HARI KE-10 PAGI
11HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kesepuluh, hari ini Isnin, 30 Syaaban 1445 bersamaan 11 Mac 2024, didahului dengan bacaan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metaili Al-Hafiz (Imam Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
(missing jawi words)، kita bersyukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat lagi bersama-sama hadir pada hari ini dan bersidang bagi hari yang kesepuluh dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ﷺ dan kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka bagi membolehkan kita meneliti Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan cepat dan teratur saya tangguhkan dulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada sebelah petang hari Sabtu yang lalu telah membahaskan dan membincangkan belanjawan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Maka sebelum kita beralih kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang mana kita telah mula membincangkan belanjawan kementerian berkenaan ini, saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II ingin mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan dan respons berkenaan dengan soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa membincangkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri pada pagi hari Sabtu yang lalu. Maka saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera. Lebih dahulu, kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan untuk membuat sedikit penjelasan dan penerangan mengenai beberapa soalan yang telah dikemukakan pada mesyuarat yang lalu oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Di antaranya ialah soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Dalam perkara ini, untuk menjawab, soalan adalah:
Adakah pegawai dan kakitangan mencukupi untuk membuat kerja substantif selain kerja logistik kerana budget tidak menyatakan peningkatan dalam hal ini dan menunjukkan perwakilan kita dapat menjalankan tugas dengan efektif? Pada menjawab pertanyaan ini, saya ingin menyatakan bahawa kementerian beroperasi mengikut bajet dan perjawatan yang telah diperuntukkan. Pada masa ini, dari segi kakitangan, kementerian mempunyai di dalam negara dan luar negeri seramai 578 orang, dalam negara berjumlah 403 orang dan di luar negera seramai 175 orang. Jadinnya dalam keadaan ideal, memanglah kementerian sangat mengalu-alukan penambahan pegawai dan kakitangan.
Walau bagaimanapun, dari segi pragmatik, pendekatan kementerian seboleh-bolehnya beroperasi dengan menggunakan sumber kemanusiaan yang sedia ada secara optimum. Kementerian sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan bagi mendapatkan jawatan tambahan bagi menampung keperluan sumber-sumber manusia kementerian yang sentiasa progresif tetapi tertakluk pada keadaan sedia kala.
Dalam perkara ini, walaupun jumlah diplomat dan kakitangan Negara Brunei Darussalam di luar negara tidak sebanyak negara-negara lain jika dibandingkan, akan tetapi kementerian akan memastikan bahawa sumber manusia yang sedia ada itu mempunyai kemahiran dan kepakaran komprehensif untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif dan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga.
Secara keseluruhannya, kementerian juga memastikan penyelesaran atau coordination yang lancar diadakan antara pihak perwakilan yang berada di luar negara dengan pihak kementerian supaya dapat memberi sokongan dan bimbingan yang diperlukan.;
Bagi menjawab soalan berikutnya, bagaimanakah kementerian menilai prestasi pejabat perwakilan mengenai perwakilan, sukar untuk mengetahui sama ada peruntukan mengikut keperluan dan fungsi perwakilan dan kenapa tidak mengikut KPI setiap perwakilan yang mendapatkan manfaat dari segi perdagangan dan pelancongan kepada negara ini?
Ini akan memberikan sebagai motivasi kepada perwakilan-perwakilan tersebut. Secara amnya, pejabat perwakilan mempunyai pelbagai peranan dan tanggungjawab. Ini termasuk menghasilkan laporan-laporan substantif, politik mahupun ekonomik ataupun sosial, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan menyelaraskan lawatan-lawatan rasmi serta menjaga kesihatan, kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negeri. Setiap pejabat perwakilan juga ditugaskan untuk mencari peluang bagi mengembangkan ekonomi melalui penyelarasan dengan agensi-agensi kerajaan termasuk sektor perdagangan dan pelancongan.
Dalam perkara ini, ada dipohonkan pengertian bahawa expectation bagi pejabat perwakilan adalah berlainan di antara satu sama yang lain, dan mengikut kepentingan negara-negara tersebut. Misalannya dari segi perdagangan, Negara Brunei Darussalam mempunyai jumlah perdagangan ataupun trade volume yang tinggi dengan beberapa negara yang mungkin bukan sama dengan beberapa negara yang lainnya.
Dalam pada masa yang sama, mengambil kira jumlah pejabat perwakilan yang ada sedia ada, kementerian perlu memberikan tumpuan lebih kepada negara-negara berkenaan dan harus strategik dalam pendekatannya.
Seterusnya bagi menjawab soalan yang berikutnya adalah: Apakah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mempunyai perancangan untuk mempunyai diplomatik akademi sendiri atau dengan kerjasama universiti tempatan untuk meningkatkan profesionalisme dan kapasiti seperti akademi-akademi yang diadakan di negara-negara sahabat?: Pada menjawabnya, setakat ini perancangan bagi menubuhkan diplomtik akademi ini sentiasa dalam pertimbangan secara dalaman. Ia akan memerlukan beberapa perkara yang penting.
Antaranya adalah:
untuk mengadakan tempat yang sesuai, yang akan diadakan kerana tempat tersebut seboleh-bolehnya berdekatan dengan kementerian ataupun mempunyai hubungan dengan kementerian.;
Sumber tenaga yang mahir, yang berpengalaman dalam isu-isu foreign diplomacy ataupun dalam isu-isu hubungan rangkaian dan kerjasama bersama negara-negara yang berkepentingan.;
Mengenai peruntukan yang diperlukan. Jadinya perlulah mendapatkan tempat dan sumber tenaga yang mahir dan 'barutah' mendapatkan peruntukan yang tinggi. Ini perlu diberikan tumpuan kerana untuk memastikan akademi tersebut boleh beroperasi secara optimum dalam jangka masa yang panjang. Perkara ini telah lama sebenarnya dipertimbangkan dan masih lagi dalam pertimbangan, cuma tempat masih lagi belum diperolehi.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara ini bukanlah baharu dan telah diketengahkan lebih dari 20 tahun yang lalu. Tetapi إن شاء الله dengan adanya bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang baharu nanti, perkara ini akan dapat diusahakan dengan lebih lancar.
Walau bagaimanapun, kementerian akan mengutamakan peningkatan kapasiti pegawai dan kakitangan seperti meningkatkan kemahiran mereka melalui kursus-kursus leadership, kursus-kursus perundingan (negotiation), kursus-kursus public speaking dan sebagainya dan hal-hal konsular, protokol, pentadbiran, kewangan dan lain-lainnya.
Semenjak penubuhan Kementerian ini 40 tahun yang lalu, peraturan-peraturan bagi meneruskan pengajian Masters atau pun postgraduate telah pun berkembang dan kita harus mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkenaan.
Dalam tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri telah memohon untuk melanjutkan pengajian di tahap masters di luar negeri dan kebelakangan ini lebih banyak yang mengambil tajaan yang ditawarkan oleh negara-negara rakan. Misalnya, seramai 10 orang pegawai di negara ini telah menerima tajaan bagi melanjutkan pengajian masters pada tahun 2022 hingga 2023 di Australia dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Australia. Selain daripada itu, terdapat juga kursus-kursus pendek yang ditawarkan dalam diplomatic training oleh beberapa negara seperti India, Turkiye, Netherlands, Singapore, Malaysia, China, Korea Selatan, Jepun dan New Zealand.;
Seterusnya, bagi menjawab persoalan adakah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mempunyai pelan strategik yang boleh dikongsikan agar dapat melihat hala tuju kementerian selaras dengan peruntukan yang dinyatakan. Pada menjawabnya secara am, pendekatan strategik kementerian ini adalah untuk terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan negara-negara rakan iaitu sepertimana kaola katakan dalam mukadimah ialah untuk membina dan menjaga jambatan tersebut supaya sentiasa terbuka bagi laluan hubungan yang rapat mahupun dari segi peradagangan, pelaburan, pelancongan dan sebagainya.
Kita juga berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak kerjasama strategik dalam pelbagai peringkat dengan beberapa negara, misalannya dengan Viet Nam kita mempunyai comprehensive partnership, dengan Laos strategic partnership, dengan United Kingdom strategic partnership, dan dengan Australia comprehensive strategic partnership. Kementerian ini akan terus mengambil pendekatan ini dan mengusahakan untuk menaik taraf kerjasama dan hubungan baik dengan negara-negara yang berkenaan.
Dari segi strategik adalah untuk meningkatkan tahap level of cooperation (kerjasama bersama) negara-negara yang sudah diadakan hubungan diplomatik.
Dalam perkara ini dasar luar negara seperti berbaik-baik dengan semua negara, tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara lain dan sebagainya adalah konsisten dan tidak berubah.
Di samping itu, kementerian ini juga menyediakan kertas tugas (tasking paper) yang membolehkan Duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas di perwakilan di luar negara untuk mengenal pasti dan melaksanakan kepentingan yang ditetapkan untuk menuju ke hadapan, kementerian sedang mengkaji cara-cara untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kestrategikan dalam pelaksanaan dasar luar negara khususnya bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.;
Seterusnya bagi menjawab satu soalan yang tertinggal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Adakah kita membuat bangunan sendiri atau menyewa bangunan yang tersedia? Untuk terdapat sebanyak 15 buah bangunan pejabat perwakilan, 11 buah rumah ataupun apartment kediaman rasmi ketua perwakilan dan sejumlah 54 buah ataupun unit apartment pegawai-pegawai home-based staff di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Dari segi membuat bangunan sendiri, tertakluk kepada peningkatan aktiviti dan juga dari segi the cost-benefitya untuk mengadakan bangunan tersebut akan dipertimbangkan dari masa ke masa. Memang untuk menyewa bangunan dalam jangka masa pendek adalah lebih murah tetapi mungkin dari segi jangka masa panjang akan lebih mahal daripada kita membuat bangunan yang sendiri.;
Seterusnya bagi menjawab soalan yang tertinggal yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Bagaimanakah kementerian memastikan confidentiality data peribadi rakyat dalam pengumpulan e-Register. System e-Register dihoskan melalui laman sesawang kerajaan iaitu Central Web Hosting di bawah Pusat Kebangsaan e-Kerajaan. Laman sesawang kementerian ini yang digunakan dipanggil SSL (Secure Sockets Layer) iaitu protokol keselamatan yang menyediakan encryption protection bagi melindungi privasi dan integriti semasa melayari dan penghantaran maklumat melalui e-Register.
Maklumat-maklumat peribadi yang dihantar oleh orang ramai diterima oleh pegawai konsular dan pejabat-pejabat perwakilan berdasarkan negara destinasi dan ia dikategorikan sebagai confidential dan bukan untuk dikongsikan bersama dengan agensi-agensi lain ataupun orang-orang yang tidak berkenaan. Ini adalah salah satu cara pengawalan maklumat yang hanya pegawai tersebut mempunyai akses kepada maklumat-maklumat berkenaan.
Jadi, diharapkan itulah beberapa soalan pertanyaan yang kaola memohon waktu untuk membalasnya dan dalam pada itu, kaola berterima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih respons yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, mengenai dengan soalan-soalan yang telah pun dikemukan pada hari Sabtu yang lalu. Ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri yang ingin untuk menambah?
Sekarang menyambung semula perbahasan mengenai tajuk-tajuk di bawah Belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Bersama saya masih terdapat satu senarai Ahli Yang Berhormat yang menyatakan keinginan mereka untuk ikut serta dalam membahaskan tajuk-tajuk yang berkenaan ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya membuat soalan-soalan atau pertanyaan itu dengan lebih padat dan terus bertumpu kepada soalan-soalan yang dimaksudkan. Saya kira tidaklah perlu untuk membuat soalan-soalan tersebut dengan dimulakan dengan penjelasan-penjelasan yang begitu panjang lebar oleh sebab perkara-perkara yang sedemikian itu sudah diketahui oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Jadi kalau sekiranya mereka tidak mengetahuinya kemudian mereka akan bertanya balik. Tidaklah perlu perkara ini 'kitani' timbulkan sebagai satu mukadimah, disebabkan Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenanan sudah membuat mukadimah. Jadi, kalau yang bertanya juga membuat mukadimah, maka masa 'kitani' akan terbuang dengan mendengarkan mukadimah yang panjang lebar yang akan menyebabkan perkara-perkara yang harus dilaksanakan tergendala.
Saya sekarang ingin mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman. Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pertama, kaola sukacita merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah yang cukup padat dengan informasi serta hala tuju kementerian ke arah menjurus Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025.
Kaola menyokong penuh cadangan yang dibangkitkan oleh rakan sejawatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai koperasi. Di negara maju amalan koperasi sudah mula diperkenalkan di sekolah. Melalui Program Koperasi Sekolah terdapat beberapa faedah dan kebaikan bagi melahirkan pelajar yang celik perniagaan dan perusahaan serta memupuk semangat kerjasama antara koperasi dan bagi menambah sumber kewangan sekolah dan juga pelajar.
Kaola melihat usaha ini melalui skop yang lebih luas tentang hal-ehwal dan hala tuju serta amalan koperasi yang baik agar dapat dipelopori oleh belia mahupun dalam kalangan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Dengan bimbingan konsisten mampu mewujudkan syarikat-syarikat koperasi yang berjaya dengan amalan terbaik tadbir urus yang sistematik sekali gus dapat melancarkan ekonomi negara. Seperti yang difahamkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Unit Pembangunan Koperasi, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan telah mengadakan sesi taklimat dan pameran mengenai amalan terbaik tadbir urus korporat koperasi selama 2 hari bermula pada 9-30 November 2022 yang bertemakan "Persekitaran Perniagaan Kondusif, Meningkatkan Kemampanan Koperasi".
Pertanyaannya, sebelum ini kaola mencadangkan agar koperasi ini dapat dipromosikan secara meluas dengan menyasarkan penglibatan generasi baharu sebagai usaha ke arah melahirkan usahawan dan ahli-ahli perniagaan yang baharu pada masa hadapan, بإذن الله.
Lazimnya ahli-ahli koperasi diceburi oleh golongan senior berbanding dengan golongan muda. Setakat ini, bagaimanakah keterlibatan penubuhan koperasi-koperasi di sekolah? Untuk mengembalikan kepercayaan awam dan masyarakat untuk melabur dalam koperasi, kaola menyarankan mestilah ada penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang tidak amanah seperti pengutipan wang dan aset koperasi.; dan
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan Tender Projek-Projek Kerajaan. Perkara ini perlu dikaji semula mengikut kesesuaiannya dengan mengambil kira kesannya kepada perbelanjaan pihak kerajaan. Ini terkait dengan isu-isu kelambatan disebabkan projek-projek gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan alasan seperti bahan-bahan binaan tidak ada stok, musim hujan, pekerja berkurangan, yang menjadi alasan yang tidak boleh diterima.
Dalam hal ini pihak kerajaan perlulah tegas dengan meletakkan pegawai-pegawai yang berintegriti dan amanah dalam melaksanakan tugas. Ini termasuklah mengenakan denda kelambatan yang tinggi agar pihak kontraktor tidak bersikap sambil lewa dalam mengurus dan melaksanakan projek-projek berkenaan. Sehubungan itu,, dicadangkan agar peraturan-peraturan dan syarat-syarat dalam tender dokumen dapat direview semula dengan mengambil kira perkara yang kaola nyatakan tadi. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenainya.
Sekian, والله الموفق والهادية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته؛
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat tadi.
Mengenai koperasi, kaola ingin mengongsikan sejak tanggungjawab koperasi ini mula dipindah ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi mulai lebih kurang 3 tahun sebelumnya. Beberapa usaha telah meningkat dari segi pemantuan dan juga pembaiakan atas beberapa koperasi yang ada dalam negara pada masa ini. Setakat ini 'kitani’ membuat semua koperasi yang ada di dalam negara ini kepentingan governance seperti annual general meeting dan sebagainya. أركية نامباك hasil 'kitani' dalam beberapa koperasi pada masa ini yang sudah jauh meningkat prestasinya dari segi pencapaian kewangan dan sebagainya. Pada masa ini memang akan diteruskan usaha bagi memajukan lagi aktiviti-aktiviti koperasi.
Pada masa ini koperasi sudah terlibat dalam beberapa bidang termasuk juga bukan station minyak sahaja tetapi ada juga terlibat dalam pendidikan, pertanian, pengangkutan dan sebagainya. Jadi 'kitani' akan teruskan بث شاءاالله mengongsikan maklumat-maklumat ini kepada orang ramai, sesiapa yang berminat menubuhkan koperasi baharu atau ikut serta dengan koperasi yang ada pada masa ini, bolehlah 'kitani' meningkatkan lagi 'pemberigaan' mengenai isu ini.
Mengenai penglibatan sekolah-sekolah dalam koperasi ini, boleh ada dalam perundingan sekolah dengan mana-mana koperasi yang mereka minat untuk ikut serta. Pada masa ini ada satu koperasi yang terlibat dalam pendidikan. Jadi, kalau ada sekolah yang ada dana untuk terus ikut koperasi ini, kaola tidak berapa tahu sekolah-sekolah yang terdapat dana sendiri untuk ikut terlibat dalam koperasi. Kalau sekiranya mereka ingin lebih faham apa sebenarnya peranan koperasi ini bolehlah berjumpa di Kementerian Kewangan dan Ekonomi II untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan
Mengenai tender. Kerajaan memang memantau isu ini dari masa ke masa, ini bukan sahaja di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi II. 'Kitani' melihat juga dari segi masalah atau improvement yang perlu 'kitani' buat daripada feedback semua kementerian bukan sahaja di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi II. Itu sahaja yang kaola dapat kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ مٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdullilah kaola menyambut baik atas perancangan dan hala tuju kementerian di bawah Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang cukup padat dan komprehensif.
Kaola ingin menyentuh berkenaan dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Entry and Exit System (EES) dan Vehicle Entry Exit System (VES) digunakan sepenuhnya pada 1 Ogos 2020. Urusan permohonan bagi kedua-dua sistem berkenaan dibuat secara dalam talian (online).
Kaola menyambut baik atas usaha pihak kerajaan dalam mengaplikasikan sistem-sistem baharu bagi mengimbangi kemajuan semasa. Dalam masa yang sama, negara melangkah setapak ke hadapan dalam menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai iaitu cashless seperti yang digunakan di negara-negara maju. Namun, kita perlu melihat pros dan cons berkenaan sistem ini dari perspektif pengguna dan orang ramai dalam menggunakan kaji selidik secara kerap terhadap pengguna adalah satu langkah baik ke arah pembaiakn perkhidmatan yang sedia ada. Ini termasuklah mengenal pasti sebarang masalah yang sering berlaku pada orang ramai seperti gagal membuat pembayaran secara online disebabkan beberap faktor.
Menyediakan kaunter pembayaran menggunakan kad kredit di pos-pos kawalan adalah satu cara untuk mengatasinya. Sehubungan itu, kaola ingin pencerahan apakah kaunter-kaunter pembayaran di jabatan-jabatan kerajaan termasuklah di pos-pos kawalan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi urusan pembayaran termasuk pembayaran duty and import menggunakan sistem pembayaran kaedah tanpa tunai cashless?
Sekian,
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسالم عتيكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.
Mengenai pembayaran di pos kawalan kastam, di pos-pos kawalan lain menggunakan credit card dan sebagainya, jawapan kaola, di mana-mana pos kawalan sekarang ini pos-pos kawalan kita terima credit card. Jika ada orang memohon EES ataupun VES tidak secara online, di pos kawalan kitani disediakan satu kaunter untuk orang memohon secara fizikal dan boleh menggunakan credit card sebagai cara pembayarannya. Disediakan juga komputer di pos kawalan sekiranya orang ramai masih ingin menggunakan online payment, bolehlah menggunakan komputer di pos kawalan. Itu sahaja jawapan kaola. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسالم عتيكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. kaola mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, ke arah merealisasikan misi dan visinya bagi Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025. Diharapkan agar apa-apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan trend perniagaan pada masa kini di Negara Brunei Darussalam. Tahun 2023 dan tahun-tahun kebelakangan ini telah menjadi ujian bagi peniaga-peniaga sama ada mereka menjalankan perniagaan yang besar, sederhana atau kecil. Namun, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada menerima kesan trend perniagaan yang sentiasa cepat dan berubah-ubah.
Revolusi perdagangan sosial adalah antara trend perniagaan yang menjadi alternatif menarik membeli-belah dalam talian. Selain itu, trend perniagaan yang mengalihkan Digital Operations Platform adalah semakin meluas bagi mencari alternatif baharu untuk menarik pelanggan seperti:
Menyediakan aplikasi untuk pemesanan dan pengiriman tanpa personal contact;
Menyediakan layanan self-pickup di kedai atau di mana-mana yang sesuai.;
Menyediakan laman web yang mudah dibuka iaitu telefon bimbit.; dan
Membanyakkan live chat bagi mempromosi, menjual dan menawarkan produk-produk perniagaan.
Dengan transformasi digital ini, kaola berpandangan ia memberi gambaran tentang hala tuju dan cabaran ke arah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang kondusif.
Sehubungan dengan itu, kaola inginkan pencerahan apakah trend perniagaan di Negara Brunei Darussalam yang terus berkembang dalam tempoh 5 tahun ke hadapan? Mengikut kajian atau rekod, apakah jenis-jenis perniagaan tertinggi atau popular yang diceburi oleh anak tempatan?
Apakah perancangan dan usaha-usaha pihak kerajaan ke arah memastikan trend perniagaan ini dapat dimanfaatkan oleh anak tempatan khususnya peniaga Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) bagi memupuk pertumbuhan ekonomi negara? Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan dan mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenainya.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang diajukan tadi.
Memang digital transformation ada 1 fenomena perkembangan yang 'kitani' lihat mungkin akan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Oleh itu, kerajaan menggalakkan 'kitani' semua menyambut juga digitalisation dan sebagainya. Kerajaan telah menyediakan infrastruktur seperti connectivity yang reliable dan cepat. 'Kitani' nampak semasa COVID-19, ramai orang 'kitani' terutama sekali peniaga kecil-kecilan juga ikut serta dalam digital platform. Soalan mengenai apakah mungkin dalam 5 tahun akan datang, bisnes popular apa yang dapat anak tempatan 'kitani' ikut serta?
Bagi kaola digital platform ini, kebanyakan 'kitani' melihat dari segi makanan yang di mana-mana negeri pun makin popular. Yang kedua, 'kitani' menggunakan digital platform untuk advertise bisnes-bisnes 'kitani', tidak semestinya dari segi makanan. Jadi, mana-mana yang terlibat dalam perkara seumpamanya consultancy ataupun jenis-jenis barang-barangan dijual boleh digunakan digital platform untuk kita advertise perkhidmatan masing-masing. Ini tertakluk kepada sambutan orang ramai juga sebenarnya. Soalan yang diajukan tadi ialah dari segi orang yang berbisnes. Tapi, 'kitani' mesti lihat juga demand side, bukan sahaja supply side. Dari segi apa perkembangan nanti, 'kitani' akan melihat tahun-tahun yang akan datang apakah demand side? Jadi, barulah 'kitani' dapat respons, bukannya 'kitani' boleh predict pada masa ini tapi tidak tahu apa sebenarnya nanti demand bagi produk-produk ataupun services yang diperlukan nanti. Jadi inilah bagi mana-mana PMKS, kita boleh membuat perancangan based on semasa pandemik COVID-19. Kebanyakannya terlibat dengan makanan, ada butik yang menjual tudung, baju dan sebagainya, jadi itulah yang popular.
Walau bagaimanapun, PMKS ini perlu untuk terus analyse market yang akan datang. Dari segi demand dan sebagainya. Jadi, they need to be more agile and more flexible.
Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَة اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi kaola peluang untuk ikut serta berbincang. Kaola teruskan sahaja kepada soalan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Jangan terlepas perhatian sumbangan daripada operasi minyak dan gas. تَحِيَّة tahniah atas usaha gigih kementerian melalui Economic Blueprint dan inisiatif serupa untuk mempelbagaikan sumber dalam meningkatkan hasil negara supaya tidak bergantung sepenuhnya pada industri minyak dan gas. Hasil daripada industri minyak dan gas yang selama ini dianggap sebagai the goose that lays the golden eggs (itik yang bertelurkan emas) bagi Negara Brunei Darussalam yang telah menjadi enjin utama bagi pertumbuhan negara dalam tempoh 6 dekad, kini menghadapi cabaran sustainability.
Inisiatif untuk mendiversifikasi ekonomi dan tidak bergantung sepenuhnya pada minyak dan gas telah memberikan hasil yang memberangsangkan. Kaola mengambil maklum daipada laporan terkini yang menunjukkan bahawa hasil dan aktiviti hiliran telah mengatasi sektor minyak dan gas. Hasil daripada industri minyak dan gas dilaporkan terjejas disebabkan oleh penurunan kadar pengeluaran dan sekali gus terlepas peluang bagi meraih hasil yang lebih besar dengan harga minyak dan gas yang tinggi masa kini.
Walaupun usaha untuk memperbanyakkan kepelbagaian ekonomi ini sedang giat ditingkatkan, kaola berharap agar kementerian dan agensi-agensi berkenaan tidak mengabaikan tetapi tulus memberi tumpuan kepada penekanan syarikat-syarikat minyak dan gas untuk meningkatkan usaha mereka dengan memperbanyakkan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos operasi.
Adalah penting untuk mengingatkan operator-operator minyak dan gas yang sebelum ini telah menikmati keuntungan yang besar daripada pengeluaran yang tinggi dan operasi yang berkos rendah akan terus melabur dan menyumbangkan modal baharu ke dalam sektor ini walaupun dalam suasana pulangan yang mencabar.
Alasan-alasan pulangan yang berkurang tidak boleh menghalang mereka daripada meneroka menggunakan kaedah teknologi alternatif untuk mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran. Pada masa yang sama mencari kecekapan operasi untuk mengurangkan kos tanpa mengabaikan standard kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
Apakah langkah-langkah dan pelan tindakan yang akan kementerian ambil melalui agensi-agensi tertentu untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat minyak dan gas tidak setakat doing business as usual tapi terus melabur dengan usaha penyelesaian dan pemulihan aset semasa mereka dan mencari operator baharu untuk meneroka dan mendevelop marginal field di tempat-tempat yang mereka kuasai pada masa kini.;
Foreign Direct Investments review. Di mana kekurangan 'kitani'? Kejayaan kita untuk menarik Pelaburan Langsung Asing masih di tahap rendah. Menurut Laporan Pelaburan ASEAN 2023 (ASEAN 2023 Investment Report), Negara Brunei Darussalam telah berada di tangga terbawah dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN secara berturut-turut. Dengan FDI yang dilaporkan mencatatkan nilai yang negative sebanyak $300 juta pada tahun 2023. Kaola difahamkan yang laporan ini tidak betul dan tidak tepat. Jika fakta ini didapati salah, apa usaha kementerian untuk membetulkannya agar investor yang berminat melabur di negara ini tidak tersalah anggap bahawa suasana pelaburan di negara kita tidak kondusif.
Dalam sesi perbincangan bersama kementerian, dilaporkan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) terutamanya dalam sektor-sektor yang dipilih. Walau bagaimanapun, usaha-usaha perundingan ini tidak menghasilkan pelaburan yang signifikan dan kebanyakannya gagal mencapai persetujuan pada peringkat akhir disebabkan beberapa sebab yang tertentu.
Kaola pasti pihak kementerian sudah membuat penilaian dan mempertimbangkan pengajaran yang telah dipelajari daripada perbincangan yang gagal dengan pelabur-pelabur yang berpotensi ini. Mohon pencerahan, apakah batu penghalang utama, iaitu main stumbling block yang menyebabkan ketidakberhasilan perundingan? Perlukah kita menambah baik pendekatan kita untuk mendapatkan syarat-syarat dan terma yang saling menguntungkan dan menarik kedua-dua pihak?
Nampaknya usaha penarikan FDI adalah eksklusif yang dipimpin oleh kerajaan, iaitu exclusively led by government agency. Bagaimanakah kementerian dapat melibatkan sektor swasta secara aktif untuk melengkakan usaha kerajaan dalam mencapai sasaran FDI? Mungkin syarat dan terma FDI tidak jelas dan hanya diketahui secara eksklusif oleh agensi-agensi kerajaan yang merupakan satu cabaran. Ketelusan dalam hal ini adalah penting. Mengambil contoh daripada ekonomi-ekonomi yang lain, menubuhkan zon ekon0mi khas dengan syarat-syarat dan terma yang telus mungkin boleh memberi kuasa kepada pelabur swasta untuk mendampingi dan membantu kerajaan memulakan perancangan dan menarik FDI secara langsung.; dan
FTA's. Terdapat beberapa Perjanjian Perdagangan Bebas yang telah ditandatangani. Merangkumi sejumlah 24 ekonomi dengan potensi jangkauan market kira-kira $3 bilion.
Walaupun skop untuk berbusiness meluas, terdapat jurang kefahaman dan kesedaran dalam kalangan komuniti perniagaan di negara ini mengenai perincian-perincian dalam perjanjian-perjanjian FDI ini dan peluang-peluang yang disediakan. Ini menimbulkan persoalan, bagaimanakah kita boleh menyampaikan dengan berkesan manfaat dan terms and conditions yang ditawarkan oleh FTA yang telah ditangani ini kepada peniaga-peniaga tempatan khususnya Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana untuk mendapatkan manfaatnya.;
Kutipan daripada perniagaan asing (collection of revenue from foreign businesses) dalam memastikan pertumbuhan dan kelestarian ekonomi kita adalah penting untuk memastikan semua perniagaan asing yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam memberikan sumbangan. Walaupun syarikat ini berulang kali mengatakan bahawa pendapatan cukai mereka tidak mencapai ambang batas yang ditetapkan, kita harus mengekalkan prinsip bahawa semua entity tidak kira saiz ata industri pun berperanan dalam membangunkan ekonomi.
Ambil kira sahaja sebuah business kecil 'kitani' menjual "Nasi Katuk". Jika peniaga tempatan ini sendiri gagal mencatatkan keuntungan, ia pasti akan menutup business tidak lama selepas operasi. Oleh itu, jika entity asing secara berterusan melaporkan tidak ada untung untuk memberi pulangan cukai rendah daripada besarnya operasi, lihat sahaja beberapa buah kereta mewah yang dipandu oleh pemilik business memerlukan siasatan terperinci selanjutnya. Dengan memastikan ketelusan dan pematuhan terhadap peraturan kewangan, kita menjaga integriti ekonomi kita sambil membina persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampu dan sejahtera (enforcement of collection of taxes is important).;
Ease of Doing Business; Kita perlu mengucapkan tahniah kepada pelbagai agensi yang telah melakukan inisiatif yang baik untuk meningkatkan kedudukan global kita dalam hal memulakan perniagaan. Berdasarkan Laporan Kemudahan Melakukan Bisnes (Ease of Doing Business) oleh Bank Dunia bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020, Negara Brunei Darussalam menduduki tempat ke-4 dalam kalangan Negara ASEAN di belakang Singapura, Malaysia dan Thailand dan Negara Brunei Darussalam adalah di tempat yang ke-16 dari segi kemudahan memulakan perniagaan secara global dan merupakan negara yang ke-66 paling mudah untuk melakukan perniagaan antara 150 negara di dunia. Ia juga melaporkan bahawa negara kita yang paling mudah untuk mendapatkan kredit di seluruh dunia.
Bagaimanakah penilaian yang positif dalam inisiatif memudahkan melakukan perniagaan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita dan apakah sumbang-sumbangan mereka dalam jumlah peratusan kepada pendapatan kewangan kita? Selain itu juga, bagaimanakah inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepada pengurangan pengangguran di kalangan graduan dan belia kita? Jika ia tidak melihatkan positif impact, adakah perlu ia diteruskan?;
RKN-11 dan 12: Project Completion and Financial Performance. Adakah kita telah menjalankan analisis terperinci mengenai penyelesaian completion of project dalam RKN- 11 dan prestasi kewangannya? Berapa projek yang telah diselesaikan tepat pada masanya mengikut bajet dan seperti yang dirancangkan dan apa pelajaran yang telah dipelajari untuk memastikan pelaksanaan RKN 12 akan lebih baik? Memandangkan komuniti kontraktor pembinaan kita bergantung sepenuhnya kepada kerja-kerja yang berada dalam perancangan pembangunan, adalah penting RKN 12 deliver what it is intended for; dan
Yang Berhormat Pengerusi, yang terakhir ialah Meningkatkan Pendapatan Negara Melalui Kutipan Cukai Negara. Pada menjawab soalan kaola mengenai rancangan-rancangan yang telah dikenal pasti oleh kementerian dan agensi kerajaan dalam usaha mengurangkan deficit negara yang akan berjumlah $3 bilion bagi Tahun Kewangan 2024/2025 tanpa menjejaskan Perkhidmatan Awam dan mengurangkan projek yang menangani isu rakyat: Yang Berhormat Menteri yang berkenaan menjelaskan bahawa deficit ini dikurangkan dengan meningkatkan pendapatan dan produktiviti dan mengurangkan pembaziran dalam perkhidmatan awam.
Satu avenue untuk menaikkan revenue negara di negara-negara lain ialah daripada kutipan cukai korporat business yang berdaftar (corporate tax), cukai jual beli atau VAT (sales tax), cukai harga (property tax), cukai pendapatan persendirian (income tax) dan berbagai-bagai cukai. أَعَجِبَنِي atas keprihatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan kemaslahatan dan kemampuan rakyat, tidak ada rancangan kerajaan untuk mewujudkan Cukai Pendapatan dan Cukai Jual Beli untuk menambah pendapatan negara. Jadi usaha pihak agensi dalam kerajaan dalam mengutip cukai hendaklah berkesan. Justeru, isu kutipan cukai daripada business entity yang meraih rezeki di Negara Brunei Darussalam mestilah dipertingkatkan dan memperkuatkan enforcementnya. Banyak peluang untuk business berfungsi di Negara Brunei Darussalam untuk menyumbang sebahagian daripada keuntungan mereka sebagai cukai.
Prinsip kalau membuka perniagaan perusahaan di Negara Brunei Darussalam meraiah dan mengutip dana daripada orang ramai sama ada dari jual beli, kutip sewa atau membeli atau memberi layanan service dan mengambil Permit Warga Asing untuk bekerja dengannya, perlu dinilai patutkah mereka membayar cukai.
Kaola memohon pencerahan kalau ada usaha-usaha untuk mereviu mengutip cukai daripada businesses yang masih belum berdaftar tetapi menjalankan business besar-besaran mengutip dana yang besar daripada rakyat, seperti perniagaan yang tidak berdaftar (sole proprietorship) tetapi mempunyai kuota yang besar bagi membawa pekerja asing tanpa membuat sumbangan langsung, adakah ia mula dikehendaki berdaftar dengan Register of Companies menjadi "Sendirian Berhad dan menyediakan audited account.; dan
Bagaimana enterpriser estate/housing developer yang tidak berdaftar yang membuat dan menjual berpuluh deretan rumah dan kedai. Bolehkah sudah direviu untuk menyumbang kutipan dana mereka sebagai cukai? Individu atapun enterprise yang mempunyai deretan-deretan rumah sewa dan kedai yang mengutip sewa bulanan, perlukah mereka sekarang membayar cukai? Adakah semua business atau enterprise yang mendapat kontrak dengan kerajaan sudah berdaftar dan mula membayar cukai? Bagaimana pula dengan perniagaan yang dikenali sebagai 'fly-by-night operator' yang datang ke Negara Brunei Darussalam sebelum sesuatu perayaan mengikuti pameran, membawa produk mereka ke Negara Brunei Darussalam, menjual dengan harga Negara Brunei Darussalam kemudian membawa balik ke negara asal seluruh wang yang dikutipnya tanpa membayar cukai. Duit jualan bulat-bulat dibawa balik sampai tidak melalui bank tempatan.
Fly-by-night operator ini tidak hanya tidak menyumbang kepada ekonomi negara, tetapi juga merosakkan perdagangan SME yang membayar sewa kedai dan mengharapkan peningkatan jumlah jualan pada musim perayaan tetapi terjejas oleh operator by night ini. Ini keluhan SME.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih atas beberapa soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.
Mengenai sektor bukan minyak dan gas. Ini memang bukan bidang di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, tetapi ada berkaitan dengan usaha 'kitani' untuk menaikkan ekonomi 'kitani'. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat itu tadi, 'kitani' memang bertujuan pada masa ini untuk mempelbagaikan ekonomi tetapi kita tidak pernah sekalipun mengatakan akan merendahkan usaha 'kitani' untuk memajukan terus sektor minyak dan gas. 'Kitani' memang terus usahakan dan maximize apa yang dapat 'kitani' keluarkan production dari minyak dan gas. Tidak pernah 'kitani' mengongsikan dengan orang ramai 'kitani' akan mengurangkan aktiviti minyak dan gas. Soalan ini pernah dikemukakan juga pada tahun Persidangan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara tahun lepas, sudah kaola jawab. Tidak perlu lagi ditimbulkan.
Memang syarikat minyak dan gas, sebagai mana-mana syarikat sentiasa review cost of operation, membawa teknologi baru untuk meningkatkan lagi prestasi syarikat berkenaan. Tidak semestinya minyak dan gas, di mana-mana syarikat memang this is underline principles of doing business, always look out cost of the operation, improve your efficiency and productivity. So atulah tidak perlu kita diingati syarikat oil and gas, apa lagi syarikat oil and gas 'kitani' ini ialah syarikat multinational company;
Mengenai FDI, Yang Berhormat tadi memberitahu pengiraan itu mungkin salah tapi FDI laporan itu betul because apa yang digunakan 'atu' memang OECD Standard memang laporan itu. Yang maksud kaola dari segi pengiraan ini, perlu orang melihat data-data ini, jangan menginterpret based on face value only, melihat data itu sahaja dan terus membuat conclusion. Jadi 'kitani' perlu melihat apa sebabnya ianya negatif atau positif dan sebagainya. Jadi untuk mengongsikan, cara mengira FDI ini ia bukannya maksudnya dalam tahun tersebut bukannya berapa jumlah masuk sahaja dikira, ia mengira juga kalau syarikat yang sudah beroperasi di dalam negeri ini FDI, kalau sekirannya ia ada pinjaman dari institusi kewangan dari luar negeri, jadi pembayaran principal repayment atau interest payment, pengiraan FDI ini di ambil kira yang mana pembayaran keluar itu dikira outflow of FDI.
Kalau sekiranya mengambil contoh satu FDI yang melabur sekiranya $1 billion dalam negara ini, jadi pada tahun itu, ia $1 billion mungkin ada equity investment mungkin ada juga financing yang jumlahnya $1 billion, jadi sudah datang operasi pada tahun kemudian, ada keuntungan dan sebahagian keuntungan itu dibayar sebagai principal repayment kepada institusi kewangan di luar negeri itu dikira outflow of FDI. Sekiranya ia membayar dividen balik ke parent company di luar negeri, itu pun di kira FDI outflow. Kalau 'kitani' lihat ia negative FDI, it's because of kebanyakkan syarikat FDI yang telah beroperasi di Brunei ini 'bisdiarang' sudah beroperasi beberapa tahun di dalam negeri 'kitani' dan sudah ada keuntungan dari keuntungan-keuntungan itu dibayar keluar balik ke institusi kewangan di luar negeri ataupun dividen dibayar balik ke parent company, itulah dijadikan negatif 'kitani' punya FDI. Tapi apa yang penting, 'kitani' jangkan melihat 'bulat-bulat' data itu, yang penting usaha 'kitani' untuk meneruskan dan menarik lebih banyak FDI ke dalam negara. Kalau ada isu memang beberapa cabaran dibandingkan dengan negara-negara lain.
Domestic Market 'kitani' kecil, qualification kadang-kadang mismatch seumpamanya 'kitani' membawa Hengyi Refinery as example, jadi berapa orang'kitani' sebelum itu yang qualify dalam refinery belum 'kitani' buat di industri itu belum terlibat, yang ada sebelum itu hanya refinery di Seria yang kecil sangat selain daripada Syarikat Hengyi seumpamanya. Ini 'kitani' akan menarik lagi FDI dalam berbagai-bagai industri yang mungkin 'kitani' belum pernah terlibat. Jadi ini isu 'kitani' mesti menyediakan pekerja-pekerja yang lebih bersesuaian dengan beberapa bidang sektor-sektor yang 'kitani' majukan. Itulah yang 'kitani' punya fokus yang ketiga 'kitani' meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran pekerja-pekerja 'kitani'.
Apa yang perlu dibuat 'kitani' tidak fokus kepada mana yang specific courses tetapi we generally 'kitani' prepare 'bisdiorang' punya foundation dan sesudah ada FDI datang dalam mana saja bidangnya, sekurang-kurangnya foundation 'kitani' ada seumpamanya TVET, HND dan sebagainya. Jadi kalau sudah industri datang seumpamanya Hyengi for example yang datang ke sini 'kitani' membuat course 'kitani' bekerjasama dengan Hengyi mengadakan pada masa ini sebanyak 8 kursus dan TVET, HND dengan Politeknik Brunei dan IBTE. Jadi buat-buat itu 'kitani' dapat train orang 'kitani', jadi sudah 'abisdurang' pass, Hengyi pada masa mengoffer siapa saja yang pass terus akan diambil kerja. Tidak lagi perlu diinterview dan sebagainya. Inilah peluang-peluang 'kitani' itulah try to take advantage. 'Kitani' ada di mana-mana sepertimana negeri lain 'kitani' juga ada strength and weakness.
Yang 'kitani' inda dapat, 'kitani' sentiasa compare dengan orang lain tapi apa yang penting 'kitani' terus berusaha untuk meningkatkan banyak lagi FDI, inilah kerjasama daripada semua pihak perlulah 'kitani' bersatu بِإِنْ شَآءَ اللّهُ.
Jadi, ini peranan private sector untuk sama-sama memajukan ataupun memainkan peranan untuk menarik FDI, kaola hari itu mengongsikan membangunkan ekonomi bukan seratus peratus di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kementerian-kementerian lain dan sama juga pihak swasta, sama-sama 'kitani' memainkan peranan penting meningkatkan, mempelbagaikan lagi ekonomi 'kitani'.
Kalau ada yang kurang maklumat daripada pihak swasta atau yang mana-mana pihak, boleh 'kitani' jumpa BEDB untuk mendapatkan maklumat, AMBD dan DARe juga selalu mengongsikan seperti Economic Blueprint, apa sebenarnya 'kitani' punya priorities sector, apa 'kitani' akan mengharapkan private sector memainkan peranan dan sebagainya. Jadi ini memang satu perkara kaola rasa di Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada tahun yang akan datang ini, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ akan meningkatkan lagi pemberigaan kepada orang ramai, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ.
Yang Ketiga, mengenai FDI. Ini 'kitani' pernah juga dikongsikan di Persidangan Mesyuarat ini jua 'kitani' terus mengongsikan maklumat mengenai FDI dengan orang-orang ramai sama ada syarikat bisnes-bisnes dalam negeri 'kitani' ini sudah tersedia untuk memanfaatkan FDI tertakluk kepada kemajuan syarikat bisnes masing-masing.
Kaola pada hari Sabtu, ada mengongsikan dengan FDI 'kitani' yang ada pada masa ini, kita telah dapat menembusi pasaran Mexico, Chile, Peru dan itu disebabkan oleh baja kita, oleh BFI kita. Jadi mungkin bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), FDI ini belum lagi mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya, jadi untuk membuat persediaan memang kita sentiasa mengongsikan perincian mereka dengan sektor swasta. Jadi walaupun sekiranya Perusahaan Mikrokeril dan Sederhana (PMKS) kita belum bersedia untuk memanfaatkan FDI ini, kita tidak perlu risau, FDI ini tidak akan pergi kemana-mana dan akan kekal di sana.
Sudah bila Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kita sedia untuk mengeksport, gunakanlah FDI itu, ia tidak akan lari kemana-mana.
Apa yang akan terjadi mungkin FDI ini akan meningkat lagi dari semasa ke semasa dan inilah yang Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa mengongsikan dengan pihak swasta, jadi kalau sekiranya mana-mana pihak akan bertanya lebih mendalam, boleh menghubungi Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Seterusnya mengenai dengan kutipan hasil daripada syarikat luar negeri, kaola akan mengongsikan saja yang mana syarikat luar negeri sebelum mereka hendak menjalankan perniagaan di dalam negeri, mestilah mendaftar syarikat dengan Registry of Companies and Business Names Division (ROCBN) di Negara Brunei Darussalam.
Jadi sudah mereka mendaftar, ia dikira Brunei local company dan bukan lagi foreign company. Kalau mereka mendaftar dan melibatkan foreign company, mestilah mereka mendaftar sebagai Sendirian Berhad (Sdn. Bhd), jadi dengan sendirinya ia sebagai Sendirian Berhad, pada setiap tahun mereka mesti menyerahkan Annual Tax Return kepada Bahagian Hasil di Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan dari sanalah kita mengutip cukai, corporate tax dan sebagainya.
Jadi dari segi sama ada kita mengutip cukai yang perlu dibayar, memang Bahagian Hasil kalau dilihat pencapaian beberapa tahun kebelakangan, setiap tahun sudah nampak peningkatannya.
Jadi ini memang satu usaha dijalankan dari beberapa tahun kebelakangan sudah dan bukan perkara yang baru dan memang usaha yang dijalankan a long time ago.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengingati, jadi untuk menjawab soalan itu memang dijalankan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada masa ini. Seterusnya mengenai dengan ease of doing business, untuk mengongsikan dengan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, pada tahun 2021 ease of doing business ini telah dibubarkan oleh World Bank. Sebab apa yang kita lihat dalam statistik seperti mana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi, nampaknya ada sebahagian negara, manipulating data, jadi apa ranking-ranking yang kita lihat kadang-kadang tidak betul jadi oleh sebab itu, World Bank bubarkan ease of doing business dan tidak lagi ada ranking of ease of doing business.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan dan Ekonomi terus mengambil beberapa KPI di bawah ease of doing business sebelum ini dan terus memantau pencapaian environment of business kita dan mencari jalan untuk terus kita meningkatkan ataupun membaiki lagi ekosistem kita.
Seterusnya dengan soalan keenam iaitu dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN-11) ini malangnya kita mengalami COVID-19 dan banyak syarikat swasta juga tidak mampu untuk melaksanakan beberapa projek kerana consultant dan pekerja tidak dapat masuk, barang susah untuk diimport dan sebagainya. Jadi kebanyakkkanprojek ini delay, jadi bagi kerajaan beberapa rancangan tidak diteruskan dan dilaksanakan tapi sebagai langkah-langkah yang selalu diambil oleh pasukan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kita terus mengadakan mesyuarat dengan kementerian-kementerian dari segi projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ini untuk memahami atau mencari jalan supaya projek-projek itu dijalankan secepat mungkin. Memang ini satu usaha yang kita teruskan dan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN 12) ada juga dicadangkan beberapa langkah-langkah untuk kita dapat memperbaiki lagi proses kita إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ dengan usaha-usaha yang telah diambil dan yang akan diambil akan lebih berkesan إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ dari segi pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
Yang ketujuh mengenai dengan tax collection, pada masa ini yang ada ialah corporate tax dan withholding tax. Cukai-cukai seperti di negara lain itu memang tidak ada pada masa ini. Jadi beberapa cukai yang disebutkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi sebelum kita memikirkan sama ada cukai-cukai tersebut boleh di-implement di Brunei, kita harus juga memikirkan implikasinya terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah tapi ini satu perkara yang perlu disemak dari semasa ke semasa. Untuk menjawab soalan ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa menyemak perkara ini dan إِنَّهُ بِكُمْ شَدِيدُ الْقِوَىٰ
Jika ada perubahan akan dikongsikan atau akan mengambil maklum balas dari masyarakat dan dari pihak swasta dan sebagainya. Jadi itulah yang dapat kaola kongsikan dan satu lagi mengenai fly by night operators, ini sebenarnya kalau siapa-siapa yang dari luar negeri ingin menjalankan bisnes di dalam negeri kalau tidak berdaftar dikira illegal. Jadi ini satu perkara untuk enforcement agency bersama kita mengatasi kalau sekiranya ada orang ramai atau Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin have the knowledge siapa yang mengendalikan fly by night, lapor ke pihak berkuasa yang berkenaan. Terima kasih, itu saja yang kaola dapat jawab.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Tek.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, selamat pagi dan salam sejahtera. Lebih dahulu, kaola ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang dikongsikan. Sehubungan dengan itu, kaola mempunyai satu cadangan yang ingin dibangkitkan di bawah Tajuk SDO4A, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Seperti yang diketahui, kebanyakan masyarakat dan rakyat Negara Brunei Darussalam pada masa ini kerap keluar dan bercuti di negara jiran. Dalam perkara ini, tidak mustahil bagi mereka pergi bercuti tanpa membeli-belah barangan keperluan asas yang dapat diperolehi dengan lebih murah di negara jiran.
Kaola sukacita membangkitkan perkara ini disebabkan terdapat perbandingan harga barangan yang sangat ketara di Negara Brunei Darussalam dan di negara jiran. Perkara ini juga berhubung rapat dengan purchasing power. Kaola juga difahami bahawa perbandingan harga turut dipengaruhi oleh faktor seperti parallel imports.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berhubung ini, kaola ingin meminta pencerahan lanjut mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi terutama dari segi aspek untuk memberi kemudahan dan insentif ke arah memberikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat serta menggalakkan para pembeli untuk berbelanja di dalam negara untuk menyokong ekonomi tempatan.
Sebagai contoh, beberapa syarikat tempatan telah memberi baucar membeli-belah di dalam negeri dan bukannya berbentuk wang tunai sebagai rebate. Langkah ini boleh menggalakkan dan meningkatkan jumlah jualan di Negara Brunei Darussalam.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Awang Lau How Teck atas soalan untuk menggalakkan orang ramai berbelanja di dalam negeri.
Untuk menjawab soalan-soalan ini, kaola juga ingin membagi pandangan kaola sendiri. Dari segi orang kita keluar negeri, sebenarnya kita telah membincangkan perkara ini dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara yang sebelum ini. Mungkin bagi sesiapa pun, memang ada minat sekali-sekala keluar negeri, tidak mungkin bertahun-tahun dalam negeri sahaja. Kalau ada peluang, orang ingin juga bercuti di luar negeri dan sebagainya.
Jadi, tidak dapat dihalang. Kadang-kadang orang sudah keluar negeri, memang ada perbelanjaan di luar negeri. Ada sebahagian yang keluar negeri bukan hanya untuk cuti ataupun membawa keluarga bercuti, ia khas untuk menyeberang ke negara jiran untuk shopping dan terus balik.
Kita perlu melihat untuk avoid scenario begini, kita mesti lebih faham apa sebenarnya jenis barangan yang sentiasa dibeli di luar negeri. Bukan semua barangan di negara jiran adalah yang lebih murah daripada negara kita. Sebab ada sebahagian barangan di Negara Brunei Darussalam lebih murah jika dibandingkan dengan negara jiran.
Jadi, kita lebih faham apa sebenarnya barangan yang mereka beli setiap minggu, bulan dan sebagainya. Kalau kita bagi baucar, I think perkara itu tidak dapat mengatasi isu ini. Negara jiran membagi baucar untuk mengatasi isu inflation ataupun cara menolong golongan yang berpendapatan rendah dan sebagainya.
Apabila mereka hendak berbelanja, mereka belanja di kedai dalam negeri. Jadi, untuk mengatasi isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, kita bagi baucar, mungkin tidak dapat mengatasi isu. Kalau kita bagi baucar, sama juga halnya, baucar digunakan untuk beli barang-barang yang mungkin lebih murah dari negara jiran. Jadi, masih juga mereka keluar negeri untuk membelanjai barangan di negara jiran yang lebih murah daripada negara kita. So, it is not going to solve the problem.
What we need to do is to look at apa produk-produk yang lebih murah di negara jiran untuk addressing this issue. Kita mungkin boleh bekerjasama dengan distributors. Adakah volume kita tidak besar compared to negara jiran?
Ada barangan yang mungkin manufactured di negara jiran, jadi kalau sudah didatangkan ke Negara Brunei Darussalam dengan transportation cost dan sebagainya, harganya lebih tinggi.
Perkara ini bukan sahaja either kita larang orang ramai keluar negeri ataupun bagi baucer, kita juga boleh bekerjasama dengan wholesale distributors, melihat cost of goods, potential margin because kalau wholesaler itu masih lagi 'menahan-nahan' margin keuntungannya, maka barang itu harganya tinggi menyebabkan orang ramai keluar negeri.
This is not going to benefit the wholesaler too. Kalau wholesaler itu ingin menggalakkan orang ramai membeli dalam negeri, mungkin mereka perlu melihat the margin, keuntungannya dan juga identify barangan yang lebih mahal di dalam negeri ini.
Sebenarnya dalam perkara ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ada bekerjasama dengan National Chamber of Commerce & Industry of Brunei Darussalam. Ada hasilnya tetapi belum lagi lengkap. Baru initial study so that kita lebih faham apa sebenarnya yang menarik orang kita ke luar negeri untuk berbelanja di negara jiran. Itulah satu usaha di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk mengatasi isu ini.
Tapi untuk melarang orang keluar negeri, I don't think we have the ability to do that. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد للّه ربّ العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركته Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan mukadimah yang sangat jelas dalam menyediakan belanjawan serta hala tuju Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Memandangkan negara kita adalah welfare state yang memberikan pendidikan dan perubatan secara percuma, sangat difahami mengapa kita mengalami defisit sebegini rupa. Namun, kejayaan sebuah negara juga diukur dari aspek non-financial. Perkara yang lagi penting adalah kita masih mendapat keberkatan yang tidak ternilai.
Justeru, selagi kita berpaksikan سبحانه وتعالى yang memberikan rezeki Ar-Razzaq dan taat beragama, ketimbangan defisit ini tiada. (missing jawi words) yang bermaksud, "Dan engkau, iaitu الله sebaik-baik pembagi rezeki".
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola mempunyai beberapa perkara yang akan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Kod 001/002 mengenai bangunan dan prasarana kerajaan yang terbiar sehingga kini.
Seperti yang 'kitani' dapat lihat sekeliling negara bahawa banyak bangunan-bangunan kerajaan di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan terbiar bertahun-tahun lamanya dan ada yang masih dilihat sehingga kini.
Kaola percaya dengan kaedah-kaedah moden bisnes yang sesuai, bangunan ini dapat menjana kepada pendapatan negara jika ia diurus, diusai dan kemudian menjemput sektor swasta untuk menyewa atau menggunakannya untuk perniagaan mereka.
Soalan kaola, dapatkah peruntukan dengan Kod 001/002, iaitu di bawah Projek Rampaian berjumlah $203,157,070 dan Projek Fokus berjumlah $27.5 juta untuk maksud membaiki bangunan-bangunan berkenaan sebagai sebahagian daripada pelaburan dari pihak kerajaan.
Apa yang kaola faham, objektif Program Perkhidmatan Rampaian ialah untuk menguruskan dan memproses pembayaran berkaitan estet kerajaan dan lain-lain pembayaran bagi pihak kerajaan.
Yang kedua ialah mengenai dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Kaola difahamkan terdapat lebih kurang 15 buah mesin X-ray imbas barang di pintu-pintu dan pos kawalan keluar masuk di seluruh negara.
Kaola juga difahamkan bahawa terdapat mesin-mesin ini telah lama rosak dan tidak berfungsi atau ada yang rosak dan telah diperbaiki dan setelah itu rosak kembali.
Soalan kaola, apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Kastam Eksais Diraja bagi menangani isu yang kaola bangkitkan di atas?
Adakah strategi jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan mesin-mesin X-ray ini sentiasa berfungsi dan digunakan untuk menjaga barang-barang masuk ke dalam dan keluar negara ini dapat dijamin demi menjaga keselamatan dan sekuriti negara?
Soalan ketiga ialah mengenai Hengyi Industries Sdn. Bhd. Mengenai kesan dan manfaat Pelaburan Langsung Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) terbesar, iaitu perusahaan Hengyi Industries Sdn. Bhd. kepada negara setakat ini.
Fasa 1 telah tamat dan kini bermula Fasa 2. Apa yang kaola ingin bangkitkan di sini ialah mengenai kesan dan manfaatnya kepada negara setakat ini, iaitu dari segi manfaat kepada syarikat tempatan dan juga peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, inilah tujuan FDI.
Soalan koala adakah terdapat kajian untuk menganalisa kesan spin-off? Berapa banyak syarikat tempatan yang terlibat dan mendapat manfaat keuntungan dari pembangunan Fasa 1, bermula dari peringkat perancangan sehingga operasinya?
Isu keempat ialah Darussalam Assets Sdn. Bhd. (DA). Darussalam Assets Sdn. Bhd. (DA), ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan pada tahun 2012, memiliki sekitar 36 syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ke Government Link Company.
Dari portfolio Darussalam Assets Sdn. Bhd. dalam berbagai sektor ekonomi termasuk penerbangan, telekomunikasi, utiliti kuasa, logistik, pertanian, makanan dan minuman, beriadah dan pelancongan, perubatan, pendidikan, hospitaliti dan hartanah. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diterajui kerajaan untuk memacu pembangunan ekonomi dengan strategik untuk menjadikan syarikat-syarikat tersebut menjadi syarikat bertaraf dunia.
Soalan pertama mengenai Darussalam Assets Sdn. Bhd. ini ialah 12 tahun telah berlalu, berapa banyakkah yang sudah syarikat-syarikat di bawahnya bertaraf dunia?
Soalan kedua, selain internal audit dan audit oleh Juruaudit Agung. Adakah syarikat-syarikat tersebut juga dikenakan external audit? Mohon pencerahan hasil dari audit-audit ini.
Persoalan ketiga, berapakah hasil kewangan syarikat-syarikat tersebut? Adakah untung atau sebaliknya? Adakah syarikat ini boleh berdiri di tapak kaki sendiri daripada cash flow yang positif?
Soalan yang keempat, jika tidak mendapat untung, masihkah kerajaan inject duit untuk menguruskan syarikat yang tidak untung ini?
Soalan kelima, adakah Darussalam Assets Sdn. Bhd. (DA) melantik dari private sector yang independent yang memantau syarikat-syarikat di bawah Darussalam Assets Sdn. Bhd. ini?
Maksud kaola itu, syarikat ini dijalankan oleh private sector/orang bisnes tetapi adakah private sector yang lain yang independent memantau bisnes tersebut?
Soalan keenam, kaola percaya idea ini sudah difikirkan semasknya, adakah dipertimbangkan oleh Ahli-Ahli Darussalam Assets Sdn. Bhd. di Majlis Penyeliaan (Supervisory Council), Lembaga Pengarah (Board of Directors), Pengurusan (Management) yang terdiri daripada private sector_yang mana ianya sebagai salah satu _engine of growth dalam perekonomian?
Sekian, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. والسلام علیکم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin atas beberapa soalan yang diajukan.
Pertama sekali in general, comment mengenai Negara Brunei Darussalam as a Welfare State. Bukan satu soalan tapi kaola ingin juga menambah sedikit mengenai statement yang dikongsikan.
Pada masa ini kitani memang melihat dari segi kesihatan, pendidikan dan berbagai servis-servis itu diberikan oleh kerajaan secara percuma. 'Kitani' mesti lebih faham, ini memang satu beban kepada kerajaan yang kalau 'kitani' tidak mengawal perbelanjaan dalam bebarapa perkhidmatan-perkhidmatan ini, ini akan jadi satu responsibility yang tinggi kepada kerajaan.
Perlulah 'kitani' memikirkan alternatif-alternatif lain supaya fiskal kerajaan ini lebih sustainable pada masa yang panjang. Mengenai soalan bangunan yang terbiar, sama ada sektor swasta boleh memajukan bangunan-bangunan tersebut tapi terlebih dahulu untuk kerajaan 'menguasai' balik bangunan itu sebelum diserahkan kepada sektor swasta.
Kaola rasa modal seperti yang dicadangkan itu boleh diperbaiki lagi sepertimana satu perundingan yang sedang ada, multi-storey carpark. Ini salah satu contoh bagi Public-Private Partnership (PPP). Jadi dalam kriteria Public-Private Partnership (PPP), ia memerlukan pihak swasta dengan pihak kerajaan dalam contoh ini untuk sama-sama memikul risiko bisnes ini.
Jadi bagi multi-storey carpark, 'kitani' berunding dengan pihak swasta supaya sama-sama 'kitani' membaiki balik bangunan itu dan kemudian terus dimajukan.
Jadi selain daripada perbelanjaan semua sekali untuk membaiki bangunan, ia tidak 'bebalik' ke kerajaan tetapi lepas itu diserahkan ke pihak swasta. Pihak swasta tidak ada investment, hanya menjalankan sahaja. Ini tidak sama dengan modal Public-Private Partnership (PPP).
Jadi bangunan yang terbiar ini boleh 'kitani' fikirkan dengan cara Public-Private Partnership (PPP), sama-sama 'kitani' mengambil bahagian dan seterusnya memikul risiko operasi bersama-sama dengan memberikan insentif supaya pihak swasta dan pihak kerajaan bersama-sama mempunyai vested interest sebab 'kitani' sama-sama melabur dalam bangunan tersebut, itulah satu modal yang memang digalakkan.
Jadi kalau ada lagi pemikiran yang mana bangunan-bangunan yang terbiar, mungkin kerajaan tidak lagi pakai, boleh dicadangkan untuk kita sama-sama memikirkan solution. Kaola hendak menambah sedikit, ada juga projek baru, kerajaan memikirkan kalau ada pihak swasta hendak terus mengambil bahagian, membangun dan menjalankan, kerajaan ada offer kepada pihak swasta untuk menjalankan. Tapi nampaknya ada beberapa projek tidak diminati oleh pihak swasta, tetapi perkara ini boleh difikirkan. Memang satu cadangan yang bagus bagi kita sama-sama memikirkan.
Dari segi kastam, memang terdapat ada satu x-ray machine yang 15 tahun sudah dan pada masa ini sudah rosak tetapi bagi Jabatan Kastam, rasanya it is not worth repairing, kosnya lebih mahal kalau kita beli baru lebih latest x-ray machine dan sebagainya.
Jadi untuk assuring the public, pada ada masa ini di mana-mana pos kawalan semua ada terdapat x-ray yang berfungsi. Pada masa ini juga di pelabuhan, kita bekerjasama dengan GLC membeli satu x-ray machine yang dapat kita x-ray containers sekaligus, tidak perlu dibuka untuk di cek satu per satu. Pada masa ini menunggu keputusan dari authority yang berkenaan, dari segi x-ray tersebut, jadi kalau ada sudah kebenaran, dapatlah kita menjalankan. Itu lagi lebih efisien.
Dari segi Hengyi Phase 2. Apa impaknya kepada syarikat tempatan atau local business? Memang bagi setiap FDI yang datang ke dalam negeri, memang ada ia punya positif impak kepada local businesses. Jadi depend on direct benefit atau indirect benefit. Pada hari itu ada kaola melihat tetapi jumlah ini perlu dikemaskinikan lagi. Jadi kalau direct atau indirect, Hengyi itu memanfaatkan sekurang-kurangnya 60 syarikat tempatan yang ada. Ini jumlah yang tahun lepas.
Jadi, ada yang indirect benefit ini, kadang-kadang macam Hengyi ia memerlukan sebahagian perkhidmatan-perkhidmatan yang belum dapat dijalankan oleh syarikat tempatan.
Jadi Hengyi membawa rakan kongsi dari negara lain untuk membuat joint venture dengan syarikat tempatan supaya mereka dapat menubuhkan satu perkhidmatan yang baru. Supaya apa services yang diperlukan oleh Hengyi dapat dilaksanakan dalam negeri, tidak perlu kita menghantar barang itu keluar untuk di service sebelum dikembalikan ke dalam negeri.
Jadi adalah beberapa benefit, some direct benefit seperti catering, security services, transport dan sebagainya. Itu kira a bit more direct. Ada yang indirect itu seperti joint venture dan sebagainya. Ini memang satu usaha yang dapat untuk kita terus tingkatkan lagi.
Bagi Hengyi dan mana-mana FDI, mereka lebih memilih untuk dapat bekerjasama dengan syarikat tempatan because ia lebih murah daripada barang itu dihantar ke luar negeri dan dikembalikan semula ke dalam negeri selepas service dan sebagainya.
Yang keempat ialah mengenai Darussalam Asset Sdn. Bhd. Kita mesti lebih faham apa sebabnya Darussalam Asset Sdn. Bhd. itu ditubuhkan pada tahun 2012. Sebelum itu, kebanyakkan GLC's kita tidak submit annual report dan sebagainya, corporate filing kurang memuaskan.
Jadi inilah salah satu usaha Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengambil alih kebanyakkan GLCs ini supaya dapat kita meningkatkan lagi bukan sahaja laporan tahunan dan sebagainya, meningkatkan juga governance, board of directors, trainings dan sebagainya.
Jadi inilah isu-isu untuk sama-sama kita meningkatkan GLCs. Sama ada ia bertaraf dunia atau tidak, sebagai negara kecil, peluang untuk kita membandingkan syarikat kita dengan taraf dunia, apakah kriteria yang sebenarnya?
Tetapi kalau kita hendak melihat dari segi efficiency, impak kepada negeri, mungkin syarikat yang dapat kaola kongsikan ini ialah UNN. Kalau kita lihat services mobile speed, di tahap 10 ke atas dalam dunia pada masa ini. Kita roll out 5G yang banyak negeri belum terdapat. Kita punya penetration kepada community sampai lebih 90%. Inilah pencapaian kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, mungkin banyak negeri contoh negeri maju pun tidak dapat di compare dengan kita.
Jadi kalau dari segi perkhidmatan connectivity dan sebagainya, kita compare dengan antarabangsa, mobile speed top 10, top 1 in ASEAN, itulah mungkin satu perbandingan kita boleh buat. Kalau kita compare dengan revenue, memang negeri kecil, penduduk berapa orang sahaja, jadi tidak dapat dibandingkan dengan Vodafone dan sebagainya.
Apa yang penting seperti mana soalan-soalan yang seterusnya. Tidak perlu kita fikirkan sama ada kita di taraf dunia atau tidak, kita teruskan improve our company. Jadi dari segi audit, memang semua syarikat diaudit. External auditor, internal auditor, government auditor, semua boleh audit.
Jadi berapa syarikat yang menguntungkan? Itu satu soalan yang bagus. Memang satu statistik yang kita buat, bukan sahaja mana syarikat yang untung, kita monitor juga mana syarikat yang mampu membayar dividen kepada kerajaan.
Yang mana syarikat, walaupun ia tidak membayar dividen, sama ada ia sudah di tahap solvency, liquidity yang memuaskan, kita juga monitor apakah ia punya dividend projection yang akan dapat diberi kepada kerajaan.
Jadi audit status dan Sebagian, ini macam-macam kita memantau. Inilah tujuan kenapa Darussalam Assets Sdn. Bhd itu ditubuhkan pada tahun 2012 sehingga sekarang ini, الحمدلله we can see every year ada peningkatannya. Jadi as a whole picture sahaja, kita tiap-tiap tahun memberikan dividen kepada kerajaan.
Darussalam Assets Sdn. Bhd. sebagai satu holding company tidak lagi meminta funding daripada kerajaan. Kebanyakan company di negara ini nampak sudah ada keuntungan, jadi ini diteruskan. Memang kita mahu kita punya GLC's terus ada keuntungan supaya dapat membayar dividen kepada kerajaan, tidak memerlukan injection daripada kerajaan, inilah satu pencapaian kaola rasa Darussalam Asset has done good job so far.
Kecuali, pada masa ini Royal Brunei bukan lagi di bawah Darussalam Asset, ia di another holding company. Jadi, apa yang tinggal di Darussalam Asset tidak lagi ada cash injection daripada kerajaan.
Jadi untuk Private Sector memantau GLC's, itu 'macam' terbalik. Memang GLC's ini, the shareholder is kerajaan. Kerajaan as shareholder sentiasa memantau GLC's. Apa lagi ditambah dengan audit, external dan internal, itu cukuplah I don't think we need the private sector untuk memantau GLC's, memang ada tanggungjawabnya.
Dari segi Ahli-Ahli Lembaga DA itu sama ada 'kitani' boleh menjemput private sector sama-sama dalam lembaga, itu satu fikiran yang boleh. Jadi, kita pada masa ini memang ada sebahagian syarikat, memang 'kitani' melantik CEO dari bukan pegawai kerajaan terus memegang jawatan yang penting untuk menjalankan bisnes itu.
Ada yang sebahagian Lembaga, 'kitani' invite juga private sector, ini 'kitani' boleh terus majukan kalau ada director yang berseuaian, tetapi mesti juga ada orang yang dapat contribute.
Itu saja mungkin yang soalan-soalan dari Yang Berhormat Pengiran tadi. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ mudah-mudahan sudah terjawab semuanya. Jadi, kalau kaola boleh minta kebenaran dari Yang Berhormat Pengerusi ada beberapa soalan yang diajukan sebelum ini yang belum sempat kaola menjawab.
Jadi kaola ingin merujuk balik kepada satu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengenai dengan tindakan yang diambil bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 khususnya kawalan harga semasa musim perayaan.
Jadi, bagi kaola menjawab soalan tersebut. Jabatan Perancangan, Ekonomi dan Statistik melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna memang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 merangkumi skop kerja kawalan harga, paparan tanda harga dan acara jualan murah.
Melalui pindaan ke atas Akta yang tersebut, pihak JPES juga diberikan kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan di bawah penetapan harga maksimum bermusim sejak tahun 2021. Jadi, Bab 10(a) di bawah Akta tersebut, memberi kuasa kepada JPES untuk mengenakan kompaun dikeluarkan secara berperingkat mengikut kekerapan kesalahan dengan jumlah tidak melebihi $1,000.
Bagi kesalahan pertama di bawah kategori di bawah kesalahan yang sama, notis amaran akan dikeluarkan, bagi kesalahan seterusnya kompaun akan dikeluarkan secara berperingkat tidak melebihi $1,000. Jika masih melakukan kesalahan berulang, boleh dikenakan denda maksimum $20 ribu dan penjara 5 tahun oleh mahkamah menurut Akta Kawalan Harga.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada kesalahan berulang yang dihadapkan ke mahkamah. Pihak JPES pada masa ini sedang review semula tatacara berkenaan bagi penguatkuasaan Akta berkenaan.
Seterusnya, beberapa soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Soalannnya yang pertama mengenai dengan penambahbaikan sistem yang ada dalam TAFIS 2.0.
Sukacita kaola mengongsikan beberapa penambahbaikan kepada TAFIS 2.0 daripada TAFIS 1.0 bagi orang ramai khususnya bagi pembekal-pembekal kerajaan adalah juga satu tambahan 1 portal baharu dikenalkan sebagai Government Vendor Portal.
Antara kelebihan dan kebaikannya adalah orang ramai atau pembekal akan dapat memantau status tuntutan dan pembayaran dari dashboard yang disediakan dalam portal tersebut.
Dashboard adalah salah satu fungsi baharu yang dihasratkan untuk membantu dalam meningkatkan ketulusan, keberkesanan dan akauntabiliti setiap kementerian dan jabatan dalam proses tuntutan dan pembayaran orang ramai.
TAFIS 2.0 juga melalui dashboard ini, dapat diakses pada bila-bila masa, 24 hours dan mengurangkan keperluan orang ramai ke kaunter kementerian dan jabatan hanya untuk mengetahui status pembayaran.
Melalui TAFIS 2.0 ini juga, orang ramai atau pembekal akan dapat mengemaskini status penghantaran dan pengeluaran tuntutan invois secara online tambahan lagi orang ramai juga akan menerima notifikasi secara online dalam TAFIS 2.0 dari kementerian dan jabatan mengenai dengan goods and services received.
TAFIS 2.0 melalui Government Vendor Portal ini juga akan digunakan untuk proses sebutharga dan tawaran yang dikeluarkan oleh kementerian dan jabatan. Fungsi baharu ini akan dapat memudahkan lagi penender untuk menghadapkan harga dan dokumen teknikal secara online.
Untuk makluman juga, إن شاء اللّٰه perkara ini akan diberigakan kepada orang ramai khususnya kepada pembekal-pembekal yang akan berdaftar dalam TAFIS 2.0 pada 18 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024. Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui media-media massa Kementerian Kewangan dan Ekonomi nanti.
Soalan yang kedua dari Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam adalah berkenaan dengan memastikan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkaitan dalam hal ehwal pengurusan TAFIS 2.0 ini.
Untuk dikongsikan sejak 3-4 bulan yang lalu sehingga kini, latihan secara berperingkat-peringkat sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Perbendaharaan berdasarkan road mapping yang dihadapkan oleh setiap kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.
Seterusnya, yang ketiga. Mengenai dengan peruntukkan latihan dalam TAFIS 2.0, ia sudah pun disediakan dalam skop kerja perlaksanaan Projek Sistem TAFIS 2.0 yang mana sejumlah lebih 900 ribu telah pun disediakan khusus untuk latihan bagi penggunan sistem ini.
Akhir sekali, kaola ingin mengambil kesempatan ini juga bagi mewakili pihak warga kerja Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kaola ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Penolong Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta semua yang ada di Dewan yang mulia ini. Semoga amal ibadah kitani semua diterima سُبْحَانَ اللهُ وَبِحَمْدِهِ juga dan akhir sekali terimalah pantun serengkap ini,
MMN menyatukan kita,
أَفْضَلُ di bulan Ramadan yang mulia,
Mohon maaf jika ada tersilap kata,
Moga ibadah kita semua diterima.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan penuh tabah dan sabar dan juga telah menjawab dengan jelas.
Maka, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk turut dalam ucapannya untuk memberikan selamat berpuasa kepada semua yang berkenaan dalam kita menyambut bulan ramadan yang mubarak ini. Walau bagaimanapun, kita harus menyelesaikan perkara yang kita hadapi ini.
Saya kira cukuplah sekian kita berunding membahaskan perkara ini dan tajuk ini sekarang sudah masak saya kira untuk mengundi. Tajuk SD01A - SD09A sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih. Semuanya bersemangat untuk bersetuju dengan Tajuk yang berkenaan yang mana telah pun diluluskan secara sebulat suara.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SD01A - SD09A bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun selesai membincangkan dan membahaskan Jadual di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kita seterusnya telah pun selesai mengundi dan meluluskan belanjawan kementerian yang berkenaan.
Sebelum kita beralih kepada tajuk-tajuk lain, saya kira cukup sekian kita berunding pada pagi ini dan saya ingin menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita akan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukup dahulu kita bersidang pada pagi ini.
Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada pagi ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada petang nanti seperti biasa mulai pukul 2.30 petang.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاتُه
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin, P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 10891
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 4921
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 1657
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II: 1415
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 773
Yang Berhormat Pengerusi: 612
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 457
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 323
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 255
Yang Berhormat Awang Lau How Teck: 238
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 195
Yang Mulia Jurutulis: 45