HARI KE-8 PETANG
7HB MAC 2024 PETANG
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kelapan, hari ini Khamis, 26 Syaaban 1445 bersamaan 7 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم الحَمْدُ لِلهِ الذَّى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَات
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat lagi bersama-sama hadir pada petang ini dan bersidang bagi hari yang kelapan dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W, keluarga dan kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet balik ke dalam mesyuarat kita dan juga saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, diharapkan kita semua mendapat kesihatan yang baik dan akan dapat meneruskan perbincangan kita supaya dapat melaksanakan tugas-tugas yang kita hadapi ketika ini dengan selamat, teratur dan sempurna.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk dalam rang tersebut satu per satu, saya tangguhkan persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis ini sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada petang semalam telah pun mula membahaskan dan membincangkan Tajuk Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Saya masih lagi mempunyai senarai yang beberapa orang Ahli Yang Berhormat untuk turut serta dalam membahaskan tajuk yang berkenaan ini. Untuk tidak membuang masa lagi, maka saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin untuk memulakannya. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.
Lebih dahulu, kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas mukadimah pada petang kelmarin atas usaha-usaha yang dilaksanakan untuk memajukan dan meningkatkan perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini.
Kaola akan menyentuh mengenai kutipan dan dana masjid. Adalah dimaklumi bahawa masjid-masjid ada menyediakan tabung untuk memudahkan para jemaah berinfak mengikut kategori-kategori tertentu. Kerajaan juga mengadakan kutipan dana bagi pembinaan masjid baharu dan membaik-pulih masjid-masjid yang ada melalui potongan gaji penjawat awam.
Untuk rujukan orang awam dan meningkatkan kepercayaan terhadap inisiatif-inisiatif yang berkebajikan ini, maka kaola cadangkan supaya pihak yang berwajib mengadakan kunci kira-kira dan mengisytiharkan jumlah kutipan kepada orang awam sama ada secara bulanan, 3 bulan atau 6 bulan sekali.
Kelmarin Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ada menyebut mengenai pembayaran bagi imam dan bilal yang dibayar menggunakan peruntukan-peruntukan kerajaan dan melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid atau dibayar oleh Tabung Masjid Jabatan Hal Ehwal Masjid bagi masjid-masjid yang berkeupayaan.
Adakah ini termasuk juga membayar pelapis imam bagi imam yang tidak hadir ke masjid? Sehubungan dengan itu, koala memohon pencerahan lanjut mengenai perkara ini.
Soalan terakhir koala, dalam Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2023 yang lalu, beberapa cadangan bagi memperkasakan institusi masjid telah disarankan. Apakah tindakan yang diambil sejauh ini?
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بسم الله الرحمن الرحيم Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada rakan sepermseyuaratan Yang Berhormat berhubung dengan Tabung Masjid dan Tabung Dana.
Kedua-dua ini dicadangkan bagi menyakinkan orang ramai, kalau dalam konteks tabung masjid ertinya jemaah-jemaah masjid, mengenai kutipan dan perbelanjaannya. Bagi tabung dana pembinaan masjid ialah kunci kira-kira yang diumumkan kepada orang ramai. Itu satu cadangan yang baik.
Kalau dari segi tabung masjid memang ada satu peraturan yang menghendaki sedemikian itu. Ertinya masjid-masjid membuat penyata kira-kira setiap hari Jumaat, iaitu diletakkan di papan penyata atau notice board di dalam masjid mengenai penyata pendapatan dan perolehannya.
Tapi sejauh mana ia terlaksana pada masa ini, orang ramai sendiri mengetahui dan apabila ditanya mengapa tidak konsisten berterusan dibuat sedemikian ada sahaja jawapan-jawapan mereka yang tertentu, antaranya menggelikan hati, Yang Berhormat Pengerusi.
Jawapannya kalau dilihat takut ada orang melihat sekian-sekian, orang yang ingin membuka tabung itu di luar kawalan 'kitani' ertinya mencuri, ada tia kesempatannya melihat, hal-hal seperti itu menggelikan hatilah. Soalnya, ada aturan-aturan menghendaki sedemikian dan jemaah-jemaah masjid terutama sekali Ahli Jawatankuasa Masjid mestilah meminta supaya perkara tersebut dibuat setiap hari Jumaat.
Mengenai dengan Tabung Dana Masjid, ini sangat penting. memang baru-baru ini ada usaha daripada kementerian untuk membawa kunci kira-kira, setakat yang ada, yang unaudited, dibawa ke dalam Majlis Ugama Islam bagi makluman ahli-ahli, sementara ia belum diaudit.
Nanti setelah diaudit akan dibawa lagi dan memang peraturan sementara ini belum ada aturan-aturan Tabung Dana ini yang sedang disiapkan tetapi secara pentadbiran, kementerian merasa bertanggungjawab untuk membuat laporan yang teratur kepada Majlis Ugama Islam kerana Majlis Ugama Islam adalah custodian kepada hal ehwal masjid dan kutipan-kutipan Tabung Dana tersebut.
Kalau secara kasarnya di sini Yang Berhormat, boleh saya menyebutkan secara kasarnya pendapatan adalah sangat bagus dari semenjak ia dilancarkan pada tahun 2015.
Setakat ini, kumpulan yang ada melebihi $31 juta, kalau tidak silap dan 'kitani' telah memperuntukkan peruntukan tertentu untuk membangun beberapa buah masjid. Selain daripada itu ialah beberapa projek pembaikan masjid dan semuanya ada kira-kiranya dan boleh di ketengahkan sebagai unaudited kunci kira-kira bagi pengetahuan Majlis Ugama Islam.
Ingin kaola menyatakan sambutan yang baik terutama sekali di kalangan penjawat awam dan pasukan-pasukan beruniform. Kutipan bulanan melalui Kementerian Kewangan sangat signifikan.
Pendapatan 'kitani' dalam setahun boleh diperkirakan membangu setengah buah masjid pada masa ini. Kalau pada masa dahulu permulaannya dalam tahun 2017/2018 jawatankuasa telah merancang untuk membina 5 buah masjid dengan peruntukan setiap sebuah masjid $3 juta tetapi disebabkan COVID-19 ia tergendala.
Sepertimana yang sudah dibangunkan iaitu Masjid Junjungan sudah tidak dapat lagi sedemikan tetapi yang sempat siap dalam masa COVID-19 ialah Masjid Bukit Panggal dan Masjid Ar-Rahman Tanjong Bunut.
Ini adalah hasil daripada Tabung Dana. Seterusnya, pembaiakan-pembaiakan yang dibuat pada bangunan masjid termasuk pembesaran yang baru-baru ini siap, pembesaran di Masjid Sungai Buloh dan semua pembaiakan ada dalam kunci kira-kira. إن شاء الله perkara itu dapat dilakukan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, apakah sudah terjawab soalan kedua yang diajukan? Yang Berhormat hanya bertanya sepintas lalu, jadi saya kira jawabannya begitu.
Kalau mahu spesifik, mungkin Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin perlu menimbulkan perkara-perkara yang telah ditimbulkan tahun lepas secara spesifik juga, baru dapat diterangkan dengan lebih lanjut oleh menteri yang berkenean.
Walau bagaimanapun, sekian jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
أحْمَدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَأُصَلِّيْ وَأُسَلِمُ عَلٰى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
الحَمْدُلِلّٰهِ الَّذِي أَعْتَمْ عُلَيْنَا نِعْمَةَ الإسْلَامِ وَرَزَقْنَا بِهِ دِيْنَ الْحَقِّ لِنُفِيْذَهُ وَنَدْعُو إِلَيْهِ وَنَنْتَشِرَهُ فيُ سَعَةِ الأَرْضِ وَنَعْمَلَ بِهِ لِنَفُوزَ أَخِرَتَنَا وَفَوْزًا أَعْظَمَ يَوْمَ نَلْقَاهُ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ وَعَلٰى آلِكَ وَصَحْبِكَ أَجْمَعِيْنَ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu, kaola dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan ruang kepada kaola untuk membahaskan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Kaola juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas mukadimah secara panjang lebar menjelaskan peta jalan dan pelan-pelan tindakan yang telah dan akan dilaksanakan untuk menuju ke arah visi Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu "Bersama ke arah Kehidupan Cemerlang Duniawi dan Ukhrawi".
Dalam kesempatan ini juga, kaola ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan seluruh warga kementerian ini, kerana أَعْزَمَ قَدْ telah terus-menerus berjaya 'mengungkayahkan' pelbagai program dan inisiatif-inisiatif khususnya dalam menerapkan dan menyebarluaskan ajaran dan syiar Islam di negara ini. Apa yang kita harapkan ialah lebih banyak lagi program dan aktiviti-aktiviti berunsurkan keagamaan dan berkebajikan untuk dimantapkan lagi dari masa ke semasa dalam 'kitani' bersama-sama menjadikan negara ini sebagai Negara Zikir serta selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola dalam Dewan ini mengambil maklum tentang penjelasan dalam mukadimah yang telah disampaikan kelmarin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bagi pembentangan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang menyentuh mengenai Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal.
Walau bagaimanapun, dalam membahaskan Kementerian Hal Ehwal Ugama, kaola terpanggil untuk lebih memfokuskan perkara yang berkaitan Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal. Pada pendapat kaola, ia berperanan penting untuk diambil perhatian dan tindakan yang segera kerana mampu menyumbangkan impak yang signifikan terhadap sosioekonomi khususnya kepada umat Islam dan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam umumnya. Malahan, berupaya memacu dalam mengembangmajukan dan mengukuhkan lagi perekonomian negara ke arah yang lebih dinamik dan sustainable sekali gus بِنَاءً شَامِخًا kitani boleh menuju ke arah pencapaian dan inspirasi Wawasan Brunei 2035.
Sebagaimana kita sama-sama maklum, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun memperkenankan penaitkatarafan Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (Unit Zakat) Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dijadikan sebagai Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal.
Adalah difahami jabatan ini telah pun mula beroperasi dengan rasminya mulai 1 Muharram 1445 bersamaan 19 Julai 2023. Berkaitan dengan itu juga, kaola ingin mengimbasi kembali akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena tahun baru Hijrah 1445 yang antara lainnya baginda bertitah:-
"Dengan tertubuhnya jabatan ini, hal ehwal pengurusan zakat dari sudut pengagihan dan keberkesanannya, termasuk pelaksanaan program-program lain dijangka akan lebih efektif dan efisien. Begitu juga dalam perkara pengurusan wakaf dan harta-harta baitulmal akan menumpukan usaha ke arah mempelbagaikan pengurusan dan kegunaan wakaf di samping mengurus dan mengembangkan harta benda baitulmal"
Kaola dengan peribadi sangat menjulang dan menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mencerminkan kebijaksanaan, keprihatinan serta wawasan baginda yang berpandangan jauh dalam mentransformasikan Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal ke arah yang lebih berkesan, dinamik dan sustainable dalam membantu untuk meningkatkan lagi kemajuan dan perkembangan negara.
Di samping itu, mampu memanfaatkan bagi memperbaiki kesejahteraan, kebajikan dan menaik taraf hidup rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam khususnya golongan asnaf yang berkelayakan mengikut hukum syarak. Ini juga secara langsung meringankan bebanan kepada golongan fakir miskin, mengurangkan masalah sosial dan mengurangkan pengangguran, ini membuktikan keprihatinan dan pemulian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dalam mengukuhkan peranan dan fungsi Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal yang lebih mantap, efisien lagi efektif, sudah setentunya mengukuhkan lagi ajaran dan syiar Islam di negara ini yang selari dengan hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai Negara Zikir.
Dengan adanya penaitkaraftan Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal, sudah setentunya skop bidang kuasanya lebih meluas yang dihasratkan untuk mengembangmajukan pengurusan dan tadbir urus hal ehwal zakat, harta wakaf dan baitulmal yang bersistematik, akauntabiliti dan berintegrasi. Kaola melihat adalah mustahak bagi jabatan ini mempunyai pelbagai profesional kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai bidang misalnya dalam perakaunan, perundangan, pengurusan pelaburan, tadbir urus ICT, hal ehwal syariah, kejuruteraan, teknikal dan lain-lain dalam sama-sama memastikan kejayaan operasi dan pengurusan berjalan lancar dan efektif.
Sepertimana yang juga kita maklumi, warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam terkenal dengan sifat pemurah dan suka menginfakkan harta benda sama ada berbentuk wang atau barang-barang keperluan kepada golongan-golongan yang memerlukan atau institusi organisasi yang diiktiraf dengan bersandarkan kepada hukum syarak atau undang-undang yang dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam.
Misalnya yang dapat kita lihat bersama iaitu menderma dan infak ke Tabung Pembinaan Masjid, Tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak yatim, Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin dan sebagainya. Selain itu, ada juga kumpulan-kumpulan atau pihak persendirian tertentu, bukan sahaja menginfakkan di dalam negeri tetapi juga di luar negeri bagi pembinaan masjid, surau, institut pendidikan, bangunan-bangunan berkebajikan dan sebagainya.
Kaola berpendapat dengan wujudnya Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal ini akan dapat menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan yang penuh dan seterusnya memberikan peluang bagi para individu atau orang ramai yang berhajat untuk menginfakkan melalui saluran rasmi yang diiktiraf yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
بِسْمِ لِلَّهِ ِرَحْمَنِ الرَحِيمِ Kaola percaya dan penuh berkeyakinan ia akan dapat mendatangkan impak yang signifikan, khususnya lebih ramai lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini yang bersifat pemurah menginfakkan harta mereka. Ini juga mengukuhkan dan memantapkan lagi kedudukan kewangan dan aset agensi tersebut yang membolehkan perancangan yang lebih strategik dan berkesan yang mampu menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan sosioekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, sukacita kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenai:-
Status perkembangan Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal dalam menjalankan fungsi dan peranannya seperti yang dihasratkan.;
Strategi pelan tindakan dan rangka kerja untuk menggerakkan dan memantapkan Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal bersandarkan kepada peranan dan fungsinya.; dan
Fungsi dan peranan jabatan ini 'diberigakan' dan dipromosi serta disebarkan dengan usaha untuk mentarbiah zakat, wakaf dan baitulmal. Memberikan kefahaman dengan lebih jelas dengan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya mengenai zakat, wakaf dan baitulmal.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh sedikit tentang graduan daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Penubuhan KUPU SB dihasratkan untuk menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul dan menjadi kebanggaan dengan memenuhi keperluan negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar negara.
Manakala matlamat KUPU SB melahirkan sumber tenaga manusia sebagai hamba dan khalifah الله yang berwibawa dalam pendidikan dan pengurusan Islam untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah, menurut Mazhab Shafi'i serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai agama rasmi negara dan berkonsepkan Melayu Islam Beraja.
Manakala misinya juga adalah untuk memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik yang berjati diri melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, keterampilan dan teknologi berasaskan prinsip-prinsip Islam, konsep Melayu Islam Beraja dan falsafah pendidikan negara.
Sehubungan dengan itu, kaola merasakan adanya keperluan untuk difikirkan bersama cara untuk mengembangmajukan lagi sumber tenaga manusia supaya ia kekal relevan selaras dengan keperluan negara dan mengikut perkembangan semasa dan akan datang. Khususnya dalam prospek pembangunan kerja bagi graduan-graduan KUPU SB dengan pelbagai kompetensi dan skill ke arah yang lebih marketable. Berdasarkan kepada statistik, seramai 240 orang penerima ijazah dan diploma pada tahun 2022 dan seramai 234 orang penerima pelbagai ijazah dan sijil serta diploma pada tahun 2023. Dalam perkara ini, sukacita kaola ingin mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Berapa peratus secara purata setiap tahun bagi graduan-graduan keluaran daripada KUPU SB ini mendapat pekerjaan termasuk dalam profession perguruan.
Strategi dan inisiatif-inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama khususnya KUPU SB selaras dengan perkembangan semasa dan yang akan datang mengikut keperluan negara bagi membolehkan graduan-graduan KUPU SB ini lebih marketable atau menggalakkan mereka untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Secara langsung kita memikirkan cara-cara untuk menarik lebih ramai lagi para pelajar mengikuti program di KUPU SB dan seterusnya إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ dapat menjamin pekerjaan dan juga kesejahteraan hidup di masa depan, bagi diri mereka sendiri serta keluarga.
Pada kesimpulannya, kaola menyokong penuh Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Kaola sudahi dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
وَبِاللّٰهِ التَّوْفِيقُ وَالهِدَايَةِ. وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Alhamdullilah Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat.
Sebagaimana juga orang ramai menyebutkan dalam Dewan ini kelmarin sangat mempunyai harapan terhadap Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal yang ditubuhkan itu. Bukan saja setakat mengharapkan apa yang patut dilakukannya dalam menangani isu-isu yang sudah sedia ada, tetapi juga isu kelambatan dalam menyelasikan permohonan-permohonan dan sebagainya. Sempat kaola sebutkan inisiatif-inisiatif walaupun tidak secara terperinci tetapi ada inisiatif-inisiatif ke arah itu.
Dalam hubungan ini, Yang Berhormat tadi menyebutkan jabatan itu dengan fungsinya yang sedemikian memerlukan tenaga pegawai-pegawai yang profesional mengikut bidang-bidangnya. Ia sangat relevan dan itu sebenarnya yang diharapkan.
Pada masa ini jawatan Pengarah masih abiskaola tunggu iaitu mereka yang mempunyai pengalaman dalam Islamic Banking, Islamic Finance dan sebagainya. Sudah bekerja dan masih dalam perkhidmatan dalam bidang tersebut. Jadi sedemikian jugalah dalam bidang akauntan. Pada masa ini memerlukan bukan saja jurukira bahkan juga pegawai-pegawai dalam bidang kewangan.
Pegawai-pegawai dalam bidang kewangan yang ada pada masa dahulu tidak semuanya dapat diserapkan ke jabatan ini kerana Majlis Ugama Islam Brunei masih memerlukan tenaga mereka. Jadi antara yang sedemikianlah keperluan-keperluan itu untuk mendukung fungsi, peranan, pencapaian tujuan yang diharapkan daripada penubuhannya. Sudah hampir setahun, sudah 8 bulan 'barangkali' penubuhannya, yang diketahui ia 'diberigakan' melalui rancangan televisyen misalnya terutama sekali Bahagian Kutipan dan Agihan. 'Pemberigaannya' secara tidak langsung ialah melalui berita-berita berhubung pengagihan zakat ataupun penerimaan kutipan-kutipan zakat dari kumpulan-kumpulan tertentu.
Memang penting untuk 'pemberigaan' yang berterusan bagi menyakinkan orang ramai di samping mereka dapat memahami konsep amalan serta memahami prosedur-prosedur untuk mereka menyertai penyumbangan kepada Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal dari segi mereka sebagai penyumbang zakat dan sebagainya.
Dalam usaha-usaha awal yang dilakukan jabatan ini selama ia dtubuhkan banyak tertumpu kepada pengemaskinian hal ehwal di bawahnya.
Jadi kaola menyebutkan banyak tertumpu sehingga bertindih lagi isu-isu yang disebut sebagai kelembatan untuk menyelesaikan masalah-masalah. Inilah satu cabaran yang bukan saja dirasakan oleh Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal tapi oleh abiskaola sendiri di kementerian dan cabaran-cabaran ini mudah-mudahan dengan izin الله سبحانه وتعالى dapat 'abiskaola' atasi dengan sebijak-bijaknya.
Pertama ialah mendapatkan tenaga-tenaga yang boleh mendukung fungsi atau peranan untuk mencapai tujuan-tujuan penubuhannya.
Memang akan mendukacitakan, bukan sahaja kementerian bahkan juga kerajaan keseluruhannya, jikalau penubuhan zakat, penubuhan jabatan yang sangat diharapkan ini gagal menampakkan sebarang perubahan yang dinamik ke arah urusan zakat yang memang sedia ada diurus, memperbaiki urusan tersebut dan juga bila ia tidak dapat menyahut jangkaan-jangkaan bahkan harapan-harapan daripada orang ramai, bahkan pihak-pihak yang berkuasa yang melihat kepentingan jabatan ini ditubuhkan bahkan bukan sahaja zakat tetapi juga wakaf dan untuk pemeliharaan harta baitulmal dan sebagainya. Jadi memanglah sangat berat cabarannya, namun oleh kerana ia cabaran berupa amanah, maka setiap orang yang akan berada di dalam nya insya'allah cubalah berusaha dengan sebaik-baiknya.
Kaola semalam ada menyebutkan dalam keadaan kesuntukan pegawai-pegawai ini, jangan dijadikan alasan selama-lamanya dan tidak berbuat apa-apa. Contohnya kalau kekurangan tenaga, dan memerlukan tiga orang pegawai tetapi hanya ada dua orang pegawai sahaja. Maka dua pegawai ini berbahagi tugas untuk melakukan tugas pegawai yang ketiga. Ini namanya dedikasi dan ditambah lagi dengan kecekapan dan pengetahuan maka insya'allah tenaga yang kurang akan tidak dapat menggagalkan usaha-usaha yang memang menjadi hasrat semua pihak.
Mengenai wakaf memang panjang ceritanya, 'kitani' melihat wakaf ini berbeza dengan zakat. Zakat ada orang-orangnya yang memang khusus mempunyai hak ke atasnya yang dinamakan asnaf. Tetapi wakaf ialah umum bagi kepentingan orang-orang Islam dan kepentingan institusi-institusi Islam. Di negara-negara yang sudah melaksanakannya, dalam konteks praktikal bagi merespons keperluan masyarakat Islam dalam hal-ehwal menjaga kepentingannya, masjid, sekolah dan perubatannya. Jadi negara-negara sedemikian itu sangat berjaya, tidak sahaja tertumpu kepada institusi keugamaan, tetapi membawa kepada institusi perniagaan dan ekonomi. Bahkan juga seperti di semenanjung, di perbadanan Johor, yang disupport oleh wakaf perbadanaannya adalah mempunyai hospital.
Jadi inilah yang 'kitani' mahu capai dan di Singapura sebuah negara circular, tetapi masyarakat Islamnya sangat progresif, sangat responsive kepada keperluan-keperluan mereka sebagai minority dan untuk berdaya tahan dengan berdiri di atas kaki sendiri, ialah dengan menggunakan institusi-institusi atau lembaga-lembaga seperti wakaf ini untuk survival dan berjaya. Berjaya bukan sahaja nampak hasilnya dari segi pendidikan, bahkan berjaya menyelamatkan tanah-tanah wakaf orang Islam yang sepatutnya mengikut peraturan dan kembali kepada negara. Semua ini menjadi contoh kepada 'kitani', bagaimana syariah yang responsif kepada keperluan-keperluan bagi mengikut keperluan negara.
Dalam hal ini, itulah wakaf yang 'kitani' harapkan yang akan menyumbang, bahkan mungkin akan lebih daripada zakat. Kalau sekarang ini wakaf-wakaf yang ada sebagaimana yang semalam sudah kaola berikan butir-butirnya ialah setakat itu sahaja, tetapi إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ ke hadapan begitu juga.
Begitu juga harta baitulmal yang sudah ada badan tanniahnya dan perkembangannya yang sudah lebih 20 tahun. Dari masa ke masa ia diberikan tenaga bagi pelaksanaanya dan memerlukan orang-orang profesional. Sekarang ini mempunyai sebuah Lembaga Penasihat dan di dalam lembaga itu ialah orang-orang yang dapat membantu dan memikirkan perkembangan harta baitulmal itu بإن شاء الله.
Kaola menghargai pemerhatian Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof terhadap sifat 'kitani' kepada orang ramai. Orang ramai yang sangat pemedulian dan sangat murah hati dan sebagainya.
Kaola faham penghargaan Yang Berhormat itu adalah harapan. Harapan Yang Berhormat dan harapan orang ramai yang mempunyai sifat sedemikian apabila mereka telah menyumbang dan menyertai langkah-langkah yang dibuat oleh Majlis Ugama Islam dan sekarang ini Jabatan Urusan Zakat dan sebagainya.
Mereka ingin melihat ketelusan dalam pelaksanaan kerja-kerjanya yang juga melibatkan kewangan. Kalau pada masa ini kaola dapat menyebutkan secara umum tetapi tidak dapat mengemukakan angka-angka secara khusus, tetapi boleh kaola mencuba-cuba untuk sekira-kiranya meyakinkan bahawa hasil daripada zakat adalah digunakan dengan sebaik-baiknya kepada asnaf-asnafnya.
Sebagaimana disebutkan semalam, bagi memenuhi keperluan harian, persekolahan, perubatan dan lainnya, dan ada lagi bagi perkembangan-perkembangan ke hadapan dan sebagainya. Tetapi yang penting sekali sekarang ini Jabatan Urusan Zakat boleh dikatakan memelihara pada tahun lepas dan lebih ramai lagi pada tahun-tahun sebelumnya.
Pada tahun 2023 sahaja yang sempat dicatatkan di sini, ada seramai 909 keluarga dengan tanggungan seramai 1,411 orang iaitu dalam pengurusan zakat yang bermasalah, lambat memutuskan dan sebagainya. Tetapi pada tahun-tahun sebelumnya, ada seramai 3,059 orang dengan 6,560 orang.
Kesemuanya itu 'kitani' lihat bahawa zakat telah juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi mengatasi keperluan golongan orang yang memerlukannya. Jadi tidak disia-siakan apa yang dikutip. Semalam juga ada kaola menyebutkan perumahan, membangun rumah, memperbaiki rumah, menyewakan rumah. Rumah sewa sahaja sekitar 600 buah dengan sewa minimum $500 sekarang ini.
Kalau 10-15 tahun dahulu, dalam anggaran rumah yang diperuntukkan setakat $350 sebuh, tetapi sekarang ini tidak lagi ada, bahkan melimpasi $500-$750. Jadi 600 buah rumah sewa, kalau mengikut perkiraan kaola dalam beberapa tahun, dapat orang yang disewakan itu mempunyai rumah sendiri.
Dan inilah perancangan ke hadapan untuk mempergiatkan pembangunan kerana keperluan kepada perumahan ini sangat dirasakan di negara ini.
Jadi secara umumnya, minta maaf kaola macam 'senapang patah dengan pelurunya, bercurai-curai badannya'. Tetapi yang kaola yakin semoga apa yang kaola jelaskan itu dapat difahami di Dewan yang mulia ini dan dapat juga difahami di luar sana bahawa 'kitani' sama-sama menaruh harapan terhadap penubuhan Jabatan Urusan Zakat, Wakaf Dan Baitulmal untuk masa hadapan 'kitani' yang sempurna, ertinya 'kitani' itu ialah masyarakat 'kitani' yang memerlukannya. إن شاء الله
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Mengenai zakat ada yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai graduan lepasan KUPU SB. Semalam sudah pun kaola menyebutkan, ada perangkaan daripada JobCentre, Manpower Planning and Employment Council dan sebagainya.
Memanglah sama-sama 'kitani' merasakan prihatin kepada lepasan-lepasan graduan dalam bidang ugama kalau melihat kepada penyata itu. Tetapi kaola juga menyatakan, bukanlah penyata itu untuk point-point ataupun menggaris bawahi bahawa inilah boogeyman dalam mencari pekerjaan yang tidak dapat diberikan kepada mereka kerana mereka lepasan graduan ugama. Bukan 'cematu'.
Kerana lepasan-lepasan dalam bidang lain pun masih juga menunggu pekerjaan dari UBD, UNISSA dan UTB bahkan dari luar negeri. Kaola menyebutkan perkara-perkara nasional, أكفله JobCentre, Manpower Planning and Employment Council akan sama-sama 'kitani' dukung untuk mengambil inisiatif-inisiatif yang tepat.
Kaola bersetuju dari segi Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak dapat membiarkan perkara ini berjalan begitu sahaja kerana ada keperluannya bagi pengajian ugama dan pendidikan ugama sendiri yang sudah memang ada asalnya untuk bukan sahaja belajar di sekolah ugama, kalau mengikut dari tahun 1966, Titah Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien semasa penubuhan Sekolah Menengah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit, iaitu bagi melahirkan anak-anak Brunei yang mempunyai kemahiran-kemahiran sebagai rakyat yang diharapkan mempunyai pendidikan ugama.
Kerana itu, sekolah tersebut mempunyai kelengkapan. Kelengkapan yang diketahui tidak ada di sekolah-sekolah lain, hatta sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan masa itu, iaitu ada bilik Makmal Bahasa,
Makmal Sains, Pelajaran Bahasa dan Pelajaran Sains sangat aktif dan graduan-graduan yang lahir dalam era tersebut kalau sekarang ini mereka sudah bersara, tetapi mereka sempat berkhidmat dalam banyak bidang di luar ugama.
Kerana mereka mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di luar negeri dan kerana itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada masa ini mempunyai Skim Biasiswa Khas iaitu bagi murid-murid atau pelajar-pelajar yang mempunyai potential berdasarkan keputusan yang baik diberikan scholarship.
Pada masa dahulu peringkat 'A' levelnya di hantar keluar negeri tetapi sekarang ini peringkat 'A' level atau pun International Barraculate dalam negeri iaitu di Jerudong International School (JIS).
Dari sini, ramai sudah yang keluar tetapi mereka itu bonded untuk kembali ke Kementerian Hal Ehwal Ugama menjadi tenaga pengajar dalam bidang-bidang ilmu yang mereka berkelayakan.
Jadi, mudah-mudahan mereka ini akan menemukan suatu titik persetujuan 'kitani' dalam kalangan pendidikan dan kalangan ugama untuk melihat ke hadapan. Dalam konteks KUPU SB, memang usaha-usaha itu ada melengkapkan sebagai guru dengan keperluan kemahiran dalam bidang ICT.
Jadi ini mesti dilakukan secara serius. Dalam masa yang sama juga ada usaha-usaha juga dalam KUPU SB pada masa ini, usaha-usaha untuk latihan-latihan usaha niaga.
Usaha ini agar dapat diperlakukan secara sistematik sehingga ia merupakan sebagai sebahagian daripada pengajian yang dicapai yang dihajatkan oleh anak-anak 'kitani' masuk ke sana dan berharapkan mudah mereka marketable dan sebagainya.
Jadi ini sama-sama difikirkan. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ bukan sahaja oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama akan melibatkan juga orang-orang yang berkenaan dalam bidang-bidang berkaitan terutama sekali Manpower Planning and Employment Council dan Pendidikan. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ dan salam عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ.sejahtera
Lebih dahulu kaola suka untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang yang diamanahkan.
Kaola ingin menyuarakan mengenai sistem integrasi yang baru khususnya berkaitan dengan para guru-guru yang terkesan dengan perubahan baharu ini. Dalam usaha kita membawakan perancangan dan pelaksanaan yang baik ini, kita juga perlu memastikan kebajikan dan kesejahteraan para pendidik termasuk dari segi mental mereka. Adalah tidak dinafikan bahawa sistem integrasi baru ini membawa cabaran tersendiri kepada guru.
Banyak di antara mereka yang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu ini. Namun, mereka menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang mungkin tidak mudah untuk diatasi dan untuk terus mengikuti perkembangan dalam pendidikan. Oleh itu adalah penting bagi kita untuk memberikan perhatian yang serius terhadap kesehatan mental mereka.
Kita perlu memastikan bahawa mereka tidak terpinggir atau dilupakan dalam sistem yang baru ini. Bukan sahaja memikirkan para ibu bapa dan pelajar-pelajar yang terkesan dengan pembaharuan ini.
Kaola juga ingin menyentuh mengenai pendidikan ugama di negara kita, khususnya penambahbaikan dalam sukatan atau syllabus mata pelajaran pendidikan ugama. Dalam menyedari bahawa dunia dan generasi baru pelajar kita tidak lagi sama seperti yang sebelumnya, perlulah ada pendekatan yang berbeza dalam pendidikan mereka.
Sebagai negara Islam, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar kita tidak hanya menghafal ajaran-ajaran ugama. Tetapi juga memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.
Justeru, sukatan pelajaran pendidikan Islam perlu ada peningkatan agar lebih relevan dan sesuai dengan keperluan masa kini. Perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, namun kita juga ingin meningkatkan iman generasi muda tanpa menggunakan paksaan.
Maka kita perlu mencari strategi baru yang menarik untuk mengajar Islam tanpa mengurangkan kandungan ajaran Islam yang sebenar. Salah satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan adalah penggunaan teknologi dalam pendidikan ugama. Dengan memanfaatkan platform digital, kita boleh menyediakan bahan pembelajaran interaktif yang menarik dan boleh diakses dengan mudah oleh pelajar-pelajar kita.
Selain itu, pendekatan kreatif seperti aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan-lawatan ke masjid dan sebagainya juga boleh digunakan untuk meningkatkan daya tarikan pembelajaran ugama.
Sekian sahaja dari kaola. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih kepada Yang Berhormat dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Perkara pengintegrasian mata pelajaran ugama ke dalam sistem persekolahan umum ini banyak diperkatalkan. Semalam dengan panjang lebar Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam pun sudah bercakap dan kaola merespons sekadarnyalah kalau nak dikatakan sekali lagi tapi panjang lebar jua kaola meresponsnya Yang Berhormat Pengerusi.
Ini suatu perkara yang baharu yang dalam pelaksanaannya menghendaki cara-cara baharu bagi orang yang sudah menjadi guru biasa dengan keadaan yang kebiasaannya. Tapi dalam sistem pengintegrasiain ini, ia menghadapi suatu keadaan dan suasana yang baharu.
Kaola berinteraksi dengan kumpulan ini semasa ke arah pelaksanaannya, kaola menasihatkan dengan ikhlas supaya mereka berusaha menyesuaikan diri, melepaskan diri daripada perasaan 'uqdah, atau 'uqdah ini namanya berasa sudah awal-awal lagi mengatakan 'inda dapat' atau dalam lingkungan baharu itu merasakan rendah diri. Jadi kaola nasihatkan cubalah hadapi masalah ini dengan apa jua yang dapat dilakukan dan perkara-perkara yang menjadi kekhuatiran 'kitani' sama-sama difikirkan iaitu misalnya bukan saja tujuan integrasi ini meringankan bebanan kepada murid-murid, sampai ada kesannya kepada kesihatan mental, maka juga kepada guru-guru pun 'kitani' mesti fikirkan.
Dan kedua buah kementerian memang dititahkan untuk memonitor dari masa ke masa mengikuti perkembangan ini. Segala inputs kalaulah apa yang ditulis di dalam media sosial ataupun yang disampaikan kepada 'kitani' yang inda bertelinga’, sampaikanlah secara teratur kepada jawatankuasa ini dan jawatankuasa ini memikirkan ke mana yang sebaik-baiknya.
Pertama bukan sahaja prasarana tetapi juga tenaga manusia. Penting diketahui bahawa guru-guru yang disebutkan di sini ialah memang guru-guru yang sudah biasa berkhidmat dengan suatu suasana persekolahan ugama. Jadi sekarang ini mereka berkhidmat dalam persekolahan umum walaupun di sana ada ketua guru ugama ditentukan tapi adalah dalam sistem persekolahan umum.
Jadi, hal-hal macam misalnya didapati di sana ada merasa ‘bisdia’ lebih banyak diberatkan dalam tugas-tugas menjaga murid, katalah tugas-tugas untuk sembahyang Zohor, mereka sepatutnya sudah balik tapi oleh kerana tugasan tambahan, jadi hal sedemikian ini memang telah pun difikirkan.
Apa yang menjadi keluhan mereka itu diketahui oleh jawatankuasa dan disampaikan kepada sekolah-sekolah untuk mengaturkan suatu tata kerja yang melibatkan semua guru-guru, bukan saja guru-guru ugama di sana ‘mentang-mentang’ kerana perkara sembahyang itu guru ugama, maka ‘bisdia’lah saja yang bertanggungjawab, tapi ‘bisdia’ adalah sebahagian warga di sekolah tersebut, guru, tenaga, perguruan di sekolah tersebut sama macam guru-guru yang lain.
Dan yang kedua, seperti yang kaola rasakan semalam itu, keluhan-keluhan seperti ini, Yang Berhormat Pengerusi, setengah pihak sudah merasakan seolah-olah 'kitani' ani sudah deadlock oleh pengintegrasiian ini sedangkan integrasi ini belum pun sampai setahun dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah sangat jelas, terbuka untuk dikaji dan kajian itulah ada jawatankuasanya dari segi semua aspek, dari segi prasarananya, perisian pelajarannya, semua ada, tinggal lagi pelaksanaannya dan sebagainya macam mana, memakan masa, itu biasalah.. tapi 'inda' lah maknanya 'saja-saja' integrasi dilancarkan. Begitulah untuk dilaksanakan oleh kepandaian guru-guru.
Kerana itulah kaola terpanggil semasa kaola membalik-balik semula nota kaola semalam berhubung dengan integrasi ini kaola terlihat ada saranan dari Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa bebas, bebas daripada dua kementerian kerana kedua kementerian ini adalah orang yang berkepentingan yang patut diadili, kalau dalam erti kata bahasa biasanya, walaupun yang akan jadi pengadil itu disarankan oleh JPM.
Tapi seolah-olah kita sudah deadlock dalam hal ini. Sehingga kepercayaan 'kitani' kepada jawatankuasa itu sudah hilang. Berilah peluang itu. Maknanya jangan kita memberi sebarang impression terutama sekali dari Dewan yang mulia ini 'kitani' tidak menaruh kepercayaan apa yang dirancangkan oleh kerajaan. Tetapi kalau 'kitani' menyokongnya dimanakah sokongan itu. 'Kitani' atasi dengan sebaik-baiknya sekiranya ada masalah kalau ada cadangan-cadangan yang lain, sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ini adalah terbuka untuk dibincangkan tapi bukanlah maknanya semacam ada suruhanjaya di luar daripadanya. Apa yang sudah terjadi sebenarnya mengenai integrasi ini? Belumlah sampai 'segawat' itu Yang Berhormat Pengerusi.
Jadi, kaola telah mengkaji semalam dan kaola terpanggil untuk menyebutkan sekali lagi di sini, tidak sesuai untuk 'kitani' mencadangkan ataupun tidak sesuai bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama menerima cadangan atau saranan sedemikian itu untuk diangkat menjadi cadangan yang akan dilihat oleh kerajaan.
Jadi macam itulah pada keseluruhanmya, kaola bersimpati apa yang dialami oleh guru-guru tetapi diharapkan guru-guru juga bersabar, menyesuaikan diri, kerana ini cabaran sebagai orang ugama. Mereka mestilah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Jangan sampai menimbulkan cultural shock yang unnecessary bagi 'kitani'.
Jadi kaola 'inda' akan menambah lagi Yang Berhormat Pengerusi, banyak 'karang' lagi. Kaola minta maaf, itulah saja yang dapat kaola jawab mengenai integrasi yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Sebagai orang yang pernah berkecimpung dalam masalah seperti ini, saya kira keputusan telah pun dibuat mengenainya.
Dan adalah relevan dan menjadi tugas 'kitani' untuk melaksanakannya sebaik-baiknya. Jadi I think peringkat 'kitani' menyoal sama ada ia boleh dibuat ataupun tidak sudah 'limpas' waktunya.
Jadi masanya adalah untuk 'kitani' melaksanakannya sebaik-baiknya. Apa jua impaknya kepada masyarakat terpulanglah kepada 'kitani' untuk membuatnya supaya 'inda' menjadikan kemudaratan kepada orang-orang yang akan menerimanya terutamanya bagi pihak-pihak yang menggelar diri mereka sebagai educationist supaya sesuatu perkara itu akan dapat dikelolakan dengan sebaik-baiknya dengan berpandukan kepada kepentingan pelajar dan juga welfare guru-guru yang berkenaan.
Tapi walau bagaimanapun saya sekarang ingin memberikan ruang bagi bagi Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk membuat intervention memandangkan 'kitani' menunggu Yang Berhormat sejak kelmarin sudah. Kebetulan Yang Berhormat ada sekarang, 'kitani' persilakan untuk mendengar interventionya. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebenarnya terpanggil untuk menjawab ataupun menambah jawapan yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenai soalan kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohammad iaitu sukatan pelajaran Islam.
Walau bagaimanapun, sebelum kaola/saya menyambung penghujahan kaola/saya ini, lebih dahulu saya ingin berterima kasih atas pandangan Yang Berhormat Awang Zainol yang mana Yang Berhormat sendiri mengatakan bahwa perubahan bukan sesuatu yang mudah.
Mengenai sukatan pelajaran Islam, saranan untuk pengemaskinian sukatan pelajaran Islam ini adalah sebenarnya objektif utama kenapa sistem pengintegrasiian itu dilaksanakan. Pada dasarnya, kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan juga mata pelajaran Ugama sebelum sistem integrasi adalah mempunyai tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang sama. Ada pun perbezaannya adalah dari segi pendekatan dalam mereka bentuk dan menyampaikan kurikulum berkenaan dari persfektif kedalaman ataupun keluasan. This is what we call depth versus breadth.
Dalam hal ini, pihak Jawatankuasa Kerja Sukatan Pelajaran dan Penilaian telah menyediakan kurikulum yang seimbang antara kedalaman dan keluasan bagi memastikan pelajar-pelajar 'kitani' akan memperolehi pemahaman mendalam tentang mata pelajaran tertentu dan penghayatan yang luas terhadap pelbagai bidang ilmu sesuai dengan peringkat umur.
Sebenarnya, pengesahan kurikulum Pendidikan Islam yang baharu ini melibatkan pakar-pakar dari Jabatan Mufti Kerajaan, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan juga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
بِسْمِ اللهِ الرحْمنِ الرحيم Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
أحمدُ اللّهَ ربّ العالمينَ، والصلاةُ والسلامُ على سيّدنا مُحَمَّدٍ وعلى آلهِ وَصَحْبِهِ أجمعين.
السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وبركاتُه dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan kepada kaola untuk ikut serta membincangkan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas mukadimah yang begitu terperinci dan jelas yang memuatkan hala tuju, tumpuan dan pencapaian-pencapaian Kementerian Hal Ehwal Ugama. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ
Sebenarnya, kaola pada awalnya tidaklah bercadang untuk turut membahasakan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini kerana sebahagian daripada perkara yang akan kaola sentuh ini telah pun kaola bangkitkan dalam beberapa permesyuaratan Majlis Ugama Islam Brunei.
Namun, untuk menyampaikan dan memenuhi hajat pihak-pihak yang memberi maklum balas kepada kaola, di samping memenuhi tanggungjawab kaola sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara ini. kaola terpanggil juga untuk membangkitkan beberapa perkara ini. Kaola berharap dengan pencerahan Yang Berhormat Menteri nanti akan memberikan first hand information kepada pihak-pihak yang berkepentingan yang memberikan maklum balas tersebut.
Yang Berhormat Pengerusi. Perkara pertama yang akan kaola sentuh ialah mengenai Tajuk 003/006 - Pemakanan dan Barang Halal iaitu yang berkaitan dengan proses pengeluaran sijil halal bagi produk-produk dalam negeri termasuk mengesahkan dan pemberian sijil halal restoran dan kedai makan di negara ini.
KPI yang disasarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah 275 sijil pada tahun ini. Perkara ini memang telah banyak kali dibangkitkan dan mendapat maklum balas dari berbagai pihak. Kaola menyedari bahawa proses ini memang memakan masa dan mencabar.
Kaola juga mengambil maklum bahawa kementerian Yang Berhormat Pehin sudah pun merancang untuk mengadakan satu platform online bagi memperkesankan proses permohonan ini. Mudah-mudahan apabila platform online ini beroperasi nanti, ان شاء الله ia akan dapat memperkesankan dan memendekkan lagi proses pemberian sijil-sijil halal ini dan akan dapat memenuhi TPOR yang telah ditetapkan iaitu selama 45 hari pada masa ini atau boleh jadi dikurangkan pada satu tempoh yang lebih pendek.
Ke arah itu, kaola ingin memohon pencerahan bagaimana proses ini akan beroperasi secara keseluruhannya termasuk juga tata cara pemeriksaan premis-premis ini akan dilakukan. Dalam hal yang sama, kaola juga ingin mengetahui apakah standard operating procedure yang digunakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengesahkan mahupun membuat kerja-kerja audit bagi penyaji-penyaji makanan halal di negara ini. Kaola memohon pencerahan Yang Berhormat Pehin sekiranya SOP ini sudah ada, adakah ia akan dikongsikan nanti dalam platform online ini bagi memudahkan pemohon-pemohon membuat persediaan bagi mematuhi dan memenuhi standard audit berkenaan.
Begitu juga halnya dengan pemeriksaan dan pengesahan kehalalan produk import daging mentah dari luar negara. Maklum balas yang diberikan kepada koala bukan sahaja proses ini memakan masa, malahan mahal bagi pengimport terutamanya bagi pengusaha kecil dan sederhana tempatan kerana mereka ini harus menanggung perbelanjaan tiket, tempat tinggal, elaun, transport dan lain-lain bagi pegawai-pegawai yang mengesahkan kehalalan produk ini.
Tempoh pemeriksaan di luar negeri ini juga terlalu lama ada yang sehingga satu ke satu setengah bulan. Koala memahami mengenai keperluan mematuhi hukum dalam keadaan ini. Walau bagaimanapun, koala ingin memohon pencerahan mengenai langkah-langkah ke hadapan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk meneroka option-option lain yang tidak bercanggah dengan hukum bagi mengurangkan masa dan perbelanjaan pihak-pihak yang terlibat.
Dalam waktu yang sama, koala juga telah menerima maklum balas mengenai proses pemeriksaan untuk mengesahkan kebolehmakanan daging-daging import tersebut dari laboratory apabila ia telah sampai di negara ini. Proses ini juga memakan waktu yang lama, ia akan melambatkan proses pengeluaran daging-daging yang ada di dalam kontena yang dikhautiri jika terlalu lama, daging-daging tersebut mungkin akan terdedah kepada pencemaran ataupun contamination yang boleh menjejas kesihatan, mengurangkan pembekalan daging-daging di negara ini dan merugikan pengusaha-pengusaha.
Kedua ialah mengenai pembinaan masjid. Perkara ini banyak kali disentuh, cuma kaola melihat dari apa Yang Berhormat kongsikan kelmarin, bahawa dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 sebanyak 12 buah masjid baharu dengan Harga Rancangan kira-kira $63 juta akan dibina di seluruh negara, الحمد لله.
Jadi, sudah tentu kalau masjid-masjid ini siap dibina, ia akan memerlukan beberapa orang imam dan pegawai-pegawai masjid tambahan. Oleh itu, lantikan imam dan pegawai masjid berkenaan perlu juga diselaraskan dan diusahakan dari awal supaya apabila masjid-masjid ini siap nanti akan dapat terus beroperasi dengan teratur.
Di samping itu, oleh kerana kebanyakan masjid-masjid ini adalah di kawasan-kawasan Skim Perumahan Negara, kaola cenderung untuk menyarankan supaya pembinaan masjid-masjid ini akan diselaraskan dengan tempoh siap bagi rumah-rumah yang dibina dalam skim ini supaya apabila perkampungan telah mula didiami, masjid-masjid tersebut juga akan dapat digunakan sebagai pusat aktiviti masyarakat di perkampungan tersebut.
Di luar negara, terdapat sebilangan masjid-masjid digunakan sebagai pusat kemasyarakatan dan penyelidikan, jadi sebagai satu idea saja yang boleh diterokai sekiranya tidak bercanggah dari segi hukum dan sebagainya. Kaola cadangkan masjid-masjid yang bakal dibina di kawasan perumahan negara akan dilengkapi dengan ruang khas yang boleh digunakan oleh jemaah. Terutamanya bagi penggunaan belia-belia dan penuntut-penuntut misalnya untuk menelaah pelajaran yang boleh dilengkapi dengan alat-alat komputer dan sebagainya. Ini sudah setentunya memerlukan masjid-masjid ini direka bentuk untuk memiliki ruang-ruang yang kaola maksudkan tadi. Langkah ini kaola rasa akan memberi peluang bagi jemaah masjid untuk berinteraksi dan belia-belia ini untuk berjinak-jinak dengan masjid.
Mengenai pemeliharaan masjid, 'barangkali' perkara ini sudah hangat diperkatakan di media sosial. Kaola juga mengambil maklum bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama sudah membenarkan kutipan Dana Masjid ini digunakan bagi pemeliharaan masjid.
Kaola rasa yang pentingnya ialah transparency dan accountability dalam menggunakan wang kutipan tersebut. Kaola sebenarnya tertarik dengan urusan kutipan masjid di negara jiran di mana setiap minggu dipaparkan di papan tanda masjid tersebut. Jumlah wang yang dikutip dan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi pemeliharaan masjid. Masjid ini sentiasa bersih dan menarik. Kaola rasa ia boleh dijadikan iktibar dalam pengurusan kutipan masjid di negara ini.
Yang terakhir, kaola ingin menyentuh berkaitan promosi Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai penyebaran dakwah khususnya usaha kementerian untuk mengangkat kemahiran penceramah-penceramah atau da'ie-da'ie tempatan. Ke belakangan ini, أكثر منه ramai sudah penceramah-penceramah belia yang masih muda dan belia tempatan 'kitani' telah tampil ke hadapan memberikan ceramah-ceramah di masjid-masjid dan majlis-majlis formal.
Mereka ini mempunyai potensi untuk ditampilkan sebagai penceramah-penceramah yang berwibawa, cuma potensi mereka ini perlu diasah dan digilap. Kaola mengucapkan syabas dan tahniah kepada penceramah-penceramah muda ini.
Dalam pada itu, di media sosial kita juga dapat menyaksikan orang ramai berduyun-duyun untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah dari luar negara. Oleh itu, kaola memohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengenai kelebihan ataupun orang-orang muda sekarang ani, "wow factor" nya yang ada pada penceramah-penceramah luar ini yang boleh menjadi teladan baik kepada penceramah kita di negara ini.
Bagaimanakah usaha-usaha Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam mengangkat penceramah-penceramah tempatan ini ke tahap pengetahuan, kewibawaan dan karisma penceramah-penceramah luar negara ini?
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada rakan sepermesyuaratan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Koala sempat mencatatkan dari ucapan Yang Berhormat tadi mengenai sijil halal, permakanan halal dan barang halal yang melibatkan sijil halalnya dan KPI yang ditetapkan dan adakah ia tercapai. Yang Kedua, apakah platform yang dibuat dalam hal ini secara dalam talian (online) seperti yang koala nyatakan semalam.
Rancangan platform ini asalnya akan secara bersendirian dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan peruntukan sejumlah $1 juta tapi sudah diputuskan platform ini telah diserapkan dalam platform di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi. إن شاء الله
Sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Berhormat tadi. Isu untuk kemudahan-kemudahan seperti SOP mengenai keperluan-keperluan yang diketahui oleh orang ramai dan diketahui juga oleh individu-individu yang berhajat untuk mendapatkan sijil halal. Mereka mengetahui dengan jelas mengenai SOP nya yang ada pada masa ini dan setentunya akan dimasukkan ke dalam platform ini.
Adakah 225 sijil halal itu akan dapat dikeluarkan? Itu angka-angka yang menjadi matlamat 'abiskaola' seboleh-bolehnya sedemikian tetapi yang menjadi kepentingan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah untuk memastikan bahagian yang menguruskan sijil halal itu, iaitu Jabatan Syariah di bawah Bahagian Pemakanan Halal akan lebih lagi berinisiatif untuk melaksanakan tugas-tugasnya sebagaimana yang diharapkan.
Antaranya masalah-masalah kelambatan, cara-cara mengatasi kelambatan dalam membaharui, kelambatan dalam menyelesaikan permohonan baharu dan sebagainya. Semua itu memerlukan cara kerja yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang selalu menjadi rungutan-rungutan.
Pengimportan daging-daging mentah seperti ramai kawan-kawan 'kitani' yang terlibat dalam pengusaha bisnes peniagaan ini sedia maklum, mereka memang sangat tertekan Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sendiri merasakan kerana menunggu ketetapan untuk menghantar pemeriksa atau pemerhati apa yang diperlukan apabila mereka mengimport daging-daging tersebut.
Yang kedua, kaedah yang menghendaki mereka menanggung pebelanjaannya bagi penghantaran tersebut. Yang ketiga ialah apabila sudah sampai, sukar untuk mempercepatkan pengeluaran dari pos kawalan ataupun kalau di pelabuhan, iaitu gudang pelabuhan dan sebagainya.
Itu dari segi sijil halal, kaola nyatakan dengan ringkas sahaja. Kalau dari segi sijil halal tadi platformnya sudah ada بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan mengenai pengimportan itu telah difikirkan dengan melibatkan banyak pihak, bukan saja Kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri tetapi melibatkan juga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan yang berkaitan di bawahnya untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Langkah pertama, untuk mempercepatkan dan langkah kedua untuk mengurangkan perbelanjaan dengan tidak menjejaskan mutu kehalalannya dan sebagainya. Itu jadi satu formula sudah didapati, bukan telah dirumuskan dan sedang dalam perhatian dan pengkajian pihak-pihak yang berkenaan dan kajian-kajian berterusan mengenai cadangan-cadangan tersebut belumlah dapat kaola sebutkan di sini tapi membayangkan bahawa ada beberapa alternatif yang difikirkan dan beberapa alternatif itu, bagaimana untuk melepaskan bebanan pengimport dan jangan pula membebankan kepada kerajaan. Jadi apa caranya, itulah caranya.
Kedua, kepercayaan kepada orang yang akan ditugaskan. Jadi ada beberapa pilihan dan itulah sekarang ini dalam pertimbangan. Dalam pertimbangan ini, itu satu untuk alternatif kepada kita tetapi perkara permohonan yang sudah ada dalam sistem yang sedia ada, masih lambat lagi dan kaola sendiri pun sangat berharap untuk mempercepatkannya.
Yang Berhormat Pengerusi, maklumlah perkara itu tidak sepenuhnya di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Mengenai dengan proses perlepasan di pos-pos kawalan itu yang kaola hairan kalau di pos-pos kawalan jalan darat atau di pelabuhan, ia ada jadual Yang Berhormat Pengerusi. Kalau melalui jalan darat, asal semua keterangan cukup dan sebagainya boleh terus jalan saja. Kalau dari Labu menuju ke Puni, diiringi tu. Jangan di tengah-tengah jalan, ada barang lain masuk. Mungkin ini yang menyebabkan proses itu lambat. Jadi mudah-mudahan dengan perkara yang kita dengar di sini, pihak-pihak yang berkenaan akan mencari jalan-jalan yang lebih benar-benarlah.
Yang menarik mengenai pembinaan masjid. Terima kasih atas penghargaan dan sanjungan Yang Berhormat dalam perancangan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN 12), ada 12 buah masjid akan dibangunkan dan rancangan yang disebutkan di sana adalah memang di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN 12) ertinya pembielajaannya di bawah perbelanjaan kerajaan. Tapi pada masa yang sama juga ada lagi beberapa buah masjid dalam lingkungan 5 tahun itu yang akan dibina oleh Tabung Dana bagi pembinaan masjid. Yang sekarang ini sudah di dalam tangan setentunya Kampung Lamunin dan Kampung Ukong dan kemudian Daerah Temburong yang sebagaimana sudah ada dinyatakan.
Yang menarik di sini ialah mengenai masjid-masjid di Rancangan Perumahan Negara seperti Yang Berhormat saranakan dan ini juga yang menjadi kepada penduduk-penduduk memindahi kawasan-kawasan perpindahan tersebut. Apabila mereka baru berpindah ke sana, prasarana berhubung dengan masjid ini, ada tanah yang diperuntukkan.
Jadi yang menjadi persoalan, kenapa tidak dibangunkan bersama-sama masjid, ini jadi salah satu input atau maklum balas kaola dan terima kasih kepada Yang Berhormat membawakan perkara ini dan mungkin ke hadapan ataupun sekarang ini perancangan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN 12) untuk Kampung Lugu dan jangan sampai Kampung Lugu itu masuk umur berbelasan tahun, baru kita membangukan masjid dan kalau boleh, kita siapkan seboleh-bolehnya dan yang sudah dirancang itu dipercepatkan إن شاء الله
Pemeliharaan masjid ini, Yang Berhormat juga mengatakan tadi kalau meminta contoh daripada negara lain, yang ada transparency mengenai perolehannya dan kutipannya. Yang kaola nyatakan bahawa kalau kutipan masjid maknanya bukan tabung dana. Kutipan masjid untuk masjid dan dari jemaah masjid kepada masjid dalam tabungnya, memang ada peraturan-peraturannya Yang Berhormat Pengerusi.
Sebagaimana yang kaola jawab soalan awal-awal tadi, peraturannya memang dikehendaki untuk menyatakan laporan kutipan untuk dimasukkan ke dalam notice board di masjid tersebut. Jadi sejauh mana ia dilaksanakan pada masa ini dapat kita pantau dan masjid juga disarankan untuk menyediakan sarana-sarana bagi kemudahan pelajar-pelajar.
Suatu masa dulu, pemikiran ini sangat bagus dalam tahun 80-an, 90-an kerana pada masa itu, kita baru akan memasuki dunia ICT, jadi pembangunan Masjid Jubli di Kampung Jangsak sehinggakan tanah di sekitar masjid tersebut kepunyaan orang ramai telah diambil bagi memberikan kemudahan-kemudahan yang kita sebutkan ini bagi pelajar-pelajar mempelajari Word Processor, sehingga kepada internet dan sebagainya kemudian di sana juga dirancangkan ada bazar ke arah menyokong masjid itu, menyokong dari segi kewangan masjid. Jadi perkara seperti ini tidak berkembang nampaknya kerana بخمد لله, kita seperti memadai bahwa masjid-masjid itu adalah masjid kerajaan dan dibiayai kerajaan, peruntukkannya dijamin ada setiap tahun, maka kita pun merasakan tidaklah perlu mendapatkan cara-cara kewangan dan sebagainya.
Tetapi untuk pembinaan-pembinaan masjid dengan adanya prasarana bilik perpustakaan untuk kanak-kanak ataupun bagi pelajar-pelajar yang tertentu, bukan saja merujuk ke perpustakaan tapi juga untuk mereka duduk dan belajar di sana kerana keadaan rumah di sekitar rumah-rumah yang di dalam Rancangan Perumahan Negara Ke-12 (RKN-12) tidak banyak dalam keadaan yang kondusif untuk suasana pembelajaran.
Dan suasana pembelajaran itu bukan saja di sekolah, mestilah juga diambil tempat lain dan masjid adalah kita fikirkan sesuai. Mudah-mudahan pemikiran ini akan berkembang dan dapat dijadikan kenyataan dalam perancangan pembinaan masjid-masjid yang akan datang.
Yang Berhormat menghargai munculnya daie - daie muda sebagaimana juga kaola ada dua ke tiga orang yang sudah kaola nyatakan. Pada keseluruhanya, perancangan ini dalam usaha memantapkan dakwah, menyediakan daie-daie yang memang mantap.
Setakat ini ada program-program akan dilaksanakan إن شاء الله, mungkin dalam awal tahun ini sekurang-kurangnya sudah mengenal pasti 2 orang tenaga daie yang kita akui sangat menarik untuk memimpin dan membimbing daie – daie, kita sudah meminang mereka melalui Pusat Da'wah di tempat mereka di Semenanjung, seorang di Pahang dan seorang di Selangor.
Mereka berkesanggupan untuk datang ke Brunei dari masa ke semasa dan akan memulakan dalam sedikit masa lagi tetapi kaola tidak ada jadualnya, tetapi akan memulakan dalam tahun ini إن شاء الله.
Mudah-mudahan dengan bimbingan tersebut akan memberikan kesan kepada pembangunan daie ini. Tetapi perkara dakwah ini bukan saja ilmu ada, tetapi ialah cara dan kaedah itu juga. Jadi, banyak aspek yang boleh dibangunkan yang kita mesti ambil kira dalam melengkapkan daie-daie ke tahap mana sebagaimana karismatiknya daie-daie di luar negara. Banyak caranya إن شاء الله dan mudah-mudahan mereka dalam umur sekarang 30-an ke 40-an mungkin nanti dalam menerusi pengalaman mereka akan menjadi daie yang berkarismatik dan dapat berkhidmat di luar negara إن شاء الله.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, suka untuk membuat intervention mengenai perkara yang ditimbulkan.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola hanya menambah berkenaan daging import yang diperiksa lagi setelah masuk ke Negara Brunei Darussalam.
Sebenarnya daging import ini diperlukan untuk diperiksa oleh pihak badan Brunei Darussalam Food Authority untuk ditest, analyse contain di dalamnya. Since Brunei Darussalam Food Authority ini di bawah Kementerian Kesihatan, ada baiknya Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawabnya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
إن شاء الله kita menunggunya. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk membuat interventionnya.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menambah mengenai usaha untuk memperkasa kualiti penceramah ataupun daie. Sebenarnya Fakulti Usuluddin di UNISSA telah membukakan atau pun menawarkan program Diploma Kebangsaan Daie dan Kepimpinan bermula sesi 2022/2023 dan antara objektif program tersebut adalah ia sebagai satu platform dalam melahirkan para daie yang mahir dan berketerampilan dan juga menyediakan pengajian yang lebih komprehensif kefahaman dan latihan seni penyampaian dakwah kepada para daie selaras dengan perkembangan ilmu semasa.
Jadinya, pada mana-mana daie atau pun mereka yang berhasrat untuk menjadi daie bolehlah memohon untuk memasuki ataupun mengikuti Program Diploma Kebangsaan Daie dan Kepimpinan yang ditawarkan oleh fakulti Usuluddin di UNISSA. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan atas reaksi atau respons tambahan di samping penerangan-penerangan yang telah dihuraikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم أحمدك يا رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته وبعد،
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas pembentangan bajet kementeriannya. Kaola mengambil maklum penjelasan yang telah pun dihuraikan atas soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini. Banyak isu yang telah pun ditanyakan dan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Kaola mengambil isu yang kurang kontroversi yang belum disebut. Kaola ingin merujuk kepada catatan petunjuk prestasi pertama iaitu jumlah hafaz Al-Quran 30 juz. Di sini dinyatakan anggaran sasaran bagi 2024/2025, 2025/2026 dan 2026 hingga 2027 ialah 82, 85 dan 94. Soalan kaola, adakah target yang hendak dicapai oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai bilangan atau pun jumlah hafaz ini?
أعمل بها secara peribadi kaola mengalu-alukan usaha kementerian untuk melahirkan lebih ramai hafaz untuk berada di kalangan masyarakat kita, terutama mereka yang akan memegang jawatan pensyarah, ustaz-ustaz, imam dan baru tadi disebut daie dan pemimpin masyarakat, terutama yang menjadi imam musolah. رسول الله صلى الله عليه وسلم bersabda dalam hadis Riwayat Bukhari yang ertinya: "Yang lebih berhak memimpin kamu adalah paling bagus bacaan Al-Quran di antara kamu".
Masa ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sebelum ini, ada rancangan membina masjid sebanyak 12 buah dan pada pandangan kaola jika mereka ini nanti disalurkan menjadi imam dan sebagainya, mereka perlu diberi nilai tambah dengan dilengkap etika kerja, amalan-amalan terbaik pentadbiran, pengurusan kewangan dan kebolehan berkomunikasi yang mana kadang-kadang perkara ini kurang didapati pada imam-imam yang ada. Dengan ini الله تعالى dapatlha masjid-masjid dipimpin dengan baik.
Seterusnya kaola ingin bertanya. Pada masa ini di manakah mereka yang sudah hafaz dan membuat tugas ditempatkan? Adakah semua hafaz ini berkhidmat dalam perkhidmatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama? Adakah mereka ditempatkan di sana ataupun tidak tahu ke mana tuju mereka ini? Seterusnya, kaola sebenarnya ada banyak isu yang kaola timbulkan mengenai isu masyarakat ini tetapi banyak soalan yang sudah dijawab dan telah ditimbulkan oleh rakan Yang Berhormat, cuma yang ingin kaola timbulkan ialah mengenai apa yang sudah disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dan telah pun diberi penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kaola tidak akan bercakap panjang mengenai perkara ini, cuma ingin minta izin Yang Berhormat Pengerusi untuk satu soalan sahaja dan mungkin cadangan. Berapa lamakah harus mereka ini menunggu edaran untuk mendapatkan rumah?
Jika rumah yang dibina tidak banyak, kaola berharap pihak berkenaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan lain-lain duduk sama untuk mencari penyelesaian segera melalui Skim Kebajikan Negara.
Mungkin dengan membangun lebih banyak rumah seperti yang dinyatakan kelmarin peruntukan memang ada. Dapatkah mereka ini diutamakan untuk diberi peruntukan rumah di bawah Skim Perumahan Negara? Mungkin ada rumah yang kosong pada masa ini dapat diperbaiki segera untuk dijadikan tempat tinggal bagi yang memerlukan rumah.
Kaola berpendapat cara kita menangani masalah memohon dan memberi bantuan perlu dikaji dari masa ke semasa akan keberkesanannya.
Bagi yang sudah dapat dibantu, itu benar tetapi kenyataannya masih ramai lagi yang memerlukan bantuan. Kadang-kadang yang mendukacitakan apabila diberitahu belum lagi meetingkan sebab meeting jarang diadakan.
Kadang-kadang meeting akan diadakan tetapi sudah hampir hari meeting postpone atau pun dicancel atau meeting diadakan tetapi tidak sempat dibincangkan. So whichever way you lose. Dalam perkara ini, harus ada pemikiran baharu macam mana cara mengatasinya dengan segera. Kita boleh postpone meeting satu tarikh ke satu tarikh, bagi orang yang menunggu, itu terlalu lama bagi mereka.
Pada masa ini, kaola lihat semakin bertumbuhnya badan sukarelawan yang menjalankan kewajipan dan pengagihan bantuan makanan dan pakaian kepada yang memerlukan. أكفلهم tetapi di luar keupayaan mereka adalah membeli rumah, keupayaan mereka hanya dapat memberi makanan harian dan bukannya rumah. Kaola berharap aktiviti badan sukarelawan seperti ini akan dapat dipantau bukan untuk menyekat kegiatan mereka malah digalakkan tetapi biar teratur.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin merujuk mengenai dengan jumlah kes baharu jenayah syariah setiap tahun. Tahun 2022 dan 2023 terdapat 440 aduan dan sasaran akan dikurangkan pada tahun 2023 dan 2024 kepada 350 kes. Kaola mohon pencerahan sama ada jumlah kes yang dicatat merupakan jumlah yang membimbangkan atau jumlah kes biasa sahaja. Sebab tidak ada penerangan detail mengenai perkara ini.
Apakah trend yang dapat dikesan dan berapakah banyak kes-kes jenayah syariah ini yang sudah dibicarakan. Dalam buku Anggaran Belanjawan 2024/2025, Pendakwa Syarie pada masa ini adalah seramai 22 orang. Adakah keramaian ini mencukupi untuk menangani kes-kes yang akan dibicarakan.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Menumpukan kepada perkara yang dibangkitkan. Pertama mengenai hafiz Al-Quran, lepasan-lepasan hafiz.
Yang kedua adalah target yang dicapai itu akan sempat dan kemudian adakah mereka ini sudah diberikan pekerjaan atau berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Dalam konteks ada 12 buah masjid dirancang dalam RKN dan Yang Berhormat mencadangkan supaya mereka ini dapat diambil bagi menjadi imam. Sesuai dengan apa yang disabdakan oleh رسول الله صلى الله عليه وسلم 'Yang sebaik-baik menjadi imam kepada kamu ialah orang yang baik bacaannya.’ Maksud lebih baik bacaannya adalah orang yang hafaz Al-Quran. Dalam hal ini, jawatan-jawatan imam tidak terlakuk semata-mata kepada hafiz ini sahaja. Ia tertakluk kepada kelulusan-kelulusan lain jua.
Mengikut peringkat kepegawaiannya, kalau ia lulus Diploma, ada dari KUPU SB pun lulus Diploma jua. Bahkan di atas daripada itu lulus ijazah. Jadi bersainglah mereka ini. Tapi satu perkara yang sudah dilihat oleh trend yang ada, lepasan-lepasan daripada tahfiz ini apabila mereka dilantik menjadi imam-imam di masjid nampak 'walih'nya daripada yang lain-lain. Hal inilah menjadi contoh untuk diambil kira.
Kalau misalnya pada masa akan datang keutamaan akan diberikan kepada mereka yang seperti ini. Tapi pada masa yang sama tidak juga 'kitani' dapat mengesampingkan hak-hak orang yang memerlukan jawatan dan boleh memegang jawatan-jawatan di masjid-masjid. Mudah-mudahanlah sama-sama mereka bersaing 'kitani' pun ada peraturan on merit dan sebagainya. Selain daripada kelayakan juga ada on merit.
Tidak ramai yang berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama. Tapi lepasan-lepasan tahfiz apabila mereka masuk ke Mahad Tahfiz, sampai kepada hafaz 10,15 atau 20, kalau dia 30 juz lagi baik tetapi mempunyai kelulusan peringkat 'O' Level, di luar daripada bidang ugama dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat 'A' Level di luar pihak ugama dan mereka terus melanjutkan pelajaran di luar bidang ugama dan mereka ini أَيْضًا ada yang mengikuti Skim Pentadbiran Perkhidmatan Brunei BAS dan pada masa ini seorang telah dapat menjadi Pemangku Pegawai Daerah, kemudian ada yang sudah berkhidmat di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Itulah 'kitani' bila memikirkan masa depan, lepasan-lepasan ugama di samping mereka mempunyai kemahiran tertentu bahkan kalau mereka berpeluang untuk mempunyai pendidikan dalam bidang-bidang kemahiran yang lain, professional maka 'kitani' tidak menghalang. Masih ada lagi cara-cara untuk mereka meningkat.
Hanya satu yang membanggakan 'kitani', mereka ini hafaz, ada yang sudah masuk dalam usia 30-an lelaki dan perempuan bahkan sudah dikira dalam sejumlah penghafal-penghafal yang diiktiraf oleh negara.
Pertama dengan mengiktiraf mereka itu sebagai lulusan peringkat ijazah dan yang kedua mengiktiraf mereka dengan satu elaun khas bulanan. Jadi setakat ini sudah ada nampak usaha-usaha ke arah mengalakkan lagi hafazan ini. Di peringkat menghafaz Al-Quran ada satu peringkat yang dinamakan ilmu Qiraat dan ia diajarkan di peringkat Diploma dan seterusnya boleh diambil di peringkat Sarjana Muda dan seterusnya.
Qiraat ini kegunaannya lebih luas daripada setakat menghafal dan mengetahui ilmu-ilmu tajwid tetapi juga mengetahui jenis-jenis bacaan yang ada, sebagai orang yang mengetahui mengenai Mushaf. Mushaf itu ilmu tertentu yang tidak setakat menghafal dan ini faedahnya pada masa depan.
Kalau misalnya 'kitani' mendapati ada kekurangan dalam Mushaf 'kitani' maka orang sedemikian inilah yang diperlukan. Qiraat dan 'kitani' sudah mengadakan kursus tersebut di Tahfiz. Seterusnya mana yang layak untuk melanjutkan pelajarannya di Al Azhar juga akan 'kitani' hantar dan untuk menyediakan orang-orang yang sedemikian lengkap ilmu Al-Quran, pandai membaca dengan baik, menghafal dengan baik sampai 30 juz bahkan ada ilmu-ilmu yang selanjutnya ada di Brunei ini إِنَّ بُنَايَ إِلِّ. Dan itulah usaha-usaha 'kitani', tidak setakat untuk memberikan sijil hafazan atau Diploma tetapi jua sijil Qiraat dan seterusnya di Al Azhar peringkat Sarjana Muda dan juga kalau ada yang berkemahuan untuk melanjutkan sampai peringkat yang tertinggi.
Mengenai mendapatkan rumah di bawah Skim Perumahan Negara. Yang didapati oleh Yang Berhormat ialah bantuan perumahan di bawah Asnaf. Di bawah perumahan ini memang dikatakan ada angka-angkanya sudah sekian-sekian. Rakan sejawat dari Kementerian Pembangunan menyebutkan angka-angka tersebut dan yang menjadi kemusykilan kepada Yang Berhormat mengenai kelambatan memutuskan dan membangun.
Kalau kelambatan memutuskan itu tidak kaola dapat kesan Yang Berhormat Pengerusi. Tetapi, kelambatan membangun disebabkan faktor-faktor tanahnya. Kalau orang itu sudah diluluskan, tetapi tanahnya bermasalah seperti pemecahan belum lagi selesai, kedudukan tanah yang memerlukan us work ataupun tempatnya agak terpencil dari jalan untuk diakses, semua perkara ini menyebabkan kelambatan-kelambatan tersebut.
Ini namanya di bawah quick win yang diperuntukkan sebanyak $35 juta yang kaola sebutkan pada tahun 2009. Sekarang ini mungkin berbaki dalam $24 ke $25 juta dan cukup untuk membuat perumahan-perumahan yang dirancangkan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
ini memang masih teringat lagi, memang ada pemikiran dan perundingan dengan Yang Berhormat sewaktu menjadi Menteri Pembangunan, yang mana perancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mempercepatkan proses perumahan di tanah yang sudah well-developed, iaitu di kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Negara.
Itulah yang sedang 'abiskaola' rancangkan sekarang dan menunggu sejauh mana ia dapat dilaksanakan. Tetapi, dari segi syarat-syarat, kerana tanah itu adalah tanah perumahan dan orang yang akan berpindah itu mesti layak dari segi Rancangan Perumahan Negara, tetapi kelayakannya itu bagi 'abiskaola’ boleh ditangguhkan Yang Berhormat Pengerusi, asal mereka mendapat rumah kerana rumah itu akan menjadi rumah Majlis Ugama Islam Brunei sehingga mereka layak.
Kalau mereka stateless, memang tidak layak untuk memiliki tanah dalam Rancangan Perumahan Negara. Rumah yang didiamiya itu ialah rumahnya tetapi belum dapat diberikan hak milik kepadanya sehingga ia layak. Ertinya, Majlis Ugama Islam Brunei yang membayar rumah itu adalah pemiliknya dalu. Kalau bukan mereka sendiri, mungkin anaknya yang lebih cepat mendapat kerakyatan dan selama mana mereka tidak menjadi rakyat, mereka boleh tinggal di rumah it kerana keperluan adalah keperluan perumahan bukan keperluan tanah.
Inilah yang sedang 'abiskaola' formulakan dengan Kementerian Pembangunan dan menunggu sejauh mana plot-plot sedemikian itu dapat diusahakan menjadi perumahan.
Satu peringkat bila diperkenalkan quick win ini pada tahun 2009/2010 Yang Berhormat Pengerusi, ramai yang sudah mendaftar sebagai berhak mengikuti Rancangan Perumahan Negara berhijrah kepada skim ini kerana mereka tahu Rancangan Perumahan Negara menunggu sehingga 6 ke 8 tahun pada masa itu.
Tetapi melalui skim ini, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ dalam tahun 2 mereka akan mendapat rumah. Pada mulanya, memang begitu Yang Berhormat Pengerusi, mudah pelaksanaannya pada masa itu kerana prasarana jalan raya, sambungan air dan elektrik ditanggung oleh kerajaan. Tetapi sekarang ini, ditanggung seluruhnya oleh peruntukan zakat. Jadi, peruntukan itu 'sintak-menyintak' Yang Berhormat Pengerusi. Dahulu, kurang daripada $50 ribu, sekarang ini dengan faktor sedemikian itu, menjadikan rumah sahaja berharga tidak kurang daripada $70 ke $75 ribu, ditambah lagi dengan prasarana lain. Itulah juga yang menyebabkan faktor-faktor itu.
Jadi, mudahan kita akan melihat isu perumahan ini sebagai keperluan kepada perumahan dengan syarat-syarat yang tertentu. Jadi, bagaimana ia memiliki rumah di bawah syarat RKN yang sudah sedia ada? Dalam hubungan orang-orang asnaf yang memang memerlukan, jika mereka ini layak untuk memiliki maka akan terus diberikan anak kunci, iaitu terus menjadi miliknya. Atau boleh juga ditangguhkan hak milik untuk memenuhi keperluan perumahan yang ada Yang Berhormat Pengerusi. Itu yang dapat kaola sebutkan dari segi itu.
Kemudian dari segi kes-kes jenayah syariah yang di dalam KPI untuk diturunkan daripada lebih 300 kepada jumlah yang agak kurang. Apakah jenis kesalahan jenayah syariah itu? Kalau mengikut keterangan yang diberikan, kaola difahamkan angka yang diberikan di sana itu adalah reported cases. Jadi, angka bagaimana perbicaraannya memakan waktu dan sebagainya.
Jenis-jenisnya ada yang berat dari segi jenayah syariah. Misalnya percubaan persetubuhan haram dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi. Hukuman di bawah Kanun Hukuman Jenayah Syariah ialah hukuman sebat dan ia sudah pun dimulakan dengan kes-kes seperti ini.
Mengikut keterangan daripada saksi-saksi yang menyaksikan pelaksanaan hukum itu, apakah ia menepati syarak atau tidak? Kerana dikatakan sebatan syarak itu sebatan manja. Tetapi, mengikut keterangan yang kaola perolehi daripada sumber-sumber yang benar yang dapat diyakini di Bahagian Kehakiman yang menyaksikannya, walaupun sebatan manja tetapi 'berbalitai' juga belakangnya. Nampak juga kesan dirotan itu di belakangnya itu. Jadi, apabila nampak kesan rotan 'berbalitai' itu ertinya memang menyakiti walaupun tidak sesakit sebatan dalam hukuman jenayah final court.
Jadi, 25 orang Pegawai Pendakwa Syar'ie ini terpaksa kaola selidiki dahulu adakah mereka itu dilantik setelah memegang bermacam-macam jawatan Yang Berhormat Pengerusi. Jadi, kalau mereka ini dilantik bermakna lantikan melalui Majlis Ugama Islam Brunei, tetapi lantikan mungkin sebagai Pegawai Agama dan sebagainya. Kalau 25 orang ini menjadi Pendakwa Syar'ie, kaola akan dapatkan maklumatnya kerana ramai bilangan Pendakwah Syar'ie.
Jadi, apa sahaja kes yang sudah diberikan kepada mereka? Itu sahaja yang dapat kaola catat Yang Berhormat Pengerusi, minta maaf kalau kaola ada ketinggalan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Adakah Yang Berhormat Menteri Kesihatan ingin memberikan respons kepada perkara yang kita bincangkan pada sesi awal tadi mengenai food authority. Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ
Jadi, soalan yang diutarakan ialah kenapa kelihatannya lambat kalau ada daging import, kenapa ia mengambil masa untuk diluluskan? Jadi, koala ingin menjelaskan BDFA akan membuat pemeriksaan sebaik sahaja kontena itu datang di tempat premis pengimport. Mereka akan mengambil random sample terhadap daging tersebut untuk dibawa ke makmal.
Di makmal, beberapa investigation yang pathogens, diperiksa sama ada berlaku atau tidak seperti E.coli, salmonella dan sebagainya. Especially yang frozen food, yang paling penting salmonella species. Jadi, ia akan mengambil masa 8 hari waktu bekerja (8 working days) to be sure the pathogen seperti Salmonella ini tidak membiak pada daging tersebut. Selepas itu, sijil keputusan lab ini akan diberikan kepada BDFA daripada Department of Scientific Services di Kementerian Kesihatan dan BDFA kemudian akan mengeluarkan sijil kelulusan within 1 or 2 working days, overall, it takes about 10 working days untuk memberi kelulusan kepada sebarang daging import terutama sekali daging beku.
Jadi, di sini kaola ingin mengambil kesempatan untuk meminta pertolongan daripada vendor yang mengorder daging import ini untuk memastikan the cold chain of barang yang diimport kerana daging-daging ini selalunya dalam 1 buah kontena sudah mengandungi beratus ribu kilogram daging.
Untuk memastikan daging-daging dalam keadaan yang baik, beberapa peraturan mesti dipatuhi. Antaranya, memastikan cooler kontena itu mencapai suhu yang disarankan. Maksudnya perlu ada temperature logging. Semasa barang-barang itu sampai di Negara Brunei Darussalam, kita boleh melihat temperature log yang direkodkan semasa tempoh perjalanannya itu, adakah suhu dalam kontena itu lari daripada yang disarankan. Jika sekiranya terlalu panas, itu akan menyebabkan pembiakan pathogen seperti Salmonella hingga akhirnya tidak sesuai untuk dicomsume oleh manusia. Walau bagaimanapun, first test yang terjadi ini pada kebiasaannya BDFA akan melakukan test lagi sekali (another round), jika second round juga mengesahkan Salmonella, ia tidak akan diluluskan untuk dijual di negara ini.
Pada masa ini, seperti yang saya terangkan tadi prosesnya mengambil masa 8 hari waktu bekerja kerana 'kitani' ingin memastikan pembiakan pathogen terjadi ataupun tidak tapi رَبَّنَا آتِنَا, dalam masa yang terdekat dengan kaedah-kaedah mesin yang baru mungkin ia akan dapat dikurangkan sedikit. Pada masa ini belum ada lagi yang dapat melaksanakannya dalam 1 atau 2 hari. We know the technology is there, بإن شاء الله, di masa yang akan datang dengan adanya teknologi baru seperti PCR yang lebih 'canggih', ia akan dipercepatkan lagi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَالصَّلاة وَالسَّلام سِجَهْتِرا.
عَلَيْكُمُ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم الحَمْدُ لِله ربِّ العَالَمِيْنَ. والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu, kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas mukadimah oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang sangat jelas tentang tindakan, perancangan dan hala tuju bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama kelmarin. Yang Berhormat Pengerusi. Di sini kaola ingin menyentuh tentang jawatan guru ugama terlatih, adakah jawatan tersebut masih ada kekosongan berikutan persaraan pemegang-pemegang jawatan berkenaan yang dulu dipegang oleh guru-guru ugama keluaran Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan?
Jika ada kekosongan, bagaimanakah pengisian jawatan-jawatan berkenaan? Setakat yang kaola ketahui, setiap tahun banyak pemegang jawatan tersebut yang bersara. Jika jawatan itu kekal kosong, bagaimanakah Kementerian Hal Ehwal Ugama mengisikannya dalam keadaan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan pelajar lepasan KUPUSB yang memegang Sijil Diploma Perguruan dan Ijazah Sarjana Perguruan?
Yang Berhormat Pengerusi. Di sini juga, saya ingin mengucapkan الحمدلله, negara kini memiliki sebuah Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal. Sehingga kini, segala urusan yang berkaitan dengan zakat lebih terurus sehingga segala permasalahan orang ramai akan dapat ditangani dengan lebih baik dan cepat khususnya pengagihan zakat kepada asnaf zakat. Kaola juga tidak lupa mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah mempelbagaikan cara pembayaran zakat fitrah secara online yang diungkayahkan bersama bank BIBD dan DST. Kaola ingin tahu, apakah Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai perancangan untuk membuat apps pembayaran zakat yang dimiliki oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri sebagaimana negara jiran yang mungkin boleh meningkatkan kutipan zakat.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عتليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Sebelum 'barangkali' Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin. Saya ingin memberi laluan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai Brunei Darussalam Food Authority ini lagi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menambah sedikit mengenai apa yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai cold storage ataupun cold chain dan sebagainya, yang menjadi masalah pada masa ini. Memang cold storage dan cold chain ini mempunyai kekurangan fasiliti dalam negeri pada masa ini.
Dikongsikan dalam Dewan yang mulia ini, pada masa ini Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang berunding dengan satu FDI untuk membangu sebuah fasiliti cold chain yang mencukupi especially untuk daging-daging yang ada dalam negeri sama ada diimport ataupun disembelih dalam negeri. إن شاء الله, projek ini jika berjalan dengan lancar mungkin akan siap pada tahun ini. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, itu satu kemajuan yang mungkin memberikan impak kepada permasalahan yang dihadapi. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Ada 2 perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dan terima kasih kaola ucapkan kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan mengenai kekosongan jawatan berikutan daripada guru-guru ugama terlatih. Lepasan daripada Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan dulu sekarang ini sudah menempuh usia bersara dan setiap tahun ramai daripada mereka itu bersara. Adakah kekosongan jawatan itu masih diisikan dalam jawatan tersebut?
Ini, kaola terpaksa mendapatkan butirannya dengan lebih terperinci tetapi dasar yang sudah kita ketahui bahawa pengajaran ugama itu sendiri memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dan kerana itulah KUPU SB dinaikkan tarafnya daripada maktab kepada peringkat universiti. Jadi, untuk mendapatkan guru-guru yang berkemahiran bukan sahaja dari KUPUSB bahkan juga daripada lepasan-lepasan luar negeri daripada Mesir dan Jordan, daripada lepasan dalam negeri daripada UNISSA.
Mengenai pengisian jawatan guru terlatih bagi orang yang di bawah daripada itu, dapatlah kaola tangguh bagi mendapatkan butir-butirnya kerana kalau kaola tersilap membuat kenyataan di sini, 'inda' jua baik di dewan ini. Biarlah perkara itu dapat kaola pastikan daripada pihak yang berkenaan.
Mengenai penubuhan Jabatan Zakat yang sudah banyak diperkatakan di sini, 'kitani' masing-masing menaruh harapan khususnya mengenai pengagihan zakat. Jadi, mudah-mudahanlah keterangan-keterangan yang sebahagiannya telah kaola nyatakan sebelum ini akan berguna jua untuk Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin di mana-mana yang sesuai untuk memperjelaskan kedudukan pengagihan zakat sama ada ia lambat dan sebagainya.
Ada faktor kalau secara ringkasnya memang dalaman di bahagian zakat, dari segi permesyuaratan dan sebagainya, dari segi pendataan dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama juga, ada faktor-faktor mengenai kemahiran ICT bagi pemohon-pemohon ini. Dan juga adanya lambat pemohon-pemohon memberikan respon-respon untuk memberikan butir-butir yang dikehendaki oleh pemeriksa yang datang melawat mereka atau yang sudah menemu ramah mereka. Ada yang sudah diluluskan tetapi dikehendaki untuk membuka akaun. Jadi, penyelesaiannya bagi ICT, mereka didatangkan ke kaunter untuk mempunyai kemahiran menggunakannya permohonan dan menekan mana button, jangan tersalah tekan misalnya. Semua sekali itu akan diajarkan dan itu satu penyelesaiannya. Jabatan Zakat mengupayakan dirinya untuk dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran. Mereka diberikan kursus di dalam negeri oleh tenaga-tenaga pengajar dan juga daripada luar negeri oleh tenaga-tenaga yang berpengalaman dalam pengurusan zakat. Semua itu adalah usaha-usaha dan 'kitani' berharap akan mendatangkan hasil yang baik.
Kemudian yang disambut baik oleh Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin dan kaola juga menghargkan tentang usaha kutipan zakat fitrah melalui online. Online itu melalui telefon. Jadi soalnya sekarang ini, dioutsource kepada pihak operator-operator telefon, syarikat-syarikat telefon. Jadi, apakah ada perancangan membuat aplikasi sendiri? Akan 'kitani' lihat sejauh mana perkembangannya ke arah itu, mana yang terbaik dapat kita lakukan إن شاء الله. Satu saranan yang membuka minda untuk difikirkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas pencerahan dan penerangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkembangan dan hala tuju tumpuan dan keutamaan kementerian di Tahun 2024/2025.
Banyak sudah soalan-soalan dan penerangan yang akan kaola sampaikan sudah pun dijawab. Maka tidaklah perlu kaola terus menanyakan soalan-soalan itu. Namun, kaola ada beberapa soalan yang ingin kaola sampaikan daripada isu-isu yang disampaikan oleh rakyat kepada kaola.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Isu-isunya adalah:
Kod 002/000 - Pemliharaan (Promosi) Ugama Wakaf dan Infak dalam negeri memudahkannya.
أكفلوا يتيما melalui dari media sosial kita telah pun mengetahui ramai ahli mewakafkan sebahagian daripada harta mereka di luar negara untuk membantu perbelanjaan berterusan anak-anak yatim, membuka sekolah, pesantren, surau dan masjid. Ada yang diketahui mengeluarkan zakat harta terus ke luar negara untuk inisiatif serupa. Pendekatan segelintir dengan keluarga yang berinfakkan wakaf-wakaf mereka di luar negara, sebilangan mengatakan mereka memang ingin berwakaf dalam negeri tetapi telah menghadapi banyak proses yang menyebabkan hajat mereka itu terbantut. Presepsi sebahagian mengatakan terlalu banyak operasi yang menyebabkan sumbangan mereka tidak dapat dilaksanakan atau direalisasi dengan secepatnya sehingga yang berhajat meninggal dunia sebelum dapat menyampaikan niat mereka.
Oleh itu, ada warisnya menyampaikan hajat berwakaf terus dihantar ke luar negara. Memang diketahui ada beberapa inisiatif seperti tabung-tabung kutipan untuk pembinaan masjid dan dana untuk membantu anak-anak yatim sudah disediakan di setiap masjid-masjid untuk diungkayahkan bersama agensi, badan yang tertentu. Tetapi ada segelintir masyarakat yang ingin melihat sumbangan-sumbangan mereka itu diinfakkan dan direalisasi secepatnya, bukan masuk tabung yang tidak diketahui bila projek akan dilaksanakan. Soalan mungkin mohon memberigakan proses dan garispandu dan strategi pihak kementerian untuk mempermudahkan menerima wakaf-wakaf individu yang ingin melihat wakaf mereka pelaksanaannya secepatnya di Negara Brunei Darussalam.
Cadangan kaola bagi memudahkan masyarakat membuat pilihan berwakaf di dalam negeri. Mungkin kementerian boleh menyediakan senarai-senarai projek amal yang layak menerima dana wakaf beserta tarikh-tarikh bila mula pembinaan atau penggunaannya yang dijadualkan. Dengan adanya senarai projek-projek yang akan dijalankan di kementerian yang disebar luas, masyarakat akan dapat membuat pilihan projek-projek mana yang dalam negeri untuk menerima sumbangan wakaf mereka tanpa terbabit dalam birokrasi yang rumit, إِنْ شَاءَ اللّهُ.
Semasa melawat Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal di Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa lawatan kerja dan telah pun dimaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh jabatan baru ini. Cabaran-cabaran ini termasuk kekurangan tenaga untuk mengurus dan memproses wakaf-wakaf dan dana yang sedia ada.
Dengan adanya mechanism wakaf yang tersenarai yang kaola cadangkan, ini mungkin akan dapat mengurangkan cabaran proses pengurusan wakaf orang ramai. Isu berkaitan dengan wakaf pembinaan surau dan masjid dalam negara ialah persepsi orang ramai tentang kurangnya sokongan dari pihak berkuasa tempatan untuk memudahkan wakaf pembinaan masjid atau surau atau balai ibadah dari orang awam sebab kebimbangan wakaf-wakaf sebegini akan menambah beban di dalam pengurusan masjid dan surau selepas pembinaannya selesai dan mula beroperasi.
Persoalan berkaitan dengan pengurusan masjid selepas wakaf pembinaan tersebut telah selesai menjadi rintangan utama orang ramai dalam mendukung inisiatif ini. Mungkin mohon pencerahan Yang Berhormat untuk memberikan keterangan supaya orang ramai boleh tahu dan menolak persepsi yang mungkin salah.;
Mengenai prasarana pasal masjid yang ada masa kini, penting bagi reka bentuk masjid untuk mampu menampung jemaah termasuk mereka yang kurang upaya. Ini termasuk akses ke dalam dewan masjid dan juga kemudahan akses ke tandas, tempat wudhu dan juga tempat letak kereta. Pada masa yang sama, mohon diadakan penilaian semula dilakukan terhadap masjid-masjid utama yang sedia ada seperti Masjid Sultan Omar `Ali Saifuddien, Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah dan masjid-masjid besar lain di negara ini untuk memastikan prasarana yang mencukupi bagi jemaah kurang upaya untuk dapat memasuki masjid-masjid ini.
Selain itu, terdapat masjid-masjid yang menghadapi masalah prasarana asas terutama pada waktu sesak seperti sembahyang Jumaat. Pernah kaola katakan tentang Masjid RPN Kampung Pandan di Daerah Belait yang hanya mempunyai beberapa tandas untuk lelaki dan wanita. Tapi kerana waktu kerja di sektor swasta telah diubah untuk membolehkan orang Islam bersembahyang Jumaat, ramai pekerja Islam dari swasta langsung menuju ke masjid dari tempat kerja.
Oleh itu, sebahagian besar dari jemaah perlu membersihkan diri sebelum memasuki ruang sembahyang. Malangnya, disebabkan kekurangan tempat untuk membersihkan diri, ada sebahagian jemaah yang belum sempat duduk ketika khutbah dibacakan kerana menunggu giliran untuk menggunakan fasiliti tandas yang amat terhad.
Sebagaimana yang dicadangkan dalam perbincangan sebelum ini, disarankan untuk membuat inventori masjid-masjid yang masih belum mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk menampung jemaah-jemaah seperti dari segi accessibility bagi orang kurang upaya, tandas dan sebagainya.
Untuk mengadakan lebih banyak surau, balai ibadah di kawasan perumahan, ingin mengemukakan view alternative tentang kemudahan akses ke masjid yang mudah dijangkau serta peningkatan jumlah surau, rumah ibadah di kawasan yang banyak penduduk yang jauh dari masjid utama. Kod 1204 Jabatan Hal Ehwal Masjid memperuntukkan $65 juta dalam RKN ke-12 untuk membina 12 buah masjid di kawasan perumahan. Sudah dikatakan ada beberapa masjid akan dibuat dengan dana dari rakyat yang dikumpulkan sebanyak $30 juta setakat ini, mungkin daripada 12 masjid ini, adakah masjid-masjid yang akan digunakan daripada dana rakyat atau pun dana RKN? Rakyat perlu memohon agar masjid-masjid baharu yang dirancangkan dapat diakses dengan mudah oleh komuniti setempat dan juga warga komuter kerana banyak orang Brunei sekarang ini commuting dari Daerah Belait ke Bandar Seri Begawan dan dari Bandar Seri Begawan ke Daerah Belait dan ke Daerah Temburong. Lokasi masjid-masjid baru mohon dibina berdekatan dan senang diakses dari jalan utama yang menghubungkan kawasan penduduk bagi memudahkan warga komuter membuat perhentian dan menunaikan solat berjemaah.
Selain itu, kaola ingin menyampaikan cadangan alternative agar lokasi dan saiz masjid dikaji dan memberi penekanan kepada pembinaan lebih banyak masjid berukuran sederhana yakni untuk menampung jemaah 100-200 orang dan memperbanyakkkan di kawasan-kawasan perumahan kampung supaya senang dikunjungi berbanding dengan sebuah masjid yang besar yang berupaya 1000 orang yang merangkumi beberapa kawasan yang jauh untuk di'aga'.
Lebih banyak masjid memudahkan accessability dan selain memudahkan jemaah, inisiatif begini dengan memperbanyakkkan masjid-masjid saiz sederhana juga akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan-graduan dalam bidang agama sebagai petugas-petugas masjid إن شاء الله
Kod 1201/020 - Pembinaan kemudahan tambahan blok-blok sekolah sebab integrasi dalam RKN memberi peruntukan $50 juta melibatkan 40 buah sekolah kerajaan. Mohon pencerahan, kaola maklum bahawa inisiatif ini masih dalam fasa penilaian dalam RKN-12 yang akan melibatkan 40 buah sekolah kerajaan yang memerlukan penambahan blok untuk menampung keperluan tenaga kerja tambahan dan penuntut disebabkan oleh integrasi. Ini menimbulkan persoalan tentang sama ada terdapat penilaian dan maklum balas dari sekolah-sekolah swasta bagaimana mereka akan mengatasi cabaran serta disebabkan peningkatan jumlah murid dan guru tanpa menjejaskan kualiti dan kos pembelajaran di sekolah-sekolah swasta.
Zakat Harta. Kaola difahamkan jumlah kutipan dari zakat harta pada tahun-tahun kebelakangan ini tidaklah ditahap yang memuaskan disebabkan oleh jumlah kecil individu yang membayar zakat harta berbanding dengan masyarakat Islam dalam membayar zakat fitrah. Salah satu sebab utamanya adalah kurangnya pemahaman ilmu dalam kalangan beberapa individu Islam tentang kewajiban untuk membayar zakat harta serta cara pembayaran zakat harta yang kurang difahami.
Mohon pencerahan mengenai status kutipan zakat harta, adakah kutipan dan peserta yang berzakat ditahap yang diharapkan dan berigakan strategi dan pelan tindakan terbaru untuk meningkatkan kutipan zakat harta termasuk usaha menyebarkanluaskan ilmu tentang zakat harta serta apa-apa cara mempelbagaikan cara mudah mengira dan membayar zakat harta.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyatakan beberapa isu yang telah diusulkan dalam Dewan tahun lalu dan masih menunggu jawapan. Kaola tidak bercadang untuk mengulang pertanyaan tersebut di sini, tetapi hanya kaola menanti maklum balas dari kementerian mengenai 2 fakta iaitu:
إِنَّكُمْ تَعْلَمُوْنَ kaola menunggu status inisiatif untuk mengurangkan kos pelaksanaan haji wajib pertama yang telah dibincangkan awalnya.
Pemeriksaan jenama Brunei Halal bagi memudahkan proses dan menjadikan Halal Brunei sebagai jenama utama yang berprestasi. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Terima kasih Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Mudahan masa mencukupi sampai penghujung kerana bukan soalan tapi saranan-saranan daripada Yang Berhormat yang mana dapat kaola ulas dapatlah kaola ulas.
Mengenai 12 buah masjid yang akan dibangunakn. RKN yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu adalah perbelanjaan kerajaan bukan daripada dana rakyat. Bombastic bunyinya sedikit. يغفرله, Yang akan dibangunkan dengan dana tabung pembinaan masjid sudah ada di Kampung Lamunin dan Kampung Ukong. Dan 12 buah itu yang di bawah RKN-12 adalah dana kerajaan. Itu yang sedang kaola buat.
Mengenai waqaf dan infak, sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi birokrasi yang menyebabkan orang inda jadi berwaqaf. Yang didengar daripada Jabatan Urusan Zakat, antaranya memudahkan orang ramai supaya berwaqaf dan berinfak itu ialah dengan menunggu adanya akta yang akan siap mengenai waqaf ini. Tapi dalam masa yang sama, ia akan berjalan tanpa akta, akta yang sedia ada, akta yang di bawah Majlis Ugama Islam Penggal 7 adalah memperuntukkan bagaimana orang hendak berwaqaf dan bagaimana untuk ia dikendalikan ataupun untuk diuruskan.
Tapi dikatakan birokrasi menyebabkan orang lari, siapa yang akan berwaqaf, inda sempat berwaqaf, ada yang sudah meninggal, atau berwaqaf ke luar negeri. Satu kes orang meninggal itu asalnya hendak berwaqaf, masjid, orang dari Seria tapi dia meninggal bukan kerana menunggu waqafnya diluluskan tapi Majlis Ugama Islam menunggu untuk melaksanakan wakafnya, sampai dia meninggal. Waqafnya tidak terlaksana. Sekarang ini didengar daripada warisnya iaitu isterinya, waqafnya masih on يَتَقَبَّلُ اللّٰهُ akan dilakukannya. Itulah yang didengarTetapi orang yang terpaksa menunggu lama dan ini belum kaola dengar bilangan yang signifikan. Tapi yang sudah nyata orang berwaqafkan surau adalah mudah seperti surau di Bandar Seri Begawandan membangunkan masjid.
Dan terakhir ini di Batu 14, Jalan Tutong, Kampong Kulapis. Memang memakan masa kerana Majlis Ugama Islam mengambil kira apakah pewaqaf ini akan dapat melaksanakannya sehingga selesai bangunannya. Jangan nanti terjadi seperti beberapa kalangan di Pekan Seria, di Lorong 3 suatu ketika dahulu. Daripada surau diangkat menjadi masjid dan mereka akan berwaqaf untuk masjid itu.
Difikir-fikirkan kalau tidak siap akan menjadi beban kepada kerajaan. Kaji sama ada kawasan tersebut memerlukan masjid atau tidak. Dari kajian pada masa itu, kawasan tersebut memerlukan masjid. Maka dibangunkan masjid yang ada di Pekan Seria sekarang. Itu adalah salah satu contoh, yang penting bukan birokrasi, kepastian bahawa kalau mahu pembangunan itu tidak tergendala dan tidak membebankan sesiapa. Banyak masjid yang sudah ada di Seria seperti Masjid Malai Mashor, ada waqaf berjalan dengan baik dan lancar. Tinggal lagi memudahkan itu kita cuba mengusahakan apa sebenarnya birokrasi pentadbiran di sana. Adakah melibatkan pentadbiran di Majlis Ugama Islam dahulu dan sekarang ini di Jabatan Urusan Zakat Waqaf dan Baitulmal. Maka kita akan melihat, إن شاء الله apa yang baik itu akan kita usahakan dengan sebaik-baiknya.
Tetapi bagi yang berzakat ke luar negeri itu ada baiknya merujuk kepada hukum Berwaqaf keluar negeri tiada masalah. Berzakat ke luar negeri ada sedikit masalah hukum tapi tidaklah perlu kita bincangkan di sini kerana ia bukan bidang kaola. Tapi ia bolehlah dirujuk kepada uztaz-ustaz dan kepada pihak yang berkenaan mengenai berzakat ke luar negeri. Kerana dasar yang ada sekarang ini wang yang terkumpul dari zakat tidak dapat dipindahkan keluar negeri. Tapi itu belum terkumpul.
Satu saranan yang baik daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin ialah untuk menjadikan orang ramai mengetahui apa projek-projek yang sedang dirancang oleh Jabatan Urusan Zakat Waqaf dan Baitulmal di mana ada peluang untuk orang ramai berwaqaf. Ini boleh diambil kira untuk difikirkan. Kerana cara ini dilakukan di Singapura, bagaimana masjid-masjidnya dibangunkan. Hatta, sebiji bata itu ada harganya, jadi orang yang hendak berwaqaf mengikut beberapa ratus biji bata atau berwaqaf mengenai ruang untuk library, ruang untuk solat wanita, ruang untuk mimbar, itu semua ada harga-harganya. Hal sedemikian ini memang sudah terfikir tapi banyak yang hendak diusahakan terlebih dahulu. Tapi saranan sedemikian ini boleh diambil catatan mengenai perkara ini. Kami tidak akan selama-lamanya seperti kata orang defensive. Menghadapi masalah seperti ini adalah cabaran tenaga untuk merancang dan melaksana. Seperti yang kaola katakan tadi kerja untuk 3 orang tapi yang ada 2 orang. Tapi yang 2 orang ini jangan tidak bekerja mesti bekerja untuk menyiapkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh 3 orang itu. Kelmarin kaola sebutkan dan kaola ulang lagi hari ini dan kaola tidak berhajat untuk mengulangnya.
Prasarana masjid untuk kemudahan-kemudahan orang kurang upaya. Perkara ini berkali-kali dinyatakan setiap musim permesyuaratan dan ini adalah perkara yang relevan untuk diperhatikan. Kaola ada catatan di sini, jumlah masjid yang sudah mempunyai kemudahan-kemudahan sedemikian dan mana masjid-masjid yang tidak mempunyai kemudahan. Kemudahan berhubung dengan orang kelainan upaya.
Di Daerah Brunei-Muara sudah ada 50 buah masjid yang sedemikian, ada laluan untuk kerusi roda dengan cara-caranya sekali. Begitu juga tandasnya. Tandasnya sudah ada 35 buah, tempat letak keretanya sudah ada designated untuk orang kurang upaya sebanyak 26 buah daripada 41 buah. Di Daerah Tutong ada laluan kerusi roda sebanyak 7 buah, tandas bagi orang yang kurang upaya ada 4 buah dan tempat letak kereta ada 2 buah. Kalau dalam masjid-masjid baharu إِن شَاءَ ٱللّٰهُ semuanya telah dilengkakan, tetapi ini masjid-masjid lama. Ini tidak semestinya dengan dana kerajaan akan tetapi dana rakyat, orang berwakaf. Itu yang menjadikannya laju, cepat untuk dibuat.
Di Daerah Belait, ada 5 buah laluan kerusi roda dan tandas ada sebuah dan tempat letak kereta ada sebuah. Tetapi, tiada perkara yang disebutkan tidak ada tandas oleh kerana berbangkit dengan keadaan sekarang ini ramai jemaah yang dari tempat kerja akan menukar pakaian dan sebagainya. Mungkin tambahan-tambahan ini tidak memadai ataupun masjid yang ditambah ini bukan masjid yang jadi sasaran. Itu akan diperhatikan.
Di Daerah Temburong, ada kemudahan sebanyak 3 buah, tandas khas belum ada dan tempat letak kereta pun belum ada.Jadi, kesemuanya semua sudah 'dikelingai'. Kalau ada orang yang hendak berwakaf, cubalah peluang-peluang seperti ini. Begitu juga mengenai bilik penyempurnaan jenazah. Daerah Brunei dan Muara sudah ada 47 buah yang baru disediakan, kereta jenazah ada 52 buah, barang-barang keperluan jenazah pun ada yang wakaf. Disediakan juga keperluan barang jenazah seperti kain kafan 'andang sedia' ukurannya. Kalau kebetulan malam kedai sudah tutup, pergilah ke masjid. Biasanya orang yang melaksanakan iaitu penggapi perempuan atau penggapi lelaki akan menuju ke masjid. Ataupun mereka sendiri membawa atau sudah ada orang yang bersedekah dan sebagainya.
Di Daerah Tutong, sudah ada 11 buah bilik jenazah dan 15 buah kereta jenazah. Di Daerah Belait, ada 7 buah bilik jenazah, 8 buah kereta jenazah dan barang-barang keperluan sentiasa ada.
Koala bersetuju dengan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Kalau orang ramai tahu dengan sebaik-baiknya dan faham, ia akan mudah untuk menyalurkan kemurahan hatinya untuk tujuan-tujuan sedemikian. Kerana itu, perlunya promosi hal-hal seperti ini selalu diperkatakan.
Mengenai bahagian sekolah ini, kaola kurang faham apa yang dimaksudkan dari prasarana penilaian yang ada 19 buah, tetapi masih juga. Itulah, kalau keperluan untuk menyiapkan semua yang diperlukan mencukupi bilangannya, fantastic juga, begitu ideal. Tapi 'kitani' berusaha menyiapkan dan mengadakannya, mengikut fasa-fasa yang dapat kita lakukan إن شاء الله.
Jadi, bukannya ada kaitandengan pengintegrasian. Ada 40 buah yang dirancangkan itu, Yang Berhormat sendiri pun faham. Dalam catatan, masih dalam fasa penilaian. Setakat ini, tidak lagi 40 buah, cuma ada 19 buah yang disebutkan. Mengapa masih diperlukan prasarana ini setelah pengintegrasian? Ini memerlukan rancangan asal iaitu membangun atau membina sekolah untuk guna sama. Jadi, bila sudah pengintegrasian, lebih berguna lagi kerana prasarana yang sedia ada di sekolah-sekolah umum, prasarana untuk memenuhi keperluan tempat berwudu, dan untuk guru-guru yang ramai, jadi masih ada keperluan di sana. Walau bagaimanapun, keperluan itu dari segi bilangannya adalah masih dalam kajian. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II di bawah perkara seperti ini, kalau ada maklumat boleh menambah atau tidakmengenai membangun prasarana sekolah guna sama dan bangunan-bangunan. Sekarang ini, melibatkan bagaimana swasta seperti di Bandar Seri Begawan ada sebuah sekolah, ia merasakan untuk memenuhi keperluan pengintegrasian itu, ia memerlukan bilik-bilik yang mencukupi.
Pada masa ini, tidak perlu menyebut nama sekolahnya Yang Berhormat Menteri Pendidikan, kerana 'abiskaola' sempat melawat bersamanya.Sekolah tersebut minta disegerakan kebenaran untuk mereka membangun semula blok, jadi 'bisdia' bersedia bukan saja menyiapkan bilik untuk sembahyang bahkan juga surau untuk sembahyang. Jadi, mengenai zakat harta lebih banyak daripada zakat fitrah, memang orang yang berzakat harta fitrah ini, zakat per seorangan berapa ringgit sahaja, $2 ke $3 seorang, jadi jumlah 'kitani' penduduk Islam di/multiple/ beberapa orang, memanglah rendah.
Tetapi kutipan zakat harta walaupun memang jumlahnya banyak daripada zakat fitrah, masih belum dikatakan sudah kepada maksimum. Setakat ini, secara sukarela orang datang. Institusi kewangan yang banyaknya. Syarikat-syarikat perniagaan sudah mula mengetahui yang sedemikian itu dan اِتَّقُواْ اللّهَ dengan pemberigaan yang berterusan hal-hal mengenai zakat harta ini, yang kita harapkan akan menyokong sosioekonomi negara juga. Dalam perkara ini اِتَّقُواْ اللّهَ akan diusahakan dengan sebaik-baiknya dengan mengurangi birokrasinya. Tapi hairan juga Yang Berhormat menyatakan orang ramai tidak mengetahui kadar zakat harta yang hendak dikeluarkan. Setiap hari, ada di televisyen. Kalau tidak ada televisyen, dalam aplikasi juga ada.
Boleh diketahui berapa pengiraannya. Kalau orang tua-tua dahulu, kalau 1,000 dalam $2.50. Ada sukatan nya berdasarkan harga emas semasa. Koala macam peluru bertabur, minta maaf. Koala rasa dapat jawab. Saranan berhubung urusan Haji tahun lepas, apakah saranan itu dikaji atau tidak? Koala sudah menyatakan kelmarin, antara yang dikaji oleh ad hoc itu adalah saranan-saranan seperti itu. Ad hoc sudah menguruskan setakat ini apa yang koala bentangkan semalam dan mudah-mudahan semua 'kitani' fahami. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيمِ Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Kalau dapat Yang Berhormat accelerate sikit. Dewan ini makin sejuk sudah.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيم اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dengan mukadimah yang jelas dalam menyediakan belanjawan serta hala tuju Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Yang Berhormat Pengerusi. Cadangan kaola ialah mengenai pemandu Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi pegawai-pegawai kanan kerajaan. أَكْثَرُهُمْ dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri, orang yang duduk sebelah kanan Yang Berhormat Pengerusi, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap terdapatnya pegawai kanan kerajaan ini dari kalangan wanita. Kalau 'diamati' semua pemandu-pemandu kenderaan yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka ini adalah semuanya lelaki.
Adakah pemikiran Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama bersama Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil khidmat pemandu dari kalangan wanita khusus untuk pegawai-pegawai kanan kerajaan dari kalangan wanita yang baru disebutkan? Kaola percaya ia juga akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada kalangan wanita.
Yang kedua, beberapa tahun yang lalu telah diadakan perlawanan bola sepak yang dikenali sebagai Piala Zain dan Piala Pengarah Hal Ehwal Masjid bagi belia masjid senegara. Yang menariknya, peserta belia-belai masjid yang menyertai kejohanan ini telah mengikuti program-program keagamaan yang disusun atur dengan rapi dan dimestikan untuk bermalam di masjid selama 2 hari dengan menunaikan solat berjemaah (fardu Maghrib, Isyak dan Subuh), membaca Ratib Al-Attas, mendengar ceramah agama, motivasi dan tazkirah Subuh.
Kaola ingin mengajukan cadangan bagi mengalakkan lebih ramai lagi belia-belia di luar sana ke masjid untuk berjinak-jinak dengan solat di masjid dan berjemaah, termasuk kaola. Dapatkah kiranya idea kaola ini diteliti kesesuaiannya sepertimana Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim tertakluk dengan hukum katanya tadi? Untuk kawasan lapang masjid yang baru atau yang lama dilengkapi dengan tempat bersukan seperti futsal, badminton dan pingpong khusus bagi belia-belia yang minat bidang sukan ini.
Kaola berpendapat dengan sukut-sukat dan garis panduan dan peraturan yang digariskan nanti akan melatih belia-belia itu untuk berhenti sebelum azan dilaungkan dan menunaikan solat di masjid berkenaan tepat pada waktunya, melatih untuk menutup aurat dan sebagainya.
Usulan ketiga, koala ingin mengajukan satu usulan mengenai pendedahan kaum belia dan kanak-kanak untuk dibenarkan melaungkan azan di masjid-masjid semasa solat lima waktu. Memang ada perlawanan azan tetapi yang 'bisai-bisai' itu bolehkah dicadangkan untuk mereka supaya jangan tah 'karit-karit' bahagian takmir masjid untuk membenarkan mereka melaungkan azan? Pada pendapat koala dengan pendedahan ini, iaitu mengikut kriteria yang sesuai dan akan ditetapkan pasti dapat melatih belia-belia dan kanak-kanak pada situasi yang sebenarnya. Kalau boleh lagi ia bilal semasa solat Jumaat, ia akan mengimarahkan lagi masjid-masjid kita di negara ini. إِنْ شَاءَ اللهِ
Keempat, surau di Lapangan Terbang Antarabangsa. Seperti yang kita tahu ramai yang bertugas di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa termasuk kaum keluarga yang akan menghantar dan mengambil sanak saudara dan rakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa terutama sekali pada waktu solat Jumaat.
Adakah pemikiran Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama kementerian yang berkaitan untuk menaik taraf surau ini kepada taraf masjid? Memang tertakluk kepada hukum seperti bermukim, Masjid Mohamad Bolkiah di Kampung Serusop, Masjid Sufri Bolkiah di Kampung Burong Pingai Berakas, Masjid Ash-Shaliheen bersebelahan Jabatan Perdana Menteri didapati 'limpar' ketika solat Jumaat.
Empat cadangan dan satu soalan. Kaola ingin menyentuh claw machine atau mesin cakar. Permainan ini seperti yang kita ketahui ialah satu permainan arcade yang menggunakan cakar berbentuk lengan untuk mendapatkan hadiah seperti anak patung kanak-kanak dan ada pada masa kini televisyen dan telefon. Caranya dengan memegang barang yang dihasratkan, mesin itu yang memegang. Untuk memainnya, pemain terlebih dahulu memasukkan duit atau token, token ini ditukar daripada duit.
Permainan yang dikenali sebagai UFO di Jepun ini merupakan permainan yang diminati oleh orang ramai dan juga oleh belia 'kitani'. Kaola difahamkan sesetengah negara Islam sudah mengharamkan permainan ini. MUI Indonesia dan Mufti Wilayah Persekutuan, Mantan Mufti Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri juga mengharamkannya.
Adakah permainan mesin cakar ini yang melibatkan sesuatu yang dikategorikan 'garar' dikira haram? Sudahkah negara kita mengharamkan permainan ini demi menjaga kemaslahatan rakyat terutama sekali belia di negara ini?
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Adakah mesin cakar ini sudah ada di Negara Brunei Darussalam seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin? Jika sudah ada di Brunei dan ada negara-negara yang sudah mengharamkannya? Jadi untuk memastikannya, terpaksa dipastikan adanya dan adakah sudah hukum atau belum. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Kalau ada hukum atau belum, jadi dapat kita rundinkan perkara itu secara dalaman antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Menaik taraf surau di Lapangan Terbang Antarabangsa. Memang ada, bukan sahaja surau di Lapangan Terbang Antarabangsa tetapi terdapat pemikiran dan rancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk membawa perkara ini kepada Majlis Ugama Islam Brunei. Beberapa surau-surau yang sudah patut dinaik taraf. Bahkan ada suara-suara kedengaran, kalau tarafnya surau, tidak dapat sembahyang tahiyatul masjid dan sebagainya. Masuk ke surau untuk sembahyang waktu sahaja. Apa salahnya dinaikkan tarafnya menjadi masjid dan Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir tadi nyatakan, tidak semestinya masjid-masjid ini di kawasan-kawasan perumahan yang besar. Yang ramai orang itu besar masjidnya kerana boleh jadi ia terletak jauh. Jadi kalau ada masjid yang kecil, surau ini boleh jadi alternatifnya untuk dijadikan masjid dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi. Itu sedang dalam pemikiran abiskaola.
Kemudian kanak-kanak melaungkan azan itu, ini satu idea untuk melihat kesesuaiannya. Memanglah untuk tujuan galakan dan sebagainya tetapi apakah ia akan menjadi suatu trend dalam latihan-latihan, akan difikirkan juga yang sebaiknya. Kalau hendak memperkenalkan trend-trend yang baharu dalam perkara keugamaan ini, sangat konservatif abiskaola Yang Berhormat Pengerusi. Kemudian, Piala Zain dahulu sudah tidak ada tetapi dalam ketiadaannya itu, kegiatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi masih ada. Ertinya, belia-belia masih ada ke masjid-masjid untuk mengikuti program-program keugamaan itu, cuma tidak segiat dulu dengan adanya Piala Zain karena piala itu macam liga. Liga masjid-masjid Yang Berhormat Pengerusi. Ada hal masa itu yang menjadikannya terhenti dan sampai sekarang ini belum lagi direvive, mungkin dari fikiran-fikiran dan macam mana apa Asbab Al-Nuzulnya. Sebab-sebabnya ia ditiadakan dan sebagainya, lebih diketahui dengan lebih rapi untuk difikirkan bagaimana. Tetapi apa yang penting, tarikan kepada belia-belia dan anak-anak ke masjid-masjid memang sudah ada macam-macam tarikannya.
Selain daripada kanak-kanak belajar muqaddam, pada masa yang sama jua ada masjid yang menyediakan kemudahan bagi kanak-kanak untuk melukis dan sebagainya tanpa membuang masa menunggu Muqaddam atau giliran dan sebagainya. Jadi semua ini suatu perkara yang boleh difikirkan Yang Berhormat Pehin. Pemandu kereta-kereta kerajaan bagi VIP dan sebagainya, semuanya lelaki.
Adakah pemikiran kementerian ini, tetapi tidak ditanya adakah pemikiran Jabatan Perdana Menteri atau pemikiran dari Kementerian lain. Jika Kementerian Hal Ehwal Ugama bercadang untuk melantik wanita untuk menjadi pemandu, bukan bidang 'abiskaola’ untuk lantikan driver-driver itu, kalaupun ’abiskaola’ diberikan autoriti ataupun kuasa dalam perkara itu, konservatif kaola terus. Biarlah lelaki sahaja, bukan berkenaan dengan masalah gender atau sebagainya tetapi kita mengambil kira banyak faktor-faktor بِنَاءً عَلَى شَاءَ اللهُ
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin yang menarik untuk jadi bahan di sini, didengar juga di sini بِنَاءً عَلَى شَاءَ اللهُ.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas respon dan penjelasan-penjelasan yang diberikan dan juga kepada menteri-menteri lain yang turut serta memberikan intervention mereka masing-masing menurut area-area ataupun yang mengenai dengan kementerian-kementerian mereka. Saya kira sudahlah selesai dan saya berpandangan ada baiknya Tajuk SJ01A ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju sila angkat tangan:
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal ugama ini diluluskan.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SJ01A - bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama, dijadikan sebahagian daripada jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya rasa ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa kita ini ditangguhkan dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah kita bersidang pada petang ini. Saya tangguhkan persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada hari Sabtu, 9 Mac 2024 seperti biasa mulai daripada pukul 9.30 pagi.
Sekian, والله الموفق والمعين. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. ashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. alleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka aji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.00 petang)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.