sekali bagi kementerian atau jabatan yang tidak mempunyai pakar dalam bidang penyelidikan pembuatan dasar.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bijaksana. Izinkan kaola menimbulkan beberapa isu undang-undang yang mempunyai kesan langsung kepada iklim perniagaan di negara 'kitani'. Adalah tidak dapat disangkal institusi kehakiman adalah satu-satunya institusi yang terpenting di negara ini.
Pihak-pihak termasuk orang awam berpaut kepada institusi ini sebagai tonggak dan puncak mendapatkan keadilan, kewibawaan, kesaksamaan dan kredibiliti institusi ini mestilah berada di tahap tanpa cela dan tohmahan.
Beberapa tahun yang lalu, negara dikejutkan dengan kes penggelapan wang dalaman dalam Institut Kehakiman Negara. Sebagai salah seorang yang pernah menggubal undang-undang, kaola berpendapat salah satu sebab peristiwa gelap atau kelemahan adalah tidak terdapat saluran untuk membuat teguran atau aduan terhadap hakim-hakim.
Saluran bagi mempertengahkan aduan kepada pegawai-pegawai kerajaan lain adalah kurang sesuai kerana ini seolah-olah memberi kuasa kepada cabang eksekutif untuk menyiasat cabang judiciary. Hakim-hakim tidak lari dari membuat kesilapan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Dengan kelemahan yang sedia ada, kaola percaya masih ada isu-isu yang tidak diingini berlaku dalam sistem kehakiman bukan sahaja melibatkan individu tetapi berkemungkinan dari kalangan syarikat swasta yang bukan syarikat guaman yang telah menjalankan amalan sebagai peguam Syarie.
Cadangan kaola, untuk diperkenalkan satu sistem yang membolehkan aduan atau teguran dibuat di luar institusi kehakiman perlu diadakan. Aduan yang diterima perlu ditangani dengan cepat. Satu siasatan bebas perlu diadakan.
Isu seterusnya ialah Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Dengan adanya Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, pilihan diberikan yang mana beberapa jenayah boleh didengar di Mahkamah Syariah di bawah kanun ini atau di Mahkamah Sivil di bawah kanun hukuman jenayah Penggal 22 penal code. Hukuman-hukuman di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sangat berbeza.
Misalnya bagi jenayah mencuri di bawah Bab 379 penal code adalah penjara maksima 3 tahun dan denda. Manakala, jenayah mencuri yang sama, jika dituduh di bawah Bab 55 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, akan dihukum bagi kesalahan pertama dengan memotong sendi pergelangan tangan kanannya jika sabit syarat hudud atau 10 tahun dan denda $40 ribu jika dibuktikan dengan keterangan selain dari keterangan hudud.
Kebanyakan jenayah-jenayah di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 boleh dikenakan sama ada yang dituduh itu menganut agama Islam atau tidak, dan sama ada yang dituduh rakyat, penduduk tetap Negara Brunei Darussalam atau warga asing yang berada di Brunei.
Kaola tidak mempertikaikan perbezaan hukuman-hukuman, apa yang kaola ingin mempertengahkan adalah terdapat sistem yang kurang atau tidak telus atau transparent yang menentukan di mahkamah di mana seseorang itu akan dituduh, siapa dan kriteria apa yang diguna pakai bagi menentukan sama ada seseorang itu dihadapkan ke Mahkamah Sivil atau pun Syariah bagi perbuatan yang sama. Perkara dan prosedur penentuan tidak ditulis di mana-mana undang-undang mahu pun peraturan yang dibuat di bawah undang-undang. Ini telah dan akan terus menimbulkan rasa tidak puas hati, kenapa seorang dihadapkan di mahkamah berlainan yang membawa hukuman yang berbeza dan yang dituduh yang lain sedangkan kedua yang dituduh melakukan jenayah yang serupa.
Maka dengan ini, kaola ingin penjelasan tentang sistem yang ada sekarang dan ingin mencadangkan supaya sistem ini diperhalusi dengan menjadi lebih telus (transparent) dan mempunyai kriteria-kriteria yang terang bagi penentuan mahkamah seseorang itu akan dituduh.
Yang ketiga, Hakim Pelawat lantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah-Mahkamah Tinggi Sivil. Mahkamah Sivil pada masa ini menggunakan khidmat Hakim Pelawat (visiting judge) dari luar negara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, (Judicial Commissioner). Buat masa ini, Mahkamah Sivil menggunakan tiga Hakim Pelawat setiap tahun. Setiap seorang akan menaburkan khidmat di negara ini untuk beberapa bulan setiap tahun.
Hakim-Hakim Pelawat ini terdiri daripada hakim-hakim luar negara, sama ada yang telah bersara, mahu pun yang masih berkhidmat di negara mereka. Hakim-hakim ini dibayar dengan gaji yang sangat lumayan, lebih dari hakim-hakim tempatan.
Kita sudah sekian lama melantik Hakim-Hakim Pelawat dari kalangan hakim-hakim luar negara yang bersara sebagai Pesuruhjaya Undang-Undang Mahkamah Besar untuk menangani jumlah kes-kes yang tertunggak.
Kaola sama sekali tidak menafikan kewibawaan Hakim-Hakim Pelawat ini. Apa yang ingin kaola mempertengahkan adalah sama ada telah tiba masanya untuk mengurangkan pergantungan Mahkamah Sivil dengan khidmat Hakim Pelawat.
Negara Brunei Darussalam telah mencapai 40 tahun sejak pengisytiharan kemerdekaan dan terdapat hakim-hakim tempatan yang telah bersara juga pengamal undang-undang tempatan di pihak kerajaan dan sektor swasta yang sangat berpengalaman.
Ini akan meninggikan keupayaan negara dalam menangani kehakiman di negara 'kitani' dengan tidak perlu bergantung 100% dengan khidmat hakim-hakim luar negara dan juga supaya hakim-hakim tempatan dapat menimba pengalaman yang lebih luas.
Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. Hakim Mahkamah Tinggi adalah isu yang keempat. Lantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan Syariah, dipohonkan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk satu penjelasan mengenai dengan proses pemilihan dan lantikan hakim-hakim Mahkamah-Mahkamah tinggi Negara Brunei Darussalam.
Apakah ada rancangan atau ruang untuk pemilihan hakim-hakim di Mahkamah Tinggi akan diluaskan yang merangkumi pengamal-pengamal undang-undang di sektor swasta dan akademi sepertimana yang dibuat oleh negara-negara serantau dan dunia.
Dengan luasnya ruang pemilihan ini akan dapat memperbaiki kualiti dan wibawa jemaah hakim-hakim di Negara Brunei Darussalam melebihi dari apa yang sedia ada.
'Bisai' jua diterangkan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa kebanyakan pengamal-pengamal undang-undang tempatan yang bekerja di pihak swasta mempunyai komplikasi sama ada Sivil dan Syariah. Mereka yang berkelulusan Dual Practice ini boleh sahaja dilantik sebagai hakim sama ada sivil atau syariah. Mereka ini sangat arif dengan prosedur dan tatacara pembicaraan dan sistem mahkamah.
Pelantikan hakim-hakim dari pihak swasta seperti mana yang dilakukan di negara-negara lain akan memberikan persepsi yang sihat kepada orang ramai yang Kehakiman Negara adalah satu institusi yang bebas dan bermartabat tinggi.
Ini akan sekaligus meninggikan kepercayaan sektor perniagaan dan pelabur-pelabur perihal institusi yang mustahak ini. Tidak salah 'mangkali' lantikan-lantikan dipilih dari pengamal undang-undang dari kalangan orang 'kitani' yang bermal di sektor swasta dan akademi yang berkelayakan sama ada masih bermal atau pun sudah bersara.
Mereka ini tentunya akan membawa satu dimensi baru kepada Jemaah Hakim-Hakim Sivil dan Syariah kita kerana pengalaman mereka bermal undang-undang sekian lama dan kewibawaan mereka sebagai orang Brunei yang telah rajin berusaha di bidang mereka di luar kerajaan dan bercalak orang Brunei.
Isu yang kelima, Yang Berhormat Pengerusi ialah bantuan guaman. Pihak kerajaan memiliki skim bantuan guaman bagi mereka yang dituduh dengan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 membawa beberapa jenayah yang dihadapkan di Mahkamah Syariah yang juga boleh dihukum dengan hukuman mati.
Brunei mempunyai 2 sistem penghakiman bagi mewujudkan keadilan yang saksama bagi kedua sistem kehakiman. Kaola ingin mencadangkan supaya bantuan guaman juga diadakan bagi mereka yang dituduh di Mahkamah Syariah dengan tuduhan yang membawa hukuman mati.
Yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi ialah peguam tempatan. Isu pengeluaran peguam-peguam tempatan Negara Brunei Darussalam dengan pertumbuhan dan kemajuan negara dalam bidang akademik. Pengeluaran orang-orang 'kitani' yang berkelulusan undang-undang dari dalam dan luar negara juga sekian bertambah. Kebanyakan mereka ini layak untuk menjadi pengamal undang-undang tetapi sayangnya pertumbuhan dalam segi peluang pekerjaan dalam bidang ini seperti juga bidang lain tidak selari dengan pertumbuhan peluang pekerjaan dalam bidang ini.
Adakah pihak Jabatan Perdana Menteri dapat memberikan penjelasan mengenai usaha-usaha yang telah dan akan dibuat untuk menangani perkara ini? Kaola difahamkan ada. Dalam undang-undang Negara Brunei Darussalam, iaitu Akta Pengamal Undang-Undang ada dalam Bab 12 memperuntukkan bahawa jika ketua hakim berpendapat bahawa pengamal undang-undang di Negara Brunei Darussalam sudah mencukupi bagi komuniti, ketua hakim boleh membuat deklarasi sedemikian dan ini akan membuat satu ekosistem yang tidak ada orang selain dari rakyat Negara Brunei Darussalam dibenarkan menjadi peguam di negara ini.
Bagi kaola, haul kecukupan orang Brunei ini sudah sekian lama tercapai dan peruntukan undang-undang perlu diperbolehkan bagi maslahat orang 'kitani'. Jika peruntukan undang-undang tidak dijalankan pada waktunya yang sesuai, bila lagi masanya? Kaola tidak menyentuh bagi peguam-peguam luar yang diberikan secara ad hoc mengikut keperluan, tambah lagi deklarasi ini boleh sahaja di review pada bila-bila masa yang tertentu.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته dan meminta maaf kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana terlalu panjang dan lama.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan, saya kira kita telah mendengar beberapa soalan dan beberapa soalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin telah juga menyebut beberapa perkara yang berhubung dengan pelantikan hakim-hakim dan seumpamanya.
Ada terdapat beberapa peruntukan dalam Standing Order kita mengenai dengan perkara seperti ini. Jadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II nanti eloklah perkara itu dirujuk dulu kepada Yang Berhormat Peguam Negara sebelum membuat jawapan-jawapan yang sebenarnya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil maklum saranan Yang Berhormat Pengerusi dan إن شاء الله akan dilaksanakan oleh jabatan dan mengenai untuk tujuan menjawab soalan-soalan yang telah pun diajukan ini kaola akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, iaitu berkaitan dengan bekalan elektrik.
Manakala soalan berikutnya yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengenai dengan sistem meter elektrik prepayment إن شاء الله akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Manakala soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai dengan institusi berkaitan dengan ICT dan juga scam and cybersecurity إن شاء الله soalan-soalan ini akan dijawab oleh rakan sejawat Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Seperti saranan Yang Berhormat Pengerusi, soalan yang panjang daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin إن شاء الله akan dirujuk kepada Attorney General's Chambers dan akan dijawab secara bertulis إن شاء الله itulah 'barangkali'.
Untuk jawapan kepada soalan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed mengenai dengan isu gangguan bekalan elektrik yang mana banyak antaranya sudah terjawab melalui soalan sebelum ini dan juga dalam mukadimah namun demikian kaola akan menjawab bahagian kedua soalannya, iaitu mengenai penyampaian maklumat kepada orang awam semasa gangguan bekalan elektrik.
Penyampaian maklumat kepada orang awam setentunya adalah kritikal dalam situasi sebegitu. Oleh itu semasa insiden berkenaan terjadi pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah pun menyampaikan maklumat rasmi yang terkini mengenai punca dan status semasa insiden-insiden gangguan bekalan tenaga elektrik pada orang ramai secara berterusan melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial serta melalui saluran aplikasi WhatsApp yang sedia ada di antara pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik bersama kesemua penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di keempat-empat daerah.
Seperti itu juga respons kepada soalan-soalan yang telah diajukan kepada saya oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin sebelum ini. Seperti itu, orang ramai juga disarankan untuk menghubungi Talian Darussalam 123 sekiranya mengalami gangguan bekalan elektrik.
Sebagai langkah seterusnya berikutan insiden berkenaan salah satu aspek yang ditekankan untuk membentuk Pelan Kesinambungan Operasi atau Business Continuity Plan yang lebih bersepadu melibatkan bukan sahaja agensi-agensi kerajaan malahan juga pihak-pihak berkepentingan yang lainnya.
Ini termasuklah untuk mengukuhkan lagi pelan komunikasi bagi insiden-insiden sedemikian. Matlamat usaha ini adalah untuk mewujudkan sebuah Integrated Business Continuity Plan yang boleh diaktifkan secara berkesan dengan mengambil kira pendekatan Whole of Nation bagi mengurangkan risiko penjejasan dan kesan gangguan bekalan tenaga elektrik kepada setiap perkhidmatan kritikal dan meningkatkan lagi kedayatahanan (resilience) daripada apa juga insiden yang bakal terjadi.
Apapun peramba/kaola/saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk penyampaian yang lebih berkesan untuk menenangkan rasa kebimbangan masyarakat yang terjejas oleh gangguan bekalan elektrik. Dalam kesempatan ini juga, Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan isu-isu sedemikian rupa dapat ditangani bersama secara bersepadu di tahap akar umbi dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 pada tahun ini.
'Barangkali' kaola terpanggil juga untuk menjawab walaupun 'limpas' dari tajuknya mengenai dengan apa yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai dengan apa saranan dan mesej motivasi yang perlu kaola sampaikan untuk menenteramkan ataupun menenangkan keluhan penjawat awam.
Kaola berterima kasih atas cadangan dan peluang untuk diambil itu. Untuk menjawabnya kaola ingin menyatakan di sini kepada semua penjawat-penjawat awam yang dihormati dan dikasihi sekalian bahawa dedikasi dan kerja keras seorang penjawat awam itu adalah tulang belakang kepada memelihara kesejahteraan masyarakat serta nadi penggerak memacu kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai bidang keutamaan di negara ini sungguh pun pengiktirafan adalah terhad.
Perlu diingat bersama bahawa impak usaha penjawat awam itu melangkaui aspek pengiktirafan semata-mata malah lebih dari itu ianya menyumbang kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat yang secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan harian rakyat dan penduduk negara ini ke arah yang lebih baik.
Justeru peramba/kaola/saya menyeru agar warga penjawat awam untuk terus kekal berusaha gigih dengan mengekalkan jati diri yang kental, bertawakkal kerana dedikasi dan komitmen 'biskita' itu adalah sangat bermakna dan asas kepada memastikan keberkesanan dan kelangsungan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan bagi kepentingan ugama, raja, bangsa dan negara. إن شاء الله setiap usaha yang berbekalkan keikhlasan, penuh tawakkal akan sentiasa membawa kepada keberkatan serta pengiktirafan dan ganjaran yang selayaknya.
Sekian itu sahaja jawapan daripada kaola Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menjawab dua soalan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Pertama sekali mengenai dengan aduan penggunaan Unified Smart Metering System (USMS). Pada menjawab soalan, kaola ingin menerangkan bahawa pihak DSTN iaitu sebuah GLC's dibawah Darussalam Assets dan juga pihak kerajaan memang giat memberi perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai penggunaan sistem USMS. Berdasarkan penyelidikan yang telah dikendalikan, kebanyakkan aduan berkaitan dengan peningkatan bil elektrik dan air boleh dijelaskan seperti berikut:
Aduan mengenai peningkatan bil elektrik telah dibangkitkan oleh pengguna yang didapati sebelum ini membuat pengubahsuaian meter secara haram ataupun kerosakan meter yang lama yang sebelum ini membolehkan pengguna untuk terus menggunakan elektrik tanpa pembayaran. Pemasangan smart meter memastikan pengguna tersebut membayar bil elektrik berdasarkan jumlah elektrik sebenar yang sedang digunakan.
Terdapat juga beberapa kes peningkatan bil elektrik yang disebabkan kerana pengguna lupa untuk membeli kredit bagi smart meter air. Sekiranya kredit smart meter air habis dan tidak ditambah dalam tempoh 48 jam, pemindahan kredit daripada smart meter elektrik akan berlaku secara automatic tanpa gangguan kepada perkhidmtan bekalan air.
Peningkatan penggunaan air juga boleh disebabkan oleh kebocoran air dari tangki air pengguna tersebut. Smart meter air yang telah dipasang mempunyai penunjuk kebocoran air. Selain itu, beberapa pengguna utiliti mempunyai tunggakan bil elektrik atau air yang dipotong secara automatic setiap bulan daripada pembelian kredit pada tahap yang telah ditetapkan setelah persetujuan dicapai diantara pengguna dan pembekal utiliti.
Faktor-faktor yang telah disebut telah memberikan tanggapan yang salah kepada pengguna-pengguna berkenaan bahawa kredit mereka digunakan secara tidak wajar. Pihak DSTN dan juga pihak kerajaan sentiasa memberi bantuan dan penjelasan kepada aduan-aduan yang disampaikan melalui DSTN Hotline atau Talian Darussalam 123. Pihak kerajaan ingin menekankan sekali lagi bahawa tiada perubahan tariff elektrik dan air telah dikenalkan oleh DES ataupun DWS. Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 2023 sistem USMS mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ketidakselsaan diantara pengguna utiliti sebenar dan bacaan akaun meter pengguna.
Pihak yang berkenaan telah pun memeriksa secara teliti semua akaun semasa tempoh terjejas untuk memastikan ketetapan caj dan penggunaan. Hasil penelitian tersebut mengesahkan bahawa kebanyakan meter hanya mengalami delay backdated charging tetapi jumlah dicaj adalah masih selaras dengan penggunaan elektrik. Walau bagaimanapun, terdapat 16-meter yang telah dicaj secara berlebihan berjumlah $97.63 iaitu sebanyak $4.65 secara prorata bagi setiap akaun yang terjejas. Pihak DSTN telah pun membuat bayaran balik kepada kesemua akaun yang terjejas.
Seterusnya soalan mengenai berapa syarikat yang telah dilantik untuk memasang meter-meter berkenaan. Untuk menjawabnya, ada lima buah syarikat yang telah dilantik.
Seterusnya mengenai dengan meter bersubsidi. Pada masa ini, bagi meter-meter untuk diganti memang pengguna tidak perlu membayar apa-apa pembayaran. Jadi untuk meter yang baharu sahaja seperti biasa akan dibayar.
Jadi seterusnya mengenai dengan soalan dari Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan CSPS. Memang satu soalan yang bagus, memang CSPS pada masa ini di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang sudah sejak dua tahun kebelakangan. Sejak dipindah ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang satu strategi plan sudah ditetapkan untuk memajukan lagi CSPS sebagai satu strategik think tank.
Pada masa ini, beberapa research paper telah dikeluarkan seperti Women Development in Brunei Darussalam yang telah dikongsikan dengan KKBS dan juga Housing Policy dikongsikan dengan Kementerian Pembangunan, yang lain Brunei Economic Outlook, Brunei Barometer Survey terlibat Social Cultural Economy dan Institution. Itu lah contohnya memang dimajukan lagi supaya apa yang dihasilkan daripada CSPS ini akan dikongsikan untuk semua kementerian untuk sama-sama 'kitani' mencari jalan untuk improve dasar-dasar kerajaan.
Itu sahaja yang dapat kaola menjawab soalan-soalan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ اَجْمَعِيْنَ.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sukacita intervention dalam perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengerusi, perkara ini akan kaola rujukkan kepada Jabatan Perundangan Islam di Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk lebih menepati dengan apa yang disebutkan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Walau bagaimanapun, untuk di sini kaola sukacita intervention dalam perkara kedudukan undang-undang 'kitani' di Brunei memang dimaklumi bahawa kitani menjalankan dua sistem, sistem sivil dan sistem syariah.
Kalau dalam civil itu kalau undang-undang syariah nya, kalau civil itu ialah penal code. Jadi kedua-duanya ini berjalan seiring. Dan jelas melalui titah semasa perkenan untuk menguatkuasakan undang-undang syariah di negara ini ialah dengan satu pernyataan titah bahawa undang-undang yang sedia ada yakni undang-undang sivil adalah akan tetap berjalan sebagai Ta'zeer.
Ta'zeer itu maknanya dalam istilah undang-undang yang dijalankan dalam syariah ialah undang-undang yang diluar daripada syariah. Ertinya yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan, tidak didasarkan kepada syariah tetapi hanya berdasarkan kepada polisi-polisi kepentingan dan masalah-masalah yang difikirkan oleh pihak yang berkenaan itu sahaja.
Jadi sementara syariah itu ialah undang-undang yang didasarkan kepada hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah dan ditentukan oleh ijtihad ulama-ulama, jadi itulah menjadikannya. Jadi dalam keadaan seperti ini, terjadilah yang dinamakan overlapping cases, kes-kes yang bertindih misalnya tentang kes kecurian, kes mencuri syariah dengan syariahnya, kecurian dalam _penal code_nya. Hanya apabila terjadi kes-kes seperti ini memang sudah ada mekanisme di antara Jabatan Peguam Syariah, Polis Diraja Brunei dan Pendakwa Syarie.
Untuk melihat kes yang tersebut sejauh mana ia punya merit, meritnya ke mana. Kalau ia menepati syarat-syarat yang diperlukan oleh syariah yang dikehendaki oleh syariah untuk menjadi kes di bawa penghakiman maka ia akan dihakimkan di Mahkamah Syariah. Didasarkan kepada Undang-Undang Perintah Kanun Hukum Jenayah Syariah, tetapi kalua kes itu tidak mencukupi, maksudnya tidak mencukupi itu antaranya macam kes bunuh tidak ada pengakuan dan tidak ada bukti yang sangat ketat, maknanya tidak ada bukti yang menyakinkan kejadian tersebut maka dengan sendirinya berjalanlah hukuman Penal Code seperti biasa.
'Macamatu' jua kes curi ia ada had-had tertentu berapa jumlah yang dikuerti dengan yang membolehkan sebagaimana kalau kesalahan pertama potongan sekian, kalau kesalahan kedua sehingga 'putut' tangan dan sebagainya.
Jadi semua ini menjadikan suatu sistem yang sebenarnya 'inda mengusutkan' kehakiman 'kitani'. Ia berjalan dengan baik, diaturkan secara yang baik dan sejauh ini apa yang berjalan itu misalnya ada kes mengenai pen cederaran.
Kes pen cederaran juga ada di Penal Code tapi kes pen cederaran ini boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah dan sudah pun ada satu kes, dan sudah pun berjalan hukumannya beberapa yang tahun yang lalu, dan yang berkenaan masih dalam menjalani hukuman penjara sambil juga ia dikenakan hukuman ganti rugi 'diah' namanya ganti rugi.
Selama mana ia tidak mengganti rugi, maka tidaklah ia dapat dibebaskan, itu sahaja. Ia nanti ganti rugi akan dirundinglah dengan pihak-pihak yang waris-warisnya kalau ada misalnya, tapi sekarang ini ialah kedua-dua yang perlu 'kitani' mesti yakini kedua-dua undang-undang 'kitani' berjalan dengan baik dan ia tidaklah menimbulkan satu kekusutan sebenarnya.
بِاِيْنَ شَاءَ اللّٰهِ dengan lebih ramai lagi anak-anak 'kitani' yang akan terlatih dalam mengamal undang-undang, Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah. بِاِيْنَ شَاءَ اللّٰهِ perkembangan undang-undang 'kitani' dan kehakiman undang-undang Brunei Darussalam ke hadapan بِاِيْنَ شَاءَ اللّٰهِ akan 'd urang' teratur 'indalah' yang kekhutiran 'kitani' penyalah gunaan undang-undang dan sebagainya.
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi dan kaola akan merujuk ke hansard sementara bagi mendapatkan soalan-soalannya itu dan apa jawapan-jawapan yang berse suai an, ber tepatan. kalau sempat di sini, kalau 'inda' sempat, akan ditulis seperti yang Yang Berhormat Pengerusi izinkan, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk membuat intervention nya.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai cadangan penubuhan Pusat Anti-Scam Kebangsaan dan juga untuk mengenai usaha menggalakkan mangsa untuk tampil membuat laporan.
Di kesempatan ini kaola ingin juga memaklumkan bahawa Cyber Security Brunei telah pun beroperasi sejak tahun 2020 dan ia mempunyai 3 peranan utama, melalui 3 cawangan iaitu:
Pemantauan melalui Cyberwatch Centre;
Tindak balas respons melalui BruCERT dan.;
National Digital Forensics Laboratory.
Sepertimana yang disampaikan pada 9 Mac 2024, memandangkan online scammed merupakan jenayah yang berbeza dan daripada traditional crimes dan memerlukan tindakan yang berbeza, dan yang penting menangani scammed issue (isu scam) ini adalah tindakan cepat, supaya membenterasnya daripada berlarutan juga tersebar. Dalam hubungan ini, mangsa-mangsa mestilah melaporkannya kepada sama ada BruCERT atau Polis Diraja Brunei dan di antara 2 pihak ini, baik mereka akan berkongsi laporan.
Tetapi oleh kerana itu, untuk menyelaraskan lagi proses ini, task force bagi menangani jenayah tipu dan scamming ini telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Undang-Undang di bawah Jawatankuasa keselamatan Negara.
Dalam kesempatan ini, kaola juga ingin membetulkan sedikit mengenai keahliannya. Pengerusinya adalah Pengarah Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dan Timbalan Pengerusinya adalah terdiri daripada Brunei Darussalam Central Bank. Manakala, ahli-ahli yang lainnya adalah seperti mana yang kaola kongsikan pada hari tersebut.
Di samping itu, untuk memberigakan mengenai isu scammed ini, beberapa kegiatan awareness dan juga talks telah diadakan oleh CSB sendiri, melalui kempen kesedaran mereka melalui webinar dan Anti-Scammed Talks juga telah diadakan yang juga melibatkan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pejabat Peguam Negara, Brunei Darussalam Central Bank, wakil-wakil bank dan juga pihak ITPSS Sdn. Bhd. Information Technology Protective Security Services dan juga BruCERT iaitu Brunei Computer Emergency Response Team. Agensi-agensi lain seperti AITI dan juga Telsco atau Celco juga mengendalikan awareness kempem mereka mengenai isu-isu scam, ini termasuk juga institusi perbankan di Negara Brunei Darussalam.
Jadinya, melalui usaha-usaha ini إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ orang ramai tidak akan kelirulah mengenai dengan proses untuk melaporkan isu scam ini yang penting ia memerlukan laporan polis untuk tindakan secara legal diambil dengan mengendalikan investigation (penyiasatan). Dalam hal ini, Digital National Forensics Laboratory yang mengenai dengan isu scam ini, meninggalkan Digital Footprint oleh yang demikian jika alat-alat ini dapat diserahkan kepada Digital National Forensics Laboratory akan dapat diketahui apalah di mana mungkin kelemahan-kelemahan yang mengakibatkan scam tersebut terjadi. Sekian dahulu yang dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi 'inda mau' meneruskan mengenai dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam?
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee sama juga membetulkan mengenai keahlian task force.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, mana-mana soalan barangkali tidak dapat atau belum dapat dijawab, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II akan menjawab secara bertulis kemudian dan untuk meneruskan tajuk-tajuk ini, saya persilakan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan ini.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ عُمَدَةِ الْأُمَمِ وَقُدْوَةِ الْهَدِيْ وَالْأُمَمِ مُحَمَّدِ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas perkongsian pembentangan anggaran belanjawan, Tahun Kewangan 2024/2025 bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Kaola ingin menyentuh berhubung dengan Tajuk SA24A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Kaola ingin menyentuh mengenai lampu-lampu jalan raya yang mana lampu-lampu jalan raya ini boleh membantu menjaga, meningkatkan keselamatan di jalan raya khususnya pengguna jalan raya seperti pejalan kaki yang juga boleh mengurangkan aktiviti yang kurang sihat dan sebagainya.
Soalan kaola, kenapakah lampu-lampu jalan raya yang rosak disebabkan kemalangan jalan raya begitu lama diperbaiki hingga sampai bertahun-tahun lamanya baharu diperbaiki dan ada yang sampai tidak diperbaiki?
Isu kedua, mengenai dengan tiang-tiang elektrik di Kampung Air, ada sebahagiannya sudah rosak dan condong dan ia dikhuatiri membahayakan kepada penduduk kampung. Kaola ingin pencerahan apakah pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik ada perancangan untuk membaiki tiang-tiang elektrik tersebut?
Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ اَشْرَفِ الْاَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ شَيْخِيْنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi kaola dengan hormatnya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kaola sekali lagi dalam membahaskan peruntukan Jabatan Perdana Menteri bagi sesi Tahun Kewangan 2024/2025.
Di sini kaola ingin menimbulkan satu isu sahaja iaitu berhubung dengan kebankrapan. Pada lazimnya sekiranya penghutang tidak dapat membayar hutangnya pada waktu pendengaran (petition) pemuitang, pihak mahkamah akan mengeluarkan perintah penerimaan di mana pegawai penerima dilantik untuk menentukan sama ada penghutang mempunyai cadangan pembayaran yang boleh diterima oleh pemuitang-pemiutang.
Tempoh masa untuk pegawai penerima menganalisa kemampuan penghutang tersebut adalah agak lama. Kadang-kadang ia memakan masa sehingga 2 atau 3 tahun sebelum perintah penghukuman dijatuhkan di mana penghutang tersebut adalah dianggap sebagai bankrup sepenhunya. Sehingga perintah penghukuman tersebut dijatuhkan penghutang malangnya tidak dihalang daripada ke luar negeri.
Oleh yang demikian, penghutang merasa tidak serius dan penuh bertanggungjawab untuk membayar hutang mereka kerana masih tidak dihalang daripada ke luar negeri. Sebagai contohnya, pada peringkat sebelum perintah penghukuman dijatuhkan, penghutang telah mencadangkan membuat pembayaran bulanan sebanyak $50 kepada pegawai penerima tetapi malangnya penghutang ini mempunyai kemampuan untuk keluar negeri bercuti.
Yang jelas lagi ia memerlukan perbelanjaan untuk membayar tiket, hotel, dan seumpamanya. Ini membuktikan pihak penghutang tidak serius langsung untuk membayar hutang kerana tidak ada sebarang sekatan menghalang mereka ke luar negeri.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Apa yang difahamkan seperti negara-negara jiran, Malaysia atau Singapura tidak langsung membenarkan si penghutang ini ke luar negeri sama sekali di bawah undang-undang bankruptcy.
Di negara tersebut dengan adanya larangan ini ia telah menghasilkan impak yang signifikan terutama sekali si piutang lebih bertanggungjawab untuk melunaskan hutang mereka.
Kaola berpendapat prosedur yang diguna pakai tersebut mampu melindungi dan membantu peniaga-peniaga tempatan. Jika sekiranya peniaga tempatan ini berkongsi dengan peniaga-peniaga luar negeri, kalau sekiranya ada hutang, jika mereka ini dibenar ke luar negeri, maklumlah, peniaga-peniaga yang berkongsi dengan peniaga tempatan ini akan balik dan meninggalkan negara ini.
Malangnya, peniaga-peniaga tempatan akan mengalami risiko dan malangnya lagi menambah liability dan juga membebankan hutang tanggungan ini kepada peniaga-peniaga tempatan.
Dalam isu yang kaola timbulkan ini, di samping mengambil teladan dari luar negeri seperti Malaysia dan Singapura dan juga bagi memastikan para pemiutang lebih accountable dan bertanggungjawab. Kaola sendiri mencadangkan supaya undang-undang yang berkenaan akan direbiu dan dikemaskini oleh pihak yang berkuasa dalam mengukuhkan lagi undang-undang kita di negara ini. Walau bagaimanapun cadangan kaola ini adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan untuk mempertimbangkannya.
Sekian, kaola sudahi dengan وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Pemngerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. Kaola mungkin sempat merespons kepada soalan daripada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat mengenai dengan tiang- tiang elektrik. Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan-soalan yang diutarakan.
Pertama mengenai isu tiang-tiang lampu jalan raya yang rosak. Sebenarnya projek pemasangan lampu merupakan inisiatif penting bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam memastikan persekitaran yang selamat bagi penduduk-penduduk daerah dan mukim demi menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat kampung.
Tempoh penggantian tiang-tiang lampu yang rosak adalah tertakluk kepada proses peralihan yang mengambil masa. Sekiranya terdapat lampu yang belum diganti dan boleh menjejaskan keselamatan, peramba/kaola/saya menyarankan agar pihak berkenaan boleh terus membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan pembaikan ini akan diberikan keutamaan.
Peruntukan di bawah belanjawan tahunan adalah termasuk untuk program penyelenggaraan yang berterusan bagi memperbaiki lampu-lampu jalan raya yang tidak lagi berfungsi termasuk lampu jalan raya yang rosak akibat kemalangan jalan raya. Ini akan ditangani melalui kontrak pemeliharaan lampu awam bagi menangani aduan-aduan yang diterima dan dengan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan syarikat yang dilantik melaksanakan kerja pembaikan dengan lengkap dan tepat pada masanya.
Di samping itu dengan mendukung usaha kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan di sektor kerajaan dan menggalakkan penjimatan tenaga, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi pemasangan lampu jimat tenaga (energy efficient) dan juga menghidupkan lampu jalan secara berselang seli tanpa menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Jabatan Perkhidmatan Elektrik memandang serius akan aspek keselamatan dalam memastikan kawasan-kawasan strategik tidaklah terjejas seperti simpang-simpang utama, selekoh tajam, simpang masjid, simpang sekolah, flyover, roundabout dan mana-mana yang boleh menjejasn keselamatan pengguna jalan raya. Usaha ini telah melibatkan penutupan sebanyak 13,288-unit lampu di seluruh negara sejak tahun 2015 dan menjimatkan sebanyak purata $3.6 juta.
Yang kedua, berkenaan tiang-tiang lampu elektrik di Kampug Air yang rosak, Jabatan Perkhidmatan Elektrik turut memperuntukkan kerja-kerja penggantian tiang-tiang elektrik di Kampung Air di bawah Projek Pengukuhan Sistem Rangkaian Seluruh Kampung Air Secara Berfasa di bawah RKN-12.
Projek ini disasarkan siap dilaksanakan pada tahun 2027. Walau bagaimanapun bagi mana-mana tiang yang tumbang atau rosak dan boleh mempengaruhi keselamatan sistem dan juga kepada orang ramai, Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan memberi keutamaan bagi tindakan pembangunan.
Di samping itu, kerja-kerja penyelengaraan pencegahan (preventive maintenance) akan ditingkatkan bagi mana-mana tiang lampu di kawasan Kampung Air yang boleh menjejeskan keselamatan. إِنَّ شَاءَ ٱللَّٰهُ۔
Pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik terus memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan pengendalian projek-projek berkenaan dengan kerja sama rapat dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dari segi keselamatan dan keberkesanan bekalan sistem tenaga elektrik negara.
Dalam kesempatan ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik juga merakamkan ribuan terima kasih kepada penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di keempat-empat daerah yang secara berterusan mengongsikan apa jua feedback melalui WhatsApp group bersama Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan memudahkan lagi pihak jabatan menangan masalah-masalah berkaitan dengan elektrik dan terus mengalualukan kerjasama untuk diteruskan di tahap akar umbi bagi memaklumkan apa jua jurang dan penambahbaikan yang perlu dibuat.
Sekian apa yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi, yang lain itu 'abiskaola' berjanji untuk menjawab secara bertulis dengan data-data dan jawapan yang lebih tepat, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup saja kita berbahas mengenai tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Maka saya berpendapat ada baiknya Tajuk SA01A hingga Tajuk SA27A ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Nampaknya semua Ahli bersetuju. Maka Tajuk SA01A hingga SA27A diluluskan dan kita beralih kepada tajuk seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SA01A hingga SA27A bagi Jabatan Perdana Menteri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SK01A hingga SK08A bagi Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang kita beralih kepada Tajuk di bawah Kementerian Pembangunan. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan mukadimahnya, saya ingin meminta laluan bagi kita berehat selama 15 minit.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
أهلي-أهلي الأكرمين الأوفياء Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita berhenti rehat sebentar tadi, Mesyuarat Jawatankuasa telah pun beralih kepada Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Pembangunan.
Sebelum saya membukakan bagi tajuk di bawah kementerian ini untuk dibahaskan, saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju kementeriannya serta penjelasan dan kenyataan mengenai penyediaan Belanjawan bagi Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاْتُهُ dan salam sejahtera.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ شَرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, أَكْحَمَلّه kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 berjumlah $345,953,286 seperti berikut:
- $119,666,190 untuk gaji kakitangan;
- $102,466,740 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang; dan
- $123,820,356 bagi projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Fokus Kementerian Pembangunan 2024/2025, kaola semasa Majlis Mesyuarat pada tahun yang sudah mengongsikan mengenai dengan keutamaan-keutamaan kementerian.
Samalah juga dengan keutamaan pada tahun ini dengan pendekatan baharu untuk menekankan kepada good governance iaitu tadbir urus yang baik dan compliance pematuhan dalam pengurusan aset dan projek serta dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai. Usaha-usaha ini akan terus diberikan keutamaan selaras dalam mendukung Tema Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 iaitu "Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur".
Secara ringkas, kaola ingin mengongsikan pencapaian Kementerian Pembangunan di bawah Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan pada Tahun Kewangan 2023/2024 sehingga bulan Disember 2023 seperti berikut:
Kementerian Pembangunan telah dapat meningkatkan kutipan hasil bagi suku tahun ketiga Tahun Kewangan 2023/2024 sebanyak $54,199,357.59. Ini adalah satu peningkatan jika dibandingkan dengan kutipan hasil pada suku tahun ketiga sebelumnya iaitu sebanyak $54,077,394.06 iaitu kenaikan sebanyak $121 ribu lebih;
Melalui Debt Recovery Unit di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan yang ditubuhkan pada bulan Julai 2022 dan kawatankuasa khas bagi menangani masalah tunggakan dan kutipan hasil di bawah Jabatan Tanah yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2023. Antara tindakan yang dibuat adalah:
Menyediakan pembayaran secara online melalui One Common Billing System (OCBS) bagi Jabatan Perumahan dan e-Payment Gateway bagi Jabatan Tanah. Kementerian Pembangunan dan Jabatan Tanah pada masa ini dalam proses melaksanakan projek 1MOD-Integrated MOD Platform and Land System bagi tujuan menyatukan semua perkhidmatan-perkhidmatan Kementerian Pembangunan di bawah satu sistem bagi memudahkan pengurusan dan pembayaranan kutipan hasil;
Membolehkan penerimaan bayaran melalui pengeluaran Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) dan juga bayaran melalui institusi perbankan melalui pinjaman peribadi;
Membolehkan pembayaranan cukai tanah dan bayaran perumahan dapat diterima di setiap kaunter-kaunter Jabatan Tanah dan Jabatan Perumahan di setiap daerah tanpa mengira lokasi ataupun alamat rumah ataupun tanah pemilikan tersebut.
Di samping itu, satu jawatankuasa kerja telah dibentuk yang bertujuan untuk memantau dan mengurangkan tunggakan mengikut undang-undang. Antara pencapaian yang diperolehi dari Tahun Kewangan 2021/2022 sehingga suku pertama Tahun Kewangan 2023/2024 adalah penyelesaian tunggakan royalti berjumlah $53,877.97 di Jabatan Tanah daripada syarikat-syarikat perlombongan yang melombong pasir dan batu kelikir serta penyelesaian tunggakan air berjumlah $16,757,718.85 di Jabatan Perkhidmatan Air daripada jabatan kerajaan sehingga penghujung tahun 2023.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, izinkan koala untuk mengongsikan beberapa komitmen keutamaan Kementerian Pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan;
Perumahan negara yang mampam. Sehingga kini, perangkaan pemilikan rumah Negara Brunei Darussalam ialah sebanyak 67.1% dalam usaha untuk terus menyediakan rumah-rumah di dalam Skim Perumahan Negara di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan, projek-projek baru bagi penyediaan prasarana terus diusahakan di Tahun Kewangan 2024/2025 ini. Di samping usaha penyediaan perumahan sebanyak 2,674 pengeraran tanah TOL juga telah dianugerahkan kepada pemilik-pemilik tanah TOL yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-11, 2 projek sedang dijalankan iaitu projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2, dengan pembinaan 1000 unit rumah teres yang dijangka akan siap pada penghujung bulan Mac ini.
Projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7, iaitu pembinaan sebanyak 950 unit rumah teres yang telah bermula pada bulan Januari 2023 dan dijangka siap pada bulan Januari 2025.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi perancangan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12, Jabatan Kemajuan Perumahan sedang membuat perancangan projek-projek kemajuan perumahan dengan peruntukan $41,555,200 bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Ini adalah dari Harga Rancangan RKN-12 berjumlah $276,950,443. Antara kerja-kerja permulaan yang akan dilaksanakan dengan peruntukan ini adalah:
Kerja-kerja site investigation di kawasan Kampung Salambigar, Kampung Tanah Jambu, Kampung Katok, Kampung Lumut dan Kampung Rataie.;
Kerja-kerja tanah (earthworks), iaitu di kawasan Kampung Katok dan Kampung Rataie; dan
Pembinaan perumahan di kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2(B), Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut Fasa 7, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba Fasa 6 dan Rancangan Perumahan Negara Kampung Salambigar. Projek-projek ini dijangka akan menyediakan lebih 1,600 buah rumah yang baru, إن شاء الله.
Perkara kedua mengenai dengan perkhidmatan air dengan peruntukan Tahun Kewangan 2023/2024, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Air telah melaksanakan beberapa projek penambahbaikan sistem bekalan air yang berterusan dalam kualiti air yang menepati piawaian. Antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan termasuk pembaikan di loji-loji air di Bukit Barun, Layong dan Seria. Penggantian pam-pam air dan paip-paip lama yang bocor dan pembersihan lebih kurang 40 tangki-tangki air secara berkala. أحسنتُ kerja-kerja ini telah dapat mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air. Kerja-kerja penambahbaikan ini akan terus diusahakan.
Dalam memberikan perkhidmatan kemudahan bekalan air, penduduk-penduduk di kawasan pedalaman juga diberikan keutamaan pada Tahun Kewangan 2023/2024 ini أَكَّدَ بِهِ Jabatan Kerja Raya telah dapat menyediakan sistem bekalan air melalui paip kepada kawasan pedalaman di Ulu Belait, iaitu Kampung Sukang dan Kampung Melilas. Dengan siapnya projek pemasangan paip air dari jalan Labi hingga ke Kampung Sukang.
Untuk makluman Yang berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum ini, penduduk kampung tersebut mendapatkan bekalan air bersih dari turunan hujan dan sungai yang dibersihkan menggunakan sistem slow sand filtration. أكَّدَ بِهِ pada bulan Januari 2024 ini, rumah panjang Kampung Melilas telah mulai menerima air melalui saluran paip ke rumah panjang berkenaan.
Bagi meningkatkan kapasiti pengurusan penyediaan air dan objektif khusus untuk meningkatkan water security, sejumlah $43,133,263 diperuntukkan bagi perbelanjaan-perbelanjaan Tahun Kewangan 2024/2025 yang merangkumi kerja-kerja penambahbaikan rancangan sistem saluran air, pemeliharaan tangki-tangki air dan menaik taraf loji-loji rawatan air di semua daerah. Antaranya ialah:
Meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih bagi Daerah Brunei dan Muara melalui Projek Pembinaan Loji Rawatan Peringkat 8 di Bukit Barun, Tutong yang masa ini di dalam pembinaan. Loji ini direka bentuk untuk dapat mengeluarkan lebih kurang 120 juta liter air bersih sehari dan بِسْمِ ٱللَّٰهِ apabila projek ini siap nanti ia akan dapat memenuhi keperluan bekalan air hingga ke tahun 2035.;
Manakala bagi Daerah Beliat, projek meningkatkan kapasiti pengeluaran air dari Loji Rawatan Air Agis-Agis di Sungai Liang akan menambah kapasiti lebih kurang 36 juta liter air sehari apabila siap nanti pada tahun 2026.;
Bagi Daerah Temburong, projek pembesaran Loji Rawatan Air Batang Duri dirancang untuk menambah kapasiti 20 juta liter air bersih sehari, iaitu peningkatan 100% dari kapasiti yang ada pada masa ini.; dan
Pada masa ini di bawah RKN-11, terdapat 2 projek yang sedang dalam perlaksanaan, iaitu Pembinaan Tangki Lakiun dan Pembinaan Tangki Batang Duri. Kedua-dua projek ini dijangka akan siap pada hujung tahun ini dan بِسْمِ ٱللَّٰهِ ini adalah antara perancangan dan usaha untuk mengurangkan isu kekurangan bekalan air yang dialami di daerah tersebut pada masa ini.
Perkara ketiga mengenai dengan mitigasi masalah banjir. Dalam usaha menangani masalah banjir beberapa projek saliran telah diusahakan di dalam tempoh RKN-11. Natijahnya saiz kawasan mudah banjir dapat dikurangkan dari 332 kilometer persegi kepada 288 kilometer persegi, iaitu pengurangan sebanyak 44 kilometer persegi. Sementara itu sepanjang 57 kilometer daripada 130 kilometer persisiran pantai telah dapat ditangani dari hakisan laut.
Antara projek-projek pengawalan banjir yang telah siap dibuat pada Tahun Kewangan 2023/2024 antaranya ialah:
Pembinaan kolam penahan banjir dan takungan air di Sungai Tutong.;
Kerja-kerja mengorek Sungai Tutong dari Kampung Penapar.;
Projek Pencegahan Banjir di Hulu dan Hilir Sungai Tutong.;
Menaik taraf sistem saliran Kampung Sungai Akar.;
Kerja-kerja mengorek dan melebarkan Sungai Brunei, Sungai Kedayan dan Sungai Damuan.;
Membina longkang baru berukuran 3 meter lebar di Kampung Tanah Jambu.;
Menaik taraf sistem saliran di Kampung Kiarong.; dan
Menaik Taraf Kerja Servis Infrastruktur di Kawasan Bandaran Kuala Belait - Seria (Upgrading of Integrated Services Infrastructure Works at Kuala Belait – Seria Municipal Area).
Pada tahun lalu, beberapa kawasan di Daerah Belait termasuk di Pekan Kuala Belait telah beberapa kali mengalami banjir. Jabatan Kerja Raya telah mengenal pasti punca kejadian banjir tersebut dan إن شاء الله akan melaksanakan beberapa projek untuk mengurangkan kekerapan kejadian banjir di bawah RKN Ke-12 nanti, antaranya:
Dengan membuat Penambahbaikan Saliran Belait Fasa 1 (Drainage Improvement at Belait Phase 1) yang bertujuan untuk menaik taraf sistem saliran, mengurangkan kejadian banjir dengan pembinaan longkang konkrit dan pembinaan stesen-stesen pam. Antaranya adalah di Pekan Kuala Belait, Kampung Pandan, Mukim Seria, Kampung Lumut Tersusun, Kampung Lalit dan Sungai Liang.;
Membina stesen pam di F-17 Seria bagi kawasan sering kebanjiran di kawasan Jalan Tengah, Pekan Seria dan kawasan perumahan Syarikat Minyak Shell terutama sekali kawasan termasuk di Lorong 7, Lorong 8 dan Tuker Lines.;
Membina stesen pam di saluran keluar (outfalls) di kawasan yang sering dilanda banjir di Jalan Maulana, Kuala Belait.; dan
Membina longkang utama menuju stesen saliran Kampung Sungai Bera untuk mengurangkan kejadian banjir di Pekan Seria.
Perkara keempat, mengenai prasarana jalan raya pada Tahun Kewangan 2023/2024, Jabatan Kerja Raya telah melaksanakan beberapa projek penambahbaikan untuk meningkatkan lagi kualiti prasarana jalan raya dan lebuh raya di negara ini seperti berikut:
Melaksanakan pemeliharaan jalan raya secara berintegrasi (integrated maintenance contract) bagi lebuh raya seperti Lebuh Raya Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Lebuh Raya Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Lebuh Raya Muara-Belait, Lebuh Raya Tungku-Rimba dan Lebuh Raya Tungku-Jerudong.;
Kerja-Kerja Pemeliharaan Jalan Raya termasuk di kawasan jalan Kuala Balai, Mukim Liang, Mukim Bukit Sawat, Mukim Sukang, Jalan Rasau, Sungai Teraban, sepanjang jalan Kuala Tutong, Kampung Panchong dan Kuala Ungar.; dan
Projek Pembaikan Jalan Tutong dari Jerudong ke Kampung Penanjong Fasa 2.
بِسْمِ اللهِ penambahbaikan akan diteruskan lagi dalam RKN-12 untuk menaik taraf jalan-jalan yang masih belum dilaksanakan. Beberapa projek lanjutan daripada RKN-11 seperti berikut untuk disasarkan pada tahun ini, iaitu Tahun Kewangan 2024/2025:
Penyediaan jejambat (flyover) di persimpangan utama di bawah Program Pembinaan Jalan Penghubung Tanah Jambu di persimpangan jalan utama Mentiri Perumahan Negara Mengkubau dan di persimpangan Jalan Muara yang dijangka untuk siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2024 ini.
Projek pembinaan jejambat di persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong, Tanjung Kajar dan Jalan Utama Tanah Jambu yang dijangka akan siap pada penghujung tahun 2024 ini juga.
Kerja-kerja pemasangan sistem lampu isyarat di pusing keliling Sungai Akar yang sedang dilaksanakan pada masa ini yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan April 2024.
Di samping itu, sepertimana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya bersama dengan Jabatan-Jabatan Daerah di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menguruskan projek bagi melaksanakan kerja-kerja menaik paras jalan raya di kawasan yang sering dilanda banjir di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong, yang mana telah selasai pelaksanaannya di Daerah Belait dan Daerah Temburong dan beberapa kerja yang perlu dibuat kerja-kerja susulan di Daerah Tutong.
Pada masa ini, sepanjang 12.4 kilometer daripada 22.3 kilometer dari keseluruhan jalan raya yang dirancang telah siap dilaksanakan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara kelima mengenai dengan alam sekitar. Sisa buangan setiap hari di negara ini adalah diantara 500 ke 600 ton sehari dan data yang direkodkan menunjukkan sisa buangan bagi seorang ialah 1.2 kilogram sehari. Sejak berpuluh tahun, sisa buangan ini dilupuskan di dalam tanah (landfill) iaitu yang pada masa ini terletak di Sungai Paku, Daerah Tutong.
Tanah landfill ini berkeluasan 104 hektar dan disasarkan hanya dapat menanggung sisa buangan sehingga tahun 2030. Makanya satu kawasan dengan keluasan 100 hektar lagi perlu disediakan bagi menyediakan pasaran landfill yang baru. Sebagai satu usaha alternatif, Kementerian Pembangunan mengambil tekad untuk menghentikan penggunaan landfill ini dan sedang mengikhtiarkan bagi pembinaan pasaran incinerator system waste-to-energy bagi pelupusan sisa buangan. Untuk tujuan ini, expression of interest telah dikeluarkan pada tahun 2021 bagi pembinaan loji waste incinerator.
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) telah menlantik konsultan bagi menggubal dokumen request for proposal yang akan dikeluarkan bagi pelabur-pelabur yang berminat dan layak untuk ikut serta. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ penyediaan dokumen request for proposal untuk merekabentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan memindahkan (design, build, own, operate and transfer) loji yang berkonsepkan teknologi waste-to-energy ini akan dijangka siap dan dibukakan pada suku akhir tahun ini.
Jika terdapat pelabur yang berjaya nanti, loji waste-to-energy ini nanti disasarkan untuk dapat memulakan operasi pada tahun 2029. Kos bagi pembangunan waste-to-energy setentunya dijangka dalam jumlah yang amat tinggi.
Oleh itu, Kementerian Pembangunan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain terutama sekali dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka kaedah model perniagaan yang sesuai dengan objektif kos efektif dan mampn sesuai dengan keperluan negara.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi perbelanjaan tahun kewangan 2023/2024, antara tindakan pengurusan alam sekitar, taman dan rekreasi adalah seperti berikut:
Pelaksanaan Projek Pembersihan Sungai Brunei yang bermula sejak 16 April 2023 selama tiga tahun dengan penyediaan peralatan seperti Workboat sebanyak 4 buah, Scavenger boat sebanyak 4 buah, Small Trash Skimmer sebanyak 1 buah, Large Trash Skimmer sebanyak 2 buah dan Waste Barge with Conveyer Belt sebanyak 1 buah. Sehingga bulan Disember 2023, jumlah sisa yang telah dikutip dari Sungai Brunei ialah sebanyak 22,849.45 tan metrik.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam kesempatan ini dan sebelum menutup mukadimah ini, kaola ingin merujuk kepada soalan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada hari Sabtu, 2 Mac 2024 mengenai kesiapan pelan induk penggunaan tanah Daerah Temburong.
Pada menjawab soalan ini, mengenai Perancangan Pembangunan Daerah Temburong 2005 – 2025, pelan ini telah siap disediakan sebagai persiapan untuk menggalakkan sebarang pembangunan dan menggalakkan aktiviti ekonomi selaras untuk mengiring kemajuan di Daerah Temburong dengan terbinanya Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien daripada Daerah Brunei Muara ke Daerah Temburong.
Pelan Pembangunan Daerah Temburong 2005 – 2025 seperti yang telah dibuat melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa mengandungi polisi perancangan guna tanah strategik serta strategi kemajuan dalam menghala tuju kemajuan di Daerah Temburong dalam tempoh yang disebutkan.
Visi utama adalah untuk menjadikan Daerah Temburong sebagai daerah yang dapat membukakan peluang kemajuan melalui khazanah Daerah Temburong itu sendiri dan khazanah semulajadi (A district of Natural Opportunities). Dalam mendukung visi tersebut, strategi utama perancangan guna tanah adalah untuk menjanja pembangunan yang seimbang yang dapat membukakan peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi yang luas daripada ekonomi-ekonomi yang telah dikenalpasti.
Di samping itu, rancangan ini turut bertujuan untuk meningkatkan tahap integrasi fizikal dan ekonomi yang tinggi sama dengan daerah-daerah yang lain, serta dalam waktu yang sama megekalkan nilai-nilai identiti daerah sebagai 'The Green Jewel of Brunei'.
Ke arah ini, sebanyak 33 projek utama telah dirancangkan bagi Daerah Temburong, yang merangkumi sektor perumahan, perusahaan, pertanian, perikanan, rekreasi, pelancongan, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, kemudahan masyarakat dan sebagainya.
Dari 33 projek tersebut, sebanyak 7 projek telah siap dilaksanakan oleh antaranya ialah pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifudien, pembinaan Bangar Waterfront, Perumahan Negara Kampung Rataie, Kemudahan Rekreasi Air di Ulu Temburong, Tapak Perikanan di Kampung Rataie, membesarkan kawasan perlindungan hutan di bawah Jabatan Perhutanan seperti Bukit Patoi, dan pembinaan Jambatan di Kawasan Kampung Ujong Jalan.
7 projek sedang dalam pelaksanaan iaitu menaik taraf jalan raya ke Batang Duri, sumber tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy Sources), Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Pusat Aktiviti Keugamaan (Religious Activities Centre) di Kampung Senukoh, kemudahan tempat tinggal dan fasiliti di Batang Duri, pembinaan Jeti Batang Duri, dan Perancangan Kem bagi Kementerian Pertahanan.
Manakala, 19 projek lain masih dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam pelbagai bidang yang menjujus kepada hasrat Pelan Pembangunan Daerah Temburong. Kementerian Pembangunan akan terus berkolaborsi dengan agensi-agensi yang lainnya serta pendudu-penduduk di Daerah Temburong secara amnya dalam sama-sama memastikan kemajuan di Daerah Temburong akan dapat diselaraskan dan dilaksanakan secara lebih strategik dan teratur dalam memenuhi hasrat perancangan negara untuk membangu Daerah Temburong selaras dengan daerah-daerah yang lain.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekian sahaja dapat kaola kongsikan di Dewan yang mulia ini. Kementerian Pembangunan berharap sokongan padu daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat setentunya bukan sahaja dalam menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai akan tetapi yang penting adalah untuk membawa bersama setiap lapisan masyarakat untuk selaras dalam pemahaman dan aspirasi untuk menyelesaikan masalah-masalah terutama sekali melibatkan utility perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan dan khususnya juga dalam sama-sama mendukung dalam merealisasikan hasrat Wawasan Negara.
Sebelum mengakhiri, kaola ingin untuk bersama dengan rakan sejawat mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar atas jasa dan khidmat beliau semasa memegang jawatan sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.
Dalam masa yang sama kaola juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah atas perlantikannya sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara. Sekian Yang Berhormat Pengerusi, diucapkan terima kasih.
بارك الله فيكم و السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Yang Berhormat Pengerusi
terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas penerangan yang cukup jelas berkenaan hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Saya berpendapat sekarang cukuplah dulu kita berunding pada pagi ini dan saya mencadangkan supaya kita tangguhkan dulu Mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada hari ini.
Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada hari Isnin, 18 Mac 2024 bermula daripada pukul 10.00 pagi.
Sekian.
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusssof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohamad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 18579
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II: 4876
Yang Berhormat Menteri Pembangunan: 2840
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 2012
Yang Berhormat Pengerusi: 1210
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam: 1097
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 952
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 834
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: 604
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 544
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 442
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 427
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi: 414
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 368
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 302
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin: 288
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 205
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan: 196
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 193
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 188
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat: 188
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahahan II: 177
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 169
Yang Mulia Jurutulis: 53