Skip to main content

HARI KE-11 PAGI

For Informational Purposes Only

13HB MAC 2024 PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

Yang Mulia Jurutulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kesebelas pada hari ini, Rabu, 2 Ramadhan 1445 bersamaan 13 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Matali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمدُ للهِ ربِّ العالمينَ والصلاةُ والسلامُ عَلَى سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وعَلَى آلهِ وصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Alhamdullilah kita bersyukur ke hadrat (missing jawi words) kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini dan bersidang bagi hari yang kesebelas dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka, bagi membolehkan kita meneliti Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan dahulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بسم الله الرحمن الرحيم Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada petang hari Isnin yang lalu telah mula membahaskan dan membincangkan tajuk belanjawan di bawah Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Bersama saya di sini, masih terdapat beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, ingin turut serta dalam perbahasan di bawah tajuk ini.

Sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat seterusnya untuk mengajukan soalan. Saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan ingin memberikan respons dan penjelasan bagi soalan-soalan yang ditujukan kepadanya yang belum dijawapnya pada hari Isnin yang lalu.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kaola ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, mengenai sejauh manakah inisiatif-inisiatif Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), DRMS, MoE TV, Smart Classroom dan Blended Learning telah memberikan keberhasilan serta impak kepada pelajar sepertimana yang telah dihasratkan?

Bagi menjawabnya, inisiatif-inisiatif ini merupakan usaha dan strategi utama Kementerian Pendidikan dalam mendukung Pelan Transformasi Digital, Kementerian Pendidikan bagi mengukuhkan lagi penggunaan teknologi dalam pendidikan. Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif-inisiatif ini adalah baharu dan dalam fasa awal pelaksanaannya, sebahagiannya masih dalam fasa rintis.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Kementerian Pendidikan melalui Pusat Teknologi Pendidikan akan terus memantau dan menilai akan keberkesanan inisiatif-inisiatif tersebut secara berterusan. Di samping itu, kementerian melalui Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan akan mengadakan kajian bagi mengetahui impak dan keberhasilan inisiatif-inisiatif tersebut.

Berikut adalah soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim:

  1. Dari jumlah 43% yang lulus dengan mempunyai kredit 5 'O' Level dan ke atas, berapakah peratus yang mempunyai kredit dalam pelajaran Inggeris, Sains dan Matematik?

    Dari jumlah 43% yang lulus dengan mempunyai kredit 5 'O' Level ke atas, pelajar-pelajar mendapat kredit dalam Bahasa Inggeris adalah 37.61%, Sains 40.43% dan Matematik 39.33%.

  2. Mengenai pengijazahan pasca menengah yang disasarkan 90% lulus setiap tahun dan adakah ini telah mencapai sasaran dan apakah peranan Kementerian Pendidikan dalam membantu meningkatkan lagi lepasan ijazah ini untuk mendapatkan pekerjaan?

    Kadar pengijazahan bagi peringkat pendidikan teknikal dan pengajian tinggi yang merangkumi data pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dari tahap dua hingga tahap enam, Brunei Darussalam Qualification Frame Work bagi tahun 2022 adalah 86.8%, iaitu kurang 3.2% untuk mencapai sasaran 90%.

    Sebab utama pelajar tidak menamatkan pengajian mereka adalah kerana gagal dalam pengajian, berhenti atau menarik diri dari pengajian kerana mendapat tawaran pekerjaan, menghadapi masalah kesihatan, mempunyai masalah peribadi termasuk masalah kewangan, kurang mendapatkan sokongan daripada keluarga, masalah sosial dan sebagainya. Lain-lain sebab adalah seperti mengulang pengajian dan menamatkan pengajian mereka pada tahun berikutnya.

    Mengenai peranan Kementerian Pendidikan untuk membantu meningkatkan lagi lepasan ijazah ini untuk mendapatkan pekerjaan?

    Sebenarnya berbagai-bagai usaha telah 'diungkayahkan' oleh Kementerian Pendidikan melalui institusi pengajian tinggi dalam membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran atau employability graduan, seperti kegiatan-kegiatan tahunan yang 'diungkayahkan' oleh setiap institusi pengajian tinggi misalannya pameran kerjaya UBD anjuran UBD Centre of Networking Employment and Career Training ataupun UBD CoNECT, karnival kerjaya yang bertujuan untuk memberikan dorongan dan semangat kepada alumni dan bakal graduan UNISSA, Hari Pasaran (Market Day) yang 'diungkayahkan' oleh politeknik dan juga networking event di institusi pengajian swasta.

    Institusi pengajian tinggi juga menyediakan platform keusahawanan yang menggalakkan graduan untuk bekerja sendiri (self-employment) dan perniagaan permulaan (startup) seperti yang telah kaola sampaikan pada hari Isnin yang lalu seperti klinik keusahawanan UBD, bazaar keusahawanan alumni, LCB Incubation Centre dan sebagainya; dan

  3. Mengenai pembinaan sekolah-sekolah baharu dan tambahan bangunan dan jumlah bilangan tenaga pengajar masih dalam bilangan yang sama?

    Bagi menjawab pertanyaan ini, sebenarnya daripada 10 buah projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12, 8 buah projek hanyalah melibatkan penaiktaraafan dan penambahan bangunan kepada sekolah yang sedia ada. Penaiktaraafan ini adalah bertujuan untuk menampung keperluan sekolah yang 'melimpasi' had kapasiti sebenar.

    Dalam perkara ini, penambahan tenaga pengajar adalah tidak diperlukan, memandangkan sekolah-sekolah tersebut masih mempunyai jumlah pelajar yang sama. إن شاء الله Kementerian Pendidikan akan meneliti perkara ini secara lebih lanjut dengan mengambil kira pertama, jumlah tenaga pengajar dan juga pelajar yang sedia ada dan kedua nisbah pelajar dan guru ataupun teacher student ratio.

  4. Terakhir, mengenai Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan. Memohon pencerahan berapakah jumlah graduan-graduan yang telah berhasil menamatkan pengajian dan berapakah jumlah yang mendapatkan keputusan cemerlang ataupun peringkat kelas pertama?

    Sejak Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) mula diperkenalkan pada tahun 2014, seramai 864 pelajar telah dianugerahkan skim tersebut dan jumlah graduan yang telah tamat dan lulus dalam pengajian adalah seramai 692 orang. Dari jumlah tersebut seramai 122 orang penerima SBPP telah memperoleh keputusan yang cemerlang, iaitu kepujian kelas pertama.

    Berikut adalah jumlah penerima SBPP yang dianugerahkan kepujian kelas pertama dan kepujian kelas kedua dalam tempoh 3 tahun kebelakangan:

    1. Bagi tahun 2021, seramai 14 orang pelajar ataupun 25% memperoleh kepujian kelas pertama dan 28 orang pelajar memperoleh kepujian kelas kedua atas.;

    2. Bagi tahun 2022, seramai 13 orang pelajar memperoleh kepujian kelas pertama dan 28 orang pelajar memperoleh kepujian kelas kedua atas.;

    3. Bagi tahun 2023, seramai 9 orang pelajar memperoleh kepujian kelas pertama dan 23 orang memperoleh kepujian kelas kedua atas.

Manakala cadangan bagi memperluaskan bidang atau kursus program bagi SBPP. Sukacita dimaklumkan bahawa senarai kursus-kursus yang ditawarkan di bawah SBPP ini adalah berpandukan maklumat yang diperoleh daripada pihak MPEC berdasarkan keperluan negara khususnya keperluan dari pihak industri dan agensi-agensi swasta. Kerjasama berterusan dengan pihak MPEC ini adalah penting ke arah memastikan perancangan tenaga kerja yang berkesan dan cekap melalui penyesejaran antara kebolehpasaran dan pekerjaan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas penjelasan dan keterangan tambahan yang telah diberikan itu. Maka sekarang, saya ingin memberikan laluan untuk beberapa orang Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan-soalan ataupun reaksi mereka terhadap perkara yang berkenaan ini.

Sebelum saya menjemput sesudah itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberikan jawapan atau responsnya. Saya melihat bahawa pada hari Isnin yang lalu, banyak soalan-soalan yang telah ditimbulkan dan banyak di antara soalan-soalan itu adalah merupakan soalan-soalan teknikal.

Saya tidaklah menegah Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membawa soalan-soalan teknikal seperti ini dalam Majlis ini, mungkin ada baiknya kepada khalayak ramai dan nampaknya Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bersedia menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu.

Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa biarlah soalan-soalan itu merupakan soalan-soalan yang stand-alone questions. Bukan soalan-soalan yang kemudiannya ada pula soalan 'beranak-ranak' lagi yang akan menimbulkan kesukaran kepada pihak yang berkenaan untuk memberikan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang 'beranak-anak' ini, perhatiannya yang harus ditumpukan kepada standalone question ini akan hilang.

Jadi saya minta kalau dapat soalan-soalan yang dikemukakan itu biarlah mempunyai value yang tertentu dan bukanlah merupakan soalan-soalan yang seolah-olah kita akan membuat percubaan sama ada ia mengetahui jawapannya ataupun tidak.

Saya akan memberikan kesempatan kepada kedua-dua belah pihak untuk membawa apa jua soalan yang diminati masing-masing dan saya akan memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk tidak menjawab soalan-soalan itu pada ketika ini dan akan menjawabnya sama ada secara bertulis atau dalam satu ketika yang kemudian nanti.

Jadi let us be fair dalam perkara ini. Oleh sebab Kementerian Pendidikan, saya sendiri mengetahui bukanlah satu kementerian yang kecil. Ia adalah merupakan sebuah kementerian yang besar dan kalau dilihat daripada bajetnya yang mempunyai budget second only to defence dan adalah mustahil (impossible) bagi seorang menteri untuk mengetahui A to Z, apa yang terjadi di dalam kementerian seperti Kementerian Pendidikan ini.

Sebab itu kita pecah-pecahkan kepada institusi-institusi berkenaan dan saya juga melihat nampaknya institusi-institusi yang menyokong usaha-usaha kementerian ini juga mungkin boleh memberikan sokongan-sokongan yang bererti kepada menteri yang berkenaan. Itu akan saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menilainya kemudian.

Dan saya akan memulakan dengan 3 orang Ahli Yang Berhormat dahulu bertanya, lepas itu saya akan meminta Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab atau memberi reaksi dan responnya kepada soalan-soalan yang dikemukakan.

Untuk memulakannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Lebih dahulu, kaola ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga mendapat berkat dan rahmat kepada semua yang menunaikan ibadah puasa.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang disampaikan pada hari Isnin lalu, penuh dengan penerangan yang komprehensif dan tahniah diucapkan atas segala pencapaian dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Kaola ingin merujuk kepada lampiran 1.08 di bawah Jabatan Kementerian Pendidikan. Pertama sekali kaola ingin mengucapkan tahniah dan menghargai pencapaian tahap minimum standard literacy bagi murid Tahun 1 dan 3 iaitu sebanyak 94% dan 95% pada tahun 2023. Pencapaian yang luar biasa ini telah mendongkrak kita untuk berada di hadapan pencapaian negara-negara Asia Tenggara seperti yang dilaporkan baru-baru ini oleh SEAsia Stats.

Walau bagaimanapun, kaola tertanya-tanya, kenapa sasaran yang akan datang ditetapkan pada 80% iaitu lebih rendah antara tahun 2024-2027 dan bukankah mendokong untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi pencapaian ini?

Kemudian, mengenai anggaran tahap minimum numerasi, Untuk tempoh yang sama, telah ditetapkan secara konsisten pada 80%. Walau bagaimanapun, memandangkan tahap pencapaian pada tahun 2023, hanya berada pada 63% untuk murid Tahun 1 dan 50% untuk murid Tahun 3, hal tersebut menimbulkan persoalan tentang kebolehan pelaksanaan matlamat ini.

Persoalannya, bukankah lebih strategik untuk melaksanakan peningkatan secara beransur-ansur, dilengkapi dengan tindakan yang boleh diukur untuk memastikan kemajuan pencapaian yang stabil.

Berdasarkan pemerhatian ini, kaola mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif yang bertujuan meningkatkan kemahiran numerasi dalam kalangan pelajar dan guru. Kepentingan numerasi yang melangkaui basic arithmetic adalah asas untuk membangunkan fikiran logik, memahami corak dan membuat keputusan berdasarkan data.

Seterusnya kaola ingin menyentuh tentang mempromosikan keusahawanan dan daya saing global. Ketika kita menghadapi kepesatan graduan yang tidak dapat ditangani oleh pertumbuhan ekonomi, terutama dalam ekonomi yang dikuasai sektor perkhidmatan, pemahaman tentang pasaran global adalah sangat penting untuk diketengahkan.

Soalan kaola, bagaimanakah kurikulum kita dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar domestic market, melengkapi mereka dengan pengetahuan tentang hal ehwal luar negara dan kecekapan digital yang diperlukan untuk peringkat global?

Oleh demikian, kaola percaya adalah penting untuk Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Objektifnya adalah untuk menyelaraskan program pendidik dengan kemahiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berpotensi melalui internship dengan syarikat tempatan yang berorientasi global. Sebagai alternatif, kita boleh menawarkan grants kepada perusahaan, membolehkan mereka dalam melibatkan dan penyertaan di negara lain.

Strategi ini bukan sahaja akan memupuk kemahiran seperti hard skills dan soft skills terhadap usahawan tempatan kita, tetapi juga mewujudkan langkah dan pendedahan dalam pasaran serantau sejak awal lagi. Sebagai titik permulaan, kita boleh memulakan penubuhan kepada Crop Productions, Livestock, and Fisheries Industries.

Perkara yang terakhir ialah mengenai memanfaatkan ekonomi digital. Era digital memberikan jalan unik untuk menjana pendapatan seperti content creation, e-book authoring and publishing, game streaming and e-sports, web design and development, AI solutions and consulting, SEO specialist dan podcasting.

Soalan kaola, apakah langkah-langkah yang diambil untuk mempromosikan dan menyokong laluan kerjaya digital ini di dalam kalangan belia kita?

Yang Berhormat Menteri Pendidikan, kaola ingin mencadangkan untuk menyepadukan literasi digital dan media bersama-sama dengan kemahiran teknologi yang berkaitan seperti coding, digital content creation, digital marketing dan data. kepada kurikulum utama. Bak kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Rumusannya, reka bentuk dan pembangunan kurikulum yang berkesan memerlukan penglibatan dan meliputi semua pihak yang berkepentingan serta benchmarking terhadap kejayaan sistem pendidikan.

Adalah penting untuk mengekalkan kurikulum yang dinamik serta disesuaikan seiring dengan kemajuan dan revolusi perindustrian yang berkembang. Sekian daripada kaola, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى اَشْرَفِ الْاَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Lebih dahulu kaola dengan segala hormatnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana mengizinkan kaola untuk bersama-sama menyertai perbahasan bagi Peruntukan Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Dirakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan ke atas perkongsian pembentangan Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 dengan komprehensif yang menjelaskan hala tuju Kementerian Pendidikan yang digariskan dalam Strategik 2023-2027 Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah juga pencapaian program atau inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan juga usaha-usaha yang akan dilaksanakan dalam tahun-tahun hadapan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sistem pendidikan adalah berperanan penting dalam melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang atau jurusan bagi sesebuah negara. Ia memerlukan perancangan holistik berpandukan kepada kajian dan penyelidikan yang rapi, melangkaui dari aspek perancangan dan penyusunan strategi negara mengikut perkembangan dan kehendak industri, persekitaran dan juga politik termasuk faktor-faktor yang berkaitan.

Adalah dimaklumi bahawa Kementerian Pendidikan telah pun menyediakan 3 matlamat strategik iaitu termasuk Tenaga Manusia di masa ini dan di masa akan datang.

Ketiga-tiga matlamat Kementerian Pendidikan juga menyasarkan bagi mendukung pencapaian Wawasan Negara Brunei Darussalam khususnya bagi matlamat pertama 'Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi Dan Berjaya'.

Apa yang diharapkan, apa jua sistem pendidikan dan program-program yang disediakan ini hendaklah dimulakan di peringkat awal persekolahan bagi menyerapkan dan menggalakkan lebih ramai lagi penuntut-penuntut berminat dalam bidang Sains, Matematik, ICT dan Pengetahuan Ugama Islam.

Institusi-institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional termasuk sektor swasta di negara ini telah pun mempelbagaikan kursus-kursus dan program-program bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam jurusan Sains, Teknologi, Engineering, Arts dan Mathematic (STEAM), Technical and Vocational Education and Training, Business and Technology Education dan lainnya.

Ini diikuti dengan kesinambungan program-program berkenaan ke tahap yang lebih tinggi di samping memberikan secara in-house training atau attachement dalam bidang teknikal dan vokasional.

Dalam memastikan setiap perancangan jangka panjang, sentiasa maju ke hadapan, bersifat dinamik dan sustainable, perlulah diadakan inisiatif-inisiatif dan pelan-pelan tindakan yang lebih produktif, efisien dan efektif bagi menyediakan pelbagai aspek kemahiran dan kepakaran ke tahap yang lebih tinggi bukan setakat di peringkat ijazah atau sarjana malahan ke peringkat produced dan expertise sehingga ke tahap specialize professional dan konsultan dalam pelbagai bidang seperti economic analysis, accountant, kejuruteraan, banking, investment, keugamaan, pakar-pakar bahasa, perundangan, kedoktoran, digital saintifik dan lain-lain lagi.

Kesemua bidang-bidang kemahiran, kepakaran atau profesional yang dimaksudkan ini bagi memastikan sumber tenaga manusia memenuhi kehendak dan keperluan negara, apatah lagi negara kita pada masa ini mempunyai pelbagai industri yang besar seperti Brunei Methanol Company (BMC), Brunei Fertilizer Industry (BFI), Projek Kemajuan Pulau Muara Besar Fasa ke-2 iaitu projek kompleks petrochemical dan penapisan berintegrasi (Hengyi Industries) dan juga keperluan dan perkembangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC’s dan juga industri-industri hiliran dan lain-lain industry pada masa ini dan pada masa akan datang.

Apa yang ingin kaola bangkitkan di sini ialah melihat kepada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi yang kaola memohonkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri:

  1. Apakah strategi atau inisiatif bagi ketiga-tiga matlamat perancangan strategik Kementerian Pendidikan untuk disiap-siagakan dalam menuju dan mencapai ke arah Wawasan Brunei 2035, merealisasikan Economic Blueprint for Brunei Darussalam dan juga menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir?;

  2. Setakat manakah sudah perancangan, pemantauan dan pelaksanaan dalam menyediakan sumver manusia dalam pelbagai kemahiran, kepakaran untuk memenuhi keperluan negara dan industri yang sedia ada dan di masa akan datang?; dan

  3. Apakah perancangan dan persediaan di peringkat awal persekolahan bagi menggalakkan dan menarik minat lebih ramai pelajar-pelajar mengikuti program-program yang menjurus kepada keperluan negara dan industri-industri di masa akan datang? Dengan cara demikian إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ ia membolehkan penuntut-penuntut ini untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih marketable.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola ingin menyentuh berkenaan dengan Brunei Darussalam Qualification Framework. Apa yang difahamkan fungsi dan peranan Brunei Darussalam Qualification Framework telah dikuatkuasakan melalui Brunei Darussalam National Accreditation Council Order 2011 yang digunakan sebagai garis panduan atau tool to develop guidelines that classify qualification based on criteria or grade at the national level and benchmark with the international good practice.

Adalah diambil maklum menurut mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa pembentangan Belanjawan Kementerian Pendidikan bagi tahun 2024 pada hari Isnin yang lalu, mereviu kelayakan-kelayakan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Qualification Framework) dalam memastikan ia relevan dengan mengemas kini kelayakan-kelayakan yang diperlukan.

Memandangkan kepada pelbagai perkembangan sistem pendidikan khususnya kursus-kursus dan program-program termasuk multiple pathways yang telah banyak diperkenalkan di institut pengajian sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Kaola berpandangan BDQF ini adalah sangat penting untuk diketahui umum untuk mempromosi kefahaman, mengelakkan kekeliruan, meningkatkan fikiran orang ramai termasuk berbagai pihak seperti pelajar, ibu bapa, majikan, agensi kerajaan dan mereka-mereka yang berkepentingan.

Oleh kerana BDQF adalah juga perlu dikongsikan dengan pihak-pihak berkepentingan khususnya orang ramai untuk mengikuti perkembangan semasa yang terkini dan pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pendidikan dan arus pendidikan.

Dari itu, kaola memohon pencerahan dari ### Yang Berhormat Menteri Pendidikan setakat manakah status perkembangan terkini dalam usaha merebiu terhadap penyediaan kerangka Kelayakan Brunei Darussalam BDQF ini dan bilakah kiranya penggubalan ini dapat dilaksanakan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola di sini ingin menimbulkan berhubung dengan kanak-kanak sekolah yang tidak hadir. Apa yang difahami terdapat kanak-kanak yang tidak mahu hadir ke sekolah dengan alasan-alasan tidak munasabah. Sedangkan Akta Pendidikan Wajib sudah diwujudkan dan di bawah Akta Pendidikan Wajib tersebut antara lain menekankan kanak-kanak hendaklah sentiasa hadir di sekolah sebagai murid.

Seperti yang kita maklum Pendidikan awal bagi kanak-kanak merupakan satu keutamaan dan pelaburan yang sangat tinggi nilainya pada negara sebagai usaha mencapai kecemerlangan bagi mewujudkan sebuah negara berpendidikan dan juga berkemahiran tinggi menjelang tahun 2035.

Sehubungan itu, sukacita memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan iaitu:-

  1. Adakah Akta Pendidikan Wajib ini sudah diberigakan secara meluas kepada ibu bapa dan juga penjaga di negara ini khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan di kampung-kampung pedalaman; dan

  2. Dalam membendung masalah kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah ini, bagaimanakah cara untuk memperkesankan lagi Akta Pendidikan Wajib ini bagi memastikan dipatuhi oleh semua lapisan rakyat dan masyarakat di negara ini akan keperluan akta ini diwujudkan dan apakah inisiatif atau langkah-langkah pihak Kementerian Pendidikan menangani penuntut-penuntut yang tidak hadir ke sekolah?.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Adalah tidak dapat 'kitani' nafikan sebilangan daripada masyarakat di negara ini ada yang kurang berkemampuan atau keluarga yang miskin ditambah lagi dengan persekitaran perumahan yang kurang kondusif, terlampau ramai ahli keluarga yang tinggal serumah dan seumpamanya.

Keadaan seperti ini mungkin dihadapi oleh sebahagian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran atau pengajian sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.

Inilah juga cabaran-cabaran yang 'kitani' perlu tangani bersama. Apatah lagi dalam usaha bersama untuk mengeluarkan keluarga yang sedemikian ini dari kepompong kemiskinan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup yang lebih baik bagi keluarga berkenaan.

Berkaitan dengan scenario ini, adakah langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk membantu mereka yang menghadapi kategori sedemikian, khususnya di aspek peluang untuk meneruskan pembelajarannya. Dipohonkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola ingin menyentuh tentang keputusan peperiksaan GCE 'O' level dan GCE 'A' level iaitu antara prestasi yang telah pun ditunjukkan di sekolah-sekolah swasta dan di sektor kerajaan. Apa yang diperhatikan di negara ini keputusan peperiksaan dalam pengamatan saya kalau tidak betul sila betulkan iaitu seperti GCE 'O' level dan GCE 'A' level di institusi-institusi atau sekolah-sekolah di sektor swasta pastinya prestasinya lebih baik jika dibandingkan dengan institusi-institusi atau sekolah-sekolah sektor kerajaan. Perkara ini telah pun berlaku di tahun-tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, sukacita kaola ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, apakah sudah dikenal pasti punca satu penilaian yang menyumbang kepada prestasi peperiksaan lulusan GCE 'O' level dan GCE 'A' level di sekolah-sekolah swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan sekolah-sekolah di sektor kerajaan.

Dengan cara sedemikian بِسْمِ اللهِ dengan adanya pengajaran-pengajaran atau sistem-sistem atau mengetahui buku-buku sekolah yang mereka gunakan buku dari luar negeri yang boleh menjadi pengajaran dan teladan dalam usaha 'kitani' bersama untuk meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan berkenaan di sekolah-sekolah di sektor kerajaan.

Akhirnya dalam kesempatan ini kaola sukacita mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yang penuh keberkatan kepada Yang Berhormat Pengerusi dan juga semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Mulia Jurutulis, Pemangku Timbalan Jurutulis serta sekalian yang hadir di Dewan yang mulia ini. Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati dan dikurniakan taufik hidayah serta dalam keadaan sihat walafiat.

أَمِيْن يَا رَبّ الْعَالَمِيْنِ.

Sekian.

وبالله التوفيق والهداية. وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاَتُه

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام علي شرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمدٍ وعلى آله وصحبه أجمعين.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang panjang lebar yang telah disampaikan pada hari Isnin lepas dan tahniah atas inisiatif dan usaha-usaha yang telah dijalankan dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang mampan, lestari dan responsive, semoga usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kualiti pendidikan tinggi adalah tonggak utama dalam kemajuan sesuatu negara. Dalam konteks pentadbiran pendidikan yang kompleks terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan dan integriti sistem pendidikan antara faktor-faktor ini termasuklah kompetensi tenaga-tenaga pengajar, kurikulum yang disediakan dan pemimpin sekolah yang cekap dan berkesan.

Dalam bidang pendidikan usaha untuk mencapai kecemerlangan bukan saja merupakan aspirasi mulia tapi juga merupakan keperluan asas bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat.

Oleh itu, mekanisme yang mengatur pengambilan penempatan pendidik memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang berkesan.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Bilik-bilik darjah adalah medan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. This where the action is. Dalam darjah dengan penuntut-penuntut yang berbeza kebolehan diajarkan kemahiran seperti literacy, numeracy, digital, analytical dan kemahiran kritis.

Guru-guru akan menyampaikan kemahiran-kemahiran ini dengan pelbagai kaedah seperti discovery dan exploratory learning. Penuntut-penuntut akan dinilai melalui kaedah yang mempunyai validity dan reliability. Guru-guru yang kreatif dan reliability serta mempunyai ilmu yang mendalam pada mata pelajaran yang mereka ajarakan dapat menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Dengan menggunakan kaedah exploratory and discovery learning serta menyepadukan teknologi terkini seperti IT, guru-guru boleh menimbulkan minat kanak-kanak untuk secara bersendirian, independent mendalami pengetahuan mereka dalam subjek-subjek yang mereka minati.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola gembira bahawa Kementerian Pendidikan akan mengukuhkan memilih dan mengambil tenaga pengajar baharu menerusi Program Perantis serta proses pengambilan tenaga lebih terancang dan juga melalui manpower auditing and planning.

Adalah dimaklumi dari dahulu lagi sekolah-sekolah di negara ini dibekalkan dengan guru-guru dari luar negara. Generasi kaola banyak terdidik oleh guru-guru dari luar negara seperti India, Sri Lanka, Philippines dan lain-lain dari persekolahan persediaan hingga ke peringkat menengah kaola telah dididik oleh mereka ini. Bahkan guru-guru Bahasa Melayu kaola datang dari luar negeri tapi أَحْسَنُ pada masa ini banyak sudah anak-anak tempatan berkelulusan tinggi dan berkelayakan.

Oleh yang demikian adalah tiba masanya bagi anak-anak tempatan ini mengambil alih tugas-tugas mereka. Sehubungan itu kaola sukacita bertanya sampai bilakah mereka ini akan bertugas di negara ini?.

Mengenai guru-guru tempatan yang berkontrak, kaola mencadangkan supaya mereka ini diambil secara tetap terutama mereka yang membuat pengkhususan di dalam pendidikan, sudah bekerja beberapa tahun di sekolah-sekolah dan mempunyai pengalaman dan rekod yang sangat baik dan cemerlang.

Yang Berhormat Pengerusi, berdasarkan banyak kajian berkaitan dengan Sekolah-Sekolah Berkesan (Effective School Research), ada menunjukkan bahawa pemimpin sekolah mempunyai peranan dalam memajukan sekolah mereka dari beberapa segi seperti pencapaian akademik dan juga bukan akademik.

Mereka berperanan menjadi pemimpin kurikulum (curriculum leader). Mereka memastikan pelaksanaan kurikulum yang disediakan oleh pihak berwajib dilaksanakan dengan sempurna, secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Mereka sendiri menjadi modal classroom teacher atau guru kelas mengajar mata pelajaran yang mereka mempunyai penguasaan.

Adakah pentadbir-pentadbir sekolah pada masa ini masih mengajar di bilik-bilik darjah? Itu soalan kaola Yang Berhormat Pengerusi. Di samping itu, mereka juga ialah seorang pemimpin yang transformative dengan menjadikan suasana sekolah (school climate) yang memberangsangkan, kondusif, ceria dan menarik minat kanak-kanak untuk berada di sekolah.

Oleh yang demikian, kaola berpendapat, pelantikan pemimpin sekolah itu iaitu guru-guru besar dan pengetua, hendaklah dipilih berdasarkan kriteria yang mantap, rekod kecemerlangan, jelas dan tulus.

Begitu juga pelantikan pegawai kanan terutamanya bahagian Pendidikan Teras. Mereka mestilah mempunyai pengalaman mengajar, mempunyai rekod yang sangat baik dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kerana mereka akan menyeila, memantau ke sekolah-sekolah dan menjadi mentor. Justeru, mereka hendaklah mempunyai kebolehpercayaan kredibiliti dalam kalangan masyarakat sekolah.

Yang Berhormat Pengerusi, isu terakhir yang kaola akan timbulkan adalah mengenai murid yang berkeperluan khas. Mengenai perkara ini telah dimaklumkan yang sebuah sekolah khas telah ditubuhkan pada awal tahun ini. Sekolah ini hanya dapat menampung kira-kira 50 orang murid.

Kaola faham bukanlah senang dan mudah mengendalikan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan juga memerlukan kesabaran serta memerlukan kemahiran yang tinggi.

Jadi, bagaimanakah pengendalian dan pengurusan kanak-kanak yang tidak dapat ditampung oleh sekolah ini? Kalau ia dikendalikan di sekolah-sekolah biasa, adakah tenaga yang mengendalikannya mencukupi?

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

والله الموفق والمعين، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberikan respons kepada soalan-soalan yang ditimbulkan oleh 3 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan soalan-soalan mereka tadi. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Soalan pertama daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai literacy and numeracy level. Yang Berhormat ada memetik mengenai 94% untuk literacy dan 95% untuk numeracy.

Ini adalah peratus secara keseluruhan. Manakala, Yang Berhormat beritahu tadi mengenai National Key Performance Indicators 1.5 (nKPIs 1.5), sasarannya adalah 80% iaitu kurang daripada literacy and numeracy rate secara keseluruhan itu adalah merujuk kepada peratus pelajar untuk Tahun 1 dan 3. Penilaian literacy and numeracy mereka dinilai at their age level. Tetapi secara keseluruhannya, memang 'kitani' 94% for literacy dan 95% respectively.

Soalan yang kedua mengenai domestic market. Memang kita akan terus berusaha untuk menjadikan pelajar-pelajar 'kitani' berkemampuan untuk berdaya saing secara global. Ke arah itu, beberapa inisiatif telah "diungkayahkan" oleh Kementerian Pendidikan menerusi Institusi Pengajian Tinggi seperti pengiktirafan oleh badan-badan professional antarabangsa bagi program-program yang ditawarkan di Institusi TVET dan pengajian tinggi seperti UBD's General Engineering Programme yang merupakan kursus pertama di Negara Brunei Darussalam untuk menerima pengakreditasian daripada Accreditation Board of Engineering and Technology (ABET), Civil Engineering Programme yang ditawarkan di Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang telah diakreditasikan oleh Joint Board of Moderators (JBM) United Kingdom dan Institute of Brunei Technical Education (IBTE) School of ICT serta program-program yang ditawarkan yang telah pun diakreditasikan oleh Computing Technology Industry Association.

Ertinya, memang banyak inisiatif yang telah dilakukan hasil kerjasama dengan industri-industri. Memang kita tidak dapat tidak bekerjasama dengan mereka kerana dunia ini saling berkaitan. We acknowledged the interconnected world.

Soalan ketiga, kaola minta maaf tidak dapat catch soalan, mungkin akan dijawab secara bertulis.

Soalan keempat, mengenai ekonomi digital. Memang dalam usaha kita untuk siapsiagakan pelajar-pelajar dengan kemajuan teknologi, pelajar akan terus diberi pendedahan mengikut kesesuaian dan peringkat persekolahan mereka. Seperti peringkat tertiary, memang ada menawarkan program-program yang sentiasa dikemas kini supaya ia relevan.

Terkini, ada 62 bidang ICT telah ditawarkan ranging from Sijil ke pasca Ijazah, termasuklah micro-credentials. Modul ICT programme itu termasuklah seperti bidang Programming, Artificial Intelligence, Database Info System, Modelling dan Digital Communication.

Manakala, dengan pendidikan teras seperti yang kaola sebut beberapa kali mengenai platform MOE TV, smart classroom, aktiviti ataupun program-program yang berteraskan coding development dan juga program Stream for Future and Coding It Smart Devices for School.

Soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, mengenai insiatif strategik untuk melaksanakan ataupun mencapai all the strategic goals di dalam Strategic Plan Kementerian Pendidikan.

Sebenarnya, semua insiatif tersebut telah kaola senaraikan semasa mengongsikan mukadimah pada hari Isnin yang lalu. Setakat mana penyeiadaannya? Ada beberapa program yang masih di dalam kajian, penyelidikan dan penyeidaan dan ada beberapa insiatif yang telah dimulakan ataupun dilaksanakan di peringkat awal.

Mungkin kaola jawab dulu yang BDQF, Sebenarnya, BDQF ini ada online. Seperti yang telah kaola sampaikan pada hari Isnin yang lalu, BDQF ini masih dalam reviewing kerana ada beberapa program-program baharu seperti micro-credentials dan sebagainya yang ditawarkan oleh universiti-universiti.

Jadi, oleh kerana ia program baharu, pihak BDQF dan ahli-ahlinya sedang meneliti lagi semula di mana masuknya the recognition of prior learning itu di dalam level-level tersebut. Kanak-kanak yang tidak hadir strategi yang berkesan untuk menangani isu keciciran. Kementerian Pendidikan memang memandang serius mengenai isu keciciran ini dan ketidakhadiran pelajar ke sekolah.

Apabila pelajar meninggalkan sekolah sebelum menamatkan pendidikan, mereka akan kehilangan peluang untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan dan ini boleh membawa kepada isu sosial seperti pengangguran, kemiskinan dan juga kesihatan mental. Dalam hal ini Kementerian Pendidikan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani isu ini termasuklah sesi-sesi 'pemberigaan' Pindaan Akta Pendidikan Wajib dan kepentingan kehadiran ke sekolah yang melibatkan warga sekolah, para ibu bapa, para pelajar dan juga pihak yang berkepentingan.

Selain itu, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah juga giat melaksanakan usaha-usaha untuk membantu dan mencegah para pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah dan tercicir seperti lawatan ke rumah-rumah, bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin akar umbi seperti penghulu, ketua kampung dan agensi-agensi yang berkenaan serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Penempatan pelajar-pelajar yang mempunyai isu kehadiran dan kurang berkemampuan di Asrama Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah untuk mengikuti Program Belia Ri'ayah Wa Mahabbah.

Sebenarnya jumlah pelajar yang tercicir berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 2022, ini sebagai info tambahan sahaja hanya 212 orang pelajar, iaitu 0.28% daripada 75,835 orang pelajar yang tercicir.

Kita memang mengubah strategi dalam 'memberigakan' Akta Pendidikan Wajib. Kalau dulu memang kita selalu menghebahkan mengenai penalty for those yang tidak menghantar anaknya ke sekolah termasuk tindakan-tindakan yang akan diambil tetapi mulai 1 November 2023, approach tersebut kita ubah kepada 'memberigakan' kepentingan Akta Pendidikan Wajib, kepentingan kehadiran ke sekolah dan mana-mana pelajar yang tidak hadir dan disebabkan oleh mana-mana sebab yang tertentu.

Silalah datang ke Kementerian Pendidikan bagi Kementerian Pendidikan memberikan pertolongan dan kita sama-sama bekerjasama.

أُخِذَ منذ dari saat ia 'diberigakan' dengan cara yang baharu ini ada 13 orang yang sudah terkeluar daripada sistem persekolahan telah tampil semula untuk masuk ke dalam sistem persekolahan.

Soalan mengenai MoE bekerjasama dengan industri? Pihak MoE telah bekerjasama rapat dengan sekretariat tetap MPEC dan Manpower Industry Steering Committee (MISC) dalam menyelaraskan supply and demand.

Mengenal pasti critical occupations, iaitu sebanyak 60 telah dikenal pasti setakat ini dan membangukan rangka kerja kecekapan atau competency framework. Terdapat sebanyak 50 buah telah disediakan.

Pihak IBTE, Politeknik Brunei dan juga L3 Centre telah terlibat dalam pembentukan 8 daripada 9 program yang dilancarkan oleh MISC seperti Program Bridging Armecs (Module HCG 03 HSSE) yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada Program Sektor Minyak dan Gas di IBTE dan Program I-Skills, Dual TVET, Perantisam Kemahiran HSE, I-Lift dan Program Bahasa Bagi Pemandu Pelancong dan juga Program Asas Pemandu Pelancong.

Majoriti program ditawarkan di Politeknik Brunei dan juga IBTE ini selaras dengan rangka kerja kemahiran yang disediakan oleh MISC dan setakat ini sebanyak 17 program IBTE telah diselaraskan dengan Brunei National Occupation Skills Standard (BNOSS).

Bagi memenuhi permintaan Pelaburan Langsung Asing (FDI), Kementerian Pendidikan telah bekerjasama dengan Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dan Hengyi Industries Sdn. Bhd. untuk mensejajarkan supply and demand.

Sebanyak 17 buah program di pelbagai peringkat di bawah Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF) telah ditawarkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam seperti Ijazah Kejuruteraan Kimia dan Proses di Universiti Brunei Darussalam, 7 Program Petrokimia Peringkat Diploma di Politeknik Brunei manakala IBTE pula telah menawarkan 2 Program Diploma, 3 Program HNTEC dan 4 Program ISQ khusus bagi memenuhi keperluan tenaga Hengyi Industries Sdn. Bhd. Pada tahun 2022 seramai 629 orang pelajar telah mengikuti 7 program berkenaan.

Kaola hanya tercatit 'O' Level dan 'A' Level. Apa sebenarnya soalan tadi? Kalau diizinkan untuk kaola menjawab nanti sebab kaola tercatit 'O' Level dan 'A' Level saja di sini. Nanti kaola menjawab soalan tersebut.

Kaola teruskan dengan soalan daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin mengenai pengambilan. Ya, memang betul mulai tahun 2019 kita sudah mengubah cara pengambilan guru. Proses pemilihan dan pengambilan pengajar adalah melalui Program Immersi dan Program Perantis.

Program Immersi ini adalah bagi graduan-graduan yang mengikuti bidang pendidikan yang mempunyai kelulusan dalam pendidikan dan Program Perantis adalah bagi mereka yang tidak mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan Ertinya memang Kementerian Pendidikan masih mengambil calon-calon daripada yang berkelulusan pendidikan dan juga yang tidak mempunyai kelulusan bidang pendidikan tetapi Program Perantis yang tidak mempunyai initial teacher preparation ini ataupun license to teach, mereka akan dihantar ke Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE) untuk mengikuti Program Master of Teaching.

Sampai bila kita akan mengambil contract teachers untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar? Sebenarnya terdapat 209 orang guru kontrak asing yang masih engage atau employed oleh Kementerian Pendidikan dan daripada jumlah 209 orang ini, 199 orang adalah CfBT teachers dan 10 orang adalah yang berkontrak. 6 mengajar English Language, 2 Matematik, 1 Chemistry dan 1 lagi General Paper.

Daripada 10 orang ini, 5 orang akan bersara pada tahun ini dan 5 orang lagi akan bersara pada tahun hadapan. Kenapa kita masih memerlukan mereka, especially CfBT teachers ini memang kita mengharapkan sekurang-kurangnya kita mempunyai seorang native English speaker di dalam satu sekolah kerana ia akan menjadi seorang pakar rujuk dalam mengukur tahap standard so memang kita ada calon-calon guru atau guru-guru yang berkebolehan mengajar bahasa Inggeris.

There are a lot of them, they are very good English teachers tetapi memang kita memerlukan native English speakers untuk membenchmark. Dalam masa yang sama, memang kita juga masih memerlukan tenaga pengajar bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dalam program-program yang berkaitan dengan Integrated Curriculum, Literacy dan Numeracy Coaching Programmed dan sebagainya.

Ia adalah memastikan supaya pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris itu tetap dikukuhkan sebab the language of school is English and the language of the assessment is also English. Local Contract Teachers (LCT), soalan ini memang telah dikemukakan pada tahun lepas kerana kebanyakannya LCT ini ada yang belum mendapat pekerjaan dan ditambah lagi dengan kontrak mereka yang mungkin habis pada Januari 2022.

أَكثَرُمِنْ daripada 77 pemohon jawatan LCT ini 69% telah lulus ujian bertulis dan sehingga ini sebenarnya 63 daripada 77 orang itu telah menerima tawaran bagi jawatan Pegawai Pelajaran bergaji hari dan selebihnya ada lagi beberapa LC, 2 orang sebenarnya tidak hadir temu duga, 3 orang masih calon simpanan dan 9 orang calon gagal ertinya yang gagal ini boleh memohon jika ada lagi kekosongan, jika ada Program Perantis ditawarkan pada tahun ini, mereka dipelawa untuk memohon yang calon simpanan tadi yang 3 itu, tidak lagi perlu memohon kerana kalau ada lagi jawatan kosong yang disebabkan oleh persaraan mereka إِن شَاءَ ٱللَّٰهُ akan terus ditawarkan jawatan pegawai pelajaran bergaji hari.

Pentadbir yang masih mengajar, memang ada pegawai pentadbir masih mengajar, guru besar atau pun principals, pengetua-pengetua sekolah dan bagi mereka ini untuk dinaikkan pangkat, sama jua principal ataupun pegawai-pegawai yang lain itu, kalau ia kan naik pangkat memang 'kitani' ada requirement tertentu. It's not easy sebenarnya dan memang satu kemeestian mereka mesti mendapat rekod yang cemerlang, pengalaman yang baik dan sebagainya.

Mengenai dengan isu kanak-kanak bekeperluan khas, yang mana sekolah swasta itu hanya menampung 50 lebih orang sahaja dan memang masih banyak terlalu ramai, kalau mengikut statistik mungkin lebih beratus, dalam 500, PL 4 dan PL 5. Kebanyakan mereka ini sebenarnya ada yang telah dihantar ke sekolah-sekolah dan oleh kerana mereka ini intervention is secara one to one, kadang-kadang tidak dapat dimasukkan ia ke dalam kelas sebab ada keperluan-keperluan tertentu, jadinya mereka ini masuk dalam bilik khas dan ada yang mereka ini datang ke sekolah dalam beberapa hari dalam seminggu supaya memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain saja. Sebab tidak dapat mereka itu datang hari-hari disebabkan oleh 'kitani' memang tidak cukup guru.

Antara usaha-usaha pihak kementerian untuk menambah guru pendidikan khas adalah pengambilan tenaga baharu melalui program perantis seperti yang telah kaola mention tadi mengenai dengan pemilihan pengambilan guru melalui program perantis, ada 19 orang telah diambil melalui program ini.

Pengambilan Special Education Needs Support Educators (SENSE) seramai 55 orang. Guru SENSE adalah guru biasa yang diberikan Kursus Latihan Asas Pendidikan Khas dan akan mengajar pelajar berkeperluan khas secara separuh masa dan selain itu 30 orang guru ugama juga sedang menjalani kursus asas bagi menampung keperluan guru ugama pendidikan khas untuk sistem pengintegrasi dan pengambilan guru-guru secara berkontrak di kalangan mereka yang telah bersara dan pengalaman dan ini sebenarnya masih di dalam penelitian dan perancangan.

إِنْ شَاءَ اللّٰهُ. Kementerian Pendidikan akan terus berusaha untuk menambah lagi bilangan guru-guru yang dapat mengajar atau pun menangani isu keramaian pelajar-pelajar berkeperluan khas. Mungkin itu sahaja barangkali Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekarang saya mempersilakan pula Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته dan salam sejahtera. Kaola ada 3 soalan Yang Berhormat Pengerusi.

  1. Mengenai mata pelajaran Science Technology Engineering Arts and Mathematics. Merujuk perbahasan mengenai STEAM pada sesi hari ke-10, hari Isnin, 11 Mac 2024, kaola ingin menambah sedikit Yang Berhormat Pengerusi. Yang pertama mohon pencerahan mengenai persiapan-persiapan yang dibuat untuk memastikan kejayaan pelaksanaan STEAM ini.;

  2. Adakah peruntukan yang disediakan seimbang dengan persiapan-persiapan yang telah dirancang. Kaola difahamkan adanya guru-guru yang mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Mengenai KPI, kaola mencadangkan KPI yang seiring dengan matlamat kebangsaan seperti Wawasan Brunei 2035 dan mengukur kejayaan dalam melaksanakan pendidikan STEAM bagi guru-guru dan pelajar-pelajar.;

    Soalan kaola yang kedua mengenai penubuhan Sekolah Khas Kerajaan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

    أفهمها بشكل رائع, dengan adanya penubuhan sekolah khas swasta yang dilancarkan pada bulan Januari tahun ini. Merujuk kepada sesi muzakarah 2022, Yang Berhormat Menteri Pendidikan memaklumkan, terdapat penubuhan Sekolah Khas Kerajaan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

    Walau bagaimanapun, penubuhan sekolah tersebut tidak termasuk di dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027.

    Soalan kaola, apakah perancangan jangka panjang untuk menyediakan sistem pembelajaran untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan matlamat mereka hidup berdikari sebagai ahli masyarakat yang berguna. Penyelidikan perlu dilakukan bagi mengenal pasti negara manakah yang telah berjaya melaksanakan sistem pendidikan pelajar berkeperluan khas.

    Adakah terdapat amalan-amalan terbaik dari sekolah khas yang berjaya yang dapat diambil oleh Negara Brunei Darussalam sebagai strategi pelaksanaan untuk menyatu padukan pelajar ke dalam masyarakat sambil memerhatikan keperluan Melayu Islam Beraja dalam kejayaan.

  3. Penglibatan belia dalam sektor pertanian dan agrimakanan. Sekali lagi kaola menyusul kepada Kementerian Pendidikan atas cadangan baik Yang Berhormat Pengerusi semasa perbahasan yang kaola kemukakan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan semasa hari ke-6 Majlis Mesyuarat Negara. Kaola mohon pencerahan mengenai perancangan bagi graduan-graduan mengikuti kursus pertanian Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE):

  4. Apakah perancangan bagi pelajar-pelajar graduan selepas tamat kursus mereka.;

  5. Apakah usaha atau inisiatif kerajaan bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran para graduan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya. Perkara ini mengambil kira Negara Brunei Darussalam masih jauh dalam mencapai kadar sara diri dalam bidang pertanian dan agrimakanan.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصّلاَةُ وَالسّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Awal kalam, kaola mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini dan semua hadirin dan hadirat yang ada, semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, بَارَكَ اللهُ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas pembentangan mengenai inisiatif dan perancangan Kementerian pada hari Isnin yang lalu. Semoga semua perancangan tersebut akan merealisasikan visi Kementerian ke arah pendidikan berkualiti ke arah negara yang maju بِارَكَ اللهُ.

Kaola merujuk membahaskan mengenai Program Master of Teaching (MTeach) di Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam yang mempersiapkan para graduan, bakal pendidik dengan kelayakan yang profesional yang diperlukan untuk menceburi profesion perguruan.

Kaola juga merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam pembentangan yang lalu bahawa penstrukturan semula program ini termasuk dalam projek Kementerian bagi Tahun Kewangan 2024/2025, yang berkaitan dengan Matlamat 3, Wawasan Brunei 2035 iaitu “Membina Sumber Tenaga Manusia”. Projek tersebut kaola ambil makum bertujuan untuk menambah baik kandungan kurikulum bagi memastikan program ini setanding dengan kualiti, piawaian dan amalan terbaik antarabangsa.

Oleh itu, memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenai graduan-graduan yang menangguhkan atau meninggalkan pengajian ini sebelum tamat tempoh program kerana menerima tawaran kerja tetap di sektor kerajaan. Antara sebab yang koala dapat maklum mengenainya ialah kerana tidak ada jaminan yang mereka ini diberikan keutamaan untuk menjawat sebarang jawatan pendidik setelah menamatkan program tersebut.

Apakah kesan penangguhan pelajar-pelajar ini atau graduan-graduan tersebut terhadap perancangan awal pihak kementerian mengenai kapasiti sumber tenaga manusia yang telah dirancang?

Berkaitan projek berkenaan juga, koala percaya outcome daripada projek ini nanti ialah bakal guru-guru yang lebih berkualiti dan setanding dengan rakan sejawatan mereka di peringkat antarabangsa, بِإِنْ شَاءَ اللَّهِ ini juga sekali gus akan menaik taraf sistem pendidikan negara yang sedia ada.

Oleh itu, bagi menaik taraf profesion keguruan dan menjadikannya sebagai antara profesion pilihan utama para graduan, koala sukacita juga mencadangkan supaya sijil ini dijadikan syarat kelayakan utama pengambilan guru-guru baharu di institusi-institusi pendidikan kerajaan dan swasta.

Setiap pemohon untuk jawatan berkaitan pendidik contohnya seperti Pegawai Pelajaran atau Pegawai Pendidikan, hendaklah memiliki sijil MTeach ini atau yang sebanding dengannya tanpa pengecualian sepertimana amalan yang ada pada masa ini.

Pelaksanaannya bolehlah dirancang untuk jangka panjang dan diselaraskan juga dengan program rintis yang sedang diperkenalkan oleh pihak Kementerian sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi. Ini bertujuan untuk memastikan konsistensi kualiti dan kelayakan profesional semua tenaga pengajar dari awal perkhidmatan mereka lagi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya kaola menambah sedikit perbahasan mengenai bidang keusahawanan. Kaola mengambil maklum mengenai pelbagai inisiatif menyokong bidang ini yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui agensi-agensi seperti Pusat Keusahawanan Inovasi dan institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta di negara ini.

Kaola memohon pencerahan:

  1. Bagaimanakah pihak kementerian menjejaki kelangsungan penglibatan siswa/siswi ini dalam bidang keusahawanan setelah mereka menamatkan pengajian? Kaola berpendapat maklumat ini penting diketahui untuk mengenal pasti keberkesanan program untuk merancang penambahbaikan dan membantu mengembang luaskan perusahaan yang diceburi;

  2. Sejauh manakah penglibatan siswa/siswi dalam bidang ini yang telah berjaya mengembang luaskannya sebagai sumber pendapatan utama mereka setelah menamatkan pengajian sehingga mampu membukakan peluang-peluang pekerjaan kepada yang lain? Jika ada data mengenainya, mohon dikongsikan untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini.

  3. Akhir sekali, apakah perancangan jangka panjang pihak kementerian berkaitan hala tuju keterlibatan pelajar-pelajar ini dalam bidang keusahawanan khususnya dalam membantu peningkatan meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركتة

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين. اللهم ارزقنا الأمنية والمنشأت بنيانا تعلو فكان أباه كتيبة والقصور بنيت سبعة شعب مجيد وعال عليه فوقهن جاءمعن.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتُه dan salam sejahtera. Kaola lebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah yang panjang lebar meliputi berbagai aspek pendidikan, hala tuju, perancangan dan pencapaiannya.

آمين يا رب العالمين, ketujuh prestasi utama bagi indikator-indikator yang dikenal pasti secara keseluruhan menunjukkan prestasi yang meningkat. Di kesempatan ini, kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan semua warga Kementerian Pendidikan atas usaha yang berterusan menghadapi cabaran demi cabaran dan sentiasa di bawah pemerhatian orang awam.

Kaola juga mengucapkan tahniah atas peningkatan pencapaian PISA. Kaola yakin langkah-langkah telahpun diambil untuk memperbaikinya bagi masa hadapan.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola merujuk kepada indikator bagi peratus sasaran institusi pendidikan yang berada di tahap minimum standard sekolah berdasarkan Whole School Evaluations (WSE) 2024/2025 yang mana disasarkan 64.2%, bagi 2025/2026 disasarkan kepada 67.5% dan bagi tahun seterusnya 2026/2027 ialah 70.8%.

Kaola meminta pencerahan apa maksud sasaran di atas itu? Fahaman kaola, kalau sesebuah sekolah itu hanya mencapai standard minimum dalam Whole School Evaluations, ini bermakna sekolah tersebut masih banyak kelemahan dalam aspek teaching dan learning, dalam penyediaan sekitar learning environment.

Implikasinya sekolah yang hanya mencapai standard minimum perlu banyak pembaikan untuk meningkatkan educational delivery supaya boleh mengatasi minimum threshold, di atas daripada minimum threshold. Kebaikan untuk improvement yang perlu dibuat di antaranya termasuklah barangkali kepimpinan sekolah, perlaksanaan kurikulum, pedagogi, kemudahan-kemudahan di sekolah, perkhidmatan bantuan pelajar dan menguatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Pada pandangan kaola, sepatutnya usaha pihak kementerian ialah untuk sekolah-sekolah kita mencapai tahap yang lebih tinggi daripada minimum standard. Boleh juga barangkali sasaran kita itu ialah bagi sekolah-sekolah mencapai lebih dari standard minimum, menjadikan sekolah kita cemerlang and high performing school.

Jadi sepatutnya dalam pandangan kaola, sasarannya bukanlah sasaran untuk meningkatkan sekolah yang mencapai minimum standard sepatutnya mencapai lebih tinggi daripada minimum standard.

Dalam hal ini, barangkali patut juga kita tanya berapa peratuskah sekolah kita yang diiktiraf sebagai high performing? Kaola boleh memikirkan a few but secara keseluruhan kita tidak tahu berapa ramai sekolah yang dikira high performing ini.

Soalan kaola berkaitan dengan ini ialah apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk membantu institusi pendidikan yang tidak mencapai standard minimum ini? Adakah usaha bagi membantu sekolah-sekolah ini sedemikian termasuk menempatkan pemimpin-pemimpin sekolah yang berkualiti yang mempunyai prestasi yang terbukti (proven) untuk membimbing sekolah-sekolah berkenaan. Adakah juga termasuk menempatkan beberapa orang guru-guru yang boleh membawa impak positif kepada pelajar-pelajar dan juga guru-guru yang lain selaku school influencer misalannya.

Yang ketiga, sama ada mengubah cara penyampaian dengan pedagogi yang sesuai dan mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh merangsang pembelajaran dan memberi dokongan tambahan awal sekolah-sekolah sehingga mencapai standard minimum dan lain-lain tindakan yang sesuai bagi mengeluarkan sekolah-sekolah ini, bagi meningkatkan taraf mereka bukan sahaja setakat pencapaian standard minimum tetapi lebih daripada itu.

Sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan yang telah dikenal pasti hendaklah dipantau satu persatu ertinya setiap sekolah mestilah dipantau dengan teliti. Jika hanya setakat memantau secara umum tanpa tindakan susulan dan berjadual, kemungkinan besar sekolah-sekolah itu akan masih berada di dalam kategori minima sahaja iaitu mungkin underperforming.

Jadi, berkaitan dengan ini kaola juga bertanya berapa buahkah sekolah rendah dan menengah yang sudah dibantu dan menampakkan perubahan yang ketara?

Yang Berhormat Pengerusi. Dalam peruntukan tahun ini di bawah Kod 003/004 (Pemeliharaan Bangunan dan Aset), Pendidikan Rendah nampaknya tidak ada peruntukan sementara.

Bagi Pendidikan Menengah Kod 004/000 sebanyak $99,235.00 yang diperuntukkan, satu jumlah yang amat kecil. Kaola memahami banyak sekolah yang memerlukan kerja-kerja pemeliharaan dan sukar mendapat bantuan, sukar mendapatkan peruntukan, sebahagian daripada sekolah-sekolah itu perlu dibuat kerja-kerja pemeliharaan di bawah RKN-11 tetapi tidak terlaksana. Jadi, kaola berharap di bawah RKN-12, kerja-kerja yang perlu akan dibuat bagi keselesaan pelajar-pelajar.

Seterusnya, kaola menyambut baik pemakluman tentang perubahan umur kanak-kanak untuk bersekolah iaitu 5 tahun. Apakah ada penambahan dalam peruntukankerna semestinya ianya memerlukan penambahan guru-guru yang berkemahiran, tambahan prasarana yang sesuai bagi menampung kanak-kanak sedemikian dan juga alat-alat pembelajaran yang sesuai yang membina minda kanak-kanak dan menimbulkan curiosity di kalangan mereka. Kaola percaya dengan had umur kanak-kanak bersekolah awal diturunkan ke 5 tahun, ia adalah pathways yang betul untuk mengasah social skills dan cognitive skills kanak-kanak. Biarlah jika ia bermula ditahun ini, ia akan bermula di bawah kepimpinan guru-guru yang cukup terlatih dan berwibawa, caring, committed dan focus agar apa juga benefit dari persekolahan awal ini dapat dimanfaatkan bagi pembelajaran seterusnya. Kita mahu pembelajaran awal kanak-kanak ini akan make the difference kepada pembelajaran kanak-kanak yang seterusnya.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola seterusnya ingin menyentuh mengenai dengan pengurusan tenaga manusia yang mana adalah crucial bagi sesuatu organisasi. Sejauh manakah isu-isu meritocracy penetapan jawatan, lantikan pemangku, penempatan kerja (work placement), pertukaran (interdepartmental transfer), tawaran latihan telah ditangani melalui prosedur-prosedur yang transparent. Pada musim Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19, ada ditimbulkan masalah guru yang antaranya mereka merasa kurang sokongan dari pihak pentadbiran, stress dan burn out, kurangnya peluang untuk perkembangan profesional, suasana sekolah yang kurang menarik dan pertambahan work load guru-guru. Adakah pembaikan dibuat dalam perkara ini? Mohon pencerahan Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola seterusnya ingin menyentuh sedikit tentang Universiti Brunei Darussalam (UBD). Universiti pertama yang ditubuhkan dalam tahun 1985 dan telah banyak melahirkan graduan-graduan yang kini memegang jawatan-jawatan terpenting dalam kerajaan. اَلْحَمْدُلِلّٰهِ, sejak penubuhan UBD telah mula melakar nama di dunia pendidikan termasuk dalam World University Ranking dan QS University Ranking.

Kaola mengambil maklum mengenai pencapaian UBD sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat dan menjadi kebanggaan negara. Kaola hanya ada satu perkara yang kaola ingin bangkitkan Yang Berhormat Pengerusi iaitu mengenai ketrampilan UBD.

Berbanding dengan pensyarah universiti-universiti yang lain di negara ini kita jarang melihat professor-profesor, pakar-pakar di UBD tampil di forum-forum tempatan memberi pandangan, menyampaikan kertas-kertas penyelidikan mereka atau menjadi ahli di badan-badan penggubal dasar (Task Force) dan mana-mana agensi kerajaan.

Kaola yakin sumbangan dan buah fikiran mereka akan menambah baik apa juga strategi dan penggubalan dasar kerajaan. Pada masa ini, kita hanya mengetahui siapa mereka apabila mereka dipindah ke Kementerian Pendidikan. Harap perkara ini dapat diteliti oleh mana-mana pihak berkenaan tentang tenaga di UBD.

Akhir sekali, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk kepada SF03A – UNISSA di bawah Kod Akaun 1201-011 RKN-12 telah memperuntukkan sebanyak $95,918,359.00. Kaola percaya ia adalah bagi bangunan UNISSA. Sebagai universiti Islam yang sudah menyerlah, yang dihasratkan sebagai syiar Islam yang sudah diakui sebuah pusat pengajian tinggi Islam tulen, kaola merasa projek ini janganlah dilengah-lengah, dibangunkan secara cukup sahaja “asal ada”.

Ini adalah projek ikon dan telah dibincangkan sejak pada tahun 2012, kaola berpendapat janganlah samakan projek ini seperti membangu sekolah menengah, bukan sering kita membangu universiti apalagi universiti Islam. Kita mesti berpandangan jauh dan siapnya nanti kampus UNISSA ini ia mesti menjadi kebanggaan negara sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja. Cuma yang kaola sering tekankan ialah agar pengisian universiti ini dari segi kurikulumnya mestilah sentiasa relevan dan menepati martabat negara.

Kaola difahamkan ia akan dibangun secara design and build bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan dijangka akan siap pada tahun 2026/2027, 15 tahun sejak projek ini diluluskan. Jadi, kaola khuatir bila siapnya nanti ia tidak akan melambangkan syiar Islam kerana kita akan cut corners agar harganya murah. Kaola berpendapat jika projek ini dianggap ikon biarlah bangunannya juga ikonik.

Sekianlah sahaja yang ingin kaola sentuh Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesempatan yang diberikan dan kesabaran Yang Berhormat Pengerusi mendengar perbahasan terutama di bulan ramadan yang mulia ini. Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberikan responsnya. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih, kaola akan menjawab terlebih dahulu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Pertama adalah mengenai dengan STEAM dan juga peruntukan pelajarannya. Kementerian Pendidikan memang menyediakan peruntukan kepada sekolah-sekolah melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Peruntukan Alat Tulis, Teaching and Learning di bawah Tajuk Peruntukan PO1201, Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah. Selain itu, peruntukan juga disediakan untuk jabatan-jabatan seperti STEP Centre, Edu-Tech untuk mengendalikan program-program STEAM.

Sekolah khas swasta, sebenarnya bukan sekolah khas kerajaan "barangkali" bagi sekolah khas swasta bagi yang dimaksudkan itu dan itu sudah saya jawab pada hari Isnin dan perancangan untuk berdirikari dalam melahirkan pelajar yang berkeperluan khas yang berkualiti dan berkemahiran pula, Jabatan Pendidikan Khas sedang mempersiapkan satu program baru yang dinamakan Programme Sheltered Integrated Employment (ShInE). ShInE merupakan salah satu pelbagai laluan bagi lepasan pelajar program pra-vokasional yang bertujuan untuk menyediakan latihan vokasional yang diiktiraf bagi memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas.

Program ini ditawarkan sebagai kesinambungan atau pelengkap untuk persediaan latihan kemahiran vokasional atau kemahiran kerja selama 2 tahun. Para pelajar akan ditawarkan kursus-kursus kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan keperluan pihak industri dan pada masa kini dapat menghasilkan tenaga kerja yang mahir, competent dan berkualiti tinggi, بِاْلدِّيَانَةِ الله.

Kursus-kursus tersebut seperti hospitality, culinary, fabric, jahitan pakaian, fesyen dan pertukangan. Selain itu juga, program ShInE bertujuan memberi peluang kepada lepasan program ini untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya dengan menjurus ke arah bidang vokasional, melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan mencari pekerjaan dengan kemahiran yang dimiliki.

Mengenai graduan Kursus Pertanian. Soalan yang pertama, perancangan bagi pelajar-pelajar graduan ini selepas menamatkan kursus mereka. Di samping menyediakan peluang untuk melatih penuntut yang berminat dalam bidang pertanian melalui program yang berstruktur dan suasana pembelajaran yang kondusif, pihak-pihak institusi juga ada memberikan bimbingan kerjaya bukan sahaja semasa mengikuti pengajian, tetapi juga selepas mereka menamatkan kursus.

Institusi-institusi berkenaan turut memberikan dukungan lanjut kepada graduan-graduan melalui perundingan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti Jabatan Pertanian, pihak perbankan, Darussalam Enterprise (DARe) dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk membantu dalam menyediakan keperluan model kewangan untuk memulakan usaha di sektor ini.

Usaha menggalakkan lebih ramai graduan-graduan tempatan kita khususnya dalam kalangan mereka yang berkelulusan dalam bidang pertanian dan agrimakanan, sebenarnya memerlukan sokongan padu daripada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan juga pihak industri. Melalui pendekatan senegara ini, kita akan dapat memenuhi hasrat keselamatan makanan dan sara diri dalam sektor pertanian dan agrimakanan.

Soalan terakhir daripada Yang Berhormat. Apakah usaha atau inisiatif kerajaan bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran para graduan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya? Harapan kementerian ini adalah bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus tersebut untuk menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya atau proficiency mereka.

الحُكمُ لِلّٰهِ, berdasarkan data daripada kajian graduate employment study yang dilaksanakan setiap tahun, kadar kebolehpekerjaan atau employment rate graduan-graduan dari Program Pertanian di IBTE, 6 bulan selepas Majlis Konvokesyen telah meningkat dari tahun sebelumnya iaitu 70% pada tahun 2020, 78% pada tahun 2021 dan 82% pada tahun 2022.

Susulan lanjut pihak IBTE terhadap 89 graduan yang telah memanatkan pengajian pada tahun 2021 dan 2022, khususnya dalam bidang pertanian iaitu pengkhususan dalam crop technology, veterinary and livestock management and rise industry, didapati seramai 73 garduan atau 82% telah bekerja. Daripada 73 orang ini, 65 orang didapati bekerja di sektor swasta yang berkaitan dengan bidang yang telah diambil.

Soalan berikut daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam iaitu mengenai Master of Teaching. Kementerian Pendidikan akan membuat pengstrukturan semula pada tahun ini dengan memberikan penekanan kepada kandungan kurikulum.

Apa akan terjadi kepada graduan-graduan atau bakal graduan yang telah berhenti atau menangguhkan kerana mereka berfikir yang mereka ini tidak ada pekerjaan? Sebenarnya, ini adalah salah satu sebab kenapa pihak Kementerian Pendidikan mengubah cara pemilihan dan pengambilan guru.

Ia adalah berdasarkan keperluan dan apabila ada keperluan tersebut, program-program perantis ataupun imersi dibukakan. Ia ditawarkan kepada orang yang sudah ada MTeach atau yang sebanding dengannya dan yang belum ada MTeach atau yang sebanding dengannya. Ertinya, yang belum ada Initial Teacher Preparation. Kalau misalnya untuk tahun ini ada 30 orang sahaja yang diperlukan, jadi 30 orang itu yang akan diambil di dalam program-program ini. Jika mereka sudah ada Initial Teacher Preparation, mereka tidak perlu ke UBD untuk mengambil MTeach tetapi kalau mereka belum ada Initial Teacher Preparation, mereka akan dihantar ke sana setelah mereka lulus beberapa assessment.

Yang kedua, untuk menaik taraf proficiency guru. Dicadangkan untuk guru-guru baru mesti mengambil sijil MTeach. Memang ia adalah satu keMestian. Seperti kalau kita mahir memandu kereta tetapi tidak ada lesen, jadi tidak boleh memandu. Sama juga dengan menjadi seorang guru, mesti ada Initial Teacher Preparation dan Diploma in Teaching untuk membolehkan ia menjadi seorang guru yang berkelajakan. Memang satu kemestian, seseorang yang hendak menjadi guru ia mesti melalui atau mengikuti program Initial Teacher Preparation (ITP) di mana sahaja.

Yang ketiga, mengenai keusahawanan dan keberkesanan program-program. Memang ada data-data beberapa pelajar yang sudah graduate dan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Tetapi at the moment, I don’t have the data with me.

Mungkin إن شاء الله saya akan mengongsikannya jika sudah ada dan kalau tidak sempat di Dewan ini, saya akan memaklumkan secara bertulis.

Sama juga dengan soalan yang keempat, keusahawanan ekonomi negara, إن شاء الله akan disampaikan secara bertulis juga.

Yang ketiga daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai Whole School Evaluation (WSE). Bagi menjamin kualiti penyularan pendidikan di institusi pendidikan, penilaian keseluruhan atau Whole School Evaluation (WSE) diperkenalkan bertujuan untuk menilai kualiti pendidikan di sekolah dan penyediaannya adalah secara menyeluruh.

Dalam usaha untuk memupuk rasa kepunyaan (sense of ownership) dan accountability untuk perkembangan pencapaian kemajuan pelajar, sekolah-sekolah kerajaan telah membuat Penilaian Kendiri Sekolah atau internal Whole School Evaluation dan ia bermula pada tahun 2018.

Penilaian WSE ini dilaksanakan melalui 2 cara iaitu internal dan external. Panjang sebenarnya proses-prosesnya kaola hendaksebutkan di sini. Tetapi, kalau masih memerlukan maklumat tersebut, kaola akan membuat secara bertulis mengenai maksud pendekatan WSE melalui internal dan external tersebut.

Berapakah sekolah yang telah dicerap sejak tahun 2018 menggunakan instrument WSE? Sebanyak 120 sekolah telah dinilai oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah menggunakan instrumen WSE dalam tempoh 7 tahun dari tahun 2017 hingga 2023, iaitu 90 buah sekolah rendah, 26 buah sekolah menengah dan 4 buah Pusat Tingkatan Enam. Daripada jumlah keseluruhan ini, jumlah sekolah yang telah mencapai Band 3 atau the minimum standard ialah 10 buah sekolah rendah, 6 buah sekolah menengah dan 2 buah Pusat Tingkatan Enam. Secara keseluruhan, 15% yang dinilai telah mencapai Band 3.

Beberapa buah sekolah yang telah dilawati, 26 buah sekolah sebenarnya telah dinilai semula iaitu 20 buah sekolah rendah, 5 buah sekolah menengah dan sebuah Pusat Tingkatan Enam. 88.5% daripada 26 buah sekolah yang telah dinilai semula telah menunjukkan peningkatan iaitu 20 buah sekolah rendah telah menunjukkan peningkatan, 5 buah sekolah menengah telah menunjukkan peningkatan dan Pusat Tingkatan Enam telah menunjukkan peningkatan 100%.

Manakala peruntukan bagi pemeliharaan sekolah rendah dan menengah, memang 'barangkali' di dalam buku belanjawan tidak berapa banyak tereflect tapi memang ada dan kebanyakan pemeliharaan itu sudah termasuk dalam skop pekerjaan bagi facility management yang telah diengage oleh kementerian Pendidikan. Ia satu pendekatan baru bagi memelihara prasarana-prasarana sekolah dan juga office.

Soalan mengenai akademi UBD yang tidak berapa menonjol. Ahli akademi UBD sebenarnya banyak menjadi ahli-ahli kepada jawatankuasa-jawatankuasa ataupun taskforce yang ada di kementerian-kementerian dan ada yang telah menjadi pakar rujuk terutamanya dalam bidang teknikal dan dasar. Memanglah sumbangan ini tidak nampak dan tidak ketara jika ia diukur hanya melalui keterampilan di televisyen dalam bentuk ceramah dan sebagainya.

Oleh itu, sebenarnya memang pihak UBD telah banyak terlibat dalam menyumbang kepada negara. Banyak konsultasi dan program-program eksekutif juga ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta yang sudah dan sedang dilaksanakan pada masa ini.

Kalau ingin menambah sedikit tadi mengenai WSE. Apakah bantuan yang diberikan kepada sekolah? Bantuan kepada sekolah bagi meningkatkan pencapaian standard yang minimum, iaitu pegawai kluster membantu sekolah dalam membentuk dan melaksanakan SIP (School Improvement Plan) yang lazimnya disediakan. Sejurus pihak sekolah menerima laporan WSE, sekolah-sekolah yang mencapai tahap pencapaian membuat sesi perkongsian ataupun sharing session kepada sekolah-sekolah lain bagi membantu meningkatkan pencapaian dan juga pegawai kluster turut membantu sekolah-sekolah memahami rubrik WSE dan mengumpul bahan-bahan penetapan (band).

Keempat, menjalankan kluster WSE Micro Validation dan Across Cluster Micro Validation. Menjalankan pure review within and across cluster. Mengenai UNISSA, RKN Ke-12 إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ memang Kementerian Pendidikan pun berhasrat untuk menjadikannya sebuah bangunan yang selaras dengan objektif utama UNISSA itu ditubuhkan dan إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ memang peruntukannya telah disediakan memang banyak peruntukan yang disediakan. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ Menjunjung kasih.

Mengenai dengan bila ia akan siap? إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ Memang 'kitani' tidak akan melambat-lambatkanya tapi dari segi earthwork memang ada kelambatan di sana disebabkan oleh kualiti tanah dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi terdapat 'kelambatan' dan 'tersasar'. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ Ia akan sentiasa dipantau supaya dapat segera dilaksanakan. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

أَحْمَدُ رَبِّى الْعَلِيِّ، وَأَسْآلُهُ الْعِفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، سُبْحَانَكَ رَبِّى مَا أَعْظَمَكَ وَبِحَمْدِكَ أَصْلِى وَأُصَلِّى عَلَيْ نَبِيِّكَ الْمُصْطَفَى أَحْمَدٍ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السلام عليكم dan salam sejahtera. Salam Ramadan Mubarak, semoga semua akan diredai. Perbincangan dalam Dewan dalam hari dan bulan yang mulia ini diterima sebagai amal ibadah dan kita dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat. آمـيـن

Lebih dahulu terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi kaola peluang untuk ikut serta membincangkan peruntukan bagi Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas pencerahan dan penerangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas perkembangan dan hala tuju serta tumpuan dan keutamaan kementerian dalam Tahun Kewangan 2024/2025 ini.

Kaola mempunyai beberapa soalan dan pandangan yang sebahagiannya adalah susulan kepada soalan yang kaola bangkitkan dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Ke-19, serta beberapa isu semasa yang telah disampaikan oleh rakyat kepada kaola.

Pada sesi permesyuaratan tahun lepas, kaola mengtetengahkan isu berkenaan dengan PISA, iaitu Programmed for International Student Assessment kerana ia adalah satu mercu tanda yang menilai pencapaian negara, Wawasan Brunei 2035 melalui matlamat pertama, iaitu Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran tinggi dan Berjaya di tahap antarabangsa. Sumber tenaga manusia ini hendaklah mampu membekalkan negara di samping berpegang kepada nilai Melayu Islam Beraja.

Justeru itu, izinkan kaola mengemukakan beberapa soalan dan pandangan alternatif dengan penilaian PISA untuk Kementerian Pendidikan untuk menimbangkannya. Soalan pertama, keputusan PISA 2018 dan 2021 serta kaitannya dengan matlamat Wawasan Brunei 2035. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Lebih dahulu tahniah atas pencapaian yang meningkat yang dicapai oleh Kementerian Pendidikan dalam keputusan pembelajaran negara dari PISA 2018 hingga PISA 2022. Kita maklum bahawa PISA ialah assessment yang menilai keupayaan dan kemahiran murid-murid yang berumur 15 tahun (Tahun 9 persekolahan) dalam mata pelajaran Matematik, Membaca dan Sains. Kaola difahami dari laporan, Negara Brunei Darussalam adalah antara 81 buah negara yang ikut serta dalam penilaian dan antara 7 buah negara ASEAN yang ikut serta.

Kaola juga maklum PISA adalah alat penilaian antarabangsa (independent) yang bertujuan meneroka dan menilai keupayaan anak-anak 'kitani' menyelesaikan masalah yang kompleks (complex issues), berfikiran kritis (critical thinking) dan juga berkomunikasi dengan berkesan (effective communication). Bukan exam based tapi penilaian ini memberikan petunjuk tentang bagaimana Sistem Pendidikan Negara mempersiapkan murid-murid berumur 15 tahun untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar dan mencapai kejayaan pada masa depan. Menjadikan kedudukan negara dalam ranking PISA amat penting.

Yang Berhormat Pengerusi. PISA pada tahun 2022 telah mendedahkan keseluruhan 6,000 orang penuntut dalam Tahun 9 untuk dinilai, iaitu 'kitani' adalah antara 690,000 orang dari 29 juta penuntut yang berumur sama di seluruh dunia. Syabas kepada Kementerian Pendidikan yang telah berani membuat keputusan untuk terus mengikuti PISA.

Kerana dengan mengikuti PISA dan menganalisa keputusannya, warga Kementerian Pendidikan akan mengetahui sukat-sukat kematapan Sistem Pembelajaran Negara. Kaola penuh percaya bahawa warga kementerian akan menerima baik hasil penilaian PISA sebagai hadiah yang berharga kerana ia berupa independent third party assesement terhadap Sistem Pembelajaran Negara yang dinilai oleh ahli yang pakar dalam bidang ini. Keputusan dari PISA juga dapat menilai keberkesanan program intervensi jika dibandingkan dengan penilaian sebelumnya dan jika dibandingkan hasilnya dengan pencapaian dari negara lain, pembuat dasar (policy makers) dan pendidik-pendidik (educators) akan dapat menilai keberkesanan system pembelajaran negara berbanding dengan negara lain.

Kerana kita perlu menyediakan anak-anak 'kitani' bukan sahaja berjaya dalam negeri, tetapi juga boleh berdaya tahan, berdaya saing di arena antarabangsa, serantau dan global kalau kita berhajat menyediakan anak-anak 'kitani' kompetitif sebagai future work ready mobile global workers. Disclaimer, koala membaca PISA report sebagai seorang interested grandparent dan bukan public policy maker atau educator.

Kaola serahkan penilaian mendalam kepada agensi yang berkepentingan. أَلْخُبَرَة, secara keseluruhan Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan peningkatan dari kajian PISA tahun 2018 dengan ketiga-tiga domain dari, Matematik, Membaca dan Sains.

Walau bagaimanapun, ada peningkatan yang ketara laporan PISA tahun 2022 menunjukkan Negara Brunei Darussalam masih di peringkat bawah purata (below average), ranked 42 globally, kalau kita katakan kita berada dalam tier 3, 3rd quartile, division 3.

Kohort PISA tahun 2018 yang berumur 15 tahun, 16 tahun dalam tahun 2018 إِنْ شآءَ اللّهُ menjelang tahun 2035 mereka akan mencapai umur awal tahun 30-an. Mereka inilah akan menjadi generasi yang akan menjadi penggerak negara, menjawat posisi pengurusan dalam agensi kerajaan dan swasta. Soalan:

  1. Mohon pencerahan pengajaran yang penting dari PISA tahun 2018 / 2022 yang telah dan akan diambil untuk membuat intervensi step changes agar dapat meningkatkan kompetensi anak-anak murid, membawa ranking negara walaupun tidak ke top quartile / first quartile, tetapi sekurang-kurangnya above average dalam tier kedua dalam waktu yang pendek bagi memastikan prestasi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam kekal kompetitif mencapai tahap yang tinggi ASEAN dan OECD.

    Pada mulanya kaola akan minta pencerahan kalau ada korelasi keputusan yang kurang memuaskan dalam ranking PISA ini disebabkan oleh pembelajaran awal basic early childhood education yang kurang berkesan. Apabila melihat carta yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan tentang pencapaian anak-anak 'kitani' yang mencapai 5 'O' level ke atas adalah di tahap 40% setahun the last 5 to 10 years.

    Ini sebanding the below average ranking dalam PISA. Apakah peningkatan step changes dalam basic education untuk menangani keputusan yang masih di tahap 40% keputusan 'O' level. Kalau 'kitani' membuat sesuatu dengan cara yang sama, maka kita tidak bolehlah mengharapkan keputusan yang berbeza. In the corporate world, if we do something the same way, we do not expect step changes.

    Dari report PISA, kaola maklum perbelanjaan cumulative 'kitani' bagi setiap pelajar sepanjang tahun-tahun sekolah rendah dan menengah di antara usia 6 tahun ke 15 tahun juga merupakan salah satu yang tertinggi di rantau ASEAN, iaitu pada tahap USD $207,000 purchasing power parity untuk setiap pelajar.

    Untuk perbandingan, Singapura membelanjakan $166,000 dalam tempoh yang sama dan Vietnam yang mungkin data yang tidak mencukupi, hanya membelanjakan $13,000 seorang setiap pelajar dalam 10 tahun, tetapi ranking kedua negara ini lebih-lebih tinggi daripada Negara Brunei Darussalam.

    Apakah yang dapat kita pelajari dari 2 buah negara ini agar keberkesanan pembelajaran mereka yang patut kita tiru tanpa malu-malu. Soalan terakhir beranak-anak dalam PISA kaola, bolehkah kita menggunakan alat analisis data dan statistik seperti artificial intelligence untuk mengenal pasti bahagian-bahagian PISA yang perlu dipertingkatkan demi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, dari tren yang telah kita perolehi dari kohort PISA tahun 2018 dan PISA tahun 2021? Itu soalan saya tentang PISA.

  2. Mengatasi kadar keciciran pelajar dan memberi sokongan kepada belia-belia yang terputus hubungan dalam sistem pendidikan. Merujuk kepada carta yang dilihatkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, kadar kelulusan penuntut dari peringkat 'O' level hanya mencapai di bawah 46%. Kemasukan ke peringkat pasca- menengah (Tingkatan 6, IBTE dan IPT) juga hanya mencapai 60% pada tahun 2022/2023. Jika merujuk kepada statistik-ststistik yang sedia ada, sama ada yang menduduki 'O' level atau menduduki PISA tahun 2018 dan kadar kelulusan 'O' level dan kemasukan ke pasca-menengah secara purata lebih 1000 pelajar yang telah menduduki 'O' level setiap tahun tidak memiliki arah tujuan selepas itu atau peluang untuk melanjutkan pendidikan mereka.

    Adakah ini disebabkan oleh kekurangan tempat atau kegagalan dalam mendapatkan kelulusan. Bagaimanakah kita dapat merangka strategi yang berkesan untuk menangani isu yang membimbangkan agar pelajar yang berusia 15 tahun ke 18 tahun yang meninggalkan sistem pendidikan kita tidak tercicir dan tidak mempunyai kelulusan. Patutkah kita menyesuaikan Akta Pendidikan Wajib untuk merangkumi bukan saja 5 tahun tapi merangkumi sampai ke umur 18 tahun?

  3. Underutilisation Or Underpaid Talented Resources. Kalau dulu orang tua-tua 'kitani' memberi nasihat dengan kata-kata motivasi agar anak-anak mereka rajin belajar dan malah banyak yang sanggup berkorban agar anak-anak mereka berpelajaran tinggi. Orang-orang 'kitani' sedar berpelajaran dan berkellulusan tinggi ialah tiket untuk keluar dari kemiskinan. Education is a step to exit spiral of poverty.

    Kata orang tua-tua "lai rajin-rajn belajar, nanti insyallah kalau kamu pass, kamu akan mendapat pekerjaan yang kamu minati, kamu dapat gaji yang lumayan".

    Tetapi dengan realiti sekarang, apa mesej motivasi yang dapat 'kitani' ungkapkan kepada anak-anak 'kitani' supaya rajin belajar dan mentelaah pengajian apabila anak-anak kita menjawab, "Ma... Pa... kalau kami bekelulusan tinggi pun, 'tedapat' Degree, Master, PhD belum jua tentu dapat kerja atau dibayar yang sepautunya." Apa catch phrase yang boleh kita gunakan sekarang untuk mengajar agar pembelajaran itu diambli prioriti oleh anak-anak 'kitani'. Wawasan Brunei 2035 matlamat pertama bagi Brunei dikenali dengan pencapaian penduduknya yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mengikuti piawaian antarabangsa yang tertinggi.

'Kitani' telah banyak bijak pandai, adakah ada data tentang berapa graduan ijazah kedoktoran Ph.D dari universiti tempatan dan luar negeri dan berapa orangkah yang sudah memegang jawatan dalam bidang yang mereka pelajari dan adakah diketahui jumlah yang asset underutilized atau underpaid dengan kelulusannya? Apakah kita mempunyai senarai individu memiliki PhD tetapi masih belum bekerja atau bekerja bukan di tempat yang dipelajari?

Soalan 4, kluster pendidikan UBD, UTB dekat dan kini koala maklum bahawa Politeknik Brunei juga akan ditempatkan di tempat yang berdekatan. Apakah pull factor sebenarnya untuk mengambil keputusan untuk menempatkan ketiga-tiga institusi pendidikan ini berdekatan? 'Bukankah bisai' tempat pendidikan itu, di hare ditubuhkan di setiap daerah.

اَلْأَحَدَ UNISSA di Daerah Temburong. Mungkin Politeknik Brunei boleh ditempatkan di sekitar industri untuk meningkatan kolaborasinya dengan industri-industri, bukan di kluster di tempat yang sama.

Soalan 5, kecekapan berbahasa dengan kompeten dalam 3 bahasa atau lebih daripada 3 bahasa. Dalam dunia global tanpa batas dan untuk menyiap sediakan anak Brunei jadi competitive dan ada daya saingan siap siaga menjadi pekerja global.

Adakah ura-ura untuk mendorong anak-anak 'kitani' untuk menguasai lebih daripada 2 bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ke 3 atau 4 on an opportunity basis tanpa membebankan anak-anak untuk menguasai basic education.

Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mohon penerahan. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم والسلام عليكم ورحمة الله وبركته dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, didoakan agar semua usaha dan perancangan ke arah menjadikan anak-anak Brunei kita sebagai warga yang berilmu, berkemahiran tinggi lagi berjaya agar tercapai, إن شاء الله.

Kaola ingin menyuarakan pendapat atau cadangan mengenai sistem integrasi pendidikan yang telah dilancarkan sejak beberapa bulan yang lalu. Kaola memahami perubahan ini bukan sesuatu yang mudah bagi kementerian, guru-guru, ibu-bapa dan pelajar-pelajar namun begitu dalam sama-sama mendukung usaha ini kita harus mencari cara dan bekerjasama untuk menjayakan perubahan ini dengan lebih baik.

Oleh yang demikian, kaola ingin mencadangkan bagi sebuah program iaitu school meal programmed yang pada sebelum ini pernah disediakan semasa waktu rehat sekolah tetapi pada masa ini ia tidak lagi dijalankan. Pada pendapat kaola, program ini sebenarnya dapat memberikan pelbagai manfaat sama ada memberikan food security semasa waktu krisis dan juga membantu menjadikan anak-anak kita menjadi warga yang sihat dan produktif.

Sekaligus juga membantu mereka yang berkenaan keluar dari kepompong kemiskinan dan kelaparan. Dengan penyediaan makanan ini juga kita dapat menangani kekurangan micronutrient dengan menyajikan makanan yang pelbagai termasuk makanan yang mengandungi zat penting sekaligus tabiat permakanan yang sihat.

Ia juga berfungsi sebagai insentif kepada ibu bapa untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah dan meneruskan pendidikan mereka yang menjadi matlamat utama kita sejak lamanya, education for all. Bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau vulnerable groups, program ini berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial dan program ini juga bertujuan untuk menyokong pembekal makanan domestik atau tempatan.

Dalam perkara yang sama, kita dapat juga memeduli kanak-kanak yang tidak membawa bekal makanan untuk makan tengah hari semasa integrasi ini. Tidak semua ibu bapa mampu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka dan adakalanya guru-guru terpaksa tampil ke hadapan sebagai ehsan mereka menyediakan makanan bagi mereka. Ini sememangnya suatu kenyataan yang amat menyedihkan.

Oleh yang demikian, program ini diharapkan dapat mencipta keseimbangan kepada semua kanak-kanak dengan makanan yang sama dan tersedia justeru juga menanamkan disiplin dikalangan kanak-kanak sekolah untuk memakan makanan yang betul dengan nutrient yang mencukupi.

Sehubungan dengan ini, difahamkan juga ada setengah kes yang memerlukan perhatian lebih dengan penyediaan makanan yang sesuai dengan dietary mereka atas sebab masalah kesihatan, alergi dan sebagainya. Tetapi perkara ini bukanlah suatu halangan memandangkan banyak negara-negara lain yang telah mempraktikkan program ini.

Selain dari itu, kaola juga ingin mencadangkan program ini dapat disediakan secara percuma kepada semua pelajar-pelajar atau bagi kanak-kanak yang memenuhi kriteria berdasarkan pendapatan keluarga mereka manakala bagi yang lainnya, bolehlah mengenakan yuran untuk menampung kos makanan selagi ia tidak membebankan ibu bapa.

Pada akhirnya, hasilnya adalah lebih berkesan dari segi kos kerana bukan saja lebih murah tetapi juga menjimatkan masa ibu bapa yang bertungkus lumus setiap hari dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai bekal makanan ke sekolah.

Dengan ini, ibu bapa dapat memulakan hari dengan lebih berkualiti dan bersemangat. Kaola juga ingin menambah bahawa selain daripada membantu ibu bapa dan anak-anak sekolah, program ini juga akan membantu perniagaan tempatan kita dan ia tidak bermakna satu pembekal akan menyediakan untuk semua sekolah.

Diharapkan juga pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi belia yang terlibat dengan perniagaan yang sihat, mencipta lebih banyak peluang kerajaan buat mereka dan bahkan suatu pekerjaan yang terjamin apabila program ini ditetapkan untuk jangka masa yang panjang.

Oleh itu, kaola berharap perkara ini boleh dipertimbangkan dan disediakan peruntukan baginya dan berharap program ini dapat memberikan semangat bagi semua pihak dalam sama-sama memikirkan ke arah menyokong sistem pendidikan kita yang ada. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Selamat tengah hari dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang untuk kaola turut serta dalam perbincangan ini. Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada kaum muslimin yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, kaola juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah dan pembentangan yang telah dikongsikan. Semoga segala inisiatif yang diusahakan itu akan dapat memberi manfaat kepada anak-anak 'kitani' dan melahirkan belia cemerlang sebagai meneraju bangsa dan negara.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bercakap mengenai belia cemerlang sebentar tadi kaola sukacita ingin mengucapkan tahniah kepada para belia yang bergiat aktif dan menyumbangkan tenaga dari segi penyelidikan, akademik terutama mahasiswasarjana muda yang melibatkan diri secara job attachment mahupun internship terutama dalam bidang pertanian dan agrimakanan.

Namun dalam perkara ini, kaola ingin memohon pencerahan lanjut daripada pihak Kementerian Pendidikan mengenai tindakan susulan terhadap perkembangan RND (research dan development) bagi program agriculture yang koala percaya pada masa ini giat aktif diungkayahkan oleh institut pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Brunei, Universiti Sultan Sharif Ali dan Institute of Brunei Technical Education.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Koala percaya dengan usaha dalam mengumpulkan data dan maklumat untuk RND ini akan dapat diusahakan secara lebih komprehensif seperti menubuhkan central information system.

Dalam pada itu juga koala ingin menyambung susulan daripada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada sesi kelmarin mengenai pencapaian dan kemajuan program-program dan hasil-hasil penyelidikan yang telah di commercialize di institut pengajian tinggi.

Dalam perkara ini, koala ingin mencadangkan untuk perbincangan pihak kementerian dan pihak-pihak yang berkepentingan supaya program agriculture yang ditawarkan di IBTE itu mempunyai hala tuju yang diversify misalnya sebuah universiti itu menawarkan program bidang dalam pertanian manakala universiti yang lain menawarkan dalam bidang perikanan instead of membuka dan menubuhkan program-program yang sama kepada IBTE sedemikian.

Perkara ini akan dapat menggalakkan lagi terutama dalam perkembangan RND kerana setiap IBTE mempunyai fokus-fokusnya dan akan dapat mengukuhkan lagi foundation penyelidikan-penyelidikan yang tertentu.

Sekian itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Dan saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلٰمُ عَلٰى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰي أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سَيِّدُ الْكَرِيْمُ وَرَحِيْمَةُ الدُّنْيَا وَرَحْمَةُ لِلْعٰلَمِيْنَ

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan dengan mukadimah yang dibentangkan pada 30 Syaaban 1445 bersamaan dengan 11 Mac 2024 yang lalu mengenai penyediaan Belanjawan bagi Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Di kesempatan ini kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan kerana membalas surat susulan 90 hari kaola mengenai dengan isu-isu dan soalan-soalan yang kaola bangkitkan di Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara pada tahun lepas dan juga diucapkan yang sama kepada Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga kepada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bukan sahaja menteri ini membalas surat susulan kaola tetapi juga menjemput kaola secara bersemuka mendiskusikan isu-isu dan soalan-soalan pada tahun lepas.

Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. Kaola ada beberapa soalan dan usulan bagi Kementerian Pendidikan iaitu;

  1. Mengenai padang-padang bola sepak di bawah Kementerian Pendidikan. Kaola difahamkan terdapat 153 buah sekolah kerajaan yang pemeliharaannya diuruskan oleh 3 buah syarikat yang dilantik dan pemeliharaan ini termasuk 117 padang bola sepak yang ada. Dari 117 ini, 90 padang permukaan rumput manakala 27 artificial turf (rumput tiruan). Kalau 'kitani' lihat sekeliling 'kitani' ada padang-padang berkenaan usulnya tidak terurus dan ada yang kalau 'kitani' lihat permukaan padang ada yang tengah-tengahnya tidak berumput dan bagi padang rumput tiruan bila hujan sahaja air didapati bertakung dan ada juga padang-padang ini dilihat langsung tidak playable disebabkan oleh kerosakan yang teruk.

    Kemusykilan kaola jika sekiranya 3 syarikat ini berkontrak dengan pihak Kementerian Pendidikan dengan skop memelihara sekolah-sekolah termasuk padang-padang bola berkenaan kenapa keadaan padang-padang itu menjadi sedemikian. Adakah skop kontrak pemeliharaan padang atau perkara ini terlepas pandang dan kurang pemantauan? Jika sekiranya ia skop kontrak dan syarikat itu tidak mampu memelihara padang-padang tersebut selain diambil tindakan yang sesuai kepada syarikat tersebut, kenapa ia tidak diberikan dan disewakan sahaja kepada kelab-keleb bola sepak negara untuk menggunakannya dan menguruskanmya. Koala percaya padang-padang itu akan terjaga dan terurus oleh kelab yang akan sentiasa menggunakannya dan memeliharanya.

    Terkait juga dengan padang bola ini, kenapa sesetengah padang bola sepak boleh digunakan oleh orang kampung dan sesetengahnya tidak boleh? Sebagai contoh salah sebuah sekolah yang terletak di Daerah Tutong, tidak dibenarkan untuk digunakan walhal rumput gajah tumbuh yang boleh mempercepatkan kerosakan kepada padang dan kesudahannya padang terbiar dan tidak boleh dipakai. Jika jangka penggunaan padang tersebut sehingga 10 tahun, tetapi oleh kerana ketumbuhan rumput-rumput gajah dan segala rumput rampai yang memusnahkan padang tersebut akan memendekkan lagi jangka penggunaannya. Bukankah ini isu ketirisan dalam penggunaan peruntukan kerajaan dan adalah bertentangan dengan konsep lebih berhemah. Sebab itulah kaitannya soalan kaola ini dengan soalan dan cadangan kaola yang di atas.

    Izinkan kaola di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengongsikan harga kos. Harga ini ialah harga tahun 2008/2009 tetapi tidak tahu harga sekarang. Membuat padang tiruan bagi sekolah rendah ialah $209 ribu, iaitu pemasangan artificial turf nya ialah $120 ribu. Ini padang yang kecil bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah seperti Sekolah Menengah Jamalul Alam (SMJA) $574 ribu, setengah juta yang mana pemasangan artificial turf nya saja $264 ribu bagi padang besar.

    Manakala kos penggantian artificial turf sahaja, kalau rosak bagi sekolah rendah ialah dianggarkan $80 ribu, manakala sekolah menengah ialah $280 ribu seperti Sekolah Menengah Jamalul Alam (SMJA). Kos pemeliharaan bulanan artificial turf bagi sekolah-sekolah rendah ialah maintenancenya $120 sebulan sehingga kontrak tersebut 5 tahun menjadikannya $7,200. Manakala bagi sekolah menengah ialah $140 sebulan di mana jumlahnya ialah $8,400 sekiranya 5 tahun.

  2. Mengenai peruntukan kepada system pembelajaran yang ada di IBTE terutama sekali alat-alat pembelajaran atau pengajaran untuk sesi praktikal pelajar dalam in campus hands-on training. Kalau kaola rujuk bajet 2024 yang ada, kenapakah tidak ada peruntukan untuk pembelian alat-alat pembelajaran praktikal berkenaan? Pada hemah kaola, alat-alat ini adalah intipati sangat penting dalam memastikan pelajar mendapat kemahiran yang dihasratkan selagi mereka dalam kampus dan untuk mendukung kaedah program yang memerlukan hands-on dan program Dual TVET yang kaola bangkitkan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara tahun lepas.

  3. Yang ingin kaola bangkitkan di sini ialah mengenai sukatan pelajaran bidang pertanian dan agrimakanan di sekolah-sekolah menengah. Seperti yang 'kitani' maklum, sektor pemakanan adalah pelaburan strategik dalam sektor-sektor utama. Manakala, pertanian dan agrimakanan adalah salah satu subsektor yang mendukung agenda mempelbagaikan ekonomi negara. 'Kitani' perlu mempunyai ramai rakyat berkecimpung dalam bidang ini. Apa yang ingin kaola cadangkan di sini ialah jika sekiranya tidak keberatan untuk bidang pertanian dan agrimakanan ini dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran ataupun setidak-tidaknya kandungan pertanian dan agri makanan ini diberi penekanan khas dalam sukatan pelajaran di sekolah menengah seluruh negara termasuk sekolah swasta.

    Apa yang dimaklumi pada masa ini, bidang ini hanya diperkenalkan di peringkat teknikal dan universiti sahaja. Kaola percaya dengan penerapan bidang ini di peringkat menengah lagi, akan dapat meramaikan lagi rakyat iaitu dalam kalangan pelajar sekolah menengah didedahkan dan dilatih untuk menceburi bidang pertanian dan agrimakanan dari awal lagi.

  4. Mengenai anggaran Perbelanjaan Kemajuan RKN-12, dengan kod 1201-012 iaitu peruntukan berjumlah $100 juta untuk kampus kekal Politeknik Brunei. Soalan kaola, apakah rasional dan justifikasi peruntukan yang besar ini? Yang kedua, adakah langkah-langkah difikirkan untuk politeknik ini dapat menjana pendapatan hasil iaitu value for money spent sama ada ia menunjukkan tangible kewangan atau intangible lain dari kewangan.

  5. Dan terakhir ialah mengenai Anggaran Perbelanjaan Kemajuan RKN-12, dengan kod 1201-025 iaitu wang $20 juta yang diperuntukkan untuk pembinaan UBD Innovation Hub. Kaola memohon pencerahan mengenai pembinaan hub ini dan dari segi apa manfaat yang akan dicapai kerana 'kitani' sudah ada Knowledge Hub dan I-Centre. Tidakkah terdapat duplication di sini?

Dengan adanya UBD Innovation Hub itu nanti, adakah ia akan membuahkan hasil pendapatan untuk UBD dan kerajaan? Apa yang kaola maksudkan dan pada pendapat kaola, dalam proses membuahkan satu-satu produk buatan Brunei, ia akan melalui 4 peringkat iaitu Research, Development, Innovation dan Commercialization (RDIC).

Jika sekiranya UBD Innovation Hub ingin menjurus pada 4 peringkat ini terutama sekali peringkat Commercialization, ia memang akan dapat membuahkan hasil pendapatan kepada UBD dan Kerajaan.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian atas soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Kaola ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed terlebih dahulu mengenai Program Makan (School Meal Programme) bagi memudahkan lagi pelaksanaan sistem integrasi.

Sebenarnya, sebelum sistem integrasi dilaksanakan memang kanak-kanak balik tengahari dan mereka memang makan tengahari di rumah ataupun dibawa oleh ibu bapa ke kedai.

Satu cadangan yang baik School Meal Programme ini. Ia juga sebenarnya sudah difikirkan oleh pihak kementerian bersama dengan agensi-agensi tertentu yang lainnya. Tetapi, ada juga pandangan kadang-kadang kanak-kanak ini diberi makanan yang sama, ada yang tidak makan. Jadi dari pemerhatian di sekolah, ada makanan yang tidak dimakan. So ada juga kebaikan dan keburukan School Meal Programme ini kerana ada pembaziran dan sebagainya.

Walaupun, insya'allah perkara ini akan dibawa balik lagi untuk difikirkan kesesuaiannya. Bagi guru-guru yang memberikan makanan itu, barangkali sampai juga waktunya untuk 'kitani' sama-sama bertanggungjawab kepada kanak-kanak ini bukan sekadar terlalu mengharap kepada guru, sebab bukan kerja guru untuk memberi makan. Jadinya untuk sama-sama bertanggungjawab kepada kanak-kanak. Itu amanah 'kitani' bersama.

Yang kedua, soalan daripada Yang Berhormat Awang Lau How Teck mengenai R&D (Research and Development) daripada UTB dan UNISSA, serta soalan-soalan yang berkitan mengenainya. Sebenarnya, mengenai graduan-graduan dan sebagainya, ada sudah saya jawab semasa menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin. Tetapi yang bahagian research ini, insya'allah akan dikongsikan jika saya sudah mempunyai maklumat mengenainya. Supaya tidak ada duplikasi, memang different institute akan menawarkan program yang bunyinya mungkin sama tetapi level of mastering the programme is not the same.

For example, IBTE akan menawarkan program-program di peringkat 4 yang membolehkan mereka mendapatkan requirement untuk meneruskan pembelajaran mereka ke UTB dan UNISSA bagi level 5. Jadi, bagi menjawabnya secara menyeluruh, بِسْمِ ٱللَّٰهِ juga akan dijawab secara bertulis.

Soalan daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin ialah mengenai padang-padang bola. Kenapa ada sekolah yang tidak membenarkan? Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Perkara ini akan ditanyakan semula. Mungkin ada sebab-sebab tertentu sekolah tersebut tidak membenarkan.

Yang Berhormat Pengerusi

Soalan yang dikemukakan mengenai beberapa projek tertentu yang terdapat dalam RKN-12. Ada baiknya 'kitani' tinggalkan soalan-soalan itu dan kita dengar lagi penerangan-penerangannya kemudian nanti apabila 'kitani' membincangkan mengenai belanjawan RKN yang akan 'kitani' teliti. Jadi, tidak 'balik-balik'.

Apabila 'kitani' membincangkan RKN, itu juga yang akan 'kitani' bincangkan. Jadi, masa 'kitani' banyak terbuang mengenai perkara-perkara yang ditimbulkan itu 'balik-balik'.

Jadi, saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menghormati bahawa masa kitani singkat. Jadi, ada baiknya 'kitani' tumpukan perhatian 'kitani' kepada perkara-perkara yang harus 'kitani' selesaikan dan 'kitani' akan dapat menyelesaikannya. Perkara-perkara ini tidak ‘balik-balik’ disebut dalam mesyuarat ‘kitani’ ini. Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola tidak akan menyentuh mengenai anggaran RKN-12 mengenai dengan Politeknik dan juga UBD Innovation Hub.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ , kalau sampai masanya, kaola / saya akan mengongsikan information mengenainya. Mengenai bidang pertanian dijadikan mata pelajaran, ‘ani tah’ sebenarnya salah satu subjek yang boleh ditawarkan dalam STEAM. Kalau STEAM itu sebenarnya, ada tiga komponen, Sains, Matematik dan juga Arts. Arts itu adalah termasuk komponen agriculture. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ , kalau misalnya, sekolah berkeupayaan dan ada juga pihak-pihak lain yang boleh membantu, subjek pertanian akan ditawarkan di sekolah-sekolah yang mampu menawarkannya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّجِيْمِ, Kaola telah selesai menjawab tiga soalan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan tinggal satu soalan lagi daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin. Ada banyak soalan di sini.

  1. Mengenai beberapa soalan daripada PISA. Pengajaran yang penting daripada PISA 2018 dan juga 2012. Ya memang betul bagi pencapaian PISA 2022, ‘kitani’ ada peningkatan yang sangat ketara daripada tahun 2018. Walau bagaimanapun, ia masih belum meletakkan negara ‘kitani’ di kedudukan separuh negara teratas. Walaupun 'kitani' merupakan salah satu daripada hanya empat buah negara yang mengambil bahagian dalam assessment ini yang telah mencatat peningkatan dalam ketiga-tiga domain, iaitu Sains, Matematik dan Membaca.

    Pengajaran utama yang harus 'kitani' hargai di sini adalah peningkatan ini ertinya ia disebabkan oleh apa yang sudah 'kitani' buat. Strategi 'kitani' itu berjaya dan 'kitani' akan pertingkatkan lagi strategi-strategi tersebut. Kalau dapat 'kitani' _strengthen_kan lagi.

    Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah review lagi pengisian kurikulum, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kualiti professional development para guru dan juga kualiti penilaian berterusan, penilaian kendiri bagi pelajar-pelajar dan memperluaskan lagi penggunaan teknologi digital.

    Jika tadi, Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan. Sebaiknya 'kitani' sama-sama memberikan ucapan tahniah itu kepada semua guru-guru, tenaga pengajar di Negara Brunei Darussalam kerana tanpa mereka, 'kitani' tidak dapat mengecapi peningkatan sedemikian. Juga kepada ibu bapa atas sokongan dan dukungan yang berterusan yang diberikan kepada anak-anak mereka.

  2. Mengenai kolerasi antara keputusan dengan pendedahan basic early childhood education ataupun pendedahan pendidikan awal kanak-kanak. Sebenarnya keberkesanan program masa 'dorang' dahulu mengikuti Program Early Childhood itu, tidak dapat dipastikan sama ada ia berkesan ataupun tidak. Keberkesanan that program kerana tidak ada items di dalam PISA yang menyentuh mengenainya tetapi kalau ia mengikuti sahaja, we do not know the quality.

    Terdapat kolerasi yang menunjukkan keputusan yang baik dalam PISA dan penglibatan dalam pembelajaran awal kanak-kanak, ada kolerasi tersebut. Dapatan yang diperolehi daripada PISA 2022, menunjukkan pelajar daripada Negara Brunei Darussalam telah memperolehi score yang lebih tinggi khususnya dalam domain Mathematics. Jika mereka bersekolah di peringkat awal, iaitu early childhood education.

    Alhamdullilah, pindaan telah dibuat dalam Akta Pendidikan Wajib Penggal 2011, di mana umur wajib kanak-kanak 'kitani' turunkan daripada enam tahun kepada lima tahun. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti PISA 2022, 75% daripada pelajar-pelajar ini is quite big, yang sudah mengikuti sekurang-kurangnya setahun pendidikan awal kanak-kanak. Jadinnya, kalau 100% kanak-kanak 'kitani' mengikuti pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan 'kitani' lagi ada kolerasi antara keduanya, بارك الله 'kitani' berharap akan ada peningkatan dalam PISA.

  3. Perbelanjaan cumulative setiap pelajar, perbandingannya dengan negara-negara lain. Memang OECD PISA ada melaporkan perbelanjaan negara-negara yang mengambil bahagian dalam pendidikan dari segi perbelanjaan cumulative setiap pelajar di sepanjang tempoh theoretical pengajian, terdapat kolerasi antara perbelanjaan ataupun expenditure dengan pencapaian. Mungkin Yang Berhormat ada melihat graph di dalam PISA analysis itu, ada correlation dengan R^2 0.5.

    Tetapi kalau 'kitani' amat-amati lagi, ia di sini tetapi ia mendatar dan di mana keberadaan Negara Brunei Darussalam, ia berada di sini di mana purata perbelanjaan per student itu memang sangat tinggi. Perlu 'kitani' ingat bahawa perbelanjaan yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktornya adalah kadang-kadang kerana sekolah 'kitani' ada yang hanya 15 orang students, ada 20 dan sebagainya sedangkan kalau mengikut purata di negeri-negeri lain mungkin banyak beribu students itu per school.

    Jadi ia boleh mengakibatkan perbelanjaan per student itu tinggi. Ertinya di sana terdapat margin of error. Kalau dari segi statistiknya 'kitani' terpaksa juga take into consideration. Having said that, apabila graph tadi itu mendarat di sebelah Brunei, iaitu yang paling tinggi di sana. Ertinya apabila sampai satu point, terdapat faktor-faktor lain lagi yang boleh menjadi penyebab utama ataupun ada korelasi kepada pencapaian.

    Dalam satu analisis lain, terdapat korelasi yang sedikit lebih tinggi dengan aras R^2 0.6 di mana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ataupun Gross Domestic Production (GDP) juga merupakan satu faktor. Faktor status ekonomi, social, kebudayaan dan sebagainya.

    Dalam satu pemikiran yang lain juga, pada tahun 2022 memang 'kitani' telah membelanjakan peruntukan sebanyak x thousand tetapi daripada x thousand itu, pada tahun tersebut 70% daripada perbelanjaan tersebut adalah untuk membayar gaji dan 30% digunakan untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang. 70% daripada tadi itu adalah untuk membayar gaji tenaga pengajar dan juga bukan tenaga pengajar yang berjumlah lebih $12,000.

    Jadinya 30% itu daripada x thousand itu, 'atu tah kitani' gunakan untuk perkhidmatan pendidikan, biasiswa, grant, utiliti dan sebagainya.

    Berbalik kepada negara-negara lain, yang mungkin 'kan kitani' bandingkan. 'Kitani' tidak tahu daripada x amount of budget yang 'dorang' ada itu, berapa peratus untuk 'dorang' bayar gaji dan berapa peratus 'dorang' gunakan untuk aktiviti-aktiviti pendidikan ataupun perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan 'dorang'.

    Mengenai data analisis. Bolehkah 'kitani' menganalisa data dan statistik seperti artificial intelligence dan predictive tool untuk mengenal pasti bahagian-bahagian PISA untuk meningkatkan lagi pencapaian 'kitani'? Sebenarnya, setelah 'kitani' menerima result daripada PISA, memang 'kitani' ada membuat a lot of simulation dengan data-data dan menganalisa data-data tersebut.

    Walaupun bukan senang sebab kalau 'kitani kan' mengikuti 'dorang' ini, 'dorang' ini ada yang sudah meninggalkan misalnya tahun 2018, ada yang sudah meninggalkan alam persekolahan dan sebagainya. So 'kitani' kalau 'kan' membuat analysis of per cohort, 'kitani' dapat membuat secara stratified sahaja. Tetapi yes 'kitani' sudah dapat, بِسْمِ اللهِ, 'kitani' dapat mencari juga beberapa predictive tools yang dapat digunakan dan the team, بِسْمِ اللهِ, dapat menggunakan predictive tools seperti rush model analysis RN Conquest untuk mengira linear dan multiple regression dan other predictive analysis. Jawapannya ada. Keciciran pelajar, pembahagian Akta Pendidikan Wajib, ini soalan yang sudah saya jawab tadi, di mana approach 'kitani' sudah berlainan bagi mereka yang tidak bersekolah, yang tercicir itu, they can come back to us and this is very interesting Yang Berhormat bertanya apa catch phrase untuk pendidikan ini, walaupun belajar tinggi-tinggi tetapi tidak juga bekerja. I tried hard tetapi this is the best I can say, I think educated unemployed is still much better than uneducated unemployed.

Mengenai cadangan untuk menaikkan umur Pendidikan Wajib ke 18 tahun. Perkara ini sebenarnya pernah dibincangkan di peringkat Mesyuarat Majlis Pelajaran Kebangsaan (MPK) pada 15 Februari 2016. Berdasarkan hasil mesyuarat tersebut, tiada kolerasi antara tempoh persekolahan yang lebih lama dengan pengurangan masalah pengganguran.

Sebaliknya, isu-isu seperti mewujudkan sumber-sumber ekonomi selain daripada industri minyak dan gas adalah lebih relevan untuk difikirkan kerana ia boleh memberikan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Mengenai bahasa, soalan yang terakhir. Selain daripada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran teras, memang Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum juga menyediakan kurikulum bahasa-bahasa seperti French, Bahasa Arab dan juga Mandarin. Ketiga-tiga bahasa tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan sahaja, bukan teras di sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab.

Pada tahun 2023 sebanyak 27 buah sekolah menengah dan maktab telah menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab dengan keramaian 2,699 pelajar yang telah mengikutinya dan 172 yang telah mengikuti pembelajaran Bahasa Mandarin. Pada masa ini, unfortunately Bahasa French masih belum dapat ditawarkan disebabkan oleh ketiadaan tenaga pengajar.

Pihak Kementerian Pendidikan menyambut baik saranan Yang Berhormat mengenai dengan mempelbagaikan lagi bahasa lain dalam kurikulum sekolah dan إن شاء الله perkara ini akan dibincangkan lagi di peringkat kementerian dengan mengambil kira relevansinya dan kepentingannya kepada pelajar-pelajar. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan suka untuk membuat intervensi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck berkenaan kajian-kajian yang dibuat oleh institusi-institusi pengajian tinggi berkenaan dengan pertanian dan agri-makanan.

Sebenarnya ada terdapat kolaborasi antara Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dengan pengajian-pengajian tinggi pada masa ini, di mana penyelidikan-penyelidikan itu, hasil itu digunakan bagi membolehkan pihak jabatan memberikan formulation atapun strategi yang lebih efektif kepada peladang-peladang 'kitani' pada masa ini.

Sebagai contoh, berkolaborasi dengan pihak UNISSA, masa ini ada 3 penyelidikan untuk soil improvement bagi ladang-ladang di negara ini, menggunakan chicken manure, organic farming concept dan juga other technique. Itu 3 penyelidikan yang dibuat oleh UNISSA.

Di samping itu juga, dengan pihak UNISSA, satu kajian berkenaan dengan vertical farming, introduction to vertical farming, implication kepada produktiviti. Itu penyelidikan yang dibuat oleh pihak UNISSA bersama dengan Jabatan Pertanian. Di samping itu juga, 'kita' bagi pihak environment mendapat bantuan dengan pihak UNISSA dalam mengkaji shelf live untuk mengekalkan kesegaran hasil tani 'kitani'. Ini adalah satu penyelidikan yang dibuat oleh UNISSA untuk membantu mengurangkan waste dalam hasil tuaian.

Dengan pihak UTB pula, 'kitani' ada membuat research and packaging dan juga research in irrigation on farming. Dan pihak IBTE sekarang menggunakan paddy farming trial. Insya'allah dalam sekejap masa lagi Jabatan Peikanan akan melibatkan pihak UNISSA dalam membuat kajian bersama dengan pihak Singapore broodstock development (breeding and hatchery). Ini insya'allah akan dapat dilaksanakan dalam sekejap masa lagi untuk membolehkan 'kitani' meningkatkan kapasiti untuk menyediakan baka ikan-ikan di negara ini.شكراً جزيلاً. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana telah menjawab soalan-soalan yang begitu banyak yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.

Dan ini juga menunjukkan betapa minat yang terdapat dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai alam pendidikan ini dan juga adalah menjadi keutamaan sama ada kepada keluarga dan mahu pun komuniti bahawa pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan 'kitani'.

Walau bagaimanapun, 'kitani' telah melihat Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan juga beliau telah berjanji untuk memberikan jawapan-jawapannya secara bertulis terhadap soalan-soalan yang belum dapat dijawab dengan jelas.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira sudah selesai kita membincangkan Rang Belanjawan Kementerian Pendidikan ini dan kita telah memberikan kesempatan kepada semua Ahli untuk membahaskannya.

Maka, saya berpandangan ada baiknya Tajuk SF01A hingga SF06A ini kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih, nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Tajuk SF01A hingga SF06A ini diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SF01A hingga SF06A bagi Kementerian Pendidikan dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, أشكركم bahawa kita telah pun selesai meluluskan Tajuk-Tajuk Belanjawan di bawah Kementerian Pendidikan.

Saya kira cukuplah sekian kita berbahas di Peringkat Jawatankuasa ini, maka Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya kira cukup sekian kita bersidang pada hari ini. Saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula, إن شاء اللّٰه, pada esok hari, iaitu hari Khamis, 14 Mac 2024 mulai dari pukul 10.00 pagi.

Sekian,

وابله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

HADIR

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Estimated Word Count

Total: 16014

Yang Berhormat Menteri Pendidikan: 5836

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 1611

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 1403

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 1251

Yang Berhormat Pengerusi: 1047

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 1036

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 734

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam: 627

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 603

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 590

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 403

Yang Berhormat Awang Lau How Teck: 365

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan: 249

Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 216

Yang Mulia Jurutulis: 43