Skip to main content

HARI KE-16 PAGI

For Informational Purposes Only

20HB MAC 2024 PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

Yang Mulia Jurutulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari keenam belas, pada hari ini Rabu, 9 Ramadhan 1445 bersamaan 20 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Alhamdullilah kita bersyukur ke hadrat (missing jawi words) kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya juga, kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang keenam belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّىٰ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita untuk menyambung penelitian ke atas Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan lancar dan teratur saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat Jawatankuasa disambung semula)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Mesyuarat Jawatankuasa pada hari semalam kita telah pun beralih kepada Tajuk di bawah Kementerian Kesihatan dan kita telah pun mendengar pembentangan mukadimah yang telah dibuat dan dihuraikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai dengan strategi dan hala tuju serta penjelasan mengenai dengan penyediaan Belanjawan Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang telah dibuat dengan penuh teliti dan secara komprehensif.

Maka saya sekarang bercadang untuk membuka Tajuk SM01A ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

Seperti yang telah kita buat semasa membincangkan tajuk yang lepas, saya akan menjemput beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan satu soalan dan seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan jawapan ataupun responsnya, sama ada untuk dijawab sekarang atau dijawab secara bertulis kemudian nanti.

Dan bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mempunyai soalan-soalan lain sebagaimana juga yang telah saya nyatakan semalam, bolehlah menujukan soalan-soalan yang berkenaan itu kepada Yang Mulia Jurutulis dan إيا شاء الله akan dihadapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk dijawab dan disampaikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan kemudian nanti إيا شاء الله.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan untuk membahaskan tajuk belanjawan Kementerian Kesihatan. بسم االله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العاملين والصافة والسام عغلى شرف الانبياء والمرسلين؛ سينا محمد وعغلى آله وصحبه أجمعين. السالم عليكم dan salam sejahtera. Kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas mukadimah yang panjang lebar dan komprehensif mengenai rancangan, tindakan strategik, hala tuju kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada orang ramai dan pencapaian Kementerian Kesihatan sejauh ini.

أَكْبَرُ بِسَّة tidak dapat dinafikan status penjagaan dan perkhidmatan di negara ini adalah pada tahap yang sangat baik. Kaola menyambut baik usaha-usaha baharu untuk menambah fasiliti-fasiliti sekarang termasuk menggunakan cutting edge technology dan artificial intelligence untuk mengesan dan merawat pelbagai penyakit termasuk kanser dan / Diabetic Retinopathy Screening.

Kaola mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kementerian Kesihatan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, didoakan agar semua warga Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan prestasi perkhidmatan pada tahap yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Pengerusi. Ada beberapa perkara yang ingin kaola sentuh dalam membahaskan bajet Kementerian Kesihatan yang mendapat peruntukan $573,064,540 pertambahan sebanyak 37% termasuk pemindahan peruntukan untuk Gleaneagles JPMC dan Pantai Jerudong Specialist Centre iaitu sebanyak $150 juta yang mana keduanya ini pada hemat kaola adalah private entity iaitu entiti swasta.

Isu yang ingin kaola timbulkan di sini:

Yang pertama, mengenai accessibility kepada penjagaan kesihatan iaitu kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan sama ada di peringkat primary, secondary dan tertiary.

Ini adalah penting yang mana kekurangan doktor pakar adalah di antara penyebab masalah accessibility ini. Kita nampaknya masih belum dapat merapatkan jurang di antara permintaan ke atas perkhidmatan doktor dan pakar dengan jumlah doktor dan pakar yang ada.

Mudah-mudahanlah dengan belanjawan yang diluluskan pada tahun ini akan menambah bilangan doktor dan pakar di negara 'kitani' untuk mengurangkan jurang yang ada pada masa ini.

Yang kedua yang ingin kaola timbulkan ialah masa menunggu (waiting time) adalah juga isu yang besar bukan sahaja di Bahagian Perkhidmatan Kecemasan (Emergency Services) dan di pusat-pusat kesihatan tetapi juga untuk perjanjian perjumpaan pakar-pakar bagi tujuan pembedahan, rawatan, penyiasatan dan lain-lain, yang memakan masa sampai 3-6 bulan baru 'kitani' boleh berjumpa pakar. Di beberapa bahagian ada lebih dari 6 bulan. Ini tidak memberi satu gambaran yang baik tentang penjagaan kesihatan di negara ini.

Bagi kaola, kepatasan sesebuah hospital merawat penyakitnya menunjukkan Operational Efficiency dan pengagihan sumber tenaga manusia yang cekap. Work flow management yang licin memerlukan perancangan fizikal dan logistik yang lebih baik. Ini masih merupakan cabaran kepada perkhidmatan 'kitani'.

Mengenai dengan kelambatan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan, kaola berpendapat sebahagian dari perkhidmatan itu dapat dioutsource kepada klinik-klinik swasta yang boleh memberi perkhidmatan yang cepat dan efisien dan cost effective dalam jangka masa panjang.

SamaIah juga bagaimana kita telah outsource drug procurement kepada RBTS. Trend masa ini ialah banyak pesakit kita ke luar negeri ke negara jiran seperti Malaysia, ke Miri, ke Kota Kinabalu dan sebagainya kerana di sana mereka mendapat rawatan yang cepat dan jauh lebih murah.

Ini disebalik kita mempunyai hospital seperti Jerudong Park Medical Center (JPMC), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Gleneagles JPMC yang memiliki pakar, kelengkapan perubatan dan makmal yang canggih dan berteknologi tinggi tetapi belum berhasil menarik pesakit dari luar dalam bilangan yang banyak.

Kita khuatir bukan saja kita kurang menarik pesakit dari luar tetapi juga menyebabkan orang Brunei akan ke luar mencari rawatan di luar negeri. Pusat perubatan di sana secara agresif mengiklankan perkhidmatan mereka kepada general practitioners di negara ini untuk merujuk pesakit-pesakit dari Brunei ke sana. Kaola khuatir jika kita masih mempunyai isu dalam memberi perkhidmatan rawatan, pembedahan yang cepat, pesakit-pesakit kita akan memilih untuk menerima rawatan di luar, sebagai contoh ke Miri.

Perkara ketiga yang ingin kaola sentuh ialah mengenai keadaan hospital terutama RIPAS dan hospital di daerah-daerah yang memerlukan banyak kerja pembaikan seperti aircond, bilik air dan tandas-tandas dalam wad yang keadaannya kurang menyenangkan atau tidak memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna atau pengunjung-pengunjung hospital.

Adakah isunya kurang peruntukan atau kurang pemanatauan dari pihak-pihak berkenaan. Di persekitaran RIPAS misalnya keadaan yang tidak terurus masih dapat 'kitani' lihat, di mana rumput yang panjang di kawasan parking tidak berpotong.

Ini berlainan dengan apa yang kita lihat di JPMC dan PJSC di Jerudong. Kalaulah dapat diberi lebih perhatian kepada hospital-hospital yang dikunjungi orang ramai.

Seterusnya, kaola ingin menyentuh mengenai keberkesanan menangani penyakit yang tidak berjangkit (non-communicable diseases), banyak sudah pelaburan kita di peringkat tertiary tetapi status dan impak kepada kesihatan awam perlu juga diketahui. Mungkin hasil usaha yang dibuat tidak dapat dilihat cepat seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan tapi perlu juga diketahui sebagai petunjuk dan permakluman kita agar impak dan hasilnya sama ada kita on the right track atau tidak.

Statistic Life Expectancy in South East Asia 2022 menunjukkan bagi penduduk Singapura ialah 84.39 tahun, Thailand 80.13 tahun, Malaysia 76.58 tahun, bagi Negara Brunei Darussalam pula ialah 74.61 tahun. Nampak penurunan di sini.

Pada tahun 2017, life expectancy di Brunei ialah bagi lelaki 76.3% dan bagi perempuan ialah 78.3%. Tidak tahu bagaimana kita hendak menerangkan fenomena ini tapi itulah kenyataannya pada masa ini, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi, sepertimana yang pernah dikongsikan sebelum ini, negara kita adalah sebuah negara ASEAN yang mempunyai kadar penuaan (aging) yang cepat.

Pada masa ini, lebih daripada 10% penduduk kita adalah berumur 60 tahun ke atas dan akan mencapai hampir 30% pada tahun 2050. Bayangkan saja dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2050, setiap 1 daripada 4 orang yang duduk di sini akan berumur 60 tahun ke atas.

Setentunya dengan peningkatan penuaan tersebut juga akan diiringi dengan cabaran-cabaran kesihatan dan masalah sosial yang ada hubungan dengan penuaan, ini termasuklah cabaran penyakit tidak berjangkit dan juga dementia serta cabaran penjagaan dan pemedulian warga emas.

Kaola mengucapkan tahniah serta mengambil maklum usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Kesihatan merangka langkah-langkah khusus bagi menangani isu-isu kesihatan dan sosial warga emas seperti dalam Pelan Tindakan Warga Emas termasuk beberapa tindakan mengenai dementia.

Kaola mohon pencerahan status pelaksanaan langkah-langkah yang dinyatakan dalam pelan tindakan terutamanya yang berkaitan dengan dementia.

Soalan kaola, apakah perkhidmatan yang ada pada masa ini bagi menangani penyakit dementia dari segi pencegahan, pengesanan, rawatan dan penjagaan mereka yang menghidapi dementia cukup untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Berkaitan dengan ini, disarankan agar Kementerian Kesihatan memastikan sumber yang cukup untuk pelaksanaan setiap tindakan dalam pelan tersebut, termasuklah sumber manusia yang berkelalayan dan mempertimbangkan sumber-sumber dan pembiayaan alternatif di luar dari sektor kerajaan.

Di samping itu, 'pembarigaan' mengenai dementia mestilah diteruskan agar masyarakat umum mengenalnya dan meningkatkan awareness dalam kalangan kita dan untuk itu, kita akan sama-sama dapat mencegahnya. Jadi, perkara ini kaola mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri sejauh mana perkara ini ditangani? Bukan pada masa kini tapi untuk masa akan datang juga.

Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi وبارك الله في العالمين، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

أحكم باله Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَبِهِ نَستَعِينُ وَالصَّلاَةُ dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin dengan secara ringkas terus kepada cadangan yang ingin dikemukakan iaitu mengenai jawatan Jururawat ditempatkan di sekolah-sekolah secara sepenuh masa.

Dalam usaha memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan penyakit di kalangan pelajar, kaola mencadangkan jika sekiranya jururawat boleh ditempatkan di setiap sekolah sepenuh masa. Kaola mengambil maklum bahawa Yang Berhormat Menteri ada melaksanakan beberapa program kesihatan di sekolah seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri petang kelmarin.

Walau bagaimanapun, kelebihan jururawat sepenuh masa dapat memastikan penjagaan kesihatan yang optima kepada pelajar secara berterusan, mengurangkan kesenjangan atau gap dalam infrastruktur kesihatan dan menyokong pendidikan serta kesejahteraan pelajar-pelajar secara menyeluruh. Selain itu, dengan adanya jururawat sepenuh masa di sekolah juga boleh memastikan tindakan kecemasan dapat dilakukan dengan segera tanpa perlu menunggu ambulans atau paramedik datang memberikan rawatan yang diperlukan dengan cepat dalam situasi kecemasan.

Sekian saja cadangan daripada kaola dan mohon perkara ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas mukadimah yang cukup jelas dan terperinci mengenai perbelanjaan bajet 2024/2025. Dunia dikejutkan dengan wabak COVID-19 pada tahun 2019.

Namun pada itu, kita juga turut diuji dari semua aspek kemampuan dalam menangani situasi ini termasuklah kesiadaan Pusat Pengasingan Kebangsaan yang terdahulu dan National Isolation Centre (NIC) yang dibina pada bulan April 2020, jika berlaku situasi yang sama pada bila-bila masa yang akan datang.

Sehubungan itu, kaola mohon pencerahan berkenaan persediaan Kementerian Kesihatan berkenaan kemampuan Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC) yang sedia ada dan berapakah kos pemeliharaan bangunan NIC yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِله رَبِّ العالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنبِياءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ

وَبِهِ نَسْتَعِينُ dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan lauan kepada kaola untuk turut serta membincangkan peruntukan Kementerian Kesihatan.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas mukadimah yang disampaikan yang begitu panjang lebar, padat dan terperinci, memuatkan hala tuju, tumpuan dan projek-projek serta program-program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada masa terdekat dan akan datang.

Pada hemat kaola, jika inisiatif-inisiatif yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri semalam dapat direalisasikan dan dilaksanakan sepenuhnya, kaola yakin ia akan mampu meningkatkan kualiti pemberian perkhidmatan dan mengangkat sistem penjagaan kesihatan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Kaola bersetuju dengan mutiara kata yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri semalam iaitu 'Rakyat yang sihat adalah kekayaan terhebat yang boleh dimiliki oleh sesebuah negara'. Namun begitu, dalam konteks negara kita yang menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada rakyatnya, kaola berpendapat kita perlu juga mengambil kira dari sudut sustainability and value for money dalam kita memberikan yang terbaik untuk kesehatan negara.

Oleh itu, option yang praktikal perlulah juga diteliti dari sekarang untuk menyeimbangkan di antara komitmen ini dengan sustainability dalam memelihara kesihatan rakyat negara ini secara berterusan.

أَحْكَمَهُ seperti yang dikongsikan dalam mukadimah semalam oleh Yang Berhormat Menteri dalam belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 ini, Kementerian Kesihatan telah mendapatkan kenaikan peruntukan yang agak lumayan.

Anggaran pembelanjaaan biasa misalnya, meningkat peruntukannya sebanyak kira-kira $157 juta bagi rawatan pesakit di Gleaneagles JPMC dan Pantai Jerudong Specialist Centre yang mana tajuk perbelanjaan ini telah dipindah di bawah kawalan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan akauntabiliti.

Setentunya pemindahan tanggungjawab kewangan ini akan memerlukan Kementerian Kesihatan untuk mengukuhkan governance yakni tadbir urusnya supaya ia lebih accountable, telus dan mempunyai check and balance yang mantap. Effectiveness dan value for money perlu juga ditekankan dalam perbelanjaan komersial entiti ini.

Di samping itu, kita juga berharap tambahan jawatan tenaga kerja profesional kesihatan yang diluluskan ini akan diisikan sebilangan besarnya oleh anak-anak tempatan, إن شاء الله

Yang Berhormat Pengerusi, kaola memahami mengenai keperluan untuk menghulurkan perhidmatan kesihatan yang terbaik dan bertaraf dunia (world-class) untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini yang meliputi semua aspek.

Namun apa yang penting ialah dari segi accessibility dan ketersediaan perkhidmatan ini kepada semua peringkat rakyat secara keseluruhannya dengan selamat, mudah, cepat dan berkualiti.

Kaola menaruh harapan dengan digitalization programme, penyediaan cutting-edge medical equipment serba canggih dan state of the art yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) yang akan diiringi oleh tenaga kerja professional kesihatan yang pakar, berpengalaman dan terlatih, ia akan meningkatkan lagi kualiti kecekapan dan kecepatan pemberian perkhidmatan ini.

إن شاء الله mudah-mudahan ini akan dapat menangani kelambatan yang dialami oleh orang ramai pada ketika ini sepertimana juga yang telah diterangkan oleh rakan Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, terutamanya tempoh menunggu (waiting time) dalam mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan ubat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan.

Ke arah itu, kaola ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai apakah strategi output ataupun sasaran-sasaran yang akan dihasilkan dari peningkatan peruntukan ini, khususnya dari segi memperkesankan, meningkatkan pemberian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada orang ramai terutama dari aspek memendekkan masa menunggu, kualiti perkhidmatan dan kepuasan hati pelanggan?

Adakah nanti terdapat mekanisme untuk menyukat pencapaian bidang ini secara berterusan?

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama membahaskan tentang peruntukan Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, kaola juga ingin merakamkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang telah membentangkan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang begitu komprehensif terhadap peta jalan dan pelan strateginya.

Ini termasuk juga langkah-langkah mempromosi, pencegahan dalam usaha meningkatkan sistem dan tahap kesihatan dan seterusnya menuju kepada kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih baik dan terjamin kepada rakyat dan penduduk negara ini.

Kaola berpendapat segala rancangan-rancangan dan inisiatif-inisiatif yang telah pun dirancangkan adalah sangat dialu-alukan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan terbaik. Mudah-mudahan cabaran-cabaran dapat diatasi dalam memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang dihasratkan dengan penuh kesempurnaan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola tidak akan 'menjangkau' apa yang rakan Ahli Yang Berhormat sebutkan tadi.

Kaola lebih fokus dalam beberapa isu yang kaola anggap adalah sangat penting. Adalah tidak dapat dinafikan keperluan dan mustahaknya kita untuk mengikuti trend transformasi ICT dan digital pada masa kini dan akan datang.

Teknologi juga boleh memudahcarakan pemberian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penduduk negara ini.

Walau bagaimanapun, apakah ia menjadi keutamaan yang sangat diperlukan berbanding dengan keperluan-keperluan asasi yang perlu disediakan bagi rawatan dan peralatan kesihatan serta keselesaan pesakit-pesakit yang sangat memerlukan yang dapat dirasai dan dinikmati secara langsung oleh pesakit-pesakit?

Persoalannya, kaola berpandangan jika masih terdapat keperluan yang lebih mendesak seperti equipment, mesin-mesin perubatan di hospital, pusat-pusat kesihatan, keperluan infrastruktur misalannya Pusat Pergigian Negara yang telah berusia 23 tahun pada masa ini, mengalami berbagai-bagai masalah yang perlu ditangani:

  1. Semakin banyak doktor-doktor pergigian (dentist) termasuk specialist tetapi tidak mencukupi dental chair untuk memberikan perkhidmatan.;

  2. Tidak mencukupi untuk menampung mereka yang telah menamatkan kursus-kursus pergigian misalannya bagi Dental Foundation Training, Basic Speciality Training, begitu juga kepada kursus-kursus Dental Hygienists & Therapists kerana tidak terdapat kerusi-kerusi pergigian yang perlu mereka ini mendapatkan latihan. Jadi, ini terhad.;

  3. Pesakit-pesakit terpaksa menunggu lama seperti rakan Ahli Yang Berhormat tadi mengatakan ada yang pergi ke Miri. Sebabnya telah lama sedangkan mereka ini memerlukan perkhidmatan pergigian.;

  4. Mengakibatkan produktiviti menurun dan dentist terpaksa bekerja dengan mengongsikan dental chair yang melibatkan tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit. Tapak untuk digazetkan telah pun sedia 10 tahun yang lalu yang letaknya di Kampung Katok tapi dahulunya hendak dimasukkan Dental Centre ini oleh sebab diutamakan Children & Women Centre didahulukan maka ianya diketepikan dan dirancangkan untuk dimasukkan ke dalam rancangan kemajuan negara tetapi kaola tidak melihat Pusat Pergigian ini dalam Rancangan Kemajuan Negara.

Berkebetulan juga Hari Oral Sedunia pada 20 Mac yang lalu, iaitu bertemakan 'A Happy Mouth Is a Happy Body'. Ia menekankan betapa mustahaknya oral health (kesihatan mulut) setiap individu boleh mengakibatkan kesihatan pada keseluruhan badan.

أَفْكَرُ بِهَ Yang Berhormat Menteri Kesiha tan juga mengatakan sempena Hari World Health Sedunia ini marilah kita sama-sama melakukan kesihatan termasuk kesihatan mulut sebagai tanggung jawab kita bagi memastikan semua dekat dalam merealisasikan visi Wawasan Brunei 2035, iaitu Mencapai Kualiti Kehidupan Yang Tinggi.

Antara masalah-masalah yang kaola sebutkan tadi, kaola berpendapat adalah perimustahaknya untuk diambil perhatian keperluan-keperluan dan masalah yang dihadapi itu dan betapa mustahaknya untuk dipertimbangkan bangunan Pusat Pergigian Negara ini untuk didirikan.

Kita bayangkan 10 tahun akan datang apa akan terjadi. Mampukah Kementerian Kesihatan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang disarankan khususnya dalam Kesihatan Mulut dan Pergigian? Inilah satu masalah.

Seterusnya kalau dapat kaola meneruskan sedikit lagi Yang Berhormat Pengerusi? Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola mengambil contoh aplikasi BruHealth yang dibangunkan secara extensive dan menggunakan kebolehan Artificial Intelligence yang canggih telah pun diperuntukkan berjumlah $62.5 juta termasuk projek sistem BruHims 2.0, sistem Intelligence Intellect Medical Record dan seumpamanya.

Manakala peruntukan di bawah perbelanjaan Kod 005/007 di bawah peruntukan Kementerian Kesihatan juga diperuntukkan $26,748,191 setahun untuk Pengurusan Sistem Maklumat dan Data Kesihatan.

Kaola bandingkan di sini satu saja perbandingan, iaitu anggaran perbelanjaan untuk mengurus peralatan-peralatan perubatan dan makmal di bawah Kod 005/006 - Kementerian Kesihatan adalah sebanyak $7,388,655 yang mana kaola berpendapat lebih memerlukan dengan keadaan peralatan-peralatan perubatan yang pada masa ini semakin usang atau tidak berfungsi dengan baik atau tidak diganti mengikut jangka hayat yang telah ditetapkan.

Setentunya peralatan perubatan lebih penting yang mana ianya melibatkan rawatan pesakit secara langsung dan membantu mengenal pasti masalah-masalah pesakit atau rawatan yang lebih tepat serta juga menjaga keselamatan pesakit yang dirawat.

Sehubungan dengan isu-isu dan senario yang kaola nyatakan di atas, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, adakah terdapat mekanisme yang diperkenalkan bagi memastikan mana-mana projek e-kerjaan atau ICT yang memerlukan perbelanjaan besar perlu melalui proses penilaian dari segi impak kepada masyarakat terlebih dahulu atau memberikan keutamaan kepada keperluan asas kementerian ini, jika ianya lebih mendatangkan faedah yang lebih significant kepada masyarakat.

Kedua, adakah diadakan penganalisaan dari aspek cost benefit analysis terhadap projek e-kerajaan atau ICT yang memerlukan perbelanjaan yang besar dibandingkan dengan keperluan asasi penjagaan kesihatan.

Seterusnya, adakah kolaborasi peralatan perubatan dilaksanakan dengan mengikut standard procedure yang dijadualkan bagi mengelakkan kurang ketepatan dalam rawatan pesakit yang boleh sahaja menjejaskan prosedur-prosedur rawatan dan perubatan.

Apakah pemeriksaan secara berjadual dan berterusan regular checking dilaksanakan bagi peralatan-peralatan perubatan secara keseluruhannya mengikut piawaian and standard.

Adakah penggantian telah dilaksanakan bagi peralatan perubatan yang telah luput jangka hayatnya dan kaola juga ingin pencerahan tentang kedudukan pusat pergigian yang baharu.

Kaola mengakhiri dengan,

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُلِلّٰهِ وَالشُّكْرُ لِلّٰهِ وَ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَارَكَ

dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُلِلّٰهِ وَالشُّكْرُ لِلّٰهِ وَ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَارَكَ

Secara ringkas kaola lebih cenderung menyentuh berkenaan dengan kedudukan hospital-hospital kerajaan.

Di dalam menawarkan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada pesakit, merujuk kepada laman sesawang Health Key Digital Com, Tan Tock Seng Hospital Singapore berkedudukan ke-10 hospital Asia yang menawarkan perkhidmatan perubatan dan doktor pakar terbesar termasuklah menyediakan 1,700 katil untuk pesakit.

Sementara itu, Chang Gung Memorial Hospital Taiwan pula disenaraikan tangga pertama Asia Top Hospital yang mendapat pengiktirafan perkhidmatan terbaik di dalam semua aspek, termasuklah memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit-pesakit serta mempunyai doktor-doktor yang berkemahiran tinggi dan komited di dalam melaksanakan tugas mereka.

Selain daripada itu, hospital ini mempunyai perkhidmatan pakar-pakar yang komprehensif serta menyumbangkan kepada kemajuan dari segi perubatan pendidikan dan penyelidikan.

Sehubungan dengan ini, apakah perancangan ke hadapan Kementerian Kesihatan, khususnya ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital-hospital, sekurang-kurangnya setanding dengan standard hospital-hospital di peringkat serantau.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

وبالله التوفيق والهادة، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat kita telah pun mendengar soalan dan juga saranan-saranan yang telah dikemukakan oleh 6 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dan sekarang saya akan meminta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan reaksinya ataupun responsnya terhadap perkara-perkara yang telah ditimbulkan itu.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ، وَأَشْكُرُهُ شُكْرًا عِنْدَ تُقْصِيرِ آلَائِهِ وَتَقْصِيرِي، سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ، وَخَضَعَ لَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Pertama sekali, kaola ingin mengucapkan terima kasih terhadap Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mendoakan kesejahteraan warga-warga Kementerian Kesihatan.

Menjawab soalan pertama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai dengan isu accessibility dan kekurangan doktor dan seperti yang dibacakan dalam mukadimah kaola, di sanalah 'kitani' menambah jumlah doktor, allied health professional and nurses as well to improve the care and accessibility of patient care, secara ringkasnya.

Masa menunggu di AE ini, أَحْمَدُهُ dalam 2 tahun kebelakangan ini, the average waiting time for category three is about 4 hours, which is not bad, considering it's a government, a free hospital. Dibandingkan dengan negara jiran yang berbayar jua, P3 can go for up 24 hours.

That's no excuse but still we try our best to improve the care, so kalau P1 yang perlu kecemasan ia akan ditangani immediately. Itu tidak menunggu tu, chest pain dan sebagainya. Dan P2, sakit perut misalan dipastikan apa, the waiting time is 20 minutes. So, this, we can challenge any developed countries for the statistics.

Mengenai menunggu rawatan atau perjumpaan, ia dibahagikan kepada 3 kategori. Emergency will be seen immediately on that day. Urgent will be seen within 24 to 48 hours and routine will be seen about antara 2 minggu ke 4 minggu, tetapi kadang-kadang ada sampai 6 minggu.

Walau bagaimanapun, disampaikan di sini, certain surgery itu menunggu lama. Seperti I think I mentioned this last year, for example cataract. Cataract dulu menunggu tidak lama sebelum COVID-19. Sebab COVID-19, tiga tahun lebih 'kitani' tidak operation. Now let's just go into simple statistics. Setahun 'kitani' operate 400. Kalau 3 tahun setengah 'kitani' tidak operate, will be about 16 hundred or there about. So Kementerian Kesihatan faham di mana orang menunggu cataract lama.

Jadi apa yang dijalankan untuk mempercepatkan ialah membuka semua hospital kecuali Daerah Temburong, for cataract operation, so increase the capacity di Kuala Belait, di Tutong. We also outsource cataract operation di JPMC to reduce the waiting time.

أَحْسَنْ, we may be able to catch up to the normal 400 recently but unfortunately ada masalah lagi early this year, so it goes back up. إن شَاءَ ٱللَّهُ perkara ini akan ditangani.

Jadi mengenai dengan orang kan keluar negeri, 'kitani' tidak dapat melarang, it's up to them, so yang banyak keluar negeri ini, yang ke Miri, mungkin jua Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman pun menerangkan pasal gigi, orang ber braces. So, braces are not a priority dalam Kementerian Kesihatan.

Ia tidak akan menyebabkan seorang akan kehilangan nyawa atau kemudaratan yang berat. Tidak lawa sahaja kali. So, we still provide for free but of course, the cost of braces is quite expensive. 'Diorang' membayar berapa ratus sahaja, so the rest is subsidised pada kerajaan. Kalau di luar the cost of braces ranges from $2000 to $4000 depending apa ia punya masalah.

So, we have to prioritise what's important dan masa ini pun penghantaran pesakit di luar negara sudah berkurangan daripada kerajaan kecuali ada beberapa sektor sahaja lagi. For example, complex congenital heart, bone marrow transplant, complex renal transplant. Yang renal transplant biasa yang straight forward is done di Brunei sudah and liver transplant masih di luar negara dan certain eye conditions, itu sahaja. So, we are working how to make sure our current young consultants able to take over some of this in the future.

Mengenai dengan RIPAS, أَنكَمَن لِنيَ, seperti yang abis kita lihat juga dalam beberapa tahun RIPAS telah membuat pembaiakan dari segi pengubahsuaian, banyak sudah wad yang di naik taraf tetapi ia secara berperingkat.

Jadi ada yang ward lama itu masih nampak macam tidak bisailah tapi إِنَ شَاءَ الّلهُ, dalam tahun ini ia akan diperduli lagi seperti yang kaola nyatakan di dalam mukadimah. Ini termasuk tandas-tandas, tandas akan diutamakan dalam peruntukkan yang saya sebutkan didalam mukadimah kaola itu.

Mengenai dengan penjagaan or pengurusan hospital ini, mostly are outsource, saya terima baik saranan Yang Berhormat itu, we need to be more efficient in managing the contractors, macam rumput pun tahu sudah bila masanya memotong dan sebagainya. Ini pun sudah ditekankan kepada pengurusan RIPAS, so إِنَ شَاءَ الّلهُ, ianya akan bertambah baik.

Seterusnya soalan tadi mengenai Dementia. Jadi dementia ini, Kementerian Kesihatan akan sentiasa menyediakan sistem kesihatan dan prasarana yang mudah di akses dan saksama serta berkualiti tinggi kepada seluruh penduduk di negara ini dalam memastikan semua individu akan memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

Jadi untuk makluman kepada semua yang ada di sini, demensia mempunyai bermacam jenis. Ia akan dikenalpasti terlebih dahulu oleh general practitioner atau primary medicine doctor untuk dirujuk pesakit demensia tersebut ke klinik neurology, geriatric, ataupun psychiatric.

Mengenai ubat demensia, ubat yang ada pada ketika ini adalah khas untuk penyakit Alzheimer dan penyakit dementia selayaknya belum ada rawatan ataupun ubatnya yang khusus. Akan tetapi, untuk merawat penyakit Dementia ini, bukan sahaja memulihkan semula penyakit tersebut akan tetapi ia hanya untuk memperlahankan dan menstabilkan kerosotan penyakit Dementia seseorang itu.

Perkara yang paling penting adalah untuk mengurangkan gejala demensia seperti Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman tadi tanyakan macam mana prevent these? Perkara yang paling penting ialah mengurangkan gejala yang teruk ini adalah dengan melakukan aktiviti yang sihat seperti kegiatan fizikal aktiviti dan brain exercise. That means doing some seperti bermain chess, membaca buku, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Dan apa yang paling penting adalah pencegahan dari awal, because some of these dementia ini is related to NCD seperti multi-infarct or bekas stroke dan sebagainya. Jadi ini ialah berkaitan dengan pengawalan NCD macam kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Kementerian Kesihatan juga akan memastikan para penjagaan kesihatan dan sukarelawan yang dilatih dengan secukupnya sehingga mereka dapat memberikan nasihat dan perkhidmatan kesihatan yang relevan bagi semua individu yang menghidap penyakit dementia dan ahli keluarga serta penjaga mereka. Walau bagaimanapun, diakui ini mungkin masih belum mencukupi, إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ, akan ditambah lagi keterlibatan orang kementerian dan orang sukarelawan untuk sama-sama menangani masalah ini.

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAKWE) di seluruh negara. Pertubuhan Warga Emas dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dementia Brunei adalah sebagai NGO untuk meningkatkan kesedaran tentang dementia dan melaksanakan intervensi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Dementia.

Pelbagai aktiviti dan jerayawara telah diadakan dalam bersama Persatuan Dementia Brunei, di antaranya, seperti berikut:

  1. Sesi pemeriksaan Dementia di kalangan komuniti;

  2. Sesi ceramah kesihatan bagi warga emas di semua cawangan PKWE; dan

  3. Pertubuhan Warga Emas secara berjadual.

الأخذة بنته, Program Kesihatan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga emas di seluruh negara. Selain itu, kempen media masa melalui radio dan media sosial berkaitan demensia dan pada tahun 2023 yang lalu, satu Persidangan Antarabangsa Dementia dengan kerjasama Alzheimer Disease International telah diadakan di negara ini di mana peserta daripada dalam dan luar negeri telah berkongsi ilmu mengenai isu tersebut.

Di samping itu ,sesi taklimat media dan pengagihan poster dan banners sempena Sambutan Hari Demensia 2023 di jabatan-jabatan kerajaan, pasar raya-pasar raya, syarikat swasta dan tempat awam yang lain.

بنت شاه بنته, pihak Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Persatuan Demensia dalam memastikan isu demensia ini akan dapat ditangani dengan segera.

MOH mempunyai perancangan dalam masa sederhana dan panjang dalam menangani isu penjagaan warga emas, tidak terhad kepada penyakit demensia sahaja. Iaitu meningkatkan kakitangan yang berkemahiran dalam penjagaan warga emas dan demensia, menyediakan fasiliti atau stepdown hospital dan day care yang mesra warga emas (old age friendly). Perancangan blok baru hospital yang menyediakan wad-wad yang age friendly, باڬي bagi Hospital RIPAS nanti.

Mengenai dengan outsourcing ke swasta ini, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman ada bertanyakan seperti RBTS yang di outsource.

Apa yang Kementerian Kesihatan buat dalam beberapa tahun ini ialah menggalakkan pertubuhan klinik-klinik swasta. Seperti dalam mukadimah yang kaola nyatakan, dalam beberapa tahun ini banyak sudah, تكمچ لنيك klinik-klinik swasta, even allied health professional ada 2 ditubuhkan dalam tahun lepas. Ini akan serba sedikit menolong untuk orang ramai mengakses the specialist's care. So, siapa yang berkemampuan itu, boleh pergi ke klinik swasta. Adalah satu di Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan supaya more private clinic especially specialists health macam allied health, speech language dari physio therapy dan sebagainya.

Mengenai dengan our life expectancy, these is not 2 to 3 years punya isu tapi beberapa tahun punya isu. Dalam Dewan yang mulia ini, pernah kaola nyatakan juga, unfortunately NCD kita ini meningkat, ini menyebabkan kematian pramatang meningkat. Seperti saya kongsikan juga sebelum ini, the average orang yang stroke atau heart attack di negara ini 10 tahun lebih muda dibandingkan dengan negara-negara barat.

So, baru-baru ini dalam mukadimah, kaola ada menyatakan we did Health Literacy. Health Literacy ini maksudnya penyelidikan di buat setakat mana orang ramai faham mengenai masalah kesihatan ini. And interestingly although the sample tidak berapa banyak, kalau tidak silap a few 4 to 5 hundred sahaja. Yang berpendidikan tinggi, yang Health Literacy poor pulang which is a bit shocking because we thought macam bukan orang sekolah tinggi, ia tidak faham atau apa, tetapi ini yang berpendidikan tinggi yang Health Literacy very poor.

So, we need to melalui Health Promotion Center, Kementerian Kesihatan juga dalam beberapa tahun ini sudah 'kitani' mengadakan macam satu aktiviti di Kementerian-Kementerian untuk memberi penerangan mengenai dengan hal kesihatan, the whole ministry sudah.

Then, even exercises for the last 2 years, all the ministries have engaged with Ministry of Health punya HPC projek WAH Programme. Seterusnya, baru-baru ini ada jua 6 kementerian sahaja, mengenai dengan projek pengawalan berat berbadan di 6 kementerian dan itu masih dijalankan.

Mengenai health literacy ini is a bit alarming because it's 'nya orang' we hope yang berpendidikan ini dapat memahami lebih mendalam tapi ia sebaliknya. Jadi, kerjasama dengan Health Promotion Centre nanti akan membuat research on how to improve on this.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi mengenai soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf.

Mengenai hospital dengan alat-alatnya itu, is 'andang' menunggu giliran untuk diganti dan dari segi, seperti saya katakan tadi, tandas dan kebersihan ini is outsource so we need to manage the contractor a bit more bukannya 'inda' ada bajet dan sebagainya.

Mengenai air-cond AHU, diketahui sudah umurnya, memang diganti secara berperingkat. Cabarannya ialah mengganti, terpaksa ditutup wad-wad ini, itu yang masalahnya juga. Kalau 1 wad, 'nda apa'. Usually ada 2-3 wad atau 4 wad sekali gus sebab AHU itu is linked to all these ward, so that's the cabaran.

Menambah lagi mengenai warga emas ini, seperti yang ditanyakan tadi pelan tindakan warga emas telah dikemaskini bersama pihak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan mengambil kira konsep masa ini bukan lagi healthy ageing, its successful ageing.

Pada ketika ini, pihak jawatankuasa kerja telah bersidang untuk meneliti dengan lebih terperinci mengenai tindakan-tindakan, KPI dan sasaran yang berkaitan agar ia sesuai dengan situasi penuaan sihat di negara ini. Tindakan-tindakan di dalam pelan tindakan tersebut juga diharap agar lebih holistik dengan mengambil kira Whole of Nation Approach dan lebih mampan.

Seterusnya kaola menjawab soalan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed mengenai full-time nurses, ini memang satu cadangan yang baik kalau 'kitani' ada nurse dan peruntukannya ada. Di mana kalau kita lihat bahagian sekolah-sekolah antarabangsa (International School) di Brunei ini semua ada nursenya. It helps the students and the parents juga kalau ia 'macam' jatuh sakit.

Ia satu yang baik tapi buat masa ini dengan human resource we have, hospital-hospital dan klinik yang ada itu yang diutamakan dulu.

Seterusnya mengenai NIC. NIC ini, the original NIC is 27 beds, keupayaannya setaraf dengan ICU ataupun HDU dan الحَمْد لِلَّٰهِ, semasa pandemik walaupun 'kitani', rasanya 'kepumpungan' tapi we manage to build an extension of NIC then we build 166 beds with all ICU and HDU capabilities as well and even hemodialysis and if need be, we can also use the main building, itu akan menambah dalam 60 katil lagi.

Jadi, kesediaan 'kitani' dalam mengharungi segala pandemik, إِن شَاءَ ٱللَّٰهُ is still mampan and 'kitani' pun mengikuti piawaian WHO di mana we will be assessed every 3 years also. Sebelum pandemik itu, 'kelurusan' 'kitani' was assessed by WHO terhadap ketersediaan 'kitani', just in November before pandemic happen, it's called under IHR (International Health Regulation).

Walaupun bagaimanapun, IHR ini sudah dikenal pasti semasa pandemik banyak shortcomings, terutama the rest of the world.

Although 'kitani' telah mengikut piawaian tetapi ada certain countries tidak berkemampuan, jadi masa ini sedang digubal, IHR ini, untuk memastikan semua negara have access to care seperti perumpamaan no one is save until everyone is save. So, ini masih dibentuk oleh WHO, yang mana Negara Brunei Darussalam bekerja rapat dengan WHO mengikuti permesyuaratan untuk memastikan negara kecil seperti 'kitani' ini tidak ketinggalan atau pun tersisih.

Untuk makluman juga, NIC ini ada operating theatre untuk Special Care Baby Unit and they all have negative pressure capabilities dan ada biliknya yang boleh bertukar kepada dual positive and negative pressure capabilities. All the machines masa ini, we rotate it to other hospitals supaya masih berfungsi. Semasa pandemik 'kitani' banyak machines, so some of the machines are rotated to other hospital to make sure it is used and the maintainance is still there seperti ventilator, monitoring system dan sebagainya.

Seterusnya Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim ada menyatakan about accessibility juga.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Adalah satu kepentingan bagi kementerian yang mana rawatan atau penjagaan kesihatan ini is accessible to all dan seperti yang 'biskita' semua maklum, terdapat 14 buah pusat kesihatan dan 6 buah klinik kesihatan yang terletak di lokasi-lokasi strategik.

Waktu beroperasinya most of them are office hours, walau bagaimanapun turut disediakan perkhidmatan waktu lanjutan di beberapa lokasi iaitu Pusat Kesihatan Berakas dan Pusat Kesihatan Sungai Liang.

Orang ramai dapat mengakses semua perkhidmatan ini tanpa mengira kawasan tahanan mereka sejak bulan Ogos 2023.

Selain itu, pihak jabatan juga menyediakan perkhidmatan melalui jalan darat ke Mukim Labi, Sukang dan Melilas secara berjadual, ini termasuk dental care di sana.

Pihak jabatan juga menyediakan perkhidmatan lawatan ke rumah bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan home-based nursing iaitu bagi pesakit-pesakit kronik yang memenuhi beberapa kriteria tertentu seperti NG Feeding, Stoma dan sebagainya.

Dan 2 buah pusat kesihatan akan dibina dalam RKN 'kitani' الله ان شاء iaitu Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan dan Pusat Kesihatan Mengkubau. Inilah yang diharap ia akan memberi access dan mengurangkan juga ratio of people to doctor in that community yang pernah kaola nyatakan sebelum ini.

Bagi menunggu di pusat-pusat kesihatan, pihak Jabatan Kesihatan sentiasa berusaha untuk memastikan waktu menunggu, berjumpa doktor sentiasa dapat diperbaiki. Perjumpaan doktor ini dibahagikan kepada 2 kategori di pusat kesihatan iaitu walk-in atau secara perjanjian dan jumlah doktor yang bertugas merupakan limitasi utama kepada berapa ramai pesakit yang dapat dijumpai pada satu waktu.

You just calculate simple maths, 1 orang minimum 10 minit sejam 6 orang, kalau waktu bekerja 8 jam so we know it's less than 50. Kalau 70 orang, ia akan menunggu, akan dijumpai juga 'ganya lambat tah tu' dan especially yang walk-in, kecuali yang emergency, kalau emergency seperti yang dinyatakan tadi, they will be attended to immediately.

Bagi mereka yang mempunyai perjanjian di pusat-pusat kesihatan, mereka akan dinasihatkan untuk hadir 30 minit lebih awal bagi memastikan proses pendaftaran dan penyaringan yang dijalankan sebelum berjumpa doktor. Jangka waktu perjanjian ini tertakluk kepada beberapa faktor misalannya jika pesakit diabetes jika paras gulanya itu tidak terkawal lama 'tah' lagi dari 10 minit kadang-kadang.

Walaupun perkara utama yang diambil kira ialah dapatan dari proses ragam pesakit jika pesakit didapati tidak stabil, mereka akan didahulukan terlebih dahulu seperti saya nyatakan tadi.

Di sini saya mengambil kesempatan jua mengenai perjanjian berjadual ini. Kalau kita membuat perjanjian pukul 9, jangan pukul 9 baru 'tolak' dari rumah, because of bertindas-bertindas ini yang menyebabkan kelambatan atau it disrupts the clinic. Kalau biskita datang setengah jam lebih awal adalah sangat-sangat digalakkan.

Mengenai pemindahan peruntukan, أَتُفقُمَ, pemindahan peruntukan sebanyak $150 juta dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke Kementerian Kesihatan bagi Pantai Jerudong Specialist Centre dan Gleneagles JPMC.

Jadi, Pantai Jerudong Specialist Centre ini, ingin jua kaola memaklumkan ia terbahagi kepada beberapa pakar, pertama sekali BNSRC Brunei Neuroscience Stroke & Rehab Centre iaitu orang stroke semua di sana dan orang neurosurgery pun di sana, spine surgery pun semua di sana and rehab pun di sana.

So, that is one department. Then we got the Brunei Cancer Centre. So, ini the medical oncology yang berkimo semua di sana dan Jabatan Radioterapi di sana, Jabatan Nuclear Medicine pun di sana and Early Detection & Cancer Prevention Services pun di sana. PJSC juga merangkumi Maxillofacial, Facial Plastic and Reconstructive Surgery yang bangunannya ada di RIPAS. So, itu di bawah Pantai Jerudong Specialist Centre.

Walaupun ia macam besar $150 juta, kalau dibahagi-bahagi tidak juga berapa banyaklah. Sekarang أَتُفقُمَ, dengan peruntukan itu di bawah Kementerian Kesihatan will make sure the accountability is there for each department especially cancer treatment di mana tidak semestinya kita membeli ubat kanser kemoterapi terbaru yang mana kalau dalam studynya menambah hayat 2 minggu saja, belanja sejuta untuk seorang dalam 2 bulan, so there is no point. Di sanalah, we want to do some governance dari segi pembelian ubat-ubatan dan sebagainya.

Jadi, mengenai ubat-ubat menunggu ini pun, if you go to negeri jiran jua, pernah saya di sana ia punya menunggu ubat rutin is 12 hours baginya 'tampal-tampal'. Kita menunggu ada juga 1 ke 2 jam di RIPAS terutama sekalinya.

Walau bagaimanapun, warga emas selalunya ada diberikan priority lain. Bagi orang ramai 'iatah' disediakan perkhidmatan penghantaran ubat seperti Go Rush dan ada post office dan ada lagi satu company ini. Jadi, pembayaran $3 ke $5 depends berapa lama, kalau $3 rutin, kadang-kadang up to 2 days, kalau ia mahu awal itu juga, hari itu, $5.

Jadi, kalau kita bandingkan lama kita menunggu 1 ke 2 jam, kalau membayar 2 jam menunggu sudah $2 parking, lain lagi menahan marah kali, so better 'tah' ambil khidmat penghantaran ini.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memastikanlah where ever the waiting ini, we always monitor.

Di sini kaola mengambil kesempatan jua untuk mengingatkan orang ramai, we have this app called MOHK, kalau ada kelambatan, ada kerungutan please use it. Di sanalah kita dapat menilai ke mana keberkesanannya, any intervensi yang kita buat.

If you don’t have any feedback, we don’t know. So, dialu-alukan orang ramai untuk menggunakan MOHK sama ada untuk kebaikan atau untuk commendation pun boleh jua kalau ia menghargai seseorang jururawat atau ahli-ahli kesihatan boleh jua di sana, tidak semestinya untuk 'mengomplen' juga.

So, if there is any shortcomings, please it is there available and we always monitor this. 'Ganya' sebulan tidak ramai menggunakan, dalam bepuluh orang saja, so it is there and you know, it's there for everyone. So, dari sanalah kita nanti dapat menyukat jua keberkesanan apa yang kita buat.

Ada ketinggalan tadi pasal kekurangan pakar. Jadi, Kementerian Kesihatan secara berterusan menggalakkan doktor-doktor tempatan untuk meneruskan latihan ke peringkat kepakaran dan pengkhususan selaras dengan perancangan dan keperluan perkhidmatan dan juga dalam bidang-bidang yang dikenal pasti yang belum dapat pakar tempatan yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, harus difahami juga bahawa bidang kepakaran yang diperlukan bukan sedikit. Malahan setakat ini, di negeri yang kecil ini dengan 400 ribu ini, we have 50 bidang kepakaran perubatan disediakan di hospital-hospital kesihatan.

Latihan mencapai kelulusan pakar ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 ke 10 tahun masa ini. Jadi, it's a long process and التكميلية dalam kesempatan ini juga, kaola berterima kasih kepada all the previous leaders dalam kerajaan yang mana hasil kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan para ahli government yang dulu yang mana sekarang kita telah mencapai dalam 120 orang pakar perubatan tempatan yang telah ditetapkan jawatan. This takes a long process and now it's quicker. Bagi kaola dulu Yang Berhormat Pengerusi, it's 18 tahun, so now it's a bit shorten. Kepakaran ini termasuk juga meningkatkan jumlah pakar dalam any bidang termasuk pergigian, kesihatan awam dan primary health care. Ia menjadi pelaburan untuk investment kementerian bukan tertumpu untuk pakar di hospital sahaja.

Seterusnya, kaola menambah sedikit lagi Yang Berhormat Pengerusi mengenai jururawat yang di sekolah. Masa ini terdapat 22 orang jururawat seluruh Negara Brunei Darussalam yang terlibat dengan sekolah-sekolah, what we call them school help nurses.

Di Tutong 3 orang, Brunei-Muara 13 orang, Kuala Belait 3 orang dan Temburong 3 orang. Perkhidmatan ini bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan yang terbaik dicapai untuk penduduk yang bersekolah dan membolehkan mereka mencapai potensi pendidikan maksimum. Perkhidmatan ini disediakan kepada semua sekolah kerajaan dan swasta di negara ini. Medical examination di sekolah ini ialah mereka mencheck imunisasi, rawatan perubatan minimum untuk pelajar, pendidikan kesihatan juga mereka beri dan mengadakan lawatan rumah dan susulan pada yang tertentu. Oleh kerana jumlah jururawat yang terhad, seperti saya nyatakan tadi jumlah sekolah yang meningkat, maka perkhidmatan sekolah dijalankan secara berjadual. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ maybe in the future, when we have enough nurses dan enough peruntukan it will be a good idea to have.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai digitalization.

Digitalization ini apa yang penting is we need to get information. Information in other words is also wealth. Tanpa informasi yang tepat 'kitani' tidak dapat membuat perancangan yang tertentu ataupun penyediaan dari segi kesihatan awam yang 'kitani' perlu sediakan untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. It seems too expensive but we want as accurate as possible, there is an artifical intelligence behind it, jadi macam aplikasi BruHealth itu ia bukan sekali gus $60 juta lebih ia berperingkat-peringkat dan apa yang penting di sini ialah ia dapat meramalkan (predict) atau menunjukkan apa masalah Kementerian Kesihatan akan hadapi dalam masa 15 ke 20 tahun.

'Kitani' sudah ada 10 tahun data, so the more data they have they can mengikut algorithm yang disediakan 'diaorang' akan dapat mempredict berapa orang.

Apa masalah yang dihadapi yang paling banyak 15 hingga 20 tahun dan dari sana 'kitani' dapat merancang apa jenis perubatan yang perlu 'kitani' sediakan. Misalannya, kencing manis semakin meningkat di mana dialisis akan bertambah, then we need to prepare more renal doctors as I mentioned renal doctors takes 6 to 10 years to produce and then dari sini 'kitani' dapat membuat persiapan yang secukupnya dan harga yang lain 'atu' Bru-HIMS 2.0 ialah untuk menggantikan Bru-HIMS 1.0 masa ini.

We have appointed a new system, yang mana ia akan lebih canggih dan lebih interaktif in the way that ia ada artificial intelligencenya juga di mana kalau 'kitani' membuat kan simptom-simptom 'atu' ia boleh menolong juga give a differential diagnosis dan sebagainya dan sebab sistem sekarang ini sudah semakin tidak stabil we have to change the Bru-HIMS 1.0.

Kalau boleh tidak 'pulang' ditukar but the system is no longer stable and no longer supported, so ini pun memakai few life lines by the company so that in 1 or 2 years it will no longer be a resistance.

Dari segi peruntukan macam equipment dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof tidak banyak hanya $7 juta saja.

Masa ini apa yang Kementerian Kesihatan buat ialah rather than membeli we are leasing now, peruntukan itu tidak termasuk di sana, ia di dalam peruntukan yang lain. Jadi most of the equipment, makmal-makmal even CT & MRI itu all leased. Dengan leasing ini they have proper maintenance juga, diharap dengan perjanjian baru ini equipment akan lebih di maintain dengan baik.

Dari segi piawaian memang 'kitani' mahu membuat piawian antarabangsa, di sini 'kitani' dapati orang 'kitani' or jabatan di bawahnya ini 'inda' mampu membuat, they try their best but berapa orang saja 'diaorang ani', we have how many thousands equipment so they know the standards but it is just ada certain challenges, sebab itu maintenance 'macam ani' seperti tahun lepas ada koala nyatakan we plan to outsource this actually 'ganya' ada masa-masa tertentu tidak dapat diteruskan.

Kalau transformasi digital ani we say it will give more access to care seperti dalam mukadimah koala nyatakan now kan membuat screening pun dulu payah kan bejumpa doktor di klinik kadang-kadang 'kana marahi lagi bahapa' screening, now it is access able through your phone, you answer all the questions. Kalau ada betepatan, you are invited for screening.

We believe untuk memastikan the healthcare is sustainable untuk anak dan cucu 'kitani' dan seterusnya is to contain the cost of healthcare. Masa ini $500 juta so it is predicted in 2035 it will go on more than a billion.

So, in order to prevent the acute rise in healthcare, we believe doing screening and increasing health literacy is very important. Screening is free untuk orang 'kitani' tetapi 'inda' tahu kenapa orang 'inda berapa', takut ada 'jua' especially the educated one.

Once they know they have a problem takut tah pulang kan' berjumpa they go until too late so persepsi ani mesti 'kitani' tukar di mana if we detect early by screening, we can detect diseases especially cancer early and it is secure إن شاء الله kalau stage 1, stage 2 nowadays most cancer is curable by stage 1 stage 2. That is why in PJSC we also have early detection in cancer prevention.

Di sana khusus bagi pesakit kanser terutama sekali yang umurnya muda 30 lebih, 40 lebih dan a strong family history where we also do genetic screening and kalau genetic screening ini positif we have to screen the rest of the family juga or invite the family. Still sukarela for the family to be invited because di Negara Brunei Darussalam ini we have certain families who banyak kanser so if we know they are part of this then we can screen them early so 'diaorang' tidak termasuk dalam national screening so their screening is specific, so more frequent and more targeted than the normal population.

Ini adalah antara kaedah-kaedah ataupun jalan yang diutamakan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal especially cancer death, pramatang dalam kanser. 'Cematu' juga Cardiovascular, dalam BruHealth ada sudah Cardiovascular Screening so we are quite active in screening this kind of population as well. Di bawah Kod 005/007 itu adalah Maintenance Under Bru-HIMs dan BruHealth.

Mengenai dengan National Dental Centre ini lama sudah difikirkan, there are other methods being suggested as well macam PPP dan sebagainya.

A few places have been suggested as well not just yang dinyatakan tadi tapi according to the priority, we believe Dental Centre ini boleh dijadikan sebagai PPP, we look into that again. Kalau berhasil then we look for PPP,

Ini bukan Kementerian Kesihatan mendiscriminate dental, we know that especially Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof nyatakan tadi a good oral health is a happy body. We believe at the moment we try to improve chairs in certain health centres and we also menggalakkan pertubuhan klinik-klinik swasta.

Menunggu gigi lama 'ani' setahu kaola pasal braces 'pulang ganya' selalunya and then may be gigi palsu. Di sini saya ingin menerangkan gigi palsu ini banyak 'inda berambil' beratus gigi palsu is not collected. Kalau benar-benar inda berguna jangantah ke sana dulu, orang lain tertunda. Beratus di dental lab. Gigi palsu ini is not cheap, it costs a few hundred dollars. Kalau 500 sudah berapa ratus ribu kerajaan belanja. Lain lagi harga doktor dan lab technician, ini baru harga gigi palsu. Braces seperti yang saya katakan tadi walaupun is not critical to the life, Kementerian Kesihatan masih menyediakan, hanya we limit pemberiannya because we prioritise other healthcare matters which is more important.

Mengenai dengan post-analysis, benefits and things like that, di dalam negara ini tidak ada yang experts on health economics, that is for sure, even we've asked for the last few years even on regional meeting, tetapi baru-baru ini, we have engaged with the help of WHO, a body from the United Nations to analyze our use of BruHealth.

So, that is in the process. We also want to know whether what we doing is worth the money, worth every cent, which we believe it is. Even WHO believes in this, but we want the proof on the effort.

Sometime this year, there is a body from the United Nations will come and assess us and help us also how to do the health economics of BruHealth. It's not something simples, that is something we need to learn and we need third body to do that.

Soalan dari Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, kepakaran. So, at the end of the day it goes to the few things. 1. Berapa keramaian penduduk?.

Kalau 'kitani' hanya 400 ribu, we cannot have 100 specialties. That is why we still send some patients abroad where the specialty is, especially kalau ia dua kali or satu dua saja yang ada di Brunei, it's not worth paying the salary for that doctor untuk buat kerja satu ke dua patient setahun.

So, it's better to send them abroad and not only that, because we need to send that patient to a doctor or practice where they do a lot, where there is volume. So, volume speaks excellence.

So, selalunya kalau banyak ia membuat yang dibedah yang jarang-jarang itu, the better they are. And just bandingkan, ini sebagai perbandingan. I went to a hospital, one of the so-called hospital public di negara jiran.

This is about 8 years ago kali. Kaola bertanya, Yang Berhormat Pengerusi, di hospital ini berapa 'diorang' punya budget for katil untuk 2000, 2 billion and this doesn't include research. Research 400, 600 million, separate. This particular hospital, the budget is 2 billion and berapa budget 'kitani' seluruh negeri.

But yet, we shouldn't be ashamed, we should be proud because the end products, the end results we produce are comparable to what they have. We match 'Apple to Apple' lah, other specialty 'kitani' tidak ada itu, tidak adalah.

So, أَنْفَقْ مِنْ مَالِهِ Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga memastikan access to care is equal to everyone, irrespective of their race, religion, pangkat dan sebagainya.

So that’s a main factor, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. So, if we have 2 billion budgets for Kementerian, then we can do a lot as well. So, there is a lot of wishes list di dalam Kementerian, not that we never thought of that. So 'kitani' pun aware of our fiscal and our consolidation process and spending secara berhemah juga. And we just priorities things so that whatever we do is justifiable.

So, itu saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas jawapan yang telah diberikan terhadap soalan-soalan yang telah dikemukan oleh 6 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.

Sekarang saya akan memberikan laluan kepada 6 orang lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk menyuarakan soalan-soalan mereka dan selepas itu kita akan mendengar pula jawapan-jawapan dari Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Untuk memulakannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, وَالصَّلاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ شَرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ, سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

'Kitani' tak akan menghargai nikmat sihat sehingga 'kitani' ditimpa sakit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dengan mukadimah belanjawan serta hala tuju bagi Kementerian Kesihatan Tahun Kewangan 2024/2025 pada kelmarin.

Dikagumi sangat Yang Berhormat Menteri Kesihatan kerana mukadimah yang jelas dan terperinci. Di Dewan yang mulia ini, koala ingin membangkitkan mengenai dengan perkhidmatan perubatan untuk warga Kampong Ayer dan persekitarannya termasuk mana-mana kecemasan yang berlaku di sungai-sungai dan perairan negara ini.

Seperti yang koala difahamkan, 'kitani' mempunyai beberapa bot ambulans yang dilengkapi dengan alat-alat paramedik yang sama dengan apa yang ada dalam kereta ambulans darat.

Dengan penduduk Kampong Ayer yang lebih 20 ribu orang dan bot-bot tambang serta kapal-kapal kecil yang masih beroperasi di Sungai Brunei dan perairan negara, adakah jumlah bot ambulans negara mencukupi untuk menangani sebarang permintaan perubatan kecemasan dan jika terjadinya kecemasan atas sungai dan perairan negara?.

Adakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk menambah jumlah boat yang sedia ada memandangkan kes-kes kecemasan di Kampong Ayer yang koala difahamkan adalah meningkat?.

Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

أفهم، شكرا Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

أأكد لك بأن القضية والقضايا والسلام على الشرق أقيمه والأدبيات والقريبيات، شكرا وعز وقع أله وتعبية أقيمه.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat سيكلم عناقم ورحمة الله وبركاته dan dalam sejahtera. Koala ingin membangkitkan isu kesihatan mental dan dan stigma, Yang Berhormat Pengerusi. Di dalam Negara Brunei Darussalam kesedaran terhadap isu kesihatan mental semakin meningkat.

Difahamkan bahawa jumlah individu yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin lebih tinggi disebabkan oleh stigma terutama di golongan muda, wanita, individu, bujang dan mereka yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

باهكمنا, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah untuk menangani isu kesihatan mental dengan menyediakan Talian Harapan 145 dan Jerayawara Kesihatan dan Mental di seluruh kementerian.

Kaola difahamkan Talian ini menerima purata panggilan sekitar 2000 panggilan setiap tahun dan para penasihat kesihatan mental berkhidmat sepanjang masa 24/7. Penaaman klinik As-Syafi juga adalah suatu usaha untuk mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental.

Satu isu yang ingin kaola tekanan adalah kerahsiaan rekod lawatan pesakit ke klinik psikiatrik. Walaupun rawatan isu kesihatan mental adalah penting, stigma masih juga menjadi halangan utama kepada individu untuk mencari bantuan tanpa rasa bimbang.

Ini disebabkan rekod rawatan yang dimuatnaik di dalam aplikasi BruHealth akan menjadi sumber informasi sebagai tapisan untuk permohonan pendapatan pekerjaan dan biasiswa, contoh yang boleh diakses oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Soalan koala, bagaimanakah pihak kerajaan dapat memastikan kerahsiaan rekod kesihatan mental individu supaya tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan kehidupan secara normal. Cadangan koala:-

  1. Kementerian Kesihatan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi memastikan individu yang mendapat rawatan psikiatrik diterima dengan keadaan mereka dan tidak menjadi halangan bagi mereka mendapatkan bantuan dan menjalani kehidupan yang normal;

  2. Untuk meningkatkan jumlah sumber tenaga yang mengendalikan Talian Harapan 145 untuk memastikan kecekapan perkhidmatan dengan peniakan jumlah panggilan yang diterima;

  3. Meningkatkan program kesedaran jerayawara kesihatan mental bersama agensi-agensi kementerian, swasta dan institusi Pendidikan; dan

  4. Usaha perlu diteruskan untuk menjadikan klinik psikiatrik dengan suasana yang mesra untuk pesakit dan pengunjung.

Itu saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىْ شَيْخِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىْ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Terlebih dahulu, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas mukadimah yang panjang lebar dan tahniah atas usaha-usaha yang telah dijalankan dan semua rancangan yang dibuat berjalan dengan lancar bagi mencapai arah tuju Kementerian Kesihatan.

Kaola ingin menyentuh mengenai JPMC College of Health Sciences yang mungkin tidak memerlukan huraian panjang daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Soalan kaola ialah Yang Berhormat Pengerusi. Apakah pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus di kolej ini diiktiraf antarabangsa yang menjadikan mereka marketable dalam dan luar negara.

Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi. وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاتك

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ Terlebih dahulu, kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan di atas mukadimahnya yang cukup berinformasi tentang rancangan dan usaha-usaha kementerian bagi mewujudkan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam menuju ke arah warga sihat.

Dalam kita memperkatakan tentang kualiti hidup rakyat, ia terkait dengan isu kesihatan setiap warga. Ini termasuklah juga kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan setiap rakyat mendapat kualiti perkhidmatan kesihatan yang baik dan sempurna.

Kaola sangat berterima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah memberikan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

Namun pada itu, kaola juga ingin menyuarakan tentang masalah sebilangan rakyat di kawasan pedalaman yang tinggal jauh dari hospital dan pusat kesihatan. Sering kali terjadi kesukaran apabila berlaku kecemasan dan memerlukan bantuan kesihatan atau perubatan secara segera.

Sehubungan dengan ini, kaola sukacita mencadangkan agar Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak yang berkepentingan dapat meneliti dan mempertimbangkan untuk mewujudkan perkhidmatan ambulan pedalaman dan ambulan udara yang beroperasi 24 jam bagi memberi bantuan kecemasan di kawasan-kawasan pedalaman, mohon pencerahan mengenainya.

Sekian. وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركة

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan pula Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركة

sejahtera. Pertama kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan di atas pembentangan Belanjawan 2024, Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 bagi Kementerian Kesihatan. Semoga ia dilaksanakan dengan sebaik mungkin, إن شاء الله.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, jika dahulunya pihak kerajaan menghantar pesakit-pesakit ke luar negara bagi mendapatkan rawatan seterusnya secara komprehensif. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga memerlukan perkhidmatan makmal luar negara bagi mendapatkan ujian yang lebih mendalam sampel darah pesakit, tisu dan sebagainya.

Kaola difahamkan amalan ini telah pun berkurangan kerana sudah ada yang terdapat kemudahan dan kelengkapan perubatan yang membolehkan ia dilakukan di Negara Brunei Darussalam.

Kaola sangat menyambut baik perkembangan ini dan sekaligus ia dapat menjimatkan kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan bagi membiayai pesakit-pesakit yang berkenaan.

Jesteru itu, kaola ingin tahu apakah masih ada pesakit-pesakit yang dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan dan berapa peratuskah penjimatan kos setiap pesakit yang boleh dijimatkan apabila mendapat rawatan berkenaan dalam negara.

Dan apakah perancangan pihak kerajaan ke arah mempertingkatkan keupayaan atau kapasiti makmal hospital tempatan.

Kaola mohon pencerahan Yang berhormat Menteri Kesihatan mengenainya.

Sekian.

وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ الله وبركاته

kaola tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan di atas mukadimah hala tuju dan perancangan Kementerian Kesihatan di dalam mengurus dan merancang Belanjawan Tahun 2024/2025, semoga dapat divariasikan hendaknya.

Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan Akta Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182, Bahagian kesihatan alat dapur dan tempat makanan, kawalan vektor iaitu pengawalan terhadap lalat, lipas, tikus dan lain-lain binatang hendaklah sentiasa dilakukan.

Selain daripada itu, alat perangkap lalat jenis elektrik hendaklah dipasang di kawasan dapur dengan selamat dan di tempat yang bersesuaian seperti dewan makan.

Di negara-negara maju, pengawalan lalat merupakan mandatori kepada pemilik-pemilik restoran dan kafe bagi menjaga keselamatan makan daripada tercemar.

Di Australia dan New Zealand sebagai contoh, pemilik-pemilik restoran berdepan dengan tindakan denda atau tutup premis apabila didapati gagal di dalam pengawalan terhadap lalat dan perkara ini menjadi keutamaan kepada pemilik restoran untuk memastikan premis mereka bebas lalat.

Kaola terpanggil untuk menyuarakan isu ini kerana terdapat beberapa premis makanan mengambil mudah dengan isu lalat di tempat mereka sehingga kadangkala mengganggu ketenteraman pelanggan ketika makan. Kaedah pengawalan lalat juga tidak dilakukan secara serius, dalam kata lainnya ala kadar sahaja.

Sehubungan dengan ini, kaola menyaranan agar pihak-pihak berkenaan dapat menguatkuasakan akta ini agar isu lalat dan lain-lain serangga dapat ditangani dengan sewajarnya dan dalam masa yang sama memberi bimbingan kepada peniaga makanan tentang kaedah-kaedah pengawalan yang sesuai seperti amalan yang diguna pakai oleh negara-negara maju.

Sekian. Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan.

وَبِالَّتَّأْتُونِ وَالصَّلامُ. وَالسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Begitulah 6 soalan yang telah pun dikemukakan oleh 6 orang Ahli Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sebelum saya meminta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab ataupun memberikan reaksinya atau respon terhadap soalan-soalan yang dikemukakan itu dan bagi membolehkan ia mengamat-mengamati, barangkali soalan-soalan yang dikemukakan.

Saya ingin menangguhkan mesyuarat ini selama 15 minit.

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa masih lagi membahasakan Tajuk di bawah Kementerian Kesihatan.

Sebelum kita berhenti untuk berehat sebentar tadi, kita telah mendengar soalan-soalan daripada 6 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Di-Lantik dan sekarang tiba masanya untuk saya mempersilakan pula Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan penjelasan ataupun respon terhadap soalan-soalan yang telah dikemukakan tadi.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Izinkan kaola menjawab soalan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai ambulan di kampung air. Tahun lepas panggilan di kampung air mencatatkan 154 panggilan dan pada tahun ini 40 panggilan. Masa ini 'kitani' ada 2 bot ambulan dan 2 temuai.

So dari statistik ini usulnya masih mencukupi, walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan mengenai bot ambulan ini terutama sekali di bandar ialah mencari boat driver dan pencaruk.

We need driver dan pencaruk yang familiar with kampung air kerana address is not visibly clear macam di darat and there's no proper demarcation of one kampung to the other so 'kitani' perlu juga mengambil orang kampung air untuk menjadi driver.

Kepayahan nya ialah mencari pengganti nanti, setakat ini kalau 'diaorang' pencen payah 'kitani' so dialu-alukan penduduk kampung air kalau ada advertisement untuk ambulan driver dan pencaruk untuk tampil ke hadapan.

Walau bagaimanapun, keadaan ini akan dipantau di mana jika ada keperlunya itu bertambah إن شاء الله botambulan ini akan ditambah.

Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai isu mental. Kementerian Kesehatan amat menitik beratkan isu kerahsiaan dan confidentiality of patient hanya, 'berlalih tia'.

Minta maaf, jadi Kementerian Kesihatan menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk meningkatkan kesedaran mental di tempat kerja sektor swasta dan dalam usaha menggalakkan seluruh masyarakat memainkan peranan dalam memastikan hak untuk kesehatan mental yang baik dan dicapai oleh semua.

Sekali gus memperkasa masyarakat dalam pengetahuan dan tindakan mengenai kesihatan mental di negara ini.

Pusat Promosi Kesihatan telah pun melaksanakan beberapa program bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan termasuk pihak sukarelawan, agensi swasta dan melalui kerjasama antarabangsa.

Antara inisiatif-inisiatif dan program-program yang dimaksudkan ialah jerayawara kesihatan mental di tempat kerja sebagai satu hak asasi yang telah dilancarkan pada 10 Oktober 2023 bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Jerayawara yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan kesihatan mental khususnya di kalangan para penjawat awam.

Ini adalah kerjasama di antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama khususnya Unit Kaunseling dan Kefahaman Ugama (KAFA), Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Kaunseling Jabatan Perkhidmatan Awam dan disokong juga oleh Unit-Unit Kaunseling daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Selain itu Jerayawara Kesihatan Mental bersama pihak KUPU SB di institusi pendidikan tinggi telah dilaksanakan pada bulan Oktober tahun lepas di Daerah Brunei Muara dan akan disambung pada suku tahun ini ke daerah-daerah lain.

Ini adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan penuntut pengajian tinggi tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam menjadikan mereka lebih cakna akan kepentingan kesihatan mental dan seterusnya memperkasa kedaya tahanan diri or resilience di masa mendatang.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kesedaran penduduk-penduduk khususnya di sektor swasta dan pihak berkepentingan dalam penjagaan kesihatan mental tersebut.

Berkenaan dengan penambahan jumlah manpower untuk perkhidmatan talian harapan 145, pihak Kementerian Kesihatan mengambil baik cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat dan akan meneliti keperluan ini dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kita ada seramai 29 orang penasihat kesihatan mental yang mengendalikan perkhidmatan talian 145.

Seterusnya, Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin mengenai JPMC College of Health Sciences. أحْمَدُ ٱللَّٰهِ college ini memang diiktiraf. Ia diiktiraf oleh MKPK ataupun Brunei Darussalam National Accreditation Council dan dengan sendirinya ia diiktiraf antarabangsa

Walau bagaimanapun, JPMC College masa ini sedang membuat arrangement dengan American Nursing Board untuk diiktiraf as a nursing degree di Amerika. Jadi, orang di sini boleh keluar negara kalau ia tidak mahu kerja di Brunei khususnya untuk pelajar-pelajar asing.

Jadi masa ini, sejak tahun 2022, jumlah penuntut di sana 63 orang dan pada tahun 2023, jumlah penuntut yang mendaftar semuanya ialah 208 penuntut di mana 137 penuntut mengikuti Foundation in Science Certification dan 71 penuntut mengikuti Bachelor of Science in Nursing. إن شاء الله setakat ini, memang diiktiraf dan kita mahu lagi further pengiktirafan daripada American Board of Nursing.

Seterusnya, soalan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, di pedalaman terutama sekali di Labi, ambulans adalah di bawah kawalan Klinik Labi dan jika ada kecemasan pada waktu pejabat sahaja adanya petugas dari klinik yang respons ke tadahan berkenaan.

Ambulans pacuan 4x4 berkenaan sudah terlalu usang dan kementerian sudah pun mendapatkan penggantiannya, 'ganya' menunggu delivery إن شاء الله dalam masa terdekat ini.

Untuk menempatkan paramedik memang dalam perancangan EMAS. Pada masa ini, menunggu peruntukan jawatan-jawatan untuk graduan-graduan paramedik yang masih menunggu jawatan Paramedik. Mengenai ambulans bagi kes kecemasan yang hanya boleh diakses menggunakan helikopter, kerjasama masa ini ialah di antara EMAS dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei masih berjalan.

Jika ada keperluan memang paramedik EMAS ataupun paramedik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sendiri akan merespons ke lokasi-lokasi berkenaan. Statistik penggunaan helikopter memang sangat rendah kebelakangan ini disebabkan أَحْكَمَ لَهُ adanya jambatan Temburong. Walau bagaimanapun, lokasi yang sangat remote memang masih diaktivasikan secara operasi medivac berkenaan.

Seterusnya, soalan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir mengenai makmal, mengekalkan ke Jabat Perkhidmatan Makmal melaksanakan program peningkatan kualiti yang berterusan melalui akreditasi piawaian iaitu ISO-15189 juga piawaian-piawaian antarabangsa yang lain.

Jabatan Makmal ini pun melaksanakan latihan dan kompetensi makmal secara berterusan bagi memastikan pegawai dan kakitangan makmal berupaya untuk melaksanakan proses-proses makmal yang betul dan dapat dipercayai dan juga melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti secara dalaman dan antarabangsa untuk mengesahkan keberkesanan method-method peralatan atau ujian secara berterusan dan memperkukuhkan proses pengambilan dan memperkukuhkan spesimen untuk memastikan integriti dan kualiti spesimen tidak terjejas dan seterusnya menjamin kualiti dan ketepatan keputusan ujian makmal.

Jabatan makmal juga melaksanakan pemantauan dan pengurusan yang efektif ke atas peralatan dan reagen-reagen makmal untuk memastikan keputusan ujian terjamin.

Dalam pada masa yang sama, mengelakkan pembaziran disebabkan oleh kerosakan dari reagen-reagen yang mansuh. Jabatan tersebut juga melibatkan kakitangan dan rangkaian makmal-makmal global dan serantau bagi memudahkan pembinaan kapasiti makmal terutama semasa pandemik.

Soalan mengenai penghantaran pesakit ke luar negera, sejak 10 tahun ini, ia sudah berkurangan di mana pesakit mengalami masalah jantung ataupun stroke dan kanser, banyaknya sudah dirawat di negara ini أَلْحَمْدُلِلّهِ. Ini mengurangkan perbelanjaan yang berpuluh-puluh juta bagi kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun, perbelanjaan ke luar negeri ini masih juga bagi kaola/saya tinggi dalam $7 juta setahun. Ini termasuk bayaran perkhidmatan kenderaan, tempat tinggal dan peneman semasa menjalani rawatan di luar negara. Ini termasuk masa ini di Singapura, Malaysia dan Thailand yang banyaknya di sana. Bayaran elaun sara hidup kepada pesakit dan peneman semasa berada di luar negeri masih dijalankan.

Jadi, angka ini akan ditunduki lagi dan 'kitani' pun masa ini in the process of menilai keperluan menghantar sebahagian masalah-masalah ini ke luar negeri untuk rawatan kerana 'kitani' have a few young local consultant sudah. So, أن شاء الله dalam masa akan datang, ia akan berkurangan.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman mengenai vector. Dalam akta yang disebutkan tadi, memang ada disebutkan mengenai phase control.

Jadi, ia memang berkewajiban untuk mengawal segala phase termasuklah lalat-lalat ini. Disebabkan rampaian tidak lagi ada, jadi pengawalan macam phase ini memerlukan penambahaikan akta pemakanan yang ada.

Ini sudah pun digubal, menunggu the final approval. So, kalau ada approval nanti pihak pengawal makanan yang masa ini bukan lagi di bawah Kementerian Kesihatan tetapi di bawah pusat berkanun, Brunei Darussalam Food Authority dan 'diaorang' boleh mengambil tindakan yang tertentu.

Buat masa ini, dinasihatkan orang berkedai itu untuk mengikuti piawaian apa yang terdapat dalam akta yang dinyatakan tadi dalam food pack. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. أن شاء الله kita telah pun mendengar perbahasan di bawah tajuk Kementerian Kesihatan dan kita juga telah pun mendengar jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Kesihatan terhadap soalan-soalan yang telah pun ditimbulkan. Maka, saya berpendapat bahawa cukuplah kita membahaskan mengenai tajuk-tajuk di bawah Kementerian Kesihatan ini.

Saya bercadang sesuailah bagi Tajuk SM01A ini sekarang kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua bersetuju. Maka, Tajuk SM01A diluluskan dan kita beralih kepada tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SM01A bagi Kementerian Kesihatan dijadikan sebahagian daripada jadual. Tajuk SN01A hingga SN09A bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita beralih kepada tajuk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Seperti lazimnya, sebelum saya membukakan bagi tajuk di bawah kementerian ini untuk dibahaskan, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju dalam penyediaan belanjawan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin lebih dahulu mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kepada semua yang berada di dalam Dewan Persidangan yang mulia ini.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan ganjaran pahala bagi ibadah dan amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan penuh berkah ini.

Seterusnya, kaola ingin merakamkan penghargaan di atas kesempatan dan laluan Yang Berhormat Pengerusi berikan untuk kaola menyampaikan mukadimah mengenai peruntukan Belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di dalam Rang Undang-Undang (2024), Perbekalan 2024/2025 yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II dan seterusnya untuk mengongsikan perkembangan perkara-perkara yang di dalam bidang fokus serta hala tuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

Ia juga dihasratkan akan dapat memberi pencerahan lanjut kepada perkara-perkara yang pernah ditimbulkan di Dewan mulia ini dan juga semasa sesi-sesi muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.

Untuk memulakan, bagi mewakili seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi beserta jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas limpah kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

Antara lain titah baginda telah menyentuh mengenai dengan mempertingkatkan kepelbagaian sektor perekonomian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk dan rakyat negara ini serta pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia dalam menjana peluang-peluang pekerjaan. Titah saranan baginda tersebut adalah disanjung dan akan dijadikan sandaran selaras dengan strategi-strategi yang dirangka serta dasar-dasar yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Dalam mendukung tema belanjawan negara bagi Tahun Kewangan 2024/2025, iaitu 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur' serta mengambil kira peranan asas dan tanggungjawab Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Pelan Strategik MTIC 2025 Refresh, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dengan peruntukan yang disediakan ini, perancangan dan peluang-peluang penambahbaikan yang dikenal pasti akan dapat meningkatkan dan memantapkan lagi sumbangan sektor pengangkutan dan infokomunikasi di dalam pembangunan negara, khususnya yang meliputi tiga perkara yang kekal menjadi pemacu nilai atau value driver Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi iaitu:-

  1. Menjamin keselamatan sektor pengangkutan dan juga alam siber;

  2. Meningkatkan kesejahteraan orang ramai melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap, bersih serta memanfaatkan teknologi; dan

  3. Pemudah cara bagi mendukung kemajuan ekonomi dan pembangunan negara yang mapan.

Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut lagi keutamaan serta tumpuan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025, kaola dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan ucapan menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas peruntukan sejumlah $138,394,150 yang mana:-

  1. $113,584,280, iaitu 80% terdiri daripada perbelanjaan biasa termasuk Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang; dan

  2. Selebihnya sebanyak $24,809,870, iaitu 18% adalah terdiri daripada perbelanjaan untuk membiayai Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Ini merupakan 14% daripada Harga Rancangan RKN12 yang diperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada masa yang sama, sukacita juga turut dikongsikan dalam kesempatan ini, bahawa bagi Tahun Kewangan 2023/2024. أَكثَّم به, jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi juga telah dapat menyumbang kepada pendapatan kerajaan sebanyak lebih daripada $33 juta.

Selain daripada itu, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah menyumbangkan hasil mereka sebanyak $20.9 juta.

Manakala, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) akan menyumbangkan sebanyak $50 juta kepada kerajaan daripada pendapatan terkumpul mereka di beberapa tahun kebelakangan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pengangkutan dan infokomunikasi berperanan penting di dalam menjana hasil pendapatan untuk kerajaan.

Juga diakui, berikutan dengan penubuhan badan-badan berkanun (AITI dan MPABD), sebagai pengawal selia, ia dilihat berkemampuan untuk menambah nilai dari segi mempertingkatkan kualiti dan efisiensi perkhidmatan dan juga meningkatkan hasil pendapatan kerajaan, selain daripada mengembangkan sektor masing-masing dengan lebih teratur dan berkesan untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

Dalam hubungan ini, sungguh pun juga terdapat cabaran-cabaran nya tersendiri, namun begitu, seperti mana yang pernah disuarakan di Majlis yang mulia ini pada tahun lepas mengenai usaha menubuhkan badan kawal selia untuk Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Penerbangan Awam ditubuhkan.

Sukacita dikongsikan bahawa pihak di jabatan-jabatan tersebut masing-masing akan mula mengambil langkah-langkah asas, khususnya di dalam mengemaskini struktur dan aliran kerja di organisasi berkenaan supaya mereka akan lebih bersedia bila tiba masanya untuk melalui organisational transformation. Dalam pada itu, tumpuan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 adalah juga ke arah melaksanakan pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos. Ini berikutan dengan pewartaan Postal Services Order, 2023 selaku pemboleh bagi mewujudkan operasi dan penyediaan sistem dan perkhidmatan pos secara korporat.

Seterusnya ia juga pemangkin ke arah mempromosikan industri pos yang efisien dan berdaya saing.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola seterusnya ingin mengongsikan dengan lebih lanjut lagi keutamaan serta tumpuan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ini, dan perkembangan berikutan dengan Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara tahun lepas bagi sektor-sektor pengangkutan, infokomunikasi serta sains dan teknologi.

Bermula dengan pengangkutan. التكبير, sektor pengangkutan yang meliputi pengangkutan darat, maritim dan udara telah terus menyaksikan trend peningkatan dari segi jumlah trafik, walaupun masih di bawah tahap pra-pandemik COVID-19.

Jika kita lihat kepada sektor penerbangan awam, tahap pemulihan dari segi jumlah pergerakan penumpang, iaitu masuk, keluar dan persinggahan yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada tahun 2023 adalah sebanyak 1,213,462 orang penumpang. Ini hanyalah di tahap 55% dari jumlah tertinggi pergerakan penumpang yang pernah dicapai pada tahun 2019. Namun begitu, jika dibandingkan dengan tahap di tahun 2022, ini merupakan peningkatan sebanyak 119% di tahun 2023.

Berhubung dengan pergerakan kargo pula, tahun 2023 telah menyaksikan peningkatan di dalam pergerakan kargo sebanyak 52% dibandingkan dengan tahun 2022. Akan tetapi seperti pergerakan penumpang, peningkatan ini juga masih di bawah tahap yang pernah dicapai pada tahun 2019 iaitu hanya pada tahap 47% daripada apa yang telah dicapai pada tahun tersebut.

Ini jelas menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei masih beroperasi di bawah kapasiti dan masih terdapat peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya lagi kemampuan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyumbang dan mendukung usaha-usaha mempelbagaikan dan menumbuhkan ekonomi kita.

Sepertimana yang juga telah dikongsikan usaha-usaha tersebut ianya adalah seperti mengembangkan kapasiti mengendalikan kargo, transhipment, cold chain logistics, sorting hub dan perkhidmatan aviation maintenance repair and overhaul.

Di antara kaedah yang diambil untuk memajukan peluang-peluang ini adalah dengan cara menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat GLC’s seperti Brunei International Air Cargo Centre (BIACC) dan syarikat lain yang telah menunjukkan minat mereka.

Jabatan Penerbangan Awam pada masa yang sama akan menumpukan belanjawannya ke arah memastikan operasi harian lapangan terbang tidak terjejas, mengendalikan penyelenggaraan peralatan kritikal, terutamanya bagi keselamatan, navigasi, pergerakan pesawat dan pembangunan sumber manusia. Jumlah sebanyak B$26,333,330.00 (Dua Puluh Enam Juta, Tiga Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu, Tiga Ratus Tiga Puluh Ringgit) telah diperuntukkan bagi Perbelanjaan Biasa bagi Tahun Kewangan 2024/2025 bagi tujuan ini.

Manakala sebanyak B$14,625,230.00 (Empat Belas Juta, Enam Ratus Dua Puluh Lima Ribu, Dua Ratus Tiga Puluh Ringgit) telah disediakan untuk Perbelanjaan Kemajuan dalam tahun kewangan yang sama. Jumlah ini adalah 17% daripada harga rancangan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN-12) yang berjumlah B$83,867,690.00 (Lapan Puluh Tiga Juta, Lapan Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu, Enam Ratus Sembilan Puluh Ringgit) bagi membayai tujuh (7) projek-projek RKN yang menjurus kepada menaiktaraf infrastruktur dan peralatan untuk memastikan operasi lapangan terbang kekal mematuhi keperluan keselamatan dan piawaian-piawaian antarabangsa seperti ICAO Standard and Recommended Practices (SARPs) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Projek-projek tersebut adalah:

  1. Penggantian Instrument Landing System (ILS) dan Distance Measuring System;

  2. Membaiki pulih landasan lapangan terbang, fasa 2;

  3. Pemasangan pagar keselamatan dan sistem pengesan pencerobohan;

  4. Menaiktara peralatan pemeriksaan dan sistem pengawasan keselamatan;

  5. Menaiktara kemudahan dan infrastruktur aerodrome;

  6. Sistem-sistem radar Primary Surveillance, Secondary Surveillance, dan

  7. Surface Movement Radar.

Seterusnya, sebagai usaha memastikan operasi harian lapangan terbang tidak terjejas, meningkatkan keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) serta pembelajaran dari insiden dan kemalangan udara yang lalu akan sentiasa diberi perhatian. Dalam hubungan ini, Pelan Kecemasan Lapangan Terbang atau 'Airport Emergency Plan' yang diterajui oleh Jabatan Penerbangan Awam telah dikemaskini dan latihan kecemasan juga telah diadakan, iaitu - Table Top Exercise dan Field Training Exercise pada Oktober 2023. Berikutan dengannya, beberapa penambahbaikan telah dikenal pasti untuk ditangani selanjutnya.

Perkara ini akan terus ditunduki oleh Jabatan Penerbangan Awam dalam meningkatkan kesiapsagaan kecemasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei termasuk ketentuan bagi landasan alternatif kecemasan, sama ada di luar negeri mahupun di dalam negeri yang sudah dirancang.

Apabila membincangkan mengenai hal ehwal penerbangan awam, kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan mengenai perancangan penubuhan syarikat penerbangan tempatan alternatif atau syarikat industri penerbangan yang berpangkalan di negara ini, seperti cadangan-cadangan yang diterima daripada Gallop Air Sendirian Berhad dan juga AeroAsia Holdings Corporation yang mendapat liputan media.

Dalam hubungan ini, sebagai tambahan kepada apa yang sudah dikongsikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Penerbangan Awam memang akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang berhasrat untuk mengembangkan jumlah penerbangan, pergerakan penumpang dan kargo yang menujurus kepada mengoptimakan kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei masa kini mahupun mengembangkannya dengan lebih lanjut lagi, jika perlu.

Dalam hubungan ini, turut dikongsikan, bahawa dalam proses mempertimbangkan pemohonan untuk menubuhkan syarikat penerbangan tempatan, pencadang perlu mendapatkan Air Operator's Certificate (AOC) atau Sijil Pengendali Penerbangan Udara dan juga untuk mendapatkan kelulusan Kelayakan Pengurusan Penerbangan Udara Beterusan atau Continuing Airworthiness Management Organization (CAMO).

Dalam hubungan ini, untuk memperolehi Air Operator's Certificate (AOC), pencadang perlu menjalani lima (5) fasa proses penilaian dari sudut keselamatan, modaliti perniagaan, kecekapan, kesediaan operasi dan jenis pesawat (aircraft type approval) yang menepati piawaian Peraturan Penerbangan Awam dan Keperluan Penerbangan Brunei yang bersandarkan piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Buat masa ini, bagi aircraft type approval, piawaian rujukan yang diguna pakai adalah bagi pesawat yang memiliki sijil yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang diiktiraf seperti Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) atau Kanada.

Untuk makluman, status pada masa ini adalah masih dalam fasa 1 iaitu pra permohonan atau pre-application.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, peramba / kaola / saya seterusnya ingin beralih kepada sektor pengangkutan darat. Dalam hubungan ini, أَكِيدٌ لِي sukacita dikongsikan terlebih dahulu bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi pindaan kepada Jadual Perintah Trafik Jalan Raya untuk memperkenalkan kategori Lesen Memandu 3A diwartakan, iaitu bagi kenderaan bermotor tanpa clutch (automatik) bagi kenderaan di bawah berat 3,000 kg, iaitu kereta biasa. Ini adalah contoh usaha berterusan Jabatan Pengangkutan Darat dalam mengemaskinikan dan memodenkan peraturan-peraturan yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Di antara hasrat memperkenalkan lesen ini, yang mana pernah juga dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat yang mulia ini, adalah bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada orang ramai untuk belajar dan memandu kenderaan dengan transmisi automatik. Pemandu yang memilih lesen memandu kelas 3A adalah tidak dibenarkan untuk memandu kenderaan transmisi manual.

Dengan terdapatnya pilihan ini, diharapkan ianya juga dapat meningkatkan fokus dan menumpukan masa belajar lebih kepada latihan dan etika pemanduan selamat. Pemberigaan kepada sekolah-sekolah memandu, orang ramai dan pihak-pihak berkenaan akan disusuli kemudian selepas ini.

Selain daripada perkara lesen memandu, perkara yang menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah mengenai pengangkutan awam. Dalam hubungan ini, sukacita dikongsikan bahawa pihak Kementerian ini bersama Jabatan Pengangkutan Darat telah menunduki semula perancangan dan pelan-pelan strategi terdahulu kepada yang إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ lebih berdaya maju dan mampam dengan mengambil kira keadaan semasa dan menjurus kepada:

  1. Meningkatkan connectivity dan reliability perkhidmatan bas awam bagi laluan rangkaian teras atau core network routes,

  2. Memperluaskan ketersediaan dan kebolehcapaian perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan atas permintaan (on demand) secara berkongsi tumpangan atau individual rides dengan kos perkhidmatan yang lebih menarik; dan

  3. Mewujudkan kontrak operasi yang mengandungi piawaian prestasi serta memperkenalkan sistem pengurusan pengangkutan yang memanfaatkan teknologi bagi pemantauan kenderaan dan bagi kemudahan penumpang.

Untuk makluman, sesi muzakarah dan perbincangan peringkat awal bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pengusaha-pengusaha perkhidmatan bas, wakil perkhidmatan teksi, Dart, pengusaha-pengusaha perkhidmatan logistik, Federasi Perkhidmatan Pengangkutan, Forum Setiausaha-Setiausaha Tetap dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Yang Dilantik telah diadakan di sekitar bulan Oktober and November tahun lepas dengan tujuan untuk mendapatkan apa juga input dan pandangan mengenainya.

Ini juga disusuli dengan mengeluarkan dua RFI atau Request for Information mengenai Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan Sistem Pengurusan Perkhidmatan Pengangkutan yang berjalan dari bulan Disember tahun lepas sehingga bulan Februari tahun ini, termasuk juga mengeluarkan Kajiselidik Perkhidmatan Bas Awam dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada masa yang sama.

Semua ini telah dilancarkan sewaktu Brunei Smart Mobility Expo pada bulan Disember 2023 tahun lepas. Berikutan dengan semua ini, إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ Request for Proposal bagi penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi laluan-laluan teras disasarkan untuk dapat dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Bagi mendokong usaha-usaha ini juga, Peruntukan RKN-12 dengan harga rancangan berjumlah $11.7 Juta seperti berikut telah disediakan sebagai langkah awal bagi Projek Menyediakan dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengangkutan Awam di Negara Brunei Darussalam dengan anggaran kos sebanyak $4.7 Juta dengan objektif untuk membangun dan membaikpulih kemudahan infrastruktur perhentian-perhentian bas bagi rangkaian laluan teras mengikut garis panduan piawaian reka bentuk perhentian bas termasuk untuk meningkatkan aspek keselamatan.

Projek Smart Transport System dengan anggaran kos $7 juta dihasratkan untuk mewujudkan sistem pengurusan dan operasi rangkaian pengangkutan yang berasaskan teknologi bagi tujuan memantau, menilai dan membantu pihak berkuasa mengawal selia operasi perkhidmatan pengangkutan ke arah meningkatkan kecekapan dan keselamatan.

Selain daripada meningkatkan keboleh percayaan khidmat pengangkutan awam, melalui penyediaan maklumat secara real time, pilihan pembayaran secara cashless dan perkhidmatan on demand transport (e-hailing) ini adalah bertujuan bagi melengkapkan perkhidmatan pengangkutan awam juga di rancangkan. Projek ini juga akan dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan ke atas kenderaan-kenderaan komersil, pengangkutan awam dan kenderaan berat ke arah membantu mempertingkatkan lagi tahap keselamatan lalulintas.

Seterusnya, transformasi pengurusan organisasi dan urus tadbir Jabatan Pengangkutan Darat termasuk Projek-Projek Pendigitalan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengangkutan Darat adalah merupakan satu inisiatif ke arah menambah baikkan lagi perkhidmatan kepada orang ramai dan pengu kuhan budaya kerja tulus di kalangan pegawai dan kakitangannya. Sebagai contoh, platform NomborKu yang telah diperkenalkan pada tahun 2021 merupakan satu platform dalam talian yang membolehkan orang ramai menyertai tawaran tanda pengenalan kenderaan yang sedia ada.

غَفُورٌ رَّحِيْمٌ setakat ini terdapat beberapa ciri yang telah ditambah dan dimasukkan seperti click and buy, click and bid, click and search yang menghasilkan peningkatan ketelusan dan integriti dalam urus tadbir tanda pengenalan kenderaan. Dengan adanya NomborKu, tempoh proses penilaian telah pun dikemaskini dan dipendekkan dari 130 hari ke 6 hari sahaja.

Berikutnya, di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN-12) peruntukan sebanyak $8,749,000.00 telah disediakan bagi Projek Pendigitalan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengangkutan Darat atau dikenali sebagai projek DriveBN. Ia bertujuan untuk mengganti dan menaik taraf sistem yang diguna pakai pada masa ini.

Ia juga akan dijadikan pemangkin atau catalyst bagi memantapkan lagi sistem pengurusan, pentadbiran, efisiensi Jabatan Pengangkutan Darat secara menyeluruh atau end to end. Untuk makluman, melalui projek DriveBN, dijangka juga bahawa proses-proses dalam Jabatan Pengangkutan Darat boleh dikurangkan daripada 104 proses kepada 33 proses dan meningkatkan lagi dalam pilihan perkhidmatan online daripada 4% kepada 100%.

Melalui projek ini, إن شاء الله akan dapat mencapai sasaran KPI di bawah Pelan Strategik MTIC 2025 Refresh iaitu 100% pendigitalan proses perkhidmatan dan pada yang sama, dapat mengurangkan risiko serta impak negatif yang telah dikenalpasti dari carta risiko iaitu 'keusangan sistem IT yang lama' serta dapat meningkatkan lagi pencapaian Jabatan dalam mencapai sekurang-kurangnya 3 bintang dalam Program Penggredan Prestasi Sektor Awam yang diungkayahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. Adalah dihasratkan inisiatif-inisiatif ini akan dapat mempertingkatkan ketelusan dan integriti perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Beralih kepada keselamatan jalan raya, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) akan terus melaksanakan usaha bersepadu dengan agensi-agensi berkepentingan bagi menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna. Beberapa inisiatif telah pun diungkayahkan bagi terus mendokong pelaksanaan pelan-pelan strategik yang sedia ada seperti:

  1. Melaksanakan aktiviti kokurikulum keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah dan juga bagi memupuk budaya keselamatan jalan raya bagi semua pengguna;

  2. Membuat rangka kerja dan kerjasama dengan pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengendalikan program / aktiviti / kempen ke arah meningkatkan lagi keselamatan jalan raya;

  3. Menjalankan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa iaitu International Road Assessment Program bagi lebuhraya dan jalan utama di Negara Brunei Darussalam;

  4. Memberigakan Highway Code edisi 2023 yang telah dikemaskini dan telah dilancarkan. Edisi tersebut juga menekankan perihal tingkah laku semasa memandu; dan

  5. Menjalankan kegiatan penguatkuasaan. Dikongsikan di tahun 2023, sebanyak 235 kegiatan penguatkuasaan melalui sekitan jalan raya dan 14 Operasi Sepadu telah dijalankan bersama pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. Untuk makluman, terdapat penurunan jumlah kes fatal akibat kemalangan jalan raya iaitu daripada 20 kes bagi tahun 2022 kepada 14 kes bagi tahun 2023. Manakala bagi kes mengakibatkan kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 364 kes bagi tahun 2023. Dalam hubungan ini, kita berpendapat "every accident is one too many". Oleh itu, adalah disarankan kepada semua pihak terutama pengguna jalan raya untuk bekerjasama dalam memastikan keselamatan semua.

Seterusnya, bagi sektor pengangkutan laut, walaupun Belanjawan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam tidak termasuk dalam belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi namun begitu Kementerian ini masih bertanggungjawab bagi menduduki sektor ini. Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan kapal-kapal dagang yang masuk dan keluar di pelabuhan-pelabuhan di negara dan juga perlindungan terhadap alam sekitar marin dengan melaksanakan kerja-kerja selaras dengan piawaian Pertubuhan Maritim Antarabangsa.

أَلْفَ مَبْرُوكٍ Pada awal tahun 2023, pihak MPABD telah mula menguatkuasakan perlesenan ke atas dua puluh lima jeti yang digunakan oleh kapal-kapal dagang dalam usaha untuk memastikan jeti-jeti berkenaan memenuhi syarat-syarat keselamatan dan prosedur pengendalian yang telah ditetapkan. Pada tahun 2023, jumlah trafik kapal masuk dan keluar juga telah menunjukkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 12,801 buah kapal berbanding kepada lima tahun kebelakangan ini.

Ini juga menunjukkan bahawa sektor industri pengangkutan, dan khususnya perkapalan adalah salah satu beneficiari perkembangan industri-industri hiliran dan pengeluaran yang berorientasikan eksport.

Sehubungan dengan ini juga, sepertimana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Syarikat Muara Port Company Sendirian Berhad ataupun MPC telah memulakan beberapa inisiatif untuk meneroka peluang untuk meningkatkan lagi jumlah perdagangan dan untuk menampung keperluan kapasiti yang semakin meningkat. MPC juga akan melaksanakan projek pengembangan dan pengubahsuaian Pelabuhan Muara (Muara Port Expansion and Renovation Project).

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2024 ini dan siap pada tahun 2027. Melalui projek ini, pihak MPC menjangka peningkatan volume throughput melalui Pelabuhan Muara daripada sebanyak 220 ribu TEU pada masa ini kepada 500 ribu TEU setelah pembinaan selesai.

Dalam hubungan ini, selaras dengan perancangan pihak MPABD, selain daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan tumpuan juga akan diberikan dalam usaha meningkatkan industri maritim di negara ini, khususnya dalam meningkatkan lagi local content yang masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dikesempatan ini koala/peramba/saya ingin juga menyumbang respons pada soalan yang telah ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai video bahan berita Awani mengenai cadangan kereta api rentas Borneo.

Untuk makluman, siaran berita yang dirujuk tersebut adalah bertarikh 30 Oktober 2023 dan juga telah mendapat perhatian pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi apabila mengetahuinya. Seperti mana yang terkandung di dalam siaran berita tersebut kajian kereta api rentas sempadan tersebut akan bermula pada tahun ini. Maaf, kajian kereta api rentas sempadan tersebut akan bermula pada tahun ini.

Untuk makluman, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi setakat ini mengetahui akan terdapat dua buah syarikat yang memaparkan cadangan projek membina dan mengadakan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan negara-negara di Kepulauan Borneo iaitu Negara Brunei Darussalam, negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia serta Kalimantan, Indonesia.

Walau bagaimanapun, setakat kini belum ada perbincangan rasmi pada peringkat kerajaan mengenainya. Akan tetapi pada peringkat ASEAN ada terdapat satu sub-working group iaitu ASEAN Railway Sub-Working Group yang membincangkan hal-hal berkaitan mengenai railway connectivity di dalam ASEAN. Mungkin perkara ini akan ditimbulkan di situ pada masa akan datang.

Pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengambil maklum tentang aspirasi syarikat-syarikat berkenaan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api di Kepulauan Borneo dengan tujuan untuk meneruskan ketersambungan iaitu connectivity dan mobiliti di Pulau Borneo dan pada masa yang sama difahami bahawa ia masih memerlukan kajian lanjut dan dari syarikat-syarikat berkenaan terutama dari segi kebolehlaksanaan, pelaburan, liabiliti dan komitmen daripada pihak-pihak yang berkepentingan termasuk mengambil kira sebarang komitmen di peringkat kerajaan.

Selanjutnya, apabila berbicara mengenai sektor pengangkutan ini, ia juga sering dikaitkan dengan isu perubahan iklim oleh kerana sektor pengangkutan adalah salah satu sektor penyumbang kepada gas rumah hijau. Contohnya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah memperkenalkan resolusi matlamat aspirasi jangka panjang pelepasan karbon dioksida sifar bersih menjelang tahun 2050.

Komitmen ini adalah serupa dalam struktur dengan strategi gas rumah hijau pertubuhan maritim antarabangsa yang juga mempunyai matlamat agar pelepasan gas rumah hijau daripada perkapalan antarabangsa mencapai sifar bersih pada atau sekitar tahun 2050.

Oleh yang demikian, selaras dengan komitmen negara ke arah pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050 dan strategi-strategi di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, kementerian ini juga tidak ketinggalan untuk mendukung hasrat negara dalam menangani perubahan iklim.

Jabatan Penerbangan Awam telah menghasilkan pelan tindakan bagi pengurangan pelepasan penerbangan atau action plan on reduction of aviation emissions kepada International Civil Aviation Organization. Dokumen ini akan digunakan sebagai panduan bagi Negara Brunei Darussalam melaporkan sebarang inisiatif dan usaha yang berkaitan dengan pengurangan emisi karbon dioksida.

Perkara ini juga telah dihasilkan dengan kerjasama rapat dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang mana pelan-pelan tindakan ini turut mengongsikan sukat-sukat bagi cara mengurangkan impak terhadap alam sekitar bagi sektor penerbangan awam.

Manakala bagi sektor pengangkutan darat strategi 3 dasar perubahan iklim Negara Brunei Darussalam telah menyatakan bahawa kenderaan elektrik atau EV sebagai strategi utamanya. Walau bagaimanapun, inisiatif lain juga diusahakan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada pengangkutan darat termasuk memperluaskan kenderaan cekap atau lebih efisien, rendah karbon yang termasuk hybrid, kenderaan tenaga baru yang lain dan mewujudkan infrastruktur untuk menggalakkan perjalanan cekap dan lancar.

Berikutan tamatnya projek perintis EV pada bulan Mac 2023, skim lesen kenderaan EV sementara telah pun diperkenalkan serta penggunaan standard rujukan keselamatan kenderaan EV yang mana telah memudahkan peningkatan bilangan EV dan kepelbagaian model yang dibawa masuk ke dalam pasaran Negara Brunei Darussalam. Sehingga akhir Disember 2023, sejumlah 64 buah EV telah didaftarkan yang terdiri daripada 12 jenis model EV dan 17 stesen pengecas EV telah dipasang dengan pelbagai tahap kebolehcapaian awam. Ini adalah di samping pengecas EV yang dipasang di rumah pemilik-pemilik itu sendiri.

Seterusnya, dalam hal pemantauan cuaca dan iklim. Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam berperanan untuk memastikan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan kajicuaca dan iklim menepati kehendak pengguna dan boleh membantu dalam membuat keputusan oleh sektor-sektor masyarakat yang berkaitan dan untuk mengurangkan risiko dan kesan potensi bahaya yang disebabkan oleh cuaca, iklim, air dan elemen persekitaran yang berkaitan.

Untuk makluman, sistem radar cuaca terbaharu yang beroperasi 24 jam sepenuhnya setiap hari telah beroperasi sejak 21 Januari 2023. Sistem radar tersebut dapat memantau lokasi, pergerakan, intensiti, dan evolusi cuaca yang berbahaya secara realtime dan secara berterusan dan dapet membantu peramal dalam mengeluarkan ramalam, nasihat dan amaran cuaca kepada pihak penerbangan, pelaut dan orang ramai dengan tepat dan cepat. Setakat November 2023, peratus ketepatan amaran cuaca penerbangan telah mencapai 93% ketepatan.

Jabatan Kajicuaca juga berjaya menghasilkan Numerical Weather Prediction dan World Research Forecast Model dengan resolusi 10 kilometer dan 5 kilometer untuk diguna pakai bagi penyediaan ramalan, nasihat dan amaran cuaca kepada orang ramai. Bagi tahun 2023, sebanyak 307 amaran cuaca telah dikeluarkan dan 29 nasihat cuaca telah dikongsikan kepada orang ramai.

Anggaran Belanjawan bagi Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam bagi Tahun Kewangan 2024/2025 adalah $4,670,595.00 yang terdiri daripada Perbelanjaan Biasa dan juga sebanyak $3,324,100.00 dan $1,353,495.00 yang merupakan Perbelanjaan Kemajuan, iaitu sebahagian daripada Rancangan Kemajuan Negara Ke- 12 berjumlah $6,758,895.00 bagi projek-projek Penggantian Airport Automation Weather System dan Next Generation Integrated Weather Analysis, Forecast and Warning.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Beralih kepada ekonomi digital. Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 berhasrat supaya Negara Brunei Darussalam memanfaatkan teknologi ke arah meningkatkan cara hidup, bekerja dan perniagaan yang muncul daripada menghubungkan individu, perniagaan, peranti, data dan operasi melalui teknologi digital.

Ia merangkumi kesalinghubungan dan transaksi dalam talian yang merentasi pelbagai sektor dan teknologi seperti internet, teknologi mudah alih, data besar dan teknologi maklumat dan infokomunikasi.

Menurut statistik terkini yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, sektor ICT telah menunjukkan perkembangan yang berterusan dan telah menyumbang sebanyak $484.8 juta pada tahun 2023 pada Keluaran Dalam Negeri Kasar iaitu peningkatan sebanyak 3.96% daripada tahun sebelumnya.

Bagi meningkatkan lagi sumbangan sektor ICT kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar, beberapa inisiatif sedang giat dijalankan untuk meningkatkan pembangunan sektor ICT di negara ini, termasuk meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia dalam menjan peluang pekerjaan di sektor tersebut dan juga penggunaan teknologi di sektor swasta untuk meningkatkan produktiviti dan efficiency.

Pada masa yang sama, 3 projek utama atau flagship bagi pembangunan ekosistem digital di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital juga sedang giat dijalankan, iaitu Projek Information Hub, Projek Digital Identity dan Projek Digital Payment Hub. Status pelaksanaan ketiga-tiga projek ini adalah seperti berikut.

Diperkenalkan pada tahun 2021, Projek National Information Hub bertujuan untuk menyediakan platform infrastruktur database as a service sebagai pemudah cara dan menyediakan database secara pusat, penyediaan perkhidmatan database yang lebih cepat, kos rendah dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan negara di dalam memelihara pangkalan data melalui kos pemeliharaan secara pusat.

Setakat Januari 2024, sebanyak 10 buah agensi kerajaan mengongsikan data melalui perkhidmatan ini. Sementara 15 buah agensi kerajaan sedang menggunakan data yang dikongsikan dan sebanyak 13 agensi kerajaan telah menggunakan sebagai pangkalan data (storage) bagi pelaksanaan projek-projek digital masing-masing. Perkara ini juga didorong (enabled) oleh penyediaan garis panduan Data Sharing Guidelines dan Data Sharing Agreements yang telah diguna pakai sejak bulan Mei 2023.

Sementara itu, projek Digital Identity dan Projek Digital Payment Hub, Insya'allah dijangka siap dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Semua ini berhasrat untuk memantapkan lagi lanskap ekonomi digital tempatan dan membolehkan kita meraih peluang-peluang yang terdapat di rantau ini.

Untuk makluman, ASEAN pada masa ini giat memajukan The ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA). DEFA ini menyediakan pelan hala tuju komprehensif untuk memperkasakan perniagaan secara digital dan mempertingkatkan daya saing dan keselamatan siber bagi menggalakkan perdagangan dan penyertaan terutamanya bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Bagi Negara Brunei Darussalam, perjanjian DEFA ini akan membuka peluang kepada pertumbuhan produktiviti, daya saing perniagaan, mendukung persekitaran dan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif. Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan lagi produk-produk tempatan untuk dipasarkan di peringkat serantau dan antarabangsa. Pada masa ini, ia masih dalam perundingan di peringkat ASEAN yang mana pihak MITC dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi terlibat di dalamnya. اِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ‎, ia akan dimuktamadkan pada tahun 2025.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sektor ICT berfungsi sebagai enabler asas kepada ekonomi digital secara menyediakan kesalinghubungan, alat dan platform yang diperlukan untuk perniagaan dan individu mendigitalkan operasi dan proses mereka. Dalam hubungan ini, pihak berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) akan terus bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi, memberi tumpuan dalam menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di negara ini. Dari segi peningkatan liputan rangkaian mudah alih 3G, 4G dan 5G dalam kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, rangkaian 5G telah diperkenalkan secara komersial pada bulan Jun 2023.

Sukacita dikongsikan juga pada masa ini, 92% kawasan berpenduduk mempunyai akses kepada perkhidmatan mudah alih. Manakala kawasan yang sama, 94% telah menerima liputan fiber optic (Fibre To The Home). Penukaran bagi penggunaan copper ke fiber optic masih lagi dalam pelaksanaan dan dijangka akan siap pada bulan Ogos tahun ini. Pada masa yang sama, dikongsikan bahawa liputan talian tetap (fixed line) di Daerah Temburong telah mencapai 100% dengan penggunaan fiber optic.

Pada masa yang sama, pihak AITI sedang bekerjasama dengan pihak Syarikat Unified National Networks Sendirian Berhad (UNN) bagi mengatasi jurang digital di kawasan-kawasan pedalaman atau di kawasan luar bandar dengan menjalankan pemodenan dan mengoptimakan infrastruktur telekomunikasi. Pada masa ini, ada 6 lokasi baru telah dikenal pasti yang akan menerima liputan mudah alih dan ini termasuk Kampung Melilas, Kampung Sukang, Kampung Biadong Ulu, Kampung Buau, Kampung Kukub dan Kampung Bang Taong.

Setakat ini, pemasangan fiber optic telah selesai dilaksanakan di antara kawasan Kampung Merangking dan Kampung Sukang. Seterusnya, 2 stesen pangkalan di Kampung Bang Taong dan Kampung Kukub sudah mula beroperasi. Pemasangan di kawasan luar bandar yang lain akan dijangka siap pada penghujung bulan ini.

Selain itu, di antara inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan oleh AITI juga termasuk meluaskan usaha penyarinqan prestasi perkhidmatan rangkaian atau network performance audit untuk merangkumi rangkaian mudah alih (mobile network) di samping rangkaian jalur lebar (broadband network) dan untuk menjalankan kajian untuk memastikan perkhidmatan 5G adalah stabil dan terjamin.

Beberapa inisiatif sedang juga dilaksanakan untuk memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran digital yang diperlukan supaya akan dapat menyesuaikan diri (adapt) kepada landskap teknologi yang sentiasa berubah dan berkembang. Ini termasuk program-program pendidikan melalui pihak AITI yang secara tidak langsung membantu di dalam pembangunan kemahiran di peringkat sekolah-sekolah yang mana di antaranya adalah seperti Program Digital for All, Coding with Smart Devices, Code for Run dan Coding.BNKohort ke-2 dan juga Program Digital Upskilling.

Pihak AITI juga turut menggalakkan penerapan teknologi digital di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) dengan mengadakan Tech Clinic dan Skim PENJANA untuk mengguna pakai teknologi bagi meningkatkan produktiviti. Dalam hal ini juga, selaras dengan objektif Manpower Industry Steering Committee (MISC), beberapa program telah diadakan untuk meningkatkan kemahiran di kalangan graduan dan anak-anak tempatan melalui Program Overseas Digital Apperenticeship dan TechInspire.

Bagi Program TechInspire Apperenticeship, ia akan bermula pada bulan April tahun ini dan 50 orang peserta belia tempatan disasarkan, yang mana akan dilatih sebagai IT/Network Technician. Dengan inisiatif-inisiatif seperti ini, ia akan meningkatkan lagi kemahiran dan kebolehpasaran dalam membangukan keupayaan tenaga manusia tempatan.

Dalam era digital pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa orang ramai kini banyak bergantung dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta akses internet dalam menjalani pelbagai aspek rutin harian. Dengan ini, orang ramai sebagai pengguna boleh terdedah dengan ancaman jenayah siber seperti penipuan dalam talian, berita palsu, maklumat berunsur fitnah, kebocoran data peribadi dan juga melalui pelbagai platform dan juga berunsur rentas sempadan.

Dalam hubungan ini, perkara ini diambil perhatian serius dan dengan memanfaatkan pendekatan bersepadu, Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber akan meneruskan usaha ke arah memastikan ruang siber yang lebih selamat dan menangani aspek yang berkait rapat dengan keselamatan siber iaitu manusia, proses dan teknologi. Ia juga dihasratkan untuk memantau dan mengemaskini National Cyber Security Strategy dalam memastikan pelaksanaannya berjalan dengan teratur.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah juga disediakan dalam hal ini sebanyak $8.75 juta telah diperuntukkan bagi pengurusan keselamatan siber bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Di antara usaha Cyber Security Brunei dalam mewujudkan ekosistem digital yang resilient adalah pelaksanaan Perintah Keselamatan Siber, 2023 ataupun Cyber Security Order, 2023. Ini akan menjadi salah satu fokus utama CSB bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ini, manakala bagi AITI, mereka juga menumpukan perhatian dan usaha ke arah penyediaan rangka kerja perundangan bagi perlindungan data peribadi.

Pada masa yang sama, kempen-kempen kesedaran awam yang giat diusahakan melalui BruCERT dengan menggunakan pelbagai delivery channels sama ada melalui media tradisional seperti TV dan radio dan juga seperti melalui media sosial akan diteruskan agar tidak ada kelompok masyarakat yang tercicir dalam mengetahui risiko keselamatan dalam penggunaan pelbagai platform yang tersedia di dalam talian.

Selain daripada itu, Content Advisory Council yang mana Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dan pihak Jabatan Perdana Menteri selaku urusetia bersama bertanggungjawab dalam memantau kandungan yang diedarkan melalui Internet atau media sosial dan akan mengambil tindakan pengawalan termasuk tindakan undang-undang, jika perlu.

Di samping itu, pihak AITI juga sentiasa bekerjasama dengan syarikat penyedia telekomunikasi Brunei (telcos) dan agensi-agensi berkenaan dalam meningkatkan usaha menghindari perkhidmatan pesanan ringkas dan websites, sebagai contohnya, digunakan sebagai kegiatan scam online.

Adalah disarankan orang ramai untuk melaporkan alleged scams ini kepada BruCERT melalui talian 245 8001 dan aplikasi WhatsApp 717 0766 atau melalui emel di alamat reporting@brucert.org.bn.

Seterusnya, tidak dapat dinafikan juga bahwa perbincangan mengenai penggunaan Artificial Intelligence (AI) menjadi perhatian ramai, khususnya apabila kemajuan pesat teknologi AI mengatasi penyediaan rangka kerja kawal selia untuk mengawal penggunaannya.

Melihat akan kepentingan teknologi AI tersebut, pihak kementerian merancang untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam meneliti ekosistem tersebut. Ini adalah termasuk penyediaan garis panduan etika terhadap penggunaan AI yang sejajar dengan perkembangan inisiatif di serantau dan antarabangsa seperti ASEAN Guide on AI Governance and Ethics. Dengan adanya garis panduan ini, ia akan dapat membantu untuk mengawal selia dan mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak kementerian ini berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang lain untuk berbincang mengenai inisiatif lain berkaitan dengan AI yang diperlukan seperti use cases, kesan terhadap sektor pekerjaan dan juga pembangunan kemahiran, iaitu bagi memastikan tenaga kerja akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan.

Peramba/kaola/saya juga ingin sekarang mengongsikan terhadap usaha di dalam penyediaan perkhidmatan digital e-Kerajaan yang mana pengurusan di dalam kerajaan, yang mana Pusat Kebangsaan e-Kerajaan telah diperuntukkan sebanyak $54,242,143 bagi Perbelanjaan Biasa dan Perbelanjaan Kemajuan, iaitu sebahagian daripada Harga Rancangan RKN-12 bagi projek-projek Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) yang berjumlah $25,642,103 bagi menampung projek-projek:

  1. Pusat Data Kerajaan dan Infrastructure Cloud;

  2. Software Defined Network (SDN) Infrastructure;

  3. Data Analytics as-a-Service (DAaaS);

  4. Sistem Pengurusan Rekod (SPeRe); dan

  5. GOV.BN 2.0.

Seterusnya dikongsikan penerangan lebih lanjut mengenai dua (2) projek tersebut di atas yang lebih berunsur kepada penambahbaikan perkhidmatan kepada orang ramai, iaitu Projek GOV.BN 2.0 dan Sistem Pengurusan Rekod.

Projek GOV.BN 2.0 adalah bagi menyediakan satu single service portal untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dengan cepat dan mudah. Pusat Kebangsaan e-Kerajaan diperuntukkan $6 juta bagi melaksanakan projek tersebut. Pembinaan platform ini adalah bagi mengganti dan menaik taraf platform yang sedia ada, iaitu GOV.BN.

Dengan menggunakan low-code platform untuk mendigitalisasikan perkhidmatan kerajaan (satu teknologi terkini) akan memudahkan lagi pembangunan perkhidmatan dalam talian. Dengan menggunakan sistem low-code tersebut, adalah dititikberatkan agar aplikasi-aplikasi kerajaan akan sentiasa dikemaskini bagi tujuan seperti security patches dan seumpamanya.

Selain dari menjadi satu portal untuk perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, ia juga akan:

  1. Menyediakan aplikasi mudah alih (mobile app) untuk perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.;
  2. Menyediakan form builder untuk memudahkan digitalisasi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.; dan
  3. Memudahkan lagi pendigitalisation perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

Dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan ini, إن شاء الله ia akan dapat meningkatkan lagi jumlah perkhidmatan kerajaan di dalam talian berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan melalui traditional counter services.

Seterusnya bagi pengurusan rekod dan dokumen secara digital, adalah penting dalam meningkatkan mutu pencapaian perkhidmatan sektor awam melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif. Ini juga mengambil kira kelebihannya dari segi memudahkan pengguna untuk mengakses fail, mengurangkan penggunaan kertas, mudah diakses tanpa sempadan dan mengoptimakan penggunaan teknologi secara amnya.

Sebagai langkah permulaan, satu projek telah pun dicadangkan untuk pelaksanaan di bawah RKN-12, iaitu Sistem Pengunaan Rekod (SpeRe) yang bernilai $5 juta. Ia bertujuan untuk menyediakan standard platform bagi pengurusan rekod dan dokumen untuk digunakan oleh semua agensi kerajaan dan penyediaan platform e-office dan juga platform bagi document digitalisation.

Selain daripada kegiatan Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC), usaha kementerian ini juga ditumpukan ke arah penyejajaran dan penyelarasan serta penambahbaikan agenda transformasi digital sektor kerajaan. Melalui Chief Information Officer Forum yang diberi peranan dalam meneliti, memantau dan meneraju pelaksanaan Pelan Transformasi Digital kementerian, termasuk semua projek di bawah pelan- pelan tersebut serta transformasi digital sektor swasta di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing. Ia juga memastikan projek-projek dilaksanakan sentiasa relevan dan selaras dengan keperluan dan ekspektasi semua pihak-pihak yang berkepentingan dan ini termasuklah:

  1. Melaksanakan consolidation keperluan sistem-sistem yang lain kepada infrastruktur bagi mengelakkan duplikasi dan pembaziran sumber tenaga.;

  2. Memastikan projek-projek digitalisasi ini bersifat user-driven dan user-friendly.; dan

  3. Dalam penelitian ke atas projek-projek transformasi digital di bawah RKN-12, ia dibincangkan sebelum ini di Mesyuarat CIO Forum bagi mengambil kira terdapatnya peluang penyelarasan dan pengintegrasian (consolidation) ke atas projek-projek berkenaan bagi mengelakkan duplikasi dan pembaziran, seperti mana yang disebutkan awal.

Pada masa yang sama, Pusat Kebangsaan e-Kerajaan juga telah mengeluarkan Project Management Framework, satu rangka kerja dan alat rujukan dalam memastikan pengurusan dan perancangan projek-projek IT dibina mengikut spesifikasi yang tepat dan berjalan dengan teratur mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Penggunaan Project Management Framework ini juga telah dimandatkan bagi pelaksanaan semua projek-projek IT melalui CIO Forum.

Beberapa program pembinaan kapasiti sumber manusia di dalam merekabentuk, pembangunan dan pengurusan projek IT termasuk 'change management' juga telah dirancang. Ini termasuk di peringkat pengurusan kanan Kementerian-Kementerian kerana pendigitalan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan bukan hanya melibatkan warga IT atau sekadar mengemukakan akses kepada perkhidmatan dalam talian.

Akan tetapi, ianya melibatkan peralihan pemikiran, proses kerja dan cara bekerja di sepanjang aliran proses kerja setiap kementerian atau jabatan tersebut. Jika tidak, hasrat sepenuhnya untuk mencapai keberkesanan dan kecekapan dari pendigitalan tersebut tidak akan tercapai.

Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian ini juga ingin mengongsikan beberapa usaha signifikan berkaitan dengan Inovasi, Penyelidikan dan Perkembangan. Kedudukan Negara Brunei Darussalam bagi Indeks Inovasi Global atau Global Innovation Index bagi tahun 2023 telah meningkat 5 anak tangga daripada tempat ke-92 ke tangga 87 dalam kalangan 132 negara.

Dalam pada itu, bagi mendukung dan memacu pembangunan negara berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Inovasi, sebanyak dua belas (12) projek telah dibiayai melalui dana Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (CREATE), yang telah diperuntukkan dibawah RKN12 dengan harga rancangan sebanyak BND$30 Juta (Tiga Puluh Juta ringgit).

Mengikut pecahan kluster, 2 projek adalah dibawah ICT, 4 projek dibawah kesihatan, 2 projek bagi sains dan teknologi makanan, 2 projek berkaitan dengan tenaga dan 2 lagi projek dibawah sektor alam sekitar dan pembangunan mampan.

Setakat ini, kesemua projek tersebut telah mula dilaksanakan sejak suku ke-2 tahun lepas dan masih dalam status pelaksanaan. Keberhasilan projek penyelidikan ini di bawah CREATE berkenaan diharap akan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, terutama dari segi peningkatan pakar dalam pelbagai disiplin di Negara Brunei Darussalam.

Untuk menekankan kepentingan inovasi dan mendukung usaha ke arah transformasi digital, dengan bertemakan 'Smart Nation through Digital Transformation', Anugerah ICT Brunei (Brunei ICT Awards - BICTA) bagi tahun ini akan diadakan pada bulan Jun 2024. Ianya adalah anjuran bersama dengan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan juga Infocomms Federation Brunei (IFB).

Objektif acara tahunan ini adalah untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti teknologi infokomunikasi di kalangan individu, pelajar, syarikat-syarikat mikro, kecil dan sederhana, dan organisasi-organisasi yang berminat. Penyertaan telah dibukakan sejak Januari yang lalu dan akan berakhir pada Mei nanti. Turut diserapkan di dalam aktiviti BICTA 2024 adalah BICTA Plus Bootcamp iaitu program bimbingan dan latihan khusus bagi peserta-peserta untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka sebagai persiapan diri sebelum pertandingan.

BICTA ini juga merupakan satu komponen di bawah Anugerah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA), yang mana pemenang dan peserta BICTA yang terpilih seperti lazimnya berpeluang mewakili Negara Brunei Darussalam ke pertandingan peringkat antarabangsa dibawah APICTA. الحَمْدُ لِلّهِ Negara Brunei Darussalam telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi 23rd APICTA Awards yang akan berlangsung pada bulan Disember 2024.

Dengan adanya penyertaan dari negara ini, ianya membuka peluang kepada individu, pelajar-pelajar, syarikat-syarikat serta organisasi yang berminat untuk meransangkan inovasi dan penciptaan kreativiti serta menjana inovasi dalam membangunkan sektor ICT negara.

الحَمْدُ لِلّهِ, dengan apa yang dikongsikan إِنْ شَاءَ اللّهُ ia dapat memberi bayangan bahawa warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa dibawahnya akan sentiasa bersedia dan beradaptasi bagi sebarang perubahan dan sentiasa peka akan perkembangan yang berlaku dan dapat merealisasikan peranan asas Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam menjamin keselamatan sektor pengangkutan dan juga alam siber, meningkatkan kesejahteraan orang ramai melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap, bersih serta memanfaatkan teknologi dan pemudah cara bagi mendukung kemajuan ekonomi dan pembangunan negara yang mampan.

Sekian kaola sampaikan dan semoga segala inisiatif yang diusahakan akan membuahkan hasil dan impak yang dihasratkan kepada kemajuan dan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

أَلْحَمْدُ لِلَّهِ kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas penerangan yang jelas mengenai hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Maka, sekarang saya bukakan Tajuk SNO1A – SNO9A untuk dibahaskan.

Seperti biasa saya akan menjemput beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan satu soalan setiap seorang dan seterusnya saya akan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan jawapan ataupun responsnya sama ada untuk dijawab sekarang atau dijawab secara bertulis kemudian nanti.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمـَٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَحْمَدُرَبّىِّ الَّذِىْ فَطَرَ السّمَاء وَالّارْضَ عَلَى نُوْرٍ اْلانْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَبِيْلَ مُحْكَمٍ وَعَقْلٍ لّهٗ مُضِيْ أَجْمِعِيْنَ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan hormatnya, sukacita kaola mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang telah membentangkan mukadimah termasuklah inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diungkayahkan bagi Peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mempunyai visi antara lain seperti berikut tentang Digital Government, Utilising technology and connectivity to spur innovation and improve the lives and the needs of citizens and businesses for continued national development through Digital Economy, Digital Government and Digital Society initiatives. Di bawah tajuk strategik objektif 1 iaitu Digital Transformation, terdapat KPI yang Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi tetapkan seperti berikut:

  1. 97% System Availability For E-Government Short Services dalam 2025,

  2. 50% Digitalization of MTIC Documentation by 2025, dan

  3. 30% MTIC services automated by bagi tahun 2025.

Walaupun KPI tersebut adalah sangat relevan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, KPI-KPI yang sepatutnya diketengahkan ialah KPI yang menjurusk kepada perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien, effektif atau berkesan dan transparen secara keseluruhanmya serta memberikan impak yang tinggi kepada masyarakat bukan sahaja diberikan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, tetapi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang lain.

Sebagai sebuah kementerian yang menerajui Digital Transformation bagi keperluan kerajaan terutama dengan adanya Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dibawahnya, pelan strategik tersebut sepatutnya mensasarkan KPI-KPI atau strategic outcome yang boleh memberikan perkhidmatan atas talian yang lebih bermakna dan impak kepada masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti pihak syarikat-syarikat swasta atau perniagaan khususnya.

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah apakah peranan pusat Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dalam hal ini memandangkan kepakaran Digital transformasi perlulah dipusatkan kepada agensi berkenaan berserta kapasiti tenaga manusia untuk melaksanakan projek-projek digital transformasi bagi keseluruhan jentera kerajaan bersama kementerian-kementerian yang lain.

Adakah EGNC telah membuat perancangan bagi melahirkan pakar-pakarnya sendiri dalam pelbagai bidang teknikal seperti application development bagi mendukung dan menyokong usaha digital transformasi bersesuaian dengan usianya yang melebihi 15 tahun dan visinya Modernize Government for Digital Transformation?

Pada tahun 2013, terdapat inisiatif di bawah Brunei Solution Developments Centre, Capability and Mentoring Program yang dipelopori oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui EGNC bersama dengan ICT Centre dan Microsoft. Inisiatif Brunei Application yang telah menelan perbelanjaan yang bukan sedikit, ini mensasarkan kapasiti negara untuk memajukan ICT keseluruhannya dan juga melahirkan Technopreneurs tempatan yang boleh menyumbangkan kepada kepelbagaian ekonomi.

Sejauh manakah ia membuaahkan hasil dan apakah inisiatif serupa dengan ia masih diteruskan atau pun sudah berhenti? Jika ia berhenti, apakah yang membimbangkan ialah kebergantungan EGNC atau jabatan-jabatan lain kepada syarikat pembekal atau teknologi vendors terutama yang luar negeri yang akan berterusan dengan sendirinya menjadikan digital transformasi berkenaan menjadi unsustainable atau tidak berdaya tahan.

Dan jika ia diteruskan, adakah terdapat mekanisme bagi memastikan transfer of technology atau knowledge tersebut benar-benar terlaksana tanpa memerlukan vendors seumpamanya menjadikan inisiatif tersebut sebagai backdoor untuk mereka mendapat projek-projek e-kerajaan.

MTIC dan EGNC, kaola pasti dapat mempelajari akan business modal yang telah dipraktikkan oleh di luar negeri seperti jiran kita Singapura, di mana sistem e-kerajaan mengembang majukan capacity building berkemahiran secara in-house oleh badan berkanun Government Technical Agency atau Government Technology Agency of Singapore yang mempunyai lebih dari 700 orang developers untuk in-house development tersebut tanpa bergantung sepenuhnya kepada vendors. Ini sudah setentunya menjimatkan perbelanjaan secara signifikan serta lebih ramai lagi mereka yang berpakaran dan berkemahiran dalam ICT dan digital bagi memenuhi keperluan negara.

Dalam hubungan ini, kaola ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, apakah strategi atau inisiatif dalam kita bersama-sama memastikan transfer of technology atau knowledge kepada anak-anak tempatan untuk mencapai tahap kepelbagaian kemahiran dan profesion yang tinggi supaya negara tidak bergantung sepenuhnya kepada pakar-pakar luar negeri.

Keduanya, adakah sebarang penelitian atau kajian dilakukan termasuk cost effectiveness terhadap sesuatu projek e-kerajaan atau ICT menjuris kearah transformasi digital dalam jentera kerajaan yang lebih sustainable?

Dan ketiganya, bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan khususnya di aspek cost effectiveness atau bagi mengelakkan sebarang duplikasi atau bertindih-tindih dalam projek e-kerajaan atau ICT, adakah penelitian diadakan untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku?

Jadinya kaola mengakhiri dengan وبالله التوفيق والهداية واخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين dan kaola lagi sekali mengucapkan ribuan terima kasih pada Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dengan Digital Masterplan yang dijadualkan untuk direbiu pada tahun ini yang memberikan peluang untuk menyatukan pencapaian dan cita-cita kita dalam domain digital. Pada pandangan kaola, proses ini memerlukan beberapa pendekatan yang patut diselaraskan seperti digital collaboration tool untuk projek-projek antara pihak kementerian, kepentingan untuk mengukuhkan data governance framework dan menghubungkaitkan artificial intelligent secara strategik terutamanya generative AI dalam pelan hala tuju ICT kita.

Pendekatan ini merupakan asas untuk meningkatkan kecekapan operasi di seluruh sektor kerajaan dan mengadakan potensi transformatif ekonomi kita. Integrasi ini bukan hanya melibatkan kemajuan teknologi tetapi juga akan dapat mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan, inklusif dan berpandangan ke hadapan yang boleh menjadikan tanda untuk kemajuan masyarakat dan kepelbagaian ekonomi kita. Dengan itu, ia akan dapat meningkatkan kedudukan Brunei ke peringkat serantau atau antarabangsa.

Memandangkan konteks ini, kaola ingin mengemukakan kepentingan data governance. Data adalah minyak dalam abad ke-21 dan sama seperti minyak ia perlu ditapis sebelum boleh menjana inovasi enjin. Raw data sama ada nombor atau imej, mempunyai nilai yang wujud tetapi ia memerlukan proses refining. Proses ini melibatkan pembersihan, mengorganisasi dan analisis untuk mengubahnya menjadi wawasan yang boleh dilaksanakan atau refined data. Dengan itu, ia akan dapat menggunakan inovasi enjin Smart Nation mendorong kepada perkembangan di pelbagai sektor.

Dengan itu soalan kaola, apa inisiatif yang sedang dijalankan untuk mewujudkan data framework dan data governance yang kukuh di semua agensi kerajaan? Adalah penting untuk memastikan standardization and interoperability of data daripada kumpulannya untuk future proofing bagi ekosistem digital kita. Sekian sahaja dari kaola Yang Berhormat Pengerusi terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil maklum tentang Postal Services Order yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi sebentar tadi untuk tujuan efficiency.

Kaola percaya sektor ini boleh diperluaskan untuk mengurangkan masa dan kesesakkan di MPC dengan penghantaran secara langsung ke rumah-rumah tanpa memerlukan orang ramai mengambil di MPC.

Selain itu, ini juga dapat memudahkan perniagaan yang memesan barang dan membolehkan ia dihantar secara langsung dan efisien. Salah satu inisiatif ke arah ease of doing business, ini juga adalah peluang untuk kita dapat menyediakan pekerjaan kepada golongan yang menganggur jika sekiranya terdapat kekurangan manpower dalam membuat penghantaran parcel ke rumah-rumah. Sekian sahaja cadangan dari kaola. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola bercakap berkenaan dengan kawalan harga bagi kenderaan beroda dua iaitu motosikal. Akhir-akhir ini kenderaan motosikal merupakan pilihan kepada orang ramai yang tidak berkeampuan membeli kereta. Namun pada itu, motosikal juga digunakan sebagai kegiatan dan aktiviti di perniagaan.

Tidak hairan jumlah penggunaan motosikal di Negara Brunei Darussalam semakin bertambah dari masa ke semasa ke semasa, ia lebih jimat dari segi perbelanjaan petrol dan sebagainya. Terdapat perbezaan harga yang ketara dengan harga-harga motosikal di pasaran tempatan. Sebagai contoh motosikal jenis skuter termurah bermula dengan harga anggaran $5,000 tunai.

Manakala di negara jiran Malaysia, ia dijual dengan harga RM6,500 bersamaan $1,840. Manakala di Indonesia pula sekitar IDR22 juta bersamaan $1,880 dengan jenis skuter dan spesifikasi yang sama. Sehubungan dengan itu, kaola ingin tahu apakah harga kenderaan motosikal ini termasuk dalam kawalan pihak kerajaan. Sekian saja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

والله تعالى الموفق والمعين، والسلام عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وبركاتُه

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الَّذِي خَلَقَهُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا وَأَجَلٌ مُّسَمًّى عِندَهُ ثُمَّ أَنتُمْ تَمْتَرُونَ وَهُوَ اللهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْ‌ضِ يَعْلَمُ سِرَّ‌كُمْ وَجَهْرَ‌كُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ

Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas pembentangan mukadimah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang sangat jelas tentang tindakan perancangan dan hala tuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat. Terdapat keluhan-keluhan daripada pengusaha-pengusaha sekolah memandu yang mana proses permohonan untuk mendapatkan sebagai jurulatih memandu mengambil masa lama seperti yang dialami pada masa ini seperti iaitu permohonon untuk menjadi jurulatih memandu dibuat pada 1 Jun 2022.

Setelah itu untuk menjalani ujian bertulis kelayakan jurulatih memandu baru dilaksanakan pada 6 Disember 2022, ia sudah memakan masa hampir 6 bulan. Setelah itu 'barutah' menjalani ujian kelayakan memandu dan kejurulatihan pada 22 Mac 2023 dan ini memakan masa 3 bulan. Kemudian untuk mendapatkan keputusan kelayakan memandu dan kejurulatihan tersebut sehingga kini belum ada jawapan, sudah mencapai satu tahun lebih. Kaola ingin penerahan kenapa perkara tersebut memakan masa yang begitu lama dan ini menjejaskan pengusaha-pengusaha sekolah memandu bagi memberikan pekerjaan kepada warga tempatan.

Yang Berhormat Pengerusi. Selain daripada itu, masalah kekurangan pegawai penguji salah satu perkara yang sudah lama terjadi. Permohonan untuk mendapatkan lesen memandu ini meningkat dari tahun ke tahun dan boleh dirujuk pada kadar keramaian pemohon lesen sementara dan juga kadar umur 18 tahun di Negara Brunei Darussalam dengan jumlah lesen memandu yang baru lulus.

Penambahan pegawai penguji diperlukan adalah bagi memenuhi permintaan orang ramai, tambahan pula dengan adanya syarat wajib bagi pemandu warga asing yang menetap di negara ini dikehendaki melalui proses ujian dengan sendirinya tempahan ujian-ujian amat ketara peningkatannya begitu juga dengan permohonan tambahan kelas lesen memandu bagi pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan berkepentingan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Perkara ini akan lebih terjejas apabila terdapat hari kelepasan awam pada tarikh yang akan ditempah atau ada pegawai yang bercuti meskipun pegawai yang bercuti itu ada pengganti. Dan ada kalanya pegawai melesen bercuti, pegawai penguji akan mengganti pegawai melesen dan slot ujian akan berkurangan disebabkan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai melesen.

Jika jumlah pegawai penguji bertambah, pengeluaran lesen memandu ini akan meningkat dan hasil pendapatan juga akan meningkat. Di samping itu, ruang kerja di kedua-dua belah pihak pun akan bertambah. Pertanyaan koala apakah inisiatif dan tindakan kementerian untuk menangani masalah tersebut agar keadaan ini tidak berpanjangan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Lebih dahulu kaola tidak lupa mengucapkan tahniah dan terima kasih atas perancangan yang disusun oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam mengurus, membelanjakan bagi Bajet Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 melalui mukadimah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang cukup jelas dan komprehensif.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu keselamatan jalan raya adalah merupakan isu global. Pelbagai usaha dan inisiatif telah pun diungkayahkan oleh pihak kerajaan dalam membudayakan pengguna-pengguna jalan raya agar lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika memandu di jalan raya.

Kecuaian dan memandu laju adalah_antara punca berlakunya kemalangan dan mendatangkan kerugian dan kecederaan kepada para pengguna. Aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan pemandu seperti memecut laju bagi tujuan berlumba atau sebaliknya boleh membahayakan orang ramai dan kemalangan lalu lintas sehingga meragut nyawa. Penguatkuasaan undang-undang jalan raya antara kaedah yang mampu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Sehubung dengan ini, kaola sukacita mencadangkan agar diwujudkan zon-zon perangkap had laju dengan menyediakan kamera perangkap laju sistem penguatkuasaan otomatik (AES) di kawasan-kawasan strategik sebagai usaha ke arah membudayakan pengguna jalan raya agar lebih memandu dengan cermat dan berhemah. Selain itu, kaola juga menyarankan agar denda bagi pesalah lalulintas disebabkan mabuk dapat diteliti semula mengikut denda yang dikenakan oleh negara-negara lain.

Sekian kaola memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi mengenainya.

وبالله التوفيق و الهداية و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Junjung kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan mukadimah yang panjang lebar dan jelas sebentar tadi.

Pada tahun 2022, 'kitani' digemparkan dengan berita mengenai penubuhan syarikat penerbangan kedua di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan penerbangan komersial. Kaola kira ini adalah berita yang diketahui umum dan merupakan satu pencapaian bagi negara ini dalam mengembangkan sektor penerbangan awam.

Kaola mengambil baik ke atas perkembangan ini memandangkan ia akan memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai bagi perkhidmatan penerbangan komersial. Kalaulah jadi كاولا ممڤوڠاي سوالن داري beberapa perspektif. Yang pertama ialah dari segi perundang dan peraturan kaola ada membuat kajian sendiri. Pada masa ini kita bersandar kepada Civil Aviation Order tahun 2006.

Kaola juga terbaca berita pada tahun 2014 mengenai satu consultancy kontrak yang ditandatangani antara Jabatan Penerbangan Awam dengan Civil Aviation Authority International, sebuah anak syarikat UK Civil Aviation Authority. Kontrak berkenaan antara lainnya mempunyai objektif untuk membuat rebieu ke atas perundangan penerbangan awam serta memberikan cadangan ke arah transformasi rangka kerja kawal selia yang bertaraf dunia dan ICAO Compliant Safety Security Oversight System. Soalan kaola, 'usulnya' projek ini sudah selesai dilaksanakan tapi mengapakah 'kitani' masih lagi menggunakan Perundangan Perintah Penerbangan Awam Tahun 2006.

Dari segi pengawal selia (regulator) yang masih lagi di bawah Jabatan Penerbangan Awam secara amnya peranan regulator bukan sahaja menguatkuasakan apa yang dapat dan tidak dapat dibuat oleh operator. Turut sama penting adalah peranan pengawal selia untuk memastikan adanya industry development seperti perkembangan sumber tenaga manusia, peluang pekerjaan dan perniagaan.

Soalan kaola dengan pertumbuhan yang dijangka ini sejauh manakah keupayaan Jabatan Penerbangan Awam sebagai regulator? Adakah Jabatan Penerbangan Awam sudah membuat risk assessment dan meneliti kesiapsagaan (preparedness) mereka dari segi keupayaan dalaman jabatan sebagai regulator atau pengawal selia terutamanya dari segi human resources dan peraturan serta pandangan yang diperlukan.

Dari segi infrastruktur dan kemampuan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekiranya syarikat penerbangan kedua ini sudah mula beroperasi adakah kapasiti LTAB pada masa ini dapat menampung pertambahan kapasiti dari syarikat-syarikat penerbangan yang ada. Maksud kaola adalah dari segi pengendalian penumpang, kemudahan atau fasiliti seperti aerobridge, ruang parking untuk pesawat dan sebagainya.

وبالنية التوفيق والسداد، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

أشكركم نية kita telah pun mendengar soalan-soalan dari pada 7 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik sebentar tadi dan kita akan menunggu jawapan dan respon daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi tapi saya kira cukuplah dulu pada hari ini kita bersidang, berbahas di Peringkat Jawatankuasa ini.

Saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dahulu kita bersidang pada hari ini.

Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada esok hari iaitu hari Khamis, 21 Mac 2024 sebagaimana lazimnya mulai daripada pukul 10.00 pagi.

Sekian, والله الهادي إلى سواء السبيل والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

HADIR

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi).

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Estimated Word Count

Total: 20914

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi: 6575

Yang Berhormat Menteri Kesihatan: 6400

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 1651

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 1118

Yang Berhormat Pengerusi: 1018

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 567

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 562

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 436

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin: 434

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 334

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 328

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 280

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 264

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 257

Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 208

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 196

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 119

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 115

Yang Mulia Jurutulis: 52